Hilal Asyraf's Blog, page 49
November 24, 2014
Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Kita Dan Ibu Bapa
Di dalam pembinaan rumahtangga, rakan-rakan yang saya kasihi, kita perlu ingat bahawa ianya bukanlah cerita berkenaan kita dan pasangan kita. Tetapi hakikatnya ia merupakan sebuah cerita yang punya hubungan dengan mereka di sekeliling kita, terutamanya yang mempunyai hubungan kekeluargaan sama ada dengan kita sendiri mahupun dengan pasangan kita.
Mereka yang mengharapkan rumahtangga yang harmoni tidak akan sesekali menjadi orang yang hanya memikirkan diri mereka sendiri. Kerana akhirnya kehidupan ini adalah berkait rapat dengan perhubungan. Baiknya hubungan kita dengan pasangan kita semata-mata tidak mencukupi. Justeru kita perlu semenjak awal lagi berusaha membina hubungan baik dengan semua orang, terutama mereka yang penting dalam kehidupan kita. Contoh paling utama ialah ibu bapa kita sendiri.
Masalah Yang Sama
Sering muncul di inbox Page FB saya – Hilal Asyraf(Official) – aduan-aduan daripada anak-anak muda yang mempunyai masalah dengan ibu bapa mereka apabila hendak berkahwin. Antara contoh masalah yang dihadapi ialah, pasangan yang dipilih tidak direstui, ada pula yang dipaksa mengahwini orang yang tidak disukai, masalah semasa majlis perkahwinan – ibu bapa menetapkan sesuatu di luar kemampuan – dan ada pula masalah nak kahwin pun mak ayah asyik tidak bagi.
Melihat kepada kerapnya aduan-aduan ini muncul, saya kira ianya adalah sebuah fenomena kebiasaan yang menyengat kehidupan anak muda. Bisanya menyebabkan rumahtangga yang bakal terbina adalah rumahtangga yang berada di bawah tekanan.
Apa sebenarnya punca kepada masalah ini?
Kelihatan ramai yang mengadu cuba menyatakan yang ibu bapa mereka puncanya. Tidak memahami kata mereka.
Saya tidak menafikan 100% bahawa ibu bapa mungkin benar, tidak memahami.
Namun dalam kita hendak menuding jari kepada ibu bapa, sebenarnya anak-anak perlu juga melaksanakan muhasabah terhadap diri mereka sendiri.
Membina Hubungan Semenjak Awal
Rakan-rakan yang saya kasihi kerana Allah SWT, satu perkara yang mungkin kita lupa ialah membina hubungan dengan ibu bapa kita. Membina hubungan ini ada pelbagai bahagian yang perlu kita lihat.
Contohnya di rumah, apakah kita ini anak yang baik, yang ringan tulang membantu mereka? Adakah bilik kita masih mereka yang perlu kemaskan, dan apakah setiap pagi masih mereka yang perlu kejutkan kita?
Apa yang telah kita usahakan, secara istiqomah, untuk membahagiakan mereka?
Bila kita berjauhan dengan mereka, mungkin studi di luar negara, apakah kita rajin menghubungi mereka? Paling tidak seminggu sekali.
Semasa kita jatuh cinta, sebelum pergi kepada orang yang kita suka itu, apakah kita pergi kepada ibu bapa kita terlebih dahulu?
Adakah kita berkongsi dengan ibu bapa kita progress percintaan kita?
Adakah kita telah mula sedikit demi sedikit tidak bergantung dengan duit ibu bapa kita? Bahkan mungkin jika kita ini mendapat biasiswa, atau telah mula berbisnes semenjak belajar, kita kirimkan duit kepada mereka? Atau kita masih yang saban hujung bulan minta ditambah duit poketnya?
Persoalan-persoalan ini sebenarnya penting.
Saya melihat masalah sebenarnya berpunca daripada hubungan yang tiada. Ibu bapa masih melihat sang anak itu kebudak-budakan, manakala anak pula tidak memandang ibu bapa mereka lebih dari sekadar ‘penjaga’. Sedangkan pada tahap sang anak sudah hendak berkahwin, ibu bapa sepatutnya sudah menjadi seperti ‘rakan rapat’.
Namun kadang anak itu sendiri membesar dengan menjauhi ibu bapanya. Tidak pernah berbincang, tidak pernah membuka ruang untuk saling memahami dan sebagainya.
Ini menyebabkan bila tiba pada satu bahagian paling besar dalam hidup – berkahwin – maka ibu bapa terasa hendak mengawal lebih kerana risau dengan masa hadapan sang anak, manakala sang anak pula mahu 100% diikuti kepalanya kerana dirasakan dirinya tidak perlu lagi kawalan ibu bapa.
Ini menghasilkan pertembungan.
Hikmah Orang Tua Dalam Semangat Anak Muda
Sebenarnya yang diperlukan ialah sinergi. Sebagaimana pesan almarhum Umar Tilmisani, bahawa hikmah orang tua perlu berada dalam semangat anak muda, yang mana anak-anak muda perlu mengekalkan semangatnya namun dalam masa yang sama sudi mengasimilasikannya dengan hikmah para veteran. Begitulah juga orang-orang tua perlu memahami semangat anak muda, mengetahui realitinya, lantas berhikmah(yakni bijaksana) dalam berurusan dengannya.
Sinergi ini juga tidak akan berhasil jika sebelah pihak sahaja yang mengusahakannya. Namun dari perspektif anak muda, sebaiknya kita mulakan terlebih dahulu. Kerana kita anak-anak. InsyaAllah jika kita semenjak awal menjaga hubungan baik dengan ibu bapa kita, berusaha untuk menyenangkan hati mereka, sudah mencuba untuk berdikari dan tidak banyak menyusahkan mereka, banyak urusan akan dipermudahkan.
Bila ibu bapa melihat sendiri kesungguhan sang anak, baik dari segi pandai berdikari, juga dari segi bertanggungjawab, dan dalam melibatkan ibu bapa dalam perhubungannya, insyaAllah ibu bapa akan banyak berlembut hati dengan cadangan, pandangan, pendirian sang anak bila berlakunya perbincangan.
Coret Pengalaman Diri
Saya sudah kongsikan pengalaman saya dengan Ummi dan Abah pada Buku Sebelum Aku Bernikah: Berusaha Mencapai Mampu, dan saya tidak berhajat hendak membangkitkannya semula di sini secara detail.
Namun saya adalah yang apabila suka sahaja dengan isteri saya yang sekarang ini, terus saya maklumkan kepada Ummi Abah. Semenjak awal Ummi Abah sudah tahu saya berhajat kepada siapa. Abah memberikan komen bahawa masih awal. Ummi pula memberikan komen bahawa hendak berkahwin memerlukan wang. Baiknya Ummi dan Abah, mereka tidak menjawab dengan nada negatif seperti ‘tak boleh’ dan sebagainya.
Itu menginspirasikan saya untuk berusaha lebih lagi. Maka sebelum saya ke Jordan, saya bentangkan kepada Ummi dan Abah target yang saya akan usahakan capai untuk siap ke arah pembinaan rumahtangga.
Antara target yang saya letakkan adalah masa habis studi, juga bagaimana hendak menjana kewangan. Saya coretkan di atas kertas, membentuk seperti jadual dan memberikannya kepada Ummi dan Abah. Seakan-akan sebuah perjanjian bahawa jika saya berjaya mencapainya, Ummi Abah perlu menghormati hajat saya untuk berkahwin dengan pilihan hati.
Semasa di universiti, selain pengajian saya berjalan dengan baik – tiada gagal dan sebagainya yang menganggu pengajian – saya juga Allah izin berjaya membina karier sebagai seorang penulis, dan mula menjana pendapatan sendiri semenjak tahun kedua pengajian. Saya juga menjauhi membeli gajet-gajet mahal dan sebagainya, serta kebanyakan pakaian saya adalah pakaian yang dibeli dari ‘bundle’. Jika ada progres dalam hubungan saya dengan bakal isteri – banyak berhubung dengan mertua – saya akan maklumkan kepada Ummi.
Ummi yang akhirnya menyusun sendiri tarikh merisik dan kemudian Ummi yang menetapkan tarikh pertunangan. Tanpa saya perlu suruh atau cadangkan pun.
Bila mendekati hari perkahwinan, urusan untuk majlis kahwin pun tidak sukar. Segalanya selesai dengan perbincangan bersama Ummi Abah. Nak tema apa, nak majlis yang macam mana, bagaimana duit yang hendak dikeluakran dan sebagainya. Semuanya menjadi mudah bila perbincangan wujud, dan kedua-dua belah pihak, yakni saya dan Ummi Abah saling faham memahami.
Jangan Cari Mereka Semasa Hendak Berkahwin Sahaja
Nasihat saya, janganlah kita dekati ibu bapa kita ini semasa hendak dekat berkahwin sahaja. Masa nak dekat berkahwin baru beritahu yang kita sudah ada pacar. Masa itulah baru nak berbincang itu dan ini. Ketika itu kalau ibu bapa tak berkenan dengan pilihan kita, dah susah sebab sudah berhubungan lama. Ketika itu kalau mertua tak berkenan dengan kita, dah payah. Masa itu pula baru tahu yang mertua atau ibu bapa kita ‘demand’ itu dan ini. Kelam kabut.
Ketika itu jalan mudah adalah dengan menyalahkan pihak ibu bapa atau mertua.
Sebenarnya yang silap adalah diri sendiri kerana tidak pernah melibatkan mereka dalam urusan cinta kita, juga mungkin tidak pernah berusaha menjadi anak yang baik kepada mereka. Tiba-tiba dengan anak orang, kita bagi hadiah macam-macam, kita belanja makan dan sebagainya, buat baik dan macam-macam lagi. Tidak pantas bukan?
Binalah hubungan yang baik dengan ibu bapa kita. Begitulah juga dengan bakal mertua. Jangan anggap mereka ini watak sampingan semata-mata, sedangkan mereka adalah sebahagian dari watak-watak utama dalam kehidupan kita.
Tawan hati mereka, insyaAllah banyak urusan akan dipermudahkan.
Muhasabah.
===========================================
————————–
Detail program
————————–
Seminar Sebelum Aku Bernikah
Tema: Berusaha Mencapai Mampu
Tarikh: 14hb Februari 2015
Masa: 8.00am-11.00pm
Tempat: CAC, UIA Gombak.
Yuran: Asal – RM100
Promosi*
- RM50 seorang(jika daftar 3 orang ke atas)
- RM60 seorang(jika daftar 1-2 orang)
- Jika mendaftar untuk satu rombongan(30 orang minimum), ada harga istimewa yang dirahsiakan. Hubungi terus saudara Muhaimin Misran untuk harga istimewa bagi yang datang rombongan.
*Yuran promosi valid hingga 30hb November 2014 sahaja.
Link pendaftaran: http://ssab.langitilahi.com/
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi:
Saudara Muhaimin Misran – 0135041501
Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975
————————–
Tentatif
————————–
08.00-09.00AM – Pendaftaran
09.00-09.30AM – Ucaptama & Persembahan Puisi – Ameen Misran
09.30-10.30AM – Slot 1: Fiqh Cinta – Kak Fatimah Syarha
10.30-11.00AM – Rehat
11.00-12.00PM – Slot 2: 1,2,3 Cari Jodoh – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
12.00-01.00PM – Slot 3: Merancang Wang Semenjak Jatuh Cinta – Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
01.00-02.00PM – Rehat
02.00-03.15PM – Slot 4: Anak Muda & Cinta – Aiman Azlan
03.15-04.30PM – Slot 5: Tarbiyah Anak Sebelum Berkahwin – Pak Arbi (Rosdi Baharom)
04.30-05.30PM – Rehat
05.30-06.30PM – Slot 6: Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf
06.30-08.00PM – Rehat
08.00-10.30PM – Slot 7: Forum – Mendidik Keluarga, Mendidik Negara – Ustaz Syaari Rahman, Dr. Harlina Siraj
10.30-11.00PM – Penutup & Bersurai
————————–
Ayuh bersama kami di seminar ini!
Mohon sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang ramai.
The post Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna – Kita Dan Ibu Bapa appeared first on Langit Ilahi.
November 22, 2014
Pre-Order DVD Seminar Untuk Kita Pendosa 2.0
[Pre-Order DVD KUASA2.0 - Dilanjutkan sehingga 28 Nov 2014]
#KUASA2.0 – Seminar Untuk Kita Pendosa 2.0 (KUASA2.0) telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Seminar yang menseminarkan buku Hilal Asyraf berkisarkan Dosa dan Taubat, “Untuk Kita Pendosa” yang telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2014.
Kini kami di LangitIlahi membuka peluang untuk anda mendapatkan DVD KUASA2.0, sama ada kerana anda tidak pergi ke KUASA2.0, ataupun anda adalah peserta namun suka untuk menyimpan pengisiannya. Jangan lepaskan peluang ini.
Kami membuka pre-order sehingga 28hb November. Kemudian 1hb Disember kami akan mulakan proses percetakan DVD. Seterusnya penghantaran akan dilakukan pada 10hb Disember menggunakan khidmat Pos Laju.
———————
Harga
———————
Peserta KUASA2.0
RM30
Bukan Peserta KUASA2.0
RM40
*Jika anda peserta KUASA2.0, sila gunakan email yang anda pakai untuk pendaftaran KUASA2.0, agar kami dapat sahkan anda adalah peserta. Jika anda mendaftar menggunakan email orang lain, sila gunakan email orang tersebut. Harap maklum.
**Caj Penghantaran? Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia – Semenanjung, Sabah & Sarawak.
———————-
Cara Order
———————-
Sila ikut langkah mudah berikut:
1 – Bank In wang mengikut jumlah harga pembelian anda ke:
8602028337 CIMB Lantera Iman Resources
2 – Emailkan ke store@langitilahi.com perkara berikut:
*Pastikan email bertajuk “DVD KUASA2.0”
a) Bukti pembayaran: gambar resit pembayaran, print screen (attach kepada email)
b) Nama penuh
c) Alamat penghantaran
d) Nombor telefon
e) Berapa unit DVD yang nak dibeli
3 – Kami akan memberikan reply tanda order anda telah sempurna. Sekiranya selepas dua hari anda tidak menerima reply daripada kami, sila email semula.
————————
Isi
————————
DVD KUASA2.0 akan diisi dengan perkara berikut:
1 – Slot 1: Ucaptama – Untuk Kita Pendosa & Persembahan Puisi – Ameen Misran
2 – Slot 2: Jalan-Jalan Penyucian Hati oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman.
3 – Slot 3 : “Membangkitkan Rasa Berdosa” — Azmi Bahari
4 – Slot 4: “Hati ke Hati” — Raisyyah Rania Yeap
5 – “Jangan Berputus Asa dengan Allah s.w.t.” — Ustazah Fatimah
Syarha
6 – Slot 6 : “Bersembang dengan Mereka yang telah mati” — Hilal
Asyraf
7- Gambar-gambar sepanjang seminar berjalan.
————————
Kemusykilan
————————
Sebarang masalah dan kemusykilan berkait hal ini, sila hubungi En Ameen Misran – pada nombor 0135041501
The post Pre-Order DVD Seminar Untuk Kita Pendosa 2.0 appeared first on Langit Ilahi.
November 20, 2014
My Birthday Gift
“This is how it feels like, holding your own book”
A Birthday Gift
During my high school days, we were always reminded that, once in a while we need to self-introspect ourselves. The term used back then was Musahabah.
The concept similar to muhasabah is very much found in other places under different names. Like the “post-mortem” after a surgery or after a program. Like “The Annual General Meeting” AGM of an association to restructure their organizational chart and almanac. Like the “Family Day” of a company and “Retreat” of a training consultancy.
The notion is the same or almost the same, to reconstruct, reconfigure, to learn from past mistakes, to energize, to refresh, to reflect and etc.
Introspection can be made a daily basis or a yearly basis, depends on how frequent it is needed. The failure to do so might distort our vision and mission in life, it might slower our pace, it might make us handicap.
My Yearly Muhasabah
13th of November 1989 was the day I was born. The moment I posted this article, it has been 7 days since my birthday of 2014. Therefore, I am 25 years old and 7 days.
But not like most people, I like to celebrate my birthday on my own. My birthday date is hidden from my Facebook profile. I dislike people writing on my timeline birthday wishes.
Never have I hoped for people to give me birthday wishes or presents or birthday cakes with a cherry on top and lighted candles.
If they want to do so, I’d just welcome them. If they don’t want to, I have nothing against them.
To me, my birthday is my day. I usually go to somewhere exclusive and treat myself something special I rarely get. Like going to Secret Recipe and eat several slices of “Chocolate Indulgence” or to Subway and eat two foot-long sub of the day or go to the movie cinema alone and watch any movie on air.
I only get to eat at exclusive restaurants usually when a friend wants to treat me. That’s why I have to save money for my birthday alone.
My birthday is my muhasabah. A time when I jot down my life accomplishments, how far have I progressed?
Have I done my best to be the best?
From what I have achieved so far in life, have I really gone all out?
Have I improved from last time’s birthday? Or am I still at the same level?
Have I really maximized my potential, my resources to reach my target in life?
Have my reading, my knowledge improved?
These are the questions I always ask myself each time I celebrate my birthday.
“The Other Side of The Coin” is my birthday gift
This year is meaningful for me. I managed to co-write a book with my dear comrade, Aiman Azlan. The title we agreed is “The Other Side of The coin.” And this book is my birthday gift.
The road to making this book a reality is rough. Puteh Press is a new book publisher – a publisher under PTS – is venturing a new market to produce books of unique styles of writing foreign to the “mainstream” way of writing. A style commonly known as “Indie.”
They have published only two books: “The Other Side of The Coin” and “Catatan Matlutfhi”.
Even though Puteh Press is a new book publisher and our book, “The Other Side of The Coin” is its debut book, how the public accepted our book is surprisingly shocking!
There are not many home-grown English writers. So the fear was that English books written by Malaysians will face a hard time being sold. But, all praises to Allah, in one month, the first printing of 2000 units have been sold out!
Why did I write?
I was invited that day by a couple of IIUM students to present about the book. A sister asked me an interesting question “What message do you want to convey through this book?”
I am pretty sure that this sister is searching for a novel answer from me as she can easily go through the Aiman’s preface evidently from the book she is holding.
In his preface, Aiman writes:
“The Other Side of the Coin offers an alternative perspective into topics such as identity, love, education, community, and self-worth. These are only a few essential topics that we need to look into, refine, and do a societal self-reflection on.”
So, I decided to give a different answer.
“I wrote this book, not necessarily for you to read it, but to inspire others to write their own life’s story. To read my book or not, is your choice.”
Never underestimate the power of writing
I was in my Political Economy class organized by IDEAS that day when a friend of mine called me via phone just to say that she bought my book from the largest book store, Kinokuniya Book Store.
And then she asked “How does it feel to be a writer?”
Never underestimate the wonders writing can give you. When people take pictures of your book, make reviews, tag or mention you on social media, the feeling is inexplicable.
The feeling of “you’ve offered something to your readership.” The feeling of “you’ve contributed something to the people.”
That is a feeling you cannot get by sleeping all day. That is a feeling that requires hard work.
That was my answer.
Write to ignite
Sometimes when it rains, even though how busy you are, you stop for a while to inhale the crisp and clean cool breeze just to clear your mind up for a second. These couple of seconds energizes your inner strength and enabling you to finish the job at hand.
Life is a mirror. When we look at life, we see ourselves.
And for my career as a writer, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, a prominent writer and public figure whom I’ve always adored, gave a comment ‘Tahniah Bro Ameen Misran. Another 10 books before 2020.’
And another 10 books, I shall.
Write to ignite!
—————————————
“The Other Side of The Coin.”
Aiman Azlan | Ameen Misran
Harga asal RM25
Kos penghantaran Semenanjung – RM6
Kos penghantaran Sabah Sarawak – RM10
Beli di LangitIlahi Store, dapat diskaun 10%.
Bagaimana hendak dapatkannya?
Hubungi saudara Afif, Pengurus LangitIlahi Store.
Call, SMS atau whatssup – 0134749869
Atau email : store@langitilahi.com
available setiap masa, InsyaAllah.
Order akan diuruskan dalam masa 2-3 hari bekerja.
Jika anda berminat dengan buku-buku lain, boleh rujuk di http://langitilahi.com/store/buku/.
The post My Birthday Gift appeared first on Langit Ilahi.
November 18, 2014
Are you worthy of your bachelor’s degree?
“Are you worth it all?”
Picture courtesy of http://www.reclaim-living.com/
Are you worthy of your bachelor’s degree?
“Ameen! Let’s take a convo picture together!”
“Bro, congratulations to us! We survived IIUM!”
“Ameen, are you coming to your convocation?”
I have finished my studies in Bachelor of English Language and Literature (BENL) last January. And not like most people who were happy taking convocation pictures, I took the robe but never showed up, I refrained myself from attending my convocation day.
I was busy on the day of my convocation, was on a tight schedule. Translating a book of 230 pages long in two weeks’ time, while juggling with daily occupational commitment, is like hell.
Even if I wasn’t busy on that day, I wouldn’t choose the path of walking on the stage when your name is being called witnessed by thousands, to be conferred the graduation scroll, to take a selfie with the minister of Youth and Sports.
When my friends ask me why I wasn’t present on the convocation day, my cover answer would be “I was very busy.” But that is only the tip of the iceberg. My reason is more complicated than that.
I’ve told some, the real reason why I didn’t attend my convocation and most of them said “you are among the extreme ones” and they are not wrong.
What does your bachelor’s degree mean to you?
Everyone is the protagonist of their own life’s story. Our plots are different making us view life differently. What I went through may not reflect what you went through. In the context of how your meaningful is your bachelor’s degree to you, what I feel may vary from what you feel.
I can proudly say that, four years as a student of English Language and Literature has helped me a lot in understanding Malaysian history, psychology, political science and philosophy particularly from the perspective of language and literature.
Many have misunderstood that my course is an “easy” course, so they say. “BENL? You analyse poems and memorize them, you can easily get an A. Whereas an Engineering student, you have to solve complex mathematical equations!” – paraphrased from an actual comment by an engineering student.
I give you two examples. In literature, we were taught a subject namely “World Literature”, we had to read 3-4 novels and analyse them. And each subject, 3-4 novels are the minimum number of required for reading. Imagine if I take 3 literary subjects in one semester, how many required novels do I have to read?
If you think that we only learn about grammar to become a grammar Nazi, then get a load of this. Another example would be “Critical Discourse Analysis (CDA)” which is a linguistic subject. During my time, my lecturer whom I respect assigned us to analyse 300 news reports from different news portals. Meaning that, we have to choose 70 news reports from five news portals. So if the news reports all together are 300, how long would be the write up? My assignment for that particular subject only was 100 pages long! (not including the findings). Equivalent to a Master’s thesis!
Attempting to compare cross courses is wrong on many levels. You cannot compare the sweetness of an apple to the sweetness of an orange. Both are sweet but with dissimilar tastes. Claiming that an orange is sweeter than an apple or vice versa is totally incorrect.
So answering back the question “What does your bachelor’s degree mean to you?”, my answer would be “It is really meaningful.”
Who is applicable to attend their convocation?
I learned a lot through the formal education in university. But the degree I received, four years of work, did not prompt me from attending my graduation.
I’ll be honest. I did not give my all during my days as an undergraduate student. I only managed to score a CGPA of 3.2. I’m not an uber nerd who tucks himself in the library or room without mingling with other people.
In my strict book, undergraduates who received the dean’s list or rector’s award or awarded the valedictorian or have successfully become intellectual activists are applicable to attend their graduation. Whereas students like me, second class and lower, you can’t. You may or not follow my conception.
I want to ask, those who were awarded the scroll by the minister, through the process of years of cheating in exams without getting caught, how you can have the guts to walk on stage, take smiling pictures of yourselves and post it online with the caption “We did it! We survived university!”?
And I know several classmates of mine, who cheated in front of my eyes and actually did that. I know I didn’t study as hard as could but I never cheated.
I cannot live with that.
Bachelor’s degree should be more than a scroll
Our reading should be extensive, encompassing various genres of writings in numerous topics particularly in philosophy, politics and economy. If I could go back in time, I would take classes on political economy, school of democracy, business, property and business.
What I am proposing is becoming an “Intellectual activist” a concept that combines both intellectualism and activism. Dr Patricia Hills in her book “On Intellectual Activism”, defines intellectual activism as “the myriad of ways that people place the power of their ideas in the service to social justice.”
In line with this, I agree with Ali Shariati – even though he is a Syi’i – on his conception of who is an intellectual. “An intellectual is one who is conscious of his own “humanistic status” in a specific social and historical time and place. His self-awareness lays upon him the burden of responsibility. He responsibly, self-consciously leads his people in scientific, social and revolutionary action.”
Why? Because undergraduate – people with tertiary – education are the minority. We only make up 24% of the whole population of labour workers. That is why we need to be the best of the best and I’m not talking about CGPA here.
How useful is your existence to your community? How many books have you produced to help the public? Have many activism relief efforts have you participated?
For now, I have only written a book and participated in several activism courses.
Still, I have failed to fulfil my duty as an intellectual activist, therefore I feel ashamed to attend my convocation.
So, are you worthy of your bachelor’s degree?
Our answers may vary and you know your own answer but for me, “I am not worthy of my bachelor’s degree.”
The post Are you worthy of your bachelor’s degree? appeared first on Langit Ilahi.
November 6, 2014
Ringkas: Cinta Yang Bukan Untuk Dimiliki
Assalamualaikum buat saudara saudari pembaca budiman.
Sudah lama kiranya saya tidak mencoret ruangan ini dek kekangan masa (dalam erti kata lain saya sendiri yang masih gagal menyusun masa) dan kemudahan internet yang terhad. Harapan saya, agar semua pembaca berada dalam keadaan baik dan dirahmati Allah.
Tempoh hari saya didatangi seorang rakan. Datangnya, bukan berseorangan tetapi ditemani air mata. Di bahu saya beliau meluahkan segala isi hatinya, kekecewaannya, putus asanya, galaunya dalam dunia percintaannya dengan encik tunang yang bahagia hanya seketika. Saya membiarkan dia menangis semahunya. Mendengar ceritanya, turut saya merasa sebak tetapi ditahankan air mata.
Saya faham keadaan dia.
Pada masa silam saya, saya bukan tidak pernah terluka kerana cinta.
Tetapi saya menganggap itu satu kesilapan yang pernah saya lakukan, kerana terjebak dalam cinta yang melalaikan, lalu Allah beri luka yang maha pedih supaya saya sedar dari terus bergelumang dengan dosa. Semoga Allah mengampunkan saya dan kita semua.
Berbalik kepada kisah rakan saya itu, rupanya beliau dizalimi oleh tunangnya secara zahir dan batin (perasaan). Ditampar, dihina, kata lelaki itu dia sudah tiada lagi rasa cinta. Lalu beliau meminta supaya dirinya dilepaskan, tetapi lelaki itu enggan melakukannya untuk mencederakan jiwanya. Lantas saya kata, mengapa tidak kamu sahaja yang memutuskan? Tetapi jawabnya, kerana dia terlalu cinta dan tak sanggup memutuskan ikatan itu melainkan lelaki itu sendiri yang melepaskannya. Saya mengucap panjang. Adakah cinta perlu menyakitkan sebegitu rupa?
Cinta Yang Sebenar, Tidak Harus Menyakiti
Cinta, walaupun menuntut 1001 pengorbanan, ia tak seharusnya menyakitkan.
Cinta itu banyak genrenya tetapi yang pasti pangkalnya dua iaitu, cinta yang sia-sia yakni cinta yang palsu dan yang kedua cinta yang membawa ke syurga, maka ini cinta yang sebenar.
Cinta spesies pertama adalah cinta yang perlu kita tinggalkan. Cinta yang hanya membawa kepada dosa dan kesakitan, yang tidak memberi kebaikan di dunia apatah lagi di akhirat nanti. Telah saya katakan kepada rakan saya sebentar tadi, “kalau kau rasa cinta ini terlalu menyakitkan kau, ini bukan cinta, kawan. Ini bukan cinta yang benar. Kau kena lepaskan.”
Kerana jika cinta itu cinta yang sebenar, cinta yang lahir dari keikhlasan ubudiah kerana Allah, manusia yang mengaku cinta itu tidak akan sekali-kali melakukan sesuatu yang melanggar batas norma syarak, yang akan membawa dirinya dan orang yang dicintainya kepada dosa, apatah lagi mengikut nafsu melukai manusia lain sesukai hati dan melakukan kezaliman akibat bisikan syaitan.
Bukan itu sahaja, cinta yang sebenar seharusnya mengalirkan ketenteraman dan ketenangan di dalam hati-hati yang dipenuhi rasa cinta itu. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Oleh kerana itu, jika yang hadir hanya kesakitan? adakah itu cinta yang sebenar? dan persoalan yang paling penting, sejak kali pertama perasaan itu bercambah, adakah ia cinta yang Allah redha?
Cinta yang ditarik balik, Allah mahu selamatkan kita.
Saya terus mencatat coretan ini supaya kita bersangka baik dengan setiap kesakitan yang berlaku, bahawa segala yang ditakdirkan Allah ada hikmahnya. Kerana kita semua mahu memiliki cinta yang Allah redha, cinta yang tetap membawa kita mendekati Dia meskipun kita ditinggalkan, dijauhkan atau dipisahkan dengan orang yang kita cinta.
Hati manusia boleh berubah.
Suatu masa, hatinya penuh sayang dan cinta yang berbunga-bunga sehingga sanggup berkorban apa sahaja bak metafora laut sanggup direnangi, bara api sanggup diharungi.
Tetapi suatu hari, hatinya tiba-tiba kosong tidak merasa apa-apa lagi, adakala berpunca, dan adakala tak diketahui sebabnya.
Tangan yang dahulu bertepuk dua belah, kini hanya tinggal sebelah. Ini pasti menyakitkan. Sangat menyakitkan.
Ketahuilah, cinta itu pada dasarnya datang dari Allah. Ia hadir sama ada sebagai anugerah, ataupun sebagai ujian. Dan yang pasti, orang yang mencintai Allah dengan penuh keikhlasan, akan dihadiahkan cinta seorang insan yang turut mencintai-Nya, agar kedua-keduanya dapat bersama-sama menuju syurga. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 31 yang membawa maksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad),”Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu akan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani”.
Maka di sini saya ingin memujuk hati-hati kita, seandainya sudah tiada lagi perasaan cinta untuk kita dari insan-insan yang pernah menyayangi kita,serta, seandainya kita pernah mencintai seseorang tetapi tiba-tiba rasa itu tiada lagi buatnya, barangkali Allah sudah mengambil kembali perasaan cinta yang dipinjamkanNya itu kerana mungkin cinta itu pengakhirannya tidak baik untuk dunia dan akhirat kita, dan tidak pula membawa kita mendekatiNya. Boleh jadi juga kelak suatu hari nanti kerana cinta itu, kita akan tersakiti, dan tidak mustahil juga kita yang akan menyakiti. Bersangka baiklah bahawa Allah mahu menyelamatkan kita, dan memberi kita sesuatu yang lebih baik, yang terbaik. Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu.
Akhir kata, sakit hanya sementara. Allah pasti akan menyembuhkannya.
Sakit itu hadir supaya kita terus menghargai orang-orang yang sepatutnya kita utamakan dalam memberi cinta dan kasih sayang selepas Allah dan Rasul-Nya, terutamanya ibu bapa kita, ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sahabat-sahabat yang selama ini bersama dalam susah dan senang, yang seringkali kita ambil enteng kasih sayang mereka yang selama ini tak pernah bersyarat. Sedang kita sendiri lalai dalam mencintai Dia, memang padanlah jika kita diuji sedemikian rupa.
Sakit perpisahan, hanya sementara. Jadikan ia sebagai medan muhasabah untuk kembali qarib (dekat) denganNya. Bukankah Allah pemilik segala cinta? Apa yang dia pinjamkan, perlu dipulangkan. Apa yang Dia hadiahkan, itulah yang berkekalan. Yakin itu meskipun kita payah untuk menelan hakikat bahawa cinta yang hilang itu, bukan untuk kita miliki.
Engkau yang menangis di tabir malam
Hatimu suram kelam
Hidup seakan tiada ertinya lagi
Engkau mengutuk takdir Ilahi
Kerana mengujimu sebegini
Engkau buta dari cintaNya
Bukankah kerana Dia engkau bernyawa
Bukankah Dia yang memberimu cinta
Engkau lupa engkau hamba
Engkau lupa engkau milik Dia
Dan sakit itu
kerana Allah cinta
kerana Allah kasih
kerana Allah mahu kau kembali merapati
setelah sayup-sayup kau menjauhi..
~Aisyah Huraiyah, 6 November 2014
——————————————————————————————————————————————————–
————————–
Detail program
————————–
Seminar Sebelum Aku Bernikah
Tema: Berusaha Mencapai Mampu
Tarikh: 14hb Februari 2015
Masa: 8.00am-11.00pm
Tempat: CAC, UIA Gombak.
Yuran: Asal – RM100
Promosi*
- RM50 seorang(jika daftar 3 orang ke atas)
- RM60 seorang(jika daftar 1-2 orang)
- Jika mendaftar untuk satu rombongan(30 orang minimum), ada harga istimewa yang dirahsiakan. Hubungi terus saudara Muhaimin Misran untuk harga istimewa bagi yang datang rombongan.
*Yuran promosi valid hingga 30hb November 2014 sahaja.
Link pendaftaran: http://ssab.langitilahi.com/
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi:
Saudara Muhaimin Misran – 0135041501
Saudari Nadiah Mohamad – 01132535975
————————–
Tentatif
————————–
08.00-09.00AM – Pendaftaran
09.00-09.30AM – Pembukaan – ‘Love’ – Ameen Misran
09.30-10.30AM – Slot 1: Fiqh Cinta – Kak Fatimah Syarha
10.30-11.00AM – Rehat
11.00-12.00PM – Slot 2: 1,2,3 Cari Jodoh – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
12.00-01.00PM – Slot 3: Merancang Wang Semenjak Jatuh Cinta – (belum ditentukan)
01.00-02.00PM – Rehat
02.00-03.15PM – Slot 4: Anak Muda & Cinta – Aiman Azlan
03.15-04.30PM – Slot 5: Tarbiyah Anak Sebelum Berkahwin – (belum ditentukan)
04.30-05.30PM – Rehat
05.30-06.30PM – Slot 6: Sebelum Aku Bernikah – Hilal Asyraf
06.30-08.00PM – Rehat
08.00-10.30PM – Slot 7: Forum – Mendidik Keluarga, Mendidik Negara – Ustaz Syaari Rahman bersama dua panel lagi yang belum ditentukan.
10.30-11.00PM – Penutup & Bersurai
————————–
Ayuh bersama kami di seminar ini!
Mohon sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang ramai.
The post Ringkas: Cinta Yang Bukan Untuk Dimiliki appeared first on Langit Ilahi.
November 1, 2014
Komik: Pendosa Dan Pentaubat
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[Ali Imran: 135-136]
The post Komik: Pendosa Dan Pentaubat appeared first on Langit Ilahi.
October 30, 2014
An Urgent Call for Inter-Madhhab Discourse
“For every ‘why’, there’s a ‘why not’,
for every ‘if’, there’s a ‘but’,
for every ‘and’, because there’s an ‘and’.”
~ Dr. Yasir Qadhi
Picture courtesy of http://startempathy.org/
An Urgent Call for Inter-Madhhab Discourse
Imagine while you are joyously enjoying your Udang Goreng (fried Shrimp) with rice for lunch, suddenly a friend of yours, a Muslim but non-Shafiie came to you and says “How can you eat this? How can you digest seawater cockroaches?”
“Cockroaches?! Can’t you be more rude?” pounding in your heart.
How would you have reacted? Would you throw up? Would you punch him in the face? Would you post an angry status?
That was what happened to me, several years ago, the result of spending a lunch with my Afghani friend.
Luckily I managed to keep my sanity and didn’t commit any of the immature reactions aforementioned.
I was a bit startled at first but kept my cool. I could have yelled at him “Can’t you see I’m eating here?” but I did not.
I asked with a soft tone “What madhhab are you following?”
He replied “Hanafi.”
“Thought so” in my mind.
Thanks to the little knowledge I had on inter-madhhab discourse stemmed from my first semester subject “Transaction in Islamic Law” that led to the discussions that Hanafis don’t eat water creatures, I withheld my anger.
Now, I would like to ask, what if the plot was changed; I started punching him or posted an angry status?
It is only “khilaf”
I am completely aware that, my background education as a bachelor’s degree holder in English Linguistics and Literature does not qualify me to advocate a scholarly opinion.
That is why, this piece of writing is an opinion of me, as a non-Islamic studies major, observing the polemics among Muslim clerics and the general public on the issue of “khilaf”.
Like many laymen Muslim Malaysians, the earliest that I’ve been exposed on inter- madhhab discourse was at university level which was a little bit late.
Let’s assume that all tertiary educated Malaysians have been exposed to a glimpse of inter- madhhab discourse, which is doubtful of course.
So the percentage of tertiary educated labour workers as of 2012 is only 24% of the whole population of labour workers. This percentage is the minority.
I can confidently say, the majority of Malaysians are in the dark of any inter-madhhab discourse. They follow what their “ustaz says” back in school.
Looking at the recent outburst of Malaysian Muslims being overly sensitive on the “I want to touch a dog” program, I perceive this an urgent call for inter-madhhab discourse that should be fostered in starting from high school.
I agree with Dr. Zaharuddin’s account on the way the program was conducted as it is perceived by the public as somewhat provocative, enjoining people to “touch a dog gleefully.”
But Syed Azmi Alhabshi’s effort to apologize to the public is honourable. What is despicable is the threats made to him, raiding his personal space. That is, utterly uncivilized and unacceptable.
The Shafiie-centered education has led Malaysian Muslims to lose tolerance, to lose their balance in making the right judgements. Malaysians Muslims do not even know that what they’ve been taught in schools is from the Shafiie school of taught. This is a loss.
Lack of inter-madhhab discourse has made Malaysian Muslims to be overly emotional making them the “licence” to hurt others not sharing the same school of Islamic thought.
Is this what the Imam Shafie himself wanted?
To accept something as a “khilaf” these days is perceived as a “sin” giving birth to “If you do not follow my madhhab, then I shall kill you” attitude.
Clerics should help in educating
It is depressing to see, with the stress accumulated from inflation, rise cost of living and political crisis, some iconic clerics who should be the doing their work in educating the public, instead, they poured oil to fire.
For example, the statement given by Ustaz Azhar Idrus’s assistant, Zulkifli Wahab regarding the alleged despicable video by an irresponsible party, and I quote:
“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam.”
I clearly do not believe UAI is the protagonist in the video.
I really respect UAI because of his aid in helping the public on basic understandings of Islam from his widely received lectures. But I do not agree with his assistant in saying the program “I want to touch a dog” as an effort to bring down clerics.
I want to ask you Ustaz Azhar Idrus, not to be rude, but to clarify, how could you let your assistant to give a statement on your Facebook profile, which is antithetical to the real issue?
I fail to see any relations whatsoever with the video and the program. Not at all.
You should, follow the examples of other Muslims clerics such as Dr. Zaharuddin or Hilal Asyraf in tackling the discourse of “dog” as a khilaf.
How long will we prolong the enmity over “khilaf”?
It is stressful to read the hateful comments of Facebook surrounding the “dog” issue, depressing to listen to sermons lambasting with hateful statements to the organizers of the program.
I wish for a world where everyone is civilized and open to differences of opinion with necessary boundaries and limitations.
But it looks like, that world is just an utopia.
The post An Urgent Call for Inter-Madhhab Discourse appeared first on Langit Ilahi.
‘Asyura: Antara kelebihan beribadah dan pembohongan Syiah
Perbezaan antara sunni dan syiah
Hari A’syura adalah hari yang kesepuluh dalam bulan pertama Islam iaitu Muharram yang mana ia berkaitan dengan bulan penghijrahan baginda s.a.w. Pada hari tersebut terdapat ibadah yang sangat dituntut kepada umat Islam untuk melaksanakannya yakni puasa sunat. Bahkan puasa sunat pada hari ‘Asyura ini telahpun mendahului puasa dalam bulan Ramadhan dari segi pensyariatannnya dan juga perlaksanaannya. Hadis nabi s.a.w ada meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk berpuasa pada hari A’syura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Tatkala diwajibkan berpuasa Ramadhan maka diberi kelonggaran untuk sesiapa sahaja untuk berbuka atau berpuasa pada hari tersebut (A’syura)” (HR Muslim. No:1869)
Melihat kepada kewajipan pensyariatan puasa hari ‘Asyura ini dahulu, sudah tentu ia merupakan ibadah yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Adapun ganjaran berpuasa A’syura amatlah besar sepertimana sabda Rasulullah s.a.w daripada Abi Qatadah r.a:
“Rasulullah ditanyakan tentang puasa hari kesepuluh (Muharram), lalu baginda menjawab: Diampunkan dosa tahun sebelumnya.” (HR Muslim no.1968)”
Hidup umat terkemudian ini tidak panjang. Bahkan dalam kehidupan yang singkat ini seringkali kita terjebak dalam dosa sama ada yang disedari atau tidak. Justeru itu, hamba yang mengharapkan pengampunan sudah tentu tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengutip janji baginda s.a.w bagi merebut nikmat yang terbesar iaitu pengampunan Allah s.w.t
Membezakan Puasa Bani Israel dan Umat Islam
Terdapat beberapa sejarah yang bertepatan dengan tarikh 10 Muharram ini. Antaranya peristiwa pada zaman nabi Musa a.s dan kaum Israel cuba menyelamatkan diri daripada kekejaman Firaun. Mereka merentas Laut Merah yang mana telah dibelah oleh nabi Musa a.s menggunakan tongkat baginda yang juga merupakan salah satu mukjizat daripada Allah kepadanya.
Sebagai tanda syukur nabi Musa a.s dan kaumnya terhadap peristiwa yang juga berlaku pada tarikh yang sama (10 Muharram) juga menyebabkan mereka benar-benar insaf, maka mereka bermunajat kepada Allah s.w.t dengan berpuasa pada hari tersebut kerana mereka berjaya membebaskankan diri daripada cengkaman manusia angkuh yang menggelar diri sebagai tuhan iaitu Firaun.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ketika mana baginda berada di Madinah, baginda mendapati kaum yahudi berpuasa pada hari tersebut lalu bertanya kepada mereka (ahli Madinah) dan mereka menjawab:
“Ini adalah hari raya bagi mereka, iaitu ketika Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan kaumnya lalu menenggelamkan Firaun. Justeru mereka berpuasa sebagai tanda bersyukur mereka berpuasa. “Kemudian baginda s.a.w bersabda: ‘Aku lebih utama kepada (Musa) berbanding mereka’. Maka baginda pun berpuasa begitu juga para sahabatnya”(HR Bukhari no.4384)
Namun demikian, terdapat sebahagian sahabat nabi yang sensitif kurang senang dek kerana puasa hari tersebut seakan-akan menyerupai kaum Yahudi . Maka baginda s.a.w bersabda daripada Abdullah Ibn Abbas r.a:
“Pada tahun hadapan jika aku masih hidup maka akan aku berpuasa pada hari yang sebelumnya yakni 9 Muharram.”(HR Muslim no.1909)
Namun baginda telahpun wafat terdahulu sebelum sempat untuk sampai pada tahun seterusnya. Namun manfaat yang boleh kita ambil disini adalah kita digalakkan juga untuk berpuasa satu hari sebelumnya iaitu pada hari ke 9 Muharram sebagai tanda membezakan dengan kaum Yahudi. Adapun tidak menjadi kesalahan bagi kita untuk hanya berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.
Karbala’: Peristiwa berdarah Syiah
Hari yang begitu besar ganjaran dalamnya jika kita berpuasa, dicemari dengan beberapa penyelewengan oleh golongan Syiah. Pada hari tersebut, mereka mendakwa ia adalah hari di mana terbunuhnya Saidina Husain r.a dan mengaitkan tragedi ini ke atas Yazid Bin Muawiyah selaku pembunuhnya. Walhal dalam fakta sejarah bahkan dalam buku mereka sendiri menyatakan Syiah daripada Kuffah yang melakukan perbuatan keji ini.
Antara ulama’ Syiah yang menyebutkan tentang peristiwa ini adalah Baaqir Majlisi dalam tulisannya :
“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau Al’Uyun, m.s. 430)[i]
Tidak cukup sekadar itu, bahkan doa Imam Al-Hussain sendiri sebelum beliau dibunuh ke atas pengikut Syiah ada menyebutkan tentang perkara:
“Ya Allah kalaulah Engkau mengekalkan mereka hingga suatu ketika, maka pecah belah kan mereka, jadikan mereka berbagai puak yang berlainan dan jangan jadikan penguasa berasa senang dengan mereka. Sesungguhnya mereka telah menyeru kami supaya membantu kami kemudian memusuhi dan membunuh kami.”{241 : الإرشاد المفيد}[ii]
Berdasarkan nas-nas ini, dapat kita simpulkan bahawa penyesalan terhadap pembunuhan dengan menepuk dada, menampar pipi dan sebagainya ini merupakan satu pembohongan dan tohmohan yang ingin dikaitkan dengan para sahabat dan orang-orang soleh pada ketika itu.
Ahli Bait dan Hussain sendiri disakiti!
Perasaan sesal mereka terhadap pembunuhan Hussain r.a dek kerana dakwaan mereka mencintai ahli bait (keluarga nabi s.a.w) adalah lakonan semata-mata kerana terdapat dalam buku-buku yang ditulis oleh tangan orang-orang mereka sendiri tentang keburukan yang direka-reka.
Al-Kulaini meriwayatkan di dalam “ الأصول ” daripada Al-Kafi tentang kisah bahawa Rasulullah s.a.w dan Fatimah r.a sebenarnya membenci kedatangan Hussain ke bumi, bahkan kelahiran beliau itu adalah disebabkan terpaksa hingga menyebabkan Hussain r.a tidak disusukan oleh Fatimah r.a.
Dr. Musa al-Musawi mengulas kenyataan ini dengan menyatakan adakah mungkin seorang nabi itu tidak redha dan menolak pemberian Allah kepada hamba-Nya? Adakah mungkin seorang ibu yang melahirkan anak seperti peribadi Hussain r.a yang mana sangat mulia di sisi Syiah membenci kelahiran tersebut?[iii]
Bahkan tidak!
Lihat dalam sirah bagaimana Rasulullah s.a.w meraikan cucunya yang duduk di atas belakang baginda s.a.w ketika sedang sujud. Bukankah ini tanda kasih sayang dan rasa cinta baginda s.aw terhadap cucunya? Juga secara logiknya, jika seorang ibu itu melahirkan anak-anak yang soleh adakah mungkin dia akan membencinya atau sebaliknya mengharap semua anaknya mempunyai peribadi yang sama?
Cemuhan ini tidak terhenti pada peribadi Hussain r.a sahaja bahkan mereka (Syiah) turut menyakiti ahli bait yang lain seperti Fatimah r.a, Hassan r.a hinggalah peribadi Rasulullah s.a.w sendiri!
Kematian itu pasti
Kematian itu adalah suatu perkara yang pasti. Setiap manusia tidak akan terlepas darinya. Adapun ia telahpun tertulis bila dan bagaimana seorang manusia itu akan berpisah dengan bumi sejak dari dalam Rahim seorang ibu. Jika ingin mengikut perasaan sedih mengenangkan kematian seseorang itu maka, Rasulullah lebih berhak untuk ditangisi kerana pemergian baginda.
Namun, perasaan duka yang melampau ini ditegas dalam hadis baginda s.a.w:
“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no.1211)
Kesimpulan: Persiapkan diri menghadapi kematian
Kita mengakui bahawa mati itu pasti. Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana manusia itu bersedia untuk menghadapinya. Justeru itu, dengan kesempatan yang Allah berikan kepada kita ini untuk diampunkan dosa-dosa yang telah lalu amatlah tidak patut untuk kita biarkan ia berlalu sebagaimana kebiasaan hari yang lain.
Wallahualam.
[i] http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=195
[ii] Kenapa Aku Meninggalkan Syiah (terjemahan) Dr Musa Al-Musawi, m/s 47,48
[iii] Ibid. m/s 67,68
Rujukan Umum
Dirasat An Firaq Fi Tarikh Muslimin Khawarij wa Syiah, Dr Ahmad Muhammad Jali
Al-Mausuah Muyassarah Fi Al-Adyan wa Al-Mazahib wa Al-Ahzab Muasirah, Dr Mani’ bin Hammad.
The post ‘Asyura: Antara kelebihan beribadah dan pembohongan Syiah appeared first on Langit Ilahi.
October 29, 2014
Bila Istighfar Tak Lagi Mengesani Jiwa
Ada satu-satu masa, ketikamana ibadah telah mula menjadi rutin harian kita, solat pun kita penuhi waktunya seperti biasa, bahkan berjemaah pula pada kebanyakan waktu, Al-Quran kita tidak tinggalkan, zikir pun kita lazimi pada hari-hari kita, istighfar apatah lagi pula, namun di saat itu kadangkala jiwa kita teruji dengan tidak merasa apa-apa dengan bacaan dan wirid di lisan kita.
Kita membaca Al-Quran, tetapi Al-Quran hanya bagaikan ulangan yang tidak mengesankan.
Kita zikir dan istighfar, tetapi ia hanyalah bagaikan lafaz mantera yang kosong, terasa tidak menembus membersihkan karat di dalam jiwa, tidak mampu menghubungkan kita dengan Tuhan.
Zahir di mata orang melihat kita baik, ibadah bagus, tetapi jauh di sudut hati kita yang dalam, kita tahu bahawa kita sedang menderita hati kita tidak lagi mampu merasa jujur dengan apa yang sering kita lafazkan dan wiridkan.
Perlukah Berhenti ?
Di saat sedemikian, apakah memilih untuk berhenti adalah jawapannya, lalu kita mencari kepuasan di sudut yang lain pula?
Kita boleh memilih untuk berhenti, tetapi bukan berhenti dari beramal.
Berhenti untuk bermuhasabah seketika, mengambil nafas lalu meneruskan lagi perjalanan kita. Itulah ‘berhenti’ bagi kita.
Memang tidak mudah berada di atas jalan kebaikan. Kalau mudah, tidaklah Abul Basyar, Adam a.s. teruji oleh iblis laknatullah itu. Sedangkan Ayyub a.s. pun cuba diganggu keikhlasannya, maka untuk manusia biasa seperti kita, lebih lagilah mahu dirosakkannya.
Lalu, kalau kita memilih untuk terus berhenti dan memilih jalan maksiat dan dosa sebagai jawapan kepada mencari kepuasan dalam diri kita itu, ternyata kita telah terpedaya dengan bisikan hawa dan iblis. Kita sendiri telah memberikan ruang untuk dia masuk merosakkan diri kita.
“Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka.” [Al-Hijr : 39-40]
Agar Kita Tidak Berhenti
Kita pastinya masih ingat tentang kisab Kaab bin Malik. Ia adalah kisah kecintaan sejati kepada Allah s.w.t, betapa itu adalah bukti bahawa kemanisan iman yang telah pernah bertapak di dalam hatinya, tidak mengizinkan dirinya untuk memilih jalan yang bertentangan dengan Rasul s.a.w. hanya kerana dia seketika disisihkan oleh masyarakat muslimnya pada ketika itu.
Kaab bin Malik adalah seorang prajurit muslim sejati. Itu tergambar dalam katanya melalui hadis riwayat Muslim ketika menggambarkan dirinya, “Aku tidak pernah membelakangi (tidak menyertai) dari Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana peperangan sebelum itu kecuali perang Tabuk, melainkan aku juga tidak ikut dalam perang Badar, tetapi tidak dicela sesiapa pun yang tidak ikut sekali ketika itu.”
Itu adalah gambaran tentang dirinya. Seorang yang sentiasa komited dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Ketika semboyan perang Khandak berbunyi, dia bukan orang yang duduk diam, bahkan telah menyiapkan persiapan peperangan, namun barangkali dunia telah melalaikannya buat seketika.
Tetapi dia tetap dalam keadaan itu, tidak meredhai kesalahannya itu. Itu sangat terpamer ketika dia berkata ketika itu, “aku tidaklah merasa lebih kuat atau lebih ringan” ketika dia berpaling dan tidak menyertai peperangan itu bersama Rasul s.a.w.
Nah, sekarang dia diuji dengan ujian terberat, bukan biasa-biasa. Dia dihukum kerana tidak menyertai Tabuk. Ujian apakah yang lebih berat bagi seorang muslim yang hidup bersama Rasul s.a.w. apabila baginda s.a.w. sendiri berpaling wajah darinya? Bukankah taat kepada Rasul s.a.w. itu adalah taat kepada Allah? Lalu, kalau membuat Rasul tidak redha, bukankah itu juga mengundang bencana untuknya di sisi Allah?
Tidak hanya itu. Masyarakat muslimnya sendiri tidak lagi dibenarkan berbicara dengannya sehingga wahyu turun membersihkan semula dirinya.
Maka, ketika itu, dia seakan-akan keseorangan meski hidup di keramaian masyarakat muslimnya sendiri.
Perhatikan apa yang dilakukan oleh musuh. Inilah saat keemasan bagi syaitan untuk menyuntik jarum kesesatan dalam diri manusia.
Ia mendatangi seorang yang muslim baik dan taat kepada Allah, kemudian mendatangkan sangkaan-sangkaan buruk supaya dari situ, muslim itu mula meringan-ringankan dirinya dengan kebaikannya, meninggalkannya sedikit demi sedikit, lalu bergelut dengan maksiat, akhirnya menjauhi Allah s.w.t. dan amal kebaikannya yang dia lakukan selama ini.
Bagi seorang Ka’ab, ujian itu bermula dengan keinginan dirinya yang cuba dimanipulasi oleh beberapa orang temannya dari Bani Salimah yang mempengaruhinya agar beralasan saja di depan Rasul s.a.w. supaya baginda Rasul langsung memaafkannya. Tetapi Ka’ab tidak dapat menipu perasaannya sendiri, bahawa dia tahu, dia tidak punya alasan pun untuk tidak bersama Rasul di dalam Tabuk ketikamana kelengkapan telah disediakan dan dia pun bukanlah termasuk yang uzur.
Ia tidak berhenti di situ. Syaitan tidak pernah berhenti menggangu keimanan kita.
Ia bersambung dengan utusan raja Ghassan yang datang menyerahkan surat kepada Ka’ab, lalu sekali lagi mempengaruhi Ka’ab di ketegangan suasana dirinya yang dipulau oleh sahabat-sahabatnya sendiri. Seorang raja, bukan calang-calang, yang datang memberi tawaran-tawaran besar untuk Ka’ab bersamanya, dalam erti kata lain, tinggalkan Islam.
Namun, Ka’ab tahu, bahawa dia sedang berada di garisan fitnah yang sangat besar. “Ah, ini pun bencana yang sangat besar !”, lalu dibakarnya surat raja Ghassan itu.
Diuji sehingga sampai ke garisan kekufuran, apalagi yang lebih berat daripada itu bagi seorang muslim?
Namun, Ka’ab memilih untuk tetap terus berjalan meski suasana belum memihak kepadanya ketika itu. Dia tidak memilih berhenti. Sehinggalah akhirnya, berita pembersihan dirinya turun, maka ketika itu terzahir akan kebersamaan masyarakat muslim bersama dirinya. Bahawa mereka buka sengaja menyisihkan Ka’ab melainkan kerana mendahulukan perintah Allah juga.
Demikian itu, Allah menyatukan hati-hati yang ikhlas di atas jalan-Nya. Bergembira atas kegembiraan sahabatnya, bersedih apabila sahabatnya teruji berpaling dari jalan Allah.
Istighfar Kita Perlu Kepada Istighfar
Di titik kita merasa lemah dalam ibadah kita, merasa ibadah tak lagi memberi kekuatan, merasakan jiwa kita kosong, tidak terkesan dengan zikir dan istighfar kita, tetaplah berusaha menjaga yang fardhu, cuba istiqamah dengan yang sunat dan nikmati bidang kebaikan yang lain.
Memang, jiwa manusia cepat terasa bosan dengan perkara yang sama. Sebab itu, pelbagaikanlah ruang dan bentuk kebaikan. Kepelbagaian menyebabkan kita menikmati kebaikan dan kebajikan di jalan Allah s.w.t. dari banyak sudut dan bentuk.
Itu adalah hiburan buat jiwa kita ketika berada di atas jalan kebaikan.
Kalau dibaca Al-Quran, jangan terus-terus saja dibaca. Dicuba pula membuka tafsirnya. Kemudian, kalau sudah bosan, dicuba pula mendengar syarahan tafsirnya di Youtube. Kalau itu pun bosan, maka dicuba pula berbincang tentang tafsir dengan para guru atau rakan-rakan.
Dipelbagaikan atau pindahkan diri kita kepada bentuk aktiviti kebaikan yang sedikit berlainan.
Jangan biarkan diri kita beku dalam kebosanan beribadah, kerana bimbang ibadah tak lagi mencapai tujuannya untuk membersihkan diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah.
Apabila ibadah semisal zikir, solat atau istighfar tak lagi mengesani jiwa kita, maka jiwa kita pun mula merasa kering dan tak lagi tersentuh dengan jauhnya kita dari Allah s.w.t.
Pada ketika itu, saya teringat pesan guru saya, Syeikh Mustofa As-Syaibani pernah berkata, “Istighfar kita pun perlu kepada istighfar !”
Dalam erti lain, ibadah istighfar kita pun perlukan penyucian juga kerana telah tercemar oleh kerutinan yang tidak memberi erti kepada jiwa kita.
Penutup : Menikmati Indahnya Berhubung Dengan Allah
Apakah yang lebih indah bagi seorang pencinta Allah s.w.t. selain ingin terus bersama-Nya, hidup bersama-Nya, merindui-Nya dan ingin sekali bertemu-Nya.
Demikianlah para pencinta. Kata As-Syafie’ dalam syairnya, “Seorang pencinta itu kepada pencintanya merupakan seorang yang taat.”
Bagi seorang pencinta, berjauhan dengan Allah s.w.t. adalah satu kesakitan dan penderitaan bagi dirinya. Kalau sekali berjauhan, sudah cukup membuatkan dirinya keresahan, apalagi kalau lama berjauhan inikan pula hidup bertentangan langsung dengan apa yang dikehendaki-Nya.
Ketika kita terasa jiwa kita tidak tersentuh dengan apa yang kita baca, zikir, istighfar atau lakukan, itu bukanlah kerana Allah meninggalkan kita, tetapi kerana kita sendiri yang telah meletakkan barrier antara diri kita dengan Allah.
Barrier itu boleh jadi adalah dosa kita sendiri, boleh jadi adalah kelalaian kita sendiri, boleh jadi cara yang kita yang tidak betul. Sentiasalah Allah itu mahu hamba-Nya dekat dengan-Nya, tetapi kitalah yang seringkali membiarkan diri kita hanyut jauh dari-Nya. Maka, bagaimana mungkin jiwa kita semakin terkesan dengan kebaikan dan ibadah kita?
Lalu, menghilangkan barrier itu adalah jawapannya, bukan menghilangkan Allah dari hidup kita !
The post Bila Istighfar Tak Lagi Mengesani Jiwa appeared first on Langit Ilahi.
October 25, 2014
Hijrah titik mula untuk berubah
Photo by: thedaiegraphy
Alhamdulilah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita menghidup udara tahun baru Islam yang sepatutnya lebih menarik umat Islam khususnya untuk cakna tentangnya. Walau bagaimanapun ia bukanlah berbentuk kewajipan yang perlu tetapi sekadar menzahirkan rasa izzah dalam diri dengan menyingkapi makna disebalik hijrah yang biasa dikaitkan dengan tahun baru Islam ini.
Tahun yang baru bukan sahaja mempotretkan dunia ini semakin tua, bahkan manusia juga semakin berusia dan semakin hampir untuk bertemu dengan-Nya. Malangnya, dewasa ini suatu kegusaran melanda apabila kita mengalihkan pandangan pada sisi dunia untuk melihat penduduknya. Ramai dalam kalangan mereka seakan sudah hilang identiti muslim yang sebenar apabila mereka semakin menanggalkan Islam sebagai pakaiannya. Yang ada, ramai yang berkiblat kerosakan yang disajikan oleh musuh umat ini sendiri!
Namun…..
Tidakkah manusia itu sedar kehidupan di dunia ini bersifat sementara?
Dalam kesementaraan itu pula manusia dituntut sepenuh mengabdikan diri pada yang Esa?
Bukan untuk menyesali kesilapan tanpa sebarang bentuk perubahan. Manusia itu lemah tetapi bukan bererti ia sentiasa terkalah. Manusia bisa bangun dari segala bentuk kepekatan jahilliyah dalam diri dengan syarat sanggup mengorbankan bentuk-bentuk kesenangan yang berlebihan daripada diri, harta bahkan mungkin nyawa. Oleh itu, hijrah kepada keperibadian dan suasana yang lebih baik dituntut supaya manusia tidak kekal dipenjara minda rasa putus asa dengan dosa dengan beranggapan ia tidak bisa diampunkan walhal pintu taubat sentiasa terbuka luas bagi kita pendosa selagi nyawa dikandung badan.
Ibrah Hijrah mengajar erti berserah (penyerahan)
Hijrah pada dasarnya mengungkap ajaran penting yang terselit dalam pengalaman Nabi s.a.w iaitu sikap berserah diri pada tuhan yang menuntut lepas dari segala pergantungan lain terhadap manusia dan keseluruhan makhluk umumnya tanpa kesombongan mutlak kepada Allah s.w.t. Hijrah yang dilakukan oleh baginda s.a.w dahulu mungkin berbeza dengan situasi pada zaman kita hari ini iaitu berbbentuk penghijrahan diri. Ironinya, elemen kesabaran itu masih dituntut pada kedua-dua situasi yang akhirnya membuah rasa penyerahan sepenuhnya kepada Allah.
Namun, apa yang perlu dititikberatkan adalah makna penyerahan atau tawakkal ini. Ia bukan penyerahan bulat semata-mata tanpa ada iringan usaha dan hanya mengharap natijah yang sempurna. Bahkan ia menuntut manusia supaya merancang bentuk kejayaan yang diingini di samping cuba merealisasikannya dalam bentuk usaha yang bersungguh seterusnya barulah menggapai tangga terakhir iaitu bertawakkal.
Lihat kebijaksanaan baginda s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a ketika perjalanan hijrah mereka ke Madinah. Abu Bakar r.a menanam rasa tabah dalam diri anak-anak beliau untuk sama-sama membantu dalam peristiwa ini tanpa mengira jantina seperti yang diajarkan nabi s.a.w. Abdullah bin Bakar bertugas untuk memerhati gerakan orang quraisy seterusnya menyampaikan berita tersebut kepada ayahnya. Manakala puteri-puterinya tiada rasa gentar untuk membantu menghantar hidangan ke Gua Thur.
Setelah perancangan yang strategic disusun, juga perlaksanaan yang rapi diusahakan, baginda dan sahabatnya tetap harus melalui suatu lagi cubaan apabila sekelompok Quraisy hampir menemui mereka dalam Gua Thur. Ketika itu, terbit kerisauan dalam diri Abu Bakar r.a sekiranya kedudukan mereka berjaya dikesan. Namun, Rasulullah s.a.w bertindak menenangkan beliau dengan berbisik:
Jangan takut, Allah bersama kita.
Kemudian baginda menambah, “bagaimana fikiranmu jika ada dua orang dan yang ketiganya adalah Allah?
Sikit sebanyak ia mententeramkan Abu Bakar r.a selain dengan izin-Nya orang Quraisy tidak berjaya menemukan mereka atas kuasa Allah menutupi lubang gua tersebut dengan sarang lelabah. Inilah puncak tawakkal yang sebenar. Berserah setelah merancang dan berusaha dan menyerahkan jalan keluar daripada kesempitan yang masih diuji kepada pemilik keluasan yang hakikki.
Dalam Al-Quran Allah mengaitkan hijrah itu dengan kesabaran dan tawakkal:
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.[41]
Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.[42]
[An-Nahl: 41-42]
Hijrah menetapkan pendirian dan ujian membezakan kebatilan (pengasingan)
Hijrah adalah suatu bentuk pengasingan. Semua nabi-nabi terdahulu tidak terkecuali Muhammad s.a.w juga pernah melaluinya malah sanggup menghadapinya. Di sini ujian bagi mereka yang berhijrah untuk menilai sejauhmana mereka bersiap sedia untuk menghadapinya? Justeru, hijrah ini salah satu jawapan kepada masyarakat muslim pada masa awal kehadiran mereka. Ertinya, pengasingan juga menuntut kaum muslim awal agar selalu belajar untuk tetap setia terhadap makna ajaran islam di tengah perubahan tempat, budaya, dan memori.
Madinah yang terkandung dalamnya pelbagai jenis suku kaum yang berbeza meskipun dalam kalangan arab ditambah wujudnya komuniti Yahudi dan Kristian merupakan suatu pengalaman baharu bagi umat Islam. Mereka perlu lebih belajar untuk bergaul bersama komuniti yang baru ini yang mana sudah tentu berbeza dari sudut pegangan dan corak kehidupan.
Oleh itu, hijrah juga merupakan ujian bagi kecerdasan manusia yang menuntut keperluan untuk membezakan prinsip-prinsip Islam dengan manifestasi budayanya, lebih jauh lagi ia memperlihatkan kertebukaan dan penerimaan atas kebiasaan-kebiasaan baharu, cara baharu dalam bertindak dan berfikir, dan cita rasa baharu dalam bertindak dan berfikir.
Menyelami realiti sebahagian besar manusia pada masa kini, sudah tentunya pernah mengalami bentuk pengasingan diri terutama ketika berada dalam dunia mahasiswa dan juga ketika alam rumahtangga. Pengasingan dari keluarga untuk membentuk rangka idea dan ilmu mahasiswa kadang-kadang menyebabkan mereka mudah terikut suasana yang kurang sihat.
Tetapi hakikatnya ia sebahagian daripada ujian kepada diri mereka sendiri untuk membentuk kematangan dalam membuat pilihan dalam suasana yang berbeza dengan cuba mengasingkan nilai-nilai kebatilan dan juga mutiara murni keimanan. Selain itu, ia juga mendidik kebijaksanaan dalam pemilihan teman seperjuangan untuk membantu mencapai hadaf mereka tersendiri.
Mereka yang berjaya akan menjadi seperti kaum Muhajirin yang berkorban dari pelbagai sudut di samping perlu membiasakan diri dengan tempat yang asing namun masih kukuh atas bantuan kaum Ansar yang akhirnya diiktiraf Allah keimanan mereka dalam Al-Quran.
Hijrah dari tuhan-tuhan palsu dan dosa (pembebasan)
Hijrah juga merupakan pengalaman tentang pembebasan, baik secara sejarah ataupun spiritual. Nabi Muhammad s.a.w telah membawa pengikutnya yang beriman untuk berhijrah ke Madinah setelah berlaku penindasan terhadapa mereka samada berbentuk harta benda, disita dan dipulaukan lebih lagi berbentuk kepercayaan dihalangkan untuk menzahirkan keimanan.
Di sini menggambarkan hijrah itu juga membawa manusia kearah pembebasan yang baik dalam semua aspek terutamanya dalam hal keimanan yang merupakan pembebasan hakiki meskipun kelihatan seperti kehidupan mereka dalam suasana hijrah tidak begitu menyenangkan tetapi disebabkan pemikiran dan hati tidak lagi terkurung dalam kotak jahiliyah maka mereka sanggup untuk meneruskan langkah kepada perubahan.
Justeru itu, hijrah merupakan pengasingan kesedaran hati manusia daripada tuhan-tuhan palsu daripada keterasingan segala sesuatu serta kejahatan dan dosa selain memalingkan diri daripada berhala zaman ini berbentuk kekuasan, wang, hiburan, dan sebagainya. Juga dalam aspek lain seperti kehidupan tidak bermoral, membebaskan diri melalui penggalaman keterpisahan daripada semua bentuk kebebasan ini secara mutlak .
Kesimpulan: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Makkah.
Tiada lagi penghijrahan yang dimaksudkan di sini adalah yang bersifat fizikal, suatu tindakan yang membentuk masyarakat muslim paling awal dan paksi keimanan pengalaman mereka, kini telah usai dan tidak akan terulang lagi, seperti yang dijelaskan oleh Aisyah r.a kepada orang-orang di Madinah yang hendak menghidupkan kembali pengalaman tersebut.
Umar Al-Khattab r.a kemudian menetapkan yang peristiwa unik ini menandai awal zaman Islam yang dimulai tahun 622 Masihi. Hijrah yang tersisa dan terbuka bagi semua orang pada sepanjang masa dan untuk selamanya adalah pengalaman pengasingan spiritual yang membawa kembali setiap individu menuju Allah s.w.t dan membebaskannya daripada ilusi diri dan dunia.
Pengasingan kerana Allah semata-mata pada hakikatnya adalah serangkaian pertanyaan yang diajukan Yang Esa kepada setiap individu:
Siapa dirimu?
Apa makna hidupmu?
Ke mana engkau akan pergi?
Mereka yang menerima risiko pengasingan semacam itu, meyakini Rabb mereka dengan menjawab:
“Kepada-Mu aku kembali dan aku terbebas!”
The post Hijrah titik mula untuk berubah appeared first on Langit Ilahi.