Hilal Asyraf's Blog, page 126

December 25, 2012

Bersama menghadapi cabaran sosial negara

Masalah sosial adalah masalah negara. Bukan hanya masalah yang berlegar di sekitar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun Majlis Agama Islam Negeri malah menuntut perhatian dan sokongan daripada pemimpin negara, negeri, badan-badan korporat dan ahli komuniti. Masalah sosial adalah masalah bersama untuk difikirkan jalan penyelesaiannya. Tidak cukup mengadakan seminar yang menghasilkan resolusi yang panjang berjela tanpa mengambil tindakan yang konkrit.


Di mana puncanya masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat hari ini?


Apakah salah sistem pendidikan negara? Apakah keupayaan masyarakat yang beragama tidak begitu alim untuk melahirkan penganut yang berjiwa hamba bagi melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan? Atau apakah kita terlalu cepat hendak mengejar serba-serbi sehinggakan tertinggal asas pembentukan sikap dan budaya iaitu nilai?


Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur sebagai contoh kejayaan sebuah negara yang bangkit daripada kekalahan perang, wawasan Tun sebenarnya menjangkau sekadar melihat bangunan yang tinggi dan teknologi yang canggih. Beliau ingin mengajak masyarakat Malaysia melihat apa yang ada pada dan di dalam diri orang Jepun. Apa yang kita nampak?


Jepun pada tahun 1972 adalah sebuah negara yang sedang menggerakkan ekonomi supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara Barat. Pada pertengahan tahun 1970-an, selepas minyak yang pertama, Jepun telah menjadi negara kedua terbesar kuasa ekonomi selepas Amerika Syarikat.


Di peringkat antarabangsa, pendidikan di Jepun sangat cemerlang. Kadar celik huruf hampir 100 peratus dan dalam penyelidikan mengenai kemahiran akademik, pelajar-pelajar Jepun memperoleh markah yang tinggi. Nisbah pelajar yang memasuki pengajian tinggi adalah 96 peratus manakala 55 peratus semua pelajarnya akan menjejakkan kaki ke universiti.


Kesungguhan Jepun memajukan sektor penyelidikan pembangunan (R&D) sangat dibanggakan. Mencatatkan 109,000 hakcipta yang melebihi 8,000 hakcipta di Amerika Syarikat meletakkan Jepun sebagai negara terbesar mempunyai hakcipta di seluruh dunia. Kombinasi bajet kerajaan dan swasta dalam R & D ialah ¥15 trilion, kedua selepas Amerika Syarikat.


Negara Jepun secara umumnya tidak ada orang yang kelaparan. Walaupun terdapat individu atau kelompok yang tidak ada tempat tinggal tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan makanan. Sangat sukar untuk berjumpa orang yang betul-betul lapar, kebuluran atau sangat miskin di Jepun.


Keajaiban Jepun membina masyarakat dan negara sangat menakjubkan. Daripada sebuah komuniti yang hampir lumpuh kerana di bom sewaktu Peperangan Dunia Kedua, Jepun bangkit sebagai jaguh kuasa ekonomi dunia.


Keajaiban Jepun ini terletak pada pendidikan ke atas masyarakatnya. Bermula di tadika, para pelajar dididik dan diasuh untuk menghargai nilai. Kasut yang dipakai untuk keluar dari rumah ke sekolah tidak sama dengan kasut yang dipakai ketika masuk ke dalam kelas. Sistem ini seterusnya membentuk watak pemandu teksi yang sangat mementingkan nilai dan maruah negara apabila enggan menerima tip yang diberikan oleh pelanggannya di lapangan terbang kerana berpuas hati di atas perkhidmatan yang diberikan.


Jadi, apa salahnya sistem pendidikan kita berbanding Jepun? Jawabnya ialah sistem pendidikan kita gagal dari segi penyuburan nilai. Di dalam kelas, guru mengajar mengenai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran, di depan pintu pagar sekolah sampah bersepah-sepah kerana penjual keropok dan ais krim memulun untung. Di mana letaknya nilai dan amalan murni membuang sampah tersebut?


Kurikulum pendidikan harus menekankan kepentingan nilai bersama kepentingan ilmu pengetahuan. Setiap mata pelajaran yang diajar wajar menerapkan aspek nilai supaya para pelajar dapat mengaitkan ilmu yang diperolehi dengan sesuatu nilai. Umpamanya mata pelajaran matematik, nilai ketekunan, disiplin dan mengutamakan ketepatan adalah antara pengukuhan nilai melalui ilmu pengetahuan. Matematik adalah suatu ilmu yang diberikan oleh Tuhan agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dalam keadaan yang pasti dan tidak ada perasaan was-was.


Oleh itu hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah sosial khususnya dalam kalangan generasi muda patut bermula dengan pendidikan.


Sekiranya perlu, kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana boleh mempelbagaikan pusat rujukan bagi menggerakkan anak-anak muda mencintai ilmu dan nilai dalam hidup mereka. Malah jika perlu pihak kerajaan boleh menubuhkan institusi yang membuat penyelidikan mengenai nilai supaya penyuburan nilai dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.


Pihak swasta telah lama melaksanakan program penyemaian dan penyuburan nilai kepada para pelajar melalui kem-kem pembangunan diri semasa cuti sekolah. Kadangkala terdapat juga program seperti ini yang mengutamakan keuntungan berbanding keberkesanan program tersebut ke atas peserta.

Menanam sesuatu nilai yang baik dan terpuji adalah suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Contohnya nilai rajin atau mahu mendengar cakap. Ucapan dan gesaan yang menggalakkan nilai tersebut dapat merangsang seseorang untuk bertindak ke arah menzahirkan nilai yang dikehendaki. Pengulangan pelabelan dari semasa ke semasa pasti akan menjadikan nilai yang diingini melekat kuat pada seseorang itu.


Di sinilah letaknya kepentingan sains sosial bagi menyelesaikan masalah manusia. Sains dan teknologi semata-mata tidak mampu untuk menyelesaikan masalah sosial yang semakin kompleks. Di samping membelanjakan wang untuk kemudahan hidup masyarakat dan pembangunan negara, sains dan teknologi harus disokong oleh penggeraknya iaitu manusia yang mempunyai emosi dan pemikiran. Pemerkasaan modal insan ini sedikit sebanyak mampu membina peribadi agung generasi muda supaya kehidupan mereka akan lebih bermakna berbanding berseronok tanpa arah haluan.


Masalah sosial adalah masalah bersama. Pihak kerajaan dengan caranya, pihak swasta dengan strateginya dan masyarakat turut mempunyai pendekatannya tersendiri untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah ini.


Doa dan harapan kita ialah biarlah setiap strategi dan tindakan yang hendak dilaksanakan akan menyuburkan jiwa manusia supaya tidak berpaling daripada rasa berTuhan kerana tamadun dunia yang besar adalah berpaksikan pada agama sebagai asas kecemerlangan


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2012 01:21

December 24, 2012

English Column: Death is Life

[image error]


From left: Khadija, Makcik Lina, Pak Usu and Aisyah

Image courtesy of Muttaqee Misran (Syawal 2011)


Reading news reports on death of a stranger from any newspaper is shocking but less impactful to the heart. But losing a whole family so dear to you, so close to you all at once in a tragic accident, where they were burned alive and all that remains of them were lumps of meat and burned bones sticking on the car seat, is dreadfully painful.


That happened to my uncle’s family yesterday. My uncle (Sabirin – Pak Usu, 45) and his family of four (including him, his wife – Makcik Lina and two of his daughters, Aisyah, 14 and Khadijah, 12) were caught in a horrible bus-car accident. The black Kia Sephia my uncle drove went off course and hit a double-decker Budaya bus on the opposite lane. Like a bull trying to take down an elephant but failed, the car was dragged along in the direction of the bus. The impact sparked fire and burned the car first then the fire grew greater and consumes the whole bus.


Both of the car and the bus were eaten by a giant ravaging blaze of fire. All of the passengers on the bus managed to escape the bus before any fatalities could occur but my uncle, my aunty and my two cousins couldn’t make it.


I couldn’t accept what has happened. I thought that my cousins were playing a prank on me. But no. I’m not living in a fantasy of any novel.


This is the truth, the bitter truth. And I, I have to learn to accept it.



Chess and Japanese Language


My uncle, Pak Usu is the youngest in my mother’s siblings. He is a family man. He has a Bachelor in Japanese Language from Japan and taught Japanese language in Sekolah Menengah Intan Tengku Zara, Dungun.


I can still remember that day back in 2006, my mother and I visited their house in Dungun. I disagreed in something my mother said and voiced out my disagreement. Pak Usu shouted at me because, according to him, I was being rude to my own mother. It’s not that I’m rude as if I’m cursing my mom or something but the way I disagreed was inappropriate, I raised my voice a little and frowned. He considered that as rude.


I was so angry and the question “Why did he shout at me?” kept on bugging my head. I’ve done nothing wrong. But then, when we were on our way home to Johor, my mother told me that “Pak Usu has never raised his voice at our mom like you did to your mom.”


Upon listening to what my mother said, I silenced. I kept quiet because I learned something new. My family is vocal towards each other. If we don’t agree with each other, we’ll voice it out without caring other sibling’s feelings. By my mother saying “Pak Usu has never raised his voice at our mom like you did to your mom,” I felt like I didn’t a grave sin.


Pak Usu’s house in Dungun is beautiful. He designed it on his own. I remembered him saying that “I built this house so that my children and wife will have a place to seek shelter.” But Allah knows better Pak Usu, you are family man and you died with your family.


Pak Usu also has a strong passion towards Chess. Both Japanese language and Chess mastery were inherited by Aisyah and Khadijah.


Apart from scoring outstanding results in their academic performance, both Aisyah and Khadijah are known to be good in Chess and Japanese language.


Khadijah used to keep her distance away from me (while smiling) not because she hated me but simply because she was shy. She may not be say much offline but we chatted extensively online via Facebook. Last three weeks, Khadijah said that she has boycotted “Goreng Pisang” and “Keropok Lekor” because some bubbles of the boiling oil popped from the “keropok lekor” she was frying and injured some parts of her face. She said that she is no longer “beautiful” anymore. I said that the injury was not that significant and she still has her cute face.


Between Aisyah and Khadijah, I’m closer to Aisyah. Each time I come visit her house, while my mom is talking to Pak Usu, Aisyah will meet me and we would share personal problems together. Since I have no biological sister, she is like one. Aisyah was born in Japan. Her dream was to further her studies in Japan, her “Country of origin.” I used to tease her of being “Japanese.”


Both Aisyah and Khadijah are masters in the game of Chess. They are the top three Chess players in their respective leagues.


Life is Absurd


I do not subscribe to the views of Nihilism, Existentialism or Absurdism. But if we carefully view life as it is, this life that we are living in is full of absurdities.


Life is full of sadness. Life is meaningless. Life is dominated by ridiculousness.  Our life’s story is more severe than the plots in any novels. We receive sad news every minute more than we receive good news.


That is why people love to read and watch fantasies. Their worlds are full of absurdness they resort to making their own happy world; a world where they can dream and be happy; a realm where they can laugh and be content; a reality where they can love and be loved.


Conclusion: Death is Life


My life story is no tragic than any other people. What I’m going through is just a psychological dilemma. Many people have experienced and are still experiencing a more horrible psychological and physical torture than me.


We are not here to compete whose life story written is the most severe but we are here to understand why these horrible plots happen in our life and how to overcome them.


How I deal with sadness, particularly these recent sudden deaths, by believing that “Hope is there. Hope is always there.” Life will be absurd only when we treat life like dirt.


I believe they did not die in vain but their death is worth many things. Their deaths have ignited life in me, in my family and in my relatives. Our family bondage is strengthened. We got to know more of our relatives who we haven’t known before.


It is said that death is painful. I’ve never felt it before. Losing the people dear to me is already severely painful. I don’t know how I will die.


God I miss them. I want to meet them. I want to talk to them especially with Aisyah. All I want is for Allah to grant me a dream of a short conversation with Aisyah. I’ll pray for Allah to give me that.


All of them were burned alive. May Allah exempt them from the wrath of Hell fire.


 


These are the news reports:




1. Sinar Harian




2. Berita Harian

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2012 04:58

December 23, 2012

POSTER: exam mode

 




Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda;


Wahai Bilal, bangunlah kamu (untuk azan),


rehatkan kami (dengan solat)..


[riwayat Ahmad]



jangan pernah menyangka bahawa solat merupakan penghalang kita dari mengulangkaji pelajaran.


Rasulullah juga menggunakan solat sebagai alternatif untuk berehat ^^



semoga kita semua terus sukses dunia…. dan akhirat!


 



//

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2012 01:48

December 22, 2012

English Column : Of raining lemons and being human

 



 


“When it rains lemons, make lemonades”, said Covey.


Imagine if it really happens. Millions of lemons come showering from the sky. Big and small they fall, painting the sky bright yellow. Fast and slow they go, like bullets on a Nintendo. Each splat and splash brings and adds to its tingling aroma, sharp to the nose and itchy to the eyes. Juicy.


How would you react, if that day ever comes?


Would you run helter skelter, panicking and quickly spread the word, “Lemon! Beribu-ribu lemon!”


Or would you text and email everyone you know, tagging like crazy on Fb, “Is this the end of the world? It must be the punishment for our sins!”


Or would you do nothing, coolly telling yourself, “Someone will do something about this. I’ll wait and see”


Or would you be those who collect the bright yellow lemons, bring them home and juice yourself a healthy dose of lemonade?


Covey talks about being proactive in his legendary 7 Habits of the Effective People. Contrary to being reactive, a proactive person knows exactly what to do in a state of crisis. The ‘exactly-what-to-do’ in this case might not be perfect, but is the best at least, for an individual’s or entity’s gain.


A proactive person predicts what to happen, estimates its effect and plans what to do. Emotion comes second. He works with the end in mind, not reacts to what comes to mind. He plans the future, not questions the present.


In a state of crisis, emotion can be a useful tool to rally support, harbor sympathy and unite a battalion of army if you want. But as people say, emotion is fragile. It’s unprincipled, mood-affected and biologically, hormone-driven. Many times it clouds judgment, outweighs rationale and sideline opinions.


Nevertheless, emotion is a part of us, just as our physical body, intellect and desires. To feel is to be human. How and what you feel, in fact, might just define who you are. Feelings, being a rationale cloud some people say it, might just be the first alarm for rationale to be activated. In fact, in some instances where logic finds it “Duh, why would I give my all for a woman?”, emotion might just find it perfectly fine. Imagine marriage bound without love. “This is purely business…err, and biological!”


Haish.


I always wonder how people were able to judge situations without emotions. A true 100% clear-cut rationale and black-and-white intellect, just like a machine does.


In the seerah, emotion, or rather humanity, also had its hand in perfecting some judgments and rulings made by the Prophet pbuh and his companions. Take the exemption for jihad for those who have old folks with no relatives around. Logic would say that in the name of Muslim brotherhood, leave your parents to your neighbours and they will care for them in your absence. But humanity (driven by God’s divinity), says for the son to stay and care for them as long as they are in need. The son is young and inshaAllah will have his time for jihad when the parents have passed away.


Or how about the time when Umar al Khattab r.a lifted the hudud law on thieves who stole food in the times of drought and food scarcity. Clear-cut-rationale would say that the hand is for Allah, as stealing (of a certain amount) is a sin gazetted by God in-print with stated punishment. But humanity comes into play here, considering the desperation of the thief and the critical state of crisis he is facing. Emotion does have its share. It makes you human.


To conquer your emotion is good. But to let it perfect you as human is even better.


I rest my case for those emotionless lot who ‘advise’ people with beautiful words and scholarly preaching, saying “Let’s not get emotional on the issue of Palestine. There’s no jihad there, and martyrdom is just a slogan.”


I watched in awe at the heartless who suggest for Palestinians to move out of their lands, suggesting a second Hijrah, confidently assuring that the Muslim lands are vast and ‘very inviting’.


I peeled my ears and pinched myself, wanting to know if I really am awake, hearing “boycotting Israeli products is sheer stupidity which brings no good at all”


I pray, oh I pray that you get your heart back. I pray oh I pray that you become human again, if you were one before.


You are beyond reactive. You are… I’ve lost words to say.


 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2012 16:28

December 21, 2012

Himmah : Sebening Cinta Untuk Kekasih – Dari Seorang Penentang Menjadi Seorang Pendokong


Di atas jalan yang lurus, luruskanlah hatimu ! 

~ Picture by Umar Mita 


 


Suatu ketika, Rasul s.a.w. pernah meminta pendapatnya tentang apa yang perlu mereka lakukan terhadap tawanan Badar.


Katanya, “Kita bunuh saja tawanan perang ini, ya Rasulullah.”


Saat itu, Abu Bakar memberikan jawapan yang lebih lembut. Kata Abu Bakar, “Kita ambil duit tebusanlah, ya Rasulullah.”  [Sofwatut Tafasir – Syeikh Ali As-Sobuni]


Ternyata Rasul s.a.w. lebih cenderung kepada jawapan yang lebih bernada lembut itu daripada Abu Bakar.


Beberapa hari selepas itu, dia terkejut ketka bertemu Rasul s.a.w. Baginda sedang menangis bersama Saidina Abu Bakar. Terus dia bertanya kepada Rasulullah, “Apakah yang sedang kalian tangiskan? Beritahulah padaku. Kalau ada perkara yang perlu ditangiskan, aku akan tangisi bersama. Kalau tidak ada sekalipun, aku tetap akan menangis juga melihat kalian menangis.”


Rupanya, Allah telah menurunkan wahyu berkaitan dengan apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang mukmin terhadap tawanan musyrikin yang berada di tangan mereka itu. Ternyata, jawapannya menepati skema yang Allah putuskan untuk mereka. Menangis Rasul s.a.w. dan Abu Bakar kerana merasa seolah-olah telah melakukan kesilapan yang besar.


Siapakah sahabat besar ini sehingga wahyu yang turun pun seolah-olah membenarkan kata-katanya? Dialah Umar Al-Khattab. Dialah Al-Farouq, pembeda antara haq dan batil !


 


Iman Telah Mengubah Pandangan Hidupnya


Umar telah membuktikan pada dunia bahawa prinsip hidup seseorang itu boleh berubah secara total bila iman telah meresap ke dalam jiwanya.


Daripada dulu seorang penentang kemudiannya berubah menjadi seorang pendokong.

Daripada dulu seorang yang sangat membenci Rasul s.a.w. kemudiannya berubah menjadi orang yang paling mencintai Rasul s.a.w.


Kalau dulu sewaktu jahiliah, dia pernah melangkahkan kakinya penuh keberanian dengan niat untuk membunuh Rasul s.a.w., tetapi selepas Islam, dialah orang melangkahkan kaki penuh keberanian meninggalkan Kota Makkah untuk hijrah ke Madinah.


Tidak bermakna para sahabat lain adalah penakut bila mereka berhijrah secara senyap dan sembunyi. Itu adalah sebahagian daripada strategi juga sebenarnya untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.


Kata-katanya yang tegar dan menggerunkan pihak musyrikin Makkah itu telah membuatkan langkah hijrahnya ke Madinah tidak diganggu oleh sesiapapun.


Umar menggertak tanpa pernah ada rasa takut – “Barangsiapa yang inginkan ibunya kehilangan anak, anaknya menjadi yatim, isteri kesayangannya menjadi balu, marilah bertemu di belakang lembah ini.” [Umar Al-Khattab, Peribadi dan Hayatnya –Dr ‘Ali Muhammad As-Solabi]


Siapa yang berani menghalangnya? Tidak ada. Tidak ada yang berani.


Kalau dulu, ia menggunakan keberanian dan kekuatannya itu untuk menentang Islam, kini ia menggunakan kekuatan dan keberaniannya itu untuk menguatkan lagi Islam.


Dulu penentang, sekarang pendokong.


Berubah terus segala pendirian dan prinsip hidupnya. Bukan kerana ia tamakkan nama atau kedudukan, tapi kerana iman telah benar-benar bertakhta di hatinya menyebabkan cara pandangnya terhadap hidup berubah terus 100%.


Para pendakwah, ustaz dan orang-orang agama pun perlu berusaha mencontohi hal ini. Ketika kita menyampaikan Islam, bukan penyampaian kita itu yang akan mengubah mereka, tetapi iman yang berada di hati merekalah yang berperanan untuk mengubah diri mereka. Ceramah kita, tazkirah kita hanyalah sebagai satu jentikan untuk kesedaran itu berputik di hatinya.


Apapun, iman adalah asas yang penting untuk dibangunkan dalam diri insan kerana itulah sebenarnya titik tolak untuk menggerakkan perubahan dalam diri manusia.


Buktinya? Buktinya lihatlah pada Umar.


 


Fizikalnya Barangkali Keras, Tapi Hatinya Sangat Lunak Kepada Allah


Umar memang terkenal dengan kekerasan dan keberaniannya. Sebab itu, tidak ada siapa yang berani menghalangnya ketika dia ingin berhijrah kerana mereka tahu mereka tidak akan dapat mampu menandingi Umar.


Sifat kerasnya itu memang telah ada pada dirinya sejak sebelum Islam lagi. Dan peribadi Umar itu telah membenarkan apa yang disebutkan oleh Rasul s.a.w. dalam satu hadisnya yang bermaksud :


“Manusia ini seperti besi. Sebaik-baik kamu dalam jahiliah adalah sebaik-baik kamu dalam Islam sekiranya kamu memahami.”


Betapa gerunnya orang kepada Umar sehingga diriwayatkan dalam satu hadis daripada Saad bin Abi Waqas, “Umar Al-Khattab meminta izin untuk bertemu Rasulullah s.a.w. Bersama Rasul ketika itu ada beberapa orang wanita sedang bercakap dengannya dan bertanya terlalu banyak soalan kepadanya sehinggakan suara mereka lebih kuat dari suara baginda. Bila Umar Al-Khattab meminta izin untuk masuk bertemu Rasul s.a.w., mereka lari da bersembunyi.


Rasulullah s.a.w. pun membenarkan Umar masuk,  maka Umar pun masuk dan melihat Rasul s.a.w. sedang tersenyum. Umar berkata, “Semoga Allah sentiasa membuatkanmu tersenyum, wahai Rasulullah.” Baginda berkata, “Aku berasa sangat ajaib dengan perempuan yang bersamaku tadi. Bila mereka mendengar suaramu, mereka terus berlari dan bersembunyi.”


Umar berkata, “Engkaulah yang lebih layak untuk ditakuti oleh mereka, wahai Rasulullah.” Kemudian Umar berkata (kepada perempuan-perempuan itu), “Wahai orang yang memusuhi diri sendiri, kalian takut kepadaku tetapi tidak kepada Rasulullah?”


Mereka menjawab, “Ya. Kerana kamu lebih garang dan keras daripada Rasulullah s.a.w.” Maka baginda pun bersabda. “Wahai Ibn Khattab, demi Tuhan yang nyawaku di tangan-Nya, tidaklah syaitan bertemu engkau di atas satu jalan melainkan dia akan memilih jalan lain.” [HR Bukhari, no. 3683]


Itulah Umar. Tegas. Keras. Garang.


Tapi hatinya lunak. Tersangat lunak kepada Allah s.w.t.


Sebab itu, kita dapati pesanan-pesanannya kepada panglima-panglima perang di zamannya bukanlah dari sudut strategi, kerana dia tahu ada orang yang telah menguruskan bahagian strategi peperangan itu. Tetapi pesanannya selalu menjurus kepada menjaga hubungan dengan Allah dan meninggalkan dosa.


Kerana bagi dirinya, itu adalah punca utama kemenangan. Dan itu juga adalah punca utama kekalahan.


Maka, Umar walaupun mungkin ada sebilangan sahabat yang gerun pada kekerasan dirinya, tetapi kita tidak harus menafikan bahawa hubungannya dengan Allah tersangatlah hebat.


 


Inilah Yang Membuatkan Dirinya Diiktiraf


Keputusannya mungkin selalu berbeza dengan Rasul s.a.w. dan Abu Bakar dalam beberapa sudut. Tetapi, keputusannya yang berbeza itu kadangkala seolah-olah diiktiraf kebenarannya melalui wahyu Allah s.w.t.


Bukanlah Umar itu seorang Nabi atau Rasul, tetapi kerana imannya yang benar kepada Allah s.w.t. membuatkan dia memiliki firasat yang tajam dan keputusannya selalu tepat.


Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam satu hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud :


“Di kalangan orang-orang sebelum kamu ada sesetengah orang yang sangat dikagumi. Jikalau ada dari kalangan ummatku orang untuk dikagumi, maka Umarlah orang itu.” [HR Bukhari, no. 3689]


Inilah rahsia seorang Umar.


Bermula daripada mengasah keimanan, akhirnya pandangan dan cara fikirnya pun berubah menjadi tajam. Ketika manusia mungkin menilai dunia dari sudut pandang keduniaan, tapi Umar menilai dunia dengan sudut pandang akhirat.


Barangkali, itulah yang menyebabkan telah tersimpan untuk Umar sebuah istana di syurga.


Hadis daripada Abu Hurairah r.a. juga yang bermaksud :


“Sewaktu aku tidur, aku bermimpi berada di syurga. Tiba-tiba aku melihat seorang perempuan sedang berwudhuk di tepi sebuah istana, maka aku bertanya, ‘Untuk siapakah istana ini?’ Mereka iaitu malaikat menjawab, ‘Untuk Umar Al-Khattab.’ Aku cuba untuk masuk, tetapi aku teringat akan kecemburuanmu lalu aku pun beredar dari situ. Setelah mendengar perkara itu, Umar menangis dan berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus cemburumu?” [HR Bukhari, no. 3680]


 


Penutup : Ketika Cinta Umar Melabuhkan Kemenangan Untuk Ummat


Islamnya Umar adalah satu kekuatan untuk ummat Islam. Dakwah yang bermula secara sembunyi-sembunyi di Makkah itu mula dizahirkan selepas Islamnya Umar.


Bukannya Umar inginkan namanya diangkat-angkat dan dipuji-puji kerana kekuatan yang ada pada dirinya itu, tetapi pada kadar kecintaannya kepada Rasul s.a.w. dan Islam, itulah yang mampu dilakukannya.


Setiap orang mencintai Rasul s.a.w. Dan Umar pun adalah salah seorang yang mencintai Rasul s.a.w.


Dia pernah cuba untuk bertanding dengan Abu Bakar dalam memberi sumbangan infaq kepada Islam, tetapi ternyata dia tidak pernah berjaya menang ke atas Abu Bakar. Pun begitu, sumbangannya kepada Islam sangatlah banyak sehingga pembukaan demi pembukaan wilayah baru Islam banyak dilakukan di zamannya.


Islamnya Umar adalah kekuatan, hijrahnya Umar adalah kemenangan.


Umar, adalah antara orang yang dicintai oleh Rasul s.a.w. “Pernah satu ketika, Amr Al-As bertanya kepada Rasul s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling engkau sayangi?”


Baginda menjawab, “Aishah.”


Kemudian, aku bertanya lagi, “Kalau dari kalangan lelaki?”


Jawab baginda, “Ayahnya.”


“Kemudian siapa?”


Baginda bersabda, “Umar Al-Khattab.” Kemudian, baginda menyebutkan beberapa nama lagi.” [HR Bukhari, Muslim, Ibn Hibban]


Sebening cinta Umar kepada Rasul s.a.w. melabuhkan kemenangan untuk ummat. Dia tidak duduk diam dan hanya berselawat semata-mata, tetapi dia mengusahakan sesuatu untuk perubahan ummat.


Maka, di manakah pula cinta kita terhadap Rasul s.a.w. telah berlabuh dalam ummat ini?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2012 14:52

Fotografi: [Exam Mode] I Want To Be Excellent


Tiada kesenangan disebalik kesusahan,

Tiada kecemerlangan disebalik usaha yang penuh matlamat dan bersungguh-sungguh.

kerana Allah pernah memberitahu kita didalam buku ‘manual-Nya’

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mana mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”

[13:11]


(Exif: Canon EOS 7D | Sigma 30mm | f2.2 | 1/60s )

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2012 01:47

December 16, 2012

Pemuda : Dakwah – Bukan Pengiktirafan Manusia Yang Kita Tagih

 



~ Picture by Umar Mita of LangitIlahi


Hari ini, wujud lebih ratusan, barangkali juga ribuan pendakwah di Malaysia tidak kiralah yang ber’title’kan ustaz ustazah ataupun tidak. Masing-masing berdakwah dan bergerak dengan cara masing-masing.


Ada yang bergerak secara individu. Ada yang bergerak bersama kumpulan.


Yang bergerak bersama kumpulan pula sudah pasti mempunyai organisasinya yang tersendiri, ada manhajnya yang tersendiri, ada prinsip berfikirnya yang tersendiri. Yang bergerak secara individu pun ada cara berfikir dan bawaan dakwahnya yang tersendiri.


Alhamdulillah, kita sangat bersyukur dengan wujud ramainya para pendakwah ini. Namun, ada masa-masanya para pendakwah harus kembali merenung semula jalan yang sedang mereka ukir untuk ummat ini.


Kala berdakwah, adakah pengiktirafan Allah yang lebih kita harapkan atau pengiktirafan manusia yang kita utamakan?


 


Tanpa Menafikan Keikhlasan Para Pendakwah


Tanpa menafikan keikhlasan para pendakwah yang benar-benar ingin membawa manusia menuju Allah, maka saya tulis hal ini sebagai peringatan untuk kita bersama.


Kerana kadangkala kegelinciran tujuan ini berlaku tanpa disedari oleh para pendakwah. Boleh jadi juga ia disedari, tetapi kadangkala kerana ego yang membenih dalam diri menyebabkan kesedaran itu tidak mampu mengubah penyakit ini.


Kita harus kembali bertanya kepada diri kita, ke manakah akan kita bawa dakwah ini?


‘Kepada Allah’. Benar. Memang itulah tujuan kita. Tetapi, kita ini manusia. Sehebat apapun kita, ada masanya kita ini terjatuh dalam kesilapan dan kealpaan. Adakalanya bukan kerana kealpaan, tetapi kerana hati kita telah mula dijangkiti penyakit.


Penyakit ‘inginkan diiktiraf manusia’.


 


Hendak Famous Atau Glamour?


Saya sekali-kali tidak ada masalah sekiranya seseorang itu menjadi glamour atau famous selamamana itu hanyalah alat untuk menyampaikan dakwahnya. Tetapi kadangkala ada orang yang tersilap menjadikan itu sebagai matlamat dakwahnya.


Kenapa berdakwah?

Kerana hendak jadi terkenal.


Kenapa berdakwah?

Kerana hendak disebut-sebut oleh orang.


Tambah lagi di saat ramai para pendakwah yang sedang naik namanya sekarang, maka ada yang bercita-cita untuk menjadi terkenal seperti mereka. Para pendakwah yang sedia ada ini, saya pasti bukan itu yang jadi tujuan mereka kerana melihat kesungguhan dan keseriusan mereka bekerja.


Ketika saya bersembang-sembang dengan seorang sahabat saya yang merupakan juga senior saya di Jordan ini, Ammar Ismail, dia telah mengungkapkan sesuatu sebagai peringatan :


“Hari ini, bila anak-anak muda tengok ramai ustaz-ustaz dari Timur Tengah yang naik namanya dalam masyarakat, ramai yang berebut-rebut ingin datang ke Timur Tengah. Kadangkala, bukan kerana hendak belajar sangatpun, tetapi kerana hendak jadi cepat terkenal.”


Ada benarnya apa yang diungkapkannya itu.


Kita perlu meneliti dan memuhasabah semula hal ini. Kerana kita kadangkala mendahulukan pengiktirafan manusia lebih daripada pengiktirafan Allah. Ke manakah kita akan bawa dakwah ini? Kepada siapakah akan kita persembahkan usaha-usaha dakwah ini?


 


Ingin Diiktiraf Oleh Gerakan Dakwah Antarabangsa?


Ada juga di antara kumpulan-kumpulan pendakwah yang inginkan pengiktirafan daripada gerakan dakwah antarabangsa. Saya sekali-kali tidak ada masalah dengan pengiktirafan ini.


Mahukan pengiktirafan, silakan.


Tetapi untuk mengaku ‘kumpulan saya lebih benar daripada kumpulan tu’ ataupun ‘kumpulan saya lebih ikhwani daripada kumpulan itu’ ataupun ‘kumpulan saya bawa dakwah sunnah, kumpulan tu tak sunnah’, pada saya ini adalah satu kerja yang tidak matang.


Saya sendiri, tidaklah peduli pengiktirafan-pengiktirafan begini.


Ya, peduli apa saya. Asalkan setiap orang memainkan peranan mereka masing-masing dengan baik, maka itulah yang akan jadi penilaian di hadapan Allah.


Saya tidak nampak ‘siapa lebih dari siapa itu’ itu akan memberi saham besar untuk kita di hadapan Allah. Apalagi, pengiktirafan itu tidak semestinya mewakilkan kebenaran itu semuanya kepada kita dan tidak semestinya pula menafikan kebenaran di pihak lain.


Kerana yang memberikan pengiktirafan itu adalah manusia, bukan malaikat, bukan Tuhan. Boleh jadi ia tersilap, boleh jadi ia salah dengar tentang kumpulan-kumpulan lain dan pelbagai macam lagi kemungkinan lain kerana ia sendiri tidaklah melihat keseluruhan usaha dakwah yang kita lakukan. Dia melakukan pertimbangan untuk pengiktirafan itupun berdasarkan sebahagian usaha kita dan apa yang kita khabarkan padanya.


Maka, saya memerhatikan perebutan ‘title-title’ tertentu ini adalah suatu yang taboo sekiranya kita ingin meletakkan diri dan kumpulan kitalah sebagai yang terbaik. Sekiranya dipanjang-panjangkan, ada orang yang akan merasa dirinya lebih baik dari orang lain, ada kumpulan yang akan merasa kumpulan dia lebih betul dan lebih sunnah dari kumpulan orang lain.


 


Manusia Tidak Akan Melihat Semua Yang Kita Lakukan


Kalau kepada manusia kita akan persembahkan dakwah ini, maka kita akan sedaya upaya melakukan sepadan dengan apa yang manusia itu mahukan, agar kerja-kerja dakwah kita ini disukainya.


Boleh jadi manusia itu akan suka, boleh jadi juga manusia itu akan tidak suka dengan apa yang kita lakukan.


Apatah lagi, kalau benar kita ingin diiktiraf oleh manusia, maka apakah yang manusia mampu berikan kepada kita sebagai tanda balas?


Tidak ada apa. Hanya sekadar pujian. Itupun kalau kita melakukan apa yang disukai di hatinya.

Kalau kita melakukan sesuatu yang salah ataupun berdosa, kadangkala manusia akan sibuk pula mencaci maki dan mengeji usaha kita.


Manusia, pergerakannya sangat terhad. Bukan semua yang kita usahakan di atas kehidupan ini diketahui olehnya. Dia sendiri tidak tahu apakah kesusahan-kesusahan yang telah dihadapi oleh kita. Kalau dia tahu sekalipun kesusahan-kesusahan yang kita hadapi, dia tidak akan pernah memahami dan merasainya kerana dia tidak berada di tempat dan situasi diri kita. Dia pun tidak tahu adakah kita bercakap benar ataupun sebaliknya. Kalau kita berbohong kepadanya pun, bukan dia tahu.


Terhad. Itulah hakikat penciptaan manusia.


Wawasan pandangnya terhad, cara berfikirnya terhad dan pergerakannya pun terhad.


Kalau kita letakkan harapan dakwah ini pada manusia, barangkali benar pun boleh berubah jadi salah, yang salah pun boleh nampak benar.


 


Penutup : Maka Apakah Ada Yang Lebih Besar Selain Dari Pengiktirafan Allah?


Dakwah kepada Allah.


Mari kembali memperbetulkan matlamat dan tujuan kita melakukan dakwah.


Jalan sudah benar, tetapi bila orang yang bergerak di atasnya kadangkala tidak mematuhi peraturan-peraturan di atasnya, maka ia akan mencacatkan keindahan jalan itu. Umpama kita berada di atas jalan raya, kita sudah tahu destinasi kita ke mana, kita juga sudah tahu jalan yang kita sedang pilih ini adalah jalan yang benar. Tinggal lagi kadangkala ada yang mahu cepat dan terlalu laju sehingga menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain, ada pula yang memandu dalam keadaan melelong, ada pula yang memandu terlalu laju, ada pula yang terlalu perlahan. Semua itu mengundang bahaya. Mungkin sampai, mungkin juga tidak sampai ke destinasi dengan selamat.


Jalannya baik dan benar, tetapi cara orang yang bergerak di atasnya itulah kadangkala yang mencacatkan dan mencalarkan akan keindahan jalan ini.


Kita tidak perlu berbalah atau bergaduh untuk merebut title di sisi manusia. Kerana title di sisi manusia hanya setakat di dunia. Nanti di akhirat, bukan jemaah mana jadi ukuran di depan Allah, bukan berapa ramai yang menyebut-nyebut nama kita dan jemaah kita, tetapi apa amal kita, itulah yang akan disoal.


Jemaah, kumpulan, gerakan, nama, kedudukan di sisi manusia, semua itu hanyalah wasilah. Jangan sampai kita tertukar menjadikannya pula sebagai matlamat kita.


Jelas yang ini, kalau manusia tidak mengiktiraf kita sekalipun ataupun tidak mengangkat-angkat kita, kita tidak akan pernah peduli. Kalau tidak ada mana-mana gerakan dakwah antarabangsa hatta kumpulan atau jemaah kita sendiri yang mahu mengiktiraf kita sekalipun, kita tidak pernah kisah. Kita tetap akan teruskan kerja-kerja dakwah ini.


Yang penting pada kita adalah pengiktitrafan segala kerja-kerja kita di sisi Allah. Itulah yang lebih utama. Semoga kita sentiasa memperbaharui niat dan matlamat kita ketika kita melaksanakan dakwah. Teruskan dakwah kalian !

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2012 03:03

December 15, 2012

Pengumuman: Projek Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf.

Assalamu’alaikum rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah. Semoga kalian sentiasa berada dalam redha Allah SWT.


InsyaAllah, LangitIlahi Consultancy bermula tahun 2013 ini akan melancarkan sebuah projek bernama Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf.


 



Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf.


Sepanjang 4 tahun(2009-2012) sudah Hilal Asyraf menulis, memang kami di LangitIlahi mendapat banyak soalan berkenaan bagaimana nak menjadi penulis, macam mana manuskrip yang mendapat perhatian editor, macam mana nak hasilkan karya yang islamik, tips-tips menjadi penulis yang baik dan banyak lagi.


Kerana itu, kami berusaha untuk menyediakan platform ini sebagai satu wadah dan peluang kepada rakan-rakan yang berhajat ingin menjadi Penulis Islamik. InsyaAllah kami akan mengikut giliran:


Wilayah Tengah – Gombak – 19hb Januari 2013

Utara – Alor Star – 9 Februari 2013

Pantai Timur – Pengkalan Chepa – 9hb Mac 2013

Selatan – Johor Bahru – 27hb April 2013


Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf ini adalah bengkel yang ‘ringan’, santai dan mudah difahami insyaAllah. Akan ada banyak sharing tips, pengalaman, dan pencerahan.


Bengkel ini modulnya dari pukul 8.30 pagi – 5.00 petang. Di tengah-tengahnya disediakan Minum Pagi, Makan Tengahari+Rehat Solat Zuhur, dan Minum Petang. Peserta akan mendapat Sijil Penyertaan. Hanya RM200 sahaja, dan kami akan buat promosi untuk early bird(yang daftar awal) 50%. Nak kena alert bila kami buka pendaftaran untuk bengkel di tempat anda ya.


Untuk keselesaan peserta dan penumpuan yang baik, kami akan terhadkan seat hanya kepada 50 peserta sahaja. Siapa cepat dia dapatlah sertai.


Semuanya tidak berakhir pada Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf ini sahaja.


 


TINTA


InsyaAllah kami bercadang untuk mengadakan Kursus Intensif Penulisan Kreatif Islami(TINTA – nama masih dalam perbincangan), yang akan diadakan selama 2 hari 1 malam di Wilayah Tengah. Yang ini, Hilal Asyraf akan coaching untuk para peserta buat sinopsis(ringkasan) karya peserta-peserta yang hadir. Peserta-peserta yang menyertai program TINTA ini juga akan mendapat peluang menyiarkan separuh daripada keseluruhan karya mereka secara bersiri di LangitIlahi.Com. Dan Hilal Asyraf akan memberikan recommendation terhadap karya peserta TINTA kepada syarikat-syarikat penerbitan, sekiranya dirasakan layak. Selain makan minum dan sijil penyertaan yang semestinya peserta-peserta perolehi.


TINTA akan berharga RM1500.

Terhad kepada 100 orang peserta sahaja.


Namun untuk peserta Bengkel Penulisan Islami Bersama Hilal Asyraf, anda akan mendapat 50% diskaun automatik bagi menghadiri TINTA ini. Istimewa.


 


Pengumuman


1 – Pendaftaran untuk Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf di Gombak akan mula dibuka pada 20hb Disember 2012. Mereka yang mendaftar sebelum 30hb Disember 2012, akan dapat diskaun 50%


Cara mendaftar akan diumumkan pada 16hb Disember 2012 di Page FB LangitIlahi Consultancy


 


2 – Tempat Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf di Gombak akan diadakan di:


Dewan Seminar Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas, Batu 4, Jalan Gombak, 53000, Kuala Lumpur.


 


Boleh track dengan GPS. Tulis sahaja Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Gombak.


Yang berkelapangan, yang berhajat, yang berminat, apa lagi, bersedialah nak daftar 20hb Disember 2012 ni ya. Siapa cepat, dapat rembat diskaun 50%. ^^


Promot-promotkan pada rakan-rakan ya.


Mari Menjadi Hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2012 07:14

December 14, 2012

Motivasi : Tips – Analisis 4 Prasyarat Sertai Pasukan Briged al-Qassam

 


[image error]


 


Mereka pejuang agama Allah SWT. Insan-insan yang terpilih kerana mereka punyai impian, cita-cita dan usaha.


Usaha meminang bidadari Syurga dengan berjuang di jalan Allah SWT.


Gambar By Sahabat al-Aqsa.Com


 


Briged al-Qassam.


Nama mereka kian gah dan menjadi sebut di mana-mana terutama bagi mereka-mereka yang peka dengan isu permasalahan Palestin.  Briged ini merupakan sayap ketenteraan bagi HAMAS yang menjadi gerakan utama di Palestin yang memperjuangkan membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel.


Pasukan bersenjata ini sangat-sangat ditakuti dan digeruni oleh Zionis Israel. Apakah sebenarnya kekuatan mereka?


Pada peringkat awal, mereka enggan mendedahkan kekuatan dan bilangan mereka kepada umum, tetapi akhirnya mereka menjelaskan sehingga kini mereka mempunyai sekitar 25,000 ahli al-Qassam yang terlatih di kalangan pemuda-pemuda yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun. Bermula tercetusnya Kebangkitan rakyat Palestin pada tahun 2000, seramai 800 tentera briged ini telah syahid dalam semangat mempertahankan dan memperjuangankan Palestin.


Kepimpinan HAMAS dan Al-Qassam sangat-sangat, – saya ulang sangat-sangat meniti beratkan kualiti dan latihan bagi setiap ahli briged kerana mereka merupakan tulang belakang dan nadi kepada perjuangan Palestin yang suci ini.


Kerana itu, jika dilihat kepada syarat minima untuk menyertai Pasukan Tentera Al-Qassam ini – seolah-olah ia sangat mustahil untuk dipenuhi namun, dengan izin Allah SWT – para pemuda Palestin sentiasa berusaha agar mereka terpilih untuk memikul amanah perjuangan ini.


Kita lihat beberapa syarat minima sertai pasukan ini :


 


[1] Konsisten Solat Subuh Secara Berjemaah Selama 6 Bulan Tanpa Tertinggal


Hah! Biar betul.


Solat Subuh – antara solat fardu yang tersukar untuk dilaksanakan kerana ujian, dugaan dan cabarannya sungguh banyak! Bagi pemuda-pemuda yang biasa dan konsisten dengan solat fardu Subuh, ia memberikan satu petanda bahawa jiwanya kuat dan mampu melawan hawa nafsunya sendiri.


Sungguh unik, syarat ini. Kayu ukur yang tiada dalam mana-mana syarat ketenteraan di dunia hatta di Malaysia. Ianya hanya ada di Palestin!


Kita bagaimana? – Tidak perlu 6 bulan. Kita ambil sebulan dahulu. Kita test dulu. Ok?


 


[2] Menghafal 30 Juzuk Al-Quran dan Hadis Nabi


Rata-rata pemuda-pemuda Palestin adalah ahli al-Quran. Mereka menghafal keseluruhan al-Quran dan menjadikan diri mereka sebagai Al-Quran yang bergerak dan berjalan. Adalah menjadi suatu keaiban di Palestin terutamanya di Gaza bagi sebuah keluarga, jika tidak mempunyai ahli keluarga yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.


Sudah menjadi kebiasaan di sana, kem cuti sekolah adalah fokus kepada menghafal Al-Quran. Saban tahun, beribu-ribu penghafal Al-Quran berjaya dilahirkan. Inilah semangat yang harus kita contohi.


Disamping itu, kebanyakan mereka juga menghafal hadis Rasulullah SAW. Ia sebagai panduan kehidupan dan jalan-jalan pencerahan menuju ke Syurga. Gandingan Al-Quran dan Hadis melekat kuat dihati mereka, dan inilah yang menjadikan syarat utama yang melayakan mereka untuk menjadi pejuang deen Allah SWT.


Rasa kerdil dengan syarat ini. Allah!


 


 


[image error]



Di sebalik topeng-topeng ini – terpancar wajah penuh bercahaya dengan keimanan, ketaqwaan dan kepasrahan kepada Allah SWT


Mereka juga mendapat jolokan Tentera Malaikat.


 


[3] Solat 5 Waktu Secara Berjemaah


Syarat ini sebenarnya adalah satu syarat yang sangat-sangat sukar untuk dilakukan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam harus dilakukan secara berjemaah. Tidak boleh sendirian.


Ia perlu konsisten dan istiqamah!


Ke mana sahaja mereka pergi, di waktu mana dan dengan sesiapa sahaja mereka berada – ketika masuknya waktu solat fardu, mereka kena pastikan mereka solat di awal waktu dan ia perlu disempurnakan secara berjemaah. Tiada pilihan – hanya dengan berjemaah!


Di medan tempur, di saat pengawal atau di kedai – solat fardu adalah keutamaan. Dan, berjemaah itu adalah satu imej yang biasa pada tentera al-Qassam.


Berjemaah adalah lambang kekuatan dan perpaduan yang utuh!


Anda setuju?


 


[4] Lazimi Puasa Sunat Isnin dan Khamis serta Solat Sunat Rawatib


Selain itu, sebagai bekalan kerohanian dan kejiwaan – mereka dimestikan membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat. Puasa sunat dan solat sunat rawatib adalah suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.


Puasa sunat Isnin, Khamis dan di hari-hari yang tertentu dalam sunnah Rasulullah SAW dititikberatkan dan semua ini dilakukan secara terancang, konsisten dan penuh kesungguhan. Begitu juga dengan solat sunat rawatib iaitu sebelum dan selepas solat fardu – ia adalah satu amalan yang perlu dilakukan tanpa lalai dan alpa. Menariknya, mereka mempunyai sistem untuk menyemak, menilai dan mensistemkan semua ini.


Bersungguhnya mereka!


 


Penutup : Jalan Perjuangan Perlukan Kekuatan Hakiki


Secara analisanya, jika diamati bahawa kenapa prasyarat untuk sertai Briged al-Qassam sedemikian rupa. Ia terlalu ketat, hampir-hampir mustahil dan sukar dipenuhi. Kalau inilah yang dilakukan di tanah air kita yang tercinta, Malaysia – pasti tiada yang layak!


Satu sahaja, semua ini kerana perjuangan mereka adalah perjuangan yang harus ada padanya bantuan dan pertolongan Allah SWT. Dan, bantuan dan pertolongan Allah SWT tidak akan menjelma jika pejuang-pejuangnya tidak benar-benar bersih jiwanya, mantap keyakinannya dan kukuh prinsipnya.


Itulah kekuatan hakiki yang ada pada mereka. Jadi, tidak hairanlah kenapa mereka begitu hebat, luar biasa dan ada aura kekuatan yang tersendiri.


Itu mereka. Dan, kita harus contohnya gerak kerja mereka.


Bagaimana? Satu persoalan untuk sama-sama difikirkan.


——————


Perjuangan Demi Perjuangan : Dimana Posisi Kita?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2012 00:35

December 11, 2012

Kehidupan: 12.12.12.


12hb 12 2012.


Ramai yang excited dengan tarikh ini. Membuatkan saya ingin mencoretkan barang sedikit bicara berkenaan ‘nombor-nombor’ ini. 12.12.12 tambah hangat apabila inilah kali terakhir kita akan melihat hari, bulan dan tahun mempunyai nombor yang sama, sebelum kita bertemu dengannya semula 1000 tahun akan datang. Kerana selepas ini tahun akan menjadi 2013, 2014, 2113, 2599 hinggalah tahun 3001, baru kita boleh menjumpai 01.01.01 atau 07.07.07 atau 12.12.12  semula kerana bulan-bulan kita hanya 12 bulan sahaja.


Kita di Malaysia memang dipengaruhi kuat dengan nombor-nombor, bintang-bintang dan sebagainya memandangkan kita hidup dalam masyarakat majmuk. Sebab itu tidak hairanlah ya anak-anak kita suka dengan perkara seperti horoskop, ramalan tarikh lahir dan sebagainya.


Tersusup di dalam hati kita bahawa, tarikh-tarikh yang ‘nampak special’ itu seperti ada kesaktiannya yang tersendiri.


Saya tahu ada yang tidak percaya dengan perkara ini, tetapi saya sekadar menulis bagi yang mungkin benar-benar yakin bahawa nombor-nombor ini ada ‘kuasa’nya yang tersendiri.


 



Segala Kekuatan, Kebaikan, Kelebihan itu Hanya Datang Daripada Allah


Kita perlu memahami bahawa, tiadalah yang memberikan kita ini apa-apa, melainkan Allah SWT lah yang memberikannya kepada kita. Bukan tarikh-tarikh tertentu, bukannya orang-orang tertentu, bukannya nombor-nombor tertentu. Kerana Dialah yang paling perkasa, dan seluruh kekuatan adalah kepunyaanNya.


“(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” Surah An-Nisa’ ayat 139.


“Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha Perkasa.” Surah Al-Hajj ayat 74.


 


Dan Allah SWT menyatakan bahawa segala rezeki yang kita perolehi, adalah daripadaNya.


“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” Surah Hud ayat 6.


“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.


 


Diharamkan Kepada Kita Untuk Mempercayai Nombor-nombor, Tilik Nasib dan Judi.


“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.” Surah Al-Maidah ayat 3.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Surah Al-Maidah ayat 90.


Justeru, di sini, menenun nasib, atau menilik nasib, adalah diharamkan di dalam Islam. Kerana, dengannya, kita akan mempercayai bahawa cara itu kita akan dapat mengetahui masa hadapan kita. Dapat memberikan tuah dan sebagainya. Ini tidak khusus semata-mata pada tilik nasib menggunakan panah sahaja. Tetapi juga menggunakan nombor-nombor, berjumpa bomoh, mengikut petanda-petanda itu dan ini, dan sebagainya.


Apa jua bentuk tilik nasib, cuba mendapat tuah dengan bergantung kepada selain Allah SWT, adalah haram kerana secara tidak langsung, ianya telah mensyirikkan Allah SWT.


 


Penutup: Berhati-hatilah.


Dalam keterujaan kita dengan nombor-nombor ‘menarik’ seperti 12.12.12 ini, menjadikannya tarikh kahwin, tarikh tunang, tarikh tertentu yang penting dalam hidup kita, atau sebagainya, janganlah hingga kita tersasar hingga mengangkat tarikh ini menjadi seperti ‘sakti’ dan punya ‘kelebihannya’. Tidak salah nak berkahwin, nak bertunang, nak buat event pada tarikh-tarikh sebegini. Tidak salah. Tidak haram. Selagi mana kita menganggap ianya sekadar satu tarikh, di mana mungkin pada hari itu kita lapang untuk berkahwin, bertunang, atau melakukan sesuatu di dalam hidup kita. Atau kita nampak, tarikh itu bermakna, kerana susunan nombornya mudah diingat dan sebagainya.


Tetapi jika kita menganggap pada tarikh tersebut akan munculnya tuah dalam hidup kita, dengan tarikh tersebut akan dipermudahkan urusan kita, dengan tarikh tersebut hidup kita akan menjadi lebih istimewa, maka kita sebenarnya telah terseret ke lembah yang merbahaya. Perasaan ini akhirnya bukan sahaja akan berlaku pada tarikh itu, kita akan berusaha pula mencari nombor-nombor ‘cantik’ yang lain, kononnya hendak mendapatkan tuah yang kita dapat kerana mengikuti tarikh ‘special’ sebegini.


Ini juga akan membawa kepada masyarakat selepas kita, mempercayai kesaktian nombor-nombor sebegini.


Kita ambil ibrah daripada peristiwa orang-orang soleh yang muncul sebelum Nabi Nuh. Apabila mereka mati, orang ramai membuat gambar mereka dan digantung. Sebelum beribadah, semua melihat gambar itu untuk menaikkan semangat mereka dalam beribadah. Tetapi bila zaman berzaman berlalu, orang-orang selepas mereka menganggap melihat gambar itulah ibadah, dan akhirnya mereka membuat patung dan menyembah orang-orang Soleh itu.


“Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr.” Surah Nuh ayat 23.


Sekadar sebuah muhasabah.


Semoga bermakna.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2012 19:02