Hilal Asyraf's Blog, page 36
July 6, 2015
5 things you didn’t know about Ramadan
This article sums five personal experiences I’m having in the month of Ramadan – this year and previous years that you may or may not be aware of.
People make “Drive-Away(s)” even during the day
On a societal relations level, Ramadan is a magical month. People get to know each other through Iftars, Qiamuallail, terawikhs and tadarus al-quran mainly done at the masjids. Charity and donation runs magically far more than usual.
Before Ramadan, one would be lazy to perform solah sunat rawatib (two rakaats before and after Fardh prayer) or even reluctant to perform even the five times a day Fardh prayer.But in Ramadan the trend is completely reversed. The masjid is full with Muslims especially during the night and surprisingly, people can stand tall to perform long hours of eights rakaats of terawikh or more!
Still, the magic of Ramadan fails to reach some hearts of Muslims. If you walk through any fast-foods outlets offering drive-through, you can spot Malay Muslim looking customers ordering food seen through the windows of their vehicles.
We have to do something.
“Ramadan” is a beautiful name for sons
Have you ever heard any other names of the Hijri months given to sons? The month other than Ramadan would be Syawwal. But other than that, I have never heard somebody by the name of “Muhammad Muharram” or “Ahmad Zulhijjah” or “Abdullah Zulqaedah.”
Maybe because of it is Ramadan, the month raining with mercy, Muslims want to honor that mercy, by naming their sons after Ramadan.
I have friends who name their sons “Sa’ed Ramadan” because he was born in Ramadan! A husband taking care of his pregnant wife, a wife going through pregnancy and going through the painful complications of labor during the month of Ramadan full of hardships are memories to be remembered, thus the name Ramadan is given.
P/S: Prof. Tariq Ramadan wasn’t born in the month of Ramadan.
Fasting doesn’t make you stronger physically
I think, people are lying if they say “Fasting makes you stronger as the prophet’s companions have proved so through the battle of Badr.”
Muslims won in the Battle of Badr despite being outnumbered and were fasting but that doesn’t make them stronger physically. I don’t know how the companions managed to win: maybe because of strategic planning, more of brains than brawns.
I’m not sure but one thing I am sure is that, we are more productive in Ramadan as we don’t have to ponder too much time to think on what to eat! But we still feel the lethargy, the exhaustion, the fatigue and the dehydration.
But we push ourselves to the limit more than we have done before Ramadan. That what makes us look stronger.
Less daily congestion but more road accidents
In Ramadan, I can feel that congestion during peak hours particularly in the evening, after-work less likely happens during Ramadan. Workers can go home a bit earlier around 4.30pm compared to before Ramadan at 5pm.
The usual congestion at 6.30pm to 7.30pm won’t likely happen. But an interesting fact, I don’t know if this is a proven fact in Malaysia, I can see that road accidents happen more frequently in Ramadan, particularly after work.
In the previous three weeks of Ramadan, I have witnessed more than five accidents in my daily route to work that is at SKVE from Cyberjaya to Serdang/Kajang/Bangi. During these accidents, a massive congestion shall automatically occur.
I did some digging and found a statistic of road accidents other than Malaysia – I couldn’t find any monthly road accidents statistics for me to make comparison – that is in Punjab, Pakistan.
The data analysis of a 2011 research entitled “Road traffic crashes in Ramadan: an observational study” revealed that “the service responded to 12 969 RTC (road traffic crashes) emergencies during August 2011 (Ramadan), compared with an average of 11 573 RTCs per month from January to August 2011.” This occurred during the peak hours before breaking fast.
Malaysians are the best at preparing for Syawwal in the last 10 days of Ramadan
In the last 10 days of Ramadan, the excitement and spirit of the first 20 days have decreased. Masjids have lesser people praying terawikh.
Malaysians are focusing more on the preparation for Eid. That is why the raya related terms are well accepted by Malaysians namely: Duit Raya, Baju Raya, Samping, Ketupat, Lodéh, Rendang and many more all of which is prepared in the last 10 days of Ramadan.
I previously wasn’t in favour of the raya-related celebrations as Ramadan is a holier month, but after giving much though I think this is a good thing to bring families, extended families together. Duit Raya for example, those who are still studying will be given duit raya, but those have worked or married have to give duit raya instead.
And one interesting observation, the Eid-Ul-Fitr takbir of Malaysian Muslims sounds melancholy compared to Eid-Takbirs of Arabs. My mum teases by saying that “Malaysians are sad because Ramadan has left us, which is why the takbir sounds sad. Sad of leaving Ramadan.”
Final Notes
One final note I want to make is that, whatever dealing we are in, make sure we make it for God. We are not seizing every moment in Ramadan because of Ramadan but to train ourselves for the remaining 11 months to come.
The post 5 things you didn’t know about Ramadan appeared first on Langit Ilahi.
Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-Baqarah ayat 214
Bagi mereka yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, syurga merupakan destinasi akhir yang dihajati. Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran berulang kali menyatakan nikmat-nikmat di dalam syurga, dan menyatakan berkali-kali bahawa syurga ialah balasan untuk orang yang mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
Namun kita perlu sedar bahawa perjalanan ke syurga itu bukanlah satu perjalanan yang ditaburi bunga-bunga dan tidaklah pula dibentangi permaidani merah yang lurus. Perjalanan ke syurga itu hakikatnya ada ujian, mehnah dan tribulasinya.
Kerana itu, ayat 214 Surah Al-Baqarah sangat mendalam maknanya bagi diri saya, untuk orang-orang yang beriman dan berhajatkan syurga, mentadabbur dan mendalaminya.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Mari sama-sama kita berikan diri kita masa barang sejenak, cuba meneguk hikmah daripada ayat yang hebat ini.
Pandangan Asy-Syahid Syed Qutb Dalam Tafsir Fi Zilal
Asy-Syahid Syed Qutb menyatakan di dalam tafsirnya:
“ Demikianlah Allah berfirman kepada kaum muslimin generasi pertama. Begitulah ujian yangd iberikan Allah kepada kaum muslimin sebelumnya -sebagai sunnatullah- untuk mendidik hamba-hamba pilihanNya yang telah Dia serahkan kepada mereka panji-panjiNya, dan Dia amanahkan kepada mereka perintahNya di muka bumi, manhajNya, dan syariatNya. Firman ini berlaku bagi sesiapa sahaja yang dipilihNya untuk memikul peranan agung ini.
Sungguh ini merupakan ujian yang dalam, besar dan menakutkan. Pertanyaan ini adalah daripada Rasul dan orang-orang beriman yang bersama beliau. Pertanyaan daripada Rasul yang selalu berhubungan dengan Allah dan dari orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah. Pertanyaan mereka ialah: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Pertanyaan ini menggambarkan betapa beratnya ujian yang telah menggoncangkan orang-orang yang hatinya selalu berhubungan dengan Allah ini. Ini adalah ujian dan cubaan yang tidak dapat dibayangkan lagi, yang menimpa hati orang-orang yang sedemikian ini, sehingga menimbulkan pertanyaan dengan nada yang sedih: Bilakah datangnya pertolongan Allah?
Ketika hati telah mantap dalam menghadapi ujian yang menggoncangkan seperti ini, pada waktu itu telah sempurnalah kalimat Allah, dan datanglah pertolongan daripadaNya. “Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Pertolongan ini sudah dijamin bagi orang yang berhak mendapatkannya. Tidak ada yang berhak mendapatkannya kecuali orang-orang yang konsisten hingga akhir, yang tetap mantap meskipun dalam penderitaan dan kesengsaraan, yang teguh dan tegar ketika menghadapi goncangan, yang tidak menundukkan kepala ketika badai menerpa, dan yang yakin bahawa tiada perttolongan kecuali pertolongan Allah, ketika Dia mengkehendaki. Bahkan, hingga ketika apda puncak ujian pun, mereka hanya mengharapkan pertolongan Allah, bukan kepada pemecahan dan pertolongan selain dari Allah, kerana memang tiada pertolongan kecuali daripada Allah.
Dengan demikian, dapatlah orang-orang mukmin itu masuk ke syurga, berhak terhadapnya, layak untuknya, setelah berjihad dan menghadapi ujian, setelah sabar dan teguh, memurnikan segala sesuatu untuk Allah, merasa dengan pertolonganNya sahaja, dan melupakan segala sesuatu dan semua orang selain Dia.
Bukan Perjalanan Lenggang Kangkung
Syurga itu adalah pengakhiran yang terbaik. Di dalamnya punya kenikmatan yang tiada bandingan. Allah SWT mengwar-warkan nikmat di dalam Syurga berulang kali di dalam Al-Quran.
“Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.” Surah As-Saffat ayat 60.
“Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredhaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.” Surah At-Taubah ayat 21.
“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.” Surah Yasin ayat 55.
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Ali-Imran ayat 133.
“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya. Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”. Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya). Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).” Surah Al-Insan ayat 12-22.
Makanya, pengakhiran yang sangat lumayan ini sudah pasti meuntut sesuatu untuk dikorbankan. Bagi mereka yang berimpian untuk mendapatkan pengakhiran yang sangat mengasyikkan ini, sudah pasti mereka perlu berbeza dengan mereka yang langsung mengabaikan rasa untuk menjadikan syurga sebagai destinasi mereka.
Untuk itu, Allah SWT awal-awal sudah berpesan:
“Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).” Surah Al-Hasyr ayat 20.
Maka jelas, orang-orang yang mengimpikan syurga, akan mempunyai sikap yang berlainan dengan mereka yang memilih untuk mengabaikan syurga sebagai destinasi akhirnya. Orang-orang yang menjadikan syurga sebagai destinasi akhir, pasti akan memilih jalan yang berbeza dengan orang-orang yang langsung tidak serius berhajatkan syurga sebagai tempat kerehatan abadi.
Maka jalan yang berbeza itu, bukan jalan yang boleh ditempuh dengan lenggang kangkung. Ayat 214 Surah Al-Baqarah menggambarkan realiti perjalanan ke syurga. Bukan destinasi yang boleh kita sampai dengan sambil lewa. Namun ianya destinasi yang memerlukan kita teguh dengan keimanan, sabar dan kekal percaya dengan Allah SWT.
Kita akan diuji dengan ujian-ujian yang dasyat, ujian-ujian yang menggoncang. Walaupun contoh-contoh ujian yang ditunjukkan di dalam ayat ini lebih berupa materialistik, yang terlihat secara zahir – kepapaan, ancaman penyakit, diancam musuh – namun hakikatnya di sebalik dugaan-dugaan yang dinyatakan, tersirat juga dugaan-dugaan batiniyyah, yang tersembunyi dari mata kasar seperti takabbur, ujub, riya’, ghurur dan sebagainya.
Semua gerombolan ujian ini menjadi ibarat taburan duri dalam perjalanan kita menuju ke syurga.
Maka ayat 214 Surah Al-Baqarah ini hakikatnya menyentak kita dari merasakan diri kita ‘sudah pasti ahli syurga’ padahal kita belum benar-benar melepasi ujian Allah SWT.
Akan sampai masanya, buat setiap kita, teruji dengan ujian yang hebat hingga kita terasa susah untuk keluar daripadanya. Ini digambarkan sendiri di dalam ayat 214 Surah Al-Baqarah apabila Rasul dan orang-orang yang beriman(bukan golongan lekeh-lekeh) rasa tergoncang hingga bertanya: Bilakah akan tibanya pertolongan Allah?
Kita juga, dalam melalui kehidupan ini, pasti akan tergoncang sedemikian rupa. Sama ada secara zahir atau batin.
Maka ayat ini membentak kita, untuk tidak merasa selesa dan merasakan sudah pasti syurga berada dalam genggaman kita.
Teguh, Sabar & Yakin
Antara titik penting di dalam ayat 214 Surah Al-Baqarah ini bukan sahaja pada janji Allah SWT untuk menguji orang-orang yang berhajat memasuki syurga. Namun pada resipi untuk berjaya melalui ujian-ujian tersebut.
Resepi utamanya ialah pergantungan penuh kepada Allah SWT.
Digambarkan di sini, apabila ujian memuncak dan Rasul serta orang-orang beriman tergoncang, yang diungkapkan ialah: “Bilakah akan sampainya pertolongan Allah ?”
Langsung tidak disebut pertolongan-pertolongan daripada sumber yang lain. Pertolongan yang tertinggi, yang kita harapkan, hanya sa-nya daripada Allah SWT.
Di sini kita melihat kembali betapa Allah SWT sebagai Tuan punya ujian dan Dialah yang sebenarnya mempunyai kemampuan menarik segala ujian yang tertimpa ke atas kita ini semula.
Dengan keyakinan inilah kita teguh dan sabar. Bahkan, bukan teguh dan sabar sahaja yang akan menjadi produk pada keyakinan pertolongan Allah SWT ini, sangka baik kepada Allah SWT juga akan terhasil.
Akhirnya, kita akan benar-benar merasai ‘ruh’ pada jawapan Allah SWT atas persoalan tadi:
“Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
Kemenangan Akan Tiba
Akhir sekali, hakikat yang tidak dapat disangkal ialah kemenangan itu dijanjikan untuk orang-orang yang beriman.
Selepas kita teguh dan sabar mengharungi mehnah dan tribulasi dengan yakin, Allah pasti akan memberikan kemenangan kepada kita. Ini satu janji yang pasti.
Mungkin ada yang mempersoalkan, bahawa wujud mereka yang mati di tengah usaha, mati sebelum sampainya kemenangan, atau kelihatan mati dalam keadaan tertewas(kalah perang contohnya), maka bagaimana? Adakah Allah memungkiri janjiNya?
Tidak. Kemenangan itu terbahagi kepada dua. Kemenangan di dunia dan kemenangan di akhirat.
Pertolongan Allah yang dikatakan dekat tadi itu juga tidak terhad kepada pertolongan dalam bentuk kemenangan yang boleh dilihat. Boleh juga terjadi dalam bentuk pertolongan untuk kita kekal istiqomah walau diuji oleh badai yang menggoncang.
Akhirnya, kemenangan yang sejati ialah kemenangan di akhirat.
Dan kemenangan di dunia yang sebenar ialah kemampuan kita untuk istiqomah di atas jalan perjuangan, sebelum kemenangan material atau selepas kemenangan material.
Ada pejuang, bila menang, kemenangan menjadi ujian pula kepadanya. Begitulah lumrahnya dunia, kerana dunia ini seluruhnya ialah ujian.
Perindu Syurga – Mantapkan Diri
Orang yang merindui syurga dan berhajatkan syurga menjadi destinasi akhirnya, akan melihat realiti yang terpapar pada ayat ini, lantas mempersiapkan diri.
Kerana akhirnya, konklusi daripada ayat ini tidak lain tidak bukan ialah menyatakan bahawa perindu syurga itu akan melalui pelbagai mehnah dan tribulasi.
Justeru pergantungannya kepada Allah perlu diperkasakan, keyakinannya kepada Allah perlu diteguhkan.
Jangan rasa diri sudah cukup bagus dan rasa diri sudah ‘ahli syurga’ selagi mana ujian belum berakhir.
Sebelum kita mati, hakikatnya kita belum sampai ke garisan penamat.
Dan untuk orang-orang yang sabar serta istiqomah, pertolongan Allah dan kemenangan adalah janji yang sangat pasti. Yakinlah!
Muhasabah.
The post Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-Baqarah ayat 214 appeared first on Langit Ilahi.
July 5, 2015
Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Ad-Dhuha Ayat 1-3
Di dalam Al-Quran, terlalu banyak ayat yang memberikan harapan dan semangat kepada saya. Al-Quran nyata ialah kitab petunjuk untuk hamba-hamba Allah SWT yang mencari, perlembagaan hidup yang sebenar untuk panduan manusia mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan.
Antara ayat yang sangat-sangat menyentuh hati saya ialah Surah Adh-Dhuha ayat 1-3.
Allah SWT berfirman: “Demi waktu dhuha. Dan ketika malam sudah sunyi sepi( atau terhenti). Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci (kepadamu).” Surah Adh-Dhuha ayat 1-3.
Apakah yang tersirat di dalam ayat-ayat ini?
Mengapa ia sangat menyentuh hati?
Mari sama-sama kita berusaha mentadabbur ayat-ayat nan indah ini.
Komentar Asy-Syahid Syed Qutb Dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
Seperti biasa, kita mulakan dengan membaca apa yang ditulis oleh Asy-Syahid Syed Qutb di dalam Tafsirnya, Fi Zilal Al-Quran.
“Allah SWT bersumpah dengan dua waktu yang indah dan mengesankan ini. Lalu Dia menghubungkan fenomena alam dengan perasaan jiwa manusia. Juga memberikan kesan kepada hati manusia tentang kehidupan yang sensitif dan responsif terhadap alam yang indah dan hidup ini, yang saling berlemah lembut dengan setiap makhluk hidup. Maka hiduplah hati tersebut dalam kejinakan dan ketenangan di alam semesta, tanpa merasa takut dan terasing.
Dalam surah ini sendiri, ketenangan dan kejinakan itu menemui realitinya. Ketengan inilah yang dimaksudkan menjadi sasasarannya. Seakan-akan Allah memberi isyarat kepada RasulNya sejak permulaan surah bahawa Tuhannya selalu melimpahkan ketenangan dan kesenangan di sekitar alam yang wujud ini. Kerana itu beliau tidak disingkirkan dan dibenci.
Setelah isyarat semesta ini, datanglah penegasan secara langsung: ‘Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci (kepadamu).’ Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula benci kepadamu sebagaimana anggapan orang-orang yang hendak menyakiti perasaanmu, menganggu kalbumu dan menggoncangkan hatimu. Allah adalah ‘Tuhanmu’ dan engkau adalah ‘hambaNya’ yang dinisbatkan kepadaNya, ditujukan kepada rububiyahNy. Kerana itu Dialah yang memeliharamu, melindungimu dan memberikan jaminan kepadamu.”
Matahari Meninggi Dan Gelap Malam Pun Terhenti
Sebenarnya, bagi yang benar-benar mendalami permulaan Surah Ad-Dhuha, di sana terdapat pujukan Allah SWT yang sangat besar untuk hamba-hambaNya yang teruji.
Permulaannya sahaja, bukan permulaan yang kosong, bagi mereka yang benar-benar memerhati. Allah SWT sangat berseni dalam meletakkan perihal waktu Dhuha dan malam. Ada signifikannya yang tersendiri, bukan sekadar hiasan mencantikkan ayat semata-mata.
Kita sudah melihat tafsiran Syed Qutb, yang melihat bahawa ayat ‘Demi waktu Dhuha, dan ketika malam sudah sunyi sepi’ sebagai Allah SWT mengaitkan fenomena alam untuk memberikan ketenangan kepada perasaan jiwa manusia. Supaya tidak rasa terasing diri manusia yang teruji ini, dengan melihat fenomena alam, terasa dirinya akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT menaungi diri.
Saya pula teringat dengan tafsiran daripada Sheikh Dr Yahya Shatnawi, antara guru saya dalam mata pelajaran tafsir Al-Quran di Yarmouk University, Jordan.
Beliau menyatakan bahawa, ‘saja’ dalam ayat ‘Waddhuha, wal laili idza saja’ itu bukan bermaksud sunyi sepi. Allah SWT bukan hendak menceritakan perihal waktu Dhuha dan waktu malam, tetapi Allah SWT sebenarnya sedang menerangkan keadaan waktu dhuha. Yakni maksud ‘saja’ itu ialah ‘terpotong’. Dalam erti kata lain – “Demi waktu dhuha(matahari sudah naik terang) dan malam pun telah terhenti.” Apa yang terpotong? Kegelapan malam itu telah terpotong pada waktu Dhuha. Yakni pada waktu Dhuha, langsung tiada kegelapan. Malam benar-benar telah terhenti pada waktu Dhuha, tanpa ragu-ragu lagi.
Mengapa Allah SWT membawa penerangan perihal waktu Dhuha ini sebegitu detail? Dr Yahya Shatnawi menyatakan bahawa ianya adalah kiasan kepada kemenangan yang akan tiba dan segala keresahan, kesakitan, fitnah dan sebagainya akan terhenti. Waktu Dhuha dipilih, kerana pada waktu Dhuha ini, tiada sekelumit kegelapan pun yang terwujud pada ketika itu. Malam telah benar-benar berhenti, kegelapan benar-benar tidak wujud lagi pada ketika itu. Menggambarkan apa yang Allah SWT hendak sampaikan kepada Rasulullah SAW akan perjuangan baginda, yang mana segala tribulasi dan mehnah yang dihadapi baginda, akan terhenti apabila kemenangan tiba.
Dan begitu jugalah dengan kita sebenarnya.
Nampak sepertinya kedua-dua ayat awal ini, seperti ayat penghias sahaja. Namun tidak sebenarnya. Ianya adalah mukaddimah yang teramat hebat dan mendalam.
Bagi yang mendalami, akan merasai impaknya pada ayat yang seterusnya:
“Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci.”
Allah Tidak Sesekali Meninggalkan Kita
Kadang dalam kekusutan dan keresahan menghadapi tribulasi, kita mudah terputus hubungan dengan Allah SWT. Keyakinan dan kepercayaan kita akan keberadaan Allah SWT di sisi mungkin terganggu. Lantas kita mula goyah dan menjatuh.
Namun Surah Adh-Dhuha ini memujuk.
Memujuk untuk kita untuk kembali kepada realiti sebenar. Yakni hakikat di mana Allah SWT tidak akan sesekali meninggalkan hamba-hambaNya. Kembali melihat realiti di mana apabila kita merasai yang Allah itu jauh, sebenarnya kitalah yang sedang menjauh.
Maka kita perlu kembali memegang erat tali-tali yang dihulurkan oleh Allah SWT. Surah Adh-Dhuha ini antara tali-tali tersebut. Untuk kita bawa diri kita kembali mendekat dengan Allah SWT.
“Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci.”
Kita melihat, pada diri Rasulullah SAW, momen didikan ini telah mengangkat diri baginda ke satu tahap yang lebih tinggi. Tidak lama selepas Surah ini turun, berlakukan peristiwa yang masyhur – Peristiwa Hijrah. Kita semua maklum pada ketika itu, Rasulullah SAW keluar bersama Abu Bakr RA, dalam keadaan diburu.
Tetapi baginda tidak risau pada ketika itu. Hingga Abu Bakr RA yang terlebih risau. Tatkala mereka bersembunyi di dalam Gua Tsur, Abu Bakr RA takut diri mereka berdua ditemui. Namun Rasulullah SAW pantas teguh mengingatkan akan kewujudan Allah SWT untuk melindungi mereka. Rasulullah SAW yang menenangkan Abu Bakr RA.
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah At-Taubah ayat 40.
Dan begitulah juga kita sepatutnya.
Allah SWT itu hakikatnya adalah Tuan Punya Ujian. Dia yang memberikannya dan Dia jugalah yang berkuasa menariknya semula. Maka apabila kita meyakini bahawa Dia tidak meninggalkan kita, apabila kita meyakini bahawa Dia memberikan ujian bukan kerana Dia membenci kita, kita yakin akan kasih sayang dan cinta Allah SWT kepada hamba-hambaNya, kita bersangka baik denganNya, maka kita akan kuat untuk menghadapi ujian.
Kita akan melihat ujian itu sebagai sebuah cabaran yang perlu kita lalui dengan baik. Kita akan melihat bahawa di sebalik ujian itu, ada hikmah yang lebih besar yang sedang Allah SWT sediakan untuk kita. Lantas kita akan positif dan sabar. Kita akan berusaha menjadi bijak untuk mengharunginya. Untuk menang di akhir ujian ini.
Agar kita dapat sampai pada ketika di mana waktu Dhuha berlaku, dan kelam malam pergi sehabisnya. Waktu kemenangan yang dijanjikan buat kita.
Namun pastinya, sebelum tibanya waktu dhuha, kita perlu melalui waktu malam. Begitulah hidup kita, sebelum datangnya kemenangan dan terserlahnya kebenaran, kita perlu melalui ujian dan cabaran kebatilan.
Keyakinan kita kepada Allah jualah yang menjadi penentu akan kemenangan kita.
Keyakinan yang benar akan mencetuskan usaha. Kita tidak akan menyerah dengan suasana.
Kita akan berusaha bergerak mencapai kemenangan.
Pujukan Yang Sangat Mendamaikan
Untuk saya, Surah Adh-Dhuha ayat 1-3, juga ayat-ayat selepasnya, ialah pujukan yang sangat mendamaikan. Tidak dapat tidak, hidup di dunia ini kita tidak akan terlepas dari mehnah dan tribulasi. Kita sangat memerlukan motivasi dan penguat.
Sebagaimana kita rasa positif apabila rakan kita atau keluarga kita menyatakan bahawa mereka akan bersama kita.
Sepatutnya kita rasa lebih positif apabila Allah menjanjikan yang semua tribulasi dan ujian yang kita hadapi ini akan terhenti, dan bahawasanya Dia, Allah Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa dan Berkuasa itu, tidak meninggalkan kita dan tidak membenci.
Kita patut rasa sangat terpujuk.
Padahal Allah SWT boleh sahaja senang-senang menyatakan yang kita ini hambaNya yang tidak sabar, yang tidak teguh, yang imannya tidak kuat. Namun tidak. Dia sisipkan juga di dalam Al-Quran ini surah seperti ini, ayat-ayat seperti ini, untuk memujuk kita.
Tanda bersungguh benar Allah SWT mahukan kita berada di landasan yang tepat. Tanda bersungguh benar Allah tidak mahu kita berputus asa dan kecewa. Allah benar-benar mahu kita tahu yang Dia ada bersama kita, tatkala kita melalui segala dugaan dan cabaran hidup.
Tinggal akhirnya, mahu yakin dan menyahut pujukan ini atau tidak, adalah pada tangan kita.
Sungguh kasih Allah SWT kepada kita.
Bagaimana pula kita terhadapNya?
Muhasabah.
The post Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Ad-Dhuha Ayat 1-3 appeared first on Langit Ilahi.
July 4, 2015
Memimpin Generasi Badar
~pic by electiccontemplations.com
“Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman.” [Al-Anfal : 12]
Ia adalah ayat tentang Badar, ketikamana para sahabat berada dalam keadaan sedikit, para sahabat berada dalam keadaan serba tidak lengkap kelengkapan perang, para sahabat berada dalam keadaan risau.
Namun, kerana iman dan yakin mereka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka semua cabaran itu menjadi sanggup untuk ditempuhi.
Dan Badar telah mendidik kita nilai kepimpinan yang tinggi di dalam contoh teladan baginda s.a.w. Sahabat bukan keluar dengan paksaan baginda s.a.w., tidak masuk ke peperangan atas sebab projek kerahan tenaga, tetapi atas kesukarelaan dan kesanggupan mereka sendiri.
Bagaimana Rasul mendidik hal itu, itu tercermin pada beberapa sudut nilai kepimpinan yang kita boleh sama-sama pelajari :
Nilai 1 : Keterlibatan pemimpin bersama tenteranya di waktu ujian
“Kami di hari Badar setiap tiga orang berkongsi seekor unta.” Kata Ibn Mas’ud, sambungnya lagi, “Abu Lubabah dan Ali bin Abi Tolib r.a. berkongsi dengan Rasul s.a.w. Apabila giliran Rasul s.a.w. (di atas unta) habis, maka mereka berdua berkata : Kami berjalan saja, wahai Rasul s.a.w.”
Itu ternyata adalah kerana kecintaan para sahabat terhadap baginda Nabi s.a.w. Sehingga tidak mahu melihat Nabi merasa susah sedikit pun. Tetapi ternyata Nabi adalah seorang pemimpin yang sangat tinggi teladannya.
Jarak Badar dan Madinah tidak dekat. Lebih kurang 160km.[1] Pastilah tidak masuk akal untuk sahabat terus-menerus berjalan.
Apa yang dijawab Nabi?
“Kalian berdua tidaklah lebih kuat dariku (yakni untuk berjalan kaki terus) dan aku pula tidaklah lebih apa-apa ganjaran dari kalian.”[2]
Seorang pemimpin sebenar, sama-sama melibatkan dirinya dengan anak buahnya di saat kesusahan. Ia tidak berada di kerusi-kerusi kesenangan di bawah hawa dingin sambil memakan makanan sedap-sedap sedangkan anak buah atau rakyatnya harus menempuh kesusahan dan menangani krisis.
Nilai 2 : Syura menjadi ruang penentuan
Ketika masa sudah terlalu suntuk untuk menyaksikan pertembungan antara 2 pasukan, antara muslim dan musyrik di Badar ini, baginda Rasul tidak melakukan keputusan seorang diri atau menggunakan kuasa veto sebagai ketua Madinah. Ternyata baginda mengambil kira pendapat para sahabat dari kedua-dua Muhajirin dan Ansar dengan bersyura terlebih dahulu dengan mereka.
Di sudut Muhajirin, tak dipertikaikan lagi keyakinan mereka kerana telah lama menerima tarbiyah baginda Rasul sehingga telah jelas keimanan dan kebersamaan mereka itu.
“Wahai Rasulullah,” kata Miqdad bin Amru, salah seorang wakil Muhajirin, “…jalan terus dengan apa yang telah diperlihatkan oleh Allah kepadamu. Kami nescaya bersamamu. Demi Allah, kami tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana Bani Israil berkata kepada Musa : ‘Keluarlah engkau bersama Tuhan engkau dan berperanglah kalian sesungguhnya kami hanya akan duduk di sini.’ Tetapi keluarlah engkau bersama Tuhan engkau dan berperanglah, sesungguhnya kami bersama sebagai orang yang turut berperang.”[3]
Muhajirin sudah. Bagaimana pula dengan Ansor? Barangkali kerana risaukan jawapan dari Ansar, bimbang mereka tidak mahu bersama. Banyaklah sebab dan faktor. Barangkali kerana asalnya keluar untuk barang para Muhajirin yang didagangkan oleh Musyrikin Makkah, bukan ada bahagian mereka pun pada barang itu. Barangkali juga kerana bai’ah dahulu dibuat kepada baginda Rasul s.a.w. adalah untuk melindunginya ketika baginda di Madinah sahaja, bukan di luarnya. Sekarang mereka berada di Badar, luar jauh dari Madinah.
“Berilah panduan padaku wahai manusia yang ramai.” Baginda Rasul memberikan isyarat. Tidak langsung menyebut nama Ansor. Isyarat itu difahami langsung oleh Saad bin Muaz, salah seorang Ansor.
“Seakan-akan engkau maksudkan kami, wahai Rasulullah.”
“Bahkan.”
“Kami telah beriman kepadamu, membenarkanmu, bersaksi bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Kami telah beri kepadamu perjanjian kami untuk mendengar dan patuh terhadapmu.
Berjalan teruslah wahai Rasulullah sebagaimana yang engkau kehendaki. Kami bersamamu. Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sekiranya dibentang laut kepada kita, engkau redahinya, nescaya kami redahinya bersamamu. Tidak ada seorang pun dari kami akan berpaling darimu.”[4]
Nilai 3 : Merisik maklumat tanpa menggunakan kekasaran
3 orang sahabat diutus untuk merisik maklumat tentang kafilah Quraisy. Mereka adalah Ali bin Abi Tolib, Zubair bin Awwam dan Saad bin Abi Waqqas. Mereka pergi ke kawasan air di Badar itu, lalu mendapati ada 2 orang budak sedang mengambil air untuk tentera Makkah.
Mereka menangkap dan membawa kedua-duanya ke hadapan Rasul s.a.w. Baginda Rasul sedang solat ketika itu. Lalu, merekalah yang menyoalsiasat kedua-duanya. Ditanya siapa, lalu mereka itu menjawab, “Kami adalah pemberi minum air kepada Quraisy, mereka utuskan kami untuk mengambil air untuk mereka.”
Para sahabat Nabi tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana menganggap dua orang ini sedang menipu mereka lalu mereka pun memukul kedua-duanya. Mereka barangkali berharap bahawa dua orang ini adalah dari kafilah Abu Sufyan supaya dengan itu, mereka masih punya peluang untuk mendapatkan semula barang-barang mereka. Sehinggalah akhirnya kedua-dua budak ini, untuk melepaskan diri mereka dari dipukul, mereka pun memberi jawapan yang diinginkan oleh para sahabat itu, dengan mengakui mereka adalah dari kumpulan Abu Sufyan yang telah menjual barang-barang milik Muhajirin.
Apabila Rasul s.a.w. telah selesai solat, baginda pun menegur para sahabat dengan berkata : “Apabila mereka berkata benar, kalian pukul mereka. Apabila mereka menipu kalian, kalian biarkan mereka. Sesungguhnya mereka itu benar-benar Quraisy.”[5]
Rasul s.a.w. telah mendidik para sahabat jalan sebetulnya untuk berinteraksi dengan tawanan musuh dan bagaimana mendapatkan maklumat dari mereka. Kebijakan diutamakan atas kekerasan.
Penutup : Generasi Badar
Banyak pelajaran kita boleh pelajari dari Badar. Di Ramadhan yang mulia ini, marilah kita memanfaatkannya, mendidik diri kita menuju pembentukan sebuah generasi Badar.
Yang pondasinya itu adalah iman, yang kekuatannya itu adalah persaudaraan dan ketaatan, yang sinerginya itu adalah kebersamaan pengikut dan kepimpinan.
[1] Fiqh Sirah, Muhammad Al-Ghazali.
[2] HR Ahmad, 3901
[3] Rahiq Makhtum, hal. 188
[4] Fiqh Sirah, Muhammad Al-Ghazali
[5] Rahiq Makhtum, hal. 190
The post Memimpin Generasi Badar appeared first on Langit Ilahi.
July 3, 2015
Ditipu Nafsu
Ramadhan – Simulasi Kehidupan Mukmin
Dalam perjalanan hidup kita setahun, kita akan dikurniakan oleh Allah SWT Ramadhan. Ramadhan berjalan selama sebulan, dan setiap tahun akan ada Ramadhan. Tiada tahun yang tiada Ramadhan. Setiap orang yang beriman, dan akil baligh, apabila datangnya Ramadhan, mereka akan diwajibkan berpuasa. Dan selain berpuasa(menahan diri dari lapar dan dahaga, juga nafsu shahawat), Ramadhan datang dengan jadualnya yang tersendiri.
Bermula dengan sahur, kemudian puasa di siang hari hingga maghrib, diikuti dengan qiyam melalui tarawih, antara tiga perkara yang tidak kita jumpai semasa bulan yang lain. Ini ditambah pula dengan suasana Ramadhan yang menggalakkan orang-orang beriman menambah amal ibadat, menyebabkan Ramadhan popular dengan aktiviti-aktiviti kebaikan seperti sedekah, bacaan Al-Quran, zikir, i’tikaf di masjid dan sebagainya.
Persoalannya, apakah itu gunanya Ramadhan?
Yakni satu bulan untuk beribadat bersungguh-sungguh. Satu bulan menahan diri dari nafsu syahwat dan perkara terlarang. Kemudian 11 bulan yang lain, kita boleh hidup dengan kelalaian dan kealpaan, mengabaikan hukum-hukum Allah? Apakah begitu?
Pasti pelik jika kita beranggapan sedemikian.
Untuk saya, Ramadhan sebenarnya wujud sebagai bulan kesedaran untuk orang-orang beriman mengingati kembali, kehidupan yang sepatutnya mereka lalui, di bulan-bulan yang lain.
Refleksi Ramadhan Kepada 11 Bulan Yang Lain
Apakah Allah SWT, yang diyakini sebagai Tuhan untuk semesta alam dan disembah oleh ummat Islam itu, hanya wujud di kala Ramadhan?
Tidak. Ummat Islam yang bersih keimanannya beriman bahawa Allah SWT itu sentiasa wujud. Dia bahkan tidak pernah penat dan tidak mengantuk apatah lagi tidur. Tidak akan ada satu pun perkara yang terlepas dari pemerhatian Allah SWT.
Allah SWT berfirman: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya),” Surah Al-Baqarah ayat 255.
Justeru sebenarnya adalah patut ummat Islam yang mengakui beriman kepada Allah SWT untuk melihat kembali bahawa Ramadhan hakikatnya bukan bulan beribadah. Ramadhan hakikatnya ialah bulan yang menyedarkan diri kita bahawa hidup ini ialah ibadah. Bulan yang menyedarkan kita bahawa hakikat hidup kita ialah pengabdian diri kepada Allah SWT, mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya.
Kita lihat kembali Ramadhan, siangnya kita dididik untuk berpuasa. Hakikatnya kita boleh terjemahkan arahan berpuasa di siang hari itu sebagai ‘supression’ – tekanan – atau paksaan kepada diri agar tunduk kepada Allah SWT. Apabila kita berpuasa, kita automatik menahan diri dari nafsu serakah yang biasanya kita biarkan liar di bulan yang lain.
Perhatikan, dalam bulan Ramadhan, kita jadi sensitif benar dengan apa yang ‘membatalkan puasa’. Jangan kata makan dan minum serta hubungan seks, kadang korek hidung, korek telinga, berkumur dan gosok gigi pun jadi ‘besar’ untuk kita di dalam Ramadhan. Kerana takut terbatalnya puasa. Terus di dalam bulan Ramadhan, kita ada azam untuk mengawal lidah dari percakapan buruk, telinga dari mendengar perkataan buruk, dan mata dari melihat perkara buruk, kerana risau pahala berpuasa berkurangan. Risau puasa kita menjadi puasa yang sekadar lapar dan dahaga semata-mata.
Hakikatnya, sama sahaja dengan kehidupan di 11 bulan yang lain. Tinggal bezanya, bulan-bulan yang lain kita tidak diwajibkan berpuasa di siang hari. Tapi masih juga, di bulan-bulan yang lain itu, makan dan minum berlebihan adalah tidak digalakkan di dalam Islam. Di bulan-bulan yang lain itu, tetap sebenarnya percakapan yang buruk, melihat perkara yang dilarang, mendengar perkara yang tidak mematuhi syariat, adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Kita digalakkan menambah amal dan kebajikan di dalam Ramadhan, begitulah juga sebenarnya kita digalakkan bersungguh berbuat amal dan kebajikan di bulan-bulan yang lain. Kerana itulah dia hidupnya seorang mukmin, dia hidup dengan kebaikan dan membawa kebaikan kepada orang lain. Bukan di bulan Ramadhan sahaja begitu.
Justeru sebenarnya siang di Bulan Ramadhan itu, melatih kita untuk hidup dengan kehidupan sebenar seorang mukmin. Perhatikan sabda-sabda Rasulullah SAW yang berikut:
Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata: “Aku bertanya: Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab: Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” Hadith Riwayat Bukhari.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” Hadith Riwayat Bukhari.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh.” Hadith riwayat Bukhari.
Ketinggian akhlak itu ialah dengan pematuhan kita terhadap perintah dan larangan Allah SWT. Dan ini sebenarnya berjalan sepanjang masa, bukan sahaja pada Ramadhan.
Setahun, Satu Bulan Kesedaran & Servis Diri
Allah SWT adalah Tuhan yang menciptakan manusia. Dia satu-satunya Tuhan, yang merupakan Tuan bagi segala-galanya. Apabila Dia menciptakan manusia, Dia tahu lemah dan kurangnya manusia ini. Dalam setahun, maka diciptakannya Ramadhan dan difardhukan ke atas mereka yang beriman kepadaNya, untuk berpuasa di dalam bulan ini.
Apakah kerana Dia mahu menambah kekuatanNya? Jika orang tidak berpuasa dalam Ramadhan, Allah akan melemah? Tidak sama sekali. Maha Suci Allah SWT dari kelemahan dan kekurangan.
Namun Ramadhan itu, dan aktiviti di dalamnya, suruhan dan tegahan di dalam Ramadhan itu, sebenarnya manfaatnya ialah untuk manusia yang melaluinya. Ramadhan menjadi bulan kesedaran bagi yang selama ini alpa untuk 11 bulan lamanya, atau untuk tahun-tahun yang sebelumnya. Ramadhan juga menjadi bulan ‘servis diri’ bagi mereka yang memanfaatkannya.
11 bulan penuh mencabar, maka Allah hadiahkan kita Ramadhan yang mana suasananya diberikan sedikit keringanan untuk diri jadi rasa lebih bersemangat untuk beribadah dan membuat penambah baikan.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila Bulan Ramadhan tiba, maka dibukakanlah pintu-pintu syurga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.” Hadith Riwayat Musim.
Apakah benar syaitan betul-betul dibelenggu dan pintu neraka ditutup, itu satu perbahasan. Namun sama ada benar atau ianya sekadar kiasana, kedua-duanya membawa konklusi yang serupa, yakni suasana di dalam bulan Ramadhan adalah suasana yang dimudahkan untuk kita beribadah dan membuat penambah baikan kepada diri.
Di sini kita mengambil peluang. Kita lihat pula bagaimana Allah SWT menjanjikan ketaqwaan sebagai hasil daripada pemfardhuan puasa di bulan Ramadhan.
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas kaum-kaum sebelum kamu, moga-moga kami beroleh ketaqwaan.” Surah Al-Baqarah ayat 183.
Allah SWT tidak menjanjikan perkara lain. Allah tidak menjanjikan penambahan iman, Allah tidak menjanjikan kesabaran, Allah tidak menjanjikan kemenangan. Tetapi Allah SWT menjanjikan ketaqwaan. Taqwa ini mudahnya ialah takut, peka, sensitif dengan suruhan dan tegahan Allah SWT. Kepekaan dan sensitiviti ini, dapat kita lihat tertingkat dengan ibadah puasa – kita sangat-sangat menjaga diri untuk tidak membatalkan puasa dan mengurangkan pahala puasa. Sebenarnya itu adalah latihan untuk 11 bulan yang lainnya, agar kita berhati-hati tidak membatalkan keimanan kita dan juga mengurangkan pahala kita di sisi Allah SWT.
Nampak? Kerana itulah taqwa yang menjadi pialanya di dalam kem Ramadhan.
Supaya keluar dari Ramadhan, kita punya kesedaran untuk hidup dengan kehidupan seorang mukmin yang sebenar.
Penutup: Tuhan Kita Ialah Allah
Barangsiapa yang beriman dengan Ramadhan, Ramadhan ini setahun sekali sahaja. Ramadhan akan pergi, dan kemungkinan tidak akan datang kembali.
Namun barangsiapa yang bertuhankan Allah SWT, maka Allah SWT itu sentiasa hidup dan tidak akan sesekali mati. Allah hidup semasa Ramadhan dan Dia jugalah Tuhan kita di luar Ramadhan.
Maka lihatlah Ramadhan sebagai bulan untuk kita melatih diri hidup sebagai seorang mukmin yang sebenar.
Jangan sekadar menahan hawa nafsu, menjauhi perkara larangan Allah, semata-mata untuk menjaga puasa, semata-mata untuk ‘menghormati Ramadhan’. Kerana Ramadhan bukan Tuhan kita. Namun itu semua hakikatnya perlu kita lihat sebagai latihan agar kita mampu hidup dengan baik sebagai orang yang beriman pada 11 bulan yang lainnya.
Allah SWT tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia dan demikian jugalah Dia tidak menciptakan Ramadhan dengan sia-sia. Allah SWT tidak akan mengwajibkan Ramadhan jika ia tidak ada maknanya yang tersendiri. Ada signifikannya. Ada tujuanNya yang besar.
Itulah dia untuk menyelamatkan hamba-hambaNya yang beriman, agar mereka dapat hidup dengan kehidupan yang sebenar, kehidupan yang lebih baik, dalam perjalanan mencari redha dan maghfirah Allah SWT.
Barangsiapa yang keluar dari Ramadhan dan dia tidak mampu membawa hasil Ramadhan dalam perjalanannya pada 11 bulan yang kemudian, dia hakikatnya terlepas makna sebenar Ramadhan.
Piala Ramadhan ialah taqwa, dan lihatlah pesanan Allah SWT akan bekalan yang terbaik:
“Berbekal lah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah taqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 197.
Muhasabah.
The post Ramadhan – Simulasi Kehidupan Mukmin appeared first on Langit Ilahi.
July 1, 2015
Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-‘Asr ayat 1-3
Bagi rakan-rakan yang punya pengalaman mengikuti usrah atau ‘islamic circle’, atau juga mengikuti majlis-majlis serta program Islamik, pasti biasa dengan Surah Al-‘Asr. Kerana surah ini menjadi penghias bibir tatkala majlis ditamatkan.
Surah Al-‘Asr adalah antara surah terpendek di dalam Al-Quran, namun maknanya adalah antara yang terbesar. Sebagaimana namanya, tema utama dalam Surah Al-‘Asr ialah masa. Dalam erti kata lain, kehidupan itu sendiri.
Surah ini hakikatnya merupakan antara surah yang patut dihadam dan menjadi tunjang dalam pergerakan hidup kita.
Allah SWT berfirman:
“Demi masa! Sesungguhnya (seluruh) manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Berpesan-pesan terhadap kebenaran dan berpesan-pesan terhadap kesabaran.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb Dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
Asy-Syahid Syed Qutb memberikan kupasan panjang terhadap Surah Al-‘Asr ini. Namun saya petik beberapa perenggan komen beliau akan surah yang penuh makna ini:
“Dalam surah pendek yang hanya terdiri atas tiga ayat ini, tercermin manhaj(sistem) yang lengkap bagi kehidupan manusia sebagaimana yang dikehendaki Islam. Nampaklah rambu-rambu tasawwur imani dengan hakikatnya yang besar dan lengkap dalam bentuk yang jelas dan cermat.
Surah ini meletakkan dustur(perlembagaan) Islami secara menyeluruh dalam kalimat-kalimatnya yang pendek. Juga mengidentifikasi ummat Islam dengan hakikat dan aktivitinya dalam sebuah ayat, yakni ayat ketiga dari surah ini. Hal ini adalah sebuah paparan singkat yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh sesiapa selain Allah.
Hakikat besar yang ditetapkan surah ini secara total adalah bahawa dalam semua rintangan zaman dan perkembangan manusia, hanya ada satu manhaj yang menguntungkan dan satu jalan yang menyelamatkan, yakni manhaj yang telah dilukiskan batas-batasnya dan diterangkan jalannya oleh surah ini. Ada pun yang berada di luar dan bertentangan dengannya adalah kesia-siaan dan kerugian.
Manhaj itu ialah iman, amal soleh, saling menasihati untuk mentaati kebenaran dan saling menasihati untuk menetapi kesabaran.”
Masa & Kehidupan
Kehidupan dan masa hakikatnya ialah kembar seiras. Seiring masa berjalan, kehidupan juga berpapasan. Kedua-duanya tidak akan dapat dikembalikan apabila ia pergi. Dan kenyataan yang paling penting perlu kita sedar semenjak awal ialah hakikat bahawa kedua-duanya punya tempoh tamat. Kedua-duanya ialah terhad.
Saya sering mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa sehari ada 24 jam. Tidak akan berkurang dan bertambah. Seminggu ada 7 hari. Setahun ada 365 hari. Dan dalam hidup kita, ada bilangan tahun yang terhad , yang mana bila tiba ajal kita, bilangan tahun itu tidak akan bertambah.
Justeru kita punya masa yang sebenarnya ada tempoh tamat. Masa yang punya tempoh tamat ini membentuk satu ruang kehidupan yang terhad. Yang di akhirnya kita punya satu dari dua pilihan. Sama ada mengisi ruang yang terhad ini dengan perkara yang bermanfaat, atau membiarkannya terisi dengan perkara yang sia-sia.
Kesan daripada pilihan kita akan mempaparkan dirinya tatkala kita berdiri di hadapan Allah SWT kelak. Namun secara asasnya, jika kita isi dengan kebaikan, pengakhiran yang baik buat kita. Jika kita isi dengan keburukan dan kesia-siaan, maka pengakhiran yang buruk buat kita.
Saya pernah diajukan soalan, yang mempersoalkan akan mengapa Allah SWT memberikan kita kehidupan ini?
Saya menjawab: “Sebagai peluang untuk kita mengecap syurgaNya.”
Jika kita memandang kehidupan sedemikian rupa, pasti kita akan bersungguh-sungguh berusaha mengisi ruangan yang terhad ini dengan apa yang akan membawa kita ke sana.
Jika sebaliknya, kita memandang kehidupan hanya tempat bermain-main, sudah pasti kita tiada kesungguhan untuk mengisinya dengan perkara yang bermanfaat, lantas menempah pengakhiran yang buruk apabila ruang yang terhad ini penuh diisi dengan kesia-siaan dan keburukan.
Secara Asasnya, Semua Manusia Dalam Kerugian
Surah ini bermula dengan Allah SWT bersumpah terhadap masa. “Demi Masa!” Ini menunjukkan besarnya kepentingan masa, bukan terhadap Allah SWT kerana Allah SWT tidak terkesan dengannya. Namun terhadap manusia, yang hidupnya berjalan berasaskan masa. Allah bersumpah dengan masa, supaya manusia memberikan perhatian lebih kepada perkara ini.
Begitulah apabila Allah bersumpah demi waktu Dhuha, demi fajar, demi malam dan sebagainya. Untuk manusia membuka mata dan cakna terhadap perkara-perkara tersebut. Ada yang bermakna untuk menyingkap kebesaran Allah SWT. Ada pula yang membawa makna yang lebih mendalam dari sekadar zahirnya semata-mata.
Kembali kepada masa, selepas bersumpah dengannya, Allah SWT terus menyatakan bahawa manusia itu di dalam kerugian. Di sini jelas kita melihat perkaitan antara masa dan kerugian insan. Kita semua tahu bahawa fitrah masa ialah ia perkara yang tidak dapat ditukar ganti. Masa tidak boleh dihentikan, masa tidak boleh dibeli, dan masa yang pergi takkan sesekali kembali.
Justeru asas kerugian utama manusia ialah pembaziran masa. Dan semua manusia akan mengalami kerugian ini, kerana masa fitrahnya berjalan ke hadapan, bukan ke belakang dan pergi tidak akan sesekali kembali.
Manusia tidak akan dapat lari dari kerugian ini. Kerana masa tidak menunggu manusia. Dia berjalan sendiri.
Dan apakah yang dikira rugi di sisi Allah SWT?
Allah SWT mendefinisikan kerugian dalam firmannya yang berikut: “Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal.” Surah Asy-Syura ayat 45.
Apabila seseorang itu tidak memanfaatkan masanya sebagaimana petunjuk Allah SWT di dalam surah Al-‘Asr, automatik dia rugi. Sifirnya mudah. Hidup tidak menunggu kita membuat pilihan. Masa akan terus berjalan tanpa menanti kita. Jika kita membuat pilihan untuk memanfaatkannya sebagaimana petunjuk Allah SWT, kita akan terkeluar dari kerugian. Jika kita membuat pilihan untuk tidak memanfaatkannya sebagaimana petunjuk Allah SWT, kita akan terjerumus ke dalam kerugian. Jika kita tidak membuat pilihan, kita automatik akan masuk di dalam golongan yang kedua kerana masa berjalan tidak menanti kita.
Maka kita cuba pula melihat apa petunjuk Allah SWT untuk mengeluarkan kita dari kerugian ini.
Jalan Mengelak Kerugian
Saya teringat satu analogi masyhur, berkenaan pemain bola dan penyokong di tepi padang. Katakanlah penyokong sebenarnya lebih berbakat dari pemain, selain lebih bersemangat, dia juga punya pelbagai strategi di mindanya, bahkan jikalah bola sampai kepadanya, dia akan mampu menyumbatkannya ke dalam gol.
Persoalan: Apakah semangat penyokong itu, kehebatan strateginya, kemampuannya menyumbat gol ke gawang lawan, bermakna?
Tidak sama sekali kerana dia bukan pemain. Jika dia sumbat bola ke gawang lawan pun, golnya tidak dikira. Dia bukan pemain yang sah di atas padang.
Begitulah kita melihat mengapa saranan pertama mengelak kerugian di dalam Surah penuh makna ini ialah keimanan.
“Demi masa! Sesungguhnya (seluruh) manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman…”
Keimanan di dalam hati, dan kita meterai dengan lisan melalui lafaz syahadah, menjadikan kita sebahagian dari ‘pemain’ di lapangan Islam. Kita peserta berdaftar. Keimanan kita melambangkan kita telah membuat pilihan untuk memanfaatkan kehidupan kita berdasarkan petunjuk Allah SWT. Tanda kita bersedia untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT, mengisi kehidupan ini dengan menjalankan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Membuat pilihan sahaja tidak cukup. Kita perlukan tindakan. Keimanan melalui hati dan lafaz juga sebenarnya tidak bermakna jika tidak dimanifestasikan melalui amal. Sebagaimana kata-kata masyhur:
“Iman itu bukan angan-angan, bukan sekadar kata-kata, tetapi ia apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal.”
Justeri diiringi syarat keimanan tadi dengan amal soleh. “Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.”
Secara asasnya, amal soleh itu ialah kepatuhan kita kepada perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Kita memenuhkan masa kita dengan keimanan dan amal soleh ini, dan itulah caranya kita memanfaatkan masa untuk mengeluarkan kita dari kerugian yang nyata.
Saranan ini dilengkapkan pula oleh Allah SWT dengan tema ‘istiqomah’ apabila Surah ini ditutup dengan ayatnya yang ketiga, yang bermaksud: “Dan berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran.”
Yang membawa erti untuk orang-orang yang beriman serta beramal soleh tadi, sentiasa saling mengingatkan sesama mereka untuk kekal di atas haq/kebenaran, supaya tidak tersasar ke arah kesesatan dan bersabar dengan segala mehnah serta tribulasi yang akan sentiasa berusaha menggoyahkan hamba-hamba Allah SWT dari jalan iman dan amal soleh.
Memenuhi empat perkara ini, mengeluarkan manusia dari kerugian.
Hidup Dengan Hala Tuju Dan Berwawasan
Surah Al-‘Asr hakikatnya adalah surah asas kepada pembentukan peribadi seorang mukmin. Boleh saya katakan bahawa ayat-ayat lain yang membicarakan perihal akhlak, amal-amal kebaikan dan sebagainya ialah ‘syarah’ kepada ayat-ayat di dalam Surah Al-‘Asr.
Dengan Surah Al-‘Asr, seorang manusia itu dalam meletakkan batu-batu asas dalam kehidupannya, untuk dia hidup dengan hala tuju dan wawasan yang jelas. Yakni dia tidak akan menjadi sekadar ‘seorang lagi manusia’, yang hidup dan melihat kehidupan ini dengan cara ‘take it for granted’.
Tetapi dia faham bahawa kehidupannya berkait rapat dengan masa, dan masa akan berlalu pergi tanpa menanti dirinya. Lantas dia pantas mempersiapkan dirinya untuk menjadi hamba Allah SWT yang memanfaatkan masa ini.
Dengan keimanan yang mantap bermula dari hati, kemudian diterjemahkan dengan tindakan, seterusnya dia akan sering memeriksa dirinya dan orang sekeliling untuk kekal di atas haq, dan berusaha pula untuk sabar menempuh perjalanan yang penuh ranjau ini hingga ke akhirnya.
Orang sebegini tidak akan hidup dengan sia-sia.
Dia akan menjadi seorang manusia yang peka. Yang tahu apa hendak dilakukan.
Ya, dia masih manusia biasa. Dia akan terjatuh, tersungkur, mungkin tertipu dengan dunia. Namun jika dia orang yang memahami intipati Surah Al-‘Asr, dia tahu apa yang dia perlu lakukan selepas terjatuh, tersungkur dan sebagainya. Yakni dia akan bingkas bangkit, dan memposisikan dirinya semula atas landasan yang benar.
Kerana akhirnya orang yang menghirup intipati surah Al-‘Asr ini faham bahawa ruang kehidupan ini terhad. Maka pada ruang yang terhad inilah dia akan bergolok gadai untuk tidak menjadi orang yang rugi. InsyaAllah orang yang memahami, akan berusaha bersungguh-sungguh dalam ruangan yang terhad ini. Jika mati tidak dalam keadaan berjaya betul-betul menjadi seorang yang memenuhi hidupnya dengan amal soleh dan istiqomah atas kebenaran serta sabar di atasnya sekali pun, sekurang-kurangnya mati dalam keadaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Dan Allah pasti tidak akan mensia-siakan hambaNya yang telah berusaha.
Muhasabah.
The post Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-‘Asr ayat 1-3 appeared first on Langit Ilahi.
June 26, 2015
Menjemput Keberkahan Kembali
Keberkahan itu adalah pertambahan yang membuatkan kita terus tetap dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sesuatu yang bertambah, tetapi tidak membuatkan kita terus taat kepada Allah, ia bukanlah barakah.
Berkah adalah sesuatu yang tidak dapat diukur nilainya dengan mata kasar, tidak dapat dihitung dengan kalkulator atau ilmu matematik, tidak juga dapat diketahui perkiraannya secara tepat mengikut logik akal.
Logiknya hanya ada pada Allah.
Keberkahan adalah bahagian dari tanda keredhaan Allah terhadap hamba-Nya. Keberkahan adalah bahagian dari tanda Allah s.w.t. cinta kepada hamba-Nya. Ia bukan tujuan, tetapi bila dianugerahkan, ia melonjakkan kita dalam amal ketaatan dan membuatkan kita terus istiqamah di atasnya.
Ibarat seorang pekerja yang bekerja penuh kesungguhan, melunaskan tanggungjawabnya dengan baik sehingga dicintai oleh majikannya, lalu bukan sekadar mendapat gaji atas usaha kerjanya, tetapi juga diberikan elaun dan bonus sebagai menghargainya dan juga galakan untuknya terus maju.
Dengan Taqwa Menuai Keberkahan
“Sekiranya penduduk sesuatu kampung beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan pintu keberkatan dari langit.” [Al-A’raf : 96]
Melalui ayat ini, keberkatan didapatkan lewat 2 syarat :
1) Beriman
2) Bertaqwa
Ia adalah apa yang kita cari di dalam Ramadhan ini.
Kita bukan mencari solat tarawikh di dalam Ramadhan ini, tidak juga kita cari makanan yang sedap-sedap untuk penuhkan perut kita yang kelaparan berpuasa seharian, tetapi yang kita cari adalah tujuan tertinggi daripada semua itu iaitu taqwa.
Kegagalan memahami tujuan ini akan membuatkan kita mengutamakan solat tarawikh, tetapi mengabaikan solat fardhu seperti Subuh dan Isya’.
Kegagalan memahami makna utama di sebalik Ramadhan ini akan membuatkan kita sibuk di bazar Ramadhan mencari menu untuk memenuhkan perut-perut kita, tetapi kita mengabaikan makna memberi dan menjadi pemurah dengan menjamu orang lain makan.
Kegagalan meletakkan taqwa sebagai target utama yang perlu dipenuhi tuntutan-tuntutannya menyebabkan kita berpuasa zahir, tetapi mulut kita tidak sepi dari mengata dan mengumpat orang, telinga berkongsi dosa mendengar umpatan dan gosip orang, mata masih tetap terus melihat perkara maksiat walaupun perut sedang berkeroncong kelaparan.
Kita mungkin berpuasa, tetapi kita kehilangan jalan menuju taqwa.
Bila puasa kita tak mampu menyampaikan kita kepada makna taqwa, maka tinggallah puasa sekadar al-ju’ (lapar) dan al-‘athosh (dahaga).
Kita berpuasa, tetapi kita gagal membina perisai dalam jiwa kita dari maksiat dan dosa.
Apakah maknanya puasa kita?
Bila taqwa tidak ada, maka keberkahan pun menjauh dari diri kita.
Berkah Dalam Makna Individu Dan Sosial
Kehidupan individu menjadi terumbang-ambing, serba tidak kena kerana kehilangan keberkahan. Banyak harta, tetapi tak cukup-cukup. Kedudukan hebat, tetapi tak puas-puas, cepat prasangka dan hasad pada orang lain. Jawatan hebat, tetapi makan rasuah.
Kehidupan sosial juga menjadi kacau kerana hilang barakah.
Sebagaimana masyarakat sosial di zaman Nuh, dimusnahkan oleh banjir kerana menolak beriman kepada Allah.
Sebagaimana kaum Soleh, yang ingkar kepada arahan Nabinya kerana tamakkan keduniaan dengan menyembelih unta yang keluar dari bukit. Akhirnya mereka itu dimusnahkan oleh Allah dengan pekikan suara yang kuat.
Sebagaimana halnya juga kaum Luth, yang melakukan perkara luar fitrah dengan melazimi homoseksual sehingga keberkatan dicabut dari negeri itu, lalu dimusnahkan mereka itu dengan diterbalikkan bumi.
Zahirnya dimusnahkan oleh azab Allah. Tetapi sebelum azab Allah singgah melenyapkan mereka, bumi mereka itu masing-masingnya telah hilang keberkahan kerana setelah berkali-kali diberi peringatan, mereka ingkar dan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Bumi pun tidak redha di atasnya berdiri orang yang berkeras atas kemaksiatan mereka.
Kemaksiatan menjauhkan mereka dari iman kepada Allah. Kalau dengan iman pun jauh, apatah lagi taqwa.
Kerana kehilangan iman kepada Allah, ditambah pula sikap berkeras atas kemaksiatan mereka, maka akhirnya mereka itu diazab oleh Allah.
Di dalam ummat kita yang ditangguh azabnya, apabila keberkahan ditarik, pastilah ia meninggalkan kita dalam bentuk yang menakutkan. Azab tidak turun, tetapi kita teruji dengan politik yang bersimpang siur, ekonomi yang bermasalah, agama yang dipergunakan, sosial yang rosak serta ramai orang mahu membuka mulut tetapi mengabaikan fikir dan adab.
Penutup : Menjemput Semula Berkah Yang Menjauh
Keberkahan menjauh apabila kemaksiatan berleluasa. Lebih dahsyat apabila tidak merasai maksiat adalah satu kesalahan dan dosa, bahkan dipandang sebagai satu kebiasaan pula, baik dalam peringkat individu, keluarga sesama ibu ayah mahupun dalam masyarakat yang besar.
Ramadhan ini, marilah kita perbaiki diri kita, kembali kepada Allah, minta ampun atas segala dosa-dosa kita, tinggalkan segala dosa maksiat kita.
Tidak mungkin keberkahan dituai dengan hanya melakukan kebaikan, tetapi tidak meninggalkan kemaksiatan.
Jemputlah semula keberkahan hadir di dalam hidup kita, keluarga kita dan masyarakat kita.
Banyak yang serba tak kena dan lintang pukang apabila keberkahan menjauh dari masyarakat. Politik bermasalah, ekonomi merudum teruk, sosial runtuh.
Ramadhan ini, jemput semula keberkahan kembali dengan menggapai taqwa.
Mintalah syurga, mintalah dijauhkan dari api neraka.
Menjauhlah kita dari maksiat dan dosa, lazimilah kebaikan nan bercahaya.
Ajaklah masyarakat sekitar bersama, membaiki diri kembali kepada Ilahi.
The post Menjemput Keberkahan Kembali appeared first on Langit Ilahi.
June 25, 2015
Komik: Kembali Pada-Mu
June 22, 2015
3 Kelebihan Ramadhan Untuk Hamba Yang Berdosa
Ramadhan hakikatnya bukan bulan untuk kita berlapar dan dahaga semata-mata. Jauh sekali untuk kita melantak makanan sehingga sukar bernafas dan bangun semula.
Sebagai seorang manusia yang penuh kelemahan dan pastinya mempunyai dosa-dosa, tidak dapat tidak kita berusaha untuk mencari jalan membersihkan diri. Kita kadang diserang oleh keraguan, apakah Allah SWT masih sudi mencintai hamba seperti kita ini, yang banyak berdosa dan penuh kekurangan, yang sering lalai dan alpa melanggar perintah dan larangan.
Jika Ramadhan kita jadikan sekadar bulan berlapar dahaga atau bulan melantak makanan ketika berbuka, maka rugilah kita yang penuh dosa ini. Lebih rugi apabila Ramadhan tidak diendahkan, lantas kita menambah lagi dosa-dosa kita di dalamnya.
Kerana Ramadhan hakikatnya merupakan kelebihan buat hamba-hamba yang berdosa.
Saya kongsikan 3 kelebihan Ramadhan untuk kita yang berdosa ini.
Kelebihan Pertama: Pintu Taubat Dibuka Seluas-luasnya.
Ibadah Ramadhan hakikatnya merupakan satu ibadah pembersihan. Ramadhan bertujuan mempersiapkan ummat Islam untuk mendapat ketaqwaan, maka dalam perjalanan mempersiapkan ketaqwaan itu, kita akan mendapat peluang membersihkan diri dari dosa-dosa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkira-kira(yakni bersungguh-sungguh), akan diampunkan untuknya dosanya yang telah lalu.” Hadith Riwayat Bukhari.
Berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh ini membawa maksud melalui Ramadhan dengan amal ibadah yang giat. Dengan kebaikan-kebaikan yang giat diusahakan. Bersungguh menjauhi maksiat dan penderhakaan.
Usaha menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan ini akan Allah kira, dan ganjarannya ialah keampunan untuk dosa-dosa kita yang telah berlalu.
Besar maknanya ganjaran tersebut bagi hamba yang diselaputi dosa. Allah sudi memberikan kita ‘restart’, dengan syarat kita benar-benar bersungguh menghidupkan Ramadhan.
Apakah kita yang banyak dosa ini akan melepaskan Ramadhan ini begitu sahaja?
Kelebihan Kedua: Pahala Digandakan Berkali Lipat
Tidak cukup dengan ganjaran pengampunan dosa jika kita menghidupkan Ramadhan, Allah SWT menambah lagi kelebihan Ramadhan untuk kita, dengan menjanjikan penggandaan pahala.
Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu.” Hadith Qudsi Riwayat Al-Bukhari & Muslim.
Kebiasaannya, setiap amalan kebaikan akan Allah SWT gandakan satu kebaikan kepada 10 pahala, hingga 700 kali ganda. Namun untuk puasa, ianya lebih daripada itu.
Dan di dalam Ramadhan, kita diwajibkan berpuasa sebulan. MasyaAllah, Allah SWT hendak berikan kita sebanyak-banyaknya pahala di dalam bulan ini, hanya dengan berpuasa. Apatah lagi apabila ditambah dengan amal ibadah yang lain-lain seperti bersahur, berbuka, membaca Al-Quran, bertarawih, solat berjemaah, memberi makan orang berpuasa dan macam-macam lagi.
Pilihan di tangan kita.
Untuk seorang yang dirinya berlumut dosa, ini sebenarnya pesta mencuci diri.
Namun siapa yang menghargai?
Kelebihan Ketiga: Syaitan Digari, Pintu Neraka Ditutup
Untuk melengkapkan lagi kelebihan Ramadhan agar hamba-hamba yang punya dosa mampu memanfaatkannya, Allah SWT menjanjikan kepada kita untuk menutup pintu neraka dan menggari syaitan-syaitan durjana dari menganggu kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Bulan Ramadhan tiba, maka dibukakanlah pintu-pintu syurga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.” Hadith Riwayat Musim.
Ada perbahasan berkenaan perkara ini. Ada yang menyatakan memang betul-betul pintu neraka ditutup dan syaitan digari. Ada yang menyatakan hanya sebahagian syaitan sahaja yang digari, syaitan-syaitan yang utama. Ada pula yang berpendapat bahawa semua ini hanyalah metafora yang hendak menyatakan bahawa suasana di dalam bulan Ramadhan itu, dipermudahkan untuk berbuat kebaikan. Syaitan masih ada, pintu neraka masih terbuka, tetapi kesannya dikurangkan oleh Allah SWT agar manusia mendapat suasana yang lebih kondusif untuk memanfaatkan Ramadhan.
Apa-apa hal pun, konklusi daripada hadith tersebut ialah, suasana di dalam Bulan Ramadhan memang disediakan untuk membakar semangat hamba-hamba Allah beribadah, meningkatkan amal kebaikan dan menambah pahala.
Kalau kita perasan, orang yang jarang solat sunat pun, tiba-tiba boleh bangun 8 rakaat tarawih tambah 3 witir selepas 4 rakaat Isya’. Orang yang jarang baca Al-Quran pun tiba-tiba semangat nak baca 1 juzu’ Al-Quran sehari. Menakjubkan bukan?
Dan suasana Ramadhan secara zahirnya juga sangat membuatkan kita rasa ketinggalan kalau tidak bersungguh melakukan kebaikan. Kerana di sana sini orang bersungguh-sungguh berbuat kebaikan. Menjadikan kita termotivasi untuk sama melakukannya.
Maka apakah kita yang selama ini banyak berdosa, lalai dan alpa dalam bulan-bulan yang lainnya, tidak mahu mengambil peluang?
Penutup: Ramadhan Masa Mencuci Diri
Ramadhan ini datangnya setahun sekali. Kerana itu ada kata-kata yang menyatakan, jika kita tahu akan kelebihan Ramadhan, kita pasti mahu Ramadhan itu sepanjang tahun. Namun itulah dia makna ‘istimewa’, yang istimewa ini tidak datang sentiasa. Ramadhan sekali sahaja dalam setahun.
Jika terlepas Ramadhan ini, entah apa akan kita berjaya sampai ke Ramadhan yang seterusnya?
Justeru kita yang banyak dosa ini patut menghargai Ramadhan yang tiba kepada kita.
Kenapa masih mahu berlengah?
Kenapa kita tidak menunjukkan penghargaan kita kepada Allah SWT dengan betul-betul memanfaatkan Ramadhan ini?
Jangan kata Allah tak sayang kita. Allah sayang kitalah dia hadiahkan kita Ramadhan.
Persoalannya, apakah kita hendak membalas kasih sayang Allah SWT?
Muhasabah.
The post 3 Kelebihan Ramadhan Untuk Hamba Yang Berdosa appeared first on Langit Ilahi.