Hilal Asyraf's Blog, page 132

November 3, 2012

Kehidupan: Bukan Semua Yang Kita Mahu, Kita Dapat.


Yang Kita Ada Hanyalah Usaha.


 


Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.


Hakikatnya itulah lumrah.


Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?



Kita tidak tahu


Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.


Tetapi Allah mengetahui.


“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.


Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.


Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.


Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.


“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”


 


Belum bersedia


Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.


Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.


Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.


 


Dosa


Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.


Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.


 


Berusaha untuk positif dengan Allah


Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.


Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.


Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.


Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.


Allah itu Maha Penyayang.


Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.


“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)


 


Penutup: Memang dalam hidup, bukan semua benda kita nak, kita dapat


Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.


Jangan kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan. Pandang dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya keterikatan dengan Allah SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.


Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa itu akan tidak terbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif.


Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, InsyaAllah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2012 17:17

November 2, 2012

Kritikan Sosial : Hidangan “Beracun” – Menu Utama Generasi Y

 


[image error]


 


Kita tidak dapat menerobos ke minda dan jiwa mereka. Tetapi kita punyai “wahana” untuk menyentuhnya.


Picture By UmarMita Of LangitIlahi


 


Saya terlihat berita tentang hebahan Konsert terbesar yang bakal melanda kita beberapa hari lagi. Intipatinya ditatap dan difahami secara menyeluruh. Lalu hati ini bergetus kecil :


“Bala!.”


Cukuplah hidangan demi hidangan, jamuan demi jamuan dan santapan demi santapan “beracun” buat generasi muda hari ini. Konsert yang digambarkan sebagai yang terbesar yang bakal dianjurkan di Malaysia membuat saya semakin berfikir secara kritis dan mendalam. Apakah semua ini?


Tidak cukupkan kerosakan demi keroskan, keruntuhan demi keruntuhan dan kebejatan demi kebejatan yang mewarnai dunia generasi Y hari ini. Generasi yang hidup dalam dunia kecanggihan teknologi, maklumat dihujung jari dan segala-galanya diperolehi sepantas kilat.


 


Generasi Y – Lihatlah Kesengsaraan Mereka


Paparan di dada akhbar, media massa samaada cetak atau elektronik hari ini bagaikan berpesta menjamukan berita-berita salah laku dan kerosakan generasi muda hari ini. Ponteng sekolah, seks bebas, gangsterisme, pukul-memukul, buang bayi, bunuh kanak-kanak, rompak, rogol hatta membunuh diri sudah menjadi lumrah dalam masyarakat hari ini. Jika dahulunya, air mata tertumpah membasahi pipi saat menatap berita sebegini, hari ini jiwa sudah tawar.


 


“ Ala, biasalah budak-budak zaman sekarang”


 Biasa-biasa ini bahaya – kerana ia mampu membunuh! Ia membunuh kepekaan, sensitiviti dan kehalusan jiwa!


Rata-rata remaja, pemuda dan pemudi hari ini adalah suatu kelompok yang dikatergori sebagai generasi Millenium atau  generasi Y. Gen-Y. Siapakah mereka?


Mereka adalah sekelompok generasi yang lahir sekitar tahun 1977 sehingga 1997. Suatu fakta, mereka mewakili sejumlah besar populasi seluruh rakyat Malaysia. Mereka adalah generasi yang paling ramai aktif dengan dunia maya – facebook, twitter, blogger dan pelbagai lagi platform dunia online. Kepantasan, kecanggihan dan kepesatan teknologi hari ini telah memberikan banyak kesan dan pengaruh kepada mereka!


Dewasa ini, pembangunan modal insan menjadi laungan serta slogan yang bergema dalam pendidikan arus perdana hari ini. Keseimbangan antara fakulti keinsanan ditekankan oleh semua pihak, namun yang menyedihkan – ia seolah-olah tidak selari seperti apa yang dinyatakan, diharapkan dan diimpikan.


Lihat dengan kacamata keimanan, kesedaran dan penghayatan – apa sudah terjadi kepada generasi hari ini? Rata-rata jiwa, rohani dan intelek mereka kosong lagi walaupun disumbat dengan hidangan, jamuan dan santapan. Kerana apa?


 


Semua hidangan ini adalah hidangan yang beracun dan mematikan!


Mematikan potensi jiwa untuk menjadi hamba!


Mematikan keupayaan fizikal untuk aktif dalam daerah kebaikan!


Mematikan kecerdasan intelektualan dalam membangunkan negara!


 


Kita melihat mereka daripada kejauhan, hidup – bangun tidur setiap hari. Berjalan, bergaul, berinteraks, bergerak dan bersosial. Tetapi, tahukah kalian jiwa mereka memberontak? Terseksa, tertekan dan terhimpit. Bila ditanya mengapa?


Mereka tidak mampu memberikan jawapan.


 


Hidangan pelbagai perisa tetapi kesannya sama – DOSA


Gen-Y dimomokan dengan hidangan-hidangan yang memuaskan nafsu serakah dan kedahsyatan hawa yang tidak pernah kepuasan. Sama ada ia disedari atau tidak, inilah reality yang ada.Semuanya hanya hiburan, keseronokan dan kelalaian yang melampau batasan. Semua batasan yang ada.


 


Batasan agama,


Batasan budaya,


Batasan syariat!


 


Akhirnya, inilah hasil yang kita dapat. Campuran dan gaulan ramuan pelbagai perisa yang menjijikan, meloyakan lagi kotor! Campur baur antara kebaikan dan kemaksiatan. Antara kebenaran dan kebatilan. Antara kejernihan dan kegelapan!


 


Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.


( Fussilat 41 : 34)


K-Pop, Ke- Pak, Gangnam Style, Rock Kapak, Balada, Gangsterisme. Budaya kuning, budaya hitam dan budaya jahaman. Sebutlah apa sahaja, selagi ia mungkar dan maksiat ia tetap mungkar dan maksiat. Apa jua cara, jalan dan sebutan untuk “menjernihkan”nya tidak akan menghalalkan sesuatu kemungkaran itu. Letaklah ia dengan jenama, brand atau apa jua gelaran kesan kemungkaran ini hanya satu sahaja iaitu dosa.


Dosa-dosa inilah yang menghitamkan hati dan jiwa generasi-Y. Mereka tumbuh membesar dengan titik-titik hitam yang membebankan dan menekan mereka. Dosa-dosa yang meruntuhkan keyakinan, kepercayaan  dan kepasrahan mereka kepada Allah SWT. Dan, mengambil Tuhan dan Ilah yang lain selain daripada Allah SWT.


Justeru, kepada siapa lagi yang kita boleh harapan dalam membangunkan ummat ini jika hampir sebahagian besar generasi muda hari ini hidup bergelumangan dosa dan maksiat kepada Rabb Yang Maha Kuasa Lagi Agung?


Bahkan, dosa-dosa ini yang akan menghancurkan ummat ini dengan izin Allah SWT. Bala akan tiba jika kita semua menutup mata, jiwa dan minda daripada ambil peduli tentang hakikat ini.


Tunggu sahaja! Atau bagaimana?


 


Penutup : Salah Siapa?


Menarik.


Satu kelompok berjuang berhabis-habisan. Satu kelompok menentang bermati-matian. Pihak A kata salah pihak B. Pihak B menafikan. Pihak B kata salah semua pihak.


Tunjuk-menunjuk. Tuding-Menuding. Salah-menyalah. Memang sinonim dengan manusia. Tidak kira sesiapa pun. Dalam hal ini, jika kita amati, telesuri dan hayati – ada sesuatu yang lebih penting untuk disoal. Apa dia?


Apa peranan kita? Inilah yang lebih wajar meniti di bibir, berbekas di hati dan bermain-main diminda kita semua. Berperanankah kita dalam memacu perubahan yang lebih harmoni, islamik dan diredhai oleh Allah SWT pada masa hadapan? Sudahkan kita memainkan peranan-peranan ini untuk memperbaiki diri kita dan ahli keluarga kita untuk mencorak suasana yang Allah SWT sukai?


Kerana itu, buat pada belia ( generasi-Y)  – ketahuilah kalian semua adalah agen perubahan untuk masa hadapan bagi Malaysia yang harmoni, damai dan Islami. Imam Hassan al-Banna pernah menyatakan :


Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitannya. Sejarah bangsa tidak lain adalah sejarah para pemuda yang berjiwa besar dan berkemahuan yang kuat.”


Beliau Pemacu Perubahan!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2012 20:39

Berita: Wujudkan budaya hemah di jalan raya


AES


 


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sedang berhadapan dengan pertembungan antara pembuat dasar, pelaksana dan pengguna. Pertembungan ini adalah sebahagian daripada cabaran paling besar kepada faedah rakyat Malaysia bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya. Sepanjang pelancaran Ops Sikap dari tahun 2002 hingga 2007, sebanyak 81, 082 kemalangan jalan raya direkodkan dengan angka kematian berjumlah 1,412 jiwa.



Pelaksanaan AES yang dimulakan pada bulan September lalu mengundang perbahasan banyak pihak. Dari kelompok pengguna jalan raya hinggalah ahli politik, pandangan mereka dilontarkan melalui media. Kesempatan ini digunakan oleh ahli politik untuk mengukur keupayaan dan meraih populariti walaupun hasrat pemasangan AES di beberapa tempat adalah sangat objektif iaitu mengurangkan kemalangan jalan raya melalui penguatkuasaan had kelajuan kenderaan.


Agensi penguatkuasaan bersungguh-sungguh menyatakan AES telah digunakan secara berkesan di 90 negara dan berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya kerana pemandu mematuhi had laju. Namun adalah lebih jika kempen penerangan dan penjelasan dilakukan melalui media cetak dan elektronik supaya pengguna dapat memahami tujuan kaedah ini dilaksanakan. Sehingga kini tidak terdapat iklan yang menerangkan pemasangan AES dan kaitannya dengan penurunan statistik kemalangan jalan raya.


Pengguna jalan raya merasakan AES adalah tindakan tergesa-gesa dengan tempoh percubaan yang singkat. Ramai pemandu kereta yang tidak menyedari imej kereta mereka dirakam apabila melebihi had laju kerana kekurangan maklumat apabila berada di kawasan rakaman.


Pemasangan AES sangat baik untuk mendidik pemandu yang memecut sehingga 180 kilometer sejam di lorong paling kanan. Ia juga mendidik pemandu yang ego dan sentiasa hendak berlumba di lebuh raya. Malahan dapat mendidik pemandu dari Singapura yang sering berlumba di Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Johor Bharu hingga Sungai Besi.


Pelaksanaan sistem ini tidak memberi kesan besar kepada pemandu berhemah dan mengikut peraturan jalan raya. Kelompok ini lebih ramai daripada pemandu tegar yang sentiasa hendak cepat mengejar masa di jalan raya. Justeru, andaian bahawa yang sedang memaksa pihak berkuasa menghentikan penggunaan sistem pemantauan keselamatan jalan raya ini ialah mereka yang selalu menggunakan jalan raya dan mengambil kesempatan memandu melebih had laju. Tindakan ini hanya membahayakan diri dan pengguna yang lain.


Ketegasan kerajaan dalam melaksanakan AES mesti ditunjukkan kerana tujuan dan matlamat sistem ini digunakan adalah sangat jelas. Tidak perlu melayan tuntutan yang memberi kelebihan kepada segelintir kecil pengguna kerana keselamatan orang ramai perlu diutamakan. Dalam pada itu, langkah membanyakkan papan tanda dan maklumat pemasangan kamera perangkap ini perlu disegerakan supaya pemandu berwaspada semasa menghampiri kawasan terlibat.


Kejayaan sistem ini perlu diukur pada bilangan saman yang sedikit bukannya berbangga apabila lebih banyak saman dikeluarkan. Mendidik pengguna jalan raya dengan nilai-nilai mengikut peraturan adalah lebih baik daripada mengenakan saman yang tinggi. Bagi pengguna, saman yang tinggi bagi kesalahan kali pertama amat membebankan dan memberi persepsi negatif kepada usaha-usaha memperkasa keselamatan jalan raya di negara ini.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2012 03:11

Wujudkan budaya hemah di jalan raya

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sedang berhadapan dengan pertembungan antara pembuat dasar, pelaksana dan pengguna. Pertembungan ini adalah sebahagian daripada cabaran paling besar kepada faedah rakyat Malaysia bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya. Sepanjang pelancaran Ops Sikap dari tahun 2002 hingga 2007, sebanyak 81, 082 kemalangan jalan raya direkodkan dengan angka kematian berjumlah 1,412 jiwa.


Pelaksanaan AES yang dimulakan pada bulan September lalu mengundang perbahasan banyak pihak. Dari kelompok pengguna jalan raya hinggalah ahli politik, pandangan mereka dilontarkan melalui media. Kesempatan ini digunakan oleh ahli politik untuk mengukur keupayaan dan meraih populariti walaupun hasrat pemasangan AES di beberapa tempat adalah sangat objektif iaitu mengurangkan kemalangan jalan raya melalui penguatkuasaan had kelajuan kenderaan.


Agensi penguatkuasaan bersungguh-sungguh menyatakan AES telah digunakan secara berkesan di 90 negara dan berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya kerana pemandu mematuhi had laju. Namun adalah lebih jika kempen penerangan dan penjelasan dilakukan melalui media cetak dan elektronik supaya pengguna dapat memahami tujuan kaedah ini dilaksanakan. Sehingga kini tidak terdapat iklan yang menerangkan pemasangan AES dan kaitannya dengan penurunan statistik kemalangan jalan raya.


Pengguna jalan raya merasakan AES adalah tindakan tergesa-gesa dengan tempoh percubaan yang singkat. Ramai pemandu kereta yang tidak menyedari imej kereta mereka dirakam apabila melebihi had laju kerana kekurangan maklumat apabila berada di kawasan rakaman.


Pemasangan AES sangat baik untuk mendidik pemandu yang memecut sehingga 180 kilometer sejam di lorong paling kanan. Ia juga mendidik pemandu yang ego dan sentiasa hendak berlumba di lebuh raya. Malahan dapat mendidik pemandu dari Singapura yang sering berlumba di Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Johor Bharu hingga Sungai Besi.


Pelaksanaan sistem ini tidak memberi kesan besar kepada pemandu berhemah dan mengikut peraturan jalan raya. Kelompok ini lebih ramai daripada pemandu tegar yang sentiasa hendak cepat mengejar masa di jalan raya. Justeru, andaian bahawa yang sedang memaksa pihak berkuasa menghentikan penggunaan sistem pemantauan keselamatan jalan raya ini ialah mereka yang selalu menggunakan jalan raya dan mengambil kesempatan memandu melebih had laju. Tindakan ini hanya membahayakan diri dan pengguna yang lain.


Ketegasan kerajaan dalam melaksanakan AES mesti ditunjukkan kerana tujuan dan matlamat sistem ini digunakan adalah sangat jelas. Tidak perlu melayan tuntutan yang memberi kelebihan kepada segelintir kecil pengguna kerana keselamatan orang ramai perlu diutamakan. Dalam pada itu, langkah membanyakkan papan tanda dan maklumat pemasangan kamera perangkap ini perlu disegerakan supaya pemandu berwaspada semasa menghampiri kawasan terlibat.


Kejayaan sistem ini perlu diukur pada bilangan saman yang sedikit bukannya berbangga apabila lebih banyak saman dikeluarkan. Mendidik pengguna jalan raya dengan nilai-nilai mengikut peraturan adalah lebih baik daripada mengenakan saman yang tinggi. Bagi pengguna, saman yang tinggi bagi kesalahan kali pertama amat membebankan dan memberi persepsi negatif kepada usaha-usaha memperkasa keselamatan jalan raya di negara ini.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2012 03:11

October 31, 2012

Motivasi : Tips – 3 Projek Mati Yang Menghidupkan


 


 


Mencipta Seni Kematian.


Picture by Ibnu Fuad Of LangitIlahi


“ Kita harus persiapkan diri kita dengan projek-projek mati,” Pesanan Ustaz Abdul Hadi Osman,seorang murabbi saya sentiasa bermain-main di minda dan jiwa.


Projek Mati.


Jika dengar sepintas lalu, seolah-olah berbunyi negatif dan merugikan. Seolah-olah tiada projek lain yang lebih hebat, gah dan mega untuk diketengahkan. Macam tiada sebarang keuntungan dan mematikan produktiviti!


Namun, hakikatnya inilah projek yang luar biasa dan terbesar yang harus dilaksanakan dalam kehidupan kita. Biar betul?


Ya. Inilah projek yang terpenting lagi utama bagi kita semua. Projek-projek mengukuhkan asas-asas dasar, memasang “piling” dan mendirikan sebuah “bangunan” yang dinamakan bekalan pulang untuk dipersembahkan di hadapan Allah SWT di saat pertemuan dengan-Nya.


Mindsetting yang kita perlukan ialah projek ini adalah saham dan bekalan untuk kita selepas mati kelak. Kerana apa? Kita perlu dan wajib sedar bahawa kita semua akan mati.


Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ Kami ini milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”


( Al-Baqarah 2 : 156)


Bayangkan. Jika tiada sebarang bekalan atau apa-apa “sesuatu” amalan yang boleh kita jadikan sandaran bahawa kita ini adalah hamba Allah SWT semasa dunia, tentunya kita adalah manusia-manusia yang paling rugi dalam sejarah peradaban manusia di dunia dan juga akhirat.


Apakah projek mati itu? Kita lihat, amati, fahami lalu sama-sama kita gencarkan dalam kehidupan yang singkat ini agar mendapat bonus yang lumayan daripada Ilahi :


 


(1) Islah (baiki) diri


Kita adalah manusia yang lemah, kerdil, hina dan amat-amat memerlukan Allah SWT. Kesilapan, kesalahan dan tersungkur berkali-kali di lembah dosa dan maksiat itu perkara biasa bagi manusia. Kerna itulah, antara projek mati yang paling utama bagi kita adalah, sentiasa memperbaiki diri.


Manusia yang celaka adalah manusia yang tidak tertingkat diri mereka zaman berzaman. Bahkan suka, gemar dan cinta kepada diri yang berada di takuk lama. 10 tahun hidup, 10 tahun yang sama tiada beza! Amalan diri tiada tertingkat dan diri juga beku tanpa perubahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“ Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Sesiapa yang kelmarinya lebih baik daripada hari ini, dia tercela.”


(Hadis Riwayat Naim bin Abdur Rahman dan Yahya bin Jabir)


Justeru, inilah yang perlu direncanakan segera!


Ubah diri untuk menjadi lebih baik. Motto kita ialah : “ Hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih hebat daripada hari ini.”


Ayuh, jom terus hebat dan luar biasa!


 


(2) Mencetak manusia


Menjadi soleh, baik dan bagus itu baik. Tetapi, tidak boleh seorang-orang diri sahaja yang bagus. Kita biarkan orang lain hanyut dan hancur ditelan kejahilan, kealpaan dan kegelapan.


Justeru, projek seterusnya yang terpenting ialah menyeru orang lain dan mencetak mereka untuk menjadi manusia yang baik, beriman dan bertaqwa! Ini adalah kerja-kerja yang mulia lagi terhormat. Jiwa, hati, nurani dan perasaan tertanam kesedaran untuk “membina” manusia-manusia di sekelilingnya menjadi hamba. Hamba siapa?


Hamba Allah SWT. Setiap hari, segala fikiran, tenaga, wang ringgit, masa hatta keringatnya difokuskan untuk mencari hati-hati baik, keperibadian yang jujur dan jiwa-jiwa yang berhajat untuk dibentuk, disedarkan dan difahamkan tentang Islam.


Hadis Rasulullah SAW ini terus menjadi inspirasinya dalam mencetak manusia agar kembali mendekati Allah SWT :


“ Jika Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya.”

( Hadis Riwayat At Tabrani)


Hati kita suka menyeru dan mengajak orang lain untuk merasai kemanisan dan kebahagiaan bersama suasana yang dekat dan hampir dengan Allah SWT.


Yakinlah, semua manusia sebenarnya hajatkan kepada kebaikan. Cuma, kita perlukan kunci yang benar, tepat dan betul untuk membuka hati-hati mereka dalam usaha membawa mereka kepada kebaikan.


Pilihan itu ada pada anda!


 


 (3) Membina legasi


Seterusnya, inilah yang palig sukar dalam kehidupan kita. Keberadaan, kewujudan dan kebaikan kita dapat diperturunkan kepada generasi seterusnya.


Kita mampu membina legasi yang akan meneruskan kerja-kerja kebaikan yang telah kita laksanakan. Usaha mewarisikan kepada mereka inilah antara tugas yang sangat sukar, payah dan penuh getir.


Jika kita punyai persatuan semasa di sekolah, kita berupaya mendidik adik-adik junior agar mereka ghairah meneruskan amanah tugas itu dengan semangat juang yang tinggi.


Jika kita punyai keluarga, anak-anak kita dengan penuh gembira menyambut usaha-usaha yang telah berzaman kita laksanakan tanpa terbeban, ragu-ragu dan berdolak-dalik.


Jika kita berada dalam struktur organisasi yang besar, para kepimpinan pelapis begitu teruja untuk meneruskan usaha-usaha generasi terdahulu dengan penuh kepercayaan, bertanggungjawab dan jiwa berkobar-kobar.


Dan,tahukah inilah saham yang sangat menguntungkan apabila kita meninggal dunia kelak, pahala dan ganjarannya terus menerus mengalir kepada kita tanpa batas!


 


Penutup : Projek Mati Yang Menghidupkan.


Inilah projek mati yang apabila dilakukan ia sebenarnya menghidupkan hati-hati kita untuk lebih maju, berdaya saing, bersatu dan lebih giat berusaha. Bahkan, kita akan rasa ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan yang memuncak setelah melakukan ketiga-tiga perkara ini.


Dan, Rasulullah SAW memberikan suatu definisi yang sangat cantik tentang hakikat ini. Bahawa sesiapa yang menggerakan persiapan untuk mati adalah manusia-manusia yang cerdik.


Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus RA daripada Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud :


“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh).”


(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)


 


Yang muda akan mati, yang tua pasti mati!


Inilah ketentuan Ilahi.


Justeru, marilah kita mengolah seni kematian kita ini dengan “karya-karya” yang mulia. Dan tiada yang lebih mulia daripada membumikan 3 projek ini dengan usaha semaksima yang mungkin.


——-


Ini langkahnya :


Hidup Mulia + Mati Berjasa = Terus Ke Syurga!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2012 18:15

Kehidupan : Hitam Putih Kehidupan



Picture by Umar Mita of LangitIlahi


 


Allah SWT menjadikan segalanya berpasangan; malam dan siang, kuat dan lemah, benar dan salah, sesat dan benar dan sebagainya. Inilah persimpangan dalam kehidupan kita, sebahagiannya perlu dipilih dan setiap pilihan memberi kesan besar pada perjalanan hidup kita dan tempat akhir kehidupan kita.


Kehidupan sebenarnya tidak mengelirukan kita.


Yang hitam dan yang putih memang terlalu ketara bezanya cuma kita tidak benar-benar bersedia untuk membuat keputusan yang betul. Kebenaran dan kesesatan terlalu jauh bezanya. Cuma kesenangan dan kesoronokan segera menjadikan kita sentiasa memilih jalan yang mudah dan ringkas walaupun kita tahu hasilnya ialah penyesalan. Kemewahan menjadikan hati kita keras dan hilang kepekaan hingga kita tidak menghiraukan natijah yang bakal kita terima. Dunia dan hajat kita yang tinggi kepadanya menjadikan kita sentiasa mengutamakan pandangan nafsu dan masyarakat dari pandangan kebenaran. Kita takut dikeji dan diperlekeh hingga kita terpaksa korbankan prinsip hidup kita.


Kita Mampu Menilai


Kita sebenarnya mampu menilai tetapi tidak mampu memilih yang benar kerana lemahnya keperibadian kita yang mencerminkan lemahnya IMAN kita.


 ”Tidak ada paksaan dalam agama, tetapi telah jelas antara petunjuk dan kesesatan. Sesiapa yang mengkufuri Toghut (Sistem yang berlawanan dengan kehendak Allah SWT) dan beriman dengan Allah, maka dia telah berpegang pada tali yang kukuh dan tak akan terputus . Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (Al Baqarah:256)


 


Inilah realiti kehidupan kita…hanya ada dua pilihan … HITAM & PUTIH, mana satu yang jadi pilihan kita. ‘Life Is About Making A Decision’ mungkin inilah adalah pepatah yang menggambarkan hakikat ini. Sayangnya tidak semua yang mampu membuat pilihan yang betul walaupun dapat membezakan antara keduanya. Segalanya terletak kepada kekuatan jiwa dan keimanan kita kerana kekuatan jiwa yang lahir daripada kekuatan iman inilah kekuatan tunggal yang dapat meleburkan berhala keegoan yang teguh di dalam jiwa kita.


Kegoaan inilah yang menjadi penghalang antara kita dan kebenaran. Keimanan inilah satu-satunya harapan untuk kita menyelamatkan akhirat kita. Oleh itu pokok pangkalnya berbalik kepada IMAN. Kita telah melihat bagaimana Saidina Umar yang hebat semasa jahiliyyahnya namun setelah ayat-ayat Allah meleburkan keegoannya lalu dia tunduk dan menjadi mukmin yang hebat. Begitu juga Abu jahal yang merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW namun kerana kegoan menguasai dirinya dia tetap diatas kekufuran sedangkan dialah antara orang menyambut kelahiran baginda Rasulullah SAW dengan penuh kegembiraan hinggakan hambanya yang menyampaikan berita kelahiran anak saudaranya itu dimerdekakan serta merta.


Hitam Atau Putih


Inilah sebenarnya hitam putih kehidupan kita; Keimanan dan Keegoan, Kebenaran dan Kepalsuan, Ketundukan dan Kekufuran.


Persoalannya bagaimana untuk kita bina kekuatan jiwa agar pilihan yang kita lakukan benar-benar menguntungkan kita di dunia dan akhirat. Kita tidak ada pilihan lain selain dari merendahkan diri berdoa dan berusaha untuk membina kefahaman yang benar hingga terbinanya keperibadian Islam yang sebenar. Tidak ada jalan lain selain dari TARBIYYAH; duduk dan mencari suasana yang mampu mendidik kita untuk kenal dan sentiasa menuju keredhaan Allah SWT

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2012 07:14

English Column: Will You Pull The Trigger?


“Don’t look back in anger”

Picture by Umar Mita of Langitilahi


Just now, I was yelled at by my lecturer in class in front of my classmates even though I didn’t know on what basis he did so.


I’m lying myself if I’m not pissed off and embarrassed at the same time. But I kept calm. I believe he has his own reasons why he did so.


He just finished circulating the results of our test papers. I received mine, was extremely sad because I got 3.5/10 but I smiled in sadness.


Then a classmate of mine (a girl) who was sitting beside me wanted to see my paper. I don’t know why she wanted it. It was a bit awkward given the fact I received low marks, but I gave it to her anyway.


Suddenly out of the blue, my lecturer shouted “Muhaimin! Go to that corner there now!”


I was puzzled.


“Go now! If you want to disturb my class, you should have not come here!” he added.


I was double-puzzled.


I requested my paper from my friend and went to the corner he wanted me to while smiling.


After I’ve reached the corner, he continued on barking “This is not the time to smile. All of you should feel ashamed of your low marks! Close proximity between boys and girls is HARAM in Islam…”


I was really pissed off. Many bad suggestions came rushing inside my head; “Go on, give him a flying kick or just yell back at him.” I kept quiet, suppressed my anger. I tried to retain back my disturbed focus.


If I followed my anger, I would yell back at him and I know I am capable of doing that but I waited instead.


After the class was over, I rushed to meet him. He was walking. I approached from his right and called his name “Sir.”


Before I could say anything, he placed his hand of my left shoulder and said “Muhaimin. I am very sorry. I was emotionally unstable. I was depressed with so many people. Once in a while, I will mistakenly burst out my anger to anyone. In this case, you were the victim.”


I was pleased by his answer. If that time he was still angry with, only God knows what will I to him.


We shake hands and I gave Salaam to him.


I went back without bearing any grudge on him.


One important thing I learned “Anger Will Take You Nowhere.”



The State of Stupidity


I would categorize anger as “The State of Stupidity.” Anger is the driving force in you that makes you feel “I am right” and “Others are wrong.” The only opinion that is applicable is your own and you will refuse to accept the opinion of others.


When you activate this stupidity mode, your blood pressure rises, your face turns red and if you have the chance to kill the person you hate, you will not be hesitant to do it. Not to mention the number of vulgar words that will come out like bullets.


You will forget who you are, the Islamic guidelines that you know when you are in rage. The only feeling you want is to exterminate the person who has made you angry.


But what will being angry contribute to the development of the Ummah? How can it help foster peace and humility to the world?


From Irrational Anger to Controlled Rage


Anger is not something bad as long as it is controlled. Once you have gained control of your conscious, express your controlled rage. Control anger before it controls you.


The ability to control anger is actually a sign of how strong you really are. Being strong doesn’t necessarily mean how big your muscles are but how good are you in controlling your anger.


Even the prophet once said:


“The strong man is not the one who can overpower others. Rather, the strong man is the one who controls himself when he gets angry.” [1]


And in another hadith:


“The strongest man is the one who, when he gets angry and his face reddens and his hackles rise, is able to defeat his anger.” [2]


Conclusion: Point your anger to the people responsible


Anger. Everybody experiences it. But anger alone only brings destruction. The effects of anger are severe.


How Muslims reacted to the video of “Innocence of Muslims” shows that Muslims are not capable enough in controlling their anger. Muslims are easily manipulated.


We claim to avenge the prophet, but is violence in line with what the prophet would wish for?


Resisting anger is one of the signs of righteousness:


“And march forth in the way to forgiveness from your Lord, and for a Paradise as wide as the heavens and the earth, prepared for the righteous; those who spend in prosperity and in adversity, repress anger, and pardon men. Verily, Allah loves the good-doers.” [Al 'Imran; 134]


If let’s say the person you loved most is gunned by a killer. You are angry, furious and swear to kill the killer back. You managed to track down the killer, you held a gun in your hand, will you pull the trigger and blow the killer’s head off like what is done to your loved one? Ask yourself, by killing the killer, do you think you have avenged the person you love?


“You are the one holding the gun, will you pull the trigger or will you try your best to educate this world full of madness?”





[1] [Reported in the 'Musnad' of Ahmad; 2/236, and it is authentic as cited in Kalamullah.com retrieved from http://www.kalamullah.com/personality20.html]




[2] ['Sahih al-Jami'; # 3859 as cited in Kalamullah.com retrieved from http://www.kalamullah.com/personality20.html]]

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2012 03:42

October 30, 2012

Himmah : Kembali Tersenyum !


~ Pciture by Umar Mita of LangitIlahi


 


Kadangkala dalam dunia ini, kita akan berdepan dengan kesusahan dan keperitan. Kesusahan dan keperitan ini seringkali membuatkan jiwa kita merasa lemah untuk meneruskan langkah dalam kehidupan.


Kalau tidak kerana memikirkan hari esok, kita telah lama melarikan diri dari masalah yang ada. Tetapi, masalah yang kita ada pada hari ini, tidaklah selama-lamanya akan memburu dan menghantui hidup kita.


Sampai suatu masa nanti, setelah kita pun Allah izinkan untuk keluar dari masalah itu, dan kita pun merasa lebih tenang, waktu itu segala kesusahan dan keperitan yang pernah kita lalui sebelum ini pun sudah tidak terasa lagi peritnya.


Waktu itu, kita akan kembali tersenyum. Masam yang terukir di wajah akhirnya berganti kemanisan sebuah senyuman.


 


Kalau Ditanya, Manakah Saat Indah Dalam Hidup?


Di saat keperitan dan kesusahan menjengah dalam hidup kita, seringkali kita rasa ingin cepat-cepat keluar dari daerah kesusahan itu. Tidak tertahan jiwa kita menanggung segala keperitan itu. Kalau kita boleh lepaskan diri di saat kita sedang menanggung kesusahan itu, sudah pasti kita akan melakukannya.


Tetapi, setelah kita berada di luar daerah kesusahan itu dan kita pun telah mula menikmati kesenangan serta kemudahan dalam hidup, kita mula terfikirkan saat-saat kita berada di dalam kesusahan itu.


Betapa kesusahan dan keperitan yang kita alami dululah yang telah meletakkan kita di tempat kita berada pada hari ini.


Pada waktu kita mengalami kesusahan itu, kita mungkin rasa ingin cepat-cepat keluar kerana tidak tahan menanggung kepahitannya yang terlalu dalam.Tetapi, setelah kita keluar dari kesusahan itu, kita mula memikirkan akan cebisan-cebisan kemanisan yang kita pernah nikmati seketika saat berada di dalam kepahitan itu.


Waktu itu, kemanisan yang sedikit pun dirasakan begitu berharga bagi kita. Segala kesenangan dan kelapangan yang kita nikmati seketika di saat kita sedang menempuh kepayahan itu pun terasa begitu manis sekali.


Sebab itu, kalau ditanya manakah saat-saat terindah dalam kehidupan?


Adakah pada saat kita sudah berada dalam keadaan senang-lenang dan lapang sekarang ini ataupun di saat kita berdepan dengan segala kepayahan dan keperitan itu?


 


Cebisan Kemanisan Yang Menjadi Obor Perjuangan Di Kala Kesusahan


Pastinya, kemanisan yang lebih berharga adalah saat kita menikmati kesenangan yang seketika tatkala menempuh kesusahan dan keperitan hidup.


Diuji dengan kehilangan orang-orang tersayang sehingga membuatkan kita rasa begitu dukacita dan sedih sekali memikirkan bagaimana lagi untuk kita meneruskan kehidupan dalam keadaan kehilangan yang begitu besar itu. Tetapi di saat kita melayan kedukaan dan keperitan masalah itu di dalam jiwa kita, kita temui kemanisan yang tiada tertanding hebatnya di dalam sujud dan doa kita. Sujud dan doa kalau sebelum ini dirasakan seperti biasa dan tidak ada apa-apa, tetapi kali ini sujud dan doanya terasa begitu berbeza dan bermakna sekali. Itulah sujud dan doa seorang hamba yang memang sudah tidak ada tempat untuk meletakkan harapan lagi melainkan satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah Allah s.w.t.


Saat itu, kemanisan hubungan dengan Allah s.w.t. itu begitu dinikmati dengan asyik sekali.


Diuji dengan halangan dan caci maki di dalam perjalanan dakwah kadangkala membuatkan kita terasa seperti ingin berhenti. Tetapi, kemanisan yang dirasakan tatkala berukhuwah, berkorban dan berjuang dengan penuh kesungguhan itu membuatkan perjalanan dakwah yang susah itu terasa begitu indah.


Walaupun payah, tetapi di dalamnya tetap ada kemanisan yang membuatkan kita mampu untuk sentiasa tersenyum, membekalkan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan.


Inilah antara cebisan kemanisan yang kita temui kala kita dijemput oleh kepayahan dan keperitan hidup. Cebisan kemanisan ini walaupun seketika, tetapi ia menjadi obor nyalaan yang menguatkan lagi semangat perjuangan untuk menempuh kesusahan ini sehingga ke akhirnya.


Cebisan kemanisan yang sekejap inilah membuatkan kita terasa manisnya berhubung dengan Allah azza wajalla. Wajah kita yang terukir masam pun mampu tersenyum semula setelah menikmati keindahan ini


 


Penutup : Senyumlah, Kerana Itu Akan Membuat Anda Bahagia !


Kadangkala, di celah batu-batu besar dan tajam, kita akan temui bunga-bunga kecil yang dapat hidup di celahan batu-batu itu. Bunga-bunga itu mampu tumbuh walaupun di celah batu-batu kosong yang tiada apa itu. Sudahlah batu itu keras, tajam dan tak cantik pula. Tetapi, masih ada bunga lagi yang mahu tumbuh di celah-celahnya.


Maka, kehidupan kita, takkanlah tidak ada satu pun detik kemanisan yang mampu membuatkan kita tersenyum di kala kita menempuh onak-onak yang susah dan memeritkan ini?


Pasti ada secebis kemanisan walaupun sedikit yang mampu membuatkan kita untuk tersenyum, terus bertahan dan berjalan menempuh kepayahan itu sehinggalah kita bertemu dengan kejayaan di hujung jalan.


Senyumlah kerana dengan senyuman akan membuatkan anda menjadi bahagia.

Senyumlah kepada manusia supaya manusia juga menjadi bahagia ketika bersama anda.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2012 12:15

October 29, 2012

Kritikan Sosial: Drama Melayu Dan Pandangan Saya.


Hidup ini adalah sebuah drama juga, mempersembahkannya untuk Tuhan menilainya. ~ picture by UmarMita of LangitIlahi


 


Semalam zawjah saya menonton masterchef Malaysia musim ke-2. Tetapi semasa iklan, zawjah saya akan menukar ke TV3, curi-curi tonton drama bertajuk Perginya Doa Ibu. Selepas masterchef musim ke-2 tamat, cerita di TV3 belum tamat. Kami menontonnya hingga habis.


Apa yang saya boleh ungkapkan daripada cerita Perginya Doa Ibu ini, adalah satu keterkilanan yang besar sebenarnya. Ya. Sebelum itu, saya baru sahaja menonton Drama bertajuk Panggilan Baitullah lakonan Fahrin Ahmad. Drama itu juga memberikan kekecewaan yang teramat kepada saya.


Semenjak saya sekolah menengah, saya memang tidak gemar menonton drama dan filem melayu. Kerana saya tidak nampak mesejnya. Kabur. Jalan cerita tidak menarik. Ending tidak memuaskan. Apa yang lebih memberikan keterkilanan kepada saya adalah, unsur-unsur percampuran Aqidah yang dibawa di dalam drama dan filem tersebut.


Menonton Perginya Doa Ibu dan Panggilan Baitullah membuatkan saya jadi menyesal menyudikan diri menonton drama melayu pada kali ini, dan mungkin saya tidak akan menyentuhnya buat satu jangka masa yang agak lama lagi.



Kritikan 1: MATI.


Cerita Perginya Doa Ibu dan Panggilan Baitullah pada saya hakikatnya adalah cerita yang cuba menginsafkan penontonnya dari perbuatan yang tidak baik. Jika di dalam Perginya Doa Ibu, yang cuba dibawakan adalah seorang perempuan bermulut celupar dan amat berbangga-bangga dengan kekayaannya, manakala di dalam Panggilan Baitullah menceritakan seorang lelaki kaya yang riya’ dengan kemampuannya pergi haji berkali-kali serta suka menunjuk-nunjuk amal kebaikannya.


Mengiringi watak utama di dalam kedua-dua cerita ini adalah ‘watak baik’. Jika di dalam Perginya Doa Ibu, Ibu kepada perempuan bermulut celupar menjadi watak baiknya, manakala di dalam Panggilan Baitullah, watak Fahrin Ahmad menjadi watak baiknya. Merekalah yang mendorong watak utama kembali ke jalan kebenaran dan insaf.


Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah, kedua-dua watak Ibu dan Fahrin Ahmad di dalam kedua-dua drama itu endingnya adalah mereka mati. Saya hairan mengapa mereka dimatikan tanpa sebab yang munasabah. Fahrin Ahmad dimatikan di dalam sujudnya yang sedang beristikharah, manakala Ibu kepada perempuan bermulut celupar dimatikan ketika sedang melaksanakan Haji.


Saya tidak faham, mengapa mereka mesti MATI?


Apa moralnya?


Di manakah kebaikannya?


Apa gunanya kepada positiveness jalan cerita dan mesej kebaikan?


Tiada.


Namun ianya sekadar menjadikan cerita lebih berair mata, dramatik, semata-mata. Ianya pada saya ibarat filem aksi yang ada tembak menembak rambang di sana sini,  letupan berdentam dentum di sana sini, tetapi tidak memberikan mesej kepada cerita. Sekadar aksi sahaja.


Mengapa mesti MATI? Saya tidak faham.


 


Kritikan 2: Hantu.


Malaysia kini dilambakkan dengan dua perkara. Gengster dan Hantu. Hingga akhirnya saya kira, itulah sebabnya Namewee membikin filem bertajuk Hantu Gengster. Filem yang sangat mengecewakan pada saya kerana semua agama diletakkan pada taraf yang sama, ditambah pula hantunya terdiri dari Melayu, Cina dan India, yang sama-sama dikejar ‘Polis Hantu’. Sedangkan, kita di dalam Islam sama sekali tidak dibenarkan mempermainkan aqidah kita, dan kehidupan selepas mati adalah sebahagian daripada Aqidah kita. Begitulah Hantu Kapcai dan sebagainya. Sangat-sangat mengecewakan.


Tambah mengecewakan saya apabila drama yang cuba memberikan keinsafan turut bermain dengan watak hantu(atau nama lebih baik sedikit untuk drama sedemikian adalah roh).


Di dalam Drama Perginya Doa Ibu itu, digambarkan bagaimana Ibu yang telah mati, rohnya pulang menemui anak perempuannya yang diazab Allah SWT. Roh ibunya menyapukan air zam-zam ke mulut anaknya yang bernanah diazab Allah itu, kemudian anaknya sembuh, azab Allah ke atasnya diangkat. Kemudian baru anak ini tahu ibunya telah meninggal.


Apa masalahnya bila buat cerita macam ini(roh pulang memberikan bantuan)?


Maka daripada orang akan nampak yang boleh bantu kita adalah roh. Justeru, kita secara tidak langsung sebenarnya memberikan galakan untuk memuja roh yang telah mati, untuk memberikan syafaat, bantuan, pertolongan kepada kita.


Sedangkan, tiada di dalam hadith yang sohih akan roh si mati pulang memberikan bantuan kepada yang masih hidup. Tidak valid langsung cerita sebegini, bahkan membawa kepada syirik.


Bukankah lebih baik jika Ibunya dijadikan benar-benar hidup, pulang dari Haji, dan menyapu air zam-zam sebagai usaha untuk mengubati anaknya itu? Mengapa mesti Ibu itu hadir dalam bentuk roh(telah mati)? Apa gunanya? Di manakah kelebihannya?


Kritikan ini tidak terkecuali dengan segala hantu yang wujud di dalam seantero dunia drama-drama serta filem melayu. Mengapa kita mesti bermain dengan roh dan hantu, baik untuk cerita seram atau cerita keinsafan? Mengapa? Tiada modal lain?


 


Kritikan 3: Jalan Cerita Yang Tak Menggambarkan Mesej.


Drama Melayu banyak menyelitkan cerita-cerita yang sebenarnya tidak memberikan sumbangan kepada mesej cerita. Bayangkan 2 jam penceritaan, mungkin hanya 1 jam sahaja yang bermakna kepada jalan cerita. Selebihnya hanyalah cerita-cerita lewah yang tak memberikan makna kepada mesej cerita. Dan kadangkala dirasakan pada saya ‘melebih-lebih’ sehingga menghambarkan cerita.


Cerita Panggilan Baitullah contohnya. Sepatutnya cerita itu sebaiknya ditamatkan kala Fahrin Ahmad menerangkan kebaikan yang telah dia lakukan. Namun cerita ditambah-tambah, meleret hingga ke peringkat watak Fahrin Ahmad dimatikan ketika solat istikharah.


Maka cerita itu kelihatan pelik, tergantung, dan ‘over’.


Cerita Perginya Doa Ibu pula, wujud di mana watak utama(perempuan mulut celupar) selepas menerima azab Allah, mulutnya bernanah dan tubuhnya kejung, duduk di atas kerusi roda di tepi swimming pool, kemudian diceritakan dia melihat roh ibunya berjalan. Membuatkan dia ingin memanggil-manggil ibunya hingga dia termasuk ke dalam swimming pool.


Sudahlah tak ada makna kepada jalan cerita, pakaian pelakon perempuan pula habis menjadi ketat dibasahi air hingga menunjukkan bentuk tubuhnya, yang kemudiannya dipegang sana sini oleh 2 orang lelaki(pelakon yang menjadi suaminya, dan pelakon yang menjadi abangnya dalam cerita itu), yang sah-sah bukan mahramnya di dunia realiti, untuk menyelamatkannya dari lemas dalam swimming pool itu. Sudahlah tidak penting, berdosa pula.


Lagi plot yang tidak kena adalah apabila tiba-tiba watak perempuan itu(ketika masih sihat), bermimpikan ibunya yang memohon diri ibunya diselamatkan. Diselamatkan daripada apa? Tiada siapa mengerti. Mengapa ibunya perlu diselamatkan? Tiada siapa tahu. Dan persoalan itu tiada jawapannya hingga ke hujung cerita. Tambah pelik apabila roh ibunya lah yang menyelamatkan dia dari azab siksa Allah SWT. Maka mengapa penulis skrip memasukkan mimpi itu? Kabur.


Kita akan menjumpai perkara sebegini terlalu banyak di dalam drama-drama dan filem melayu.


Pada saya, alangkah bagusnya kita buat cerita yang tidak terlalu panjang, tetapi padat. Berkesan. Sarat dengan mesej, dan meaningful. Setiap saat dan minit di dalam filem itu tidak dibazirkan untuk perkara yang sia-sia.


 


Penutup: Drama dan Filem Salah Satu Instrumen Pendidikan Minda Masyarakat.


Saya rasa, potensi penulis skrip(pembuat cerita) dan pengarah(yang mengarahkan perjalanan pembikinan filem/drama) telah dibazirkan di Malaysia ini apabila yang berlambaknya adalah filem-filem dan drama-drama yang sebegini. Tidak membawa apa-apa erti, bercampur baur antara kebatilan dan kebenaran.


Itu belum kita kira isu lelaki dan perempuan bukan mahram, bersentuh-sentuhan. Pelakon-pelakon yang tidak menutup aurat dan sebagainya.


Belum saya sentuh di manakah relevannya kita banyakkan filem gengster dan hantu, hingga ke tahap kita membuat drama bersiri ‘Bini-biniku Gengster’ dan pelbagai drama bersiri hantu  seperti Waris dan sebagainya(yang wataknya tak menutup aurat pun, tetapi masa nak halau hantu, tahu pula berdoa kepada Allah).


Kita kadangkala lupa betapa filem dan drama itu hakikatnya adalah salah satu instrumen pendidikan minda masyarakat. Maka apabila kita memasukkan unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya(syirik dan sebagainya), kita sebenarnya sedang menyuntik unsur-unsur itu ke dalam masyarakat kita.


Apabila kita terlalu stereotaip(asyik-asyik watak baik mati untuk tunjukkan keinsafan kepada watak yang kurang baik), maka mesej kebaikan yang wujud di dalam cerita menjadi hambar dan orang masyarakat mula muak dengan cerita itu serta mesej kebaikannya tidak akan sampai ke hati masyarakat.


Apabila kita campurkan yang haq dan yang batil, maka masyarakat bukannya memperolehi kebaikan sebenarnya. Tetapi masyarakat hanya akan memperolehi keburukan hasil campuran haq dan batil dalam definisi kebenaran mengikut yang ditayangkan drama atau filem.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2012 08:41

October 28, 2012

Kehidupan: Bagaimanakah Memaknakan Sebuah Kehidupan?


Picture by UmarMita of LangitIlahi


 


Bagaimanakah untuk menjadikan kehidupan kita sebagai kehidupan yang bermakna?


Pasti ramai yang terfikir. Melihat betapa hujung kehidupan seakan satu lubang hitam yang tidak diketahui, membuatkan kehidupan menjadi hambar dan dihurung keresahan.


Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.


Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.


Sedangkan, makna hidup itu wujud.


Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.



Cara memaknakan kehidupan 1: Mempunyai matlamat


Hendak memaknakan kehidupan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mempunyai matlamat.


Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan. Untuk menjadikan perkara ini lebih berkesan, maka kita perlu mewujudkan dua matlamat.


Matlamat jangka panjang.


Matlamat jangka pendek.


Matlamat jangka panjang adalah apa yang kita hendak capai di akhirnya. Manakala matlamat jangka pendek adalah perkara-perkara yang perlu kita capai untuk mencapai matlamat jangka panjang.


Hidup tanpa matlamat, samalah seperti main bola tanpa gol. Bosan, tidak bermakna, tidak mencapai apa-apa. Hidup punya matlamat, samalah seperti permainan bola yang mempunyai gol. Matlamat jangka panjang kita adalah hendak memenangi perlawanan, maka matlamat jangka pendek adalah kita perlu menjaringkan gol ke gawang lawan, dan menjaga gol kita dari dibolosi.


Kita tidak perlu suka mewujudkan matlamat jangka panjang dalam kehidupan. Hal ini kerana, Islam telah menyediakannya.


“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah” Surah Ad-Dzariyat ayat 56.


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” Surah An-Nisa’ ayat 14.


Persoalan utama adalah, bagaimana hendak mewujudkan matlamat jangka pendek bagi mencapai matlamat jangka panjang?


 


Cara memaknakan kehidupan 2: Merancang strategi mencapai matlamat


Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.


Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.


Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.


“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As-Saff ayat 4.


Hatta Allah SWT juga melakukan sesuatu dalam keadaan yang amat tersusun.


Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,”  Surah Hud ayat 1.


Soal diri kita, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat jangka panjang?


Maka di sinilah kita mewujudkan matlamat-matlamat jangka pendek.


Susun strategi untuk mencapainya. Berikan masa dan waktu yang sesuai untuk menggapainya. Kemudian usaha disiplinkan diri untuk mempunyainya.


Yang tidak berstrategi, atau tidak patuh dengan strateginya, hanya akan runtuh. Bayangkan anda menonton satu pertandingan bola sepak, yang pemain-pemainnya hanya tahu menendang bola keluar padang semata-mata. Atau satu permainan yang hanya penuh dengan pergaduhan dan layangan kad. Adakah itu bermakna untuk anda?


Jadi, adakah bermakna kehidupan dengan pergerakan yang menyimpang dari matlamat kehidupan, serta mendapat layangan-layangan ‘kad’ daripada Allah SWT?


Semestinya tidak bermakna.


Maka perlu punya strategi.


 


Cara memaknakan kehidupan 3: Mengkualitikan waktu yang wujud


Setiap permainan ada waktu yang terhad.


Begitu jugalah  kehidupan kita. Tinggal, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.


Namun asasnya tetap sama. Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.


Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.


Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.


Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.


Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.


Itulah dia makhluk bernama SERIUS.


 


Penutup: Hidup adalah permainan. Ada kalah, ada menang. Tetapi tiada seri.


Dilihat semula, kehidupan adalah ibarat permainan.


Tinggal, kemungkinan ada permainan yang mempunyai seri. Namun di dalam kehidupan tiada seri. Akhirnya hanya ada menang atau kalah sahaja. Berjaya mencapai matlamat, atau tidak. Itu sahaja.


Makna kehidupan hanya akan diperolehi apabila tiga perkara di atas wujud di dalam diri.


Hidup yang bermatlamat, adalah hidup yang bermakna.


Kerana perjalanan hidupnya terisi dengan perancangan-perancangan mencapai matlamatnya.


Waktu-waktunya habis semuanya dinilai kerana melaksanakan perancangan-perancangannya.


Inilah dia kehidupan yang bermakna.


Yang memahami ini tak akan gundah, kerana lubang hitam pada masa hadapannya telah hilang.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2012 18:43