Hilal Asyraf's Blog, page 120

February 12, 2013

Agama: Apakah Maksud Islam Itu Mudah?

[image error]

~Bersusah payah melaksanakan Islam yan mudah~

picture by UmarMita

Pernah saya terbaca perbualan berkenaan pandangan mudahnya agama dalam kehidupan manusia. Ada yang menyatakan kita tidak boleh berlebihan dalam amalan tidak kurang juga ada yang mempertikaikan jika agama itu mudah mengapa kita perlu buat ibadat itu dan ini? Adapun hakikat sifat Islam itu pada asasnya memudahkan. Bagaimana?

Penjelasan Hadith

Sifat mudahnya islam ini berkait dengan sebuah hadis[i]:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh kerana itu kerjakanlah dalam kadar semestinya, atau mendekati dengan kadar semestinya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebahagaian malam” (HR Bukhari no.39)

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ

Inilah karakter sebenar islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah yang diturunkan dalam keadaan yang sempurna kepada umat akhir zaman.

Ada dua pandangan mengenai mudahnya islam dalam kehidupan manusia:

i.    Mudahnya Islam dalam rangka perbandingan dengan agama lain

Perkara ini mungkin ramai dalam kalangan kita terlepas pandang kerana jika benar-benar meniliti sesuatu agama selain islam seperti yahudi dan kristian kita akan dapati mereka yang berpegang teguh dengan agama mereka sebenarnya lebih sukar berbanding islam.

Contohnya[ii] dalam agama yahudi seorang perempuan yang haid itu tidak boleh digauli oleh suaminya selama dia haid dan tujuh hari selepasnya. Jika dia melanggari perkara tersebut maka akan ditambah bilangan hari seterusnya. Dalam masa yang pasangan tidak dibenarkan berkedudukan sekali. Dalam islam pula perempuan yang haid juga tidak boleh digauli. Namun apabila perempuan itu bersuci maka larangan itu terbatal.

Satu contoh. Selainnya kaum yahudi tidak boleh kahwin dengan selain mereka bahkan ada beberapa kumpulan mazhab dalam yahudi tidak membenarkan kahwin dengan mazhab yang lain. Mungkin ini sekadar suatu contoh umum yang boleh dipertikaikan dengan mengatakan kita perlu lihat pada keseluruhan agama itu sepertimana Islam perlu dilihat dari segenap sudut hukum untuk menzahirkan pada manusia keadilan islam meski islam itu hakikatnya membawa keadilan.

Saya cuba bersikap adil dalam membawa perbahasan ini yang mana meski hanya satu contoh yang saya bawakan berkenaan agama yang tertentu, namun perlu kita ketahui bahawa agama itu datang bersesuaian dengan fitrah manusia. Meski bukan segenap sudut agama selain islam yang saya bawakan, tetapi contoh konkrit ini sudahpun tergambar dalam kotak pemikiran kita bahawa ia melanggar fitrah manusia yang Allah cipta.

Begitu jugalah dengan agama seperti kristian tidak membenarkan paderi berkahwin, agama hindu tidak membenarkan makan daging lembu dan sebagainya. Maka wajah keadilan dan mudahnya islam itu akan terpampar jika adakan perbandingan dengan agama selainnya.

ii.  Mudahnya islam dalam konteks kandungan islam itu sendiri

Pada dasarnya, Islam agama yang mudah kerana ia diturunkan oleh Allah s.w.t yang menciptakan manusia dan alam keseluruhannya. Dek kerana itu, Dia tahu apa yang termampu bagi seseorang manusia itu dalam menghadapi urusan kehidupannya dan tidak akan pernah menzalimi dengan perkara yang membebankan insan.

Allah berfirman:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah:286)

Dalam ayat lain Allah berfirman:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj:78)

Salah faham dan kekeliruan

Dalam membahaskan bahawa islam itu mudah dalam erti kata kandungannya sendiri ramai dalam kalangan manusia mungkin terkeliru. Contoh dalam hal ibadah khususnya yang menjadi isu hangat dalam kalangan kita berkenaan dengan menutup aurat terutama bagi wanita.

Mengapa seorang wanita perlu memakai tudung dan menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan?

Atau seorang lelaki tidak boleh berseluar pendek ketika bersukan? Bukankah itu menyusahkan?

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, islam itu meski hakikatnya ia adalah adil dan memudahkan, namun bagi manusia yang lemah ini perlu kita melihat kepada islam itu secara keseluruhan.

Bukankah dengan menutup aurat bagi wanita kecuali apa yang dibenarkan zahir padanya itu boleh mengelakkan berlakunya fitnah hingga terjadi perkara yang bukan-bukan bagi seseorang wanita?

Bukankah lebih selamat bagi seorang lelaki berpakaian sempurna untuk mengelakkan kecederaan terus pada bahagian tubuh badannya?

Mungkin ini satu penilaian akal. Namun pada akarnya, manusia dituntut untuk memahami islam itu dalam rangka pengabdian iaitu dengan menurut segala perintah Allah tanpa ada pertikaian. Adapun jika penemuan sains atau bertepatan dengan pandangan manusia ia adalah sesuatu yang tidak dinafikan kewujudannya.

Dalam ibadah-ibadah lain juga memudahkan seperti puasa, zakat, haji bagi mereka yang termampu dan dikecualikan mereka yang tidak cukup syarat-syarat yang telah digariskan. Menyentuh sedikit bab aqidah islam itu adalah agama fitrah yang mana jika seorang itu tidak berkemampuan menemukan Allah dalam pembelajaran disebabkan faktor tempat tinggal dan lain-lain, tetapi dia masih boleh mencari Allah dalam penciptaannya seperti kisah Ibn Tufail.

Jangan susahkan!

وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ

Tidaklah seseorang yang mempersulitkan(berlebih-lebihan) dalam agma melainkan ia dikalahkan.

Potongan daripada hadis ini ialah siapa yang menentang atau mendahului islam dengan perkara yang berlebihan maka ia akan dikalahkan kerana islam itu kuat dan tinggi dan tiada lebih tinggi darinya. Dengan erti kata lain, seseorang itu tidak akan mampu menjalankan perintah agama dengan sempurna meski dia merasakan banyak dalam amalan selain mudah future(rebah) di tengah jalan.

Misalnya seperti kisah yang dirawayatkan dalam Bukhari dan Muslim  berkenaan tiga orang yang bertanya kepada Aisyah r.a berkenaan amalan Rasulullah s.a.w. Lalu mereka menyimpulkan untuk berusaha lebih beramal daripada Rasulullah kerana baginda telahpun diampunkan dosa sedangkan mereka penuh noda.

Orang yang pertama bertekad untuk berpuasa setiap hari tanpa berkecuali. Yang keduanya ingin berqiamullail sepanjang malam dan yang ketiga membujang buat selamanya. Nabi s.a.w yang mengetahui perkara ini bertemu mereka dan menyatakan kepada setiap daripada mereka bahawa puasa yang terbaik adalah puasa nabi Daud (puasa sehari buka sehari), begitu juga baginda melakukan qiam namun ada masa istirahat dan baginda juga berkahwin.

Besederhana dan bergembiralah…

فَسَدِّدُوا  

Yakni mengamalkan Islam itu sebagaimana kadarnya, dengan baik dan benar, tanpa berlebihan dan tanpa menguranginya .

وَقَارِبُوا  

atau mendekati semestinya

Jika tidak mampu, berusahalah mendekati atau cuba sekadar kemampuan dengan senantiasa berusaha mendekati kesempurnaan sebagaimana yang telah ditunjukkan Allah dan Rasul-Nya dalam Al-Qur’an dan hadis.

وَأَبْشِرُوا

dan bergembiralah (dengan ganjaran Allah s.w.t)

Bergembiralah, karena dengan mengamalkan Islam sebagaimana adanya itu manusia akan mendapatkan ganjaran dari sisi-Nya. Tambahan pula, amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus meskipun ia sedikit. Ketidakmampuan seseorang dalam menjalankan perintah Allah tanpa kesengajaan tidaklah mengurangi pahalanya, dan sederhana dalam sunnah itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi bertentangan dengan syariat.

وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebagian malam

Al-Ghadwah (الْغَدْوَةِ) artinya permulaan siang(pagi). Ar-Rauhah (الرَّوْحَة) artinya setelah terbenamnya matahari. Ad-Duljah (الدُّلْجَةِ) artinya akhir malam.

Ketiga-tiga kosa kata ini membawa maksud mintalah pertolongan kepada Allah SWT dengan beribadah secara khusus dengan ibadah solat dan sunat yang lain yang ada dalam syariat pada waktu-waktu yang telah berkenaan. Namun hakikat hidup manusia itu keseluruhannya adalah ibadah. Justeru, jika kita memandang lebih jauh manusia hanya ada siang dan malam, maka pada setiap waktu sebenarnya patut kita meminta. Mintalah pertolongan kepada Allah dalam segala hal, baik urusan dunia lebih lagi urusan akhirat, khususnya dalam bab ini agar diisitiqamahkan dalam menjalankan Islam yang mudah, yang bertepatan dengan sunnah tanpa berlebih-lebihan sekaligus tanpa pengurangan.

Ibnu Hajar Al-Asqalani menjelaskan bahwa hadis ini mempunya kaitani yang tersendiri dengan hadis-hadis sebelumnyayang mana hadis-hadissebelumnya menunjukkan bahwa solat, puasa dan jihad merupakan bahagian dari iman dan memiliki keutamaan besar, hadis ini mengingatkan agar dalam menjalankan ketiganya kita tetap berada dalam naungan sunnah baginda, sesuai dengan karakter Islam yang mudah. Tidak mempersulit diri dan berlebih-lebihan.

Kesimpulan

Akhir sekali. Islam itu mudah bukan dengan tinggal perkara yang telah disuruh kepada manusia tunaikan kerana kebanyakan perkara di atas dunia ini perlukan bayaran. Maka, bayaran untuk syurga itu terlebihlah mahalnya untuk kita menganggap mudah akan agama (dalam erti kata berehat-rehat) bagi mencapai nikmat di akhir sana.

Adapun sifat mudah islam itu bukan suatu perkara yang asing tetapi perlu difahami secara jelas dan dilihat dalam skop islam secara keseluruhan yang mana terkesan dalam kehidupan insan.

[i]  Fathul Bari Syarah Sahih Al-Bukhari, Al-Hafiz Ibn Hajar

[ii]  Muqaranatul Adyan  Dr Muhammad Ahmad Khatib

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 12, 2013 07:19

February 11, 2013

Oppa Gangnam Style and a kid

[image error]“Warrior Kid”

Picture by ~MusliMultimedia of deviantart.com

One random morning, since it was the weekends, I decided to go to KLCC. My place of interest is not TVG KLCC Suria or i-Setan or Petrosains but the Japanese bookstore Kinokuniya. Even though it is a bookstore own by a Japanese corporation, it is by far the best and largest bookstore in Malaysia (but it is way too expensive but has almost all the books you want).

I usually go to Kino when I feel lonely, depressed or in agony. Nothing beats the feeling of comfort when you are in the company of books. That’s why I rather go alone there. I can spend all the time there. That day, I spent almost half the day today at Kino with the company of my girl-friends (books) by my side of course.

After reading books and buying some, I decided to call it a day. Well, I’ve spent the whole afternoon and evening there. I prayed Isya’ prayer at the Suria KLCC’s musolla situated at the lowest level. Took my ablution and started praying following the Jamaah.

During the jamaah prayer at Suria KLCC’s musolla, on the ruku’ of the second rakaah, a guy’s caller ringtone rang. To my surprise, the ringtone was the world’s famous song, the “Oppa Gangnam Style.”

That is not surprising yet, wait for the best part. There was a little kid, praying beside me, when we were performing our ruku’, I was distracted by the little boy who was moving his head following the rhythm of the song!

At first I couldn’t believe it. Maybe he was sleepy and moved his head to hush his drowsiness in prayer. But the boy stopped moving his head which was rocking back and forth only after the guy muted the song!

Entertainment, entertainment and entertainment

I was smiling but sad all the way until I finished the prayer. I’m smiling because he is still a kid and still has time to improve himself. But I’m sad to see my little brothers not being taught properly about life’s struggle.

Entertainment has become the way of life. That is why people are willing to accept “Oppa Gangnam Style” without understanding completely what is it. Just because it looks entertaining with unique dancing gestures, people accept it.

This article is not to ridicule “Oppa Gangnam Style” of any sort. Psy has its own way of conveying its message. According to these two links (1) and (2), I can sum up that Psy’s “Oppa Gangnam Style” is actually a criticism towards lofty life style and materialism to the people of “Gangnam.”

But the meaning of the song has been masked by the way it is presented. Psy should write an article or verbally explain the meaning so that people of the world would understand his true intentions of creating such song.

If not, many people will misunderstand its real meaning, like for instance, the little boy praying beside, who was rocking his head back and forth. I’m not surprised if they are more numbers of kids blinded by “entertainment.”

The children of today, specifically in Malaysia are intensely taught about entertainment more than struggle/intellectuality/education. Just look in the TV shows, which one is larger in number, the TV shows that promote entertainment or TV shows that promote intellectuality?

I’m very uncomfortable with Mania’s “Superstar”, a TV show that trains kids, mostly girls, to be dancers and entertainers. Which are more important, teaching kids on how to become warriors or dancers? What would they be when they grow up? Dance until they rot?

It may be okay for non-Muslims to embrace entertainment, to be dancers and what not, but for Muslims living in an Islamic country like Malaysia, is this how we represent Islam?

Imagine if the Palestinian children were not taught to be warriors, Palestine will not be able to repel the series of Israeli attacks on them.

Bro Azman Samsuddin (the Mazi Marmara Hero) shared in one of his talks about his personal experience intermingling with the people of Gaza.

The children of Gaza, as young as the kid praying beside me are trained to be tough, if anyone, outsiders or insiders wish to give money to the children as a form of charity, they will refuse the money because they are taught to earn money instead.

Conclusion     

Don’t view “Oppa Gangnam Style” as something all negative. But perceive it as a challenge. It has received a standing ovation from all around the world, what about Islamic Dakwah?

Are we at par yet? Has every living soul accepted Islam with open arms yet?

Never stop spreading Islam.

We are the real avengers.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2013 23:48

Kritikan Sosial: PSY dan psiko pada pembinaan masyarakat dan negara.

PSY atau nama sebenarnya Park Jae-Sang – gambar diambil dari http://www.businessinsider.com

Kehidupan ini orang kata hanya sekali. Tetapi hakikatnya matilah yang hanya sekali, sedang kehidupan itu dua kali. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat sana. Kerana itu manusia yang memahami perkara ini, dia tidak akan membazirkan kehidupan di atas muka bumi ini dengan keseronokan semata-mata, tetapi dia akan bersusah payah berusaha untuk menambah amalannya, kebaikannya, untuk diri dan masyarakat sekelilingnya.kerana dia tahu bahawa di akhirat kelaklah waktu dia enjoy sehabis-habisnya.

Bagi mereka yang tidak beriman dengan akhirat, walaupun sukar hendak menggapai tahap untuk memahami mengapa kita perlu bersusah payah melakukan kebaikan semasa hidup di atas muka bumi ini, namun saya yakin manusia yang memahami betapa dunia ini perlu dibangunkan oleh manusia yang bertamadun meyakini bahawa pembaziran masa adalah buruk, hedonisma melampau adalah buruk, melakukan perkara yang sia-sia adalah buruk. Mengeksploitasi wanita adalah buruk, membazir wang adalah buruk.

Justeru, untuk manusia yang beriman terhadap akhirat dan manusia yang ingin melihat atau membangunkan ketamadunan insan sejagat, saya tidak nampak mengapa PSY perlu menjadi pilihan untuk membuat persembahan di negara kita.

BN, DAP, DS Najib dan Guan Eng.

Desas-desus berkenaan PSY yang akan datang membuat persembahan pada rumah terbuka BN memang hangat disembangkan. Apatah lagi apabila wang untuk membayar persembahan beliau bukannya murah, tetapi menggapai jutaan ringgit.

Orang kata, Pulau Pinang negeri yang ramai bangsa Cina, maka kita kena hormati kepelbagaian ini. Ya, saya boleh terima. Tetapi tetap saya tidak dapat melihat rasional kita yang ingin membangunkan negara bertamadun, negara berakhlak tinggi, menjemput PSY untuk mempersembahkan persembahan Gangnam Stylenya.

Saya boleh terima kita menjemput PSY menziarahi Malaysia, menjadikan beliau tetamu kehormat dengan menaja beliau melancong melihat ‘negara Islam’ ini jika kita merasakan betapa PSY mampu menarik pelancong untuk datang ke Malaysia. Jika kita ingin melihat beliau membuat persembahan juga, silakan tanpa penari-penari iringan wanita dan mestilah juga dia bersama krewnya berpakaian sopan, dan lagunya pula mestilah bermesej tinggi, dan tidak perlulah tarian yang terkinja-kinja. Melompat setempat secara tegak dengan tangan mengangkat gaya juang, saya secara personal masih boleh menerima. Namun melompat dengan gaya menunggang kuda? Saya tidak pasti di mana signifikannya. Patrick Teoh mungkin akan marah dengan cadangan saya ini, tetapi saya tetap menegaskan, begitulah sepatutnya yang kita laksanakan!

Ramai juga cuba mengheret perkara ini kepada polemik kepartian.

Yang mencela BN kerana menjemput PSY sudah satu puak, yang menyatakan kejelekan apabila Guan Eng dari DAP mengalu-alukan kedatangan PSY juga sudah satu puak, ditambah satu puak lagi yang menyatakan betapa ruginya ummat Islam apabila mereka menyatakan bahawa puak-puak kafir(yakni MCA dalam BN dan DAP dalam PKR) bersatu, bergembira dengan kehadiran PSY yang tidak membawa imej yang baik buat masyarakat.

Namun saya suka melihat dengan lebih detail untuk pemerhatian beberapa kumpulan ini.

Guan Eng itu siapa? Orang Islam? Bukan. Dia orang Cina, bukan Muslim. Pada point of view dia, PSY memang tempat mencari peluang untuk mengharumkan nama Penang, dan meningkatkan rasa orang ramai untuk melancong di sana sekaligus memakmurkan Penang. Kemudian, bukan Guan Eng yang jemput, dia hanya rasa gembira sahaja. Orang lain yang bayar, negeri yang dia pimpin yang dapat peluangnya. Keyakinan bahawa pentadbirannya selama ini tidak akan tergugah dengan pihak lawan menjemput PSY, digunakan sebaiknyaa. Apatah lagi propaganda video “NO” kepada Najib seakan membuktikan kekuatan pemerintahan beliau di hati masyarakat Penang.

Namun siapakah DS Najib? Dia adalah Perdana Menteri kita. Orang melayu. Ditambah dengan dia seorang muslim. Ketua negara yang dikatakan sebagai Wira Negara kerana meluangkan masa selama 6 jam di Gaza bersama pimpinan Hamas. Yang lantang menyatakan bahawa perjuangan partinya juga adalah jihad, dan menganggap bahawa kumpulannya adalah yang akan membela Islam di negara ini, serta membawa mesej kebaikan.

BN pimpinan beliau menjemput PSY, katannya sekadar untuk hiburan rakyat semasa Raya Cina. Saya masih boleh terima dengan mengambil kira alasan itu dengan melihat dari point of view MCA dan MIC dari pihak BN, mungkin. Namun malangnya, kita sendiri melihat bagaimana DS Najiblah yang berucap di dalam acara itu, meredhai jutaan ringgit habis dalam masa 8 minit, dengan cuba pula menyelam sambil minum air dengan menyelitkan seruan: “Are you ready for BN?”

Pada saya, ini jelas memalukan. Apa salahnya saya kira, bagi sahaja kepada Chua Soi Lek dan rakan-rakan dari MCA untuk berucap mengalu-alukan kedatangan PSY di program rumah terbuka BN di Penang itu, memperkenalkan PSY dan sebagainya? Mengapa mesti DS Najib, Wira Negara, Ketua ‘Negara Islam’ yang merasmikannya? Itu program Hari Raya Aidilfitri atau AidilAdha? Tidak juga. Kemudian boleh pula ditambah dengan bonda Rosmah menyanyi juga di atas pentas yang sama. Apa salahnnya DS Najib menjemput PSY untuk datang ke pejabatnnya, menerangkan perihal Malaysia dan masyarakat majmuknya, serta menunjukkan pembangunan Malaysia serta kemajuan ‘Islam’ yang dibawanya? Itu lebih membawa imej yang bersih, namun itu tidak berlaku. Yang berlaku adalah sebaliknya.

Ya. Begitu desperate kah untuk memenangi hati rakyat? Selepas gendang yang dipalu di dalam iklan mendapat rate dislike yang lebih tinggi dari like? Saya sebagai rakyat memerhatikan tindak tanduk ini.

DS Najib dan Guan Eng. BN dan DAP. BN itu sebuah pakatan, manakala DS Najib adalah Presiden UMNO, parti orang melayu, melayu Islam katanya. DAP pula hanyalah pecahan dari PR, dan memang parti yang dikuasai oleh orang bukan Islam. Jadi, sifir ini mahu diterjemahkan bagaimana oleh puak ketiga yang saya nyatakan tadi?

Masyarakat Bertamadun, masyarakat yang menjauhi perkara sia-sia.

Saya adalah seorang penulis, dan idea adalah antara perkara yang berharga buat saya. Saya merantau ke Jordan, pernah menjejakkan kaki ke Arab Saudi, sempat singgah ke Mesir, dan pernah menghirup udara di United Kingdom. Sepanjang kembara saya, saya memerhati, moga-moga ada kebijaksanaan orang lain yang boleh saya ambil sebagai tauladan, dan keburukan yang boleh saya ambil sebagai sempadan.

Begitulah saya tidak hanya mendengar Nasyid, tetapi saya juga meluangkan masa mendengar lagu-lagu dari barat, jepun, dan korea. Saya juga tidak hanya membaca majalah seperti SOLUSI, ANIS, Q&A dan GenQ, tapi saya juga luangkan masa memerhatikan Majalah GEMPAK, juga komik-komik manga jepun, dan komik-komik barat seperti Superman, Batman dan sebagainya. Saya juga bukan menonton drama-drama Jepun, pernah juga menonton Drama Korea, dan saya ambil tahu juga drama-drama dan filem barat.

Ya, dari segi syar’ie mungkin orang akan memandang apa yang orang bukan Islam buat adalah sampah. Tidak syara’. Buka aurat dan sebagainya. Namun saya, menghormati idea-idea yang matang, yang hadir daripada mereka. Kadangkala tak terfikir dek kita. Cuma persoalan buat saya sebagai seorang muslim, bagaimana saya nak persembahkan idea-idea itu dalam bentuk yang lebih Islami?

Kerana itu saya menulis buku, mengarang novel dan puisi, dan sekarang dalam usaha untuk menjadi penulis skrip drama. Agar idea-idea yang saya perolehi daripada semua benda yang sekali lihat seakan ‘sia-sia’ dan penuh dengan selitan unsur jahiliyyah itu, mampu saya jadikan sebagai perkara bermanfaat dan membawa pula mesej Islamik sebagai alternatif kepada masyarakat.

Tetapi PSY? Saya memerhatikan beliau semenjak meletupnya  Gangnam Style. Namun konklusi daripada saya adalah saya tidak dapat melihat apa idea yang dibawa di dalam persembahannya. Ditambah dengan tariannya, dengan pengiring wanitanya, dengan video klip untuk Gangnam Stylenya dan sebagainya. Jika saya seorang non-muslim sekalipun, saya akan mempersoalkan, apa guna bawa dia ni datang tunjuk persembahan dia? Dengan 8 minit dibayar juta? Secara rasionalnya, jika dipandang luar dari skop agama, tetap kita tidak akan dapat mencanai perkara ini.

Kerana, orang yang memahami tamadun akan melihat betapa perkara yang sia-sia adalah virus buat masyarakat. Kerana itu, tamadun tidak dibangunkan dengan hiburan, tetapi dengan disiplin dan ilmu, dengan perancangan dan strategi yang bermakna. Perang tidak akan dimenangi dengan tawa tetapi dengan taktik yang berguna.

Baik BN, PR, atau sesiapa sahaja yang telah atau ingin menganjurkan perkara sebegini rupa kepada masyarakat kita, sepatutnya kita mempersoalkan perkara ini. Mengapa kita hidangkan perkara ini kepada masyarakat kita? Mengapa kita sanggup membayar sejumlah wang yang besar, untuk beberapa minit dengan persembahan PSY?

Saya lebih suka kiranya, kita menjemput kumpulan seperti One Republic(bukan One Direction), atau Linkin Park, kerana dalam list lagu mereka, mereka punya beberapa lagu yang ada makna yang mendalam, dan sepanjang saya perhatikan, mereka tidak menyanyi bersama pengiring-pengiring wanita berpakaian jelek. Jika mahukan penyanyi luar sangat, saya kira.

Mendominasi, Bukan Didominasi.

Jikalah ada pihak ingin menyatakan bahawa kehadiran PSY akan memakmurkan sektor perlancongan Negara, membuatkan orang ramai teringin hendak ke Malaysia, maka saya kira buat apa kita jemput dia berikan persembahan beberapa minit dengan harga juta?

Tidak salah pada saya hendak membawa PSY ke Malaysia. Tetapi adalah satu percaturan yang silap apabila kita didominasi PSY daripada mendominasi beliau.

Mengapa tidak kita taja perlancongan PSY ke Malaysia, bawa beliau menziarahi tempat-tempat bersejarah, juga menunjukkan beliau ketamadunan Islam, juga bagaimana pemerintahan ‘negara Islam’ ini yang mampu menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia?

Ya. Dengan itu, kita telah mendominasi beliau. Beliau tidak memberikan persembahan yang saya kira sia-sia, dan duit kita pun tidak habis dengan begitu sahaja. Sektor perlancongan akan menjadi lebih makmur, dan PSY akan melihat betapa indahnya Malaysia, dan secara tidak langsung, Islam itu sendiri. Kemudian jika kita ketagih sangat melihat persembahan PSY, kita berikan dia ruang, dengan syarat dia menyanyi lagu yang membawa mesej yang sesuai dengan idea kita hendak membangunkan masyarakat, membina peribadi yang baik di dalam masyarakat, bersama gaya persembahan yang santai dan tidak terkinja-kinja. Win-win situation.

Namun malangnya, apa yang berlaku?

Jutaan ringgit habis dalam masa beberapa minit, dan apa pulangannya?

Sebenarnya kita dipergunakan PSY secara halusnya, walaupun mungkin PSY sendiri tidak punya agenda sespesifik itu.

Duit habis, masyarakat hanya dapat lompatan yang terkinja-kinja tanpa mesej, daripada ikon yang tidak pasti hendak dicontohi dari segi apa melainkan kemampuan seorang korean berbahasa inggeris dengan baik. Ya, masyarakat dapat apa? Kerajaan kita dapat apa?

PSY dapat duit juta.

Penutup: Bila Kita Cuba Mempolitikkan Semua Benda.

Pada saya, kerugian ini adalah akibat bila kita cuba mempolitikkan banyak perkara di dalam kehidupan kita. Ya, saya sebagai penulis amat sedar betapa PRU13 semakin hampir, dan melihat suasana di internet, kekuatan pembangkang nampak overwhelming.

Orang akan kata pada saya, jangan politikkan kedatangan PSY. Ini hanya untuk meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di Negara kita. Saya tidak. Kerana itu saya tidak menyebut perkara ini melainkan selepas berlakunya ia. Namun DS Najib yang mempolitikkan perkara ini, dengan menyoal: “Are you ready for BN?” kepada rakyat Penang, di negeri yang dipimpin oleh Pembangkang. Maka barulah saya menulis, menyentuh dan mencuit serba sedikit beberapa perkara yang saya kira perlu.

Jikalah kiranya kita memandang di luar kerangka politik, saya yakin kita akan mampu mempergunakan PSY, bukan dipergunakan. Namun malang, mencuba untuk meraih sokongan, kita buat apa sahaja yang kita perlu buat, tanpa mengambil kira nilai dan peradaban.

Saya tegas di dalam hal ini. Hendak berhibur, saya menghormati. Saya tidak juga menyatakan segala yang datang daripada orang bukan Islam adalah buruk, dan segala konsert mesti diharamkan. Namun saya mengajak kita untuk membuka minda dan melihat perkara ini dalam skop yang lebih luas. Pastikan bahawa kita stick dengan perjuangan dan prinsip kita untuk membijakkan rakyat dan membina akhlak mereka. Justeru hiburan juga mestilah membawa mesej yang sama. Kita perlu bijak menggunakan icon-icon dunia seperti PSY ini, bukannya kita dipergunakan.

Ini kita mengajak rakyat berakhlak, menjauhi perkara yang sia-sia, jangan membazirkan wang dan masa, namun kita menjemput icon yang tidak mampu memberikan contoh, menari terkinja-kinja, kemudian perlu dibayar beberapa minit dengan harga mencapai juta. Sangat ironi. Tidak hairanlah pendidikan di sekolah-sekolah kita gagal melahirkan ‘manusia yang betul-betul manusia’ seramai bilangan yang mendaftar sebagai pelajarnya.

Non Muslim dan Muslim sepatutnya melihat perkara ini. Guan Eng dan DS Najib, sepatutnya melihat perkara ini dengan serius. Saya sentuh juga Guan Eng, kerana walaupun bukan beliau yang menjemput, tetapi beliau telah menyatakan rasa gembiranya dengan kehadiran PSY membuat persembahan. Saya kira, kenyataan itu sedikit sebanyak melukakan orang seperti saya.

Kerana, kebejatan moral bukan hanya akan membawa efek kepada Muslim sahaja. Tetapi Non-Muslim juga. Masalah ketagihan arak, jenayah rogol, walaupun dalam masyarakat non-muslim, perkara itu semua dipandang hina. Membazir masa, membazir wang, itu semua adalah perkara yang tidak akan sesekali masuk di dalam ‘nilai murni’ mana-mana bangsa.

Maka saya harap, sesiapa sahaja yang memimpin negara atau negeri, sepatutnya concern dengan perkara ini. Berpegang teguhlah dengan agenda pembijakan masyarakat.

Lebih-lebih lagi pemerintah muslim, yang salah satu rukun keimanannya adalah beriman kepada hari akhirat.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2013 07:05

February 6, 2013

Berita: Prinsip pembangunan sosial

Picture by Umar Mita of LangitIlahi

Antara prinsip pendekatan pembangunan sosial yang dikenal pasti oleh sarjana sosial dan dasar sosial adalah tanggapan terhadap proses, perubahan, intervensi dan universalisme (kesejagatan). Prinsip-prinsip ini mencerminkan perbezaan perspektif normatif dan ideologi serta mendedahkan usaha perjuangan ideologi untuk mencapai matlamat pembangunan sosial.

Seperti yang dicadangkan sebelum ini, tanggapan perubahan sosial yang progresif adalah prinsip utama pembangunan sosial. Penyokong pembangunan sosial menolak pandangan statik atau konservatif yang membiarkan keadaan sosial semasa atau menyimpulkan tidak boleh dilakukan apa-apa untuk memperbaiki kebajikan manusia. Mereka mengambil pandangan optimistik yang mempercayai bahawa perubahan adalah satu kemungkinan dan masalah sosial seperti kemiskinan, kemelaratan sosial, masalah kesihatan, buta huruf, tempat tinggal yang tidak mencukupi, ketaksamaan, eksploitasi dan ketidakadilan boleh ditangani.

Walaupun pandangan ini telah dikritik sebagai terlalu idealistik dan juga bersifat utopia, mereka mengakui dasar pembangunan sosial dan program-program yang dilaksanakan telah menunjukkan penambahbaikan yang ketara dalam banyak negara dan perubahan pada masa depan juga menunjukkan keadaan yang sama.

Kepentingan konsep perubahan sosial yang progresif dalam pembangunan sosial mencerminkan tanggapan bahawa pembangunan sosial sebagai satu proses yang berkembang. Aktivis pembangunan sosial menyatakan perubahan sosial tidak berlaku serta-merta tetapi berkembang melewati masa, melibatkan ejen yang berbeza, peruntukan sumber serta komitmen politik.

Oleh itu, pembangunan sosial boleh berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain seperti kebajikan atau penyampaian khidmat sosial yang tidak menekankan perlunya proses perubahan progresif yang berterusan.

Proses dalam pembangunan sosial juga mencerminkan maklum balas yang lebih luas dan konsep pembangunan yang pelbagai rupa yang saling bergantung kepada ekonomi, sosial, gender, politik dan dimensi ekologi dalam proses pembangunan. Penyokong pembangunan sosial menegaskan dimensi yang berbeza ini dikaitkan dengan berkesan dalam pembangunan dasar, program dan projek yang dilaksanakan.

Idea ini dapat diungkapan dalam tiga asas, pertama, pengharmonian komponen yang berbeza-beza dalam proses pembangunan dan penggunaan pengaturan organisasi untuk mencapai matlamat berkenaan. Walaupun pemikiran dasar sosial konvensional telah menyatakan perbezaan yang ketara antara intervensi ekonomi dan sosial, pengkaji pembangunan sosial telah menggesa pengenalan pengaturan yang formal bagi mengintegrasikan dasar ekonomi dan sosial.

Asas yang kedua ialah dasar pembangunan ekonomi harus ‘berpusatkan kemanusiaan’ dan mapan serta menggalakkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Pembangunan berpusatkan kemanusiaan ini memerlukan dasar ekonomi pembangunan yang aktif mempromosikan penyertaan ekonomi melalui pengwujudan pekerjaan yang menguntungkan, peningkatan pendapatan, pelaburan dalam pendidikan dan kemahiran serta memastikan pertumbuhan ekonomi meningkatkan tahap hidup penduduk.

Asas ketiga ialah dasar sosial, program dan projek yang perlu meningkatkan penyertaan kumpulan sasar dalam ekonomi produktif melalui pelaburan sosial.

Sebagai contoh, intervensi yang menggerakkan manusia dan modal sosial, mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakkan perusahaan mikro dan pengumpulan aset serta memberi keutamaan kepada penyertaan ekonomi. Pelaburan berproduktiviti menggalakkan kesejahteraan dengan meningkatkan keupayaan dan memupuk penyertaan dalam kegiatan ekonomi.

Di samping itu, mereka menyumbang secara positif kepada pembangunan. Walaupun sering disasarkan kepada keluarga miskin dan mereka yang secara tradisinya dibantu oleh sistem kebajikan, kedua-duanya mempunyai kaitan. Matlamat menggalakkan kebajikan sosial melalui intervensi pengeluaran ini dikatakan sebagai ciri pembangunan sosial yang paling menonjol.

Prinsip intervensi adalah satu lagi prinsip utama dalam pembangunan sosial.

Pendukung pembangunan sosial percaya proses perubahan sosial yang progresif tidak berlaku secara spontan atau sengaja disebabkan kuasa semula jadi sosial dan ekonomi tetapi kerana usaha manusia, organisasi dan kerajaan yang komited untuk memperbaiki keadaan sosial. Penyumbang yang berbeza seperti ahli isi rumah dan keluarga, komuniti berasaskan persatuan masyarakat awam dan organisasi berasaskan agama turut menyumbang kepada proses pembangunan sosial. Kerajaan adalah agensi yang amat penting untuk mempromosikan perubahan sosial. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara tentang peranan bagi setiap penyumbang ini.

Universalisme adalah satu lagi prinsip utama pembangunan sosial. Pembangunan sosial melangkaui fokus yang sempit dalam kumpulan sasar kerana tujuannya ialah menggalakkan kesejahteraan penduduk. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang wujudnya kebimbangan mengenai eksploitasi terhadap komuniti dan kumpulan sasar, justeru dasar pembangunan sosial dan program-program berkaitan sering ditumpukan kepada kumpulan sasar seperti wanita dan kumpulan minoriti yang hidup dalam penempatan tidak formal di bandar dan luar bandar.

Pembangunan sosial komited untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk dengan menangani pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan, kemelaratan dan ketaksamaan.

Strategi Pembangunan dan Intervensi Sosial

Faktor utama pembangunan sosial ialah membasmi kemiskinan bagi memenuhi keperluan sosial dan menangani masalah sosial, namun intervensi yang praktikal adalah lebih penting berbanding konsep atau teori. Sebilangan besar intervensi yang terdiri daripada projek-projek perancangan sosial dalam pembangunan masyarakat dan negara telah diterima pakai oleh pengamal pembangunanan sosial.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, amalan pembangunan sosial bergantung kepada pelbagai agensi yang memainkan peranan aktif dalam melaksanakan intervensi ini. Mereka termasuk isi rumah, pekerja pembangunan masyarakat, pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dan agensi kerajaan.

Intervensi pembangunan sosial juga mencerminkan pengaruh yang lebih luas dan strategi ideologi bermotivasi serta aktiviti-aktiviti yang berbeza.

Tiga strategi yang digunakan ialah strategi perusahaan individu, strategi masyarakat popular dan strategi kolektif berencana. Setiap strategi adalah berbeza, contohnya dalam perusahaan mikro, intervensi mencerminkan strategi yang lebih luas bagi membantu individu dan isi rumah untuk memulakan perniagaan kecil yang boleh beroperasi di pasaran bebas.

Sebaliknya, pemberian wang tunai, penetapan gaji minimum atau subsidi makanan yang disediakan oleh kerajaan mencerminkan strategi kolektif berencana. Begitu juga dengan intervensi yang menggerakkan komuniti desa melalui pembinaan klinik, strategi ini mencerminkan strategi masyarakat popular.

Sudah tentu, pendekatan strategi dan intervensi yang berbeza boleh digabungkan. Malah, banyak program dan projek pembangunan sosial bersama masyarakat dibiayai oleh kerajaan sebagai aktiviti ekonomi berasaskan pasaran semasa. Dalam kes ini, strategi yang berbeza boleh bergabung dalam cara yang kompleks. Walau bagaimanapun contoh perusahaan mikro yang diberikan mungkin boleh memberi maklum balas terhadap kesesuaian strategi dalam intervensi ini.

Intervensi Pembangunan Sosial

Beberapa dasar, program dan projek yang mencerminkan prinsip pembangunan sosial yang lebih luas dan mempunyai keutamaan normatif yang dilaksanakan sejak lama telah pun didokumentasikan oleh tokoh pembangunan sosial. Intervensi yang dimaksudkan ini termasuk pelaburan modal manusia dan modal sosial, pengumpulan aset indiviu dan komuniti, mewujudkan pekerjaan dan peluang pekerjaan sendiri, melanjutkan perlindungan sosial, mengatasi halangan terhadap penyertaan ekonomi dan promosi program dengan kos yang efektif. Sebilangan besar program dan projek yang berbeza ini mempunyai fungsi pelaburan sosial dikategorikan di bawah intervensi ini.

Pelaburan modal insan menyediakan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan kepada kita untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam ekonomi produktif. Keperluan terhdap pengetahuan dan kemahiran mulai diberi keutamaan di seluruh dunia hari ini dan banyak negara komited untuk meningkatkan peluang pendidikan kepada rakyat masing-masing. Penekanan juga sedang diberi kepada penjagaan kanak-kanak, pendidikan prasekolah, literasi latihan, kemahiran kerja dan latihan semula serta pembelajaran sepanjang hayat.

Kebanyakan orang termasuk kelompok miskin mengiktiraf kepentingan pendidikan dan sering membuat pengorbanan yang besar untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kesanggupan keluarga miskin melabur dalam pendidikan perlu disokong sepenuhnya oleh kerajaan. Anggapannya ialah pelaburan modal insan boleh menggembleng dan mengimbangi sumber isi rumah, individu, komuniti dan negara dengan berkesan.

Walaupun pengamal pembangunan sosial menekankan keperluan untuk intervensi pendidikan, pembangunan modal insan juga digalakkan melalui pemakanan yang baik dan program penjagaan kesihatan. Pelaburan modal insan membawa faedah positif bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada komuiti secara keseluruhannya dan wajar diberi keutamaan.

Modal sosial merujuk kepada pelaburan yang mengukuhkan rangkaian sosial dan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan. Modal sosial juga digerakkan oleh pelbagai persatuan masyarakat. Pembentukan modal sosial yang berkesan dapat memupuk kerjasama dan perpaduan sesama ahli komuniti. Putnam dan rakan-rakan (1993) menyatakan modal sosial menggalakkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup.

Sehubungan itu, projek pembangunan peringkat komuniti yang mengintegrasikan aktiviti sosial dan ekonomi telah mula diberi keutamaan di samping penyertaan dalam aktiviti awam. Konsep pemerkasaan, kolaborasi dan keaktifan juga memainkan peranan utama dalam pendekatan ini. Melalui penyertaan aktif, komuniti perlu digalakkan mengawal hal ehwal mereka sendiri dan menentang sebarang bentuk eksploitasi dan penindasan.

Penggemblengan modal sosial tidak hanya memberi gambaran strategi masyarakat popular tetapi juga melibatkan sumber-sumber luaran yang disediakan oleh kerajaan. Promosi pekerjaan yang bergaji menjadi matlamat utama usaha-usaha pembangunan ekonomi sejak tahun 1950-an dan kedudukannya sama penting dengan pembangunan sosial tetapi di sini tumpuan harus diberikan kepada kelompok miskin dan berkeperluan khas.

Pendukung pembangunan sosial percaya kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam mempromosikan peluang pekerjaan untuk mereka. Mereka juga harus menyokong masyarakat dan perusahaan yang memupuk matlamat ini. Walaupun manfaat perkongsian antara kerajaan, masyarakat dan institusi komersial boleh disalah guna, mereka mencadangkan supaya insentif ditawarkan kepada kedua-dua syarikat swasta dan koperasi berasaskan komuniti untuk merangsang peningkatan upah. Walaupun peranan koperasi dalam mewujudkan pekerjaan tidak popular sebelum ini, mereka mempunyai peranan utama dan patut diberi sokongan. Dana komuniti yang dibiayai kerajaan untuk melaksanakan projek pembasmian kemiskinan wajar diteruskan.

Di samping intervensi ini, isu seperti keperluan untuk gaji yang mencukupi, persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta penciptaan peluang pekerjaan yang baik mesti juga diberi keutamaan. Memandangkan cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru, bekerja sendiri telah diiktiraf oleh pengamal pembangunan sosial yang percaya bahawa perusahaan mikro yang dibiayai melalui pinjaman kecil boleh menyumbang kepada peningkatkan pendapatan keluarga miskin.

Didorong oleh kejayaan Bank Grameen dan inisiatif yang sama, perusahaan mikro dilihat mempunyai asas kejayaan. Walaupun sering dikatakan terlalu optimistik, pendekatan ini mungkin memberi manfaat hanya kepada sesetengah orang yang berpendapatan rendah, sumbangan kepada pembangunan sosial dalam aktiviti sektor tidak formal, meningkatkan pendapatan keluarga yang berpendapatan rendah dan memperkasa wanita.

Program pembangunan aset juga telah menjadi popular akhir-akhir ini. Pembangunan aset melibatkan pengumpulan aset kewangan oleh individu dan kelompok isi rumah serta aset yang dimiliki oleh komuniti seperti sekolah, klinik, bekalan air bersih dan jalan raya. Pengumpulan aset kewangan telah ditambah baik melalui akaun simpanan kanak-kanak. Padanan yang disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan, yayasan dan kerajaan telah mewujudkan insentif untuk membantu keluarga miskin.

Walaupun kajian menunjukkan jumlah yang disimpan adalah tidak penting, ia mempunyai kesan psikologi dan sosial yang positif kerana mereka dapat meningkatkan kepercayaan kredit keluarga miskin dan menyediakan akses kepada bank.

Walaupun program perlindungan sosial tidak lagi menjadi sebahagian besar pembangunan sosial pada masa lalu, implikasi pemberian wang bantun sara hidup sedang diiktiraf dan digunakan secara meluas. Sebagai contoh, program pemberian wang tunai yang diperkenalkan di Mexico dan Brazil pada tahun 1990-an telah yang diguna pakai di negara-negara lain.

Ia menunjukkan bahawa menyuntik wang tunai ke dalam perbelanjaan isi rumah keluarga miskin dapat meningkatkan penggunaan dan permintaan bagi barangan dan perkhidmatan, mempengaruhi proses pembuatan keputusan dalam perusahaan kecil isi rumah serta menggalakkan kehadiran anak-anak ke sekolah, semuanya mempunyai implikasi positif untuk pembangunan.

Menyedari bahawa terdapat banyak rintangan yang menghalang penyertaan masyarakat miskin dalam pembangunan, dasar-dasar yang memudahkan penyertaan mereka telah disuarakan oleh ramai sarjana dan pengamal pembangunan sosial. Rintangan ini termasuk amalan diskriminasi terhadap wanita, kumpulan minoriti, orang kurang upaya dan warga tua. Menghapuskan halangan jenis ini memerlukan peranan aktif kerajaan dalam menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang bersifat diskriminasi dan tindakan afirmatif.

Di samping itu, penyertaan dalam ekonomi memerlukan persekitaran yang aman dan adil. Matlamat pembangunan sosial tidak mungkin dapat direalisasikan dalam masyarakat di mana ketakadilan sering berlaku dan kelompok elit mengekalkan keistimewaan mereka serta menghalang usaha kelompok majoriti memperbaiki taraf hidup mereka. Dalam situasi ini, cita-cita pembangunan sosial yang terbaik adalah dilaksanakan dalam komuniti yang aman dan adil yang dicirikan oleh penyertaan demokratik dan komitmen kepada hak asasi manusia.

Akhirnya, penyokong pembangunan sosial hari ini lebih menyedari keperluan untuk menilai intervensi dan memastikan bahawa ia adalah dalam lingkungan kos efektif. Disebabkan tekanan ke atas perbelanjaan semakin bertambah, idea memastikan projek dan pembangunan sosial yang menepati objektif dan berorientasikan matlamat telah diterima secara meluas.

Penerimaan terhadap kepelbagaian teknologi dari analisis kos sehinggalah penilaian hasil adalah baik dan pendekatan berasaskan pembuktian semakin popular. Secara tidak langsung kecekapan kos menjadi satu prinsip yang penting dalam amalan pembangunan sosial pada masa depan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2013 16:30

Prinsip pembangunan sosial

February 5, 2013

Why don’t you have any girl friends?

“Still a long way to go”

Picture by Umar Mita of Langitilahi

Album Azri & Maryam

“Ali Mujahid, why don’t you have a girl friend?” A female counterpart of Ali asked. She was on another table which was beside Ali’s table. She was alone while Ali was with his male friend.

Ali was taken aback by the random inquiry posted. But he maintained his cool. He didn’t answer her question promptly. His eyes were gawking on the cubic-mozek-floor of the Human Sciences café – a café in IIUM.

Looking at her, he answered “Girl friends? I have many girlfriends. In fact, you are one” while making a troll face.

She laughed profoundly “Okay, I get the joke.”

He silenced, changing his face to a poker face. Emotionless.

“What I meant is, not friends who happened to be girls, but a special girlfriend. She is your soft spot in your heart” she added.

He leaned back on the not-so-comfortable chair and looked outside at the flowing river of the tarik. There was a four-foot monitor submerging joyfully in the river.  Swimming in a river of teh tarik is like swimming in a river of honey and milk that monitor thought he purported.

“I’m a guy but my heart is fragile. And I do not want to do the same with girls who owns a more delicate heart” he started off sounded monotonous. “But that is not the main reason.”

Her eyes were wide open waiting for his answer.

“I’m afraid that if I’m in a relationship, I’ll tend to remember her more than I’ll remember Allah” he explained.

“Yeah. I see. I think you’re the type of guy who will be in a serious relationship. If you love a girl, you would tell her parents and marry her not dwell on something uncertain” she added.

“Imagine you praying, submitting yourself before Allah. But the only thing that is playing on your heart during your prayer is so called sweet memories with your girlfriend. What is left of your prayer then? Nothing” His voice tone heightened a little bit.

“My heart is not for her, but it is for Him. I will try my best not to spoil it with any impurities. I will let my heart be stolen by someone only after she affirms to me she’ll help me remember Allah” he continued.

*******************

Don’t talk about marriage if you don’t have financial stability.

Don’t talk about being in a relationship if you aren’t ready.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2013 17:36

Himmah : Ini Langkahku !

steps

~ Picture by senandungputri.wordpress.com

Saya terdorong untuk menulis tentang tajuk ini setelah terdengar salah satu lirik lagu ‘Shoutul Harakah’ yang bertajuk Ini Langkahku.

Lagunya bersemangat. Ya, siapa saja yang pernah mendengar lagu ini pasti akan terdorong untuk melompat-lompat atau paling kurang mahu mengayunkan tangannya. Begitulah kali pertama seawal saya mendengar lagu ini.

Rasa bersemangat dan tidak boleh duduk diam. Sesuai dengan nama kumpulan nasyidnya, Shoutul Harakah. Harakah itu bermaksud sentiasa bergerak, tidak duduk diam.

Rasa bersemangat ini, tidak dapat tidak, ia ada kaitan yang sangat dekat dengan jiwa orang muda. Betul, bukan?

Bagaimana biasanya jiwa orang muda? Jiwa orang muda adalah jiwa yang mengalir di dalamnya darah panas, sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu kerja bila dia meminatinya, tenaga dan kudratnya pula masih banyak.

Begitulah Masa Muda Harus Diisi

Semangat, tenaga dan kudrat di waktu muda tidak harus dibazirkan dengan hanya menghabiskannya untuk tidur berjam-jam, main game semata-mata, menonton movie semata-mata tanpa menghasilkan apa-apa karya atau produk.

Sedangkan di masa inilah peluang untuk kita melakukan kebaikan cukup banyak.

Masa muda yang terabai dan terbazir dengan perkara-perkara yang sia-sia akan membawa kita kepada kerosakan. Semangat dan kudrat yang banyak sekiranya tidak diarahkan ke arah kebaikan, maka ia akan menjadi begitu cenderung ke arah kemaksiatan dan kerosakan.

Begitulah syair Imam Syafie menukilkan :

“Sungguh aku melihat diamnya air merosakkannya, bila bergerak ia jernih, bila tak bergerak ia tak menyihatkan.

Dan singa yang tak tinggalkan sarangnya tidak akan mendapat mangsanya, dan panah yang tak terlepas dari busurnya tidak akan mengena.

Dan matahari yang tetap pada paksinya, tentu akan membosankan manusia, baik dari ajam (bukan Arab) mahupun Arab.

Dan biji emas tidak ada bezanya dengan tanah saat bercampur keduanya, kayu gaharu berserakan di tanah pun umpama kayu bakar.”

Meneruskan Langkah, Mengayunkan Tangan Tanpa Henti

Maka, menyahut seruan semangat di waktu muda ini, kita harus terus meneruskan langkah memanfaatkan masa muda ini.

Mustahil langkah ini dapat diatur jika perancangannya saja belum ada. Bagaimana mahu melangkah tanpa mengetahui apa yang diinginkan di masa hadapan?

Justeru, kita harus bersegera memulakan perancangan untuk masa depan kita. Apakah yang kita inginkan dari apa yang sedang kita lakukan di saat ini? Apa yang kita harapkan terhadap diri kita?

Perancangan ini sudah tentulah tidak akan cukup dan menjadi tidak seimbang sekiranya kita hanya merancang untuk memenuhi keperluan kudrat dan tenaga zahir sahaja. Ada beberapa aspek perlu diberi penumpuan, antaranya :

1)      Aspek kerohanian

Hubungan dengan Allah adalah rahsia kekuatan sebenar kita. Benar, tenaga muda itu memang satu kekuatan, tetapi itu saja tidak akan mampu menampung kehidupan kita baik di dunia mahupun di akhirat. Sebab itu, kita sangat perlukan Allah dalam segenap kehidupan kita.

Maka, aspek ibadah dan zikir adalah sangat penting untuk kita berikan perhatian.

2)      Aspek keilmuan

Semangat dan kudrat saja tidak cukup untuk memandu kita di atas jalan kebenaran. Kita mesti memiliki kemampuan dari sudut keilmuan. Ilmulah yang akan membantu kita membina prinsip dan cara berfikir dalam diri kita.

Aspek keilmuan ini tidak cukup dipenuhi dengan hanya mendengar kuliah-kuliah di universiti, di masjid semata-mata, tetapi perlu juga melazimi diri dengan membaca buku-buku dan bahan bacaan tambahan luar daripada apa yang kita pelajari.

3)      Aspek kemahiran-kemahiran semasa

Pembentukan kemahiran-kemahiran (softskill) seperti bercakap di hadapan (public speaking), kemahiran komunikasi (communication skills), pembinaan kumpulan (team building), kemahiran mempengaruhi (influence skills), kemahiran menulis (writing skills) dan lain-lain.

Kemahiran-kemahiran semasa ini sangat penting dalam memenuhi aset yang diperlukan oleh ummat.

4)      Aspek pembinaan masa depan dan cita-cita

Jangan menjadi anak muda yang kosong. Jadilah anak muda yang memiliki cita-cita dan wawasan masa depan. Tidak memiliki hala tuju, tidak tahu apa yang hendak dicapai menjadi penyakit kronik yang mengakibatkan segala usaha kita menjadi sia-sia ataupun menyebabkan kita duduk selesa tanpa mengusahakan secara maksimum apa yang diperlukan untuk mencapai masa depan kita.

Benar, masa depan itu dalam ketentuan Allah. Tetapi rancanglah ke arah itu. Yang berada di dalam ketentuan Allah itu, tidak ada yang tahu. Selain menjadi pemuda yang berwawasan, ia akan sentiasa menjadi pemangkin kepada diri kita untuk melangkah dengan penuh kesungguhan dalam hidup ini.

Kita Sumbangkan Untuk Islam

Apakah yang lebih besar dan lebih mulia daripada memberikan sumbangan terhadap Islam?

Tenaga muda yang ada pada kita ini, semangat, kudrat dan kemampuan mari kita sama-sama kerahkannya untuk pembangunan Islam.

Kita bersungguh-sungguh di masa muda hari ini, membina diri kita, membangunkan prestasi kita, meningkatkan ilmu kita, bukanlah kerana kepentingan diri semata-mata, tetapi supaya di kemudian harinya ummat bisa merasai manfaat dengan kehadiran kita.

Kita serius membina cita-cita kita, masa depan kita, bukanlah kerana ingin mengaut kepentingan duniawi untuk diri kita, tetapi supaya kelak ummat memiliki orang-orang yang hebat dan amanah untuk membimbing perjalanannya.

“Katakanlah : Ini jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah di atas hujah-hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf : 108]

Penutup : Ini Langkahku !

Derapan langkah kita di atas dunia yang singkat ini tidak akan membuatkan kita rambang mata sehingga kita tewas ketika berdepan dengannya.

Benar, ujian di dalamnya sangat kuat. Ujian hartanya, ujian kedudukan, ujian kecantikan wanita, ujian kesusahan, ujian kesenangan dan sebagainya. Siapa yang tahan?

Tetapi sesungguhnya langkah kita yang disertai oleh Allah itulah yang akan menjadikan kita lebih kuat daripada ujian-ujian ini.

Telah berapa ramai orang-orang soleh mendahului kita, langkah mereka tegar dan tetap di atas jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Mereka berusaha membangunkan diri mereka, mereka mengusahakan sesuatu untuk ummat dan mereka terus-menerus berjuang meskipun banyak tentangan menghalang mereka di atas jalan kebenaran.

Inilah langkah yang kita mahu corakkan untuk diri kita.

Menghidupkan roh perjuangan dalam kehidupan. Kerana kehidupan tanpa perjuangan dan yang mengandung banyak kerehatan, apalah ertinya pada kehidupan itu.

Berjuanglah di masa mudamu. Kudratmu, kekuatanmu, rupamu, kemampuanmu dan sebagainya mari kita manfaatkannya untuk pelaburan saham yang berkekalan sehingga ke akhirat sana. Biar di sana, masa muda menjadi saham paling memberangsangkan, bukan sebaliknya. Biar di sana, masa muda menjadi bukti bahawa dirimu telah melakukan yang terbaik untuk deen ini, untuk Islam.

Ini Langkahku !

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2013 13:05

February 4, 2013

Fotografi: Negara Kita

Kuala Lumpur.

8am.19/2/2012.

Negara kita,

kita sayang,

kerana itu kita perlu menjadi seseorang,

yang pandai menjaganya,

bukan semata dengan suara,

tetapi dengan diri kita.

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَآئِنِ الأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

“Berkata Yusuf: Jadikanlah aku bendaharawan negara(Mesir), sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga(menguruskan wang) lagi berpengetahuan.” Surah Yusuf ayat 55.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 04, 2013 06:36

February 2, 2013

Pinky and the Brain

“Are you pondering what I’m pondering?”

Picture by ~WellnessWater of deviantart.com

I was there, sitting in a circle with four of my friends. This type of circle is what I call “The circle of hope.”

I don’t know much about seerah, but the prophet used to apply the same method in spreading Islam. Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam’s house was used as the center for teaching Fikrah.

Many topics we discussed that night. From explanations on Iman, we moved on to Jihad and contemporary issues.

Then came to a point where Pak Arbi*, the one leading our circle asked all four of us “If someone asked you what is the most cartoon series you missed in your childhood time, what would you answer?”

What is the cartoon that I miss? Sonic the Hedgehog? Animaniacs? Feelix the Cat? Which one? Tons! I practically grew up with Cartoon Network, Nickelodeon, Marvel Comics, DC Comics and what not.

I don’t know. I think, I missed all of them!

I stated all of the cartoons I missed so did my friends. My friends said other cartoons like cartoons from the Marvel comics; Spiderman, Batman, Ironman and etc. I adore these Marvel cartoons as much as my friends do.

And now I’m beginning to feel confused, why on earth did Pak Arbi ask about the cartoons we missed?!

“That is what you guys missed. But for me, I miss one cartoon which you cannot see on television now. It’s Pinky and the Brain” Pak Arbi said.

I was like huh! From all the cartoons in the world, it’s ‘The Pinky and the Brain’ that he missed?!

I like Pinky and the Brain but I’m not a die-hard fan. It’s not like I don’t prefer watching that, yes I watched it. I enjoyed it. I had a good laugh watching Pinky and Brain as they carried out their mission (I forgot the tagline).

I’ve always adored science-fiction. That’s why I love Marvel’s Spiderman. I’ve always wanted to be the Black Spidey. I’ve dreamed numerous times as Spiderman; wall-crawling, web-slinging and villain-kicking.

I’ve even dreamed of being the Black Spiderman and it the same dream, Peter Parker was my partner as the red Spiderman. Man we made a good team!

I rather die being Peter Parker’s comrade than being zapped by Brain the genius lab rat!

Even now whenever I missed watching them, I would search it on youtube.com, just to remind me of my childhood days. God, I missed being a kid!

But, why on earth does Pak Arbi missed the genius lab rat and his skinny helper? Why Pak Arbi? Why? I want to hear the reason.

“Do you know why? Because of their famous dialogue preceding the theme song.” Pak Arbi began impersonating Pinky and the Brain.  “Pinky says: Gee, what are we going to do tonight, Brain? Then Brain would answer: The same thing we do every night Pinky—try to take over the world!”

Yeah! It’s all coming back to me! How could I forget that famous dialogue!

“You know. Even lab rats who struggle each day to go out from their cages have an everlasting strong determination to take over the world. They know they are only lab rats but still they try their best they can do to take over the world” Pak Arbi stopped a while looking at our eyes.

We were all focusing on his lips digesting each and every word he uttered. He continued “What about us? How determined have we tried in spreading Islam to the world?”

“Imagine if you are sitting in a circle with the prophet and the prophet asked ‘What would you do to contribute to Islam?’ “ Pak Arbi gasped.

“Khalid Al-Walid drew his sword and sworn to defend Islam with his genius war tactics, Abdur Rahman Auf gave his wealth for Islam, Ka’ab bin Malik and Abdullah Ibn Rawahah contributed to Islam by being Poets performing poems to motivate the Muslims, Abu Hurairah became the most narrator of the prophet’s hadith, what about us?”

Oh! Face-palm! What have I done to spread Islam to the world? How many hearts have I touched?

How many changes in this world have we made?

Let’s keep on striving. May the blessings of Allah be upon us all.

Cheers.

*Pak Arbi here is not Pak Arbi in the novel “Hero” by Hilal Asyraf. We usually call him as Sir Rosdi Baharom. He is my teacher, xifu, and mentor in during high school. His pen name is Pak Arbi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2013 05:17

Pemuda : Kepelbagaian Satu Masalah? Saya Katakan Tidak.

[image error]

Adakah berbeza menjadikan itu satu masalah untuk kita saling melengkapkan? Kenapa kita tidak melihat itu sebagai satu peluang? 

~Picture by Umat Mita

Kita hidup dalam sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama, warna kulit, bahasa, cara fikir dan lain-lain.

Tak dapat tidak, kita pasti akan menghadapi kepelbagaian dan perbezaan.

Pelbagai cara fikir, berbeza sudut pandang. Pelbagai buah fikiran, berbeza cara melihat masalah.

Ada orang mungkin melihat penyelesaian kepada sesuatu masalah itu dari satu sudut. Tetapi, ada orang lain pula melihat penyelesaian kepada masalah yang sama dari sudut lain pula. Cara A melihat masalah mungkin tidak sama dengan B. Tetapi adakah berbeza cara berfikir dan cara melihat masalah menjadikan itu sesuatu yang bermasalah dan ancaman buat kita?

Adakah kepelbagaian ini menjadi satu masalah buat kita?

Saya katakan tidak.

Satu Tidak Dapat Melakukan Semua, Maka Ramai Dapat Saling Melengkapkan

Tidak semua perkara mampu kita lakukan meski sehebat apapun kita atau sehebat apapun kumpulan kita.

Ada perkara yang kita dan kumpulan kita mampu lakukan, ada banyak lagi perkara yang kita dan kumpulan kita tidak mampu lakukan.

Sebagai contoh, kami di LangitIlahi.

Ya, mungkin di satu sudut kami mampu menghasilkan artikel tazkirah dan perkongsian secara berkala setiap minggu, mengadakan bengkel-bengkel penulisan, memfokuskan kepada pembangunan modal dan kemahiran insaniah, tetapi di satu sudut yang lain pula, pastilah kami tidak punya kemampuan untuk melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat atau NGO-NGO lain seperti kerja-kerja kebajikan, menguruskan derma dan sumbangan kepada orang-orang Palestin, Syria dan sebagainya.

Maka, ketidakmampuan kami ini secara tidak langsung telah ditampung pun oleh kumpulan-kumpulan, syarikat-syarikat atau NGO-NGO lain.

Begitulah.

Tidak semua perkara kami mampu lakukan. Tidak semua perkara juga kami perlu fokuskan sebenarnya.

Ukuran kemampuan itu satu hal. Ukuran keperluan juga satu hal.

Ada perkara yang kita tidak mampu buat, sekiranya kita menjadikannya sebagai satu keperluan juga untuk kita fokuskan, pastilah ia akan mengundang masalah kepada fokus-fokus lain sekiranya kita tidak dapat melaksanakan fokus yang sedia ada dengan baik.

Kita pun tidak dapat melaksanakan fokus-fokus lain dengan baik kerana terlalu banyak fokus kita. Apa yang A buat, kita hendak buat. Apa yang B buat, kita hendak buat juga. Apa yang C buat pun, kita hendak buat juga.

Mudah cerita, kita hendak buat semua perkara.

Ada banyak isu dan masalah yang perlu difokuskan di dalam masyarakat. Pastilah sebuah pertubuhan, parti politik, kumpulan atau syarikat itu, biar sebesar apapun jangkauannya, ia pasti tidak mampu melakukan semua perkara secara berfokus di dalam masyarakat untuk dilakukan di bawah namanya.

Maka, sebab itulah pentingnya kepelbagaian ini wujud untuk membantu menampung ketidakmampuan ini.

Namun, bagaimana sepatutnya kepelbagaian ini berlangsung?

Membenihkan Roh Agama Dalam Menghadapi Kepelbagaian, Bukan Roh Sektarian Yang Memecahbelahkan

Dalam surah Al-Hujurat, sebelum Allah s.w.t. menekankan tentang faedah kepelbagaian ini adalah untuk kita saling mengenali dalam ayat 13, Dia telah menekankan terlebih dahulu kepada kita soal ukhuwah dan adab dalam ayat 1-12.

Saya suka petik salah satu ayat daripada surah Al-Hujurat ini, iaitu ayat 11 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menyindir kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang disindir) lebih baik daripada mereka (yang menyindir)  dan jangan pula perempuan-perempuan (menyindir) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang disindir) lebih baik daripada perempuan (yang menyindir). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk…” [Al-Hujurat : 11]

Adab dan moraliti dalam menghadapi kepelbagaian adalah sesuatu yang amat penting.

Tidak ada masalah untuk berbeza pendapat, berbeza cara berfikir dan cara kita bekerja, tetapi soal adab jangan diabaikan kerana inilah tunjang untuk memelihara suasana kepelbagaian dan perbezaan.

Adab dan moraliti ini pastinya adalah nilai yang datang daripada agama.

Bila kita mengambil agama, khususnya kita yang memilih Islam sebagai cara hidup kita, Islam mendidik kita untuk sentiasa memperbaiki peribadi kita dan bersikap baik dalam hidup kita.

Bila kita mengikut lunas-lunas syariat yang telah diajarkan oleh Islam, sepatutnya ia mampu membenihkan dalam diri kita roh keagamaan, bukan roh sektarian. Kata Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam salah satu bukunya, Aqalliat Ad-Diniah Wal Hillul Islami (Agama Minoriti Dan Penyelesaian Islam Terhadapnya) :

“Roh keagamaan itu selalunya mengumpulkan dan membina, tetapi roh sektarian itu selalunya memecahkan dan menjatuhkan.”

Sektarian itu adalah kita selalu bersikap ingin memenangkan dan mempertahankan kepentingan kumpulan kita dalam menghadapi kepelbagaian meskipun kita salah. Itulah yang seringkali terjadi.

Masalahnya bukan pada kepelbagaian itu, tetapi pada sikap menghadapi kepelbagaian itu.

Adakah kebenaran itu hanya ada pada kumpulan kita saja? Adakah kemahiran dan kemampuan itu hanya dimiliki oleh kumpulan kita saja?

Itu yang menjadi masalah sesetengah orang.

Contoh yang sangat mudah di Malaysia, ada orang mendakwa dia dan kumpulannya membawa perjuangan Islam.

Tidak dapat kita nafikan bahawa Islam itu adalah deen yang benar. Tidak ada masalah apa-apa pada Islam.

Tetapi ada kumpulan muslim yang membawanyalah kadang-kadang menampakkan Islam itu seolah-olah bermasalah. Mereka mendakwa merekalah yang benar dan perlu diikuti. Tetapi akhirnya, bila ada yang menegur dan mengkiritik mereka kerana sikap dan peribadi mereka yang bercanggahan dengan roh Islam, mereka membalas pula dengan dakwaan kononnya ingin menentang Islam ataupun dengan label membawa ajaran yang bercanggahan dengan apa yang diajarkan oleh Islam.

Di manakah roh kebenaran Islam seperti yang didakwakan ketika menghadapi kepelbagaian dan perbezaan pendapat dan cara fikir orang terhadap kita?

Adakah roh kebenaran Islam itu terletak pada tindakan kita yang memberi label ataupun mendakwa orang lain yang cuba menegur kita kerana inginkan kita menjadi lebih baik sebagai cubaan menentang Islam itu sendiri?

Kadangkala, masalah kefahaman terhadap dalil nas Al-Quran dan hadislah menjadi punca segelintir orang mendakwa dirinyalah yang membawa perjuangan Islam yang sebenar, sedangkan mereka sendiri jumud dan sempit dalam membawa Islam. Akhirnya, bila ada teguran dan kritikan datang kepada mereka, mereka bersikap defensif pula dengan mempertahankan kumpulan dan idea mereka yang mungkin sedikit bermasalah itu.

Inilah antara contoh kepelbagaian yang kita hadapi. Sesetengah orang bersikap sektarian dalam hal agama bila mereka mendefinisikan Islam itu sebagai agama yang benar sehingga melayakkan mereka untuk berkata perkara yang tidak baik kepada agama lain, menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

Islam tidak pernah menganjurkan perpecahan dalam masyarakat meskipun berbeza latar belakang agama, cara fikir, cara bekerja dan lain-lain.

Masalah Sikaplah Yang Sebenarnya Menampakkan Kepelbagaian Sebagai Satu Masalah

Wacana kepelbagaian adalah satu keindahan dalam masyarakat kita.

Siapa yang melihatnya dari sudut positif, ia akan melihat ini sebagai suatu yang menampung dan melengkapkan.

Kita ini manusia. Tidak lepas dari kelemahan dan kekurangan. Ada kumpulan yang mahir di suatu bidang, ada kumpulan pula yang hebat di satu bidang yang lain. Berbeza-beza kemampuan, cara berfikir dan cara bergerak ini tidak menjadi masalah besar sekiranya ia dihadapi dengan baik.

Ia menjadi masalah besar bila tidak diuruskan dengan baik. Satu kumpulan bersifat ingin menguasai ke atas kumpulan lain. Satu kumpulan bersifat untuk mengaut semua peranan di bawahnya. Satu kumpulan bersikap tidak beradab dan tidak menghormati suasana kepelbagaian.

Itulah yang mengundang masalah sehingga akhirnya orang melihat kepelbagaian itu adalah satu masalah.

Sedangkan, bukan kepelbagaian itu yang bermasalah, bukan perbezaan itu yang bermasalah, tetapi sikap dalam suasana kepelbagaian itulah yang bermasalah.

Penutup : Menghargai Kepelbagaian Sebagai Sesuatu Yang Melengkapkan, Bukan Ancaman

Dalam sebuah ucapan Presiden sebuah parti di Indonesia, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang baru dilantik beberapa hari lepas, Anis Matta,  di sebuah program bertemakan kepemudaan, ia telah mengungkapkan satu visi yang menarik dalam ucapannya iaitu :

“Kita perlu mengembangkan semangat untuk menghargai orang lain. Di samping kita bekerja, ada orang lain yang ikut bekerja bersama kita. Di PKS banyak orang hebat, tetapi di parti lain juga banyak orang hebat. Di PKS banyak reformis, tetapi di kelompok lain juga banyak reformis. Oleh kerana itu, kita mesti keluar dari kandang kita masing-masing untuk kita bertemu dalam lapangan yang luas meneriakkan satu kata yang sama tentang masa depan Indonesia.

Biar dalam lapangan besar itu, kita menggunakan baju kita masing-masing dengan warna yang berbeda-beda tetapi untuk satu kata yang sama. Indonesia !”  [Anis Matta, Panggung Pemuda]

Menarik ucapan ini. Melihat kepelbagaian itu sebagai satu yang melengkapkan, bukan satu ancaman. Meraikan kepelbagaian untuk kita saling menguatkan, bukan untuk kita saling menjatuhkan.

Begitulah sepatutnya kita menghadapi kepelbagaian.

Sebagaimana Allah s.w.t  menekankan dalam ayat 13 surah Al-Hujurat tentang medan kepelbagaian ini adalah untuk kita saling mengenali, maka begitu jugalah kita sepatutnya membenihkan roh itu dalam masyarakat kita.

Kita tidak lengkap, tidak ada masalah. Ada orang lain yang bisa membantu kita.

Kumpulan kita tidak ada semua kemahiran, tidak ada masalah. Ada kumpulan lain yang bisa menampung kita.

Akhirnya, bila kita menerima kepelbagaian ini sebagai suatu yang melengkapkan, kita akan mampu saling belajar dan bertukar pandangan. Kita pun akan mampu mewujudkan satu suasana yang lebih baik dalam masyarakat kita.

Tidak perlu fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuhkan.

Bina masyarakat harmoni dengan idea-idea baru. Masyarakat yang bebas dari kepentingan individu-individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

Mengakui kelemahan dan kekurangan itu lebih baik daripada kita terus bongkak dengan kekurangan kita. Biar kekurangan itu diatasi dan ditampung oleh yang lain, tetapi dengan adab dan moral yang baik.

Sebab itulah, sekali lagi saya bertanya adakah kepelbagaian ini satu masalah? Saya katakan tidak. Anda, bagaimana?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 02, 2013 00:59