Hilal Asyraf's Blog, page 129
November 26, 2012
Cerpen: Ajaib
Cerpen Ajaib merupakan salah satu cerpen daripada 20 buah cerpen yang terdapat di dalam Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta karangan saya.
Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta akan terbit Disember ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya!
Ajaib. Luar biasa,
Dengan keimanan, manusia mampu mencapainya,
Berlainan dengan manusia yang lainnya,
Tatkala ramai akan berputus asa,
Dia masih mendongak kepala dan berusaha.
Dia berlari pantas. Jantungnya berdegup kencang. Pandangannya kabur, dek air mata yang masih deras melimpah. Dia cuba untuk memecut lebih laju, tetapi sudah berada di batas kudratnya. Bersungguh, untuk menyampaikan satu berita.
Dia perasan manusia di sekeliling sedang memerhatikannya. Tidak dia pedulikan. Yang dia tahu, dia mahu sampai ke tempat tujuan. Dia merasakan dirinya sudah semakin hampir. Walaupun hakikatnya tempat ini adalah asing buat dirinya. Ibu Kota Langit Tinggi, bandar utama di bawah pemerintahan Kerajaan Islam Leo Niveus, pertama kali dijejakinya.
Berhenti. Termengah-mengah. Kiri kanan ditoleh.
Tidak nampak apa yang dicari. Yang dijangkanya patut dapat dilihat jika sampai ke ibu kota. Dia menundukkan kepala. Cuba melegakan dada yang sendat.
“Tuan, maafkan kami. Ada apa-apa yang kami boleh bantu?” Suara tegas tetapi bernada mesra kedengaran menggetarkan gegendang telinga. Terus dia mengangkat wajah. Dua lelaki berpakaian tentera, sedang berada di hadapannya.
Terus dia mencengkam kedua-dua belah bahu salah seorang daripada mereka.
“Tolong! Tolong! Tunjukkan aku di manakah Istana Leo Niveus!”
Mata tentera yang dicengkamnya membesar.
“Em, Leo Niveus tidak mempunyai istana.” Tentera itu berbicara lembut. Memegang semula kedua-dua tangannya lembut, menjauhkan dari bahu.
Matanya membesar. “Leo Niveus tidak mempunyai istana? Aku dengar di sinilah Kerajaan Islam yang mengetuai semua penganut agama kita. Mustahil dia tidak mempunyai istana.” Dia meninggikan suara.
“Leo Niveus hanya tinggal pada rumah kecil di hujung bandar ini. Apakah hajat tuan sebenarnya? Tuan nampak seperti diburu garuda.”
“Ya. Seluruh kampungku di perbatasan sudah menjadi padang jarak padang tekukur.”
“Benarkah?” Kedua-dua tentera seperti tidak percaya.
Dia mengangguk beberapa kali pantas. “Jeneral yang menyerang perkampunganku berkata, mereka hendak membersihkan sampah dari muka bumi ini.”
“Mari, kita bertemu Tuanku Leo sekarang!”
Terus tangannya dipimpin tentera itu, bergerak menghadap raja tanpa istana.
******
Di perkarangan masjid mereka berkumpul. Suasana kelihatan tegang. Kerana yang berkumpul itu adalah yang berpakaian perang. Kalau dipandang dari hadapan tempat keluar para jemaah, hampir sahaja tidak terlihat penghujungnya. 50,000 orang. Itulah bilangan mereka. Panji-panji berkibar megah tanda bersedia.
Bertentangan dengan semua itu, seorang lelaki berpakaian sederhana, baju tanpa kolar berbentu ‘V’, lengan panjang, dan berseluar labuh dengan sebilah pedang tersandang pada pinggang, berselipar jerami, duduk di atas sebuah bangku kecil.
“Kerajaan Lorem Cornicem ya?” Lelaki berambut kemas dengan beberapa helai terjuntai pada dahi itu menghela nafas lemah. Seakan kecewa.
Dia yang melapor mengangguk.
“Siapa namamu wahai lelaki?”
“Aurum.”
“Kerajaan Lorem Cornicem pimpinan Raja Aliquam itu adalah satu kerajaan yang besar dan kuat. Selama ini, kita mempunyai perjanjian damai dengan mereka bagi menjaga keamanan. Nampaknya dengan menyerang perkampungan kamu, mereka hendak menyatakan bahawa mereka telah menjadi kuat dan tidak lagi memerlukan perdamaian dengan kita.” Lelaki itu memegang dagunya yang berjanggut nipis, gaya berfikir.
Kemudian dia terus bangun. Menghadap semua tentera.
“Wahai Aurum. Perhatikanlah ini semua. Semuanya untuk menebus maruah agamamu yang terpijak. Sampah yang sebenar adalah yang tidak tunduk kepadaNya. Aku Leo Niveus, akan menunjukkan kepada mereka bagaimanakah sebenarnya manusia yang beriman kepadaNya.”
Leo Niveus menghunuskan senjata. Mengacungnya ke udara.
“Maju. Kita akan ‘mendidik’ mereka.” Leo Niveus melaung dengan suara yang tinggi.
“Takbir!” Seorang tentera melaung.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Bergegar suasana dengan gema takbir seluruh tentera.
Bulu roma Aurum menegak melihat apa yang ada di hadapan matanya. Terasa jiwanya kembang. Kesedihannya seakan sedang disapu pergi. Kini matanya menangkap Leo Niveus yang sedang menyarung zirah perangnya.
“Tuanku, tuanku turun sekali?” Sangkanya raja hanya duduk di istana.
“Bukankah itu tenteraku, sedang bersabung nyawa? Mustahil aku sekadar duduk di sini menunggu berita, sekiranya aku punya masa.” Leo Niveus memegang topi perangnya, dan menyarung pada kepalanya.
“Tambahan, mereka menggelar yang beriman kepadaNya adalah sampah, dan ingin pula membersihkannya. Maka mustahil sebagai ketua mereka yang beriman kepadaNya, aku tidak turun untuk memberikan pengajaran kepada mereka.” Bahu Aurum ditepuk, sebelum Leo Niveus bergerak ke arah seekor kuda hitam yang besar, dan menaikinya.
Aurum membeliakkan mata.
Manusia apakah ini?
Dia tidak punya istana, tetapi jiwanya seperti tidak akan mampu dibeli walau yang digadaikan adalah dunia.
*******
Dia bergerak melangkah ke singgahsana dengan gagah. Sedikit pun dia tidak menoleh kiri dan kanan. Hanya memijak pada permaidani merah. Keyakinan mengiringi, kerana dia tahu dia punya Ilahi. Datang kosong tanpa senjata, kerana itu adalah syaratnya untuk menghadap Sang Raja.
Aliquam. Itu nama Raja yang kini sedang berada di atas singgahsana, menerima kehadirannya.
“Amat berani kalian mengetuk pintu kota istana aku. Apakah kalian gila hendak menjemput kematian dengan segera?” Suara Aliquam yang tinggi menyambutnya.
Dia tenang. Menggeleng.
“Raja Aliquam. Kami datang adalah untuk menebus maruah yang telah dicalarkan oleh engkau.” Kedua-dua tangannya bersatu di belakang tubuh. Teguh. Biar itulah yang dilihat oleh sesiapa yang melihatnya sekarang. Kerana dia bukan membawa imejnya sekarang. Dia sedang membawa imej ummah.
“Hahaha. Menebus maruah? Dengan kekuatan kalian yang rendah?” Berdekah-dekah tawa Aliquam. Hingga memegang perut tanda senak terlalu kuat ketawa. Menghina.
Dia kekal tenang. Sedikit pun dahinya tidak berkerut, atau wajahnya menunjukkan rasa terhina.
“Apa yang kalian mahukan sebenarnya? Kalau mahu emas, aku ada untuk memberikannya. Kalau mahu wanita, aku ada ramai untuk kamu semua melempiaskan nafsu ke atas mereka. Buat apa bergadai nyawa menentang aku, yang kalian tahu mempunyai kekuatan yang tidak terkira.”
“Raja Aliquam, kami ini adalah satu kaum, yang datang ke mari untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan terhadap Pencipta Manusia, daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, daripada korupsi agama-agama kepada keadilan Islam. Maka hari ini, kami adalah untuk memenuhi perkara itu.” Dia melafaz bicara penuh yakin. Di dalam jiwa tiada ragu.
Dia dapat melihat mata Raja Aliquam membesar. Mungkin jiwa raja itu tersentak dengan bicaranya.
“Engkau, siapakah nama engkau, dan apakah engkau salah seorang dari panglima Leo Niveus?”
Dia menggeleng.
“Namaku adalah Maxima, dan aku hanyalah seorang prebet.” Dia menjawab gagah. Sedikit pun tidak merasa rendah.
Aliquam menepuk pemegang kerusinya. Mata terbelalak. “Tentera biasa? Gila. Bicaramu ibarat seorang panglima.”
“Kerana kami semua adalah ajaib, luar biasa. Pilihan di tangan engkau sekarang, Raja Aliquam. Menyerah, atau bersedia untuk bermandi darah.” Maxima sampai kepada tujuan kehadirannya. Memberikan pilihan kepada Raja Aliquam.
“Jangan fikir aku akan menyerah.”
“Maka bersedialah untuk memerhatikan kami membersihkan kamu.”
“Jangan fikir hamba kerdil seperti kalian mampu memperapa-apakan kami!” Raja Aliquam menjerit emosi.
“Kami memang hamba yang kerdil. Tetapi kerdil hanya kepadaNya. Kepada kalian, kami sentiasa adalah yang luar biasa.” Maxima berpaling, melangkah keluar dari balai singgahsana.
Perang.
******
Dia memerhatikan benteng kukuh Bandar Lorem Cornicem. Tinggi. Tebal. Hanya ada satu pintu masuk. Gerbang utama yang besar. Belum dikira pula tentera-tentera pihak lawan yang ramai melebihi bilangan mereka. Tiga kali ganda, 150,000 orang.
“Bagaimana Panglima Angelus?” Seorang tenteranya bertanya kerisauan. “Pertahan mereka sangat kukuh, dan bilangan mereka pula teramat ramai.”
Angelus menggaris senyuman. Menggeleng. “Sedikitnya mereka, apabila ditewaskan.”
Kemudian dia menoleh ke belakang, kelihatan rajanya Leo Niveus sedang berbicara dengan beberapa tentera di barisan hadapan. Dia bergerak mendapatkan rajanya yang berada di atas kuda itu.
“Tuanku, kita sudah boleh mulakan sekarang.” Dia mendongak.
Leo Niveus mengangguk. Terus rajanya itu memacu kudanya, bergerak.
“Oh yang beriman kepadaNya. Hari apakah ini?”
“Rabu!”
Dia melihat Leo Niveus menggeleng. Dia pun sebenarnya agak kehairanan dengan soalan itu. Mengapa bertanya akan hari? Dan apabila para tentera menjawab dengan tepat, mengapa rajanya menyatakan itu adalah salah pula?
“Hari ini, adalah Hari Agama Allah akan terangkat mulia di hadapan mereka!” Leo Niveus menghunus pedang dan mengacunya ke arah Bandar Lorem Cornicem.
Angelus seperti terpukul dengan laungan itu. Dan Angelus yakin seratus peratus, apa yang jiwanya rasa, dirasai juga oleh seluruh tentera. Itu dapat dibuktikan dengan jeritan semangat dan hentakan kaki para tentera. Bumi serta merta bergegar, dan langit seakan-akan hendak runtuh dengan suasana yang ada.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.”
“Maka sekarang, persembahkan keajaiban yang beriman kepadaNya ini, kepada mereka!”
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!”
“Dengan nama Allah, bergeraklah!” Leo Niveus melaung sambil kudanya mengangkat kedua-dua belah kaki hadapan. Pedang rajanya itu mengacu ke arah Bandar.
Sekali lagi bumi bergegar, dengan gerakan tentera. Seakan-akan ada raksasa yang bergerak, untuk menghapuskan sebuah kota.
Angelus tersenyum. Memang mereka sedikit. Tetapi mereka tidak gentar. Kerana mereka adalah ajaib. Maka tiada apa yang mampu menggegar.
“Angelus, kawal tenteramu.” Bahunya ditepuk. Rakannya, Aquilae mengenyitkan mata. Seorang panglima sepertinya juga.
“Kamu juga sama,”
Terus Angelus bergerak mendapatkan kudanya.
Bergerak untuk menumbangkan musuhnya.
******
Medan bergegar dengan pelbagai bunyi. Dentingan senjata bertemu adalah musik normal yang mengiringi. Letupan daripada manjanik-manjanik menambah gempita suasana. Belum dikira dengan bunyi luncuran panah yang mengilukan telinga.
Tenteranya semakin berkurangan. Tentera musuh masih ampuh seperti tidak akan mampu ditumbangkan. Benteng kuat Lorem Cornicem nyata tidak mampu ditembusi.
“Aquilae!” Satu suara menyeru namanya. Dia menoleh di tengah gempita peperangan. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.
“Tuanku!”
Rajanya itu sedang berusaha bergerak ke arahnya. Tiba-tiba ada dua tentera musuh bersenjatakan tombak menghalang. Tetapi Leo Niveus lincah mengelak tujahan musuh. Pedang dan sarung menjadi senjata kembarnya. Kedua-dua tombak kini mencium tanah dengan batang ditekan kedua-dua senjata pada tangan rajanya. Terus rajanya menggerakkan kedua-dua senjata itu pada arah berlawanan, menjamu wajah kedua-dua penyerangnya.
Satu tercantas dijamu bilah mata pedang, seorang lagi terundur beberapa tapak kerana dipukul sarung. Tetapi nyawanya juga tidak panjang, rajanya terus menuruti pukulan itu dengan tusukan kematian daripada pedangnya. Tumbang kedua-dua musuh yang menghalang.
Aquilae tersengih sendiri. Menggeleng. Rajanya bukan raja biasa yang sekadar duduk berehat di istana dan pandai mengarah. Rajanya adalah antara tempat berlindung terampuh, tatkala peperangan berada pada kemuncaknya.
“Bagaimana situasi sekarang Aquilae?” Rajanya bertanya apabila mereka merapat. Mengambil perlindungan pada satu kubu yang dibina dari perisai tentera yang lain.
“Kita tidak dapat menembusi benteng mereka tuanku. Tentera kita yang cuba memasuki menaiki tangga juga tidak berjaya. Semuanya dengan mudah dijatuhkan mereka. Manjanik kita juga tidak mampu merobohkan pintu mereka. Tebal.”
“Maka kita perlukan sesuatu yang lebih drastik dan mengejutkan.” Leo Niveus seperti berfikir.
“Ah, aku juga tidak dapat memikirkannya. Ya Allah!” Leo Niveus mengetuk dahinya. Seperti memaksa untuk keluarnya idea. Gagal.
Tiba-tiba Aquilae terfikirkan sesuatu. Ada satu strategi, menjengah mindanya. Berani mati.
“Tuanku. Lemparkanlah saya ke balik bandar. Saya buka dari dalam.”
Dia dapat melihat dahi rajanya berkerut.
“Engkau akan menemui ajal.”
“Bukankah itu cita-cita yang membuatkan kita ini luar biasa tuanku?” Hatinya yakin tanpa ragu dengan keputusan itu.
Dia melihat rajanya memalingkan wajah dan berdiam seketika. Bunyi suasana perang mengisi renggang. Kemudian rajanya memandangnya semula.
“Semoga Allah bersama kamu.” Bahunya ditepuk. Dia tersenyum.
Terus Aquilae berlari pantas ke salah satu manjanik. Mendapatkan tentera yang mengawal senjata itu.
“Lontarkan aku.”
“Hah?”
“Lontarkan aku ke balik pintu.”
“Apakah tuan panglima telah gila?”
Aquilae menggeleng. “Ini hanyalah tindakan biasa, bagi orang yang luar biasa. Aku mengimpikan hari ini untuk tiba, dan Allah telah menyediakannya di hadapan mata.”
Bahu askar itu ditepuk. “Cepat. Jika tidak, kita akan tewas.” Terus dia masuk ke tempat untuk melontarkan batu.
“Bukankah tuan panglima hanya akan jatuh mencium bumi dan mati nanti?” Askar itu kembali mendapatkannya.
“Tidak. Tentera mereka ibarat rumput yang menghampar bumi. Aku akan jatuh ke atas mereka.”
“Tetap tuan panglima akan mati kerana ramainya mereka.”
Aquilae tersenyum. “Kalau aku mati, aku mati dengan membuka pintu itu untuk melorongkan kemenangan buat kamu.” Mengenyitkan mata.
“Semoga Allah bersama Tuan panglima.”
“Semoga Allah bersama kita semua.”
Askar itu terus ke tempat pelancar.
“Tuan telah bersedia?” Melaung tanya.
“Ya.” Aquilae menyilang kedua belah tangan pada dada. Hatinya kini memohon agar Allah mempermudahkan urusannya. Merealisasikan strateginya.
“Lancar!” Dan suara Askar itu hanya mampu didengarinya sementara, sebelum seluruh pandangannya sekadar dihidangkan dengan putih biru warna langit yang bersulamkan awanan. Sejuk, angin menderu, tetapi dia yang seperti melawan semuanya.
Perlahan-lahan, dia merasakan tubuhnya menjunam. Dia mula memandang ke bawah. Dia kini telah melepasi pintu utama kota. Dia mula turun ke bawah. Benar seperti jangkaannya, bumi di balik pintu penuh hanya dengan tentera-tentera Aliquam. Jadi dia akan jatuh di atas mereka.
“Mesti memberikan mereka persembahan yang terbaik. Inilah dia manusia yang beriman kepadaNya!” Pedang dihunus. Sarung pedang dipegang kemas pada tangan kiri. Dia menjunam seperti meteor.
Terus turun dengan menusuk senjatanya pada salah seorang tentera, menjadikan tubuh askar itu seperti tilam dan dia berguling bagi mengurangkan daya kejatuhannya. Dia tidak cedera!
Tetapi kini dia dikelilingi tentera musuh yang tidak terkira bilangannya, dan dia seorang sahaja.
Senyum.
“Menarik.”
Terus dia berlari menuju ke arah pembuka pintu. Tentera-tentera musuh gempar dengan kehadirannya yang tidak disangka-sangka. Semua tertumpu kepadanya kini. Aquilae menebas kiri dan kanan seperti lalang. Namun dia sendiri tidak dapat mengelak libasan dan tusukan senjata musuh yang tidak terkira. Tubuhnya mula luka di sini dan sana. Darah bersemberusan, bercampur darahnya dan musuh yang ditumbangkan.
Dia semakin hampir dengan alat pembuka pintu gerbang.
“Allahuakbar!” Aquilae melaung garang. Beberapa tentera yang berbaki menghalang laluannya dicantas tanpa berfikir panjang. Tumbang. Kini tiada yang menghalangnya dari pembuka pintu. Terus dicantasnya tali yang mengikat alat pembuka pintu. Alat itu berputar pantas.
Senyuman menghiasi wajah.
“Hentikan alat itu. Hentikan!”
Terus Aquilae berpaling, menghadap sekalian musuh yang kalau dari pandangannya, ibarat lautan itu. Menggeleng. “Kamu tidak akan sesekali menghentikan putaran alat ini.” Kedua-dua belah tangannya didepangkan paras pinggang, dengan kedua-duanya erat memegang sarung dan pedang.
“Dengan nama Allah, seorang pun tidak akan melepasi aku.”
“Matilah!” Tentera-tentera musuh menggempur.
“Allahuakbar!” Aquilae bergerak membalas gempuran. Ibarat seekor semut melawan hentaman seekor gajah. Beberapa orang di hadapan Aquilae tumbang, digantikan pula dengan yang lain. Pemegang-pemegang tombak menusuk. Dada Aquilae mula menjadi mangsa. Darahnya tersembur. Tetapi dia tidak pula berhenti. Memotong batang tombak itu dengan pedangnya, dan meneruskan lagi perlawanan. Kepalanya pula dihentak sarung pedang musuh. Sakit. Tetapi tidak dihiraukan. Penentangan diteruskan. Bahkan yang menghentaknya tadi telah tumbang apabila menerima tusukan. Musuh tumbang dan tumbang. Mula membukit dan dia berdiri di atas mereka.
“Allahuakbar!” Melaung lagi. Itulah kekuatannya. Darah mula mencucur dari kepalanya, dari dadanya. Dan zirah panglimanya sudah mula koyak, dan calar balar. Tubuhnya sendiri mula bergetar kerana kehilangan darah yang banyak. Bibirnya menggeletar. Mula terasa sejuk. Dia sudah terasa seperti hendak tumbang. Tetapi pantas dicapainya sebatang tombak, memacakkannya dan bersandar pada belakang tombak itu. Tidak sekali mahu tumbang, di hadapan musuh-musuhnya.
Namun tiada musuh yang berani mendekatinya kini.
Pada pandangannya yang semakin kabur itu, semua musuhnya mula berundur setapak demi setapak.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Gempita suara daripada tenteranya kedengaran. Bibir mengukir senyuman.
“Allahuakbar. Siapakah lagi yang hendak merendah-rendahkan Engkau wahai Ilahi, selepas melihat hambaMu ini?” Perlahan dia bersuara sendiri.
“Aquilae, Aquilae!” Suara Angelus menusuk telinga. Terasa tubuhnya dipeluk.
“Bagaimanakah kita?”
“Dengan terbukanya pintu itu, kemenangan telah menjadi milik kita.”
Sengih. “Alhamdulillah.” Dia mula memejamkan mata.
“Hei Angelus.”
“Ya sahabatku.” Dia masih dapat merasakan tangannya dipegang erat.
“Aku menang. Aku dapat bertemu Allah dahulu sebagai syuhada’.”
“Haha.” Kedengaran serak sebak suara Angelus. “Jangan bermimpi. Telah ramai sahabat kita yang lain tumbang terlebih dahulu mendahuluimu.”
“Sekurang-kurangnya, aku menang dengan kamu Angelus.”
Dan perlahan-lahan dia merasa tubuhnya ringan.
Gelap. Tidak lagi merasai kehadiran Angelus di sisi.
Hidupnya telah berhenti.
******
Dia memandang musuh utamanya itu.
“Engkau hendak membunuh aku Leo Niveus?”
Dia hanya tersenyum melihat Aliquam.
“Aliquam, masuklah engkau ke dalam agama ini.”
“Engkau berkata sedemikian sedang aku dalam tawananmu? Sampai mati pun tidak akan aku mengucup kepercayaanmu.”
Dia tetap mengekalkan senyuman. Tenang.
“Tuanku, apakah patut jika aku memeggal sahaja kepalanya?” Panglimanya, Angelus bersuara.
Menggeleng. “Sabar Angelus. Maka apakah bezanya kita dengan dia yang memusnahkan perkampungan Aurum itu?”
“Jadi tuanku, apakah arahan tuanku sekarang?”
Leo Niveus tersenyum lebar. Memandang Aliquam dengan pandangan yang bersinar.
“Ikat dia di tiang masjid yang baru kita bina di bandar ini.”
“Engkau hendak menyeksa aku Leo Niveus?” Aliquam menjerit.
“Tidak Aliquam. Kami adalah manusia luar biasa, yang tindakan kami bukan semudah itu untuk engkau jangka.” Dia mengenyitkan mata. Tenang. Tanda jiwanya merdeka.
*******
Lima hari lima malam dia diikat pada sebatang tiang berhampiran dengan masjid yang baru dibina oleh musuh-musuhnya. Tetapi jangkaannya meleset, dia langsung tidak diseksa bahkan dilayan dengan baik. Makanan yang diberikan kepadanya adalah makanan yang terbaik, sedap. Memandangkan dia diikat, maka dia disuap.
Dia melihat musuh-musuhnya yang lima kali sehari akan berkumpul di masjid ini untuk beribadah. Bahkan ada pula dari kalangan mereka yang kadangkala berlama-lama di masjid ini menambah ruku’ dan sujud kepada Tuhan mereka.
Dia melihat wajah-wajah manusia ini punya ketenangan. Dan seakan dia mampu memerhatikan hati mereka, dia yakin jiwa-jiwa musuhnya juga adalah bahagia. Dia melihat mereka adalah yang hormat menghormati sesama sendiri, beradab, tetapi tidak pula rendah untuk dihina. Mereka adalah yang sederhana, tetapi tetap kemas dan bersih sentiasa. Ada ketinggian, dalam peribadi mereka.
Pada masa yang sama dia melihat bagaimana rakyat tinggalannya diadili. Semua tidak diperapa-apakan. Tentera-tenteranya yang ditawan turut diberikan peluang. Bagi yang memasuki Islam, dibebaskan. Bagi yang tidak mahu memasuki Islam, tetapi mahu tunduk dan taat di bawah pemerintahan mereka, juga dibebaskan. Hanya yang berdegil dengan kedua-dua keputusan sahaja, dibunuh. Selain itu, tiada pembunuhan dilakukan kepada sesiapa atas sebab apa sekalipun. Yang ada hanyalah keindahan.
Lebih mengharukan, Leo Niveus saban hari akan datang menziarahinya, duduk berjam-jam di hadapannya menemaninya.
Seperti sekarang.
“Bagaimana Aliquam? Masuklah ke dalam Islam.” Leo Niveus di hadapannya tersenyum seperti biasa. Lembut.
“Engkau hendak aku memasuki agamamu, dalam keadaan aku adalah tawanan?”
Leo Niveus kekal bersahaja. Tetapi nampaknya, hari ini sedikit berlainan. Tertawa kecil. Menggeleng. Apakah Leo Niveus akan menamatkan nyawanya?
“Pengawal..” Leo Niveus bersuara.
Apakah ini pengakhirannya?
“…Bebaskan Raja Aliquam.”
Dan pengawal-pengawal Leo Niveus taat. Tali yang mengikatkanya pada tiang dileraikan. Dia kini berdiri semula, bahkan Leo Niveus membantunya.
“Sekarang kamu bebas. Keluarlah dari kota ini jika engkau masih mahu meneruskan penentangan. InsyaAllah, kami bersedia bila-bila masa untuk menyambutnya.”
Dia memerhatikan Leo Niveus sedalam-dalamnya. Tidak berganjak. Lelaki ini, hampir sahaja dia tidak mampu membezakan lelaki itu dengan pengawal-pengawalnya kalau bukan kerana dia kenal akan wajah seorang Leo Niveus. Tetapi itu tidak pula merendahkan kredibiliti musuhnya itu.
“Leo Niveus, ceritakan kepada aku, mengapa kalian adalah sebegini?”
“Apa maksud engkau, wahai Aliquam, dengan ‘begini’?”
“Ajaib, begini. Seakan-akan tiada apa yang mampu menumbangkan kalian, merendah-rendahkan kalian, menggusarkan kalian.”
Dan kini dia melihat bibir Leo Niveus merekah dengan senyuman.
“Utusan Langit Terakhir, Rasulullah SAW yang kami imani bahawa dia adalah utusan daripada Allah SWT pernah bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
“ ’Begini’ itu, adalah ajaran dalam agama yang kami anuti. Tidak lebih, dan tidak kurang. Kerana kami beriman kepadaNya. Bila Dia memberi, kami mensyukuri. Bila Dia menguji, kami bersabar memperkuatkan diri.” Leo Niveus menyempurnakan.
Dia terjeda dengan jawapan yang diberikan.
Menyusup ke dalam jiwa.
Lebih-lebih lagi selepas apa yang dia perhatikan selama lima hari ini.
“Kalian, nyata satu kaum yang ajaib. Sekarang saksikanlah…” Yakin. Jiwanya yakin.
“Sesungguhnya aku naik saksi bahawa Allah itu adalah Rabb dan Ilah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah Utusan Langit Terakhir yang membawa kebenaranNya.”
Dia melihat Leo Niveus terkejut, bersama dua pengawalnya.
Tetapi tidak lama. Kemudian, air mata mengalir daripada lelaki itu, dan dia terus berada dalam dakapannya.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!”
Dia tersenyum. Dia masuk ke dalam agama mereka, disambut dengan tangis penuh gembira? Sedangkan Leo Niveus adalah seorang raja.
Ajaib manusia yang berada di dalam agama ini.
Dan dia ingin menjadi sebahagian dari kalangan mereka.
November 24, 2012
Comic : Voice of Gaza, “Are you still with us?”
November 23, 2012
Agama: Palestin Yang Dicintai
Palestin Kau Sentiasa di Hati
Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel laknatullah, peluru-peluru berpandu mereka dilepaskan tanpa mengenal erti kemanusiaan, baik kanak-kanak atau wanita mahupun warga emas semua menjadi mangsa kerakusan si durjana, seolah mereka berkuasa mutlak atas muka bumi ini, lupakah mereka yang Allah SWT lebih berkuasa daripada mereka, lupakah mereka, betapa ramainya para nabi diturunkan dalam kalangan mereka agar mereka berubah? Tetapi mereka tetap sombong serta angkuh mengaku mereka kaum termulia, selain kaum mereka hanya bertaraf binatang yang halal darahnya.
Lihat sahaja surah Al-Baqarah, Allah SWT mengkisahkan tentang kaum Yahudi, bagaimana banyaknya nikmat yang diberikan kepada mereka, tetapi mereka tetap kufur. Malah menafikan kerasulan nabi Muhammad SAW, kerana baginda bukan daripada bangsa mereka.
Hati terasa panas mendengar berita-berita tentang serangan yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap saudara seiman. Mereka menyerang saudara-saudara kita melalui udara dan laut tidak melalui darat kerana mereka adalah pengejut, takut untuk bertentang senjata dengan tentera muslim, kerana Allah SWT sentiasa membantu tenteranya sehingga membuatkan musuh Allah menjadi gentar dan takut dalam berjuang. Hal ini dinukilkan dalam Al-Quran:
“Ketika tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “sesungguhnya aku bersama kamu, maka teguhlah (pendirian) orang-orang yang beriman”, kelak akan aku berikan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah pada tiap-tiap jari mereka.” (Al-Anfal:12)
Palestin Yang Tidak Akan Luput
Walaupun Israel menguasai hampir keseluruhan bumi Palestin, mereka mengambil daripada umat Islam secara kasar, mereka penceroboh yang tidak pernah diadili di mahkamah dunia yang kononnya adil. Tetapi Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada umat Islam malah Rasulullah SAW ada bersabda:
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Hadis Riwayat Bukhari)
Umat Islam sentiasa berjuang di Palestin sehingga membebaskan negeri ini daripada perakus-perakus sehinggalah akhir zaman. Hadis lain juga Rasulullah SAW menyebutkan:
“Penduduk Gharb (yang berada di arah Barat) akan senantiasa menegakkan kebenaran sehingga Kiamat datang”. (HR Muslim 13/68, Nawawi).
Imam Ahmad berkata,”yang dimaksudkan dengan Ahli Gharb adalah penduduk Syam.” Dan jawaban ini disepakati oleh Ibnu Taimiyah serta ulamak-ulamak yang lain (Manaqibisy-Syam wa Ahlihi, halaman 76-77).
Maka kita sentiasa meyakini Palestin tetap akan menjadi milik kita walaupun pelbagai ujian menimpa, kerana keyakinan kita terhadap janji Allah SWT tentang perkara ini. Malah umat Islam di seluruh dunia akan bersatu-padu dalam menyelesaikan permasalahan ini kerana Allah SWT mengambarkan bahawa orang mukmin sesama mereka adalah pembantu antara satu sama lain.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain” (At-Taubah:71)
Palestin Yang Dicintai
Kecintaan kita terhadap tanah yang diberkati Allah SWT dan tempat penuh bersejarah bagi umat Islam, apabila Nabi SAW melakukan isra’ di sini, sehingga Allah nukilkan perkara ini dalam Kitab Suci:
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami, Sesungguhnya Dia maha mendengar, maha mellihat.” (Al-Isra’:1)
Tidak akan pernah padam, dan akan terus dinyalakan sehingga kita balik bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redha dengan kita. Kecintaan kita ini bukanlah bermusim tetapi sentiasa berbunga.
Mereka saudara kita yang dibina atas keimanan. Dan Rasulullah SAW bersabda tentang ukhuwah orang-orang beriman,
Daripada Nu’man Bin Bashir RA: Rasulullah SAW bersabda: “Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” (Hadis Riwayat Syaikhan)
Sekiranya orang-orang kafir yang menyokong perjuangan Palestin mempunyai perasaan terhadap sahabat-sahabat kita, kenapa tidak kita yang merasainya, kita yang sepatutnya lebih merasai kesusahan mereka.
Tugas Kita Wahai Orang Beriman:
Pada asalnya apabila sesebuah negara Islam dijajah, maka hukum untuk keluar berjihad menjadi wajib aini bagi negara tersebut untuk membebaskannya, sekiranya negara tersebut tidak mampu, maka hukumnya beralih ke negara yang bersebelahan dengan negara tersebut.
Imam Al-Qurtubi berkata: Boleh jadi sesuatu keadaan itu jihad menjadi wajib untuk semua pihak, sekiranya musuh menakluki negara islam atau sedang bergerak menuju ke negara Islam untuk menyerang, maka wajib bagi semua penduduk di negara tersebut keluar berjihad baik pemuda atau pun warga emas, semua atas kemampuan masing-masing, sekiranya warga negara tersebut lemah dalam menghadapi tentangan tersebut, maka hukum wajib berpindah ke negara yang berdekatan dengannya sehinggalah negara tersebut dibebaskan. (Al-Jami’ liAhkamil Qur’an oleh Al-Qurtubi 8/150)
Pada zaman ini, kebanyakkan negara umat islam berkondusi lemah dalam banyak sudut baik ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan lain-lain sudut, sehingga negara-negara islam tidak mampu membantu negara Palestin yang dijajah. Dan sebagai mukmin yang sedar akan tanggungjawab ini kita menjalankan tanggungjawab sekadar yang mampu. Sekadar cadangan daripada saya:
1. Sebarkan kefahaman kepada masyarakat tentang permasalahan Palestin. Permasalahan ini perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat agar masyarakat kita mempunyai kesedaran untuk memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan orang mukmin, maka ia bukan sebahagian daripada mereka” (Akhrajahu Ibn Hibban dan Al-Hakim, Hadis ini didhoifkan oleh Imam Az-Zahabi dan Imam al-Albani)
2. Sentiasa mendoakan saudara seakidah kita di sana agar diberi kekuatan dan kemenangan buat mereka kerana doa adalah senjata orang mukmin, Doa yang tidak putus-putus untuk kita panjatkan pada Allah SWT. Imam As-Syahid Hassan Al-Banna mengatakan kekuatan kita terletak pada tiga perkara iaitu kekuatan iman, ukhuwah dan badaniah. Maka kita gunakan kekuatan iman dan ukhuwah kita dalam doa kita agar Allah azza wa jalla membantu mereka.
Sekiranya berlaku serangan besar-besaran terhadap saudara kita, maka bacalah qunut nazilah pada setiap solah kita. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW apabila beberapa orang sahabat RA dibunuh oleh orang musyrikin di Bi’r Ma’unah.
3. Boikot barang-barang yang jelas keuntungannya digunakan untuk membantu Israel dalam membunuh rakyat Palestin. Mungkin ada sebahagian pihak mengatakan bahawa boikot ini tidak memberi apa-apa kesan kepada ekonomi Israel, tetapi sebenarnya memberi kesan yang besar terhadap ekonomi Israel. Antara syarikat yang pernah terkesan akibat pemboikotan ini ialah Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup, penerbangan American Airlines ke tel Aviv bermasalah, penerbanagn Trans World America muflis serta kempen memboikot produk Amerika di negara-negara Arab mengakibatkan kerugian sebanyak 40%.
4. Menderma kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza melalui mana-mana NGO yang berdaftar. Sumbangan ini amat penting bagi menggerakkan sosio-ekonomi rakyat Palestin di Gaza serta memulihkan infrastruktur-infrstruktur yang musnah akibat serangan Israel.
Sumbangan tersebut juga amat penting bagi memastikan rakyat yang tercedera dalam serangan mendapat bantuan perubatan dan ubat-ubatan yang mencukupi.
Penutup:
Api kecintaan kepada tanah Palestin mesti sentiasa dihidupkan, jangan biarkan ia bermusim, tetapi berbunga sepanjang kehidupan kita. Didiklah masyarakat kita, bentuklah anak-anak di rumah untuk sentiasa mencintai saudara-saudara seaqidah yang sentiasa berjuang membebaskan tanah air mereka.
Moga Allah SWT memasukkan kita dalam golongan yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu (apa yang telah Allah janjikan) mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)” (Al-Ahzab:23)
Wallahu ‘alam.
November 22, 2012
Agama: ‘Asyura- Tuntutan Ibadah dan Penyebaran Fitnah
Kejayaan pasti akan datang kerana itu janji-Nya, namun kita masih dituntut untuk berusaha
(Picture by UmarMita)
Hari A’syura disebut kerana merupaka hari yang kesepuluh yang biasa dikaitkan dengan bulan hijrah baginda s.a.w iaitu Muharram. Jika sebelum ini, terdapat khilaf tentang permasalahan doa dan akhir tahun sama ada boleh atau tidak yang mana saya tidak mahu panjangkan perbahasannya di sini, tetapi hari kesepuluh dalam bulan Muharram ini tiada khilaf untuk kita beribadah secara khusus pada tarikh tersebut.
Antara ibadah yang khusus yang dituntut untuk kita lakukan adalah berpuasa sunat pada hari tersebut. Bahkan puasa pada hari ‘Asyura ini telahpun mendahului puasa dalam bulan Ramadhan dari segi pensyariatannnya dan juga perlaksanaannya sebelum lagi kaum jahiliyah melaksakannya. Hadis nabi s.a.w ada mengisahkan:
“Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk berpuasa pada hari A’syura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Tatkala diwajibkan berpuasa Ramadhan maka diberi kelonggaran untuk sesiapa sahaja untuk berbuka atau berpuasa pada hari tersebut (A’syura)” (HR Muslim)
Melalui sejarah ini kita dapat lihat kepentingan berpuasa pada hari tersebut sebelum diwajibkan kepada kita berpuasa. Sudah pasti ada ganjarannya. Ganjaran berpuasa A’syura sepertimana sabda Rasulullah s.a.w daripada Abi Qatadah r.a:
“Rasulullah ditanyakan tentang puasa hari kesepuluh (Muharram), lalu baginda menjawab: Diampunkan dosa tahun sebelumnya.” (HR Muslim)”
Begitu besar ganjaran yang kita bakal peroleh jika kita cuba usaha melaksanakannya. Jadi jangan lepaskan peluang ‘durian runtuh’ yang bakal kita lalui tidak beberapa hari lagi!
Sejarah Musa a.s dan Bani Israel
Terdapat beberapa sejarah yang bertepatan dengan tarikh 10 Muharram ini. Antaranya peristiwa pada zaman nabi Musa a.s dan kaum Israel cuba menyelamatkan diri daripada kekejaman Firaun. Mereka merentas Laut Merah yang mana telah dibelah oleh nabi Musa a.s menggunakan tongkat baginda yang juga merupakan salah satu mukjizat daripada Allah kepadanya.
Sebagai tanda syukur nabi Musa a.s dan kaumnya terhadap peristiwa yang juga berlaku pada tarikh yang sama (10 Muharram) juga menyebabkan mereka benar-benar teruja, maka mereka bermunajat kepada Allah s.w.t dengan berpuasa pada hari tersebut kerana mereka berjaya meloloskan diri daripada cengkaman manusia angkuh yang menggelar diri sebagai tuhan iaitu Firaun.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ketika mana baginda berada di Madinah, baginda mendapati kaum yahudi berpuasa pada hari tersebut. Lalu Ibn Abbas r.a dan beberapa sahabat berkata kepada baginda:
“Ini adalah hari raya bagi mereka, iaitu ketika Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan kaumnya lalu menenggelamkan Firaun. Justeru mereka berpuasa sebagai tanda bersyukur mereka berpuasa. “Kemudian baginda s.a.w bersabda: ‘Aku lebih utama kepada (Musa) berbanding mereka’. Maka baginda pun berpuasa begitu juga para sahabatnya”(HR Bukhari)
Namun demikian, terdapat sebahagian sahabat nabi yang kurang selesa bukan disebabkan disuruh berpuasa namun ia juga merupakan tarikh keramaian bagi kaum Yahudi dan Nasrani seperti yang disebutkan sebelum ini. Maka baginda s.a.w bersabda daripada Ibn Abbas r.a:
“Pada tahun hadapan jika aku masih hidup kita akan berpuasa pada hari yang sebelumnya yakni 9 Muharram.”(HR Muslim)
Namun baginda telahpun wafat terdahulu sebelum sempat untuk sampai pada tahun seterusnya. Namun manfaat yang boleh kita ambil disini adalah kita digalakkan juga untuk berpuasa satu hari sebelumnya iaitu pada hari ke 9 Muharram.
Tambahan lagi dalam riwayat yang lain disebutkan kita juga dibolehkan untuk berpuasa pada hari sesudahnya (A’syura) iaitu hari yang ke 11 Muharram dan juga boleh berpuasa untuk ketiga-tiga hari tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Justeru, bagi siapa yang berkemampuan bolehlah melaksanakan ketiga-tiga hari tersebut, jika tidak mampu maka cukup dua hari pilihan termasuk hari A’syura dan jika tidak mampu juga memadai dengan berpuasa pada hari kesepuluh.
Kekeliruan
Mungkin akan berlaku sedikit kecelaruan dalam minda kita kerana reality pada tahun ini (2012) hari yang kesepuluh Muharram bersamaan pada hari Sabtu. Sedangkan terdapat hadis nabi s.a.w melarang berpuasa pada hari tersebut:
“Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali dalam apa yang difardukan atas kamu, dan jika sekiranya seseorang kamu hanya mempunyai kerak anggur atau tangkai pokok maka hendaklah ia mengunyahnya.”(HR Ahmad)
Terdapat perbincangan terhadap pelaksanaan puasa pada hari Sabtu ini. Ada pendapat yang melarang secara langsung kecuali puasa wajib. Namun saya lebih suka mengambil pendapat ulama’ yang membenarkan untuk berpuasa pada hari tersebut kecuali berpuasa bersamanya hari sebelumnya (Jumaat) atau selepasnya (Ahad).
Adapun larangan berpuasa pada hari tersebut tidak sampai taraf haram tetapi makruh. Cuma dalam bab puasa sunat yang digalakkan yang bertepatan dengan hari Sabtu, maka ia tidak menjadi kesalahan jika kita berpuasa pada hari tersebut bersendirian. Namun lebih molek kiranya kita mengambil langkah kanan dengan berpuasa A’syura ditambah dengan sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
Terlanjur saya mengemukakan larangan berpuasa secara bersendirian pada hari Sabtu, saya juga ingin menukilkan kata-kata baginda s.a.w yang juga melarang untuk kita berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian. Baginda bersabda:
“Janganlah seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya.”
Perbahasan lanjut kalau kita lihat daripada lafaz hadis ini, kita akan dapati bahawa ia juga berkait rapat seperti perbincangan berpuasa pada hari Sabtu bersendirian. Justeru, mari sama-sama berhati-hati dalam rangka kita hendak melakukan ibadah kepada-Nya, perlulah kita teliti tentang ibadah yang ingin kita lakukan agar ia bertepata dengan syariat yang telah diturunkan.
Sejarah Hitam Syiah dan Kelahiran Pemusnah Khilafah
Dalam sejarah perjalanan golongan Syiah, tarikh ini (10 Muharram) kononnya merupakan salah satu tarikh hitam bagi mereka iaitu peristiwa Karbala’ yakni nama tempat di mana Saidina Hussain r.a dibunuh pada tarikh tersebut. Bahkan lebih teruk lagi, mereka mengaitkan peristiwa pembunuhan ini dengang menuduh Yazid r.a anak kepada Muawiyah yang membunuhnya.
Sedangkan dalam banyak riwayat penceritaan tentang sejarah ini yang boleh diterima dan digunapakai oleh kita, golongan yang membunuh Hussain r.a itu bukanlah Yazid r.a tetapi golongan Syiah sendiri atau digelar sebagai sabaiyyin.
Peristiwa ini berlaku ketika mana, Hussain r.a kononnya mendapat surat daripada Yazid Ibn Muawaiyah untuk, beliau datang ke Kufah dan bakal ditabal sebagai khalifah. Hal ini dihalang oleh Ibn Abbas kerana beliau mengetahui bahawa orang Kufah pada ketika itu sukar untuk dipercayai kerana acapkali mereka berbohong. Namun, Hussain r.a berkeras untuk pergi. Lalu dengan berat hati, Ibn Abbas merelakan.
Berita ini sampai kepada Yazid r.a. Tanpa memanjangkan bicara, dia terus mengerahkan tenaga tentera untuk menyelamatkan Hussain r.a dan pengikutnya kerana dia mengetahui ini adalah agenda golongan sabaiyyin sendiri untuk membunuh cucu nabi itu.
Namun, ketika mereka sudah tiba di Karbala’, tempat tumpah darah Hussain r.a, mereka terlewat dan mendapati rombongan yang diketuai oleh cucu baginda s.a.w itu telah dibunuh kesemuanya. Mereka berasa kecewa. Namun lebih malang, mereka pula dituduh sebagai pembunuh kepada Hussain r.a.
Rentetan kepada peristiwa tersebut, peristiwa ini dijadikan sebagai satu hari peringatan kepada kaum Syiah sebagai peristiwa berdarah untuk mereka. Sebab itu, kita akan dapati dalam video-video mereka setelah tiba hari tersebut mereka akan mencederakan diri mereka sendiri sebagai peringatan peristiwa pembunuhan tersebut.
Namun, jika kita teliti adakah Islam agama yang mana ada di dalamnya jika berlaku kematian perlu ada keramaian berdarah?
Adakah Islam mengajar kita untuk menyakiti diri sendiri?
Bahkan kita disuruh untuk memelihara diri kita dan juga nyawa. Begitu indah islam yang datang daripada baginda.
Kisah Benar
Sebelum saya menceritakan identity pemusnah khilafah, saya ingin berkongsi sebuah cerita ketika saya bersemabng dengan seorang pak cik Arab yang mempunyai kawan yang dahulunya bekas seorang Syiah tetapi telah kembali ke jalan Allah kerana suatu peristiwa yang memakan hatinya. Cerita pak cik tersebut yang menukilkan kisah dari sahabatnya itu:
“Dalam Syiah mereka sering meraikan hari 10 Muharram atau peristiwa Karbala’ ini dengan darah mereka. Mereka akan mencederakan diri mereka. Namun yang lebih hina, mereka juga ada melakukan pesta seks pada malam sebelumnya (9 Muharram).
Pada malam tersebut mereka akan berkumpul dalam satu bilik atau kawasan yang gelap dalam keadaan telanjang. Kemudian mereka bebas untuk melakukan seks bersama pasangan yang mereka sendiri tidak kenali siapa. Setelah selesai keesokannya mereka akan bangun dan keluar dari kawasan berkenaan dalam keadaan masih gelap.
Ditakdirkan Allah, kawan kepada pak cik ini, terlewat bangun pada keesokkan harinya dan setelah hari cerah dia mendapati bahawa dia telah berzina dengan ibunya sendiri pada malam ‘keraian’ mereka itu. Dia jadi serba salah. Alhamdulillah sekarang ini dia telah kembali ke jalan Allah”
Saya ingin mengaitkan peristiwa ini dengan kelahiran seorang peribadi yang membawa detik hitam dalam sejarah umat Islam. Dialah Kamal Atarturk. Sejarah menceritakan bahawa benih yang melahirkannya adalah hasil daripada hubungan terlarang ibunya dengan salah seorang Yahudi Dunamah bertepatan pada malam berkenaan (9 Muharram) dan juga pada pesta yang sama namun disebut oleh kaum yahudi sebagai ‘pesta kambing’ yang mana bagi mereka bayi hasil daripada malam tersebut membuat tuah buat mereka.
Jika kita lihat pada hari ini, sangka mereka mungkin benar kerana ‘tuah’ itu berpihak kepada mereka dengan kejatuhan khilafah islam ditangan Ataturk di Turki.
Konklusi
Jika kita melihat daripada skop sejarah kita akan dapati bahawa, Syiah ini sebenarnya diasaskan oleh yahudi iaitu Abdullah bin Saba’ meskipun dinafikan sendiri oleh orang Syiah. Namun hakikatnya, dalam kitab-kitab muktabar mereka ada menyebutkan peribadi ini sebagai pengasas golongan mereka.
Selanjutnya kita lihat hari ini, mereka (Yahudi) tidak pernah berhenti untuk memerangi umat Islam hingga kita tunduk pada telunjuk mereka.
Namun itu semua hanya menjadi mimpi!
Jika kita benar-benar usaha meningkatkan diri bukan sahaja dengan menjaga amalan wajib yang dituntut ke atas kita juga amalan-amalan sunat yang digalakkan seperti berpuasa ‘Asyura. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini yang datang hanya sekali setahun di samping dapat kita peroleh pengampunan dari-Nya akan dosa kita yang telah lalu.
Berita: Gencatan Senjata, Yahudi Israel Kibar Bendera Putih, Ayuh Tingkatkan Sumbangan Untuk Gaza
Termeterai sudah perjanjian gencatan senjata buat sekian kalinya. Setelah lapan hari Yahudi Israel membedil dan membuktikan tradisi mereka sebagai pembunuh kemanusiaan, mereka akhirnya mengibar bendera putih. Memalukan buat ketenteraan Yahudi Israel apabila sebelum ini mereka dengan angkuh menyebutkan ribuan tentera darat, laut dan udara mereka sedia melenyapkan bumi Gaza. Akhirnya mereka sendiri yang ketakutan lari. Gencatan senjata adalah helah mereka setiap kali mereka ditimpa kehampaan dan kekalahan. Ternyata kecanggihan persenjataan berteknologi moden tidak mampu menewaskan senjata doa mukmin dan pertolongan dari yang Maha Berkuasa, Allah SWT.
Gencatan senjata kali ini bagi Palestin adalah hari kemenangan. Tahniah kepada kerajaan Mesir, Turki dan Qatar, khususnya Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi yang menjadi penggerak utama kepada sesi gencatan senjata kali ini.
Menurut Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah menegaskan dirinya merasa puas dengan kesepakatan gencatan senjata yang dicapai dan beliau menyebut ianya sebagai kemenangan bagi rakyat Palestin.
Gencatan senjata telah dicapai antara fraksi-fraksi Palestin dan penjajah Yahudi Israel di Kaherah pada petang Rabu (21/11) yang lalu. Kesepakatan ini menetapkan Israel agar menghentikan segala bentuk serangannya ke Gaza samada dari darat, laut dan udara yang telah berlanjutan selama lapan hari berturut-turut. Penjajah Yahudi Israel harus menghentikan operasi pembunuhan terhadap para aktivis pejuang Palestin. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza. Manakala pihak Hamas pula perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.
Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan bahawa Israel telah menerima perjanjian gencatan senjata setelah berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebelum memberikan persetujuan untuk memberi peluang kepada cadangan Mesir bagi gencatan senjata dan dengan itu memberi peluang untuk penstabilan keadaan dan menenangkan situasi tegang. Alasan Benjamin ini sebenarnya tidak mampu menutup kekalahan besar Yahudi Israel terhadap serangan mereka ke atas Gaza. Jutaan masyarakat dunia tahu dan celik mata bahawa sebenarnya yang menjadi pengganas adalah Yahudi Israel, bukannya HAMAS. Kenyataan Benjamin ini juga jelas menunjukkan Amerika dan Yahudi Israel ada sekutu rapat yang menjadi pengganas sebenar di bumi Palestin. Namun pemimpin dunia yang lain hanya mampu menonton gelagat sumbang mereka.
Di Gaza, masyarakat menyambut dengan penuh kegembiraan dan mengistiharkan sebagai hari kemenangan. Haniyah mengatakan, “Kami ucapkan selamat dan tahniah kepada rakyat atas kemenangan ini. Yang membuktikan rakyat Palestin dan pejuangnya memiliki kemampuan tinggi untuk berjuang, kreatif, kesabaran dan umat Islam sedunia menunjukkan keberpihakannya pada rakyat Palestin dan bahawa mereka tidak sendirian. Kami tegaskan bahawa kami puas dengan kesepakatan gencatan terhormat ini.”
Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan bahawa serangan Yahudi Israel menewaskan sekitar 160 orang, lebih dari setengahnya adalah warga awam dan wartawan, termasuk 37 orang kanak-kanak. Ratusan orang lainnya di Gaza mengalami kecederaan.
Sementara itu, sebanyak lima orang terbunuh di Israel dalam serangan roket Gaza, dan mencederai sekitar 240 orang.
Kementerian Wakaf dan Urusan Agama di Gaza pula melaporkan bahawa Zionis Israel telah menembak peluru berpandu mereka ke arah dua buah masjid sehingga rata dengan tanah. Dengan itu sudah 34 buah masjid yang dihancurkan Israel dan 6 tapak perkuburan. Enam tapak perkuburan yang diserang oleh Zionis itu berada ditempat yang terpisah-pisah di Gaza, diserang secara langsung sehingga menyebabkan jasad dari mayat syuhada itu tercerai berai.
Buat umat Islam, tugas kita belum selesai dalam membantu rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Ribuan saudara kita telah kehilangan tempat tinggal dan kekurangan bekalan makanan yang kritikal. Hospital di Gaza mengalami kekurangan bekalan ubatan yang mendesak. Puluhan masjid rosak, puluhan bangunan kerajaan seperti sekolah dan pejabat musnah. Justeru sumbangan dari umat Islam untuk membina kembali Gaza amat dinantikan. Teruskan menyumbang kepada tabung Palestin yang ada sebagai tanda kecintaan kita kepada saudara-saudara kita di Palestin. Teruskan memboikot produk dari syarikat-syarikat yang memberi keuntungan mereka kepada Yahudi Israel. Dan ketengahkan juga produk-produk Islam yang boleh menjadi alternatif buat para pengguna Islam. Jihad belum terhenti. Allah SWT berfirman: “Dan tidak akan sekali-kali redha ke atas kamu yahudi dan nasara, sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka” Al-Baqarah ayat 120.
Maka bangkitlah ummah dengan membumikan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 132 dan 133 yang ertinya;
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS: Ali Imron: 133-134).
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 160)
Rasulullah SAW ada bersabda:
“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (Shohihul Jami’)
Rasulullah SAW bersabda lagi :
“Barangsiapa bersedekah meskipun seharga kurma, namun dari hasil yang baik dan Allah tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik, sesungguhnya Allah akan menerima sedekah kurma dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia akan menggandakannya untuk orang yang bersedekah, sebagaimana salah seorang di antara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah kurma tersebut menjadi sebesar gunung.” (Hadits Riwayat : Al-Bukhori)
Teruskan berjuang wahai ummat!
[image error]
November 21, 2012
Motivasi : Tips – 6 Kekuatan Rakyat Palestin Teguh Dalam Perjuangan
Palestin.
Bumi yang penuh barakah dan punyai keistimewaannya bagi 3 agama samawi. Pergolakan, peperangan dan persengketaannya dari dahulu sehingga kini, terus menerus subur dengan perjuangan yang tidak akan berhenti.
Terdetik di hati, jiwa dan rasa kita – bagaimanakah rakyat Palestin dapat teguh melawan, berjuang dan bertahan daripada serangan dan cengkeman Zionis Israel sehingga ke tahap ini? Tentunya ada faktor kekuatan yang menjadi rahsia mereka dalam perjuangan yang murni dan suci ini.
Ayuh kita semak, 6 faktor kekuatan yang menjadi tonggak utama menguatkan kesabaran, ketabahan dan keteguhan hati para pejuang Palestin dalam mempertahankan kesucian bumi Al-Aqsa sehingga ke hari ini. Ayuh, kita meneladaninya :
(1) Keimanan Utuh Kepada Allah SWT.
Inilah asbab utama kepada segala-galanya. Keimanan yang kukuh, utuh dan mantap umpama binaan gunung yang tidak mampu terusik.
Mereka melihat segala kesukaran, kesusahan dan kepayahan sebagai warna-warni kehidupan yang menghiburkan kerana di sebalik itu mereka mendapat sesuatu yang sangat berharga iaitu – kemanisan keimanan dan kegembiraan keyakinan.
Ringkas kata :
“Keimanan Adalah Paksi!”
(2) Figur Pemimpin Yang Berkaliber dan Berwibawa
Sejarah Palestin memaparkan kepada kita bahawa mereka benar-benar kaya dengan pemimpin-pemimpin yang sangat berkaliber ,berwibawa dan disayangi oleh ummat.
Sebutlah satu persatu, biar pun telah lama menemui Allah SWT pasti akan muncul pemimpin yang baru yang akan memimpin ummat Palestin. Itulah kekuatan mereka. Dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa besar dan berkemahuan tinggi – yang terpenting hubungannya sangat akrab dengan Allah SWT. Sehingga musuh benar-benar gerun dan takut kepada mereka.
Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ar Rantisisi, sehingga sekarang Ismail Haniyeh, Khalid Misyal dan lain-lain lagi. Semuanya memberikan satu nada sahaja kepada kita : “ Mereka sangat hebat!.”
(3) Perasaan Izzah dan Tanggungjawab
Ruh ini, adalah ruh yang terbina daripada dalaman yang sangat berkait rapat dengan keimanan, ketaqwaan dan keyakinan kepada Allah SWT.
Perasaan Izzah (bangga) dengan Islam dan merasai mas’uliyah (tanggungjawab) sebagai mukmin membawa mereka kepada sebuah kehidupan yang diwarnai dengan perjuangan yang memuliakan kehidupan mereka.
Kerana itu, biarlah apa jua bentuk badai dan tsunami yang melanda – mereka mampu tersenyum dan tetap teguh dengan perjuangan yang suci. Slogan mereka jelas, terang dan nyata :
“ Allah SWT Matlamat Utama Kami!.”
(4) Keimanan Kepada Hari Akhirat
Keimanan yang membulat kepada hari Akhirat.
Ia menguatkan perasaan untuk memikul tanggungjawab untuk berjuang dan mempertahankan Islam. Justeru itu, kita lihat mereka tidak gentar berjuang, malah begitu mencintai mati syahid – mati di jalan Allah SWT. Bahkan, merinduinya sehingga menjadi bualan biasa di kalangan mereka.
Mereka sangat-sangat yakin bahawa mereka akan bangkit kembali untuk bertemu Allah SWT dan mendiami Syurga Allah SWT dengan jalan ini. Mereka menghabiskan waktu dalam hidupnya antara takut dan mengharap.
“ Takutkan Azab Allah SWT”
“ Mengharap Rahmat-Nya.”
MasyaAllah!
(5) Hidup Subur Dengan Ruh Al-Quran
Mereka benar-benar – Al-Quran yang hidup dan bergerak di tengah-tengah masyarakat. Sering kali kita mendengar bahawa Gaza telah melahirkan beribu-ribu Huffaz setiap tahun bahkan ia menjadi suatu fenonema biasa di sana.
Bahkan, menjadi suatu keaiban bagi sesebuah keluarga di sana jika tidak ada di kalangan ahli yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. Inilah titik mula kepada ruh Al-Quran. Ia menjadi nadi utama kehidupan mereka.
Al-Quran menjadi akar utama kehidupan seharian, tunjang utama perjuangan mereka dan terus-menerus dijulang sebagai agenda utama dalam pendidikan mereka. Jika kita tidak mencontohi mereka, alangkah rugi dan malangnya kita!
(6) Gembira Dan Yakin Dengan Janji Allah SWT
Saban waktu, himpitan dan ujian Allah SWT tidak akan pernah sunyi dan sepi dalam kehidupan para pejuang. Air mata, tangisan dan jeritan sudah menjadi lumrah sesama mereka. Tetapi, ada sesuatu yang menjadi penawar bagi hati-hati yang menderitai ini pada pandangan kita.
Jiwa mereka bahagia dan gembira.
Mereka benar-benar gembira dengan janj-janji Allah SWT bahawa kejayaan, kemenangan dan keberhasilan akan tiba jua. Pertolongan dan bantuan Allah SWT itu adalah harapan yang menjadi penguat jiwa tatkala dihujani pelbagai peluru yang membawa kerosakan dan penderitaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan, pada hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah SWT.”
(Surah Ar-Rum 30 : 4,5)
Penutup : Jauhnya kita dan mereka
Pernahkah saudara saudari terdetik, jika kita berada di tempat mereka – mampukah kita bertahan dan kuat seteguh mereka mengharungnya?
Allah SWT berikan semua ini kepada mereka dengan segala hikmah di sebaliknya untuk kita renungi dan fikiran sedalam-dalamnya.
Justeru, marilah kita contohi mereka.
Tetap teguh dalam berjuang yang benar sehingga ke akhir hayat!
——-
Kemenangan + Kejayaan = Keimanan + Pertolongan + Bantuan Allah SWT
Himmah : Apa Yang Telah Kalian Korbankan?
Apa yang kita boleh usahakan? Banyak. Ini antara yang boleh kita usahakan.
Pic by IbnFuad of LangitIlahi
Saya masih ingat pada tahun 2011 yang lalu, sewaktu ada kedatangan seorang sheikh yang buta dari Palestin, beliau telah menyampaikan beberapa pesanan kepada rakyat Malaysia. Sheikh ini yang dikenali juga sebagai ‘Ahmad Yassin kedua’ telah dihukum penjara sehingga 500 tahun, satu tempoh yang mustahil untuk umur manusia di zaman ini.
Matanya buta itupun adalah angkara kekejaman Israel sewaktu beliau berada di tahanan.
Tetapi perjuangannya tidak pernah mati. Jiwanya tidak pernah kalah.
Saat kedatangannya itu, beliau telah menyampaikan pesanan wanita-wanita Palestin kepada wanita-wanita di Malaysia. Satu pesanan yang saya kira bisa kita jadikan pengajaran untuk semua.
Wanita Palestin telah menyampaikan pesan untuk wanita di Malaysia –“Kami telah korbankan diri kami, suami-suami kami, dan anak-anak kami, maka apa yang telah kalian korbankan?”
Ulang. Maka apa yang telah kalian korbankan?
Kadangkala Kita Rasa Kita Telah Banyak Berkorban
Soalan ini menyentap jiwa saya saat itu.
Walaupun saya bukanlah wanita, tetapi pesanan sebegitu, adalah umum dan sesuai untuk semua orang.
Tanyalah diri kita, apa yang telah kita korbankan sebenarnya dalam kehidupan kita?
Apa yang telah kita korbankan untuk membantu Islam?
Apa yang telah kita korbankan untuk membantu orang lain melakukan kebaikan?
Apa yang telah kita korbankan untuk ummat ini?
Melihat apa yang telah dilakukan dan dihadapi oleh mereka di Gaza dengan apa yang sedang kita lakukan dan hadapi di sini, terasa begitu jauhnya beza kita dengan mereka.
Benar. Mereka diuji. Kita juga diuji.
Tetapi, yang membezakan kita dan mereka adalah bagaimana kita mendepani ujian yang datang kepada kita ini.
Kadangkala, dengan cuma sedikit kesusahan dan kepayahan yang kita hadapi dalam hidup ini, kita rasa diri kita sudah mengorbankan terlalu banyak perkara sedangkan kalau dibandingkan dengan apa yang telah dikorbankan oleh saudara-saudara kita di Gaza, apalah sangat nilai sedikit pengorbanan kita dibandingkan dengan apa yang sedang mereka korbankan untuk mempertahankan salah satu jantung ummat ini di sana.
Makkah, Madinah, kedua-duanya dapat diziarahi oleh ummat dengan aman saban tahun. Tetapi, Al-Aqsa harus dipertahankan dengan peluh, darah dan nyawa mereka saban tahun.
Darah, saudaraku, darah !
Nyawa, bukannya bermain dengan luka-luka kecil lagi !
Saya masih teringat saat salah seorang guru saya ketika dia menceritakan pengalamannya semasa sempat menyampaikan bantuan ke Gaza. Katanya, apa yang sedang berlaku di Gaza saat itu amat mirip dengan apa yang berlaku semasa zaman Rasul s.a.w.
Seorang ibu merasa gembira saat mendengar khabar anak-anaknya yang mati syahid ketika berperang dengan Zionis. Bahkan, ada ibu yang merasa sedih kerana sudah tidak punya anak untuk dihantar lagi ke medan perang.
Pastinya perjuangan di atas medan yang memang menjanjikan kematian bukanlah suatu yang suka-suka atau senang. Tetapi ia perlukan jiwa yang kuat, iman yang mantap, keazaman yang tinggi, fizikal yang baik dan tidak gentar dengan apa-apa gertakan.
Kita di sini, barangkali bercita-cita juga untuk mati syahid.
Tetapi, untuk lulus menjadi seorang mujahidin di Gaza, syaratnya tidaklah semudah menjemput orang untuk menunaikan umrah, membawa wang yang banyak, tetapi ia perlu melalui proses keimanan sebagaimana para sahabat telah lalui, yang akhirnya akan melahirkan seorang mujahid yang jiwanya benar-benar untuk Allah, tidak gentar diuji dan digertak oleh musuh.
Boleh saja kita beramai-ramai pergi ke Gaza, tetapi kita mungkin nanti tidak akan memiliki kualiti iman, jiwa, fizikal yang sama seperti mereka.
Pengorbanan Mereka Bukan Itu Saja, Bahkan Mereka Mendidik Generasi Baru Untuk Menjadi Manusia Berjiwa Singa
Saya masih ingat saat beliau berkongsi kisah pendidikan anak-anak mereka di sana.
Anak-anak seawal umur 8-10 tahun telah dididik dan didisiplinkan untuk menghabiskan hafazan 30 Juz Al-Quran. Itu kekuatan mereka.
Mereka bina generasi mereka, anak-anak mereka dengan Al-Quran, dengan ketaatan kepada Allah.
Itulah rahsia utama melahirkan jiwa yang kental diuji serta peribadi yang memiliki keazaman yang tinggi.
Kita, bagaimanakah pula usaha kita mendidik generasi kita di sini?
Ibu-ibu, ayah-ayah, pendidikan apakah yang telah kita tanam dalam jiwa anak-anak kita?
Pemuda dan remaja, apakah usaha kita membangunkan dan membaiki peribadi kita sendiri?
Para pendakwah dan motivator, adakah kita sedang membina keperibadian orang yang kita sampaikan ceramah kepadanya atau hanya sekadar berceramah?
Anggota masyarakat sekalian, apakah pula usaha kita dalam membangunkan masyarakat ini?
Generasi ini perlu dididik dengan didikan yang baik.
Bagaimana mungkin ada didikan yang lebih baik selain dari didikan yang telah dilalui oleh para sahabat Nabi s.a.w. sehingga melahirkan satu generasi yang diiktiraf kejayaan mereka itu, bukan sahaja di dalam Al-Quran bahkan juga di mata masyarakat dunia?
Begitulah usaha mereka di sana. Berjuang, berjuang juga. Tetapi mereka tidak semberono begitu saja. Bahkan, mereka mempersiapkan generasi, mempersiapkan iman dalam generasi mereka. Kerana imanlah yang akan membuatkan perjuangan bertahan lama. Imanlah yang akan terus menyalakan obor kekuatan meski diuji dengan kesusahan yang bertubi-tubi tanpa henti.
Kita Pula, Cuma Perlu Sedikit Pengorbanan Saja
Tidak banyak. Tidak sampai perlu korbankan nyawa.
Sedikit saja yang diperlukan daripada diri kita. Tenaga kita. Kesungguhan kita.
Kesungguhan kita untuk meninggalkan katil-katil kita di waktu Subuh untuk kita Subuh berjemaah.
Tenaga kita untuk berfikir, bekerja dan melakukan sesuatu membaiki karat-karat maksiat yang wujud dalam diri kita, kawan-kawan kita, anak-anak kita dan masyarakat kita.
Kesungguhan kita untuk belajar, membaca, membangunkan kemahiran dan potensi sehingga menjadi pakar.
Kesungguhan kita untuk menjadi seorang muslim yang sentiasa menepati masa dalam setiap aktiviti dan acara hidup, menjadi seorang yang kemas dan berdisiplin, menjadi seorang yang sentiasa proaktif bekerja tanpa perlu menunggu arahan.
Tenaga kita untuk menjaga bekalan-bekalan akhirat kita. Solat kita, Al-Quran, puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.
Inilah yang kita perlukan. Tidak banyak sebenarnya kalau kita saling bersaing melakukannya.
Kalau kita benar-benar mempunyai kesedaran untuk membaiki diri kita, membaiki masyarakat kita, kita sendiri yang perlu inisiatif untuk bergerak melakukan sesuatu.
Ya, bergerak melakukan sesuatu. Bukan tunggu digerakkan. Bukan tunggu diarahkan.
Penutup : Sekali Lagi, Tidakkah Kita Malu Dengan Ini – Apakah Yang Telah Kalian Korbankan?
Hendak membina generasi luar biasa, tidak cukup dengan mengisi dan mendidik akalnya saja. Kerana akal itu dipandu oleh jiwa.
Kalau tidak, masakan Allah berfirman dalam Al-Quran :
“Mereka memiliki hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah).” [Al-A’raf : 179]
Jiwa. Itulah rahsia bermulanya segala keluarbiasaan.
Sekali lagi, tanya diri kita dengan persoalan itu. Apakah yang telah kita korbankan?
Harta? Mereka di sana juga mengorbankan seluruh harta mereka. Dibom, ditembak dan dimusnahkan tempat-tempat tinggal mereka sehingga mereka hilang segalanya.
Tenaga? Mereka di sana juga telah mengorbankan tenaga mereka mendidik anak generasi mereka, melatih kader-kader baru mereka siang dan malam, berjuang mempertahankan Palestin.
Nyawa? Beribu nyawa telah mereka kehilangan di sana, tetapi itu tetap tidak sekali-kali membuatkan mereka kalah dan berundur ke belakang.
Nah, apa lagi?
Tanyalah diri kita dan pastinya kita akan dapati bahawasanya tidak ada alasan apa lagi bagi kita untuk terus sambilewa dan tidak serius dalam mendidik generasi ini.
Mereka tidak minta kita untuk berjuang bersama-sama mereka di sana. Kerana mereka itu bahkan sebenarnya kalau dibandingkan kualiti fizikal, lebih hebat daripada kita. Mereka telah melalui latihan saban hari dan tahun. Kita ini pun, jangankan kualiti fizikalnya, kualiti imannya pun belum tentu dibandingkan dengan latihan keimanan yang mereka lalui di bumi sana.
Tinggal lagi, renungilah kata-kata syeikh ‘Ahmad Yassin kedua’ ini ketika beliau menyampaikan pesanan akhirnya tentang bagaimana mendidik generasi baru:
“ Mereka perlulah ditanam dengan didikan untuk takut semata-mata kepada Allah, bukan kepada yang lain. Diajak untuk menghidupkan masjid. Dididik dengan Al-Quran dan as-sunnah. Dididik untuk beramal seperti qiamullail dan sebagainya. Dididik supaya terbentuk akidah, akhlak dan rasa takut kepada Allah. Akhirnya akan terbentuklah dalam hati mereka tenaga IMAN !”
Tenaga iman. Itulah rahsia utamanya.
Maka, untuk membangunkan itu, apakah yang telah kita korbankan ?
November 20, 2012
Berita: Kezaliman Israel berterusan di Gaza
Israel menyambut hujung tahun 2012 dengan membedil pejabat perdana menteri di Semenanjung Gaza. Walaupun bangunan yang menempatkan pemimpin dari Hamas itu rosak teruk, namun pemimpin utama Gaza itu berada dalam keadaan selamat dan mampu mentadbir.
Puluhan kereta kebal dan peluru berpandu yang menghujani Gaza disokong oleh jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat. Ketumbukan ketenteraan ini telah membunuh hampir 200 jiwa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak. Walaupun Israel menyatakan mereka menyasarkan pejuang-pejuang Hamas, sebaliknya ramai yang menjadi mangsa adalah orang awam.
Tindakan menyerang Semenanjung Gaza menyebabkan tumpuan dunia beralih ke Timur Tengah. Banyak negara sudah menyatakan pendirian masing-masing melalui pelbagai saluran dan rata-rata negara Islam memberi kutukan keras ke atas tindakan Israel. Parlimen Malaysia turut mengecam kezaliman Israel dan meminta serangan tersebut dihentikan serta-merta. Turki, Pakistan dan Mesir telah menyatakan pendirian kerajaan masing-masing sambil rakyat berarak di jalan raya dengan kenyataan bantahan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut bergegas ke rantau itu untuk mencari penyelesaian, namun kelibat Amerika Syarikat masih belum jelas dalam menghadapi konflik terbaru Palestin-Israel.
Serangan Israel dilihat mempunyai beberapa motif tertentu selepas berlakunya perubahan dalam lanskap politik serantau khususnya di Mesir dan Syria. Pertama, kejadian serangan itu dilihat ada kaitan dengan pengekalan kuasa politik parti pemerintah untuk mencari pengaruh dalam pilihan raya akan datang. Pemimpin dari parti Likud, Buruh dan Kadima sentiasa mencuba untuk menonjolkan karisma masing-masing dengan harapan akan mendapat sokongan pengundi Israel melalui kempen kebangkitan nasionalisme. Kejayaan “membantai” Gaza boleh meningkatkan sokongan politik ke atas parti masing-masing untuk mendapt kemenangan.
Kedua, kejayaan Ikhwan Muslimin mendominasi politik dalam era baru Mesir membimbangkan Israel kerana kecenderungan gerakan itu menyokong kumpulan Hamas. Hubungan Mesir dan Semenanjung Gaza semakin baik selepas Hosni Mubarak digulingkan pada awal tahun ini. Lawatan singkat perdana menteri Mesir ketika awal konflik baru-baru ini menunjukkan Mesir mengambil berat perkembangan di Gaza. Israel tidak boleh lagi berharap akan mendapat layanan istimewa daripada Mesir kerana ruang lingkup dan permainan politik mereka sudah pun berbeza.
Ketiga, kemenangan Barack Obama dalam penggal kedua pemilihan presiden Amerika Syarikat tidak banyak membantu penambahan bantuan senjata dan belanjawan ke atas Israel. Walaupun presiden Amerika Syarikat dikatakan cenderung menyokong Israel, tindakan Obama agak berbeza kerana beliau ada kecenderungan mendengar pendapat pemimpin-pemimpin negara Islam yang lain. Melalui serangan kali ini Israel diharap dapat memujuk Amerika Syarikat menambah bantuan senjata untuk menghentikan “serangan roket” Hamas yang dilancarkan untuk menyerang selatan Israel.
Keempat, masa terbaik untuk melenyapkan pemimpin-pemimpin Hamas ialah ketika konflik ini memandangkan masa lain Israel tidak mempunyai peluang yang lebih luas. Melalui maklumat yang tepat, jet pejuang dan pesawat tanpa pemandu boleh membedil mana-mana pemimpin dalam senarai mereka. Jika terdapat pemimpin Hamas yang terbunuh, ia dianggap sebagai mati ketika berperang dan tindakan tidak boleh diambil ke atas Israel.
Menganalisis punca-punca serangan Israel akan menemukan kita kepada satu rumusan iaitu kebimbangan ke atas keselamatan rakyat Yahudi. Mereka bersungguh-sungguh menjaga diri sendiri dengan menzalimi orang lain dengan pelbagai cara. Kezaliman Israel sentiasa berterusan sehinggalah tindakan itu dihalang. Sehingga kini, kita masih belum nampak mana-mana pihak yang dapat menghalang serangan itu selagi diizinkan oleh Amerika Syarikat.
Kehidupan: Tiket ke Syurga Siapa yang Pegang?
Photo by Umar Mita of Langit Ilahi
Kerisauan para solehin
Apabila kita berlari menuju syurga, secara tidak langsung kita akan berlari menjauhi neraka. Sesungguhnya kedua-duanya merupakan nikmat yang besar: menuju syurga itu nikmat dan menjauhi neraka itu juga nikmat.
Untuk menjauhi neraka, maka kita harus belajar tentang ciri-ciri ahli neraka. Kita belajar bukan untuk kita tuding jari kepada orang lain dan masukkan dia ke dalam kumpulan neraka A atau B. Tetapi kita belajar kerana kita risau.
Kita risau kerana ada kemungkinan kita adalah salah seorang daripada ahli-ahli neraka ini.
Kerisauan ini merupakan sifat yang terpuji.
Ia merupakan kerisauan para solehin.
Jangan rasa selesa
Sesiapa yang rasa selesa dengan imannya telah mendedahkan dirinya kepada bahaya kerana dia lalai. Sesiapa yang rasa risau dengan imannya telah melindungi dirinya kerana dia prihatin.
Profesor saya yang mengajar subjek Social Psychology sering kali menyebut, “If you don’t think that you have the ability to do bad things, then you are the one whom I will be most careful with. You have let your guard down. Knowing that you are capable of the greatest evil is your best defense against it.”
Sekilas pandang, mungkin kata-katanya tidak masuk akal. Tetapi jika kita fikir-fikirkan, kita dapati hikmahnya begitu mendalam.
Mengapa kita belajar mengenai racun? Kita belajar mengenai racun supaya kita tahu makanan apa yang patut kita jauhi. Kita akui bahawa ada kemungkinan kita akan memakan racun. Maka, kita berhati-hati.
Kita prihatin.
Mengapa kita belajar mengenai perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada neraka? Kita belajar mengenai semua perkara itu supaya kita tahu perkara-perkara yang patut kita jauhi. Kita akui bahawa diri kita ini mempunyai potensi untuk menjadi ahli neraka.
Dengan mengetahui hakikat itu, maka kita akan menjadi lebih berhati-hati untuk memastikan kesudahan kehidupan kita di dunia ini bukanlah neraka.
Sentiasa berhati-hati
Dalam kalangan kita, ada yang akan menangis apabila membaca ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang neraka. Walaupun di mata orang lain individu tersebut kelihatan soleh/solehah, tetapi dirinya tidak rasa selesa dengan keadaan imannya.
Dia sentiasa berhati-hati.
Jangan kita fikir bahawa kita sudah immune kepada neraka, walaupun setelah kita menyebut Shahadah.
Jangan kita fikir bahawa tiket ke syurga sudah ada dalam poket seluar kita.
Umar dan aku
Contohilah Umar al-Khattab. Walaupun beliau sudah dijamin masuk syurga, beliau tetap risau akan keadaan imannya. Kerap kali beliau bertanya kepada Huzaifah sama ada beliau termasuk dalam golongan munafik atau tidak. Ini kerana Huzaifah tahu siapakah di antara masyarakat mereka yang munafik.
Itu sifat seorang manusia yang sudah dijamin syurga.
Bagi kita yang tiada jaminan sebegitu rupa, kita patut lebih berhati-hati dengan iman kita.
Aiman Azlan
10:30pm, 20/11/12
Mississauga, Canada
English Column: Do I need a PhD to have a heart?
“Koreans . . . when we are busy admiring their cute dramas”
There are times in life when you start to wonder if this life you are living in, is just a routine you adhere to. Prescribed for you, depending on the choices you make earlier, are sets upon sets of instructions that you follow, making sure they start… and finish… as they always do the day before.
There are times that it struck to you that life is never random. At least, being human, the minimum routine that you stick to is biological. The need to breathe, load some energy (and burn it), detoxify and rest are the most basic ones.
For you the same applies to the job you are doing, or the studies you are taking. The issue remains whether you are indulged in it or not. The uniform you wear dictates where your thoughts, sweat and blood will go for.
Some people lost their passion of living, echoing that it’s merely a routine before they die. Everything seems, looks and sounds the same. Even worse, everything feels the same.
The job that you used to love, the one that you dreamt all your life doing, felt mechanical. The joy felt no longer there. The excitement felt like despair. The hobby that you used to indulge in, felt special no more. Whatever news that come to you became just another life drama, “Oh, people do this, people get that”. You become robots of programmed chores or even worse, zombies with no feelings.
A friend of mine told me that once you began to have these feelings, then it’s the time for you to have a spouse..a life partner. Well I’m not sure myself whether he was literally joking, but I’m pretty confident that he talked about ‘the other missing half’ or something.
His thought actually made me thinking. Coz what came to my mind was totally different. I thought about a dying heart. Not at all of a husband or wife. OK, I’m not romantic, I know.
I instantly thought of this verse from the Holy Quran,
“and surely, we have created many of the jinns and mankind for Hell. they have hearts wherewith they understand not, they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). they are like cattle, Nay even more astray; those! they are the heedless ones”
(Al-A’raf : 179)
I began to fear if I myself am losing my heart and my senses. I began to worry if I had become too simple-minded to think that everything that happened..are just meant to happen, and that there’s nothing for or from me in it. I began to think if what I see and hear from my surroundings affect me in any way.
I began to tremble if my heart has lost its touch with its Creator. What’s the use of having one if it doesn’t work as it should?
Perhaps this is what is described Sir Ken Robinson, that our education today is increasingly focused on the waist up, stops at the head and gives weight on one side.
And the heart gets lost in space.
Say, I became a heartless human being who feels nothing when I missed my Fajr prayer. I felt the solah is a mechanical routine with no attachment of the heart, so missing one is also mechanical. Do I get a life partner to solve this problem?
Say, I saw an obvious sin happening in front of me and I did nothing, or felt nothing in my heart. “That’s normal…so that you know that the shaytaan is working”, I said to my kids.
Say, I read about the violence and killings on my Muslim brothers in Gaza, or Syria and Myanmar and choose to close one eye. “Kids, don’t look at it. I don’t want you to get nightmares at night. Besides, people die and babies get born every day.”
Say, I heard that the money I spend goes to the regime who murdered thousands of innocent lives, many of them children and babies. A burger for me, a rocket to blow them. I tell myself reassuringly, that I’m just one man. Come on, what harm can it do?
Say, people tell me that not buying from so and so companies can avoid me from helping a ruthless regime. That I can change to alternative products, one that my own people produce. “Now, now, don’t be silly. Think of the people who will lose jobs if you stop their business from running. Use your head, bro. Besides, tell me where can I get burgers as good as this..huh?huh?”
Na’uzubillah min zaalik.
I remembered reading a quote from Ibnu Qayyim al Jauziyyah,
“There are three reasons for a person to commit sins and disobedience from God – arrogance, ignorance and sheer heedlessness”
I pray to Allah that arrogance should never possess me, that He will protect me from choosing to be blinded and deafened from the obvious truth and crystal clear signs elevated upon me. I pray to Allah that I shall never be fooled by and for something that I don’t know, and that I bid whatever I have for the sake of knowing Him and be acknowledged of His creed. I pray and I pray that I shall always take heed of the littlest warnings and reminders He laid upon me, be it obvious or for me to dig deeply.
I pray for Palestine and my oppressed brothers everywhere. I pray that I can see them, hear them, and feel them.
I speak, write and act for them for I know that I am capable of doing it.
I put aside my savings for them for I know that I have more than enough to keep on breathing.
So that one day they will not claim me for being no better than zombies…or cattle.
Brothers, let’s show that we still have a heart. It doesn’t need a PhD to know this. Channel your donations to :
Tabung Palestin HALUAN
BIMB 14-023-01-003429-2
Maybank 564490208528