Hilal Asyraf's Blog, page 136

October 7, 2012

Kehidupan: Menjadi Artis Itu HARAM? Satu Pencerahan.

Saya, isteri saya – Tengku Masyitah -, Kak Yatt Hamzah, Kak Heliza Helmi, Kakak Ipar saya – Tengku Nasirah – dan biras saya – Adam Kadir.

Pada 7hb Oktober 2012, saya telah digandingkan dengan Kak Yatt Hamzah, artis kita yang terkenal sebagai baru berhijrah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat dan berusaha mendalami Islam, di dalam Forum Ketika Hati Disapa Hidayah sempena CONVEST 2012 di UIA Gombak. Ketika forum sedang berlangsung, Kak Heliza Helmi datang untuk memberikan sokongan kepada rakannya Kak Yatt, dan dia juga memang ingin mendengar penyampaian yang disampaikan. Usai forum, kami makan bersama-sama di bilik VIP, disertai isteri saya, kakak ipar saya dan suaminya.

Selepas makan kami bergambar, dan gambar itu saya uploadkan di Facebook Page saya, menyatakan terima kasih saya, dan kekerdilan diri saya berada di sisi orang yang punya nama yang besar. Apatah lagi, dengan rendah diri Kak Heliza sudi membeli Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan karangan saya, bahkan saya baru mengetahui yang Kak Heliza juga follow perkembangan saya(hinggakan bila ada yang bertanya apakah isteri saya sudah mengandung, Kak Heliza yang tolong jawabkan), dan tanpa rasa kekok, Kak Heliza dan Kak Yatt berpelukan, berlaga pipi, makan bersama-sama isteri dan Kakak Ipar saya.

Malangnya, apabila diupload gambar kami, muncul seorang individu yang memberikan komen yang negatif, hingga dia mengeluarkan statement seakan-akan wanita menjadi artis adalah haram.

Namun, saya kira bagus juga ditimbulkan perkara itu. Kerana dengan itu, saya dapat menulis artikel ini. Benarkah menjadi artis itu haram? Maka ini satu pencerahan daripada saya.

Apa Yang Kita Nampak Pada Artis Hari Ini.

Kita terperangkap di dalam satu suasana di mana artis seakan-akan merupakan satu ‘cap buruk’ kepada diri kita. Kita melihat bahawa artis membawa influence yang buruk, mereka ini berlagak, terlalu high class, terkinja-kinja mencari populariti, tidak berakhlak, tidak mengikuti syariat dan sebagainya.

Saya memahami ‘kotak pemikiran’ sebegini kerana itulah yang disogokkan oleh suasana kepada kita. Artis-artis yang terkenal dari barat dan timur seperti Korea dan Jepun juga menunjukkan keadaan yang sedemikian, yang kita boleh lihat pada mana-mana sahaja majlis penganugerahan mereka, kehidupan harian mereka yang disensasikan dan sebagainya.

Maka, ‘artis’ seakan sudah menjadi satu perkataan yang buruk, dalam komuniti mereka yang menganggap diri mereka ‘soleh dan solehah’.

Tidak hairanlah, dengan pandangan yang sedemikian, ada yang menyatakan menjadi artis adalah haram. Wanita yang menjadi artis dilihat seakan murahan dan ‘menjual diri’, dan sebagainya.

Tetapi Realitinya, Artis Adalah Profession.

Namun, realitinya, artis hanyalah sebuah profession. Sebagaimana kita bekerja di pejabat juga, sebagaimana kita menjadi guru, menjadi menteri, menjadi jurutera dan sebagainya. Artis adalah sebuah pekerjaan. Cuma mungkin, pekerjaan itu dilimpahi dengan ke’glamour’an dan suluhan lampu sorot. Pekerjaan itu mungkin membuatkan orang yang bekerja sebagai artis kelihatan lebih menonjol, dan mudah menjadi isu jika ada apa-apa yang berlaku.

Justeru, saya melihat, menjadi artis adalah haram merupakan satu perkara yang tidak benar.

Menjadi artis tidak haram. Sebagaimana tidak haramnya kita menjadi cikgu, menjadi jurutera, menjadi menteri dan sebagainya.

Namun, apa yang membuatkan ianya boleh jatuh ke tahap yang haram adalah apabila kita campurkan perkara yang tidak syara’ di dalamnya. Membuka aurat contohnya, berpakaian ketat contohnya, kerjanya itu memerlukan dia berkata perkataan yang kesat, kerjanya itu membawanya kepada syirik dan sebagainya. Itu yang menjadikannya haram.

Sama sahajalah haramnya menjadi cikgu jika kerjanya mengajar orang berbuat jahat, haramnya menjadi menteri jika pangkat itu digunakan untuk salah guna kuasa seperti songlap duit dan sebagainya.

Justeru, asasnya, menjadi artis itu tidak haram.

‘bagaimana’ menjadi artis itu yang menentukan halal dan haramnya profession itu.

Keperluan Kepada Artis Yang Memahami Islam dan Hidup Dalam Kehidupan Islam.

Kita semua pastinya bersetuju bahawa media memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat. Filem, drama, lagu dan sebagainya merupakan wasilah-wasilah yang ‘tidak langsung’, ‘tanpa sedar’, membentuk masyarakat dalam diam. Didikan anak-anak kita, pemuda dan pemudi kita, semuanya dipengaruhi dengan wasilah-wasilah tadi kerana besarnya pengaruh media dalam kehidupan.

Namun hari ini, dunia dibanjiri dengan artis-artis yang tidak mampu menunjukkan qudwah yang baik. Artis-artis tidak menunjukkan kehidupan yang Islam. Ramai yang mampu melakonkan watak Muslim dan Muslimah, namun di dalam kehidupan yang sebenar, mereka bukanlah Muslim dan Muslimah yang baik. Di dalam kehidupan sosial mereka, mereka bukan manusia yang taat kepada Allah SWT. Hatta di dalam lakonan, nyanyian dan sebagainya, mereka secara tidak langsung mempromosikan keingkaran kepada Allah dengan melakonkan cerita-cerita yang tidak bermanfaat, dan tidak menutup aurat serta tiada didikan Islamik di dalam cerita. Lebih buruk, mereka melakonkan, atau menjadi duta, kepada salah faham masyarakat terhadap Islam.

Justeru, saya melihat, adalah satu keperluan untuk kita mempunyai artis-artis Muslim dan Muslimah, yang mampu mengubah suasana ini.

Artis yang sopan, berakhlak, rajin pergi mengikuti penyampaian agama untuk mempertingkatkan diri, dari masa ke semasa berusaha memperbaiki diri, mengikuti usrah agar diri jadi lebih terjaga, dan berusaha pula menggerakkan drama-drama dan filem yang Islamik sebagai didikan secara tidak langsung kepada masyarakat. Artis-artis ini, dengan populariti yang mereka ada, dengan pengaruh yang mereka punya, akan menjadi duta-duta Islam di tengah masyarakat, sekaligus mempengaruhi masyarakat untuk menjadi Muslim dan Muslimah yang baik, bersama mereka.

Ini yang kita perlukan. Besar peranan mereka, dan besar peluang yang ada pada mereka. Amatlah rugi jika para pendakwah tidak melihat akan situasi ini, pejuang-pejuang Islam menafikan perkara ini.

Justeru, bagaimana kita boleh labelkan profession artis sebagai sebuah profession yang haram?

Yang haramnya bukan menjadi artis. Yang menentukan halal dan haramnya seseorang itu menjadi artis adalah pada ‘bagaimana’ dia menjadi artis.

Kak Yatt dan Kak Heliza, sejenak bersama mereka.

Sejenak bersama Kak Yatt Hamzah dan Kak Heliza Helmi membuka mata saya akan hal ini. Mereka adalah manusia. Ada kekurangan pada diri mereka. Namun mereka adalah yang menyedarinya, lantas berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Walaupun mereka artis, mereka berusaha mengikuti usrah dan penyampaian-penyampaian agama. Kak Heliza contohnya, bukannya menanti diberikan free buku daripada saya baru dia mengambilnya. Tidak. Dia bahkan membelinya sendiri. Sedangkan, jika dia mahu angkuh, dia boleh berlaku angkuh dengan saya, seorang yang muda daripadanya, dan bukan sesiapa di hadapan populariti yang dia ada.

Mereka berpelukan dan berlaga pipi dengan PIC-PIC wanita yang ada, dengan kakak ipar dan isteri saya, tanpa rasa kekok dan segan. Mereka mesra bersembang, meminta nasihat, dan amat rendah diri ketika memberikan pandangan, kerana mereka tahu mereka ada kelemahan. Mereka tiada masalah duduk makan bersama dengan orang yang tidak punya status seperti mereka. Saya melihat semua ini adalah satu perkara yang sangat positif, dan apabila saya mendengar Kak Yatt berkata bahawa yang mengikuti mereka di kalangan artis kini ada sekitar 40 orang, saya rasa bahagia. Kak Yatt kata, dia sendiri diajak oleh Kak Irma Hasmie, mengikuti Usrah Fitrah, kumpulan usrah artis mereka itu.

Inilah peluang yang sepatutnya para da’ie dan da’ieah ambil.

Bukannya kita sibuk melabel mereka itu dan ini.

Kekurangan pastinya ada. Jangan kata pada artis, pada ulama’ besar pun ada kekurangan. Kerana kita adalah manusia.

Penutup: Memandang Dengan Konteks Yang Luas.

Menjadi isunya adalah apabila wanita kita dedahkan sebagai artis, menjadi menonjol di khalayak, menjadi santapan mata orang ramai dan sebagainya. Itu dijadikan isu yang besar. Namun kita terlupa, sekiranya kita tidak menonjolkan muslimah-muslimah kita, maka jahiliyyah akan menonjolkan duta-duta mereka seperti Britney Spears, Selena Gomez, Katy Perry, Taylor Swift dan lain-lain untuk mempengaruhi masyarakat kita.

Kita ada pilihan di sini.

Mahu remaja kita mengikuti artis seperti Puan Wardina, Kak Heliza, Kak Yatt, atau mahu remaja kita mengikuti artis seperti artis di barat dan korea jepun? Ya, yang mana kita mahu anak-anak kita pergi ikuti? Semestinya sebagai seorang muslim, saya mahu remaja saya, pemuda dan pemudi saya mengikuti artis yang mempraktikkan Islam dalam erti kata yang sebenar.

Ya, mungkin masih ada beberapa perkara yang tidak selesai. Isu tabarruj contohnya. Tetapi itu semua boleh kita usahakan dari masa ke semasa. Manusia bukan macam plastisin. Ketuk terus berubah bentuk.  Karat-karat jahiliyyah memang perlukan masa untuk dikikis. Namun kita pandang perkara ini dalam konteks yang lebih luas lagi.

Jahiliyyah berusaha keras menjahanamkan kita, mengapa kita pula berusaha keras untuk menjahanamkan aset-aset yang kita ada?

Sepatutnya kita memandang positif perkara ini, dan mengusahakan apa yang boleh kita usahakan.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2012 19:19

Berita: Negara kita tanggungjawab kita

[image error]

Picture by UmarMita of LangitIlahi

Kes rompakan RM1.23 juta dan tembakan ke atas pemandu van yang membawa wang sebanyak itu di Taiping sudah terungkai apabila dua suspek didakwa di mahkamah. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan boleh dihukum  mengikut Seksyen 3 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian ini, tiga isu besar yang dikenal pasti iaitu rompakan, membunuh dan memiliki senjata api. Sepintas lalu, sukar bagi suspek untuk melepaskan diri daripada hukuman gantung kerana setiap satu kes berada dalam kategori serius.

Jenayah rompakan menghiasi berita harian masyarakat Malaysia. Satu demi satu. Ada kalanya mangsa ditembak sehingga mendatangkan kecederaan kekal dan lebih tragik melibatkan kematian.

Mahkamah juga terpaksa mengendalikan kes-kes rumit seperti ini dari semasa ke semasa, kadangkala tertangguh dan melibatkan ramai orang. Namun, tugas mahkamah ialah menentukan keadilan dan ia mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Bayangkan di negara kita tidak berlaku rompakan, pembunuhan atau perbalahan yang berkaitan jenayah. Tidak ada mayat terbakar, tidak ada bayi diletakkan di tangga masjid, tidak ada penagihan dadah dan tidak ada pecah amanah. Apakah yang bakal berlaku pada negara kita?

Kita boleh mengagak senario negara Malaysia ketika itu. Keadaan selamat dan aman. Ekonomi berkembang kerana pelabur sangat yakin dengan keselamatan pelaburan mereka, wanita dan kanak-kanak bebas bergerak tanpa rasa takut dan setiap orang boleh membawa wang tunai yang lebih banyak semasa keluar dari rumah.

Begitu juga dengan nilai diri rakyat Malaysia. Harga diri akan meningkat kerana mereka yakin dengan sistem yang dilaksanakan dalam negara. Pihak polis dapat memberi fokus kepada tugas-tugas pemantauan, mahkamah dapat meningkatkan tahap kecekapan membuat pengadilan dan agenda menjadi masyarakat maju dalam erti kata yang sebenar, Insya Allah dapat dinikmati.

Kita yakin keadaan selamat seperti ini tidak dapat dicapai dalam masyarakat yang menghadapi krisis nilai, kemiskinan dan kemelaratan berleluasa, keluarga berkecamuk, sistem pendidikan masih bergelut dengan akhlak dan moral pelajar serta tahap rasuah yang masih tinggi.

Hari ini setiap daripada kita tentu berfikir keselamatan diri setiap kali melangkah keluar dari rumah apabila memikirkan pelbagai kes jenayah. Kelmarin orang yang kita tidak kenal menjadi mangsa, semalam jiran sebelah rumah, barangkali hari ini rakan sekerja yang diragut. Mana tahu esok diri kita sendiri yang menjadi mangsa pukul pembuli jalan raya.

Negara kita adalah tanggungjawab kita.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2012 08:39

Negara kita tanggungjawab kita

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2012 08:39

Agama: Sabar Dalam Ujian Penentu Kejayaan Dalam Kehidupan

Teruskan pendakian mengejar kejayaan, bawa bersama benih kesabaran (picture by UmarMita)

Hari ini, ada seseorang mesej ke dalam inbox di page saya bertanyakan soalan yang saya rasa perlu dikongsi bersama. Soalan itu berbunyi:

“Allah itu tidak akan memberatkan kepada hamba dengan perkara yang dia tidak mampu tanggung. Namun mengapa ada orang boleh murtad setelah keluarganya meninggal dalam suatu tragedi kemalangan? Adakah Allah tidak tahu bahawa dia tidak mampu? Selain itu, ramai diluar sana yang sampai sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima takdir hidup. Bukankah itu menunjukkan dia tidak mampu? Mengapa manusia perlu diuji?

Mengapa ada ujian dalam kehidupan?

Sebenarnya ujian merupakan lumrah dalam kehidupan. Jika kita menghendaki sesuatu yang kita sukai perlu kita berusaha menggapainya. Dalam pada itu, kesempitan, kesukaran dan berbagai rintangan perlu ditempuhi untuk memenuhi cita-cita kita itu. Lebih-lebih lagi apabila kita mengharap redha Allah yang tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan apa jua bentuk kenikmatan. Namun, ujian di dunia sebenarnya bersifat sementara dan hanya untuk menilai tahap kesabaran manusia. Allah berfirman:

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” ( Al-Mulk: 2)

Hakikat dalam ujian adalah menentukan darjat seseorang insan di sisi Tuhan. Sama ada baik atau buruk semua terpulang kepada diri manusia itu sendiri. Selain itu, jika kita teliti semula sejarah manusia-manusia yang berjaya dalam hidupnya tidak pernah lekang kehidupan mereka daripada menghadapi ujian.

Lihat dalam sejarah hidup baginda s.a.w, berapa kali baginda dicaci maki? Berapa kali batang tubuh baginda disakiti? Berapa kali baginda digelar itu dan ini? Bukankah baginda seorang nabi? Adakah kita lebih mulia daripada baginda sehingga ujian yang datang melanda kita anggap sebagai suatu penyeksaan? Sedangkan baginda menghabisi seluruh kehidupannya dengan menyebarkan kebaikan walhal kita hidup dengan penuh kepura-puraan.

Oleh itu, sedarlah wahai insan, kita diuji bukan bermakna Allah menjauhkan kita dengan-Nya. Bahkan manusia yang teguh dan sabar dalam menempuhi ujian ini hakikatnya dia lebih dekat dengan Allah s.w.t. Di samping itu, apabila manusia diuji sebenarnya Allah sedang berbicara dengannya kerana Allah mahu kebaikan tersemat dalam jiwa hamba. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah r.a:

“Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memperoleh kebaikan maka Allah akan timpakan kepadanya musibah padanya baik yang mengenai tubuhnya atau hartanya atau apa-apa yang menjadi kekasihnya”.( HR Bukhari )

Ujian sekadar kemampuan insan

“Allah tidak membebani manusia melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah:286)

Begitu bunyi ayat Allah menggambarkan kepada manusia sebenarnya Dia tidak memberatkan manusia dengan apa yang tidak mampu untuk dilakukan.  Namun, mengapa masih ada manusia seakan-akan tidak dapat menerima ujian dari-Nya?

Maha suci Allah daripada tidak tahu tahap keupayaan manusia. Hakikat sebenarnya, tahap keupayaan seseorang insan itu ditentukan oleh dirinya sendiri. Sejauh mana dia ingin membawa diri jika ditimpa kesusahan atau sekuat mana dia mampu mendepani segala permasalahan dalam kehidupan semuanya bergantung pada kekentalan jiwa insan.

Merujuk kepada persoalan diatas tentang seseorang yang murtad atau melakukan keburukan yang lain selepas diuji dengan kematian keluarga akibat kemalangan saya suka untuk melontarkan beberapa idea. Jika kita lihat semula, manusia secara pasti akan menemui mati. Justeru, bagi mereka yang ditimpa musibah seperti ini tidak perlu lama bersedih hati. Bukan bermaksud tidak perlu sedih atau mengenang akan kematian. Namun, jangan menjadikan ia sebagai titik pengakhiran hidup kita atau titik mula kita melakukan kerosakan kerana bagi mereka yang sedar bahawa setiap insan juga akan turut ikut sama(mati) maka tidak wajar bagi mereka bersedih dalam kadar yang lama apalagi murtad.

Allah menguji seseorang dengan kemampuannya. Disebalik itu, Dia menyediakan balasan setimpal dengan ujian yang telah ditetapkan dengan syarat perlu diterbit dalam jiwa manusia itu rasa redha dengan ketentuan-Nya. Bagi kes seperti ini nabi s.a.w ada bersabda daripada Abu Hurairah r.a:

“Tidak ada balasan bagi seseorang hambaku yang mu’min di sisiKu di waktu aku mengambil kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah melainkan orang itu memperoleh syurga.”(HR Bukhari)

Proses peningkatan iman

Iman manusia meningkat dan menurun. Meningkat apabila dilimpahi dengan ibadat, menurun apabila melakukan maksiat. Ujian dalam kehidupan merupakan elemen yang Allah tetapkan untuk menilai tahap keimanan seseorang sama ada tertingkat atau sebaliknya. Allah berfirman:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut:2)

Begitu sebenarnya hakikat keimanan. Ia bukanlah angan-angan atau mimpi. Tetapi ia adalah apa yang tersemat kukuh di dalam diri dan terzahir dengan amalan yang menjadi bukti. Keberjayaan ujian pada setiap manusia dinilai dengan tahap kesabarannya menempuhi segala cabaran kerana orang-orang bersabar sesungguhnya Allah ada bersama-sama mereka.

Kondisi Sabar

Sabar boleh dibahagikan kepada beberapa kondisi dalam kehidupan manusia antaranya:

1.Sabar dalam ketaatan

Dalam melakukan perkara kebaikan, kesabaran amat diperlukan. Hal ini kerana dala jiwa manusia sentiasa ada musuh yang menghasut untuk membuat kejahatan. Di tambah pula dengan realiti hidup manusia sekarang ini di mana orang yang melakukan sesuatu kebaikan dianggap sebagai sesuatu yang ganjil. Justeru, dalam melakukan kebaikan tidak dapat tidak perlu seiring dengan kesabaran.

2.Sabar dalam ujian

Seperti yang saya sebutkan tentang persoalan yang diajukan kepada saya di atas juga dalam apa bentuk ujian dalam kehidupan manusia, sabar amatlah dituntut kerana tanpa kesabaran manusia akan hilang arah. Mula dia menyalahkan Allah atas segala musibah. Jadi, kesabaran dalam situasi ini amat penting supaya manusia sekurang-kurangnya bersangka baik dengan Allah atas segala masalah.

3.Sabar dalam kemaksiatan

Sabar ini bukanlah bermaksud apabila kita ingin membuat keburukan perlu ada kesabaran. Namun, ia adalah sejauh mana kita dapat menahan diri kita untuk tidak melakukan maksiat berkenaan. Tambahan pula, dalam perkara yang melibatkan kemaksiatan, banyak faktor-faktor yang melorong manusia kea rah berkenaan. Natijahnya, kesabaran dalam kemaksiatan adalah suatu tuntutan.

Sabar dalam perhubungan

1.Kekeluargaan

Lumrah dalam keluarga kadang-kadang bertikam lidah sesama saudara sedarah. Namun, sillaturahim antara keluarga perkara yang wajib dijaga. Dewasa kini, manusia terlalu mudah memutuskan persaudaraan hanya kerana perwarisan harta, dengki yang tak semena-mena dan pelbagai perkara remeh yang lain. Justeru, bertolak ansur dan berbaik sangka amaln mulia yang boleh mengelakkan perkara ini terus berpanjangan.

2.Percintaan

Sabar dalam percintaan bukan bermakna menanti penuh sabar tanpa ada usaha untuk mencarinya. Sememangnya jodoh telah tertulis, namun usaha daripada pihak manusia juga satu keperluan. Tetapi ramai yang salah sangka hingga menganggap cinta sesama manusia adalah segala-galanya hingga sanggup dihabiskan masa dengan novel-novel dan perkara menjurus kearah itu yang tidak membuahkan faedah. Tambahan lagi, sabar dalam bercinta juga adalah kita menahan nafsu untuk melakukan perkara yang ditegah sebelum akad yang sah disamping berusaha bersedia dari sudut mental dan fizikal sebelum seseorang bernikah.

3.Rumah tangga

Saya bukan orang yang layak bercakap soal ini kerana masih belum berumah tangga. Namun, asam garam dalam berumah tangga, kadang-kadang ada pandangan berbeza. Adapun kesabaran perlu menjadi tonggak utama dalam banyak perkara kerana kesan perselisihan yang berpanjangan bukan sahaja pada pasangan namun lebih buruk tertempias kepada anak-anak. Maka akan berlakulah perkara yang tidak diingini akibat protes daripada anak-anak yang mengharapkan perhatian dan kasih-sayang daripada ibu bapa namun apa yang diterima adalah sebaliknya.

4.Persahabatan

Dalam persahabatan, kesabaran amat penting kerana sahabat atas dasar keimanan lebih berharga nilainya daripada persaudaraan sedarah. Justeru, ulama’ meletakkan garis panduan pada manusia dalam menilai kesabaran dalam persahabatan iaitu bersangka baik atau berlapang dada sebagai selemah-lemah perkara dan mendahulukan sahabat dalam apa jua urusan sebagai tertinggi nilainya.

Kesimpulan

Kesabaran dalam ujian itu adalah satu perkara yang sukar kerana ia melibatkan pelbagai bentuk pengorbanan. Adapun mereka yang berusaha mencapainya dengan bacaan tentang sejarah orang-orang yang sabar dan ganjaran bagi mereka serta bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan pasti akan memperoleh kejayaan kalau bukan di dunia pasti di akhirat sana. Teliti hadis baginda s.a.w ini sebagai pemangkin semangat dalam diri kita untuk sama-sama tanamkan sifat sabar dalam jiwa:

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang lain dan derita sehingga sebatang duri menikamnya kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosanya”. (HR Bukhari)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2012 08:15

October 5, 2012

Poster : Mencipta Seni Kematian

Mencipta Seni Kematian

Setiap insan itu pasti menemui ajalnya…

Tetapi, siapakah yang telah bergerak menyusun, mencorakkan bagaimana matinya nanti tatkala masih bernyawa?

*Download full picture here*

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2012 15:39

October 4, 2012

Pemuda: Pembantut Kematangan.

Picture by UmarMita of LangitIlahi

Hari ini jika memerhatikan dengan lebih teliti, maka kita akan perasan betapa kematangan telah semakin memudar dari kalangan remaja dan pemuda kita. Perkara yang sama juga berlaku kepada remaji dan barisan pemudi.

Kebanyakannya, masa muda dihabiskan dengan kerseronokan dan hiburan semata-mata. Bermain-main dan bersenang lenang bersama teman sahaja. Masa dan waktu dibazirkan begitu sahaja. Tenaga dan kudrat tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya.

Kematangan yang telah pudar, membuatkan kurang yang merasakan tanggungjawab untuk mewarisi kepimpinan hari ini bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Hakikatnya, perkara ini menggusarkan.

Siapakah yang terfikir, betapa pemuda pemudi hari inilah yang mencorakkan masyarakat masa hadapan? Maka kegusaran yang ada pada diri saya ini sepatutnya wujud di dalam diri mereka.

Terperangkap di dalam zon yang selesa

Penyebab utama mengapa kematangan terbantut adalah kerana pemuda pemudi kita hari ini telah diperangkap di dalam satu zon yang selesa. Ini membuatkan akal mereka tidak mampu berfikir di luar kotak kehidupan mereka.

Pemuda-pemudi hari ini hidup di era keamanan dan kedamaian. Mereka dipimpin dan telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak pernah hendak memecahkan kerangka ‘pengikut’ itu untuk menjadi seorang ‘pemimpin’.

Tempat belajar disediakan, kerjaya disediakan, makan minum disediakan, duit disediakan, dan keamanan serta kedamaian bersama kemakmuran juga tersedia di hadapan mata. Tidak menjadi masalah untuk mereka dan tidak perlu bagi mereka bersusah payah berfikir itu ini untuk mendapatkan semua.

Akhirnya, keselesaan ini yang mengabui mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, akan tiba waktunya untuk mereka pula mengganti kepimpinan hari ini, dan menyediakan semua itu kepada anak-anak zaman hadapan pula.

Persoalannya, apakah dengan ketidak sedaran hari ini, kita mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak masa hadapan? Bilakah masa kita untuk bersedia memberikan yang terbaik sekiranya kita baru sedar ketika mendapat tanggungjawab nanti?

Kematangan hadir dengan memecahkan tembok masa hadapan

Hari ini, mungkin kita tiada tanggungjawab sebagai bapa atau ibu untuk mencari duit menyara anak-anak dan menjaga makan pakai mereka.

Hari ini, mungkin kita bukan pemimpin negara yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara, mentadbir dan menguruskan negara bagi menyediakan suasana yang terbaik kepada masyarakat dan kehidupan termakmur buat mereka.

Dan banyak lagi contoh tanggungjawab. Paling kurang, kita perlu memimpin diri sendiri di dalam arus perdana hari ini. Memimpin keluarga agar menjadi keluarga yang baik di dalam arus globalisasi hari ini.

Ketiadaan tanggungjawab-tanggungjawab itu pada kita hari ini, menyebabkan kita alpa dan leka, lalai dan rasa hendak bermain sahaja. Maka akal kita tidak berkembang untuk mencari pengalaman, menambah pengetahuan, bagi mempersiapkan diri agar berada dalam kondisi yang terbaik ketika kita benar-benar memegang tanggungjawab nanti.

Maka terjadilah penurunan kualiti saat kita benar-benar perlu melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tadi. Kerana apa berlakuknya penurunan kualiti ini? Kerana kita hakikatnya tidak bersedia sedari awal.

Saat  memegang tanggungjawab, baru hendak bersedia. Selama ini, kita asyik memandangnya sebagai ‘perkara maasa hadapan’.

Sekiranya kita sedari awal memecahkan tembok masa hadapan ini, kematangan itu akan hadir di dalam diri. Kita akan berfikir sebagaimana orang dewasa berfikir. Kita akan rasa ralat dengan waktu-waktu yang terbazir, dan kita akan serius menambah pengetahuan serta menajamkan pemikiran bagi mempersiapkan diri di dalam kondisi terbaik untuk memegang tanggungjawab yang akan kita pegang nanti.

Mereka itu matang

Di sinilah kita lihat perbezaan antara kita dengan kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW dan zaman terdahulu sebelum kita.

Sebagai contoh, Abdullah ibn Umar RA adalah seorang kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW. Tetapi direkodkan bahawa dia telah mengikuti majlis-majlis bersama dengan para sahabat besar sedangkan usianya ketika itu masih kecil.

Hal ini direkodkan apabila Abdullah ibn Umar RA sendiri meriwayatkan bahawa: “Pada suatu hari, aku mengikuti sebuah majlis Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanyakan akan sebuah pokok yang mempunyai persamaan dengan orang yang beriman. Aku tahu akan jawapannya, tetapi aku jadi malu untuk menjawab kerana menghormati orang-orang yang lebih tua yang berada di dalam majlis itu. Akhirnya Rasulullah SAW sendiri menjawab soalan baginda tadi. Ketika dalam perjalanan pulang, aku menceritakan kepada bapaku(Umar Al-Khattab) bahawa aku mengetahui akan jawapannya semasa Rasulullah menyoal tadi. Bapaku berkata: Aku akan menjadi sangat gembira, sekiranya kau menjawab tadi” Riwayat Bukhari di dalam Kitab Adab Wa Ar-Riqaq.

Dan di manakah kematangan kita hari ini jika hendak dibandingkan dengan mereka?

Di manakah hakikatnya perbezaan antara  kita dan mereka?

Sepatutnya kita perhatikan dan memikirkannya.

Penutup: Melepaskan diri dari kebantutan kematangan

Matang adalah indikator terpenting dalam memandu kehidupan kita ke arah kehidupan yang terbaik. Tanpa wujudnya kematangan di dalam diri, maka kita hanya akan menghalakan kehidupan kita semata-mata ke arah  keseronokan. Matang adalah pemandu sebenar yang terbaik dalam kita membuat keputusan.

Kematanganlah yang menghalang kita dari nmelakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan. Kematanganlah yang menjadikan kita mampu memacu kehidupan diri ke arah terbaik dan memandu pula masyarakat sekeliling ke arah kebaikan.

Yang tidak matang hanyalah akan menjadi pelawak di dalam kehidupan insan, yang membawa dirinya ke arah kehancuran. Yang tidak matang hanya akan menjadi hamba dan bahan permainan. Kita akan tertipu, tertipu dan tertipu sepanjang hayat.

Maka sewajibnya kita menuntut kematangan ini agar wujud di dalam diri.

Bukan sekadar membiarkannya dan tidak kita perolehi.

Sedangkan perkara ini adalah teramat penting sekiranya kita adalah orang yang memerhati.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2012 17:27

Motivasi : Tips – “Belajar” 3 Perkara Daripada Syaitan

” Melihat Sesuatu Dari Dimensi Yang Berbeza .”

Picture By Umar Mita Of Langit Ilahi

Syaitan?

Biar betul?

Siapa tidak tahu dan kenal musuh nombor satu kita ummat Islam, iaitu Syaitan dan Iblis. Allah SWT menjelaskan banyak  ayat dalam kalamullah tentang hakikat musuh utama, nyata lagi terang bagi kita adalah syaitan.

“ Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syiatan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”

( Yassin 36 : 60)

Justeru, kenapa kita perlu “belajar” daripada syaitan ? Mungkin inilah persoalan-persoalan yang timbul dibenak kita semua? Hebat sangatkah syaitan itu sehingga kita boleh belajar daripada mereka?

Kenali Musuh Anda

Saya ingin membawa suatu dimensi yang berbeza yang harus kita lihat tentang musuh kita ini. Di celah-celah kehidupan mereka sebenarnya ada pengajaran dan “kekuatan” yang boleh kita terokai, telusuri dan pelajari.

Syaitan juga adalah makhluk Allah SWT. Dahulunya mereka adalah golongan yang taat dan patuh kepada Allah SWT, hanya kerana ego, sombong dan bongkak akhirnya mereka menjadi makhluk Allah SWT yang ingkar kepada Allah SWT.

Bahkan mereka bertekad, berazam dan beriya-iya untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam sehingga mereka sesat sehingga dihumban ke dalam neraka jahaman. Itu cita-cita dan impian mereka. Adakah mereka hanya memendam dan membiarkan cita-cita mereka itu tergantung di awangan semata-mata sahaja?

Tidak, bahkan mereka “bekerja” keras untuk menjayakan rancangan jangka panjang mereka sehingga merentasi masa, peradaban  dan zaman. Bukti mereka betul-betul serius dengan perancangan ini, mereka meminta daripada Allah SWT agar dipanjangkan umur sehingga hari akhirat. Dengan peluang dan kesempatan ini, mereka mampu untuk mengoperasikan segala projek-projek mereka dengan semaksima mungkin.

Firman Allah SWT di dalam surah Shaad, ayat 79 sehingga 83 yang bermaksud :

79.Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaKu hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) “.

80.Allah berfirman: ” Dengan permohonanmu itu, maka Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh.

81.” hingga ke hari masa Yang termaklum “.

82. Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), Aku akan menyesatkan mereka semuanya, 

83.” kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu Yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “

Apakah yang boleh kita belajar daripada mereka ini? Jom kita lihat satu per satu :

(1) Bersungguh-sungguh dalam kerja

Suatu hakikat yang tidak dapat kita nafikan ialah kesungguhan mereka dalam kerjaya hakiki mereka. Bekerja untuk memesongkan dan menyesatkan ummat manusia. Daripada dahulu, kini dan selamanya inilah tugas asasi mereka.

Bagaimanakah mereka bekerja? Sambil lewa? Melepaskan batok di tangga? Atau benar-benar itqan? Ya. Mereka bekerja dengan penuh ketekunan, serius, bertahap-tahap dan bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 21 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa Yang menurut jejak langkah Syaitan, maka Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara Yang keji dan perbuatan Yang mungkar. “

Buktinya, berapa ramai ummat manusia hari ini begitu mudah lalai? Terjerumus dalam kancah dosa dan maksiat. Bukan itu sahaja, kebijaksanaan dan kepintaran tipu daya syaitan mampu “melemahkan” ahli-ahli berilmu dan beramal soleh untuk ujub dan riya’ dengan kebaikan yang mereka miliki.

Inilah syaitan! Mereka jelmakan gerak kerja dengan kesungguhan sejak zaman berzaman. Justeru, apakah yang boleh kita pelajari daripada sifat mereka ini?

(2) Bersistematik, tersusun dan terancang

Terdapat sebuah kitab karangan seorang ulamak yang membicarakan tentang kehidupan syiatan. Menariknya, beliau mengupas tentang kerajaan syaitan dan kementerian-kementerian yang ada dalam “kerajaan” syaitan itu.

Apabila dilihat dan diamati, kita akan dapati syaitan mempunyai struktur organisasi yang bersistematik, tersusun dan terancang. Bayangkan, disetiap tempat, keadaan dan posisi kita wujudnya kementerian syaitan yang memfokuskan kerja mereka untuk menjayakan visi dan misi yang telah ditetapkan zaman berzaman iaitu menyesatkan ummat manusia.

Wujudnya kementerian syaitan di tandas, di pasar-pasar, di tempat-tempat awam dan bahkan adanya syaitan untuksetiap  individu-individu manusia. Justeru, bukankah ini suatu penyusunan strategi yang kemas dan mantap dalam menyesatkan manusia?

Sabda Rasulullah SAW :

“ Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan.”

( Riwayat oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no : 2033-4)

Daripada mereka, kita harus lihat untuk mengatur strategi agar tidak mudah tertewas!

(3) Saling bekerjasama dan punyai semangat gotong-royong yang tinggi

Dalam mana-mana gerak kerja berorganisasi, berpersatuan dan perlaksanaan projek-projek sama ada berskala kecil atau besar, antara faktor penentu kejayaannya ialah hubungan kerjasama ahli-ahli mereka.

Apabila kita lihat kehidupan “persaudaraan” dan ruh kerjasama sesama syaitan – mereka berjaya menghidupkan semangat gotong-royong yang tinggi dalam komuniti mereka. Kesepakatan, kesefahaman dan saling bantu-membantu menjadi tradisi mereka dalam bekerja.

Kerana itu, usaha-usaha mereka menyesatkan manusia membuahkan hasil yang lumayan. Sungguh lumayan, – berapa ramaikah  manusia yang akan mereka berjaya tarik untuk bersama-sama mereka untuk dihumban ke dalam nereka Allah SWT kelak? Digambarkan begitu banyak dan ramai.

Firman Allah SWT  dalam surah Al-Araaf ayat 16 hingga 17 yang bermaksud :

16. “Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;

17.”Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

Penutup : Walau apapun, Mereka Tetap Musuh Utama Kita

Begitulah, sedikit yang boleh kita belajar daripada syaitan. Namun harus diingatkan bahawa walau bagaimana mereka, syaitan adalah syaitan. Mereka adalah musuh dan tetap akan menjadi musuh kita zaman berzaman sehingga hari kiamat.

Maka, berhati-hatilah dengan tipu daya dan beliatan Syaitan!

“ Sesungguhnya syiatan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh, sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.”

( Fatir 35 : 06)

——————————–

Soalan Cepu Emas :

Apakah Beza Antara Syaitan dan Iblis?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2012 15:36

Motivasi : Tips – “Belajar” Tiga Perkara Daripada Syaitan

“Ala, Makruh Je. Bukan Haram Pun!”

[image error]

Photo by Umar Mita of Langit Ilahi

Halal, sunat, harus, makruh, dan haram.

Tidak dinafikan bahawa kelima-lima perkara ini (perihal hukum-hakam) penting dalam Islam dan setiap Muslim perlu mempelajarinya. Sekurang-kurangnya pengetahuan kita tentang hukum-hakam ini cukup untuk kita menjalani kehidupan dengan baik. Kalau kita serba tidak tahu, maka susahlah hidup kita sebagai Muslim. Tetapi, akan sampai satu masa apabila kita harus tanya diri sendiri:

“Ini sahajakah Islam aku?”

Maka saya sajikan penulisan ini. Penulisan ini bertujuan untuk mengajak para pembaca (dan juga diri saya sendiri) melihat di sebalik halal, sunat, harus, makruh, dan haram. Harapan saya ialah dengan penulisan ini maka akan berkuranglah bilangan Muslim yang berfikiran, “Ala, benda ni makruh je. Bukannya haram pun!” ataupun “Benda ni sunat je. So, kalau tak buat pun takpe kan?”

Dalam salah satu penyampaian Profesor Tariq Ramadan ketika beliau berada di Malaysia tahun ini, beliau berkata:

”Our relationship with Allah is a love story.”

Saya ingin bermula dari situ. Kebanyakan Muslim akan mengaku bahawa dia cintakan Allah. Saya tidak mahu mempertikaikan sesiapapun yang membuat pengakuan itu. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu isi hati setiap manusia.

Saya cuma ingin katakan di sini bahawa cinta memerlukan dua perkara:

1. Pengulangan

Cinta memerlukan pengulangan.

Contohnya apabila kita mencintai pasangan halal kita, maka kita mengulangi kata-kata cinta kita terhadapnya. Bukannya si dia tidak tahu tentang perasaan cinta kita terhadapnya, tetapi pengulangan kata-kata cinta itu mengukuhkan hubungan kita dengan dia.

Dalam hubungan cinta kita dengan Allah, kita membasahi lidah kita dengan pengulangan zikir-zikir. Kita memperuntukkan masa dalam jadual harian kita untuk mengulangi kalimah-kalimah suci al-Quran. Kita memperbaharui iman kita dengan mengulangi kalimah tauhid “La ila ha illa Allah”.

2. Bukti

Mencintai seseorang hanya dengan memberikan kata-kata manis sahaja tidak memadai. Cinta memerlukan bukti. Bukti ini ialah pelengkap kepada cinta kita.

Apakah bukti cinta kita kepada Allah?

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Ali Imran 3: 31]

Menghidupkan Sunnah Rasulullah ialah bukti cinta kita kepada Allah. Bukan itu sahaja, salah satu ganjaran kita ialah menerima cinta daripada Allah.

Allah! Sungguh indah perasaan cinta yang disambut dengan cinta. Tambahan pula, cinta yang disambut bukan sembarangan cinta, tapi ia cinta daripada Allah! Dan semestinya apabila Allah mencintaiku, sudah tentu Rasulnya juga mencintaiku.

Allah! Rasulullah cintakan aku? Terasa seperti mimpi!

Ehem…

Maaf, terasa seperti remaja-remaja perempuan yang melompat-lompat apabila melihat Justin Bieber. Gembira tidak terhingga.

Hakikatnya ialah saya, mahupun para pembaca, tidak dapat katakan dengan 100% keyakinan bahawa Allah mencintai diri kita. Kita mungkin dapat melihat tanda-tandanya, tetapi mustahil untuk kita katakan dengan 100% keyakinan. Maka, kita hanya boleh mengharap cinta Allah itu menjadi milik kita dan kita iringi harapan itu dengan ketaatan kita terhadap Sunnah Rasulullah.

Apabila kita mencintai seseorang, sudah tentu kita mahukan orang yang kita cintai itu juga mencintai kita. Tiada sesiapapun yang redha bertepuk sebelah tangan. Maka bagi kita yang mencintai Allah, kita akan cuba untuk melakukan semua perkara yang membolehkan cinta Allah menjadi milik kita. Apa yang Allah suka menjadi kesukaan kita dan apa yang Allah tidak suka menjadi kebencian kita.

Jadi apabila kita lihat halal, sunat, harus, makruh, dan haram, yang kita lihat bukanlah senarai hukum-hakam semata-mata, tetapi dilihat sebagai peluang untuk merebut cinta Allah. Maka segala aspek hidup kita akan dinilai dengan soalan, “Apakah perkara ini menyebabkan Allah sukakan aku ataupun sebaliknya?”

Persepsi yang jauh berbeza dan lebih bermakna.

Maka kita tidak akan meremehkan lagi perkara-perkara sunat hanya kerana meninggalkannya tidak menyebabkan dosa. Sekarang, kita akan cuba memperbanyakkan perkara-perkara sunat kerana melakukannya akan menyebabkan Allah sukakan kita.

Kita juga tidak akan meringankan lagi perkara-perkara makruh hanya kerana melakukannya tidak menyebabkan dosa. Sekarang, kita akan cuba menjauhi perkara-perkara makruh kerana Allah tidak sukakan perkara-perkara itu.

Kerana yang dicari ialah cinta Allah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2012 01:15