Hilal Asyraf's Blog, page 122

January 22, 2013

Agama: Maulidur Rasul- Cinta Bukan Mesti Zahir Pada Mata

maulidurRasul-1-copy-929x1024


picture by: MutiaraMohamad of LangitIlahi


Apabila disebut tentang cinta seringkali terlintas dalam benak fikiran kita cinta muda-mudi berlainan jantina. Tidak kurang yang terusik dengan cinta pandang pertama. Namun, mestikah cinta itu perlu saling berpandangan? Adakah perkara yang dicintai perlu zahir pada mata untuk cinta itu hadir? Atau cukup sekadar kesan yang ditinggalkan?


 


Hari lahir kekasih umat


Tidak berapa lama lagi tarikh keramat bagi seluruh umat bakal menjelang. 12 Rabi’ul Awal. Lahir seorang insan yang terbilang. Muhammad s.a.w yang dijulang. Suasana  cinta yang baginda s.a.w cipta bukan cinta biasa tetapi yang lahir dari dalam jiwa atas keutuhan taqwa.


Lihat bagaimana seorang sahabat baginda s.a.w yang bernama Zaid Bin Datsinah. Ketikamana dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy dan dibawa menghadap Abu Sufyan(belum Islam). Abu Sufyan bertanya[i]:


“Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu.” Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku.” Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.”


 


Begitulah kasihnya mereka kepada baginda. Banyak lagi kisah mengenai kecintaan para sahabat kepada Rasulullah, tetapi suka saya ingin membawa satu contoh bukan dalam kalangan sahabat walhal beliau hidup pada zaman nabi s.a.w. Dek kerana beliau tidak sempat bertemu nabi maka beliau tergolong dalam kalangan tabiin. Beliau ialah Uwais al-Qarny.


 


Bukan cinta biasa


Uwais Al-Qarny merupakan seorang yang taat kepada agama dan juga ibunya. Cita-cita beliau adalah ingin berjumpa Rasulullah kerana cinta yang mendalam kepada baginda. Namun apakan daya, oleh kerana ibunya yang uzur, beliau memilih untuk menjaga ibunya terlebih dahulu. Berlalu masa, kerinduan makin terasa. Akhirnya beliau meminta izin ibunya untuk bertemu Rasulullah. Ibunya membenarkan. Tiada lagi kegembiraan lebih nyata yang terpancar pada wajah Uwais setelah mendapat keizinannya.


Setibanya di Madinah, beliau ingin bertemu Rasulullah s.a.w. Takdir tidak menemukan mereka. Uwais mengirim salam kepada baginda seraya pulang kerana khuatir akan keadaan ibunya. Zaman berpergian hingga sampai ketika Umar r.a menjadi pemerintah ketika datang rombongan dari Yaman beliau bertanya:


Adakah dalam kalangan kalian seorang yang berasal dari Qaran? Lalu orang itu menghadap Umar r.a. Kemudian Umar r.a berkata lagi; Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada kamu seorang lelaki dari Yaman. Dia tinggal bersama ibunya di sana. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang berwarna putih. Lalu beliau berdoa kepada Allah untuk disembuhkan dari penyakit tersebut dan dikabulkan kecuali tinggal kesan (penyakit) sebesar wang dinar atau dirham sahaja. Barang siapa yang menemuinya maka mintalah beliau memohon keampunan kepada beliau. (HR Muslim: no. 4612)    


 


Dimensi Hadis


Hadis ini dapat dilihat dari banyak sisi pandang. Pertamanya lihat bagaimana seorang yang tidak pernah berjumpa dengan nabi s.a.w, namun atas dasar cinta mendalam kepada baginda, beliau diberi pengiktirafan yang begitu tinggi hingga para sahabat nabi disuruh untuk memohon Uwais meminta Allah ampunkan dosa mereka sedangkan jika mengikut darjat para sahabat nabi lebih utama berbanding golongan kemudiannya.


Jika dilihat semula tidakkah Rasulullah menjamin kepada kita sesuatu perkara? Meski kita tidaklah mencapai darjat para sahabat, tetapi kita sebenarnya kita tergolong dalam kalangan mereka. Bagaimana?


Allah berfirman:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) [Al-Imran:110]


Ramai manusia mungkin terlupa, mungkin juga alpa dan leka. Namun, itulah janji Allah yang disampaikan melalui nabi s.a.w kepada umatnya dengan syarat kita berusaha untuk menyebarluaskan kebaikan mengikut kemampuan dengan apa jua jalan yang dibenarkan serta berusaha menghalang keburukan dari terus membarah bermula pada diri sendiri seterusnya dalam jiwa masyarakat keseluruhannya.


Selain itu, berdasarkan kisah Uwais ini, dapat kita ambil iktibar bahawa cintanya terhadap baginda bukan semata kata-kata. Bukan juga mesti dengan pandangan mata. Abu Jahal sahaja berjumpa nabi berkali-kali tetapi tetap tidak beriman. Adapun kecintaan kepada nabi s.a.w adalah lahir dari dalam hati yang dibuktikan dengan amalan.


Lihatlah bagaimana Uwais seorang anak muda yang semestinya ada keinginan remajanya. Namun, beliau berkorban kesenangan untuk menjaga ibunya yang uzur sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w supaya kita berterusan berbuat baik kepada kedua ibubapa selagi batas syara’ masih dijaga.


 


Mengapa perlu cinta kepada baginda s.a.w?


Perkara pokok yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan kita adalah agama. Dan agama yang diterima Allah ialah Islam. Kita tiada kemampuan untuk mempelajarinya secara terus. Justeru, Allah utuskan rasul untuk menyampaikan segala suruhan dan tegahan-Nya.


Oleh kerana baginda telahpun melaksanakan tugasan menyampaikan risalah dakwah kepada ummah, maka amatlah patut bagi kita untuk mencintai baginda kerana apa yang Rasulullah bawa dapat membimbing kita ke syurga.


Bukankah cinta itu hendak bersama hingga ke syurga?


Nabi s.a.w ada bersabda:


“Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah Aku(nabi) ini lebih dicintai oleh manusia daripada ibubapa, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.” (HR Bukhari no.14, HR Muslim no.55)


Berdasarkan hadis ini dapat kita simpulkan bahawa cinta kepada nabi yang membawa maksud berusaha memahami, melaksana dan menyerbarkan apa yang baginda bawa adalah suatu perkara yang dominan kerana berkait rapat dengan soal keimanan. Hal ini disebabkan kecintaan kepada nabi membawa manusia cinta kepada Yang Maha Esa.


 


Pamerkan cinta anda


Seperti yang saya sebutkan diatas, kecintaan kepada nabi bukan mainan bibir semata-mata. Tetapi lahir dalam hati yang suci dan jiwa yang murni ditambah dengan usaha dalam rangka cuba mengamalkan sunnah baginda sehabis daya.


Bagaimanapun cara mempamerkan itu perlu dalam suasana untuk kita ingat semula pengorbanan dan perjuangan baginda dan para sahabat yang mana jika tidak kerana air mata dan darah mereka mungkin islam hari ini tidak sampai pada tangan kita.


Berkisar sedikit tentang sambutan Maulidul Rasul adalah satu keharusan bagi kita kerana mungkin selama ini kita leka untuk rasa cinta pada baginda. Justeru, program-program yang baik ini digalakkan sebagai stesen bagi kita untuk mengisi semula kekosongan jiwa dengan rasa cinta pada Rasulullah s.a.w dengan syarat tidak pula melampaui batasan syara’ yang ditetapkan.


Walaubagaimanapun cara terbaik meluahkan rasa cinta adalah kita mengamalkan sunnah baginda. Bermula dari sekecil-kecil sunnah seperti membersih diri hingga kepada sunnah yang terbesar iaitu dakwah. Oleh itu, jangan pula kita bertelagah dalam menyatakan sesuatu perkara itu dikira sunnah atau tidak hingga kita lupa sunnah baginda yang utama.


Adapun baginda s.a.w ada menjanjikan kepada kita perkara jika berpegang teguh kepada sunnah baginda iaitu:


Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana jika berpegang teguh kepada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah. (HR Imam Malik dalam Muatha’ no.1678)


 


Kesimpulan


Bersempena dengan kelahiran baginda pada tahun ini, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk kita lupakan kisah lama. Tidak menjadikan hari bersejarah ini hanya sebagai hari biasa dan disambut seperti sebelumnya tetapi dijadikan sebagai hari untuk sama-sama untuk mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan sehari-hari terutama sunnah teragung baginda dalam rangka membawa manusia kembali bertuhankan Allah yang Esa.


Akhir sekali ingin saya nukil sebuah syair daripada Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi[ii]:


Dia layak menerima penutup nubuwah,

Bercahaya dan dipersaksikan Allah sebagai kepercayaan,

Asma nabi dipertautkan dengan asma Ilah,

Tatkalan mua’dzin menyeru azan lima kali berkumandang,

Asmanya diambil dari asma-Nya yang terhormat,

Penguasa Arasy yang terpuji dan ini adalah Muhammad.


 


 


Rujukan




[i]  Bidayah Wa An-Nihayah, Imam Ibn Kathir


 




[ii]  Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan Sunnah, Imam Ibn Qayyim


 

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 22, 2013 05:45

January 21, 2013

A Man’s Worth

superman-logo-012


 


When we were young, the TV had brought us up to marvel how strong and macho Superman is, despite his flashy, red, worn-on-the -outside underwear (sigh). Of the same fashion sense with him apparently were Batman and Robin whom we also adored for such heroism and selfless acts.


Do you know that we have our own Muslim Superman of our own? They’re real and not fiction. And yeah, they wear proper clothing. Cool, huh?


 


Superhuman


 


In the conquest for Egypt, General ‘Amr bin Al As sent a messenger for Caliph Umar al Khattab, requesting for reinforcements in soldiers. With him then were 4000 soldiers.


Waiting for them in battle?


An army of “alf alf” (a thousand times a thousand),  = 1,000,000 men. The Muslim army was set for battle against 1 million men with only 4000 soldiers.


So Umar al Khattab responded and gathered men from all over, including the Bedouin to march for Egypt. He told ‘Amr ibn al As, “I have sent to you 8,000 men.”


‘Amr ibn al-As counted the men and found that there was only 4000. He was puzzled and asked where are the remaining 4000?


Umar al Khattab answered,”Among you are 4 men, each counts as 1000 men.”


1 who equals to 1000. And who were these superhumans?


In the glorious history of Islam, they were Muhammad ibn Maslamah, Zubair al Awwam, Ubayda ibn as-Samit and Miqdad ibn al-Aswad.


Certified by Umar al Khattab, the man whose road he chooses, the devils avoid.


Ah, and guess what? The Muslims won the war.


 


The road not taken


Perhaps we wonder, what made the 4 companions of the Prophet (pbuh) to be glorified to such status? What made them to possess such superhuman qualities?


What we as Muslim youths could do to exemplify these big names?


I’m gonna share the 3 things Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi outlined as the responsibility of the Muslim youth today. Let’s empower ourselves with these responsibilities. Who knows you might be the next Muslim superhuman?


He says that a Muslim youth must :


 


1) Comprehend and embrace Islam in its purest form


It is a duty for all who calls himself Muslim, to strive and achieve understanding of Islam in its purest form. Without understanding, one is just a blind follower who listens (Listen, listen, listen!) but unable to think and see. One who practices Islam without true understanding will be blinded from seeing and appreciating the beauty of this God-written religion.


The solah will feel like an empty aerobics and stretching of the muscles.


The sawm will just be a diet training and budget-control strategy.


The hajj will just be a sight-seeing trip, with shopping and photo-shooting as the main agenda.


A Muslim youth must be willing to dedicate his time in pursue of knowledge of Islam. With his knowledge he is able to differentiate and to put lines between one that is bid’ah and one that is sunnah. With his understanding he is capable to sniff an attempt to confuse Muslims with slick arguments and convincing distortion of truth.


A Muslim youth understands that accepting blind insertion or omission of any part of this holy religion is an act of distrust on the perfection of Islam. One that is perfect need not improvisation. One that is open for insertion is also due for omission.


 


2) Practice Islam fully and consistently


One who understands Islam in its purest form knows that practice is the fruit of knowledge. And he comprehends deeply that knowing but not practicing is a sheer loss. He fully grasps that faith(iman) is the unshaken belief of the heart, proclamation of the tongue and the obedience in practice.


You can say that you’re happy with a house with no roof. But you also know yourself that when it rains, you’ll get soaked and curse the roof you choose not to install.


Practicing religion is not a matter of choosing what you like and dislike. It’s also not a matter of fitting the religion into your beliefs. It’s about submission. It’s about putting yourself into the picture, not the picture in you. If you truly understand, you would see naturally that practice is an ingredient to maintain your understanding. As stated earlier, practice is one of the proof of faith.


A true Muslim youth fulfills all the compulsory practices of religion and strives his fullest to upgrade himself by performing acts that are sunnah and likened by the Prophet pbuh. He transforms his sound understanding into concrete practices. He knows justly that knowing and saying but not practicing is another trait of a munafiq (hypocrite).


Umar al Khattab was reported as seeking for  protection of Allah from a munafiq who understands religion (‘alim).


When asked by the companions, “Is there a munafiq who is also alim, O Amirul Mu’minin?”


He answered, “Yes. He is whose tongue is ‘alim but the heart is jahil (ignorant)”


A munafiq says but practices not. He is who Allah gives His warning in the Quran,


“O you who have believed, why do you say what you do not do? Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do.” (61:2-3)


 


3) Spread the message of Islam


A true Muslim youth knows that he and his ummah is forever in a state of loss until the 4 criteria are fulfilled;


a) He believes

b) He does righteous deeds

c) He advises each other to truth

d) He advises each other to patience. [103:1-3]


He fully realizes that the deen is not only for himself. Who is he to claim that Islam is only for himself? Who is he not to spread the words of God and stay-mum in the comfort of his home?


A Muslim youth fully acknowledges the fact that the Prophet pbuh is the blessing for the whole universe (rahmatan lil ‘alamin). He comprehends that as a person who is chosen to be blessed by the ni’mah of Islam, it is his duty to spread the light into other people’s souls and show them the true path. The path that not only harmonizes his existence with nature, but free him from the worship of human and powerless beings into submission to the most deserving.


A true Muslim youth identifies his talent and potential and works hard to polish them so that it becomes an asset for Islam. He knows clearly that if he chooses not to join the caravan of da’wah, others will be chosen. He understood deeply that he means not a speck of dust to Allah, but Allah means everything to him.


A true Muslim youth wastes not his time on trivial things that brings no benefit to his deen. His words reminds people of Allah. His smiles bring colour to others’ lives. His silence marks his deep thought (not deep sleep) for Islam. His presence is felt. His absence is longed. His life is what people describe as “Islam boleh tumpang”.


In whatever field he sets his feet onto, he portrays the image of Islam. He is an example of excellent character and personality. He proves that with Islam, he succeeds, and not the other way round.


And above all, he seeks the rewards of God, not human.


 


Closing


The 4 companions earlier equals to 1000 men each. How about you? How many men do you think you are equal to?


 


Source : Dr. Tariq Swaidan, Lecture on Future of Islam, Sydney.


http://www.youtube.com/watch?v=n8KKM_GWlH8


Dr. Yusuf al-Qardhawi, Kewajipan Generasi Muda Islam Hari Ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2013 19:41

Himmah : Akankah Keperitan Ini Menghentikan Kita?

[image error]


~Picture by Umar Mita


 


Hidup tanpa ada masalah adalah sesuatu yang tidak normal. Mana mungkin ada manusia yang hidupnya senada seirama saja di dunia ini.


Bermula sejak lahir sehinggalah dia mati, hidupnya sentiasa berada dalam kesenangan tanpa ada apa-apa ujian, tanpa ada apa-apa halangan. Mustahil sekali.


Hidup ini kembarnya ujian. Kalau tidak diuji, tidak adalah kehidupan itu sebenarnya.


Untuk apa lagi kehidupan di dunia kalau semuanya senang-senang dan mudah-mudah saja?


Tekanan, ujian dan cabaran inilah yang mewarna-warnikan perjalanan hidup kita. Namun, tak dapat dinafikan kadangkala ada yang tewas kala dirinya dijemput tekanan dan ujian, kala dirinya dijemput kesusahan dan kepayahan.


Tetapi, akankah semua keperitan ini menghentikan kita?


 


Tiadalah Ujian Ini Melainkan Hanya Seketika


Berapa ramai orang yang berada di dalam tempoh diuji, ketika ia diuji ia merasa begitu sedih dan tertekan sekali sehingga ia menyangka seakan-akan ia akan berada dalam keadaan itu buat selama-lamanya. Seakan-akan keperitan itu telah menjadi penutup pintu kebahagiaan untuk dirinya buat selama-lamanya.


Tetapi bila hari demi hari berlalu dan ujian itu pun diangkat sedikit demi sedikit dari dirinya, dia pun telah melupakan apa yang menimpa dirinya itu.


Tanyalah semula pada orang yang diuji itu, di hari dia telah berada di dalam kesenangan dan telah keluar dari ujian itu, apakah dia masih merasakan tekanan dan kesedihan? Apakah dia masih merasakan keresahan dan kedukaan?


Pastilah tidak ada.


Cuma seketika, bukanlah selama-lamanya. Ujian yang mendatangi, kesedihan yang bertamu pada diri, ia bukanlah bersifat abadi. Akan datang suatu masa nanti, kita akan keluar juga darinya.


Bukan selama-lamanya hidup kita berpanjangan di dalam kedukaan dan tekanan sebegitu.


Bukanlah kita ini diciptakan untuk itu, untuk disusahkan atau diberi tekanan. Tidak. Tidak sekali-kali. Tetapi semua itu adalah perencah dalam kehidupan untuk menjadikan kehidupan kita semakin baik.


Menerimanya dengan redha serta berusaha menyelesaikannya akan membuahkan kekuatan pada diri, tetapi mengeluh serta lari meninggalkannya tanpa berusaha menyelesaikannya pula hanya akan menyebabkan kelemahan semakin ketara pada diri.


 


Banyak Golongan Terdahulu Telah Diuji, Tetapi Mereka Tetap Di Atas Jalan Perjuangan


Ujian kita berat. Benar. Kadangkala sehingga membuatkan kita merasakan seakan-akan ingin berputus asa dan berhenti saja daripada meneruskan kehidupan ini.


Segalanya terasa seperti sia-sia, terasa hidup kita begitu gelap dan tidak punya apa-apa lagi.


Tetapi ummat-ummat soleh yang terdahulu,mereka itu yang telah berada di atas panji kebenaran, mereka bahkan diuji dengan ujian yang jauh lebih berat sehingga mengakibatkan keterpaksaan ke atas diri mereka untuk berada di antara dua pilihan, sama ada mahu meneruskan perjuangan di atas kebenaran ataupun berputus asa dan berhenti saja serta menuruti saja apa yang diinginkan oleh orang yang menentang mereka.


Pernah sekali salah seorang Nabi s.a.w., Khabbab bin Arat mengadu kepada baginda, setelah melihat dan mengalami penderitaan yang begitu teruk sekali akibat penindasan yang dilakukan oleh musyrikin Makkah terhadap orang-orang Islam yang masih sedikit ketika itu, dia pun berkata :


“Tidak mahukah engkau meminta pertolongan untuk kami? Tidak mahukah engkau berdoa untuk kami?”


“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang telah ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian ada yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya, namun demikian itu tidak memalingkannya dari agamanya. Demi Allah, Allah pasti akan menyempurnakan urusan ini sehinggalah orang yang bermusafir dari San’a ke Hadramaut tidak takut melainkan kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh.” [HR Bukhari, no. 809]


Khabbab bin Arat, bukan kita tidak tahu, dia sendiri telah diuji dengan ujian yang teruk. Diletakkan besi panas ke atas belakang tubuhnya oleh tuannya setelah tuannya mengetahui akan keislamannya. Teruk sehingga begitu sekalipun, Rasul s.a.w. masih tetap memberikan isyarat agar mereka terus bersabar sehingga sampai masa untuk mereka memetik kejayaan nanti.


Kalau ikutkan ketidaksabaran Khabbab dan beratnya penderitaan yang dihadapinya, maka bila-bila masa saja boleh terdetik dalam hatinya untuk berhenti daripada meneruskan perjuangan bersama Islam. Tetapi tidak, Khabbab meskipun diuji sedemikian teruk, ia masih terus tetap berada di atas jalan Islam bersama Rasul s.a.w.


Inilah hikmah apabila kita terus positif di atas jalan kehidupan apatah lagi di atas jalan kebenaran. Berlapang dada, redha menerima dan berusaha pula menempuhinya dengan baik akan membuatkan kita menghargai erti kehidupan ini.


Bahawa kalau semuanya mudah-mudah saja untuk dikecapi dalam kehidupan ini, pastilah tidak ada kenikmatan dalam kehidupan. Tidak ada harga yang tinggi terhadap segala kenikmatan yang kita perolehi. Memperoleh kenikmatan pun tidak dirasakan sebagai satu yang bermakna, tetapi hanya sesuatu yang biasa.


 


Penutup : Adakah Keperitan Akan Menghentikan Kita?


Seharusnya keperitan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, bukannya menyebabkan kita semakin jauh daripadanya.


Berapa ramai orang yang telah diuji dengan kesedihan, dirundung kedukaan, kesedihan dan kedukaan telah berjaya membawa dirinya semakin dekat dengan Allah. Berapa ramai pula orang yang telah diuji dengan kesedihan dan kedukaan, tetapi menyebabkan dia semakin jauh dan berputus asa pula dengan rahmat Allah.


Keperitan ini hanya seketika. Apakah padan dengan seketika dalam tempoh umur kita sekitar 60-70 tahun ini (sekiranya diizinkan Allah) menghalang kita daripada menikmati kebahagiaan berkali ganda di syurga Allah yang kekal selama-lamanya itu?


Sudah tentulah sangat tidak padan.


Maka, jangan biarkan keperitan hidup menghentikan diri kita. Kita ada Allah, tempat kembali kita. Kenapa tidak kita pergi kepada-Nya, mengadu kepada-Nya setiap kali kita merasakan kesusahan dan keperitan hidup?


Belajar redha, positif dan teruskanlah bergerak !


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2013 12:12

January 20, 2013

Komik: Ada apa dengan 24 Januari??

[image error]InsyaAllah, mari sama-sama kita perbaharui rasa cinta kita kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w..


Katakanlah:


Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,  ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang


[Surah Ali Imran: 31]


Ayuh  teman-teman, kita buktikan cinta kita pada baginda dengan mengamalkan sunnah serta berselawat kepada baginda.. :)



selamat menyambut maulidurRasul~

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 20, 2013 11:00

January 17, 2013

Motivasi : Tips – 4 Syarat Menyertai Perlumbaan Menuju Syurga

[image error]


 Hidup umpama sebuah perlumbaan yang sengit. Ganjarannya hanya satu.

Mampukah kita?


———————


Syurga.


Hati kita semua pasti berbunga dan berbahagia mendambakannya. Ia adalah hadiah teristimewa daripada Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang terpilih dan berusaha keras memilikinya.


Jiwa dan diri kita semuanya pasti ingin berlumba-lumba untuk menjejakiinya. Itulah fitrah manusia yang sukakan pertandingan, perlumbaan dan persaingan yang sihat. Apatah lagi, memilih untuk persaingan dalam perlumbaan mengejar Syurga yang nilainya tidak boleh disamakan dengan dunia seisinya.


Perlumbaan ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Tidak kira latar belakang, pangkat dan darjatnya. Cumanya, untuk melayakan kita menyertai perlumbaan ini – terdapat beberapa prasyarat asas yang harus dimiliki bagi membolehkan kita dikategorikan sebagai “peserta” perlumbaan menuju Syurga.


Apakah syaratnya? Kita sama-sama semak dan nilaikan ia dalam diri kita.


 


Syarat Satu : Hati Yang Bebas


Asas utamanya ialah kita harus memiliki hati yang bebas dan merdeka. Bebas daripada belenggu hawa nafsu dan tidak terpenjara dengan dunia.


Numan Bin Basyir pernah berkata :


“ Sesungguhnya syaitan itu mempunyai jerat dan perangkap, dan sesungguhnya termasuk perangkap dan jerat syaitan ialah mengingkari nikmat-nikmat Allah SWT, sombong terhadap sesama  hamba Allah SWT dan mengikut hawa nafsu bukan kerana Allah SWT.”


Kita punyai autoriti dan kekuatan untuk memimpin dan mengawal diri kita. Dan, perkara inilah yang akan membawa kita kepada titik akhir perlumbaan nanti.


Anda mampu?


 


Syarat Dua : Hati Yang Sedar


Sedar. Ia adalah titik mula kepada perubahan diri. Kesedaran yang berputik dalam hati umpama suis yang apabila dipetik, ia akan menyalakan lampu yang bercahaya yang akan memberikan sinar harapan bagi kita untuk melakukan apa sahaja di muka bumi Allah SWT dalam rangka mentaati-Nya.


Soal, tanya dan koreksi diri kita.


Adakah kita benar-benar sedar akan hakikat diri kita?


 


Syarat Tiga : Hati Yang Tekun


Tekun itu bermakna bersungguh-sungguh. Ia mempunyai kuasa untuk bersedia dalam beramal soleh. Manusia-manusia yang bergerak menuju cita-cita dengan tekun dan bersungguh telah mengecapi apa yang mereka impikan.


Soalnya adalah kita?


Sejauh mana kesungguhan kita dalam beramal soleh?


Sejauh manakah kita bergerak dan melaksanakan semua kebaikan sebagai modal untuk ke Syurga?


 


Syarat Empat : Hati Yang Berjuang


Daya pecutan kita dan semangat untuk konsisten dalam perlumbaan memerlukan daya juang yang tinggi. Hati menjadi enjin untuk yang memberikan tenaga yang luar biasa kepada pemilik badan untuk sentiasa berjuang bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang Allah SWT perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah SWT larang di sepanjang tempoh perlumbaan.


Kita benar-benar perlukah hati sebegini sebagai pelengkap kepada syarat untuk menjadi peserta dalam perlumbaan yang sengit ini.


Adakah anda bersedia untuk memulakan perlumbaan ini?


 


Penutup : Kita mampu berusaha dan panjangkan doa


Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ ….. dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.”


( An-Nisa 4 : 13)


Tidakah kita teruja dengan tawaran hadiah Allah SWT bagi pemenang perlumbaan ini? Hadiahnya hanya satu iaitu Syurga tetapi pemenangnya akan Allah SWT berikan  kepada sesiapa sahaja yang berjaya menempuhi segala ujian, halangan dan cabaran dalam perlumbaan ini.


Apakah rahsia bagi memenangi perlumbaan ini? Jawapannya ialah kepada hati. Keadaan ruh, jiwa dan nurani kita yang dilengkapi dengan syarat-syarat di atas. Benarlah seperti yang diungkapan oleh Al-Izz Abdus Salam :


“ Barangsiapa keadaan rohaninya baik di sisi Allah SWT maka dia akan rindu bertemu dengan-Nya kerana mengharapkan rahmat-Nya, dan barangsiapa rosak keadaan rohaninya di sisi Tuhannya maka dia akan segan untuk bertemu dengan-Nya kerana takut akan siksaan-Nya.”


————–


Berjiwa Bebas + Sedar + Tekun + Berjuang = Ramuan Menuju Kemenangan!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 17, 2013 07:04

January 16, 2013

Umum : Mendepani Kuasa Media Dalam Masyarakat

[image error]


Idea of media as agenda setter !

~ Picture by portalhunt.com


 


Media, kenapa menjadi topik perbincangan yang begitu hangat sekali di dalam masyarakat kita?


Kita dapati di Malaysia, media memainkan peranan yang sangat penting dalam mengubah arus pemikiran dan fokus masyarakat.


Mudah saja. Ambillah satu contoh isu, contohnya isu baru-baru ini iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat. Selain dihangatkan melalui media-media di internet seperti akhbar online dan video, sudah tentu media-media utama seperti televisyen dan surat khabar tidak kiralah yang menyebelahi atau tidak menyebelahi mana-mana pihak turut melaporkannya juga.


Tetapi, sudah tentulah bila berbeza tujuan dan kepentingan, maka cara melaporkannya juga turut berbeza. Cara laporan yang berbeza-beza inilah akan menyebabkan penerimaan yang berbeza-beza dalam masyarakat.


Memetik satu kajian daripada Shanto Iyengar dalam bukunya ‘Is Anyone Responsible?’ ketika beliau membuat penilaian terhadap kesan pembawaan berita-berita di televisyen dalam isu-isu politik, beliau mendapati bahawa pembawaan isu melalui berita-berita di dalam televisyen telah membentuk cara faham masyarakat umum terhadap sebab dan solusi kepada masalah-masalah politik yang ada.[1]


Bermakna di sini, boleh jadi media yang menjadi pencipta kepada masalah-masalah yang ada, boleh jadi media jugalah yang menyediakan solusinya.


 


Kuasa Besar Media Dalam Mencorak Cara Fikir Masyarakat


Kita tidak dapat menafikan lagi betapa besarnya kuasa dan pengaruh media dalam mencorak arus pemikiran masyarakat. Bila ada saja satu isu ditimbulkan oleh media, maka isu itu akan turut diikuti oleh masyarakat sama ada dalam perbincangan mereka, tutur kata mereka, status dan share mereka di Facebook dan sebagainya.


Sebab itu, disebutkan lagi oleh Iyenger bersama rakannya Donald Kinder dalam ‘News That Matters’ :


“Bila televisyen memberi fokus kepada satu masalah, prioriti orang awam pun akan berubah, dan akan berubah lagi sekiranya berita di televisyen berpindah kepada masalah yang baru.” [2]


Kadangkala, isu yang ditimbulkan hanya satu sahaja, tetapi cara olahan yang berbeza menyebabkan sudut pandangnya juga nampak berbeza. Boleh jadi dengan satu olahan isu menyebabkan orang memandang baik pada satu pihak, boleh jadi juga dengan satu lagi olahan isu menyebabkan orang berpandangan buruk terhadap satu pihak.


Media, kalau ia jujur, maka cara berfikir yang benar akan dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat. Tetapi kalau ia menyeleweng dan tidak jujur, maka begitulah juga corak berfikir yang akan wujud dalam masyarakat.


Kerana memikirkan betapa besarnya pengaruh media ini dalam menentukan arus berfikir masyarakat, maka media-media yang ada seharusnya jujur dan amanah dalam membawa apa-apa isu atau tema ke dalam masyarakat.


Melihat realiti media-media yang ada pada hari ini, tidak mudah untuk sesebuah media berdiri sebagai sebuah institusi yang natural atau tidak berbelah kepada mana-mana pihak.


Boleh jadi daripada isu asal yang telah timbul, akhirnya dengan olahan yang berpihak, maka di sebelah A, isu ini nampak sangat berpihak kepada A, di sebelah B pula isu yang sama telah memburukkan pihak A.


Bila media telah menyebelahi mana-mana pihak, maka olahannya terhadap sesuatu isu atau masalah itu juga akan selalu menyebelahi pihak yang didokongnya. Kadangkala, kesilapan dan kesalahan di pihak yang disebelahinya, biar sebesar apapun tetap diusahakan untuk disembunyikan atau dialihkan pula dengan mewujudkan kesalahan baru (yang sebenarnya tidak wujud pun) kepada pihak yang bertentang ideologi atau aliran pemikiran dengannya.


Inilah antara besarnya peranan atau mungkin boleh kita katakan juga risiko sekiranya media itu mengolah isu hanya untuk memenangkan ideologi yang didokongnya. Yang berisikonya adalah nasib dan pemikiran rakyat diperdagangkan dalam ideologi yang rosak.


Itulah risikonya.


 


Rakyat, Bagaimana Berdepan Dengan Media?


Saya suka untuk berkongsi dengan kita semua berkaitan batu asas yang telah diletakkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran tentang bagaimanakah sikap kita bila berdepan dengan media.


Kerana kita berdepan dengan satu gelombang besar yang tidak dapat ditewaskan hanya melalui kata-kata dan tulisan, maka kita perlu ada asas yang kukuh ketika berdepan dengan media yang pelbagai ini.


Ya, mungkin dahulu belum ada televisyen, belum ada radio, belum ada internet dan sebagainya seperti yang telah wujud pada hari ini. Tetapi inilah yang membuktikan bahawa isi Al-Quran itu sentiasa segar dan bermanfaat untuk manusia sehinggalah akhir zaman.


Allah telah meletakkan batu asas yang cukup berguna untuk memelihara manusia daripada keburukan serta supaya sentiasa berada dalam kebaikan.


Allah berfirman yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang-orang fasiq membawa berita, maka selidiklah …” [3]


Ayat ini turun berkaitan dengan peristiwa seorang sahabat Nabi s.a.w., Walid bin Uqbah yang ditugaskan untuk mengutip zakat daripada Bani Mustalik. Hampir sahaja berlaku pertumpahan darah sekiranya utusan Nabi (di dalam sesetengah riwayat mengatakan utusan itu adalah Khalid Al-Walid) yang dihantar semula  kepada Bani Mustalik  itu tidak menyiasat dahulu apa yang sebenarnya telah berlaku.


Ayat ini sangat signifikan dengan pembawaan media. Media-media yang ada ini, semuanya bertugas menyampaikan berita, informasi dan maklumat kepada rakyat.


Maka, apakah yang perlu kita lakukan bila menerima berita daripada media-media yang ada?


Sayyid Abul A’la Al-Maududi ketika mentafsirkan ayat ini telah menyebut :


“Bila-bila saja kamu menerima berita-berita penting berkaitan dengan satu urusan yang penting, kamu tidak seharusnya terus menerimanya, tetapi pertamanya, kamu harus menyiasat siapakah yang membawanya? Kalau yang membawanya itu adalah orang yang jahat yang sememangnya laporannya selalu tidak autentik, kamu sepatutnya selidik dengan berhati-hati dahulu untuk memastikan kebenaran di samping kamu boleh menerima dan bersedia untuk terus bertindak ke atas berita itu.” [4]


Siasat dan memastikan kebenaran, itulah yang sepatutnya kita lakukan bila berdepan dengan media-media yang pelbagai ini.


Bukan terus-terus sahaja menerimanya secara membabi buta yang boleh menyebabkan kita jatuh ke dalam kesilapan dan fitnah.


 


Penutup : Media Sepatutnya Menjadi Alat Mendidik, Bukan Diperalatkan Untuk Memperalatkan Rakyat Pula


Mana-mana media pun jika dipergunakan untuk kepentingan sebelah pihak, pastilah ia akan menjadi lidah rasmi pihak itu. Bila bertindak sebagai lidah rasmi, maka segala laporan, berita, isu yang dibawa juga sudah pastilah akan menyebelahi pihak yang didokongnya itu.


Kalau ada kesilapan atau kesalahan yang berkaitan dengan hak umum masyarakat, seboleh mungkin kesilapan itu cuba untuk diputarbelitkan atau disembunyikan agar kesilapan itu tidak dilihat berada di pihaknya.


Kalau media itu adalah media yang jujur dan amanah, maka ia akan menjauhi penyelewengan dan budaya berkompromi dalam kerosakan dan kefasadan kerana itu adalah sangat dibenci oleh Allah s.w.t.


Media sepatutnya bertindak sebagai alat untuk mendidik masyarakat. Media memainkan peranan penting dalam membangunkan cara fikir masyarakat, sama ada mahu membentuk cara fikir yang baik dan bersih ataupun cara fikir yang kotor dan rosak.


Media tidak sepatutnya diperalatkan untuk memperalatkan pula rakyat supaya berfikir dengan cara yang salah. Kesannya nanti akan membawa kepada pembodohan ke dalam masyarakat terutamanya masyarakat-masyarakat terpencil di desa dan kampung yang mungkin sebahagian besarnya masih belum mempunyai akses ke internet.


Ini adalah sebahagian perkongsian saya berkaitan media. Akan berusaha disambung lagi dalam post yang lain berkaitan dengan adab-adab serta penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh media.


Media sepatutnya bertindak sebagai alat untuk mendidik masyarakat, bukanlah alat untuk merosakkan masyarakat.






[1] How The Media Frame Political Issues – www.scottlondon.com




[2] Ibid




[3] Surah Al-Hujurat, 6




[4] Tafsir Tafhimul Quran – Abul A’la Al-Maududi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2013 10:53

January 15, 2013

Berita: Mesej dari stadium – Himpunan Kebangkitan Rakyat.


Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat.


 


Stadium Merdeka Kuala Lumpur mencatat sejarah pawa awal tahun ini kerana Pakatan Rakyat dapat menggerakkan penyokongnya untuk datang beramai-ramai dalam penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR). Penyokong dari utara, selatan, timur dan barat Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak memenuhi jalan-jalan di sekitar stadium.



Inilah kali pertama perhimpunan besar-besaran barisan pembangkang dalam politik Malaysia berjaya dilaksanakan secara aman di ibu kota. Keadaan ini sudah tentu merupakan implikasi kepada pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.


Saya melihat perhimpunan ini sebagai satu lagi kejayaan politik rakyat Malaysia yang mula menunjukkan kematangan. Ciri-ciri kematangan ini bukan sahaja dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin politik malah penyokong, agensi penguatkuasa dan pembuat polisi. Cuma yang masih belum nampak perubahan ialah laporan akhbar arus perdana yang enggan melihat perkembangan yang sedang berlaku dalam paradigma pemikiran rakyat.


Implementasi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 memberi suasana baru kepada proses demokrasi dan masa depan politik Malaysia. Anjakan paradigma pembuat polisi yang mahukan kedinamikan dalam pertembungan politik negara sedang dilihat oleh negara-negara jiran.


Mereka mahu melihat apakah implikasi segera dan perubahan dalam jangka masa panjang arah tuju Malaysia. Biarpun dari segi kebenaran perhimpunan politik telah biasa di Thailand, Filipina dan Indonesia, budaya ini masih baru di Malaysia. Ia perlu disuburkan supaya rakyat dapat menilai dan membuat keputusan yang tepat tentang kepimpinan negara, keperluan mempertahankan hak dan memastikan suara mereka didengari di parlimen.


Rata-rata masyarakat memuji kejayaan penganjuran HKR ini. Akhbar Sinar Harian menyerlahkan tajuk “Tahniah” dan memetik beberapa catatan yang memuji cara perhimpunan itu dikendalikan. Di belakang tajuk berkenaan ialah gambar ribuan peserta yang memenuhi segenap ruang Stadium Merdeka. Blog yang cenderung kepada Pakatan Rakyat turut memuatkan kisah yang baik-baik mengikut perspektif masing-masing.


Namun, selepas perbincangan dengan rakan-rakan, siapakah yang sebenarnya benar-benar berjaya dan memenangi HKR ini? Adakah ianya Pakatan Rakyat kerana mereka yang menganjur, adakah tokoh-tokoh dalam Pakatan Rakyat ataupun pasukan keselamatan yang memastikan kelancaran program tersebut?


Pada saya, Pakatan Rakyat ada kejayaan khasnya menampilkan imej dan pengaruh mereka untuk mengumpul orang ramai.


Bagaimanapun saya cenderung melihat dua pihak yang berjaya. Pertama, imej Malaysia menguruskan politik. Tahun 2012 tidak begitu menarik kerana perhimpunan Bersih penuh dengan suasana dan aksi yang agak ganas. Namun dalam HKR ini imej tersebut dipadam dan digantikan dengan imej ceria, selamat dan puas hati.


Kedua, persepsi orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional. Anggapan paling cepat dan melekat kuat di fikiran orang ramai ialah kerajaan ini mendengar hati nurani rakyat. “Barang kali kerajaan ini prihatin dengan kita” mungkin terlintas di fikiran dan benak sebilangan rakyat Malaysia termasuk pengundi muda, pengundi atas pagar dan pengundi yang baru pertama kali mendaftar.


Dalam mana-mana kerajaan, sebarang perubahan dalam polisi mestilah memberi kelebihan kepada mereka. Inilah yang sedang dilakukan. Dalam pilihan raya, kemenangan tidak ditentukan oleh semua rakyat Malaysia sebaliknya hanya pengundi yang berdaftar dan mengundi semasa pilihan raya diadakan.


Mesej lain yang dapat dikenal pasti ialah rakyat Malaysia sudah ada pilihan untuk menentukan siapa yang boleh menjadi kerajaan pilihan mereka. Banyak isu yang menarik untuk diselesaikan seperti kenaikan kos hidup, harga rumah, harga kereta yang mahal dan isu-isu pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan hidup kini boleh ditawar-menawar untuk diselesaikan.


Jika Barisan Nasional dapat menyelesaikan isu-isu dengan baik dan pro kepada tuntutan hidup rakyat, sokongan kepada mereka akan bertambah. Jika masih dengan takuk lama, bermain “tarik tali” dan ingatan pada memori lama, Pakatan Rakyat ada harapan untuk mengeksploitasi isu-isu dengan sebaik-baiknya.


Dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, bahang pilihan raya semakin panas. Keupayaan sebenar ialah mempengaruhi persepsi pengundi dan mereka yang akan menang ialah yang berupaya menjadikan persepsi pengundi berada dalam mood  yang terbaik.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2013 22:15

Himmah : Kenapa Begitu Cepat Semangat Menyejuk ?


Suatu ketika, seorang sahabat Nabi s.a.w., Hanzalah pernah duduk bersedih memikirkan keadaan dirinya. Dirasakan dirinya telah munafik. Munafik?


Bagaimana mungkin seorang sahabat Nabi, antara golongan yang awal beriman kepada Rasul s.a.w. ini merasakan dirinya munafik pula?


Ya, tetapi memang itulah yang difikirkannya sehingga membuatkan dirinya merasa dukacita. Saat dia sedang berduka itu, Saidina Abu Bakar as-siddiq datang kepadanya dan menyedari keadaan sahabatnya itu, lalu dia pun bertanya, “Bagaimana keadaan engkau wahai Hanzalah?”


Maka, Hanzalah pun menjawab, “Hanzalah sudah munafik !”


Terjejut Abu Bakar mendengarkan jawapan itu. “Subhanallah, apa yang kamu katakan tadi?” Abu Bakar mengulang soalan untuk memastikan agar dia tidak silap dengar.


“Jika kita bersama Rasul s.a.w., baginda mengingatkan kita tentang syurga dan neraka seakan-akan kita melihatnya, tetapi apabila kita pulang dan bergaul dengan anak dan isteri serta mengurus pelbagai urusan, maka kami sering lupa.”


Tertusuk jiwa Abu Bakar yang lunak itu bila mendengarkan kata-kata Hanzalah. Dia membenarkan kata-kata Hanzalah itu dan mereka pun bersama-sama pergi bertemu Rasul s.a.w.


 


Kenapa Semangat Cepat Menyejuk?


Pernahkah kita merasakan begitu?


Merasakan saat pertemuan dan perkumpulan adalah saat yang penuh kemanisan tetapi saat perpisahan dan bersendirian adalah saat yang memeritkan dan melemahkan.


Ketika berada di dalam majlis peringatan, ceramah atau tazkirah, hati kita terasa begitu mekar dengan semangat keimanan, tetapi sepulangnya saja kita ke rumah, semangat itu terasa seperti telah hilang atau menyejuk.


Ataupun ketika berkumpul di dalam usrah, semangat untuk beramal dengan Islam itu terasa sangat berkobar-kobar, tetapi ketika keluar saja usrah bila pulang ke rumah, terasa seolah-olah seperti tidak tahu hendak bertindak atau memulakan langkah bagaimana. Akhirnya, semangat yang panas itu tinggal menyejuk.


Ataupun ketika kita sedang berada di dalam perbincangan yang serius bersama rakan-rakan kita dalam isu-isu yang penting seperti isu kenegaraan, isu mahasiswa dan sebagainya. Ketika berada di dalam perbincangan-perbincangan sebegitu, kadangkala kita terasa begitu berkobar-kobar dan semangat untuk balik melakukan perubahan, tetapi bila keluar sahaja daripada perbincangan itu, kita seakan-akan kembali seperti sediakala semula, tidak bertambah, tidak meningkat.


Bahkan, semangat pun telah pudar. Kepanasan hati telah menyejuk.


Pernahkah merasa demikian?


Kenapakah boleh berlaku sedemikian?


 


Sebab Itu Ada Masa Untuk Ini, Ada Masa Untuk Itu


Kita ini manusia, maka iman kita adalah iman seorang manusia, bukanlah iman malaikat.


Sebab itulah bila mereka berdua, Abu Bakar dan Hanzalah bertemu dengan Rasul s.a.w., apakah yang dijawab oleh Rasul s.a.w.?


“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya malaikat akan berjabat tangan deganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan ! Akan tetapi wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu. (Baginda mengulangsebutnya tiga kali).”[HR Muslim]


Iman malaikat, memang ya, tidak pernah menurun kerana mereka sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah. Tetapi kita manusia, diberi pilihan oleh Allah s.w.t. untuk memilih berada dalam jalan kebaikan atau keburukan.


Malaikat tidak diberikan nafsu, maka mereka memang tidak bernafsu untuk makan minum mahupun hidup berpasangan. Manusia pula dikurniakan nafsu. Dengan nafsulah yang menyebabkan manusia memiliki keinginan untuk makan, minum, berpasangan, bekerja dan lain-lain. Dengan nafsu jugalah menyebabkan manusia boleh terjatuh ke dalam kemungkaran dan kebinasaan. Sebab itu nafsu perlu dikawal, jangan biarkan ia mengawal.


Maka, sebab itulah Rasul s.a.w. bersabda begitu kepada Hanzalah.


Ada saat kita perlu bekerja, maka bekerjalah. Ada saat kita perlu membaca Al-Quran, maka bacalah. Ada saat kita perlu berehat, maka berehatlah.


Namun, kelonggaran yang dinyatakan oleh Rasul s.a.w. dalam hadis ini tidaklah bermakna kita harus menanggalkan rasa sensitif terhadap iman kita. Sensitiflah terhadap iman kita sebagaimana sensitifnya Hanzalah menjaga imannya.


Ada orang tersilap. Bila kita menyatakan bahawa dalam hidup ini ada masa kita bekerja, beribadah, ada masa kita perlukan hiburan dan kerehatan, bukan bermakna kita bersetuju agar terus membiarkan diri dalam kelemahan, kerehatan dan keselesaan.


ADA MASA. Fokus pada perkataan itu.


Maknanya bukanlah selalu, tetapi kadang-kadang. Kalau hari-hari lemah, maka barangkali kita perlu duduk memuhasabah semula ibadah kita, kehidupan kita, adakah berjalan di atas landasan yang dikehendaki oleh Allah ?


 


Disiplin Adalah Penerus Kehidupan Yang Lebih Baik


Memang benar, ada masa kita akan terjatuh ke dalam kelemahan, kemalasan, kemanjaan sehingga menipis semangat perjuangan kita yang telah berkobar-kobar di awal dahulu.


Namun, terjatuh ke dalam kelemahan tanpa berbuat apa-apa adalah sesuatu yang lebih memalukan.


Sebab itu, susunlah disiplin menguruskan kehidupan. Dengan apakah anda perlu mengisi hari anda? Apakah bekal-bekal untuk mengelakkan kita terjatuh ke dalam kelemahan dan kesalahan yang sama?


Ada orang yang bersemangat, berkobar-kobar dalam muktamar, usrah, kumpulan-kumpulan kecil ingin melakukan perubahan, berjuang untuk Islam, tetapi malangnya memulakan Subuhnya pada pukul 8 pagi ketika Matahati telah terbit !


Ada orang pula yang lantang melaungkan slogan perjuangan, tetapi terbungkus di atas katil sehinggalah Matahari telah terpacak di atas kepala, barulah mukanya kelihatan di dalam masyarakat, di pejabat-pejabat !


Maka, di manakah disiplin perjuangannya? Di manakah disiplin untuk memelihara kekuatan dalam diri sehingga memampukan kita untuk terus menegakkan apa yang telah kita yakini?


Susun jadual diri. Istiqamahlah mengikutinya. Paksa sedikit diri. Kalau benar kita ingin berjaya, kita ingin keluar dari garis kelemahan yang sama, maka bertegaslah sedikit dengan diri anda !


 


Penutup : Istiqamah dan Bersemangatlah !


Kita mungkin akan terjatuh ke dalam kelemahan, kesilapan, kekurangan dan kesalahan. Tetapi terjatuh ke dalam kelemahan yang sama berulang-ulang kali tanpa ada apa-apa peningkatan tidak akan membawa kita ke mana-mana.


Sebab itu, kalau kita masih terjatuh ke dalam kelemahan yang sama, tanyalah diri kita, apakah kadarnya telah berkurang, sama seperti dulu atau jauh lebih teruk dari dulu?


Kalau telah berkurang kadar kelemahan itu, maka baguslah. Tetapi kalau masih sama atau lebih teruk daripada dahulu, maka ambillah masa seketika dan lihatlah apa yang sedang kita corakkan untuk perjalanan pulang kita menuju akhirat.


Ayat yang sangat memberatkan kepala Rasul s.a.w. untuk memikirkannya adalah ayat berkaitan istiqamah. Bila turun saja ayat ‘Fastaqim kama umirt’ – ‘Maka beristiqamahlah sebagaimana telah diarahkan’ (Hud : 112), beruban kepala Rasul s.a.w. kerana memikirkan akan beratnya tanggungjawab untuk terus istiqamah di atas kebenaran.


Istiqamah itu perlukan kekuatan. Kekuatan perlukan disiplin. Tidak mungkin dapat membina kekuatan tanpa disiplin.


Ada masa mungkin semangat kita untuk berjuang, menegakkan kebenaran itu menyejuk seketika, tetapi jangan pernah biarkan ia menyejuk sehingga beku menjadi ais, kerana saat ia beku, kita telah hilang daya perjuangan.


Untuk mengelakkan kebekuan daya juang ini, bekalkanlah diri kita dengan disiplin dan beristiqamahlah. Biar kala kita lemah, kita masih lemah dalam lingkungan perjuangan, tidak keluar dari garis-garis perjuangan.


Bangunkan diri dan teruskan berjuang !


Fastaqim kama umirt !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2013 12:08

Kehidupan: Listen, Let Me Speak, Murobbi dan Jalan Dakwah.

[image error]


diambil dari poster dakwah LangitIlahi.Com - http://www.facebook.com/langitilahi


 


Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah Cik Sharifah Zohra Jabeen, yang telah melayan Cik Bawani KS dengan sikap yang tidak sepatutnya sebagai mahasiswa di UUM, Kedah.


Listen listen listen dan let me speak yang diulang berkali-kali, belum dicampur dengan tindakan merampas mic serta jawapan di luar fakta yang melibatkan segala permasalahan haiwan yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu pendidikan percuma yang dibangkitkan oleh Cik Bawani KS. Lebih mengundang malu, Cik Sharifah Zohra Jabeen menyatakan bahawa beliau adalah seorang muslimah, seakan-akan sebagai justifikasi buat dirinya dan apa yang dilakukan, memandangkan beliau sedang berhadapan dengan Cik Bawani KS yang bukan seorang beragama Islam. Walaupun saya secara zahirnya memandang Cik Sharifah Zohra itu seakan tiada beza penampilannya dengan Cik Bawani KS kita dari segi penampilannya.


Saya tidak mahu mengulas panjang perihal peristiwa itu di dalam artikel ini, kerana jelas sudah terlalu ramai yang menyentuh dan memberikan komentar akan peristiwa itu.


Apa yang berlaku di UUM itu tanpa dinafikan adalah proses indoktrinasi. Namun, menariknya, situasi itu tidak terjadi hanya oleh orang SW1M, namun juga sebenarnya berlaku pada manusia-manusia di atas jalan dakwah.


Saya mencoret artikel ini, sebagai sebuah muhasabah.



Yang Paling Asli, Betul, Benar Adalah Kita.


Di dalam perjalanan dakwah, ada kumpulan yang menganggap bahawa kumpulannya merupakan kumpulan yang paling asli jalan tarbiyahnya, dan kumpulannya merupakan kumpulan yang diiktiraf atas manhaj yang benar, juga kumpulannya sajalah yang betul manakaka kumpulan lain terlalu banyak cacat celanya sehingga menjadikan kumpulan lain ‘terkeluar’ dari jalan kebenaran yang dilaluinya.


Perkara ini disumbatkan dengan pengajian sejarah jemaah, yang diceritakan kepada anak-anak buah, dan anak-anak buah tidak pula dianjurkan untuk bertanya kepada jemaah-jemaah lain akan hal itu. Masing-masing mewariskan cerita-cerita hitam yang lama, tanpa memberikan jalan kepada generasi baru untuk melihat kesatuan dan sinergi dalam gerak kerja Islam antara jemaah pada masa hadapan.


Akhirnya, semua sibuk dengan perasaan bahawa jemaahnya adalah yang paling asli, paling betul, paling benar.


Kalau ada penggabungan, jemaah kitalah yang mesti menjadi ketua.


Kalau ada kerjasama, kitalah yang perlu menjadi ketuanya.


 


Murobbi Paling Betul. Anak Buah Ikut Jangan Banyak Soal.


Murobbi, atau pun dalam bahasa melayunya bermaksud pendidik, kadangkala ada yang menggelarkan mereka sebagai mas’ul, naqib dan sebagainya biasanya dianggap ‘istimewa’ oleh ahli halaqah. Segala kepercayaan dan ketaatan ditumpahkan kepada mereka. Tidak dinafikan ramai para murobbi yang ikhlas, namun tidak mampu disangkal juga wujudnya para murobbi yang menggunakan posisinya untuk tidak ditentang.


“Kenapa kena buat begini?”


“Ikut sahaja arahan, jangan banyak soal.”


Dua patah perbualan itu adalah perkara biasa. Apabila ada yang bertanya, dan membawa hujah mengapa arahan dan tindakan murobbi tidak relevan, yang bertanya ini akan dilihat sebagai ‘ada masalah’, ‘terpengaruh dengan unsur luar’ dan sebagainya. Kadangkala, keadaan sebegini dijawab dengan jawapan seperti: “Syura sudah bermesyuarat. Keputusan syura itu ada berkatnya daripada Allah. Enta jangan banyak soal.”


Listen, listen, listen. Let me speak.


Berlaku di dalam gerakan dakwah. Kerana wujud murobbi yang merasakan dirinya ‘lebih’ daripada mutarabbi(orang yang dididik). Sehingga kadangkala jawapannya adalah jawapan berbentuk abstrak, dan bukan fakta yang kukuh. Kritikan terhadap murobbi adalah janggal di dalam arena dakwah. Kerana yang mengkritik, akan dianggap tidak beradab. Jika mahu mengkritik, disarankan agar secara berhadapan, berdua-duaan agar tiada yang melihat.


Tetapi malang apabila wujud murobbi-murobbi yang menyebut perkara negatif terhadap mutarabbi mereka di belakang. Mereka sendiri tidak mengaplikasikan apa yang mereka ajar. Dan apabila ditanya mengapa, mereka berkata: “Murobbi tak mengapa. Kami ketua. Mereka anak buah.”


Hingga satu tahap, apabila ada anak buah bertanya mengapa dirinya merasa bosan dengan halaqah yang dilaluinya, jawapannya adalah: “Enta kena check hati enta, mungkin hati enta bermasalah.” Sedangkan, murobbi , naqeb atau mas’ul itu sepatutnya check semula bagaimana cara penyampaiannya, apakah cara penyampaian yang berkesan? Apakah aktiviti usrahnya? Apakah hanya dia sahaja yang berbicara, atau sekadar berpusing-pusing dalam isu yang sama? Atau terlalu banyak memasukkan perkara yang bukan ada kena mengena dengan urusan penyampaiannya?


Namun yang pertama disalahkan adalah mutarabbinya. Mutarabbinya yang ada masalah hati, hingga tidak fokus. Begitulah resmi segelintir manusia di atas jalan dakwah. Murobbi tidak silap.


Inilah dia double standard. Dan dalam dakwah, perjuangan Islam, hakikatnya tiada double standard.


 


Melahirkan Fanatisme Tanpa Sedar.


Apabila murobbi bersikap sedemikian, dan jemaah pula sedemikian, maka tanpa sedar ahli-ahli yang mengikuti proses tarbiyah(didikan) mereka akan dipupuk sikap fanatik mereka. Namun ini tidak disedari, kerana mereka telah menjalani proses ‘indoktrinasi’. Proses tarbiyah yang sepatutnya melahirkan pemimpin, menjadi proses yang melahirkan lebih ramai pengikut. Anak-anak buah tidak punya suara yang asli, melainkan bersuara mengikut suara pemimpin mereka. Mereka tidak mampu bertindak dengan gaya tersendiri, melainkan dengan gaya pemimpin mereka. Mereka tidak mampu melakukan apa-apa, tanpa kebenaran pemimpin mereka. Hingga satu tahap, pemimpin merekalah yang menentukan mana benar, mana salah, mana buku boleh baca, mana buku tak boleh baca, mana orang boleh percaya, mana orang tak boleh percaya, dan bukannya minda serta pertimbangan mereka.


Ini nyata satu proses pembodohan di bawah nama yang lebih lembut dan islamik.


Akhirnya anak-anak buah ini apabila pegangan jemaah dan murobbi mereka tercabar, mereka bangkit memberikan tentangan. Kononnya sedang menentang kebatilan, kerana menyangka mereka adalah kebenaran. Kerana menyangka jemaah mereka paling benar. Kerana menyangka murobbi mereka paling betul. Mereka tidak berfikir, tetapi sekadar menanti arahan daripada ketua mereka. Hatta apabila diajak berdiskusi, mereka tidak mampu membuat keputusan tanpa keputusan pemimpin mereka.


Mereka telah menjadi fanatik kepada jemaah mereka, dan mengkuduskan para murobbi mereka, tanpa mereka sendiri sedari.


Kisah-kisah kesolehan para murobbi mereka diulang-ulang, kisah-kisah ajaib menyentuh hati yang dilalui murobbi mereka diperdengarkan berkali-kali, untuk menjustifikasikan kebenaran itu di pihak mereka.


Tanpa sedar, mereka tidak berada di atas jalan kebenaran lagi.


 


Allah Dalam Membimbing.


Allah itu Tuhan. Dia Maha Berkuasa. Dia Yang Paling Agung. Dialah Kebenaran. Dialah Yang Paling Bijaksana. Dialah Yang Maha Hebat atas segala-galanya.


Namun jika kita perasan, Allah itu, Tuhan kita itu, apabila Malaikat bertanya, tidak pula Dia berang dengan para malaikatnya. Dia membenarkan para malaikatnya bersuara, jika tidak pasti perbincangan itu tiada dan dipadamkan dari dibaca oleh kita di dalam kitabNya. Dia menjawab: “Sesungguhnya Aku ini lebih tahu akan perkara yang kalian tidak ketahui.” Perkara ini jelas direkodkan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30.


Tetapi Allah tidak berhenti setakat menjawab sedemikian. Allah tunjukkan apa lebihnya manusia pada malaikat. Allah menyuruh Adam AS menyebut beberapa nama, yang tidak diketahui para malaikat, membuatkan para malaikat faham di mana kesilapan mereka. Allah, walaupun merupakan Tuhan, punya autoriti untuk mensenyapkan para Malaikat dengan firmanNya ”Sesungguhnya Aku ini lebih tahu akan perkara yang kalian tidak ketahui,” semata-mata, Allah tidak bertindak sedemikian. Allah tunjukkan relevannya Dia menciptakan manusia dengan membuktikan bahawa manusia bukan tahu membuat kehancuran sahaja, menghantar Adam menyebut beberapa nama agar Malaikat faham akan tindakanNya.


Begitulah kita lihat apabila Allah melayan permintaan Ibrahim dan Uzair.


Ibrahim dan Uzair dalam dua kisah yang berbeza, meminta untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan semula yang mati.


Ibrahim diarahkan untuk menyembelih empat ekor burung, dicincang lumat keempat-empatnya, digaul, kemudian diletakkan sedikit demi sedikit gumpalan daging itu pada empat buah gunung.


Kemudian Allah menyuruh Ibrahim memanggil burung-burung itu semula, dan menunjukkan kepada Ibrahim akan kuasaNya.


Dia tidak sekadar menyuruh Ibrahim untuk percaya.


Uzair pula ditidurkan selama 100 tahun, dan bangun melihat keldainya telah tinggal tulang. Allah menghidupkan keldainya itu di hadapan matanya.


Begitulah Allah.


Tidak pula Dia, Tuhan Yang Maha Berkuasa, terus memarahi Ibrahim dan Uzair kerana bertanya. Tidak pula Dia berang dengan malaikat yang mempersoalkan mengapa Dia menciptakan manusia.


Sedangkan Dia adalah Allah. Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya.


 


Rasulullah SAW Dalam Membimbing.


Rasul SAW walaupun merupakan manusia yang membawa kebenaran, penggendong wahyu, pemimpin kepada ummat, ketua kepada negara, tetap Dia tidak marah apabila ada yang bertannya, ada yang memberikan kritikan, ada yang memberikan cadangan yang berlainan. Walaupun jelas bagindalah pemegang kebenaran, itu tidak menjadikan baginda dan menjawab segala persoalan dengan kata-kata: “Aku Nabi, ikut sahajalah. Jangan banyak soal.”


Rasul SAW ketika perang Badar, mencadangkan tentera Muslimin berkubu di sebuah tempat yang tidak strategik. Maka para sahabat bertanya, apakah itu wahyu? Nabi dengan rendah diri menjawab, bukan, itu hanya idea dia semata-mata. Maka para sahabat mencadangkan agar mereka berkubu berdekatan dengan sumber air. Tidak pula sahabat itu digelar tidak taat, derhaka kepada Nabinya.


Rasul SAW pernah mencadangkan agar tidak dikahwinkan pokok tamar. Para sahabat menurutinya tanpa banyak soal, dan akhirnya menyebabkan pokok tamar pada tahun itu tidak membuahkan hasil. Para sahabat kehairanan, sedangkan mereka menuruti perintah Nabi SAW. Lantas mereka bertanya, mengapa walau telah taat akan arahan baginda, hasilnya telah tiada. Baginda tidak pula berkata bahawa itu adalah salah sahabat-sahabatnya. Dengan rendah diri baginda berkata: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia.” Riwayat Muslim.


Rasulullah SAW tidak pernah berang dengan Ali RA yang berkeras tidak mahu memadamkan nama Rasulullah SAW pada kertas perjanjian hudaibiyyah. Tidak pula dicop Ali RA sebagai derhaka. Tetapi baginda memadamkannya sendiri.


Rasulullah SAW tidak mengatakan para sahabatnya yang memprotes untuk tidak menyembelih korban dan membayar dam(denda) kerana terpaksa pulang dalam keadaan tidak menunaikan umrah akibat perjanjian Hudaibiyyah. Namun baginda bergerak, dan melaksanakannya sendiri, hingga menyebabkan para sahabat menuruti baginda akhirnya.


Itu Rasul Allah. Pemegang kebenaran. Penerima wahyu dariapda Jibril daripada Allah.


Maka bagaimana para murobbi boleh mahu rasa jelek dengan anak buah yang memberikan buah fikiran yang berbeda?


Mengapa anak-anak buah yang lain mahu marah jika ada yang berbeza pendapat dengan syeikh-syeikhnya?


Apa murobbi di dalam jemaah itu nabi?


Hatta fatwa ulama’ masih boleh diperbincangkan dan diperbahaskan, tiba-tiba bertanya, mengkritik atau berbeda pendapat dengan murobbi dan jemaah kita, merupakan satu taboo?


Ini nyata bukan sebuah kebenaran.


 


Penutup: Listen Listen Listen Bukan Sahaja Untuk Pengikut, Let Me Speak Let Me Speak Bukan Sahaja Buat Pemimpin.


Bukan pengikut sahaja perlu mendengar, dan bukan pemimpin sahaja boleh bersuara.


Pengikut juga perlu ada hak untuk bersuara, dan pemimpin kadangkala perlu menadah telinga berlapang dada mendengar segala bicara.


Tiada pemimpin yang sakti dan kudus, tiada kumpulan yang suci dan langsung tiada cacat celanya. Tiada dan tiada.


Kerana itu, pemimpin yang baik mencetak peribadi yang cantik, namun dia tidak memenjarakan akal orang yang dididiknya dalam kotak pemikirannya semata-mata. Dia akan memberikan ruang untuk anak didiknya berbeza pendapat dengannya, mencari sesuatu yang lebih baik daripada dirinya, dan bergerak lebih jauh daripadanya. Dia akan menjadikan anak buahnya seorang yang mampu menegurnya jika dia salah. Bukan untuk dijadikan robot, melaksanakan segala yang diperintah. Ya, itulah pemimpin yang sebenar.


Lihatlah bagaimana perbualan terakhir Rasulullah SAW dengan Muaz Ibn Jabal RA:


“Bagaimanakah nanti kamu akan menghukum apabila dibentangkan kepada kamu masalah?” Mu’az menjawab: “Saya akan menghukum berdasarkan Kitabullah.” Baginda bertanya pula: “Kiranya engkau tidak dapati di dalam Kitabullah?” Mu’az menjawab: “Saya akan menghukum berdasarkan As Sunnah Rasulullah SAW”. Baginda bertanya lagi: “Kiranya tiada dalam As Sunnah Rasulullah SAW juga di dalam Kitabullah?” Mu’az menjawab: Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara itu. Setelah mendengar jawapan Mu’az itu, Baginda menepuk dadanya sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah SAW ke arah yang direstui Rasulullah.”


Rasulullah SAW langsung tidak memenjarakan Muaz dalam apa yang berada di zamannya semata-mata. Terhadap semata-mata apa yang pernah Nabi sebut dan Nabi tunjuk. Di sana, jelas kita lihat Rasul SAW tahu bahawa ada tempat baginda belum pernah pergi, ada masyarakat yang belum pernah baginda temui, dan zaman akan berubah berlainan dengan zamannya nanti. Lantas dia mendidik Muaz untuk bijak. Al-Quran dan As-Sunnah tetap menjadi panduan, tetapi tidak pula jumud mengikut secara literal sebiji demi sebiji. Al-Quran dan As-Sunnah diambil sebagai ‘petunjuk’, untuk menunjukkan minda bagi bijak membuat keputusan yang mungkin tidak termaktub secara jelas dalam Al-Quran dan As-Sunnah.


Kerana itu, Rasulullah SAW diberikan mandat sebagai Rasul akhir zaman. Didikan baginda melahirkan manusia-manusia yang mampu membawa ajaran baginda merentasi zaman, relevan sepanjang masa hingga kiamat. Kerana baginda tidak ‘membunuh’ sahabat-sahabat baginda dengan kefanatikan dan kejumudan. Baginda memberikan ruang, peluang, agar sahabat baginda punya daya fikir dan kemampuan untuk membuat keputusan. Hingga apabila baginda tiada, Islam bukan terperuruk di Madinah sahaja, bahkan berkembang ke serata dunia. Islam tidak mati tanpa budaya arab, bahkan mampu bercambah di Asia hingga Eropah. Islam benar-benar menjadi agama yang relevan untuk semua jenis kaum dan bangsa, tempat dan masa.


Itulah dia tarbiyah yang Rasulullah SAW implementasikan.


Contoh ulung buat kita.


Perlulah diingat dan ditanam di dalam jiwa bahawa,


tarbiyah islamiyyah syaamilah(menyeluruh) dan kaamilah(sempurna) itu adalah yang melahirkan pemimpin, bukan pengikut.


Kita mahu melahirkan manusia yang lebih baik, bukan manusia yang sekadar tahu mengangguk apa yang kita cakap, diam apabila kita salah.


Tarbiyah Islam bukan untuk melahirkan robot.


Tetapi khalifah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2013 08:44

Poster : 7 Tips Menjadi Pendengar Yang Baik


Adakah kita seorang pendengar yang baik?

Bagaimana mahu menjadi pendengar yang baik?


Ayuh, ikuti 7 tips. Moga kita menjadi seorang pendengar yang benar!


p/s: Sebaik-baik perkara untuk didengar tentulah Al-Quran! (^_^)


“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-A’raf ayat 204)


*to download, click here*


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2013 03:42