Hilal Asyraf's Blog, page 33
August 21, 2015
Khutbah..
August 19, 2015
Novel Lagenda – Pilot

Gambar diambil daripada http://akulangit.deviantart.com/art/p...
Assalamu’alaikum.
InsyaAllah, Novel Lagenda ialah projek terkini saya di medan karya kreatif. Temanya lebih kurang macam Takdir. Namun kali ini saya akan fokus dengan mengambil elemen-elemen daripada One Piece, Bleach dan Naruto, saya adun dan jadikan Novel Lagenda.
Bacalah dulu sedikit.
Nak terang panjang, bosan pula.
Mohon doakan ya.
Enjoy!
Nafas turun naik. Keringat menghiasi wajah. Rasa tidak larat untuk meneruskan. Namun dia tahu bahawa tiada pilihan yang dibentangkan. Perlahan-lahan dia mengangkat muka, menala mata, tepat pada susuk tubuh yang sedang melangkah setapak demi setapak penuh gagah lagi bertenaga.
Lelaki, rambutnya hitam panjang paras leher, namun kini sedang berkibar-kibar, sama seperti seluruh pakaiannya, dek ditiup angin yang terhasil daripada aura yang menghembus dari seluruh pelusuk tubuh. Tangan kanan kemas erat memegang senjata. Berupa sebilah golok panjang, berwarna merah garang, mata golok itu menyentuh tanah, terhasil percikan api sepanjang seretan yang seiring dengan langkahan lelaki itu.
Waroji Rofmusha namanya.
“Sudah hendak mengalah?” Pahlawan itu berteriak garang. Jarak antara mereka tinggal sekitar tiga depa. Dia tahu Waroji akan memecut bila-bila masa, untuk menyergah dirinya dengan serangan terakhir, meragut nyawanya pergi dari alam ini.
Apakah dia hendak mengalah sekarang?
Hujung matanya memandang keris pada tangan kanan yang kini menongkat tubuh.
“Berdoalah kepada Tuhanmu, itu pun jika Dia benar ada!” Laungan itu menarik semula sepenuh perhatiannya kepada Waroji. Golok yang tadi terseret pada bumi, sudah tegak menujah langit di hadapan wajah pendekar itu. Serangan terakhir.
Dia menghela nafas. Mengah tadi sudah mula menghilang. Namun dadanya masih terasa berat. Dirinya ditolak bangun. Tangannya membuka bunga tari persilatan, sambil langkahnya bergerak membuka kekuda.
Matanya ditutup.
“Tubuh musuh yang besar, tenaga musuh yang besar, bagi seorang pendekar handalan, adalah sebuah kelebihan untuk dirinya. Kerana peluang untuk dia meminjam tenaga tadi, untuk dipergunakan semula ke atas musuh tersebut adalah besar. Jadi jangan tertipu dengan besarnya jasad musuh kita. Bertenang.”
“Mudahlah cakap.” Dia mencebik kepada lelaki 30-an yang sedang berjalan mengelilingi dirinya. Dia sedang membuka kekuda, bertahan dalam posisi itu.
Lelaki itu tersenyum kemudian ketawa. “Tak percaya?”
Lelaki itu memandang ke belakang, kelihatan di sana terdapat sekumpulan manusia, pelbagai ragam, sedang duduk bergembira mengelilingi sebuah meja bulat, bersembang dan bercanda sesama mereka.
“Bulat, mari sini sebentar, jika engkau sudi membantu kami.” Lelaki tadi bersuara, separa tinggi, cukup untuk memanggil sahabatnya itu. Lelaki yang dipanggil Bulat berdiri dan mendekati. Tubuhnya besar dan gempal, namun tegap pada masa yang sama. Besarnya lima kali ganda dari tubuh lelaki tadi.
“Serang aku. Sungguh-sungguh, jika engkau sudi.” Lelaki itu mempelawa, sambil tersenyum lebar.
Bulat tertawa. “Betul?”
Lelaki itu mengangguk.
Keningnya terangkat. Biar betul. “Eh, tak perlulah. Cedera nanti.” Dia kerisauan.
Lelaki itu menggeleng. Tangan kanannya diangkat, empat jarinya bersatu dan bergerak-gerak memberi isyarat agar serangan dilancarkan. “Serang menggunakan kerismu. Gunakan peringkat Jika engkau sudi.”
Dia dapat melihat wajah Bulat seperti terkejut, persis dirinya yang benar-benar terperanjat dengan pelawaan itu. Namun Bulat kemudiannya ketawa berdekah-dekah.
“Wah, wah, wah!” Rakan-rakan di meja bulat bersorak.
“Awan, cuba kekalkan kekudamu sambil memerhatikan ini semua ya.” Lelaki itu memandang kepada dirinya, sambil senyuman tidak lekang dari bibir.
Awan menelan air liur. Panik. Dia mula merasai Bulat sedang mengumpul auranya perlahan-lahan. Angin mula menerpa ke arahnya. Sedang lelaki itu tidak melakukan apa-apa persediaan, selain seluruh tubuhnya kini menghadap Bulat.
“Engkau sudah mempelawa. Haha.” Keris pada tangan kanan Bulat, diangkat sejajar wajah, Bulat kemudian mempertingkatkan tenaganya tinggi dalam sejenak masa. Kerisnya mula bercahaya.
“Parang Gempita!” Keris itu berubah menjadi sebilah parang panjang yang besar, dan Bulat tidak memberikan masa, dilibasnya Parang Gempita.
Mata Awan tidak berkelip.
Namun dia hampir tidak dapat menangkap apa yang berlaku.
Yang dia tahu, Bulat sudah terlentang di belakang tubuhnya, yang kini sedang terduduk meninggalkan kekudanya dek terkejut.
Sedang lelaki 30-an tadi tenang dalam posisi membaling, sebelum perlahan-lahan berdiri.
“Apakah engkau sudi mempercayaiku sekarang, Awan? Haha.” Ketawa.
“Ugh, Ildirim, demi budak ni sanggup kau kenakan aku.” Suara Bulat menjengah ke telinganya, namun Awan tidak memandang. Matanya terbeliak dan tidak lepas dari memandang Ildirim ketawa keriangan, kini sedang menunduk kepada rakan-rakannya yang sedang bertepuk sorak untuk persembahan tadi.
Ildirim menoleh semula kepada dirinya.
“Tenaga Bulat besar. Tubuhnya yang besar menambah daya tenaga itu. Aku sekadar menggunakan tangan dan kakiku, meminjam tenaga tadi, untuk menjatuhkannya.” Ujar Ildirim sambil melakonkan semula apa yang dilakukan tadi secara perlahan. Tubuhnya mengelak serangan Bulat, pada masa yang sama kakinya menyepak kaki Bulat untuk membuatkan Bulat hilang kestabilan, sambil tangannya memukul belakang tangan Bulat dari sisi. Ini menyebabkan Bulat, yang menyerang dengan penuh tenaga tadi, terpelanting.
Ildirim senyum lebar.
Awan masih larut dalam kekaguman.
Telinga Awan menangkap bunyi desupan. Keluar dari lamunan. Waroji sudah hilang. Api marak sedang menyerbu ke arahnya.
“Menang atau mati dalam usaha!” Awan berteriak. Dia meningkatkan auranya mendadak. Suasana mula menjadi perlahan dengan sendirinya. Tubuh Waroji mula kelihatan di tengah-tengah pusaran api marak yang sedang menyergahnya.
Awan mengelak sedikit.
Waroji melepasinya.
“Engkau hanya terperangkap!” Waroji berhenti mengejut, dan tubuhnya terus berputar membawa Golok Panjang untuk mendarat pada pangkal leher Awan. Api marak mengikuti gerak senjata Waroji.
Namun libasan itu tidak mendarat pada sasarannya. Awan telah keluar dari capaian libasan tersebut. Mata golok panjang dengan leher Awan terpisah dengan jarak seinci. Dan sebelum libasan itu terhenti, Awan menujah kerisnya pada bilah Golok Panjang. Mencuri daya dan tenaga Waroji, menyebabkan libasan yang sepatutnya terhenti, bersambung hingga Waroji hilang kawalan, dibawa tenaganya yang membuak-buak tadi, tubuhnya berputar sebentar di udara, sebelum wajahnya jatuh menghentam bumi sekuat hati.
Awan terundur beberapa langkah ke belakang dan terlutut. Walaupun dia berjaya mengelak dan membuat serangan balas sekelip mata, dia menerima akibatnya. Api marak yang dibawa Golok Panjang berjaya menyambar tubuhnya. Namun kecederaan itu tidak seberapa.
Berbanding Waroji yang masih tidak bergerak-gerak.
Awan bangun. Melangkah ke arah Waroji. Pendekar itu masih tidak bangun. Golok Panjang milik Waroji pula telah kembali berubah menjadi sebilah keris.
Kemudian Awan terlutut, dan kali ini dia terus jatuh. Terlentang tubuhnya betul-betul di sebelah Waroji dan wajahnya menghadap langit biru.
Tenaganya habis.
“Perlu jadi lebih kuat.” Awan bersuara. Seperti sedang berjanji.
“Begini, aku tak akan mampu menjadi Lagenda.”
Entah mengapa, langit tiba-tiba seperti mempaparkan wajah Ildirim dan rakan-rakan.
“Aku tunggu engkau di medan. Haha.” Ayat lelaki itu apabila Awan bersemangat menyatakan bahawa dia akan menjadi Lagenda.
“Engkau takkan ketawa nanti Ildirim.” Awan tersengih. Keris pada tangan kanannya masih tidak dilepaskan. Dia mengerling sebentar kepada senjatanya.
Nafas panjang dihela.
Perjalanan masih panjang.
“Sudah menang?” Satu suara menyapa. Awan masih kesakitan dan tidak bertenaga, tidak dapat melihat siapa. Namun dia tahu siapa.
“Haha, engkau berjaya tewaskan mereka semua? Dasyat.” Awan bersuara sambil wajahnya kekal menghadap langit.
“100 pendekar picisan, bukan apa-apa.” Pemilik suara kini sudah berada di sisi Awan. Lelaki, rambut hitam lebat sedikit tercacak, namun sebahagiannya ditutupi kain merah yang terikat mengulit dahi. Kain merah itu panjang, sebahagiannya berehat pada bahu. Bajunya pula koyak rabak, dan tubuhnya berlumuran darah. Jelas terpapar kecederaan di sana sini. Keris pada tangan kanan dimasukkan semula dalam sarungnya yang kemas disematkan pada tali pinggang. Kain merah dibuka ikatannya. Direhatkan pada bahu, mengelilingi leher secara longgar.
“Teruk juga kau.”
“Bukan apa-apa. Mahu menjadi Lagenda, ini hanya sedikit.” Lelaki itu bersuara perlahan, sambil menurunkan tubuhnya, duduk bersila di sebelah Awan.
“Engkau ni memang raksasa la Fayer.”
Fayer hanya tersengih.
“Mati ke dia?” Dia menjuihkan bibirnya pada Waroji.
Awan menggeleng. “Pengsan sahaja. Wajahnya terhentak sangat kuat pada bumi.”
“Hebat.”
“Hampir mati kut, hebat apanya.”
“Kita kena jadi lebih kuat lagi.”
“Setuju.”
Sepi kemudian mengisi ruang antara mereka. Masing-masing mengelamun. Awan memandang langit. Fayer turut mendongak ke arah yang sama. Larut.
Tidak lama selepas itu, orang-orang kampung berderu masuk ke perkarangan pangkalan Gengster Gunung yang diketuai Waroji. Waroji dan anak-anak buahnya diberkas. Awan dan Fayer dibawa pulang ke perkampungan dan dirawat. Gengster Gunung telah lama memeras kehidupan penduduk-penduduk kampung di Pergunungan Yaji ini. Kedudukan kampung yang terperusuk di dalam hutan, tinggi di atas pergunungan, terpencil, membuatkan pihak berkuasa Satria Putih tidak bertindak. Hinggalah Awan dan Fayer bertandang ke Pergunungan Yaji, untuk meneruskan perjalanan mereka.
Perjalanan untuk menjadi Lagenda.
The post Novel Lagenda – Pilot appeared first on Langit Ilahi.
August 18, 2015
Hamba Trend Atau Hamba Allah?
Banyak trend yang menyusup masuk ke dalam masyarakat muslim, kadangkala ‘dijemput’ oleh muslim itu sendiri.
Kebanyakan trend yang berakar dari akar tidak baik ini, sangat mudah tersebar dan jadi praktik hidup kalangan kita, terutamanya anak-anak muda.
Kalau dulu, sekejap-sekejap timbul budaya shuffle, kemudian timbul pula K-pop, pejam celik selepas itu timbul pula Gangnam Style dan pelbagai lagi macam trend hidup yang merosakkan.
Terbaru, Vape menjadi trend yang asalnya cuba mengatasi masalah rokok, tetapi rupanya jauh lebih merosakkan dari rokok. Bukan sahaja tidak begitu berjaya menangani masalah ketagihan, tetapi pula mengundang masalah kehilangan adab dan rasa malu.
Siapa Yang Kita Ikut?
Trend atau budaya-budaya sebegini, sebenarnya atas sebab apa kita mengikutinya?
Sebab seronok?
Sebab kawan?
Sebab tunjuk hebat?
Atau sebab tak nak dikatakan ketinggalan arus zaman?
Kalau tak nak dikatakan ketinggalan arus zaman, sang Khalilullah, Ibrahim a.s. pun tidak mengikuti ‘trend’ zamannya yang mempertuhankan berhala lebih besar dari Allah. Baginda dilempar ke dalam api, baginda membuktikan di depan Namrud akan keesaan Allah ketika Namrud mendakwa ketuhanannya. Trend-trend semasa itu tidak mempengaruhi baginda sehingga Allah menyuruh kita mengikut manhaj Ibrahim ini, iaitulah yang tidak mudah terpengaruh oleh tarikan-tarikan trend duniawi yang bercelapak di sekitar kita.
“Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif dan dia bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” [An-Nahl : 123]
Kalau hanya semata-mata ikut-ikutan, ketahuilah ramai orang binasa kelak di akhirat kerana mengikut tinggalan nenek moyang mereka, ikut-ikutan dengan orang yang mendahului mereka.
“Bahkan mereka berkata : Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan jejak mereka. Dan demikianlah Kami tidak mengutus sebelum kami seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata : Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka…Maka Kami binasakan mereka maka perhatikanlah kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.” [Az-Zukhruf : 22-25]
Membesarkan Trend Dalam Hidup Lebih Dari Allah
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman, cintanya amat sangat kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu hanyalah kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya.” [Al-Baqarah : 165]
Apa juga tandingan selain Allah dalam hidup kita ini, yang kita besarkannya lebih dari Allah, kita telah menjadi hamba kepada benda itu.
Kalau yang kita besar-besarkan dalam hidup kita itu trend semasa sehingga melalaikan dan mengenepikan Allah dalam pertimbangan akal kita, maka kita hamba kepada trend.
Kalau yang kita agung-agungkan dalam hidup kita itu harta sehingga kita letak Allah di tepi serta tidak peduli lagi halal haram, membantu orang susah dan lain-lain, maka kita adalah hamba kepada harta.
Mereka ini kelak, yang mengikut sesuatu kerana ia trend semasa yang diikuti ramai, sebagaimana firman Allah :
“ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali.”
“Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti : Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka.” [Al-Baqarah : 166-167]
Penutup : Menjadi Hamba Allah Dengan Sebenarnya
Salahkah mengikut trend?
Kalau ia adalah trend yang baik, yang menyumbang kepada ketaatan dan peningkatan iman kepada Allah, pastilah tidak salah. Tetapi tetap bukan trend itu yang kita agungkan, yang kita agungkan dalam hidup kita tetap adalah Allah s.w.t.
Trend akan berlalu pergi. Apa yang seronok hari ini untuk diikuti, 2-3 tahun lagi mungkin dah tak dipandang. Apa yang begitu hebat diwar-war pada hari ini, 10 tahun lagi, orang pun mungkin dah tak pedulikannya.
Kalau kita hidup di atas trend semasa, kita akan mudah menjadi lalang, orang yang tiada prinsip. Trend berubah, kita ubah lagi.
Sedangkan orang yang ada Allah dalam hidupnya, imanlah yang menjadi prinsipnya. Hubungan dengan Allahlah yang menjadi neraca penentu baik buruknya.
Contoh mudah yang biasa kita dengar pada hari ini, adalah suatu ketika dahulu di Barat sendiri pernah mengkanunkan pengharaman homoseksual, perkahwinan sesama jantina, tetapi hari ini trend berubah, lalu menghalalkan pula hal itu. Lalu adakah selamat diri kita, generasi kita kalau bersama trend yang sedemikian berubah-ubahnya?
Maka, letakkanlah Allah sebagai yang paling utama dan paling besar dalam hidup kita. Nescaya yang lain-lain akan jadi kecil belaka di mata hati kita.
The post Hamba Trend Atau Hamba Allah? appeared first on Langit Ilahi.
August 16, 2015
Umum: Bila Allah Akan Membalas Kebaikanku?
Pada Ogos 2015, ada satu kisah yang menarik berlaku. Saya di’tag’ oleh seorang sahabat di Facebook, berkenaan sebuah cerita. Yang mana cerita tersebut merupakan kisah benar seorang pemudi, yang melakukan kebaikan dengan membelanja seorang pakcik tiket KTM, seterusnya melayan pakcik itu dengan baik sepanjang perjalanan. Akhirnya pakcik itu meminta untuk meminjam sebentar Buku yang dibawa oleh pemudi tersebut. Kebetulan, buku yang sedang dibawa ialah Buku Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita karangan saya, Hilal Asyraf. Selepas membelek sebentar buku tersebut, pakcik itu memberikan semula kepada pemudi itu dan berpesan dengan pesanan ringkas namun penuh harapan. Apabila pemudi tersebut pulang, dia perasan ada RM300 terselit pada buku tersebut, diselitkan oleh pakcik tadi, yang rupanya seorang berpangkat besar dalam kerjayanya.
Cerita ini menjadi viral di alam maya apabila dikongsikan pemudi tersebut. Puluhan ribu ‘like’ dan ribuan ‘share’, menandakan kisah tersebut sangat menyengat hati ramai orang. Kisah ini menjadi motivasi orang ramai untuk melakukan kebaikan setiap masa, dan sesungguhnya kebaikan itu pasti ada balasannya.
Namun apabila saya berkongsi kisah yang sama, ada yang bertanya:
“Itu yang mendapat balasan. Bagaimana pula yang tak dapat-dapat balasan?”
Soalan itu menggerakkan saya menulis artikel ini, sebagai renungan dan muhasabah diri.
Buat Baik Dibalas Baik?
Pada tahun 2012, saya pernah dipanggil oleh TV9 untuk muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. Dalam rancangan tersebut, saya ada menyebut bahawa saya tidak percaya dengan konsep ‘Buat baik pada orang, orang akan buat baik kepada kita’. Ya, ia melanggar kepercayaan ramai orang. Masyhur dalam masyarakat kita bahawa jika kita baik pada orang, orang akan baik kepada kita.
Namun itu hakikatnya tidak benar. Orang ada pelbagai jenis dan ragam. Dan tidak semestinya apabila kita baik atau berbuat baik kepada orang, orang akan membalas kebaikan kita dengan kebaikan. Ada orang mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita. Ada pula yang tidak teragak-agak mengkhianati kebaikan kita dengan melakukan kejahatan pula ke atas kita seperti khianat dan penipuan. Saya menyatakan perkara itu berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Maka saya tidak percaya bahawa ‘buat baik kepada orang, orang akan buat baik kepada kita’.
Namun apakah yang saya percaya?
Saya percaya bahawa, jika kita buat baik, baik kepada orang, baik kepada haiwan, baik kepada alam, Allah yang akan membalas kebaikan kita. Ya, itu yang saya percaya. Allah yang akan membalas kebaikan kita dan itu adalah pasti sepasti-pastinya tanpa sedikit pun ragu. Adapun orang, orang mungkin akan melupakan kebaikan kita, mengabaikan diri kita yang telah berbuat baik kepadanya bahkan mungkin bertindak mengkhianati kita atau mengambil kesempatan atas kebaikan kita.
Niat Utama Dalam Berbuat Baik
Bila kita melakukan kebaikan, niat kita berbuat baik ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Itu niat yang terutama. Mengapa kita mahukan redha Allah SWT? Kerana dengan keredhaan Allah SWT sahajalah kita akan selamat pada hari yang tiada yang mampu menyelamatkan diri melainkan mereka yang diselamatkan oleh Allah SWT.
Dengan keredhaan Allah SWT sahajalah kita akan mampu mencapai pengakhiran yang baik di akhirat kelak.
Justeru kita melakukan kebaikan demi kebaikan, untuk tujuan tersebut.
Bukan untuk mendapat balasan yang berbentuk material, yang cepat. Buat baik, terus mendapat balasan. Bukan juga kita berbuat baik dengan mengharapkan akan berlakulah sesuatu yang kita kehendaki. Walaupun terdapat galakan untuk bertawassul dengan amal, sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang mengisahkan tiga pemuda tersekat di dalam gua, lantas mereka bertawassul dengan amal kebaikan yang pernah mereka lakukan dalam hidup mereka, lalu Allah SWT membantu mereka keluar dari gua tersebut. Namun tawassul itu ibarat doa, pengharapan.
Allah boleh sahaja tidak memberikan apa yang kita minta, mendapatkan apa yang kita hajati, kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.
Maka mungkin sahaja, bila kita berbuat baik, tiada balasan berbentuk material seperti yang berlaku kepada pemudi dalam cerita di awal artikel tadi. Tetapi keredhaan Allah SWT dan pengakhiran yang baik itu sudah dijanjikan, dan Allah SWT tidak memungkiri janjiNya. Itulah niat sebenar kita bila kita melakukan kebaikan.
Adapun jika kita mendapat balasan dalam bentuk material, dalam keadaan pantas pula, seperti pemudi di awal artikel tadi, atau apa-apa kita hajati termakbul selepas kita melakukan satu-satu kebaikan, maka kita anggap itu ialah bonus.
Bila Allah Akan Membalas Kebaikan Kita?
Baiklah. Kita percaya Allah lah yang akan membalas kebaikan kita. Persoalannya bila?
Ada yang berkata bahawa, dia sudah buat banyak kebaikan, namun kelihatan seperti Allah tidak membalas-balas kebaikannya. Macam tak ada apa yang baik berlaku ke atas dirinya.
Persoalan ini hakikatnya memerlukan renungan yang panjang. Kerana kegagalan kita memahaminya, akan membuatkan kita hilang motivasi melakukan kebaikan.
Pertama, yang kita perlu sedar sedalam-dalamnya ialah apakah Allah SWT membalas kebaikan kita hanya dalam bentuk yang kita dapat lihat?
Kadang, balasannya adalah dalam bentuk yang kita tidak perasan. Kepanjangan umur, kebahagiaan hati, kelapangan masa, kemudahan dalam mengharungi kehidupan, dijauhi dosa-dosa, pahala digandakan, keberkatan dan macam-macam yang kita mungkin ‘take it for granted’, lantas tidak perasan bahawa Allah SWT sudah memberikan ‘sesuatu yang lebih’ kepada kita.
Kedua, keimanan yang berinteraksi dengan kehidupan. Buat baik, bila Allah SWT akan balas? Hakikatnya itu ialah persoalan melibatkan keimanan. Keimanan yang sejahtera akan yakin bahawa Allah SWT itu tidak memungkiri janjiNya, dan pasti sepastinya Dia akan membalas kebaikan kita. Oh, kita tidak nampak balasannya di dunia ini? Keimanan akan berinteraksi dengan kita, menyatakan bahawa bukankah kita meyakini kewujudan akhirat. Di sanalah segalanya akan disempurnakan.
Kejahatan yang terlepas dari dihukum dan kita tidak bertaubat hingga kita mati, atau kebaikan yang tidak mendapat balasan, penghargaan, pengiktirafan selayaknya sepanjang kita di dunia, semuanya akan disempurnakan balasannya di hari akhirat kelak. Saya sering ulang hakikat ini apabila membahaskan ayat 185 Surah Ali Imran.
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Dan di akhirat kelak akan disempurnakan balasan untuk setiap kamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tidaklah kehidupan di dunia melainkan kesenangan yang menipu daya.” Surah Ali-Imran ayat 185.
Maka atas keimanan inilah, kita terus menerus berusaha melakukan kebaikan demi kebaikan, dan berusaha pula untuk istiqomah dengannya. Bukan untuk balasan yang cepat, atau balasan berbentuk yang kita nampak, tetapi untuk pengakhiran yang baik di akhirat sana. Moga-moga apabila disempurnakan balasan Allah SWT ke atas kita, kita mendapat balasan yang baik-baik. Dan Allah SWT berjanji bahawa tiada kebaikan yang akan terlepas dari perkiraanNya.
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” Surah Al-Zalzalah ayat 7.
Tak Bertanya, Tak Terasa
Persoalan ‘Bila Allah akan membalas kebaikanku?’ boleh membuahkan sangka buruk kepada Allah SWT. Kita akan merasakan, apabila Allah SWT lewat membalas kebaikan kita, itu tandanya Dia kurang sayang kepada kita. Keimanan kita boleh tergoncang.
Namun jika kita renungi kembali kisah pemudi di awal artikel tadi, apakah dia mengharapkan balasan pantas, atau balasan yang boleh nampak, saat dia membelanja tiket kepada pakcik tersebut dan melayannya dengan baik?
Tidak. Yang menjadikan cerita itu indah adalah apabila balasan itu diperolehi tanpa kita berharap, tanpa kita menjangkanya.
Di sinilah pentingnya ikhlas.
Kita yakin Allah SWT akan membalas kebaikan kita, kerana itu kita tidak luak dalam melakukan kebaikan. Ada sikit kita berikan sedikit. Ada banyak kita berikan banyak. Mengikut kemampuan, kita berusaha sebaik mungkin melaksanakan kebaikan. Namun bila Allah akan membalas kebaikan-kebaikan kita itu? Kita tidak bertanya, kita tidak membuat jangkaan. Yang penting, pada kita, bila kita berbuat baik, bertambahlah pahala dalam buku amal, dan kita harapkan Allah SWT meredhai kita dengan kebaikan yang kita lakukan.
Ingatlah akan kisah seorang pelacur yang membuat kebaikan dengan memberikan anjing minum air dari sepatunya. Pelacur tersebut Allah kurniakan syurga atas kebaikannya itu. Apakah pelacur tersebut menjangka, dirinya seorang pelacur, akan diberikan syurga hanya dengan kebaikan memberi minum air kepada seekor anjing?
Muhasabahlah kita.
Penutup: Allah Tak Minta Rezeki Daripada Kita, Bahkan Dialah Pemberi Rezeki
Kalau kita tak rajin buat baik, adakah Allah SWT akan melemah? Adakah kekuatan Allah SWT akan berkurangan? Tidak sama sekali.
Namun bila kita tidak berusaha menyemarakkan kebaikan, dalam diri kita, dalam masyarakat sekeliling, apakah kita akan mendapat kehidupan yang damai dan tenang, yang kondusif dan menyenangkan? Tidak.
Kebaikan-kebaikan yang kita usahakan sebenarnya memberikan manfaat kepada diri kita sendiri. Jangan mogok buat baik hanya kerana kita rasa Allah SWT tidak membalas atau lambat membalas kebaikan kita.
InsyaAllah, balasannya ada. Itu keimanan kita.
Biarlah urusan hasil, kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita percaya sepenuhnya kepadaNya. Kita yakin bahawa Allah tidak memungkiri janjiNya, dan Dia tidak zalim.
Adapun urusan usaha untuk melakukan kebaikan, di sanalah tanggungjawab kita sebagai hambaNya, sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini, maka kita usahakan bersungguh-sungguh.
Dunia akan damai dan harmoni, jika sikap suka berbuat baik disemarakkan.
Semoga Allah SWT memberikan kita izin dan kemudahan untuk berterusan melakukan kebaikan dalam kehidupan kita insyaAllah.
The post Umum: Bila Allah Akan Membalas Kebaikanku? appeared first on Langit Ilahi.
August 14, 2015
Coretan Akhir Syawal: Fitrah Memanggil Pulang
Mentari terbit terbenam silih berganti saban hari dan masa pun berlalu. Hari-hari yang dilalui ada turun naiknya. Kadang-kadang terasa iman setebal Tembok Besar China, adakala rasa senipis kulit bawang. Sudah 30 hari Syawal berlalu semenjak berakhirnya Ramadan.
Sudah kembali kah kita kepada fitrah?
Fitrah.
Apakah hakikat kembali kepada fitrah yang sebenar?
Adakah ia bermakna makan, minum, tidur, dan bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup?
Atau adakah ia bermakna mendirikan rumahtangga, mempunyai anak bagi meneruskan zuriat dan keturunan?
Benar sekali semua ini adalah fitrah jiwa manusia tetapi ia cuma ranting dan cabang dari pokok dan pangkalnya yang utama iaitu kembali kepada hakikat keimanan yang sebenar kepada Allah SWT, bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa kerana hakikatnya fitrah manusia itu dilahirkan dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.
Apabila disebut beriman kepada Allah SWT, ia bukanlah sekadar mengakui dengan lisan akan keesaan Allah SWT dan kerasulan Rasulullah SAW, tetapi seluruh kehidupan kita harus membuktikannya. Hati yang cinta, takut dan berharap hanya kepada Allah, jasad yang senantiasa berusaha untuk taat kepadaNya, ada momentum untuk meninggalkan maksiat walaupun payah dan sukar. Inilah fitrah yang sebenar, untuk kembali menjadi manusia yang bersih di sisiNya. Akan tetapi, pada percubaan-percubaan kita memimpin diri sendiri dan orang lain untuk kembali kepada fitrah, seringnya ada saja perkara yang mencemarkan jalan-jalannya. Hati yang cenderung kepada dunia dan isinya, dipaut nafsu dan syaitan, menjadi halangan di jalan-jalan yang hendak dilalui lantas menjejaskan matlamat kita untuk kembali kepada fitrah sebenar.
Tidak dinafikan hidup di dunia penuh dengan dugaan, dan untuk terus bertahan adakalanya kita melalui jalan yang salah dan menyebabkan kita terpaling daripada fitrah manusia yang memerlukan TuhanNya. Kebergantungan dan pengharapan kepada selain Allah menyebabkan manusia semakin jauh dan lalai dari fitrahnya yang sebenar.
Kebergantungan kepada harta, kuasa, pangkat dan pengaruh.
Kebergantungan kepada cinta manusia.
Kebergantungan kepada daya upaya fizikal yang sementara.
Lalu apabila manusia terlalu bergantung kepada semua ini tanpa mengingati bahawasanya ada satu kuasa agung yang mengawal segalanya, lupa bahawa Allah yang memberi dan kita manusia hanya menerima, maka ketika inilah kita telah jauh dari fitrah.
Apabila manusia terlalu bergantung kepada dunia maka jadilah ia orang yang sibuk dengan dunia. Bekerja keras siang dan malam sehingga terabai segala kewajipan ubudiah, ia menjadi orang yang memandang remeh hubungan dengan Tuhan kerana dia merasakan bahawa kejayaannya itu 100% datangnya dari usaha sendiri, tidak langsung merasakan Allah itu Maha Memberi.
Terlalu bergantung kepada cinta manusia membuatkan ia menjadi orang yang terlalu mengharapkan penghargaan dan pengiktirafan manusia lain sehingga ia menjadi hamba yang berputus asa dari rahmat Allah jika tidak disayangi dan dicintai manusia. Sedangkan bukankah Allah dan RasulNya wajib berada di tingkat teratas kecintaan manusia?
Terlalu bergantung kepada daya upaya fizikal menyebabkan manusia menjadi penyembah teknologi sampai lupa secanggih, sehebat dan seutuh mana ciptaan manusia, tiada yang boleh mengatasi dan lari dari kehendakNya. Lantas apabila manusia jauh dari fitrahnya yang sebenar, manusia menjadi hamba yang melupakan Tuhannya dan berpaling tadah. Hamba yang dahulunya lahir ke dunia sebagai sehelai kain putih yang bersih dan suci setelah mula terbitnya bibit-bibit dosa dan maksiat yang mengotorkan dan menghitamkan hati.
Namun kerana Allah itu Maha Cinta kepada hambaNya, didatangkanNya satu bulan yang dinamakan Ramadan sebagai peluang yang sangat besar untuk manusia membersihkan diri, bertaubat dan kembali kepada fitrah hamba Rabbani yang sebenar supaya kelak ia keluar dari Ramadan dalam keadaan yang bersih dan kembali kepada fitrah yang sejati. Syawal seharusnya menjadi bukti kembalinya manusia kepada fitrahnya yang sebenar. Dan manusia Syawal sepatutnya menjadi manusia yang jauh lebih baik daripada manusia sebelum Ramadan. Tetapi kita sendiri boleh menilai diri kita, adakah kita menjadi manusia yang lebih baik atau tidak, tertingkatnya iman atau masih di takuk yang lama.
Dan hari ini adalah penghujung Syawal. Seperti Ramadan, ia juga akan berlalu dan meninggalkan kita. Berjaya atau tidak Ramadan kita yang lalu nilailah ia pada prestasi kita di bulan Syawal. Beruntunglah mereka yang telah meraih hidayahNya dan berjaya menjadikan diri mereka hamba yang lebih baik dari sebelumnya, dan malanglah buat mereka yang masih di takuk lama malah paling menyedihkan lagi apabila prestasi iman semakin merosot saban hari.
Apa yang ada dalam hati dan diri kita, hanya antara kita dengan Allah.
Pulang kepada fitrah, atau masih terkandas di persimpangan jalan .
Muhasabah.
“Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.”
- al-A’raaf: 178
The post Coretan Akhir Syawal: Fitrah Memanggil Pulang appeared first on Langit Ilahi.
August 13, 2015
How Much ‘Ramadan’ is left in you?
How Much ‘Ramadan’ is left in you?
Tank empty?
Picture from here
“So what is the proof his/her Ramadan is fruitful after Ramadan?”
“Ramadan changes the lifestyle of somebody. But if he/she is the same in Ramadan or not, then, most probably the Ramadan isn’t impactful.”
In Ramadan we could wake up as early as 4am to perform Qiamuallail, prepare food for Sahur for ourselves or for our family and the chances to be late for Subuh prayer is very low. And that goes on for 30 days straight.
But now, even if we don’t have to prepare food for Sahur, are we still qiamullail-ing? And are we still performing Subuh prayer on the dot or when the sun is already up?
In Ramadan we take care of our diet. Our weight is pretty much controlled. We feel more energetic even since we consume less food.
But now, how is our diet? How is our body weight? Are we still carefully observing our food consumption?
In Ramadan, miraculously we could perform long hours of numerous prayer rounds of Terawikh, 8 rakaats, 21 rakaats, plus 3 Witr at the masjid.
But now, let’s say we convert the numbers of rakaats to performing Solat Sunat Rawatib of Qabliyah and Ba’diyah, are we performing them on a daily basis again?
And have we like performed prayer at the masjid or is it like resuming the prior-to-Ramadan custom of once a week on Friday only?
In Ramadan, we can endure the long restraining One Day One Juz (ODOJ) daily activity. Don’t know how we managed but many of us did so.
But now, when was the last time we recited the Quran again?
In Ramadan, we managed to supress our anger. Everytime we got angry, we would be patient and say “Inni Soim” (I am fasting).
But now, each time in traffic a car cuts in without giving signal, what do we say as a reaction? “What the fish!” is it?
In Ramadan our deep pockets are always empty as “The hand that gives is better than the hand that receives”. Donation in Ramadan is ‘rampant’. Everyone is extra generous in Ramadan. Everyone is ‘greedy’ for good.
But now, after Ramadan? I’m not so sure myself.
How come in Ramadan we are active and proactive in propagating good, but fall on short in other months?
If we are a true Muslim and Mu’min, we need to be the best examples to those around us, converting our faith into our lifestyle to benefit the people and the world.
Ramadan is not only one station of our life history, but the fruits of Ramadan are to be nurtured every day.
Don’t let Ramadan be another ‘Ramadan’. Make it meaningful.
The post How Much ‘Ramadan’ is left in you? appeared first on Langit Ilahi.
August 12, 2015
Muhasabah: Di Manakah Ramadhan Di Dalam Diri Kita Hari Ini?
Antara soalan yang saya sering bangkitkan kepada diri, dan juga dalam kesempatan pada penyampaian-penyampaian yang berkenaan, ialah “Sudah berapa kali kah kita melalui Ramadhan?”
Saya, pada tahun 2015, sudah berumur 26 tahun, dan telah mula berpuasa penuh semenjak berumur 8 tahun. Jika dikira, saya telah melalui Ramadhan sebanyak 16 kali. Ya, 16 kali. Bukan bilangan yang sedikit. Namun persoalan yang lebih penting dari “Sudah berapa kali kah kita melalui Ramadhan?” hakikatnya ialah “Di manakah Ramadhan-Ramadhan itu di dalam diri kita hari ini?”
Satu persoalan yang sangat mengetuk jiwa, apabila kita mengenangkan Ramadhan-Ramadhan yang telah berlalu itu, yang kita lalui 29 atau 30 hari setiap kali, diisi dengan puasa di siang hari, tilawatul Quran, buat pelbagai perkara kebaikan seperti sabar, sedekah, zikir, membantu orang, dan malamnya kita bertarawih. Sebulan yang boleh dikatakan penuh dengan ibadah dan kebajikan.
Melaluinya berkali-kali dan kemudian apa?
Di mana semua itu di dalam diri kita?
Bukan Untuk Dilupakan
Allah SWT bukanlah Tuhan yang suka dengan perkara yang sia-sia. Setiap apa yang Dia jadikan, Dia tetapkan, pasti ada hikmahNya yang tersendiri. Kadang kita dapat memahaminya, dapat menyelak hikmahNya, dan dalam kebanyakan masa pula kita termanggu-manggu untuk mengetahui rahsianya, dek kerana keterbatasan kita sebagai manusia.
Antara ketetapan Allah SWT ialah Ramadhan. Setahun, ada satu kali Ramadhan perlu dilalui oleh orang yang mengaku bahawa dirinya sebagai Muslim/Muslimah dan beriman kepada Allah SWT.
Apakah Ramadhan ini sekadar sebuah rutin kosong? Atau hakikatnya ada hikmah yang besar di sebalik Ramadhan itu sendiri?
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang datang sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 183.
Moga-moga kamu bertaqwa di sini ialah janji utama Allah SWT kepada mereka yang melalui Ramadhan.
Kenapa Taqwa? Kerana taqwa ialah ‘defense mechanisme’ untuk seorang Muslim. Ini dibuktikan dengan kisah antara Umar Al-Khattab RA dan Ubai ibn Ka’ab RA apabila Umar bertanya kepada Ubai akan makna Taqwa. Ubai bertanya semula apakah Umar pernah melalui jalan penuh berduri. Umar menjawab pernah. Ubai bertanya lagi apakah yang Umar lakukan. Umar menjawab:
“Aku angkat pakaianku dan melangkah dengan berhati-hati.”
Ubai menjawab: “Itulah dia Taqwa.”
Maka dalam setahun, ada sebulan untuk kita fokus membina ketaqwaan. Dan sepatutnya, ketaqwaan kita mendapat peningkatan dek kerana saban tahun kita lalui Ramadhan ini, dan kini, jika untuk saya, telah 16 kali saya melaluinya. Sepatutnya ketaqwaan saya semakin mapan, dan ini membolehkan saya mengharungi kehidupan di dunia ini dengan baik serta selamat.
Namun Apakah Kita Masih Menghidupkan ‘Ramadhan’ Dalam Diri Kita?
Sekiranya kita memahami tujuan utama difardhukan Ramadhan ke atas kita, nescaya kita tidak akan mengabaikan didikan Ramadhan selepas keluar daripadanya. Kerana tanda kita berjaya melalui Ramadhan dengan baik ialah penghidupan Taqwa dalam segenap gerak langkah kita pada bulan-bulan yang lain.
Mungkin kita tidak solat sunat sebanyak kita berterawih di dalam Ramadhan, mungkin kita tidak membaca Al-Quran sebanyak satu juzu’ sehari seperti di dalam Ramadhan, namun paling kurang, jika taqwa itu hidup, kita akan menjauhi perkara-perkara buruk di dalam hidup kita. Seperti mengumpat, mengeji, melihat perkara yang dilarang, dan apa-apa sahaja sikap mazmumah lain yang merosakkan kehidupan seorang mukmin.
Namun persoalannya, apakah Ramadhan itu masih hidup dalam diri kita sehari-hari, selepas berlalunya ia?
Atau Ramadhan sekadar menjadi satu lagi bulan, yang berlalu pergi dan tiada harganya dalam kehidupan kita?
Ini tidak sepatutnya berlaku.
Melihat Kembali Keimanan Kita, Apakah Hanya Bermusim?
Allah SWT yang wujud semasa Ramadhan, wujud juga pada bulan-bulan yang lain, tanpa sejenak pun Dia alpa atau lesap.
Maka apabila kita bersahaja mengabaikan perintahNya, dan terjebak dengan larangan-laranganNya sepanjang bulan-bulan yang lain, apakah kita mahu menyatakan bahawa Allah SWT yang kita sembah semasa Ramadhan, bukan Allah SWT yang sama kita sembah pada bulan-bulan yang lain?
Jika kita percaya Allah itu adalah Allah yang sama, maka apakah keimanan kita pula yang bermusim? Semasa Ramadhan, kita pilih untuk menjadi hamba yang soleh, yang bersungguh beramal kebajikan, yang menjauhi maksiat dan kemungkaran, namun di bulan-bulan lain, kita memilih untuk menderhakai Allah SWT, mengabaikan perintahNya.
Na’uzubillah.
Moga kita dijauhkan dari sikap sedemikian.
Keimanan yang utuh adalah keimanan yang tidak bermusim. Keimanan yang baik ialah keimanan yang istiqomah dan mengalami peningkatan demi peningkatan. Jika terjatuh, bersegera kita naikkannya kembali. Keimanan yang unggul ialah keimanan yang membuahkan amalan. Itulah dia keimanan yang hidup.
Penutup: Muslim Mukmin Perlu Berperanan. Jangan Lupakan Ramadhan
Bagaimana semasa Ramadhan kita boleh aktif dan senang melakukan kebaikan, namun tidak pada bulan-bulan yang lain? Ada yang menyatakan bahawa syaitan digari dan pintu neraka ditutup pada bulan Ramadhan, tidak pada bulan-bulan yang lain.
Benar, namun itu bukan alasan sebenarnya.
Seorang yang mengaku dirinya Muslim dan Mukmin perlulah berperanan menjadi individu harapan, menjadi uswah hasanah – contoh terbaik – kepada orang sekeliling. Menterjemahkan keimanannya dalam bentuk tindakan dan amal, sekaligus hidup memberikan manfaat kepada alam dan insan yang menghuninya.
Jangan kita tanam Ramadhan dalam sejarah, tetapi kita perlulah menterjemahkan hasil tarbiyah Ramadhan dalam kehidupan kita.
Jangan biarkan Ramadhan yang berlalu itu sekadar menjadi ‘satu lagi Ramadhan’ dalam kehidupan kita.
Pastikan ianya bermakna dan berguna untuk kehidupan kita.
Muhasabah!
The post Muhasabah: Di Manakah Ramadhan Di Dalam Diri Kita Hari Ini? appeared first on Langit Ilahi.
August 11, 2015
Naruto: Hubungan Murabbi-Mutarabbi antara Might Guy & Rock Lee
Rock Lee dan Might Guy melawan Kisame
“Tengok apa tu?” soal isteri kepada suami.
“Naruto Shippuden. Ini Anime yang sangat penting untuk aspek pemikiran!” jawap suami.
“Dah umur 26 tahun pun tengok lagi?” si isteri mengeluh.
Mungkin agak jangkal bagi orang Melayu untuk mempelajari tauladan kehidupan menerusi kartun dan movie. Ini rentetan dari budaya pendidikan yang tidak merentas hiburan. Hiburan adalah sekadar hiburan dan pendidikan adalah terhad pada pagar-pagar institusi pendidikan.
Hal ini menyebabkan, Anime ataupun Kartun dilihat hanya untuk tontonan anak-anak kecil dan bukannya mereka yang sudah berumur.
Namun apabila diteliti Kartun secara mendalam, kadangkala ia bukan sekadar hiburan untuk kanak-kanak apabila ada petikan seperti ini dalam Young Justice, Season 2 Episode 19: “Still you refer to us as children, no wonder our success is mount. You consistently underestimate us” (Masih lagi kamu lihat kami sebagai kanak-kanak? Tidak hairanlah kejayaan kami menggunung tinggi. Kamu semua asyik merendah-rendahkan kami). Kata-kata Aqualad kepada ayah beliau Black Manta (seorang Supervillain).
Aqualad mengetuai kumpulan Superhero remaja bernama ‘Young Justice’ mengalahkan kumpulan Supervillain ‘The Light’ yang Justice League (kumpulan dewasa) pun tidak mampu kalahkan.
Keyword disini ialah Kematangan bukan terletak pada umur. Sebuah kata-kata berbunyi “It’s Not the Years in Your Life That Count. It’s the Life in Your Years” (Bukanlah kehidupan itu tahun dalam kehidupan, tetapi kehidupan dalam tahun-tahun itu).
Maka dalam konteks kematangan, “Maturity is not the years in your life, but the life in your years” (Kematangan itu bukan tahun-tahun dalam kehidupan, tetapi kehidupan dalam tahun-tahun itu).
Ini adalah coretan peribadi menerangkan salah satu aspek pendidikan yang dapat dilihat dalam Naruto.
Murabbi Mengajar Jadikan Kelemahan Sumber Kekuatan
Naruto sebagai sebuah cerita, andai dilihat dari kaca mata perspektif kemanusiaan, merupakan sejenis bildungsroman seseorang yang tekad berusaha mencapai impian dalam perjalanan kepayahan realistik ingin menjadi Hokage. Perjalanan Naruto ditemani oleh watak-watak segenerasi yang tidak kurang penting, kisah setiap watak-watak utama diceritakan secara mendalam, seolah-olah cerita Naruto mengisahkan semua watak sekaligus, hanya nama ceritanya sahaja Naruto.
Dalam menceritakan soal hubungan Murabbi-Mutarabbi, terdapat ramai watak telah Masashi Kishimoto ketengahkan seperti, Jiraiya-Naruto, Tsunade-Sakura, Hiruzen Sarutobi-Orochimaru, namun yang paling jelas dan memberikan kesan mendalam ialah hubungan Might Guy dan Rock Lee kerana persamaan mereka yang saling melengkapi.
Dalam dunia Ninja Naruto, yang menjadi mereka Ninja adalah kerana kebolehan mereka dalam asas Taijutsu (Tempur Tangan Kosong), Ninjutsu (Teknik Ninja) dan Genjutsu (Teknik Illusi). Namun Rock Lee langsung tidak ada kebolehan dalam Ninjutsu dan Genjutsu membuatkan Might Guy, yang punyai kelemahan yang sama, mengambil Lee sebagai anak buah. Guy melatih anak buahnya Lee mengasahkan bakatnya dalam Taijutsu.
Disebabkan Taijutsu sahaja yang hanya dapat dipelajari oleh Guy dan Lee, maka untuk hebat dalam aspek fizikal itu, satu falsafah yang diperkenalkan oleh Might Guy kepada Rock Lee ialah ‘Self-Rule’ (Peraturan Kendiri).
Konsep Self-Rule Untuk Orang Berjaya
Konsep ini bukan jalan pintas menuju kejayaan. Jaminannya hanyalah terletak pada usaha kendiri dan tanpa kekuatan diri, kerjayaan tinggal hanya impian. Untuk menjadi Ninja yang hebat yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama Ninja lain walaupun hanya menggunakan Taijutsu, kekuatan fizikal perlu melalui latihan yang keras.
Watak Might Guy sangat mirip kepada seorang Martial Artist yang sangat terkenal iaitu Bruce Lee. Dan kita tahu siapa Bruce Lee: antara seorang pelakon utama yang melakukan aksi-aksi stunt tanpa menggunakan stuntman.
Bagi memastikan kejayaan itu bakal digarab, tidak kisah sama ada kemenangan atau kekalahan ditemui, Guy mencipta untuk dirinya sendiri sebuah Self-Rule. Ini diikuti dengan tekad untuk memenuhi peraturan itu walaupun badai datang melanda. Andai peraturan itu tidak mampu dipenuhi, konsep denda pula diperkenalkan.
Sebagai contoh, pernah sekali Guy meletakkan Self-Rule sebelum bermain permainan Batu-Kertas-Gunting bersama Kakashi Hatake iaitu andai Guy kalah dalam permainan tersebut, beliau akan lakukan 500 pusingan menggunakan tangannya mengelilingi taman dan itu yang dilakukkannya.
Apabila ditanya apa tujuan diletakkan peraturan yang ekstrim itu, Guy menerangkan apabila meletakkan satu garis pencapaian yang tinggi, walaupun tidak berjaya, ia tetap akan memastikan beliau lebih baik dari sebelumnya.
Guy semasa berlatih bersama ayahnya Might Duy, setiap kali beliau tidak mampu menghabiskan set senaman, beliau meletakkan denda keatas dirinya sendiri.
“If I can’t do 200 push-ups,” he said while struggled at 195, “then it is 250 sit-ups.”
(K”alau aku tak boleh buat 200 push-ups” katanya semasa di kiraan 195, “aku akan lakukan 250 sit-ups pula.”)
Andai beliau gagal melakukan push-ups, beliau akan meningkat kerana sit-ups.
“The Power of Youth”
Satu lagi falsafah yang diperkenalkan oleh Might Guy ialah definisi kepemudaan. Saya tidak boleh untuk tidak terfikir akan kata-kata George Bernard Shaw “Youth is wasted on the young” setiap kali Might Guy mengungkap slogan ‘Power of Youth’ atau ‘”The springtime of youth has yet to fade away! Don’t lose hope! My youth has not faded” walaupun dalam keadaan kesusahan sekalipun.
Kalau diambil definisi pemuda, adalah mereka yang berumur 15 ke 24 mengikut United Nations (UN). Di Negeria pula umur 18-35. Di Brazil pula15-25. Namun kalau melalui watak Guy, Kishimoto mengkritik bahawa kepemudaan itu tidak terhad kepada umur, kepemudaan itu adalah apa yang kita lakukan.
Dan Might Guy, dalam pertempuran terakhir beliau bersama Uchiha Madara, beliau ungkapkan kata-kata yang sungguh bermakna untuk generasi baru:
“Red vapor, the unique vapor of blood, from opening of all eight gates. But actually seeing it with my own eyes, it’s almost like the color of dead autumn leaves that have fallen off their tree.” – kata Madara.
(Wap merah, wap darah yang unik, hasil dari bukaan Eight Gates (Lapan Pintu). Melihatnya dengan mata kepala saya, kelihatan seperti warna daun-daun mati jatuh dari pokok di musim luruh”)
“You’re right, but they’re not falling without reason or purpose. They become the nutrients for fresh green leaves! And the period they bridge, until the new spring when fresh leaves bud, is the climax of youth! When it burns most crimson!” – balas Guy.
(Kamu benar, tetapi daun-daun itu tidak jatuh tanpa sebab atau tujuan. Mereka telah menjadi nutrient bagi daunan hijau! Selama mana tempohnya menyemai, sehingga tumbuh daunan baru di musim bunga, adalah tahap tertinggi kepemudaan! Itulah masanya nyalaan paling merah!)
Konklusi
Rata-rata Kartun di Malaysia hanya mengisahkan genre kekeluargaan seperti Anak-Anak Sidek, genre heroisma seperti Kluang Man dan genre jenaka seperti Usop Sontorian tetapi tidak ada yang menceritakan aspek ideologi, perlembagaan dan Murabbi-mutarrabbi secara mendalam seperti Naruto atau Batman.
Disebabkan tidak banyak analisa yang dapat dibuat dari kartun Melayu, maka Naruto Shipudden, sebagai Anime nombor 1 Jepun dipilih. Banyak aspek yang dapat di analisa dari Naruto seperti setiakawan, perlembagaan, perbezaan pemikiran evolusi, konsep kepemudaan, hubungan Murabbi-mutarrabbi dan banyak lagi.
Terletak kepada kita, bagaimana cara kita lihat sesebuah hiburan yang tampak sia-sia bagi sesetengah manusia, namun bagi mereka yang menghargai seni, mereka akan lihat sebagai sebuah masterpiece!
The post Naruto: Hubungan Murabbi-Mutarabbi antara Might Guy & Rock Lee appeared first on Langit Ilahi.
August 7, 2015
Berani?
Tegurlah seseorang itu dengan hikmah. Jangan mengaibkan air mukanya. Ada beza antara teguran ikhlas atau teguran mengaibkan.
The post Berani? appeared first on Langit Ilahi.
August 3, 2015
Pemerintah Zalim Kuat Dengan Rakyat Yang Zalim
Ada 2 model tirani atau kediktakoran disebutkan dalam Al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad Al-Ghazali dalam Kaifa Nata’amal Ma’al Quran.
2 model itu adalah Firaun dan Qarun. Kalau Qarun, diktaktornya adalah daripada sudut ekonominya, maka Firaun adalah pada sudut kekuasaan politik.
Beliau menyatakan bahawa sebagai diktaktor politik, kita mendapati bahawa Firaun bukan sekadar mahu memerintah insan itu dari aspek zahir semata-mata, tetapi dia juga mahu memerintah dan menguasai roh serta dhomir insan itu.
Kita boleh meneliti beberapa ciri yang ada pada Firaun sebagai pemerintah diktaktor yang cuba mahu menguasai dan memonopoli jiwa rakyatnya sehingga akhirnya membuatkan mereka tunduk patuh kepadanya walaupun pada perkara yang salah.
Beberapa Ciri Pemimpin Tirani
1) Kepunyaan awam dianggap miliknya
“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata : Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku, maka apakah kamu tidak melihat (nya)?” [Az-Zukhruf : 51]
Bumi Mesir ternyata bukanlah kepunyaannya. Ia adalah hak milik Allah, dipinjamkan untuk dijaga dan dimakmurkan bersama oleh dia dan rakyat-rakyatnya. Tugasnya sebagai pemimpin hanyalah menjadi orang yang menguruskan bumi itu dan rakyat di atasnya. Ia sama sekali bukanlah pemilik mutlak bumi itu.
Sikap sebegini lebih parah apabila dia menyebutkan sungai-sungai mengalir di bawahnya. Memang ada beberapa tafsiran terhadap ‘di bawahku’ itu. Dalam Tafsir Al-Alusi, beliau menyebutkan maksud ‘sungai-sungai mengalir di bawahku’ adalah sungai-sungai mengalir menurut arahanku yakni Firaun.[1]
2) Menjatuhkan kedudukan orang lain agar dirinya terlihat lebih baik
“Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?” [Az-Zukhruf : 52]
Firaun di sini setelah menyatakan pemilikan dan penguasaan ke atas hak awam, dia cuba pula untuk menjatuhkan kredibiliti orang yang berhujah dengan kebenaran terhadap dirinya agar dia tidak dilihat sebagai orang yang salah, bahkan orang yang berhujah dengan kebenaran itu pula yang dilihat sebagai pesalah dan hina.
Wala yakadu yubin – yakni hampir-hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya). Kenapa Firaun mengatakan sedemikian kepada Musa?
“Boleh jadi Firaun mengatakan hal itu kerana dia mengetahui keadaan Musa sebelum Allah mengutuskannya sebagai Rasul ketikamana baginda berada di rumah Firaun. Dia sebutkan hal itu untuk mengingatkan manusia tentang keadaan (Musa) dahulu.”[2]
Pastilah apabila manusia mengetahui tentang keadaan Musa ini, sedikit sebanyak memberikan persepsi negatif dan kemungkinan untuk mereka tidak bersama dakwah Musa.
Dalam tafsir Ar-Razi disebutkan 2 sudut sebab Firaun mengaibkan Musa ini :
“Pertama : Yang Firaun maksudkan dengan wala yakadu yubin adalah sebagai hujah untuk membuktikan kebenaran dirinya (yang menyatakan dirinya lebih baik), bukanlah dia benar-benar maksudkan ketidakmampuan Musa untuk bercakap.
Kedua : Firaun mengaibkannya dengan apa yang pernah berlaku terhadapnya dahulu. Ini kerana Musa pernah berada di sisi Firaun untuk tempoh yang lama, dan pada lisannya itu ada gagap, lalu Firaun pun menisbahkan diri Musa itu dengan apa yang pernah baginda alami dahulu ketika bersamanya sedangkan dia tidak mengetahui bahawa Allah telah menghilangkan aib itu daripada Musa.”[3]
3) Membuatkan rakyatnya tunduk kepadanya
“Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.”[Az-Zukhruf : 54]
Menggunakan apa saja jalan, pemerintah diktaktor akan berusaha memadamkan kebangkitan prinsip kebenaran dalam masyarakat sekiranya prinsip itu mendatangkan kerugian atau mengganggu peluang peribadinya.
Sayyid Qutb memberikan komentar yang menarik berkaitan ayat ini dengan mengatakan :
“Para taghut menakut-nakutkan rakyat awam adalah suatu perkara tidak pelik. Mereka pertamanya akan menghalang rakyat awam dari semua jalan untuk mendapatkan pengetahuan, menyekat mereka dari semua hakikat kebenaran sehingga akhirnya mereka itu melupakannya, tidak kembali mencarinya lagi. Dia juga mencampakkan pada rasa takut dalam diri mereka itu dengan kesan-kesan yang mereka kehendaki sehingga kesan yang direkacipta ini menjadi serasi dalam diri mereka itu. Hal itu menjadikan dia lebih mudah menguasai mereka, lebih lunak dalam memandu mereka itu, sehingga mereka itu boleh bersamanya ke kanan atau ke kiri dengan keadaan tenang !” [4]
Penutup : Tadabbur Al-Quran Dalam Memelihara Eksistensi Ummah
Ada banyak bahagian Al-Quran yang menceritakan tentang perjuangan Nabi Musa melawan ketiranian dan kediktaktoran Firaun ini.
Dalam banyak ayat tersebut Allah akan menutupnya dengan menyebutkan kaitannya untuk orang terkemudian. Misalannya dalam surah Az-Zukhruf yang kita teliti sebentar tadi, kisah ini ditutup dengan Allah menyebutkan :
“dan Kami jadikan mereka sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang terkemudian.” [Az-Zukhruf : 56]
Apa kaitannya dengan kita?
Sudah pasti ada banyak kaitannya. Sejarah diceritakan dalam Al-Quran bukan bertujuan sebagai penglipurlara atau menyimpan rekod melainkan fungsinya untuk ummat terkemudian mengambil pengajaran daripada sejarah itu lalu membaiki zaman yang sedang dihadapi oleh mereka saat ini.
Bukan untuk semata-mata membaca kisah ini, tetapi kemudiannya kita juga terjebak termasuk sebagaimana ‘qauman fasiqin’ yang telah mengikuti Firaun.
‘Qauman fasiqin’ adalah kediktaktoran yang ada pada rakyat. Diktaktor kerana membutakan dirinya dari menilai, melihat dan menimbang neraca kebenaran dengan adil. Diktaktor kerana membiarkan dirinya dipergunakan oleh sentimen kekuasaan dan material untuk menghalalkan kediktaktoran sang pemerintah.
Rakyat sepatutnya bertindak sebagai salah satu mekanisme semak imbang untuk pemerintah, bukan hanya menuruti dan mengiyakan semua perkara termasuk kezaliman.
Ia barangkali benar sebagaimana telahan Al-Kawakibi dalam Tobai’ul Istibadad iaitulah pemerintah diktaktor boleh wujud kerana adanya juga rakyat yang diktaktor !
Rakyat beginilah yang menjadi tiang pasak kepada pemimpin sebegini.
Marilah semak diri kita masing-masingnya semoga kita bukanlah tiang-tiang itu !
[1] Ruh Al-Maani, Al-Alusi, 13/89
[2] At-Tahrir Wat Tanwir, Ibn Asyur, 25/232
[3] Mafatihul Ghaib, Ar-Razi, 27/637
[4] Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb, 5/3194
The post Pemerintah Zalim Kuat Dengan Rakyat Yang Zalim appeared first on Langit Ilahi.