Hilal Asyraf's Blog, page 115
March 31, 2013
Poster : Jaga Pandangan Anda!
“Orang-orang mukmin itu, mereka menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang merosakkan hati dan akalnya.”
“Rahsia untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat, adalah dengan menjaga pandangan di luar solat.”
March 30, 2013
Kehidupan: Rasulullah SAW – Kala Baginda Bergurau.
Gambar oleh UmarMita of LangitIlahi
1hb April semakin mendekati.
Hari yang popular sebagai hari lawak jenaka. Digelar April Fool. Biasanya lawak jenakanya berasaskan pembohongan, hingga membuatkan orang lain gempar, kemudian dijeritkan – APRIL FOOOL!
Itu adalah budaya. Hingga di Malaysia pun, ada yang terikut-ikut dengannya. Apabila ada yang menegur, dibalasnya dengan berkata: “Ala, bergurau je pun. Takkan tak boleh?”
Bergurau hakikatnya boleh di dalam Islam. Hal ini kerana, Rasulullah SAW juga bergurau. Namun, orang yang beriman dengan Allah SWT, tidak akan sesekali sama dengan orang yang tidak beriman dengan Allah SWT.
Maka sebagai ummat kepada Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW adalah qudwah kepada urusan kehidupan kita, hendaklah kita melihat bagaimana Rasulullah SAW bergurau bersama manusia di sekeliling baginda. Apakah sama dengan agenda April Fool yang dibiasakan ke atas masyarakat kita?
Gurauan-gurauan Rasulullah SAW
Berikut merupakan gurauan-gurauan Rasulullah SAW:
Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW pernah berkata kepadanya yang maksudnya: “Wahai pemilik dua telinga.” Hadith Riwayat Tirmidzi dan Abu Dawud. Rasulullah memanggil Anas begitu kerana Anas merupakan seorang pendengar yang baik. Ketika itu Rasulullah SAW sedang bergurau dengan Anas.
Anas bin Malik berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW bergaul rapat dengan kami, sehingga Baginda pernah berkata kepada adikku yang masih kecil dengan berkata: Wahai Abu `Umair, apakah yang sedang dilakukan oleh nughair (sejenis burung yang berparuh merah)?” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi.
Abu Hurairah RA berkata yang maksudnya, “Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu bergurau dengan kami? Rasulullah SAW menjawab: Aku tidak pernah berkata perihal yang tidak benar.” Hadith riwayat Tirmidzi.
Anas bin Malik berkata yang maksudnya: “Ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW supaya dibawa menaiki tunggangan. Rasulullah SAW berkata kepada lelaki itu, Aku akan beri kamu menunggang anak unta betina. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, apakah yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina? Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW, bukankah semua unta adalah anak kepada unta betina?” Hadith Riwayat Tirmidzi dan Abu Dawud.
Anas bin Malik melaporkan yang maksudnya:
Ada seorang lelaki dari kampung yang bernama Zahiran. Pada suatu hari, beliau datang menemui Rasulullah SAW dan membawa hadiah dari kampungnya. Apabila beliau pulang, Rasulullah SAW memberikan kepadanya bekalan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Zahiran adalah kampung untuk kita dan kita adalah kota untuknya.”
Rasulullah SAW sangat suka kepada Zahiran walaupun Zahiran itu tidak mempunyai wajah yang menarik. Pada suatu hari, Rasulullah SAW pergi bertemu dengan Zahiran ketika beliau sedang menjalankan perniagaannya. Tiba-tiba, Rasulullah SAW memeluk Zahiran dari belakang. Zahiran tidak dapat melihat siapakah orang yang memeluknya dari belakang itu. Beliau berkata, “Siapakah ini? Lepaskanlah aku!”
Beliau lalu menoleh dan mengetahui rupa-rupanya Rasulullah SAW yang berada di belakangnya. Tanpa membuang masa, Zahiran merapatkan lagi badannya dengan dada Rasulullah SAW bagi meraih keberkatan.
Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” Zahiran membalas, “Wahai Rasulullah, demi Allah, saya ini tidak laku.” Jawab Rasulullah SAW: “Tetapi di sisi Allah, kamu bukan tidak laku.” Atau “Tetapi di sisi ALLAH, kamu sangat berharga.” Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.
Hasan al-Basri berkata yang maksudnya: “Seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada Allah agar aku dapat masuk ke Syurga. Rasulullah SAW menjawab: Wahai ibu, Syurga itu tidak dihuni oleh orang tua. Mendengar jawapan Rasulullah SAW, wanita itu pergi dari situ sambil menangis teresak-esak. Rasulullah SAW kemudian bersabda: Beritahu kepada wanita tua itu, dia tidak akan masuk ke Syurga dengan keadaan usia tua. Sesungguhnya ALLAH Ta`ala berfirman: Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya [Surah Al-Waqi’ah ayat 35-37]” Hadith Riwayat Tirmidzi.
Gurauan Yang Bukan Sebuah Pembohongan
Mengikuti hadith riwayat At-Tirmidzi:
Abu Hurairah RA berkata yang maksudnya, “Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu bergurau dengan kami? Rasulullah SAW menjawab: Aku tidak pernah berkata perihal yang tidak benar.” Hadith riwayat Tirmidzi.
Jelas kepada kita bahawa jenaka Rasulullah SAW bukanlah sebuah jenaka yang bohong. Semuanya adalah kebenaran. Rasulullah SAW tidak melarang jenaka, namun dalam berjenaka juga ada akhlaknya.
Antara larangan dalam bergurau juga adalah menakut-nakutkan. Rasulullah SAW bersabda:
Nu’man bin Basyir RA berkata: “Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat.” Rasulullah SAW lantas bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” Hadith riwayat Thabrani.
Nabi SAW juga ada bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.” Hadith riwayat Ahmad.
Begitu sekali peraturan dalam bergurau di dalam Islam, dan apa yang dipersembahkan Rasulullah SAW.
Justeru, bagaimana pula gurauan kita?
Penutup: Mengambil Rasulullah SAW Sebagai Qudwah, Hatta Dalam Bergurau.
Rasulullah SAW terkenal sebagai manusia yang tidak bergelak tawa berdekah-dekah. Baginda tertawa tetapi tidak menampakkan gigi geraham baginda. Pendek kata, tawa baginda adalah dengan senyuman manisnya.
Melawak tidak salah. Tetapi menggunakan benda yang Allah larang dalam melawak, seperti menakut-nakutkan orang lain, berbohong, menganiaya(mengenakan orang), memperbodoh-bodohkan orang, menghina orang, dan sebagainya adalah apa yang membuatkan sebuah jenaka itu menjadi haram.
Maka marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah kita.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (pertemuan yang baik) Hari Akhirat…” Surah Al-Ahzab ayat 21.
Muhasabah jom.
March 29, 2013
Poster : Muhasabah Empat Perkara
March 28, 2013
Kehidupan: Dakwah Tu Kerja Ustaz Kan?

Photo by Umar Mita
Disebabkan saya banyak buat penyampaian yang Islamik, maka ramai yang assume saya ini lepasan sekolah agama. Maka izinkan saya untuk lay out education background saya di sini:
1997: Sek. Keb. Tobobon, Sabah
1998 – 2002: Sek. Keb. Jejawi, Perlis
2003 – 2005: Sek. Men. Keb. Syed Hassan, Perlis
2006 – 2007: MRSM Langkawi, Kedah
2008 – 2009: Taylor’s University College, Subang Jaya
2009 – sekarang: University of Toronto, Canada
Saya pernah hadiri Sek. Men. Keb. Agama Arau, Perlis pada tahun 2003 tetapi hanya selama sebulan kerana pada masa itu saya tidak dapat cope dengan silibus. Maka, saya berpindah ke SMK Syed Hassan.
In a way, saya bersyukur kerana tidak meneruskan pengajian saya di SMKA Arau dan berpindak ke SMK Syed Hassan. Kalau saya teruskan sahaja di SMKA Arau, maka saya akan jadi lepasan sekolah agama dan saya tak dapat la nak buat hujah saya kat sini kan?
Ala, siapalah aku nak bagi dakwah-dakwah ni kan?
Ketahuilah bahawa saya bukanlah lepasan sekolah agama, tetapi saya masih lakukan kerja Islamik yang saya lakukan sekarang. Seolah-olah Allah sudah plan untuk jadikan saya bukan lepasan sekolah agama supaya saya dapat sampaikan mesej ini kepada para pembaca. Ada sesetengah orang yang seakan-akan inferior dengan dirinya yang bukan lepasan sekolah agama lalu menganggap dirinya tidak layak untuk bercakap tentang Islam.
Say what?!
Mengapa rasa diri sendiri begitu kecil? Anda Muslim! Anda punyai Islam! Apakah itu tidak cukup sebagai motivasi untuk anda share Islam dengan orang ramai (secara berhikmah)?
Ramai yang mungkin kurang selesa apabila mendengar perkataan “dakwah” atau “daie”. Mungkin mereka merasakan istilah-istilah seperti ini terlalu “high class” bagi mereka. Mungkin mereka rasa begitu kerdil untuk digelar daie (penyampai dakwah).
Apsal dakwah ni menggerunkan sangat? Apa kebenda dakwah tu?
Apa itu dakwah?
Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Sheikh Kamal el-Mekki, dakwah itu bermaksud jemputan. Dalam konteks Islam, dakwah itu bermaksud jemputan kepada Islam. Apabila kita sebut “jemputan”, at least ada dua perkara yang kita dapat faham secara tidak langsung:
1. Jemputan diberikan secara lembut dan berhikmah. Bayangkan kalau ada orang yang jemput kita datang ke rumahnya dengan cara yang kasar. Siapa yang mahu terima jemputannya betul tak?
2. Selepas jemputan itu telah disampaikan, adalah menjadi hak orang yang dijemput untuk menerima atau menolak jemputan tersebut. Sesuatu jemputan itu tidak bersifat memaksa. Boleh ke saya jemput orang datang kenduri kahwin saya dengan cara memaksa? Masuk akal ke macam tu?
Begitulah, secara general, definisi dakwah dan kaedah dakwah. Untuk lebih jelas, telitilah kehidupan Rasulullah. Hidup Baginda dipenuhi dengan dakwah.
Sheikh el-Mekki menerangkan lagi konsep dakwah dengan memberikan analogi basuh pinggan. Dakwah ini umpama membasuh pinggan – pinggan jadi bersih, dan tangan kita pun bersih juga. Get it? Maknanya, dalam kita memberi dakwah kita bukan sahaja menolong orang yang menerima dakwah kita tapi kita juga menolong diri kita. Jangan kita ingat kita sudah immune kepada syaitan. Hati kita sakit juga from time to time. Jadi, kita pun kena ambil ubat dakwah juga.
Dalam kita mengingati orang lain, kita juga mengingati diri kita sendiri.
Baiklah.
Untuk kita erase “kegerunan” terhadap perkataan “dakwah” dan “daie” ni, saya akan gunakan istilah “jemputan” dan “penjemput”. Hakikatnya ialah, berdasarkan penjelasan di atas, sesiapa sahaja mampu untuk menjemput dan jadi penjemput. Bukan geng-geng sekolah agama sahaja.
Untuk jadi penjemput, kena sempurna dulu?
Tak masuk akal.
Kesempurnaan diri penjemput bukanlah salah satu syarat untuk kita menjemput orang kepada Islam. Besides, sama ada kita perfect atau tidak, it doesn’t matter because nobody is perfect, right?
Saya masih ingat lagi ketika saya di bangku sekolah rendah, saya punyai seorang rakan sekolah menengah yang merokok. Satu hari semasa saya duduk dengan dia, dia berkata kepada saya, “Jangan sesekali try merokok ni. Skali cuba, payah nak berhenti.” Saya masih ingat lagi keikhlasan yang dapat saya rasakan daripada cara dia bercakap dan daripada raut wajahnya. Walaupun dia sendiri merokok, walaupun dia sendiri tidak “perfect“, tetapi dia menasihati saya untuk menjauhi perbuatan buruk itu. Alhamdulillah, saya bertuah kerana tidak terjebak dalam amalan merokok. Saya fikir salah satu faktor mengapa saya tidak merokok ialah nasihat rakan saya itu. Semoga Allah merahmatinya. Ameen.
Jadi, meletakkan perfect sebagai salah satu syarat untuk menjemput adalah tidak realistik sama sekali.
Syarat untuk menjemput kepada Islam ialah kita tahu dan faham apa yang kita nak sampaikan. Sama ada kita tahu banyak atau sedikit, itu tidak penting. Yang penting ialah kita tahu dan faham. Tahu dan faham sedikit lebih baik daripada tahu banyak tapi tak faham.
Maka, sampaikanlah apa yang kita tahu dan faham.
Jika tidak tahu dan tidak faham, maka katakan sahaja, “Saya tidak tahu”. Tidak perlu malu untuk mengaku yang kita tidak tahu sesuatu. Hatta ulama-ulama besar pun tidak malu untuk berkata, “Saya tidak tahu”, jika mereka tiada jawapannya. Jangan sebab takut malu, kita mereka-reka jawapan sebab nak nampak “pandai”. Dengan mereka-reka jawapan, kita mungkin akan mempersendakan agama kita sendiri.
Hati-hati ok?
Setinggi mana akhirat kita?
Kalau tidak tahu dan tidak faham, maka katakan sahaja “Saya tidak tahu” and after that, belajarlah!
Mengapa kita sanggup belajar ilmu dunia setinggi PhD tapi apabila bercakap tentang ilmu akhirat, kita berpuas hati dengan Pendidikan Islam kelulusan SPM sahaja? Itu pun ada golongan yang belajar untuk lulus peperiksaan sahaja dan bukan untuk penghayatan.
Okay, kita break sekejap. Saya tak kata yang kita tak patut belajar ilmu dunia tinggi-tinggi sampai PhD. Saya tak kata yang kita kena tinggalkan dunia sepenuhnya dan hidup dalam masjid belajar agama 24 jam. Nope. Point saya simple sahaja – biar seimbang dunia akhirat kita. Kalau ilmu dunia kita nak tinggi, ilmu akhirat pun kita patut tinggikan juga. Baru otai!
Biarlah kecemerlangan dunia kita seiring dengan kecemerlangan akhirat.
Tapi, aku ni bukan lepasan sekolah agama. Kopiah pun tak pakai.
Mengapa kita kaitkan kerja-kerja menjemput hanya kepada lepasan sekolah agama? Bukannya sekolah yang membentuk diri kita, tetapi pilihan kita. Tidak saya nafikan bahawa sekolah ada memainkan peranannya dalam pembentukan diri, tetapi jika kita memilih untuk tidak membaiki diri maka sekolah terbaik di dunia pun tidak dapat membuat apa-apa. Ada yang lepasan sekolah agama tetapi dirinya tidak mencerminkan keagamaan yang ditimba di sekolahnya dahulu.
It depends on your choices. You choose.
Kopiah boleh beli. Murah je. Ilmu agama tu bukannya ada pada kopiah, tapi ada pada diri. Ilmu agama kena cari dan gali, jangan tunggu ia datang bergolek. Dan ilmu agama bukannya available di sekolah agama sahaja.
Jadi, usahlah melayan alasan-alasan seperti “siapa la aku ni nak cakap pasal Islam, aku bukan lepasan sekolah agama pun”. Masa yang kita gunakan untuk mereka dan melayan alasan-alasan sebegitu boleh digunakan untuk berubah dan belajar.
Tambahan pula, bagi saya tidak logik kalau kita gelar diri kita Muslim tetapi tidak boleh share Islam dengan orang ramai walaupun satu perkara kecil. Kita mesti tahu dan faham sedikit sebanyak tentang agama kita sendiri kan? Sedikit pun takpa!
Penulisan saya ini bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan sekolah agama (dan yang sewaktu dengannya). Saya respek sekolah agama. Tujuan saya ialah untuk membangkitkan semangat sesiapa di antara kita yang rasa dirinya begitu “tidak layak” dalam bab nak menjemput orang kepada Islam.
You have Islam. Don’t keep it to yourself.
March 27, 2013
Of the unseen, guitar solo and mixed feelings
What was the most creative, cute or heartbreaking act you’ve ever done to win a girl’s (or a guy’s) heart?
A bouquet of roses on her birthday? A romantic candle light dinner by the beach, under the moon? A surprise gift when she least expected it? A love song by her window, at midnight, soaked in the rain?
Well one thing I know for sure, that the list can go on and on, depending on how creative your right brain is, or maybe…how deep in love you think you are.
I remember visiting a friend sometime ago in his room. He was watching a video of himself when I stepped in, instantly noticing that he was caught in the act. He blushed a bit, but covered any trace of it with his manly gesture, a smile and a hand wave. Talk about face-keeping. Hehe.
I put up an honestly excited face and in a brotherly tone and a smile, asked,
“Tengok apa tu? Macam video kat Youtube je”, referring to the video, now clearly showing him playing a guitar solo while singing a song I’m not sure what the title is.
“Oh, ni video saya buat untuk awek saya”, he said, smiling back at me.
I stared at the video, maintained my smile and made no comment. What came rushing to my mind was an inquisitive feeling of how creative people can be when it comes to expressing love to the opposite gender. A moment later I wondered if people can be that creative when expressing love to his Creator. Hmm.
That friend of mine just got engaged to his girlfriend last week. I pray to Allah that his engagement would end with a blessed marriage.
Seeing the unseen
I sometimes ponder what actually binds two hearts into one in love. Is it the song you sing to another? Or the presents you share with one another? Or the magical love words you shower to each other?
I know that many would revert to something non-physical to explain the magical bond of love. Something mystical, intangible, unseen.
Most would probably associate the origin of love with the ‘chemistry’ one felt when being with another. Everything felt right when you are with that special someone. Every little thing falls right onto its place. Nothing could ever go wrong. Not a single thing. Just like a perfect couplet of hydrogen befriending a single oxygen, giving birth to water.
Many would maybe opt for the affection, or compassion one felt to another. Love is most of the time illogical, irrational and yes, nonsensical. Many are in love with someone whom they know are bad for themselves. It’s not surprising to hear about teenagers running away from home. Many chose to be with Lombok guys whom they just knew for a few months through SMS. Many also are willing to live with men who beat them up physically, yet chose to keep mum because ‘they still love their partners.’
Sigh.
My gut feeling tells me strongly that whatever that is unseen, is the business for the unseen.
Have I consulted with the unseen, whom I know is the owner of all these unseen matters? Hmm.
Just like my friend up there, I too have a sweet heart of my own. One that I pledge to marry, and begin our love story there, right after nikaah.
And I choose to let the unseen work His magic for me. For I know, that my roses won’t mean as much as my du’a. My love songs won’t mean as much as my solah. And my videos won’t be as heart melting as my tears in taubah.
I know she won’t mind not getting any videos of me singing some love songs. I bet so as long as she prays for me and knows too well that I’m doing the same too.
And when the time has come, when the unseen is then a ‘must see’, a guitar solo wouldn’t fare to my love orchestra, playing non-stop symphony of halal love day in and day out just for her.
Uh, but for now, let me just rehearse the orchestra in my du’a and zikr . . . can I?
…………………………….
Alif, Lam, Meem. This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah - Who believe in the unseen, establish prayer, and spend out of what We have provided for them... (2 : 1-3)
P.S. : Who said believing in the unseen is not cool? Huh? Huh?
Sisters : Islam Membebaskan Wanita Dari Penjara Kebodohan
~Picture by Sisfaeez of LangitIlahi
Wanita adalah isu zaman-berzaman yang sering diperkatakan. Tidak berlalu zaman melainkan kisah wanita akan sentiasa menjadi bahan perbincangan.
Di dalam Al-Quran saja, Allah sudah melakarkan beberapa kisah wanita bermula dari zaman Nabi Adam lagi sehinggalah zaman Nabi Muhammad s.a.w. Selain memberikan pengajaran kepada ummat terhadap wanita-wanita di dalam ummat terdahulu, ia juga membuktikan bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap urusan wanita.
Hawa di zaman Adam a.s.
Seorang wanita di sisi Firaun yang disebut namanya di dalam beberapa riwayat sebagai Asiah.
Satu-satunya pemerintah wanita yang disebut di dalam Al-Quran iaitu Ratu Saba’.
Isteri kepada Nabi Lut dan Nabi Nuh yang dirakamkan kisah mereka dalam surah At-Tahrim.
Maryam yang memang namanya telah termaktub dalam surah Maryam.
Kisah Hadithul Ifk, peristiwa fitnah yang menimpa isteri Nabi, Aisyah r.anha.
Wanita di sisi Abu Lahab yang dirakamkan kisahnya sebagai perempuan jahat.
Zaman-berzaman. Wanita tidak pernah ditinggalkan perbincangan tentangnya sehingga telah direkodkan satu surah khas berkaitan dengan wanita, iaitu ‘An-Nisa’.
Betapa Islam sangat mementingkan hak wanita. Islamlah yang telah mengeluarkan dan membebaskan wanita daripada penjara perhambaan dan kebodohan masyarakat yang telah menjadikan wanita sebagai barang dagangan dan hamba seks yang sangat hina nilainya.
Tetapi hari ini, ternyata kebodohan itu telah mengikat dan menarik semula wanita ke lembah kehinaan. Ia datang dalam bentuk dan nama yang berbeza, nampak seakan-akan itu adalah satu kemajuan dan kemodenan, tetapi ia hanyalah sebuah kerosakan dan penghinaan ke atas maruah wanita. Kadangkala, ada pula wanita yang merelakan dan mengizinkan kerosakan ini, bahkan menggalakkannya pula.
Wanita yang baik akan melahirkan dan membentuk ummat yang baik. Tetapi wanita yang rosak dan buruk peribadinya, maka lahirlah ummat yang rosak juga.
Wanita, Pelaris Produk-produk Media?
Hari ini, berapa banyak filem, movie, lagu-lagu, dan iklan-iklan televisyen yang menggunakan wanita sebagai alat. Alat untuk melariskan produk-produk media.
Kadangkala, kita lihat, movie dan filem tidaklah begitu menarik dan mempunyai mesej yang baik pun, tetapi kerana wanita dijadikan sebagai alat, ditambah lagi dengan adegan-adegan tidak baik yang mendedahkan aurat, seksi dan babak berdua-duaan lelaki wanita, maka ia jadi laku juga di pasaran.
Begitu jugalah lagu-lagu. Ada lagu yang entah apa-apa saja mesej yang ingin disampaikan, tetapi kerana ada tarian wanita di dalam video lagu itu, wanita yang berpakaian menyeksakan, maka rating video tak best pun jadi tinggi.
Iklan kalau tidak menggunakan wanita, tidak sah. Iklan mempromosikan syampu, sabun, kereta dan lain-lain.
Saya tidak dapat faham, kenapa mesti setiap kali jualan atau promosi kereta baru diadakan, wanita berpakaian ‘seksa’ ini dijadikan sebagai alat hiasan di tepi-tepi kereta itu. Kesannya, lihatlah apa komen-komen orang. Berapa ramai yang fokus pada kereta di tengah dan berapa ramai pula yang lebih fokus kepada wanita yang dijadikan sebagai model kereta itu kononnya?
Begitulah rosaknya sistem yang ada pada hari ini. Mempergunakan wanita sebagai alat untuk melariskan produk jualan mereka dan produk media.
Tidak kurang juga ada wanita yang merelakan dirinya terjebak dalam kerosakan ini.
Eksploitasi maruah wanita dalam sistem hari ini tidak ubah seperti apa yang pernah dilakukan oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam dahulu, tetapi ia hanya berubah bentuk sahaja, bahkan lebih teruk lagi.
Kalau dahulu hanya ada padang pasir dan unta, hari ini telah ada kereta, TV dan internet.
Kalau dahulu wanita diperdagangkan dan senang sekali ditukar-tukar umpama pakaian, hari ini bentuk itu wujud juga melalui salah satu cara dengan promosi tubuhnya di iklan-iklan, video-video, drama dan filem dengan skrip yang memualkan.
Promosi rosak begini kadangkala telah menjebakkan juga wanita-wanita yang lain untuk turut mencontohi apa yang telah dipromosikan kepada mereka. Seakan-akan apa yang ditunjukkan melalui kaca mata televisyen itu melalui drama-drama yang dianggap sweet dan romantik, melalui iklan-iklan yang dianggap cantik dan jelita, seakan-akan semua itu adalah baik. Seakan-akan perempuan yang menari-nari di atas pentas, yang memperagakan gerak tubuhnya dengan pakaian yang serba tidak cukup kainnya itu, seakan-akan itu adalah sesuatu yang baik.
Inilah kerosakan dan penghinaan ke atas maruah wanita. Maruah mereka telah diikat dan dipenjarakan semula sebagai hamba seks yang tidak sedikit berbeza sebagaimana zaman jahiliah dulu.
Nampak seperti bebas, tetapi hakikatnya itu adalah penjara kehinaan yang memalukan dan menjatuhkan kedudukan mereka sebagai wanita.
Isu Pendidikan : Malala, Wakil Ribuan Wanita Yang Menderita
Barangkali kalau itu nampak terlalu bebas, ada pula yang nampak terlalu menyekat dan tertutup.
Di Pakistan beberapa bulan yang lepas, heboh seorang perempuan bernama Malala yang telah ditembak di kepalanya hanya kerana ingin mendapatkan hak pendidikan untuk dirinya. Yang menembaknya adalah orang Islam juga. Masalah ini tidak hanya bermula sejak itu saja, ia telah bermula sejak sekian lama lagi terutama di bumi Arab, bumi yang subur dengan orang-orang Islam.
Inilah kekeliruan yang telah melanda ummat. Atas nama Islam, wanita disekat dari belajar dan mendapatkan hak pendidikan di bawah kekuasaan seorang bernama lelaki. Sedangkan Rasul s.a.w. sendiri, seorang lelaki mendidik para wanita di zamannya, bahkan isterinya sendiri, Aisyah r.anha. adalah seorang tokoh ilmuwan wanita yang sering menjadi rujukan para sahabat besar Nabi.
Tetapi sesetengah lelaki hari ini memenjarakan isterinya, anak-anak wanitanya di bawah kekuasaannya. Yang lebih memeritkan adalah bilamana lelaki tidak membenarkan langsung isterinya atau anak-anak perempuannya untuk mendapatkan pendidikan yang baik untuk diri mereka.
Bagaimana mungkin wanita dapat melahirkan generasi yang lebih baik sekiranya mereka tidak ada pendidikan yang baik?
Ada satu kata-kata menyebut :
“Bila kamu mendidik lelaki, kamu hanya mendidik seorang individu, tetapi bila kamu mendidik wanita, kamu mendidik dan membebaskan ummat.”
Generasi tidak akan berubah dan menjadi semakin baik sekiranya ibu yang melahirkannya tidak mempunyai pendidikan yang baik. Sebab itu, selain dari usaha wanita itu sendiri, para lelaki juga tidak sepatutnya memenjarakan hak wanita dalam mendapatkan hak pendidikan untuk diri mereka.
Rasul s.a.w. sendiri bahkan pernah menyediakan masa khusus dengan wanita semata-mata untuk memberi ruang mereka belajar dan menuntut ilmu. Tetapi, segelintir umat Islam hari ini, hanya mahu memenjarakan pergerakan dan pemikiran wanita di bawah kekuasaan mereka. Dengan menghalang wanita daripada menerima pendidikan, disangka akan lebih mudah lagi kerja-kerja mereka untuk mengawal wanita.
Tetapi hakikatnya, kebodohanlah yang telah membuatkan keadaan generasi ummat ini menjadi semakin parah. Wanita sepatutnya diberikan ruang untuk belajar dalam masa yang sama adab dan akhlak terus didididik dalam diri mereka, maka itulah yang akan lebih mampu mengawal diri mereka. Bukan dengan menahan mereka di dalam penjara kebodohan menggunakan kekuasaan kita sebagai lelaki.
Penutup : Keluarlah Daripada Kebodohan Dan Kehinaan Ini, Kawal Ia Dengan Keimanan
Kerisauan kita terhadap keadaan ummat, generasi ini, dan wanita-wanita di dalamnya tidak akan dapat diselesaikan hanya dengan pemaksaan melalui kekuasaan.
Para wanita sendiri, anda harus keluar daripada perangkap sistem yang rosak ini, bahkan harus turut juga membantu mengeluarkan teman-teman anda daripada jurang kerosakan itu. Ia tidak sedikit menambah kemuliaan anda sebagai wanita di depan manusia, bahkan hanya mencemarkan maruah anda sebagai wanita juga menghinakan kedudukan anda di sisi Allah.
Tidak perlu terikut-ikut mahu memperagakan diri sebagaimana sistem yang rosak ini telah promosikan.
“Sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita yang solehah.” [HR Muslim, Nasa’i]
Apakah wanita solehah itu mereka yang rela dirinya dijadikan sebagai alat pelaris media, berkongsi dirinya antara bakal suaminya dengan tontonan masyarakat? Ataupun yang terikut-ikut mahu memperagakan dirinya, yang terikut-ikut mahu bermulut itik juga bila orang lain telah melakukan, yang ikut sama mahu menyebarkan video tariannya di waktu berseorangan kepada orang ramai, apakah itu?
Apakah semua itu mampu memelihara maruah anda sebagai wanita?
Begitu jugalah dalam isu pendidikan. Wanita di mana-mana tempat pun mempunyai hak mereka dalam mendapatkan pendidikan untuk diri mereka.
Tidak wajar bagi lelaki memperalatkan kekuasaan mereka untuk menyekat peranan wanita dalam dunia pendidikan. Lahir ramai muhaddithat (ahli hadis wanita) di zaman Nabi s.a.w. dan zaman selepas itu, tanda Islam memberikan hak kepada wanita dalam medan pendidikan.
Wanita harus berperanan kuat dalam mengeluarkan diri mereka daripada ikatan-ikatan yang menghinakan ini. Lelaki juga lebih-lebih lagilah. Lelakilah yang kadangkala menjadi punca Islam ini dipandang sebagai agama yang meremehkan hak wanita, sebab itu lelaki perlu benar-benar faham peranannya, sekadar mana had dirinya, bagaimana dia perlu melayan wanita.
Keluarlah daripada penjara kebodohan dan kehinaan ini serta kawallah ia dengan keimanan.
Wanita, hargailah diri anda !
Lelaki, didiklah diri anda dan wanita di sisi anda dengan baik !
Jangan sampai terlalu bebas sehingga merosakkan maruah sebagai wanita muslimah.
Janganlah pula terlalu ketat dan tertutup pemikiran sehingga menyekat peranan wanita dalam membangunkan ummat.
Wanita, kalau ia baik,maka baiklah ummat ini.
Maka, marilah kita ramaikan wanita yang solehah, acuan semisal para sahabiah di zaman Nabi s.a.w., yang tidak bodoh serta tidak rela memperbodoh dirinya dan diperbodohkan pula dalam sistem yang rosak dan hina.
Wanita muslimah yang beriman kepada Allah, tukar gantinya hanya syurga, tiada semisal itu, dan tidak ada di dunia yang mampu membayar nilainya !
March 26, 2013
Kehidupan: Dia tanpa pengalaman. Dia bila berpengalaman.
Picture by UmarMita of LangitIlahi
Apabila Allah mengarahkannya sujud kepada Adam, Iblis dengan angkuh telah ingkar kepada Allah SWT. Maka Allah SWT telah mengeluarkannya daripada Syurga. Akhirnya lahirlah satu makhluk yang telah bersumpah untuk menyesatkan Adam dan seluruh keturunannya.
Ketika dikeluarkan itu, dia baru sahaja menjadi ‘penghasut ke arah kejahatan’. Iblis masih kosong. Iblis masih tidak punya pengalaman menjadi penghasut. Dia tidak punya apa-apa. Dia orang baru.
Tetapi tanpa pengalaman, tanpa ilmu ketika itu, Iblis telah berjaya menghasut Adam AS. Bahkan bukan sekadar menghasut, Iblis yang tiada pengalaman itu telah berjaya mengeluarkan Adam AS dan isterinya Hawa daripada Syurga.
Kini, selepas berbillion tahun, selepas menyesatkan berbillion orang, selepas merosakkan banyak kaum hingga tidak terbilang, selepas menjatuhkan ramai abid-abid…
Bagaimanakah Iblis dan bala tenteranya hari ini?
Adakah anda merasakan, diri anda terselamat?
Ittaqullah!
Ittaqullah bermaksud = bertaqwalah kamu kepada Allah.
Apakah maksud taqwa? Apabila Ubay bin Kaab ditanya akan soalan itu oleh Umar Al-Khattab, Ubay membalas dengan soalan:
“Pernahkah engkau wahai Umar, melalui jalan penuh duri?”
“Pernah”
“Dan apa yang engkau lakukan?”
“Aku sinsing kainku agar tidak dicarik duri, dan aku langkah kakiku berhati-hati untuk mengelak dari terpijak duri.”
“Maka itulah dia taqwa” Ubay menjawab.
Di sini dapat kita lihat, makna taqwa adalah takut untuk menyentuh apa-apa sahaja yang dilarang oleh Allah SWT. Bahkan ia diceritakan dalam bentuk penjagaan yang sangat berhati-hati.
“Aku sinsing kainku agar tidak dicarik duri, dan aku lagkah kakiku beerhati-hati untuk mengelak dari dipijak duri.”
Sekiranya kita meletakkan Allah itu di hadapan, maka nafsu itu perlu kita tundukkan selaras dengan apa yang Allah kehendaki.
Pengawalan penuh hati-hati ini adalah untuk apa?
Kerana Iblis akan berusaha mengajak kita ke arah apa yang Allah murka, setiap masa dan setiap ketika. Sebab itu, pesanan agar kita bertaqwa kepada Allah bukanlah pesanan yang patut dipandang enteng.
Hakikatnya, ia adalah pendinding. Dan pendinding ini kelihatannya sangat rapi. Rapinya pendinding, melambangkan kehebatan serangan yang bakal dihadapi. Tidakkah anda memerhati?
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” Surah Al-A’raaf aayat 201.
Kamusnya tiada putus asa
Untuk Iblis dan kuncu-kuncunya, tiada perkaataan putus asa di dalam kehidupan mereka. Di sini, mereka telah memberikan contoh kepada kita sebenarnya dalam memperjuangkan ideologi mereka. Lebih mengkagumkan, Iblis adalah makhluk yang gigih memperjuangkan ideologinya dalam keadaan dirinya mengetahui bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kesalahan.
Bayangkan. Dia berkomunikasi dengan Allah secara direct. Mustahil dia tidak mempercayai akan kewujudan Allah SWT. Dia mengeluarkan Adam dari Neraka. Mustahil dia tidak mengetahui akan azab seksaNya. Tetapi kerana angkuh dan takabbur, ego dan lupa diri, akhirnya Iblis menjadi seperti hari ini. Walaupun sedar ideologinya silap, dia tidak berpatah kembali.
Sebab itu, laungan dan janjinya adalah: Dia hendak membawa seramai mungkin anak Adam masuk neraka bersamanya. Lihat – Masuk neraka. Dia percaya bahawa adanya neraka. Tetapi itulah dia Iblis. Dia meminta tangguh umurnya hingga ke hari akhirat untuk mengajak manusia ke jalan kemungkaran. Lihat – Tangguh umurnya hingga ke hari akhirat. Dia percaya bahawa adanya hari perhitungan. Tetapi itulah dia Iblis.
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) .” Surah Saad ayat 79.
Makhluk sebegini nekad, tidak akan membiarkan manusia bersenang-senang menjalani hidup di dalam ketaatan.
Maka bagaimakan kita, manusia, yang terdedah akan dendam makhluk sebegini nekad, boleh tidak mewujudkan satu defensive system di dalam kehidupan kita bagi mengelak terjerumus ke dalam godaannya?
Mustahil bukan?
Penutup: Wahai manusia, berhati-hatilah
Hari ini, telah berlalu satu jangka masa yang panjang dari hari pembuangan Iblis. Pada hari pertama tugasnya dia telah berjaya mengeluarkan manusia yang dicipta Allah dengan tanganNya sendiri dari syurga. Selepas itu dia melalui hari-hari seterusnya dengan menghasut dan menghasut ramai lagi manusia.
Hinggalah hari ini. Seninya sudah semakin halus. Tekniknya sudah semakin hebat.
Alangkah bodohnya manusia, sekiranya tidak membuat persediaan.
Apakah persediaan yang patut dilakukan?
Mendekati Allah SWT, dan berpegang teguh dengan jalannya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Katakanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian istiqomahlah!” Riwayat Bukhari.
Dan yakinlah, bagi sesiapa yang mendekatiNya dengan bersungguh-sungguh, Iblis dan kuncu-kuncunya tidak punya kuasa.
“Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan .” Surah Sod ayat 82-83.
March 25, 2013
Motivasi : Nota Tarbiyah – Tarbiyah Melahirkan Mukmin Soleh Wa Musleh
Picture By Ibnu Fuad Of LangitIlahi
“ Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya dapat diraih melalui tarbiyah.”
Sheikh Mustafa Masyhur
Ia bukan sekadar proses biasa
“ Proses Tarbiyah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi SOLEH sahaja. Tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai MUSLEH,” kata Al Fadhli Ustaz Dahlan bin Mohd Zain (UDMZ). Waktu itu saya masih di sekolah menengah.
Seingat saya inilah pertama kali, perkataan Musleh yang saya dengar. “ Musleh membawa maksud orang yang membaiki. Asal pada perkataan “islah.”
Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Dan ia juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan ke arah yang lebih baik.
“ Baiki diri kamu dan ajaklah orang lain,” Pesanan Mustafa Masyhur untuk kita.
“ Inilah yang dinamakan sahsiah islamiyah. Peribadi yang Allah SWT suka dan kasih,” Penerangan UDMZ sememangnya simple dan mudah. Saya tekun mendengar nasihatnya pada kami dalam satu perhimpunan pagi.
Sewaktu di sekolah menengah dahulu, murabbi di MATRI sangat-sangat menekankan tentang proses pendidikan atau tarbiyah. Ia sentiasa diulang-ulang, disebut-sebut dan dihubung kaitkan dengan setiap aktiviti pelajar.
“ Proses tarbiyah mesti berlaku dalam setiap tindakan dan kehidupan kita. Sehingga ia menjadi malakah (darah daging kita),” kata Ustaz lagi.
Inilah penekanan dan fokus yang ditekankan sewaktu proses awal saya dididik dengan proses tarbiyah Islamiyah. Perkataan tarbiyah ini menjadi sesuatu yang istimewa dan diakan menjadi satu yang mesti disebut dan proses pentarbiyahan itu akan dilaksanakan secara menyeluruh agar hasilannya adalah sesuatu yang diharapkan oleh Allah SWT.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah Islamiyah dan Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.
Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).”
(HR Al Baihaqi)
lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.’
(HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Saya berhajat ingin kongsikan satu tips atau faktor kejayaan proses Tarbiyah yang dinyatakan oleh seorang ulamak yang terkenal.
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
Pertama
Kita harus memilikit satu keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan.
Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
Kedua
Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
Sumbernya jelas dan nyata iaitu Al-Quran dan As Sunnah.
Ketiga
Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat secara beramai.
Keempat
Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.
Saya juga pernah kongsikan pengalaman-pengalaman saya bersama beberapa orang Pemimpin, dan juga Murrabi yang ada disekeliling saya.
Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.
Pepatah arab ada menyatakan : “Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya.”
Kelima
Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD.
Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.
Semoga Allah SWT merahmati semua murrabi yang pernah mendidik kita semua dengan keikhlasan dan kasih sayang.
Keenam
Menggunakan berbagai-bagai wasilah (jalan) seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
Hari ini sekiranya kita banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program, kita juga kena penilaian semula keberkesanan program itu terhadap jiwa, hati dan sanubari kita. Sir Mohd Abduh Zainal Abidin (MAZA) juga pernah berpesan :
“Program berjalan tetapi proses tidak berlaku”.
Penutup : Kita benar-benar perlu kepada tarbiyah
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit.
Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan).
Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.
In the state of laziness, again!?
“Isn’t a cat’s life great? But we are not cats”
Picture by ~Gryczka of deviantart.com
As usual, laziness strikes again.
Lazy to open my eyes for Subuh. Lazy to go to class. Lazy to take a bath and to brush my teeth. Lazy to eat. Lazy to talk to people. And ultimately, I think I’m already too lazy to continue on living.
But when it comes to things that make me feel good like downloading movies and cartoons, reading Manga and playing games, I am never lazy!
I just started a cartoon marathon watching Marvel’s newly “Ultimate Spiderman”, “The Avengers: World’s Mightiest Heroes” and DC’s “Green Lantern the Animated Series” and
And keeping up to date with the recent developments of Naruto Shippuden and Bleach for both Manga and Anime have always been my weekly habit.
And yeah. I’m lazy to carry out my responsibilities as a student and all but diligent in quenching my thirst for pleasure.
Wait, come to think of it, with all the laziness going on, am I in deep trouble?
This state of laziness is the sign of having a sick heart.
From a diseased heart to a deceased heart
According to Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Qayyim al-Jawziyya and Abu Hamid al-Ghazali (1993), a compilation of works by three scholars, the issue of a sick heart is discussed in detail (p. 17):
This is a heart with life in it, as well as illness. The former sustains it at one moment, the latter at another, and it follows whichever one of the two manages to dominate it. It has love for Allah, faith in Him, sincerity towards Him, and reliance upon Him, and these are what give it life. It also has a craving for lust and pleasure and prefers them, and strives to experience them. It is full of self-admiration, which can lead to its own destruction. It listens to two callers: one calling to Allah and His prophet SAW and the akhirah; and the other calling it to the fleeting pleasures of this world. It responds to whichever one of the two happens to have most influence over it at the time.
A sick heart is a heart that is on the verge of dying. Like a badly sick person, it battles between life and death. It still has love for Allah but it also craves for pleasure. The heart will follow which entity is more appealing, either the love for Allah or the love for pleasure. A sick heart is brittle; it can shatter into pieces any time soon.
The owner of a sick heart may not be aware of his heart being sick. Some of the sicknesses are like watching too much movies, neglecting the Quran and laziness in finishing responsibilities.
Watching movies is completely normal to take our mind off things but spending too much time on movies is a sign of a sick heart.
Neglecting the Quran is a serious crime to the spiritual stamina. Reciting the Quran a page a day may make the laziness go away.
Laziness in finishing responsibilities due to being occupied with unproductive and unhealthy activities may result in low quality outputs. The responsibilities may be completed but with embarrassing results.
If the sick is not given remedy, it’ll die. A dead heart clings unto desires and lusts instead of Allah’s love. A person who owns a dead heart knows that he is going deep into ignorance but let himself be that way.
He knows that Allah is watching him but he doesn’t care. He is completely aware that Allah’s wrath is severe but he keeps on ignoring Allah’s punishments. He is drunk in pleasure and follows the cunning whispers to ignorance.
The Remembrance of Allah
A dead heart is like a shattered mirror. The tiny pieces of the shattered mirror are everywhere. It is impossible to glue them once again. If you manage to glue the entire piece, it still isn’t the same as a brand new mirror. This goes the same as your heart. The heart, once it is dead, to revive it is utmost difficult. Even if the heart heals and become lively again, it will not be the same heart as before.
A dead heart is a hard heart. A hard heart feels no remorse when doing wrong.
Okay let’s not talk about the virtues of a dead heart; let’s talk about how to revive the heart. One of the ways to revive the heart is through remembrance of Allah and recitation of the Quran.
“Remembrance of Allah is to the heart what water is to fish. What happens to a fish when it is taken out of water?” says Ibn Taimiyya (Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Qayyim al-Jawziyya and Abu Hamid al-Ghazali, 1993).
The heart and the soul are sustained by the remembrance of Allah. Allah says in the Quran:
“So remember Me, I will remember you” Al-Baqarah: 152
Allah asks us to remember Him and only then He will us. But, if we forget to remember Him, do you think He will forget remembering us? Allah created us, he knows our psychology. He knows that we have the tendency to forget Him. But fret not, He will never forget us.
The remembrance of Allah revives the dead heart. Al-Hassan was once told “O Abu Sa’id, I complain to you about the hardness of my heart.” Al-Hassan said “Soften it with the remembrance of Allah.”
Do not have doubts. Haven’t you heard the verse of the Quran saying:
“And the remembrance of Allah is the greatest” Al-Ankabut: 45
The remembrance of Allah is like a limitless, full-coverage high speed wireless internet connection. By remembering Allah, we are always connected to Him enabling us to be aware that He is watching from above. It makes us feel at rest and secure at all times.
Allah says in the Quran:
“Who have believed and whose hearts have rest in the remembrance of Allah. Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest!” Ar-Ra’d: 28
Saying “Astaghfirullah” only is not sufficient to earn Allah’s forgiveness. It requires devotion in repentance.
Allah knows the His creations. He says in Al-Baqarah: 222:
“Indeed, Allah loves those who are constantly repentant and loves those who purify themselves.”
In the above verse, Allah used the word ”التوبين” (constantly repentant), not the word “التائبين” (repentant).
Allah loves those who repent to Him constantly meaning that whenever a servant does wrong, he repents. Allah does not favor a one-off kind of repentance.
Conclusion: Wish to be lazy all the time?
Answering the question “Am I in trouble?” The answer is “I am in deep trouble.”
It is my job to face it and handle it once and for all.
Who says that life is going to be easy?
“Life begins at the end of your comfort zone.”
Let us start repenting now.
Your heart has hardened denser than a rock?
Even a rock can be carved by rain drops.
Your sins are too expensive for Allah to bear?
Verily, hope is always there.
Afraid that Allah will never accept your repentance?
Believe that Allah is full of acceptance.
The shining sun will only fade away on the day of Judgment,
repent now to avoid His punishment.
We are all hardcore sinners,
let us repent and we will be the winners.
References
Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Qayyim al-Jawziyya and Abu Hamid al-Ghazali, (1993). Purification of the Soul. Al-Firdous Ltd, London. Retrieved from http://www.kalamullah.com/Books/Purif...
Kehidupan: Perjalanan Saya Menjadi Seorang Penulis.
Saya ketika Bengkel Penulisan anjuran LangitIlahi Consultancy di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Semuanya bermula dengan minat saya bercerita dan berkongsi.
Saya memang dididik oleh Abah untuk menjadi seorang yang suka bercakap di hadapan, berani berdiri di khalayak ramai. Semenjak kecil, Abah kalau menghadiri mana-mana majlis, dia akan encourage saya untuk bernasyid di hadapan, membaca Al-Quran di khalayak ramai, dan sebagainya.
Menyebabkan akhirnya saya apabila meningkat dewasa, menjadi seorang yang agak talkative dan suka ke hadapan. Di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), sekolah menengah saya, ada tradisi memberikan tazkirah sebelum dan selepas maghrib pada hari-hari tertentu. Awalnya dilaksanakan oleh senior-senior saya, dan apabila saya menginjak ke tingkatan tiga dan seterusnya, saya sering menjadikan itu semua sebagai medium saya berkongsi sirah nabi, perkongsian fikrah, pengalaman dan sebagainya.
Dalam medan kreatif, dulu saya suka melukis untuk menyampaikan sesuatu. Namun saya sedar lukisan saya buruk. Sebab itu selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, saya berhenti melukis.
Ketika menunggu keputusan SPM, saya bekerja sambilan sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Ghufran, atau kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam As-Siddiq, Simpang Renggam. Di sana, Abah telah meminjamkan laptopnya, dan kala saya kebosanan, saya menggunakan medium penulisan sebagai cara saya berkongsi dan bercerita.
Karya Pertama – Relasi
Saya masih ingat ketika itu, karya pertama yang saya hasilkan adalah Novel Relasi. Saya tulis sekadar suka-suka. Pada masa yang sama, karya Kak Fatimah Syarha – Mawar Berduri – dan – Hatiku MilikMu – meletup di internet ketika itu, dikongsi merata-rata melalui email. Menyebabkan saya menjadi lebih seronok untuk menulis.
Saya berkongsi karya saya dengan beberapa rakan. Hingga satu hari, mereka meminta saya ‘print’ agar mereka boleh membacanya dalam bentuk ‘hard copy’.
Maka saya print Novel Relasi. Allah mengaturkan ketika itu, Abah saya ada di sisi. Abah melihat saya print dengan kadar yang banyak, bertanya: “Awak print apa tu? Novel ke?”
Saya mengangguk. “Novel siapa?” Abah bertanya.
“Novel Hilal la.”
“Awak tulis?”
Angguk. Dan ketika itu Abah pun berkata: “Nanti Abah kenalkan dengan Puan Hajah Maskiah. Dia pensyarah di maktab tempat Abah mengajar. Dia juga penulis Novel.”
Ketika saya dipertemukan dengan Puan Hajah Maskiah, Puan Hajah Maskiah mengatakan bahawa saya ada potensi dan bakat besar dalam bidang penulisan. Dia memperkenalkan saya dengan Tuan Haji Syafi’ai dari Yayasan Warisan Johor untuk menerbitkan Novel Relasi saya. Namun, ditakdirkan Allah SWT, Novel Relasi agak lewat terbitnya.
Tetapi apa-apa hal pun, apabila diberikan perhatian sedemikian rupa oleh seorang penulis novel sendiri, jiwa ini rasa besar. Saya terus menganggap bahawa, medan penulisan adalah medan yang patut saya sungguh-sungguh ceburi.
Memulakan LangitIlahi
Tamat sahaja perkhidmatan sementara saya di Simpang Renggam, saya menyambung pengajian saya ke Tingkatan 6 di MATRI untuk lebih mendalami pengajian agama.
Di sana, oleh kerana saya telah menjadi pelajar tingkatan 6, maka saya dibenarkan membawa laptop. Sampai sahaja saya di MATRI untuk memulakan pengajian Tingkatan 6, saya dianjurkan oleh sahabat saya – Ihsan Berahim – untuk membina blog. Maka saya bina sebuah blog, menamakannya sebagai LangitIlahi dengan tema ‘Mari Menjadi Hamba’. Semua ini berlaku pada pertengahan tahun 2007.
Semenjak itu, saya semakin rajin menulis dan menulis. Bermula dengan artikel-artikel motivasi.
Tidak lama kemudian, saya diperkenalkan oleh seorang rakan dengan karya-karya Hlovate. Saya ditunjukkan oleh beliau blog kepunyaan Hlovate. Di sana, tercetus idea untuk saya turut berkongsikan karya saya di blog saya. Alhamdulillah, dengan kewujudan post berbentuk karya, visitors semakin hari semakin ramai.
Jordan dan Penerbitan Buku
Saya menyambung pengajian ke Yarmouk University, Irbid, Jordan pada September 2008.
Apabila hidup di sana, masa lapang saya bertambah. Menyebabkan saya mampu mengisi masa dengan penulisan. LangitIlahi di’update’ dengan lebih kerap. Hampir setiap hari, LangitIllahi.Blogspot.com ketika itu diupdate. Bahkan ada pula jadual bila untuk artikel motivasi, dan bila untuk karya kreatif.
Saya konsisten menulis ketika itu, apatah lagi awal pengajian saya tidaklah sesibuk mana.
Dengan izin Allah SWT, bilangan visitors semakin bertambah, dan karya saya dikongsi ramai di merata ceruk alam maya ini.
Pada penghujung Disember 2008, tanpa saya sangka, ada wakil dari Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd, Encik Zakaria Sungib, datang menziarahi blog saya dan menawarkan saya menjadi penulis.
Hajat asal adalah untuk mengumpulkan karya-karya berbentuk motivasi di LangitIlahi ketika itu. Namun saya memberanikan diri bertanya, apakah Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd menerbitkan juga karya kreatif seperti Novel? Encik Zakaria bertanya kepada saya, apakah saya ada novel untuk diterbitkan? Memandangkan Novel Relasi masih diusahakan Yayasan Warisan Johor, maka saya ketika itu memberikan Encik Zakaria cerpen saya berjudul Matahari, berkenaan sekumpulan pemain bola tampar islamik. “Ini boleh saya kembangkan menjadi Novel, jika encik rasa ianya bagus.”
Selepas membaca Matahari, Encik Zakaria sangat teruja lantas berkata: “Bila boleh siap agak-agaknya? Dalam masa sebulan boleh?”
Saya tanpa berfikir panjang, menyatakan boleh. Lantas sepanjang Januari 2009, saya bertungkus lumus menyiapkan Novel berjudul VT(Volleyball Team).
Terbit Karya Dan Penerusan
Pada Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang berlangsung di PWTC, terbitlah dua buku sulung saya. Anak kembar.
1 – Buku Motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita
2 – Novel VT(Volleyball Team)
Semenjak itu, saya menjadi lebih bersemangat dan terus terinspirasi untuk menulis dan menulis. Kehidupan saya sendiri yang bergelumang dengan ilmu sebagai pelajar Usuluddin di Yarmouk University, menyebabkan saya lebih gencar menjadi seorang penulis dalam memanfaatkan ilmu yang saya perolehi. Komuniti di Jordan pula adalah komuniti ilmiah, yang banyak menganjurkan diskusi baik di dalam atau luar alam maya, berukhuwwah akrab sesama mereka, menyebabkan saya sering tidak kekeringan idea. Saya sendiri sebagai manusia yang mengikuti proses dakwah dan tarbiyah, melalui usrah, mengikuti daurah-daurah, dan sering mendapat perkongsian pengalaman daripada manusia yang berkecimpung di alam dakwah, menyebabkan idea itu terus menerus disuntik dalam kehidupan saya.
Alhamdulillah, saban masa, saya terus menerus menghasilkan karya.
Saya konsisten dengan jadual dan disiplin saya.
Setiap kali datang awal tahun, saya sudah listkan berapa buah buku hendak saya terbitkan pada tahun itu. Apa yang sama mahu capai. Cerita apa yang saya mahu sampaikan. Bila mahu tulis, bila mahu siap.
Saya disiplinkan diri saya menulis setiap selepas Subuh, dan sebelum tidur.
Dan saya masih memberikan ruang pada diri saya untuk menziarahi senior-junior, pergi ke usrah, pergi ke daurah, belajar, bermusafir, dan sebagainya.
Mengembangkan Kekuatan Diri
Saya tidak pula hanya fokus semata-mata dalam bidang penulisan.
Saya mengembangkan medan saya kepada medan memberikan penyampaian. Sebagai seorang motivator, pelontar idea, saya membina cabang Konsultansi di LangitIlahi dengan menubuhkan LangitIlahi Consultancy.
Saya juga untuk memberikan impak yang lebih besar, serta menjaga diri saya dari kelemahan-kelemahan yang saya ada, saya bina Team LangitIlahi. Agar saya tidak bergerak berseorangan, dan ada yang menjaga saya saat saya alpa dan lalai. Maka bermula tahun 2011, LangitIlahi.Com digerakkan secara berkumpulan. Fokus saya adalah untuk membina mereka menjadi ikon yang mampu memberikan qudwah hasanah kepada masyarakat.
Saya juga membina LangitIlahi Store, yakni kedai online LangitIlahi untuk memudahkan lagi capaian masyarakat kepada karya-karya saya. Kini karya-karya saya dibaca bukan sahaja oleh penduduk Malaysia, tetapi juga dari Brunei, Singapura dan Indonesia.
Antara figure-figure LangitIlahi.Com
Penutup: Tahun 2013
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur saya.
Kini telah menjengah tahun 2013.
Umur saya telah 24 tahun. Alhamdulillah saya telah bernikah pada 070712 yang lepas, dan bakal menimang cahaya mata sulung pada penghujung Mac 2013 atau awal April 2013 ini.
Team LangitIlahi juga telah berkembang dan kini punya pelbagai medan penyampaian seperti Vlog, English Collumn, Komik, Poster, Fotografi dan yang terbaru – Nasyid. LangitIlahi juga aktif di alam Facebook dan sehingga artikel ini ditulis, telah mempunyai 150,000 likes daripada orang ramai. LangitIlahi juga telah menceburi dunia realiti, dengan menghantar figure-figurenya, termasuk saya, Ameen Misran of LangitIlahi, BroHamzah of LangitIlahi, Abu Ridhwan of LangitIlahi, memberikan penyampaian di merata tempat.
Saya juga sehingga kini, telah menghasilkan sekitar 20 buah karya yang bercetak, dan tersebar di seluruh negara.
Begitulah serba sedikit berkenaan perjalanan saya menjadi seorang penulis.
Apa-apa hal pun, semua ini pulang kepada Allah SWT sebenarnya. Dialah yang memberi.
Kita manusia hanya mampu berusaha. usaha kita pula perlulah berstrategi. Kita sendiri perlulah mendisiplinkan diri untuk merealitikan mimpi-mimpi.
Memang mudah mengungkap cita-cita, tetapi tidak senang untuk merealisasikannya.
Hanya yang berusaha bersungguh-sungguh sahaja, yang mampu melaksanakannya.
“Melakar langit sejarah,
membina awan impi,
apabila aku menjejak,
ia akan menjadi pasti!”
Itu ayat semangat saya dahulu, hingga kini.
Semoga kita semua terus bersemangat menggapai cita-cita.
Mari Menjadi Hamba!