Hilal Asyraf's Blog, page 40
April 28, 2015
Pilih Kasih
YouthACE 2015 – Resolusi: Pandang Masa Hadapan, Untuk Hari Ini Diusahakan.
Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 25hb April 2015 yang lalu. YouthACE kali ke-3 ini dianjurkan oleh Langit Ilahi di Dewan Besar PKKSSAAS, dengan kerjasama K-Fiqh, ABIM, SPKB, AIM, Projek Ahad, dan juga mendapat tajaan Bank Rakyat, Preston Shipyard, Lembaga Zakat Selangor, Pusat Pungutan Zakat dan Al-Hilmi Travel. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerjasama dan para penaja. Semoga dirahmati Allah SWT semuanya.
YouthACE 2015 telah menyaksikan 1500 belia hadir dari pelbagai negeri di Malaysia. Bahkan ada yang hadir dari Indonesia dan Singapura. Sabah dan Sarawak juga ada wakilnya. Ada seorang peserta perempuan menyatakan dia mengembara berseorangan dari Sarawak untuk menghadiri YouthACE. Sungguh kuat tarikan program ini untuk belia yang benar-benar berhajat mencari makna dalam kemudaannya.
Tema tahun ini ialah “Belia & Masa Hadapan.” Tajuk-tajuk yang dibentangkan pula banyak membicarakan perihal mempersiapkan belia untuk memaknakan masa muda mereka, untuk membina masa hadapan yang lebih cerah. Bukan sahaja masa hadapan untuk diri sendiri, tetapi juga untuk ummah ini.
Antara momen paling saya ingat di YouthACE 2015 adalah apabila saya dihampiri seorang belia dan temannya. Dia bertanya:
“Abang Hilal, apa expectation Abang Hilal kepada kami generasi muda yang menyertai YouthACE 2015 ini? Contohnya, jika kami datang ke YouthACE 2016 nanti, apa yang Abang Hilal nak tengok pada kami?”
Saya tersenyum. Saya puas hati dengan soalan itu. Soalan yang menunjukkan YouthACE 2015 ada menyentap jiwa peserta-pesertanya untuk bangun, bertindak. Bukan sekadar dengar, balik dan hilang.
Saya menjawab: “Ana expect antum balik, dan usahakan sesuatu. Tak mesti besar. Kecil pun tak mengapa. Tahun ini, Pentas Belia ana pilih penyampai-penyampainya. Ustaz Zaharuddin, Badrul Hisyam dan Hisyam Mahir. Mereka masing-masing ada sesuatu untuk dikongsikan dengan belia yang hadir pada hari ini. Tahun depan, ana harap Pentas Belia itu ana tak perlu pilih penyampai-penyampainya. Ana sekadar umum – siapa yang berminat untuk berkongsi pencapaiannya, atau projeknya di Pentas Belia YouthACE 2016? Dan antum akan menyahutnya. Itu harapan ana.”
2016 itu sebahagian dari masa hadapan. Jika peserta-peserta YouthACE 2015 memanfaatkan waktu selepas YouthACE 2015 hingga YouthACE 2016(sekitar setahun), pasti mereka akan ada sesuatu untuk dikongsikan pada ketika itu(YouthACE 2016), sekaligus menginspirasikan pula belia-belia yang lain untuk mengusahakan sesuatu.
Rakan-rakan yang saya kasihi, masa hadapan itu belum tiba. Ramai yang tersilap dalam menyantuninya. Ramai melayannya seperti tidak akan sesekali sampai. Lantas bercita-cita setinggi langit, berharap hasil seluas lautan, namun tiada perancangan, tiada strategi, tiada tindakan yang diusahakan semenjak hari ini. Maka cita-cita dan harapan tadi sebenarnya bukan cita-cita dan harapan. Ianya hanya sebuah angan-angan kosong.
Ya, saya tegaskan di dalam YouthACE 2015 bahawa, cita-cita dan harapan yang tidak disertai dengan perancangan, strategi dan perlaksanaan, hanyalah angan-angan kosong. Tanda kita serius untuk merealisasikan cita-cita dan harapan kita adalah kita mempunyai perancangan dan strategi, kemudian berdisiplin melaksanakannya.
Saya membangkitkan perihal apa yang kita cita-citakan. Contohnya tak sedikit orang-orang kita yang bercita-cita seperti “Hendak Membebaskan Palestin”, “Hendak menjadikan Islam sebagai mahaguru alam”, “Hendak mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik”, bahkan di YouthACE 2015, ada belia menyatakan bahawa harapannya adalah “Malaysia mempunyai politik bersih.” Maka saya tanya: “Apa perancangan kita terhadap cita-cita dan harapan tersebut?”
Saya tegaskan bahawa, orang yang bercita-cita hendak menjadikan Islam sebagai mahaguru alam contohnya, hidupnya tak bolehlah sama seperti hidup orang yang tak mahu menjadikan Islam sebagai mahaguru alam. Begitulah terhadap cita-cita yang lainnya.
Tanda kita serius merealitikan segala cita-cita tadi, adalah dengan kita mengusahakannya bermula hari ini.
Rakan-rakan,
“Belia & Masa Depan” dipilih oleh saya untuk menjadi tema YouthACE 2015 bukan untuk para belia hanyut di dalam cita-cita yang tak kesampaian atau angan-angan. Tetapi hendak memberikan sebuah kesedaran bahawa masa hadapan itu, adalah hari ini yang diusahakan.
Bagaimana kita mengusahakan hari ini, begitulah masa hadapan kita biasanya. Malas belajar, biasanya kita akan dapat masa hadapan gagal di dalam peperiksaan. Gagal bersedia hari ini, tanda kita telah menyediakan masa hadapan yang gagal. Kerana kita tidak berusaha pun semenjak hari ini untuk menang.
Saya sebut semasa di YouthACE 2015, jika 10 tahun nanti sampai berita kepada kita bahawa Palestin telah ditawan oleh Zionis, dalam keadaan kita tidak pernah mengusahakan apa-apa yang serius untuk membebaskan Palestin semenjak hari ini, maka 10 tahun nanti jangan dihina dan dilaknat Zionis itu. Yang patut dilaknat adalah kita yang tidak serius membebaskan Palestin 10 tahun sebelumnya.
Konklusinya, resolusi YouthACE 2015 pada saya adalah untuk belia menghargai hari ini, memanfaatkan hari ini, mengusahakan hari ini, demi masa hadapan yang cerah kelak. Kita perlukan belia yang celik dan peka, untuk bangkit mengerjakan hari ini. Sudah cukup selama ini kekuatan belia itu dilenakan dengan hedonisma yang melampau.
Saya berharap, apabila sampai ke YouthACE 2016 nanti, ada dari kalangan peserta-peserta YouthACE 2015 yang tampil berkongsi usaha mereka dengan belia yang lain, buka booth pameran dan sebagainya.
Kita tidak boleh duduk diam. Masa mencemburui kita.
Jangan sudah tua, baru menyesali masa muda kita.
Hari ini yang tidak dihargai, menghasilkan masa hadapan yang dikesali.
Muhasabah.
Sekian.
~ Hilal Asyraf
Pengarah YouthACE 2015
CEO Lantera Iman Resources
Pengasas Langit Ilahi
Penulis Buku
The post YouthACE 2015 – Resolusi: Pandang Masa Hadapan, Untuk Hari Ini Diusahakan. appeared first on Langit Ilahi.
April 27, 2015
Malu
April 19, 2015
Cerpen: Ku Gapai Doamu Dalam Mimpiku
Zahra terlentang di atas lantai usai solat maghrib, matanya memandang kipas siling yang berputar laju. Serabut. Jiwanya terasa begitu serabut.
Hari-hari yang dia lalui terasa begitu sempit. Masa yang ada tidak cukup untuk segalanya.
Dia mahu menangis.
Ada genangan di tubir mata.
“Aku penat ya Allah.. aku penat dengan kehidupan yang aku lalui ini…” air matanya menitis.
****
Terasa seseorang mengusap pipinya. Dia mencelikkan mata perlahan-lahan. Tangannya menenyeh-nenyeh mata. Pandangan yang kabur semakin jelas. Kelibat itu berada di sisinya. Tersenyum indah. Dia sangat kenal akan peribadi itu. Seseorang yang sangat dia kasih dan cinta, seseorang yang tidak putus-putus memberi nasihat dan mendidiknya.
“Assalamualaikum Kak Ngah..” lunak suara yang sangat dia rindui itu.
“Waalaikumumussalam..ibu..? ibu buat apa kat sini? bila ibu sampai? ibu tak bagitahu pun ibu nak datang?” DIa merangkul ibu dalam dakapan erat. Rindu serindu-rindunya.
Ibu senyum semakin lebar. Memeluk erat kembali anaknya nan seorang itu. Raut wajah tua itu meski mempamerkan kedut-kedut usia, memandangnya tetap menenteramkan jiwa. Seperti ada suatu kekuatan mengalir dalam urat nadi jasadi. Ibu bangun memimpin tangannya. Dia bingkas mengangkat punggung mengikut gerak ibu. Ibu membawanya ke pintu, dia hanya menurut sahaja.
Tatkala pintu itu dibuka, ada sinar menyilau mata. Tangan kirinya diangkat ke mata menepis cahaya. Kian lama kian jelas. Ada taman indah di hadapan, ada sungai mengalir perlahan. Di sana ada suatu pohon yang amat rendang merimbun, di bawahnya terdapat kerusi taman menghadap bunga-bungaan. Bau rumput yang segar menusuk hidung. Terasa seakan bernafas semula. Dia memandang ibu yang masih kekal dengan senyuman. Ibu memandangnya kembali, wajah ibu cukup tenang.
“Kenapa Kak Ngah nampak muram? kak ngah tak suka ibu datang?” lembut ibu menutur bicara.
“Eh tak.. Kak Ngah suka.. suka sangat.. Kak Ngah gembira ibu datang.. Kak Ngah dah lama tak balik kampung sebab terlalu sibuk.. ibu jangan marah Kak Ngah ya.. Kak Ngah rindu ibu..” air matanya bergenang lagi.
“Tak apa sayang.. ibu faham.. tapi ibu tak suka lihat anak ibu bermuram..” tangan ibu mengenggam tangannya. Sentuhan penuh kasih sayang.
“Ibu…Kak Ngah penat sangat.. Kak Ngah penat sangat dengan dunia ni.. hidup Kak Ngah tak habis-habis diuji. Kak Ngah penat dengan kerja Kak Ngah, Kak Ngah penat dengan kawan-kawan Kak Ngah, Kak Ngah penat dengan hutang-hutang Kak Ngah yang belum habis dibayar, Kak Ngah sibuk tapi Kak Ngah tak rasa gembira dengan kesibukan Kak Ngah sekarang. Kak Ngah selalu rasa sakit hati..Kak Ngah penat ibu..penat sangat..” dalam esak tangis di bahu ibu dia meluahkan segala rasa.
“Sshh.. sabar Kak Ngah..sabar…” pujuk ibu sambil mengusap kepala anaknya.
“Dunia ini milik Allah sayang.. Segala yang ada di dalamnya, Allah yang punya. Ia tak kekal, ia hanya sementara. Dan setiap yang ada di dalamnya, adalah ujian buat hambaNya. Kak Ngah ingat tak kisah Nabi Ayub, bagaimana Allah uji baginda dengan menarik satu persatu nikmat yang ada, dari harta, kemudian anak-anak, kemudian ditimpakan pula kesakitan sehinggakan isterinya pergi meninggalkannya, tetapi adakah Nabi Ayub semakin menjauhi Allah? Tidak kan? Malah baginda terus berdoa pada Allah supaya menguatkannya. Lalu Allah menyembuhkannya dan mengembalikan segala yang baginda pernah ada.” Dia masih tersedu sedan menahan tangisan di bahu ibu.
Ibu bercerita lagi,
“Kak Ngah ingat tak juga, kisah Nabi Yunus bagaimana baginda rasa penat dan berputus asa serta kecewa dengan sikap kaumnya lantas dia pergi dengan meninggalkan mereka. Kemudian Allah mendidiknya dengan menyebabkan baginda ditelan ikan nun yang besar sekali dan menyebabkan baginda terpaksa tinggal di dalam kegelapan perut ikan nun, kesejukan, keseorangan. Lalu baginda bertawakal kepada Allah SWT, menyerahkan segala urusannya keada Allah, memohon seluruh keampunan dariNya dan baginda berdoa,’ Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini tergolong dari golongan orang yang berbuat kezaliman‘. Lalu adakah Allah mensia-siakan baginda? Tak. Allah melepaskannya dari perut ikan nun dengan memuntahkannya di pantai, Allah memaafkan kesilapannya dan menyuruhnya kembali kepada kaumnya. Nampak tak betapa baiknya Allah? Bukan kerana mereka ini para Nabi dan Rasul, tetapi kerana sifat Allah itu sendiri yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat kepada seluruh hambaNya yang bertaqwa.”
“Kak Ngah.. kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga urusan kita sesama manusia. Tapi kita jaga hubungan kita dengan Allah bukan sebab kita mahu Allah pelihara urusan kita dengan manusia-manusia di sekeliling kita semata-mata, tapi supaya apabila baiknya urusan kita sesama manusia, dapat juga membawa kita dan mereka semakin mendekati Allah.”
Ibu menyambung lagi, “Lihat kembali kisah Nabi Ayub tadi, walaupun teruk mana baginda diuji, baginda tidak pernah meninggalkan Allah, apatah lagi mengeluh. Jadi, Allah kembalikan semua nikmat yang pernah baginda miliki. Begitu juga Kak Ngah, walau berat mana pun Kak Ngah diuji, jangan tinggalkan Allah, usah lari dan berputus asa malah Kak Ngah kena semakin rapat denganNya.. sebab segalanya datang dari Allah, maka hanya Allah berkuasa menghilangkannya. Begitu juga Nabi Yunus, kerana rasa putus asa maka Allah mendidiknya dengan cara ditelan ikan nun. Kak Ngah tahu kan, Allah sangat tidak sukakan sifat putus asa. Kak Ngah kena kuat… walaupun tidak sekuat para nabi dan rasul, tapi kuatkanlah hati kerana kak Ngah yakin Allah ada di sisi Kak Ngah. Tuhan takkan tinggalkan Kak Ngah selagi Kak Ngah sentiasa menjaga hak-hak Dia.”
Ibu menyeka sisa-sisa air mata di pipi anaknya itu lalu bangun menuju cahaya di hujung jalan. Dia yang masih belum puas bersama ibu cuba mengejar dari belakang.
“Ibu nak pergi mana??” Dia melaung seraya cuba mengikut jejak ibu.
“ Allahuma a’inna ala zikrika wa shukrika wa husn ibadatik.. Ya Allah bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan indahnya beribadah kepadaMu.. Semoga Allah kuatkan anak ibu..” dan ibu pun hilang ditelan cahaya.
***
Dia membuka mata, memandang sekeliling. Sunyi, tiada ibu di sisi. Terasa begitu benar sekali kehadiran ibu tetapi rupanya hanya mimpi. Kesan tangisan jelas di wajah. Pasti dia menangis dalam tidur sebentar tadi. Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 5 pagi. Allah, lama benar dia tidur. Isyak pun belum tertunai lagi lantas dia bingkas bangun mengambil wudhuk dan menunaikan solat. Masih sempat.
Selesai dia solat Isyak, tiba-tiba bunyi mesej memecah kesunyian pagi. Dia mencapai telefon di hujung katil. Mesej dari ibu!
“Assalamualaikum kak Ngah yang ibu sayang. Ibu sentiasa mendoakan kak Ngah. Semoga kak Ngah sentiasa kuat dan baik-baik saja di sana.. Sentiasalah jaga hubungan dengan Allah, jangan lupakan Dia. InsyaAllah Dia akan permudahkan urusan-urusan Kak Ngah..”
Dia pasti, dalam setiap tahajud ibu, ada namanya, ada doa untuknya.
“Allah….” bisik hatinya.
“Terima kasih atas kekuatan yang Kau beri ini.”
The post Cerpen: Ku Gapai Doamu Dalam Mimpiku appeared first on Langit Ilahi.
Cerpen: Hadirlah Kekuatan dalam Mimpiku
Dia terlentang di atas lantai usai solat maghrib, matanya memandang kipas siling yang berputar laju. Serabut. Jiwanya terasa begitu serabut.

The post Cerpen: Hadirlah Kekuatan dalam Mimpiku appeared first on Langit Ilahi.
April 15, 2015
Masa Depan Mereka
April 13, 2015
Coret-coret Kehidupan #YouthACE2015
Foto: Google
Sebulan dua kebelakangan ini, saya sibuk memulakan usaha ke arah fasa baharu kehidupan. Sebagai seorang penuntut yang baru saja tamat belajar sekitar awal tahun ini, apa lagi yang harus saya lakukan selain mencari pekerjaan? Bukankah pekerjaan juga adalah satu bentuk pelajaran? Pada mulanya, semangat saya sangat tinggi untuk mencuba memohon beberapa tawaran biasiswa pengajian sepenuh masa pasca ijazah ke luar negara. Ini kerana, selain daripada benar-benar mahu belajar, saya begitu teringin untuk menyahut saranan agama supaya mengembara melihat dunia. Dan negara-negara yang menjadi pilihan saya tersebut yang bersesuaian dengan pencapaian saya yang tidaklah seberapa sewaktu sarjana muda adalah; yang satunya negara bukan Islam, manakala yang satunya lagi adalah negara yang beberapa tahun kebelakangan ini sedang memulih daripada era sekularisma. Lalu semangat saya begitu berkobar-kobar bukan sahaja untuk meneruskan pengajian, bahkan untuk turut belajar mencari agama di negara yang mana rata-rata rakyatnya bukan beragama Islam. Ah, bukankah begitu, kita akan sering berjumpa dengan Islam di tempat di mana orang-orangnya bukanlah Muslim? Dan sudah tentu, saya mahu belajar untuk lebih menjadi mandiri.
Pun begitu, setelah difikir berkali-kali, sesudah ditimbang-tara semasak-masaknya, saya putuskan untuk tidak meneruskan proses permohonan tersebut, biarpun keputusan di belakang hari masihlah kabur – samada diluluskan ataupun tidak. Ini kerana, saya berperang dengan diri sendiri memikirkan bahawa sekiranya saya berjaya memperoleh tawaran tersebut, pastinya hati saya akan lebih memberat ke arah pergi, dan bakal bertahun-tahun meninggalkan keluarga jauh di belakang – sekali lagi. Ah, adik-adik saya sudah begitu lama kehilangan saya yang konon-kononnya sibuk dengan pengajian selama ini, bagaimana mungkin saya masih sanggup untuk terus meninggalkan mereka? Sedangkan sewaktu inilah sokongan saya sebagai seorang anak sulung diperlukan oleh mereka; baik daripada sudut emosi, rohani, intelek mahupun kewangan. Kerana kehidupan bukanlah untuk kita berfikir tentang diri sendiri sahaja, tanpa turut memikirkan perihal manusia-manusia di dalam kitaran hidup kita. Lalu saya putuskan untuk melupakan saja hasrat tersebut buat sementara waktu, dan berusaha untuk mencari pekerjaan.
Walaupun begitu, saya masih tetap tanamkan di dalam hati, seandainya tidak berkesempatan untuk ke luar negara, saya masih tetap mahu menyambung pengajian di dalam negara. Dan hajat saya, dengan wang gaji yang bakal saya peroleh nanti sesudah bekerja, saya mahu gunakan untuk menampung pengajian saya (supaya saya dapat merasa manisnya kejayaan di kemudian hari dengan bersusah-payah sendiri) selain daripada membantu keluarga sedikit sebanyak. Lalu bermulalah perjalanan saya memburu pekerjaan; berpuluh-puluh permohonan yang bersesuaian dengan kelulusan selain daripada minat saya yang telah saya lakukan melalui portal Jobstreet. Dan syukur, ada daripadanya yang berjaya, setelah melalui pelbagai peringkat temuduga.
Cumanya, sepanjang tempoh tersebut, ada suatu perkara yang begitu menggangu fikiran saya. Memikirkan hakikat bahawa dunia sekarang ini sudah begitu menerima globalisasi sebagai salah satu cara hidup, yang mana ada pekerja-pekerja lokal yang perlu bekerja bersesuaian dengan waktu operasi syarikat-syarikat mahupun organisasi-organisasi di luar negara, saya jadi tertanya-tanya, bukankah Tuhan telah menyebut supaya kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita (Al-Falaq:3)? Yang mana secara tafsirannya, telah Tuhan jadikan malam itu sebagai waktu khusus untuk manusia berehat setelah seharian menyempurnakan kehidupan siang mereka. Lalu, adakah globalisasi sebegini boleh diterima dek akal? Manusia atas nama pekerjaan – untuk mencari nafkah, dibiarkan menjadi tidak teratur kehidupannya menurut aturan alam. Sebagaimana seorang rakan saya sebelum ini, yang bekerja mengikut tempoh operasi kebiasaan di Kanada, perginya sewaktu tengah hari, dan pulangnya jauh di tengah malam, lalu keesokannya setelah bangun untuk Subuh, tidur semula, dan hanya bangun sebelum bergerak untuk ke tempat kerja. Begitulah berulang-ulangnya rutin kehidupannya, yang sudah pun melanggar aturan alam. Atau mungkin, cuba saja bayangkan operator-operator perkilangan yang berjaga sewaktu syif malam. Tidakkah di sebalik semua ini, kita dapat melihat hubungan manusia dengan alam yang rapat? Dan tidakkah di sebalik semua ini juga, kita dapat melihat punca-punca ketidaktenangan manusia?
Dan persoalan seterusnya, begitukah pentingnya soal wang dalam kehidupan pada hari ini? Sehingga wang adakalanya dikatakan sebagai segala-galanya, sehinggakan hubungan sesama manusia itu jadi terabai. Tidak seperti wacana sewaktu dahulu, yang mana wang bukanlah perkara pertama yang berlegar-legar di sekitar kehidupan masyarakat. Sedangkan dahulu, guru-guru mengajar kerana ilmu, tetapi hari ini, apabila dilihat guru itu sebagai suatu profesi, manusia pun ada yang mahu memburu wang dengannya. Sedangkan dahulu, ada penulis yang cuma diterbitkan karangannya sesudah mati, tetapi hari ini, apabila menulis itu turut ternampak sebagai suatu pekerjaan, manusia pun ada yang mahu mencari wang dengannya. Wang itu milik siapa sebenarnya? Dan beginikah kitaran yang masih akan berterusan? Atau sebenarnya, kita tidak punya kuasa untuk mengubah paradigma yang sudah jauh meresap dalam segenap minda masyarakat pada hari ini, lantas apa yang boleh kita perhalusi adalah hubungan antara sesama manusia itu sendiri.
Dan ah, saya jadi teringat, bagaimana Bhutan, sebuah negara kecil berhampiran Himalaya yang disempadani oleh Cina dan India dikatakan mempunyai penduduk yang paling gembira di dunia. Kerana salah satu sebabnya adalah kerajaannya menolak untuk menerima globalisasi, lalu mereka pun hidup dalam kalangan mereka, yang menjadikan keterikatan mereka itu begitu kuat sesama sendiri. Kendati pun begitu, apabila saya memikirkan semula isu-isu peperangan yang melibatkan saudara seagama mahupun saudara sesama manusia seperti kita di serata dunia; seperti yang kita semua maklum di Palestin dan Syria misalnya, saya menjadi yakin bahawa globalisasi itu adalah begitu penting! Jika tidak, bagaimana mungkin kita akan punya suara bagi menunjukkan kepedulian kita. Oleh itu, persoalan-persoalan berkaitan materialiti, kelas pekerja, peperangan dan kemanusiaan adalah persoalan yang akan tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dewasa ini. Itulah hakikat yang perlu diterima, maka segala kelompangan yang ada perlu sama-sama diatasi. Kerana itu, setiap daripada kita ini sebenarnya mempunyai peranan yang bukan sedikit-sedikit untuk memperbaiki dunia, mengikut kapasiti yang kita ada.
Dan di tengah-tengah semua ini; dalam perjalanan saya membina fasa kehidupan dalam alam pekerjaan, Tuhan telah kembali menemukan saya dengan seorang wanita tua yang telah lama tidak saya ketahui khabar beritanya.
Foto: Fail peribadi saya
Makcik ini, saya panggilnya sebagai makcik Lela. Dalam usianya yang sudah pun menjangkau emas – 74 tahun, masih sibuk mencari rezeki tanpa meminta-minta. Makcik ini, saya kenalinya sekitar tiga tahun lepas, sewaktu masih di tahun kedua kuliah. Sewaktu itu, makcik ini akan selalu kelihatan di kafe sebuah fakulti sedari petang sehingga membawa ke jam 12 tengah malam. Biarpun berdengkot-dengkot jalannya, makcik ini tidak lelah mengutip pinggan dan mangkuk yang kotor di atas meja. Sayu melihatnya. Lalu saya cuba menghampirinya untuk cuba mendengar ceritanya. Dengan gusinya yang sudah tidak bergigi, makcik ini menceritakan bahawa beliau ke tempat kerja dengan cuma menaiki bas sehari-hari. Andai saja di tengah malam selepas tamat waktu kerjanya sudah ketiadaan bas.
Dan tempoh hari, sesudah tiga tahun, sewaktu kembali ke UIA untuk menghadiri pameran kerjaya, saya menemuinya lagi. Kali ini, di siang hari. Biarpun sudah ditukar waktu kerjanya dari pagi ke petang dan dipindahkan ke kafe lain, makcik ini masih lagi setia membersihkan kekotoran. Ketika ditanyakan beliau menetap dengan siapa, katanya, anak lelakinya seorang yang turut bekerja mencuci pinggan mangkuk di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya.
“Alah, jadilah. Janji ada kerja yang halal,” begitu katanya.
Justeru itu, contohilah semangat makcik ini. Dalam usia yang sudah pun sewajarnya dihabiskan dengan cuma beristirehat di rumah, masih gigih membanting tulang empat keratnya, tidak banyak beralasan seperti kebanyakan daripada kita yang masih muda belia. Tidakkah banyak kita melihat kisah-kisah kehidupan di sekeliling kita pada hari ini yang menampakkan kemalasan manusia? Ada suami, yang tidak bertanggungjawab dan berlepas tangan dalam mencari nafkah untuk keluarga. Ada anak-anak, yang semakin tidak mempedulikan keperluan orang tua mereka.
Begitulah sedikit sebanyak coretan tentang sebahagian kisah daripada kisah-kisah kehidupan. Mungkin perjalanan kita tidak sama, malah berbeza liku-likunya, tetapi yang pasti, kita ini masih adalah manusia yang perlu mencari sebuah masa hadapan, bukan cuma meletakkannya bulat-bulat di tangan takdir. Dan satu yang mengikat kita; kemanusiaan.
Semoga kita dipermudahkan Tuhan dalam mengharungi kehidupan yang mendatang, yang adakalanya banyak menumbuhkan ketidakpastian. Akan tetapi, bukankah sebelum mati dan ke syurga, kita masih tetap perlu melalui kehidupan terlebih dahulu? Sama-samalah kita cuba menepati saranan peribahasa Arab;
“Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya.
Dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan kamu akan mati keesokannya.”
****************************************************
Bersama-samalah kami dalam membina sebuah masa hadapan yang lebih baik di #YouthACE2015! Layari maklumat lanjut di http://youthace.langitilahi.com sekarang.
The post Coret-coret Kehidupan #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.
April 8, 2015
Gamer
April 7, 2015
Umum: Bengkel Penulisan Mega(PENA) anjuran Langit Ilahi
Tempat: Experimental Hall, UIA Gombak.
Tarikh: 2hb Mei 2015(Sabtu)
Masa: 8.30am – 6.00pm
Yuran asal: RM100
Yuran promosi*
Daftar 1-2 orang: RM60
Daftar 3 orang ke atas: RM50
*Valid sehingga 25hb April 2015
Pendaftaran di: http://langitilahi.com/pena
Peserta akan mendapat:
File, Pen, Kertas Kosong dan Sijil Penyertaan.
Makanan tidak disediakan.
Terhad kepada 300 tempat sahaja.
Tentatif:
08:30am: Pendaftaran
09:00am: Slot 1 – Bagaimana Menjadi Penulis?
10:00am: Slot 2 – Menjemput dan Mengembangkan Idea
11.00am: Rehat
11:30am: Slot 3 – Disiplin Bahasa Penulis
12:30pm: Slot 4 – Penulisan: Kreatif VS Non-Kreatif
01:30pm: Rehat
02:30pm: Slot 5 – Sesi Khas Bersama Editor
04:30pm: Rehat
05:00pm: Slot 6 – Penulisan Islamik
06.00pm: Penutup dan Bersurai.
Buat masa ini, penyampai-penyampai belum lagi dimuktamadkan. Kami masih dalam proses menjemput penyampai. Namun insyaAllah para penyampai adalah terdiri daripada penulis-penulis yang sudah terkenal dan berjaya di arena masing-masing.
Kami juga akan menjemput dua orang editor daripada syarikat penerbitan terkenal di Malaysia, untuk memberikan tips bagaimana manuskrip yang diterima editor, dan manuskrip best-seller. Juga sesi khas bersama Editor adalah peluang untuk peserta-peserta bersoal jawab berkenaan isu-isu penerbitan buku, bersama Editor.
Jangan lepaskan peluang ini.
Jika anda benar berminat menjadi penulis, serius untuk mengasah bakat penulisan anda, jom sertai bengkel ini.
Ayuh!
The post Umum: Bengkel Penulisan Mega(PENA) anjuran Langit Ilahi appeared first on Langit Ilahi.