Hilal Asyraf's Blog, page 30
October 14, 2015
Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-Ahzab ayat 21
Dalam kehidupan, tidak dapat tidak, manusia memerlukan manusia lain untuk menjadi contoh ikutan buat dirinya. Kehidupan yang berbentuk perjalanan ini, tidak akan dapat dilalui tanpa ada yang mendidik dan menunjukkan caranya. Maka fitrah manusia untuk mencontohi manusia lain.
Namun dalam pemilihan orang yang boleh menjadi contoh, manusia dipengaruhi dengan pelbagai faktor. Antaranya faktor pendidikan, faktor persekitaran, faktor media massa, dan lain-lain. Faktor-faktor ini membuatkan manusia mungkin memilih contoh ikutan yang salah.
Mereka tertipu. Lantas mengikuti manusia-manusia yang tidak mampu memandu mereka ke arah kehidupan di dunia yang membuahkan hasil yang merugikan di akhirat kelak.
Justeru Allah SWT menurunkan Al-Quran. Memperingatkan kepada kita bahawa Dia telah memberikan kepada kita contoh ikutan yang terbaik. Sekiranya kita benar-benar bercita-cita untuk mengharapkan redhaNya dan pertemuan denganNya di akhirat kelak.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.” Surah Al-Ahzab Ayat 21.
Komentar Asy-Syahid Syed Qutb Berkait Ayat 21 Surah Al-Ahzab
Merungkai ayat ke 21 dalam Surah Al-Ahzab, Asy-Syahid Syeq Qutb menulis di bawah subtopik “Rasulullah SAW Contoh Unggul Kepada Setiap Mukmin”:
“Walaupun dalam suasana yang sangat mencemaskan, susah dan letih itu, Rasulullah SAW tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan dan ketenangan kepada kaum muslimin. Pengkajian sikap Rasulullah SAW di dalam menghadapi Perang Al-Ahzab yang besar ini boleh memberi pendoman dan panduan kepada para pemimpin jama’ah dan gerakan(dakwah Islamiyyah). Ia memberikan contoh tauladan yang baik kepada mereka yang mengharapkan redha Allah dan balasan yang baik di akhirat.”
Memberikan komentar berkenaan ayat ini, Asy-Syahid Syed Qutb mencungkil kisah-kisah di sekitar peperangan Al-Ahzab, yang menjadi tema kepada surah ini.
“Rasulullah SAW keluar menggali parit pertahanan bersama kaum muslimin. Baginda memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang. Baginda turut menyanyikan sajak bersama mereka dengan suara yang tinggi semasa bekerja.”
“Di sini juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat dalam jiwa mereka, mencurahkan perasaan sukarela, keyakinan dan kebanggaan di dalam hati mereka.”
Asy-Syahid juga berkongsi akan kisah kemesraan Rasulullah SAW:
“Ketika itu Zaid ibn Thabit berada dalam kumpulan yang bertugas mengangkut tanah. Rasulullah SAW telah memujinya, Dia seorang belia yang amat bagus. (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit. Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa disedarinya. apabila dia tenjaga dia terkejut, lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Ruqad (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah ke mana.
Kemudian baginda bertanya: “Siapa tahu di mana senjata anak muda ini? Jawab ‘Umarah: Wahai Rasulullah SAW! Senjatanya ada pada saya. Ujar baginda: Pulangkan senjata itu kepadanya. Kemudian baginda melarang mereka supaya jangan menakut-nakutkan orang-orang Islam dan bergurau dengan mengambil barang-barang kepunyaan mereka.
Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasululiah SAW sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan perjuangan sama ada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda yang manis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata baginda kepada Zaid ibn Thabit): Wahai Abu Ruqad! (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah ke mana. Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka dalam masa yang amat genting itu.”
Itulah dia Rasulullah SAW. Maka tidak hairanlah, dengan suasana yang menghidupkan seperti itu, maka kaum Muslimin bersemangat menghadapi musuh dan keimanan mereka tidak runtuh apabila melihat bilangan musuh dari Pakatan Al-Ahzab yang ramai. Bahkan, keimanan mereka bertambah, sebagaimana yang Allah SWT firmankan pada ayat seterusnya – ayat ke-22 Surah Al-Ahzab.
“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.” Surah Al-Ahzab ayat 22.
Inilah dia contoh ikutan terbaik untuk kita. Rasulullah SAW.
Persoalannya, apakah kita mengambil baginda sebagai contoh?
Di Saat Genting Menjadi Contoh Yang Terbaik, Apatah Lagi Di Saat Tenang
Ayat 21 Surah Al-Ahzab turun di tengah-tengah ayat yang mengambarkan suasana Perang Al-Ahzab. Satu peperangan yang besar, Muslim di Madinah dengan bilangan tentera seramai 3000 orang, bertempur dengan pakatan kaum musyrikin yang dinamakan Pakatan Al-Ahzab seramai 10,000 orang. Peperangan ini juga popular dengan nama Perang Khandaq, kerana tentera Muslimin telah menggali parit mengelilingi hampir seluruh Madinah untuk menjadi pertahanan.
Menghadapi suasana yang sangat getir lagi genting, Rasulullah SAW telah menjadi contoh yang terbaik kepada para sahabat. Baginda tidak lenggang kangkung menanti para sahabatnya melakukan kerja. Baginda turun bersama, bekerja bersama-sama. Bahkan baginda turut berlapar bersama para sahabat dan apabila ada sahabat mengajak baginda makan, baginda memanggil sekalian sahabat-sahabat yang lainnya.
Dan itu di saat genting.
Di saat tenang dan tanpa peperangan, baginda tetap bukan manusia yang lengah. Baginda adalah contoh kepada para sahabat. Seorang yang kemas, bersih, dan tidak mempamerkan etika dan sikap yang buruk di dalam kehidupan baginda.
Jika kita bergerak membuka Kitab Syama’il Muhammadiyah susunan Imam An-Nawawi rahimahullah, kita akan melihat susunan hadith-hadith yang menggambarkan peribadi dan susuk tubuh Rasulullah SAW.
Baginda menjaga kebersihan dan kekemasan diri, melalui pakaian dan tubuh badannya. Baginda mempunyai perasaan malu yang tinggi, lantas baginda sangat beradab. Baginda menyantuni orang-orang tua dan kanak-kanak. Baginda menunaikan hak-hak rakyat dan bergurau dengan mereka. Di dalam rumah, baginda menjahit pakaian baginda sendiri. Tidak pernah menghina makanan dan sangat sabar melayani karenah isteri-isteri baginda.
Isteri baginda mengiktiraf akhlaq baginda,
Apabila Aisyah RH ditanya berkenaan akhlaq baginda, Aisyah RH menjawab: “Sesungguhnya akhlaq baginda ialah Al-Quran.” Hadith riwayat Muslim.
Dan Allah SWT mengiktiraf akhlak Rasulullah SAW sebagai akhlak yang tinggi di dalam firmanNya:
“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis. Engkau (wahai Muhammad) bukanlah seorang gila. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam). Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.” Surah Al-Qalam ayat 1-6.
Nyata akhlaq sebegini bukan akhlak yang tersekat pada kerongkong ucapan. Namun ia dibumikan dalam bentuk tindakan, terpamer ditonton khalayak ramai, hingga diiktiraf semua.
Rasulullah SAW nyata bukan manusia yang sekadar mengajak orang lain melakukan kebaikan, taat kepada Allah SWT, tetapi baginda sendiri adalah orang yang banyak melakukan kebaikan dan sangat taatkan Allah SWT.
“Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda: Apakah sebab engkau menyusahkan diri sebegini, sedangkan engkau telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW: Apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur?” Hadith Riwayat Tirmidzi.
Dan baginda sangat mencintai ummatnya.
Cinta baginda terserlah apabila baginda bukan hanya memikirkan para sahabat yang wujud di sekelilingnya kala baginda hidup, tetapi juga kita yang tidak sempat bersua muka dengan baginda.
“Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendatangi pekuburan lalu bersabda: “Semoga keselamatan terlimpahkah atas kalian penghuni kuburan kaum mukminin, dan sesungguhnya insya Allah kami akan bertemu kalian, ” sungguh aku sangat gembira seandainya kita dapat melihat saudara-saudara kita.” ParaSahabat bertanya, ‘Tidakkah kami semua saudara-saudaramu wahai Rasulullah? Beliau menjawab dengan bersabda: “Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudara-saudara kita ialah mereka yang belum berwujud.” Sahabat bertanya lagi, ‘Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum berwujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? ‘ Beliau menjawab dengan bersabda: “Apa pendapat kalian, seandainya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya, dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Apakah dia akan mengenali kudanya itu? ‘ Para Sahabat menjawab, ‘Sudah tentu wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda lagi: ‘Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka putih bercahaya karena bekas wudlu. Aku mendahului mereka ke telaga.”
Baginda Adalah Manusia, Bukan Malaikat
Perlulah juga kita ingat bahawa baginda Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia. Maka asasnya, baginda sama seperti kita. Walaupun di sisi yang lain, baginda sangat dimuliakan oleh Allah SWT sebagai Nabi & Rasul akhir zaman, serta menjadi kekasih Allah SWT yang tertinggi.
Pemilihan Rasul & Nabi dari kalangan manusia ada hikmahnya.
Hikmah yang terbesar adalah kerana baginda perlu dicontohi oleh manusia yang lain. Sekiranya Allah SWT mengutuskan malaikat menjadi Rasul, nescaya kita tidak akan termampu untuk mengikuti jejak langkah Malaikat dalam mentaati Allah SWT.
Namun sebagai manusia, banyak aspek dalam kehidupan Rasulullah SAW sama seperti manusia biasa seperti kita. Baginda makan, baginda minum, baginda berkahwin, baginda punya anak dan cucu, baginda lapar, baginda sakit, baginda penat, baginda ada urusan yang pelbagai dan baginda punya waktu yang sama seperti kita – 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun – dan baginda mati sebagaimana manusia yang lainnya.
Maka similariti yang dikongsi antara kita dengan Rasulullah SAW sepatutnya mampu membuatkan kita termotivasi untuk mencontohi baginda.
Baginda tidak mustahil untuk kita contohi.
Penutup: Menjadi Yang Mencontohi Baginda
Baginda Rasulullah SAW adalah manusia yang sangat dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Allah SWT sangat kasihkan baginda, dan terpamer pada diri baginda kehidupan manusia yang mencari keredhaan dan kasih sayang Allah SWT.
Maka betapa benar sekali apa yang Allah SWT abadikan dalam firmanNya pada Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.”
Yakni Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yang terbaik, bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik di hari akhirat. Orang-orang ini antara cirinya adalah mengingati dan menyebut nama Allah sentiasa(dengan lidah dan tindakan). Kerana benar-benar menghubungkan kehidupan mereka dengan Allah SWT.
Maka kita berharap perkara yang sama.
Menjadi sebahagian dari orang-orang yang mencontohi Rasulullah SAW.
Kita boleh berusaha.
Telaahlah sirah-sirah dan telusurilah kehidupan baginda. Rasakanlah perjuangan baginda, memerah peluh dan darah dalam usaha menyampaikan iman dan Islam, menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah SWT dan membawa seluruh ummat ini ke syurgaNya.
Nescaya kita akan jatuh cinta, dan mula faham, mengapa baginda adalah contoh ikutan yang terbaik, buat kita semua.
Muhasabah.
The post Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-Ahzab ayat 21 appeared first on Langit Ilahi.
Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-Anfal ayat 1-4.
Apakah kita ini beriman?
Kita mungkin suka untuk mengakuinya. Mustahil bagi seorang Muslim untuk menyatakan dia tidak beriman, kerana itu melanggar fitrah seorang Muslim – yang telah mengucap syahadah menyaksikan bahawa Allah SWT ialah Tuhan dan Rasulullah SAW ialah Rasul.
Namun, berkata-kata dan mengaku, adalah satu tindakan yang tidak sukar.
Apa yang sukar adalah implementasi terhadap apa yang disebutkan. Pembuktian. Maka bukti apa yang diperlukan untuk menentukan bahawa kita benar-benar seorang yang beriman?
Pastilah dengan memastikan bahawa pada diri kita, punya ciri-ciri orang beriman sebagaimana yang Allah SWT telah senaraikan.
Maka ayat 1-4 Surah Al-Anfal ini adalah salah satu dari ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan ciri sebenar orang beriman.
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).” Surah Al-Anfal ayat 1-4.
Pembuktian Iman Itu Adalah Pada Tindakan
Asy-Syahid Syed Qutb mengulas sangat panjang berkenaan ayat ini, dan tidak dapat saya nukilkan keseluruhannya. Namun saya akan kemukakan isi-isi pentingnya, bermula dengan subtopik ini.
Asy-Syahid Syed Qutb melihat bahawa ayat ini mempaparkan akan perbezaan antara orang yang benar keimanannya, dengan mereka yang tidak benar dalam keimanan mereka.
Asy-Syahid Syed Qutb menulis:
“Al-quran menggunakan pengungkapan yang sangat halus dari segi struktur lafaz-lafaznya untuk menggambarkan pengertiannya yang halus. Di dalam ayat ini terdapat penggunaan kata-kata: ‘Innama’(sesungguhnya) yang memberi penekanan atau penegasan yang halus, yang tidak memberi ruang untuk dita’wilkan, dengan maksud ‘Keimanan Yang Sempurna’.”
Asy-Syahid berpendapat bahawa sekiranya Allah SWT mahu memaksudkan ‘Keimanan Yang Sempurna’, maka Allah akan menyebutnya dengan cara yang sedemikian – yakni tidak memberi sedikit ruang pun untuk ditafsirkan sebaliknya atau secara lain dari maksud ‘keimanan yang sempurna’. Maka dengan itu, hanya mereka yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan di dalam ayat ini, itulah dia mereka yang benar keimanannya. Manakala yang bukan, ternyata keimanan mereka tidak sempurna.
Jika kita perhatikan, ayat pertama hingga ketiga, terdapat rantaian ciri-ciri yang Allah SWT nyatakan, untuk mencerminkan diri seorang yang beriman.
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.” Surah Al-Anfal ayat 1-3.
Ciri-ciri dalam ayat pertama: Bertaqwa kepada Allah, memperbaiki hubungan sesama sendiri, taat kepada Allah dan Rasul.
Ciri-ciri dalam ayat kedua: Apabila disebut nama Allah, gementar. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambah keimanan. Mereka bertawakkal kepada Allah SWT.
Ciri-ciri dalam ayat ketiga: Mendirikan Solat, Menunaikan Zakat.
Ayat keempat adalah penegasan bahawa, mereka yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan tadi, itulah dia orang yang beriman yang sebenar-benarnya.
“Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).” Surah Al-Anfal ayat 4.
Asy-Syahid menyatakan bahawa, kalimah ‘Haqqa’(sebenar-benarnya) yang terdapat pada ayat keempat adalah penegasan yang menyatakan dengan jelas bahawa, orang-orang yang tidak tergolong dalam kalangan “Mukmin Yang Sebenar” seperti yang dinyatakan di dalam ayat-ayat di atas, maka mereka bukanlah orang Mukmin yang sebenar.
Justeru, tidak dapat tidak, bagi mereka yang ingin menyatakan bahawa diri mereka beriman dengan keimanan yang sebenar, hendaklah mereka menggerakkan diri mereka untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan.
Kerana akhirnya, pembuktian iman itu adalah pada tindakan.
Persoalan Kewujudan Iman Atau Tidak Wujudnya Iman Di Dalam Hati
Asy-Syahid Syed Qutb menyatakan bahawa, terdapat di dalam Tafsir Ibnu Kathir: Ujar Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas mengenai pengertian ayat kedua Surah Al-Anfal ini. Kata Ibn Abbas:
“Hati orang-orang munafiq tidak dimasuki sedikit pun kesan dari zikir Allah ketika mereka menunaikan fardu-fardunya. Mereka tidak sedikit pun beriman kepada ayat ayat Allah, mereka juga tidak bertawakkal kepada Allah, tidak mengerjakan solat apabila jauh dari pandangan orang ramai dan tidak mengeluarkan zakat. Oleh sebab itu di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan bahawa mereka bukanlah orang-orang yang beriman. Allah menerangkan sifat-sifat orang beriman dengan firmanNya: ‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka’ oleh sebab itulah mereka menunaikan fardu-fardunya. ‘Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman’ yakni bertambahlah keyakinan dan kepercayaan mereka. ‘Dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah’ yakni mereka tidak meletakkan penyerahan mereka selain daripada Allah SWT.”
Asy-Syahid Syed Qutb menulis bahawa dari tabi’at-tabi’at ini, kita dapat memberikan konklusi bahawa tanpa sifat-sifat yang dinyatakan, maka tidak wujudlah keimanan. Maka persoalan yang dibawa ayat-ayat ini bukanlah berkenaan keimanan yang cukup(penuh) atau keimanan yang kurang, tetapi kewujudan iman atau ketiadaannya.
Manifestasi Iman = Tindakan
Hendaklah kita sedari kini dengan jelas, bahawa keimanan bukan perkara yang cukup sekadar diperkatakan. Iman adalah apa yang tersemat di dalam hati, kemudian dibuktikan dengan amal. Sekiranya amal kita tidak mempersembahkan apa yang kita imani, contohnya: kita kata kita beriman kepada Allah, tetapi kita suka pula kepada apa yang Dia murkai, maka jelas iman kita bermasalah.
Islam bukan agama hiasan. Yang kita anuti untuk berbangga-bangga bahawa kita menganut agama kebenaran. Islam juga adalah agama ‘walk the talk’. Allah SWT sangat membenci orang-orang yang tidak mengusahakan apa yang dikatakan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” Surah As-Sof ayat 2-3.
Diseru di dalam ayat kedua surah As-Sof ialah orang-orang yang beriman. Kerana keimanan akan bergetar untuk menyahut seruan ini, agar tidak berkata apa yang tidak kita lakukan. Mengapa diseru orang beriman, dan bukan seluruh manusia?
Kerana orang yang punya keimanan sahajalah, yang tahu bahawa Allah mengetahui apakah dia mengotakan kata-katanya, atau sekadar berkata-kata sahaja. Maka dia tidak akan menipu, dia tidak akan berlakon baik. Kerana dia tahu Allah mengetahui. Imannya mendidiknya bersikap sedemikian.
Kerana itu, apabila kita pulang kepada ayat kedua Surah Al-Anfal, kita melihat bagaimana Allah menyentuh perihal hati yang gementar apabila diperingatkan akan Allah. Allah menyatakan itulah dia ciri orang beriman. Mengapa orang beriman ini hatinya gementar bila diingatkan akan Allah SWT?
Kerana orang yang beriman itu benar-benar tahu akan hakikat sebenar hubungan hidupnya dengan Allah SWT. Imannya mendidik dirinya untuk duduk di bawah perintah Allah SWT, lantas secara langsung meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Hatinya gementar sama ada kerana gembira untuk menyahut apa sahaja yang Allah SWT perintahkan, juga hatinya gementar untuk melanggar apa sahaja yang Allah SWT larang. Bila diingatkan akan Allah SWT, keimanan secara automatik akan mengingatkan akan ganjaran dan ancaman yang Allah SWT telah war-warkan di dalam Al-Quran.
Maka bagaimana mungkin hati orang yang mengakui bahawa dirinya beriman kepada Allah SWT, tidak akan tergerak sedikit pun, apabila diperingatkan kepadanya akan Allah SWT?
Rasa gementar inilah yang membuatkan orang beriman mampu patuh dan taat kepada perintah Allah SWT, dan menjauhi larangan-laranganNya. Rasa gementar yang mengubah iman dari sekadar satu perkara yang tersemat di dalam hati, tetapi menjadi apa yang menggerakkan pembuktiannya dalam bentuk amal, tindakan.
Rasa gementar ini yang kemudiannya berubah menjadi penambahan iman apabila dipersembahkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Apabila dia berfikir, apabila dia belajar, apabila dia meneliti, dan kemudian terzahir kepadanya hikmah serta kebijaksanaan Allah SWT, atau terpampang kepadanya akan bukti-bukti kebenaran Allah SWT, atau terlihat kepadanya akan tanda kebesaran Allah SWT, keimanannya lantas bertambah kukuh dan mantap.
Bila keimanan tinggi, kukuh dan mantap, menjadilah orang-orang beriman itu, orang yang mampu bertawakkal dan menyerah dirinya kepada Allah SWT. Kerana keimanannya membuatkan dia percaya, bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi dan mempersia-siakannya.
Dan kita perhatikan, ayat ke-3 Surah Al-Anfal, disentuh terus perihal solat dan derma/zakat. Perkara-perkara yang tidak terlihat – gementar hati, penambahan iman, tawakkal – yang dibicarakan di dalam ayat kedua, diterjemahkan dalam bentuk tindakan dalam ayat ke 3.
Tanpa terjemahan dalam bentuk tindakan, maka perkara-perkara di dalam hati tadi tidak membawa makna apa-apa.
Gabungan kedua-duanya, apa yang ada di hati dan apa yang dipersembahkan melalui tindakan, adalah apa yang kemudiannya Allah konklusikan dalam ayat keempat – “Mereka itulah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.”
Penutup: Bergerak Dan Membumikan Iman
Maka kita kembali kepada diri kita.
Kita teliti kembali keimanan kita pertamanya. Apakah kita benar-benar beriman dan berusaha memperkasakan keimanan kita?
Tunjang kehidupan kita, adalah sebagaimana ayat pertama Surah Al-Anfal nyatakan – Taati Allah dan Rasul, jika benar kita beriman.
Untuk menilik apakah keimanan kita benar, kita memeriksa hati kita. Apakah ada rasa gementar apabila diperingatkan kepada kita akan Allah SWT? Apakah bertambah keimanan kita tatkala terzahir kepada kita akan tanda-tanda kebenaran dan kebesaran Allah SWT? Apakah kita orang yang mampu bertawakkal dan menyerah diri kepada Allah SWT?
Seiring dengan itu, kita perhatikan amal kita. Solat dan zakat/derma kita. Apakah kita mengusahakan dalam keadaan yang terbaik? Dan sudah pastilah kita perlu faham, bukan hanya solat dan zakat/derma sahaja yang perlu kita usahakan.
Dua itu adalah tunjang yang hakikatnya mewakili dua medan. Solat mewakili medan peribadi – kita dengan Allah SWT. Kita tak boleh solat untuk orang lain. Zakat/derma mewakili medan bermasyarakat – kita dengan manusia lain. Kita bukan derma untuk keuntungan peribadi kita. Jauh sekali kita berzakat/derma untuk Allah jadi kaya kerana Allah sememangnya telah kaya. Kita melakukan zakat dan derma kerana Allah mengajar kita untuk fikir kebajikan orang lain dan tidak hidup mementingkan diri.
Justeru hakikatnya, dalam kedua-dua medan itu, yang punya jaringan amal yang lebih luas dari sekadar solat dan zakat/derma secara khusus, kita sebagai orang yang beriman, akan mengusahakannya bersungguh-sungguh sebagai pembumian iman kita di alam realiti.
Dari usaha-usaha ini, kita cuba untuk menjadi mukmin yang sebenarnya.
Moga kita tergolong dalam kalangan itu.
Muhasabah.
The post Ayat Al-Quran Pilihan – Surah Al-Anfal ayat 1-4. appeared first on Langit Ilahi.
Menghargai Hidayah Allah
Ramai orang ketikamana dia ingin melakukan suatu dosa atau kezaliman, kadangkala Allah menghantar pelbagai halangan dan hadangan agar dirinya tidak berjaya melakukan apa yang dia inginkan itu.
Kadangkala, halangan itu boleh jadi dalam bentuk kita didatangkan dengan kemalangan kecil yang akhirnya menghalang perjalanan kita sampai kepada destinasi maksiat kita.
Kadangkala, halangan itu boleh jadi dalam bentuk kita kehilangan wang atau harta kita dirompak yang pada asalnya kalau harta itu ada dengan kita, kita mahu gunakannya untuk tujuan maksiat.
Kadangkala, halangan itu boleh jadi dalam bentuk gajet kita rosak, akhirnya tujuan maksiat tidak berjaya dilakukan.
Bermacam-macam halangan Allah boleh jadikan. Antara kita membuka mata hati kita memerhatikannya dengan teliti atau tidak.
Ya, barangkali semua itu kalau kita lihat, nampak seakan-akan sebab zahir semata-mata, tetapi pastilah takdir Allah yang mengizinkan hal itu berlaku dan pastilah ada hikmahnya.
Apakah Kita Mempelajari Hikmahnya?
Pastilah semua sebab itu tidak terjadi dengan sengaja. Kemalangan, kehilangan harta dan sebagainya itu adalah supaya kita belajar menghargai hidayah Allah yang sedang berada bersama kita.
Sebagai tanda Allah sayangkan kita, maka Dia berikan penghalang-penghalang ini dalam bentuk ujian agar kita terhindar daripada melakukan sesuatu yang menjauhkan kita dari hidayah-Nya.
“Barangsiapa yang Allah kehendaki pada dirinya kebaikan, maka diuji dia itu.” [HR Bukhari, no. 5645]
Tetapi apakah kita menghargai dan mempelajari hikmahnya?
Apakah kita mahu duduk seketika meneliti dan mencari pengajarannya, kenapa setiap kali kita ada hajat sikit kepada maksiat, maka Allah cepat-cepat datangkan sesuatu sebagai ujian menjauhkan kita langsung dari mendekati maksiat itu.
Tidakkah kita merasai bahawa Allah sangat prihatin dan sayang kepada kita sehingga ke tahap itu Dia memelihara dan menjaga kita?
Kata Ibn Atho’illah :
“Sekiranya kamu mahu mengetahui nilai kamu di sisi-Nya, lihatlah di mana Dia lorongkan kamu.” [Al-Hikam Al-Atho’iah]
Memelihara Sensitiviti Ini Dalam Hati
Siapa yang memandang dengan bashirah, dengan mata hatinya, akan melihat bahawa Allah bukan sedang menyusahkan dirinya dengan semua penghalang-penghalang itu yang menyebabkan dirinya tidak dapat meneruskan hajat maksiatnya itu.
Tetapi itulah tanda betapa besarnya kasih Allah terhadap dirinya, memberikan jagaan yang baik kepada dirinya dari terjebak dalam dosa maksiat.
Maka, marilah kembali membersihkan hati kita, beristighfar setiap kali ada keinginan maksiat, dan pada setiap kali itu pula Allah iringkan kita dengan halangan-halangan sebegini yang bertujuan mengingatkan kita dan mengembalikan sensitiviti iman dalam diri kita.
Bersyukurlah kita kerana Allah masih memelihara diri kita di kala kita ada niat mahu berlari menjauhi-Nya, memberikan perhatian-Nya yang besar kepada kita ketika kita ada mahu lalai seketika.
Jagalah sensitiviti terhadap dosa. Sensitif terhadap maksiat.
Sensitif untuk sentiasa merebut peluang kebaikan dan pahala, menjauhi amal-amal kemungkaran.
Hidupkanlah sensitiviti ini dalam diri kita dengan kembali merapat kepada-Nya, melakukan apa yang disuruh dan dicintai-Nya, menjauhi larangan dan kebencian-Nya.
Tuhanku, Tetapkanlah Hatiku
Di dalam Al-Quran, Allah sering mengulang-ulang doa yang mengajar kita untuk sentiasa menetapkan hati kita di atas jalan iman, jalan hidayah-Nya.
“Wahai Tuhan kami ! Janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” [Al-Imran : 8]
Nabi juga mengajarkan kita doa dalam sebuah hadis:
“Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas deen-Mu.” [HR Tirmizi]
Berdoalah juga sebagaimana diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada Muaz agar tidak meninggalkannya setiap kali selepas solat, iaitulah kita sentiasa meminta Allah membantu kita dalam mentaati dan menyembah-Nya.
“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati menyebut-nyebut nama-Mu, mensyukuri-Mu dan menyembah-Mu dengan sebaik-baiknya.” [HR Abu Dawud, no. 1522]
Penutup : Hargailah Hidayah-Nya
“…Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya…”[Yunus : 25]
Hidayah Allah sesuatu yang mahal. Sesiapa yang benar-benar berkehendak kepada-Nya, mencari-Nya, jujur pada-Nya, maka diberikan padanya.
Tetapi, jangan lupa, itu adalah milik Allah. Jangan bongkak dengan hidayah, jangan rasa besar diri menjadi muslim kerana hidayah Allah, bila-bila saja Allah boleh tarik daripada diri kita.
Kalau kita menolak, mengingkari dan cuba melanggar batasan Allah yang telah Allah tetapkan pada diri kita, cuba keluar dari pemeliharaan Allah terhadap diri kita, maka itu tanda kita tidak menghargai hidayah Allah pada diri kita.
Perbaikilah makna menjadi hamba Allah dalam diri kita. Hargai, syukuri dan telitilah hikmah di sebalik setiap ketetapan Allah dalam hidup kita. Pasti ada sebabnya, bukan kebetulan, bukan sia-sia.
The post Menghargai Hidayah Allah appeared first on Langit Ilahi.
October 13, 2015
The Meaning of Sacrifice for Young Husbands
“With beard comes responsibility”
Picture courtesy of link
The Meaning of Sacrifice for Young Husbands
A young husband may not be the most perfect husband in the world, but he tries to be perfect.
Every morning, this young husband, still in his early years taking on the mantel of ‘husbandship’, works from 9am to 5pm five days a week, to earn a monthly salary to maintain a small family of him and his pregnant wife.
Living in the big city where congestion is rampant, he rides a motorcycle every day to slip past in between cars and to reduce his costs for fuel despite a verbal ban by his mother to not ride a two-wheel vehicle prone to road calamity.
The money he earns is not for the luxury of him but for the family. The wife works too, but the money she gets is for her spending and her spending alone.
That monthly wage of RM3000 is barely enough. Some months when unexpected incidences occur, if his monthly wage can’t pay, he has no choice but to seek financial aid from his wife. When he receives the payment of the following month, he will pay back the money his wife has lent.
This young husband may not be the most charming husband in the world, but he tries to be charming to his woman.
He tries his best to fulfill his wife’s wishes and needs. If his wife’s shoes are worn out, he buys her a new pair. If his wife requires a new set of clothes, he buys her new ones. If his wife has peculiar food cravings, he will ride his motorcycle regardless of weather-condition, to buy the food for her.
When his wife is sick at irregular hours before dawn, he sends her to any reachable 24-hour clinics to get medical attention. His wife gets a medical certificate of a one day off, but he still has to ride his bike to work despite the lethargy.
Sometimes his wife wishes to go travel at a dream place she has been wanting since she was a child, the husband tightens his belt to save his monthly money and plans a possible road trip for vacation.
He tries to continuously impress his wife. He remembers his wife’s important life events and frequently seeks presents of her liking usually almost anything made up of the pink or pinkish red color: pink spoons, pinkish red wireless mouse, pink pens, pink knives and anything pink you can find on the market.
He never complains his wife’s cooking. He never demands his wife to cook. If the wife is too tired to cook, the husband will ride his motorcycle and buy food from the nearest restaurant.
Sometimes the husband feels like impressing his wife despite being a lousy cook, he cooks a simple meal for to dine.
The husband washes the clothes and put them for drying, sweeps the floor, takes care of the dishes because his pregnant wife can’t do all that. Even if his wife is not pregnant, he will do the same as that was taught by his mother.
He understands that women sometimes have unusual mood swings which he cannot fathom. Hence, he has never yelled or be angered at his wife despite the mood swings.
When his wife complains about a certain issue, he listens to them tentatively and reacts accordingly without any reactionary response. Reacting negatively will only result in misfortune.
He treats his wife as his equal, she is his BFF neither superior nor inferior, and she is his place he shares his problems with, his dream with, his life with.
His father wrote to him this:
“When the school attire is worn out, Papa asks Mama to buy new ones for the children and for mama, even though Papa wears his same old pair, Papa says okay.
When Papa witnesses his children’s marriage, no one cares how Papa feels crying to let go of his children, Papa says okay.
When the children hug Mama, showing affection to Papa not to Mama, Papa keeps quiet, Papa says okay.
When Papa’s children scores good grades, Papa cries happy tears alone in his room, without others knowing, Papa says okay.
When Papa’s children calls to home saying they miss Mama, but doesn’t call Papa, Papa is sad but it’s okay as long as Mama is happy, Papa says okay.”
Now he understands a bit the subliminal meaning why his father wrote to him like that.
He is there to be the caretaker of his wife.
His wife is the caretaker of the children.
“As long as Mama is happy, then it’s okay.”
The post The Meaning of Sacrifice for Young Husbands appeared first on Langit Ilahi.
October 4, 2015
Coretan: Tuhan, Salahkah Jika Aku Bahagia?
Pernahkah pada suatu ketika, anda merasa sangat gembira dan tertawa seolah-olah anda tidak pernah mengenal duka? Namun tidak lama selepas itu, tiba-tiba sahaja anda merasa sedih yang kadang-kadang anda sendiri tidak tahu apa puncanya. Ia seringkali berlaku pada diri anda sehinggakan kadang-kadang anda takut untuk merasa terlebih gembira dalam sesuatu perkara.Saya pernah diuji begini sampaikan saya bertanya, “Tuhan, salahkah jika aku mahu merasa bahagia?”
Senyum.
Pada setiap persoalan, pasti ada jawapannya. Adakala sebelum timbul persoalan, jawapannya sudah lama ada.
Mengingati Allah Saat Gembira, Saat Nestapa
Allah SWT menginginkan hambaNya mengingatiNya walau dalam senang, walau dalam susah. Jika ditimpa kesusahan dan kesesakan hidup, pintalah padaNya kekuatan, jika merasa gembira dengan nikmat yang Dia kurniakan, bersyukurlah dan usah melupakanNya. Ramai di antara kita saat ditimpa ujian yang menyesakkan jiwa, akan merayu-rayu di hadapan Allah SWT sehingga bercucuran linangan air mata, ketika itu terasa diri benar-benar akrab dengan Tuhan, merasa yakin bahawa Dia mendengar setiap keluhan, ketakutan, keresahan, kesedihan, kelukaan, kepedihan yang menikam lubuk hati. Namun berapa ramai di antara kita yang kekal mendampingi Allah SWT setelah Allah mencabut kedukaan itu dari dada-dada kita, meringankan ujian dan beban hidup kita dan membuatkan kita kembali tersenyum? Akuilah, sering sahaja kita lupa untuk berterima kasih padaNya malah mula jauh daripadaNya. Tidak seperti saat kita diuji dahulu.
Lalu Allah datangkan kembali secebis duka yang kadang-kadang tidak banyak pun, cuma sedikit sahaja. Itu pun sudah cukup untuk buat kita terasa sesuatu di hati. Apakah Allah tidak suka kita merasa bahagia lalu Dia datangkan kembali setitis nestapa?
Tidak sama sekali.
Allah SWT suka melihat hambaNya merasa senang, tetapi dalam keadaan senang yang bagaimana?
Dalam keadaan senang tanpa lalai dari mengingatinya.
Dalam keadaan senang tanpa melupakan bahawa rasa gembira dan bahagia itu hakikatnya datang dari Dia.
Dalam keadaan senang tanpa lupa untuk bersyukur.
Kerana apabila kita bersyukur, nescaya Allah SWT akan menambah lagi dan lagi rasa bahagia di dalam hati kita.
Cukuplah firmanNya yang Agung menjadi bukti;
“Sekiranya kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (pemberian-Ku) kepada kamu, tetapi sekiranya kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih,”
-
Surah Ibrahim : 7
Allah SWT sudah nyatakan awal-awal lagi di dalam kitabNya, sekiranya kita menjadi hamba yang bersyukur pasti dia akan melipatgandakan lagi nikmatnya kepada kita. Merasa gembira dan bahagia juga adalah suatu nikmat yang tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit, ia datang dari Allah SWT, lantaran itu sekiranya kita bersyukur ketika merasai indahnya hidup ini, nescaya Allah SWT akan melebihkan lagi nikmat bahagia itu ke atas diri kita. Tetapi malangnya kita ini terlalu cepat dilalaikan dengan kegembiraan dunia sehingga kita lupa bahawa bahagia itu datang dari Allah SWT, kita juga lupa bersyukur kepadaNya, maka salah siapakah jika Allah SWT menguji kita dengan sedikit duka?
Tepuk dada, tanya iman di jiwa.
Semakin Bersyukur Semakin Bahagia
Justeru itu, setiap kali kita diuji dengan perasaan sebegini (pantang gembira terlebih sikit, esok tu mesti akan ada rasa sedih), mungkin kita perlu muhasabah kembali diri kita;
1. Apakah kita ada lakukan sesuatu yang Allah tak redha?
2. Adakah ketawa kita melebihi zikir kita kepadaNya?
3. Adakah kita terlupa untuk bersyukur dan berterima kasih kepadaNya atas rasa gembira yang Dia beri?
4. Adakah kita telah melakukan sesuatu yang menjauhkan diri kita daripada Allah?
5. Atau mungkin kita terlalu bergantung kepada manusia untuk merasa bahagia sedangkan bahagia yang sebenar datang dari Dia?’
Soal-siasat iman dan hati, percayalah jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Jika mahu kekal bahagia dan gembira, bersyukurlah. Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang bersyukur dan antara tanda-tanda seorang hamba yang bersyukur ialah ia merasa cukup dengan apa yang ada, tidak melampau-lampau dalam sesuatu perkara, dan senantiasa mengingati Allah SWT baik dalam susah mahupun dalam senang. Maka inilah orang yang bahagia di sisiNya. Bukankah Allah SWT ada berfirman yang bermaksud;
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram,”
- al-Ra`d: 28
Orang yang bersyukur, akan sentiasa mengingati Allah SWT. Orang yang sentiasa mengingati Allah SWT, akan merasai ketenangan dan kedamaian di dalam hatinya. Yang dikatakan mengingati Allah SWT (zikrullah) bukanlah bermakna menyebut nama Allah SWT di dalam hati dan minda semata-mata, tetapi ia adalah sesuatu yang menguatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT. Inilah bahagia yang sebenar.
Penutup: Adakah kita orang yang bahagia di sisiNya?
Rasa gembira dan bahagia adalah nikmat yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ada manusia merasa gembira dengan keseronokan dunia, tetapi hatinya tidak merasa bahagia.
Ada manusia pula yang menyangkakan dirinya bahagia sedangkan dia tidak taat kepada Allah SWT, maka inilah manusia yang tertipu dengan bisikan iblis dan syaitan yang menyesatkan manusia.
Ada manusia yang sering merasakan dirinya tidak pernah bahagia, sering mengungkit-ungkit apa yang tiada, inilah dia manusia yang tidak bersyukur. Jika tidak bersyukur, mana mungkin bahagia kan tiba?
Dan ada manusia merasa bahagia yang sebenar, saat jiwa hampir dengan Tuhan. Segala yang ada terasa cukup, yang belum ada didapatkan dengan usaha dan pergantungan kepadaNya. Tidak mengeluh dan berkeluh kesah. Alangkah indah.
Allah SWT bukanlah tidak mahu kita merasa gembira dan bahagia. Tetapi Dia mahu kita merasa semua itu dalam keadaan ingat dan taat kepadaNya. Kerana itulah ditarik sebentar nikmat itu, supaya apabila dipulangkan semula nanti, kita menjadi lebih bersyukur dan tidak lalai lagi.
Muhasabah.
The post Coretan: Tuhan, Salahkah Jika Aku Bahagia? appeared first on Langit Ilahi.
September 29, 2015
Ayat favourite “Penghutang”
September 28, 2015
Muhasabah: Melirik Peranan Hajar Dalam Peristiwa Korban
Dalam setahun, kita pasti akan melalui AidilAdha. Dan apabila tibanya musim AidilAdha, sudah pasti antara yang sering diulang-ulang adalah kisah pengorbanan keluarga Ibrahim AS. Bagaimana taatnya Ibrahim AS kepada Allah SWT hingga sanggup mengorbankan keluarganya, dan bagaimana taatnya Ismail AS hingga sanggup dirinya dikorbankan.
Namun dalam kisah yang didominasi ayah dan anak ini, hakikatnya terselit di sana peranan seorang ibu. Ya, Ismail itu bukan lahir dari perut Ibrahim, tetapi dari rahim ibunya Hajar.
Tidak banyak diceritakan berkenaan Hajar di dalam peristiwa Korban, kerana bukan Hajar yang diamanahkan untuk menyembelih Ismail.
Namun peranan Hajar, sebenarnya tidak kecil di dalam cerita itu.
Kisah Yang Masyhur
Kita maklum bahawa selepas lahirnya Ismail AS, Ibrahim AS telah membawa isterinya Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang. Atas arahan Allah SWT, Ibrahim AS telah meninggalkan Ismail dan Hajar di situ. Tempat yang dimaksudkan ialah tempat di mana Ka’bah berdiri hari ini.
Masyhur di kalangan kita bahawa selepas itu Hajar mencari air, hingga berulang alik antara safar dan marwah sebanyak 7 kali, sebelum Allah mengizinkan air zam-zam terpancur berdekatan Ismail. Kasih sayang Hajar yang sanggup berulang alik mencari air untuk anaknya itu diabadikan Allah SWT dalam ibadah Haji, melalui amalan Sa’ie.
Apabila tempat itu mempunyai air, ia menarik orang untuk membina komuniti di situ. Lama kelamaan tempat tersebut berkembang sebagai penempatan.
Apabila Ismail mula meningkat remaja, ketika inilah Ibrahim AS mendapat mimpi yang terkandung di dalamnya arahan untuk baginda menyembelih anaknya Ismail. Ibrahim AS yang tidak tinggal berhampiran dengan Ismail dan Hajar, merentas perjalanan jauh dari Palestin ke lembah tersebut, untuk menyempurnakan tugas.
Apabila baginda tiba, antara yang awal baginda lakukan ialah berbincang dengan anaknya Ismail AS. Dialog ini tercatat di dalam Al-Quran:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Surah As-Soffat ayat 102.
Dan Ismail pun memberikan respon:
“Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” Surah As-Soffat ayat 102.
Maka selepas itu Ibrahim AS membawa Ismail ke tempat penyembelihan, dan apabila baginda hendak menyembelih anaknya, pisau yang digunakan tidak mampu menyempurnakan kerjanya. Saat itu Nabi Ibrahim AS diseru oleh Allah SWT, menyatakan bahawa baginda telah menyempurnakan tugasannya, dan Allah SWT menebus Ismail AS dengan seekor Kibasy.
Semua ini tercatat di dalam Al-Quran:
“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Maka Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.” Surah As-Soffat ayat 103-107.
Dan saya yakin kisah ini masyhur di kalangan kita semua. Apatah lagi apabila sering diulang terutama pada musim AidilAdha.
Perwatakan Ismail, Tangan Yang Membesarkannya
Perhatikan Ismail AS. Seorang anak yang sangat indah dan menyenangkan hati. Dia ditinggalkan oleh bapanya semenjak kecil, dan apabila bapanya datang kembali ketika dia sudah aqil baligh, tiba-tiba bapanya itu menyatakan bahawa ada mimpi yang mengisyaratkan bahawa dia perlu disembelih.
Apakah Ismail AS meroyan pada ketika itu? Jika kita di posisi Ismail AS, bagaimana?
Ismail AS menjawab dengan tenang. Dia tidak berdendam dengan bapanya yang meninggalkannya, jauh sekali dia melenting apabila bapanya menyuakan mimpi tersebut kepadanya. Dia mampu rasional. Pada umur aqil baligh, dia boleh berbincang dengan baik bersama bapanya, dan memahami akan posisi bapanya sebagai Nabi. Mimpi para Nabi bukan mainan tidur. Ianya sebahagian dari wahyu. Wahyu datang daripada Allah SWT, maka sebagai hamba yang taat, perintah mesti dilaksanakan. Dan Ismail AS faham bahawa Allah SWT itu tidak zalim, tidak melakukan perkara yang sia-sia, maka arahanNya pasti punya hikmah yang mendalam.
Lantas dia menjawab dengan tenang: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”
Apakah Ismail AS itu automatik menjadi manusia yang berakhlak tinggi serta mentaati Allah SWT sebegitu rupa?
Kita jangan lupa kepada yang membesarkannya.
Hajar.
Ya, Hajar merupakan guru pertama kepada Ismail AS. Sepanjang ketiadaan Ibrahim AS, Hajar lah yang membesarkan Ismail. Bagaimana Ismail mempunyai akhlak yang baik dan sangat memahami tuntutan yang besar tadi? Pastinya berasaskan didikan Hajar kepadanya.
Hajar yang ditinggalkan oleh Ibrahim AS, adakah dia mencaci-caci suaminya yang meninggalkan dirinya dalam keadaan haus di tanah gersang? Tidak.
Adakah dia hidup bersama dengan anaknya, meratib setiap hari akan betapa bencinya dia kepada Allah SWT yang memisahkan antara dia dan suaminya? Tidak.
Adakah dia mendidik Ismail untuk membenci suaminya yang telah meninggalkan mereka? Tidak.
Hajar adalah hamba Allah SWT yang sangat memahami bahawa suaminya ialah Nabi dan Rasul, yang bertindak berdasarkan arahan Allah SWT. Dan Hajar tahu bahawa Allah SWT itu bukanlah zalim dan tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang sia-sia. Maka Hajar taat dan patuh, bersangka baik kepada Allah SWT.
Tiada dendam di dalam jiwanya, tiada sangka buruk kepada Allah SWT, dan dengan keimanan yang sama, Hajar membesarkan Ismail.
Terpancar pada akhlaq Ismail AS, yang diabadikan di dalam Al-Quran itu, akan bagaimana Hajar membesarkannya.
Penutup: Generasi Anak Muda Seperti Ismail Bermula Dengan Generasi Ibu Seperti Hajar.
Kita sangat mendambakan generasi di mana anak-anak muda hidup dengan mentaati Allah SWT. Menjauhi perkara yang sia-sia dan melalaikan, dan siap untuk mengerah tenaga mudanya bagi kebaikan ummat.
Namun di manakah sepatutnya kita bermula?
Pembinaan generasi mendatang hakikatnya bermula dengan kita membina diri kita. Untuk mendidik generasi yang mentaati Allah SWT, kita perlu bermula mendidik diri kita dan generasi kita untuk mentaati Allah SWT.
Ibrahim AS mentaati Allah SWT, Hajar isterinya mentaati Allah SWT, lahir daripada mereka Ismail AS yang turut mentaati Allah SWT. Ketaatan kepada Allah SWT dalam diri Ismail AS bukan terhasil dengan magik, namun secara sunnatullah melalui didikan ibunya Hajar.
Tanpa didikan yang baik daripada Hajar, tidak kecil kemungkinan untuk Ismail AS akan membesar dengan sikap yang memberontak, mempersoalkan tindakan bapanya dan bersangka buruk pula kepada Allah SWT yang memberikan arahan meninggalkan mereka di lembah gersang. Dan kemungkinan besar perbincangan yang baik tidak akan terhasil, lantas merencatkan pula penyempurnaan arahan Allah SWT dalam penyembelihan Ismail.
Kisah korban hakikatnya bukan sekadar kisah pengorbanan Ibrahim dan Ismail, namun hakikatnya juga kisah pengorbanan seorang isteri dan ibu, yakni Hajar.
Betapa peribadinya perlu dicontohi untuk menghasilkan generasi para ibu dan isteri yang taat kepada Allah SWT, bersangka baik kepadaNya, dan mampu mendidik generasi seterusnya untuk menjadi generasi yang baik.
The post Muhasabah: Melirik Peranan Hajar Dalam Peristiwa Korban appeared first on Langit Ilahi.
September 27, 2015
Muhasabah: Di Sebalik AidilAdha
Setiap tahun, AidilAdha akan mendatangi kita pada 10hb Dzulhijjah, dan diraikan sehingga 13hb Dzulhijjah. Dua ibadah yang besar, sinonim dengan AidilAdha ialah Ibadah Haji dan Ibadah Korban. Sirah yang bakal menjadi pilihan untuk diceritakan pada musim ini sudah pastilah kisah pengorbanan keluarga Ibrahim AS.
Sebagai seorang manusia yang hidup, dan bukannya robot, kita sepatutnya mengambil masa barang sejenak, untuk duduk sebentar dan bermuhasabah melihat kembali akan signifikannya AidilAdha di dalam kehidupan kita.
Ya, setiap tahun kita meraikan AidilAdha. Ada antara pembaca mungkin sudah melaksanakan Haji, atau mungkin berpengalaman melaksanakan ibadah korban. Kita sepatutnya bertanya, apakah hikmah di sebalik AidilAdha, hingga ia didatangkan setiap tahun, oleh Allah SWT.
Mengapa, dalam satu tahun jadual hidup seorang muslim AidilAdha adalah sesuatu yang mesti dilalui?
Pengorbanan Sebagai Tema
Jika kita perhatikan, AidilAdha itu terjemahannya ialah Perayaan Korban. Makna Adha itu sendiri ialah korban. Dinyatakan sebelum ini dua ibadah yang dilakukan pada musim AidilAdha ini ialah Ibadah Haji dan Ibadah Korban atau penyembelihan binatang(Lembu, Sapi, Unta, Kambing, Biri-Biri dan Kibasy).
Kedua-dua ibadah tersebut, menuntut pelaksananya untuk melakukan pengorbanan. Yang pergi haji, mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. Manakala yang mengerjakan ibadah korban, mengorbankan wang untuk mendapatkan binatang korban.
Ibadah ini menjadi rutin tetap ummat Islam. Bukanlah maksudnya rutin tetap itu, ummat Islam wajib semuanya melakukan haji dan ibadah korban setiap tahun. Tetapi maksudnya, semua ummat Islam akan melalui musim ini.
Musim di mana pengorbanan menjadi tema.
Disambut sebagai Hari Raya.
Jika kita tidak pergi haji atau melakukan ibadah korban sekalipun pada tahun tersebut, kita tetap akan merasai suasananya.
Persoalannya, untuk apa kita lalui semua ini setiap tahun?
Pengorbanan Tidak Dapat Dielakkan
Di dalam perhambaan kita dengan Allah SWT, pengorbanan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Allah SWT menciptakan manusia dengan pelbagai ujian, dan antara ujian yang terbesar ialah hawa nafsu kita sendiri.
Allah SWT memberikan kita pilihan, sama ada untuk melakukan perkara yang baik, atau perkara yang buruk/sia-sia. Dan sering dalam kehidupan ini kita perasan bahawa kesukaan hawa nafsu kita biasanya seiring dengan perkara yang buruk dan sia-sia.
Maka di sana kita perlu membuat pilihan. Dan memilih untuk melakukan perkara yang baik, biasanya menuntut kita melakukan pengorbanan.
Hendak solat subuh contohnya, kita perlu mengorbankan tidur lena kita dan kehendak untuk terus berbaring di atas katil. Apatah lagi kalau kita mahu melaksanakan qiyamullail di tengah malam, sudah pasti pengorbanan diperlukan untuk kita meninggalkan tilam dan meluang sebahagian masa tidur kita untuk beribadah.
Hendak melakukan ibadah zakat contohnya, pengorbanan terpaksa dilakukan, sebahagian harta kita, hasil titik peluh dan penat lelah kita, perlu diambil sebagai zakat.
Hendak mempunyai hubungan seks yang halal, kena sabar dan ambil jalan pernikahan yang tak sedikit pancarobanya. Berkorban melawan hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara terkutuk yang jauh lebih mudah dari jalan pernikahan.
Dan pelbagai lagi.
Apabila kita hendak menjadi hamba Allah SWT yang baik, yang taat, bermakna kita pasti akan mengorbankan kehendak hawa nafsu serakah kita. Bergerak mengikut petunjuk Allah SWT dan mencari keredhaanNya, bukan lagi ikut suka hati dan semata-mata keselesaan kita.
Masyhur kata-kata berikut:
“Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu masa, yakni cinta kepada Allah dan cinta kepada apa yang dimurkaiNya.”
Justeru, jika apa yang kita suka itu adalah apa yang Allah SWT murka, maka jika kita menyatakan bahawa kita mencintai Allah SWT, sudah pasti kita perlu mengorbankan apa yang kita suka. Dan berusaha mendidik pula diri kita untuk menyukai apa yang Allah SWT redhai.
Saban Tahun Diperingatkan
Maka AidilAdha hadir setiap tahun, memberikan peringatan kepada kita akan hakikat ini. Pengorbanan yang kita lihat terpapar jelas pada mata kasar kita dalam ibadah haji dan ibadah korban, hakikatnya adalah untuk kita terjemahkan di dalam segenap kehidupan kita.
Jika ibadah Haji dan ibadah Korban hanya berlaku pada musimnya, pengorbanan sebagai hamba Allah SWT pula tidak bermusim. Ia berjalan sepanjang masa, sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Persoalannya, adakah kita bersikap dengan sikap yang sedemikian?
Di sinilah kita perlu duduk sebentar bermuhasabah dan merenung kembali akan pengorbanan kita dengan Allah SWT.
Antara perkara yang sering berlaku pada musim AidilAdha ialah pengulangan kisah Ibrahim AS dengan keluarganya. Kita akan menceritakan semula perihal bagaimana Ibrahim AS diarahkan untuk menyembelih anaknya, Ismail AS.
Apakah ini sekadar cerita?
Tidak, ini adalah sejarah dan untuk kita kembali melakukan refleksi terhadap diri kita. Melihat kembali bagaimana pengorbanan kita dalam mentaati Allah SWT.
Datang Lagi AidilAdha dan Bagaimana Pula Kita?
AidilAdha akan datang lagi dan lagi setiap tahun, selagi mana umur kita dipanjangkan oleh Allah SWT. Apakah apabila sampainya AidilAdha, dan kemudian ia pergi, maka pengorbanan kita juga meningkat?
Kita perlu sedar bahawa tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Begitulah juga kejayaan kita. Baik kejayaan kita di dunia, untuk melihat dunia ini kembali di bawah pemerintahan yang adil, keharmonian dan makmur, dengan kekayaannya dikongsi bersama, atau kejayaan kita di akhirat kelak untuk meraih syurga.
Kedua-duanya memerlukan untuk kita berkorban.
Semoga kita antara orang-orang yang sanggup.
Muhasabah.
The post Muhasabah: Di Sebalik AidilAdha appeared first on Langit Ilahi.
September 23, 2015
Para Al-Mukhbitun Dalam Ibadah Korban
“Berilah berita gembira kepada para al-mukhbit !” [Al-Hajj 34]
Di dalam ayat Al-Quran tentang penyembelihan korban ini, Allah mengikat ayat pensyariatan korban dengan tujuan penting iaitulah agar kita tetap terus menjadi para al-mukhbitun.
Siapakahkah itu al-mukhbitu?
Al-Mukhbitu menurut Ibn Asyur adalah orang-orang tawadhuk yang tiada sifat takabbur padanya.[1] Asalnya perkataan Al-Mukhbitu digunakan untuk orang-orang yang berjalan di kawasan al-khabtu. Al-Khabtu di antara maknanya wadi/lembah (yakni kawasan yang rendah) yang dalam panjang dipenuhi tumbuh-tumbuhan. Ia juga bermaksud kawasan yang rendah dan luas.[2]
Maksud asalnya barangkali adalah kawasan yang rendah tetapi digunakan oleh Allah s.w.t. sebagai mengumpamakan orang-orang yang tetap tawadhuk, memelihara kerendahan hatinya dan tiada takabbur dalam melakukan pengorbanannya.
Tujuan Berkorban
Musyrikin Makkah berkorban dahulu kerana menyangka korban itulah yang hendak diambil oleh Tuhan sehinggakan mereka menyapu atau menitikkan darah-darah sembelihan di tempat sembelih dan di berhala mereka di sekitar Kaabah. Bahkan disebutkan mereka juga menggantungkan daging-daging sembelihan di sekitar Kaabah sebagai tanda korban kepada Allah s.w.t.
Sedangkan Tuhan tidak sekali-kali memerlukan daging korban itu apatah lagi perbuatan musyrikin itu termasuk perkara yang syirik, karut dan khurafat.
Kata Ibn Asyur ketika menjelaskan makna ibadah korban ini :
“Yang sebenarnya menumpahkan darah binatang sembelihan dan memotong daging bukanlah tujuan sebenar peribadatan kepada Allah, tetapi ia hanya wasilah untuk memberi manfaat kepada manusia melalui hadiah di mana daging, kulit dan bahagian-bahagian binatang itu tidaklah dapat dimanfaatkan melainkan dengan penyembelihan.” [3]
Ada orang berkorban tetapi kadangkala korbannya tak lebih dari hanya alat untuk ia bermegah-megah dengan banyaknya hartanya sehingga ia dapat berulang kali melakukannya saban tahun.
Ada orang berkorban tetapi kadangkala korbannya tak lahir dari hati yang tulus tawadhuk kepada Allah s.w.t.
Ada orang zahir melakukan korban, tetapi ia tidak bersedia mengorbankan maksiat hatinya, maksiat dirinya, maksiat dalam dosa-dosanya yang banyak.
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.” [Al-Hajj : 37]
Ciri-ciri Al-Mukhbitun
Di antara ciri-ciri mereka yang selepas korbannya tetap menjadi al-mukhbitun[4], termasuk yang bersyukur[5], dan al-muhsinun[6].
1) Wajalul Qulub ‘inda Zikrillah
Hati mereka bergetar ketika mengingati Allah s.w.t. Ibadah korban akhirnya tidak lari dari tujuan keimanan iaitulah menjadikan Allah sebagai paksi dalam hidup. Redha dan kecintaan-Nya adalah pertimbangan kita. Apa-apa jua dalam hidup kita, kita hadapkan dan harapkan keredhaan-Nya.
Sebagaimana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam yang merupakan simbolik korban ketika mana mereka membenarkan bahawa hidup mati mereka adalah untuk Tuhan sekalian alam, maka seketika ujian sampai menguji kebenaran iman mereka atas hal itu, mereka langsung lulus kerana hati mereka tetap bersama Allah, kerana Allah dan di jalan Allah.
2) As-Sobru ‘alal Aza Fi Sabilih
Iaitulah bersabar atas ujian dan kesakitan ketika berada di atas jalan Islam, ketika memperjuangkan iman, ketika berdiri mempertahankan Islam.
Sebab itu natijah daripada berkorban adalah kita semakin kuat dan mahu terus menyumbang untuk perjuangan Islam yang benar.
3) Iqamatus Solah
Iaitulah tetap mendirikan solat dan kekal taat kepada-Nya. Kalau melakukan korban tidak mampu menjadikan kita orang yang tetap berpegang teguh dengan ketaatan kepada-Nya, maka kita mesti melakukan muhasabah semula.
4) Al-Infaq Min Rizqih
Iaitulah memberikan infaq daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita. Apabila kita berkorban, rezeki kita dapat berkorban itu adalah anugerah dari Allah. Barangkali dalam duit kita belanjakan untuk korban itu, ada hak orang lain. Justeru, berilah infaq atas kelebihan yang telah Allah berikan kepada kita atas hak orang lain.
Di dalam kehidupan sebenar juga begitu, kita tidak hanya bersikap murah hati di hari korban saja, tetapi dengan kemampuan yang ada, di luar Eidul Adha juga kita harus terus melatih memberikan infaq kepada mereka yang memerlukan.
Penutup : Kekal Dalam Ketawadhukan Sebagai Hamba
Apabila kita melakukan korban, yang ingin kita korbankan adalah sikap-sikap jahiliah dalam diri. Yang kita ingin korbankan adalah ego, kemalasan, keinginan kepada nafsu dan maksiat, serta keburukan dalam diri kita yang mungkin diketahui atau tidak diketahui orang.
Inilah buah dari taqwa, mengubah kita menjadi hamba Allah yang lebih baik, lebih takut kepada-Nya, lebih dekat dan mengutamakan pertimbangan keredhaan-Nya.
Semoga pasca berkorban, kita tetap tawadhuk dalam jalan keimanan !
[1] Ibn Asyur, At-Tahrir Wat Tanwir
[2] Mu’jam Al-Wasit
[3] Ibn Asyur, At-Tahrir Wat Tanwir
[4] Al-Hajj : 34
[5] Al-Hajj : 36
[6] Al-Hajj : 37
The post Para Al-Mukhbitun Dalam Ibadah Korban appeared first on Langit Ilahi.
September 18, 2015
Coretan Orang Bujang: Ketika Engkau Memilih Untuk Bernikah
Perbualan santai bersama dua orang sahabat baik ketika dalam perjalanan untuk beriadhah di pinggir kota beberapa minggu lalu masih terngiang-ngiang di fikiran. Melihatkan usia kami yang sudah hampir menjengah suku abad, kami sedar kami bukan anak remaja lagi walaupun jiwa terasa begitu. Sudah ramai sahabat-sahabat sebaya kami berumahtangga, mempunyai anak dan keluarga sendiri. Pada umur begini, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Lumrah kehidupan, kita pasti akan mengalami perubahan fasa hidup.
Perbincangan kami santai tetapi serius.
Tatkala seorang wanita itu memilih jalan untuk bernikah, nyata banyak yang dia perlu korbankan. Walaupun kami masih bujang, tetapi kami belajar dari pemerhatian terhadap sahabat-sahabat kami yang telah berumahtangga. Memilih jalan untuk bernikah bererti memilih jalan untuk mengubah kehidupan sebanyak 360 darjah.
Jika dahulu hidupnya banyak dihabiskan bersama ibu bapa dan rakan-rakan, namun setelah pernikahan peluang begitu sangat mahal. Semua itu akan ditinggalkan. Walaupun rapat mana persahabatan, kelak bila bernikah masing-masing membawa diri dengan haluan tersendiri dek komitmen terhadap suami dan anak-anak. Tiada lagi masa untuk berkumpul bersama, tiada lagi masa untuk berjalan ke sini ke sana. Komunikasi menjadi terhad, pertemuan menjadi singkat.
Ibu bapa sendiri turun pangkat dalam ketaatan. Suami menjadi orang ketiga setelah Allah dan RasulNya. Kalau dahulu bapa menjadi raja, setelah bernikah suami adalah segalanya. Syurga yang dahulunya di bawah tapak kaki bonda, setelah bernikah syurga itu berpindah pada redha sang suami pula.
Tatkala seorang wanita itu memilih untuk bernikah, ia memilih untuk berkorban jiwa, jasad dan masa. Walaupun ia marah, sedih atau kecewa, ia perlu kekal tersenyum supaya suami yang dia cinta merasa senang melihat wajahnya yang ceria saat penat pulang dari kerja menjadi sesuap rezeki menyara keluarga. Wanita itu harus bekerja keras untuk membuat semua orang gembira. Dia mahu menjadi penyejuk mata,penawar jiwa. Lalu dia menyembunyikann duka.
Saat ia merasa tidak senang hati terhadap mertua atau ipar duai, dia hanya mampu memendam sahaja kerana syurga suaminya berada pada redha ibu bapa, sedang syurganya ada pada suaminya. Sememangnya seseorang itu bernikah bukan hanya dengan pasangannya sahaja, malah seluruh ahli keluarganya.
Apabila suatu hari nanti dia punyai anak-anak pula, tanggungjawabnya semakin bertambah. Mendidik anak-anak mengenal Allah, bukan sesuatu yang mudah. Anak-anak sendiri punya kerenah dan mehnah. Dia perlu membahagi masanya – kerja – kerja rumah – suami – anak-anak – ibadah – dan bermacam-macam lagi tanggungjawab yang perlu ia pikul. Semua tanggungjawab ini memerah seluruh tenaga dan keringatnya hingga adakala dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya.
Inilah harga yang perlu dia bayar, tatkala ia memilih jalan untuk bernikah. Aku sendiri sering bertanya pada teman-teman yang sudah bernikah dan menjadi ibu, bagaimana rasanya berkahwin itu?
Ah sungguh kebudak-budakan soalannya tetapi ya, dengan jiwa kebudakan inilah aku ingin tahu apa rasanya menjadi dewasa. Jawab mereka, “Kahwin itu memang susah, penat dan meletihkan. Tetapi ia membahagiakan.” Dan aku dapat melihatnya dari raut wajah dan nada bicara mereka.
Rahsianya, “Just enjoy it and don’t stress yourself. No matter how hard it seems, it still makes you happy. Put your trust in ALLAH.” Sungguh, orang yang menjaga hubungannya dengan Allah, Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia. Orang yang memudahkan urusan manusia lain dan menjaga hubungan sesama manusia, Allah akan memudahkan urusannya pula.
Hablumminallah wa hablumminannas.
Nyata, perkahwinan itu perlu dilalui dengan hati yang redha dan rela, bersedia untuk berubah dan berkorban banyak benda. Ia bukan sekadar persediaan material, tetapi ia menuntut persediaan hati dan mentaliti. Ia juga menguji sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah, sama-sama memperingati antara suami dan isteri untuk taat dan patuh kepada perintahnya, saling menasihati, saling melengkapi. Bersedia untuk ditegur dan menegur, bersedia untuk mengaku kelemahan diri dan menurunkan ego yang dahulunya meninggi, bersedia untuk memikul tanggungjawab yang datang bersama lafaz akad. Bersedia untuk saling memberi dan menerima. Supaya suatu hari nanti perkahwinan itu menjadi perkahwinan yang Dia redha.
Ini pesan aku pada diri sendiri, yang tidak sedar diri makin dewasa masih bersifat keanak-anakan lagi, yang masih punya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, yang memiliki segala ketidaksempurnaan dan perlu sentiasa ditegur dan dinasihati. Aku yang dahulu tidak mengerti, kini sedang belajar mendaki sedikit demi sedikit.
Buat sahabat-sahabat yang bakal ke jinjang pelamin, semoga Allah mempermudahkan urusan kalian. Moga baik-baik sahaja, moga Allah cinta, moga Allah pelihara, sampai ke syurga.
Aisyah Huraiyah
13 September 2015.
The post Coretan Orang Bujang: Ketika Engkau Memilih Untuk Bernikah appeared first on Langit Ilahi.