Hilal Asyraf's Blog, page 123
January 15, 2013
Kritikan Sosial: Khawarij dan Demonstrasi
google.com
Beberapa hari lepas, seseorang bertanyakan saya perihal video berkenaan sebuah program yang menyatakan demonstrasi sebagai haram dan mengatakan mereka yang terlibat dengannya sebagai khawarij(pemberontak) yang merujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah berlangsung pada 12/1/2013. Video ini[i] disebarkan di laman social youtube sebelum rencana perhimpunan dibumikan.
Saya mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini. Oleh itu, saya nukilkan tulisan ini supaya idea yang saya cerna bisa dikongsi dalam suasana realiti di Malaysia. Boleh jadi ia bernas, boleh jadi ia hanya halwa mata pembaca. Terpulang kalian menilainya. Tambahan,selalu perkara yang saya tekankan adalah saya berlapang dada dalam perbezaan pandangan dan tidak bermaksud mempamerkan kebijakan berbanding mereka yang lebih tinggi ilmu.
Label
Sebelum saya mengupas lebih mendalam tentang isu berkaitan, saya rasa gejala melabel ini bukan suatu sikap yang baik bahkan ia membawa keburukan kepada diri kita dengan menunjukkan keburukan akhlak kita sendiri juga membawa keburukan kepada orang lain dengan tersebar keaibannya di mata masyarakat.
Di samping itu, budaya melabel boleh menutup pintu perbincangan secara ilmiah dan progresif. Maka akan lahirlah peribadi yang hanya menurut sesuatu pendapat tanpa ada soal-selidik dan penilaian kritis terhadap sesuatu isu. Padahal pembincangan secara matang itu amat dituntut supaya kita bisa menilai yang mana satu buah idea yang terbaik untuk dituruti. Allah berfirman:
“Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”(Az-Zumar:18)
Begitulah saranan Allah agar kita bukan sahaja mendengar atau meminta orang untuk pendapat kita semata-mata tetapi juga menghormati pendapat orang yang lain yang mungkin lebih bernas dan membuat pertimbangan yang baik antara keduanya.
Istilah Khawarij
Sejarah[ii]
Sejarah lafaz khawarij ini merujuk kepada sekumpulan manusia yang tidak puas hati kepada keputusan Saidina Ali r.a untuk berdamai dengan Muawiyah r.a selepas peristiwa tahkim(penghukuman) dalam peperangan Siffin. Mereka menuntut perang harus diselesaikan dan tidak boleh berakhir dengan perdamaian, namun cadangan mereka ditolak. Lalu muncullah golongan ini yang membentuk ideology melampau dengan mengkafirkan orang Islam, menumpahkan darah dan merampas harta benda hingga akhir sekali seorang dari mereka iaitu Abdul Rahman bin Muljam berjaya membunuh Saidina Ali.
Al-Quran
Dalam Al-Quran ada disebutkan sifat pemberontak tetapi tidak disebut sebagai khawarij tetapi bughah. Sepertimana firman Allah s.w.t:
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah (Al-Hujurat:9)
Merujuk kepada konteks ayat ia berlaku ketika mana ada dua pihak daripada orang beriman bermusuhan dan perlu didamaikan. Di sini saya ingin mendefinisikan takrif pemberontak yang zalim sepertimana terdapat dalam kitab tafsir[iii] adalah mereka yang keluar daripada pemerintahan yang adil dan meminta sesuatu yang bukan daripada hak mereka.
Hadis[iv]
Adapun bibit pemberontakan daripada kepimpinan yang adil sebenarnya telahpun bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi seperti mana hadis baginda:
Ketika Rasulullah s.a.w sedang membahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba Abdullah bin Dzilhuwaisirah At-Tamimi datang seraya menegur nabi s.a.w: “Hendaklah engkau berbuat adil!” lalu spontan nabi menjawab: “Jika aku tidak berbuat adil siapa lagi yang akan berbuat demikian?” Umar r.a yang mendengar ucapan Abdullah itu meminta kepada baginda untuk memenggal leher lelaki tersebut tetapi dihalang oleh nabi s.a.w. kerana khuwatir dikatakan membunuh sahabat sendiri di masa hadapan kelak. (HR Bukhari no.6933)
Takrif konkrit
Merujuk kepada istilah khawarij atau khuruj(berpaling) dari pemerintahan yang dicerca oleh agama, saya mengambil pentakrifan yang diberikan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi[v] iaitu berpaling daripada pemerintahan yang berpegang teguh pada hukum Allah dalam keadaan bersenjata yang natijahnya menimbulkan pertumpuhan darah dan huru-hara serta fitnah.
Malaysia
Mungkin sebilangan kita dan juga disebutkan dalam video berkenaan bahawa kerajaan kita masih berpegang teguh dengan syiar islam dengan masih adanya azan, masjid-masjid yang banyak yang dihidupkan dengan solat, pengurusan zakat dan haji yang baik dan sebagainya. Satu pujian. Tambahan lagi, mereka menyebutkan bahawa jika terdapat kelemahan itu suatu perkara yang biasa.
Pertamanya, kita perlu melihat skop pentadbiran berteraskan islam dengan lebih luas. Bukan sahaja pada masjid-masjid dan juga rukun islam yang lain yang sewajibnya menjadi tanggungjawab pemerintah islam untuk memastikan perkara itu boleh dilaksanakan dengan baik dalam negara kita. Namun, asas-asas islam dalam pentadbiran seperti keadilan perlu ditekankan. Saya membawa suatu contoh supaya hujah saya bukan sekadar atas angin iaitu kebebasan media yang hanya dikuasai satu pihak sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak lain terutama terdiri dalam kalangan pembangkang untuk menyuara atau menjelaskan pendapat mereka.
Adapun saya akui setiap manusia ada kelemahan baik dari pihak kerajaan atau sebaliknya. Begitu juga saya. Namun, kelemahan bukanlah bermaksud kerosakan. Ia adalah dua perkara berbeza kerana manusia sememangnya lemah atas sifat yang Allah ciptakan, tetapi kerosakan yang dibuat bukanlah atas sifat insani tetapi pada tangan-tangan mereka yang rakus dalam berkuasa.
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013
Atas hujah ini(pemerintahan masih berteraskan islam) mereka terus menyatakan bahawa mereka yang berhimpun sebagai khawarij padahal ciri-ciri membawa senjata hingga membawa pertumpahan darah tidak berlaku yang merujuk kepada perhimpunan aman yang telah dilaksanakan.
Walaubagaimanapun, saya masih kurang setuju dengan provokasi sesetengah pihak yang mencetuskan huru-hara. Bagi saya kita tidak boleh nak anggap dalam perhimpunan besar itu semua yang hadir akan memberi kerjasama dengan baik kepada pihak penganjur.
Dalam sejarah[vi] ketika perdamaian telah dipersetujui oleh Saidina Ali r.a dengan Aisyah r.a yang akan dimetraikan, masih lagi ada golongan yang dengki dengan Islam bertindak menghasut dan mencetuskan peperangan yang disebut sebagai perang Jamal yang pada asalnya akan berkesudahan dengan perdamaian tanpa ada peperangan bersenjata.
Sebab itu, mereka yang mula melakukan provokasi yang membawa huru-hara kepada sesebuah perhimpunan aman tidak kira dianjurkan oleh sesiapapun adalah suatu kesalahan.
Selain itu, berdasarkan ayat Al-Quran beserta tafsir yang saya bawakan merujuk kepada ciri-ciri pemberontak itu adalah mereka menuntut sesuatu yang bukan menjadi hak mereka. Saya melihat sepuluh tuntutan yang disenaraikan deklarasi HKR KL112[vii] merupakan hak rakyat yang masih belum ditunaikan. Oleh itu, mengatakan mereka yang berhimpun secara aman sebagai pemberontak adalah tindakan yang tidak adil.
Demonstrasi haram?
Merujuk semula kepada hukum yang dikeluarkan dengan menyatakan bahawa demonstrasi ini adalah haram saya ingin mengambil sirah pada zaman baginda ketika mana Saidina Umar sendiri mencadangkan sebuah perarakan[viii]:
Selepas mengisytiharkan keislamannya di rumah Al-Arqam, beliau berkata: “Ya Rasulullah, bukankah kita dipihak yang benar, sama ada kita hidup atau mati? Nabi menjawab: “Ya, demi tuhan yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya kamu berada di pihak yang benar, sama ada kamu hidup atau mati.”
Umar r.a berkata lagi: “Jika begitu, kenapa kita bersembunyi? Demi Tuhan yang mengutuskanmu denga kebenaran, kamu pasti akan keluarkan kami dari persembunyian ini.” Lalu baginda mengeluarkan para sahabat dalam dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Saidina Hamzah, satu lagi diketuai oleh Umar r.a sendiri. Derapan langkah mereka begitu mantap dan teratur, seperti hentakan penumbuk batu ke dalam lesungnya, sehingga mereka berjaya memasuki Masjidi Haram.
Kata Umar r.a: “pada saat itu kaum Quraisy melihat aku dan Hamzah r.a, mereka terus berasa kecewa dan hampa.” Semenjak itu, Rasulullah s.a.w telah menggelarku Al-Farouq.
Merujuk kepada peristiwa ini, dapat digambarkan kepada kita bahawa perarakan atau perhimpunan secara aman sebenarnya dibenarkan dengan syarat tiada berlaku pertumpahan darah selain menghalang daripada berlakunya provokasi yang boleh menimbulkan huru-hara.
Akhir kata
Ini adalah pandangan peribadi penulis berkenaan dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Jika ada kalangan pembaca yang berbeza pandangan boleh kemukakan hujah dan idea kalian dalam suasana perbincangan yang matang yang jauh daripada emosi.
Saya bukan suka-suka untuk mengkritik sesiapa tetapi harapan saya agar Malaysia akan lebih harmoni dari sudut pentadbiran yang adil dan juga rakyatnya yang matang dalam pemikiran serta mempunyai nilai peribadi yang terpuji.
Akhir sekali, saya menyeru para pembaca untuk kita lebih cakna perihal isu semasa. Bukan semestinya berhujah tetapi melihat dan cuba menilai dengan kematangan ilmu kerana manusia bukan sahaja dicipta menjadi hamba untuk mengabdikan diri pada-Nya juga sebagai pentadbir alam ini.
Wallahualam~
[i] http://www.youtube.com/watch?feature=...
[ii] دراسة عن الفرق في لتاريخ عن المسلمين الخوارج والشيعة m/s 31
[iii] تفسير حدائق الروح والريحان m/s 405
[iv] دراسة عن الفرق في لتاريخ عن المسلمين الخوارج والشيعة m/s 38
[v] Yusuf Al-Qardawi dan Kebangkitan Rakyat, m/s 158
[vi] دراسة عن الفرق في لتاريخ عن المسلمين الخوارج والشيعة m/s 30
[vii] https://twitter.com/MahasiswaMsia/sta...
[viii] Yusuf Al-Qardawi dan Kebangkitan Rakyat
January 14, 2013
Umum: Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf.
Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf merupakan sebuah projek di bawah anjuran LangitIlahi Consultancy. Projek ini dimulakan pada awal 2013.
Bengkel ini akan dilaksanakan pada 4 zon yang berbeza:
Zon Wilayah Tengah – Gombak – 19hb Januari 2013
Zon Utara – Alor Setar – 2 Februari 2013
Zon Pantai Timur – Pengkalan Chepa – 9 Mac 2013
Zon Selatan – Johor Bahru – 27 April 2013
Pendaftaran biasanya akan dibuka sebulan sebelum tarikh program, atau sekitar itu.
Bengkel yang berjalan selama 1 hari ini(8.30 pagi – 5.00 petang) akan menyentuh pelbagai isu asas dalam penulisan, dan akan diserikan dengan perkongsian pengalaman oleh Hilal Asyraf sendiri.
Hilal Asyraf merupakan penulis muda yang lahir pada 16 Januari 1989, yang mula menceburkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 2009 kala beliau berumur 20 tahun. Dalam masa 4 tahun, beliau telah menghasilkan 20 buah karya. Beliau juga merupakan lepasan pengkhususan Usuluddin, Kuliyyah Syari’ah, Yarmouk University, Irbid, Jordan.
Yuran buat setiap siri Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf ini adalah RM200 asalnya. Tetapi setiap kali pendaftaran dibuka, yang mendaftar dalam minggu pertama kala pendaftaran dibuka akan mendapat diskaun 50%
Seat pula terhad hanya kepada 50 peserta sahaja setiap sesi.
Senarai karya Hilal Asyraf semenjak tahun 2009-2012. Semuanya boleh didapati di LangitIlahi Store - http://langitilahi.com/store
Selepas tamat dengan siri Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf ini, kami akan mengadakan Bengkel Penulisan Islamik INTENSIF Bersama Hilal Asyraf selama 2 hari 1 malam.
Bengkel INTENSIF itu pula akan memberikan fokus kepada mereka yang betul-betul serius hendak menjadi penulis, dan Hilal Asyraf akan menjadi coach sepanjang 2 hari 1 malam itu agar peserta pulang daripada bengkel dengan mempunyai asas dan rangka untuk karya mereka.
Bengkel INTENSIF ini insyaAllah akan diadakan dalam bulan Mei 2013 di kawasan Wilayah Tengah.
Peserta Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf akan mendapat potongan harga istimewa jika menyertai Bengkel INTENSIF ini.
Segala soalan dan pertanyaan, boleh diajukan ke email consultancy@langitilahi.com
Sekian.
Fotografi: Langit Tanpa Tiang Itu.
Realm Of The Spirits – Mount Kinabalu
Pandang langit yang tanpa tiang itu,
kemudian ceritakan kepadaku bagaimana engkau mahu ingkar kepada Pencipta langit itu.
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُن فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّوَرِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
”Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: Jadilah, lalu terjadilah, dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang gaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’am ayat 63.
January 13, 2013
Sisters: Sambal tumis atau goreng berlada?
“Barallahulakuma, wa baraka Alaikuma, Wajama’a bainakuma fii khair”
Ucapan ini saya terima pada penghujung tahun lalu tanggal 22 Disember 2012 dan hingga kini setelah hampir tiga minggu melayari bahtera rumah tangga, ucapan itu sentiasa bermain-main di kotak fikiran sementelah masih ramai yang datang mendoakan dan mengucapkan moga keberkatan dan kebahagiaan sentiasa mewarnai masjid yang baru dibina ini. Amin amin ya Allah. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan majlis berjalan dengan lancar penuh kesederhanaan beserta seribu satu harapan, doa dan kasih sayang dari seluruh insan yang terlibat.
Maaf andai perkahwinan ini tidak diwar-warkan secara langsung di Langit Ilahi. Bagi mereka yang tahu dan berkesempatan hadir, jazakumullah khairan kathira saya dan zauj ucapkan. Bagi yang baru mengetahui, doakan kami agar masjid yang dibina ini di bawah lembayung redha dan barakah dariNya.
Permulaan
Saya bagaikan dilahirkan semula pabila sah diri ini dinikahkan dan diserahkan kepada seorang lelaki bernama suami. Masih ingat saat ijab dan kabul yang disempurnakan oleh abah. Ummi menangis usai amanah diserahkan kepada menantunya. Terkesima saat itu mengenangkan tumpahnya air mata ummi menyerahkan anak perempuan sulungnya untuk menjalani kehidupan sendiri. Setelah itu, segalanya yang perlu saya dahulukan ialah si suami. Dan ini bagi saya bagaikan lahir dalam kehidupan yang baru.
Hadirnya seorang suami, Allah kurniakan pakej lengkap ibu dan ayah mertua. Bertambah juga bilangan adik-adik saya. Perhatian dan kasih sayang saya juga perlu dibahagikan. Saya diterima dengan baik oleh keluarga besar suami. Sehubungan dengan itu juga, saya perlu belajar merendah diri menerima dengan hati terbuka keluarga suami.
Dunia kita berbeza
Dalam tempoh singkat menjalani kehidupan baru sebagai seorang isteri, saya lihat terlalu banyak jurang perbezaan antara saya dan suami. Begitu juga dengan kehidupan keluarga saya dan keluarga suami. Minat, kecenderungan hinggalah kepada teknik memasak juga terlalu banyak jurang bezanya yang perlu saya amati, fahami dan cuba laksanakan.
Usai majlis kenduri di sebelah suami, kami tinggal hampir seminggu lebih di rumah mertua. Di kesempatan itu, suami tidak putus-putus menyarankan agar saya belajar memasak dengan ibunya. Belajar selok belok pengurusan rumah tangga dengan ayahnya dan juga belajar memahami kerenah adik-adiknya. Saya kira didikan yang saya terima dari ummi dan abah sudah cukup lengkap dan sempurna untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang isteri yang baik buat suami dan menantu yang baik pada ibu bapanya. Hakikatnya, saya ibarat melangkah ke dunia yang lain. Perlu belajar segalanya dari kosong. Perlu menerima ilmu dan teknik baru dengan penuh lapang dada.
Suami sangat gemar ikan bilis goreng berlada. Dalam tempoh pertunangan yang lalu bakal ibu mertua pernah mengkhabarkan perihal ini dan adiknya juga pernah menasihatkan saya supaya belajar memasak masakan ini. Masakan ini sebenarnya tak jauh bezanya dengan masakan sambal tumis yang biasa ummi ajarkan. Maka saya kira sudah cukup mahir dengan masakan ini. Hanya perlu dikekalkan teknik dan rasa. Rencah dan bahannya sudah saya hadam dan ingat.
Setelah berkahwin, suami berhajatkan ikan bilis goreng berlada. Saya masak cara saya, teknik yang ummi ajar, kebiasaan yang saya lakukan bila memasak sambal tumis. Sambal tumis saya berkuah dan ikan bilisnya tidak terlalu garing. Bila suami makan, ada raut tidak puas di wajahnya. Dengan penuh kelembutan suami menyarankan saya belajar dari ibunya ikan bilis goreng berlada kegemarannya. Baru saya tahu cara saya tidak menepati cita rasanya. Teknik saya jauh berbeza dengan cara ibunya. Sambalnya kering dan kurang berminyak. Ikan bilisnya pula garing dan bila disimpan dan dihangatkan semula masih terasa garingnya.
[image error]ikan bilis goreng berlada yang dimasak oleh saya buat suami, moga Allah redha ~gambar dari fb suami~
Merendah diri dan berlapang dada
Dalam tempoh yang singkat ini dan masih bertatih belajar menjadi seorang isteri, saya perlu banyak belajar merendah diri dan berlapang dada. Jika sebelum ini, saya berangan-angan ingin membuat itu, berimpian ingin buat ini dalam kehidupan rumah tangga saya, kini pabila berada dan melalui sendiri barulah saya tahu semua ini bukan hanya sekadar tergantung pada angan-angan dan impian. Saya sekarang dalam fasa perlaksanaan dan sungguh bukan semudah angan-angan atau sekadar memasang impian.
Perbezaan yang wujud membuktikan bahawa kami disatukan adalah untuk saling melengkapi. Kurang atau lebih itu sebagai rencah dan warna dalam rumah tangga untuk kami hayati, nikmati, fahami dan pelajari antara satu sama lain. Lengkap keduanya ialah apabila wujudnya persefahaman dan penerimaan. Memang melaksanakan tidak semudah ungkapan. Bak kata suami dalam tazkirah pendek selepas menjamah hidangan masakan pertama hasil air tangan isterinya, ” 24 tahun kita hidup dalam dua dunia yang berbeza. Dengan sekali lafaz, kita sah menjadi suami isteri dan dari saat itu kehidupan 24 tahun yang lalu akan melalui corak yang berbeza. Suami perlu belajar kehidupan isteri. Dan isteri perlu belajar kehidupan suami. Untuk berubah dalam masa yang singkat tidak mudah. Tapi belajar, faham dan bergerak untuk sentiasa meningkatkan diri itu lebih baik dari tergesa-gesa mencapai kesempurnaan.”
Jika dahulu saya fikir saya boleh membahagikan masa untuk memastikan rumah tersusun rapi, makan pakai suami terjaga dan kepentingan suami terpelihara. Pabila melalui sendiri, baru terasa semput dan lelahnya. Sebahagian diri saya sudah menjadi hak dan milik suami. Begitu juga dengan masa dan kehidupan saya.
Selalu apabila melihat saya kepenatan, suami datang dengan kelembutan memberi kata peransang, “ini semua pahala buat sayang”. Ya Allah, mendengarkan itu bergetar jiwa saya. Betapa semua yang dilakukan ini jika hadir taat dan ikhlas, suami pula redha dan bahagia, akan Allah anugerahkan pahala dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Apa lagi yang ingin saya minta selain redha suami dan redha Allah?
Penutup: Medan mengutip pahala buat wanita
Ramai yang tanya apa perasaan setelah berumah tangga? Saya pasti rakan-rakan pembaca yang lain pernah juga berhadapan dengan soalan begini. Jawapan saya pabila disoal hanya satu, “Saya tenang setenangnya.” Rumah tangga ini adalah ketenangan utama yang ingin saya capai dalam menghadapi kehidupan yang lainnya. Kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja. Rumah tangga ini juga adalah medan mengutip pahala buat wanita. Setiap amal yang kita lakukan buat suami kita, penuh kesabaran dan ketaatan akan Allah ganjarkan dengan nilai pahala yang tak terhingga. Mari kita muhasabah dengan ayat Allah ini dari surah An-Nisa’:34:
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telaj melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh Allah Maha Tinggi, Maha Besar”
Mudahan Allah redha dengan baitul muslim yang dibina ini.
January 12, 2013
I’m Academically Challenged, are you?
“There’s always light in darkness”
Picture by Umar Mita of Langitilahi
“I’m Academically Challenged, are You?”
In my family, I’ve always been known as the “underachieved child” (a tittle I made up, not given by my family). I mean underachieved academically. Academic performance issues are my specialty.
Almost every year, whether they were in primary school or high school, their faces will be on the stage receiving “Outstanding Academic Awards” and I’ll put on a fake smile, happy for their achievements but sad for my underachievement.
Their yearly report cards were marked with blue pens with soothing remarks by their teachers like “Well done!”, “Congratulations!” or “Good Attempt!” but my report card were marked with red pens with lamentable comments like “Try harder next time”, “You can do better” or “Believe in yourself” with the absence of the exclamation mark.
Upon witnessing my other siblings receiving their results with flying colors but not me, I grew up thinking that I was stupid. And I believe, there are many out there who feel the same as me.
If the expressions such as “Vertically Challenged”, “Horizontally Challenged” and “Mentally Challenged” are euphemistic terms to politely exemplify the meanings of short, fat and mentally retarded people respectively, I’ve come across a term to describe academic underachievers. This is what I call “Academically Challenged.”
Defining “Academically Challenged”
The phrase “academically challenged” is relatively new and not widely used as a euphemism or not used at all. If other euphemisms like “Physically challenged” mean “disabled people”, then academically challenged people would connote “People with low degree of intelligence.”
This definition, I disagree utterly as there are many people who succeeded in their lives without academic intelligence.
Claiming people as having sub-marginal intelligence or being mentally underdeveloped is too much. Academically challenged people are far from being stupid or dump. This is only a euphemism to subtly connote low academic achievers. Their underperformance is not because they are mentally incapable but, simply said; their specialties are not in academic intelligence.
My definition is “People with much intelligence other than academic intelligence.” The iconic people like Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Steve Wozniak, Richard Branson, Bill Gates and many more have proved to the world that academic intelligence is not enough.
Can’t rely solely on Academic intelligence
Academic intelligence (also known as analytical) has always been contradicted with practical intelligence. They have been arch partners for so long. Some people excel in the former, some excel in the latter.
Grigorenko, E. L., Meier, E., Lipka, J., Mohatt G., Yanez, E., & Stenberg, R. J. (2004) defined both academic intelligence and practical intelligence as:
Although specifics of definitions of academic and practical intelligence vary between studies and cultures, the thrust of these notions remains the same: the concept of academic (analytical) intelligence is used to signify the person’s ability to solve problems in academic (classroom-like) settings, whereas the concept of practical intelligence is used to signify the person’s ability to solve problems in everyday settings (practical life problems). For children, aspects of classroom-like settings may invoke practical intelligence. For example, knowing the information for a test invokes largely academic intelligence, but knowing how to study for the test invokes a great deal of practical intelligence.
Academic intelligence has to be backed up with practical intelligence. The perfect marriage gives birth to students who are creative, analytical and matured. Creativity is crucial for students to generate new ideas and enable them to adapt to a rapidly changing world, analytical skills, for them to inspect and choose the best out of the best choices in life and maturity here means ripeness of experiences.
Academic intelligence is undeniably important but relying solely on it is a fatal mistake. In a cultural context, Malaysia particularly, academic intelligence is associated with the number of As. Malaysia was aroused with the outstanding achievements of the increasing numbers of As in the SPM results in the last 10 years have led to the notion of “The more number of As you get, the more intelligent you are.” This idea may not be sanctioned but the cultural pursuit of As have made it into an objective students must fulfill.
Students were drilled to chew on facts, digest them overnight and vomit it on paper. For students who did not score adequate results in their exams, they would feel that they are stupid, useless and to some extent, despicable.
Find your specialty
According to Howard Garner’s Multiple Intelligence (MI) theory in 1983 book first edition of “Frames of Minds,” he claims that all human beings have multiple intelligences. These multiple intelligences can be nurtured and strengthened, or ignored and weakened. Howard Gardnerdefined the first seven intelligences in 1983. He added the last two in 1999.
The nine intelligences are Verbal-Linguistic Intelligence, Mathematical-Logical Intelligence, Musical Intelligence, Visual-Spatial Intelligence, Bodily-Kinesthetic Intelligence, Interpersonal Intelligence, Intrapersonal Intelligence, Naturalist Intelligence and Existential Intelligence.
What can be deduced from here is that, human possesses all these intelligences but between the intelligence, one may be stronger or weaken than the other.
One prominent literally scholar of the 20th Century English, Marmaduke Pickthall is a good example of a person who has a stronger intelligence of Verbal-Linguistic Intelligence compared to other intelligence.
This can be seen when he returned to England in 1894 and sat for exams to enter the Levant Consular Service, but despite outstanding marks in language, he placed too low in other subjects.
Marmaduke Pickthall in his 30 year career as a writer, novelist, political and leader has written over 25 books. His last work is “The Meaning of the Glorious Koran” in 1930, a widely used translation of the Quran.
In order to find what type of intelligence fit us best, we have to know ourselves. We have to exhaust all possible areas hidden in ourselves. We may not be good in academic but we must be good in something.
The reason why many people are successful is because they know which area they can contribute greatly. Not by parents forcing their children to live their dreams, forcing their children to be this and that.
Conclusion: Not an excuse
Before anything happens, I would like to clarify that this article is not an enjoinment to turn a blind eye to academic intelligence.
The inadequacy of academic intelligence is not an excuse for students not excel in their studies. Academic intelligence is important because the absence of it (knowledge) will obstruct the ability for a person to think analytically, creatively, wisely or practically. One cannot produce the output when there is no input. Schooling days may be an accretion of facts, but it takes self-initiative to apply the facts learned in school for the real-world use.
Why did I put forward this particular idea of academically challenged in this article? Because I know how it feels to be academically challenged. I know how it feels to be trapped between “You must be excellent not matter what!” when you have tried your very best but you still cannot excel.
I know, many of you out there feel the same as what I felt. But do not fret. Do not be sad. Hope is there, hope is always there.
The pearls are served only waiting for you to grab it. But if you do not make any effort to grab it and make sure you’ve succeeded, you’ll never find hope.
References:
Gardner, H. (2011). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.
Grigorenko, E. L., Meier, E., Lipka, J., Mohatt G., Yanez, E., & Stenberg, R. J. (2004) Academic and practical intelligence: A case study of the Yup’ik in Alaska. Learning & Individual Differences, 14,183-207
Komik : Wanita Solehah itu berbeza.
January 11, 2013
Agama: Hukum Fiqh – Salam dan Cium Tangan Berlainan Jantina.
deviantART.com
Baru-baru ini kecoh semula berkenaan isu berkenaan bersalaman dan cium tangan antara lelaki dan perempuan. Ia menjadi sebutan yang hangat kerana datangnya dari kalangan pimpinan. Namun, saya bukan hendak mempolitikkan isu ini dan memihak kepada sesiapa. Apa yang saya ingin kongsikan adalah dari aspek ilmiah berdasarkan perbahasan sarjana feqah yang jauh dari tembok emosi.
Sebelum mengemudi bahtera perbincangan,terlebih dahulu bagi pihak kita yang kurang berpengetahuan, perlu kita menilai sesuatu isu itu dengan hujah fakta bukan emosi atau auta. Jika tidak lebih baik diam atau bertanya.Sebaliknya, bagi pihak yang mewakili saf para ulama’ perlu jujur dan amanah dalam mengeluarkan fatwa yang membawa kemaslahatan bersama bahkan perlu dinafikan terkandung tujuan politik atau peribadi.
Perbincangan Hadis
إني لا أصافح النساء
“Sesungguhnya aku tidak bersentuhan dengan wanita(ajnabi)” [HR Imam Malik dalam kitab Muatha’ no.1859 berkisar tentang peristiwa ba’iah(akur janji) wanita dengan Rasulullah]
Berdasarkan hadis diatas terdapat dua sisi pandang ulama’:
1. Hadis ini menunjukkan bahawa haram bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi(asing) namun terdapat perbahasan dari segi peringkat umur seperti mana yang disebutkan oleh Al-Fadhil Dr Wahbah Zuhaili[i].
2. Hadis ini tidak menunjukkan perbuatan nabi mengharamkan perbuatan tersebut bahkan kemungkinan nabi tinggal disebabkan makruh mungkin juga haram. Namun, tiada kata-kata yang jelas tentang pengharamannya seperti yang disebutkan oleh Al-Fadhil Dr Yusuf Al-Qardawi[ii]. Adapun beliau tidaklah membolehkan bersentuhan secara mutlak, tetapi bertepatan dengan dua syarat:
i- aman daripada fitnah
ii- terdapat keperluan
Perbezaan Pandangan dalam Fiqh
Menuju terus kepada perbincangan tentang hukum berkenaan salam atau cium tangan atau juga boleh dikaitkan dengan persentuhan antara kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram terdapat beberapa pandangan berbeza dari sudut peringkat umur[iii]:
1. Lelaki dan perempuan ajnabi yang terdiri dalam kalangan pemuda
Ulama’ berijma’(bersepakat) bahawa ia adalah haram secara mutlak berkelakuan demikian sebagai penutup pintu maksiat kerana boleh menimbulkan syahwat.
2. Lelaki ajnabi dan perempuan tua
- Mazhab Syafie: Tidak membenarkan secara mutlak baik yang muda dan yang tua
Jumhur(kebanyakan) ulama’ membolehkan dengan harus dan makruh dan ada sebahagian membolehkan dengan sentuh beralas.
- Mazhab Ahmad: Makruh dan sebahagian ulama’ mazhab ini mengharamkan
- Mazhab Hanafi: Harus namun mestilah mereka yang bersalaman aman daripada fitnah
Imam Muhammad bin Hassan Asy-Syaibani, ulama’ dari mazhab Hanafi membenarkan dengan menggunakan hujah dalil dari ayat Al-Quran:
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka. (An-Nur:60)
Berdasarkan ayat ini beliau menyatakan bahawa dibolehkan untuk bersalaman dengan perempuan tua kerana aman dari fitnah syahwat. Namun, secara umum bersentuhan ini bukanlah pada tempat yang sememangnya boleh menimbulkan syahwat(perhiasan mereka) tetapi kepada tempat-tempat yang biasa terdedah seperti tangan(bersalaman)
Bagaimanapun ulama’ yang mengharamkan perbuatan tersebut memberi hujah balas bahawa melihat kepada mereka(perempuan tua) tidak sama dengan bersentuhan yang mana penglihatan lebih terjaga dari terjebak ke dalam maksiat berbanding bersentuhan.
Realiti di Malaysia
Pandangan hukum fiqh bagi suatu situasi itu bukanlah sahaja ditentukan mengikut zahir dalil(literal). Namun, perlu dikira dari aspek waqi’(keadaan semasa) dan ‘uruf(budaya setempat). Oleh itu, dalam konteks kita di Malaysia, saya berpandangan:
Di Malaysia, secara umumnya kita berpegang pada mazhab syafie. Justeru, perbuatan bersalaman ini dikira sebagai janggal dan tidak termasuk dalam kamus perbuatan yang dibenarkan. Bukan saya menyempitkan hukum dan mengajak kepada taasub(berlebihan) dalam mengikut mazhab, cuma bersesuaian dengan pegangan rakyatnya. Adapun, jika mereka yang mengetahui dalil dan perbincangan yang diperbahaskan ulama’ dalam bab ini, bisa mengikut apa yang mereka yakini dengan niat bukan meringankan apa yang telah ditetapkan oleh syara’ juga mengira pandangan setempat.
Tambahan lagi, perbuatan ini tidak sinonim jika dilakukan oleh mereka yang berada dalam barisan kepimpinan dan saf para ulama’(Malaysia). Mungkin sebahagian mereka menggunakan hujah dibenarkan bersalaman seperti yang disebutkan oleh Dr Yusuf Qardawi. Namun, saya melihat dari syarat yang diletakkan beliau tidak berlaku di Malaysia iaitu aman dari fitnah kerana fitnah ini bukanlah hanya bermaksud pada diri sendiri yang tidak boleh mengawal nafsu tetapi juga pandangan baik yang berkaitan setempat. Lebih lagi jika perbuatan ini pula berlegar antara sesama orang islam yang mana tidak nampak keperluan mendesak untuk ia dilaksanakan.
Selain itu, saya kira mereka yang melakukan perbuatan ini(bersalaman) tidaklah pula termasuk dalam kalangan mereka yang sudah tua yang dibenarkan untuk bersentuhan tangan seperti yang dikhilafkan dalam mazhab-mazhab yang ada. Oleh itu, tidaklah menjadi suatu kebaikan untuk meneruskan perbuatan demikian.
Dari sudut lain, berdasarkan pandangan Dr Yusuf Qardawi ini jika kita dengar contoh yang diberikan beliau dalam membenarkan persentuhan bersyarat ini, beliau lebih cenderung memberi contoh yang berkaitan dalam suasana kekeluargaan yang mungkin kadang-kadang sukar untuk dielakkan untuk berbuat demikian dan perbuatan ini tidaklah sebesar fitnah yang berlaku dalam kalangan pimpinan yan mana setiap gerak geri mereka dijadikan tumpuan.
Apapun ini sekadar pandangan peribadi berdasarkan hujah dalil dan mengambil kira aspek semasa dan pandangan masyarakat setempat. Saya bukan mufti untuk menetapkan fatwa jauh sekali mujtahid untuk berijtihad berbanding mereka yang lebih berilmu di Malaysia. Justeru, pandangan ini boleh diterima dan boleh ditolak dengan hujah yang bernas.
Konklusi
Seperti yang disebutkan sebelum ini, dalam menilai sesuatu isu itu jauhilah ia dengan mencampurkan pandangan emosi kerana ia tidak membuahkan hasil sebaliknya menunjukkan kebodohan diri kita sendiri. Jika tidak setuju atau setuju sekalipun perlu dipandu oleh ilmu yang jitu.
Akhir sekali, jika kita lihat lebih mendalam betapa cantik Islam menyusun kehidupan kita hinggakan perkara yang mungkin sebilangan masyarakat nampak kecil (sekadar bersalaman), namun masih terdapat pertimbangan neraca syara’ dalam hal ini demi menjaga kemaslahatan yang lebih besar iaitu menjauhi maksiat kepada Allah.
Justeru, bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam dalam kehidupan kita dan lebih penting cuba amalkan dengan apa yang Dia telah tetapkan di samping berusaha untuk menyebarkannya.
~wallahualam~
[i] Fiqh Islami Waadillatuhu, jilid 3, Dar Al-Fikr, m/s 558-559
[ii] http://www.youtube.com/watch?v=tENk2O...
[iii] Pakaian dan Perhiasan dalam Syariat Islam oleh Dr Abdul Aziz Amru, m/s 146-147
Disebutkan juga dalam kitab no.(i) seperti di atas pada muka surat yang sama.
January 10, 2013
Pemuda: Muhasabah! Muhasabah! Muhasabah!

Picture Memoir by Valimar @ deviantart.com
Alhamdulillah, saya mampu kembali menulis sesuatu di madrasah Langitilahi.com ini. Saya ber”cuti” menulis seketika bagi membuat persiapan rapi permulaan pengajian saya di Kuala Lumpur. Semoga Allah memudahkan urusan pengajian saya.
Saya bukanlah seorang penulis jadian, namun kerana cintanya saya pada dakwah mengheret keinginan saya untuk memperkayakan kemampuan dakwah saya melalui penulisan. Maaflah jika penulisan dan perkongsian saya selama ini tidak menyengat namun diharap mampu mengingat. Mengingatkan diri saya dan para pemuda sekalian akan tanggungjawab kita terhadap agama ini. Ini asas disiplin kehidupan kita sebagai muslim. Kita ada tanggungjawab, bukan sekadar sebagai “sleeping partner” dalam ummah ini.
Amanah vs Kesenangan Yang Memperdayakan
Amanah dan tugas kita adalah memperhambakan diri kepada Allah, mengukuhkan jalan pulang kita menuju kepada Allah, mengurus dunia ini menurut kemahuan Allah dan menyebarluaskan kemuliaan agama Allah ini ke seluruh dunia ini.
Tugas ini tugas asasi kita. Namun kita sering dilupakan. Waktu yang berlalu jarang kita analisis secara jujur. Lalu tugas asasi itu kian sepi dalam diari kesibukan seharian kita. Kehidupan kita berlegar sekitar mencari makan dan memuas kehendak kehidupan yang tiada batas.
Semua kita memahami bahawa kehidupan ini adalah satu ujian. Maka kita perlu sentiasa memelihara dan menjaga diri kita agar kita lulus dengan ujian ini. Kecuali kita sudah memilih untuk hidup semborono dan mengalah dengan ujian kehidupan yang melalaikan. Sehingga waktu kita habiskan untuk memikirkan dan mengejar kesenangan dunia sehingga mengabaikan persiapan dan bekal kehidupan akhirat. Maka akan ramailah manusia ini yang akan kecewa dan tidak merasa bahagia dengan apa yang dikejarnya.
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (al-Hadid: 20)
Perhatikan ayat di atas, dan semaklah diari kehidupan kita. Janganlah kita beraksi di dunia seperti sebuah kapal yang nampak seperti hebat, indah, kuat dan cantik, malangnya ia sedang berlayar dalam haluan kesesatan dan kefasikan. Tidak ada halatuju, tersesat dan terus tersesat! Akhirnya jadilah kita seperti kapal yang terbiar. Derita hidup ini kalau kehidupan sudah terbiar dari petunjuk dan perhatian Allah SWT. Cuba bayangkan apabila Allah sudah tidak peduli akan kita, kepada Tuhan yang mana hendak kita merintih memohon pertolongan.
Allah SWT berfirman buat seluruh hambaNya:
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah membiarkan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al-Hasyr:19)
“Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan.” (Thaha: 126)
Dosa: Terlihat Tidak Ada?
Jangan kita pernah merasa lelah untuk memuhasabah diri kita. Samada saat kita memiliki kekuatan iman dan semangat beramal, samada saat kita sedang futur dan merasa jemu beramal, apatah lagi ketika kita semakin jauh dengan jalan pulang menuju Allah SWT. Setiap saat itu kita pasti diuji. Hati kita akan diuji, pendirian kita akan diuji. Keistiqamahan kita akan diuji. Dosa itu akan mengejar kita. Awas, jangan kita merasa kita suci dan bersih, walaupun kita mampu bersolat dan membaca Al Quran. Awas pula bagi penggiat dosa, dosa itu akan membelenggu kita di padang Masyar.
Ada satu pelajaran indah dari Rasulullah SAW. Pelajaran ini telah mengusik pintu hati saya tentang kehidupan saya. Saya amat memerlukan pelajaran luarbiasa ini, apatah lagi ianya dari Rasulullah SAW.
Satu saat di tengah perjalanan mengharungi padang pasir, Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti sejenak.
“Cari dan kumpulkan ranting-ranting kayu.” Kata Rasulullah SAW.
Para sahabat hairan, bagaimana mengumpulkan ranting di padang pasir ini? “Kalau mencari ranting di sini , tentu tidak ada, yang Rasul.” Sahut sahabat.
“Cari dan kumpulkan ranting kayu!” kata Rasulullah SAW lagi.
“Bagaimana akan kita kumpulkan ranting di padang pasir ini? Padahal pohon kayu pun tidak ada yang tumbuh di sini?”
“Carilah dan kumpulkan ranting kayu.” Kata Rasulullah SAW lagi.
Para sahabat pun mengais-ngais pasir ke sana kemari. Ada satu dua ditemukan dan dikumpulkan. Nampaknya angin menerbangkan ranting-ranting dari tempat yang jauh. Setelah beberapa waktu ternyata semakin banyak ranting kayu yang dapat dikumpulkan. Tidak disangka.
“Wahai sahabat, berkumpullah kemari.” Rasulullah memanggil.
Para sahabat pun menyambutnya dan mendengarkan pesanan yang akan disampaikan Baginda SAW dengan penuh perhatian.
“Seperti inilah dosa-dosamu setiap hari. Sepertinya terlihat tidak ada, sedangkan kelak di hadapan Allah SWT ternyata terkumpul banyak.”
Pelajaran dari Rasulullah SAW ini menghenyak jiwa dan perasaan saya. Bagaimana dengan anda wahai para pemuda umat?
Kehidupan adalah ujian. Bagaimana kita menghadapi ujian itu, maka perhatikanlah pada hati kita. Kita harus sentiasa membersihkan hati kita, setiap hari. Walaupun kita seorang pendakwah, seorang Qari, seorang ustaz. Apatah lagi jika kita insan biasa. Berhati-hati dari merasa dirinya bersih seolah tiada dosa. Padahal sekecil apapun, dosa-dosa itu tetap saja mengotorinya.
Hati kita amat sensitif. Sangat peka kepada kotoran. Walau kita merasa tidak mengotorinya, pasti ada saja noda yang masuk dan menutupinya. Kian lama kian menebal. Awalnya kita masih jelas dengan matmalat kehidupan, tuntutan sebagai hamba Allah, beza antara kebaikan dan keburukan. Namun tatkala dosa mula menyelimuti enak di hati kita, matlamat kehidupan menjadi kabur syahwat menjadi jurupandu kehidupan dan amanah sebagai hamba Allah semakin terlerai.
Muhasabah Itu Jalan Ke Syurga
Memuhasabah diri tidak akan menyebabkan kita menjadi ketinggalan dalam kehidupan. Hakikatnya menjadi hamba Allah yang faham dan sedar akan matlamat hidupnya dan sentiasa serius memelihara hatinya, inilah hamba yang luarbiasa.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Baginda SAW mengibaratkan oang yang sentiasa konsisten memuhasabah diri sebagai orang yang paling cerdik. Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang cerdik adalah orang yang mampu mengendalikan nafsunya dan ia sentiasa beramal untuk untuk kelak setelah kematiannya.”
Selanjutnya Rasulullah SAW mengatakan bahawa orang yang bodoh adalah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan ia selalu berharap kepada Allah tanpa banyak berbuat amal, tanpa menyedari dan bertaubat atas dosa-dosanya.
Abu Bakar al-Siddiq dalam khutbahnya ada mengingatkan kita;
Tahukah kamu di mana sahabat-sahabat kamu yang telah (kembali kerahmatullah). Mereka semua sedang berhadapan dengan hari perhitungan terhadap segala amalan yang telah mereka lakukan. Ada yang bahagia serta ada pula yang malang dan celaka. Ke mana perginya manusia perkasa pembina Bandar dan Kota, pembangun benteng dan tembok pertahanan. Mereka semua telah terbujur kaku di bawah timbunan batu atau dihanyuti air lalu. Tapi (bersama kita) adalah kitab Allah. Keajaibannya tidak akan usang. Ambillah bekalan cahaya darinya untuk kegunaan hari kegelapan (kiamat). Sinarilah kehidupan kamu semua dengan sinar keterangan.”
Kita lemah. Dan dalam masa yang sama kita ada tanggungjawab dan peranan besar dalam kehidupan. Tugas dan tanggungjawab itulah yang mem’besar’kan nilai kita di sisi Allah iaitu sebagai hamba-Nya yang taat dan benar walau siapapun kita. Dan jika kita abaikan tugas besar itu, nilai kita amat kecil disisi Allah walaupun kita kelihatan hebat dan besar di dunia.
Mutiara kata dari saya, “Untuk mencapai perkara-perkara yang besar, kita bukan sahaja perlu bertindak, tetapi juga impian; bukan sahaja perancangan, tetapi juga keyakinan teguh dan keimanan yang total pada yang Maha Memberi; semua itu hanya kan menjadi ilusi tanpa muhasabah diri pada Ilahi.”
Semoga kita sedar dan disedarkan. Semoga kita miliki hati yang mampu mendorong kita untuk muhasabah. Bersihkan hati setiap hari. Dengan hati yang bersih, fikiran pun jernih. Beramal kebaikan kan menjadi ringan dan berukhwah serta tolong memolong membangun umat kian gencar kita laksanakan. Semoga ampunan Allah kita dapatkan. Semoga kita mampu memandang ke hadapan dengan penuh semangat menjadi hamba Allah yang gencar!
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)
English: Exam Shmexam (Hope I’m not too late!)
source : Fb Umar Mita
The exams. The most dreaded, yet anticipated and heartily awaited period by a group of homo sapiens called students. (Hehe)
Some say they hate it. Some say they love it. Some say it’s inaccurate. Some say it’s better than truckloads of assignments. Yet, all will have to face it.
The exams mark a critical period in a student’s life. The verdicts, or outcomes of their sweat, blood and tears all semester long goes down to a crunch of numbers and letters. From there, the students can sort of guess their future’s share, or so they say.
What’s your piece of mind about the exams?
Do the results mean anything for you?
Do you think the exams really define you?
What if there are no exams? How beautiful could that be?
Exams are a waste of time… do you agree?
The two flip sides
Bill Gates didn’t finish college. Steve Jobs too.
Bill Gates is the richest man in the world. He can buy a country if he wants.
Steve Jobs was a genius. He left a legacy history could never erase.
Some people say the exams and college education aren’t everything. The exams are just sorting machines, labeling people with numbers.
What matters are the skills some people say. If you can do the job, paper qualifications do not mean much anymore. Alternately, having straight As and eight semesters of the dean’s list award but clueless of your job would just spit dirt on the face, some believe.
Some people talk about the doors of opportunities opened for them with the great results they achieved. If you want to study overseas, the As are the first things the sponsors look for. If you are applying for a job, your paper qualification usually is the first thing required.
Well, they might be right on that. And they might not.
Truth is, what actually drives you to score in the exams? The prestige it brings? The awards you get? Or the rewards from Allah you get for the effort put for it? Hmm.
The pitfall
Many were inspired by Bill Gates and Steve Jobs. These two iconic figures are an idol for many too. Their stories of success without finishing the normal route of education like other people had to, mesmerized the world.
Some even went more than being mesmerized.
“I’m quitting school, mum. If Bill Gates can do it, so can I.”
“There’s no use coming to classes, doing assignments and sitting for exams. Steve Jobs never took it seriously when he was a student.”
The fact is not many people realize that these two figures’ success didn’t come in a blink of an eye. Their legacy is the fruit of sleepless days and nights, bone-breaking, mind crunching effort not many people are ready to endure. Yep, Gates and Jobs didn’t finish college education. But they sure possess superhuman effort and determination. And they’re not even close to Prophet Noah’s 900 years of da’wah works.
Let’s have a closer look at the story behind their success. The stuff in fine prints. The dirt, sweat and blood. Let’s not just focus on the fancy stuff, shall we?
The fact is, again, Jobs and Gate’s stories are isolated cases. They are the ‘different few’. Jobs was, and Gates is here to spark some thoughts in our minds that what seemed impossible are not always so. The ‘different few’ group is few in numbers. If there are many, then they won’t be so different.
Then again, if you still wholeheartedly believe that you belong to this group, proceed at full speed and never look back till you’ve reached your limit. Who knows, you might be the next Jobs and formal education is just slowing you down?
‘Alim Mujahid
A student is just like a sponge if he knows not why he is studying. Similar to that, a sponge absorbs water not knowing why it suddenly is wet and soggy.
A student, as the Arabic word ‘Tolib’ comes from the word ‘tolaba’ which means ‘to claim’. This echoes with the Malay word ‘penuntut ilmu’. (Honestly I prefer this term than ‘pelajar’. One might learn but wish not to be learned.)
A student claims knowledge so that he knows things and masters skills. With the knowledge and skills, he will be able to fulfill his duties as a khalifa for himself, for mankind and for the world.
His aim is beyond getting grades. His aim is beyond securing jobs. His aim is God-written.
He must master the knowledge and become a scholar (‘alim) and in getting there he must struggle. A struggler (mujahid) he is, to be a scholar and to continue struggling in working for his deen.
An ‘alim mujahid is beyond thinking leaving college to follow Gates and Jobs’ footsteps. He is also beyond getting good grades but forgetting everything after the exam ends. He is a moving sage, eager to magnet knowledge, and eager to spread them and put them for good use.
An ‘alim mujahid not only sees opportunities but create them. An ‘alim mujahid attends classes for the barakah of being in a congregation of knowledge. He gives his finest touch in his assignments as it is a black and white proof of his worship. He writes his wisdom on his exam papers, recollects his vast memory bank, and paints his genius to appreciate the teacher’s hard work on him. He scores in the exams to carve a smile on his parents’ face.
He did it for his deen. He did it because it is the way of the prophets. He did it because it is what he deserve as a Muslim, and what the Muslim ummah should expect from him.
Closing
This exams season, you know what you’ve got to do. And you know well enough that He’s always by your side.
“…..And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]”
(Ali Imran : 159)
Happy struggling!
Exam Shmexam (Hope I’m not too late!)
source : Fb Umar Mita
The exams. The most dreaded, yet anticipated and heartily awaited period by a group of homo sapiens called students. (Hehe)
Some say they hate it. Some say they love it. Some say it’s inaccurate. Some say it’s better than truckloads of assignments. Yet, all will have to face it.
The exams mark a critical period in a student’s life. The verdicts, or outcomes of their sweat, blood and tears all semester long goes down to a crunch of numbers and letters. From there, the students can sort of guess their future’s share, or so they say.
What’s your piece of mind about the exams?
Do the results mean anything for you?
Do you think the exams really define you?
What if there are no exams? How beautiful could that be?
Exams are a waste of time… do you agree?
The two flip sides
Bill Gates didn’t finish college. Steve Jobs too.
Bill Gates is the richest man in the world. He can buy a country if he wants.
Steve Jobs was a genius. He left a legacy history could never erase.
Some people say the exams and college education aren’t everything. The exams are just sorting machines, labeling people with numbers.
What matters are the skills some people say. If you can do the job, paper qualifications do not mean much anymore. Alternately, having straight As and eight semesters of the dean’s list award but clueless of your job would just spit dirt on the face, some believe.
Some people talk about the doors of opportunities opened for them with the great results they achieved. If you want to study overseas, the As are the first things the sponsors look for. If you are applying for a job, your paper qualification usually is the first thing required.
Well, they might be right on that. And they might not.
Truth is, what actually drives you to score in the exams? The prestige it brings? The awards you get? Or the rewards from Allah you get for the effort put for it? Hmm.
The pitfall
Many were inspired by Bill Gates and Steve Jobs. These two iconic figures are an idol for many too. Their stories of success without finishing the normal route of education like other people had to, mesmerized the world.
Some even went more than being mesmerized.
“I’m quitting school, mum. If Bill Gates can do it, so can I.”
“There’s no use coming to classes, doing assignments and sitting for exams. Steve Jobs never took it seriously when he was a student.”
The fact is not many people realize that these two figures’ success didn’t come in a blink of an eye. Their legacy is the fruit of sleepless days and nights, bone-breaking, mind crunching effort not many people are ready to endure. Yep, Gates and Jobs didn’t finish college education. But they sure possess superhuman effort and determination. And they’re not even close to Prophet Noah’s 900 years of da’wah works.
Let’s have a closer look at the story behind their success. The stuff in fine prints. The dirt, sweat and blood. Let’s not just focus on the fancy stuff, shall we?
The fact is, again, Jobs and Gate’s stories are isolated cases. They are the ‘different few’. Jobs was, and Gates is here to spark some thoughts in our minds that what seemed impossible are not always so. The ‘different few’ group is few in numbers. If there are many, then they won’t be so different.
Then again, if you still wholeheartedly believe that you belong to this group, proceed at full speed and never look back till you’ve reached your limit. Who knows, you might be the next Jobs and formal education is just slowing you down?
‘Alim Mujahid
A student is just like a sponge if he knows not why he is studying. Similar to that, a sponge absorbs water not knowing why it suddenly is wet and soggy.
A student, as the Arabic word ‘Tolib’ comes from the word ‘tolaba’ which means ‘to claim’. This echoes with the Malay word ‘penuntut ilmu’. (Honestly I prefer this term than ‘pelajar’. One might learn but wish not to be learned.)
A student claims knowledge so that he knows things and masters skills. With the knowledge and skills, he will be able to fulfill his duties as a khalifa for himself, for mankind and for the world.
His aim is beyond getting grades. His aim is beyond securing jobs. His aim is God-written.
He must master the knowledge and become a scholar (‘alim) and in getting there he must struggle. A struggler (mujahid) he is, to be a scholar and to continue struggling in working for his deen.
An ‘alim mujahid is beyond thinking leaving college to follow Gates and Jobs’ footsteps. He is also beyond getting good grades but forgetting everything after the exam ends. He is a moving sage, eager to magnet knowledge, and eager to spread them and put them for good use.
An ‘alim mujahid not only sees opportunities but create them. An ‘alim mujahid attends classes for the barakah of being in a congregation of knowledge. He gives his finest touch in his assignments as it is a black and white proof of his worship. He writes his wisdom on his exam papers, recollects his vast memory bank, and paints his genius to appreciate the teacher’s hard work on him. He scores in the exams to carve a smile on his parents’ face.
He did it for his deen. He did it because it is the way of the prophets. He did it because it is what he deserve as a Muslim, and what the Muslim ummah should expect from him.
Closing
This exams season, you know what you’ve got to do. And you know well enough that He’s always by your side.
“…..And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]”
(Ali Imran : 159)
Happy struggling!