Hilal Asyraf's Blog, page 45
January 20, 2015
Kerana ‘Dakwah’, Cinta Terabai
Dan Dakwah adalah business Muslim
Gambar diambil dari sini
Aku pernah bertanya soalan di sebuah seminar. Seminar Mahligai Impian anjuran HALUANITA Johor. Aku tahu tentang seminar itu pun kerana pengarahnya ibuku sendiri. Tidak silap aku, sekitar tahun 2009 atau 2010 seminar itu dijalankan di UTHM.
Aku pelik kerana, soalan yang aku tanya, para audiens menerimanya dengan gelak ketawa. Mungkin lucu agaknya cara aku tanya soalan atau subjek soalan yang ditanya. Aku tidak pasti. Yang aku pasti, aku bertaya kerana bersungguh-sungguh mendapatkan jawapan.
Sosok ubuh yang memberikan ceramah adalah figura yang amat aku hormati iaitu Pak Arbi (Rosdi Baharom), kini beliau salah seorang Master Trainer FamilyMithali.com dan pemilik projek tadika Little ‘Abd.
Sesi soal jawap telah tiba maka aku bangkit menuju ke microphone. Nampaknya aku orang pertama yang bertanya soalan.
“Pakcik Rosdi yang dikasihi. Ana ada satu soalan. Bagaimanakah sepasang suami dan isteri itu dapat sentiasa menghangatkan cinta diantara mereka dalam pernikah mereka yang telah bertahun-tahun lamanya? Mungkinkah sudah lama kahwin, modal akan hilang.”
Aku amat cemburu sebenarnya, melihat pasangan makcik-pakcik yang sangat gigih menyampaikan Islam, membina keluarga sehingga mereka berambut putih bersinar. Setiap kali aku melihat pasangan sebegini aku akan berkata dalam hati “hangatnya cinta mereka!”
Audiens menyambut soalan aku dengan gelak ketawa. Tidak mengapa. Aku tidak kisah pun. Aku yakin Pak Arbi akan memberikan pencerahan yang padat dan singkat untuk menjawap persoalan aku.
“Terima kasih Ameen yang pakcik kasihi. Beliau adalah antara anak buah usrah yang terawal semasa saya bekerja di MATRI.”
MATRI adalah sekolah lama aku. Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah. Aku antara anak didik beliau di sana.
“Menghangatkan cinta? Hilang modal?” Pakcik Rosdi memulakan jawapan.
“Orang beriman yang sentiasa basah dengan iman akan sentiasa ada modal untuk menghangatkan cinta.”
“Nanti sudah walimah, isteri bertanya kepada suami ‘abang sayang kite tak?’ “ Pakcik Rosdi memberikan satu gambaran simulasi perkahwinan dialog isteri-suami.
“Jangan pula suami mengelak dari menjawap dan memberikan jawapan hambar ‘Takkan awak tak tahu’.”
“Biar isteri tahu dengan suami ucapkan di bibir yang ‘Abang sayang kat awak, itu sebab abang memilih untuk berkahwin dengan awak’.”
Antara sedutan jawapan Pakcik Rosdi yang masih segar dalam ingatan.
Ramai pasangan dakwah yang aku gerun apabila mendengar rintihan yang mereka hadapi. Dan mangsanya adalah para isteri. Ramai suami atau isteri yang ‘tidak berperasaan’ terhadap pasangannya kerana ‘ini adalah susunan’ oleh sesebuah Jemaah.
Aku baru sahaja mendengar dua kisah yang menyedihkan tentang dua pasangan putus tunang. Satu pasangan putus tunang, si perempuan minta diputuskan selepas 3 tahun pertunangan, salah satu sebabnya ‘tidak ada perasaan.’ Pasangan yang kedua putus tunang sebulan sebelum tempoh perkahwinan mereka. Baju kahwin semua sudah siap namun si perempuan minta diputuskan atas alasan yang sama.
Aku takut, kerana faktor terpaksa, kerana faktor tidak ada ‘perasaan cinta’ yang aku kira satu perasaan ‘manusiawi’ akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Pasangan yang berkata mereka membawa slogan dakwah dan tarbiyah tidak patut menerima pasangan cinta mereka kerana ‘dakwah’, kerana ‘tarbiyah’, tetapi sepatutnya memilih untuk mengahwini pasangan meraka kerana ‘cinta’ dalam rangka membantu dakwah terlebih dahulu.
Perlu dibezakan keperluan sosial dan keperluan keluarga. Keperluan keluarga juga sebenarnya adalah subset “Dakwah dan Tarbiyah”. Jangan terlalu lebihkan keperluan dakwah yang berbentuk sosial sehingga melupakan keperluan keluarga.
Kerana kadangkala aku lihat, ada sesetengah pasangan dakwah ini yang membelakangkan keluarga kerana urusan ‘dakwah’. Anak-anak terabai, isteri terabai.
Salah satu implikasi ialah anak-anak itu sendiri akan membesar kerana benci melihat ayah mereka selalu meninggalkan mereka terkapai-kapai dikala mereka keliru mencari jalan dalam kehidupan.
Bagaimana dakwah sehingga keluarga terabai?
Adakah itu namanya dakwah?
Aku sedih.
————-
Seminar Sebelum Aku Bernikah – Harga Promosi Tamat 31hb Januari 2015
2200 orang telah mendaftar.
Tinggal 800 seat sahaja lagi.
Detail & Pendaftaran di:
http://ssab.langitilahi.com/
Yuran asal: RM100
Yuran promosi:
Jika daftar 1-2 orang – RM60(seorang)
Jika daftar 3 orang ke atas – RM50(seorang)
Jika daftar 30 orang minimum – RM45(seorang)
Harga promosi tamat 31hb Januari 2015
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi:
Saudara Muhaimin Misran – 0135041501
Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975
—————————
Tentatif
—————————
MC sepanjang hari: Hafizul Faiz.
07:30AM — 09:00AM: Pendaftaran
09:00AM — 09:20AM: Ucapan Keynote – “Cinta” — Ameen Misran
09:20AM — 10:30AM: Slot 1 – “Fiqh CINTA” — Ustazah Fatimah Syarha
10:30AM — 10:45AM: Rehat
10:45AM — 12:00PM: Slot 2 – “1, 2, 3 Cari Jodoh” — Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
12:00PM — 01:00PM: Slot 3 – “Merancang Wang Semenjak Jatuh CINTA” — Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
01:00PM — 02:00PM: Rehat
02:00PM — 03:15PM: Slot 4 – “Anak Muda & CINTA” — Aiman Azlan
03:15PM — 04:30PM: Slot 5 – “Tarbiyah Anak Sebelum Berkahwin” — Pak Arbi
04:30PM — 05:30PM: Rehat
05:30PM — 06:30PM: Slot 6 – “Sebelum Aku Bernikah” — Hilal Asyraf
06:30PM — 08.00PM: Rehat
08:00PM — 10.30PM: Slot 7: Forum – “Mendidik Keluarga, Mendidik Negara” — Moderator: Hafizul Faiz. Panel: Dr. Harlina Siraj, Ustaz Syaari Rahman
10:30 malam — 11.00 malam Penutup & Bersurai
———————————–
Ayuh mendaftar sebelum tarikh tamat promosi!
http://langitilahi.com/ssab/pendaftaran
The post Kerana ‘Dakwah’, Cinta Terabai appeared first on Langit Ilahi.
Because of that Shoe
Today, I was struck by the very disease writers hate, “Writer’s Block.” I wanted to write something that has to do with the raising numbers of bankruptcy cases among young people under the age of 25 but that hasn’t been fruitful yet.
Every Tuesday night (like tonight) I’ll be having a weekly futsal hangout. My futsal shoe is wrecked so it needs to be mended. So why not take a spin outside while sending my shoe for treatment?
I sent my show at the cobbler at Taman Sri Gombak, Batu Caves beside the CIMB Bank. I always go past this area but never had the luxury to talk to the cobbler there.
I gave the pakcik there my shoe. He said that it’ll take him approximately 30 minutes to finish. I sat there beside him while watching him mend my shoe.
I asked him, “Pakcik, what advice would you give to a young man like me?”
The pakcik laughed at me and said “Nothing I can give.”
Both of us went quiet. The pakcik doesn’t talk much.
After some time, I asked him another question “How many customers do you get per day pakcik?”
The pakcik replied “depends, sometimes you get 7, sometimes 10.”
The service charge of each shoe differs, like my shoe it’s RM20 one pair of shoes. If the damage needs detailed mending, the charge is extra.
Let’s say per day, the pakcik gets 7 customers minimum. That means the pakcik earns RM140 per day. And in a month, the pakcik can makes a revenue of RM4200 a month! That’s like twice the pay a fresh graduate gets!
According to Malaysia Department of Insolvency, the total cases of bankruptcies among youth the age of 25 and under have quadrupled from 130 cases in 2012 to 579 in 2014.
And I wonder would youth have the guts to sit down at one alley and take this technical service as his life career? Because the pakcik did and he can maintain a family just from mending shoes of a building sidewalk.
My final question to him “How long have you been working as a cobbler pakcik?”
He said “It’s been 8 years in this sidewalk.”
What he said struck me.
He didn’t give any advice yes, but his actions; his life work is worth thousands of advice without him saying it to me.
Life is an inspiration, and today I learned something valuable just from sending my shoe to be repaired.
———————————-
[YouthACE 2015]
YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2015, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.
Tema tahun ini: Belia & Masa Depan.
Sasaran kami tahun ini ialah seramai 3000 orang peserta.
Tempat: Akan dimaklumkan selewat-lewatnya akhir Januari ini.
Masa: 08.00AM – 11.00PM
Tarikh: 25hb April 2015
Yuran asal: RM120
Yuran Promosi(Valid hingga 28hb Februari 2015):
Daftar 1-2 orang: RM80(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM70(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang) – mohon hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) terlebih dahulu sebelum melakukan pendaftaran minimum 30 orang ini.
Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com/
Detail Program:
YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).
Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2015
==========
Convention:
==========
MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan
08.00AM – Pendaftaran
09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan
09.30AM – Rehat
10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir
11.00AM – Slot 3: Pentas Belia – dirahsiakan penyampainya.
12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi
01.15PM – Rehat
02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan
Moderator: Hafizul Faiz
Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid
Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah
Panel 3: Saudari Amnani Akhili
Panel 4: Saudari Azila Aziz
04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015
04.30PM – Rehat
05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
06.00PM – Persembahan Petang
*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)
*Persembahan Ameen Misran
*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School
07.00PM – Rehat
8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -
*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)
*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)
8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara
Moderator: Saudara Jufitri Joha
Panel 1 – Wan Ahmad Faysal
Panel 2 – Dr Maszlee Malik
Panel 3 – Ummi Rose
Panel 4 – Saudari Amani Salim
10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana
11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai
============
Awards yang dipertandingkan:
============
- InstaVlog – Hadiah: RM350 + Piala
- Penasyid Terbaik – Hadiah: RM1000 + Piala
- Short Filem Terbaik – Hadiah: RM1500 + Piala
- Penulisan Artikel Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Penulisan Cerpen Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Rekaan Poster Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Fotografer Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Komik Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- The Best Essay – Hadiah: RM700 + Piala
- The Best Poetry – Hadiah: RM1000 + Piala
Ada juga pertandingan peserta teramai.
Rujuk:
*Peserta YouthACE 2015 tidak wajib menyertai pertandingan-pertandingan ini, namun peserta pertandingan-pertandingan ini wajib menjadi peserta YouthACE 2015.
*pertandingan-pertandingan ini akan bermula semenjak peserta mula mendaftar. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk di bahagian ‘pertandingan’ pada link http://youthace.langitilahi.com/awards/
==============
Exhibition:
==============
Akan dipenuhi dengan pameran daripada NGO-NGO Kebajikan dan badan dakwah, yang bakal mempamerkan aktiviti mereka, serta membuka peluang untuk belia berkenal-kenal dan mencari peluang beraktiviti bersama mereka.
———————–
Jika berminat, daftarlah segera.
Sebar-sebarkan juga kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik!
Kami harapkan sokongan padu anda.
Kami menganjurkan YouthACE ini dengan niat agar ianya berjaya menjadi alternatif kepada perkumpulan-perkumpulan belia yang ada di negara kita.
Kami berhajat menjadikan perkumpulan ini perkumpulan yang bermanfaat buat belia di negara kita, sekaligus menginspirasikan generasi muda kita untuk hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada semua, menggendong mesej Islam – Rahmatan Lil ‘Alamin.
Komen peserta YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y
Suasana YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4
Mari sertai kami. Jadikan ini sebuah realiti!
Belia & Masa Depan,
Mari Menjadi Hamba!
The post Because of that Shoe appeared first on Langit Ilahi.
Umum: Allah Izin Tidak Bermakna Allah Redha
Allah izin tak bermakna Allah redha.
Ramai yang salah faham dengan menyangka bahawa jika sesuatu perkara itu berlaku, itu tanda Allah meredhai perkara tersebut.
Ayat yang biasa disebut: “Kalau Allah tak suka sangat, takkan Allah bagi jadi juga?”
Fahaman ini sangat silap.
———————
Allah ilhamkan kebaikan & kejahatan
———————
Allah SWT tidak membenarkan kejahatan dan perkara buruk. Allah melarang hamba-hambaNya melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri mereka. Allah murka dan akan memberikan dosa kepada sesiapa yang melanggar larangan serta tidak melaksanakan perintahNya.
Pun begitu, dosa adalah akibat dari tindakan. Yang mana jenis tindakan pula bergantung kepada manusia untuk memilihnya. Nak buat baik, atau nak buat perkara jahat/buruk.
Allah tidak pula meletakkan di dalam minda manusia ilham yang baik-baik aja. Dunia ini juga tidak Allah letakkan perkara yang baik & positif sahaja. Nafsu serakah dan syaitan ada, ilham yang buruk & jahat ada.
“Dia mengilhamkannya(manusia) keburukan & kebaikan.” Surah Asy-Syams ayat 8.
———————
Tiada Paksaan Dalam Beragama, Tetapi…
———————
Justeru manusia diberi pilihan. Allah menganugerahkan kepada manusia kuasa untuk memilih. Nak buat baik atau nak buat jahat. Dunia ini ada dua-dua, Allah cipta dan sediakan. Pilihan di tangan kita.
Orang selalu juga menggunakan ayat 256 Surah Al-Baqarah untuk menghalalkan perbuatan buruk/melanggar syariat yang dilakukannya. Katanya, “Tiada paksaan dalam beragama.” Tetapi sepatutnya ayat itu dibaca sehingga habis.
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa berpaling daripada toghut(perkara jahat, sesat) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang (teguh) kepada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 256.
Ayat ini secara ringkasnya membawa maksud – “Tiada paksaan dalam agama, nak ikut tak nak kau punya suka. Tapi dah jelas mana yang baik, dan mana yang buruk. Buat baik dapat akibat yang baik(dalam erti kata lain, buat buruk dapatlah akibat yang buruk.)”
Bukan bermakna Allah akan biarkan kita begitu sahaja jika kita memilih melakukan keburukan. Jelas sekali pada ayat ini, Allah tidak meredhai pembuat keburukan, pembuat kejahatan, pengikut-pengikut toghut(kesesatan).
———————
Memerhati Sejarah
———————
Hari ini kita dengar beberapa ayat seperti:
“Kalau diorang ni jahat, takkanlah Allah izin bagi jawatan memerintah negara.”
Jangan kita lupa Firaun pun Allah bagi jawatan memerintah negara. Allah nyata tidak redha dengannya.
“Kalau Allah tak suka, takkanlah Allah izinkan perbuatan itu berlaku?”
Jangan kita lupa, di dalam sejarah jelas tercatat kisah Nabi yang dibunuh kaumnya, kisah para sahabat Rasulullah mati dibunuh musuh di medan perang, bahkan Rasulullah SAW sendiri bukan sekali dua diperlakukan dengan jahat oleh kaum baginda.
Apakah Allah redha dengan semua itu? Pastinya tidak!
Justeru jelaslah bahawa, apa yang Allah izin berlaku, tidak semestinya membawa makna bahawa Allah redha.
Redha dan izin adalah dua perkara yang berlainan.
———————
Penutup: Dunia Ialah Medan Ujian
———————
“Habis tu, kalau Allah tak redha benda tu, kenapa bagi izin jadi? Tak faham la.”
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 2: “Apakah manusia ini mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji?”
Ya, dunia ini medan ujian. Bukan kerana Allah tidak tahu keimanan kita. Tetapi untuk diri kita sendiri sedar taraf keimanan kita.
Jika masih buat perkara yang Allah larang, tanda iman kita masih ada masalah. Ia sepatutnya menjadi isyarat kepada kita untuk memperbaiki kualiti iman kita.
Bukannya dengan sambil lewa berkata: “Ah, dah jadi ni, tanda Allah okay la ni.”
Bukan dan bukan.
Bahkan kita sepatutnya rasa malu kepada Allah kerana bila kita terbuat salah, buat perkara Allah larang, biasanya Allah tidak terus menjatuhkan hukuman. Kita diberi lagi peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri.
Maka amatlah malang apabila kita dengan mudah mahu melepaskan diri dengab berkata: “Ala, kalau Allah tak redha, takkan Allah izinkan jadi.” Betapa angkuhnya ayat kita itu, sedang apa yang patut kita buat ialah patuh kepada perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Bila terbuat apa yang dilarang, segera bertaubat dan memohon ampun.
Bukan bagi macam-macam alasan.
Muhasabah.
The post Umum: Allah Izin Tidak Bermakna Allah Redha appeared first on Langit Ilahi.
January 17, 2015
Sakit itu…
Sakit itu memberi manfaat. Semoga kita semua menjadi muslim yang bersyukur ketika senang dan susah.
The post Sakit itu… appeared first on Langit Ilahi.
January 15, 2015
Umum: Game Defending Malaysia – Sudah Boleh Dimuat Turun
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.
Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, 16hb Januari 2015, buat julung kalinya Langit Ilahi, melalui cabang terbarunya – Langit Ilahi Edutainment – telah berjaya menghasilkan sebuah game bertajuk Defending Malaysia.
Kini Defending Malaysia sudah boleh dimuat turun di Play Store.
Muat turun di: https://www.facebook.com/l.php?u=http...
Semestinya game pertama ini banyak kekurangannya. Kami sangat berhajatkan komen dan kritikan membina daripada rakan-rakan yang telah mencubanya, agar kami dapat melaksanakan penambah baikan, serta melakukan peningkatan terhadap Defending Malaysia, juga game-game kami yang akan datang.
Besar hajat kami melihat Langit Ilahi Edutainment berkembang sebagai penghasil game yang patuh syariah dan bermanfaat, hingga satu hari nanti benar-benar dapat menjadi salah satu pemain besar dalam dunia pembikinan game, menembusi pelantar besar seperti PC, PlayStation dan XBox.
Semoga ini semua menjadi salah satu lagi usaha dakwah, dan merupakan sebuah saham akhirat yang bermakna untuk kami.
Mohon doa dan sokongan.
~ Hilal Asyraf
Pengasas Langit Ilahi
CEO Lantera Iman Resources
The post Umum: Game Defending Malaysia – Sudah Boleh Dimuat Turun appeared first on Langit Ilahi.
3 Strategi Iman Menghadapi 3 Serangan Musuh
Ayuh bangunkan semula semangat kita untuk terus hidup di dunia dan bangunkan iman kita untuk terus bahagia di akhirat sana.
Umat islam pada ketika ini dalam keadaan yang membimbangkan. Walaupun kita percaya tentang keteguhan agama yang dijaga oleh-Nya, tetapi belum tentu pula umat manusia juga terjaga kerana yang mengawasi diri manusia itu adalah kebaikan yang setiap diri kita lakukan. Hari ini umat islam tidak hanya diserang secara fahaman literal melalui peperangan yang tidak lagi menampakkan hujungnya tetapi tidak mustahil tiba, bahkan diserang juga dari sudut psikologi yang memburukkan umat islam di mata dunia. Dituduh pengganas, perampas dan sebagainya.
Biarpun bertalu-talu serangan dan bedilan yang dilakukan oleh pihak musuh, namun rata-rata umat islam yang sedang berjihad mempertahankan agama dan tanah air mereka tidak kekeringan jiwa merasa takut akan kematian dan kemusnahan malahan setiap mereka pula yang mengimpikannya. Tidak pula menjadikan mereka terleka dari mengharap dan memohon kepada Pencipta, bahkan mereka pula yang lebih kuat pergantungan pada-Nya.
Namun demikian, musuh yang lebih membahayakan adalah musuh yang membunuh dari dalam diri manusia. Ia memakan jiwa manusia, mematikan hati dan menghilangkan sifat sensitive seperti rasa malu, takut dan pelbagai lagi mengikut neraca pertimbangan syara’ yang sebenarnya.
Teringat suatu petang beberapa ketika dahulu di bumi Jordan, sewaktu saya sedang bersiar-siar bersama sahabat-sahabat saya ada seorang sahabat saya yang bernama Solah memberikan peringatan yang cukup mengesan jiwa.
‘Lihat banyak pokok yang rimbun dan bergerak-gerak mengikut angin. Nyaman bukan?’ Solah memulakan berbicara.
Saya dan sahabat lain mengiakan. Langit kelihatan tenang biarpun angin kuat menampar-nampar pipi. Cuaca yang sederhana dingin selepas musim sejuk menuju musim bunga membuatkan kami berasa selesa berteduh di rimbunan pokok seketika.
‘Pokok-pokok yang rimbun ini dapat bertahan angin yang agak kuat. Rasanya sebab apa?” Tabya Solah. Soalan yang memecah kesunyian seketika masing-masing asyik membiarkan angin membelai diri.
Pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menjawab bahawa disebabkan batang pokok nya yang besar, ada pula jawapan disebabkan daunnya rimbun. Salah seorang sahabat saya ada yang menjawab disebabkan akarnya yang kukuh.
‘Hampir betul’. Kata Solah. ‘Masih belum cukup tepat’. Beliau tertawa kecil.
Kawan saya yang menjawab tadi bertanya kembali: ‘Justeru bagaimana jawapan yang paling tepat?
‘Ya, sememangnya pokok yang kuat itu disebabkan faktor dalamannya yang kuat iaitu pada akarnya. Tidak begitu jelas tertampak. Justeru kuat akar mencengkam tanah maka lebih sukar ia ditumbangkan. Begitu juga dengan falsafah manusia kuat dalamannya maka kuat juga luarannya.’ Solah cuba memberikan penjelasan.
Suatu pencerahan yang menarik. Namun selepas itu, kami semua agak terkesima dengan kupasan beliau yang lebih menambahkan minat untuk mendengarnya.
Beliau berkata lagi: ‘ Tetapi akar yang kuat ini mungkin hanya mampu menahan jika ‘musuhnya’ berupa angin yang kuat, arus air dan sebagainya. Beerti musuh yang zahirnya boleh dilihat atau dirasa jika bukan yang dikategori sebagai ‘peringatan alam’ (bencana yang berlaku sebagai peringatan daripada Allah melalui tenteranya iaitu alam) berbentuk taufan atau banjir besar, maka sebatang pokok itu bisa berdiri tidak tergoyah’.Kemudian beliau terdiam seketika.
‘Adapun sebatang pokok yang mungkin dilihat gah besarnya, kuat batangnya, rimbun daunnya bisa saja mati disebabkan musuh yang datang dari dalam pokok itu’. Solah melanjutkan bicara sambil tangan kanannya mengambil potongan batang pokok yang rapuh akibat dimakan anai-anai. ‘Tidak perlu banjir tidak perlu taufan. . Hanya jentikan yang perlahan menyebabkan ia menjadi cebisan kayu yang kecil.’ Ketika ini mata Solah mula berkaca sambil menjentik-jentik batang kayu tersebut.
‘Begitu juga halnya dengan manusia. Musuh yang tampak zahir mungkin bisa ditempuhi jika benar jiwa dan hati (dalaman) manusia itu kuat dengan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Adapun sebaliknya menjadi sangat rapuh jika ianya (iman dan taqwa) tercabut dari setiap hati-hati manusia. Biarpun musuh tidak bersenjata, mungkin hanya dengan penampilan atau paras rupa maka akan tergugat keimanan manusia. Mengalir air mata membasahi pipi Solah.
Kami yang mendengar turut sebak. Masing-masing bermuhasabah. Sejauhmana usaha untuk memperkuat iman sentiasa diperbaharui. Atau sudah lama ia dibiar bersarang penuh dengan dosa dan maksiat?
Hakikat manusia ini bisa berdiri teguh apabila kekuatan jiwa yang lahir melalui semangat yang utuh bagi menghadapi musuh. Malangnya menjadi mudah runtuh apabila hati yang sepatutnya menjadi raja bagi perbuatan manusia dibiar dirasuk oleh musuh-musuh tidak bersenjata tetapi lebih berbahaya seperti hedonism, vandalism dan ism-ism yang lain. Maka musuh tidak perlu berdepan dan bersusah untuk melemahkan umat islam, mereka sendiri yang merobohkan jati diri mereka dengan terleka dan taasub dengan ‘arus permodenan’.
Justeru, musuh yang paling berbahaya yang lebih perlu segera diberi rawatan adalah musuh dari dalam yang sering membisikkan kepada jiwa untuk terus leka dengan maksiat. Boleh jadi musuh ini berupa bisikan syaitan, boleh jadi pengaruh hasutan insan yang akan sering mengajak diri lalai dari mengingati Allah seperti yang disebutkan dalam al-Quran.
Pesan, Kesan dan Keseimbangan
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٩٠﴾
Sesungguhnya Allah memerintahkan berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. [An-Nahl: 90]
Dalam ayat ini terdapat sisi nilai aqidah yang perlu dititikberatkan. Allah s.w.t menerangkan bahawa kuasa mutlak untuk memerintah (yakmuru) dan melarang (yanha) adalah tertakluk kepada kuasa-Nya. Maka tidak boleh selain Allah untuk memerintah dan melarang sesuatu kerana setiap perintah mesti dilaksanakan dan setiap larangan mesti ditinggalkan. Perintah itu sudah semestinya mengandungi kebaikan dan larangan semestinya pula mempunyai keburukan. Walhal Allah s.w.t sahaja yang mengetahui baik buruk akan sesuatu.
Namun demikian, ruang memerintah dan melarang selain Allah juga diberikan tetapi dalam skop yang terbatas yakni yang tertakluk kepada perintah dan larangan Allah. Hal ini, perlu difahami dengan baik untuk setiap manusia memahami erti ketaatan kepada sesuatu sama ada pemimpin negara, masyarakat, rumahtangga dan sebagainya.
Jika yang memimpin mengajak kepada yang ma’aruf (kebaikan) mengikut neraca syara’ dan ‘uruf maka seharusnya ia diikuti tanpa berbelah bahagi. Sebaliknya perbuatan mungkar maka seharusnya ditentang mengikut pesan al-Quran supaya lebih memberikan kesan dan keseimbangan terhadap fitrah kemanusiaan.
Tiga Serangan Musuh!
1. الْفَحْشَاءِ (Keji)
Imam Ibn A’syur[i] memberi erti kepada Al-Fahsya’ adalah sesuatu yang akan merosakkan atau yang boleh melemahkan diri seorang insan itu sama ada dalam bentuk kepercayaan yang batil percakapan yang jelek atau perbuatan yang fasad.
Imam Ar-Razi[ii] memberikan simbolik ‘binatang ternak’ kepada Al-Fahsya’ ini sebagai tafsiran kepada nafsu kebinatangan manusia. Dipilih binatang ternakan adalah kerana ia (Al-Fahsya’) ini merosakkan dirinya sendiri dengan perkara yang diluar batas syariah sebagaimana binatang akan mati atau sakit jika diternak dengan cara yang tidak sepatutnya. Binatang ternak juga adalah binatang yang jinak dengan tidak membinasakan binatang yang lain. Justeru, simbolik ini menggambarkan perbuatan Al-Fahsya’ adalah sesuatu perbuatan yang membinasakan dirinya tetapi tetap juga boleh merosakkan sekeliling jika berkaitan dengan hak orang lain sebagaimana binatang ternak yang merosakkan hatra orang lain.
Imam Ibn khathir[iii] menafsirkan perkataan Al-Fahsya’ segala bentuk perkara yang haram dan dilarang oleh syara’.
Simpulan erti Al-Fahsya’ yang bisa dirungkaikan daripada pengertian ulama’-ulama’ di atas bahawa ia membawa maksud segala sesuatu yang haram sama ada dari sudut kepercayaan, percakapan atau perbuatan yang ditegah oleh syara’ kerana membawa kemudharatan kepada diri sendiri ataupun persekitarannya.
Contoh yang boleh mendefinisikannya dari sudut kepercayaan adalah percaya terhadap tahyul, azimat, tangkal, bomoh dan sebagainya. Manakala dari sudut percakapan adalah percakapan yang merosakkan akhlak seorang muslim seperti berdusta, caci maki hatta perbualan kosong yang membuang masa. Dari sudut perbuatan pula seperti merokok, minum arak dan sebagainya.
2. وَالْمُنكَرِ
Imam Ibn A’syur memberi pegertian bahawa Al-Munkar adalah segala sesuatu perbuatan keji yang diingkari oleh perasaan dan akal manusia malah dibenci oleh syariah sama ada dari sudut perbuatan dan percakapan.
Imam Ar-Razi meletakkan simbolik juga bagi Al-Munkar yakni binatang buas sebagai tafsiran bagi nafsu manusia yang sukar untuk dikawal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia. Tambahan pula, ia sangat dibenci oleh Allah s.w.t. Binatang buas menggambarkan bahawa ia sememangnya akan membinasakan dan menyakiti orang lain.
Imam Ibn Kathir memberi tafsiran bahawa Al-Munkar adalah perbuatan keji atau maksiat yang jelas dan nampak secara zahir akan perilakunya atau pelakunya.
Kesimpulan daripada definisi Al-Munkar adalah sesuatu perbuatan atau percakapan yang haram lagi keji yang dibenci oleh Allah s.w.t yang merosakkan diri sendiri dan mebinasakan orang lain yang tidak sesuai dengan fitrah insani dan jelas terzahir perilakunya yang salah oleh pelakunya.
Contoh bagi Al-Munkar adalah segala bentuk perbuatan yang berlaku secara terang-terangan seperti bercumbu dan berpelukan dalam khalayak ramai sesama bukan mahram, meniru gaya fashion atau peribadi yang tidak sepatutnya, berlebihan berhibur, mengubah jantina dan sebagainya. Ia adalah perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai dengan fitrah manusia dan dimungkiri oleh akal serta jelas nampak pada pandangan zahir. Justeru itu juga, manusia itu disuruh untuk mencegah segala sesuatu yang mungkar kerana ia tanggungjawab setiap insan.
3. وَالْبَغْيِ (Melampaui Batas)
Imam Ibn A’syur mendefinisikan Al-Baghyi sebagai penindasan dalam melakukan muamalah sesama manusia
Imam Ar-Razi menafsirkan Al-Baghyi sebagai mengangkat diri dan inginkan bermegah serta berlaku zalim.
Imam ibn Kathir memberi erti Al-Baghyi bahawa ia adalah permusuhan terhadap sesama manusia.
Rumusan pengertiaan Al-Baghyi adalah segala sesuatu bentuk penindasan, kezaliman dan permusuhan terhadap manusia yang lain dengan mengangkat sifat bongkak, angkuh dalam bermuamalah sesama manusia.
Contoh Al-Baghyi adalah memakan hasil orang lain, atau mengambil lebih dari hak yang sebenarnya, menyombong diri, menindas orang yang lemah dan sebagainya.
Tiga Strategi Iman?
1. بِالْعَدْلِ
Imam Ibn ‘Asyur menafsirkan perkataan Al-‘Adl (adil) sebagai memberikan sesuatu yang haq kepada pemiliknya. Imam Ar-Razi menambah memberi dengan sempurna tanpa berlengah. Imam Ibn Kathir mendefiniskan sebagai sikap pertengahan dan seimbang. Beliau (ibn Kathir) juga memetik kata-kata Sufyan bin Uyainah iaitu sikap sama berat antara amalan yang nampak dan tersembunyi
Pengertian adil boleh diterjemahkan dengan sikap PERTENGAHAN dan SEIMBANG dalam memberikan sesuatu yang HAQ kepada pemiliknya dengan SEMPURNA tanpa LENGAH dan mempunyai KESIMBANGAN dalam amalan baik yang jelas atau tersembunyi. Jika tercicir salah satu daripada rukun adil ini maka sifat keadilan itu mungkin masih belum menepati kriteria maksud keadilan yang dikehendaki bagi sesama manusia.
2. وَالْإِحْسَانِ
Imam Ibn ‘Asyur memberi tafsiran kepada Al-Ihsan adalah segala bentuk perihal yang usul atau cabang yang baik dalam bermuamalah dengan merasai bahawa Allah memerhati setiap gerak geri. Imam Ar-Razi menambah Al-Ihsan juga membawa maksud membesarkan suruhan Allah dan mengasihani sesama makhluk. Imam Ibn Kathir mengertikan Al-Ihsan sebagai sesuatu yang melebih sifat adil dalam memberikan sesuatu atau melakukannya.
Definisi ihsan boleh dirumuskan bahawa segala perkara baik yang asal atau pecahan darinya dalam muamalah yang baik dengan memberikan atau melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik dalam rangka mengasihani makhluk dan membesarkan Allah dengan merasai bahawa Allah memerharikannya.
3. وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ (Mengukuhkan Ikatan Kerabat)
Imam Ibn ‘Asyur menyebutkan bahawa wasilah mengukuhkan jalinan kaum kerabat adalah dengan memberikan apa yang disukai oleh mereka atau oleh kebanyakan orang menyukainya dalam landasa syara’ supaya timbul rasa kasih dan sayang. Imam Ar-Razi menambah komentar bahawa memberi secara adil dan ihsan kepada kerabat seperti saranan sebelum ini. Manakala Imam Ibn Kathir menyatakan bahawa memberi kepada kerabat itu adalah menjalinkan silaturrahim.
Justeru, mengukuhkan ikatan kerabat itu adalah dengan menjalinkan silaturrahim dengan cara memberikan sesuatu yang disukai secara adil dan ihsan supaya tersimpul kasih sayang sesama ahli keluarga dengan berlandaskan syara’.
Antara bisikan iman dan hasutan syaitan
Melalui definisi bagi setiap suruhan dan larangan Allah ini, boleh dikaitkan antara satu sama yang lain. Allah s.w.t jika memerintahkan hamba-Nya melakukan sesuatu, sudah pasti Dia juga melarang sesuatu pula yang boleh merosakkan terlaksananya perintah tersebut. Sifat nafsu manusia juga memberi kesan pada binasanya perintah Allah. Justeru, Allah s.w.t berikan jalan keluar bagi setiap halangan yang disediakan.
Ini juga sebagaimana permintaan manusia, ketika manusia meminta untuk ditunjuki jalan yang lurus [1:6], Allah menjawab bahawa Al-Quran inilah yang memberi petunjuk kepada orang bertaqwa yang mana tiada keraguan padanya [2:2]. Begitu juga dengan kebanyakan larangan maka ada padanya suruhan pencegahan, atau pada setiap perintah ada perkara yang pertlu ditegah.
1. Melampaui Batas (x) Adil
Manusia mudah melampaui batas-batas dalam kehidupan. Tidak hanya dalam syara’ bahkan batas kemanusiaan itu sendiri dengan besikap zalim, menindas dan sombong sesama manusia. Lalu Allah menyuruh manusia untuk bersikap adil dalam setiap perbuatan dengan memberi hak pada yang sepatutnya pada waktu dan ketika yang sepatutnya.
Adil kerap kali digunakan pada pemimpin. Tidak kira pemimpin negara, persatuan, rumahtangga hatta diri sendiri maka keadilan akan tercatat sebagai salah satu kriterianya. Sikap melampaui batas yang merujuk kepada penindasan dan kezaliman pula biasa dilakukan oleh orang ternama, berpangkat dan yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat walaupun kedudukan itu mungkin dalam skop yang kecil seperti ketua keluarga.
Jadi bagi mengelakkan berlakunya perkara yang melampaui batas dalam urusan pentadbiran negara, persatuan atau rumahtangga ini, Allah mengajarkan manusia untuk bersikap adil dengan memberikan haq pada sesuatu mengikut nilaian syara’ pada waktu ia dituntut untuk ditunaikan.
Jika rakyat ditimpa musibah, maka kerajaan yang adil itu seharusnya memberi haq kepada rakyat berbentuk bantuan pada waktu ia diperlukan. Begitu juga jika isteri dan anak-anak memerlukan belanja, maka sepatutnya seorang suami atau ayah itu memberikan haq mereka ketika ia diperlukan. Maka tertegaklah nilai keadilan tersebut dalam skop peranan masing-masing. Jika ia tidak ditunaikan tanpa alas an munasabah maka di sini akan berlakunya kezaliman yang dilarang oleh Allah s.w.t
2. Mungkar (x) Ihsan
Mungkar seperti maksudnya secara ringkas adalah sesuatu kejahatan yang dianggap buruk oleh fitrah manusia lebih lagi jika bercanggah dengan kehendak agama yang dilakukan secara jelas. Justeru itu manusia disuruh untuk mencegah kemungkaran kerana ia nampak secara zahirnya bertentangan dengan fitrah insani dan syariat Ilahi.
Adapun dalam mencegah kemungkaran itu pula perlu dinilai aspek ihsan dalam usaha berdakwah. Imam Ar-Razi menyebutkan bahawa antara nilai lain ihsan itu adalah mencintai manusia sepertimana kamu mencintai diri kamu sendiri. Jika orang lain beriman, maka peranan kita sama-sama tingkatkan keimanan, jika orang lain maksiat, maka peranan kita untuk meminta mereka bertaubat. Maka di manakah islam mengajar kita supaya perbuatan buruk itu dibalas dengan sesuatu yang buruk baik melalui kata nista atau perbuatan hina?
Tambahan lagi, dalam aspek mencegah mungkar ini juga, Allah s.w.t mengajarkan kepada kita untuk adil dalam menilai keburukan. Sebab itu Imam Ibn ‘Asyur berkata bahawa adil dan ihsan ini adalah sifat yang berkaitan dan sering dilupakan oleh manusia. Jika pencegahan kepada maksiat itu berlaku pada orang bawahan maka orang atasan juga sepatutnya dicegah juga kerana larangan berbuat dosa bukan mengira pangkat siapa kita dihadapan manusia tetapi siapa kita dihadapan Allah?
3. Mengukuh Ikatan Kerabat (x) Kekejian
Sifat-sifat keji adalah perkara yang mungkin wujud dalam dada rata-rata kita. Mungkin saja berbeza dari sudut tingkatannya. Tidak dapat dinafikan nafsu kita sering mengajak kita kepada kemalasan, kebinasaan dan kehancuran. Maka itu lah sifat kekejian. Mungkin kekejian yang lebih besar adalah yang melibatkan pihak yang lain.
Definisi sifat keji ini adalah perkara yang tidak begitu memberi pengaruh besar kepada persekitaran ataupun yang hanya melibatkan individu tertentu. Nah, maka di sini Allah s.w.t memberi pelajaran kepada manusia untuk sentiasa mengukuhkan ikatan kerabat tidak semestinya pada saudara terdekat. Boleh jadi sahabat handai, atau mungkin rakan sepejabat. Kerana yang penting dalam nilai jalinan silaturrahim ini adalah nasihat daripada orang yang terdekat atas perbuatan-perbuatan kita yang melampaui batas syariat.
Maka sebab itu ikatan silaturrahim ini perlu hanya diikat kerana Allah supaya ia terjalin juga pada landasan kehendak Allah s.w.t. Jauh dari kehendak dunia dan dan nafsu yang sering membuatkan manusia terleka.
Kesimpulan: Al-Quran Mukjizat yang tiada tandingan
Justeru, kita lihat pada setiap ayat al-quran itu mengandungi hikmah, telunjuk serta pengajaran bagi setiap manusia. Tidak cukup sekadar itu susunan ayat- ayat Al-Quran juga mempunyai mukjizat yang tersendiri seperti yang diperakui oleh ulama’-ulama’ besar terkemudianpun dalam bahasa dan mukjizat al-Quran seperti Al-Marhum Dr Fadhl Hassan Abbas, Dr Fadhil As-Samirai.
Dalam ayat ini kelihatan seperti susunan bagi perkara yang diperintahkan dan dilarang itu tersusun bersilangan. Kemungkinan yang wujud pada penyusunan ini adalah Allah s.w.t mahu mengajarkan kepada manusia dalam perkara-perkara yang disuruh itu maka Dia akan memerintahkan untuk melakukan dari sebesar-besar perkara hingga perkara yang kecil tanpa ditinggalkan satupun.
Sebagai contoh dalam Al-Quran kebanyakan perkara yang disuruh oleh Allah itu bernilai besar seperti solat, puasa zakat dan lain-lain. Demikian terdapat juga suruhan Allah melalui lisan nabi s.a.w untuk kita membuang halangan di jalan. Maka tiada satu pun kebaikan yang tercicir dalam islam kecuali umatnya sendiri yang meninggalkannya.
Manakala bagi perkara larangan pula disusun dari sekecil-kecil perkara yang tidak nampak pada pandangan manusia kepada sebesar perkara melibatkan orang lain atau penindasan sesama makhluk kerana Allah ingin mengajar manusia supaya setiap perkara maksiat dan dosa itu ditinggalkan biarpun ia nampak kecil.
Sebagai contoh dalam bab pengharaman zina Allah s.w.t menegah perbuatan yang menjurus kepada zina yang mungkin terdiri daripada perkara-perkara yang nampak kecil seperti berdua-duaan, berchatting dan sebagainya. Maka larangan Allah tertakluk pada sekecil perkara yang dilarang supaya maksiat dan dosa itu ditinggalkan secara total.
Maka sungguh pada setiap ayat al-Quran itu ada nilaian keimanan dan maksud yang tersimpan bagi mereka yang cuba berfikir dan tadabbur. Justeru itu, bagi memupuk nilai taqwa untuk menyelamatkan diri kita dari terjebak kepada kehinaan maka sewajibnya kita sebagai hamba melaksanakan segala yang diperintahkan oleh-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana Dia menciptakan kita, sudah tentu Dia lebih tahu baik buruk pada diri manusia.
[i] Ibn ‘Asyur, Tahrir wa Tanwir 14/257-262.
[ii] Ar-Razi, Mafatih Al-Ghaib 20/259-263
[iii] Ibn Kathir, Tafsir Al-Qurani Al-Azhim, 4/511
Jom sertai YOUTHACE 2015 yang semestisnya menjanjikan pengisian yang lebih menarik. SIla Berdaftar di sini:
http://youthace.langitilahi.com/
The post 3 Strategi Iman Menghadapi 3 Serangan Musuh appeared first on Langit Ilahi.
Umum: Defending Malaysia – Game sulung Langit Ilahi Edutainment
InsyaAllah, sekiranya Allah SWT mempermudahkan dan memberikan pertolongan, game sulung Langit Ilahi Edutainment – Defending Malaysia akan boleh didapati di Play Store pada 16hb Januari 2015.
Langit Ilahi Edutainment ialah sebuah cabang dakwah dan perusahaan baru di Langit Ilahi, yang akan memberikan fokus kepada penghasilan game yang bermanfaat dan patuh syariah. Untuk tahun-tahun awal ini, kami akan fokus kepada menghasilkan game untuk handphone & tablet. Jangka panjang, kami berharap dapat berkembang dan membina game untuk PC, Playstation dan XBox.
Ini juga merupakan satu usaha kami untuk mengumpul pendapatan, agar dapat memberikan dana kepada pergerakan Langit Ilahi itu sendiri, yang kini semakin berkembang.
Defending Malaysia ialah sebuah game interaktif, yang berlatarkan Malaysia diserang oleh roket yang ingin memusnahkannya. Roket-roket tersebut dilengkapi dengan formula matematik, dan kita perlu menyelesaikan formula-formula tersebut untuk menyelamatkan negara kita.
Bila sudah ada di Play Store nanti, sila muat turun dan cuba. Ianya percuma sahaja. Promosikan kepada rakan-rakan, sanak saudara, kaum kerabat dan kenalan.
Sasaran kami, game ini mampu mencapai sekurang-kurangnya 100,000 orang pemain.
Saya dengan rendah diri mewakili Tim Langit Ilahi seluruhnya, mengharapkan doa dan sokongan penuh daripada rakan-rakan, agar kami diizinkan Allah SWT untuk terus berkembang dengan baik dan berjaya. Besar harapan saya agar Langit Ilahi dapat terus berkembang menjadi pelantar yang sangat meraikan generasi belia, dan mampu membawa belia ke arah yang lebih bermanfaat serta diredhai Allah SWT, insyaAllah.
Terima kasih saya dahulukan.
Mari Menjadi Hamba!
~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
Pengasas Langit Ilahi
CEO Lantera Iman Resources
The post Umum: Defending Malaysia – Game sulung Langit Ilahi Edutainment appeared first on Langit Ilahi.
January 14, 2015
Umum: Bertudung Baik, Tak Bertudung Jahat?
Saya ditag dengan sebuah gambar, yang menunjukkan seorang perempuan marah kepada orang-orang bertudung – sedang dia tidak bertudung. Katanya, orang pakai tudung ini semua berlagak baik, nak tunjuk-tunjuk depan orang. Sedang diri pun kotor, banyak buat jahat juga.
‘Tudung’ jadi popular baru-baru ini apabila isu gadis bertudung dipeluk penyanyi Korea. Ya, bertudung pun, bersentuh dengan bukan mahram, berpeluk cium lagi.
Kita perhatikan pun, tak sedikit sebenarnya orang yang bertudung, namun masih buat perkara yang terlarang di sisi agama. Tudung yang sepatutnya menjadi lambang kepada penjagaan peribadi, kini sekadar menjadi fesyen aja.
Yang pakai tudung kemudian baju ketat, lengan sekerat, seluar sendat, pun tak terbilang ramainya.
Apakah yang memakai tudung ini baik, dan yang tidak bertudung itu jahat?
———————
Asal Baik & Jahat Itu
———————
Sepanjang saya belajar agama, saya bertemu dengan satu kaedah untuk menentukan apa yang baik, dan apa yang buruk. Kaedah itu saya pegang hingga ke hari ini.
“Baik itu ialah apa yang dikatakan baik oleh syara’, buruk itu apa yang dikatakan buruk oleh syara’.”
Baik dan buruk bukan ditentukan oleh pandangan manusia. Ianya ditentukan oleh nilaian syara’.
Membantu kawan meniru dalam periksa mungkin kelihatan ‘baik’ buat kita. Tetapi ianya dianggap buruk di sisi syara’.
Nak kayakan orang melayu cepat dengan skim emas yang haram, nampak baik – nak kayakan orang. Tapi skim emas yang haram, menjadikan ianya buruk di sisi syara’.
Nak halau nyamuk dengan hisap rokok, nampak baik niat itu. Tetapi merokok melontarkan diri kita kepada kemudaratan, dan Islam melarang melontarkan diri ke dalam kemudaratan, maka ianya buruk di sisi Islam.
Begitulah neraca yang saya pegang.
————————
Bertudung & Menutup Aurat, kaitannya dengan kebaikan
————————
Bertudung, menutup aurat, adalah baik di sisi syara’. Ianya sebahagian dari tuntutan yang dinyatakan Allah dalam surah An-Nur ayat 31:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
Namun apa yang dituntut lebih dari sekadar tutup rambut dengan sehelai kain.
Di dalam Al-Quran, terdapat banyak lagi perintah dan larangan Allah SWT, yang perlu dipenuhi selain menutup aurat. Antaranya termasuklah berakhlak soleh, tidak mendekati(apatah lagi melakukan) zina, tidak melakukan perkara yang memudaratkan diri, dilarang berhias untuk menarik perhatian orang dan pelbagai lagi.
Orang yang menutup aurat, telah memenuhi satu kebaikan. Tetapi boleh jadi dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Maka penutupan auratnya tadi seakan menjadi tidak bermakna.
Maka bukanlah orang yang menutup aurat itu semestinya dia seorang yang baik. Dia hanyalah orang yang baru memenuhi satu, dari pelbagai arahan Allah SWT yang lain.
Begitu juga dengan orang yang memilih untuk tidak menutup aurat. Ya, dia telah menderhakai satu arahan Allah SWT. Tetapi sekiranya dia seorang yang berakhlak baik, suka melakukan kebaikan, tidak mendekati zina dan sebagainya, nyata dia seorang hamba Allah SWT yang baik, cuma belum lengkap kebaikannya – kerana dia tahu menutup aurat itu wajib, tetapi tidak memenuhinya.
————————–
“Macam itu, lebih baik tidak bertudung!”
————————–
Salah faham paling besar yang sering berputar di dalam masyarakat ialah, apabila ada satu tindakan buruk itu dilakukan oleh seseorang yang kelihatan baik – atau suka melakukan sesuatu yang baik – maka terus disebarkan konklusi seperti: “Ah, camtu baik tak payah jadi budak baik.”
Ini satu salah faham yang sangat bahaya, dan boleh merosakkan rasa ingin menjadi baik di dalam diri kita.
Di dalam hidup saya, saya telah beberapa kali bertemu dengan kes di mana perempuan bertudung berzina. Bahkan ada yang pernah mengadu di inbox saya, menyatakan dia budak ikut usrah dan telah berzina.
Saya pernah banyak kali juga bertemu dengan penghafal Al-Quran 30 juzu’, tapi solat tak jaga, mulut asyik dengan rokok.
Saya sendiri pernah dikhianati oleh orang yang ikut usrah dan menggerakkan dakwah.
Apakah saya memilih untuk berkata kepada isteri saya: “Ah, awak lebih baik tak payah pakai tudung, tak payah tutup aurat. Ini semua propa aja!” ?
Apakah saya memilih untuk berhenti ikut usrah dan menggerakkan dakwah?
Apakah saya merancang untuk menjauhi Al-Quran dan tidak bercita-cita menjadikan diri saya juga anak-anak saya seorang penghafal Al-Quran?
Tidak dan tidak.
Kita sepatutnya menjawab kesalahan dengan menambah kebaikan, bukannya menjawab kesalahan dengan menambah lagi kesalahan. Kebodohan tidak akan selesai jika ditambah dengan kebodohan.
Okay, perempuan bertudung kita tahu ada yang berzina. Yang salahnya adalah zina yang dilakukan. Bukannya pakai tudung dan tutup aurat. Dia perlu bertaubat dari zinanya, dan terus menutup aurat. Bukannya kata pada dia – “Baik tak payah pakai tudung.” Sudahlah berzina, disuruh tak tutup aurat pula. Sangat tidak kena.
———————–
Kita BerTuhankan Allah, Bukan Orang Lain
———————–
Justeru, kita perlu sedar dan meletakkan prinsip dasar dalam hidup kita agar kita tidak mudah terpesong dan tidak rasional dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Saya belajar di negara arab yang kotor, sedang di sana ramainya ulama’. Saya boleh aja kata – “Hish, buat apa ngaji agama, negara arab pun kotor.” Sama seperti Malaysia, isteri pemimpin negara Islam tidak menutup aurat. Saya boleh aja kata – “Buat apa isteri aku kena pakai tudung, isteri pemimpin negara Islam pun tak tutup aurat.” Namun saya tidak berTuhankan mereka.
Tuhan saya bukan negara arab dan Tuhan saya bukan permimpin negara. Tuhan saya ialah Allah SWT. Mereka telah memilih untuk kotor dan mereka telah memilih untuk tidak menutup aurat. Saya memilih untuk hidup mentaati Allah SWT.
Dan bukan sahaja saya pilih untuk mentaati Allah SWT sendiri-sendiri, tetapi saya pilih pula untuk mengajak orang lain mendapat pencerahan, bergerak untuk hidup dengan ketaatan kepada Allah SWT. Salah satu sebab mengapa saya mengarang artikel ini, dan menganjurkan program-program seprti YouthACE – rujuk: http://youthace.langitilahi.com
Bahkan saya sendiri orang yang ada kelemahan. Ada masa saya terjatuh juga dalam ketaatan saya kepada Allah SWT. Apakah saya pilih untuk berkata: “Ah sudahlah, buat apa usaha jadi baik, nanti jatuh juga.” ? Pastinya tidak.
Saya pilih untuk terus berusaha, berusaha dan berusaha. Biar mati dalam berusaha ke arah kebaikan, dari mati tidak mencuba apa-apa.
Saya taat kepada Allah bukan kerana orang lain taat kepada Allah SWT. Saya taat kepada Allah kerana saya perlu taat kepada Allah. Jadi sudah semestinya saya tidak pilih untuk menderhakai Allah SWT hanya kerana ada orang menderhakai Allah SWT.
—————————-
Mengislah diri, Mengislah masyarakat
—————————-
Marilah sama-sama kita kembali kepada Islam yang sebenar. Islam yang sepenuhnya. Bukan Islam yang separuh-separuh.
Hari ini kita diberikan Islam yang pelbagai warna. Islam yang bercampur aduk antara perkara haq dan batil. Islam sedemikian mendapat tempat di kaca televisyen kita, pada drama-drama dan filem di negara kita. Muslim-muslimah selebriti pun tidak menutup aurat, berpeluk sentuh sini dan sana, berserta kepimpinan negara pun 2×5 juga. Sana sini marhaen menoleh dan keliru. Di sekolah agama ajar lain, dalam realiti orang yang patut menunjukkan contoh tunjuk lain. Belum kita kira keruntuhan institusi keluarga, institusi pendidikan dan sebagainya yang menambah parah keadaan masa kini.
Namun kita tidak patut membiarkan itu semua menghalang diri kita dari menjadi muslim yang baik. Kita semua boleh mengusahakan sesuatu. Bermula dengan memperbaiki diri, sambil mengislah masyarakat.
Jangan sesekali kita putus asa dengan kebaikan. Jangan sesekali kita biarkan kebatilan itu menang dengan tindakan kita.
Maka bila kita nampak orang pakai tudung buat salah, tok imam buat salah, ustaz ustazah buat salah, itu bukan alasan untuk kita turut berbuat salah.
Kembalilah kepada usul ketaatan.
Taat kita kepada Allah dan hanya kerana Allah.
Islah diri, sambil islah orang lain,
insyaAllah.
The post Umum: Bertudung Baik, Tak Bertudung Jahat? appeared first on Langit Ilahi.
January 13, 2015
Of Hugs and Hijabs
This is more worrying than the Chalie Hebdo incident
Picture taken from Nasri Ali’s Facebook
I am rained with mixed emotions upon witnessing the shocking footage of decently dressed hijabi girls desirably hugging and be hugged by fair skinned skinny men who knows only to sing and dance.
I don’t know what kind of feeling should I feel?
Should I be happy of the moment? Singers meeting their fans. Star-struck fans are enjoying their ‘special’ meeting. Something normal.
Should I be sorry? Maybe this is somewhat of a mistake done by confused little girls caught in the moment? They didn’t expect things to be so far.
Should I worry? The young generation is in the dark of who they aspire to be. Well they are not entirely at fault, as we fail to offer something better than gross hedonism.
Should I be cautious of any religious conspiracy here? I leave that to the religious authorities.
I think I’ll go for the second and third interpretation.
They made a ‘mistake’
I want to believe that, the girls, they made a mistake. Yes, they made a mistake. A deadly mistake.
I am sure we all are star-struck by any singer, any boy-band, any actor, any poet regardless of race or religion. I love songs by Coldplay, Eminem, Lowkey, Immortal Technique, Akala, Linkin Park and the list goes on.
And if we were to have any moment to be with them, we might fail to suppress our hype. I’m don’t know, I’m trying to understand why the girls did what they did.
They were carried away too much they forgot what they were doing. They didn’t saw what was coming, the inevitable impending bad news. They didn’t know such mobile recording would be spread when it was an ‘up-close and personal’ mini-concert.
Some clerics said it was broadcasted live on TV, no it wasn’t. Please set your facts straight, O Ustaz.
I have seen with my own two eyes from the audience, niqabist roaring and jumping as they see Maher Zain, an ‘Islamic’ singer enters. I cannot imagine how the niqabist would react if they were to be on stage with Maher Zain.
I don’t believe that criticizing, lambasting the girls for their mistake can bring better days. I see them as teenage girls tripping over a rock and fell down. They have a bright future to compensate their mistakes. They have lots of time to be better women in the future.
What if one out of the 3 girls in the recording wins a Nobel Prize? What if they become a national pride in let’s say activism one day?
They did something wrong, why do you have to prolong the case? Why do you have to post, share, tweet, retweet? Why do you have to judge them, like you are saints free from mistakes?
We all have done something dark, something too much for the world to handle. But the difference between us and the girls are that, no one recorded us when we were ‘performing’ that dark deed.
Our dark secret is kept safe from the people.
Who is to blame?
Teenagers are often confused of who they should be? Who should they follow? What kind of dressing should they wear? What kind of future should they plan?
My mom, always reminds me “The adolescent stage is a stage of identity searching.”
We all went through or going through or will go through this phase. We have stumbled, made mistakes along the road and with those mistakes we learn more about the meaning of life. What makes us a person. Makes us a unit in society and all of us have to play our role.
And I believe in this quote by Professor X in X-Men Days of Future Past “Just because someone stumbles and loses their way, it doesn’t mean they’re lost forever.”
A quote that makes us see teenagers with love and they need help, they need guidance not blasphemous remarks, not public shaming.
They have stumbled, they have wronged, but they will prosper.
Because what they have done wrong is not entirely their fault. They can’t be blamed for what they have done. We have to blame what we offer to them?
What are the movies we produce?
Movies depicting gangsters, ‘Islamic’ witty love, cheap comedy.
What kind of homegrown movie series we feature every week?
Domestic violence, problematic marriage, polygamy, husband-wife affairs.
What kind of homegrown reality shows appealing now?
Cheap stand up comedies, singing.
What kind of books offered in bookstores?
Refer to the picture above.
What are the most sold out newspapers?
Newspapers with gossip.
And now we blame the girls like we have done nothing wrong?
I smell escapism.
————-
Register for YouthACE 2015 (Youth Awards, Exhibition & Convention)
Register at http://youthace.langitilahi.com/daftar
[YouthACE 2015]
YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2015, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.
Tema tahun ini: Belia & Masa Depan.
Sasaran kami tahun ini ialah seramai 3000 orang peserta.
Tempat: Akan dimaklumkan selewat-lewatnya akhir Januari ini.
Masa: 08.00AM – 11.00PM
Tarikh: 25hb April 2015
Yuran asal: RM120
Yuran Promosi(Valid hingga 28hb Februari 2015):
Daftar 1-2 orang: RM80(seorang)
Daftar 3 orang ke atas: RM70(seorang)
Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang) – mohon hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) terlebih dahulu sebelum melakukan pendaftaran minimum 30 orang ini.
Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com/
Detail Program:
YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).
Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2015
==========
Convention:
==========
MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan
08.00AM – Pendaftaran
09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan
09.30AM – Rehat
10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir
11.00AM – Slot 3: Pentas Belia – dirahsiakan penyampainya.
12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi
01.15PM – Rehat
02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan
Moderator: Hafizul Faiz
Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid
Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah
Panel 3: Saudari Amnani Akhili
Panel 4: Saudari Azila Aziz
04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015
04.30PM – Rehat
05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
06.00PM – Persembahan Petang
*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)
*Persembahan Ameen Misran
*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School
07.00PM – Rehat
8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -
*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)
*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)
8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara
Moderator: Saudara Jufitri Joha
Panel 1 – Wan Ahmad Faysal
Panel 2 – Dr Maszlee Malik
Panel 3 – Ummi Rose
Panel 4 – Saudari Amani Salim
10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana
11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai
============
Awards yang dipertandingkan:
============
- InstaVlog – Hadiah: RM350 + Piala
- Penasyid Terbaik – Hadiah: RM1000 + Piala
- Short Filem Terbaik – Hadiah: RM1500 + Piala
- Penulisan Artikel Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Penulisan Cerpen Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Rekaan Poster Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Fotografer Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Komik Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- The Best Essay – Hadiah: RM700 + Piala
- The Best Poetry – Hadiah: RM1000 + Piala
Ada juga pertandingan peserta teramai.
Rujuk:
*Peserta YouthACE 2015 tidak wajib menyertai pertandingan-pertandingan ini, namun peserta pertandingan-pertandingan ini wajib menjadi peserta YouthACE 2015.
*pertandingan-pertandingan ini akan bermula semenjak peserta mula mendaftar. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk di bahagian ‘pertandingan’ pada link http://youthace.langitilahi.com/awards/
==============
Exhibition:
==============
Akan dipenuhi dengan pameran daripada NGO-NGO Kebajikan dan badan dakwah, yang bakal mempamerkan aktiviti mereka, serta membuka peluang untuk belia berkenal-kenal dan mencari peluang beraktiviti bersama mereka.
———————–
Jika berminat, daftarlah segera.
Sebar-sebarkan juga kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik!
Kami harapkan sokongan padu anda.
Kami menganjurkan YouthACE ini dengan niat agar ianya berjaya menjadi alternatif kepada perkumpulan-perkumpulan belia yang ada di negara kita.
Kami berhajat menjadikan perkumpulan ini perkumpulan yang bermanfaat buat belia di negara kita, sekaligus menginspirasikan generasi muda kita untuk hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada semua, menggendong mesej Islam – Rahmatan Lil ‘Alamin.
Komen peserta YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y
Suasana YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4
Mari sertai kami. Jadikan ini sebuah realiti!
Belia & Masa Depan,
Mari Menjadi Hamba!
The post Of Hugs and Hijabs appeared first on Langit Ilahi.
Percakapan cermin Keperibadian
Kalau tak boleh berdakwah dengan lisan, paling kurang dengan akhlak.
The post Percakapan cermin Keperibadian appeared first on Langit Ilahi.