Hilal Asyraf's Blog, page 46

January 11, 2015

Tudung Vs Peluk

image


 


Mereka juga adalah manusia. Ada buat kesilapan. Banyak kritikan yang dilontarkan. Tapi kalau ada yang sampai kritik tak payah pakai tudung tu pada saya ia agak tak kena dengan prinsip kita sebagai muslim. Doakan mereka dan ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku.


The post Tudung Vs Peluk appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 11, 2015 20:23

Kerana Mereka Memerlukan Kita

seek1_by_ineedchemicalx-d5vcye9


photo by: devianart.com


Sekali sekala diri ini menyelak profile mukabuku teman-teman lama. Namun pencarian terhenti pada satu profile, ada penemuan yang menyentap hati. Melihat perubahan yang berlaku pada seorang teman, yang saya kira bukanlah perubahan yang positif apatah lagi foto-foto yang dipaparkan mempamerkan dirinya yang tidak lagi menutup aurat bermesra dengan teman lelaki, buat saya terkesima dan akhirnya menangis. Saya berkongsi cerita bersama seorang lagi teman yang rapat dengan si fulan, kami sama-sama menangis.


Teman kami itu, bukanlah datangnya dari keluarga yang faham agama, kehidupan sosial dan pergaulan bebas semenjak kecil, suasana keluarga yang kurang membina. Tempoh perkenalan kami dengannya juga amat singkat tetapi kami berjaya menjalin ukhuwah dengannya. Cuma sampai masa, perpisahan itu terjadi dan kami terputus hubungan. Allah izin, dunia mukabuku yang luas tetapi sempit ini menemukan semula kami dengan teman itu. Nyata, dia yang dahulu pernah menyatakan ingin berubah, tidak cukup kuat untuk mengekalkan perubahannya.


Kami menangis.

Kami menangis bukan kerana kecewa dengan dirinya. Kami menangis bukan kerana rasa terhina menjadi rakannya. Tetapi kami menangis kerana kami telah gagal membimbing teman kami dalam penghijrahannya ke jalan yang Allah redha. Silap kami juga kerana terputus hubungan dengannya buat suatu masa yang agak lama apatah lagi jarak memisahkan kami antara benua, lalu membuatkan kami alpa dari bertanya khabar dan memberi peringatan-peringatan buat hatinya.


“Ini salah kita..”

“Kita yang gagal membawanya”

“Dia perlukan kita…”


Ini cerita dua tiga tahun lalu.

Nyata segala yang terjadi adalah dengan izin Allah jua. Semenjak itu kami berusaha menghubungi, dengan kewujudan medium perhubungan seperti Whatsapp, Wechat dan sebagainya memudahkan lagi komunikasi. Kami bersyukur, setelah apa yang terjadi, sekurang-kurangnya dia tidak melarikan diri daripada kami, masih sudi bertemu dan bertegur sapa, masih sudi senyum dan ketawa bersama. Kami tahu, dia bukan tidak cuba untuk berubah, dia sedang berjuang untuk berubah meski kadang-kadang dia terjatuh kembali ke silap lama, tetapi peranan kami untuk tetap berada di sisinya, itu lebih penting supaya dia tahu, seteruk mana silap yang dia lakukan, dia masih punya sahabat dan teman yang sudi menerima dirinya dan terus memapah dirinya untuk bangun. Tiada manusia yang sempurna, bukan tugas kita untuk menentukan dia ahli syurga atau neraka.


 


Refleksi: Isu Muslimah Sana Sini


Wanita muslimah merupakan permata yang sangat tinggi nilainya dalam Islam. Mereka bukan perempuan biasa, mereka perlu dilindung dan dijaga. Dari rahim-rahim mereka lahirnya umat Muhammad yang menjadi pemimpin-pemimpin dan penegak panji-panji agama. Andai mereka tidak mampu memelihara maruah mereka, maka peranan kita pula untuk melindungi dan membenteng mereka dari bahaya dunia. Ibarat ratu semut yang dijaga tenteranya, malah Islam menjaga wanita lebih dari itu. Sebab itulah Allah SWT menyuruh wanita menutup aurat, menjaga tingkah lakunya, bukan sekadar itu sahaja, Allah SWT juga memerintahkan kaum lelaki agar menjadi pelindung kaum wanita, agar terpelihara maruah dirinya dari fitnah dan mehnah. Namun realiti hari ini, muslimah itu sendiri gagal menjaga maruahnya, namun lebih menghampakan lagi, mereka yang sepatutnya melindunginya, mengkhianati pula dengan menyebarkan aib dan kelemahannya. Kerana saya juga seorang muslimah, saya turut merasa tamparannya.


Melihat kepada isu gadis kpop yang menjadi viral dua tiga hari ini, mengingatkan saya kembali pada teman saya itu. Bukan sekali dua kes gadis muslimah bertudung menjadi isu hangat bualan masyarakat, malah berkali-kali. Mungkin ada yang masih ingat isu video “Couple Seminggu” , begitu juga isu video “Macam Cantik, Macam Comel” dan bermacam-macam lagi. Kesemuanya melibatkan gadis muslimah bertudung.  Ramai yang mengumpat, ramai juga yang memberi nasihat. Ada yang menyalahkan individu terbabit, tak kurang juga yang menyalahkan pihak penganjur, dan ada juga yang menyalahkan pihak berkuasa agama, pemimpin negara, dan sebagainya.


Saya tidaklah berniat untuk menafikan kesilapan yang mereka telah lakukan. Namun, apa yang terjadi kepada muslimah hari ini  tidak dapat tidak, kita perlu kembali melihat kepada diri sendiri – terutamanya saya. Kerana kebejatan sosial yang berlaku dalam kalangan muslimah mukminah ini adalah impak daripada muslim dan muslimah yang faham agama, ikhwan akhawat berada dalam bulatan usrah, mengenal apa itu dakwah dan tarbiyah, tetapi belum cukup buat kerja. Kerja apa? kerja-kerja mendidik kaum hawa di luar sana akan tingginya nilai maruah sebagai seorang Islam, mengajak mereka meninggalkan yang haram, menyentuh hati-hati mereka dengan akhlak-akhlak yang baik. Pasti akan ada yang berkata, kami sudah cukup berdakwah tetapi sebenarnya dakwah itu takkan berhenti sampai mati. Mengaku daie tetapi masih berpusing dalam bulatan kumpulan sendiri, sibuk memandang sinis orang lain dan kurang bergaul dengan masyarakat marhaen, mendabik dada konon diri fikrah tinggi, mohonlah keluar dari fantasi. Bila sudah jadi begini, naik pula poster dan quote-quote perli memerli gadis-gadis muslimah itu walhal salah siapakah bahana ini terjadi kalau bukan salah diri sendiri? Tak cukup hanya sekadar kata, kita harus bekerja lebih kuat lagi.


 


Penutup: Kembali kepada diri sendiri, buat kerja kita.


Mainkan peranan kita. Sebarkan nasihat dan peringatan. Antara ahli keluarga kita mungkin ada peminat KPop tegar contohnya,begitu juga dengan gusti WWE, dan segala bentuk hiburan-hiburan hedonisme dan aktiviti-aktiviti lain yang merosakkan jiwa, sentuhlah mereka dengan nasihat yang ikhlas. Apa yang datang dari hati, pasti akan sampai ke hati. Tegurlah mereka dengan cara memberi qudwah yang baik seandainya kita tidak pandai menasihatinya dengan kata-kata. Barangkali dengan cara ini, mereka yang menerima nasihat, akan menyebarkannya kepada orang lain pula. Dan muslimah-muslimah yang dihentam itu, yakinkah kita yang sebelum ini ada sesiapa yang pernah menasihati dan mendekati mereka? Mungkin tidak ada. Mungkin juga tidak seperti kita, mereka bukanlah follower kepada page-page Islamik dan peringatan-peringatan tidak pernah singgah di wall-wall mereka, apatah lagi jika rakan-rakan dalam lingkungan mereka adalah orang-orang seperti mereka juga. Jadi, mereka tidak sedar mereka terpesong. Cuba fikirkan. Ini bukanlah suatu yang mustahil.


Hiburan itu sangat menarik kerana syaitan dan iblis membuatkan ia nampak menarik dengan keseronokan-keseronakan yang membinasakan. Bukan kerana syaitan itu pintar, tetapi kerana manusia itu yang kurang cerdik dan tertipu dengan syaitan yang licik. Sudah tiba masanya untuk kita kaji semula, bagaimanakah cara yang lebih kreatif untuk kita menjadikan program-program yang membina jiwa dan akal lebih menarik hati berbanding program-program yang bercorak hiburan yang melalaikan. Mungkin cara sedia ada tidak berkesan lagi. Kita kekontangan idea dan buah fikiran. Wasilahnya sudah ada, petunjuknya sudah Allah beri, tinggal manusia sahaja yang perlu berfikir dan terus berfikir. Dan orang yang malas berfikir itulah yang asyik menyalahkan orang lain sahaja.


 


YouthAce2015 – Kerana Muslimah Itu Juga Belia


Oleh kerana itu, kami berusaha untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada diri kami sendiri dan anda semua, bahawasanya kita punya peranan besar dalam merubah masyarakat, kerana kita adalah adalah belia muslim, beliawati muslimah. Kita harus mengubah minda dan persepsi kita agar suatu hari nasib ummah ini  akan berubah. Kita adalah harapan masa depan.


Syeikh Yusuf al-Qaradhawi ada berpesan, sekiranya kita mahu melihat pemimpin masa hadapan, lihatlah pada belianya pada hari ini. Justeru kami mengajak anda semua untuk menyertai kami di konvensyen belia Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE2015) akan berlangsung pada 25hb April 2015 bertemakan “Belia & Masa Hadapan.” Harapan kami, agar kita dapat bersama-sama membuka minda dan berfikir, bagaimana kita dapat merubah anak muda dan belia pada hari hari agar lebih tertarik kepada perkara kebaikan dan nilai-nilai keilmuan berbanding hedonisme yang membinasakan maruah diri dan akal fikiran. Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat membawa perubahan yang besar kepada belia di Malaysia.


10911397_907702122597952_4075118275169734570_o


The post Kerana Mereka Memerlukan Kita appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 11, 2015 04:44

January 10, 2015

Umum: Cinta Kita Kepada Generasi Belia

10365367_778366748864824_8800971326141652819_o


Cinta kita kepada generasi belia sangatlah menggunung. Mereka mempunyai potensi yang sangat besar. Mereka masih mempunyai pelbagai peluang. Mereka masih memiliki kekuatan, idea, kreativiti.


Amatlah rugi apabila semua itu dicampak untuk perkara yang sia-sia. Dan kalau diperhatikan, memang generasi muda seakan telah dipenjarakan dalam satu suasana di mana mereka akan bergerak ke arah perkara yang sia-sia.


 


Generasi Muda Yang Dipenjara


Hiburan yang dilebih-lebihkan, pendidikan yang rapuh, agama yang tak dipaparkan dengan jelas, semuanya seakan diatur untuk membentuk generasi yang rosak.


“(mereka)merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’

menukar helang rajawali menjadi burung puyuh

mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya

dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”

~ Muhammad Iqbal


Dinaikkan pula untuk generasi muda ini ikon-ikon yang tidak mampu menjadi contoh yang hasanah, yang tidak mampu membawa mesej kemanusiaan dan nilai murni yang sebenar. Sirah generasi muda yang terbilang tidak dijadikan sebagai maudu’ perbincangan, perjuangan para anbiya’ tidak diasimilasikan di dalam kehidupan.


Lantas semuanya seakan terpadam, generasi muda hilang sumber inspirasi yang mantap, lalu seperti lembu dicucuk hidung, sekadar mengikut sahaja apa yang disediakan.


“Zaman satu bangsa yang hina,

Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!

Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi,

tetapi semuanya sependapat dengan satu target:

Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut,

dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam.


Cita-cita mereka,

menggembirakan hamba dengan perhambaan,

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.”

~ Muhammad Iqbal.


 


10 1


YouthACE – Atas Dasar Cinta Ini


Atas dasar cinta dan harapan kepada generasi muda, kami di LangitIlahi menganjurkan Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE), sebagai medan alternatif perkumpulan anak-anak muda.


Untuk tahun 2015, YouthACE akan berlangsung pada 25hb April 2015. Tempat akan dimaklumkan kemudian. Pada tahun 2015 ini, YouthACE akan membawa tema “Belia & Masa Hadapan.”


Detail & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com


Apa yang kami harapkan pada perkumpulan itu agar ianya dapat menjadi inspirasi buat mereka, apabila diisi dengan pengisian yang bermanfaat, apabila diberikan penghargaan kepada bakat-bakat yang ada, apabila diberikan pencerahan akan matlamat dan hala tuju penciptaan manusia, apabila disedarkan apakah maknanya hidup di dunia, apabila dikenalkan mereka dengan orang yang baik-baik. Menjadi inspirasi, untuk mereka menjadi peribadi-peribadi yang bermakna.


Bukan lagi ibarat ayam daging,

yang diternak hanya untuk disembelih.


3 2


Semoga


Semoga usaha kami ini mendapat keredhaan Allah SWT.

Kami mohon sokongan dan doa yang berterusan daripada rakan-rakan, dan masyarakat, agar YouthACE dapat kami jalankan pada tahun ini dengan lancar, juga tahun-tahun mendatang. Dijalankan dengan pelbagai penambah baikan dan peningkatan kualiti.


Kita semua boleh mengubah suasana,

jika kita berhenti menyalahkan,

dan mula melaksanakan kerja.


Mari Menjadi Hamba!

“Belia & Masa Hadapan”

Harapan dan impian buat generasi muda,

sungguh masa hadapan di tangan mereka


10911397_907702122597952_4075118275169734570_o


The post Umum: Cinta Kita Kepada Generasi Belia appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2015 23:59

Mimpi Gaya Umar

dream


~pic by ranselhitam.com



Orang muda adalah asset besar ummat. Kecil-kecil mereka tidak mestinya pandir. Yang besar-besar pula tidak mestinya benar.


Abu Jahal lahir dulu daripada Nabi, tetapi tidaklah lebih benar pula daripada Nabi s.a.w.


Firaun hidup lebih dahulu dari Musa a.s., tetapi tidaklah lebih benar pula daripada Musa a.s.


Sebab itu, suatu yang bahaya jika benar dan salah diukur dari lamanya hidup seseorang, kerana tak jarang terdapat ramai orang muda yang umurnya mungkin kata orang, masih setahun jagung, tetapi pemikirannya sudah melampau waktu menjual jagung !


Barangkali sesetengah orang yang memperlekehkan orang muda, mereka terlupa bahawa mereka pernah melalui zaman itu juga.


“Umur baru setahun jagung, sudah pandai menjawab pula.”


“Kau tu hingus pun tak pandai lap lagi, tak payahla nak ajar kami yang lebih senior ni.”


Ada beza antara perlekeh dengan kritik.


Saidina Umar Al-Khattab r.a. adalah antara sahabat Nabi s.a.w. yang sangat bijak dalam memanfaatkan tenaga muda. Ia mendorong dan membimbing mereka, bukan melakukan ratib sebagaimana sesetengah orang yang hanya mahu menundukkan orang muda dengan cara mendiamkan mereka.


Tidak bagi Umar. Umar memanfaatkan mereka, membina mereka sebaiknya.


 


Apa Mimpi Saidina Umar?


“Bermimpilah !” kata Saidina Umar kepada para sahabat yang duduk-duduk bersamanya.


“Ayuh, nyatakan, apa mimpi kalian?”


“Aku bermimpi,” kata seorang sahabat, “…agar bangunan ini dipenuhi dengan emas yang boleh aku infakkan di jalan Allah s.w.t.”


“Aku pula,” kata yang lainnya, “…agar ruangan ini dipenuhi permata dan mutiara yang boleh aku infakkan di jalan Allah s.w.t.”


Tanya mereka, “Apa pula mimpimu, hai Umar?”


“Aku bermimpi,” kata Umar, “…kalau lahir lebih ramai orang-orang seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz bin Jabal.”


Itulah cita-cita dan mimpi Saidina Umar.


Cita-citanya adalah untuk membina generasi, untuk melahirkan lebih ramai lagi pewaris baru dari kalangan orang muda yang faham Islam, sedar tanggungjawabnya dan bisa memimpin ummah.


 


Umar Melibatkan Anak Muda Dalam Proses Syura


Proses syura di zaman Umar pastinya bukan suatu yang biasa-biasa kerana zaman Umar merupakan zaman berkembangnya Islam ke banyak kawasan-kawasan baru dan banyak ijtihad-ijtihad baru mula diperlukan. Maka, pastinya proses syura memerlukan kepada kebijakan serta idea-idea baru untuk membangunkan ummah dalam kapasitinya yang lebih luas.


Graduan dari perang Badar yang masih hidup dilibatkan oleh Umar dalam proses syura ini disebabkan oleh kemuliaan mereka yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul serta pengetahuan mereka terhadap Islam.


Namun, tak hanya itu, Umar juga melibatkan ramai orang muda. Beliau tahu yang golongan-golongan orang lama yang masih ada sedang menghampiri akhir hayat mereka dan akan pulang ke pangkuan Tuhan, maka beliau perlu segera merekrut dan membina para kader-kader baru untuk terlibat secara serius dalam proses menentukan hala tuju ummat.


Abdullah Ibn Abbas adalah salah seorang daripada mereka. Selain Ibn Abbas, kebanyakan orang muda yang dipilih juga adalah dari kalangan mereka yang elok bacaan dan fahamannya terhadap Al-Quran.


“Jangan fikir diri kamu terlalu kecil !,” kata Az-Zuhri kepada beberapa orang muda, “…kerana Umar Al-Khattab bila menghadapi masalah yang sangat susah, dia akan memanggil orang muda, meminta nasihat mereka dan bergantung harap kepada ketajaman minda mereka.”


 


Umar Dan ‘Inner Circle’nya


Antara teori untuk membantu kejayaan seorang pemimpin itu adalah dia mempunyai circle atau kumpulan pemikirnya sendiri. Itu antara yang disebutkan oleh John C Maxwell melalui buku motivasinya, Go To Gold. Seorang pemimpin tidak bisa bersendirian dalam melakukan keputusan-keputusan besar untuk ummat.


Tak kurang bagi Umar. Beliau juga mempunyai kumpulan pemikir yang selalu rapat dengannya, yang selalu bersama dengannya memecahkan kebuntuan dalam menyelesaikan permasalahan ummat.


Pastilah bila disebutkan kumpulan pemikir bagi orang sehebat Umar, kumpulan itu pastinya kumpulan yang hebat juga.


Di kalangan ahli kumpulan pemikir itu terdapat sahabat-sahabat yang senior seperti Saidina Uthman bin Affan, Abd Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Muaz bin Jabal dan lain-lain.


Dan yang pasti tidak pernah Umar tinggalkan adalah penyertaan anak muda walaupun dalam kumpulan pemikir sebegini.


Ibn Abbas adalah salah seorang anak muda yang terlibat dalam kumpulan pemikir ini.


Muda, tapi penuh kebijakan.


Pastinya kita ingat sebuah kisah ketikamana Saidina Umar Al-Khattab pernah menguji sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang lebih senior tentang maksud di sebalik penurunan surah An-Nasr.


“Apa pendapat kamu semua…”  tanya Umar, “…tentang firman Allah s.w.t. (An-Nasr :1) Ketika telah datang pertolongan Allah dan kemenangan…(sehinggalah akhir surah)?”


“Kita diperintahkan untuk memuji Allah dan memohon keampunan dari-Nya apabila diberikan pertolongan.” Jawab sebahagian mereka.


Sesetengah mereka hanya berdiam diri. Umar beralih kepada Ibn Abbas.


“Adakah begitu pendapat kamu?” tanya Umar kepadanya.


“Tidak.” Jawabnya. “Kalau demikian, apa jawapannya?”


“Ayat itu,” katanya, “…menunjukkan ajal Rasulullah s.a.w. Allah memberitahu baginda tentang wafatnya. Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan itu ialah pembukaan kota Makkah, itu adalah petanda dekatnya ajalmu. Jadi hendaklah kamu memuji Tuhanmu dan meminta pengampunan-Nya kerana sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.”


Umar berkata, “Apa yang aku tahu tentang surah ini tidak melebihi apa yang kau tahu.”


 


Penutup : Mimpi Gaya Umar – Mari Bina Generasi


Kalau kita mahu bermimpi, mari bermimpi gaya Umar. Mimpi yang penuh ketinggian cita-cita setinggi angkasa, yang penuh mulia semulia harga syurga.


Apakah yang lebih besar dari mimpi membina generasi baru?


Mahu kaya tidak ada masalah, tetapi harta itu hanya kekal manfaatnya selama ia masih ada saja. Bahkan harta akan begitu cepat habis. Berbeza dengan membina generasi, jika idea dan wawasan kita terus-menerus mengalir ke dalam tubuh ummat sebagaimana Umar, maka kita merasai manfaatnya biarpun kita telah tiada di atas muka bumi ini.


Sekali kita mendidik generasi dengan kebaikan dan mereka mewariskannya pula kepada generasi baru, maka berkali-kali ganda pula kebaikan untuk kita. Gaya MLM gitu.


Jangan perlekehkan generasi muda atau generasi baru kerana kejahilan atau kegopohan mereka. Bimbing dan binalah kefahaman dalam diri mereka terhadap Islam. Kemudian, bangunkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam diri mereka.


Generasi baru adalah pewaris kepada generasi lama yang ada. Kita mahukan generasi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.


Maka, untuk membentuk generasi yang sedemikian, ia berbalik kepada usaha dan perancangan kita semula, apakah kita telah bercita-cita dan serius seperti Umar?


———————————————


10898161_908641612504003_1422044562898031659_n


[YouthACE 2015]

YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2015, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.


Tema tahun ini: Belia & Masa Depan.


Tempat: Akan dimaklumkan selewat-lewatnya akhir Januari ini.

Masa: 08.00AM – 11.00PM

Tarikh: 25hb April 2015


Yuran asal: RM120


Yuran Promosi: Valid hingga 28hb April 2014


Daftar 1-2 orang: RM80(seorang)

Daftar 3 orang ke atas: RM70(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang) – mohon hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) terlebih dahulu sebelum melakukan pendaftaran minimum 30 orang ini.


Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com/


Detail Program:


YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).


Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2014

==========

Convention:

==========


MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan


08.00AM – Pendaftaran

09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan


09.30AM – Rehat

10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir


11.00AM – Slot 3: Pentas Belia – dirahsiakan penyampainya.

12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi


01.15PM – Rehat


02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz


04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015

04.30PM – Rehat


05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School


07.00PM – Rehat


8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)


8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Jufitri Joha

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Dr Maszlee Malik

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Saudari Amani Salim


10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai


============

Awards yang dipertandingkan:

============


- InstaVlog – Hadiah: RM250 + Piala

- Penasyid Terbaik – Hadiah: RM1000 + Piala

- Short Filem Terbaik – Hadiah: RM1500 + Piala

- Penulisan Artikel Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Penulisan Cerpen Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Rekaan Poster Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Fotografer Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Komik Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- The Best Essay – Hadiah: RM700 + Piala

- The Best Poetry – Hadiah: RM1000 + Piala


*Peserta YouthACE 2015 tidak wajib menyertai pertandingan-pertandingan ini, namun peserta pertandingan-pertandingan ini wajib menjadi peserta YouthACE 2015.

*pertandingan-pertandingan ini akan bermula selepas 15hb Februari 2015. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk di bahagian ‘pertandingan’ pada link http://youthace.langitilahi.com/awards/


==============

Exhibition:

==============


Akan dipenuhi dengan pameran daripada NGO-NGO Kebajikan dan badan dakwah, yang bakal mempamerkan aktiviti mereka, serta membuka peluang untuk belia berkenal-kenal dan mencari peluang beraktiviti bersama mereka.


———————–


Jika berminat, daftarlah segera.


Sebar-sebarkan juga kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik!


Kami harapkan sokongan padu anda.


Kami menganjurkan YouthACE ini dengan niat agar ianya berjaya menjadi alternatif kepada perkumpulan-perkumpulan belia yang ada di negara kita.


Kami berhajat menjadikan perkumpulan ini perkumpulan yang bermanfaat buat belia di negara kita, sekaligus menginspirasikan generasi muda kita untuk hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada semua, menggendong mesej Islam – Rahmatan Lil ‘Alamin.


Komen peserta YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y


Suasana YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Mari sertai kami. Jadikan ini sebuah realiti!


Belia & Masa Depan,

Mari Menjadi Hamba!


#YouthACE2015


 


The post Mimpi Gaya Umar appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2015 04:47

January 9, 2015

Waktu ketenangan

image


 


10911397_907702122597952_4075118275169734570_o


The post Waktu ketenangan appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2015 19:00

Umum: Di Antara Menjadi Muslim, Mempertahankan Islam, dan Menjadi Ekstrimis

10293702_778476785520487_4090891042328503661_o

Kebelakangan ini, satu demi satu keganasan berlaku dan ianya dikaitkan dengan Islam. Bermula dengan ISIS atau IS, kemudian meleret hingga isu di Sydney dan Peshawar, seterusnya terkini 12 orang yang dibunuh di France.


Dunia kembali kuat mengecop Islam sebagai pengganas, dan suasana seperti kembali ke era pasca 11 September 2001.


Kita sendiri tidak tahu sejauh mana benarnya kes-kes tersebut terhasil oleh orang yang memahami Islam dengan sebenarnya, namun dunia tidak peduli dengan ‘pelaku-pelaku’nya. Dunia sedang menyalahkan ideologi Islam itu sendiri sebagai punca dan faktor ini semua berlaku.


Ideologi jihad dan beberapa ayat Al-Quran yang membicarakan perihal perang juga menyatakan pendirian keras serta tegas terhadap orang-orang kafir mula dikatakan sebagai sebab mengapa, mengikut penilaian mereka, kebanyakan ‘terroris’ adalah dari kalangan muslim.


Ini diburukkan lagi dengan komen-komen ramai yang seperti ‘suka & menyokong’ apa yang berlaku. “Padan muka orang kafir”, “Siapa suruh dia lukis kartun hina Nabi kita”, “Ini azab Allah ke atas musuh-musuhNya” dan pelbagai lagi komen yang dirasakan kononnya ‘sedang mempertahankan Islam’, juga mereka yang seperti menjustifikasikan kejadian-kejadian ini dengan berkata “Eleh, mereka bunuh lebih ramai orang kita,” membuatkan telahan dan anggapan global bahawa Islam memang agama menyuburkan keganasan seakan benar.


Bukan mahu menyatakan semua yang terlibat dengan keganasan atas nama Islam itu benar-benar Islam. Saya tidak menolak wujudnya kepelbagaian kemungkinan yang lain. Namun di tengah keributan ini, saya berteleku dan berfikir panjang berkenaan masa hadapan ummah ini.



Saya Seorang Muslim


Saya seorang muslim semenjak lahir. Ummi Abah saya muslim. Datuk nenek saya, keempat-empatnya Muslim. Ibu bapa kepada Abah adalah muslim, berasal dari Jawa. Bapa kepada Ummi pula orang arab Yaman, datang menetap di Malaysia sebagai peniaga manakala ibu kepada ummi pula adalah Muslim Bugis. Menjadikan Ummi dan Abah saya, Muslim Melayu, dan saya muslim semenjak lahir.


Saya dihantar ke Nurseri Islam, Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Islam dan apabila saya naik ke universiti, saya mengambil jurusan Usuluddin di Yarmouk University, Jordan(Tanah Arab). Pun bukanlah saya paling pakar berkenaan Islam, pastilah juga bukan ilmu saya paling tinggi di dalam hal ini.


Pun begitu, sepanjang kehidupan saya itu, saya berpeluang belajar berkenaan jihad, saya belajar berkenaan hudud. Tetapi pada masa yang sama, saya diajar akan keseluruhan Islam itu sendiri, yang bukan hanya terdiri dengan dua perkara tersebut. Saya tidak nafikan jika kita fokus kepada jihad sahaja contohnya, kita akan nampak Islam adalah agama barbaric. Namun Islam tidak boleh diambil secara juz’i-juz’i(separuh-separuh). Islam perlu dilihat secara menyeluruh. Pandanglah kepada seruan agar manusia menjauhi perkara memudaratkan, seruan untuk berakhlak mulia, seruan untuk menjadi seorang yang punya disiplin, seruan untuk menjadi yang berilmu dan sebagainya. Seruan jihad adalah salah satu, dan seterusnya di dalam jihad itu sendiri, segala nilai murni yang wujud di dalam Islam, tetap dibawa bersama ke medan perang. Jihad di dalam Islam ada etikanya.


 


Islam Itu Syumul


Kita hakikatnya sukar hendak menyimpulkan Islam dengan satu dua perkataan atau satu dua ayat, kerana Islam bukan sebuah agama yang terpisah dengan urusan hidup manusia. Ianya sendiri adalah sebuah cara hidup, mencakupi seluruh, saya ulang, seluruh kehidupan manusia itu sendiri. Islam ada di setiap fasa kehidupan – peribadi, keluarga, masyarakat, negara, menjadi panduan utama dalam setiap peringkat tersebut.


Islam itu pula tidak rigid, ianya fleksibel berdasarkan zaman, tempat, masa dan keadaan. Bukan juga agama robot – ianya agama perbincangan, agama yang menyemai diskusi, dialog serta bukan membenci kemajuan. Ianya agama rohani dan fizikal. Ianya agama ketika aman, juga agama ketika peperangan. Kerana itu jihad ada di dalamnya. Islam agama yang ada sisi lembutnya, dan ada sisi kerasnya. Namun Islam tidak akan sesekali menganjurkan penganutnya menjadi tidak waras dan ganas membabi buta.


Islam tidak semudah ‘itu halal, itu haram’ dan ianya bukan semata-mata perbahasan halal dan haram serta berkenaan ibadah khusus seperti solat dan masjid semata-mata. Ia bukan juga agama tahyul mahyul dan Islam melarang kewujudan kasta-kasta di dalamnya, serta Islam melarang hidup mementing diri sendiri. Islam membela orang miskin, dan menganjurkan sikap lengkap melengkapi. Islam tidak menggalakkan ummatnya terpenjara semata-mata di masjid, tetapi melihat seluruh kehidupan itu sebagai ibadah.


Secara ringkasnya, kita boleh simpulkan bahawa membicarakan Islam hakikatnya membicarakan kehidupan itu sendiri.


 


Memandang Islam sedemikian, akan membawa kita kepada kesederhanaan. Kita akan melihat bahawa menjadi Muslim itu, hakikatnya adalah untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan, baik peribadi, juga masyarakat. Merawat akhlak dan mempertingkat intelek. Menjadi manusia yang bertamadun dan berwawasan. Menggendong mesej – rahmatan lil alamin – rahmat buat sekalian alam, termasuk orang-orang non-muslim sebenarnya.


Itu yang saya faham, berdasarkan pengalaman dan ilmu saya sebagai seorang muslim semenjak lahir hingga ke hari ini.


 


Muslim Hari Ini

Namun hari ini Muslim kebanyakannya terkapai-kapai. Negara yang pemimpinnya beragama Islam, yang penduduknya majoriti Islam bukan satu-dua bilangannya, namun Palestin tetap tidak terbebas. Bahkan penindasan terhadap Islam merebak pula pada kebanyakan tempat. Peringkat kepimpinan – orang-orang di OIC contohnya – setelah bertahun-tahun seakan tidak membawa apa-apa kemajuan terhadap imej agama ini. Tempat saya belajar contohnya, Jordan, sangat kotor. Malaysia juga tidak terkenal sebagai negara yang amat bersih – boleh ziarah Sungai Klang contohnya. Ketika orang bukan Islam sudah punya pengkalan di angkasa, muslim sesama muslim sendiri masih tidak sedikit yang berpecah belah – kafir mengkafir, mewarisi perbalahan antara mazhab yang berusia ratusan tahun, gaduh hanya kerana berbeza parti atau jemaah, dan sibuk dengan perkara khilaf serta cabang.


Tidak ketinggalan wujudnya mereka yang ekstrim, hanya memandang satu-satu sisi sahaja di dalam Islam, dan berlebihan di dalamnya. Sebagai contoh: Isu jihad, isu hudud. Hingga mengenepikan pula pelbagai juzu’ dan isu yang utama seperti akhlak dan keadilan, yang menjadikan jihad dan hudud di dalam Islam itu cantik.


Belum kita kira yang jadi sekutu kuat Amerika sendiri – contohnya Arab Saudi – dan lihatlah tanah suci kita Makkah, tempat saban tahun jutaan Muslim melaksanakan haji. Duit dibazirkan pada kiswah Kaabah sahaja sudah berbelas juta, sedang negara Muslim kebanyakannya kotor dan rakyatnya miskin.


Dalam harian hidup, Muslim masih hidup bergantung banyak(atau boleh dikatakan hampir semuanya)dengan teknologi dan kemajuan yang dikembangkan oleh Non-Muslim. Komputer, kereta, pusat beli belah, pakaian, makanan, filem bertaraf antarabangsa, kebanyakannya dihasilkan oleh non-muslim dan merupakan milik mereka. Zaman Islam berdiri sebagai daulah dan antara kuasa besar dunia seperti tidak dapat dibangkitkan semula.


Nyatanya, Muslim sendiri majoritinya telah meninggalkan cara hidup Islam. Mereka telah tertidur lama, sebelum kejatuhan Khilafah pada 1924 lagi. Mereka tidur sangat lena hingga kejatuhan Khilafah tidak membangkitkan mereka, penakhlukan Palestin tidak membangunkan mereka, dan saban tragedi terhadap Muslim yang berlaku tahun demi tahun tidak menggerakkan mereka untuk benar-benar bangkit. Tidaklah semua begitu, namun majoritinya sedemikian.


Bilangan penganutnya yang melebihi 1.5 billion(statistik 2006) seakan tidak punya harga apa dari segi kekuatan.


Hinggalah ke hari ini.


 


Merungut Atau Melaksanakan Sesuatu?


Jika saya mahu panjang berdilema, mungkin saya akan mengatup pintu dan tidak memikirkan masa hadapan Islam di era ini. Itu mungkin lebih mudah buat saya. Kerana ini semua terlalu besar, terlalu kompleks buat Muslim perseorangan, lebih-lebih lagi yang bertaraf marhaen yang tidak punya kuasa seperti saya. Atau mungkin lebih mudah jika saya salahkan Amerika Syarikat, Israel, Illuminati, Freemason, pemimpin-pemimpin arab, pemimpin negara dan sebagainya.


Namun Islam tidak mendidik untuk saya atau mana-mana muslim mementingkan diri. Maka saya mengusahakan sesuatu.


Untuk diri saya sendiri, saya bina ‘Langit Ilahi’, dengan tujuan untuk mengkoreksi diri, sambil mengajak orang lain, khususnya golongan belia, dalam perjuangan ini. Ianya adalah sebuah organisasi anak muda, yang memberi ruang dan peluang kepada anak muda memanfaatkan bakat mereka. Di dalam Langit Ilahi ini ada yang menulis, ada yang melukis, ada yang menghasilkan game, ada yang buat short filem di YouTube, ada yang usaha bina apps dan sebagainya. Kemudian kami fokus kepada penganjuran seminar-seminar untuk menyuntik faham dan budaya ilmu dalam masyarakat, menarik lebih ramai lagi ke program yang bermanfaat sambil serius membina kekuatan untuk menambah baik keadaan ummah.


Jangka panjang, saya berharap dari Langit Ilahi, terhasil lah sebuah ‘daya’ untuk mengubah ‘cara hidup’ masyarakat hari ini khususnya di Malaysia ke arah yang lebih baik lagi. Apakah kami orang kaya? Tidak. Bahkan program kami didanai duit poket sendiri juga duit daripada para peserta program. Jika rugi(Contoh program batal atau peserta tak cukup), memang kami sakit. Namun itulah taruhannya. Dengan apa yang ada, walaupun kecil, kami usahakan. Sedikit demi sedikit.


Sebagai Muslim, saya berpendapat untuk keluar dari suasana hari ini, Muslim perlu fokus melaksanakan reformasi terhadap diri mereka. Kembali mengambil Islam secara syumul dan memahami letak duduk perkara di dalam Islam itu sendiri. Kefahaman yang benar akan menyemai kesatuan, sebab Islam adalah agama toleransi, agama yang menganjurkan akhlak. Kefahaman yang benar juga akan membawa kita kepada kemajuan kerana Islam menggalakkan budaya ilmu. Perbezaan mazhab dan pendapat serta kepelbagaian kumpulan tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan kerana Islam sangat meraikan perbezaan.


Oleh kerana Islam ini seluas kehidupan itu sendiri, tidak cukup sebenarnya satu-satu jemaah tertentu, satu-satu kumpulan tertentu untuk membawanya sendiri. Ia memerlukan seluruh ummah untuk memainkan peranan masing-masing, baik secara berkumpulan atau persendirian, serta menjalinkan kerjasama erat antara kita, untuk menghidupkan kembali mesej utama yang dibawa oleh Islam – rahmatan lil alamin – yakni menjadi rahmat buat sekalian alam.


Penutup: Mengubah Diri, Menjadi Muslim Sejati, Mengubah Suasana.


Di petang Jumaat ini( 9hb Januari 2015), saya mengarang ini semua dengan penuh harapan untuk melihat masa hadapan yang lebih cerah untuk Islam. Dan pastilah ianya tidak boleh dicapai dengan sekadar mengharap dan berdoa.


Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu bergerak, berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka.


Saya, bersama sebilangan rakan seperjuangan saya di Langit Ilahi, pastilah tidak akan mampu membawa perubahan secara drastik terhadap keadaan ummah hari ini. Tetapi kami berhajat ke arah itu. Dan kami harap impian ini dikongsi bersama oleh semua yang membaca tulisan saya hingga ke akhirnya.


Mungkin bila kita sama-sama bergerak mula hari ini, dengan bersungguh-sungguh dan efisyen, 10 tahun lagi, kita akan dapat melihat suasana yang jauh berbeza, yang jauh lebih baik dari hari ini. Namun jika kita bertangguh atau berlengah, pastilah suasana yang indah itu akan datang dengan lebih lambat lagi.


Saya sangat yakin kita tidak dicipta dengan sia-sia.

Setiap kita dicipta dengan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini.


Bermula dengan diri kita sendiri.


Tanggungjawab yang utama sekarang ialah membawa angin perubahan yang positif kepada keadaan ummat ini.


Mempertahankan Islam, dengan mereformasikan ummatnya. Bermula dengan diri kita.


Muhasabah. Terima kasih kepada yang sudi membaca hingga ke akhirnya.


 


—————————————-


10911397_907702122597952_4075118275169734570_o


[YouthACE 2015]

YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2015, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.


Tema tahun ini: Belia & Masa Depan.


Tempat: Akan dimaklumkan selewat-lewatnya akhir Januari ini.

Masa: 08.00AM – 11.00PM

Tarikh: 25hb April 2015


Yuran asal: RM120


Yuran Promosi: Valid hingga 28hb April 2014


Daftar 1-2 orang: RM80(seorang)

Daftar 3 orang ke atas: RM70(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang) – mohon hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) terlebih dahulu sebelum melakukan pendaftaran minimum 30 orang ini.


Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com/


Detail Program:


YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).


Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2014

==========

Convention:

==========


MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan


08.00AM – Pendaftaran

09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan


09.30AM – Rehat

10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir


11.00AM – Slot 3: Pentas Belia – dirahsiakan penyampainya.

12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi


01.15PM – Rehat


02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz


04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015

04.30PM – Rehat


05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School


07.00PM – Rehat


8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)


8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Jufitri Joha

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Dr Maszlee Malik

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Saudari Amani Salim


10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai


============

Awards yang dipertandingkan:

============


- InstaVlog – Hadiah: RM250 + Piala

- Penasyid Terbaik – Hadiah: RM1000 + Piala

- Short Filem Terbaik – Hadiah: RM1500 + Piala

- Penulisan Artikel Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Penulisan Cerpen Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Rekaan Poster Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Fotografer Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Komik Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- The Best Essay – Hadiah: RM700 + Piala

- The Best Poetry – Hadiah: RM1000 + Piala


*Peserta YouthACE 2015 tidak wajib menyertai pertandingan-pertandingan ini, namun peserta pertandingan-pertandingan ini wajib menjadi peserta YouthACE 2015.

*pertandingan-pertandingan ini akan bermula selepas 15hb Februari 2015. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk di bahagian ‘pertandingan’ pada link http://youthace.langitilahi.com/awards/


==============

Exhibition:

==============


Akan dipenuhi dengan pameran daripada NGO-NGO Kebajikan dan badan dakwah, yang bakal mempamerkan aktiviti mereka, serta membuka peluang untuk belia berkenal-kenal dan mencari peluang beraktiviti bersama mereka.


———————–


Jika berminat, daftarlah segera.


Sebar-sebarkan juga kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik!


Kami harapkan sokongan padu anda.


Kami menganjurkan YouthACE ini dengan niat agar ianya berjaya menjadi alternatif kepada perkumpulan-perkumpulan belia yang ada di negara kita.


Kami berhajat menjadikan perkumpulan ini perkumpulan yang bermanfaat buat belia di negara kita, sekaligus menginspirasikan generasi muda kita untuk hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada semua, menggendong mesej Islam – Rahmatan Lil ‘Alamin.


Komen peserta YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y


Suasana YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Mari sertai kami. Jadikan ini sebuah realiti!


Belia & Masa Depan,

Mari Menjadi Hamba!


#YouthACE2015


The post Umum: Di Antara Menjadi Muslim, Mempertahankan Islam, dan Menjadi Ekstrimis appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2015 00:11

January 8, 2015

Umum: YouthACE – Sebuah Harapan Buat Masa Hadapan.

10911397_907702122597952_4075118275169734570_o


YouthACE adalah singkatan kepada Youth Awards, Convention and Exhibition. Merupakan sebuah program tahunan anjuran LangitIlahi semenjak 2013, yang asalnya menggunakan jenama ‘TeenACE’.


Melihat kepada potensi program ini dan kekuatannya untuk memberikan impak yang besar kepada masyarakat, terutama golongan belia negara ini, maka dijenamakan semula sebagai YouthACE. Ini kerana perkataan Youth lebih sesuai untuk dipadankan dengan belia, baik dari golongan remaja juga pemuda.


Untuk tahun 2015, YouthACE akan dianjurkan buat kesekian kalinya pada 25hb April 2015, 8.00am-11.00pm. Kami mensasarkan 3000 orang peserta. Tempatnya secara spesifik akan kami umumkan pada penghujung Januari ini(masih mencari tempat dengan harga berpatutan di sekitar KL atau Selangor).


Untuk tentatif program, yuran dan pendaftaran, rujuk:

http://youthace.langitilahi.com/


103

YouthACE dianjurkan dengan tujuan untuk mengajak muda-mudi negara mempunyai kematangan semenjak awal usia, dan berusaha mengenali diri serta potensi masing-masing. Memberikan mereka makanan minda dan ruh, sambil berusaha untuk ‘merenjat’ golongan ini untuk hidup dengan kehidupan yang bermanfaat, bahkan untuk menggalakkan pula mereka hidup dengan memberikan manfaat kepada masyarakat.


Hari ini rata-rata kita mengeluh dengan keadaan anak-anak muda, yang larut dengan pelbagai masalah, yang dikatakan tidak matang serta tidak lagi mampu berfikir panjang. Yang sudah terkesan dengan kelajuan teknologi, hingga mereka juga jadi golongan yang tergesa-gesa serta mudah terpengaruh. Tidak kurang juga yang menyalahkan pihak-pihak tertentu, yang melambakkan hiburan melampau serta tidak syara’ kepada golongan ini.


Kita juga sering mengkritik perkumpulan, majlis, program, aktiviti yang tidak syar’ie, bertemakan hedonisme, yang dihidangkan buat generasi hari ini. Yang bukan sahaja merosakkan ruh dan minda generasi muda, bahkan ada yang sehingga meragut nyawa mereka.


Namun kami di LangitIlahi memandang bahawa merungut dan mengeluh serta menuding jari ini tidak akan mengubah apa-apa. Hakikatnya, kitalah yang perlu melaksanakan sesuatu, dan kita perlu melakukannya dengan serius, berstrategi, dan teratur. Kitalah yang perlu memberikan alternatif kepada anak-anak muda, dan kitalah yang bertanggungjawab untuk menarik mereka.


Maka YouthACE ini diusahakan.


YouthACE terdiri dari tiga komponen. Awards(anugerah), Convention(konvensyen) and Exhibition(Pameran).


Awards akan diberikan kepada peserta YouthACE yang memasuki pertandingan dalam pelbagai medan potensi. Untuk tahun 2015, YouthACE menyediakan 10 kategori: InstaVlog Terbaik, Penasyid Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Artikel Terbaik, The Best Essay, The Best Spoken Words Poetry, Fotografi Terbaik, Cerpen Terbaik, dan Poster Terbaik.


10898161_908641612504003_1422044562898031659_n


Semua bahagian ini ada hadiahnya yang tersendiri, syarat dan peraturan serta nilai hadiah boleh dirujuk di http://youthace.langitilahi.com/awards.. Hadiah akan diberikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015.


Convention pula adalah sesi perkumpulan yang penuh dengan penyampaian, perkongsian, diskusi ilmiah oleh tokoh-tokoh akademik dan agamawan yang tidak asing lagi di Malaysia. Sesi ini adalah untuk santapan minda serta renjatan hati buat para peserta YouthACE, agar mereka menjadi ‘terisi’ dan mendapat input bermakna. Daripada akal dan hati yang baik, akan lahirlah peribadi yang mulia. Untuk YouthACE 2015, antara tokoh yang ditampilkan ialah Dr Maszlee Malik(UIA), Saudara Zul Fikri Zamir(TFTN), Muhammad bin Zahid, Wan Ahmad Faysal(HAKIM), Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustazah Fatimah Syarhah, Ummi Rose(Raudhatus Sakinah), Saudara Jufitri Joha(ABIM), Saudari Amnani Akhili(HALUAN), Azila Aziz(Telekung Project) dan ramai lagi!


2 1


Aiman Azlan akan menjadi MC sepanjang hari, Ameen Misran pula akan mempersembahkan spoken words poetry, manakala pelajar-pelajar Khalifah Model School Secondary dan Mirwana akan membuat persembahan nasyid!


Exhibition pula akan diadakan berdekatan ruang Konvensyen. LangitIlahi akan mengajak beberapa NGO kebajikan dan kemanusiaan serta badan-badan dakwah, untuk mengadakan pameran masing-masing. Selain cuba memperkenalkan generasi belia dengan perkara serta program daripada pihak pempamer yang dijamin bermanfaat, LangitIlahi mahukan YouthACE menjadi program yang ‘penuh’. Di dalam dewan ada konvensyen, masa keluar dewan pula disambut dengan pameran bermakna!


YouthACE adalah taruhan LangitIlahi, untuk memberikan impak besar kepada masyarakat dengan mendekati ‘cream of the society’, yakni para belia dan remaja, memberikan mereka pencerahan dan menghalakan potensi mereka ke arah yang lebih bermanfaat. Pada hari mereka dilambakkan dengan pelbagai program kosong yang melarutkan di sini dan sana, YouthACE menjadi seruan kebangkitan buat kita semua. Moga dengan YouthACE, terbangkitlah raksasa yang lena, dan berubahlah para kijang untuk kembali menjadi singa!


Jangka panjang, kami berharap program YouthACE ini mampu berkembang menjadi pesaing dan alternatif sihat kepada perkumpulan lain seperti Himpunan Sejuta Belia, Jom Heboh, dan lain-lain.


Pemuda & Masa Hadapan.


YouthACE, sebuah harapan.


Marilah sertai kami, promosikanlah ia kepada keluarga, rakan-rakan, saudara mara, dan kenalan.


Dengan sokongan dan doa anda, moga harapan ini menjadi sebuah kenyataan.


~ seorang hamba


Hilal Asyraf

pengasas Langit Ilahi

CEO Lantera Iman Resources

Penulis Buku & Novel Islamik


—————————————

Detail & Pendaftaran YouthACE 2015:

http://youthace.langitilahi.com/


Suasana YouthACE 2014:

https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Komen peserta YouthACE 2014:

https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y


The post Umum: YouthACE – Sebuah Harapan Buat Masa Hadapan. appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 08, 2015 04:23

January 7, 2015

Janji vs Tepati

IMG_7086


backdrop stage YouthACE


The post Janji vs Tepati appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 07, 2015 14:59

Umum: Sebuah Mimpi Untuk Dikongsi

Lantera Iman Resources


Assalamu’alaikum rakan-rakan, semoga semua berada dalam rahmat Allah SWT.


Alhamdulillah, semenjak dimulakan pada pertengahan tahun 2007 melalui sebuah blogspot, kini Langit Ilahi telah berkembang.


Dahulu saya bergerak seorang kini Langit Ilahi sudah punya kumpulan yang menggerakkannya. Dahulu hanya di alam maya, kini Langit Ilahi sudah mula ada program di alam realiti kita. Dahulu hanya ada LangitIlahi.Com, kini sudah ada beberapa cabangnya. Dengan moto ‘Mari Menjadi Hamba’, Langit Ilahi melangkah setapak demi setapak ke hadapan, melalui jatuh bangun, dan sampai kepada hari ini.


Kami dalam perancangan untuk memantapkan lagi pergerakan Langit Ilahi ini dan mengembangkannya lagi.


Mohon doa dan sokongan semua.


Lantera Iman Resources adalah syarikat perkongsian saya dan rakan-rakan seperjuangan, dan menjadikan ‘Langit Ilahi’ sebagai jenama pergerakannya. Langit Ilahi pula, dengan moto ‘Mari Menjadi Hamba’ kini mempunyai 7 cabang.


1 – LangitIlahi.Com yang bakal di’rebranding’ menjadi LangitIlahi Website. Untuk sekarang belum ada perubahan sangat, cuma perancangannya, LangitIlahi Website akan menjadi ‘hub’ yang mengumpulkan semua hal LangitIlahi di alam maya pada satu tempat. Centralize.


2 – LangitIlahi Store alhamdulillah semenjak akhir tahun 2014, mula dihidupkan kembali dan berjalan dengan baik. Setakat ini fokus jual buku sebagai bisnes utamanya, dan sikit-sikit cuba buat baju. InsyaAllah akan dikembangkan lagi potensinya.


3 – LangitIlahi Community pula alhamdulillah, bergerak dengan konsisten melalui usrah umum saban bulan. Hajat utamanya agar LangitIlahi Community menjadi wadah kemasyarakatan dengan memperbanyakkan lagi aktiviti berbentuk komuniti. Jadi macam kelab la. Ia bertindak kepada ‘penerusan’ kepada program-progam anjuran LIConsultancy. Sekarang tak cukup tenaga nak fokus, jadi dapat konsisten usrah umum sudah dikira agak baik buat kami sekarang. Moga Allah beri kekuatan untuk kembangkan lagi LICommunity ini. Cita-cita takkan pernah terpadam!


4 – LangitIlahi Consultancy pula boleh dikatakan antara cabang paling aktif. Sudah banyak seminar dilaksanakan semenjak 2013. Fokusnya kini adalah untuk menstabilkan pergerakannya dengan mengukuhkan branding seminar-seminar sedia ada – YouthACE, Sebelum Aku Bernikah, Untuk Kita Pendosa – dan membina kekuatan serta kemampuan menggerakkan bengkel-bengkel skill secara berkala bulanan.


5 – LangitIlahi Television pula setakat ini baru ada nama sahaja. Ianya sudah bergerak sedikit demi sedikit sebelum ini, tidak berapa konsisten dan dahulu ianya bukan idea yang teratur. Namun pandangan masa hadapannya adalah LangitIlahi boleh membina stesen TV sendiri. Kami bercadang akan mula memperkasakan media kami di YouTube terlebih dahulu, dengan mempelbagaikan ‘content’nya – ada rancangan kerohanian, ada drama, ada filem, ada nyanyian dan sebagainya. InsyaAllah Qawiem Khairi akan fokus di sini.


6 – LangitIlahi Academy pula merupakan wadah untuk mengasah bakat-bakat yang ada pada belia kita, seperti penulisan, lukisan, videographer dan sebagainya. Sesi 2014-2015 kami fokus penulisan sahaja. InsyaAllah LangitIlahi Academy akan berkembang lagi dengan rancangan yang seterusnya.


Sebelum tertubuhnya Langit Ilahi Academy, sebenarnya ideanya telah berjalan lama di Langit Ilahi sendiri.


Afdholul Rahman of LangitIlahi, Qawiem Khairi of LangitIlahi, Ameen Misran of LangitIlahi, Uzair Izham of LangitIlahi, Afiq Nashiron of LangitIlahi dan beberapa personel LangitIlahi yang lain adalah antara contoh yang telah melalui proses ‘LangitIlahi Academy’ ini dengan lebih awal.


Ideanya adalah mengasah bakat yang ada, menghalakannya ke arah yang syar’ie, dan mempersembahkannya kepada khalayak yang lebih ramai. Pendek kata, memperbanyakan ikon yang boleh memberikan impak positif dan manfaat kepada masyarakat.


Moga LangitIlahi Academy dapat terus berkembang, menghasilkan ikon di pelbagai medan. :)


7 – Yang terbaru, kami bangunkan LangitIlahi Edutainment yang fokusnya adalah untuk menghasilkan game. InsyaAllah kami mula dengan langkahan kecil terlebih dahulu, dengan fokus menghasilkan game yang patuh syariah lagi bermanfaat untuk android(dan mungkin iOS juga). Game sulung – namanya Defending Malaysia – bakal muncul di Play Store pada 16hb Januari 2015 ini. Namun jangka panjangnya, kami berharap LI Edutainment mampu berkembang menghasilkan game untuk PC, PS, dan Xbox. Harapan.


Nampak macam besar ya. Sebenarnya buat masa ini pekerja sepenuh masa kami hanya 3 orang sahaja(termasuk saya), dan kami ada 3 pekerja part time, serta punya 3 orang yang sedang fokus develop game secara sukarela(LI Edutainment adalah projek mereka). Dan kami tiada pejabat. Meeting dan program Usrah Umum LICommunity selalunya tumpang pejabat Kak Fatimah Syarha(moga Allah rahmati beliau) atau buat di ruang tamu rumah saya sahaja, manakala kerja pula buat di rumah masing-masing. :)


Buka pejabat rasmi adalah salah satu impian kami. Tetapi buat masa ini, kekangan kewangan adalah cabaran yang perlu kami hadapi(antara sebab mengapa kami tak mampu tambah pekerja bergaji). Kami tiada siapa yang mendanakan, dan kami rasa kami ni tak pandai cari dana. Dan kami malu nak minta derma, juga nak buat ala-ala kickstarter. Pernah cuba, tapi kemudian rasa serba salah.


Kami lebih suka buat something(macam jual barang atau buat seminar), dan orang bayar, kami kumpul untung daripadanya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. InsyaAllah. Itu pun kami berusaha agar barang dan seminar kami pada harga yang sangat berpatutan. Mungkin ‘jalan yang panjang’ itu lebih sesuai dengan rasa hati kami.


Tetapi katalah ada jutawan atau mana-mana pihak suka nak menaja kami, memudahkan urusan pergerakan ini, kami sangat alu-alukan.


Namun saya tidak terlalu mengharap. Saya mulakan sahaja dengan apa yang ada. Semenjak 2007, Langit Ilahi ada jatuh bangunnya. Yang menggerakkannya ada yang datang dan pergi. Namun yang saya pastikan adalah gerak langkahnya tidak berhenti.


Saya serius mahu menjadikan Langit Ilahi sebagai sebuah pergerakan yang menjadi pesaing kepada jahiliyyah. Jahiliyyah buat game, kita hasilkan game yang syar’ie. Jahiliyyah buat program, kita buat program yang syar’ie. Jahiliyyah ada aktiviti-aktiviti, kita buat aktiviti-aktiviti yang syar’ie. Jahiliyyah jual barang, kita usaha jual perkara yang syar’ie. Jahiliyyah ada media massa, kita usaha bangunkan media massa yang syar’ie. Jahiliyyah rekrut generasi muda untuk banyakkan perkara tidak syara’, kita rekrut generasi muda untuk banyakkan perkara yang syar’ie.


Berbanding semata-mata mengkritik, saya menggunakan Langit Ilahi untuk bertindak melakukan sesuatu, menghasilkan sesuatu. Memberikan saingan kepada jahiliyyah, dalam masa yang sama menjadikan ini semua sebagai proses memantapkan diri sendiri sebagai hamba Ilahi. “Perbaiki diri, sambil itu ajak orang lain.”


Itu Langit Ilahi. Dan itulah mimpi yang mahu saya kongsikan di sini.


Moga kami dapat berkembang dengan lebih baik, moga akan lebih ramai memberikan sokongan dan doa kepada usaha ini, insyaAllah.


Hari ini kita bermimpi dan berangan-angan,

moga esok menjadi cita-cita dan impian,

kemudian bertukar menjadi perancangan yang dilaksanakan,

seterusnya realiti yang tidak dapat disangkalkan.

Semoga Allah mudahkan.

Mohon doa dan sokongan!


Mari Menjadi Hamba!


~ seorang hamba,

Hilal Asyraf


Pengasas LangitIlahi

CEO Lantera Iman Resources


The post Umum: Sebuah Mimpi Untuk Dikongsi appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 07, 2015 07:12

January 6, 2015

[PENGUMUMAN PENTING YouthACE 2015 - 2 hari ke 1 hari, yuran diturunkan lagi!]

10608448_843079615726870_7606048153735750716_o


Assalamu’alaikum, semoga semua berada dalam rahmat Allah SWT.


Setelah mendapat pelbagai feedback sepanjang dua bulan kami mempromosikan YouthACE 2015, kami kini membuat keputusan untuk menukar perjalanan YouthACE 2015 dari 2 hari kepada 1 hari sahaja.


Ada beberapa pandangan yang kami ambil kira, hingga kami buat perubahan ini.


1 – Yuran ada yang rasakan mahal. Walaupun baru-baru ini diturunkan, masih ada yang rasa mahal. Maka kami tukar dari 2 hari kepada 1 hari untuk mengurangkan kos.


Kini Yuran asal ialah RM120.

Manakala yuran promosi(Valid hingga 28hb Februari 2015)

*RM80(seorang) jika mendaftar 1-2 orang.

*RM70(seorang) jika mendaftar 3 orang ke atas

*RM65(seorang) jika mendaftar minimum 30 orang – tapi yang daftar ramai ni, mohon hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) terlebih dahulu.


Namun penyampai masih sama bilangannya. Cuma berlaku sedikit perubahan tentatif.


2 – Negeri yang cuti Jumaat Sabtu katanya hadapi kesukaran untuk menyertai YouthACE 2015 jika dilaksanakan pada hari Sabtu Ahad. Maka kami pilih 25hb April 2015(Sabtu) sahaja untuk YouthACE 2015 ini.


3 – Ada yang kesukaran mencari penginapan. Kami pun tak mampu nak sediakan penginapan percuma atas sebab kos. Maka kami tukar satu hari, bagi yang tidak ingin menampung kos penginapan, boleh terus pulang selepas program tamat.


Namun yang utamanya adalah sebab yang pertama, yakni memang hajat kami di LangitIlahi untuk mengusahakan yuran yang termurah yang kami mampu. Ini pun kami sedang berusaha mencari tajaan(kami masih belum berjaya mendapatkan mana-mana sponsor) agar dapat melaksanakan pengurangan kos lagi, moga ada harapan yuran lebih murah insyaAllah.


Bagi mereka yang telah mendaftar, boleh claim semula lebihan yuran daripada pihak kami. Hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) untuk urusan tersebut.


Berikut ialah tentatif terkini YouthACE 2015.


 


————————————————


TENTATIF


————————————————

25hb April 2015, Sabtu.


MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan


08.00AM – Pendaftaran


09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan


09.30AM – Rehat


10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir


11.00AM – Slot 3: Pentas Belia – dirahsiakan penyampainya.


12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi


01.15PM – Rehat


02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Ameen Misran

Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 2: Saudari Amani Salim

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz


04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015


04.30PM – Rehat


05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School


07.00PM – Rehat


8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)


8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Dr Maszlee Malik

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Ustazah Fatimah Syarhah


10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai


———————————–


 


Kami harapkan sokongan padu anda.


Kami menganjurkan YouthACE ini dengan niat agar ianya berjaya menjadi alternatif kepada perkumpulan-perkumpulan belia yang ada di negara kita.


Kami berhajat menjadikan perkumpulan ini perkumpulan yang bermanfaat buat belia di negara kita, sekaligus menginspirasikan generasi muda kita untuk hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada semua, menggendong mesej Islam – Rahmatan Lil ‘Alamin.


Komen peserta YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y


Suasana YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Mari sertai kami. Jadikan ini sebuah realiti!


Daftar di http://youthace.langitilahi.com/

Belia mencorak masa hadapan!


The post [PENGUMUMAN PENTING YouthACE 2015 - 2 hari ke 1 hari, yuran diturunkan lagi!] appeared first on Langit Ilahi.

 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2015 04:53