Hilal Asyraf's Blog, page 113
April 14, 2013
Kehidupan: Mereka Mahu Berkata – Aku Adalah Diri Aku!
Picture by UmarMita of LangitIlahi
“Aku adalah diri aku. Diri aku macam ini, macam inilah aku. Katalah apa pun, aku tak mahu dengar.”
Kata-kata yang popular, daripada orang yang apabila datangnya peringatan, dan dia mengingkarinya.
Kamu adalah diri kamu ya?
Sebenarnya, apa yang kamu tahu fasal diri kamu?
Hari ini, saya nak ajak diri saya dan diri pembaca, mengeksplorasi diri kita ya.
Jom, jom, jom.
Nanti kamu akan lihat bahawa, berpihak kepada apa yang tidak disukai oleh Allah SWT, adalah bukan diri kamu yang sebenarnya.
Asal kejadian.
Mudah. Daripada Allah SWT. Allah yang cipta kita.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;” Surah Al-’Alaq ayat 1-2.
Itu muqaddimah diri kita. Kalau nak lebih jelas lagi kejadian diri kita yang Allah ciptakan ini, saya boleh beri satu lagi ayat.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” Surah Al-Mukminuun ayat 12-14.
Tahukah ayat ini turun bila? Sebelum manusia jumpa mikroskop, x-ray dan sebagainya. Membuktikan bahawa, Tuan punya bicara ini, memang sebenar-benarnya yang menciptakan kita. Sebab Dia Maha Tahu, walaupun ketika itu tiada manusia yang mengetahui.
Nah. Asal kita adalah daripada Allah SWT.
Asal diri kita yang sebenarnya.
“Aku dah memang macam ni. Aurat-aurat ni, memang dari dulu aku tak ambil pusing.”
“Aku memang macam ni. Malas la solat. Buat apa ikut-ikut peraturan Islam ni?”
“Yang baik itu bapak aku. Aku memang macam ini.”
“Ala, nama apa la sangat. Nama saya Muhammad pun, saya bukan Nabi Muhammad. Saya, sayalah. Saya memang macam ini.”
Ya ke itu diri kamu yang sebenarnya?
Atau, sebenarnya kamu ini asalnya lain?
Tahukah kamu asal kamu macam mana? Yake macam kamu sekarang ini? Yake kamu memang macam ini?
Kita tengok ya. Sebelum kita wujud di alam ini, apa yang kita kata kepada Allah SWT:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.
Ha. Kita sebenarnya, adalah yang mengakui bahawa Allah adalah Ilah kita, mengakui bahawa arahanNya adalah kebenaran, menyimpang daripadaNya adalah kerosakan.
Rasulullah SAW pula bersabda maksudnya: “Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). “ Hadis riwayat Bukhari.
Kita sebenarnya, diri kita yang sebenarnya, adalah yang telah berjanji dan bersaksi kepada Allah SWT, untuk taat kepadaNya. Dilahirkan kita ke dunia ini oleh Allah SWT dalam keadaan fitrah, suci, bersih, dalam erti kata lain, Islam.
Maka, bila mengetahui siapa yang menciptakan kita, dan ‘bentuk’ asal kita yang bagaimana, apakah yang sepatutnya kita lakukan di dalam kehidupan ini?
Tunduklah, patuhlah.
Maka hakikatnya, apabila kita bermaksiat, ingkar kepada Allah, tidak mengambil Islam sebagai sistem hidup, tidak mengikut peraturan Islam, itu semua adalah berlainan dengan hakikat diri kita yang sebenar-benarnya.
Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya menyimpang dari diri kita yang sebenarnya. Kita pergi ke satu jalan yang salah, yang silap. Kita tidak berada pada tempat yang kita patut wujud sebenarnya.
Jadi, “Aku adalah diri aku. Aku memang dah macam ini.” adalah satu alasan yang tidak betul sebenarnya. Kamu bukan diri kamu apabila kamu mengingkari Allah SWT. Kamu diciptakan olehNya, dan akan kembali kepadaNya, maka apakah pantas kamu hidup tanpa mentaati perintahNya? Pelik bukan?
Penutup: Cukup-cukuplah. Melutut!
Mengapa masih beralasan?
Hidup ini sebentar cuma. Beratkah Islam? Tidak berat apabila kamu telah melaksanakannya. Apakah mungkin yang disuruh oleh Pencipta Manusia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui Segala, itu memberatkan untuk manusia? Sedang dia telah mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.
Dan kita mencagarkan akhirat kita untuk dunia yang sementara? Bodoh bukan?
Semestinya kita mahu yang indah itu abadi selama-lama. Maka apa yang kamu nantikan?
Kamu adalah kamu?
Sedarlah. Kamu bukan kamu, selagi kamu tidak tunduk kepada Allah SWT. Kita semua sama. Saya juga demikian.
Maka marilah kita melutut kepada Allah SWT. Apakah belum sampai masanya?
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” Surah Al-Hadid ayat 16.
Cukup-cukuplah.
Cerpen: Perdana Menteri Aku 1
Gambar sekadar hiasan. Saya minat Erdogan. ^^ ~ Picture take from Enthelie.com
Okay, cerpen ini saja-saja saya buat. Terfikir, tercetus, maka saya coret.
Perdana Menteri Aku 1.
Kenapa ’1′? Sebab insyaAllah bila rasa nak sambung, saya akan sambung ’2′, ’3′.
Saja aja menulis benda ini musim-musim PRU.
Enjoy!
Langit biru Negara Angsana tidak menggambarkan apa yang berlaku di negara itu. Langit kelihatan tenang, membiru, dihiasi dengan putihnya awan, menggambarkan ketenangan. Namun dentuman suara yang menghiasi suasana ibarat halilintar sabung menyabung, sorak sorai kemarahan bersama bumi yang dilitupi lautan manusia, meremangkan bulu roma sesiapa yang melihatnya.
“Khianat! Khianat!”
Suara ramai kedengaran bingit.
“Turun! Turun!” Rakyat memenuhi dataran hadapan Kompleks Pemerintah Angsana. Media dari pelbagai negara, juga dari dalam negara, baik arus perdana atau alternatif, semua merakamkan suasana. Ada yang sibuk mewawancara wakil kepimpinan yang ada, juga rakyat yang sedang membahang amarahnya.
PilihanRaya Umum ke-15 baru sahaja usai. Kumpulan yang selama ini menjadi pembangkang di Negara Angsana, pertama kali dalam sejarah telah diangkat menjadi Kerajaan oleh rakyat. Perdana Menteri baru sahaja ditabalkan oleh Sultan Tertinggi Angsana, mengangkat sumpah setia untuk menjadi khadam kepada rakyat jelata, wakil Sultan nan mulia. Namun, pukulan terakhir oleh pembangkang kini, dikeluarkan satu filem porno lagi nista merosakkan imej Perdana Menteri.
Perdana Menteri, pulang dari Istana AngsanaRaya digerumuni media meminta kebenaran.
Namun dia sekadar mendiamkan diri. Tidak memberikan respon. Dan ini membangkitkan amarah rakyat.
“Penipu!” Suara rakyat kedengaran memenuhi angkasa. Berdentum bara kemarahan membakar suasana.
“Turuuun!” Wirid utama diulang-ulang. Rakyat sudah penat diperhambakan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka tidak lagi mahu diperhambakan lagi oleh sesiapa, hatta oleh pemimpin yang baru diangkat mereka sendiri. Rasa terkhianat, mereka berdiri, membela hak diri. Mahu pemimpin berintergriti.
Suasana kekal panas, ditambah bahang mentari. Semenjak usai sahaja Subuh, rakyat sudah memenuhi dataran ini.
Perdana Menteri masih berdiam diri, dan spekulasi berputar menjadi pelbagai versi.
Pembangkang hari ini lebih galak menyerang. Menyatakan itulah wajah sebenar perdana menteri.
Semua resah, gelisah, menanti apa yang akan terjadi.
******
Dia dipanggil.
Langkahannya pantas. Dia baru sahaja mendapat berita terkini. Terkilan dengan musuh politik yang masih suka memainkan perkara menjijikkan dalam menumbangkan lawan. Dia bukan tidak kenal dengan Perdana Menteri, dia yakin 100% Perdana Menteri bukan sedemikian orangnya.
Sampai dia di pintu kayu yang indah, diketuk segera sambil salam dilontarkan.
“Waalaikumussalam. Masuk Saleem.”
Dibuka sahaja pintu itu, dilihat ruang bilik mesyuarat utama di Kompleks Pemerintah Angsana dipenuhi oleh menteri-menteri Negara Angsana. Matanya melilau mencari manusia yang menghubunginya, yang memberikannya arahan agar hadir ke mari.
“Ke sini Saleem.” Perdana Menteri, Dato’ Seri Ghufran Rasydan, itulah dia manusia yang memanggilnya. Semua pasangan mata memandang Saleem yang baru tiba, berjalan ke arah Perdana Menteri.
“Ah,” Dia baru perasan wujud seorang lagi manusia, berpakaian jubah kebesaran hitam pekat, dengan garis-garis keemasan menghiasi kegelapan pakaian, tanda diri seorang Sultan Tertinggi Negara Angsana. Terus tangan mengangkat sembah hormat, dengan kepala menunduk sedikit. Tidak sangka manusia berprofil tinggi itu wujud di dalam bilik ini bersama Perdana Menteri dan para pemimpin tertinggi. “Ampun tuanku.”
Sultan Rafiq Al-‘Ala sekadar tersenyum.
Dia kini berdiri di sebelah Perdana Menteri dan Sultan. Gerangan apakah dia dipanggil ke mari? Dia hanya orang biasa yang baru sahaja memenangi kerusi yang tidak berapa penting untuk partinya. Yang memasuki arena politik ini bukan kerana kehendaknya, tetapi dek kerana ingin meneruskan perjuangan rakannya yang telah meninggal dunia. Mengapa dia dipanggil ke bilik mesyuarat yang dipenuhi orang-orang besar Negara Angsana, pada saat genting begini?
“Rakan-rakan menteri sekalian. Sesungguhnya telah diuji diri ini sekali lagi. Ya, aku tidak melakukannya. Boleh kita halang media secara zalim, menghalang cerita negatif ini tersebar, dan ceritakan semula keburukan mereka, siarkan iklan mengampu diriku, boleh bukan tidak boleh. Namun kita adalah yang sebelum bertanding dahulu berjanji memberikan kerajaan yang berintergriti. Kita berjanji memberikan kebebasan media. Kita telah Allah berikan kemenangan menjadi sebuah kerajaan sekarang, dan inilah Allah uji kita.” Perdana Menteri berhenti sebentar. Dia dapat melihat bagaimana pemimpin itu memandang seluruh ahli di bilik mesyuarat itu.
“Maka aku menyambut ujian ini dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara Angsana yang aku kasihi ini, untuk menjalani proses undang-undang dengan adil dan saksama, sebagai rakyat yang difitnah, bukan sebagai Perdana Menteri yang akan dilihat istimewa. Aku tidak mahu kes ini, serangan ini, yang aku yakin memakan masa panjang membuktikan pembohongannya, menganggu pemerintahan kita.” Perdana Menteri berhenti berkata-kata. Semua yang hadir terkejut. Ada yang mengungkap istighfar. Pemimpin dari kalangan Non-Muslim pula menggeleng kepala. Sultan hanya berdiam sahaja.
Dia sendiri tidak menyangka Perdana Menteri akan membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Sedangkan dia melalui perjalanan yang panjang untuk naik ke tahap ini. Sebelum ini selama 15 tahun dia dipenjara kerana difitnah. Di dalam penjara dia dipukul dan pernah cuba diracun. Dibebaskan kerana Mahkamah tidak dapat membuktikan beliau bersalah, beliau mengetuai kepimpinan Pembangkang, dan selama dua penggal beliau berusaha, sepanjang masa itu fitnah, ancaman, terus menjadi makanan harian perjuangannya yang terpaksa ditelan, kini beliau berjaya. Namun kejayaan beliau disambut dengan bencana sebegini rupa. Mengejutkan semua orang, bersama angin kekaguman menyapa semua, manusia sebegini gigih dan tabah, sanggup melepaskan jawatan Perdana Menterinya yang baru sahaja dikecapi, beberapa jam lamanya.
Ada menteri yang telah mula mengalirkan air mata. Sesiapa pun akan terasa. Mendekati Dato’ Seri Ghufran Rasydan secara dekat, tiada sesiapa yang tidak akan kagum dengannya. Kini saat dia menjadi yang paling berkuasa selepas Sultan, masih akhlak itu dipegangnya.
“Jangan nanti ada yang berkata bahawa, zaman Ghufran Rasydan, sama sahaja dengan zaman ‘Atiq yang kebal dengan badan kehakiman. Zaman Ghufran Rasydan, adalah zaman merdeka.” Perdana Menteri menyambung.
Tiada siapa berani berkata-kata.
“Maka tadi aku telah bersembang dengan Sultan yang tercinta.” Dia melihat Perdana Menteri menoleh ke arah Sultan Rafiq Al-A’la.
“Telah aku perkenalkan Tuanku dengan Muhammad Saleem Muntasir. Semua mengenali beliau bukan?” Lengannya dipegang. Seperti direnjat elektrik, badannya sedikit kejang. Matanya membesar. Semua yang ada mengangguk.
“Dialah yang merampas kerusi Daerah Mawar Raya daripada mantan Perdana Menteri sebelum ini. Muda belia. Ya, baru tahun ini dia menyertai kita sebagai petanding. Tetapi dia bukan asing dengan kita selama ini. Semenjak kecil sudah bersama kita, dan menjadi antara tokoh muda kita yang terutama. Aku mengenalinya sebagai orang yang baik dan soleh, juga bijak dalam politik, bijak berstrategi, sabar dan amanah, menyantuni Muslim dan non-muslim dengan adil.” Perdana Menteri terus bersuara. Dia pula kini dibasahi peluh.
Perdana Menteri berdiri. Ghufran Rasydan lebih tinggi daripadanya, maka Ghufran memandang ke bawah sedikit, bertentang mata dengannya. “Maka dengan perkenan Tuanku, aku memilih Muhammad Saleem Muntasir sebagai pengganti Perdana Menteri, sekaligus dia akan menggepalai parti kita. Semoga dia mendapat petunjuk daripada Allah SWT.” Tangan yang tadinya di lengannya, kini menepuk bahu.
“Allahuakbar, Allahuakbar.” Dia bersuara. Menggeleng. Mengalir air mata. “Bahana apakah ini wahai pemimpinku yang dihormati? Bencana apakah ini?” Seperti hendak meletup jantungnya.
Terus dia didakap ketika itu juga oleh kini mantan Perdana Menteri, Ghufran Rasydan.
“Kebanyakan kami telah tua Saleem. Ada antara kami kisah silam yang jika diungkit, memang sukar hendak menangkis. Telah aku layarkan perjuangan ini merentasi halangan semampu aku hingga dengan izin Allah, kita memenangi pemerintahan negara ini. Tetapi ujian tidak terhenti di sini, perjuangan ini akan diuji pula kala kita menjadi pemerintah Negara. Biarlah engkau yang muda meneruskan, dengan wajah baru tanpa kisah silam nan pilu.” Belakang tubuhnya ditepuk berkali-kali.
Esak tangis mula kedengaran. Daripada dia, dan daripada beberapa orang selainnya.
Dakapan dilepaskan. Dia masih terkedu.
“Apa ada bantahan?” Ghufran Rasydan bersuara memandang ahli bilik itu.
“Jika Tuanku sudah perkenan, kami sekadar menurut perintah. Saleem bukan asing bagi kami.” Dato’ Sheikh Dr Fadhlullah Kareem, yang sering dianggap sebagai ‘spiritual leader’ dalam parti ini merangkap Timbalan Perdana Menteri Negara Angsana memberikan sokongan.
“Sama bagi saya. Taat dan setia.” Fa An Baojia, Menteri Besar Pulau Orkid Merah, bersuara, sambil menyeka air mata yang mengalir.
“Walaupun saya sebenarnya tidak berapa yakin dengan pemuda berumur 25 tahun dilantik menjadi Perdana Menteri, tetapi Saleem tidak asing dengan kita. Ketokohannya, kesantunannya, sumbangannya dalam menyusun strategi kemenangan pihak kita, bukan benda yang boleh ditutup sebelah mata oleh saya dan rakan-rakan. Maka saya tidak membantah, namun harap Perdana Menteri baru bersedia menerima kritikan dan teguran saya nanti.” Gandhar, Menteri Sumber Manusia, bersuara.
“Allahuakbar, Allahuakbar.” Dia tunduk sahaja. Sukar. Mengapa tidak Dato’ Sheikh Dr Fadhlullah Kareem sahaja yang menyandang jawatan ini? Mengapa semua bersetuju?
“Mereka sudah berbai’ah. Tuanku sudah perkenan. Tidak boleh menolak walau beralasan.” Ghufran Rasydan sekali lagi menepuk bahunya. Rasa seperti dihentam gunung. Air matanya sudah gugur menitik ke karpet bilik mesyuarat.
“Bukan beta tidak boleh mempertahankan Ghufran. Tetapi Ghufran memilih untuk memaparkan keindahan pemerintahan yang adil. Maka dia memilih untuk dibicarakan. Dia memilih untuk meletakkan jawatan. Menjadi contoh kepada yang lain. Maka Saleem, beta titahkan dikau menyandang jawatan ini.” Kali ini Sultan sendiri bangun mendekatinya, menepuk bahunya yang sebelah lagi.
Air matanya ibarat aliran sungai. Deras.
Bahana apakah ini ya Rabb?
*******
“Apa benar berita yang adinda terima tadi?”
Suara isterinya yang tercinta menyambut sebaik sahaja dia membuka pintu. Lewat malam dia pulang, dek kerana sidang media tergempar, melayani rakyat yang berkumpul, dan pelbagai lagi urusan rasmi.
Seluruh Angsana, bahkan pemerhati-pemerhati dari negara lain, semuanya seakan tidak percaya dengan tindakan Ghufran Rasydan meletakkan jawatan. Dari amarah rakyat, semua menjadi sayu dan pilu dengan keputusan itu. Siapa sangka langkah itu yang akan diambil. Lagi yang tidak dijangka semua, dinaikkan pula Muhammad Saleem Muntasir. Muda belia. Walaupun popular seluruh Angsana dek kerana kredibilitinya yang mampu merampas kerusi mantan Perdana Menteri di Mawar Raya, dia terlalu muda untuk dijangka menjadi Perdana Menteri Angsana.
Terus didakapnya isteri tercinta. Air matanya mengalir deras.
“Sungguh ini berita yang mendukacitakan.” Dia bersuara, sambil melepaskan dakapannya.
“Tuan, jika tuan inginkan apa-apa, panggil kami ya. Kami berkawal di luar.” Suara salah seorang dari lima pengawal peribadi yang mengekorinya kedengaran.
“Wahai Jaafar, mengapa tidak engkau, Fateh, Mustaqim, Afiq, Luthfi dan Faeez pulang dan berehat? Sesungguhnya malam telah lewat.” Dia memandang kesemua pengawal peribadinya yang menemaninya pulang.
“Allahuakbar Tuan, inilah tugas kami. Tambahan Tuan perlu berpindah ke kediaman rasmi. Sebaiknya Tuan usahakan malam ini juga kerana esok Tuan akan diziarahi ramai orang.”
Dia menghela nafas. “Sebentar biar aku masuk berbincang seperkara dua dengan isteriku.” Dia memandang isterinya.
Jaafar pengawal peribadinya mengangguk. Lantas dia menutup pintu.
“Maka benarlah?” Isterinya menyambung tanya.
Dia mengangguk lemah.
“Saya isteri Perdana Menteri? First lady of Angsana Raya.” Isterinya seperti tidak percaya.
“Ya Allah kanda, maka apa bencananya? Bukankah ini rezeki daripada Allah SWT?”
Dia bertentang mata dengan isterinya. Rezeki? Dia tidak rasa sedemikian. Ini adalah beban. Tanggungan.
“Wahai isteriku yang tercinta. Apa engkau mencintaiku?” Dia memegang kedua-dua lengan isterinya, sehingga mata mereka bertentang sama.
“Er, semestinya kanda.”
“Maka yang manakah engkau akan pilih, harta dan apa yang kita ada selama ini, atau engkau sanggup meninggalkan semuanya dan memilih aku?”
Isterinya sedikit jeda. “Maksud?” Sebelah kening terangkat.
“Aku mahu ini meninggalkan semua kekayaan aku. Semuanya akan kuberikan kepada Baitul Mal negara ini. Kita ada tanah dan rumah berdekatan Kompleks Pemerintah Angsana, kita akan duduk di sana.”
“Rumah yang kecil itu? Kanda, mengapa kanda mahu buat keputusan sebegini? Bukannya rezeki ini semua dari sumber yang haram. Kanda perolehi dari titik peluh kanda berniaga semenjak remaja!” isterinya menebarkan tangan menunjukkan rumah agam miliknya.
“Benar. Tetapi sesungguhnya aku berat mahu membawa bersamanya dengan tanggungjawab baruku. Aku takut akan fitnah, dan tidak mahu aku kelihatan berada sedang masih ada rakyat menderita.”
“Allahuakbar.” Isterinya seakan tergamam. Menjarak sedikit daripada dirinya.
“Jika engkau lebih cintakan semua ini, akan kuserahkan semuanya kepadamu wahai adinda tercinta. Tetapi jika engkau memilih mencintai aku melebihi semua ini, bersamalah denganku tanpa semua ini.”
Mata masih bertaut. Dia dapat melihat mata isterinya berkaca-kaca. Ya, bukan mudah. Rumah yang diajak isterinya pergi berpindah itu sempit. Hanya punya satu bilik, satu ruang tamu. Rumah bujangnya dahulu. Itu belum dikira hendak menarik segala pakaian mahal dan barang kemas isterinya.
“Allahuakbar. Telah tiba hari ini.” Isterinya menitiskan air mata. Bergetar tubuhnya. Perlahan isterinya mendekat semula. “Wahai kanda, sesungguhnya engkau lebih kucintai dari semua ini. Aku berdoa Allah mencintai kita berdua, dan menjaga kita dari fitnah durjana.”
“Allahuakbar. Allahuakbar.” Dia mendakap erat isterinya.
Mereka berdua menangis teresak-esak bersama.
*******
Lampu dikatup. Penghawa dingin ditutup. Hari pertamanya sebagai Perdana Menteri, tamat usai tugasannya hari ini.
“Tuan, mengapa dihentikan semua ini?” Pengawal peribadinya, Jaafar bersuara. Jaafar sentiasa berada bersamanya. Dari lima pengawal peribadi, dia mengurangkan menjadi seorang sahaja.
“Jaafar, ini semua harta rakyat. Tugas aku telah selesai hari ini namun aku terlalu penat dan berhajat ingin tidur barang sebentar. Apa aku punya masa?”
“Tuan perlu berada di Daerah Mentari Bunga Maghrib ini. Ada sekitar dua jam lagi. Perjalanan ke sana memakan masa sejam.”
“Maka kejutkan aku lagi satu jam.”
“Tetapi tuan, mengapa dipadamkan semua ini? Bukankah lebih selesa Tuan tidur dengannya?”
Dia mula berbaring di atas karpet pejabat rasmi Perdana Menteri. Sebelah tangan menjadi bantal, sebelah lagi menutup mata. “Kerana tidurku ini untukku. Aku tidak akan menggunakan harta rakyat untuknya.”
Gelap.
Dia cuba untuk tidur, walau fikirannya menerawang. Pejam celik, dirinya sudah hampir sebulan menjadi Perdana Menteri. Angsana menjadi semakin reda dari pelbagai kedurjanaan yang ingin menggolakkannya. Rakyat tidak mampu berkata apa-apa kepada kepimpinannya yang telus. Saat dirinya sendiri bersederhana, tiada antara menterinya yang berlebih-lebihan. Bahkan tidak sedikit menteri-menteri yang Muslim, mengikuti langkahnya mendermakan sebahagian harta kepada Baitul Mal, kemudian mengisytiharkan harta mereka semula.
Janji 100 hari mantan Perdana Menteri Ghufran Rasydan diteruskan dengan baik, dan mula menunjukkan hasil walau baru 1/3 masa digunakan. Perbicaraan mahkamah Ghufran Rasydan juga sudah bermula. Dijangka prosesnya panjang. Sempat Ghufran Rasydan berkata – “Aku mahu mengheret semua musuh-musuh politikku dalam kes ini. Sebagai rakyat biasa, bukan sebagai Perdana Menteri. Agar engkau wahai Saleem, mampu bergerak dengan lebih tenang dan lancar. Aku rakyat yang menyokongmu.”
Air matanya merembes mengingatkan Ghufran Rasydan. Susuk tubuh yang sudah melewati 50-an, namun gagah lagi berjuang tanpa jawatan.
Maka tugasnya kini adalah menjadi Perdana Menteri terbaik buat Angsana. Menguruskan dalam dan luar negara.
Memimpin dengan qudwah, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Bukan mudah, tetapi ingin dia usahakan.
Dia tidak meminta jawatan ini. Namun bila telah diberikan, dia akan melaksanakan sebaiknya.
———————————————-
Rasa tergantung, tetapi nak sambung macam tak ada idea sangat lagi.
Nantilah kita sambung. Sekarang ini sekadar melayan cetusan aja dulu.
Lama tak menulis Cerpen. huhu.
April 10, 2013
Kehidupan: Jangan Pandang Rendah Kepada Yang Tidak Bertudung

Photo by Umar Mita
Interpretasi
Pada 14 Julai 2012, saya post satu status di Facebook page saya:
“Jangan pandang rendah kepada yang tidak bertudung.”
Tanpa diduga, status ini menjadi “hangat”. Banyak interpretasi yang timbul yang tidak ada kaitan dengan status tersebut. Mungkin ada kaitannya, tetapi jauh daripada maksud yang ingin disampaikan. Maka saya tertanya-tanya, “Apakah status tersebut tidak jelas?”
Saya tanya beberapa rakan saya dan mereka tidak memberikan interpretasi yang melencong. Mereka faham. Tetapi, mungkin kerana mereka rakan saya dan mereka mempunyai kefahaman yang lebih kurang sama dengan saya. Jadi, saya minta maaf atas sebarang kekeliruan.
Dalam masa yang sama, saya rasa kekeliruan yang timbul mungkin bukan kerana tidak faham apa maksud status tersebut tetapi mungkin kerana:
Minda sudah terbiasa dengan equation perempuan tidak bertudung = perempuan tidak baik.
Terburu-buru untuk memberi reaksi tanpa meneliti dahulu status tersebut.
Tidak “dengar” apa yang saya ingin katakan, tetapi “dengar” apa yang diri sendiri ingin dengar. Dalam Psikologi, ia dipanggil selective listening.
Terlupa yang dalam Islam adanya prinsip Husnuzon (bersangka baik).
Saya kata ini satu KEMUNGKINAN sahaja, bukan satu KEPASTIAN. Apa yang berada di minda anda, hanya Allah yang tahu dan saya tidak akan mengaku yang saya tahu. Saya tidak judge anda.
Status ini, pada pandangan saya, ringkas dan jelas. Tetapi, saya tetap ingin offer penjelasan tentang status tersebut.
Sudah semestinya status itu bukanlah untuk menyokong perbuatan tidak bertudung. Menutup aurat itu wajib. Full stop.
Sudah semestinya status itu bukanlah untuk melaga-lagakan perempuan bertudung dengan yang tidak bertudung. Ini bukan WWF. Calm down.
Pendekatan Kita
Intipati status ini ialah keperluan kepada diri untuk melihat manusia dengan kaca mata kasih sayang dan bukan dengan kaca mata hantu jembalang. Fokus kepada potensi yang ada pada setiap manusia, termasuklah yang pada zahirnya nampak “kurang” Islamnya kerana mungkin individu tersebut akan jadi jauh lebih baik daripada kita dan boleh memberikan sumbangan besar kepada Islam. Default setting kita ialah kita inginkan syurga untuk semua, dan bukannya neraka.
Cara kita berfikir menentukan cara kita approach orang dalam Dakwah.
Alhamdulillah, saya pernah jumpa dengan beberapa Muslimah yang tidak bertudung yang mengajar saya satu pengajaran yang amat berharga. Mereka tidak bertudung tetapi dahagakan Islam dan ingin menyumbang bakti untuk agama. Dahulu, saya fikir kalau perempuan tidak pakai tudung maka imannya kurang. Tetapi, siapa saya untuk bawa kayu ukur dan ukur panjang pendek keimanan seseorang? Tahap keimanan diri sendiri pun tak tahu! Saya silap.
Tetapi saya sedar akan kesilapan ini bukanlah di Malaysia. Kesedaran ini datang kepada saya di Kanada, negara yang majoritinya bukan Muslim.
Saya aktif dengan Muslim Students Association (MSA) di universiti saya di Kanada. Dalam kelab itu, ada seorang Muslimah tidak bertudung yang memegang jawatan sebagai setiausaha kelab. Wallahi, dia adalah antara AJK yang paling efficient dalam menjalankan tugasnya. Segala tasks yang diberikan siap dalam masa yang ditetapkan. Dia seringkali membuahkan pandangan-pandangan yang bernas dalam mesyuarat kelab. Walaupun ada bisikan-bisikan hanyir daripada belakang tabir yang mengatakan bahawa dia tidak patut memegang jawatan dalam satu kelab Muslim kerana tidak bertudung, dia kental dan terus melakukan kerjanya dengan baik. Kami yang lain memberikannya sokongan dan dorongan untuk terus kuat dan amanah dengan jawatan yang diberikan.
Setiap tahun MSA akan menganjurkan Islam Awareness Week (IAW) iaitu minggu di mana kami akan raise awareness tentang Islam berdasarkan tema yang kami putuskan untuk tahun itu. Saban tahun, apabila kami meminta pertolongan ahli-ahli kelab untuk membantu menjayakan program ini, ada-ada sahaja Muslimah yang tidak bertudung yang datang membantu. Kami tidak bayar mereka. Mereka dengan sukarelanya datang membantu.
Apabila MSA mengadakan kelas-kelas agama, dalam kalangan audience kadang-kadang nampak beberapa Muslimah yang tidak bertudung yang datang untuk menimba ilmu.
What does this tell you?
Pendirian Kita
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak sama sekali menyokong perbuatan tidak bertudung. Menutup aurat itu wajib. Full stop. Setiap orang bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Mengapa saya underline perkataan “perbuatan”? Kerana pendirian kita ialah hate the sins, not the sinners.
Pada pandangan saya, saya rasa mereka rela menonjolkan diri kerana environment yang dibina ialah environment yang (secara amnya) tidak prejudis. Environment di mana mereka yang tidak bertudung tidak rasa dirinya disisih. Mereka bukan menonjolkan diri kerana ‘redha’ ataupun ‘bangga’ dengan tidak bertudung. Percayalah, ramai antara mereka yang malu kerana tidak bertudung.
Jadi, mengapa mereka tidak bertudung? Saya tidak tahu. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka memilih untuk tidak bertudung. Mungkin dia pernah lalui pengalaman pahit dengan bertudung. Mungkin ayahnya menghalangnya untuk bertudung. Mungkin dia tidak pernah dididik untuk bertudung. Mungkin dia kurang yakin dengan identiti Islamnya. Mungkin, mungkin, mungkin, mungkin…
Ada banyak lagi sebab-sebab lain selain “Oh, dia seorang perempuan yang tidak baik!”
Jihad al-Nafs (perjuangan melawan diri) dalam diri seseorang tidak kita ketahui. Jadi, kalau tidak tahu, jangan buat-buat tahu.
Jangan diukur iman seseorang dengan sehelai kain. Saya dahulu begitu. Saya terlalu fokus kepada apa yang ada (atau tiada) atas kepalanya sehinggakan saya terlepas pandang akan potensi dirinya untuk kebaikan. Kenapa saya define dirinya dengan dosanya sedangkan tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada dosa? Adilkah saya? Tidak. Saya sepatutnya fokus kepada potensi dirinya untuk kebaikan.
Boleh jadi, dia akan memberi sumbangan besar kepada Islam yang saya tidak mampu berikan. Allahua’lam.
Kepada yang tidak bertudung, saya doakan semoga Allah kurniakan kepada saudari semua kekuatan untuk menutup aurat dengan sempurna. Saya doakan semoga Allah kuatkan keyakinan saudari semua dalam Islam dan semua yang diajar dalam Islam. Saya doakan semoga Allah kurniakan saudari semua social support yang kuat dan sihat yang boleh membantu saudari-saudari dalam perjuangan hidup untuk melawan nafsu dan syaitan. Ameen.
Jadi, jangan pandang rendah kepada yang tidak bertudung. Mungkin, dia tinggi di sisi Allah.
April 9, 2013
Poster : Tahajjud Cinta Sebenar
“Antara kenikmatan yang dirasai orang beriman itu adalah apabila dia berdua-duaan dengan Tuhannya di malam hari; merintih dan merayu kepadaNya, memohon keampunan dan rahmat dariNya, semata-mata mendambakan cinta yang berbalas daripada Rabbnya.”
Political Absurdism in Malaysia
“Is there really no bright side?”
Picture by ~NateLikesNate of deviantart.com
“Political Absurdism in Malaysia”
I attended a talk by Kee Thuan Chye that day organized by The English Language Department of IIUM. The talk was exclusive for the Bachelor of English Language and Literature (BENL) students as Kee Thuan Chye is a famous Malaysian literary figure.
He has produced numerous films during his literary career. But now, he has stopped directing films and focused more on writing. His sharing about the challenges he went through as a writer-cum-director was meaningful.
After his talk came the Q&A session. The students are allowed to ask questions even outside the literary spectrum including politics.
Many students asked questions. Even I did. But there was one particular question which caught my attention. A brother from Bangladesh asked a question, a pretty good political question that made Kee Thuan Chye said “I don’t really know how to answer.”
The question goes like this “What is the point of voting for the general election when you already know that the ruling government will always be the winner?” the Bangladeshi brother asked.
Political Pessimists exist in Malaysia
“Politics is absurd” said a PKR supporter while puffing sighs of regret to his partner beside him.
A PAS enthusiast who was walking together with him replied “Why is that?”
“I’ve voted twice parties other than BN-related parties in the previous two elections but still, the parties I voted didn’t win” the PKR supporter mad a sad face.
“Even if I vote for another party other than of BN, BN will still win, what’s the point of voting then?” the PKR supporter added with a sad tone.
The conversation above is an example of a real life conversation that exists today.
The value of one vote
Absurdism refers to a philosophical school of thought that simply says life is meaningless. When coined with politics, it becomes “Political Absurdism” that gives the notion that there are some thoughts of people that Politics is absurd and has to be ignored.
In the 2004 general election, the voter turnout was 73.90% lead to the biggest win of BN since 1978. But the political drift changed during the 2008 general election with the 75.99% voter turnout resulted in a political tsunami that hit Malaysia; the first time in history; the opposition won 82 seats from 222 seats. The political tsunami of 2008 proved that politics is not absurd and can be changed by effort.
The problem of many “political pessimists” is that they do not know that they are subscribing to the views of political absurdism. These pessimists are non-registered voters or do not plan on turning up on the polling day. This is a problem of not realizing the value of the vote.
Kee Thuan Chye asked a question of “If you don’t become a registered voter or turn up on that day, what if your vote is misused by irresponsible parties?”
With this one vote only, it will result in, for example, the fate of Malaysians in experiencing low car prices or just settle in the increased sum of monetary aid.
Malaysians should believe in their votes or not maybe this year’s election a megatsunami will soon hit Malaysia.
What about those who did not register or will not turn up on the polling day?
Kee Thuan Chye concluded his speech by saying that “If you are not a registered voter or you don’t turn up on the polling day, you have no right to exhaust your rights as a Malaysian.”
I agree with his statement but only partially. It is true that within four to five years, we are practically recognized as a Malaysian only once!
But the people who did not register or may not turn up on the voting day must have their own reasons. One of the reasons might be because of many Malaysians are fed up with the “political football” and “politics of character assassination” between the two opposing parties of BN and PR.
Look on the misuse of the mainstream media for example. Supposedly at this juncture, there is no such thing as parties residing to the opposition or to the government. The antagonism between the two arch enemies of Pakatan Rakyat (PR) and Barisan Nasional (BN) should halt during this 60 day government-less period. The mainstream media should give equal amount of coverage to both the coalitions because the people have to know who their leaders are and which manifesto is the best.
If BN is given the chance to voice out their manifestos through live media coverage of live TV streaming , PR should be given the same not just a 10 minute radio broadcast. The biased representation of the manifestos may have leaded to the pessimism in many Malaysians.
So for those in the category of “a non-registered voter” and “not planning to turn up for voting” you have to find a way to redeem yourself. Voting means “doing something for the community,” if you happen to be in the two categories, “do something for the community” in return.
The prophet said that “Who does not care for the Muslims affairs is not one of them” (HR Thabrani 7686).
Conclusion: I choose a politically just leader, what about you?
In the book “The Doubts Regarding the Ruling of Democracy In Islām” published by At-Tibyan Publications, there are many concepts in choosing a political entity. The following are mentioned in the book:
The rule of “The Lesser of Two Evils is Chosen”
The rule of “The Benefit is Taken over the Harm”
The Rule: “Actions are Based on Intentions”
The Rule: “Commanding the Good and Forbidding the Evil”
The Rule: “The Necessity Permits the Unlawful”
The Rule: “Kufr is Excused Due to Compulsion”
I recommend you to finish this book as guidance and discuss with trustworthy clerics for reference. You will be crystal clear in choosing the best political entity whether PR or BN in the coming election.
There will be no jokes like this:
“Why are you not planning to vote on the day of the election?”
“Because Iron Man 3 is showing in cinemas. I’ll be busy around that time.”
I choose a just political leader, what about you?
Reference:
At-Tibyan Publications (n.d). “The Doubts Regarding the Ruling of Democracy In Islām”: Second Edition. At-Tibyan Publications. Retrieved from http://kalamullah.com/Books/The_Doubt...
Umum : Tips – 5 Langkah Menjadi Pengundi Berwibawa
Pilihan Raya Umum ke 13
Bukan sahaja penentu siapa yang bakal menerajui kepimpinan negara,
tetapi medan mencari siapakah pengundi yang berwibawa!
Raya?
Gamat benar suasana. Terasa akan bahangnya .
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) semakin hangat diperkatakan seusai Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen minggu lepas. Tentunya, ramai di kalangan kita berkira-kira di minda dan perancangan masing-masing untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi dengan sebaiknya.
Peluang dan kesempatan ini harus digunakan sebaiknya. Bermula satu undi, ia akan membawa kesan dan pengaruh yang besar kepada percaturan masa depan pemerintahan negara untuk tempoh lima tahun mendatang.
Demam PRU
Hari ini, suasana persekitaran negara mulai hangat dengan pelbagai kempen secara tidak langsung, – kibaran bendera parti, pengumuman calon-calon yang bakal bertanding, hebahan manifesto parti-parti bertanding dan pelbagai ragam lagi yang boleh diperhatikan sama ada di media cetak atau media elektronik. Inilah pegangan demam PRU!
Sungguh PRU 13 kali ini mampu mendemamkan semua orang termasuk calon bertanding, parti-parti “gajah” yang sedia ada serta parti “nyamuk” yang baru menonjol dan satu lagi yang sedang “kepanasan” ialah pengundi!
Pengundi adalah penentu kepada keputusan pilihan raya. Kerana itu, pengundi-pengundi yang layak mengundi – sehingga kini seramai 13.1 juta pengundi berdaftar – mempunyai satu tugas, amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Bagi memastikan “kuasa” pengundi ini benar-benar bermakna – kita sebenarnya memerlukan pengundi yang berwibawa untuk memastikan pemimpin dan pemerintah yang bakal menerajui kepimpinan negara adalah yang benar-benar layak, bersahsiah tinggi, berwibawa, berintegriti dan mampu menyelesaikan masalah rakyat!
Kita Mahu Pengundi Berwibawa!
Kerana itu, masyarakat Malaysia secara umumnya yang akan mengundi harus meletakan diri mereka pada satu tahap keyakinan yang tinggi untuk menjadi pengundi yang berwibawa. Berwibawa di sini ialah mereka mempunyai tahap pengetahuan, kepakaran dan keilmuan yang menyeluruh dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengundi.
Justeru itu, masyarakat di Malaysia harus dididik dan dicerdikpandaikan tentang ilmu pengundian agar kuasa, amanah dan hak mereka ini benar-benar bernilai.
Firman Allah yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.”
(Surah an-Nisa’ 4 : 58).
Berikut digariskan beberapa langkah atau panduan yang boleh dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang akan mengundi pada PRU 13, antaranya :
[1] Jadilah pengundi yang berilmu, berinformasi dan sentiasa up to date.
Mengundi harus dengan prinsip, asas dan dasar yang jelas. Bukannya dengan ikut-ikutan, suka-suka atau main-mainan. Bertindak, membuat keputusan dan memangkah calon pilihan nanti adalah berasaskan ilmu, bukan kejahilan.
Lantaran itu, setiap pengundi harus punyai ilmu. Ilmu yang akan membawa kepada “pencernaan” pengetahuan dan maklumat-maklumat yang akan menggerakan minda, hati dan nurani kita untuk menentukan siapakah yang bakal dipilih dalam kotak kertas undi nanti.
Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Maklumat terlalu banyak sama ada di dunia online mahupun online. Justeru, kebijaksanaan harus menjadi pokok utama dalam menapis, menganalisis dan membuat kesimpulan untuk mendapatkan maklumat yang sahih, benar dan diyakini.
[2] Perlu ada homework atau assignment PRU 13
Kita perlu membuat sedikit homework dan assignment terutamanya dalam mengkaji, membuat analisis, pemerhatian dan penelitian terhadap beberapa perkara. Antaranya : kajian latarbelakang calon yang akan bertanding, manifesto calon dan parti yang diwakilinya, agenda utama yang akan diangkat, keistimewaan yang tertonjol, dan lain-lain yang relevan.
Amat malang sekiranya, pada hari kita membuang undi – kita sendiri tidak tahu siapa yang bertanding, parti mana yang diwakili oleh calon dan tidak ambil kisah benar-benar merugikan kita sebagai individu yang amat “berkuasa” pada PRU 13!
[3] Penelitian terhadap calon bertanding dengan usaha, doa dan tawakkal!
Kita boleh mencari maklumat tentang calon bertanding dari pelbagai sumber yang ada. Lihat aspek-aspek berikut : Latarbelakang pendidikan, pengalaman dan kehidupannya. Rekod jenayah, akhlak, sahsiah, hubungan dengan manusia dan khidmat sosialnya dengan masyarakat. Amati semua perkara agar kita benar-benar kenal, tahu dan mendapat gambaran secara umum tentang kesemua calon yang bertanding.
Selain itu, boleh diusahakan untuk menghadiri ceramah, sesi penerangan calon dan mendekati mereka untuk mengenali lebih dekat. Kita boleh dengar sendiri idea-idea yang diutarakan, hujjah-hujjah dan pandangan mereka untuk dibuat penilaian. Dari sini, kita akan lihat sama ada, calon ini punyai gagasan yang jelas atau omong-omongan kosong yang hanya dihiasi cercaan atau makian!
Kemudian, buat keputusan! – Berdoa mohon petunjuk, bertawakall kepada Allah SWT dan terus memangkah calon pilihan di hati pada hari mengundi nanti!
[4] Wujudkan meja bulat, perbincangan dan brainstorming sesama ahli keluarga dan komuniti terdekat.
Bagi menghidupkan suasana politik yang sihat dan matang dalam kehidupan kita, disarankan agar adakan perbincangan dan meja bulat dikalangan ahli keluarga, sahabat handai dan komuniti masyarakat yang hampir dengan kita untuk mencernakan pelbagai input, pandangan dan buah fikiran masing-masing.
Suasana kondusif sebegini amat penting dalam mencerdik pandaikan masyarakat kita tentang politik dan akan menggerakan nadi masyarakat yang celik politik berasaskan ilmu, hujjah dan fakta. Sentimen perasaan yang berlebihan, penuh emosi dan budaya politik lapok harus disingkirkan agar budaya politik yang baru, sihat dan matang mampu disuburkan terutamanya dikalangan ahli keluarga kita.
[5] Elak provokasi, fitnah dan politik sempit.
Masyarakat yang bijak dan harmoni sangat cintakan suasana yang aman damai dalam segala aspek kehidupan mereka termasuk hubungan jiran tetangga sehingga kepada isu politik. Amat jelek dan malang sekali apabila kerana dek berlainan fahaman politik kita bermasam muka, tidak bertegur sapa dan bertindak di luar batas kemanusiaan.
Sama-sama kita gerakan secara profesional, matang dan penuh bergaya dalam berpolitik. Elakkan sebarang provokasi, cacian, makian dan buruk- memburuk sesiapa sahaja terutama penyokong dan calon yang akan bertanding. Sama-sama kita letakan iman di hadapan mengatasi perkara-perkara lain.
Penutup : Menuju Malaysia Yang Sejahtera
Harapan kita adalah negara yang tercinta ini akan terus aman makmur lagi sejahtera dan rakyatnya hidup dalam suasana penuh keharmonian lagi barakah. Bagi menjayakan harapan dan hasrat ini, kita punyai peranan yang besar dalam menentukan siapakah yang bakal menerajui pusat pentadbiran Malaysia – Putrajaya.
Sebagai pengundi yang berwibawa – saya, anda dan kita semua mempunyai amanah, dan tanggungjawab yang harus dipikul. Dan, sama-sama kita laksanakannya dengan penuh kewibawaan yang tinggi, keikhlasan dan kejujuran pada hari mengundi nanti.
Undi Anda Amat Berharga!
April 8, 2013
Motivasi : Nota Tarbiyah – Catalyst Proses Tarbiyah
Lukisan Nurani Pada Hati. Sebarkan Nota-nota Kebaikan Seluasnya!
Picture By Zastavki.Com
—–
“ Sebaik-baik permintaan (doa) yang seharusnya kamu pohon dan minta daripada Allah SWT adalah kemampuan dan kekuatan melaksanakan apa sahaja yang Allah SWT perintahkan kepada kamu.”
Sheikh Ibnu Atai’llah Al-Iskandary
Suasana hari itu tenang sahaja. Sambil memerhati teman-teman bersandar dan berehat menghirup udara pagi yang mendamaikan.
“ Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memilih saya untuk berada dalam proses didikan ini,” Bicara bermula.
“ Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kepada Allah SWT lah selayaknya pujian ini,” Kata seorang sahabat yang duduk bertentangan.
“ MasyaAllah, hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT telah membuka jalan yang lurus dan benar ini buat saya. Jika dibandingkan saya dahulu dan sekarang, masyaAllah jauh bezanya. Terima kasih abang kerana sudi membimbing dan bersabar dengan karenah saya dulu. Kesian pula apabila terkenangkan peringkat awal dulu bagaimana abang mula mendekati dan mendidik saya. Lucu pun ada,” Katanya sambil tersengih-sengih.
“ Alhamdulillah, akhi. Ana tidak ada apa-apa pun. Kerdil sahaja dan itu pun tanggungjawab ana. Cumanya, ana ingin kongsi-kongsikan dengan anta beberapa perkara. Menurut Ibnu Jauzy, apabila kita memilih jalan keimanan ini bermakna kita memilih ujian-ujian dan kesusahan. Jadi, akan terbentang pelbagai dugaan dan cabaran di hadapan anta kelak,”Kata sahabatnya itu dengan lemah lembut.
“ Terima kasih, abang kerana sentiasa memberikan titipan nasihat kepada saya. Tidak jemu-jemu pula tu,” Sambungnya lagi.
“ Alhamdulillah, kekuatan daripada Allah SWT. Dialah yang mendorong dan memberikan suatu perasaan dan kesedaran untuk kita saling lengkap-melengkapi. Akhi, pagi ini ana nak sharing-sharing dengan anta tentang satu perkara yang terpenting dalam proses tarbiyah. Sangat penting. Tidak boleh abaikan perkara ini,” Kata sahabat karibnya itu.
“ Apa dia, abang?,” Soalnya kehairanan.
“ Tentang catalyst kepada proses tarbiyah,” Kata sahabatnya itu sambil memandang ke matanya.
“ Apa tu?,” Keningnya sedikit naik.
“ Catalyst tu maksudnya pemangkin. Dalam erti dan makna yang lain ialah pencepat kepada proses tarbiyah. Ada perkara-perkara yang akan membantu untuk kita “cepat” meningkat dalam proses tarbiyah ini. Ini berdasarkan nasihat-nasihat ulama muktabar dan pengalaman beberapa orang sahabat abang.” Kata sahabat sejatinya itu.
Err, maaf abang. Nak tanya satu perkara. Muktabar tu apa?,” Segan-segan dia bertanya.
“ Oh, afwan. Muktabar itu bermakna tersohor, terhormat atau terkenal. Ia adalah berasal daripada bahasa Arab. Jadi, ulama’ muktabar adalah ulama terhormat dengan keilmuan, akhlak dan kewarakan mereka,” Jelas sahabatnya itu.
“ OOoo.. lama dah saya dengar istilah muktabar, tetapi buat-buat tahu. Tetapi sebenarnya tidak tahu. Malu bertanya.” Katanya tersipu-sipu malu.
“ Dalam, tarbiyah ini jika kita tidak jelas dan tidak faham – segeralah bertanya tanpa bertangguh. Bertanya itu bukan suatu keaiban. Malah, ia adalah jalan untuk kita lebih cepat memahami,” Ulas sahabatnya itu dengan merendah diri.
“ Terima kasih, abang,” Katanya lagi.
“ Begini, antara pemangkin atau pencepat kepada proses tarbiyah kita ada beberapa perkara. Hal ini jika kita ambil dengan serius, hadam dan terus laksanakan insyaAllah – akan tinggalkan kesan yang besar kepada proses peningkatan kita,” Kata “murabbi” nya itu.
“ Apakah perkara itu,” Tanya dengan semangat untuk tahu.
Mansyurat Kenangan
Lalu, sahabatnya itu memberikan secebis kertas yang di dalam terdapat tulisan tangan yang kemas, cantik dan tersusun rapi.
——————————————————————————
Catalyst - Pemangkin & Pencepat Proses Tarbiyah
Pertama, kehadiran jiwa, hati dan diri kita dalam setiap program yang kita libatkan diri.
Kedua, tumpuan, fokus dan ulangkaji (semak) bahan-bahan dalam halaqah, tazkirah, liqo’ dan ijtima’ yang kita lalui.
Ketiga, concertation dalam solat. ( Khusyuk dan fokus dalam ibadah solat).
Keempat, bekerja memimpin satu persatu individu melaluidakwah fardiah (DF).
Kelima, terus-menerus melakukan mua’lajah al-uyub. ( Merawat Keaiban)
“ Tarbiyah Fi Aidikum, Fi Aidikum Faqad”
—————————————————————————————————
” Cantiknya tulisan kertas ini, abang buat ka?,” Ujarnya sedikit teruja.
Sahabatnya itu tersenyum.
“ Nanti tolong huraikan point-point ini dalam pertemuan minggu kita. Banyak perkara yang saya kurang jelas dan kalau boleh saya nak tanya banyak soal. Bolehkan abang?,” Mintanya sambil memegang cebisan kertas itu.
“ InsyaAllah, boleh. Kita sama-sama kongsikan nanti.” Sahabatnya itu mengangguk-angguk. Ternyata dia sangat senang dan tenang dengan ukhuwah ini.
Kehidupan: Keimanan yang tidak beroperasi.
Picture by UmarMita of LangitIlahi
Apakah petanda keimanan yang tidak beroperasi?
Ada beberapa.
Mengapa penting untuk kita mengetahuinya?
Untuk mengukur diri kita. Untuk melihat ‘keadaan sebenar’ kita. Untuk memerhatikan apakah yang patut kita lakukan pada diri kita.
Sekiranya tidak mahu ambil pusing?
Terpulang. Tetapi selagi saya masih hidup, saya akan berusaha membangkitkan hal-hal ini buat peringatan diri dan orang lain bersama. Keimanan yang tidak beroperasi hanya akan melahirkan peribadi yang tidak berkualiti, hilang ‘kekuatan sebenar’ dan mudah tersungkur ke dalam kegelapan.
Dan hari ini, keimanan yang tidak beroperasi itu tidak semata-mata disebabkan oleh diri sendiri yang tidak ambil peduli. Zaman ini, ada musuh yang berusaha untuk mematikan operasi keimanan dalam diri mukmin, dan mereka juga berusaha menambah ketidak pedulian muslim terhadap keimanan mereka.
Tidak membuahkan amal
Satu petanda bahawa keimanan kita tidak beroperasi adalah, kita tidak mampu melakukan amal kebaikan. Kita merasakan bahawa, keluar dari kesenangan dunia adalah satu kepayahan, menyebabkan kita merasa tidak perlu kepada amalan tambahan.
Akhirnya kita duduk di atas dunia ini, tanpa melakukan kerja-kerja kebaikan. Baik buat diri sendiri, mahupun buat masyarakat.
Tolakan keimanan adalah apa yang diperlukan, kerana melakukan amalan bermakna akan berlakunya pengorbanan masa, kemungkinan juga melibatkan pengorbanan harta, bahkan ada yang beramal hingga mengorbankan nyawa(Jihad fi sabilillah).
Hal ini kerana, keimanan adalah keyakinan bahawa semua pengorbanan itu ada ganjarannya. Semua amalan itu ada kebaikannya. Kehilangan keimanan ini, menyebabkan kita tidak lagi ‘bernafsu’ dalam melaksanakan perkara-perkara kebaikan. Kita akan rasa berat, kita akan rasa lemah. Lebih buruk, kita rasa semua itu membazir masa kita.
Keimanan tidak akan terus lenyap begitu sahaja. Kita akan melihat ‘penurunan’nya terlebih dahulu. Kita sepatutnya peka dan sensitif di dalam hal ini. Mungkin dahulu kita jenis membaca Al-Quran sehari sepuluh muka surat, tetapi sekarang membaca Al-Quran sehari semuka pun sukar. Dahulu kita selalu ke masjid, sekarang tidak lagi. Dahulu kita selalu bangun Subuh tepat waktu, sekarang tidak lagi.
Perkara-perkara ini, adalah petanda bahawa keimanan kita mengalami ‘penurunan’.
Kata-kata Tabi’in yang popular berbunyi begini: “Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal.”
Mukmin yang memahami kepentingan iman, dan mengetahui betapa iman adalah ‘sumber tenaga’nya untuk terus menjadi hamba Allah SWT, akan peka dan sensitif akan hal ini. Melihat ‘penurunan’, maka dia akan segera berusaha muhasabah diri dan menolak diri untuk naik semula.
Tidak rasa benci dengan dosa
Antara lain petanda bahawa keimanan sudah mula tidak beroperasi adalah, hilangnya perasaan benci kepada dosa. Orang-orang yang beriman, akan melihat bahawa keredhaan Allah adalah utama. Maka, dosa adalah musuh mereka yang pertama.
Namun, apabila diri sudah merasakan ‘biasa’ dengan dosa, melihat kemungkaran itu sebagai ‘adat’, merasakan bahawa maksiat itu adalah ‘tidak mengapa’, menganggap mengambil sistem selain sistem Allah itu adalah ‘normal, modenisasi’ dan sebagainya, maka itu adalah tanda bahawa keimanan kita ‘mengalami penurunan’ dan mula tidak beroperasi.
Apabila iman tidak beroperasi, kita tidak akan merasakan bahawa mungkar itu perkara besar. Normalnya, orang beriman akan melihat bahawa hubungannya dengan Allah adalah perkara yang besar. Maka, apa-apa yang memutuskan hubungannya kepada Allah, adalah besar juga untuk diperhatikan buat dielak.
Tetapi apabila kebencian terhadap dosa itu hilang, nyatalah bahawa kita tidak lagi menganggap bahawa hubungan kita dengan Allah adalah penting. Atau dalam erti kata lain, keimanan kita tidak mampu lagi memproses bahawa dosa adalah berlawanan dengan apa yang Allah SWT redhai.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulallah SAW bersabda: “Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman”. Hadith Sohih Riwayat Bukhari.
Hadith jelas menyatakan bahawa, keimanan itu tidak wujud di kala wujudnya dosa. Maka, bagaimanakah pula yang menganggap dosa adalah perkara ‘normal’?
Bila keimanan tidak beroperasi
Tidak mampu melakukan amal kebaikan, dan tidak pula mampu menentang keburukan, maka apakah lagi yang ada di tangan kita?
Tiada apa-apa. Di sinilah jahiliyyah akan merayap dan melilit ummah, di kala kita semua terbelenggu kerana tidak beroperasinya keimanan. Akhirnya, hanya kekalahan yang menanti, hanya kemusnahan yang menunggu, hanya kehancuran yang ada di penghujung.
Itu bahananya apabila keimanan kita tidak lagi beroperasi.
Deria orang beriman, adalah keimanannya. Keimanan, adalah deria utama untuk mengesan kebaikan dan keburukan, deria utama untuk menggerakkan segala pancaindera tunduk dan taat kepada Allah SWT. Tidak beroperasinya keimanan, bermakna lumpuhlah seorang mukmin.
Lebih dasyat lagi, ia memberikan kekalahan abadi kepada kita di neraka nanti.
Penutup: Apa khabar iman?
Dahulu, saya ada ramai senior yang akan memulakan pertanyaan khabar dengan berkata: “Apa khabar iman?” Dan sehingga hari ini, saya masih teringat senyuman mereka di kala bertanyakan hal itu.
Terasa hidup dengan soalan yang automatik membuatkan diri bermuhasabah dan bergerak untuk meningkatkan keimanan.
Maka di sini saya ingin bertanya.
“Apa khabar iman kita?”
Dan kita jawablah dengan amalan.
April 6, 2013
Liars Who Say “Time Is Life”
“Liars”
Picture by ~ShadoW-57 of deviantart.com
Liars Who Say “Time Is Life”
by Ameen Misran
I’m sick, deadly sick,
why am I sick?
Because I’m surrounded with people who stink.
***
Do they stench like a skunk?
No. Worse than that,
they are merely a pile of junk.
***
Why do I detest people around me?
Because their words make me unhappy,
sad, and in the same time angry.
***
I hate the words they speak,
the actions they make,
everything about them are totally fake!
***
They like to say “Time is life” continuously,
sweet to be heard as if they are taking their words seriously,
but from their actions they are saying “Time is a lie” intentionally.
***
As a result the “Time is life,” I try not to hear,
to those who say this don’t come near,
or I’m gonna smack you right in the ear.
***
What is wrong with this notion?
I know that Imam Hassan Al-Banna (HAB) said this quotation,
so why do I hate so much without any hesitation?
***
Because the people who say this are LIARS,
LIARS who act as if they are pious,
but they are imposters who work righteous.
***
Imam HAB is not a liar to begin with,
he is a great man and not living in a myth,
not like other people who misused this gift.
***
Do not mess with time,
when you say something, do it in time,
make yourself rhyme with the rhythm of time.
***
Make sure that you are not a liar,
if you are one, ALLAH will make you suffer,
and grievously, HIS punishment is bitter.
Motivasi : Impak Tarbiyah – Terkesankah Kita?
Sejauh manakah keimanan telah menyentuh hati-hati kita?
Sebanyak manakah penyerahan kita kepada tarbiyah?
Soalnya kita.
“ Kenapa abang selalu sebut dan ulang-ulang tentang tarbiyah,” Soal seorang adik.
“ Tarbiyah.”
Ya. Acap benar saya mengulang-ulangnya, terutama sewaktu mula-mula merasai kemanisan melalui proses tarbiyah. Dulu, kini dan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
Saya tidak pasti bilakah kali pertama saya mendengar kalimah tarbiyah ini. Sedar-sedar, saya sudah biasa dan terlalu biasa dengan kalimah tarbiyah. Namun, kesan dan impak tarbiyah bukan kerana kalimah, perkataan atau apa-apa ungkapan luar biasa tentangnya.
Tetapi, tarbiyah yang dilalui dengan kefahaman, kesedaran, keyakinan dan terpenting – berusaha untuk istiqamah. Tarbiyah dihubungkaitkan dengan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Tarbiyah yang terus-menerus disuburkan dengan sejarah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat yang akhirnya melahirkan suatu generasi yang menampilkan keperibadian-keperibadian yang luar biasa hebat untuk diikuti oleh ummat terkemudian.
Sentuhan Tarbiyah Insan Mulia
Rasulullah SAW mendidik para sahabat RA untuk menjadikan pendokong kepada perjuangan baginda, bukan sebagai penyokong semata-mata. Baginda berusaha keras membina ummah, bukannya membangunkan falsafah. Rasulullah SAW berjaya melalui liku-liku perjuangan yang panjang mengeluarkan kegelapan jahiliyah yang pekat kepada cahaya Islam yang memberikan harapan.
Semuanya melalui satu asas – tarbiyah! Proses mengubah manusia melalui satu fokus, tumpuan dan sasaran yang utama iaitu hati. Itulah matlamat kepada proses tarbiyah. Mengisi hati manusia dengan keimanan, ketaqwaan dan kepercayaan hanya kepada Allah SWT. Penyemaian aqidah tauhid dalam jiwa dengan mengosongkan segala karat-karat jahiliyah, kekotoran hati akibat dosa-dosa, noda-noda dan maksiat dan mengikisnya secara menyeluruh tanpa satu pun terkecuali.
Impak tarbiyah selama 13 tahun pada peringkat awal zaman kebangkitan Rasulullah SAW melahirkan generasi awal yang sangat-sangat tulen, asli dan pure keIslaman dan penyerahan mereka kepada Islam. Akhirnya, lahirlah generasi yang bersegera apabila dipinta untuk berjuang, beramal dan berjihad.
Apabila Islam berhajatkan kepada tenaga, harta dan masa – mereka serahkan tanpa banyak bicara. Apabila Islam menuntut pengorbanan nyawa untuk berjihad, mereka terus menyahut tanpa berkira. Apabila Islam memerlukan para mujahid dan perajurit untuk turun ke medan perjuangan, mereka berlumba-lumba menawarkan diri tanpa berfikir panjang.
Generasi Yang Unik
Inilah generasi yang menjalani Islam secara praktikal dan amali. Generasi contoh, penuh qudwah dan melahirkan keperibadian contoh buat ummah keterkemudian. Rasulullah SAW tidak hanya mengemukakan teori semata-mata, tetapi ia dilaksanakan secara membumi dalam kehidupan baginda dan para sahabat seperjuangan turun membentangkan keyakinan mereka sehingga mencabar kepercayaan, pemikiran dan gaya hidup masyarakat Jahiliyah.
Mereka keluar dengan aqidah yang benar – bergaul dengan masyarakat dengan wajah-wajah keimanan dan mewarnai kehidupan mereka sesama masyarakat dengan sahsiah Islam yang luhur, bersih dan memikat. Inilah mereka, sehingga tindakan, perjuangan dan pengorbanan mereka ditentang dengan sehebat-hebat tentang oleh masyarakat Jahiliyah.
Sahabat-sahabat budiman,
Itu mereka. Mereka yang telah membuktikan keimanan mereka.
Itu mereka. Mereka yang membenarkan kepercayaan dan keyakinan mereka.
Itu mereka. Mereka yang mempertahankan kebenaran dengan pengorbanan yang tinggi.
Itu mereka. Mereka yang berusaha menyebarkan Islam dengan penuh kesukaran.
Itu mereka. Mereka yang melakarkan makna perjuangan dengan darah serta nyawa.
Itu mereka. Mereka yang bertemu dengan Rabb dengan senyuman sebagai Syuhada’.
Namun, kita.
Allah!
Allah! Allah! Allah!
—–
Kita dan mereka – sangat jauh jurangnya!
Mereka berjuang di medan juang, penuh dengan darah
Kita “berperang” di alam maya, kalah dengan amarah
Mereka tertonjol dengan melakar sejarah
Kita terbuai dengan nostalgia yang indah