Hilal Asyraf's Blog, page 48

December 10, 2014

Komik: Seringkali kita..

Seringkali


“..Mereka tidak mengingat Allah, kecuali sedikit sekali.”

[An Nisa': 142]

The post Komik: Seringkali kita.. appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2014 10:16

Ingat

image


 


Jika kita betul-betul jaga solat kita, Allah juga akan bantu kita.


Jika kita jaga solat kita. Kita akan rasa tak sedap hati apabila belum solat.


The post Ingat appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2014 02:09

December 8, 2014

Takdir 3: JanjiNya Yang Tidak Termungkir – Cheritera 2

 


warrior-17925-18668-hd-wallpapers


 


Sampai kita ke Cheritera 2.


Apa macam setakat ini?


Mohon komen dan pandangan.


Mohon doa dan sokongan.


:)



Cheritera 2


 


Midori. Atau semenjak 6 bulan yang lepas lebih dikenali sebagai Neo-Chinmayi. Sebuah wilayah yang sangat hijau lagi indah. Walaupun tidak seratus peratus seperti Chinmayi yang lama, ianya mirip. Chinmayi yang lama, para penduduknya tinggal di rumah pokok, namun di Midori rakyatnya hidup di rumah tanah seperti di wilayah-wilayah lain. Tinggalnya, Midori sangat hijau, rumput menghampari setiap inci wilayah ini, disertai tasik-tasik yang menyejukkan pandangan, dan pokok-pokok hampir sahaja menutup seluruh pandangan ke langit.


Midori boleh dikatakan agak sederhana. Tidak semaju Duarte di bawah pimpinan End Less, namun tidak pula mundur seperti Ethan yang dahulunya dijaga oleh O Zero.


Kini, Midori telah bertukar nama menjadi Neo-Chinmayi, dan diperintah oleh Raja Ali, pemerintah Chinmayi, dengan para penduduk Chinmayi kini hidup bersama dengan penduduk asal di sini. Sebahagian penduduk berpindah ke Amara kerana mereka masih setia kepada Rafael dan Kerajaan Utopia, tetapi majoriti penduduk tetap tinggal di sini dan mengalu-alukan rakyat Chinmayi serta pemerintahan baru. Nampaknya pemerintahan zalim Rafael dan Kerajaan Utopia bukan diminati oleh semua.


Di salah satu kawasan lapang yang dikelilingi pokok-pokok yang besar dan punya tasik yang indah, kelihatan dua orang pemuda sedang bertempur sesama sendiri hingga menyebabkan mergastua yang tinggal di sekitarnya lari meninggalkan rumah masing-masing.


Panah-panah meluncur laju tidak berhenti. Namun semuanya tidak dapat mencederakan sasaran, bahkan dikesampingkan dan terpacak pada pokok-pokok, permukaann tanah serta ada juga yang tenggelam ke dasar tasik.


Serangan panah tadi terhenti seketika, dan pemuda yang menjadi sasaran panah tadi siap siaga dengan tombaknya. Dia tidak melepaskan kekudanya, dan tangan kiri sedang mengalunkan bunga tari persilatannya.


Bunyi berdesup membuatkan dirinya bereaksi. Beberapa anak panah datang ke arahnya dalam keadaan melencong. Dia tidak sempat memanipulasikan tombaknya, lantas di saat akhir dia melentukkan badannya ke belakang, dan melakukan lompatan balik kuang.  Hampir sahaja panah-panah itu menjamah dagunya, namun dia dan panah-panah itu dipisahkan jarak lebih kurang seinci, lantas terselamat dia dari mata panah nan runcing itu.


Sebaik sahaja kedua tapak kakinya menyentuh bumi, dia tidak menanti lama, terus dia melompat dan melibas tombaknya sekuat hati ke tanah. Gegaran yang amat kuat berlaku, tanah terbelah dan batu-batannya terangkat lurus ke satu arah. Sebuah pokok gergasi menjadi mangsa serangan tersebut, hampir sahaja ianya tumbang.


Ketika ini pemuda yang sedang memegang kemas busur kelihatan keluar dari persembunyiannya di pokok gergasi itu. “Menakutkan! Haha.”


“Ashok, kau jangan ingat akan selamat hanya dengan bermain jarak jauh!” Pemuda bertombak melaung kepada Ashoka, pemanah genius Chinmayi, dan merupakan salah seorang panglimanya.


Ashoka kembali menjejak tanah. “Panah-panahku telah mengalami peningkatan dalam 6 bulan ini. Jangan terlalu selesa!” Dia berguling mengelak ‘bilah angin’ yang dilancarkan oleh pemuda bertombak dari jauh. Sambil Ashoka berguling, dia mengambil sebatang panah dan kemudian bilah panah itu dipadankan dengan satu bahan yang diambil dari kantung pada pinggangnya. Bila Ashoka bangkit dari gulingannya, dia tidak membazir walau sesaat masa, dan melepaskan panahannya.


Pemuda bertombak mengelak, sekali lagi di saat akhir dek kepantasan serangan yang diluncurkan oleh Ashoka.


“Ashok Si Pemanah Genius Chinmayi tidak mengenai sasaran? Pelik ni.” Pemuda Bertombak menyakat.


“Aku tidak pernah terlepas dari sasaranku wahai Arnav!” Ashoka menjerit.


Mata Arnav terbeliak. Tanpa melihat ke belakang, dia terus berguling ke hadapan, dan sebuah letupan sederhana besar berlaku, menyebabkan gulingannya terganggu dek gelombang letupan tersebut. Rupa-rupanya Ashoka telah menyambung alat peletup pada anak panahnya. Tetapi dia tidak cepat panik, Arnav membiarkan tubuhnya dibawa gelombang letupan, dan dengan daya yang terhasil dari gelombang tersebut, dia menampar tanah dan kini berada di atas Ashoka.


“Jaga-jaga Ashok!” Seluruh auranya dipusatkan pada mata tombak, dan Arnav sudah bersedia untuk melancarkan serangan terhebatnya.


“Kau yang patut berjaga-jaga sahabatku!” Ashoka tidak berganjak, tetapi mempersiapkan tiga anak panah dan menghalakannya ke udara, tepat ke arah Arnav.


Mereka semakin hampir untuk bertembung. Namun di saat akhir, Ashoka menurunkan busurnya, manakala aura milik Arnav susut dengan sendirinya, dan Arnav mendarat di sisi Ashoka, melutut. Terus tombaknya dipacakkan ke tanah. Arnav mendongak dan melihat Ashoka menghulurkan tangan. Tangan sahabatnya itu dicapai, dan Ashoka membantu Arnav untuk bangun.


Sebentar mereka bertentang mata, dan bunyi mergastua di sekeliling mereka mengisi suasana.


Kemudian mereka berdua tertawa kuat bersama.


“Banyak peningkatan ya!” Arnav menepuk bahu Ashoka. “Panah yang boleh meletup, siapa sangka?”


Ashoka menggeleng. “Kau pun apa kurangnya. Sejak bila seni tombak dan persilatan kau jadi begitu dasyat sekali?” Dada Arnav ditumbuk lembut oleh Ashoka.


“Raja Ali melatihku dengan sangat ketat dan dasyat 6 bulan ini. Katanya dia sudah semakin tua dan dia mahu memperturunkan segala seni tombak ini kepadaku. Ah, kau apa kurangnya, pasti Pertapa Arjuna melatihmu dengan latihan yang berat juga bukan?”


Ashoka tersenyum. “Pertapa Arjuna, nampak sahaja santai. Guruku itu bila melatihku, tidak pernah memberikan yang ringan-ringan.”


“Aku paling tidak sangka panah engkau boleh meletup sekarang.”


“Kau belum tengok yang lain-lain lagi. Kalau diteruskan pertarungan tadi, engkau pasti tewas Arnav.”


“Ah, jangan berlagak.”


“Aku hanya bercakap yang benar.”


Mereka berdua tertawa lagi. Mereka sahabat yang sangat akrab. Kedua-duanya panglima Chinmayi, dan kedua-duanya telah mengharungi pelbagai dugaan serta cabaran bersama-sama. Paling tidak dilupakan, adalah apabila seluruh tentera Chinmayi yang menyerang Ethan ditumbangkan oleh Sang Asura seorang diri. Mujur muncul Kiai Sunyi menyelamatkan mereka berdua, dengan izin Allah SWT. Dari sana, sekali lagi mereka berdua berkongsi pengalaman hidup yang amat menakjubkan.


6 bulan ini mereka telah dilatih oleh guru masing-masing, dan mereka belum pernah lagi bertarung sesama sendiri untuk memerhatikan kekuatan masing-masing dalam jangka masa itu. Jika bertemu pun, untuk urusan kerja. Kerja mereka telah bertambah memandangkan mereka berdua adalah panglima yang tinggal selepas yang lain-lainnya terkorban pada peperangan yang lepas.


“Sedang berlatih, atau sedang bermain-main?” Satu suara menyapa, membuatkan tawa mereka berdua terhenti. Arnav dan Ashoka sama-sama memandang ke satu arah. Arah suara itu tiba.


Kelihatan Pertapa Arjuna sedang bersandar pada sebatang pokok tidak jauh daripada tempat mereka berlatih. Sepertinya dia telah lama berada di situ memerhatikan mereka berdua semenjak tadi.


“Ah, Guru.” Ashoka berlari anak mahu mendapatkan Pertapa Arjuna. Tetapi Kiai Hutan itu mengangkat tangan, isyarat agar anak muridnya tidak bersusah payah mendapatkannya. Pertapa Arjuna sendiri bergerak ke arah mereka berdua.


“Ashoka, aku berpendapat latihan kita telah berakhir. Segalanya telah aku perturunkan, dan aku lihat engkau telah berjaya menyantuninya dengan baik sebentar tadi.” Ujar Pertapa Arjuna sebaik sahaja dia berdiri betul-betul di hadapan Ashoka dan Arnav.


“Arnav, ilmu tombak dan persilatan kau yang terkini sangat dasyat nampaknya. Raja Ali telah melatih kau dengan baik. Bagus.” Bahu Arnav ditepuk-tepuk.


“Agama ini memerlukan kekuatan kamu berdua, kita semua. Chinmayi ini memerlukan kita semua.” Pertapa Arjuna mengingatkan. Arnav dan Ashoka mengangguk.


Mereka bertiga kemudiannya perlahan-lahan bergerak meninggalkan tapak latihan. Ashoka mencadangkan agar mereka merehatkan diri dengan minum-minum sambil bersembang di sebuah kedai yang tidak terlalu jauh dari tempat mereka berlatih. Cadangan itu disambut baik oleh Arnav dan Pertapa Arjuna.


“Sekarang kita bukan lagi hanya sepasukan manusia eh?” Arnav membuka bicara, memecah bunyi mergastua yang menemani perjalanan mereka.


“Sekarang penganut agama langit ini bukan lagi manusia semata-mata. Kaum gergasi dan makhluk genetik juga telah bersama kita sekarang. Meriah sungguh.” Ashoka tertawa sendiri.


“Dahulu, manusia bertelagah atas perbezaan sesama mereka. Kulit cerah, kulit hitam, berlainan bangsa dan negara, berlainan pegangan mazhab dan agama. Masing-masing mahu merasakan diri mereka lebih dari yang lain. Banyak sengketa yang sia-sia terbit hanya kerana tidak reti menghormati perbezaan.” Pertapa Arjuna bersuara.


“Di dalam Agama ini, Allah SWT telah menegaskan bahawa semua manusia itu tiada yang lebih mulia satu sama lain, melainkan yang lebih bertaqwa. Dan taqwa itu pula bukan untuk kita mengukurnya, ianya hanya milik Allah SWT untuk dinilai. Justeru apa yang sepatutnya kita sebagai manusia usahakan ialah saling memperdalamkan kenal dan bantu membantu sesama kita ke arah kebaikan.” Kiai Hutan itu menambah.


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Surah Al-Hujurat ayat 13.


“Dan aku masih ingat dengan kemas akan sabda Utusan Langit Terakhir: Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan. Kalam ini diriwayatkan Ahmad.” Tambah Pertapa Arjuna lagi.


Arnav dan Ashoka mendengar dengan khusyuk. Indahnya Islam yang meraikan perbezaan, dan memberikan fokus yang lebih besar dari kelebihan zahir. Agama yang benar-benar kena dengan fitrah manusia yang mahukan hidup nan aman dan harmoni sesama mereka. Agama yang memberikan semua pelantar yang serupa untuk sama-sama berdiri, walaupun punya pelbagai perbezaan.


“Bahkan, Agama Langit ini juga mendidik kita untuk menghormati agama lain. Sebab itu kita tidak sewenang-wenangnya membunuh orang-orang yang berbeza agama dengan kita. Melainkan mereka melancarkan perang terhadap kita. Tetapi jika mereka sudi duduk bekerjasama dengan kita, hidup harmoni bersama kita, kita tidak sesekali berhak menganggu mereka. Bahkan ketika perang, Agama Langit melarang penganutnya menganggu rumah-rumah ibadat agama lain.”


“Wah wah Guru, kalau disuruh mengaku Kiai, tak mahu.” Ashoka bercanda. Tidak hilang langsung sikap suka berguraunya.


Pertapa Arjuna tersengih. “Kami sebagai Kiai, hanya manusia biasa sahaja Ashoka. Tiada apa yang istimewa. Generasi ini melihat para kiai adalah kami bersembilan, Kiai Songo, dan kelihatan gelaran itu seperti istimewa untuk kami. Bahkan ada yang melihat kami ini ‘ajaib’, sakti. Sedang kami hanya manusia biasa, dan sebelum kami sudah ada segolongan besar kiai, ulama’, ahli agama yang tidak kurang jahatnya, dan antara menjadi punca kepada kelahiran makhluk seperti Sang Asura.” Wajah Pertapa Arjuna berkerut.


Tawa Ashoka terpotong. Arnav pula semakin serius memasang telinga.


“Balik kepada hal perbezaan tadi juga akhirnya, yang sebenarnya paling mulia adalah yang paling bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa adalah ketundukan, taqwa adalah sikap berhati-hati untuk hidup dan mentaati Allah SWT, taqwa adalah takut kepada Allah SWT. Itu yang menjadi pembeda antara yang mulia dan yang hina. Allah jualah sahaja yang mampu menilai ketaqwaan ini, tugas kita hanya berusaha memperkasakannya.”


“MasyaAllah, terima kasih Pertapa Arjuna kerana berkongsi.” Arnav akhirnya bersuara. Dia benar-benar seperti ‘terisi’, dan ketika ini dia melihat betapa Agama Langit menjadi harapan untuk menyatukan segala rencam yang ada di atas muka bumi ini, mengembalikan keharmonian dan membawa keamanan dalam segenap kehidupan makhluk.


Mereka akhirnya sampai ke kedai yang dituju. Ramai pelanggannya. Kedai ini juga besar, menjadikannya tempat untuk kaum gergasi yang singgah ke mari untuk bersantai juga. Kelihatan makhluk-makhluk genetik pelbagai rupa dan keadaan, turut ada bersama. Suasana meriah dengan kepelbagaian. Arnav memandang Ashoka, sama-sama bertentang mata, dan kemudian berbalas senyum.


Harmoni.


Agama Langit memandu hidup semuanya, membuatkan suasana sebegini muncul dengan begitu cantik sekali. “Semoga ini semua kekal, insyaAllah.” Getus hati Arnav, sepuncak harapan dan impian, diluahkan dalam bentuk doa dan tawakkal, moga direalitikan Tuhan.


Mereka mencari meja kosong, dan duduk. Minuman dipesan. Beberapa manusia, makhluk genetik dan kaum gergasi yang kenal dengan mereka memberikan sapaan. Arnav dan Ashoka memang sangat dikenali ramai kerana boleh dikatakan mereka berdualah yang banyak menguruskan hal-hal di Neo-Chinmayi ini sekarang. Namun bila mereka berpakaian marhaen seperti sekarang, tidak ramai yang perasan. Mereka lebih dikenali saat menyarung zirah panglima Chinmayi.


“Guru, kebetulan guru berada di sini, aku ingin bertanya akan bilakah kita bertolak ke Tanah Suci untuk Haji dan Perhimpunan Agung para perwira?” Ashoka melontar soalan.


“Kita akan bertolak tujuh hari dari sekarang.”


“Ah, kita akan ada masa sebelum Haji berlangsung? Aku sangat teruja kerana ini pertama kali aku melaksanakannya. Bukankah begitu Arnav?” Ashoka membunga senyum.


Arnav mengangguk. Selama ini dia hanya membaca dan belajar mengenainya.


Pertapa Arjuna turut tersenyum.


“Aku juga sudah lama tidak melaksanakannya.” Seakan terpancur rasa rindu yang teramat dari bicaranya itu. “Kamu akan melihat sesuatu yang jauh lebih indah dari keharmonian di kedai ini hari ini di sana nanti.”


“Jika Kerajaan Utopia berani menganggu hari itu, tahulah mereka.” Ashoka buat gaya geram.


Arnav tertawa. Ada-ada sahaja Ashoka ini.


“Tempoh hari pun kita selamat kerana Allah SWT izinkan Kiai Sunyi menyelamatkan kita.” Arnav menyakat.


“Ah, kau ni Arnav. Kita telah jauh berbeza lah!” Ashoka mencebik.


Pertapa Arjuna sekadar tersenyum melihat anak muridnya dan Arnav.


Generasi baru, harapan baru.


 


******


 


Lapangan Latihan untuk para tentera di Tanah Suci kelihatan dikelilingi pelbagai orang. Manusia, makhluk genetik dan beberapa kaum gergasi kelihatan khusyuk duduk memerhatikan apa yang berlaku di tengah lapangan itu.


Suasana lapangan tersebut sangat berkecamuk. Debu-debu memenuhi ruang udara, dan lapangan itu tidak lagi rata kerana punya lubang dan bongkahan batu di sini dan sana.


“Hei hei hei, bangun budak!” Kabus debu dicarik sebilah pedang sumbing. Izrayel keluar dari kepulan debu dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar hitam panjang tanpa sepatu.


Kelihatan Angkasa yang sedang menopang tubuhnya dengan kedua-dua belah tangan. Keringat membasahi wajah, dan baju tanpa lengan khas untuk latihannya sudah lencun dengan peluh. Pedang warisan bapanya terpacak di hadapan, menjadi pemisah antara dirinya dan Izrayel.


“Argh!” Angkasa meluruskan tangan, dan pedangnya terus terpelanting meluru ke arah Izrayel. Izrayel menampan pedang itu dengan senjatanya. Pedang Angkasa berputar-putar sebentar di udara, sebelum terpacak kembali ke tanah. Izrayel memandang semula kepada Angkasa,  dan melihat Angkasa sudah berada di hadapannya, terapung sedikit di udara, dengan penumbuk yang kelihatannya penuh kuasa.


Tetapi Izrayel tidak cemas, langkahnya kemas. Dengan tenang lagi bersahaja dia mengelak dengan hanya menggerakkan tubuhnya, kakinya selangkah ke kiri. Tumbukan Angkasa telah tersasara. Angkasa tidak berhenti di situ, diputarkan bahagian atas pinggangnya, dan kaki kiri mengikut gerakan itu melibas tubuh Izrayel. Sekali lagi Izrayel menahan sepakan Angkasa itu dengan tidak bersusah payah.


“Ah, nampaknya serangan kau makin padu budak.” Izrayel terus menangkap kaki Angkasa itu dengan tangan kirinya, kemudian menggerakkan pantas tangan kanannya melibas senjata sumbing kesayangannya.


“Huargh!” Angkasa menyiku kuat pinggang Izrayel yang terdedah. Membuatkan cengkaman Pendekar Berdosa itu pada kakinya terlepas, dan libasan Izrayel tadi terganggu. Izrayel terjarak beberapa langkah ke belakang. Angkasa mengambil peluang ini dengan terus berguling ke arah senjatanya. Pedang warisan bapa disambar.


Namun belum sempat dia berehat mengatur nafas, terasa dirinya diserbu aura yang dasyat.


Kabus debu terus menghilang, seakan memberi ruang kepada penyerang yang kini telah muncul di atas Angkasa bersama Tombak Tiga Matanya.


End Less!


Aura yang padat lagi menggerunkan tertumpu pada tiga mata senjatanya, menjunam laju ke arah Angkasa. Dirinya punya dua pilihan, sama ada berhadapan terus dengan serangan End, atau mengelak. Sepintas masa, dia membuat pilihan.


“Huh!” Angkasa mengangkat pedang warisan bapanya, dengan lengan kirinya menahan belakang bilah senjatanya itu.


Senjatanya dan Tombak Tiga Mata milik End bertembung. Menghasilkan bunyi yang sangat menggegak gempita. Kakinya terbenam dan dia sedikit tertunduk. Tanah di persekitarannya merekah, dan bongkah tanah terangkat sedikit ke permukaan.


End mendarat di hadapannya, dan belum sempat dia hendak melibas senjatanya ke arah Pemerintah Duarte itu, End lebih pantas memanipulasikan Tombak Tiga Mata dengan menekan senjata Angkasa ke tanah, sebelum tubuh bekas Jeneral Utopia itu berpusing dan tendangannya mendarat ke perut Angkasa.


Angkasa terpelanting beberapa depa, sebelum mendarat dan terseret hingga melanggar penghadapng lapangan latihan.


Suasana berdebu semakin kurang kepekatannya. Kebanyakan debu mula tidak lagi terapung di udara, dan jatuh kerana beratnya aura gabungan End dan Izrayel. Penonton-penonton diam dan kelu melihat kedasyatan yang terpampang di hadapan mata mereka.


“Urgh.” Angkasa memegang kepalanya, yang terasa seperti dihentak berkali-kali, walaupun sebenarnya yang baru diserang adalah bahagian perutnya. Entah mengapa, kesakitan pada kepalanya berkali ganda lebih terasa.


Matanya sedikit berpinar.


“Belum boleh rehat lagi!” Dia samar-samar melihat Izrayel yang telah melompat ke arahnya, siap siaga menusuk pedang sumbing itu kepadanya.


Angkasa mengerah segala kekuatan, aura dikumpul dan nafas diatur.


“Aku takkan mengalah!” Dia berteriak. Izrayel di tengah udara tersengih. Tidak menghentikan serangannya yang semakin menghampiri Angkasa.


Angkasa mengelak sekadar seinci, membiarkan pedang sumbing Izrayel menusuk dinding tempat dia bersandar. Terus tangan Izrayel yang memegang senjata itu ditangkap erat. Angkasa memutarkan tubuhnya, membanting tubuh Izrayel ke dinding yang sudah hancur itu. Bekas Pendekar Berdosa itu sedikit tersentak.


Angkasa terus menyepak tangan Izrayel, menyebabkan pedang sumbingnya terlepas. Dan kala senjata itu sedang terawang di udara, Angkasa melepaskan sebuah tumbukan yang dasyat.


“Tumbukan alam!”  Tepat melandas pada dada Izrayel. Membuatkan mata pendekar itu terbelalak sedikit, seperti terkejut. Angkasa pula tidak berehat, dia menggunakan daya serangan itu untuk melancarkan dirinya dengan jarak beberapa depa dari Izrayel. Bukan kerana hendak menjauhi Izrayel, tetapi kerana End telah bersiap hendak melancarkan serangan terhadapnya. Dengan berbuat demikian, dia telah memintas End dan membantutkan pergerakan pemerintah Duarte itu.


End melibas senjatanya, Angkasa yang baru sahaja mendarat terus menggunakan saki baki daya tadi untuk berguling, menyambar kembali senjatanya yang ditekan End sebentar tadi.


“Pancung langit!” Angkasa melepaskan seni yang dipelajarinya daripada Panglima Terasing atau Kiai Langit sebaik sahaja dia menggapai hulu senjatanya.


Pada saat terakhir, End menahan serangan yang berteraskan angin bergabung aura itu dengan senjatanya. Membuatkan dirinya terpelanting sebentar sebelum terseret beberapa depa ke belakang. Namun dia tidak tumbang. Tinggal pakaiannya koyak dibelah aura pancungan itu.


Angkasa sudah seperti hendak kehabisan tenaga.


Dia sendiri dalam keadaan sedikit menunduk. Namun tangannya erat bersama pedang warisan bapanya. Masih cuba untuk memberikan saingan yang sengit.


End mengukir senyuman. Tombak Tiga Matanya direhatkan pada dadanya, dengan belakang senjata itu mencium tanah.


Pap, pap, pap, pap. Bunyi itu kedengaran. Angkasa melihat kepada Izrayel. Pendekar itu rupanya sudah berdiri dengan pedang sumbingnya kemas tersangkut pada pinggang. Kedua-dua belah telapak tangan sedang bertepukan. Tidak lama kemudian, seluruh penonton di lapangan itu memberikan tepukan gemuruh.


“Sangat hebat!”


“Allahuakbar!”


“Pertarungan yang sangat dasyat!”


“MasyaAllah!”


Suara bersahut-sahutan antara satu sama lain.


Angkasa mencoret senyum. Puas. Pertama kali dia tidak terlentang dibelasah oleh Izrayel dan End semenjak seminggu mereka berlatih ini. Dia mengangkat tangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memerhatikan latihannya petang ini. Kebanyakan orang melambai tangan kepadanya, dan mengucapkan kekaguman sambil perlahan-lahan bersurai. Waktu sudah hampir maghrib. Angkasa memulangkan semuanya kepada Allah SWT.


Izrayel dan End pergi merapati Angkasa. Belakang Angkasa ditepuk kuat oleh Izrayel.


“Aduh!” Sakit mula terasa. Seluruh tubuhnya sakit. Seminggu ini, setiap pagi dan petang, dia akan berlatih dengan End dan Izrayel.


“Jangan rasa selesa budak. Masih jauh lagi untuk menumbangkan Sang Asura.” Izrayel berpesan.


End mengangguk. Angkasa menghela nafas  lemah. Sudah sebegini pun, masih jauh?


“Tetapi peningkatan engkau memberangsangkan. Kita akan terus berlatih hingga musim haji tiba. Ada sekitar dua-tiga minggu lagi.” Izrayel menyambung bicaranya. “Engkau perlu keluarkan lagi seluruh potensi engkau. Masih belum benar-benar diusahakan.”


“Apakah Sang Asura itu memang benar-benar dasyat?” Angkasa bertanya. Kebetulan Izrayel dan End kedua-duanya pernah berkhidmat dengan Sang Asura.


Izrayel diam sebentar, dan memandang End. End tidak mengeluarkan sepatah kata, sekadar memandang semula kepada Izrayel. Izrayel menatap Angkasa.


“Aku dan dia ini hebat tak?” Izrayel menunjukkan ibu jarinya ke arah End di sebelah.


Angkasa mengangguk.


“Sang Asura 10 kali ganda lebih daripada itu.”


Mata Angkasa membesar.


“Apa engkau lupa dia seorang sahaja menewaskan keseluruhan tentera Chinmayi yang menyerang Ethan??” Izrayel mengingatkan.


Ya, Angkasa ada mendengar kedasyatan ini daripada Arnav dan Ashoka sendiri. Namun dia tidak menyangka yang kekuatan Sang Asura boleh lebih 10 kali ganda berbanding End dan Izrayel. Dia tidak pernah melihat kedasyatan Sang Asura, tetapi dia amat tahu kehandalan Izrayel dan End. 10 kali ganda daripada itu?


Muka Angkasa jadi muram.


“Mengapa ini? Tiba-tiba sahaja. Kita memang sudah tahu yang Sang Asura itu tersangat hebat. Kenapa hari ini macam agak emosi?” Izrayel perasan. End juga kelihatan agak berminat untuk mengetahui.


Angkasa mengangkat wajah, memandang kepada kedua-dua pendekar di hadapannya.


“Maisarah sedang mengandungkan anak sulungku.”


Terus riak gembira terpapar pada wajah Izrayel, dan End memecah kebiasaan, dengan terus menepuk belakang tubuh Angkasa tanda kegembiraan.


“Taniah! Aku bakal jadi pakcik!” Izrayel tidak dapat menyembunyikan rasa bahagianya. Angkasa dipeluk erat.


Angkasa masih tidak kelihatan gembira. Dalam pelukan Izrayel itu, dia berata:


“Aku tidak tahu apakah dia dapat lahir ke dunia ini atau tidak.”


Dan suasana gembira yang diwujudkan dengan keletah Izrayel tadi hilang serta merta. Perlahan-lahan Izrayel merenggangkan dakapannya. Dia memandang kepada End.


“Angkasa.” End bersuara, keluar dari kebisuan biasanya. Angkasa menghalakan pandangan kepada Pemerintah Duarte itu.


“Inilah dia perjuangan.” Dan End sekali lagi menepuk bahu Angkasa. Kali ini dengan tepukan untuk menenangkan. “Engkau patut lebih kuat, kerana kini kita berjuang untuk generasi mendatang. Bukan semata-mata diri kita sekarang.” End menyempurnakan pesannya.


Izrayel terangguk-angguk.


Dan Angkasa pun mengalirkan air matanya. Terharu.


“Ah, apa menangis ini? Mari, bersihkan diri. Maghrib sudah semakin hampir.” Izrayel terus menggerakkan tubuh Angkasa sambil memautkan tangannya pada bahu pemuda itu.


Angkasa mengangguk perlahan, dan mereka bertiga bergerak keluar dari gelanggang latihan.


 


******



Sudah hampir ke tengah malam. Suasana istana Ruh Faizan sunyi. Istana ini sederhana sahaja, dua tingkat, tetapi tidak sebesar mana. Ruang bawah sebagai ruang urusan rasmi kerajaan. Ada balai menghadap, pejabat Ruh Faizan, dan di tingkat atas adalah ruang tamu, serta bilik tidur. Aizan Fahmi tinggal dengan Ruh Faizan, tetapi sebulan ini Aizan Fahmi sedang menyempurnakan gilirannya menjaga sempadan, maka dia tiada.


Ruh Faizan masih berjaga walaupun tubuhnya sedikit letih. Usianya sudah semakin lanjut, tetapi perjalanan ke arah membina masyarakat yang lebih harmoni baru sahaja bermula. Hampir ¾ usianya habis di medan perang dan hidup dalam penuh kekurangan serta kesengsaraan. Dia seakan baru benar-benar menjadi Raja yang menguruskan kemakmuran, sepertinya selama ini dia hanya menjadi pelindung dari kecelakaan.


Mulutnya terkumat kamit dengan zikir dan doa. Hatinya tidak putus dengan pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT. Dia mengharap benar kekuatan daripada Yang Maha Kuat, dan Dia benar-benar memohon ketenangan, kelapangan, kemudahan daripada Yang Maha Memiliki Segala-galanya.


Pintu pejabatnya diketuk.


“Masuk.” Dia bersuara tenang. Dia memang sudah menjangka yang dirinya bakal mendapat tetamu pada waktu ini.


Tok Akram kelihatan melangkah masuk. Selangkah demi selangkah dibantu dengan tongkat. Bila dia berdiri di sebelah Ruh Faizan, dia berhenti. Wajahnya tidak segembira mana.


“Masih gagal?”


“Mungkin. Burung helwi yang kelima tidak pulang-pulang juga.” Tok Akram melaporkan.


Ruh Faizan beristighfar.


“Mengapa engkau masih mencuba Ruh Faizan?” Tok Akram melontar soalan.


“Supaya bila aku berdiri di hadapan Tuhanku nanti, Sang Asura tidak muncul dan berkata bahawa aku membiarkannya masuk ke dalam neraka Allah SWT tanpa menyerunya.”


Tok Akram menutur takbir dan istighfar. Seperti dirinya terpukul dengan kata-kata Ruh Faizan. Begitu sekali lembutnya jiwa pemimpin ini.


“Bukankah lebih baik jika semua ini ditamatkan dengan keharmonian, perdamaian dan bukan peperangan. Jika kita boleh mencari jalan untuk hidup bersama, tiada masalah insyaAllah.” Ruh Faizan bangun, memegang tangan Tok Akram.


“Malangnya Sang Asura bukan bermusuh dengan kita. Dia bermusuh dengan kepercayaan kita. Dia percaya bahawa kepercayaan kita adalan yang merosakkan dunia, adalah yang menciptakan makhluk sepertinya, dek kerakusan dan ketamakan kuasa oleh penganut-penganut Agama Langit sendiri selama ini.” Tok Akram dipimpin oleh Ruh Faizan untuk duduk di sebuah sofa khas buat tetamu di dalam pejabatnya itu.


Mereka berdua duduk sebelah menyebelah.


Ruh Faizan menghela nafas. Tunduk memandang lantai yang beralaskan tikar daripada Midori.


“Semoga Allah SWT membuka hatinya, dan jika tidak, semoga Allah SWT membantu kita menghadapinya. Aku akan terus mencuba Tok Akram. Sehingga tiba masanya.” Ruh Faizan bersuara.


Tok Akram mengangguk-angguk.


Semenjak tamat peperangan 6 bulan yang lepas, Ruh Faizan menghantar hampir sebulan sekali perutusan untuk berdamai melalui burung helwi kepada Sang Asura.


Dan tiada satu pun yang pulang.


Pernah juga dihantar utusan manusia pada awalnya, namun juga tidak pulang. Kerana risaukan keselamatan dan lebih banyak nyawa manusia dikorbankan, maka digunakan burung helwi. Namun nasib yang sama juga diterimanya.


Ruh Faizan tetap tidak mahu berputus asa.


Dia sentiasa percaya bahawa peperangan adalah jalan yang terakhir. Namun dia juga percaya, menanti diperangi tanpa persediaan juga adalah tindakan yang tidak tepat.


Maka kedua-duanya diusahakan sebaik mungkin.


Dia kini menggalas harapan masa hadapan.


Lebih lagi bila mendapat berita yang dia bakal dikurniakan cucu.


Buat dia rasa mahu lebih berusaha keras!


 


==================================


1957707_886013578100140_4428239793563905008_o


 




YouthACE 2015 

Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. YouthACE 2015 adalah yang kedua dijalankan, selepas YouthACE 2014.


Tema YouthACE 2015 ialah “Belia & Masa Depan.”

Tarikh: 25hb & 26hb April 2015

Tempat: sekitar Kuala Lumpur/Selangor(akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Januari 2015)


Pendaftaran YouthACE 2015 sudah boleh dilakukan dihttp://youthace.langitilahi.com/


Harga asal: RM180

Harga Promosi Gelombang Pertama(valid hingga 31hb Disember 2014 sahaja):


*RM100

*Harga istimewa(rahsia) – jika datang secara rombongan(minimum 30 orang). Sila hubungi Saudara Muhaimin Misran – 0135041501 atau Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975 untuk mendapatkan harga istimewa ini.


Bermula 1hb Januari 2015, kami akan mulakan Harga Promosi Gelombang Kedua, dengan harga RM120 seorang.


Maka jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga terendah. Ayuh!


—————————

Tentatif

—————————


MC sepanjang program – Aiman Azlan


HARI PERTAMA -


08.00AM – Pendaftaran

09.30AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Belia & Masa Hadapan


10.00AM – Rehat


10.30AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir


11.30AM – Slot 3: Belia Kritis Melalui Tindakan – Saudari Azila Aziz Telekung Project


12.30AM – Persembahan Daripada Pelajar-pelajar Khalifah Model School Secondary(KMSS)


01.00PM – Rehat


02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan


Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 2: Saudara Jufitri Joha

Panel 3: Saudari Amnani Akhili


04.00PM – Persembahan dan Penyampaian Anugerah Belia(YouthAwards)


04.30PM – Rehat


05.30PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


06.30PM – Persembahan & Penyampaian Anugerah Belia(YouthAwards)


07.00PM – Rehat


08.00PM – Tayangan Perdana – Filem arahan Qawiem Khairi


09.15PM – Sesi LangitIlahi

- Pembentangan pencapaian & aktiviti LangitIlahi oleh Hilal Asyraf

- Pelancaran karya-karya Tim LangitIlahi

- Pelancaran Apps oleh Ammar Amran of LangitIlahi


10.00PM – Persembahan Daripada Mirwana

10.30PM – Bersurai


HARI KEDUA –


08.00AM – Slot 6: Pentas Belia


09.00AM – Rehat


09.30AM – Slot 7: Mendepani Masa Hadapan Dengan Ilmu – Ustazah Fatimah Syarhah


10.30AM – Slot 8: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Hafizul Faiz

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Dr Maszlee Malik


12.30PM – Slot 9 – Muhasabah Belia: Peranan Besar Mencorak Masa Hadapan – Hilal Asyraf


01.30PM – Kesimpulan oleh MC & Bersurai


——————————-

Pertandingan

——————————-


YouthACE juga membuka medan untuk mencungkil bakat dan potensi terpendam para belia. Maka dianjurkan pertandingan, dengan tawaran hadiah berupa wang dan piala Anugerah Belia(YouthAwards) untuk mereka yang memenangi tempat pertama bagi setiap kategori.


Kategori yang dipertandingkan ialah:


InstaVlog

Penulisan Cerpen

Penulisan Artikel

Filem Pendek

Poster

Foto

Spoken Words

Essay

Nasyid

Komik


Semua syarat-syarat bagi menyertai pertandingan ini termaktub di link berikut:

http://youthace.langitilahi.com/awards/


——————————-

Peluang Tajaan

——————————-


Kami mengalu-alukan pihak yang ingin memberikan tajaan atau bekerjasama dengan kami dalam menjayakan YouthACE 2015 ini.


Sila hubungi terus kami di email program@langitilahi.com jika berminat untuk menawarkan tajaan atau kerjasama.


——————————————–


Walaupun program ini bakal berlangsung pada 25 & 26hb April 2015, kami membuka pendaftaran awal kerana kami berhajat untuk mempunyai masa yang panjang mempromosikan program ini. Hal ini kerana, untuk YouthACE 2015, kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3000 orang peserta.


Kami harapkan juga bantuan promosi daripada orang ramai kerana kami tidak mempunyai ‘cable’ dan kewangan yang cukup untuk mempromosikan YouthACE 2015 ini di media-media arus perdana.


YouthACE 2014 telah mendapat sambutan dan respon yang baik, maka kami berhajat untuk meneruskan kepositifan itu pada YouthACE 2015. Hajat kami agar YouthACE mampu menjadi wadah perkumpulan yang bermanfaat buat belia, sebagai alternatif kepada pelbagai perkumpulan yang lain, yang wujud di negara kita.


Suasana YouthACE 2014: http://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Komen peserta YouthACE 2014: http://www.youtube.com/watch?v=O-3DtmBeKyo


Bagi yang pernah hadir YouthACE 2014 dan berminat untuk menghadiri YouthACE 2015, jangan ragu-ragu untuk segera mendaftar!


Jom bersama kami!


Belia Mencorak Masa Hadapan!





The post Takdir 3: JanjiNya Yang Tidak Termungkir – Cheritera 2 appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2014 20:24

Takdir 3: JanjiNya Yang Tidak Termungkir – Cheritera 1

warrior


 


Assalamu’alaikum.


Dulu saya pernah mula menulis Takdir 3. Sekarang saya buat keputusan untuk mula semula. Maka saya karang daripada awal.


Takdir 3 ini dijangka akan siap hujung Disember ini, dan dijangka terbit pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang bakal berlangsung pada April atau Mei 2015.


Buat masa ini, saya akan muat naik di LangitIlahi.Com sekitar 10 bab terlebih dahulu sebagai ‘teaser’. Buku yang lengkap mempunyai sekitar 20-25 bab tidak termasuk prolog dan epilog.


Mohon doa agar saya mampu menyempurnakan Novel ini. Agak ‘berhantu’ sedikit Takdir 3 ini kerana saya asyik gagal menyiapkannya semenjak tahun lepas. Mungkin kerana saya malas nak tamatkan cerita ini. Sayang. :)


Doa-doakan ya.


Enjoy!



Cheritera 1


Tanah Suci. Dahulu terkenal sebagai Makkah Al-Mukarramah. Tempat kelahiran Utusan Langit Terakhir, Muhammad SAW. Di sini bermulalah Agama Langit, dan kemudian ia berkembang ke Madinah, atau kini lebih dikenali sebagai Bumi Barakah. Tempat ini sentiasa istimewa di hati penganut Agama Langit, selain merupakan tanah kelahiran Rasulullah SAW dan tempat bermulanya Islam, di sini juga terdapat Kaabah, yang beberapa ketika sebelum ini agak masyhur dengan jolokan Rumah Lagenda.


Kini Masjid Al-Haram yang mengelilingi Kaabah sedang dinaik taraf. Keamanan yang panjang selepas peperangan yang lepas telah memberi peluang untuk suasana di  Tanah Suci dipertingkatkan. Teknologi daripada Uftzi dan kekayaan daripada Duarte disumbangkan untuk perkara ini. Suasana Masjid Al-Haram juga diubah bersesuaian dengan keadaan semasa, yakni menjadikannya kondusif untuk Kaum Gergasi beribadah sama. Masjid Al-Haram diperluas, ruang di sekeliling Kaabah juga dibesarkan lagi.


Penduduk-penduduk di sekitar Masjid Al-Haram diberikan rumah yang baru, pembangunannya ditaja oleh orang-orang kaya Duarte, dan mereka mendapat pampasan wang atas tanah yang diambil oleh pemerintah untuk hal ini.


Kini usaha menaik taraf kawasan Masjid Al-Haram dan Kaabah sudah hampir sempurna. Kaum gergasi dan makhluk genetik juga sudah tidak segan silu hadir ke sini untuk beribadah, menunaikan umrah, bahkan para da’ie di Tanah Suci giat membuka kelas-kelas untuk memberikan pencerahan kepada mereka berkait Islam, juga ibadah-ibadahnya.


“MasyaAllah, siapa pernah sangka kita akan melihat pemandangan sebegini rupa?” Suara Ezakiel kedengaran di celah kesesakan manusia yang sedang berusaha mengerjakan ibadah tawaf. Matanya memandang penuh kagum suasana baru Masjid Al-Haram.


“Budak-budak, senang benar teruja.” Izrayel bersuara.


“Hei, aku dah besarlah.” Ezakiel menyiku bekas Pendekar Berdosa itu. Ulah itu disambut tawa kecil oleh Izrayel, juga Angkasa dan Tok Akram. Manakala End yang turut ada di situ sekadar melemparkan seulas senyuman penuh makna.


Mereka kelihatan sedang santai duduk-duduk di perkarangan Kaabah, menikmati pemandangan baru. Pembinaan Masjid Al-Haram sudah hampir siap, dan ianya dipermudahkan lagi dengan bantuan tenaga kerja daripada makhluk genetik dan kaum gergasi. Hari ini adalah julung-julung kali Masjid Al-Haram dibuka untuk Kaum Gergasi. Maka suasananya memang amat baru dan mengujakan, melihat makhluk yang kebanyakannya setinggi Kaabah mengelilingi Rumah Lagenda itu dan beribadah di sekitarnya. Sebelum ini, dek saiz mereka yang besar, ruang tidak mengizinkan mereka datang dan beribadah di dalam masjid ini.


“Orang ramai mula hadir kerana musim haji sudah semakin hampir ya?” Angkasa memandang Tok Akram.


Kiai Awan itu tersenyum mengangguk. Mereka sudah melepasi Ramadhan dan Syawal dalam keadaan yang penuh bermakna, aman dan tenteram. Kini bulan Zulhijjah pula semakin hampir dan di dalamnya ada Aiduladha, atau perayaan korban, yang terdapat juga ibadah Haji.


“Pada ibadah ini, kita dapat melihat betapa kita semua hanyalah makhluknya yang biasa. Disatukan dengan aqidah, dan kita akan dapat melihat lautan perbezaan kulit, bahasa, saiz, tetapi semuanya sujud kepada Allah SWT, menghadap satu kiblat.” Tok Akram berhenti sebentar, menarik nafas. Usianya yang semakin senja menampakkan kesan terhadap dirinya. Namun wajanya berseri menampakkan semangatnya nan waja.


“Semua melaksanakan manasik yang sama, melaksanakan pengorbanan meninggalkan keluarga dan keselesaan rumah masing-masing. Semata-mata untuk menyahut panggilan Haji. Dan semuanya menyeru kepada Tuhan yang sama.” Sambung Tok Akram. Tersenyum puas. Mungkin kerana amat gembira dengan keadaan sekarang.


Angkasa terangguk-angguk. Dia sengaja memasung suaranya, untuk menikmati keamanan yang dikecapi kini, sambil menghayati suasana bersama rakan taulan yang amat dihargainya. Hari ini dia diajak oleh Ezakiel untuk bersantai melihat suasana baru Masjid Al-Haram, dan tanpa dia sangka Izrayel, Tok Akram bahkan End juga turut ada bersama.


Khabarnya End datang bersama rombongan khas dari Duarte, diiringi para da’ie daripada sana untuk mendidik sebahagian masyarakat Duarte yang baru memeluk Islam berkenaan agama Allah SWT ini, sekali dengan tujuan untuk melaksanakan haji, yang akan tiba lebih kurang sebulan dari hari ini.


“Nampaknya peperangan lepas memberikan pukulan yang hebat terhadap Utopia. Sudah hampir 6 bulan mereka tidak bertindak balas.” Ezakiel membuka topik baru sambil memandang End.


End tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia mempunyai kebiasaan untuk mengunci bicaranya, dan tidak memaparkan riak wajah, bahkan dia pernah disangka bisu selama ini. Tinggalnya bila dia telah memeluk Agama Langit, kadanngkala dia akan bersuara, dan ada masanya dia memaparkan juga riak wajahnya.


“Mengenali Sang Asura, aku amat yakin yang dia sedang merancang sesuatu. Dia sedang mengumpulkan kekuatan.” Izrayel menyuakan pandangannya.


Angkasa mengangguk. Sang Asura pasti tidak akan berdiam diri. Pasti ada sesuatu yang sedang dikerjakannya di Tanah Sejuk sana.


“Perhimpunan Agung para panglima dan pahlawan akan berlangsung selepas sahaja selesai ibadah Ibadah Haji. Di sana kita akan bincangkan perancangan kita untuk berhadapan dengan Utopia.” Angkasa memberitahu.


Semua terangguk-angguk, kecuali End. Hal ini sudah diketahui mereka kerana mereka akan terlibat sama.


“Dengan maklumat yang telah Angkasa Sakti sebelum kau kongsikan, kita memang ada peluang untuk menumpaskan Sang Asura.” Izrayel memberikan reaksi. Harapan tak pernah malap.


“Assalamu’alaikum.” Tiba-tiba sembang mereka dicelah oleh satu suara yang tidak asing lagi. Semua menangkat wajah, memandang pemilik suara.


Ruh Faizan, diiringi Mughirah Syu’bah dan Khalid Al-Walid, sedang bergerak ke arah mereka. Selepas beberapa tapak, manusia yang penuh karisma dan berkaliber ini sudah berdiri amat hampir dengan mereka. Angkasa mahu berdiri, begitu juga dengan yang lain-lain, namun Ruh Faizan segera menahan dan mengajak semua duduk bersamanya, sebelum dia juga turut duduk, kecuali Mughirah Syu’bah dan Khalid Al-Walid yang menolak pelawaan itu dan memilih untuk berdiri sebagai pengawal.


“Mereka komited dengan kerja.” Ruh Faizan berseloroh. Semua tertawa kecil, dan seperti biasa, End sekadar tersenyum.


“Selamat datang Jeneral End, pemerintah Duarte. Maaf jika layanan di sini tidak seberapa. Terima kasih juga atas segala sumbangan Duarte untuk merealitikan suasana hari ini di sini.” Ruh Faizan menepuk mesra bahu bekas Jeneral Utopia itu. End sekadar menggeleng sambil kekal dengan senyuman. Tanpa bicara, dia memaparkan rasa berterima kasih yang amat tinggi kepada Ruh Faizan. Inilah manusia yang membuka hatinya, dan menariknya dari kegelapan kepada cahaya. End mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi terhadap Ruh Faizan.


“Musim haji semakin hampir ya?” Ruh Faizan memandang sekeliling. Nampak rasa puas terpapar pada wajahnya.


“Tuanku sudah bersedia untuk menggepalai semua jemaah? Tuanku adalah imam kami nanti.” Tok Akram bersuara.


Ruh Faizan mengukir senyuman luas. “Tidaklah aku rasa diriku ini layak, tetapi akan kuusahakan sebaik mungkin, Tok Akram. Terima kasih atas didikan dan kepercayaan para kiai berikan selama ini kepadaku.”


“Aku memang teruja dengan musim haji yang akan tiba ini. Aku mahu ianya menjadi medan untuk seluruh ummat Agama Langit menyatukan jiwa dan raga mereka, fokus untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah SWT dengan baik, seterusnya memenangi perjuangan ini untuk membina dunia yang lebih baik pada masa mendatang.”


Mata Ezakiel tidak berkelip. Terpana dengan bicara Ruh Faizan, dan dia memang tidak menyangka Raja kepada Tanah Suci ini sedang duduk santai bersamanya. Namun itulah dia Ruh Faizan, seorang yang merendah diri, dan hampir sahaja kadang orang terlupa bahawa dialah pemerintah Tanah Suci.


Tiba-tiba Ruh Faizan kelihatan sedikit gusar. “Tetapi ada satu perkara memberikan kerisauan kepadaku.” Suasana jadi sedikit dingin. Dia memandang End di sebelah kirinya, dan kemudian Angkasa, Izrayel, Tok Akram dan Ezakiel di sebelah kanannya.


“Aku amat risau jika Utopia menyerang kita semasa menunaikan Haji. Aku risaukan keselamatan para jemaah Haji dan juga seluruh rakyat. Dia boleh sahaja menyerang Tanah Suci, atau dia boleh juga menyerang wilayah-wilayah lain, yang kebanyakan perwiranya akan ke mari untuk menunaikan Haji dan juga menghadiri Perhimpunan Agung kita.”


Apa yang diluahkan ada kebenarannnya.


“Tuanku,” Mughirah Syu’bah, genius perang dan pakar strategi mencelah. Dia seorang yang masih lagi muda belia, sering tersenyum sebagaimana wajahnya sekarang. Amat sukar hendak melihat kerisauan terpapar pada riak wajahnya.


“Jangan risau, itu semua sudah kita ambil kira, dan saya sendiri sudah mengusahakan apa yang patut untuk berhadapan dengan segala kemungkinan, insyaAllah. Dan kita juga tahu bahawa Sang Asura tidak akan turun sendiri untuk hal ini.”


Kelihatan Ruh Faizan menarik nafas lega. “Alhamdulillah, jiwaku sedikit tenang mendengarnya.”


Khalid Al-Walid menepuk dada Syu’bah. Mengucapkan tahniah tanpa suara. Syu’bah terus dengan senyumannya, berdiri bersama Khalid, mengawal sambil menikmati suasana.


“Ayahanda jangan risau.” Angkasa tiba-tiba bersuara. Ruh Faizan fokus kepadanya. Begitu juga dengan yang lain.


“Anakanda dan rakan-rakan, kita semua akan usahakan yang terbaik. Sambil itu kita perkasakan tawakkal kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita telah berusaha yang terbaik, dan Allah SWT jualah yang akan menunaikan janji-janjiNya kepada kita.” Yakin. Mata Angkasa tidak memaparkan sedikit pun keraguan.


Ruh Faizan kembali tersenyum lebar, dan begitu juga Tok Akram, Ezakiel, dan Izrayel. Mughirah Syu’bah dan Khalid Al-Walid juga tersenyum, walaupun wajah mereka tidak menghadap Angkasa. Mendengar sahaja sudah cukup menggembirakan jiwa. Dan End pada ketika ini tertawa kecil.


Membuatkan semua memandang kepadanya, termasuk Syu’bah dan Khalid.


“Kita akan hargai masa sebelum haji ini dengan berlatih, Angkasa.” End bersuara dan memandang anak angkat Kiai Suci itu. “Betul kan Izrayel?”


Izrayel mengangguk. Memang itu antara tujuan utama End ke mari.


“Kami tidak akan berbelas kasihan kepada kau ya budak.” Izrayel menepuk kuat belakang Angkasa.


Angkasa sekadar tertawa.


Kemanisan suasana hari ini, dia berdoa agar ianya tidak hilang selama-lamanya.


Dia akan mempertahankannya.


Dengan izin Allah SWT.


 


*******


 


Angkasa berjalan pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, beberapa kali langkahannya terhenti kerana disapa oleh orang ramai. Baik manusia, makhluk genetik atau kaum gergasi, bagi yang mengenalinya, akan menyapa dengan mesra.


Dia sendiri telah beberapa kali, dalam 6 bulan ini, ditugaskan unntuk memberikan tazkirah di Kaabah, selepas Subuh. Sebuah tugas yang selama ini digerakkan oleh Ruh Faizan seorang, dan kini sekali sekala diserahkan kepadanya.


Teringat dia kepada Bapa.


“Bapa, alangkah indahnya jika engkau ada bersama kini.”


Terjemahan akhlak yang indah daripada lelaki itu tidak akan sesekali dilupakannya. Dalam tegas melatih dirinya menjadi muslim yang baik dan seorang pendekar, Kiai Suci merupakan seorang bapa yang penyayang. Sedar tidak sedar, sudah lama dia mengorak langkah memulakan perjalanan, meninggalkan rumah mereka, berpisah dengan bapanya itu.


Kini Tanah Suci pula sudah seperti rumahnya sendiri.


Sebelum ini dia tidak pernah mempunyai tempat tinggal di Tanah Suci. Dia hanya menumpang rehat di kem tentera yang ada di sini setiap kali dia perlu menetap. Izrayel dan Ezakiel biasanya akan menemani dirinya. Tetapi kini kehidupannya telah berubah. Selepas peperangan 6 bulan yang lalu, dia dikurniakan rumah oleh Ruh Faizan. Begitu juga dengan Izrayel dan Ezakiel. Masing-masing mempunyai rumah sendiri di Tanah Suci sekarang.


Namun perubahan hidupnya bukan setakat itu sahaja…


“Balik pun.” Suara itu menepuk lembut gegendang telinganya. Suara yang mulus, yang halus, yang sering membuai jiwanya, yang membuatkan hatinya kembang dan jiwanya bahagia.


Angkasa keluar dari lamunan dan mengangkat wajahnya sambil melemparkan senyuman. Seoranng wanita, bertudung litup, dengan pakaian labuh menutup seluruh tubuh, bersarung tangan dan memakai ‘but’, disertai wajah yang amat menawan, ditambah pula dengan senyuman yang pada Angkasa menghampiri kesempurnaan, sedang berdiri di hadapan rumahnya.


Atau lebih tepat, rumah mereka.


“Wahai kekasih hatiku Puteri Maisarah, sudah lamakah adinda menunggu kanda?”


Puteri Maisarah tersenyum lebar, dan terus menghulurkan tangan, menarik Angkasa ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat. Dan mereka berdua berdakapan, seakan sudah berbulan tidak bertemu.


“Dinda baru sahaja hendak keluar tadi, fikir mahu bertemu dengan ayahanda.” Dakapan direnggangkan. Mereka duduk di kerusi berdekatan pintu masuk. Biasanya kerusi ini diduduki tetamu yang hadir ke mari.


Angkasa menebarkan pandangannya sebenar ke rumah mereka. Rumah ini sederhana sahaja. Satu ruang tamu, dua bilik, dan satu bilik air, cukuplah untuk dia dan kekasih hatinya. Ruh Faizan mempelawa mereka tinggal di istana, namun Angkasa menolak.


Tambahan, ‘istana’ Ruh Faizan juga tidak sebesar mana lagi seperti dahulu, kerana ianya telah berpindah ke satu tempat khas, dan bukan lagi di Masjid Al-Haram kerana pengubah suaian yang berlaku. Ruh Faizan telah memilih untuk istananya sederhana sahaja, hampir sahaja seperti rumah biasa. Maka jika Angkasa tinggal di sana, kemungkinan tempat itu akan lebih sempit, lebih lagi istana adalah tempat kebanyakan urusan rasmi Tanah Suci berlangsung.


“Kanda baru sahaja bertemu ayahanda tadi di Masjid Al-Haram.”


“Ah, ayahanda dengan rondaan hariannya.” Puteri Maisarah bersuara manja. Kepalanya dilentukkan pada dada Angkasa. Angkasa mengusap kepala isterinya.


“Kebiasaannya?” Angkasa sengaja bertanya, walaupun setiap kali dia berada di Tanah Suci ini, dia memang perasan itu merupakan rutin wajib buat Ruh Faizan.


“Semasa bonda masih hidup, bonda pernah bercerita bahawa itu adalah tabiat ayahanda semenjak remaja lagi. Bonda kata, ayahanda sudah merasakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin semenjak remaja, dan ayahanda menganggap tugas pemimpin adalah untuk bersama rakyat, bukan sekadar menjadi yang di atas sahaja.” Maisarah berkongsi.


Angkasa terangguk-angguk. Indah sungguh sikap mertuanya. Tidak hairan apabila melihatnya, Angkasa jadi teringat kepada bapa.


“Habis, masih nak bertemu ayahanda kah?” Angkasa bertanya, mengingatkan tujuan isterinya hendak keluar rumah tadi.


“Biarlah dinda peluk kanda lama sedikit. Bukan senang kita hendak berdua di rumah.” Puteri Maisarah mengeratkan dakapan pada pinggang Angkasa.


Angkasa tertawa.


Mereka telah bernikah 3 bulan yang lalu. Di majlis yang sederhana yang berlangsung di perkarangan Kaabah, sambil disaksikan seluruh rakyat Tanah Suci yang memenuhi Masjid Al-Haram, dia dinikahkan sendiri oleh Ruh Faizan sambil diperhatikan oleh Tok Akram, para panglima, Izrayel, Ezakiel dan lain-lain. End turut hadir meraikan hari yang indah itu.


Sebulan selepas tamat peperangan, dia membuat keputusan untuk melamar Puteri Maisarah, selepas dia beberapa kali mendapat mimpi yang lebih kurang serupa semasa kali pertama pertemuan mereka berlaku.


Awalnya dia agak keberatan, namun bila dikongsikan kepada Izrayel, bekas Ketua Jeneral Utopia itu berkata: “Hargailah keamanan ini. Kita belum tahu ia akan berpanjangan sehingga bila. Kahwinilah dia, dan habiskanlah waktu keamanan ini dengan kebahagiaan. Hidup bukan untuk berperang sahaja tahu.”


Dia membalas nasihat itu dengan seloroh ‘Engkau pula bila lagi?’ namun sekadar disambut dengan tawa oleh pendekar hebat itu. Cakap orang pandai, Angkasa masih ingat getusannya ketika itu. Namun atas nasihat Izrayel itulah, dia memberanikan diri pergi menghadap Ruh Faizan dan melamar Puteri Maisarah.


Memang Aizan Fahmi, abang kepada Puteri Maisarah sudah beberapa kali menggesanya, dengan menyatakan Puteri Maisarah juga menaruh perasaan terhadapnya.


Semuanya berjalan dengan lancar.


Dan tiada yang lebih menggembirakan dia selain dari memutuskan untuk membuat pilihan tersebut.


“Kanda?”


“Hah?” Angkasa terpinga-pinga. Dia larut jauh dalam memori.


“Teringat siapa tu?” Puteri Maisarah buat muka cemburu.


Angkasa tersenyum. “Anehnya, kanda teringat kepada dinda.”


“Ah, mulut manis.” Pipi Angkasa dicubit kuat. Angkasa memegang erat tangan isterinya, dan meletakkan pada pehanya. Puteri Maisarah kembali merehatkan kepalanya pada dada Angkasa.


“Kanda,”


“Ya dinda?”


“Sampai bila keamanan ini akan berkekalan?”


Angkasa terdiam. Suasana rumah mereka tiba-tiba seperti membeku. Soalan yang dirinya sendiri sering tanyakan.


“Jika Sang Asura tidak menyerang kita pun, kami telah membuat perancangan untuk menyerangnya di Tanah Sejuk. Kerana kita tidak boleh sentiasa menanti disergah. Buruk padahnya. Pastilah akan sampai waktunya untuk semua ini berakhir. Sama ada kemenangan di pihak kita, mahupun di pihaknya.” Angkasa berkongsi sedikit perkembangan.


Puteri Maisarah tahu akan perkara itu. Dia sendiri sebenarnya terlibat dengan peperangan ini secara langsung, kerana dia antara yang mengetuai para wanita untuk bahagian perubatan. Jika ditakdirkan mereka perlu menyerang Utopia, pasukan perubatan ini akan pergi bersama. Dan memang itu hajatnya, biar kalau perlu mati, dia mahu mati bersama Angkasa di medan perang.


Tetapi…


“Kanda, dinda ada satu berita.” Puteri Maisarah mengangkat mata, memandang Angkasa.


“Ya?” Mata mereka berdua bertaut.


Puteri Maisarah memegang tangan Angkasa, dan membawa ke perutnya sambil menggerakkan tangan Angkasa itu mengusapinya.


Mata Angkasa membesar.


Puteri Maisarah tersenyum lebar. Mengangguk.


“Allahuakbar.” Angkasa terus memeluk erat isterinya, mengucup pipi perempuan yang sangat dicintainya itu, kemudian melekapkan pipinya ke pipi Puteri Maisarah. “Ya Allah, semoga Allah SWT membesarkannya sebagai seorang manusia yang soleh atau solehah!”


Gembira tidak terkata.


Namun kegembiraan itu seperti tidak lama. Perlahan-lahan senyumannya kendur. Matanya kembali bertaut dengan isterinya. Nampak isterinya juga seperti sedikit durja.


Ya, peperangan akan berlaku bila-bila masa sahaja.


Sempatkah zuriatnya ini menjenguk dunia?


 


*****


Tanah Sejuk. Bumi Beku. Istana Hitam. Pelbagai nama. Pusat Pemerintahan Kerajaan Utopia, yang dahulunya meliputi seluruh bumi ini kecuali Tanah Suci, Bumi Barokah, Chinmayi dan Uftzi. Kini tinggal tempat ini dan Wilayah Amara sahaja selepas peperangan 6 bulan yang lepas.


Dari sebuah kerajaan yang teramat digeruni, kepada dua wilayah yang seperti tidak punya apa-apa kekuatan, terpencil di hujung dunia, lebih-lebih lagi Tanah Sejuk yang tidak punya penghuni kecuali Sang Asura dan isi istananya sahaja.


Itupun apa yang menjadi isi istananya?


Dia, makhluk-makhluk genetik hasil ciptaannya, dan kini ditambah dengan Valdis dan Rafael yang terselamat dari dikorbankan pada peperangan yang lepas.


Sang Asura diam berteleku pada singgahsananya. Hari ini dia membuat keputusan untuk memulakan langkahan. Langkahan untuk memusnahkan musuh-musuhnya, mereka yang cuba mencabar kekuasaannya. Mereka yang padanya tidak sedar diri akan kehinaan sendiri. Mereka yang sebelum ini zalim dan khianat kepadanya, kepada bumi ini. Kini mereka mahu berkuasa kembali, dan Sang Asura bersumpah tidak akan sesekali membiarkan ianya terjadi.


“Rafael, Valdis, ke mari!” Sang Asura melaung. Balai menghadap itu bergegar dengan suaranya yang lantang, disertai aura yang dasyat lagi menakutkan.


Ketika itu juga, angin menderu kencang, dan Rafael bersama Valdis muncul, melangkah pantas, dan terus tunduk melutut di hadapannya. Keadaan tubuh mereka sudah berbeza. Mereka dilengkapi zirah baru, dan tangan serta kaki mereka sudah menjadi seperti robotik. Pemegang cemeti milik Valdis juga baru, begitulah juga pedang kembar milik Rafael. Masing-masing kemas pada pinggang dan belakang tubuh tuannya.


“Bagaimana keadaan kamu berdua?”


“Sangat sangat berbeza tuanku.” Valdis pantas menjawab.


“Hihihi.” Rafael tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. “Mungkin dengan kekuatan ini, kami setanding dengan Long…”


Tiba-tiba aura yang tidak kurang dasyatnya memenuhi ruang menghadap. Rafael tersentak, membuatkan kalamnya seperti dibelah pedang tidak terlihat.


“Jangan bermimpi jahanam.” Dia melihat kaki tuan punya suara, berhenti di sebelahnya, dan kemudian melutut sepertinya. Long Berk.


“Rafael, keangkuhan kau adalah puncanya engkau tewas tempoh hari.” Sang Asura mendengus.


Terus wajah Rafael berkeringat. Takut. Kegembiraannya menjadi tumpul.


“6 bulan ini, aku telah perbaiki dan memperkasakan kamu berdua, Valdis dan Rafael. Jangan persia-siakan peluang ini, kerana aku tidak akan sesekali memberikannya lagi.” Sang Asura sengaja melempiaskan auranya, membuatkan suasana tambah menekan. Rafael dan Valdis lebih tertunduk, manakala Long Berk berlagak tenang.


“Apakah masanya telah sampai tuanku?” Long Berk bertanya.


Sang Asura mendengus.


“Ya, kita akan ajar mereka kali ini, sehingga mereka benar-benar rasa tiada harapan lagi.” Penumbuknya dikepal seerat mungkin, dan lantai balai menghadap bergetar serentak dengan tindakan itu. Kekuasaannya memang di luar dugaan sesiapa.


“Aku mahu pastikan yang mereka tidak akan sesekali bangkit semula.” Kepalan itu dilepaskan. Sang Asura berpaling, dan menghenyakkan punggungnya di singgahsana. Tangan kanan menongkat dagu. Dia memandang tepat kepada tiga jeneralnya.


“Bersiap sedia semua.” Dia bersuara dingin.


“Baik Tuanku!” Valdis, Rafael dan Long Berk menjawab serentak.


Ribut taufan yang amat dasyat nampaknya bakal menjelma tidak berapa lama lagi.


==================================


1957707_886013578100140_4428239793563905008_o


 




YouthACE 2015


Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. YouthACE 2015 adalah yang kedua dijalankan, selepas YouthACE 2014.


Tema YouthACE 2015 ialah “Belia & Masa Depan.”

Tarikh: 25hb & 26hb April 2015

Tempat: sekitar Kuala Lumpur/Selangor(akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Januari 2015)


Pendaftaran YouthACE 2015 sudah boleh dilakukan dihttp://youthace.langitilahi.com/


Harga asal: RM180

Harga Promosi Gelombang Pertama(valid hingga 31hb Disember 2014 sahaja):


*RM100

*Harga istimewa(rahsia) – jika datang secara rombongan(minimum 30 orang). Sila hubungi Saudara Muhaimin Misran – 0135041501 atau Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975 untuk mendapatkan harga istimewa ini.


Bermula 1hb Januari 2015, kami akan mulakan Harga Promosi Gelombang Kedua, dengan harga RM120 seorang.


Maka jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga terendah. Ayuh!


—————————

Tentatif

—————————


MC sepanjang program – Aiman Azlan


HARI PERTAMA -


08.00AM – Pendaftaran

09.30AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Belia & Masa Hadapan


10.00AM – Rehat


10.30AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir


11.30AM – Slot 3: Belia Kritis Melalui Tindakan – Saudari Azila Aziz Telekung Project


12.30AM – Persembahan Daripada Pelajar-pelajar Khalifah Model School Secondary(KMSS)


01.00PM – Rehat


02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan


Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 2: Saudara Jufitri Joha

Panel 3: Saudari Amnani Akhili


04.00PM – Persembahan dan Penyampaian Anugerah Belia(YouthAwards)


04.30PM – Rehat


05.30PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


06.30PM – Persembahan & Penyampaian Anugerah Belia(YouthAwards)


07.00PM – Rehat


08.00PM – Tayangan Perdana – Filem arahan Qawiem Khairi


09.15PM – Sesi LangitIlahi

- Pembentangan pencapaian & aktiviti LangitIlahi oleh Hilal Asyraf

- Pelancaran karya-karya Tim LangitIlahi

- Pelancaran Apps oleh Ammar Amran of LangitIlahi


10.00PM – Persembahan Daripada Mirwana

10.30PM – Bersurai


HARI KEDUA –


08.00AM – Slot 6: Pentas Belia


09.00AM – Rehat


09.30AM – Slot 7: Mendepani Masa Hadapan Dengan Ilmu – Ustazah Fatimah Syarhah


10.30AM – Slot 8: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Hafizul Faiz

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Dr Maszlee Malik


12.30PM – Slot 9 – Muhasabah Belia: Peranan Besar Mencorak Masa Hadapan – Hilal Asyraf


01.30PM – Kesimpulan oleh MC & Bersurai


——————————-

Pertandingan

——————————-


YouthACE juga membuka medan untuk mencungkil bakat dan potensi terpendam para belia. Maka dianjurkan pertandingan, dengan tawaran hadiah berupa wang dan piala Anugerah Belia(YouthAwards) untuk mereka yang memenangi tempat pertama bagi setiap kategori.


Kategori yang dipertandingkan ialah:


InstaVlog

Penulisan Cerpen

Penulisan Artikel

Filem Pendek

Poster

Foto

Spoken Words

Essay

Nasyid

Komik


Semua syarat-syarat bagi menyertai pertandingan ini termaktub di link berikut:

http://youthace.langitilahi.com/awards/


——————————-

Peluang Tajaan

——————————-


Kami mengalu-alukan pihak yang ingin memberikan tajaan atau bekerjasama dengan kami dalam menjayakan YouthACE 2015 ini.


Sila hubungi terus kami di email program@langitilahi.com jika berminat untuk menawarkan tajaan atau kerjasama.


——————————————–


Walaupun program ini bakal berlangsung pada 25 & 26hb April 2015, kami membuka pendaftaran awal kerana kami berhajat untuk mempunyai masa yang panjang mempromosikan program ini. Hal ini kerana, untuk YouthACE 2015, kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3000 orang peserta.


Kami harapkan juga bantuan promosi daripada orang ramai kerana kami tidak mempunyai ‘cable’ dan kewangan yang cukup untuk mempromosikan YouthACE 2015 ini di media-media arus perdana.


YouthACE 2014 telah mendapat sambutan dan respon yang baik, maka kami berhajat untuk meneruskan kepositifan itu pada YouthACE 2015. Hajat kami agar YouthACE mampu menjadi wadah perkumpulan yang bermanfaat buat belia, sebagai alternatif kepada pelbagai perkumpulan yang lain, yang wujud di negara kita.


Suasana YouthACE 2014: http://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Komen peserta YouthACE 2014: http://www.youtube.com/watch?v=O-3DtmBeKyo


Bagi yang pernah hadir YouthACE 2014 dan berminat untuk menghadiri YouthACE 2015, jangan ragu-ragu untuk segera mendaftar!


Jom bersama kami!


Belia Mencorak Masa Hadapan!


 


 


The post Takdir 3: JanjiNya Yang Tidak Termungkir – Cheritera 1 appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2014 20:20

December 7, 2014

Mengumpat

image


 


Dedahkan aib orang, sampaikan aib sendiri pun terdedah.


The post Mengumpat appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2014 05:00

November 27, 2014

Review Our Sins

Review


“The need to review our Sins”

Picture courtesy of techwyse.com


Many may wonder, what is sin? Yes. Why there is a need to understand the concept of reward and punishment? As we move along life’s road as living sinners, we might wonder what is it actually is.


The basis of a successful life is good moral behaviour. Life is a test from God for His servants to fight off inner temptations. As the Quran describes it in Surah Ali-Imran verse 102:


“Believers are they who fear God and fear nothing else”


Yes the fear of God is manifested in believing Him. However, times can be difficult for humans to succumb to transgression. That is when understanding the concept of sins, reward and punished really help.


In short, the concept of reward serves as a means of encouragement while punishment as a means pf discipline. Sins, on the other hand, are the effect inflicted when transgression happens.


Usually we do not look back     


Ever heard of the phrase “Don’t let yesterday take up too much of today”?


But sins, the bad things that we have done in the past, we never look at them back as the future is the present.


We say “Let bygone, be bygone” when actually in essence, they have to be looked upon, to be reviewed to make certain of the future.


Like a book review, after reading a book, we review the book to finding what is lacking in the book? What needs to be improved? What can be learned from the book? What can be shared with others?


We don’t look back in regret, but we retrace our tracks to learn.


But no. We do not want to look back. We refuse to evaluate, have we really committed sins? That is our mistake.


Sins need to be looked back upon as it affects us. For whatever good reason the Divine has disapproved of it because it gives negative effects on us.


Imagine if our everyday lives are smeared with sinful activities? What’ll happen to our minds and hearts?


The prophet Muhammad SAW has clarified that the best of sinners of those who repent:


“Every son of Adam sins, and the best of those who sin are those who repent” – hadith recorded by Ahmad, Tirmizi and Ibnu Majah.


Being sinful is not the lock to opening the door to God’s mercy but not trying to cleanse it will. Our lives will be ruined if we do not rigorously try to clean the sins blocking our hearts.


Believe in what you want


This concept however, does not come into effect for those who do not believe in God. I always believe that we have the autonomy to believe in what we want to believe.


And if you believe in a path of irreligion or existentialism then you have chosen your path.


That is your choice and I have chosen mine.


——————–


Pendaftaran untuk Seminar Sebelum Aku Bernikah (SSAB) tinggal 2 hari sahaja lagi!


Klik banner dibawah untuk daftar.


ssab-yace15


 


The post Review Our Sins appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2014 20:46

November 26, 2014

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Dipaksa Kahwin

Comp 5_00062-horz


 


Bagaimana jika kita dipaksa berkahwin dengan orang yang kita tidak berkenan dengannya?


Rakan-rakan pembaca yang saya muliakan, kadangkala datang di inbox Page Hilal Asyraf(Official) cerita berkenaan kahwin paksa ini. Ada yang mengadu dirinya dipaksa berkahwin dengan orang yang dia tidak punya perasaan pun. Ada juga yang menyatakan bahawa dirinya berkenan dengan yang lain, tetapi ibu bapa memaksanya menerima yang lain. Ada satu kes ini, dia tidak rasa mahu berkahwin dalam masa terdekat, tetapi ibu bapanya sudah menyusunkan perkahwinannya.


Bagaimana hendak menghadapi situasi ini?



Hubungan Kita Dengan Ibu Bapa Banyak Membantu


Sekali lagi saya tegaskan bahawa hubungan yang baik antara kita dan ibu bapa akan banyak membantu memudahkan urusan ini. Kerana ianya melibatkan perbincangan. Saya lihat, perbincangan ini yang mula hilang dalam komunikasi antara anak dengan ibu bapa, juga ibu bapa dengan anak.


Saya amat yakin sekiranya hubungan si anak dan ibu bapa baik, hal seperti kahwin paksa ini tidak akan berlaku, kerana yang berlakunya akan wujud perbincangan antara dua belah pihak, lantas kata sepakat yang terhasil adalah yang dipersetujui kedua-duanya.


Sama ada kahwin atau tidak, ia tidak akan bergerak atas dasar terpaksa. Ia terhasil dari faham memahami antara anak dan ibu bapa.


Malangnya bila hubungan baik tiada, sukarlah wujud perbincangan yang adil.


Akhirnya keputusan yang muncul pasti akan melukakan sebelah pihak.


 


Islam Melarang Paksaan


Jika kita melihat kepada Islam itu sendiri, Islam bkanlah agama yang terbit dari keterpaksaan. Ayat pertamanya turun dalam keadaan tidak memaksa orang beriman pun, tetapi menyarankan agar kita menambah ilmu pengetahuan agar bertemu dengan kebenaran.


Jelas juga kita lihat bahawa Islam melarang pemaksaan di dalam beragama.


“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 256.


Jika dalam beragama pun kita mempunyai pilihan, apatah lagi dalam memilih pasangan hidup. Pastilah tidak kena apabila ada pihak yang mempunyai hak untuk memaksa pihak yang lain berkahwin – menyatukan hidupnya – dengan seseorang yang tidak disukai, atau dalam keadaan dirinya sendiri tidak suka dengan perkahwinan tersebut.


Maka kita pergi kepada beberapa situasi di zaman Rasulullah SAW:


Di zaman Rasulullah SAW, seorang wanita telah dikahwinkan secara paksa oleh bapanya dengan seorang lelaki, sedangkan wanita itu – namanya Khansaa’ – amat mencintai seorang lelaki bernama Abu Lubabah, mereka saling cinta mencintai. Lantas wanita itu pergi kepada Rasulullah SAW dan menyatakan keadaannya.


Apa tindakan Rasulullah SAW? Rasulullah SAW telah membatalkan pernikahan tersebut dan memerintahkan ibu bapa Khansaa’ mengahwinkannya dengan Abu Lubabah. Kisah ini terdapat dalam Sohih Bukhari.


Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dinikahkan seorang janda melainkan setelah diminta pandangannya. Dan tidak dinikahkan seorang dara melainkan setelah diminta izinnnya.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ini bermakna tidak patut wujudnya paksaan di dalam perkahwinan.


Kita sendiri faham bahawa perkahwinan adalah pembinaan rumahtangga, dan rumahtangga bukannya sehari dua. Pasangan lelaki dan perempuan yang berkahwin akan membina sebuah kehidupan bersama, mereka berkongsi pelbagai perkara, akan terdedahlah juga segala aib dan kekurangan yang ada, maka bagaimana jika yang disatukan itu adalah yang terpaksa? Pasti rumahtangga itu akan kelam kabut dan kacau bilau.


 


Namun Dari Perspektif Yang Lain


Satu perspektif yang lain dalam isu ‘paksa’ ini ialah, hajat ibu bapa untuk anaknya berkahwin dengan seorang yang baik. Namun kerana sang anak sendiri seorang yang mungkin bermasalah, tidak suka dengan kebaikan, suka menurut kepala dan hawa nafsunya semata-mata, maka dianggapnya itu sebagai sebuah paksaan.


Sedangkan yang dikehendaki oleh ibu bapa adalah anaknya mendapat pasangan yang baik, yang boleh menjaganya, mendidiknya dengan baik.


Sebab itu jangan kita terus menganggap segala cadangan, pasangan yang ibu bapa kita tunjukkan, adalah sebuah paksaan. Kita sendiri perlu menilai kembali keadaan kita, kemudian mengambil tahu sedikit sebanyak akan siapakah yang dicadangkan oleh ibu bapa kita kepada kita itu.


Ada situasi kebetulan kita tidak punya sesiapa yang kita sukai, dan orang yang ditunjukkan oleh ibu bapa kita pula seorang yang baik agamanya, seorang yang bagus penampilannya, seorang yang berbudi bahasa, maka mengapa kita menolak sekadar dengan alasan tidak suka, belum masanya dan sebagainya?


Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri, apakah kita mahukan kebaikan atau tidak.


Memang akhirnya keputusan di tangan sendiri. Tetapi biarlah keputusan itu dibuat dalam keadaan yang waras, bukan dipandu oleh emosi dan perasaan semata-mata.


Sebab itu, saya sering menekankan perihal perbincangan.


Perbincangan adalah apa yang akan membuatkan urusan ini menjadi mudah.


Dalam kes isteri saya, dia asalnya bukannya seorang yang mencintai saya. Bukan seorang yang jatuh cinta dengan saya. Dia menerima saya atas hajat dan cadangan ibu bapanya. Awalnya, dia sendiri rasa terpaksa, namun bila dia sendiri memberikan ruang untuk bertaaruf dengan saya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Begitulah juga nasihat saya kepada anak-anak muda yang lain.


Bila ibu bapa mencadangkan, tambah kita pula belum lagi menyukai sesiapa, belum ada sesiapa, berikanlah ruang dan peluang terhadap cadangan ibu bapa kita.


Kita tidak tahu, kemungkinan ada kebaikan yang besar di sebalik itu semua.


Saya kira kita sebagai anak-anak, patut memberikan ibu bapa kita, manusia yang telah membesarkan kita dan berkorban banyak perkara untuk kita, peluang memberikan cadangan dan pandangan terhadap kehidupan kita.


Namun saya yakin, ibu bapa yang baik juga, tidak akan memaksakan pandangan dan cadangannya kepada anak mereka.


 


Perbincangan – Sebuah Seni Kehidupan


Bila saya sering ulang berkait perbincangan ini, saya melihat sebenarnya perbincangan adalah sebuah seni. Seni untuk hidup.


Kerana saya perasan dalam hidup saya, bukan isu perkahwinan sahaja yang memerlukan perbincangan dengan ibu bapa. Selepas berkahwin, banyak juga perkara yang kita bincangkan dengan ibu bapa. Sebagai seorang anak, pastilah kita akan memberitahu ibu bapa kita akan apa yang berlaku dan dari masa ke semasa meminta pandangan mereka.


Kadangkala ibu bapa yang hajatkan sesuatu, inginkan sesuatu, lantas mereka akan cadangkan dan berikan pandangan mereka. Di sana semuanya wujud perbincangan.


Jika di awal permulaan rumahtangga kita sudah dimulakan dengan isu paksa memaksa, di sana ada tanda retakan hubungan kita dengan kedua ibu bapa.


Maka saya seru kepada anak-anak muda, juga golongan ibu bapa, untuk sama-sama berusaha faham memahami, lengkap melengkapi dalam isu ini. Anak-anak cuba letakkan diri dalam kasut ibu bapa anda, dan begitu juga ibu bapa, cuba dalami keadaan anak sendiri berbanding sekadar mengharapkan mereka akan mengikut 100% apa kita suruh.


Muhasabah.


 


===========================================


10624864_780497378683501_448373291006743929_n


————————–

Detail program

————————–


Seminar Sebelum Aku Bernikah

Tema: Berusaha Mencapai Mampu

Tarikh: 14hb Februari 2015

Masa: 8.00am-11.00pm

Tempat: CAC, UIA Gombak.


Yuran: Asal – RM100


Promosi*

- RM50 seorang(jika daftar 3 orang ke atas)

- RM60 seorang(jika daftar 1-2 orang)

- Jika mendaftar untuk satu rombongan(30 orang minimum), ada harga istimewa yang dirahsiakan. Hubungi terus saudara Muhaimin Misran untuk harga istimewa bagi yang datang rombongan.


*Yuran promosi valid hingga 30hb November 2014 sahaja.


Link pendaftaran: http://ssab.langitilahi.com/


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi:

Saudara Muhaimin Misran – 0135041501

Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975


————————–

Tentatif

————————–


08.00-09.00AM – Pendaftaran


09.00-09.30AM – Ucaptama & Persembahan Puisi – Ameen Misran


09.30-10.30AM – Slot 1: Fiqh Cinta – Kak Fatimah Syarha


10.30-11.00AM – Rehat


11.00-12.00PM – Slot 2: 1,2,3 Cari Jodoh – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


12.00-01.00PM – Slot 3: Merancang Wang Semenjak Jatuh Cinta – Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir


01.00-02.00PM – Rehat


02.00-03.15PM – Slot 4: Anak Muda & Cinta – Aiman Azlan


03.15-04.30PM – Slot 5: Tarbiyah Anak Sebelum Berkahwin – Pak Arbi (Rosdi Baharom)


04.30-05.30PM – Rehat


05.30-06.30PM – Slot 6: Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf


06.30-08.00PM – Rehat


08.00-10.30PM – Slot 7: Forum – Mendidik Keluarga, Mendidik Negara – Ustaz Syaari Rahman, Dr. Harlina Siraj


10.30-11.00PM – Penutup & Bersurai


————————–


Ayuh bersama kami di seminar ini!


Mohon sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang ramai.


The post Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Dipaksa Kahwin appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2014 18:14

Desire to change

Man jump


Picture courtesy of http://www.worldofdiets.com/i-could-never-do-that/


Desire to change


Sinners. Who are not eligible as one in this worldly life? Only the messenger of Allah S.A.W and other prophets are infallible from sin. As normal humans, sins are in fact, a part and parcel of natural predisposition. Me, you and everyone around have sins. The only difference is either they are disclosed or concealed. Everyone has their individual defect (aib), seen or hidden.


The question is not whether they are seen or hidden. But, do we want to cleanse them or not?


‘Desire to change’ is the answer that differentiates us from other sinners.


I Shall Never Belittle Sinners


I shall never do that. We often hear humiliation and disgrace to fellow sinners.


“All them are in Hell!”


“They have no hope.”


“Scumbags.”


I shall never subscribe to that, because I am too one. The truth be told, I produce this writing with the intention of saving myself too.


Is it true that sinners have lost all hope? Who said that? Even Allah’s amnesty is all-encompassing.


Sinners, who do not seek forgiveness from Him, are those who will enter Hell. But whoever wholeheartedly cleanse themselves, admit their mistakes and improve upon them shall enter heaven. That is what I believe and I put my faith in it. I believe that His forgiveness is all-embracing. However, I also believe that His grace needs to be accompanied by effort, not doing anything.


From me, throwing them in hell and saying hope shall never prevail, it is better if I call upon them to seek heaven and plant the seed of hope in the lost souls. For when I stumble down, I have those who will take my hand and pull me back on my feet.


Hope for Fellow Sinners      


I would like to reiterate here that, we sinners need to have hope. Never lose hope. As hope is always there as long as death and judgment day have not yet come.


Allah explains in Surah An-Nisa’ verse 110:


“And whoever does a wrong or wrongs himself but then seeks forgiveness of Allah will find Allah Forgiving and Merciful.”


This is one of the verses that contain proof “Allah is all forgiving.”


There are more than 90 verses in the Quran that clarifies that. Who can deny?


Why repentance exists for creation that cannot run from sins? Is it true that why repentance is evident in Islam, means that He is ready to forgive us?


Rest assured fellow sinners that Allah’s mercy is greater than anything. Allah says in Surah Al-‘Araf verse 156:


“My mercy encompasses all things”


Be in the know that, as sinners, hope is always there.


How do we use that hope?


How do we use the hope given by Allah to us?


How do we treat Allah’s “all forgivingness”?


This is an important question that determines whether or not we qualify to ascertain his forgiveness or not.


My preference is we instantly retrieve that forgiveness without a second thought. Without deliberating. We try our best, to the last drop of blood to retrieve it. We cannot use the excuse that Allah is all forgiving therefore we sin more. Humans who really desire dearly for hope must exercise all chances at hand. If we choose to blasphemy, then we are not grateful and do not appreciate the hope Allah has given to us, do we think forgiveness shall prevail?


Impossible.


ssab-yace15


 


The post Desire to change appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2014 07:51

November 25, 2014

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Apabila Kita Ditolak

IMG_6727


 


Rakan-rakan pembaca yang saya doakan agar Allah rahmati, terima kasih kerana terus menyelak lembaran karya ini.


Setelah kita bicarakan perihal lamaran dalam bab yang lepas, kita sedar bahawa antara jawapan kepada lamaran kita ialah penolakan. Ya, jangan nafikan kemungkinan untuk pengakhiran yang sedemikian. Ini bukannya cerita fantasi di mana watak utama(kita lah tu) sentiasa mendapat apa yang dikehendakinya.


Jika ditolak, apa yang perlu dilakukan?


Apakah kita akan menangis dan patah hati? Hidup seperti mayat hidup, kecewa tak terkata hingga rasa putus asa dengan bahagian-bahagian lain dalam kehidupan kita? Apakah kita akan bertindak jauh dengan perkara yang tidak bermoral seperti mengelar lengan, terjun bangunan atau menggantung diri kita?


Ya, mungkin kerana warna cinta pada hari ini dikawal oleh ‘pihak-pihak tertentu’ yang menguasai media dan selebriti, lantas adegan-adegan tadi akan menjadi tayangan pada minda tanpa sedar kita, sekaligus seakan tawaran pilihan untuk kita melaksanakannya.


Ini antara sebab mengapa saya menyeru agar kita bersihkan terlebih dahulu definisi cinta, pada awal buku ini, dan juga pada Buku Sebelum Aku Bernikah yang pertama. Kerana apabila definisi cinta kita itu bersih, maka jiwa dan minda kita akan bersih dari pilihan-pilihan yang tidak bermoral saat apa yang kita hajati tidak tercapai di medan ini.



Sedih, perkara biasa


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi,


Bila ditolak, dan kita bersedih, itu perkara biasa. Apa yang dihajati tidak kesampaian, pastilah kita rasa seperti tidak kena. Saya sendiri bukan orang yang asing untuk situasi ini kerana saya sendiri pernah ditolak ketika melamar perempuan yang saya cintai.


Cerita yang lebih detail berkait hal itu telah saya kongsikan pada Buku Sebelum Aku Bernikah: Berusaha Mencapai Mampu. Namun apa yang boleh saya kongsikan di sini ialah, saya bangkit dari kesedihan itu.


Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan, dan suntikan positif terutamanya daripada Ummi Abah, membuatkan saya tidak lama bersedih, dan terus menyambung kehidupan seperti sedia kala bahkan bergerak ke arah yang lebih baik lagi.


Perkara biasa bersedih. Yang tidak kenanya adalah apabila kita memanjang-manjangkan kesedihan.


Berilah masa pada diri, sehari dua untuk berduka. Namun letakkan azam untuk bangkit dan perhatikanlah semula tujuan utama mengapa kita mengembara menongkah samudera sebagai seorang pencinta.


Untuk menggapai keredhaan Allah SWT sebenarnya.


Bukan untuk si fulan atau si fulanah yang menolak kita tadi. Tertolaknya lamaran kita tidak bermakna Allah SWT tidak meredhai kita. Itu tandanya Dia mahu memberikan kita yang lebih baik. Atau boleh jadi, itu sebagai sebuah teguran kasih sayang daripadaNya kepada kita, hendak menyatakan bahawa kita perlu memperbaiki diri kita lagi.


Nah, maka untuk apa berduka dengan panjang?


Bangkit dan teruskan perjalanan!


 


Mencuba Lagi Sekali?


Ditolak tidak bermakna semuanya berakhir. Kadang penolakan bukan bermakna orang yang kita lamar itu tidak mahu dengan kita, benci atau tidak suka dengan kita. Kadangkala mungkin mereka terkejut, dan secara spontan menolak lamaran kita. Semuanya adalah kerana mereka memerlukan lebih banyak masa.


Maka tidak salah untuk mencuba sekali dua lagi, jika kita memang benar-benar berhajat kepada dirinya. Namun jangan terlalu mendesak dan terlalu dekat dengan waktu penolakan. Berikan masa. Kemudian cuba minta wakil kita tanyakan kepadanya, mengapa kita ditolak.


Ada yang menolak kerana memang tidak berkenan dengan kita. Jika ini jawapannya, tidak perlu kita paksakan lagi. Anggaplah sahaja kita dengannya tidak punya jodoh, walaupun kita hakikatnya tidak tahu apakah aturan Allah SWT antara kita dengannya. Biarlah itu menjadi rahsia Allah SWT, pada masa yang sama kita berusaha dengan apa yang kita tahu. Apa yang kita tahu sekarang, dia menolak kita dan tidak berkenan dengan kita. Maka apa yang boleh kita usahakan ialah tidak lagi mengharapkan perasaan kita dibalasinya, dan kita pun mula bergerak untuk mencari yang mungkin boleh menerima kita.


Ada pula yang menolak kerana mungkin ada perkara yang tidak selesai pada diri kita, yang diperhatikan olehnya. Jika ini sebabnya, boleh minta dirinya jelaskan apa perkaranya, dan apakah jika kita selesaikan perkara tersebut, dia akan boleh menerima kita?


Jika jawapannya ya, maka tidak rugi mencuba. Mungkin ada sesuatu yang dia ingin kita buktikan. Seperti meninggalkan sesuatu sikap buruk, seperti cemerlang dalam pelajaran, atau apa sahaja selagi mana ianya berlandaskan syariat. Ini pun jika kita benar-benar berhajat kepadanya.


Jika kita rasa apa yang dihajatinya itu tidak relevan, tidak syara’, sekadar mengada-ngada dan tidak membawa apa-apa manfaat kepada diri kita, abaikan sahaja dan fokuslah kepada usaha mencari yang lain.


Ada lagi yang hanya memerlukan masa sebagaimana yang saya nyatakan pada awal tadi. Mereka ini, kita berikan masa. Jangan terlalu lama, agar ianya tidak membazirkan waktu kita, juga emosi kita. Kerana setiap masa yang terluang, sebenarnya menambah risiko terhadap diri kita. Jika jawapan pada akhirnya adalah ‘iya’, menanti lama pun memang tidak menjadi masalah. Namun bayangkan jika akhirnya jawapan adalah ‘tidak’, sudah pasti kita rasa seperti tertipu dan dikhianati menanti sebegitu lama.


Untuk mengelakkan hal yang sedemikian, berikan masa yang selayaknya. Sebulan dua sudah cukup sesuai. Jika mahu lebih lagi, setahun mungkin. Itupun sudah besar risikonya kepada emosi kita sebenarnya. Namun ini semua bergantung kepada diri masing-masing. Apa yang penting ialah kita merancang dengan baik, dan membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita sendiri, serta pastikan itu semua akhirnya memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita.


 


Jauhi Perkara-perkara Yang Memudaratkan Selepas Ditolak


Rakan-rakan pembaca, apabila ditolak, jauhilah perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat, bahkan mungkin memudaratkan diri kita.


Elakkan terlalu melayan perasaan. Jangan kurung diri kita di dalam bilik, menangis berseorangan. Ini semua memudahkan syaitan untuk menyusup masuk ke dalam minda dan jiwa kita, seterusnya memberikan cadangan-cadangan yang bakal memudaratkan diri kita lebih jauh lagi.


Jangan sesekali mencadangkan diri sendiri untuk membunuh diri baik dengan apa cara sekalipun. Terasa seperti mayat hidup adalah biasa pada awal-awalnya. Namun kita perlu merasainya dengan perasaan mahu bangkit dari situasi tersebut. Bukan melayaninya hingga menjadi lebih kronik, sampai merasakan kehidupan langsung tidak bermakna.


Tangani semua ini dengan bermasyarakat, bergaul dengan rakan-rakan, beriadhah, beraktiviti bersama keluarga, mengeratkan hubungan kita dengan Allah SWT dan sebagainya, yang mampu menunjukkan kepada kita bahawa dunia ini masih belum berakhir.


Antara yang banyak membantu saya untuk segera keluar dari kesedihan ditolak ialah keluarga, dan sistem usrah. Saya mengikuti usrah, dan biasanya usrah kami diadakan seminggu sekali. Seminggu selepas ditolak, saya pergi ke usrah seperti biasa dan berkongsi pengalaman pahit saya itu dengan ketua usrah, dengan rakan-rakan. Untung apabila saya memang sentiasa berkongsi dengan mereka akan perkembangan hidup saya, justeru apabila berita penolakan itu sampai kepada mereka, rakan-rakan seusrah saya banyak memberikan motivasi dan sokongan moral.


Yang paling besar sebenarnya dalam hal ini ialah Ummi Abah. Itu satu lagi yang saya rasa sangat sangat beruntung apabila tidak pernah langsung mengenepikan mereka dalam urusan cinta saya. Semenjak awal saya menyukai perempuan yang saya cintai itu, Ummi Abah adalah yang pertama tahu. Setiap progress saya kongsikan dengan mereka. Apabila ditolak, saya hubungi Ummi, dan Ummi memberikan kata-kata semangat.


Dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan, saya tidak rasa keseorangan, putus asa dan lemah yang berpanjangan. Tidak rasa hendak melakukan perkara yang memudharatkan. Saya bangkit dan meneruskan kehidupan.


Saya yakin, jika anda ditolak, anda juga akan mampu menyelamatkan diri anda.


InsyaAllah. Saya mendoakan.


 


Muhasabah Diri


Bila jiwa sudah tenang dan lapang, ambil lah masa untuk melaksanakan proses muhasabah terhadap diri kita, sebelum kita terus hendak mencari orang lain sebagai pasangan hidup kita. Kita tidak mahu orang yang seterusnya kita cari ini sekadar ‘pengganti’ kepada yang asalnya kita suka.


Berikan diri masa dan rehatlah dari perihal cinta dan jodoh ini buat sementara. Berikan sebulan atau dua bulan untuk diri anda bertenang. Sambil itu jadikannya sebagai medan muhasabah.


Apa yang kurang lagi berkait diri kita?


Ibadah mana yang belum selesai, dan maksiat mana yang belum kita tinggal. Teliti, kenali, dan perbaiki. Mungkin sahaja penolakan berlaku adalah kerana Allah SWT tahu bahawa kita masih belum layak untuk fasa yang seterusnya. Sebagai tanda kasih kepada kita, Allah halang kita untuk maju ke hadapan, agar kita tidak maju untuk kegagalan yang lebih besar. Allah mahu kita lebih bersedia. Maha kasih Allah SWT. Memang kadang kita tidak tahu apa yang Dia aturkan buat kita.


Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.


Bukanlah bermakna kita perlu menanti hingga kita sempurna barulah kita bergerak kembali melamar seseorang. Itu tidak realistik, kerana kita tidak akan mencapai kesempurnaan.


Cukuplah kita usaha apa yang termampu, dan apabila kita rasakan sudah tiba masanya untuk bergerak mencari pasangan hidup, kita mulakan langkahan kita dengan keyakinan dan pergantungan kepada Allah SWT.


InsyaAllah apabila kita melaksanakan proses ini, Allah SWT akan memberikan yang terbaik buat kita.


Untuk diri saya, semasa dalam proses muhasabah diri ini, pada bulan yang ketiga, Allah SWT berikan perempuan yang saya cintai itu menerima saya semula. Dialah yang menjadi isteri saya pada hari ini, ibu kepada anak-anak saya.


Untuk rakan-rakan lain yang ditolak, mungkin Allah SWT tidak memberikan lelaki/perempuan yang anda cintai menerima anda. Tetapi mungkin Allah SWT gantikan dengan pasangan yang jauh lebih baik, insyaAllah. Semuanya sebenarnya di tangan Allah. Maka bukankah pertamanya kita perlu buat yang terbaik dalam menjaga hubungan kita denganNya?


Yakinlah dengan Allah SWT.


Allah SWT itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.


“Macam mana jika sampai mati tak ada jodoh, asyik ditolak sahaja?”


Yakinlah bahawa segala ujian dan cabaran itu, ada pahalanya buat kita jika kita laluinya dengan sabar dan tabah. Jikalah sampai ke mati pun Allah tak gantikan dengan sesiapa, yakinlah akan wujudnya syurga buat mereka yang melepasi ujian dalam dunia yang fana ini. Di sana, pastilah Allah SWT sudah sediakan habuan yang baik buat kita, bukan sekadar pasangan dari kalangan bidadari atau bidadara, tetapi juga tempat tinggal yang baik serta kenikmatan yang tiada taranya.


InsyaAllah.


Itulah pentingnya memahami cinta yang sebenar. Akhirnya kita sedar bahawa ini semua hakikatnya hanyalah wasilah dalam mencari keredhaan Allah SWT. Apa yang penting adalah keredhaan Allah SWT itu tadi.


Kita menyukai seseorang, melamarnya, semuanya dalam proses hendak memenuhi perintah Allah SWT. Apakah kita fikir Allah SWT akan mempersiakan manusia yang bersungguh-sungguh menjaga syariatNya, mencari keredhaanNya?


Muhasabah.


 


 


===========================================


10624864_780497378683501_448373291006743929_n


————————–

Detail program

————————–


Seminar Sebelum Aku Bernikah

Tema: Berusaha Mencapai Mampu

Tarikh: 14hb Februari 2015

Masa: 8.00am-11.00pm

Tempat: CAC, UIA Gombak.


Yuran: Asal – RM100


Promosi*

- RM50 seorang(jika daftar 3 orang ke atas)

- RM60 seorang(jika daftar 1-2 orang)

- Jika mendaftar untuk satu rombongan(30 orang minimum), ada harga istimewa yang dirahsiakan. Hubungi terus saudara Muhaimin Misran untuk harga istimewa bagi yang datang rombongan.


*Yuran promosi valid hingga 30hb November 2014 sahaja.


Link pendaftaran: http://ssab.langitilahi.com/


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi:

Saudara Muhaimin Misran – 0135041501

Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975


————————–

Tentatif

————————–


08.00-09.00AM – Pendaftaran


09.00-09.30AM – Ucaptama & Persembahan Puisi – Ameen Misran


09.30-10.30AM – Slot 1: Fiqh Cinta – Kak Fatimah Syarha


10.30-11.00AM – Rehat


11.00-12.00PM – Slot 2: 1,2,3 Cari Jodoh – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


12.00-01.00PM – Slot 3: Merancang Wang Semenjak Jatuh Cinta – Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir


01.00-02.00PM – Rehat


02.00-03.15PM – Slot 4: Anak Muda & Cinta – Aiman Azlan


03.15-04.30PM – Slot 5: Tarbiyah Anak Sebelum Berkahwin – Pak Arbi (Rosdi Baharom)


04.30-05.30PM – Rehat


05.30-06.30PM – Slot 6: Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf


06.30-08.00PM – Rehat


08.00-10.30PM – Slot 7: Forum – Mendidik Keluarga, Mendidik Negara – Ustaz Syaari Rahman, Dr. Harlina Siraj


10.30-11.00PM – Penutup & Bersurai


————————–


Ayuh bersama kami di seminar ini!


Mohon sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang ramai.


The post Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Apabila Kita Ditolak appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2014 17:42

November 24, 2014

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Menolak Lamaran

Comp 5_00047-horz


 


Apabila membicarakan perihal bagaimana hendak menerima penolakan, pasti ada yang bertanya, bagaimana pula hendak menolak lamaran atau pinangan dengan baik bukan?


Rakan-rakan pembaca yang saya muliakan, semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Dalam bab ini, saya akan kongsikan pandangan dan pendapat saya berkait perkara ini.


Memandangkan saya sendiri mempunyai pengalaman ditolak, ditambah pula dengan beberapa kisah daripada rakan-rakan saya sendiri, saya berpendapat bahawa penolakan terhadap satu-satu lamaran adalah hak buat tuan punya badan, dan biasanya yang menolak adalah sang perempuan, walaupun boleh juga terjadi situasi di mana perempuan yang melamar, dan yang menolaknya adalah lelaki.


Walaupun ianya merupakan hak tuan punya badan, saya kira kerana ia melibatkan pihak yang lain, hendaklah hak tersebut digunakan dengan jalan yang baik.



Tidak Membuatkan Pelamar Tertunggu Terlalu Lama


Saya ada seorang sahabat yang melamar seorang gadis. Dia menggunakan wasilah mas’ul usrahnya sebagai orang tengah antara dia dan gadis yang ingin dinikahinya itu.


Sang Gadis meminta masa. Tetapi tidak dinyatakan pula berapa lama. Maka sahabat saya memutuskan untuk menanti. Sang Gadis tidak menyatakan terang-terang bahawa dia hendak menolak, maka sahabat saya kira dia mempunyai harapan, dan sanggup menunggu.


Tunggu dan tunggu, dua tahun telah berlalu.


Selepas dua tahun, Sang Gadis memberikan jawapan, bahawa dia menolak lamaran sahabat saya itu. Saya hanya boleh membayangkan pecahnya hati sahabat saya itu, selepas dua tahun menunggu. Bayangkan, bukan dua hari, dua minggu atau dua bulan. Dua tahun.


Ini saya kira adalah apa yang patut dielakkan oleh orang yang hendak menolak lamaran atau pinangan mana-mana pihak. Jangan sampai ianya memakan masa hingga bertahun-tahun. Ia telah menzalimi sang pelamar, kerana masa tidak boleh dijual beli atau diberikan kembali.


Sepatutnya berikan masa yang sesuai, tiga bulan contohnya, untuk memberikan jawapan.


Bukannya membiarkan sang pelamar tergantung tidak bertali. Dia hendak mencari yang lain pun, kita tidak tolak lagi, maka pastilah dia menantikan kita dengan penuh pengharapan.


Elakkan sikap sebegini, dan jangan sesekali menjadikannya sebagai medan ujian. “Nak uji kesetiaan dia.” Ini alasan yang tidak boleh diguna pakai. Ini bukan eksperiman. Ini melibatkan kehidupan manusia. Jika kita betul berhajatkan masa untuk berfikir, maka minta jangka masa yang sesuai. Pada saya 3 bulan sudah cukup lama. Jika kita dari awal memang tidak berkenan, nyatakan terus. Jika kita rasa perlu lebih kenal, minta peluang untuk bertaaruf.


Jangan sesekali menzalimi orang lain dengan membuatkan usianya terbuang dengan sia-sia.


 


Tidak Memberikan Harapan


Bila kita ingin menolak lamaran atau pinangan satu-satu pihak, jangan sesekali memberikan harapan. Harapan yang membuatkan dia rasa dia masih berpeluang, sedangkan kita benar-benar tidak berkenan kepadanya.


Contohnya kita telah menolak, tetapi kemudian bila ditanya mengapa kita ditolak, kita menjawab: “Kerana hal sekian tidak selesai.”


Itu memberikan harapan seakan menyatakan jika hal tersebut selesai, kita akan sudi untuk mengahwininya. Maka jika pihak tersebut serius mencintai kita, dia akan bersungguh menyelesaikan hal tersebut, dan kembali melamar kita semula.


Malang apabila dia melamar kita semula, kita telah menerima pinangan pihak lain. Pasti remuk jiwanya, dan terganggu kehidupannya. Kita tidak pun menanti dirinya, tetapi memberikan harapan yang tidak sepatutnya.


Ini sikap yang tidak patut wujud ketika kita menolak pinangan seseorang.


Jika benar hendak memberikan harapan, kita juga patut ada komitmen untuk menanti. Jika benar hendak memberikan peluang kedua, berikan masa yang sewajarnya agar dia dapat berusaha dan kita juga perlu menanti dalam jangka masa tersebut.


Bukan melayangkan harapan kosong, dia berusaha bersungguh-sungguh, kita pula mengabaikannya begitu sahaja.


Ini sikap yang tidak enak.


 


Tidak Memberikan Alasan Yang Tidak Munasabah


Saya ada beberapa sahabat yang mengalami kes di mana lamaran mereka ditolak dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Jika semenjak awal sudah ditolak, tidak mengapa. Kebanyakannya berlaku apabila hubungan sudah hampir hendak dimeterai secara serius. Contohnya, dalam proses hendak bertemu ibu bapa, dalam proses hendak mengikat tali pertunangan.


Tiba-tiba sahaja muncul alasan seperti: “Ibu bapa saya tak suka awak.” Atau “Saya dah istikharah lagi sekali, dan mimpi jumpa yang lain.” Dan sebagainya. Ada juga saya pernah jumpa alasan “Kakak saya tak boleh masuk dengan awak.” Apa kena mengena kakak dengan perkahwinan kamu? Saya memang tak boleh terima alasan sedemikian. Kasihan sahabat-sahabat saya.


Jika kita hendak menolak, tolaklah dengan alasan yang munasabah. Alasan yang jujur. Jika ianya benar-benar sebuah masalah, dan kita jujur dengan hubungan kita, pastilah kita akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut.


Ibu bapa tak suka, jika benar, kita boleh bawa berbincang. Bukan terus putus. Kakak tak masuk dengan bakal pasangan, boleh kita cuba damaikan apa yang boleh. Bukan terus putus. Istikharah mimpi jumpa yang lain, ini sebenarnya alasan yang paling tak boleh diterima, kita bukan wali dan istikharah tidak sepatutnya dibuat selepas membuat keputusan, istikharah sepatutnya semasa awal-awal lagi kita rasa nak terima atau tidak terima, jika dah dekat nak jumpa mak ayah istikharah lagi sekali, memang syaitan akan ambil peluang retakkan hubungan kita.


Namun jika hati memang tak berkenan, tak suka, kita akan bagi alasan-alasan tak munasabah ini. Kita memang nak retakkan hubungan, dan lari. Kita tak nak selamatkan hubungan ini, dan mahu ianya rosak agar kita boleh lolos dan bebas.


Orang macam ini saya kira memang tak patut bersatu pun, sebab hanya akan membawa kecelakaan pada masa hadapan, tinggalnya rugilah orang-orang yang terkena dengan mereka ini. Sikap sebegini sepatutnya tidak diamalkan oleh sesiapa.


Salah seorang dari sahabat saya, lebih menyedihkan, selepas pelbagai alasan yang diberikan kepadanya(antaranya: Saya tidak bersedia lagi.), maka hubungan mereka putus. Ajaibnya, selepas beberapa ketika(tak lama mana pun), kedengaran orang yang dilamarnya itu bertunang dengan orang lain. Kata tidak bersedia?


Alasan tidak munasabah ini sebenarnya telah jatuh di dalam pembohongan, dan berbohong hakikatnya adalah sebahagian dari dosa besar.


Moga para pembaca, yang ingin menolak lamaran dan pinangan orang, jangan bersikap sebegini.


Jika tidak berkenan, jujur sahajalah. Jika sudah tiada hati, katakan sahaja. Jika sudah berubah angin, luahkan betul-betul. Jangan berbohong. Kita kononnya hendak menjaga hati dengan pembohongan kita, tetapi sebenarnya sikap sedemikian hanya akan lebih meluaskan robekan luka dari terbengkalainya hubungan tersebut, terutama kepada pihak yang ditolak.


 


Jika Sudah Berpunya


Jika kita sudah berpunya, nyatakan terang-terang.


Jangan berdolak dalih dengan orang yang melamar kita selepas kita sudah berpunya. Jangan cuba-cuba juga pasang ‘spare-part’. Jangan memberikan harapan seperti: “Kalau hubungan saya yang ni tak menjadi, mungkin saya akan cari awak.” Dan sebagainya.


Biasa berlaku saya lihat ketika fasa pertunangan di mana orang merahsiakan pertunangannya, hingga apabila ada yang berkenan dengannya, dia layankan sahaja seperti dia masih tidak punya apa-apa komitmen.


Ini sangat tidak patut.


Ia akan menumbuhkan keserabutan, dan menimbulkan banyak tanda tanya terhadap kesetiaan kita sendiri.


 


Pengalaman


Saya pernah ditolak lamarannya, dan saya pernah menolak lamaran orang.


Saya pernah mendapat beberapa lamaran, baik daripada perempuan sendiri atau ibu bapanya, bahkan saya pernah mendapat lamaran semasa saya telah bertunang dengan isteri saya hari ini.


Apa yang saya buat, ialah saya menolak awal-awal.


Saya masih ingat ada seorang perempuan ini, cuba memberikan ‘hint’ bahawa dia berhajatkan saya melalui Yahoo Messenger(alat komunikasi yang popular dahulu di internet). Walaupun dia tidak nyatakan secara jelas yang dia berminat menjadikan saya suaminya, namun kerana ‘hint’ yang diberikan itu diulang beberapa kali, jadi saya terus sahaja memintas dan berkata bahawa saya tidak berhajat kepadanya. Saya nyatakan, lebih baik sangkaan saya(bahawa dia mahu jadikan saya suaminya) silap berbanding saya yang tersilap memberikan harapan dan sebagainya kepada dirinya.


Dia mengakui bahawa dia memang berhajatkan saya untuk menjadi suaminya, dan berjanji untuk tidak lagi ‘mencuba’.


Zawjah saya sendiri pada saya menolak saya dengan cara yang betul ketika lamaran saya sampai kepadanya pertama kali dahulu. Dia terus sahaja menyatakan tidak berkenan, maka saya juga tidak menanti jawapannya. Saya teruskan kehidupan saya sebagaimana saya nyatakan di dalam Buku Sebelum Aku Bernikah: Berusaha Mencapai Mampu.


Walaupun selepas itu, zawjah saya menerima saya semula, kami bertunang dan berkahwin dan mempunyai dua orang anak sehingga hari ini.


Bila saya tanya zawjah saya, kenapa tolak, dia menyatakan bahawa dia memerlukan masa. Tetapi dia tidak mahu saya mengharap, maka dia tolak sahaja tanpa memberikan harapan.


Bagus dia buat begitu, kerana saya memang tidak menanti penerimaannya semula.


Saya tidak terseksa menunggu keputusannya kerana dia terus memberikannya.


Dan bila dia menerima saya – tanpa saya melamarnya semula – Allah SWT sahaja tahu betapa bahagianya saya ketika itu.


Penolakan Adalah Hak, Gunakan Sebaiknya


Menolak lamaran dan pinangan seseorang adalah hak tuan punya badan. Walaupun ada hadith yang menyatakan bahawa tidak digalakkan menolak lamaran daripada orang-orang yang soleh, ianya tetap bukan satu kesalahan untuk menolak, jika hati kita tidak berkenan atau kita sendiri rasa tidak sesuai.


    “Apabila seseorang yang kalian redhai agama dan akhlaknya datang kepada kalian untuk meminang wanita kalian, maka hendaknya kalian menikahkan orang tersebut dengan wanita kalian. Bila kalian tidak melakukannya niscaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang besar.” Hadith Riwayat At-Tirmidzi.


Namun kerana lelaki soleh atau perempuan solehah bukan seorang sahaja di atas muka bumi ini, menolak pinangan yang datang daripada kalangan mereka(yang soleh & solehah) tidak boleh dianggap salah. Lebih-lebih lagi apabila kita merasakan tidak berkenan terhadapnya – bukan terhadap agamanya.


Perkahwinan memang perlu dibangunkan atas dasar suka sama suka. Bukan atas dasar terpaksa. Ini terbukti daripada hadith-hadith yang menunjukkan Nabi SAW melarang perkahwinan yang terbangun atas dasar paksaan. Kerana akhirnya selepas itu kita hendak membangunkan sebuah kehidupan. Lainlah jika kita memang terbuka untuk suka selepas perkahwinan. Ianya terletak pada keputusan masing-masing.


Apa yang penting ialah, apabila kita menolak satu-satu lamaran atau pinangan, jangan kita zalimi pihak yang melamar dan meminang itu. Terus terang sahaja nyatakan tidak berkenan jika benar kita hendak menolaknya secara terus.


Jika kita ingin memberikan peluang, katakan bahawa kita punya tuntutan sekian-sekian secara jelas, dan berikan masa untuk melihat tuntutan kita dipenuhi. Dan kita juga perlu menghormati masa tersebut, bukannya mengabaikannya.


Jika kita benar-benar inginkan masa, untuk berfikir dan mempertimbangkan sama ada hendak menerima atau menolak, maka nyatakan secara jelas berapa lama jangka masanya. Jangan terlalu lama sampai memakan tahun, hormatilah masa dan usia yang dimakan oleh proses ini.


Harmonikanlah perjalanan ke arah rumahtangga ini dengan kejujuran dan sikap yang baik. Jangan calarkan kenangan-kenangan sepanjangnya. Mungkin kita rasa kita berhak menolak dengan apa cara sekalipun kerana kita tuan punya badan, namun bertimbang rasalah dan berperi kemanusiaan, kerana bukan kita sahaja mengembara di jalanan cinta ini. Orang yang melamar kita begitu juga.


Nyatakan secara jujur, agar terelaklah dari sebarang konflik yang tidak enak, serta kenangan-kenangan yang tidak memberi manfaat.


 


===========================================


10624864_780497378683501_448373291006743929_n


————————–

Detail program

————————–


Seminar Sebelum Aku Bernikah

Tema: Berusaha Mencapai Mampu

Tarikh: 14hb Februari 2015

Masa: 8.00am-11.00pm

Tempat: CAC, UIA Gombak.


Yuran: Asal – RM100


Promosi*

- RM50 seorang(jika daftar 3 orang ke atas)

- RM60 seorang(jika daftar 1-2 orang)

- Jika mendaftar untuk satu rombongan(30 orang minimum), ada harga istimewa yang dirahsiakan. Hubungi terus saudara Muhaimin Misran untuk harga istimewa bagi yang datang rombongan.


*Yuran promosi valid hingga 30hb November 2014 sahaja.


Link pendaftaran: http://ssab.langitilahi.com/


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi:

Saudara Muhaimin Misran – 0135041501

Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975


————————–

Tentatif

————————–


08.00-09.00AM – Pendaftaran


09.00-09.30AM – Ucaptama & Persembahan Puisi – Ameen Misran


09.30-10.30AM – Slot 1: Fiqh Cinta – Kak Fatimah Syarha


10.30-11.00AM – Rehat


11.00-12.00PM – Slot 2: 1,2,3 Cari Jodoh – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


12.00-01.00PM – Slot 3: Merancang Wang Semenjak Jatuh Cinta – Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir


01.00-02.00PM – Rehat


02.00-03.15PM – Slot 4: Anak Muda & Cinta – Aiman Azlan


03.15-04.30PM – Slot 5: Tarbiyah Anak Sebelum Berkahwin – Pak Arbi (Rosdi Baharom)


04.30-05.30PM – Rehat


05.30-06.30PM – Slot 6: Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf


06.30-08.00PM – Rehat


08.00-10.30PM – Slot 7: Forum – Mendidik Keluarga, Mendidik Negara – Ustaz Syaari Rahman, Dr. Harlina Siraj


10.30-11.00PM – Penutup & Bersurai


————————–


Ayuh bersama kami di seminar ini!


Mohon sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang ramai.


The post Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Menolak Lamaran appeared first on Langit Ilahi.

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2014 17:55