Hilal Asyraf's Blog, page 41
April 3, 2015
3 Ways to Minimize the GST-Effect
‘Idea Bekal Ke Pejabat’ by Chef Azian. You can pre-order the book here: http://bit.ly/Bekal-Pejabat
Picture by PTS.
I am sure, since the first of April came knocking on our doors, we are hurt, damaged, bruised by the panic stemmed by the infamous GST. Social media have proved that.
Instagram is flooded with pictures of purchase receipts with angry captions saying ‘I hate GST!’, Twitter with retweets ‘GST tanya apa khabar?’ and Facebook abundant with complaints of misfortunes befallen since the notorious tax came into action.
Everyone is in the state of panic. Everyone is tightening their belts. Everyone can only afford to go window shopping.
April 1st was the beginning of a new era. We can make complaints, make comparisons to Singapore implemented GST at times when their GDP was highest, we can make protests, we can curse all we want but it is now the era of GST and like it or not, there is no escape.
The ones who are feeling the effect the most are rakyats like us, the mediocre-laymen-average-low income earners. What more if they are homeless?
All we hear in the radios, mainstream media are all happy-positive talks trying to indoctrinate us into succumbing that ‘GST in Malaysia is one of the lowest in the world’. GST is good for a country’s economic growth that is a fact but at a cost, through the suffering of many.
Yeah. Complaining won’t give anything good. The more we complaint, the crankier we get. Let us direct that crankiness to what our benefit. Let us focus on what we can do for the time being. I am writing to propose 3 ways to minimize the damage of GST.
1- Learn to Cook and Bring Your Lunch Boxes with you!
When I was 3 to 7 years old, we lived in Scotland. My mother used to prepare meals for the day in my very own lunch box. Well, the reason was there were no halal stalls available in school. So the Muslims had to find an alternative to keep your diet in check.
Now since GST, we bring lunch boxes with us not because of limited halal resources but because of saving our thick wallet from deflating!
Cooking is not that hard because you cook to satisfy your own taste-buds, not for others. As long as the diet is balanced then, be crazy. Others can share of course, if it is enough.
I am very new to cooking. I cooked Telor Goreng Kicap for lunch and dinner. It wasn’t perfect, since my wife is a better cook, she gave her criticism. But I saved a lot!
I’ll do the math for you:
Ingredients GST 0% (estimation):
- Egg = RM0.50/egg x 4 (I made four Telor Gorengs for lunch and dinner) = RM2.00
- Garlic (Bawang Putih) = RM0.50
- Large Onion (Bawang Besar) = RM0.50
- Chili Padi Merah = RM0.50
- Oil = RM0.50
- Rice = RM0.50
- Cucumber (for veggies) = RM0.50
Ingredients inclusive of GST:
- Kicap (you can use for 4 – 5 times) = RM6.00
- Bottled juice = RM1.00
Total = RM11.00 = 2 pax + Lunch and Dinner
If you go to any stalls, how much do you have to pay per meal?
Talking from experience, for lunch: White Rice (RM1.50) + Telor Goreng Kicap (RM2.50) + Veggies (RM2.00) + Bottled juice (RM2.50) = RM8.50
And let’s say we take the same dine for dinner RM8.50 + RM8.50 = RM17. That is for a person, for two persons RM17 x 2 = RM34.
So how much do you have to deflate your wallet per day for two paxs? RM34. But if you cook at home, you’ll save two thirds, use only RM11.00.
I want to suggest a book by Chef Azian ‘Idea Bekal ke Pejabat’ (I am merely promoting, I am even not paid).
2- Buy what you need, not what you want
I am not being philosophical here, I meant the real thing.
Ask yourself each time you want to purchase something that is based on the ‘pure desire’ to want something, do you really need it?
Everything in the whole wide world is a want. But not necessarily a need.
For example, your laptop is 6 years old still running fine with frequent lags on a Core 2 Duo Processor but still fine. Your laptop isn’t dead yet so you can still do your work. You are not a programmer or an animator, just a writer. You want to buy a laptop with a processor of i5 and above. Ask yourself, is that a want or a need?
Another example would be you’re about to get married and you want to buy a formal office shoe for one of your hantaran presents. Should you buy an overpriced Crocodile of RM400++ or a Bata half the price?
You can argue with me the quality and all and you might be true. But provided that your monthly salary is just RM2000++ barely enough to make you alive, you still want to buy an overpriced shoe?
3- Shop at GST-Free Super-Markets
You can only count the GST-free stalls with your fingers: Al-Ikhsan, Mydin, DIY. I would recommend you to do your shopping at Mydin compared to other GST-imposed Super-Markets.
You see. Many people got confused over Mydin ‘forgetting about their promises.’ Mydin did not lie to their customers on using their revenue to cover the tax.
Even though it might be a business strategy to use slogans like ‘Biar Kami Rugi, Anda Puas Hati’ to attract consumerists when actually 16% of SST is gone replaced by only 6% tax. Well, that’s okay.
So many people thought that Mydin lied to the public. Mydin did not lie. The Malay Mail has made a very good write-up about this.
End Note
Need = is what you have to have.
Want = is what you want to have.
My final word of advice to us is if you don’t have a Mydin store near you, what you need to do is repeat step (1) and step (2) for the rest of your lives!
—————————-
Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015
Buat kesekian kalinya, Langit Ilahi menganjurkan YouthACE, dan kini dengan kerjasama ABIM, SPKB dan K-Fiqh. Pada kali ini, untuk#YouthACE2015, kami membawakan tema – Belia & Masa Depan.
Tarikh: 25hb April 2015
Masa: 8.00am-11.00pm
Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang
Jika anda belum mendaftar, rebut segera!
Yuran asal: RM120
Yuran Promosi*:
Daftar seorang – RM80
Daftar 3 orang atau lebih: RM70(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang)
*valid hingga 28hb Februari 2015.
Detail berkait YouthACE2015 & Pendaftaran di:
http://youthace.langitilahi.com/
Tentatif YouthACE 2015 adalah seperti berikut:
MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan
08.00AM – Pendaftaran
09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan
09.30AM – Rehat
10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir
11.00AM – Slot 3: Pentas Belia -
Penyampai 1 – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – K-Fiqh
Penyampai 2 – Hisyam Mahir – Weekenders
Penyampai 3 – Hazman Baharom – Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM)
12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi
01.15PM – Rehat
02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan
Moderator: Hafizul Faiz
Panel 1: Dr Maszlee Malik
Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah
Panel 3: Saudari Amnani Akhili
Panel 4: Saudari Azila Aziz
04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015
04.30PM – Rehat
05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
06.00PM – Persembahan Petang
*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)
*Persembahan Ameen Misran
*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School
07.00PM – Rehat
8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -
*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)
*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)
8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara
Moderator: Saudara Jufitri Joha
Panel 1 – Wan Ahmad Faysal
Panel 2 – Saudara Muhammad bin Zahid
Panel 3 – Ummi Rose
Panel 4 – Saudari Amani Salim
10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana
11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai
—————————-
Peserta YouthACE 2015 juga boleh memasuki pertandingan dan memenangi hadiah yang ditawarkan. Berkait pertandingan, rujuk:
http://youthace.langitilahi.com/awards
Ayuh bersama kami membina generasi!
“Belia & Masa Depan”
http://youthace.langitilahi.com/
The post 3 Ways to Minimize the GST-Effect appeared first on Langit Ilahi.
April 2, 2015
Memperkecil Kelelakian #YouthACE2015
~pic by pinterest.com
“Rasulullah s.a.w. telah memperkecilkan aku dan Ibn Umar. Baginda telah menolak kami (menyertai perang) di hari Badar.” demikian keluhan seorang lelaki kecil, Al-Bara’ bin ‘Azib namanya ketika Rasul s.a.w. tidak mengizinkan orang semisalnya, semisal Ibn Umar yang ketika itu masih belum mencapai umur 15 tahun pun untuk bersama di dalam pasukan Badar.
Ia contoh seorang lelaki sejati, walaupun ia masih kanak-kanak.
Ia seorang lelaki sejati, walau mungkin orang menganggapnya masih kecil.
Payah terlintas di fikiran, untuk seorang budak dengan seusia itu pergi menawarkan dirinya di kala kegentingan menguji pasukan awal Islam. Ia adalah peperangan pertama. Bukan main-main. Antara hidup dan matinya Islam. Antara Allah akan disembah terus atau ditinggalkan terus.
Bukan Al-Bara’ tidak tahu itu.
Dia pun tidak pergi kerana semata-mata semangat mahu angkat pedang secara membabi buta. Kerana semata-mata semangat, belumlah tentu menjadikan seseorang itu dapat terus istiqamah di atas jalan deen sepanjang hayatnya. Apalagi, Badar menyaksikan banyaknya kelompongan pada kelengkapan perang pasukan muslim. Kalau ia pergi bersama pun, pastilah belum tentu pedang yang dipegangnya.
Tetapi tidak bagi Al-Bara’. Bukan atas semangat, tetapi kerana nyalaan iman dalam jiwa kepemudaannya telah menjadikan beliau memilih untuk menawarkan dirinya bersama dalam jihad di Badar. Bukan penolakan Nabi dulu yang difikirkannya walaupun secara logik, kebiasaannya kita sudah dapat mengagak apa keputusannya bagi orang seumur itu apabila menawarkan dirinya untuk bersama dalam pasukan perang.
“Ah, aku rasa, kita mesti kena tolak punyalah. Percayalah. Umur pun tak cukup lagi.”
“Kau mimpi apa ni? Kau ingat ada ke orang nak pilih kau? Umur pun setahun jagung lagi. Hingus pun tak pandai lap lagi. Ada hati.”
Mungkin saja dialog sebegini boleh terjadi sesamanya dan Ibn Umar kerana kemudaan mereka.
Tetapi itu tidak terlintas di benak Al-Bara’. Di benak seorang lelaki sejati semisalnya, memilih perjuangan adalah kesejatian yang murni dibanding kerehatan walaupun dia sebenarnya memiliki peluang untuk itu.
Kekuatan iman ditambah dengan kekuatan kepemudaannya telah menguatkan dirinya untuk dapat tetap istiqamah bersama perjuangan baginda s.a.w. sepanjang hayatnya. Diriwayatkan beliau telah bersama Nabi dalam hampir 15 peperangan, kemudian telah meriwayatkan ratusan hadis dan menjadi antara barisan pemuda yang signifikan peranannya di sisi baginda s.a.w.
Siapakah Lelaki Yang Sejati?
Itu Al-Bara’. Sekarang siapakah kita?
“Alah, tak jantanlah kau. Benda macam tu pun tak pandai.”
“Kalau kau anak jantan, kita jumpa malam ini di sekian-sekian.”
“Kalau kau laki, marilah kita beradu, sapa lebih kuat !”
Ternyata kesejatian lelaki itu ada harga yang luar biasa menurut Al-Quran.
Kesejatian lelaki bukanlah pada fizikalnya, walau hakikatnya di situlah seringkali jadi nilai ukurnya. Bukan pada kekerasannya. Bukan pada kelebatan misai dan kepanjangan janggutnya. Bukan juga pada kesukaannya mencari gaduh dengan orang dan menang dalam pergaduhan itu. Bukan juga pada lagaknya di hadapan wanita kerana mencari sesuap pandangan dari wanita terhadap dirinya. Bukan juga kerana memiliki teman wanita yang boleh diusung sana sini sebelum ada ikatan pernikahan yang sah.
Bukan.
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :
“Di kalangan mukmin itu ada RIJAL yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya) supaya Alah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya.” [Al-Ahzab : 23-24]
Terjemahan kata RIJAL di sini boleh membawa maksud semua lelaki dan wanita. Tetapi RIJAL juga pada asalnya hanyalah membawa maksud lelaki.
Kesejatian lelaki itu justeru adalah pada menepati janji syadahahnya kepada Allah, ketika awal dia mengucapkan asyhadu an lailaha illallah, maka ia telah sebenarnya berjanji untuk membersihkan jiwanya dari segala Illah dan meletakkan hanya sanyalah Allah yang paling besar di jiwanya, dan asyhadu anna muhammadar rasulullah, ia adalah pengukuhan di dalam jiwa bahawa contoh teladan yang benar-benar meresap dalam dirinya adalah baginda s.a.w., menolak contoh-contoh hidup atau model yang berlawanan dengan akhlak, peribadi dan ajaran baginda s.a.w.
Kesejatian lelaki adalah pada menepati janjinya dengan Allah, ketika dia mengucapkan Iyyaka Na’budu wa Iyyaka Nas’tain sebanyak 17 kali sehari semalam dalam hidupnya, bahawa hanyalah Allah yang dia sembah, hanyalah Allah tempat dia meminta pertolongan. Lafaz hasr (menghadkan) dalam kaedah bahasa Arab yang digunapakai di situ dengan mentaqdimkan (mendahulukan) lafaz ‘Iyyaka’ – hanyalah satu-satunya Engkau- adalah sebuah bentuk pengukuhan bahawa kita menolak mendahulukan apa-apa yang lain selain Allah dalam hidup kita, serta menunaikan janji penyembahan kita kepada-Nya dengan memelihara ibadah fardhu, memperkuatkan jiwa dengan amal-amal sunat, serta menjauhkan diri kita dari syubhat dan haram.
Kesejatian lelaki adalah pada bermanfaatnya masa mudanya di atas jalan ketaatan kepada Allah. Sebagaimana kita ingat antara 7 golongan yang dijanjikan naungan Allah di hari tidak ada selain naungan-Nya adalah pemuda yang membesar dalam ketaatan kepada Allah. Ketaatan kepada Allah tidak berhenti di atas tikar-tikar sejadah semata-mata, kadangkala ia meminta sampai kepada masa, harta, nyawa dan darah kita. Ketika waktu senang, kita barangkali mudah merasakan sedang taat kepada Allah, tetapi ketika ketaatan kepada Allah sampai meminta pengorbanan harta dan nyawa kita, apakah kita sanggup memberikannya?
Inilah lelaki yang sejati. Inilah RIJAL. Inilah pemuda.
Bukan orang yang selalu menang bergaduh itu RIJAL.
Bukanlah orang yang bertubuh sasa itu RIJAL.
Bahkan, para lelaki yang selalu berlumba untuk hal-hal kebaikan, mereka itu adalah lelaki sejati.
Lelaki yang menyibukkan diri mereka dengan memikirkan dan melakukan pembaikan ummat, mereka itu adalah lelaki.
Lelaki yang dapat mendisiplinkan dirinya dengan komitmen ibadahnya dengan Tuhan, mereka itu adalah benar-benar lelaki.
Penutup : Jadilah Lelaki Itu
Pepatah Arab ada mengatakan :
“Bukanlah lelaki orang yang mengatakan (orang hebat) itu ayahku
Tetapi orang yang dapat mengatakan akulah orang itu !”
Keterpedayaan kita dalam membaca dan menceritakan sirah para sahabat di zaman Nabi s.a.w. adalah terperangkapnya diri kita di dalam sarang penceritaan semata-mata sehingga akhirnya kita sendiri sedikit usaha memperbaiki diri menuju ke situ.
Akhirnya, sirah menjadi buah mulut dan halwa telinga kita yang hanya cukup untuk sekadar dicerita dan dibanggakan.
Para sahabat telah mengambil posisi mereka di dalam mengangkat ummat ke puncak. Kita, adakah kita telah benar-benar mengambil posisi kita ataupun sebenarnya kita belum pun masuk ke posisi yang strategik dalam pembangunan ummat?
Jadilah lelaki sejati.
Yang membuktikan segala janjinya dengan Allah.
Yang kerisauannya dan kegembiraannya adalah pada apa yang Allah suka dan benci, bukan lagi pada apa yang dimahukan dirinya semata-mata.
Yang tidak memperkecilkan kelelakiannya dengan hal-hal yang kecil nilainya, apalagi merosakkan kelelakiannya lewat maksiat dan dosa.
Jadilah lelaki.
BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan!
Alhamdulillah, setakat semalam, kami telah mendapat banyak pendaftaran untuk #YouthACE2015.
Ramai yang meminta agar kami perpanjangkan lagi tarikh tutup harga yuran promosi untuk program ini, kerana mereka berhajat hendak mendaftar lewat sedikit.
Maka kami akan panjangkan yuran promosi ke 20hb April 2015.
Yuran asal: RM90
Yuran promosi YouthACE 2015:
Daftar 1-2 orang: RM65(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM55(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM50(seorang)
Jangan lepaskan peluang. Daftar segera!
Detail program & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com/
The post Memperkecil Kelelakian #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.
Fatwa GST
Duhai jiwa! Berehatlah seketika…..
Devianart.com
Asingkan seketika hati dari kesibukan dunia, nescaya engkau menemui jalan menuju Yang Maha Esa.
Dewasa ini, dengan sistem ekonomi yang ada kemungkinan ia menyesakkan kehidupan sebilangan kita. Mahu tidak mahu kita terpaksa terima walaupun tidak semestinya ridha. Mungkin kerana ia salah satu penghalang kesejahteraan bagi meneruskan kehidupan seorang manusia membuatkan kita sering dipanah rasa gundah dan marah.
Tidak salah mencari keadilan. Adapun pada suatu masa, mungkin kita perlu berehat sebentar daripada masalah-masalah ini. Bukan melupakan atau tidak endah, tetapi tidak suka, rasa benci ini membabitkan jiwa yang mana ia juga ada hak yang perlu kita bayar kepada pemiliknya.
Kerana bukankah pemilik jiwa ini juga yang akan memberikan ketenangan?
Walau kadang-kadang banyak manusia menghalang?
Suatu zikir yang diajarkan nabi s.a.w kepada ummatnya sesudah solat:
Ya Allah sesungguhnya tidak ada penghalang jika engkau ingin memberikan, dan tidak ada yang bisa memberi jika engkau menghalangnya? (Sahih Ibn Hibban)
Juga insan istimewa ini juga yang menggalakkan kita berdoa dengan doa:
“ Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezekiMu yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan kurniaanmu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.”(Tirmidzi, Hasan Gharib)
Maka langsaikanlah hutang ketenangan jiwa kita dengan pemiliknya. Jika tidak tentu ia akan menyesakkan dada. Tidak dipertikaikan bahawa ia (ketenangan jiwa) membawa kebaikan, tetapi uniknya kita masih diberi pilihan. Maka jika kita pilih kesejahteraan dunia, biarkan ia. Teruskan amukan caci hamun kita. Jika kita memilih jalan seorang hamba maka berehat seketika, undur semula masa atas dosa yang kita buat dengannya. Maka kita tidak lagi dipanah amarah sebaliknya tawakkal kepada Allah.
Empat perkara yang memusnahkan ruang dada iman
1. Pemikiran anti-ketuhanan
Pemikiran ini bukanlah pemikiran yang baru timbul dalam beberapa kurun ini yang dicipta oleh Marx atau Hedzel, tetapi idea yang ditanam oleh iblis ke dalam benak fikiran Firaun.
Ketika Musa a.s telah menunjukkan sembilan mukjizat kepada Firaun untuk membuktikan kenabiannya sekaligus sebagai tujuan dakwah, tetap saja Firaun berdegil untuk beriman. Malah Firaun menuduh Musa a.s. sebagai ahli sihir. Lalu berkata Musa a.s:
“ Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa”. (Al-Israa’: 102)
Telah diketahui oleh Firaun akan siapa pencipta alam ini dan yang memberikan bukti kebenaran kepada Musa a.s tetapi, tetap sahaja dia ingkar dek kesombongannya. Justeru itu, tenggelamlah ia di lautan Merah.
Hal ini juga terjadi dalam asbab nuzul surah al-Kahfi yang mana pendeta Yahudi telah didatangi oleh kaum musyrikin Quraisy bagi meminta pandangan mereka untuk mengalahkan Muhammad s.a.w sedangkan pelbagai usaha telah mereka buatkan, namun tiada satupun yang bisa mematahkan usaha dakwah Rasulullah.
Maka pendeta Yahudi tersebut menyuruh dikemukakan soalan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika baginda boleh menjawab maka benarlah bahawa baginda utusan tuhan jika tidak sudah pasti bukan.
Apa yang nak ditekankan bukanlah bentuk soalan, tetapi sikap berpaling oleh pendeta Yahudi yang telah mengetahui kaedah untuk bertemu kebenaran, tetap juga tidak mahu usaha untuk beriman.
Kehidupan sibuk manusia sehari-hari juga demikian. Bukan tidak sampai pada telinga kita peringatan, tetapi kemungkinan disebabkan terlalu teruja kita dengan dunia membuatkan hati kita alpa daripada mengingati Yang Maha Esa. Maka seharusnya kita segera berbalik kepada ketaatan kepada Allah apabila hati kita disentuh oleh cahaya iman agar ia tidak terus malap yang menyebabkan kita sukar mencari jalan keredhaan.
Allah Ar-Rahman sendiri menyifatkan hambanya dalam ayat:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.(Furqan: 73)
Juga menyifatkan mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada sekadar hamba tetapi orang yang beriman yang dekat kedudukan kepada Allah dalam firmanNya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal:2)
2. Syahwat (hawa nafsu)
Kata imam al-Ghazali dalam diri manusia ini ibarat sebuat kerajaan di mana hati adalah rajanya. Manakala akal mewakili pencadang, demikian lawannya nafsu sebagai pembangkang. Ini juga sebagaimana hadis nabi s.a.w:
Dalam diri manusia itu ada segumpal daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati.” (Muslim)
Setiap hari, waktu dan ketika hatta setiap detik kehidupan manusia tidak dapat lari dari perdebatan antara kedua-dua kumpulan ini. Mereka yang menguasai maka akan menguasai rajanya. Justeru itu, dalam pembendungan hawa nafsu, peranan akal yang sejahtera tidak boleh dipandang enteng.
Oleh itu, bagaimana mendapat akal yang sejahtera?
Al-Quran.
Teori hari ini telah membuktikan bahawa mereka yang menghafal al-Quran adalah mereka yang mempunyai kecerdikan akal yang luar biasa bahkan ia bukan penemuan yang baharu.
Sewaktu perang Yamamah pada pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a, ketika telah ramai tentera islam yang juga penghafal al-Quran telah syahid, Umar r.a memberikan ideanya kepada Khalifah untuk mengumpulkan al-Quran. Setelah beberapa kali cadangan dan menyepakati tujuan agar al-Quran tidak hilang, Abu Bakar r.a bertemu dengan Zaid ibn Thabit Al-Ansari yang juga penulis wahyu Rasulullah s.a.w dan meminta beliau mengumpulkan al-Quran sambil memuji beliau mempunyai kecerdasan aqal dan thiqah kerana terdapat Kalam Allah pada dadanya. (Bukhari)
Malangnya, tidak dinafikan juga terpampang di dada akhbar ada segelintir golongan yang diberi kurnia menghafal kitab Allah ini juga terjebak dengan dosa besar. Jika dikatakan melakukan dosa kecil masih diterima kerana lumrah manusia tetapi jika membabitkan azab yang disebutkan secara jelas dalam al-Quran yang ada pada dada mereka maka tidakkah ia suatu perkara yang aneh?
Maka di sini pentingnya kita melihat bahawa pentingnya penghayatan al-Quran itu bukan pada bacaan atau hafalan tetapi kesannya pada amalan yang dilakukan saban hari. Maka tidak hairanlah jika Aisyah r.a menyebutkan bahawa akhlak nabi adalah al-Quran kerana akhlak bukan perkara teori tetapi amali.
Namun, alangkah ruginya kita hari ini, kerana al-Quran itu tidak lagi menjadi priority. Kita lebih gemar dengan cara yang lain untuk menajamkan fikiran kita. Mungkin ia berhasil, tetapi tidak semestinya ia juga berhasil untuk menguasai hati. Ekoran itu, akan lahirlah orang yang dikatakan cerdik pandai, berjawatan tinggi atau pemimpin tetapi buta hati.
Jika ada yang mengambil al-Quran pun hanya acuh tak acuh sebagaimana firmanNya:
Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah mengambilkan Al-Quran ini dengan cara sambil lewa.”(Furqan:30)
Walhal al-Quran fungsinya sebagaimana tafsiran Rasyid Ridha pada ayat Allah:
apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini . (an-Nisaa’:127)
Al-Quran adalah hidayah melalui pembacaan, peringatan dan ibrah yang terdapat dalamnya yang menanamkan keimanan dan maarifah Allah azza wajalla, dan juga sunah rasul dalam akhlak dan penciptaan-Nya, serta hikmah dalam ibadah yang menguatkan rasa kecintaan kepada Allah hingga menghadirkan keinginan untuk melakukan kebaikan serta iltizam dengannya disamping menjauhi akan perkara keburukan. (Tafsir al-Manar, jilid 6)
3. Lemahnya semangat juang dan kecilnya matlamat.
Bagaimana boleh terjadi demikian? Saat kita dihimpit kesusahan tidakkah terdetik di dada kita merasai dunia ini sempit? Biarpun begitu kecil, suasana sekeliling dan masyarakat tidakpun membantu.
Namun orang yang mempunyai pergantungan kepada Allah maka dunia ini tidak membuatkannya lemas bahkan ia berusaha mencari kehidupan akhirat yang lebih luas. Maka hari-harinya lebih bermotivasi kerana bukan tujuan dunia semata-mata tetapi ada wawasan akhirat disebalik usaha yang dikerahkan.
Sebab itu antara perkara yang disebutkan oleh Rubii’ bin Amir ketika beliau ditanyakan tentang islam yang menjadi agama penyebarannya maka beliau berkata tujuan islam itu mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Justeru, bagaimana merawat penyakit ini?
Islam.
Seperti pengakuan Rubii’ di atas bahawa islamlah yang boleh melapangkan dada manusia daripada kesempitan dunia. Persoalannya islam yang bagaimana?
Cukupkah hanya dengan solat fardu?
Jika begitu mengapa Rubii’ dan generasi awal dahulu (sahabat dan para solihin) berusaha mengembangkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia?
Islam bukan dinilai semata pada sisi solat fardu,tetapi pada setiap aspek termasuk akhlak seperti yang disebutkan sebelum ini. Bahkan ia menuntut umatnya melunaskan setiap amalan dengan berusaha mencapai sempurna.
Jika solatnya paling baik berjamaah, juga di awal waktu. Jika puasanya tidak hanya menahan lapar tetapi menjaga mata, telinga dan lidah. Jika membaca al-Quran bukan sekadar bacaan tetapi praktikalnya dalam amalan. Begitu juga seterusnya ibadah-ibadah lainnya dengan menjaga keikhlasan yang menjadi salah satu syarat kesempurnaan amalan.
Kata Fudhail bin Iyyad bahawa penerimaan amalan insan itu membabitkan dua perkara. Keikhlasan dalam amalan dan juga menepati syariat dalam perlaksanaan. Sebagaimana juga firman Allah s.w.t:
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-An’am:162)
4. Perang dalaman menyebabkan terpana kelalaian
Perang dalaman yang dimaksudkan adalah peperangan yang berlaku sebagaimana disebutkan pertembungan antara nafsu dan akal. Tetapi seringkali akal terkalah. Maka nafsu menjadi raja. Maka dihiasi istana diri dengan hati yang sering tinggi diri, mahu sentiasa diperhati dan pelbagai sifat mazmumah yang lain.
Sifat-sifat ini dibiar membarah hingga akhirnya menghanyutkan bahtera kehidupan manusia daripada jalan yang benar. Maka terpanalah mereka dengan dunia. Tanpa disedari sudah tersasar jauh dari tali Allah s.w.t.
Inilah yang disifatkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu (lalai) tentang hari akhirat. (ar-rum:7)
Kesimpulan: Henti sejenak langkah dan kembalilah pada Allah!
Ketahuilah saudaraku! Dunia tidak akan kekal lama. Biar susah mana kita di atas dunia jangan juga kita susahkan diri kita di akhirat sana. Susah di dunia boleh dicari bekalan,walhal susah diakhirat yang hanya adalah pertimbangan. Pada siapa kita mahu meminta saat ini?
Kembalilah kepada Allah dengan berbekal dengan amal soleh dengan memperbaiki ibadah, duduk dalam majlis ilmu dan sentiasa bermunajat padaNya sebelum kita benar-benar kembali kepadaNya kerana kita diciptakan sia-sia tidak berkekalan atas apa yang kita punya.
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(al-Mu’minun:115)
BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan!
Alhamdulillah, setakat semalam, kami telah mendapat banyak pendaftaran untuk #YouthACE2015.
Ramai yang meminta agar kami perpanjangkan lagi tarikh tutup harga yuran promosi untuk program ini, kerana mereka berhajat hendak mendaftar lewat sedikit.
Maka kami akan panjangkan yuran promosi ke 20hb April 2015.
Yuran asal: RM90
Yuran promosi YouthACE 2015:
Daftar 1-2 orang: RM65(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM55(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM50(seorang)
Jangan lepaskan peluang. Daftar segera!
Detail program & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com
The post Duhai jiwa! Berehatlah seketika….. appeared first on Langit Ilahi.
Surat Untuk Masa Depan #YouthACE2015
Foto: Google
Apa khabar teman? Aku mendoakan semoga dirimu baik-baik saja di sana. Terlebih dahulu, terima kasih aku ucapkan atas kirimanmu yang dulu. Yang begitu sudah mewajahkan rupa cinta padaku, lewat ceritamu akan anak-anak kecil Syria yang riang belajar apa itu A, B, C, 1, 2, dan 3 – penuh asyik. Bukan begitu cuma, bahkan di tengah pelarian, mereka tidak engkau dan teman-temanmu jemu ajari apa itu cinta, supaya mereka tidak mendewasa dengan ingatan tentang hakikat peperangan serta pertumpahan darah yang menyakitkan. Begitu syukur, pelarian mereka merentasi gurun pasir ke Mafraq tidak pula menemukan mereka dengan pedofil-pedofil jalanan – tetapi yang ada; cuma malaikat bertopengkan manusia kiriman Tuhan.
Teman,
Untuk dikau yang berada jauh di perantauan sana, sukar sekali untuk aku bertanyakan ini, akan tetapi teman, di era dunia manakah yang sedang kita hidup ini? Maksudku, sulit untuk aku khabarkan duka di jiwa, melihat perbalahan demi perbalahan yang semakin membarah, lalu terpecah – semua yang pernah mahukan pengakhiran yang sama. Katakan padaku teman, manusia mana yang tidak mahukan pengakhiran yang baik-baik saja? Dan aku cukup percaya, sungguhpun beribu batu kau terpisah, kau masih bisa fahami ini, lewat teknologi yang bakal – atau boleh jadi sudah pun menemukanmu dengan kondisi-kondisi semasa tanah air kita.
Kau pun tahu teman, Tun Dr. Mahathir dahulu pernah mahu pacukan kita ke satu arah yang sama; Wawasan 2020. Dan kurang 5 tahun dari sekarang, Januari 2020 akan tetap merangkak tiba. Entah bagaimana, aku mahu persoalkan, apa yang sudah kita capai kini? Ya, kita sudah punya universiti Islam kita sendiri, kita juga sudah punya Proton – produk mobil nasional kita. Bahkan di mata dunia, di sisi menara kota, kita juga punya dua menara berkembar yang berdiri gah setinggi 452 meter mencakar langit. Sekalipun terkalah oleh Taipei 101, hakikat dua menara tertinggi tetaplah tidak kunjung padam. Pun begitu, aku tidak sesekali merasa bangga dengan hakikat proletariat-proletariat yang pernah dikerah siang dan malam berbulan lamanya atas dasar kadar upah minima, demi mahu menunjukkan pada dunia bahawa kita juga punya fasiliti kelas pertama. Apakah kerana mereka itu berwarga asing, harus terus diganjari sedemikian rupa? Apakah kerana mereka itu datangnya dari tanah air yang mundur ekonominya, maka harus terus diganjari sedemikian rupa? Sedang pula keringat mereka terus-menerus diperah. Ah, kau pun tahu, bagaimana negara kita kini begitu mengangkat polisi kemasukan proletariat luar.
Sebagaimana aku tidak merasa bangga dengan Shah Jahan yang konon-kononnya memuja cintanya terhadap Mumtaz Mahalnya – melalui keratan ke atas jari-jemari si pemegang kayu dan tukul binaan Taj Mahal. Istana cinta yang telah mengalirkan merahnya darah, di tengah-tengah kemiskinan warga India kini yang saban kalinya berebutkan air bersih, sekalipun Taj Mahal tidak ubah menjadi daya penarik pelancong – yang seharusnya dapat membantu menumbuhsuburkan ekonomi negara itu. Benarlah, cinta terkadang bisa membuatkan manusia menjadi buta. Lalu, cinta Taj Mahal adalah cinta yang perlu ditentang, teman. Kerana cinta yang sebenar, adalah cinta yang tidak pernah menindas manusia lainnya.
Atau mungkin, sebagaimana aku tidak pernah menyetujui cerita di sebalik binaan piramid milik tamadun Mesir purba, yang pernah tidak lama dulu menjadi satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kata Herodotus, hamba-hamba abdi telah dikerah merentasi Sungai Nil berulang-alik ke Kaherah sejauh 1,000 km demi mengangkut batu-batu kuari di Aswan sepanjang 10 tahun lamanya. Dan kau tahu teman, menurut seorang temanku yang sudah jauh menjelajah dunia; katanya, Mesirlah yang paling banyak menelan wang belanjanya – dengan ditaburkan ke tangan-tangan cilik peminta sedekah di jalanan. Suatu kenyataan yang ironi, bukan? Atau mungkin kau yang kini bermastautin di kejiranannya lebih mengetahui hakikat kebenarannya? Lalu teman, adakah keberpihakan aku terhadap minoriti ini bakal tenggelam dalam pilihan majoriti? Bahawa untuk sesuatu kebaikan yang seolahnya kelihatan nyata itu, taruhan nyawa segelintir manusia bukanlah apa-apa pun. Dan ah, aku ini, bilangnya saja begitu, tetapi masih tetap melangkah menikmati keenakan Suria KLCC!
Pun begitu teman, aneh sekali tatkala aku jadi teringatkan kisah di sebalik penawanan Kota Konstantinopel. Bagaimana sewaktu kemuncaknya, ribuan soldadu Al-Fateh yang telah membina 70 buah bahtera dengan begitu jerih-perih mengheretnya merentasi jalan darat dan perbukitan, demi menyerang hendap kubu pertahanan musuh – pada malam 22 April. Lalu ramai yang tersungkur jatuh dan tercedera – hilang kaki dan tangan, malah ada yang terbunuh. Akan tetapi, ah, bukankah akhirnya sejumlah ratusan ribu penganut Kristian yang dizalimi pemerintah Byzantium telah berjaya diselamatkan dengan berjayanya penaklukan Al-Fateh tesebut? Begitu juga dengan perang-perang keagamaan yang pernah terjadi zaman kemudiannya, sehingga mengakibatkan banyak kemusnahan, sejurus kebangkitan mazhab Protestan oleh Martin Luther yang tidak berpuas hati dengan amalan penjualan sijil Indulgences oleh gereja Katolik suatu masa dahulu. Surat pengampunan yang mudah-mudah saja bisa mengampunkan pesalah-pesalah dosa di Eropah. Juga reformasi atas nama agama.
Lantas, kau fikir, adakah perang atas nama agama itu berbeda dengan perang atas nama ekonomi, teman? Yang mana satukah yang seharusnya didahulukan? Atau mungkin, kemanusiaan lah yang selayaknya mendepani dikotomi itu. Kemanusiaan yang telah Tuhan tumbuhkan dengan kasih dan sayang; atas segenap nama cinta. Sebagaimana sewaktu pembukaan Mekah (Fathul Makkah), Nabi kepercayaan kita terus membenarkan manusia-manusia yang berbeda anutan agamanya untuk hidup bebas mengimani kepercayaan mereka. Ah, bukankah atas nama agama juga, Tuhan telah melarang perlawanan yang memusnahkan rumah-rumah ibadat, tumbuhan, anak kecil, wanita-wanita serta warga emas? Kemanusiaan bagaimanakah lagi yang mahu kita Tuhan perlihatkan? Kesengsaraan bagaimanakah lagi yang mahu kita tetap pertahankan?
Teman,
Dengan membawa kau dan aku sendiri jauh merentas sejarah, aku fikir, kini aku sudah ketemu jawapan terhadap persoalanku di awal-awal bicara. Di era dunia manapun yang sedang kita hidup dan lalui kini, manusia tidak akan pernah berhenti dalam mahu menunjukkan kuasa. Biar atas nama apa-apa sekalipun; agama, ekonomi, politik dan kemanusiaan – selagi mana mereka percaya ada perjuangan yang harus mereka tegakkan, demikianlah yang akan memandu hidup mereka. Mungkin, kerana itu Iblis berusaha menghasut Adam memakan buah larangan – demi memperjuangkan kepercayaannya terhadap kehebatan penciptaannya. Mana mungkin maraknya api bisa dikalahkan oleh debunya tanah! Cuma mungkin, dalam setiap perlawanan dan perjuangan itu, yang ditakuti adalah saat terjadinya pertentangan idea – lalu terjadilah pertumpahan-pertumpahan yang aku sebutkan di atas. Ah, kau pun tahukan teman, perang saraf dan ideologilah yang telah mempertembungkan komunis dan Belanda di Tanah Melayu dahulu! Kerana idea dan pemikiranlah yang sering menjadi asas pembinaan sesebuah ketamadunan. Kau namakan apa saja; Yunani, Barat, malahan Islam sekalipun.
Demikianlah, yang sedang terjadi di tanah air kita, teman. Betapa pertembungan idea yang dahsyat sedang merajai rentak kehidupan kebanyakan daripada kita. Baik atas nama agama mahupun ekonomi. Di sebelah pihak, ada yang bermati-matian mempertahankan kewujudan enakmen Hudud dalam perundangan negara, manakala di sebelah pihak pula, ada yang sepenuh hati menentang idea penggubalannya. Di sebelah pihak lagi, ada yang beria-ia mahu melaksanakan cukai baharu, manakala di sebelah pihak pula, berhempas-pulas menentang pelaksanaanya. Ah, akhirnya yang tersepit di tengah-tengah; rakyat kebanyakan juga, teman, tanpa kita mahu menilai sisi baik dan buruknya secara rasional, melainkan terbawa-bawa oleh amarahnya sifat. Dan kau pun nampakkan, teman, bahawa dalam kebanyakan hal yang kolektif sifatnya, kebanyakan daripada kita begitu cenderung untuk meletakkan sepenuh tanggungjawab ke atas yang namanya kerajaan. Demikianlah kita begitu bergantung harap terhadap entiti-entiti awam dalam kehidupan seharian kita.
Dan aku, tanpa ingin menafikan kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan dalam memacukan hala tuju negara pimpinannya, masih mahu percaya bahawa kita semua sebenarnya perlu untuk terlibat sama. Aku mahu mengajak kau dan aku sendiri, untuk kembali mengingati karangan-karangan yang pernah kita tulis sewaktu sekolah dahulu; bahawa kita sering menyebutkan orang perseorangan, institusi-institusi keluarga, badan-badan bukan kerajaan dan kerajaan sewajarnya berperanan dalam perihal politik, ekonomi dan sosial. Nah, nampakkan bagaimana kita begitu mudah menuliskan bahawa hal-hal tersebut adalah kolektif sifatnya! Meskipun demikian, nyatanya, kita lebih senang untuk mempersalahkan entiti kerajaan kiranya terlihat silap di mana-mana, walhal untuk pembentukan satu-satu hal itu terutamanya yang bersifat massa, peran kesemua pihak seharusnya ada. Apatah lagi, dengan kewujudan sektor kedua melalui dasar penswastaan, nah, kita pun turut percaya, cukong-cukong kapitalis itu adalah musuh nyata yang harus ditentangi habis-habisan!
Pun begitu teman, mazhab yang aku imani adalah mazhab gabungan kapitalisme dan juga sosialisme. Aku percaya, tidak ada salahnya manusia berjuang atas nama perniagaan demi mendapatkan untung. Sebagaimana aku percaya, tidak ada salahnya manusia mahukan kekayaan itu dinikmati secara saksama atas dasar negara berkebajikan. Yang salahnya adalah apabila kita cuma terus-terusan mahu mengumpul kekayaan atas nama penindasan, tanpa sekalipun terfikirkan kesusahan manusia lain, sebagaimana apabila kita cuma terus-terusan terfikir untuk menikmati perkongsian hasil kerja keras manusia lain; dengan senang-lenangnya. Ekonomi itu sifatnya harus bergerak, atas dasar pemberian usaha manusia, dan selayaknya dikembalikan kepada manusia juga. Kerana itu agama kepercayaan kita telah lama menggariskan tentang Zakat untuk manusia sesama agama seperti kita, bahkan juga Waqaf untuk manusia sesama manusia. Cuba saja kau bayangkan, sebuah entiti menyalurkan dana demi membantu kerajaan untuk pendidikan negara, sebuah lagi pula menyuntik kewangan untuk pembangunan kesihatan, manakala sebuah yang lain mengalirkan kewangan demi kemajuan pengangkutan. Ah, bukankah begitu hidup ini, harus kita saling berkongsi?
Teman,
Begitulah yang cuba aku sampaikan pada kali ini. Dunia ini adalah dunia yang harus sama-sama kita tangani. Kalau tidak, untuk apa Tuhan hidupkan kita di sini? Pesan Hamka; “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.” Demikianlah, hidup ini adalah sebuah perjalanan yang maha panjang, yang tidaklah pula kita ketahui ke mana penghujungnya. Pun begitu, kita masih punya banyak pilihan untuk terus mencorakkan akhir hidup kita nanti. Kerana itu, masa depan itu harus dicari bersama, teman. Kita tidak cuma mahukan sebuah tanah air yang hanya terus-menerus mengejar kemajuan pembangunan dan kekayaan, tanpa melihat jauh ke dasar permasalahan ketidaksamarataan, teman. Ada manusia, biarpun sudah sehabis daya berusaha, yang mungkin telah tetap Tuhan aturkan jalan hidupnya tidak sebaik kita. Dan di situlah letaknya kepercayaan kita terhadap rukun iman yang terakhir.
Untuk akhirnya, kalaupun sempadan Rafah pernah ditutup untuk anak-anak Palestin, aku mendoakan, semoga pintu Mafraq tidak sesekali kau tutupi untuk adik-adik Syriamu. Teruskan membina masa depan yang indah bukan saja untuk dirimu, malah untuk mereka juga, teman.
Semoga Tuhan melindungimu senantiasa. Dengan izin Tuhan, sampai ketemu lagi, di lain waktu.
Ikhlas;
Adinda Alina
Temanmu,
Dunia – Akhirat
***********************************************************
Kerana kami mahukan kita semua bersama-sama membina sebuah masa depan yang lebih baik, kami kongsikan dengan anda #YouthACE2015! Layari maklumat lanjut sekarang di http://youthace.langitilahi.com/ !
The post Surat Untuk Masa Depan #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.
April 1, 2015
Coretan Pengalaman – Sebuah Perjalanan Mencari Tajaan #YouthACE2015
Tahun ini, masuk tahun ketiga Langit Ilahi menganjurkan YouthACE. Tahun pertama, ialah pada 2013, masa itu masih dijenamakan sebagai TeenACE. Masuk 2014, kami jenamakan semula sebagai YouthACE agar kena dengan target utama kami, yakni belia.
Hajat saya besar untuk YouthACE. YouthACE atau nama panjangnya Youth Awards, Convention & Exhibition bukan sekadar program yang saya anjurkan suka-suka. Bukan ‘sekadar satu lagi program’.
Saya anjurkan YouthACE melalui Langit Ilahi kerana menyedari bahawa kita tidak boleh selamanya mengeluh dan mengkritik program-program serta himpunan-himpunan yang tidak syara’, yang tidak bermanfaat, yang meracuni dan merosakkan belia kita pada hari ini. Kita perlu bertindak membina alternatif yang mapan, yang bukan sekadar berceloteh kepada belia(melalui penyampaian di dalam Convention), tetapi juga menghargai bakat serta potensi mereka(melalui segmen Awards), di samping mempamerkan kepada mereka praktikal fikrah yang jelas dalam kehidupan(melalui Exhibition – pameran NGO-NGO kebajikan dan badan dakwah.
YouthACE mempunyai rekod yang baik. 2013, peserta seramai 1000 orang, manakala 2014, peserta seramai 1500 orang. Datang dari seluruh pelusuk negara. Sabah Sarawak pun ada yang hadir, bahkan ada juga dari Singapura dan Brunei. Boleh dikatakan setiap peserta datang dari setiap negeri di negara kita ini. Alhamdulillah.
Ini membuatkan saya berhajat dan bercita-cita agar satu hari nanti, kami dapat menjadikan YouthACE sebagai sebuah perhimpunan besar, setanding perhimpunan-perhimpunan besar lain, sekaligus memacu generasi belia untuk membina sebuah masa hadapan baru.
——————————–
Mula Mencari Tajaan
——————————--
Memikirkan hajat besar tersebut, terdetik di dalam diri saya bahawa, jika YouthACE mahu menjadi sebesar itu – menjadi perhimpunan utama belia di Malaysia – maka YouthACE tidak boleh lagi bergantung kepada yuran peserta. YouthACE memerlukan tajaan agar yurannya murah, agar yurannya dalam kadar ‘mampu bayar’ oleh para belia atau lebih baik, PERCUMA! Paling tidak pun, mungkin yuran RM10 aja sebagai yuran komitmen.
Maka julung kalinya, tahun ini, saya dan tim Langit Ilahi berusaha keras mencari penaja. Sebelum ini kami tidak pernah mencari penaja. Program selain YouthACE, kami memang tak pernah cari penaja. Tetapi kerana YouthACE ini istimewa di hati kami, kerana kami melihat ianya adalah harapan masa depan buat belia dan ummah ini, kami usahakan.
Kami target beberapa pihak untuk buat perjumpaan, berbincang untuk meminta tajaan.
——————————–
Cabaran
——————————–
Namun tidak mudah. Kebanyakan pihak yang kami jumpa, yang kami hubungi, semua agak sukar untuk memberi kami tajaan.
Nilai yang kami minta tidak banyak, dan ianya bukan untuk masuk poket kami, ianya adalah sepenuhnya untuk menaja kos program agar kami dapat kurangkan yuran. Maksudnya, duit tersebut bakal memberikan keringan kepada para peserta – yang kebanyakannya adalah golongan belia, pelajar universiti – lantas membuatkan para peserta mampu menghadiri program ini.
Jika ada yang nak memberi pun, nilainya sedikit. Bawah RM10,000 contohnya. Tidak kami kisah bawah RM10,000 itu, kami bersyukur sahaja dengan apa-apa nilai yang diberikan. Namun cabarannya adalah apabila RM10,000 itu, diberikan dengan syarat timbal balik yang tidak munasabah.
Macam-macam diminta daripada pihak Langit Ilahi – macam nak bagi RM50,000, padahal yang nak diberi tak banyak. Bila sudah habis bincang, dan bersetuju secara lisan di dalam perjumpaan, ada pula yang batalkan hasrat nak memberikan tajaan, ada pula sampai sekarang masih tak putuskan nak beri atau tidak. Macam-macam.
Namun kami bersyukur juga, ada dua-tiga pihak yang menaja dengan meminta timbal balik yang munasabah, dan ada juga dari kalangan mereka itu yang tak minta apa-apa timbal balik. Semoga Allah balas jasa mereka(dengan tajaan mereka, kami telah kurangkan yuran YouthACE dari RM180 kepada RM90 dan yuran promosi kini serendah RM65-RM55-RM50).
——————————–
Program-program Lain
——————————–
Bila mengenang cabaran mencari tajaan ini, saya teringat kepada beberapa program lain.
Saya teringat tatkala Psy datang ke Penang, menari kuda Gangnam Style beberapa minit. Saya masih ingat kala itu kecoh dinyatakan bahawa Psy dibayar sekitar 2 juta ringgit. Untuk menari beberapan minit sahaja, bersama penari iringan yang berpakaian tidak pun sopan.
Saya juga teringat pada sebuah perhimpunan belia, di mana terdapat penyanyi K-Pop dijemput membuat persembahan, dan dikatakan bayaran mereka juga adalah jutaan ringgit.
Dan Anugerah Juara Lagu juga, saya dengar ada yang bermurah hati menaja sekitar 3 juta ringgit untuk program tersebut.
MasyaAllah, semuanya juta-juta.
Padahal, YouthACE 2015, hanya memerlukan sekitar RM100,000-RM200,000 untuk menganjurkannya. Isinya pula insyaAllah bermanfaat, dan ianya adalah untuk sebuah perjuangan jangka panjang. Namun sangatlah sukar hendak mendapat tajaan yang besar ini.
Sungguh mencabar. Begitulah realitinya. Perkara bermanfaat, sukar benar untuk orang menyumbang. Perkara tidak bermanfaat, orang sanggup labur juta-juta.
Kemudian kita mengeluh kenapa belia kita rosak, kita risau bagaimana masa hadapan negara kita nanti, kita gelisah dengan kebejatan gejala sosial belia. Oh.
——————————–
Mentaliti ‘Segelintir’ Orang
——————————–
Bila tajaan pun tak dapat, sudah pastilah kita masih memerlukan yuran peserta. Tidak sedikit yang bila melihat promosi YouthACE, baik tahun lepas atau tahun ini, menyatakan bahawa kami ‘jual agama untuk kaya’.
Bahkan semasa TeenACE 2013 dahulu, ada yang buat post di FB menyatakan hal yang sedemikian.
Ya, kami pun suka nak anjur percuma. Tetapi kami perlu bayar kos, kos program(YouthACE) dan kos operasi pergerakan kami(Langit Ilahi). Pekerja kami kena dapat gaji untuk sara isteri dan famili. Pejabat kami perlukan dana untuk bergerak, kerana Langit Ilahi bukan kerjanya buat satu program sahaja. Kami ada kerja-kerja yang lain, dan kami bermain dengan untung dan rugi. Kami pula sepenuh masa mengusahakan Langit Ilahi ini.
Alangkah bagusnya jika orang-orang yang mengkritik sedemikian menukar modus operandi mereka. Yakni dari mengkritik kami ‘jual agama’, kepada bantu kami mendapatkan penaja. Bukankah akan tercapai matlamat ‘program percuma’?
Dan lebih terkilan, ada yang kata program kami mahal.
Sebenarnya kami sudah berusaha memberikan serendah yang boleh mengikut kemampuan kami. Boleh banding dengan kebanyakan program lain yang jauh lebih mahal. Kami mengorbankan beberapa keselesaan, antaranya sehingga kini kami masih belum ada pejabat. Kami kerja dari rumah masing-masing sahaja(banyak kesukarannya bergerak begini) buat masa sekarang.
Pada masa yang sama, kita dapat melihat lautan belia di program-program yang entah apa-apa, yang kadangkala yurannya lebih mahal. Dan tak dinafikan ada juga program entah apa-apa yang percuma, kerana macam dikatakan tadi, dapat tajaan besar.
Ini menyedihkan.
——————————–
Penutup: Pengajaran
——————————–
Sebelum #YouthACE2015, saya tak pernah fikir banyak fasal perkara ini. Namun bila mula bergerak mencari tajaan untuk YouthACE 2015, saya benar-benar merasai.
Kita ini, kalau tak cakna dan sensitif, ambil berat dan betul-betul berusaha mencorakkan belia kita ke arah kebaikan, jangan ditanya apakah masa hadapan kita cerah. Sesungguhnya masa hadapan kita gelap.
Kerana belia adalah taruhan masa hadapan. Untuk membinanya, perlukan pelaburan. Dan tidak ramai yang hendak melabur(baik melalui tajaan atau melalui yuran peserta) ke program sebegini. Ironinya, kemudian risau dengan masa hadapan ummah. Masih bertanya mengapa ummat Islam tidak maju dan kenapa kita masih lemah.
Pun begitu untuk diri saya dan tim Langit Ilahi, ini buat kami lebih merasai betapa perlunya kami meningkatkan keseriusan kami dalam usaha ini.
Mencari tajaan hanyalah usaha. Sebuah usaha dari pelbagai usaha. Yang penting, tidak menyerah kalah dan berputus asa. Kami yakin, Allah SWT itu tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya yang berusaha.
Semoga coretan ini membuka hati.
Kami mengharapkan sokongan dan doa.
Menuju YouthACE 2015. Belia & Masa Depan.
Dan semoga Allah SWT istiqomahkan kami untuk waktu-waktu yang mendatang.
———————————-
Jom sertai YouthACE 2015.
25hb April 2015
Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang.
Yuran asal: RM90
*Yuran promosi YouthACE 2015:
Daftar 1-2 orang: RM65(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM55(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM50(seorang)
*Valid sehingga 20hb April 2015
Jangan lepaskan peluang. Daftar segera!
Detail program & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com
The post Coretan Pengalaman – Sebuah Perjalanan Mencari Tajaan #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.
March 31, 2015
Menghidupkan Panggilan Akhirat Dalam Jiwa Pemuda #YouthACE2015
~pic by ummi-online.com
Yusuf a.s. pernah diuji Allah s.w.t. dengan pelbagai jenis cubaan, sehingga cubaan itu meresap masuk ke dalam setiap pintu kepemudaannya.
Apa saja yang dia tidak diuji?
Dia diuji dengan saudara-saudaranya sendiri. Diuji dengan dijadikan hamba. Diuji dengan wanita. Diuji dengan kehebatan tafsir mimpi sehingga dikenali sampai kepada raja. Diuji dengan takhta dan kedudukan.
Barangkali, di antara cubaan-cubaan itu, yang terberat juga antaranya adalah ujian wanita. Kalau bagi wanita, pastilah pula sebaliknya.
Ia barangkali menjadi sebab orang yang melepasinya kerana panggilan iman di dalam dirinya disebutkan Nabi s.a.w. sebagai di antara 7 golongan yang dijanjikan naungan Allah di hari yang tiada selain naungan-Nya.
Kekuatan Panggilan Kesedaran dan Kebangkitan
Dicatat dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” [Yusuf : 24]
Dr Aidh Al-Qarni menukilkan beberapa pendapat dari ulama’ tafsir berkaitan petikan ayat “… dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya.”
Apa bukti Tuhan yang dilihatnya?
“Apabila Yusuf bermaksud kepada wanita itu, baginda mendengar panggilan berkata kepadanya : Wahai Yusuf, sesungguhnya Aku telah menuliskan engkau termasuk dalam kumpulan para Nabi, janganlah engkau melakukan perbuatan orang-orang bodoh.” Demikian dikatakan dicatat dari Ibn Abbas.
“Bukti Tuhannya yang dilihat olehnya itu,” kata Ibn Taimiyah dan sebahagian ahli ilmu, “ adalah pembangun kesedaran di dalam hati setiap mukmin. Pembangun kesedaran itu telah bergerak, malu kepada Allah, malu kepada yang Maha Hidup dan Jaga di dalam hati Yusuf, maka jauhilah maksiat dan kembalilah dengan sebenar-benar pengembalian kepada Allah.
‘Adapun sesiapa yang takut kepada Tuhannya dan menahan dirinya dari hawa. Maka syurga adalah tempat kembalinya.’ [ An-Naziat : 40-41], lalu Yusuf teringat untuk berhenti di bawah naungan Allah dan segera kembali.”
Sayyid Qutb pula membawa hujah tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat berkaitan ayat ini oleh para mufassir terdahulu seperti Yusuf terlihat wajah ayahnya, atau terpapar papan (lauh) di hadapannya tertulis ayat Al-Quran dan sebagainya. Beliau sendiri mencatatkan penjelasannya dengan mengatakan :
“Ini adalah pengakhiran kepada pendiriannya yang berterusan terhadap godaan terhadap dirinya, selepas ia menolak di kali pertama dan terselamat. Ia adalah gambar sebenar terhadap keadaan jiwa manusia yang soleh dalam keadaan rintangan dan lemah, kemudian ia meminta perlindungan dengan Allah di penghujungnya dan terselamat.”
Rupanya bukti itu adalah panggilan iman yang hidup di dalam jiwa Yusuf, memanggilnya dengan panggilan yang lebih kuat untuk berlindung dengan Allah s.w.t. dari kejahatan hawa dan bisikan syaitan.
Langsung terlihat bukti itu, lalu dia segera menahan dirinya, berlari meninggalkan tuannya meski dia harus dipenjara selepas itu walaupun bukan atas kesalahannya, kerana harga iman telah membebaskan jiwanya dari belenggu meski jasadnya akan dipenjarakan.
Siapa Yang Akan Menyahut Seruan Kesedaran?
Panggilan itu barangkali telah ada di dalam hati-hati kita. Tinggal lagi berlegar antara lemah dan kuat. Yang lemah panggilan iman di dalam dirinya, maka sahutannya terhadap panggilan itu pun lambat-lambat. Kadangkala, lebih membimbangkan apabila panggilan itu tak dapat didengari lagi, lalu kita terdorong lebih kuat untuk menyahut seruan hawa yang telah menewaskan panggilan iman itu.
Yang kuat panggilan imannya, seketika diuji demikian, sebagaimana tercatat dalam hadis, langsung jiwanya menjerit kuat, “inni akhafullah !” – sesungguhnya aku takut kepada Allah !.
Panggilan iman ini akhirnya membuatkan nafsu tewas tak dapat menguasai dan mengawal kepemudaan seorang pemuda.
Panggilan iman ini jugalah akhirnya membuatkan syaitan keputus asaan untuk cuba menyelinap ke dalam setiap raut buluh darah seorang pemuda untuk dapat merosakkan kepemudaannya.
Tanyalah pada diri kita, setiap pemuda masing-masingnya, dengan apakah diisi masa muda kita? Apakah yang paling banyak mendominasi masa muda kita? Masa-masa yang telah berlalu, apakah berlalu dalam keadaan taat kepada Allah atau sebaliknya?
Panggilan manakah yang terkuat di dalam diri kita, di antara dua?
Ia terlihat dengan apakah yang kita pilih untuk lakukan di dalam hidup kita. Sebermula hari saja, kita sudah teruji dengan dua panggilan tersebut, manakah yang lebih kuat menolak diri kita, untuk segera mengangkat lambung-lambung kita dari tempat tidur menyahut panggilan Subuhkah atau terus menarik selimut-selimut kita, membiarkan mata kita diberatkan oleh rantai syaitan.
Maka, yang diperlukan oleh para pemuda bukan sekadar untuk membangunkan akalnya sahaja, bukan juga untuk sekadar memberi fokus kepada pembinaan tubuhnya sahaja, tetapi terpenting juga adalah menekankan tentang bagaimana membangunkan semula iman di dalam jiwa, agar iman menjadi panggilan terkuat di dalam diri, menjadi bekal terhebat yang mendominasi ketika diuji, menjadi perisai dari kejahatan terkeji, menjadi kemanisan yang tiada tertanding oleh apa-apa nikmat duniawi.
Penutup : Panggilan Akhirat Buat Para Pemuda Perindu Tuhan
Panggilan akhirat adalah ubat kepada membangunkan kekuatan panggilan kesedaran iman dalam diri.
Ia bukanlah panggilan untuk kita lari dari masalah dunia, lalu kita hidup mengasingkan diri di satu alam yang jauh dari manusia dan bebas dari segala kekusutan dunia. Tidak demikian. Iman pun tidak mengajarkan kita sedemikian.
Ia adalah panggilan untuk kita memberi stamina semula kepada iman kita, supaya terlahir lebih ramai pemuda yang seimbang keislamannya, tinggi himmahnya, jelas cita-citanya, tidak mudah dilemahkan oleh dunia serta memiliki visi perjuangan yang benar dalam dirinya untuk akhirnya semua itu dimanfaatkan semula untuk pembaikan ummah.
YouthACE adalah acara tahunan LangitIlahi, yang barangkali saya rasakan sedang berusaha ke arah itu.
Kita mahu menjadikan ia sebagai tempat perkumpulan para pemuda pemudi akhirat, untuk kita percikkan api kebangkitan kepada iman kita, kepada jiwa kita, para pemuda pemudi supaya di situ, ia menggerakkan pula diri kita menjadi juzu’-juzu’ yang penting dalam ummat, bukan ada hanya sekadar untuk menambah bilangan populasi ummat, tetapi merawat luka-luka di batang tubuh ummat.
Ummat semakin membesar, semakin juga banyak lukanya bak kata Dr Majdi Al-Hilali, “Hari demi hari, luka-luka di tubuh ummat semakin bertambah, sedangkan luka-luka semalam belum menampakkan tanda akan sembuh.”
Semoga di antara juzu’-juzu’ pemuda itu, kita menjadi kalangan yang meneruskan proses islah terutama kepada diri, yang tidak berhenti berfikir dan bekerja untuk membaiki dan memahamkan ummat dengan cara hidup Islam, yang tidak kalah dengan panggilan hawa, yang kecintaanya untuk melihat ummat menjadi lebih baik tidak pernah berhenti berputik.
Sebagaimana kata Al-Banna, “Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami. Betapa berat rasa di hati ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik ummat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputus asaan.”
Mari bersama-sama kami di YouthACE. Untuk Belia dan Masa Hadapan.
————————————-
Rujuk :
1) Syakhshiat Fil Quranil Karim, Dr Aidh Al-Qarni
2) Fathul Qadir, As-Syaukani
3) Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb
—————————————
BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan!
Alhamdulillah, setakat semalam, kami telah mendapat banyak pendaftaran untuk #YouthACE2015.
Ramai yang meminta agar kami perpanjangkan lagi tarikh tutup harga yuran promosi untuk program ini, kerana mereka berhajat hendak mendaftar lewat sedikit.
Maka kami akan panjangkan yuran promosi ke 20hb April 2015.
Yuran asal: RM90
Yuran promosi YouthACE 2015:
Daftar 1-2 orang: RM65(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM55(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM50(seorang)
Jangan lepaskan peluang. Daftar segera!
Detail program & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com
The post Menghidupkan Panggilan Akhirat Dalam Jiwa Pemuda #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.
March 30, 2015
BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan!
BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan!
Alhamdulillah, setakat semalam, kami telah mendapat banyak pendaftaran untuk #YouthACE2015.
Ramai yang meminta agar kami perpanjangkan lagi tarikh tutup harga yuran promosi untuk program ini, kerana mereka berhajat hendak mendaftar lewat sedikit.
Maka kami akan panjangkan yuran promosi ke 20hb April 2015.
Yuran asal: RM90
Yuran promosi YouthACE 2015:
Daftar 1-2 orang: RM65(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM55(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM50(seorang)
Jangan lepaskan peluang. Daftar segera!
Detail program & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com
Ada juga yang bertanya, kalau daftar selepas 1hb April, kena tambah GST tak? Kami di Langit Ilahi sudah buat polisi bahawa, yuran kami tetap seperti yang sedia ada. Kalau kena GST pun, kami akan bayar dengan yuran sedia ada.
Begitulah juga mendatang kelak, yuran LangitIlahi insyaAllah akan berada dalam range RM70 ke bawah. Tidak akan sesekali lebih mahal daripada itu. Kami juga akan terus mewujudkan harga promosi agar membolehkan peserta mendaftar dengan yuran RM55-RM50 menggunakan kaedah daftar beramai-ramai. Dan itu semua sudah termasuk GST, jika dikenakan GST. Kami tidak akan naikkan yuran.
Fokus kami bila buat seminar, adalah hendak menghangatkan budaya ilmu dan memberikan pencerahan. Walaupun kami sangat memerlukan duit untuk menggerakkan Langit Ilahi dan menyara kehidupan kami – kami fulltime buat kerja ini – tetapi kami faham betapa program-program ilmu tidak patut yurannya terlalu mahal. Apatah lagi apabila fokus kami adalah belia. Kami mahukan agar program kami, adalah program mampu bayar oleh golongan belia.
Kerana itu kami sangat berharap ada orang-orang berduit yang akan terbuka hati untuk membantu kami satu hari nanti, juga membantu belia-belia sebenarnya, dengan menaja program-program anjuran kami. Mungkin ketika itu, jika mendapat tajaan besar, Langit Ilahi mampu mengurangkan yuran jadi bawah RM20 atau bahkan percuma terus. Buat masa ini, kebiasaannya, kami 100% bergantung kepada yuran peserta.
Tidak mengapa, kita akan berusaha dengan apa yang kita ada.
Kami sangat mengharapkan sokongan dan doa rakan-rakan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan perjuangan ini insyaAllah.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar ke YouthACE 2015. Moga lebih ramai lagi bersemangat untuk menyertai program ini.
Mari membina generasi bersama kami!
“Belia & Masa Depan”
YouthACE 2015
The post BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan! appeared first on Langit Ilahi.
March 25, 2015
#YouthACE2015 Busy ‘Youths’
Picture by arseni of deviantart.com
As a youth, the question that I have troubles answering is, “What do you do in your free time?”
The question is simple right? It just asks a simple explanation on how I spend my free time. It’s so easy, I can’t do it right.
But despite the simplicity of the question, despite the straightforwardness of the inquiry, each time that question comes vibrating my ear drums, I cannot answer.
If I answer, I have to lie by saying “Oh. I’m usually busy studying” or just simply “I’m busy.”
Say, “I’m busy studying.” There are two things here, one “You are busy”, second “You are studying.”
Let me ask all youths out there, are you really, REALLY “Busy studying”?
Of “Busy” and “Studying”
To be busy is one thing and to be studying is another thing. And both are mostly untrue. If you ask every living person who have graduated from university and currently working in any industry, ask them “which one is busier, studying or working?”
I assure you, the answer would be “working.”
Reflecting on this, the reason why I cannot answer “What do you do in your free time?” with an honest answer is because I’ve lost track of time on how long have I spent my free time watching a marathon of movie series, cartoons and playing games.
To be called “The Cream of The Society”, the so-called “intellectual” and “The Young Hope”, but in fact the abundance of time as an undergraduate is spent for playing games, movie marathons, I feel that I am an embarrassment.
It is undeniable that some games are good for the intellect. For example the strategy game Total War: Rome II prepare gamers on the tactical and strategy on how to become the world’s superpower. The game enables gamers to immerse in a simulation of how would you act as a leader of a nation dominating other empires by means of military, economy and politics without risking your own country’s economic growth and welfare of your people.
But games like PES and FIFA which are games ‘running in circles’ without life threatening challenges and predominantly the most games played by undergraduates in their free time, what else can be said other than ‘a waste of time’?
The youths spending hours of movie marathon, claiming that they watch American movie series to improve their ‘English’ and Korean series to learn the Korean language. But why their English or Koreans have not yet improved? Did they really while watching the movies, jot done new words in their small note book and later search for the meaning on their dictionary app on the phones?
So can we accept the answer “busy” and “studying”?
If We are REALLY Busy and Studying
If we are really “busy”, we do not have to apply a study loan as we can self-sponsor our study fees and daily expenses because we are “busy” day and night working part-time. I know many friends of mine who are this “busy”. In the morning they go to classes and at night they work at the Mc Donalds or as a cashier at a Petrol Station or as a part-time teacher.
If we really are “studying”, we can finish our degree in just two years and a half instead of four years and a friend of mine did that (not for medical students I mean).
But have we really been busy and studying?
The Intellectual Level of a Youth
Being an undergraduate studying in the university, going to the daily kulliyahs are not solely to aim high sky CGPA in the exams. Undergraduates have to look several steps ahead picturing how the society will be more civilized if they share the knowledge they have with the society.
Undergraduates do not enter the university to be happy and take pictures on their convocation day. But to be equipped with the expertise of different fields should be made their daily routine.
Undergraduates should not quarantine themselves in their rooms or in their usrah but should engage in intellectual discussions.
No Discrimination on Reading Materials
That day I went to an Islamic Book Expo in Selangor accompanying a friend to deliver a talk there.
As he delivered the talk, I went scouting for books. I was attracted by a book related to Islamic Early Childhood Education. But upon skimming through the book, I was disappointed.
The book explained the subject matter by citing only from the Quran and Hadith. No mention of cognitive works, no mention of Glenn Doman’s method for teaching reading to infants and no mention of any scholars other than ‘Muslim Scholars.’
I’m not saying that Quran and Sunnah are insufficient, I’m saying that reading should encompass all with no discrimination of a certain group of people. They may not have beards or Arabic names or wearing kopiahs, they are not Muslims, but their ideas are Islamic.
The intellectual level of undergraduates should be more advanced than being afraid that one’s belief system might be at stake by reading materials other than the writings of Muslims.
Whatever good and relevance we see in people even though they do not share the same belief system as us, we have to take into account.
Why are we the Least Respected and Called as Kids?
Everyone remembers the 5-minute lowering the Prime Minister’s flag incident right?
Youths should know that to spark change in the society, respect is firstly needed not revolt. Respect comes first, then, comes change.
Revolting may cause disrespect from the people. Revolting may just make us look like the bad guy when actually we have solid reasons to be on the right side. Making demonstrations after demonstrations without following it up with charity work is unbalanced.
Becoming respectful intellectuals, inspirational academicians and motivational leaders should be the route taken by undergraduates. It is a longer route true but an assuring one. It is difficult to deny the greatness coming from figures that are known to contribute unconditional charity to society.
When students are notable intellectuals, no one will call them kids anymore despite being young. No one can deny the brilliance of ideas brought forth as the hearts of the people have already been won.
—————————-
Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015
Buat kesekian kalinya, Langit Ilahi menganjurkan YouthACE, dan kini dengan kerjasama ABIM, SPKB dan K-Fiqh. Pada kali ini, untuk#YouthACE2015, kami membawakan tema – Belia & Masa Depan.
Tarikh: 25hb April 2015
Masa: 8.00am-11.00pm
Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang
Jika anda belum mendaftar, rebut segera!
Yuran asal: RM120
Yuran Promosi*:
Daftar seorang – RM80
Daftar 3 orang atau lebih: RM70(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang)
*valid hingga 28hb Februari 2015.
Detail berkait YouthACE2015 & Pendaftaran di:
http://youthace.langitilahi.com/
Tentatif YouthACE 2015 adalah seperti berikut:
MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan
08.00AM – Pendaftaran
09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan
09.30AM – Rehat
10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir
11.00AM – Slot 3: Pentas Belia -
Penyampai 1 – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – K-Fiqh
Penyampai 2 – Hisyam Mahir – Weekenders
Penyampai 3 – Hazman Baharom – Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM)
12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi
01.15PM – Rehat
02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan
Moderator: Hafizul Faiz
Panel 1: Dr Maszlee Malik
Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah
Panel 3: Saudari Amnani Akhili
Panel 4: Saudari Azila Aziz
04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015
04.30PM – Rehat
05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
06.00PM – Persembahan Petang
*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)
*Persembahan Ameen Misran
*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School
07.00PM – Rehat
8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -
*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)
*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)
8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara
Moderator: Saudara Jufitri Joha
Panel 1 – Wan Ahmad Faysal
Panel 2 – Saudara Muhammad bin Zahid
Panel 3 – Ummi Rose
Panel 4 – Saudari Amani Salim
10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana
11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai
—————————-
Peserta YouthACE 2015 juga boleh memasuki pertandingan dan memenangi hadiah yang ditawarkan. Berkait pertandingan, rujuk:
http://youthace.langitilahi.com/awards
Ayuh bersama kami membina generasi!
“Belia & Masa Depan”
http://youthace.langitilahi.com/
The post #YouthACE2015 Busy ‘Youths’ appeared first on Langit Ilahi.
Belia & Masa Hadapan – Sebuah Muhasabah. #YouthACE2015
Masa hadapan itu belum muncul. Namun pembinaannya sebenarnya telah bermula. Masa hadapan tidak akan wujud tanpa hari ini. Maka bila kita punya sebuah cita-cita untuk masa hadapan, cita-cita kita itu bukanlah untuk kita terus berada di awang-awangan, berangan-angan akan bagaimanakah masa hadapan nanti dengan penyataan cita-cita kita tersebut.
Bila kita punya cita-cita untuk masa hadapan, kita perlu mengusahakannya semenjak hari ini. Orang yang berhajat kepada masa hadapan yang cerah, yang cemerlang dan gemilang, bila dia tidak berusaha bermula hari ini, maka hajatnya itu hanyalah sebuah harapan kosong.
Belia adalah golongan yang paling perlu untuk mengambil serius akan perkara ini. Kerana belia akan membesar dan dewasa, menjadi ‘cream of the society’, menjadi teras kepada kemasyarakatan, juga merupakan pimpinan masa hadapan yang bakal mencorakkan keadaan.
Jika belia hari ini mendambakan masa hadapan yang indah dan cerah, justeru belia hari ini perlu untuk serius mengusahakan sesuatu bermula sekarang.
Hari Ini
Apakah situasi hari ini yang patut kita selami dan fahami, untuk membuatkan kita bangkit mencapai masa hadapan yang lebih cerah? Untuk membuatkan kita bergerak bermula sekarang, dan bukannya bertangguh-tangguh yang akhirnya membawa kepada kegagalan?
Kita mula dengan perkara yang mudah. Ummat Islam pada hari ini tidak terkehadapan. Kita lihat pada telefon pintar kegunaan ramai, boleh dikatakan hampir kesemuanya dimiliki oleh orang-orang bukan Islam. Facebook, Twitter, Instagram, dan pelbagai lagi media sosial popular hari ini, semuanya dibina oleh orang-orang bukan Islam. Jenama-jenama makanan popular gergasi seperti McDonald, KFC, Burger King dan macam-macam lagi, bukan dibina oleh orang Islam. Jenama kereta-kereta hebat, Ferrari, Lamboughini dan sebagainya, bukan dibina oleh orang Islam. Jenama-jenama fesyen pemakaian popular juga tidak dibina oleh orang Islam. Ekonomi dunia tidak dipegang oleh orang Islam. Teknologi dunia tidak dipegang oleh orang Islam.
Ini membuatkan orang Islam lemah dan terperangkap. Boikot? Akhirnya gagal, kerana kita mahu tidak mahu, terpaksa bergantung dengan mereka. Kerana tiadanya alternatif yang setanding dengan apa yang mereka telah usahakan.
Dan jangan sesekali salahkan musuh, atau salahkan orang-orang bukan Islam ini. Ummat Islam perlu menyalahkan diri mereka sendiri. Kita, perlu menyalahkan diri kita sendiri.
Bila Palestin ternoda contohnya, apakah kita mampu berbuat sesuatu yang signifikan selain menghantar pakaian, makanan dan ubat-ubatan? Tidak. Kita hanya mampu berdoa dan berdoa. Namun kita lupa bahawa doa takkan bermakna apa-apa tanpa usaha.
Persoalannya, apakah usaha kita pada hari ini, untuk membina masa hadapan yang lebih cerah?
Atau kita merancang untuk masa hadapan nanti juga seperti hari ini?
Apakah 10 tahun dari sekarang, ummat Islam masih menjadi hamba kepada ekonomi dan teknologi orang-orang yang bukan Islam?
Belia Perlu Bangkit
Belia perlu bangkit.
Ayat pendek itu membawa 1001 makna. Bukan sahaja bangkit dari lena yang literal, namun bangkit dari kelenaan maknawi yang telah membelenggu kehidupan ummat selama ini. Belia, sebagai darah baru, perlu berfikir dan mengusahakan jalan ke arah masa hadapan yang lebih cerah. Perlu menjadi proaktif, produktif. Peka dan sensitif terhadap keadaan semasa, dan menyedari bahawa hakikat kehidupannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada ummah.
Kita semua tahu bahawa Allah SWT menciptakan kita sebagai khalifah – rujuk Surah Al-Baqarah ayat 30 – dan pada masa yang sama, kekhalifahan kita itu bertujuan untuk membawa bumi dan seluruh isinya hidup mengabdikan diri, yakni tunduk dan patuh, kepada ajaran Allah SWT – rujuk Surah Adz-Dzariyat ayat 56.
Maka belia perlu bertanya kepada dirinya. Apakah dia pada hari ini telah bergerak mengusahakan masa hadapan tersebut? Masa hadapan yang mana dia memenuhi dua tanggungjawab tadi?
Atau kita mahu masa hadapan di mana ummat Islam terus merungut dan mengeluh akan kerosakan dan kefasadan yang bertebaran merata, namun tidak berkuasa untuk berbuat apa-apa? Hanya tahu komen dan kritik, namun tidak mampu pun memberikan perubahan yang signifikan?
Belia hari ini perlu bangkit.
Serius memikirkan hal ini.
Jangan rasakan diri yang masih belia itu, tidak penting. Kita tidak perlu menunggu jawatan untuk beraksi. Kerana Rasulullah SAW sudah bersabda menyatakan bahawa kita semua adalah pemimpin. Kita semua ada tanggungjawab. Dan kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita.
Hingga Bila Mahu Mengeluh?
Peperangan tidak semestinya melalui senjata api. Peperangan boleh berlangsung dengan peperangan pemikiran, peperangan teknologi dan peperangan ekonomi.
Sebagai rakyat biasa, adalah mustahil untuk kita fokus kepada pertarungan melalui senjata api, dan jika kita mengetuai sesebuah negara sekalipun, sudah pasti adalah sukar untuk kita membuat keputusan tersebut.
Peperangan yang terbaik adalah peperangan secara senyap. Melalui penguasaan pemikiran, teknologi dan ekonomi. Ini sesuatu yang rakyat marhaen seperti kita boleh mengusahakannya.
Namun tidak cukup jika kita berniat melakukan itu semua untuk mengkayakan diri kita sendiri semata-mata. Kita perlu melihat bagaimana teknologi yang kita bina, budaya ilmu yang kita bina, kekuatan ekonomi yang kita bina, semuanya adalah untuk membina kekuatan ummah ini. Barulah kita akan melihat jalan untuk menjadikan semua itu gergasi yang akan berperang dengan perkara-perkara ‘mainstream’ sedia ada hari ini.
Jika kita tidak mengusahakannya, kita mahu mengeluh hingga bila?
Mengeluh filem dan drama tidak syara’, tetapi kita malas untuk betul-betul berusaha membina generasi muslim/muslimah yang boleh membina filem dan dramanya yang tersendiri.
Mengeluh kenapa syarikat makanan terkenal memberikan dana kepada Israel. Tetapi kita sendiri malas hendak membina generasi muslim/muslimah yang boleh membina jenama-jenama makanan yang bukan sahaja hebat nanti, tetapi juga halal dan baik.
Mengeluh kenapa ekonomi dan politik hari ini caca merba. Tetapi kita sendiri malas hendak memperkasakan generasi hari ini agar celik ekonomi dan politik, supaya kita boleh memberikan nafas baru serta kekuatan terhadap ekonomi dan politik negara.
Hanya menyebut beberapa contoh.
Mengeluh dan merungut takkan ke mana-mana.
Kita perlukan tindakan yang signifikan. Bermula hari ini. Untuk masa hadapan yang lebih cerah.
Penutup: Sebuah Muhasabah
Ini adalah sebuah muhasabah.
Jika kita memilih untuk tidak bertindak bermula hari ini, maka jangan kita impikan apa-apa yang cerah dan gemilang untuk masa hadapan kita. Kerana masa hadapan itu bermula dengan hari ini.
Pada saya, orang yang serius adalah orang yang berperancangan.
Kalau kita serius nak kahwin, kita akan menyediakan perancangan, strategi untuk kita mampu berkahwin, dan kita akan usahakan perancangan tersebut.
Kalau kita serius nak cemerlang dalam pelajaran, kita akan menyediakan perancangan, strategi untuk kita mampu cemerlang, dan kita akan usahakan perancangan tersebut.
Begitulah juga lain-lain halnya. Petanda serius adalah kita berperancangan.
Maka apakah kita serius terhadap Islam? Terhadap kekuatan ummah ini?
Apakah kita serius untuk menjadi muslim/muslimah yang baik dengan memenuhi tanggungjawab yang disebutkan tadi?
Jika kita serius, apakah perancangan kita untuk hal tersebut? Dan sejauh manakah kita mengusahakannya?
Untuk diri saya, saya serius mahu membina ummah ini. Maka saya mengusahakan Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) sebagai program, medan perkumpulan yang bertujuan mengumpulkan belia-belia seluruh negara, bagi menyuntik kesedaran ini.
Cukup sudah mengeluh dan merungut. Kita perlu bertindak. Saya bertindak melalui Langit Ilahi, melalui YouthACE untuk membina sebuah generasi yang ‘bekerja’.
Kita semua perlu mengusahakan sesuatu.
Bermula sekarang.
Sebelum menjadi orang tua yang menyesali masa mudanya.
Muhasabah.
=======================================
Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015.
Harga promosi bakal tamat 30hb Mac 2015 ini!
Sudahkah anda mendaftar?
Tema: Belia & Masa Depan
Tarikh: 25hb April 2015
Masa: 8.00am-11.00pm
Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang
Jika anda belum mendaftar, rebut segera!
Yuran Asal
- RM90
Yuran Promosi*
- RM65 seorang(daftar 1-2 orang)
- RM55 seorang(daftar 3 orang ke atas)
- RM50 seorang(daftar minimum 30 orang)
*Valid sehingga 30hb Mac 2015
Detail berkait YouthACE2015 & Pendaftaran di:
http://youthace.langitilahi.com/
Mari bersama kami, kita bina generasi!
———————————–
Tentatif YouthACE 2015 adalah seperti berikut:
MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan
08.00AM – Pendaftaran
09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan
09.30AM – Rehat
10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir
11.00AM – Slot 3: Pentas Belia -
Penyampai 1 – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – K-Fiqh
Penyampai 2 – Hisyam Mahir – Weekenders
Penyampai 3 – Hazman Baharom – Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM)
12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi
01.15PM – Rehat
02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan
Moderator: Hafizul Faiz
Panel 1: Dr Maszlee Malik
Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah
Panel 3: Saudari Amnani Akhili
Panel 4: Saudari Azila Aziz
04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015
04.30PM – Rehat
05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
06.00PM – Persembahan Petang
*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)
*Persembahan Ameen Misran
*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School
07.00PM – Rehat
8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -
*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)
*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)
8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara
Moderator: Saudara Jufitri Joha
Panel 1 – Wan Ahmad Faysal
Panel 2 – Saudara Muhammad bin Zahid
Panel 3 – Ummi Rose
Panel 4 – Saudari Amani Salim
10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana
11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai
————————————
Ayuh bersama kami membina generasi!
“Belia & Masa Depan”
http://youthace.langitilahi.com/
The post Belia & Masa Hadapan – Sebuah Muhasabah. #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.