Hilal Asyraf's Blog, page 130

November 20, 2012

Do I need a PhD to have a heart?


“Koreans . . . when we are busy admiring their cute dramas”


 


There are times in life when you start to wonder if this life you are living in, is just a routine you adhere to. Prescribed for you, depending on the choices you make earlier, are sets upon sets of instructions that you follow, making sure they start… and finish… as they always do the day before.


There are times that it struck to you that life is never random.  At least, being human, the minimum routine that you stick to is biological. The need to breathe, load some energy (and burn it), detoxify and rest are the most basic ones.


For you the same applies to the job you are doing, or the studies you are taking. The issue remains whether you are indulged in it or not. The uniform you wear dictates where your thoughts, sweat and blood will go for.


Some people lost their passion of living, echoing that it’s merely a routine before they die. Everything seems, looks and sounds the same. Even worse, everything feels the same.


The job that you used to love, the one that you dreamt all your life doing, felt mechanical. The joy felt no longer there. The excitement felt like despair. The hobby that you used to indulge in, felt special no more. Whatever news that come to you became just another life drama, “Oh, people do this, people get that”. You become robots of programmed chores or even worse, zombies with no feelings.


A friend of mine told me that once you began to have these feelings, then it’s the time for you to have a spouse..a life partner. Well I’m not sure myself whether he was literally joking, but I’m pretty confident that he talked about ‘the other missing half’ or something.


His thought actually made me thinking. Coz what came to my mind was totally different. I thought about  a dying heart. Not at all of a husband or wife. OK, I’m not romantic, I know.


I instantly thought of this verse from the Holy Quran,


“and surely, we have created many of the jinns and mankind for Hell. they have hearts wherewith they understand not, they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). they are like cattle, Nay even more astray; those! they are the heedless ones”


(Al-A’raf : 179)


I began to fear if I myself am losing my heart and my senses. I began to worry if I had become too simple-minded to think that everything that happened..are just meant to happen, and that there’s nothing for or from me in it. I began to think if what I see and hear from my surroundings affect me in any way.


I began to tremble if my heart has lost its touch with its Creator. What’s the use of having one if it doesn’t work as it should?


Perhaps this is what is described Sir Ken Robinson, that our education today is increasingly focused on the waist up, stops at the head and gives weight on one side.


And the heart gets lost in space.


Say, I became a heartless human being who feels nothing when I missed my Fajr prayer. I felt the solah is a mechanical routine with no attachment of the heart, so missing one is also mechanical. Do I get a life partner to solve this problem?


Say, I saw an obvious sin happening in front of me and I did nothing, or felt nothing in my heart. “That’s normal…so that you know that the shaytaan is working”, I said to my kids.


Say, I read about the violence and killings on my Muslim brothers in Gaza, or Syria and Myanmar and choose to close one eye. “Kids, don’t look at it. I don’t want you to get nightmares at night. Besides, people die and babies get born every day.”


Say, I heard that the money I spend goes to the regime who murdered thousands of innocent lives, many of them children and babies. A burger for me, a rocket to blow them.  I tell myself reassuringly, that I’m just one man. Come on, what harm can it do?


Say, people tell me that not buying from so and so companies can avoid me from helping a ruthless regime. That I can change to alternative products, one that my own people produce. “Now, now, don’t be silly. Think of the people who will lose jobs if you stop their business from running. Use your head, bro. Besides, tell me where can I get burgers as good as this..huh?huh?”


Na’uzubillah min zaalik.


I remembered reading a quote from Ibnu Qayyim al Jauziyyah,


 “There are three reasons for a person to commit sins and disobedience from God – arrogance, ignorance and sheer heedlessness”


I pray to Allah that arrogance should never possess me, that He will protect me from choosing to be blinded and deafened from the obvious truth and crystal clear signs elevated upon me. I pray to Allah that I shall never be fooled by and for something that I don’t know, and that I bid whatever I have for the sake of knowing Him and be acknowledged of His creed. I pray and I pray that I shall always take heed of the littlest warnings and reminders He laid upon me, be it obvious or for me to dig deeply.


I pray for Palestine and my oppressed brothers everywhere. I pray that I can see them, hear them, and feel them.


I speak, write and act for them for I know that I am capable of doing it.


I put aside my savings for them for I know that I have more than enough to keep on breathing.


So that one day they will not claim me for being no better than zombies…or cattle.


 


 


Brothers, let’s show that we still have a heart. It doesn’t need a PhD to know this. Channel your donations to :


Tabung Palestin HALUAN

BIMB 14-023-01-003429-2

Maybank 564490208528


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2012 17:26

Umum: Saya Tak Ada Duit, Macam Mana Nak Bantu GAZA?


Berikanlah sumbangan!


 


Semua sedia maklum, bahawa saudara kita di Gaza sekarang sedang galak diserang oleh rejim zionis Israel bermula malam 1 Muharram 1434H. Sekarang, usaha-usaha untuk membantu saudara kita di sana sedang berjalan dengan hangat. Antara yang mengusahakan bantuan adalah NGO HALUAN di bawah bironya HALUANPalestin dan Aqsa Syarif. Kami di LangitIlahi.Com berusaha apa yang kami mampu untuk memberikan kesedaran akan hal ini, mempromosikan derma dan sebagainya.


Tetapi ada yang bertanya kepada saya dengan nada yang hiba:


“Saya tiada duit, macam mana nak bantu Gaza?”


Nampak niatnya yang menggunung tinggi. Nampak cita-citanya untuk membantu sahabat-sahabat di Gaza sana. Murni. Suci. Rasa sedih kerana melihat dirinya tidak mampu menyumbang dari segi kewangan. Namun dia tidak berdiam diri dan redha begitu sahaja. Dia mencari, mencari jalan bagaimana nuntuk menyumbang juga.


Tahniah!


Maka di sini saya ingin utarakan beberapa idea.



Sumbangan Itu Bukan Semata-mata Wang. Tetapi Juga Tenaga!


Apa yang saya yakin adalah, bukan semua orang akan mampu menyumbang melalui wang. Ini jelas apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW sendiri mengadu kepada Rasulullah SAW akan ketidak mampuan mereka untuk beramal melalui kewangan.


Daripada Abu Zarr RA(beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.” Baginda bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah.” Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.


 


Maka jelas telah ditunjukkan kepada kita bahawa sedekah itu, sumbangan itu, bukan bermakna pada harta sahaja. Amar ma’ruf nahi munkar(menyeru kepada yang baik dan menegah dari yang mungkar) juga adalah sedekah. Justeru, untuk Gaza, juga saudara-saudara kita yang teraniaya di Syria dan Rohingya, kita boleh melakukan sumbangan walaupun kita tiada wang.


Persoalannya, bagaimana?


 


Anda Ada Apa?


Anda seorang Vlogger?


Menyumbanglah melalui Vlog anda. Cakaplah apa sahaja berkenaan Gaza di Vlog anda. Ringkas pun tidak mengapa. Seterusnya promosikan sumbangan kepada Gaza melalui Vlog anda.


Anda seorang Pelukis Komik?


Menyumbanglah melalui Komik anda. Lukislah berkenaan Gaza. Perjuangan Mujahidin. Kesengsaraan anak-anak Palestin. Apa-apa sahaja yang boleh memberikan kesedaran, pencerahan, kepada yang membaca komik anda. Kemudian jangan lupa promosikan sumbangan kepada Gaza melalui komik anda itu.


Anda seorang Blogger?


Menyumbanglah melalui artikel-artikel anda. Blog anda itu, bannernya boleh ditukarkan kepada promosi derma. Artikel-artikel anda membicarakan berkenaan Gaza. Bangkitkan kesedaran melalui artikel-artikel anda.


Anda seorang pengkarya?


Anda suka menulis cerpen dan puisi? Maka tulislah cerpen berkenaan perjuangan di Gaza, kesengsaraan di sana. Tulislah puisi untuk menyedarkan orang ramai akan keadaan mereka di sana. Kemudian jangan lupa untuk promosikan juga bantuan kepada Gaza sana.


Anda seorang designer?


Anda suka design poster? Maka designlah poster-poster yang boleh meningkatkan kesedaran masyarakat akan situasi saudara-saudara kita di Gaza sana. Sambil mempromosikan bantuan derma kepada Gaza sana.


Anda pandai menyanyi?


Maka buatlah satu-dua lagu untuk Gaza. Bukankah itu sumbangan juga?


 


Anda Tak Ada Apa-apa?


Susah sebenarnya untuk zaman ini seseorang itu tidak punya apa-apa. Paling kurang, masyarakat sekarang ada Facebook. Jika anda tidak punya mana-mana talent yang saya cakapkan dalam subtopik sebelum ini, maka bantulah dengan promosikan sumbangan untuk saudara-saudara kita di Gaza itu melalui email, di Facebook, di Twitter anda.


Yang penting, jangan langsung tidak buat apa-apa.


Diam bukan pilihan kita!


 


Penutup: Menyumbanglah. Jangan Sampai Kita Ditanya Oleh Mereka!


Negara kita tidak diuji dengan peperangan. Maka janganlah sampai Allah berikan kita peperangan, baru kita nak faham betapa deritanya saudara-saudara kita di Gaza sana. Maka janganlah berdiam diri. Menyumbanglah. Sesungguhnya mereka di Gaza itu saudara kita.


Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.”


Maka lakukanlah sesuatu.


Jangan sampai nanti di akhirat, yang menghalang kita masuk ke syurga adalah anak-anak Gaza yang mengadu kepada Allah, bahawa kita telah memalingkan wajah kita daripada mereka.


Rasulullah SAW berpesan dalam sabda baginda:


“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.” Hadith Riwayat Bukhari.


Mari sama-sama menyumbang apa yang boleh!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2012 16:56

November 19, 2012

Cerpen: Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu


Berikanlah sumbangan. Paling kurang, lakukanlah sebaran sebagai salah satu bentuk bantuan!




Untuk Gaza,


dan pejuang-pejuang di sana.


Untuk ummat Islam di mana-mana negara,


terutama Malaysia tercinta,


yang mungkin masih terlena.


“Wahai Ummah, Aku Memanggil-manggil Kamu”


 


Rasulullah SAW bersabda:


“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”


Sahabat-sahabat bertanya:


“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”


Rasulullah SAW menjawab:


“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”


Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan.


Sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan keadaan ummatnya pada akhir zaman, tergiang-giang di dalam kepalaku. Ak-47 kurapatkan di dada. Teman setiaku beberapa tahun kebelakangan ini. Kulayan seperti salah sebuah bahagian tubuhku.


Sekarang aku sedang bertahan bersama sekumpulan kumpulan pejuang yang lain. Israel memecah masuk kawasan kami secara mengejut semalam dan melakukan kemusnahan yang besar. Mujur, plan kecemasan dapat berjalan dengan baik, maka bilangan yang terkorban amat sedikit. Kini, bandar ini telah kosong dan yang tinggal hanya pejuang-pejuang sahaja.


Dalam kesejukan malam yang mencecah 0 darjah celcius ini, fikiran aku menerawang kepada nasib kami, penduduk tanah berdarah Palestina.


Sampai bila agaknya kami akan begini?


Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh, kelihatan Abu Syahid sedang tersenyum ke arahku. Terang cahaya rembulan membuatkan wajahnya yang bersih tampak bersinar.


“Pejuang tidak boleh leka wahai Asad.”


Aku mengemaskan pegangan senjataku. Kami ditugaskan mengawal di bahagian hadapan. Menanti musuh yang melalui di kawasan ini untuk melancarkan serangan hendap.


“Apa yang kamu fikir-fikirkan hingga kulihat seakan-akan rohmu sudah terawang-awangan?” Abu Syahid menyoal. Walaupun umurnya lebih tua, dan pengalamannya lebih luas, dia memang terkenal dengan sikap ramah dengan mereka yang lebih muda daripadanya.


“Hanya terfikir akan nasib kita” Aku menjawab pendek. Segan sebenarnya.


Abu Syahid mengangguk. “Apa maksud nasib kita?”


“Ya la, nasib bumi kita ini, nasib diri kita ini”


“Kau rasa menyesal dengan nasib yang Allah berikan ini?”


Aku menggeleng. Sesekali tidak. Walaupun orang melihat ini satu bencana, aku melihat ini satu kemuliaan. Peluang berjihad di jalan Allah, peluang mengorbankan nyawa, dan peluang untuk mencapai syahid. Kemuliaan apakah yang lebih besar daripada kemuliaan ini?


“Saya cuma terfikir akan masa hadapan kita”


“Kau rasa kita tiada masa hadapan?”


Sekali lagi aku menggeleng. “Bukankah Allah telah berjanji tidak akan mensia-siakan kita?”


Abu Syahid menguntum senyum. “Habis, apa yang kau gusarkan?”


“Bila semua ini akan berakhir?” Aku menghela nafas.


“Bila ummat terislah” Jawapan pendek Abu Syahid, membuatkan aku diam dan berfikir.


Bila ummat terislah. Tambah aku teringat akan hadith riwayat Abu Daud tadi.


“Kalau begitu, tidak akan berakhir la perjuangan kita ini?” Aku mendalami mata Abu Syahid.


Abu Syahid ketawa kecil. “Akan berakhir, apabila ummah ini terislah”


Dan aku diam. Abu Syahid pula tidak menyambung kalamnya. Perhatian kami terus tertumpu pada suasana sekeliling. Rembulan terang hari ini, menemani penjagaan kami.


 


*****


 


“Usamah nak ikut abang” Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.


                “Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang”


                Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah selepas itu tidak menghentikan langkahanku. Yang menemaniku hanyalah Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimanan aku yang tidak tergugah kepada Allah SWT.


                “Ibu redha kamu sayang, ibu redha” Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.


Bom!


Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.


“Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!” Abu Syahid sebagai ketua pertahanan mengeluarkan arahan.


Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditetapkan. Kami menggunakan teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu’tah untuk mengabui musuh dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai.


Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.


Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu, dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam.


Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana peluruh boleh menembusi tubuh mereka.


Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.


Wama ramaita iz ramaita walakinnallaha rama!” Abu Syahid menjerit sebelum melepaskan tembakan bazooka.


Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Isarel.


“Ubah posisi!” Abu Syahid mengeluarkan arahan. Tembakan Abu Syahid tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami bersembunyi diketahui. Tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. Kami bergerak ke posisi seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan.


Baru sahaja  kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu lagi kereta kebal mereka menyerang.


Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang sedang melaksanakan tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar kacir barisan tentera Israel.


Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja yang beraksi. Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.


“Tenang, tenang ya syabab” Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.


Aku mengoyak sengih. Aku tenang. Aku tenang. Peluru baru kumasukkan, mengganti kelonsong-kelonsong kosong.


Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar kacir. Siapa yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.


Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan peluru sudah menjadi musik harian aku. Semenjak ibu melepaskan aku sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur di mana sahaja, aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah SWT.


Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia daripada hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini melainkan apa yang Allah redhai.


Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:


Rasulullah SAW bersabda:


“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian”


Sahabat-sahabat bertanya:


“Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”


Rasulullah SAW menjawab:


“Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis”


“Takbir! Takbir! Takbir!”


Kami menyahut dengan Allahuakbar, sambil terus terusan membidik musuh.


Inilah harian kami. Kami, yang berada di sekeliling Baitul Maqdis.


 


****


 


“MasyaAllah ya syabab, kamu nampak amat bersemangat” Abu Syahid menepuk belakang tubuhku.


Aku menggeleng. “Abu Syahid, apa bezanya denganmu? Walaupun berumur tetap tangkas> Berapa kereta kebal telah kamu letupkan semalam?”


“Tiadalah kamu yang meletupkan itu apabila kamu meletupkan itu, melainkan Allah jugalah yang meletupkannya”


Saya ketawa. Abu Syahid, amat merendah diri. Tawadu’, itu antara ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam semua pemimpin kami. Walaupun dia seorang general yang hebat, tetap mempunyai ciri seperti ini. Sebenarnya, kata-kata Abu Syahid tadi adalah maksud firman Allah SWT yang sering dibacakannya sebelum menembak.


“Dan tidaklah kamu yang melontar ketika kamu melontar melainkan Allah jugalah yang melontar”


Segalanya, diserahkan kepada Allah SWT.


“Alhamdulillah, Allah beri kemenangan kepada kita”


“Alhamdulillah” Aku dan rakan-rakan yang lain menjawab.


“Tapi Abu Syahid, kemenangan ini belum muktamad. Bila agaknya bumi ini akan dibebaskan oleh Allah SWT?” Ahmad Khaffajah bersuara.


“Esok akan ada peperangan lagi, lusa akan ada peperangan lagi, dan begitulah seterusnya ya Abu Syahid. Bila semua ini akan berakhir?” Ayyub, seorang lagi sahabatku bersuara.


Abu Syahid mengukir senyuman. “Bila ummat terislah”


“Saya sebenarnya tidak faham. Apa maksud Abu Syahid apabila ummat terislah? Kita sudah memperkuatkan diri kita semenjak beberapa tahun ke belakangan ini. Kita telah menang pilihan raya dan berjaya melepasi hari-hari sukar apabila Israel membedil tanah kita, bukankah kita sudah ada kekuatan untuk menumbangkan mereka?” Muhannat, rakan rapatku dalam kumpulan ini seakan tidak berpuas hati.


Aku juga ingin mengetahui jawapan Abu Syahid. Sebenarnya, bukan Abu Syahid sahaja. Semua kepimpinan kami, kalau ditanya bila peperangan ini akan berakhir, maka mereka akan menjawab: Bila ummat terislah. Kami tidak faham.


Sedangkan, kami amat arif betapa tentera kami sudah cukup bersedia untuk menumbangkan Tel Aviv. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kami tahu teknologi mereka sudah meningkat, tetapi mereka tetap tidak mampu menembusi sempadan kawasan kami. Semua peperangan kami dengan mereka, berakhir dengan kemenangan di pihak kami.


Walaupun bilangan tentera kami lebih sedikit, dan senjata kami tidaklah setaraf dengan senjata mereka, tetapi kami mempunyai kekuatan yang mereka tiada. Malah, strategi kami amat ampuh. Pembuat-pembuat senjata dan letupan kami juga semakin hebat.


Kenapa perlu menanti ummah ini terislah? Berapa lama itu?


Abu Syahid memandang kami semua. “Apakah kamu sudah bosan dengan harian kamu?”


“Tidak ya Abu Syahid, cuma hati kami tercalar-calar melihat tanah ini dinodai. Kami ingin menghentikannya segera” Muntasir Billah, seorang lagi ahli kami menjawab.


“Kalau niat kita benar hendak membersih bebaskan tanah ini, maka kita kena bersabar sehingga ummat terislah”


“Itu yang kami tidak faham wahai Abu Syahid. Kenapa kena menunggu ummat ini terislah?”


“Sebab apa yang jadi pada kita hari ini, adalah teguran Allah SWT kepada ummah kita ini”


Dan kami diam. Tiada siapa menyambung tanya, tiada siapa membalas jawab.


Apa yang berlaku ke atas kami ini teguran kepada ummah?


“Hanya apabila yang ditegur itu tersedar dan menerima teguran, hanya ketika itu teguran ini akan diangkat dan diselesaikan urusannya” Abu Syahid terus tersenyum. Bazookanya disangkut di belakang tubuh.


“Ayuh, kita gerak” Dia mengeluarkan arahan dalam bentu ajakan, terlebih dahulu melangkah dari kami.


Kami mengikut dalam diam.


Di dalam kepala, aku berfikir.


 


*****


 


Api yang menyala sedikit menghangatkan suasana. Sejuk hingga sampai ke tulang sum-sum sedikit reda.


“Asadullah, bagaimana kamu?” Satu suara menyapa selepas salam dikeluarkan.


Aku mengangkat kepala. Sinan, senior dalam pergerakan perjuangan ini bergerak mendekati aku.


“Duduk sahabat” Aku memberi ruang. Dia pun duduk.


“Kenapa aku nampak kau macam berfikir panjang? Teringat keluarga kah?”


“Terfikir bila kita boleh menang”


“Bila ummat…” Dan aku pantas memotong biocara Sinan, “Terislah?”


Sinan tersenyum manis. “Ya.”


“Kenapa begitu? Kenapa kita tidak boleh terus sahaja menyerang Tel Aviv dan meruntuhkan kezaliman Yahudi walaupun kita berkemampuan? Sudah lebih 60 tahun tanah Allah ini dinodai” Aku masih tidak faham.


“Sebab, kita tidak berjuang hanya untuk membebaskan sebidang tanah.”


“Eh?” Aku tambah hairan.


“Hal Palestina, bukan hal kita sahaja. Palestina, bukan tanah kita semata-mata. Palestina, adalah masalah ummah. Ini tanah suci ketiga ummah kita. Dan walaupun ini tarafnya tanah suci, ummah kita tetap membuta mata dengan situasinya yang ternoda. Ini, menandakan ummah kita ada masalah” Sinan berbicara.


“Jadi, apa kata kita runtuhkan Tel Aviv sahaja, dan mengakhiri kesengsaraan ini?”


Sinan menggeleng. “Kalau ummah tidak terislah, maka kejayaan kita adalah sia-sia”


“Kenapa?”


“Bayangkan, kita berjaya merampas Palestina dari Israel, kemudian?”


“Kemudian?”


“Tidakkah kau melihat betapa seluruh musuh-musuh Allah di pelusuk dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah kita? Ketika itu bagaimana?”


Aku diam. Ya. Kalau kami berjaya, maka pastinya ini akan menggemparkan dunia. Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat tidak akan berdiam diri dan menunggu lama. Pastinya, semua kekuatan akan ditumpukan kepada kami.


“Kau nampak sekarang? Kalau ummah kita seperti hari ini, masih lagi nafsi-nafsi, bergaduhan, tidak bersatu, bacul, pengecut, tidak mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yang akan bersama dengan kita ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk menghapuskan kita?”


Tiada. Akhirnya, semua perjuangan, pengorbanan sebelum ini akan menjadi sia-sia sahaja.


“adakah kau nak mengharapkan ummah kita yang tidak menjalankan perintah Allah?”


Tidak. Mustahil.


“Adakah kau hendak mengharapkan ummah kita yang mengingkari Allah?”


Lagi mustahil.


“Adakah kau hendak mengharapkan bantuan mereka yang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup?”


Tidak. Kalau Islam tidak diambil sebagai cara hidup, bagaimana hendak mengorbankan diri dalam membantu agama Allah?


“Dan ketahuilah Asad, bahawa ummat kita sedang terkena penyakit-penyakit cinta dunia ini. Mustahil mereka ini, akan membantu kita melainkan mereka ini terislah kepada yang benar semula”


“Wahn?”


Sinan mengangguk. Wahn adalah perkataan yang membawa maksud cinta dunia dan takut mati. Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn apabila berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.


“Sebab itu, kita terus bersabar. Tugas kita, adalah bertahan dan menjaga apa yang masih ada.”


“Habis, bagaimana dengan ummah yang perlu diislah kalau betul itu sahaja penyelesaiannya?”


Sinan menghela nafas. “Di sinilah ujiannya. Hendak membebaskan Palestina, perlu amal jama’ie. Amal Jama’ie, tidak semestinya buat satu kerja sama-sama. Tapi kita buat banyak kerja, untuk capai satu matlamat yang sama. Amal jama’ie tidaklah bermakna kita di sini berperang, yang lain pun kena perang juga. Amal Jama’ie di sini yang diperlukan adalah, kita berusaha bertahan, dan masyarakat di luar sana berusaha mengislah diri mereka”


“Patut la…” Aku teringat sesuatu.


“Patut la apa?”


“Aku teringat yang Khaled Mesy’al ada berkata apabila orang bertanya apa yang perlu dilakukan oleh orang di luar Palestina, dia menjawab: Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada Islam yang sebenar. Itu, adalah bantuan terbesar kamu untuk kami”


Sinan tersenyum. “Ya, sebab tanpa kesedaran dan pengislahan ummah, maka Palestina ini tetap tidak akan terbebas sampai bila-bila”


Baru aku faham. Jihad kami bukan jihad semata-mata merampas semula satu kawasan yang dijajah. Jihad kami adalah bertahan, sambil terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di luar sana bergerak mengislah diri mereka, dan akhirnya barulah bersatu dan membebaskan tanah mulia ini. Amal Jama’ie.


“Habis, bagaimana mereka di luar sana?” Aku bertanya lagi.


“Jangan risau akan hal itu. Kalau di Palestina ada kita, di negara-negara lain pun ada orang-orang seperti kita. Cuma mereka mungkin tidak mengangkat senjata. Mereka bergerak mengislah masyarakat dengan fikrah mereka, mengajak ummah agar kembali kepada Islam yang sebenarnya”


“Benar kah?”


“Benar, bukan kita sahaja yang faham penyelesaian kepada masalah Palestina ini”


Aku gembira. Aku rasa sangat gembira. Maka sekarang, tugas kami adalah bertahan, terus-terusan menjaga tanah ini. Aku rasa bersemangat, aku nampak matlamat aku. Ak-47 kupeluk erat, meluahkan gembiraku kepadanya.


Sinan terus tersenyum. Kami memandang langit bersama-sama.


Moga Allah mencampakkan hidayah kepada semua yang berada di luar sana.


Kami akan terus bertahan, menanti kebangkitan saudara-saudara kami di luar sana untuk sedar dan bergabung perjuangan dengan kami nanti. Bila tiba saatnya, kami akan memenangi peperangan ini, seterusnya disokong seluruh saudara kami di luar sana.


Senyuman aku tidak lekang, melalui malam.


Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2012 07:59

November 18, 2012

Sisters: Cinta Bermusim?

[image error]


Walk the Talk ~picture by Tengku Muhammad Fahmi of LangitIlahi~


Masih tinggal seminggu lagi sebelum saya selamat menamatkan kursus pendek Muslim Leadership Program 2012 (MLP)  di Melbourne, Australia. Bahang kebangkitan negara-negara Timur Tengah beberapa tahun kebelakangan ini disusuli serangan Israel ke atas Gaza pada awal Muharram tahun ini benar-benar terasa menyusup ke dada. Beberapa minggu sebelum episod berdarah ini berlaku, saya dan peserta-peserta gencar berdiskusi, berbicara, bertentang mata dengan mata, bertemu muka dengan pemimpin tertinggi Australia menyusulkan beberapa isu dan permasalahan umat Islam bukan sahaja di Australia malah membabitkan kebangkitan dan permasalahan umat Islam di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Palestin. Dalam tempoh ini juga, kami berkesempatan berjumpa dan berdialog dengan penganut agama Buddha di Soka Gakkai Sydney, penganut agama Kristian di Australian Catholic Universiti di Sydney dan penganut agama Yahudi di Shira Hadasha Melbourne.


Dialog yang bertujuan mempertemukan sebuah kefahaman dan membangkitkan rasa kemanusiaan sesama insan ini diharapkan tidak hanya berlaku pada golongan rakyat, malah ingin menarik sama golongan pemimpin negara agar mampu melaksanakan perubahan ke arah kemaslahatan semua pihak atas nama kemanusiaan. Usaha ini telah lama dijalankan di sini, dan saya pasti semakin gencar juga dilaksanakan di negara-negara yang mempunyai sejumlah umat Islam yang lain. Sebagai seorang individu yang bergelar Islam apakah kecintaan kita terhadap Islam dan saudara-saudara Islam kita sekadar mengikut arus kebangkitan? Cinta ini adakah hanya dizahirkan ketika mana seluruh umat Islam sama-sama bangkit namun pabila hangat beransur suam, kita pun mundur sekadar menempek di pinggiran?


Jika benar-benar cinta


Sepanjang minggu pertama berkursus kami dibentangkan dengan isu-isu ‘Arab Spring’. Dengan sejumlah 2% populasi umat Islam di bumi Australia yang terdiri antaranya komuniti Arab, Lubnan, Turki, Somali, Indonesia dan beberapa bilangan kecil komuniti Asia Tenggara, sudah pasti mereka turut merasai situasi yang sedang berlaku di Timur Tengah. Palestin, bukan sekadar negara yang sering disebut-sebut, malah sudah sebati dalam kehidupan mereka sehari-hari dengan terus menembak doa dan menyalurkan sebanyak mungkin sumbangan.


Kemudiannya, kami dihidangkan pula dengan isu-isu yang berlaku di sekitar Asia Tenggara dan beberapa pelusuk Asia Selatan seperti Bangladesh, Sri Lanka, India, dan Yaman.  Fokus diberikan kepada negara-negara yang memiliki sejumlah minoriti umat Islam. Isu di Asia Tenggara lebih menekankan permasalahan umat Islam di selatan Thailand, Singapura dan Filipina. Di sinilah umat Islam yang kecil bilangannya bangkit dan terus mara untuk meraih hak melaksanakan tuntutan sebagai seorang Islam.


Ketika semua ini berlaku dan dibentangkan di hadapan mata, siapa yang tidak terpana dan terguris mendengar betapa umat Islam ditindas di seluruh dunia. Bertanya juga kami, peserta-peserta MLP, pada diri sendiri sejauh mana kasih dan cinta kami pada saudara seIslam yang lain? Mereka di Australia, rata-ratanya tidak tahu malah tidak pernah berkesempatan untuk mengambil tahu tentang situasi yang sedang berlaku di Filipina dan Pattani, Thailand. Malah ada dalam kalangan peserta tempatan yang sempat berseloroh dalam perbincangan betapa selama ini doanya hanya untuk umat Islam berbangsa Arab dan mereka di Palestin. Setelah berhadapan sendiri dengan generasi pejuang Bangsamoro (peserta MLP 2012 dari Filipina), barulah mereka tahu dan ingin terus mengambil tahu tentang situasi di sana. Tidak kurang juga situasi di selatan Thailand yang terus-terusan diancam kerajaan Thailand. Ada dalam kalangan peserta malah tidak menyedari kewujudan Pattani di Thailand. Hanya setelah dibentangkan dengan permasalahan ini, hanya setelah bertemu muka dengan teman peserta dari Thailand yang antaranya adalah pejuang kemanusiaan dari organisasi bukan kerajaan, barulah mata terbuka dan doa dititipkan buat saudara Islam di sana.


Mereka di Australia adalah minoriti. Mereka di Filipina dan selatan Thailand juga adalah minoriti. Lalu, kita di Malaysia ini yang sejumlah besar penduduknya beragama Islam, apakah tindakan dan peranan kita? Inilah yang saya ingin pelajari dan pupuk dalam diri kecintaan yang benar-benar cinta kepada saudara seIslam seluruh dunia. Apakah setelah berlakunya pertumpahan darah baru ingin kita memunculkan diri? Sudah pasti tidak. Kita ingin turut sama merasai kesakitan mereka di sana. Kita ingin turut sama merasai kemanisan berjuang atas nama Allah menegakkan deen Allah.


Persiapkan diri


Telah banyak kali hal ini ditekankan. Persiapkan diri kita. Kukuhkan iman kita. Kekalkan Islam yang sebenar-benarnya dalam kehidupan seharian. Melihatkan Malaysia dan umat Islam di sini hari ini, kita semakin terus dijajah dengan ideologi yang memusnahkan rasa cinta kita pada Islam. Keseronokan yang semakin bertebaran menutup pintu-pintu ketaqwaan. Semakin hari semakin diasak dengan perkara-perkara yang melalaikan. Menjadi minoriti di Australia, bersama-sama minoriti di sini, suatu pengalaman yang benar-benar menekan di jiwa.


Pengalaman digelar ‘wog’ (suatu terma negatif yang diberikan kepada Muslim di Australia) dan di baling telur ketika di Sydney, adalah realiti yang tidak ingin saya lupakan. Itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan situasi yang berlaku di Palestin, tapi sudah cukup menggetarkan jiwa. Inikan pula saudara kita yang ditindas di seluruh dunia yang saban hari menerima hamburan ancaman dan ledakan bahan api dalam kehidupan mereka. Allah kuatkan hati mereka kerana mereka terus bergerak untuk memperjuangkan Islam yang sebenar-benarnya. Mujahadah sebagai individu Islam untuk terus kekal dalam Iman dan jihad mereka mempertahankan negara dan hak umat Islam di sana. Sedangkan kita di sini, sebolehnya ingin menjadi bebas dari Islam itu sendiri.


Ada suatu ketika, berbual dengan teman dari Thailand yang sangat aktif dengan misi kemanusiaan membantu umat Islam. Beliau menyatakan bahawa bantuan yang disalurkan oleh misi kemanusiaan dari umat Islam selalunya hanya bertahan dalam tempoh seminggu (paling lama) atau mungkin dua hingga tiga minggu tapi sangat sukar untuk bertapak sehingga keadaan di satu-satu tempat itu benar-benar pulih. Berbanding komuniti Kristian, mereka malah tinggal dan bertempat di situ, sama-sama membangunkan sekolah, klinik dan memberi bantuan material berbentuk wang ringgit dan tempat tinggal kepada umat Islam yang ditimpa bencana. Dalam tempoh ini, tidak sedikit pun mereka menyatakan tentang Kristian. Namun, sikap prihatin mereka atas dasar kemanusiaan inilah yang menarik ramai umat Islam untuk memeluk agama Kristian.


Tapi setelah dikaji, rata-rata mereka yang menukar agama ini adalah atas dasar keperluan kewangan. Sebaliknya jika kita lihat penganut agama lain yang akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup kerana mereka lihat dan dapat merasai kebahagiaan yang sebenar dalam Islam yang tidak mereka perolehi sebelum ini. Malah mereka menjadi penggerak Islam yang paling aktif dalam melaksanakan misi dakwah dan tarbiyah. Subhanallah, inilah kemanisan yang telah mereka rasai dan mereka tidak putus mempersiapkan diri mereka untuk bertemu dengan Allah.


Bagaimana dengan saya? Bagaimana kita?


Sejauh mana persiapan kita? Kita perlu risau jika suatu hari nanti Iman kita hanya senipis kulit bawang, tidak mustahil kita juga akan menjadi seperti mereka yang lebih dahagakan materialistik dari keindahan Islam. Nauzubillahiminzalik.


Penutup: Jangan jadikan cinta ini cinta bermusim


Teruskan menembak doa buat mereka di Gaza. Teruskan menembak doa buat mereka di Filipina, selatan Thailand, Singapura, Indonesia, Myanmar, India, dan juga di Malaysia. Mereka adalah saudara kita. Jangan jadikan cinta ini hanya hadir seperti musim yang silih berganti.


Dan teruskan berdoa agar Allah tetapkan hati kita atas jalanNya. Inilah mujahadah kita melawan nafsu dan keseronokan duniawi. Mudahan Allah kurniakan kita dengan pengakhiran yang baik seperti mereka yang telah Allah pilih untuk syahid.


Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2012 04:41

November 17, 2012

Motivasi : Tips – 5 Langkah Mudah Untuk Berubah


 


Berubah, ia memerlukan tekad dan keazaman yang benar-benar menggugah jiwa.


Tetap teguh walau sekuat mana pun badai yang melanda.


Picture By Pengiran92 Of LangitIlahi



Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan?


Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan :


“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”


Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa.


Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa apabila melalui perubahan dengan kesedaran yang jelas dan nyata kerana Allah SWT. Itu sebenarnya, hakikat perubahan yang kita dambakan.


Sedikit perkongsian tentang langkah “mudah” untuk berubah bagi mereka-mereka yang benar-benar berhasrat, berhajat dan ingin “sesuatu” yang baru dalam fasa kehidupan mereka. Moga sinar harapan dan perubahan itu hadiri tanpa paksa!


Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.”


 


( Ar Ra’du 13 : 11)


Apa langkah-langkah itu? Ayuh kita semak sepintas lalu :


 


(1) Benar-benar mengenali diri


Ya. Kenal diri sendiri. Inilah titik asas kepada segala perubahan. Manusia yang gagal mengenali sedalam-dalamnya diri mereka, adalah manusia yang paling malang dan rugi sepanjang kehidupan mereka.


Kenal di sini, bermaksud tahu siapa dirinya? Benar-benar arif tujuan kehidupannya. Maka, berasas kepada inilah mereka akan sentiasa menilai akan kekuatan, kelemahan, kekurangan dan keaibaan diri untuk dirawati, dikikis dan dipertingkatkan.


Benarlah kata murabbi saya :


“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”


Siapakah diri aku? Who Am I? Man Ana?


Ia adalah persoalan-persoalan yang mampu dijawab dengan lantang, jelas dan nyata tanpa sedikit pun keraguan dan sebarang syak wasangka!


 


(2) Benar-benar ingin berubah tanpa paksa!


Berubah akan menjadi sangat berharga apabila ia kekal lama, istiqamah dan sentiasa memberikan suatu nilai kepada kita.


Perubahan hangat-hangat tahi ayam, atau suam-suam sejuk adalah perubahan yang sungguh mengaibkan. Ia suatu permainan yang melemahkan jiwa dan tiada unsur perjuangan yang sejati di dalamnya.


Selalunya, perubahan sebegini adalah perubahan yang bukan daripada hati dan jiwa. Malah, ianya terjadi kerana “terpaksa”, didorongi suasana yang ada dan terjadi tanpa sedar. Terikut-ikut dengan rakan sebaya, hanya berubah apabila ada “orang” yang suruh dan sebagainya adalah suatu daya perubahan yang tidak bersifat kekal.


Justeru, untuk berubah kita perlukan sesuatu yang kuat, utuh dan bertenaga. Itulah yang dinamakan kesedaran untuk berubah!


 


(3) Benar-benar punyai kesedaran yang bersih


Kesedaran adalah asas utama kepada perubahan. Kesedaran juga adalah suatu pemberian, hidayah dan nikmat daripada Allah SWT buat hamba-hamba-Nya yang terpilih.


Ia hadir daripada hati dan jiwa yang bersih lagi jernih. Ia terbentuk dengan tadahan doa, rintihan munajat dan semburan air mata keinsafan terhadap Allah SWT. Dalam bahasa arab, para ulama menyebutnya sebagai taubat nasuha. Ertinya kembali kepada Allah SWT dengan hakikat pengembalian yang sebenarnya. Kesedaran ini ada prasyaratnya, apakah ia?


(a)   Hentikan segala kemungkaran dan maksiat serta merta. On the spot!


(b)   Mesti menyesal bersungguh-sungguh!


(c)    Berazam penuh tekad untuk tidak kembali kepada perbuatan dosa.


Jika inilah bentuk kesedaran yang lahir daripada dalaman kita, yakinlah perubahan itu akan memacu kepada suatu kehidupan yang hidup, bergerak dan penuh makna!


 


(4) Benar-benar bersungguh-sungguh untuk berubah


Bersungguh-sungguh.


Dalam erti dan maknanya, tiada istilah main-main. Tiada perkataan cuba-cuba atau tangguh-tangguh. Apabila kita menyatakan ingin berubah. Ya. Aku berubah.


Tiada lagi, perkataan :


“ Aku akan berubah!.”


“Aku cuba untuk berubah.”


“ Aku nak berubah.”


 


Tidak. Katakan terus secara serta merta dengan tekad, azam dan semangat yang membara :


“ Aku berubah!.”


“ Berubah sekarang!.”


 


Ia bukannya sesuatu yang dibuat-buat, boleh diolok-olokan, dilakon-lakonkan atau ditiru-tiru. Jika hendak berubah, lakukan sekarang tanpa bertangguh!


 


(5) Benar-benar sanggup membayar harga sebuah perubahan


Sedar atau tidak, semua manusia – saya, anda dan mereka – hajatkan kepada perubahan tetapi tidak sanggup untuk membayar harganya. Harga bagi sebuah perubahan adalah pengorbanan, kesukaran dan kepayahan.


Kita sentiasa harapkan perubahan yang bersifat “instant” , segera dan mudah – sedangkan perubahan tidak semudah yang kita angan-angankan.


Murabbi saya juga selalu mengulangi kata-kata ini :


“ Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi. Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Setiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya. Kejayaan tidak akan diraih dengan kesenangan,mahupun kenikmatan. Ini kerana kedua-dua itu hanya akan datang selepas keperitan, kesusahan dan kesengsaran.”


Justeru, jika berbicara soal perubahan – kita juga perlu bersedia untuk berbicara dan sanggup melalui sebuah pengorbanan.


“Usah berbicara soal perubahan, jika takut menghadapi dunia pengorbanan!.”


 


Penutup : Ah, mudahnya menulis tentang perubahan!


Itulah yang sedang saya lalui, mudahkan menulis tentang perubahan? Apatah lagi membacanya. Duduk di atas kerusi, dan melayarinya melalui dunia maya.


Ya. Sememangnya mudah. Ia tidak akan terjadi dan terbumi kecuali suatu tindakan. Apakah ia?


Bergerak!


Nah, mulakan sekarang dan terus bergerak memacu perubahan. Dan, yang paling utamanya ia bermula dengan diri kita sendiri!


—–


Tidak pernah menyerah kalah + Terus-menerus beristiqamah = Itulah kunci untuk kuat dalam  berubah


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2012 17:32

November 16, 2012

Umum : Awal Hijrah dan Kesedaran Kebangkitan

 



Kebangkitan rakyat di Jordan

Picture by https://www.facebook.com/akherpost


Tahun baru hijrah kali ini bermula dengan pelbagai peristiwa yang menggugah hati kita. Terasa kegentingan dalam jiwa kita untuk turun membantu dalam isu-isu sebegini.


Peristiwa yang mungkin sudah tersebr luas di seluruh dunia saat ini sudah pastilah peristiwa pembunuhan Ahmad Al-Jabari yang merupakan ketua kepada Briged Al-Qassam, sayap kanan kepada HAMAS. Pembunuhan itu tidak berhenti sekadar itu saja, bahkan beberapa siri serangan terus dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.


Saya pasti, perasaan muslim manakah yang tidak tergugah saat mendengar berita sebegini? Sudahlah diserang secara tiba-tiba, kemudian bila diserang balas semula, dikatakan sebagai pengganas pula.


Itu di Gaza sana. Di Syria pula, kekejaman pemerintahnya terhadap rakyatnya sendiri masih belum berhenti sehingga bertebaranlah pelarian-pelarian Syria di serata negara-negara jirannya.


Dalam masa yang sama, kami, mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan sini pula sedang berdepan dengan krisis kenaikan harga minyak akibat subsidi yang telah dipotong secara keseluruhan oleh kerajaan Jordan. Rentetan daripada krisis ini, rakyat Jordan mula bangkit melakukan demonstrasi di serata tempat di Jordan membantah kenaikan harga minyak ini.


Semua ini berlaku hanya di sekitar saya saja. Syria negara betul-betul bersebelahan Jordan. Begitu juga bumi Israel dan Gaza.


 


Mengimbau Revolusi Mesir


Ketika revolusi Mesir yang lalu, dalam khutbah Al-Qaradawi bertarikh 27 Januari, beliau telah mengungkapkan seperti berikut :


“Rakyat-rakyat Mesir benar-benar keluar untuk mendapatkan hak keamanan, bukanlah ada sesiapa pun yang menggerakkan mereka. Mereka pun tidaklah melakukan semua itu untuk kepentingan kumpulan atau jemaah, tetapi mereka melakukan semua itu kerana menuntut hak mereka sendiri, menuntut kemuliaan ke atas diri mereka.”


[25 Januari 2011 Revolusi Rakyat, Al-Qaradawi ]


Kebangkitan rakyat pada 25 Januari 2011 ini bukanlah rentetan dari kezaliman dalam waktu yang singkat, tetapi ia telah berpanjangan selama 30 tahun. Kalau korupsi, hidup yang susah,kadar kemiskinan yang tinggi dan masalah ekonomi ini dirasai baru hanya 2-3 hari, ataupun 2-3 bulan, ataupun 2-3 tahun, mungkin orang masih mampu bertahan. Tetapi 30 tahun bukanlah sekejap, ia adalah satu tempoh yang terlalu lama untuk manusia yang memiliki jiwa kemanusiaan untuk bersabar.


Revolusi yang berlaku ini bukanlah berlaku atas semangat keagamaan. Bukan juga kerana semangat mempertahankan politik kepartian. Tetapi ia berlaku kerana masing-masing rakyat menuntut hak mereka.


Ia bukan revolusi jemaah atau kumpulan ataupun agama, tetapi ia adalah revolusi rakyat.


Dan kesannya, Hosni Mubarak berjaya dijatuhkan dan hari ini kita menyaksikan Presiden baru Mesir dari sayap politik gerakan Ikhwanul Muslimin, iaitu Freedom and Justice Party telah mengambil alih dan mentadbir Mesir.


 


Di Jordan, Hampir Nasib Yang Serupa Melanda


Ketika kerajaan Jordan mengumumkan pemotongan subsidi bagi harga minyak untuk kenderaan dan juga gas memasak pada malam Rabu, 14 November lepas, rakyat Jordan tanpa bertangguh lagi keluar beramai-ramai di malam yang sejuk melakukan demonstrasi membantah pemotongan subsidi itu.


Pemotongan subsidi minyak itu yang dikatakan untuk membantu menampung defisit kerajaan yang sudah terlalu banyak itu telah menyebabkan harga minyak untuk kenderaan meningkat dan begitu juga harga untuk gas memasak, yang meningkat dengan peningkatan yang sangat tinggi.


Bayangkan, kalau sebelum ini, harga gas adalah JD 6.5, sekarang sudah naik menjadi JD 10.


JD 6.5 itu kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, lebih kurang RM 28. Kalau bertambah menjadi JD 10, maknanya harga barunya adalah lebih kurang RM 43.


Gas memasak saja sudah semahal itu, kemungkinan untuk harga barang lain meningkat pun sangat tinggi terutama seperti makanan dan sebagainya yang melibatkan penggunaan gas memasak.


Begitu jugalah minyak kenderaan.


Walaupun sara hidup kami di Jordan ini agak tinggi, tetapi masih ramai rakyat Jordan ini yang hidup di paras kemiskinan yang ketara.


Pernah sekali saya bersama dengan sahabat saya naik teksi di Amman, sewaktu sedang bergerak di bawah sebuah terowong, tiba-tiba teksi itu terhenti, tak dapat terus bergerak.


Bila ditanya kepada pemandu itu, rupa-rupanya teksinya sudah kehabisan minyak. Dalam keadaan kereta-kereta lain yang sedang menyusur laju di bawah terowong itu, kami harus terpaksa keluar sekejap untuk membantu menolak teksi itu ke tepi jalan, kawasan yang lebih selamat sedikit.


Tetapi, kerana jalan yang licin barangkali, teksi itu tak dapat ditolak ke atas sehinggalah ada teksi lain yang berhenti seketika untuk bantu menarik teksi yang kami naik itu ke tepi jalan.


Selepas berhenti di tepi jalan itu, pemandu teksi itu bergerak keluar dari kereta membawa botol mencari stesyen minyak terdekat untuk mengisi minyak ke dalam botol itu.


Bila teksi itu sudah boleh bergerak, kami meluangkan kesempatan berbual-bual dengannya.


Kami bertanya padanya, bagaimana sara hidup di Jordan ini?


Katanya, “Sara hidup di Jordan ni sangat tinggi. Tambah-tambah untuk orang yang dah kahwin, lagilah susah.”


Antara katanya pula bila kami bertanya tentang harga minyak di Jordan yang lebih mahal berbanding Saudi, jawabnya, “Wallah, harga minyak di sini sangat mahal. Kalau tak, minyak kereta aku ni takkan putus (takkan terhenti di tengah jalan tadi). Setiap hari aku isi cukup-cukup je untuk aku dapat bergerak.”


Dan memang pada waktu itu, kami lihat meter tank minyaknya hanya ada cukup sekadar untuk boleh bergerak. Kereta sekarang biasanya E tu masih boleh gerak, kan? Dan tangkinya memang atas sikit saja dari E tu.


Bila kerajaan Jordan mengumumkan kenaikan lagi harga minyak tempoh hari, saya tidak pasti apakah nasib yang menimpa pemandu teksi sebegitu.


Akibat dari kenaikan harga minyak dan gas ini, rakyat telah keluar berdemonstrasi. Bahkan, ketika saya bertanya kepada seorang pemandu teksi, dikatakan ada yang tidak pulang ke rumah. Duduk di tempat demonstrasinya.


Dikatakan pula akan dianjurkan demonstrasi besar-besaran di seluruh Jordan hari ini. Berkemungkinan kalau masalah ini tidak segera diambil tindakan oleh kerajaan dan raja, rakyat akan terus bangkit dan melakukan revolusi juga seperti di Mesir.


 


Pelarian Syria dan Syria Yang Tidak Menentu Keadaannya


Saya tidak pasti apakah nasib yang sedang menimpa saudara-saudara kita di Syria. Tetapi sedikit sebanyak dari apa yang saya tahu, Gabungan Kebangsaan Revolusi Syria dan Angkatan Pembangkang yang menentang Bashar Al-assad telah diumumkan di Doha dan diterima sebagai wakil rakyat Syria.


Pun begitu, saya tidak pasti sejauh manakah kuasa mereka dalam memimpin aspirasi rakyat Syria yang menentang Bashar Al-Assad untuk melakukan perubahan terhadap Syria selepas puluhan ribu rakyatnya sendiri telah dibunuh oleh Bashar Al-assad.


Walaubagaimanapun, melihat keadaan rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara Jordan ini pun sudah cukup membuatkan hati saya menjadi rawan dan galau. Mereka berada di khemah-khemah yang tidaklah begitu bagus. Walaupun kononnya UN mengambil alih untuk menjaga kebajikan mereka, tetapi nampaknya seolah-olahnya kebajikan mereka itu tidak terjaga.


Tempoh hari semasa Raya Eidul Adha, bila ada sebahagian sahabat saya yang pergi ke salah satu pusat kem pelarian mereka, mereka mendapati kelengkapan dan kemudahan di khemah pelarian itu sangat tidak padan untuk pelarian yang ramai sebegitu. Makanan dan kelengkapan ubat-ubatan pun tidaklah mencukupi.


Di kala musim sejuk mula menjemput kami, saya tidak pasti bagaimanakah mereka itu pula menghadapi musim sejuk ini tanpa kelengkapan musim sejuk yang cukup, makanan yang sangat sedikit, ubat-ubatan yang belum tentu ada dan cukup. Bekalan banyak dihantar, tetapi dengar-dengarnya telah digunakan pada jalan yang salah.


Itu keadaan para pelarian Syria.


Apapun, saya pasti gabungan pembangkang yang menentang Bashar Al-Assad ini sedang mengusahakan sesuatu untuk membaikpulih semula keadaan negara mereka.


 


Di Gaza Pula, Israel Cuba Nyalakan Api Dalam Jiwa Kita


Selepas pembunuhan Ahmad Al-Jabari, ketua Briged Al-Qassam Rabu lepas, diikuti juga dengan pembunuhan beberapa mangsa lain yang tidak bersalah, ada kumpulan bersenjata dari Gaza yang telah membalas serangan Israel itu.


Yang menghairankan, serang balas ini pula dituduh sebagai pengganas, sedangkan mereka itu yang memulakan pembunuhan tidak pula dikatakan sebagai pengganas.


Media-media Barat yang berat sebelah pula mudah-mudah menaqalkan kata-kata daripada wakil-wakil Amerika yang menggambarkan serang balas dari bumi Gaza untuk mempertahankan diri mereka itu sebagai keganasan. Sedangkan Zionis Israel yang memulakan serangan tidak pula dikatakan sebagai pengganas bahkan dikatakan pula mereka menyerang kerana ingin mempertahankan diri mereka.


Bagaimana mungkin mereka mempertahankan diri kalau mereka yang memulakan serangan?


Rentetan daripada peristiwa ini, dalam website RT.com, mereka telah memetik kata-kata jurucakap HAMAS, Khalid AL-Haya :


“Pembunuhan secara ganas yang dilakukan terhadap ketua hebat ini iaitu, Ahmad Al-Jabari secara jelas telah membuktikan bahawa kita masih berada dalam peperangan dengan musuh kita Israel. Zionis seperti mereka ini tidaklah memahami apa-apa pun melainkan hanya memahami bahasa darah dan pembunuhan. Peperangan kami dengan musuh kami adalah peperangan secara terbuka. InsyaAllah, peperangan ini akan berakhir dengan Palestin dan Jerusalem akan dibebaskan. Tunggulah tindakan kami, bukan lagi perkataan dari mulut-mulut kami.”


Sehingga saat ini, mereka di Gaza masih dihujani peluru dari Zionis Israel atas alasan ‘mempertahankan diri’ serta disokong kuat pula oleh Amerika Syarikat yang sememangnya adalah sekutu besar bagi Israel.


Begitulah yang sedang berlaku di Gaza.


 


Penutup : Persekitaran Yang Sedang Bergolak, Saat Untuk Kita Sedar Dan Tidak Bermain-main Lagi


Serba sedikit apa yang sedang berlaku di negara saya berada dan di negara sekitar saya. Semuanya berlaku di saat kita sedang menjengah masuk ke dalam awal tahun baru hijrah.


Semua ini bukanlah perkara baru, bahkan ia telah lama berlaku. Tinggal lagi, baru-baru ini hanyalah sebagai satu ‘spark’ untuk menolak rakyat bergerak melakukan kebangkitan secara serius.


Dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara-negara Islam ini, maka apakah kita yang sedang menikmati keamanan dan kesenangan saat ini boleh duduk diam saja melihat keadaan ini?


Sudah tentulah tidak.


Tanyalah diri kita, sumbangan apakah yang sudah kita berikan untuk membantu saudara-saudara kita ini?


Kalau tidak mampu dengan harta dan jihad mengangkat pedang bersama pun, doa dan berusaha membaiki diri adalah sumbangan yang masing-masing kita mampu lakukan sebenarnya.


Maka, berdoalah bersungguh-sungguh. Usahalah membaiki dan meningkatkan diri dengan bersungguh-sungguh.


Sekarang bukannya lagi saat untuk kita bermain-main. Tidak berlaku di negara kita, tidak bermakna ia tidak akan berlaku selama-lamanya. Tinggal lagi, ia mungkin belum berlaku.


Negara kita sendiri bahkan sekarang ini kita tahu menghadapi pelbagai masalah korupsi, pecah amanah dan sebagainya. Maka, bila-bila masa saja kemungkinan untuk berlaku itu ada. Tinggal lagi kitalah yang perlu bertanya pada diri kita, apakah peranan kita dalam mengubah masalah yang ada ini?


Tidak cukup jika kita hanya sekadar semangat-semangat melaungkan solidariti terhadap Gaza dan bumi-bumi Islam yang lain, tetapi kita sendiri membiarkan negara kita dalam keadaan korup dan rosak.


Di awal tahun baru Hijrah ini, ketika kesedaran kebangkitan ini sedang menjalar di beberapa buah negara Arab, maka nyalakanlah juga kesedaran itu dalam jiwa kita. Biar jiwa kita bangkit menjadi muslim mukmin sejati, membantu membangunkan masyarakat dan negara kita.


Ayuh, menuju kebangkitan !

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2012 00:09

November 13, 2012

Umum: Perutusan Awal Muharram 1434H oleh Pengasas LangitIlahi.Com


Picture by UmarMita of LangitIlahi


 


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Segala puji kepada Allah SWT yang masih memanjangkan nyawa kita, saya dan anda, hingga ke hari ini, dan selawat serta salam kepada Rasulullah SAW yang telah memerah keringat juga darah untuk menyampaikan keimanan kepada kita yang hidup pada hari ini, tanpa kita lupakan para sahabat yang bersama baginda, begitu juga mereka yang telah mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga ke hari kita hidup sekarang ini juga.


Alhamdulillah, telah sampai kepada kita 1 Muharram.


Bermulalah tahun baru buat Ummat Islam. 1434H. Ini menandakan bahawa telah 1434 tahun berlalu, semenjak kali pertama Ummat Islam berjaya membina sebuah daulah di Madinah Al-Munawwarah. Telah berlalu selepas itu beberapa daulah di bawah pimpinan khulafa’ Ar Rasyidin, kemudian oleh Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan berakhir di tangan Uthmaniyyah. Seterusnya, semenjak tahun 1343H, kita telah melalui 91 tahun hingga ke tahun ini, hidup tanpa diperintah oleh kuasa Islam sebagaimana yang dirasai oleh masyarakat pada kurun-kurun yang lalu. Jika mengikut kalendar Masihi, tahun ini adalah tahun 2012M dan kejatuhan khilafah berlaku pada 1924M, 88 tahun masihi telah berlalu semenjak itu.


Bermakna, kita telah menyambut 91 kali awal muharram, semenjak tiadanya daulah.


 


Muharram Bulan Hijrah?


Telah jelas kepada kita bahawa Muharram bukan bulan Rasulullah SAW berhijrah. Bulan sebenar yang Nabi SAW berhijrah adalah Bulan Rabi’ul Awwal.


Namun Muharram dipilih oleh Umar Al-Khattab RA pada zaman pemerintahannya untuk dijadikan titik permulaan tahun. Muharram bukan bulan hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi merupakan bulan hijrah dari tahun lalu kepada tahun sekarang.


Tetapi ini tidak menghalang kita dari membincangkan, kala menjengah tahun baru untuk ummat Islam mengikut kalendar qamariah ini, apakah tindakan kita?


Kecoh apabila datangnya 1 Januari, kita sibuk buat azam tahun baru. Sedangkan tahun baru kita adalah pada Muharram.


Ya. Allah berikan lagi kepada kita satu tahun baru. Apakah azam kita wahai orang yang beriman kepada Allah SWT?


 


91 tahun Di Bawah Kuasa Jahiliyyah.


Semenjak tahun 1343H, kita berada di bawah pemerintahan yang menjauhkan diri manusia daripada Allah SWT. Yang membebaskan hiburan sebebas-bebasnya, yang membebaskan pergaulan sebebas-bebasnya, tanpa kawalan dan peraturan yang selari dengan kehendak Allah SWT, yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.


Dan kita telah melalui hari demi hari itu dengan redha. Tanpa berusaha untuk mengembalikan Islam sebagai ustaziatul alam(mahaguru kepada alam).


Tidakkah ini satu penghinaan?


Maka, di manakah perancangan, gerak kerja kita, untuk keluar daripada lumpur ini?


Apakah kita redha hendak menambah lagi satu tahun, untuk sekadar menjadi hamba kepada sistem ini?


Siapakah Tuhan kita?


Bukankah Allah? Maka di manakah usaha kita dalam menjadi hambaNya yang baik, dan menjadi khalifah kepada bumiNya ini?


 


Ramai Yang Sekadar Menyambutnya, Tidak Ramai Yang Menyelami


Ramai menyambut Awal Muharram. Dengan majlis itu dan majlis ini. Tidak kurang pula yang mengamalkan doa-doa tertentu, yakni doa akhir tahun dan doa awal tahun.


Tetapi siapakah yang menyelami maknanya awal Muharram? Yakni telah berlalu tahun-tahun yang lepas, dan datang pula tahun yang baru.


Bagaimanakah tindakan kita dalam menerima anugerah Allah SWT ini? Masa yang baru ini? Peluang yang baru ini?


Apakah kita hanya akan membazirkannya lagi?


 


Penutup: Marilah Bergerak Ke Arah Perubahan, Menjadi HambaNya Yang Sejati.


Maka saya mewakili Team LangitIlahi menyeru kepada seluruh pembaca dan pelawat website ini, untuk kita memandang hari-hari kita yang telah berlalu. Jangan sekadar seronok menyambut tahun yang baru dan berbangga bahawa umur dipanjangkan sehingga ke hari ini. Sepatutnya kita menyambut kedatangan Tahun Baru dengan bertanya kepada diri – Apa yang telah aku lakukan sehingga ke hari ini? Dan mula merancang untuk hari-hari esok!


Katakanlah cukup kepada kehidupan yang sia-sia.


Depangkanlah tangan, bukalah hati, untuk bergerak ke arah menjadi hambaNya yang sejati.


Marilah kita mengambil momen ini untuk bermuhasabah barang sebentar.


Moga-moga kehidupan kita selepas ini adalah kehidupan yang bermakna di sisi Ilahi.


Jangan biarkan 1434H ini terbazir seperti tahun-tahun yang telah berlalu sebelum ini!


 


 


~ yang benar,


Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak


Pengasas LangitIlahi.Com,


CEO Syarikat LangitIman Resources,


Penulis Buku Motivasi dan Novel Islamik.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2012 21:46

Kehidupan: Semuanya Bermula Dengan Masalah Iman.


Picture by UmarMita of LangitIlahi.


 


“Kenapa aku malas nak beribadah kepada Allah?”


“Kenapa mudah sangat aku buat dosa?”


“Kenapa aku mudah teruja dengan keingkaran dan kemaksiatan?”


“Kenapa mudah sangat aku ini bersangka buruk kepada sahabat dan hendak menyakitkan hatinya?”


“Kenapa susah aku nak jadi baik?”


Ramai mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Ramai yang mencari mengapa dirinya terjerumus dalam sebuah ruang bernama ‘negatif’. Terperangkap dan tidak dapat keluar. Sering mempersoalkan mengapa dirinya sukar hendak menjadi hamba Allah SWT yang baik. Maka dicari apakah rawatannya.


Tetapi untuk saya, rawatan tidak akan bermakna, jika kita tidak tahu apa punca masalahnya.


Dan jawapan saya akan permasalahan-permasalahan yang kita hadapi dalam diri kita sepanjang kehidupan ini, adalah  bermula dengan permasalahan iman.



Iman = Kekuatan.


Adalah menjadi satu formula bagi saya bahawasanya iman adalah kekuatan untuk mereka yang mengakui hendak mengabdikan kehidupannya kepada Allah SWT. Yang ingin menjadi khalifah, meneruskan tanggungjawab yang Allah galaskan pada bahu mereka.


Maka tiada kekuatan yang akan dapat memberikan sokongan padu untuk menjamin diri istiqomah menjadi hambaNya, mampu menggerakkan amanah-amanahNya, melainkan keimanan kita kepadaNya.


Kita beriman kepada hari akhirat, qada’ dan qadar’, Al-Quran, Rasul-Rasul, kewujudan Malaikat dan kehadiran Allah SWT dalam kehidupan kita. Itulah yang memberikan kita kekuatan.


Dan, keimanan jika kita interprestasikan sebagai hanya semata-mata ‘percaya dengan hati’, maka itu adalah keimanan yang mandul dan tidak memberikan kesan. Keimanan mestilah disertai dengan ‘amalan’, ‘tindakan’. Barulah ianya akan menunjukkan hasilnya.


Sebab itu jangan sesekali kita lupa kata-kata yang masyhur akan keimanan:


“Iman itu bukanlah sekadar cita-cita dan bukanlah sekadar kata-kata, tetapi ianya adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan.” Bukan sekadar tersemat di dalam hati semata-mata.


 


Dosa = Ancaman.


Iman boleh diancam. Ianya diancam dengan dosa. Saat kita melakukan keingkaran kepada Allah SWT, hakikatnya keimanan kita telah hilang. Selepas itu jika kita rasa bersalah, menyesal, itu tandanya keimanan masih membekas di dalam diri kita, walaupun mungkin tidak cukup kuat untuk menghalang kita dari ingkar kepadaNya.


Namun ada yang langsung tidak rasa bersalah. Keimanannya tidak bergetar.


Sebelum tiba ke tahap itu, biasanya kita akan rasa bersalah. Kita akan rasa ada yang tidak kena, bila melakukan dosa. Namun apabila perasaan bersalah ini, rasa tidak kena ini, tidak kita hargai, tidak kita sahut, lama kelamaan dosa menjadi biasa, dan kita tidak akan rasa apa-apa saat melakukannya. Mengapa? Kerana dosa itu memberikan bintik hitam ke dalam jiwa. Apabila jiwa telah gelap, jiwa telah beku dan mati, hingga tidak lagi mampu merasakan dosa adalah ancaman.


“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi.


Kerana itu, apabila kita merasa sukar hendak melakukan kebaikan, kita melihat payah untuk kita menjadi hamba Allah yang taat, perkara pertama yang perlu kita lihat bukannya ‘apakah doa yang mesti kubaca’ atau ‘apakah ibadah yang mesti kulakukan’. Tetapi pertamanya, kita perlu melihat ‘apakah dosa yang masih aku lakukan?’. Kerana dosa inilah yang memberatkan kita dari melaksanakan kebaikan.


Penyelesaian – Meningkatkan Keimanan.


Pertarungan antara kebaikan dan kejahatan adalah perkara biasa di dalam diri manusia. Hati dan jiwa kita adalah medan pertarungannya. Apa yang kita perlu lakukan adalah memenangkan keimanan itu dalam setiap pertarungannya.


Kita laksanakan kebaikan-kebaikan, dan jangan memandang enteng akannya, walau kelihatan kecil di mata kita.


Senyum, derma, bersangka baik,  berpakain kemas, menjaga kebersihan, tidak membazirkan makanan/masa/wang, solat fardhu 5 kali sehari, membaca Al-Quran paling kurang 1ms sehari, beristighfar paling kurang 10x setiap lepas Solat dan sebagainya. Ringan-ringan sahaja.


Sebelum kita pergi tambah kepada solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, Al-Quran 10ms sehari, istighfar 100x sehari tambah dengan zikir-zikir, qiyamullail dan sebagainya.


Kebaikan-kebaikan yang kita laksanakan akan menambahkan kekuatan iman kita. Di samping jangan lupa untuk membaca buku-buku yang menjana kefahaman kita akan keimanan terhadapNya. Jangan dihabiskan terlalu banyak masa pada drama, game, movie, lagu-lagu dan sebagainya yang tidak menghubungkan kita kepadaNya.


Dengan melakukann kebaikan, kita telah mengurangkan masa untuk melakukan kejahatan. Dan apabila banyak melakukan kebaikan, kita akan mula merasa ‘pelik’ untuk tiba-tiba ingkar kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Jelas menunjukkan bagaimana, iman dan keingkaran kepada Allah SWT itu tidak akan hidup pada satu tempat yang sama.


 


Penutup: Keimanan Itu Kekuatan, Dosa Itu Ancaman.


Saya sentiasa percaya bahawa dengan kita taat kepada Allah SWT, kita akan bahagia. Beriman kepada Allah tidak menjamin kita terlepas dari masalah, cabaran, halangan yang wujud di atas muka bumi ini. Kerana ujian dengan kehidupan adalah kembar, satu realiti yang mesti kita terima.


Tetapi sekurang-kurangnya, apabila kita taat kepada Allah SWT, kalau kita ada bermasalah dengan dunia ini sekali pun, dengan manusia mana sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu yang kita tidak bermasalah dengan Empunya Dunia, dan Pencipta Kepada Manusia. Bukankah itu sudah menjadi satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan?


Namun jika keimanan hilang dan yang ada hanyalah dosa-dosa, memang kita akan sentiasa rasa ‘penat’, resah, gelisah, takut, malas, dan sebagainya. Kerana kita tiada ‘kekuatan’. Dan apa sahaja kekuatan yang kita ada dalam keadaan kita melakukan keingkaran kepada Tuan Punya Kekuatan itu, kita tahu kekuatan yang kita ada itu tidak akan kekal lama.


Kerana Allah jualah kekuatan yang sebenarnya.


Untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman kita, memang menyelesaikan masalah iman adalah perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh kita!


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2012 20:08

November 12, 2012

Himmah : Ayuh, Teruskan Langkahmu !


~ Picture by Umar Mita of LangitIlahi


 


Baru-baru ini, saya terbaca satu analogi menarik yang ditulis oleh Dr Ali Jamal di dalam tweetnya. Katanya, “Kamu tahu kenapa cermin depan kereta itu besar berbanding cermin sisi kereta yang kamu gunakan untuk tengok kereta dari arah belakang itu?”


Jawabnya, “Itu maknanya lebih utama untuk kita sentiasa memerhatikan masa depan kita berbanding masa lalu kita. Hidup kamu mesti digerakkan terus ke hadapan !”


Ya, hidup ini mesti sentiasa bergerak ke hadapan.


Fokus kita pada masa hadapan. Yang sedang berada di depan mata kita. Sekali-sekala kita pandang ke belakang, bukanlah untuk kita berhenti, tetapi sekadar sebagai satu muhasabah buat diri kita agar kita tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan lepas.


 


Masa Yang Lepas Telah Berlalu Pergi


Sebaik atau seburuk apapun kita pada masa yang lepas, ia telah tetap berlalu pergi dan tidak dapat dipanggil pulang lagi.


Imam Al-Ghazali bila ditanya – ‘Apakah benda yang paling jauh dari kita?’, beliau menjawab, ‘Masa lepas.’


Kenapa masa lepas? Kenapa tidak bulan ke, tidak matahari ke? Ataupun kenapa tidak bintang dan bintang-bintang yang ada di angkasa?


Bulan, matahari dan sebagainya yang berada di angkasa itu masih mampu dicapai walaupun agak susah. Tetapi masa lepas, walaupun masa lepas itu adalah semalam, ia tetap dan memang tidak dapat dicapai lagi.


Apa yang telah kita lakukan pada masa lepas, maka itulah sejarah yang telah kita coretkan dalam kehidupan kita. Tidak mungkin kita meminta untuk dikembalikan semula ke masa lepas untuk memperbaiki segala kesilapan atau kekurangan kita di masa silam.


Tidak ada ‘time machine’ atau apa-apa jua alat seperti yang ditayangkan di dalam filem untuk kita kembali ke masa silam atau pergi ke masa hadapan. Kalau alat seperti itu benar-benar wujud, maka untunglah manusia. Yang derhaka dan pernah ingkar kepada Allah akan kembali semula ke zaman silamnya untuk memperbetulkan segala silapnya di masa itu.


Bahkan, sekiranya wujudnya alat seperti itu, mungkin pula manusia akan mempergunakannya untuk membuat kemaksiatan sepuas-puasnya, kemudian pergi semula ke masa silamnya dan membetulkannya semula.


Lihatlah apa yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah As-Sajdah, ketikamana orang-orang yang di dunia dahulu begitu ingkar dan derhaka kepada Allah, bila berdepan dengan Allah s.w.t. di akhirat, diperlihatkan syurga dan neraka kepada mereka, maka mereka mula meminta agar dikembalikan semula ke dunia.


“Dan (alangkah ngerinya) sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan amal soleh. Sungguh kami adalah orang-orang yang yakin.” [As-Sajdah : 12]


Kenapa mereka meminta dikembalikan semula ke dunia?


Kerana mereka telah benar-benar melihat apa yang mereka dustakan suatu ketika dulu. Mereka melihat seksa Allah yang begitu dahsyat di dalam neraka. Mereka melihat nikmat syurga yang sangat menggiurkan. Tetapi sayangnya, masa mereka di dunia ini telahpun berlalu.


Apakah mungkin mereka dikembalikan ke dunia?


Tidak. Sudah tentulah tidak. Sangat jauhlah masa lepas itu dari diri mereka.


 


Muhasabah Yang Lepas Untuk Lebih Maju Ke Hadapan


Adakala kita rasa masa lepas kita begitu buruk sekali sejarahnya. Kita mungkin pernah terjerumus dalam dosa atau pernah terlibat dalam apa-apa musibah sehingga membuatkan kita kadangkala sering terfikirkan apa yang kita pernah alami itu. Rasa malu pun ada bila terfikirkan orang tahu apa yang kita telah lalui itu.


Tetapi, teruskanlah sahaja perjalanan di depan.


Apa yang telah kita lalui itu, telah pun lepas meninggalkan kita. Janganlah kita menangisi dan menyesali kesilapan-kesilapan kita di masa lepas itu sehingga membuatkan kita terhenti daripada meneruskan perjalanan hidup kita di dalam kebaikan.


Jangan. Sekali-kali jangan.


Sekurang-kurangnya Allah telah memberi kesedaran pada diri kita sekarang. Maka, dengan kesedaran yang Allah telah berikan itu, bergerak dan bangunlah dari kesilapan-kesilapan yang lepas. Janganlah kita menangisi masa lepas sehingga kita diam tidak berbuat apa-apa untuk perubahan diri kita.


Maka, memanglah kita tidak akan pernah keluar daripada ‘zaman gelap’ kita kalau begitu.


Memang, terjerumus dalam dosa itu bukanlah suatu yang baik. Tetapi, sekurang-kurangnya sejarah kita itulah yang telah meletakkan kita di tempat yang lebih baik hari ini di depan Allah.


Justeru, dengan apa yang ada di tangan kita sekarang ini, bergerak dan melangkahlah terus ke hadapan.


 


Penutup : Mereka Tidak Berhenti, Sedangkan Masa Lepas Mereka Lebih Buruk Dari Kita


Para sahabat itu bermula jauh lebih teruk dari kita. Ada sebahagiannya yang begitu gelap masa-masa hidupnya yang lepas. Tetapi setelah datang Rasul s.a.w. membawa petunjuk, langsung mereka meninggalkan ‘zaman gelap’ mereka itu dan bergerak terus ke hadapan.


Mereka menangisi juga kesilapan-kesilapan mereka di masa lepas, tetapi itu tidak menghentikan mereka untuk merancang dan menggerakkan kehidupan yang lebih baik di sisi Allah s.w.t.


Mereka adalah serpihan-serpihan masyarakat jahiliah, tetapi selepas datang Rasul s.a.w. mendidik mereka dengan kefahaman dan kesedaran yang benar, mereka bukan lagi serpihan masyarakat jahiliah yang dulu, tetapi mereka adalah sebuah binaan yang baru dan jauh lebih kukuh.


Lantas kita, apakah yang membuatkan langkahan kita terhenti di perjalanan menuju Allah ini?


Tidak ada sepatutnya.


Teruskan langkahan. Pandang ke belakang hanya sebagai muhasabah agar kita tidak mengulangi lagi segala kesalahan dan kesilapan yang lepas.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 12, 2012 13:36