Hilal Asyraf's Blog, page 43

March 3, 2015

Santai: Biar Si Kecil Itu Menjadi Guru

10649687_884438408247271_7235591706446967444_n

Sumber foto: Hilal Asyraf (Official)

Jangan dipandang sebelah mata, anak kecil yang tak tahu apa-apa. Sedangkan kita pun pernah menjadi sepertinya, tiada manusia yang lahir-lahir, terus menjadi dewasa. Aku lihat anak kecil itu, perlahan-lahan bangun dari berbaring lalu berguling, kemudian meniarap seterusnya merangkak. Kemudian dia mula bangun meniti di tepi dinding. Bertatih-tatih tanpa mempedulikan sekeliling.

Satu langkah, dua langkah.

Jatuh.

Bangun semula, kembali mencuba

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah.

Jatuh lagi.

Hampir menangis, bangun semula.

Si ibu melihat dari jauh, risau tetapi dibiarkan dahulu. Mahu anak itu menjadi seorang yang berani mencuba.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, empat langkah dan semakin bertambah.

Perlahan-lahan menapak. Mula-mula jatuh berkali-kali, lama kelamaan sudah mampu berlari.

Aku lihat anak kecil itu. Terfikir, memandang diri. Kita semua pernah menjadi anak kecil itu, kita semua pernah jatuh dan bangun semula, kita semua pernah sakit dan luka sini sana kerana mencuba. Itu semua peristiwa semasa kita masih bergelar anak kecil. Tapi kini kita telah dewasa, mana hilangnya kekuatan dan keberanian yang pernah kita miliki dahulu?

Dalam hidup ini, anak-anak kecil adalah guru.

Guru yang mengajar erti kesabaran dengan kerenah dan pelbagai ragam dan tangisan yang dipersembahkan.

Guru yang mengajar erti kelembutan hati, kasih sayang dan belas kasihan.

Guru yang mengajar erti keikhlasan melalui senyuman-senyuman yang penuh kejujuran.

Guru yang mengajar erti kepekaan dan kehalusan jiwa tatkala mereka mempamerkan perasaan.

Guru yang mengajar erti kemaafan kerana anak kecil tidak berdendam, tiada buruk sangkaan.

Anak-anak kecil ini tidak mengenal erti putus asa, tiada istilah berhenti mencuba.

Alangkah indahnya jika kita dapat menjadi seperti anak kecil itu, walau dijeling, walau dicebik, dia tetap tersenyum dan ketawa. Jika hari ini dia menangis kerana diherdik, esok dia akan lupa. Sekalipun terjatuh berkali-kali dia tetap bangun kembali. Walaupun dimarahi, dia tak putus asa untuk belajar sesuatu yang baru dia fahami. Di suatu sudut, mungkin kita perlukan kembali jiwa sekental itu untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini.

Allah menjadikan anak-anak kecil ini sebagai tanda supaya kita bermuhasabah merenung diri dan mendapat motivasi. Maka gunakanlah akal dan pancaindera kita,  perhatikanlah mereka dengan mata hati dan jiwa, belajarlah dari anak kecil, bergaul lah dengan mereka. Fahami tutur bicara mereka. Mereka mungkin kecil tetapi hikmahnya besar sekali bagi mereka yang berfikir. Biarlah si kecil itu menjadi guru, kerana kita yang dewasa ini pun bukannya kuat selalu.

The post Santai: Biar Si Kecil Itu Menjadi Guru appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2015 08:46

Ringkas: Biar Si Kecil Itu Menjadi Guru

The post Ringkas: Biar Si Kecil Itu Menjadi Guru appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2015 08:46

February 28, 2015

#copypaste

image

Jangan sebarkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu kebenaranya.

The post #copypaste appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2015 02:03

February 25, 2015

What Breed of Youth Do You Want To Be?

Legacy

Legacy is something transmitted by or received from ancestors or predecessors from the past

Picture courtesy of http://www.dougblackie.com/2014/01/le...

“You are our only hope.”

“Be a good child.”

“Study hard.”

“Study smart.”

“Excel in your studies.”

“That’ll be the ticket for a good job, a big house, big cars.”

“Get how many As you can.”

“Make mama and papa proud.”

Sound familiar? We were all told this when we were little, by our parents, by our teachers. We were fed with the very truth that materialism is our goal in life. It has been stemmed inside of us.

The same advices have been stuffed in our minds for breakfast, lunch, dinner and even during tea break. Our interpretation of hope and ‘a good child’ is the pursuit of individual pleasure.

We were asked when we were little “What is your ambition when you grow up?”

Everyone must have an answer. We were drilled to have an answer. And young ones who were in the dark on who to be will be looked with glaring round eyes.

The famous answer would be “Doctor” or “Engineer” as having the initial ‘Dr’ or ‘Ir’ is equated as the reflection of intelligence and handsome salary.

The Science Stream has always been labeled the ‘superior’ stream compared to the Art Stream. Many people believe that by mastering core science subjects; Physics, Chemistry, Biology and Additional Mathematics we will get rich. Thus neglecting History and Geography as they are ‘inferior’ and petty subjects.

Success is equivalent to how many ‘As’ we get or how strong is our memory to stuff in loads of facts in our minds and throw up in the examination paper. And once the examination is over, we will never remember them.

Enter school, get as how many As we can, finish school, get a good job, begin work at dawn, get back home a dusk, buy a house, buy a car and die. We are repeating the same cycle over and over again.

Our society is sick, so when is the time to educate the society?

Our children needs attention, so when is the time to spend time with family?

Our young require supervision, so when is the time to prepare the next generation, our children’s generation to be a better generation than we are?

We are too vested with fulfilling individual gains, we forget to fill in the wholes of others.

Learn from the two Mu’adhs

It has been narrated on the authority of ‘Abd al-Rahman b. Auf who said: While I was standing in the battle array on the Day of Badr, I looked towards my right and my left, and found myself between two boys from the Ansar quite young in age. I wished I were between stronger persons. One of them made a sign to me and said:

“Uncle, do you recognise Abu Jahl?”

I said, “Yes. What do you want to do with him, O my nephew?”

He said, “I have been told that he abuses the Messenger of Allaah (sallAllaahu alayhi wa sallam). By Allaah, in Whose Hand is my life, if I see him (I will grapple with him) and will not leave him until one of us who is destined to die earlier is killed.”

I wondered at this. Then the other made a sign to me and said similar words. Soon after I saw Abu Jahl. He was moving about among men.

I said to the two boys, “Don’t you see? He is the man you were inquiring about.”

(As soon as they heard this), they dashed towards him, struck him with their swords until he was killed. Then they returned to the Messenger of Allaah (sallAllaahu alayhi wa sallam) and informed him (to this effect).

He asked, “Which of you has killed him?”

Each one of them said, “I have killed him.”

He said, “Have you wiped your swords?”

They said, “No.”

He examined their swords and said, “Both of you have killed him.”

He then decided that the belongings of Abu Jahl he handed over to Mu’adh b. Amr b. al-Jamuh. And the two boys were Mu’adh b. Amr b. Jawth and Mu’adh b. Afra.

(The Book of Jihad and Expedition, Sahih Muslim, No. 4341)[1]

Upon understanding the story told by the hadith above, it is impossible not to be impressed by their bravery! Young boys as young as 13-14 years old had a vision to accomplish a mission and carried it out with clean hands.

Okay let’s extrapolate several points.

The two Muadhs, as young as they are, they were aware of their reality of what is currently going on. “I have been told that he abuses the Messenger of Allaah.”

At that time, there were no social media, no internet, no Facebook, no twitter but they managed to keep track of what is going on even at young age.

We are impressed, fine. People, who do not read between the lines, shall only be impressed. But people who carefully read shall reflect and question themselves; it is not how young they are to be able to make a change, it is on our part what can we do to make a change?

Don’t be mistaken, I write not for you to go and decapitate someone’s hands as the context of the story and today’s context is different.

I’m writing now to question us, “What breed of Youth do we wish to be?”

Do we want to be a youth who shall repeat the vicious cycle of “Study, Work and Die” or “Study, Work, Take Action, Make a Change and Die leaving a legacy”?

[1] http://www.sahihmuslim.com/sps/smm/sa...

—————————-

10872798_928970077137823_4366462578641160436_o

Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015

Buat kesekian kalinya, Langit Ilahi menganjurkan YouthACE, dan kini dengan kerjasama ABIM, SPKB dan K-Fiqh. Pada kali ini, untuk‪#‎YouthACE2015‬, kami membawakan tema – Belia & Masa Depan.

Tarikh: 25hb April 2015

Masa: 8.00am-11.00pm

Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang

Jika anda belum mendaftar, rebut segera!

Yuran asal: RM120

Yuran Promosi*:

Daftar seorang – RM80

Daftar 3 orang atau lebih: RM70(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang)

*valid hingga 28hb Februari 2015.

Detail berkait YouthACE2015 & Pendaftaran di:

http://youthace.langitilahi.com/

Tentatif YouthACE 2015 adalah seperti berikut:

MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan

08.00AM – Pendaftaran

09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan

09.30AM – Rehat

10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir

11.00AM – Slot 3: Pentas Belia -

Penyampai 1 – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – K-Fiqh

Penyampai 2 – Hisyam Mahir – Weekenders

Penyampai 3 – Hazman Baharom – Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM)

12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi

01.15PM – Rehat

02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1: Dr Maszlee Malik

Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz

04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015

04.30PM – Rehat

05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School

07.00PM – Rehat

8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)

8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Jufitri Joha

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Saudari Amani Salim

10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai

—————————-

Peserta YouthACE 2015 juga boleh memasuki pertandingan dan memenangi hadiah yang ditawarkan. Berkait pertandingan, rujuk:

http://youthace.langitilahi.com/awards

Ayuh bersama kami membina generasi!

“Belia & Masa Depan”

http://youthace.langitilahi.com/

The post What Breed of Youth Do You Want To Be? appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2015 04:56

February 23, 2015

Belia Naungan Al-Quran – Fi Rasulillahi Uswatun Hasanah

[image error]

Sebagai manusia, kita hidup dengan belajar dari yang lain. Sama ada kita perasan atau tidak, kita akan cuba mencontohi, meniru, sesuatu atau seseorang yang kita rasa ‘hebat’, ‘mantap’, ‘bergaya’ dan sebagainya. Malangnya definisi ‘hebat’, ‘mantap’, ‘bergaya’ dan sebagainya ini, adalah subjektif.

Sesuatu yang dilihat sebagai ‘hebat’ oleh seseorang tidak menentukan ianya merupakan perkara yang baik.

Sebagai contoh, dahulu semasa saya sekolah menengah, ada segolongan pelajar yang melihat fesyen tak lipat kolar sebagai ‘hebat’ dan ‘bergaya’, sedang ia hakikatnya kelihatan selebet dan selekeh. Namun kerana dirasakan ‘hebat’, apatah lagi bila ada senior-senior yang melakukannya, maka ia diikuti.

Bila kita membesar, kita sebenarnya masih lagi mempunyai sikap hendak mencontohi ini. Kita pasti ada kagum dengan mana-mana tokoh, selebriti dan sebagainya. Hidup kita sedikit sebanyak akan terkesan daripada kekaguman kita terhadap mereka. Bahkan ada yang hingga ke tahap memuja-muja, taksub, fanatik dan sebagainya.

Belia yang hidupnya dinaungi Al-Quran pula berbeza.

Ada seorang manusia yang akan sentiasa menjadi ‘tokoh’ nombor satu untuk dijadikan model, dijadikan contoh, dijadikan ikutan dalam hidupnya.

Contoh Terbaik Yang Allah SWT Arahkan Kita Ikuti

Allah SWT, sebagai Tuhan yang menciptakan kita, sudah pastinya Dia Maha Tahu akan apa yang baik buat kita sebagai manusia. Apa sahaja yang diperintahkan, sudah pasti punya hikmah yang tersirat di dalamnya pelbagai kebaikan.

Dan antara perintah Allah SWT ialah untuk kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam kehidupan kita.

Allah SWT berfirman:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Surah Al-Ahzab ayat 21.

Bagi belia yang hidupnya ingin mengharapkan keredhaan Allah SWT, dan balasan yang baik di akhirat kelak, serta hidupnya mahu tunduk dan patuh kepada Allah SWT, sudah pastilah Rasulullah SAW akan menjadi contoh ikutan yang terbaik buat dirinya.

Apakah hanya kerana baginda seorang Nabi?

Apakah hanya kerana kita seorang Muslim?

Saya berpendapat, kita bukan semata-mata menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh hanya kerana bagindalah yang membawa Islam dan memperjuangkannya.

Tetapi kerana baginda memang benar-benar terbukti sebagai seorang manusia yang terbaik untuk dicontohi semua.

Peribadi Mulia Yang Tidak Tertanding

Rasulullah SAW sepanjang kehidupannya mempersembahkan kepada kita peribadi yang indah dan akhlak yang sangat menakjubkan, dalam pelbagai situasi dan keadaan.

Baginda adalah seorang suami, dan baginda sangat menyantuni isteri-isterinya. Baginda tidak melayan mereka ibarat hamba, bahkan direkodkan bahawa baginda sering melakukan hal-hal rumah seperti menjahit, membasuh baju dan sebagainya sendiri.

Baginda mempunyai pembantu rumah, dan salah seorangnya ialah sahabat baginda – Anas bin Malik RA – dan jika kita merujuk kepada Kitab Syamail Muhammadiyah, direkodkan bahawa Anas berkata yang Rasulullah SAW tidak pernah berkata ‘Cis!” kepadanya walau sekali dalam sepuluh tahun dia berkhidmat dengan Rasulullah SAW. Tidak pernah juga Rasulullah SAW marah-marah kepadanya, dan Anas bin Malik RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang mempunyai akhlak terbaik.

Baginda juga adalah jeneral di medan perang. Baginda telah menggariskan pelbagai etika manusiawi yang nyata menjadikan setiap peperangan yang diceburi kaum muslimin bukanlah kerana dahagakan darah. Tentera Muslimin dilarang menganggu orang awam yang berlindung dalam rumah-rumah ibadat, dilarang memperapa-apakan wanita, orang tua dan anak kecil yang tidak berperang, dilarang dari memotong pokok dan merosakkan bangunan sesuka hati.

Baginda juga adalah kepala negara, dan baginda merupakan pemimpin yang paling amanah. Baginda memberi jaminan bahawa semua orang akan mendapat pengadilan yang saksama, hingga baginda menyatakan bahawa jika puteri baginda – Fatimah Az-Zahrah RH – mencuri, baginda sendiri akan memotong tangan puterinya itu. Baginda juga tidak hidup mewah walaupun merupakan ketua negara. Makan makanan yang biasa, berpakaian dengan pakaian yang biasa. Bahkan rumah baginda pernah tidak mempunyai makanan berhari-hari.

Baginda turut berpeluang menjadi seorang datuk, dan cucu baginda yang terkenal ialah Hassan dan Hussein. Baginda sangat lemah lembut dengan mereka. Pernah satu ketika, Rasulullah SAW sedang solat dan bersujud, ketika itu Hassan dan Hussein bermain di atas baginda, memanjat tubuh baginda. Lantas baginda memanjangkan waktu sujud.

Baginda sering memuliakan anak-anak yatim dan orang miskin. Baginda sangat sukar untuk tidak memenuhi keperluan orang lain. Baginda sangat mencintai keluarganya, sangat santun dengan sahabat-sahabatnya, sangat penyayang kepada ummatnya, dan baginda lemah lembut pada tempatnya serta berkeras pada tempatnya.

Baginda juga terkenal sebagai pembersih, berpakaian kemas, wangi, rambut teratur indah, dan baginda juga dikenali sebagai seorang yang sangat jujur dan amanah, hatta masyarakat jahiliyyah yang memerangi baginda turut mengakui perkara tersebut dan tidak menafikannya. Baginda juga tidak pernah dilihat sibuk melakukan perkara yang sia-sia, dan setiap apa yang baginda lakukan pasti ada manfaat dan hikmahnya.

Ya, siapa yang lebih indah daripada Rasulullah SAW?

Tidak cukup sekadar artikel ini untuk kita mengungkap dan membedah keindahan baginda.

Baginda adalah contoh kepada orang yang benar-benar mahu menjadikan seluruh hidupnya sebagai pengabdian kepada Allah SWT sebagaimana yang kita bincangkan dalam bab sebelumnya. Pada peribadi baginda terkumpul kualiti yang terbaik untuk dicontohi dan menjadi ikutan

Mencetak Peribadi Rasulullah SAW Dalam Diri Kita

Ramai hari ini berbicara berkenaan cinta kepada Rasulullah SAW. Mencontohi Rasulullah SAW. Mengikuti Rasulullah SAW.

Ada yang mempersembahkannya dengan menyebut-nyebut namanya, menyanyikan namanya. Ada yang menunjukkannya dengan cara cuba mencontohi cara pemakaian baginda.

Namun Rasulullah SAW hakikatnya bukan datang untuk kita ambil ‘luaran’nya semata-mata. Bukan juga baginda diutus oleh Allah SWT untuk dipuja-puja. Bahkan Rasulullah SAW sendiri melarang diri baginda dipuja.

Umar Al-Khattab berkata: “Rasulullah SAW berpesan: Janganlah kamus emua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang Nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan RasulNya.” Hadith Riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW bukan meninggalkan kepada kita jubah, bukan meninggalkan kepada kita siwak. Baginda meninggalkan kepada kita cara berpakaian yang kemas dan bersih. Baginda meninggalkan kepada kita penjagaan kebersihan diri. Baginda meninggalkan kepada kita peribadi yang amanah, jujur, berdisiplin, punya cita-cita dan wawasan.

Baginda meninggalkan untuk kita perjuangan agar diteruskan.

Dan perjuangan itu takkan mampu bergerak jauh, tanpa peribadi yang baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasullah SAW.

Itu adalah apa yang perlu kita cetak pada diri kita.

Bukan cukup sekadar menyebut-nyebut nama baginda, berpakaian dengan apa yang dikatakan ‘pakaian sunnah’, makan dengan apa yang dikatakan ‘makanan sunnah’. Sedang sunnah terbesar adalah inti daripada apa yang Rasulullah SAW persembahkan, dan perjuangan yang mesti diteruskan.

Muhasabah.

————————————-

10872798_928970077137823_4366462578641160436_o

Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015

Buat kesekian kalinya, Langit Ilahi menganjurkan YouthACE, dan kini dengan kerjasama ABIM, SPKB dan K-Fiqh. Pada kali ini, untuk‪#‎YouthACE2015‬, kami membawakan tema – Belia & Masa Depan.

Tarikh: 25hb April 2015

Masa: 8.00am-11.00pm

Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang

Jika anda belum mendaftar, rebut segera!

Yuran asal: RM120

Yuran Promosi*:

Daftar seorang – RM80

Daftar 3 orang atau lebih: RM70(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang)

*valid hingga 28hb Februari 2015.

Detail berkait YouthACE2015 & Pendaftaran di:

http://youthace.langitilahi.com/

Tentatif YouthACE 2015 adalah seperti berikut:

MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan

08.00AM – Pendaftaran

09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan

09.30AM – Rehat

10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir

11.00AM – Slot 3: Pentas Belia -

Penyampai 1 – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – K-Fiqh

Penyampai 2 – Hisyam Mahir – Weekenders

Penyampai 3 – Hazman Baharom – Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM)

12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi

01.15PM – Rehat

02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1: Dr Maszlee Malik

Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz

04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015

04.30PM – Rehat

05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School

07.00PM – Rehat

8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)

8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Jufitri Joha

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Saudari Amani Salim

10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai

—————————-

Peserta YouthACE 2015 juga boleh memasuki pertandingan dan memenangi hadiah yang ditawarkan. Berkait pertandingan, rujuk:

http://youthace.langitilahi.com/awards

Ayuh bersama kami membina generasi!

“Belia & Masa Depan”

http://youthace.langitilahi.com/

The post Belia Naungan Al-Quran – Fi Rasulillahi Uswatun Hasanah appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2015 19:33

Pemuda Zaman Nabi : Inspirasi Dari At-Toyyar

nihalblog2

“Berseratalah kalian di muka bumi, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kalian semula.” Mereka bertanya : “Ke mana kami perlu pergi?” Baginda bersabda : “Ke sana” lalu menunjukkan arah bumi Habsyah. [1]

Terkenal dengan wajah dan akhlak yang menyerupai baginda s.a.w., beliau adalah sahabat muda yang besar dalam sejarah perkembangan Islam. Beliau telah menyaksikan bagaimana deritanya muslim generasi awal menanggung seksa dan azab mempertahankan keislaman mereka.

“Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk mendatangi satu bumi yang aku dapat sembah Allah di dalamnya tanpa takut kepada sesiapapun.” Lalu baginda mengizinkannya pergi.

Beliau adalah At-Toyyar, Jaafar bin Abi Talib r.anhu.

Dakwah baginda memang dikenali dengan sokongan dan dokongan kuat dari ramai anak muda yang bersemangat dan berpotensi besar.  Mereka adalah tiang-tiang kebangkitan dakwah Islam, layar yang menggerakkannya ke hadapan, serta prajurit-prajuritnya yang tak kenal erti lelah dan takut mati.

Mereka bak kata Al-Banna dalam Risalahnya Kepada Para Pemuda Dan Mahasiswa menyebut : “Sejak dulu hingga sekarang, pemuda merupakan pilar kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya.”

Pemuda di zaman Nabi s.a.w. adalah pemuda yang diiringi keberkahan. Bak kata Fathi Yakan dalam tulisannya tentang Pemuda dan Perubahan :

“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera. Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan. Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”

Dan salah satu dari pemuda yang berkah itu adalah Jaafar.

Hijrah di Habsyah – Kejayaan Awal Yang Besar Untuk Islam

Menjadi di antara salah seorang yang terlibat dalam hijrah ke Habsyah, Jaafar tidak hanya menyertainya sebagai pengikut biasa cuma. Bahkan, beliau memainkan peranan penting sebagai jurubicara buat ummat Islam.

Umurnya masih muda ketika itu. Menurut Dr Munir Ghadban dalam kitabnya As-Syabab Fil ‘Ahdi Nabawi bahawa umurnya sekitar 25-26 tahun pada waktu itu. Muda amat. Masa kepemudaan yang penuh kesuburan.

Masa kepemudaan yang enak untuk dinikmati dengan foya-foya, maksiat, kelalaian.

Tetapi tidak bagi beliau. Lihatlah apa yang diminta olehnya dari Rasul s.a.w. sebelum dapat menyertai hijrah ke Habsyah. Yang beliau hajatkan adalah sebuah tempat penuh keamanan baginya untuk dapat beribadah penuh ketenangan kepada Allah. Maka, beliau mendapatkan Habsyah sebagai tempat itu.

Quraisy juga pastinya tidak mudah-mudah melepaskan muslimin keluar mendapatkan kebebasan di luar negeri mereka begitu saja. Dikejar, dirancang untuk didapatkan semula mereka itu. Lalu dihantar 2 orang pemukanya iaitu Amru Al-As dan Abdullah bin Abi Rabi’ah Al-Makhzumi. Tidak sedikit yang dilaburkan oleh Quraisy untuk mendapatkan semula orang-orang Islam di bawah perlindungan An-Najasyi Habsyah. Sebelum pergi berbicara dengan An-Najasyi, mereka telah terlebih dahulu merasuah pembesar-pembesarnya untuk tetap bersetuju dengan mereka di depan An-Najasyi nanti. Di hadapan An-Najasyi, mereka menyampaikan hadiah dahulu kepadanya sebelum berbicara tentang kemahuan mereka itu.

Muslimin dipanggil menghadap untuk menjawab pertuduhan ke atas mereka oleh 2 orang wakil Quraisy ini. Lalu Jaafar dengan kebijakannya dalam berbicara dan memilih perkataan menyebutkan :

“Wahai sang raja ! Sesungguhnya kami dahulu adalah ahli jahiliah, menyembah berhala, makan bangkai, mendatangi kejahatan, memutuskan silaturahim, berbuat buruk kepada jiran, yang kuat dari kami menindas yang lemah. Kami dulu begitu sehinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang Rasul yang kami kenali nasab keturunannya dan kejujurannya, amanahnya dan kemurniannya.

Baginda menyeru kami kepada Allah untuk mentauhidkan-Nya dan menyembah-Nya, serta meninggalkan apa yang kami dan nenek moyang kami pernah sembah selain Allah seperti batu dan berhala. Baginda memerintahkan kami supaya bercakap benar, berlaku amanah, menjaga silaturahim, berbuat baik kepada jiran, berhenti dari perkara haram dan menumpahkan darah. Baginda menegah kami dari kejahatan, penyaksian dusta, memakan harta anak yatim, menuduh perempuan yang baik dengan zina, serta memerintahkan kami untuk menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Lalu kami membenarkannya, mengimaninya, mengikutinya dengan apa yang dibawanya.

 Maka kami menyembah Allah sahaja tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain. Kami haramkan apa yang diharamkan atas kami. Kami halalkan apa yang dihalalkan atas kami. Lalu kaum kami memusuhi kami, menyeksa kami, menyempitkan urusan kami, menghalang antara kami dan agama kami. Lantas kami datang ke negerimu ini, memilih engkau ke atas orang selain engkau. Kami ingin agar dapat tetap terus menjiranimu, dan berharap agar kami tidak dizalimi di sisi engkau, wahai sang Raja.” [2]

Kata-kata Jaafar ini rupa-rupanya telah mengesani hati An-Najasyi. Ummu Salamah yang meriwayatkan kisah ini menceritakan bagaimana ketika Jaafar membacakan awal surah Maryam kepada An-Najasyi, lalu beliau menangis sehingga basah janggutnya.

Namun, 2 orang pemuka Quraisy itu tidak berpuas hati sekadar itu saja. Mereka pergi kepada soalan yang lebih kritikal berkaitan persoalan Nabi Isa yang diimani oleh orang Islam sebagai hamba-Nya, Nabi-Nya, utusan-Nya dan tidak lebih daripada itu sebagaimana anggapan orang Kristian yang telah menyeleweng agama mereka menganggapnya sebagai anak Tuhan. Ditanya hal itu kepada golongan muslimin, lalu sekali lagi Jaafar dengan kebijakannya menjawab :

“Kami berkata tentangnya sebagaimana yang didatangkan oleh Nabi kami s.a.w., baginda bersabda : Baginda (Isa a.s.) adalah hamba Allah, roh-Nya, kalimah-Nya yang ditiupkan ke dalam Maryam yang perawan dan dada.” [3]

An-Najasyi yang ternyata beragama Kristian dengan jalan yang benar menyetujui jawapan mereka itu, lalu terselamatlah kumpulan ummat Islam itu dari usaha jahat yang cuba dilakukan oleh wakil Quraisy itu.

Jawapan Jaafar ini telah menjadi salah satu jejak daripada jejak-jejak yang telah membawa An-Najasyi kepada mengimani Rasul s.a.w. dan ajaran Islam. Sehingga di dalam ucapannya, beliau telah berjaya membawa mesej penting dakwah di usia mudanya, bahkan kepada seorang raja yang besar pula.

Tiada ketakutan. Tiada beralasan.

Dikatakan, ketika berlaku pergantian kepada An-Najasyi yang kedua setelah An-Najasyi yang pertama, Jaafar turut dapat meyakinkannya dengan Islam.

Betapa hebatnya susuk tubuh sang Jaafar ini dengan ketrampilannya di usia muda sehingga ketika rombongan hijrah ke Habsyah ini dihantar pulang semula kepada Rasulullah s.a.w. yang ketika itu telah berada di Madinah pasca pembukaan Khaibar, baginda s.a.w. berkata :

“Tidak aku ketahui di atas perkara apakah yang aku gembirakan, sama ada pembukaan Khaibar atau kerana kepulangan Jaafar.” [4]

Salah Seorang Panglima Dijanjikan Syahid Dalam Perang Mu’tah

Ketika disabdakan oleh baginda s.a.w. 3 orang panglima yang tersenarai untuk mengetuai perang Mu’tah, ia bukanlah semata-mata sebuah penentuan melainkan sebuah janji syahid untuk ketiga-tiga orang itu, yakni anugerah sebuah kemuliaan.

“Zaid bin Harithah adalah ketua, sekiranya ia dibunuh, maka Jaafar bin Abi Tolib menggantikannya, sekiranya Jaafar juga jatuh, maka Abdullah bin Rawahah. Sekiranya Abdullah juga jatuh, maka hendaklah kaum muslimun memilih seorang lelaki dan melantiknya untuk memimpin mereka.” [5]

Ibn Hisyam menyebut tentang Jaafar ketika di dalam Perang Mutah : “Seorang ahli ilmu yang aku tsiqahi telah menyebut kepadaku bahawa Jaafar bin Abi Tolib telah mengambil panji dengan tangan kanannya kemudian dipotong tangan kanannya itu, lalu dipegang panji dengan tangan kirinya dan dipotong juga. Maka dipegang panji dengan lengannya sehinggalah dia dibunuh, radhiallahu anhu.”

Daripada riwayat Asy-Sya’bi kita mengetahui bahawa Ibn Umar r.anhuma setiap kali memberi salam kepada anak Jaafar berkata : “Assalamualaika wahai anak kepada pemilik dua sayap.”[6]

Penutup : Di Balik Rahsia Kekuatan Kepemudaan, Tersirat Kekuatan Iman Di Dalam Jiwa

Iman merasuki jiwanya menjadikannya pemuda luar biasa di usia semisal kita.

Kita di usia pemuda, apakah yang telah kita curahkan untuk sumbang bakti kepada deen Allah s.w.t. ini?

Marilah kita merenungi pesan Abul A’la Al-Maududi dalam catatannya tentang Tanggungjawab Pemuda :

1) Menjadi muslim yang baik dari segi ilmu dan pengetahuan. Muslim dari segi hati dan perasaan.

2) Segera membaiki budi pekerti yang telah menyeleweng, adat yang telah rosak sehingga dapat memperlihatkan Islam secara praktikal. Berhati-hati dengan percanggahan dalam perkataan dan amalan kerana hal itu menumbuhkan sifat nifaq dan akan mengurangkan kepercayaan orang.

3) Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga kerja yang Allah kurniakan untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau ucapan.

4) Bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang awam sehingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka sehingga  mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Pesanan ini mengingatkan kita kepada keperibadian Jaafar di hayatnya, kekuatan yang tersirat di balik sebuah peribadi hebat. Bahawa di balik peribadi penuh ketrampilan berbicara dan berdakwah kepada seorang raja, namun tidak pernah melupakan hak kepada orang yang kekurangan di dalam masyarakat.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Jaafar adalah orang yang paling baik kepada golongan miskin. Katanya : “Dia sering mengajak kami ke rumah dan memberi makan kepada kami apa yang ada di rumahnya. Sehingga dikeluarkan kepada kami periuknya yang tidak ada apa-apa lagi,lalu kami hidu dan jilat apa yang ada di dalamnya.”[7]

Radhiallahu anhu.

[1] Ruj : Nurul Yaqin, Khudori Bik (ms 50), Syarhu Az-Zarqani Alal Mawahib Ad-Diniah Bil Manhi Al-Muhammadiah, Az-Zarqani Al-Maliki (ms 503)

[2] Ruj : As-Syabab Fil ‘Ahdi Nabawi, Dr Munir Muhammad Ghadban (ms 35-36), Suwar Min Hayatis Sohabah, Dr Abd Rahman Rafat Basya (ms 265)

[3] Ruj : As-Syabab Fi ‘Ahdi Nabawi, Munir Ghadban (ms 36)

[4] HR Al-Hakim, Al-Mustadrak ‘Alas Sohihain, Kitab Tawarikh Al-Mutaqaddimin Minal Anbiya’ Wal Mursalin, Min Kitab Al-Hijrah Al-Ula Ilal Habsyah, (juz 2, no. 4249)

[5] HR Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad Al-Ansar, Hadith Abi Qatadah Al-Ansari (juz 37, ms 245)

[6] HR Bukhari, Sohih Bukhari, Kitab Fadhail Sahabah, Manaqib Jaafar bin Abi Tolib Al-Hasyimi Radhiallahu Anhu, (no. 3709)

[7] HR Bukhari (no. 3708)

The post Pemuda Zaman Nabi : Inspirasi Dari At-Toyyar appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2015 14:37

February 22, 2015

Belia Naungan Al-Quran – Illa Liya’buduun.

10965584_925488957485935_1320898079_n

Islam ialah sebuah cara hidup. Bukan semata-mata sebuah agama. Islam bukan agama yang diturunkan untuk memenjara manusia pada pagar-pagar rumah ibadat, serta memasung kehidupan pada hal-hal ritual seperti solat dan puasa semata-mata.

Islam mencakupi seluruh kehidupan, dan apabila kita menganut Islam, kita sendiri perlu merasakan bahawa seluruh kehidupan kita itu tunduk di bawah nilai-nilai Islam.

Kerana akhirnya Islam adalah sebuah gaya atau cara hidup.

Tidak Kita Diciptakan Melainkan Untuk Mengabdikan Diri

Allah SWT berfirman:

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri.” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

Pengabdian kepada Allah SWT itu perlu dilihat dalam bentuknya yang luas. Bukan semata-mata solat, baca Al-Quran, dzikir, puasa dan sebagainya yang kelihatan seperti ritual khusus. Bukan juga hanya pada tempat-tempat seperti Masjid dan Surau sahaja.

Jika kita melihatnya sebagai demikian, maka ayat tadi seakan-akan Allah SWT hendak menyuruh kita duduk di masjid sahaja. Solat banyak-banyak, baca Al-Quran banyak-banyak, dzikir banyak-banyak, dan tidak peduli dengan hal ehwal dunia.

Ini adalah pandangan yang silap, kerana Islam tidak mendidik ummatnya menolak dunia seluruhnya. Kerana itu kita bincangkan dalam bab yang lepas, berkait Surah Al-Baqarah ayat 30, yang menyatakan bahawa kita diciptakan sebagai khalifah, yakni pentadbir, pemimpin di atas muka bumi. Menandakan kita juga perlu kisah dan ambil tahu akan hal ehwal keduniaan, memandunya ke arah apa yang Allah SWT redhai.

Maka ayat ini perlu dilihat bahawa Allah SWT hendak menyatakan kepada hamba-hambaNya bahawa seluruh kehidupan kita ini ialah pengabdian kepada Allah SWT. Seimbang antara pengabdian khusus seperti solat, puasa, baca Al-Quran dan juga pengabdian secara umum seperti makan, minum, tidur, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Seluruh Kehidupan Sebagai Ibadah?

Apabila Allah SWT menyatakan bahawa Dia tidak menciptakan kita melainkan untuk pengabdian kepadaNya, itu bermakna bahawa seluruh kehidupan kita perlu tunduk di bawah syariatNya.

Makan minum kita, perlu tunduk di bawah syariatNya. Maka kita tidak makan makanan yang haram. Kita akan makan makanan yang halal, bahkan berusaha mencari makanan yang bukan sahaja halal, tetapi halalan toyyiba – halal + baik.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” Surah Al-Baqarah ayat 168.

  “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Baqarah ayat 173.

Pemakaian kita, perlu tunduk di bawah syariatNya. Dalam erti kata lain, pakaian kita mestilah menutup aurat. Bukannya ketat dan terdedah di tempat-tempat yang dilarang. Kita semua maklum aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, dan perempuan secara masyhurnya ialah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan.

Di dalam politik juga, kena tunduk di bawah syariatNya. Jauhi cela mencela, dengki mendengki, rasuah dan sebagainya – dalam erti kata lain, politik kotor.

Dalam hubungan dengan pasangan, perlu tunduk kepada syariat. Jauhi zina, jauhi pergaulan bebas, dan berusaha mencari keberkatan dengan perkahwinan serta penjagaan perintah Allah SWT dari sebelum bernikah, selepas bernikah hingga mati.

Begitulah juga di dalam ekonomi, kita patut tunduk kepada syariat. Jangan kita melakukan riba dan penipuan. Bila berniaga, kita niagakan barangan yang elok, barangan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Bila kita belajar, kita belajar sungguh-sungguh. Bukan culas, bukan meniru, bukan ponteng. Kemudian dari ilmu yang kita perolehi, kita curahkan manfaatnya kepada masyarakat, ajar pula orang lain menjadi pandai, bina sesuatu yang memberikan kelebihan kepada ummat.

Itu antara contoh yang dimaksudkan sebagai meletakkan seluruh kehidupan kita sebagai ibadah, dalam erti kata yang lebih meluas. Tidak mampu saya hendak senaraikan semua secara lebih detail kerana kita perlukan sebuah buku atau beberapa buah buku untuk membicarakan hal ini sebenarnya.

Di samping kita tidak sesekali meninggalkan ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, juga bacaan Al-Quran dan dzikir.

Inilah dia maknanya yang Allah SWT nyatakan bahawa seluruh kehidupan kita adalah pengabdian kepadaNya. Pendek kata, apa sahaja yang kita buat, yang kita usahakan di dalam kehidupan ini, tidak sesekali terkeluar dari apa yang Dia suka, dan apa yang Dia larang.

Hidup Sebagai Ibadah Menjadi Pembina Peribadi Yang Mapan

Manusia yang melihat hidupnya sebagai ibadah akan membina peribadi yang luar biasa. Hal ini dapat kita fahami dengan melihat kepada ibadah khusus, contohnya solat.

Bila manusia sedang melakukan solat, apakah dia akan terfikir hendak berzina ketika sedang solat? Adakah dia terfikir hendak mencarut ketika sedang solat? Adakah dia terfikir untuk merokok semasa solat? Tidak. Dia sedang berdiri di hadapan Allah SWT, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Masakan dia boleh terfikir hendak melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT?

Bila seseorang hendak melakukan solat, dan dia mahukan solatnya menjadi solat yang terbaik, dia juga akan merancang terlebih dahulu. Tidak tergesa-gesa, dia akan buat persediaan seperti mengambil wudhu’ dengan tertib, berpakaian pakaian yang kemas dan bersih, kemudian solat dengan teratur hingga ke akhirnya, ditutup dengan doa dan pengharapan.

Bila kita memandang kehidupan kita sebagai ibadah, kita tidak akan menganggapnya sebagai enteng. Sebagai perkara lekeh. Sebagai sesuatu yang sekadar berlalu. Kita akan memandang kehidupan ini sesuatu yang serius. Kerana ianya adalah ibadah. Kita tidak akan buat sesuka hati, tetapi kita akan mengaturnya sebaik mungkin. Kerana ianya adalah ibadah. Dan kita akan amat sukar hendak sengaja mengisinya dengan perkara yang sia-sia serta penuh kemungkaran, kerana ianya adalah ibadah.

Apa yang kita dapat akhirnya ialah peribadi yang mapan. Peribadi yang ada disiplin dan wawasan. Kerana dia memandang hidupnya sebagai ibadah, maka dia membina sebuah keperibadian yang unik. Sudah pastilah berbeza orang yang memandang hidupnya sebagai ibadah, dengan orang yang memandang hidupnya sebagai ‘biasa’.

Sebagaimana orang faham solat adalah untuk Allah SWT, maka kita solat dengan solat yang terbaik.         Begitulah apabila kita memandang hidup sebagai ibadah, maka kita akan hidup dengan kehidupan yang terbaik, kerana ianya bakal dipersembahkan kepada Allah SWT.

Apakah kita tergamak untuk mempersembahkan perkara-perkara yang buruk kepada Allah SWT?

Memahami, Dan Tunduk Mengabdikan Diri

Islam tidak memisahkan agama dengan kehidupan. Bahkan Islam berasimilasi dengan kehidupan. Sebagaimana yang kita tegaskan pada awal artikel ini, Islam itu sendiri bukan semata-mata agama, tetapi merupakan sebuah cara hidup.

Memandang kehidupan sebagai sebuah pengabdian kepada Allah SWT, adalah cara hidup Islam. Yang mana kita bawa Islam ini dalam segenap hidup kita. Kita jadikan Islam sebagai perlembagaan hidup kita.

Menjadikan kita berbeza dengan orang yang tidak berbuat sedemikian rupa.

Dengan benar-benar memahami perkara ini, sepatutnya, kita menjadi golongan yang lebih berakhlak, lebih amanah, lebih jujur, lebih berdisiplin, dan tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat lagi sia-sia.

Kerana hidup buat kita bukannya satu kesia-siaan.

Ianya adalah sebuah pengabdian kepada Allah SWT.

Muhasabah.

————————————-

10872798_928970077137823_4366462578641160436_o

Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2015

Buat kesekian kalinya, Langit Ilahi menganjurkan YouthACE, dan kini dengan kerjasama ABIM, SPKB dan K-Fiqh. Pada kali ini, untuk‪#‎YouthACE2015‬, kami membawakan tema – Belia & Masa Depan.

Tarikh: 25hb April 2015

Masa: 8.00am-11.00pm

Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM Serdang

Jika anda belum mendaftar, rebut segera!

Yuran asal: RM120

Yuran Promosi*:

Daftar seorang – RM80

Daftar 3 orang atau lebih: RM70(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang)

*valid hingga 28hb Februari 2015.

Detail berkait YouthACE2015 & Pendaftaran di:

http://youthace.langitilahi.com/

Tentatif YouthACE 2015 adalah seperti berikut:

MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan

08.00AM – Pendaftaran

09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan

09.30AM – Rehat

10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir

11.00AM – Slot 3: Pentas Belia -

Penyampai 1 – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman – K-Fiqh

Penyampai 2 – Hisyam Mahir – Weekenders

Penyampai 3 – Hazman Baharom – Universiti Terbuka Anak Muda(UTAM)

12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi

01.15PM – Rehat

02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1: Dr Maszlee Malik

Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz

04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015

04.30PM – Rehat

05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School

07.00PM – Rehat

8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)

8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Jufitri Joha

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Saudari Amani Salim

10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai

—————————-

Peserta YouthACE 2015 juga boleh memasuki pertandingan dan memenangi hadiah yang ditawarkan. Berkait pertandingan, rujuk:

http://youthace.langitilahi.com/awards

Ayuh bersama kami membina generasi!

“Belia & Masa Depan”

http://youthace.langitilahi.com/

The post Belia Naungan Al-Quran – Illa Liya’buduun. appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2015 20:58

Suatu Teguran, Ia Permata di Celahan Kaca

atticIa ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa tersengat hingga ke kepala. Namun lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Mungkin selama ini ia ada di situ, tak ke mana pun. Tapi kerana kegelapan, maka kita tidak melihatnya. Ruang yang selama ini kita sangka bersih, rupanya kotor. Ruang yang selama ini kita ingat cantik, rupanya tidak. Lalu kita merasa jijik kerana selama ini kita hidup dalam kepalsuan, kita berasa malu, lantaran diri telah tertipu dengan kegelapan.

Apakah ia? Ia adalah suatu teguran

Teguran adalah Cahaya Yang Menuntun Kita Keluar dari Penipuan

Salah sebuah bilik air di rumah sewa yang saya tinggal bersama rakan-rakan sudah sebulan tidak berlampu kerana mentolnya rosak, kita sangka ia bersih saja. Memanglah, sebab kita tidak nampak daki-daki yang menjalar dinding, lumut-lumut yang memenuhi lantai. Tapi pada suatu hari, lampu pun sudah dibaiki lalu kita memetik suisnya. Alangkah terkejut melihat suasana sebenar dalam bilik air itu. Jelas kelihatan segala kekotoran yang selama ini tak terlihat. Kotor, jijik. Semua ada. Selama ini kita sangka bersih, rupanya jauh sekali. Lalu kita bersihkan semua itu. Takkan hendak dibiarkan. Ye tak? Paling kurang pun panggil orang lain untuk bersihkan. Itu cuma bilik air. Tetapi bagaimana pula dengan hati kita?

Mungkin kita rasa apa yang kita buat selama ini sudah cukup betul kerana tidak pernah ada yang datang menegur, tidak pernah ada yang datang memperbetul. Sudah lama kita tidak mendengar nasihat, suasana yang tidak membina menyebabkan kita tidak nampak kesalahan dan kelemahan kita lalu kita hanyut dalam persepsi, “apa aku buat ni takda orang datang tegur pun, semua macam okey saja, semua macam tak kisah pun”. Tapi yang kita tidak tahu di belakang sana macam-macam cerita tentang kita ditimbulkan, macam-macam keburukan kita dibualkan. Tetapi tiada seorang pun yang datang menegur. Atau mungkin kita tahu apa yang kita buat ini, bukannya betul sangat pun, namun kerana kita rasa itu adalah perkara biasa yang semua orang buat, maka kita pun “ah tak apa lah, benda biasa, takkan nak kecoh”.

Lalu suatu hari, sesuatu telah terjadi. Peristiwa itu menyebabkan secara tiba-tiba ada teguran hinggap pada diri. Mula-mula kita seolah-olah tidak dapat menerimanya kerana selama ini kita sangka itu cuma hal kecil, mengapa perlu dibesarkan, namun lama kelamaan kita berasa tidak sedap, apa sahaja yang kita lihat dan baca, seolah-olah semuanya ditujukan kepada kita.

Sebagai contoh selama ini kita hidup dalam suasana yang sosial, kita kurang menjaga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Atau mungkin kita ini seorang yang tidak menjaga kata-kata dan asyik menyakitkan hati orang lain, dan berbagai keburukan lagi. Ya kita tahu itu tidak elok tetapi kerana suasana membutakan kita, kita rasa itu cuma hal lekeh yang tidak perlu diperbesarkan. Apatah lagi kita ditanam dengan mind setting yang sikap kita itu bukanlah apa-apa sangat pun, orang tak kisah. Namun setelah beberapa ketika, kita ditegur dengan teguran yang keras, menyebabkan kita tidak dapat menerima teguran itu, kita memberontak kita menolak, kita ego kan diri, keraskan hati.

Tetapi lama kelamaan semakin banyak teguran yang serupa datang tetapi dalam bentuk yang lebih halus tetapi menusuk, ada yang lembut tetapi menyentap.

Kita buka al-Quran, tiba-tiba saja kita sampai pada ayat yang menegur kita, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..” sebagai contohnya.

Kita pergi ke majlis ilmu, tiba-tiba saja ada penyampai berbicara soal menjaga pergaulan lelaki dan perempuan.

Kita buka laman muka buku, tiba-tiba saja di bahagian newsfeed banyak pula orang bercakap tentang ikhtilat.

Kita berjalan-jalan di wall rakan-rakan, tiba-tiba saja ada status yang kita rasa macam, “dia ni nak tuju kat aku ke?”

Kita masuk ke kelas, tiba-tiba sahaja pensyarah pada hari itu bercakap soal menjaga maruah.

Kita berjalan ke kafe, tiba-tiba ada orang edarkan risalah atau makalah mengenai menjaga lidah dan percakapan.

Kita buka whatsapp group tiba-tiba ada orang share tentang menjaga perasaan orang lain.

Sentap memang sentap, tapi apabila sentap itulah menunjukkan bahawa kita tahu kita salah, kita tahu kita sedang ditegur.

Semua ini bukannya sesuatu yang “tiba-tiba” seperti yang kita sangka tetapi percayalah bahawa setiap rasa yang kita rasa semuanya datang dari Allah. Allah sedang menegur kita dalam bentuk yang lembut. Tetapi sekiranya kita masih tidak sedar akan semua ini, kerana dosa telah mematikan hati, jangan terkejut jika Allah menegur kita dalam bentuk yang lebih keras pula nanti. Itu pasti akan jadi lebih menyakitkan.

Walau siapa pun kita, kita semua memerlukan nasihat dan teguran

Jadi kita sebagai manusia, kita kena sedar, kita tak sempurna. Tidak semua perkara yang kita lakukan itu betul. Kita tetap memerlukan nasihat dan teguran. Ya, sememangnya teguran itu datang dalam pelbagai rupa. Barangkali kita ini bukanlah jenis yang dapat menerima teguran dan nasihat yang datang dalam bentuk yang keras dan kasar, pasti emosi kita akan menjadi cedera dan cacat. Dan barangkali juga kita bukanlah jenis yang mudah menerima teguran yang lembut, kerana teguran yang lembut buat kita semakin terlena dan tidak rasa apa-apa sehinggalah suatu hari teguran itu datang dalam keadaan yang keras dan mengejutkan, barulah kita terjaga.

Saya pasti kita semua pernah ditegur, dan saya pasti ada di antara kita sangat susah untuk menerima teguran, apatah lagi teguran yang kasar dan keras, ia sangat menyakitkan malah ia telah memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Namun seperti yang saya katakan awal-awal tadi, ia ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa menyengat hingga ke kepala. Lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Baru kita perasan yang selama ini kita tertipu dengan diri sendiri, kita baru nampak apa silap kita dan kita mahu berubah, perlahan-lahan. Cumanya teguran itu, memanglah kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang melukakan.

Acapkali kita mungkin rasa tidak adil. Kenapa kita sahaja yang ditegur? Kenapa orang lain yang mempunyai keburukan dan kelemahan yang serupa tidak ditegur? Kenapa asyik-asyik kita sahaja, apa yang kita buat semua salah, semua tak kena, ada-ada sahaja yang hendak cari fasal dengan kita. Tetapi kita tahu kah barangkali mereka juga pernah ditegur, pernah dinasihati tetapi mereka memekakkan telinga dan mengeraskan hati lalu orang pun malas hendak tegur lagi? Kita tak tahu bukan?

Penutup: Jadikan pujian sebagai musuh, jadikan teguran sebagai kekuatan.

Ada orang yang menegur kelemahan kita, memang kerana dia bencikan kita dan mahu memalukan kita.

Ada orang yang menegur kita, kerana dia merasakan itu tanggungjawabnya untuk mencegah kita dari perkara mungkar.

Ada orang yang menegur kita, kerana dia sayangkan kita kerana dia tidak mahu melihat kita berbuat dosa dan mahu kita menjadi manusia yang lebih baik.

Yang pasti, semua teguran ini datangnya daripada Allah kerana Allah sangat mencintai kita. Buat mereka yang pernah menegur kesilapan dan kesalahan saya, saya mengaku saya memang ada rasa terluka, ada rasa sentap yang berbisa, sehingga menyebabkan ada beberapa orang di antara kalian antara kita kemesraan itu sudah tidak sama lagi seperti dulu. Tetapi ikhlas dari hati saya, terima kasih kerana berani menegur dan membuka mata dan hati saya terhadap kelemahan dan keburukan saya sendiri di saat orang lain berdiam diri dan hanya berani berkata belakang. Saya terima teguran anda semua, saya sedang berusaha memperbaikinya. Mohon doakan saya.

Bersyukurlah kita kerana pernah ditegur dan diperbetulkan olehNya, itu tanda rahmat dan kasih Allah. Allah mahu kita berubah, Allah mahu kita memperbaiki diri sendiri, Dia sedang memberi peluang kepada kita. Sedangkan jika tiada yang berbuat demikian, mungkin kita perlu mula risau, adakah Allah sedang “buat tidak tahu” kepada kita?

Suatu teguran, ia permata di celahan kaca. Sangat berharga tapi sukar untuk menggenggamnya.

The post Suatu Teguran, Ia Permata di Celahan Kaca appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2015 20:39

Harga Sebuah Teguran, Tuhan Sayangkan Kita.

atticIa ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa tersengat hingga ke kepala. Namun lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Mungkin selama ini ia ada di situ, tak ke mana pun. Tapi kerana kegelapan, maka kita tidak melihatnya. Ruang yang selama ini kita sangka bersih, rupanya kotor. Ruang yang selama ini kita ingat cantik, rupanya tidak. Lalu kita merasa jijik kerana selama ini kita hidup dalam kepalsuan, kita berasa malu, lantaran diri telah tertipu dengan kegelapan.

Apakah ia? Ia adalah suatu teguran

Teguran adalah Cahaya Yang Menuntun Kita Keluar dari Penipuan

Salah sebuah bilik air di rumah sewa yang saya tinggal bersama rakan-rakan sudah sebulan tidak berlampu kerana mentolnya rosak, kita sangka ia bersih saja. Memanglah, sebab kita tidak nampak daki-daki yang menjalar dinding, lumut-lumut yang memenuhi lantai. Tapi pada suatu hari, lampu pun sudah dibaiki lalu kita memetik suisnya. Alangkah terkejut melihat suasana sebenar dalam bilik air itu. Jelas kelihatan segala kekotoran yang selama ini tak terlihat. Kotor, jijik. Semua ada. Selama ini kita sangka bersih, rupanya jauh sekali. Lalu kita bersihkan semua itu. Takkan hendak dibiarkan. Ye tak? Paling kurang pun panggil orang lain untuk bersihkan. Itu cuma bilik air. Tetapi bagaimana pula dengan hati kita?

Mungkin kita rasa apa yang kita buat selama ini sudah cukup betul kerana tidak pernah ada yang datang menegur, tidak pernah ada yang datang memperbetul. Sudah lama kita tidak mendengar nasihat, suasana yang tidak membina menyebabkan kita tidak nampak kesalahan dan kelemahan kita lalu kita hanyut dalam persepsi, “apa aku buat ni takda orang datang tegur pun, semua macam okey saja, semua macam tak kisah pun”. Tapi yang kita tidak tahu di belakang sana macam-macam cerita tentang kita ditimbulkan, macam-macam keburukan kita dibualkan. Tetapi tiada seorang pun yang datang menegur. Atau mungkin kita tahu apa yang kita buat ini, bukannya betul sangat pun, namun kerana kita rasa itu adalah perkara biasa yang semua orang buat, maka kita pun “ah tak apa lah, benda biasa, takkan nak kecoh”.

Lalu suatu hari, sesuatu telah terjadi. Peristiwa itu menyebabkan secara tiba-tiba ada teguran hinggap pada diri. Mula-mula kita seolah-olah tidak dapat menerimanya kerana selama ini kita sangka itu cuma hal kecil, mengapa perlu dibesarkan, namun lama kelamaan kita berasa tidak sedap, apa sahaja yang kita lihat dan baca, seolah-olah semuanya ditujukan kepada kita.

Sebagai contoh selama ini kita hidup dalam suasana yang sosial, kita kurang menjaga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Atau mungkin kita ini seorang yang tidak menjaga kata-kata dan asyik menyakitkan hati orang lain, dan berbagai keburukan lagi. Ya kita tahu itu tidak elok tetapi kerana suasana membutakan kita, kita rasa itu cuma hal lekeh yang tidak perlu diperbesarkan. Apatah lagi kita ditanam dengan mind setting yang sikap kita itu bukanlah apa-apa sangat pun, orang tak kisah. Namun setelah beberapa ketika, kita ditegur dengan teguran yang keras, menyebabkan kita tidak dapat menerima teguran itu, kita memberontak kita menolak, kita ego kan diri, keraskan hati.

Tetapi lama kelamaan semakin banyak teguran yang serupa datang tetapi dalam bentuk yang lebih halus tetapi menusuk, ada yang lembut tetapi menyentap.

Kita buka al-Quran, tiba-tiba saja kita sampai pada ayat yang menegur kita, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..” sebagai contohnya.

Kita pergi ke majlis ilmu, tiba-tiba saja ada penyampai berbicara soal menjaga pergaulan lelaki dan perempuan.

Kita buka laman muka buku, tiba-tiba saja di bahagian newsfeed banyak pula orang bercakap tentang ikhtilat.

Kita berjalan-jalan di wall rakan-rakan, tiba-tiba saja ada status yang kita rasa macam, “dia ni nak tuju kat aku ke?”

Kita masuk ke kelas, tiba-tiba sahaja pensyarah pada hari itu bercakap soal menjaga maruah.

Kita berjalan ke kafe, tiba-tiba ada orang edarkan risalah atau makalah mengenai menjaga lidah dan percakapan.

Kita buka whatsapp group tiba-tiba ada orang share tentang menjaga perasaan orang lain.

Sentap memang sentap, tapi apabila sentap itulah menunjukkan bahawa kita tahu kita salah, kita tahu kita sedang ditegur.

Semua ini bukannya sesuatu yang “tiba-tiba” seperti yang kita sangka tetapi percayalah bahawa setiap rasa yang kita rasa semuanya datang dari Allah. Allah sedang menegur kita dalam bentuk yang lembut. Tetapi sekiranya kita masih tidak sedar akan semua ini, kerana dosa telah mematikan hati, jangan terkejut jika Allah menegur kita dalam bentuk yang lebih keras pula nanti. Itu pasti akan jadi lebih menyakitkan.

Walau siapa pun kita, kita semua memerlukan nasihat dan teguran

Jadi kita sebagai manusia, kita kena sedar, kita tak sempurna. Tidak semua perkara yang kita lakukan itu betul. Kita tetap memerlukan nasihat dan teguran. Ya, sememangnya teguran itu datang dalam pelbagai rupa. Barangkali kita ini bukanlah jenis yang dapat menerima teguran dan nasihat yang datang dalam bentuk yang keras dan kasar, pasti emosi kita akan menjadi cedera dan cacat. Dan barangkali juga kita bukanlah jenis yang mudah menerima teguran yang lembut, kerana teguran yang lembut buat kita semakin terlena dan tidak rasa apa-apa sehinggalah suatu hari teguran itu datang dalam keadaan yang keras dan mengejutkan, barulah kita terjaga.

Saya pasti kita semua pernah ditegur, dan saya pasti ada di antara kita sangat susah untuk menerima teguran, apatah lagi teguran yang kasar dan keras, ia sangat menyakitkan malah ia telah memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Namun seperti yang saya katakan awal-awal tadi, ia ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa tersengat hingga ke kepala. Lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Memang, awal-awal memang sakit. Namun lama kelamaan baru kita perasan yang selama ini kita tertipu dengan diri sendiri, kita baru nampak apa silap kita dan kita sedia membuat langkah perubahan. Cumanya teguran itu, perlunya ia datang berkali-kali barulah kita kan sedar.

Kadang-kadang kita mungkin rasa tidak adil. Kenapa kita sahaja yang ditegur? Kenapa orang lain yang mempunyai keburukan dan kelemahan yang serupa tidak ditegur? Kenapa asyik-asyik kita sahaja, apa yang kita buat semua salah, semua tak kena, ada-ada sahaja yang hendak cari fasal dengan kita. Tetapi kita tahu kah barangkali mereka juga pernah ditegur, pernah dinasihati tetapi mereka memekakkan telinga dan mengeraskan hati lalu orang pun malas hendak tegur lagi? Kita tak tahu bukan?

Penutup: Jadikan pujian sebagai musuh, jadikan teguran sebagai teman.

Ada orang yang menegur kelemahan kita, memang kerana dia bencikan kita dan mahu memalukan kita.

Ada orang yang menegur kita, kerana dia merasakan itu tanggungjawabnya untuk mencegah kita dari perkara mungkar.

Ada orang yang menegur kita, kerana dia sayangkan kita kerana dia tidak mahu melihat kita berbuat dosa dan mahu kita menjadi manusia yang lebih baik.

Yang pasti, semua teguran ini datangnya daripada Allah kerana Allah sangat mencintai kita. Buat mereka yang pernah menegur kesilapan dan kesalahan saya, saya mengaku saya memang ada rasa terluka, ada rasa sentap yang berbisa, sehingga menyebabkan ada beberapa orang di antara kalian sesama kita kemesraan itu sudah tidak sama lagi seperti dulu. Tetapi ikhlas dari hati saya, terima kasih kerana berani menegur dan membuka mata dan hati saya terhadap kelemahan dan keburukan saya sendiri di saat orang lain berdiam diri dan hanya berani berkata belakang. Saya terima teguran anda semua, saya sedang berusaha memperbaikinya. Mohon doakan saya.

Bersyukurlah kita kerana pernah ditegur dan diperbetulkan olehNya, itu tanda rahmat dan kasih Allah. Allah mahu kita berubah, Allah mahu kita memperbaiki diri sendiri, Dia sedang memberi peluang kepada kita. Sedangkan jika tiada yang berbuat demikian, mungkin kita perlu mula risau, adakah Allah sedang “buat tidak tahu” kepada kita?

The post Harga Sebuah Teguran, Tuhan Sayangkan Kita. appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2015 20:39

Mensyukuri Suatu Teguran, Tuhan Sayangkan Kita.

atticIa ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa tersengat hingga ke kepala. Namun lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Mungkin selama ini ia ada di situ, tak ke mana pun. Tapi kerana kegelapan, maka kita tidak melihatnya. Ruang yang selama ini kita sangka bersih, rupanya kotor. Ruang yang selama ini kita ingat cantik, rupanya tidak. Lalu kita merasa jijik kerana selama ini kita hidup dalam kepalsuan, kita berasa malu, lantaran diri telah tertipu dengan kegelapan.

Apakah ia? Ia adalah suatu teguran

Teguran adalah Cahaya Yang Menuntun Kita Keluar dari Penipuan

Salah sebuah bilik air di rumah sewa yang saya tinggal bersama rakan-rakan sudah sebulan tidak berlampu kerana mentolnya rosak, kita sangka ia bersih saja. Memanglah, sebab kita tidak nampak daki-daki yang menjalar dinding, lumut-lumut yang memenuhi lantai. Tapi pada suatu hari, lampu pun sudah dibaiki lalu kita memetik suisnya. Alangkah terkejut melihat suasana sebenar dalam bilik air itu. Jelas kelihatan segala kekotoran yang selama ini tak terlihat. Kotor, jijik. Semua ada. Selama ini kita sangka bersih, rupanya jauh sekali. Lalu kita bersihkan semua itu. Takkan hendak dibiarkan. Ye tak? Paling kurang pun panggil orang lain untuk bersihkan. Itu cuma bilik air. Tetapi bagaimana pula dengan hati kita?

Selama ini mungkin kita rasa apa yang kita buat selama ini sudah cukup betul kerana tidak pernah ada yang datang menegur, tidak pernah ada yang datang memperbetul. Sudah lama kita tidak mendengar nasihat, suasana yang tidak membina menyebabkan kita tidak nampak kesalahan dan kelemahan kita lalu kita hanyut dalam persepsi, “apa aku buat ni takda orang datang tegur pun, semua macam okey saja, semua macam tak kisah pun”. Tapi yang kita tidak tahu di belakang sana macam-macam cerita tentang kita ditimbulkan, macam-macam keburukan kita dibualkan. Tetapi tiada seorang pun yang datang menegur. Atau mungkin kita tahu apa yang kita buat ini, bukannya betul sangat pun, namun kerana kita rasa itu adalah perkara biasa yang semua orang buat, maka kita pun “ah tak apa lah, benda biasa, takkan nak kecoh”.

Lalu suatu hari, sesuatu telah terjadi. Peristiwa itu menyebabkan secara tiba-tiba ada teguran hinggap pada diri. Mula-mula kita seolah-olah tidak dapat menerimanya kerana selama ini kita sangka itu cuma hal kecil, mengapa perlu dibesarkan, namun lama kelamaan kita berasa tidak sedap, apa sahaja yang kita lihat dan baca, seolah-olah semuanya ditujukan kepada kita.

Sebagai contoh selama ini kita hidup dalam suasana yang sosial, kita kurang menjaga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Atau mungkin kita ini seorang yang tidak menjaga kata-kata dan asyik menyakitkan hati orang lain, dan berbagai keburukan lagi. Ya kita tahu itu tidak elok tetapi kerana suasana membutakan kita, kita rasa itu cuma hal lekeh yang tidak perlu diperbesarkan. Apatah lagi kita ditanam dengan mind setting yang sikap kita itu bukanlah apa-apa sangat pun, orang tak kisah. Namun setelah beberapa ketika, kita ditegur dengan teguran yang keras, menyebabkan kita tidak dapat menerima teguran itu, kita memberontak kita menolak, kita ego kan diri, keraskan hati.

Tetapi lama kelamaan semakin banyak teguran yang serupa datang tetapi dalam bentuk yang lebih halus tetapi menusuk, ada yang lembut tetapi menyentap.

Kita buka al-Quran, tiba-tiba saja kita sampai pada ayat yang menegur kita, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..” sebagai contohnya.

Kita pergi ke majlis ilmu, tiba-tiba saja ada penyampai berbicara soal menjaga pergaulan lelaki dan perempuan.

Kita buka laman muka buku, tiba-tiba saja di bahagian newsfeed banyak pula orang bercakap tentang ikhtilat.

Kita berjalan-jalan di wall rakan-rakan, tiba-tiba saja ada status yang kita rasa macam, “dia ni nak tuju kat aku ke?”

Kita masuk ke kelas, tiba-tiba sahaja pensyarah pada hari itu bercakap soal menjaga maruah.

Kita berjalan ke kafe, tiba-tiba ada orang edarkan risalah atau makalah mengenai menjaga lidah dan percakapan.

Kita buka whatsapp group tiba-tiba ada orang share tentang menjaga perasaan orang lain.

Sentap memang sentap, tapi apabila sentap itulah menunjukkan bahawa kita tahu kita salah, kita tahu kita sedang ditegur.

Semua ini bukannya sesuatu yang “tiba-tiba” seperti yang kita sangka tetapi percayalah bahawa setiap rasa yang kita rasa semuanya datang dari Allah. Allah sedang menegur kita dalam bentuk yang lembut. Tetapi sekiranya kita masih tidak sedar akan semua ini, kerana dosa telah mematikan hati, jangan terkejut jika Allah menegur kita dalam bentuk yang lebih keras pula nanti. Itu pasti akan jadi lebih menyakitkan.

Walau siapa pun kita, kita semua memerlukan nasihat dan teguran

Jadi kita sebagai manusia, kita kena sedar, kita tak sempurna. Tidak semua perkara yang kita lakukan itu betul. Kita tetap memerlukan nasihat dan teguran. Ya, sememangnya teguran itu datang dalam pelbagai rupa. Barangkali kita ini bukanlah jenis yang dapat menerima teguran dan nasihat yang datang dalam bentuk yang keras dan kasar, pasti emosi kita akan menjadi cedera dan cacat. Dan barangkali juga kita bukanlah jenis yang mudah menerima teguran yang lembut, kerana teguran yang lembut buat kita semakin terlena dan tidak rasa apa-apa sehinggalah suatu hari teguran itu datang dalam keadaan yang keras dan mengejutkan, barulah kita terjaga.

Saya pasti kita semua pernah ditegur, dan saya pasti ada di antara kita sangat susah untuk menerima teguran, apatah lagi teguran yang kasar dan keras, ia sangat menyakitkan malah ia telah memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Namun seperti yang saya katakan awal-awal tadi, ia ibarat cahaya yang datang tiba-tiba. Mata yang selama ini berada dalam kegelapan, silau sebentar rasa tersengat hingga ke kepala. Lama kelamaan, penglihatan jadi semakin jelas, dan jelas sehingga apa yang sebelum ini tak kelihatan, terang berada di hadapan mata. Memang, awal-awal memang sakit. Namun lama kelamaan baru kita perasan yang selama ini kita tertipu dengan diri sendiri, kita baru nampak apa silap kita dan kita sedia membuat langkah perubahan. Cumanya teguran itu, perlunya ia datang berkali-kali barulah kita kan sedar.

Kadang-kadang kita mungkin rasa tidak adil. Kenapa kita sahaja yang ditegur? Kenapa orang lain yang mempunyai keburukan dan kelemahan yang serupa tidak ditegur? Kenapa asyik-asyik kita sahaja, apa yang kita buat semua salah, semua tak kena, ada-ada sahaja yang hendak kita. Tetapi kita tahu kah barangkali mereka juga pernah ditegur, pernah dinasihati tetapi mereka memekakkan telinga dan mengeraskan hati lalu orang pun malas hendak tegur lagi? Kita tak tahu bukan?

Penutup: Jadikan pujian sebagai musuh, jadikan teguran sebagai teman.

Ada orang yang menegur kelemahan kita, memang kerana dia bencikan kita dan mahu memalukan kita.

Ada orang yang menegur kita, kerana dia merasakan itu tanggungjawabnya untuk mencegah kita dari perkara mungkar.

Ada orang yang menegur kita, kerana dia sayangkan kita kerana dia tidak mahu melihat kita berbuat dosa dan mahu kita menjadi manusia yang lebih baik.

Yang pasti, semua teguran ini datangnya daripada Allah kerana Allah sangat mencintai kita. Buat mereka yang pernah menegur kesilapan dan kesalahan saya, saya mengaku saya memang ada rasa terluka, ada rasa sentap yang berbisa, sehingga menyebabkan ada beberapa orang di antara kalian sesama kita kemesraan itu sudah tidak sama lagi seperti dulu. Tetapi ikhlas dari hati saya, terima kasih kerana berani menegur dan membuka mata dan hati saya terhadap kelemahan dan keburukan saya sendiri di saat orang lain berdiam diri dan hanya berani berkata belakang. Saya terima teguran anda, saya sedang berusaha memperbaikinya. Mohon doakan saya.

Bersyukurlah kita kerana pernah ditegur dan diperbetulkan olehNya, itu tanda rahmat dan kasih Allah. Allah mahu kita berubah, Allah mahu kita memperbaiki diri sendiri, Dia sedang memberi peluang kepada kita. Sedangkan jika tiada yang berbuat demikian, mungkin kita perlu mula risau, adakah Allah sedang “buat tidak tahu” kepada kita?

The post Mensyukuri Suatu Teguran, Tuhan Sayangkan Kita. appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2015 20:39