Hilal Asyraf's Blog, page 112

April 18, 2013

KOMIK: Harapan Insan

allah yg baik


“During school tests, you can’t raise your hand and ask for help.


But in the test that Allah gives, He loves it when you rest your hand for His help..”


Keep asking for a better resolution, and for sure He will gives the best!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2013 19:56

Kehidupan: Pengasingan Syu’ur Secara Total.


Picture by UmarMita of LangitIlahi


 


“Kau bolehlah, hidup dalam bi’ah solehah. Boleh kekalkan apa yang belajar di sekolah kita dahulu. Aku ni, tercampak dalam lembah jahiliyyah. Sana sini rosak. Akhirnya aku pun sama-sama hancur jugak.”


Itu satu bicara yang saya dengar baru-baru ini.


Ya. Semestinya berbeza bila hidup dalam suasana yang baik, dengan hidup di tengah-tengah suasana yang merosakkan. Tetapi, hidup di tengah-tengah suasana yang hakikatnya bukanlah alasan untuk tidak menjadi baik. Ia bukannya ‘hukuman mati’ kepada mereka yang ingin mencari keredhaan Allah SWT.


Dahulu, guru saya, Sir Mohd Abduh, apabila cuti sekolah menjelang dan pelajar-pelajar ingin pulang, dia sentiasa akan memberikan satu penyampaian bertajuk:


“Uzlah Syu’uriah Tammah.” Atau dalam bahasa melayunya: Pengasingan Syu’ur Secara Total.



Bukan mengurung diri, tetapi mengurung jiwa.


Bukanlah Pengasingan Syu’ur di sini membawa maksud mengasingkan seluruh tubuh kita daripada suasana. Hanya berkurung di dalam rumah atau masjid semata-mata. Hanya dengan diri sendiri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Bukan dan bukan. Jika demikian, Islam tidak akan mampu berkembang dan menyusup dalam kehidupan masyarakat.


Pengasingan Syu’ur adalah kita mengasingkan jiwa kita daripada mencintai apa yang suasana rosak cintai, kita mengasingkan jiwa kita daripada meredhai apa yang suasana rosak redhai. Di sini, seakan-akan wujud satu ‘barrier’ antara kita dengan apa-apa sahaja yang Allah SWT tidak redhai.


Kewujudan ‘barrier’ ini adalah apa yang diperlukan untuk step yang seterusnya.


Tanpa ‘barrier’ ini, kita hanya akan redha dengan kerosakan di sekeliling kita. Kita hanya akan hanyut, larut dan akhirnya menjadi salah seorang dari yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Walaupun kerosakan-kerosakan itu, adalah apa yang dipandang ‘normal’ di sisi manusia hari ini.


Ah. Apakah ‘normal’ selain apa yang Allah katakan sebagai ‘normal’?


Tiada bukan?


 


Mencari alasan untuk kuat


Kewujudan ‘barrier’ tadi mencetuskan perasaan: “Aku mesti buat sesuatu.”


Dan kita akan menyedari bahawa, hendak melakukan ‘sesuatu’ untuk menyelamatkan suasana rosak secara langsung adalah mustahil. Mustahil dengan keadaan diri kita yang lemah, dan berseorangan di satu tempat yang rosak.


Di sinilah kita memulakan ‘projek rescue’ bermula dengan diri kita. Apa yang kita buat adalah dengan memerhatikan ibadah-ibadah wajib yang khusus buat diri kita seperti solat fardhu, telah selesai kita laksanakan dengan baik. Kemudian kita tambah hari-hari kita dengan Al-Quran, zikr, istighfar, solat-solat sunat, Al-Mathurat, puasa sunat. Ini adalah penanda aras bahawa kita adalah ‘kuat’, di samping itu semua adalah resepi ‘kekuatan’ untuk kita kekal dalam ‘barrier’ tadi.


Di samping menjaga diri, kita berusaha juga mencari orang lain untuk menemani perjalanan kita. Kita faham bahawa, seorang diri, sekuat mana pun kita akan lemah. Maka, kita berusaha mencari teman. Tetapi, bagaimana hendak mencari teman dalam suasana yang rosak?


Semestinya kita cari di tempat kebaikan, di tengah suasana yang rosak. Kita pergi ke Masjid, dan perhatikan siapa yang datang di kala subuh. Siapa yang rajin duduk kekal mendengar ceramah selepas maghrib. Siapa yang mencatit khutbah Jumaat dan sebagainya. Kemudian kita dekati, rapati, mesrai, kenali, dan kita ajaknya untuk sama-sama kita ‘menjaga diri’.


Proses ini tidak sekejap. Namun anggaplah ia sebagai ‘assignment tambahan’ untuk kita menguatkan diri. Ibarat kata guru saya yang biasa saya pegang dan ulang: “Seorang perempuan yang malas hendak mencuci kukunya, apabila dia mencuci baju, maka kukunya akan tercuci sekali.”


Dan apabila kita sudah mempunyai rakan, kita ajak dia melakukan apa yang kita lakukan secara bersama-sama. Mungkin boleh tambah perkara lain seperti beriadhah bersama, makan bersama, keluar bersama, qiam bersama dan sebagainya. Pasti lebih menarik bila ada teman yang sama matlamat, sama tujuan dengan kita bukan?


Dan bersama-sama dengan dia, kita keluar mencari teman lain lagi. Lama kelamaan, perkara ini akan berkembang, dan mungkin setelah kita mendapat sekitar 5-10 orang, kita sudah mempunyai satu ‘suasana solehah’ di tengah-tengah ‘suasana jahiliyyah’.


Dan kita kembali hidup di dalam bi’ah solehah semula, bahkan, kita akan terus berusaha mengembangkannya.


 


Asasnya adalah keimanan


Namun, hendak mempunyai dan mengekalkan ‘barrier’ tadi, menjalankan ‘projek resque’ dan ‘assignment’ tadi, hanya mampu kita lakukan dengan wujudnya keimanan. Tanpa keimanan, kita tidak akan mampu melaksanakan semua itu.


Hanya dengan keimanan, kita mampu merasakan bahawa kita adalah hamba Allah SWT. Hanya dengan keimanan, kita mampu merasakan bahawa kita perlu menjauhi jahiliyyah. Hanya dengan keimanan, kita mampu mempunyai perasaan hendak melakukan kebaikan.


Tetapi tanpa keimanan, kita tidak akan peduli. Pada kita, ikut jahiliyyah itu biasa. Buat mungkar itu normal.


Keimanan itulah yang melahirkan Pengasingan Syu’ur Secara Total. Sebab, kebergantungan kita hanya pada Allah. Walau seluruh dunia meninggalkannya. Maka, kita bina satu keterasingan dalam diri kita, untuk tidak mengikuti syu’ur-syu’ur kerosakan yang jauh daripada Allah SWT, semata-mata untuk kita kekal dalam perjuangan mendapat keredhaan Allah SWT.


Hanya dengan pengasingan syu’ur secara total itulah yang memampukan kita untuk terus bergerak mencari alasan untuk kuat di tengah-tengah suasana yang rosak.


 


Penutup: Kita terbalikkan jahiliyyah, mejadi solehah.


Orang selalu berkata, kita tidak boleh suruh dunia ikut kita, kita kena ikut dunia. Asas pada bicara itu benar. Apabila kita tercampak dalam suasana jahiliyyah, kita tidak boleh memarahi suasana jahiliyyah: “Mengapa kau mesti ada di sini, tempat aku tercampak ni?” Sebab memarahi jahiliyyah sedemikian rupa takkan merubah apa-apa.


Tetapi, ‘kita kena ikut dunia’ itu pada saya, orang yang beriman patut menterjemahkannya sebagai: “kita bergerak mengikut kesesuaian suasananya.” Bukan kita terjemah sebagai: “Kalau suasana jahiliyyah, kita pun buat jahiliyyah sama.”


Jadi, kita bergerak. Semestinya, bergerak di tengah kerosakan, tidak sama caranya dengan bergerak di tengah-tengah suasana baik. Lihat sahaja Rasulullah SAW bergerak di Makkah bagaimana, dan di Madinah bagaimana.


Maka kita bergerak dengan bijak, strategis. Pasakkan matlamat.


Kita hendak terbalikkan jahiliyyah, dan mewujudkan satu suasana solehah.


Bermula dengan keimanan, menghasilkan Pengasingan Syu’ur Secara Total!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2013 15:14

Agama: Pemimpinku! Berhati-hati larangan dosa besar ke atasmu.

pru-13-malaysia-2011


~Pemilihan pemimpin yang tepat akan membawa banyak manfaat~


 


Dengan izin Allah, saya akan berkongsikan beberapa jenis dosa besar yang boleh berlaku pada pimpinan jika golongan ini tidak mengambil berat akan larangan Allah dalam melaksanakan tanggungjawab kerana terpedaya dengan kuasa dan takhta. Namun, bukan saya mengajukan artikel saya pada mana-mana pimpinan di Malaysia dan seterusnya menghukum mereka dengan melakukan dosa besar. Adapun ini adalah peringatan bersama kerana setiap kita adalah pemimpin. Tidak dalam sebuah kerajaan, pada diri sendiri.


 


Jenis Dosa


Sebelum melanjutkan tentang penerangan dosa-dosa besar, penting untuk dijelaskan berkenaan jenis-jenis dosa untuk kita jelas atas bahagian-bahagiannya:


 


1. Dosa dengan Allah


Dosa jenis ini adalah dosa yang berkait terus seorang hamba dengan Allah. Hal ini berlaku jika manusia melanggar larangan yang Dia tetapkan seperti meninggalkan solat, puasa dan sebagainya. Dosa-dosa ini selagi tidak sampai kepada pengetahuan pimpinan negara maka dia kekal dosa antara hamba dengan Allah Taala. Namun, bukan pula cara menyampaikan dosa itu kemuka pengadilan dengan membuka aib pelaku dosa kepada awam kerana belum tentu si pelaku benar-benar bersalah.


Adapun apabila dosa itu telah dipastikan dilakukan oleh si pelaku dan sampai pada muka pengadilan, maka ketika itu sebaran dalam melaksanakan hukuman dibenarkan untuk memberi pengajaran pada masyarakat. Akan tetapi pintu taubat sentiasa terbuka. Cara bertaubat adalah dengan memohon keampunan-Nya dengan berazam tidak mengulanginya selagi dosa tersebut tidak melibatkan orang lain.


Dalam sebuah hadis yang dirawayat oleh Bukhari dan Muslim berkenaan seorang lelaki yang berzina bernama Mai’z bin Malik datang kepada Rasulullah untuk membersihkan dirinya dengan hukuman. Namun beberapa kali baginda seolah-olah memberi isyarat kepada lelaki tersebut untuk pulang dan bertaubat. Tetapi dengan keazaman taubat yang tinggi akhirnya beliau dikenakan hukuman hudud kerana dosa itu telah sampai tangan pemerintah dan menjadi tanggungjawab hukuman dilaksanakan.


Ibrah daripada kisah ini sebesarmana dosa yang kita lakukan, perlu kita ketahui ada Allah yang sentiasa ingin mengampunkan. Bukan bermaksud kita bebas melakukan dosa, tetapi jangan kita putus asa apabila terjebak dalam dosa kerana hakikatnya manusia itu lemah dan mudah rebah dalam lembah maksiat.

2. Dosa dengan manusia


Dosa jenis ini ramai dalam kalangan kita terlepas pandang. Dosa ini melibatkan hubungan manusia sesama manusia seperti penipuan, menggunakan hak orang lain dengan cara batil, penindasan golongan lemah dan sebagainya. Ramai yang keliru. Jalan taubat bagi dosa-dosa ini tidak cukup sekadar memohon keampunan kepada Allah. Hal ini kerana, apabila seorang itu melakukakan dosa dengan manusia yang lain dia telah menzalimi mereka. Walhal sifat zalim amatlah ditentang oleh Allah sendiri dalam sebuah hadis qudsi. Justeru, bagaimana manusia boleh terlepas dari kezaliman dengan manusia yang lain tanpa meminta maaf dan mengembalikan hak kepada mereka yang dizalimi?


Suatu perkara tentang dosa ini yang lebih perlu diambil perhatian adalah dosa dengan manusia tanpa disedari. Contoh-contoh di atas mungkin nampak jelas pada pandangan kita iaitu kezaliman kepada manusia yang lain. Tetapi dosa yang tidak disedari tetapi melibatkan dosa dengan manusia lain adalah apabila seseorang itu melakukan maksiat dan orang lain terkesan secara tidak langsung akan maksiat yang dia lakukan.


Sebagai contoh seorang wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, maka secara tidak sedar dia telah menyebabkan masyarakat sekeliling terkesan dengan perbuatan tersebut. Walaupun pada asalnya kita nampak dosa tidak menutup aurat ini lebih bersifat peribadi, namun apabila ia melibatkan pada ruangan umum yang terdedah pada masyarakat maka ia sedikit sebanyak memberi kesan tidak langsung pada yang lain.


Walaubagaimanapun, dosa yang tidak disedari ini tidaklah seberat dosa secara langsung antara manusia dengan manusia yang lain. Dalam erti kata lain, tidak lah pula seorang wanita yang telah kembali bertaubat daripada mendedahkan aurat perlu memohon maaf pada semua orang. Cukup sekadar meminta ampun pada Allah s.w.t dan menghapuskan bukti atau kesan yang mendedahkan aurat seperti gambar dan sebagainya daripada tontonan umum.

3. Dosa dengan diri sendiri


Dosa ini secara ringkasnya boleh dikategorikan sebagai dosa manusia dengan Allah juga kerana ia biasa terjadi apabila seseorang itu cuba merosakkan diri dengan maksiat walhal Allah memerintahkan setiap manusia untuk tidak menjebakkan diri dalam kebinasaan dosa agar tidak diazab atas perbuatan tersebut. Selain itu, hakikatnya diri manusia itu bukan milik manusia tetapi milik Allah. Sebab itu menzalimi diri sendiri seperti kita menzalimi hak Allah terhadap kita.


 


Dosa itu melemahkan jiwa!  


Pengkhususan dosa dalam kalangan pemimpin sememangnya banyak disebut dalam ayat Al-Quran dan juga hadis- hadis baginda s.a.w. Dengan sebab itu, saya cuba untuk berkongsi tentang perkara tersebut tanpa tujuan menuding jari pada mana-mana pihak disamping memberikan pencerahan kepada kita sebagai muslim untuk bijak memilih pemimpin yang mendatangkan manfaat yang besar kepada islam. Antara dosa-dosa yang dikaitkan terus dengan pimpinan [i]:


1.  Penipuan pemimpin ke atas rakyat-rakyatnya


Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (Asy-Syura:42)


Larangan ini secara umum melarang untuk sesiapa sahaja melakukan kezaliman kepada yang lain. Tambahan lagi, jika yang melakukan penipuan dan kezaliman itu pula yang melibatkan golongan yang berkuasa terhadap orang-orang biasa. Kezaliman dan penipuan tidak hanya dinilai dari sudut harta.


Kemana wang negara digunakan?


Adakah hasil sumber negara digunakan dengan bijak?


Namun, kezaliman perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas denga mengcakupi semua aspek dan hak bagi rakyat. Misalnya dalam soal pendidikan terutama yang membabitkan soal keagamaan perlu diberi agar generasi yang akan lahir lebih baik. Selain itu soal kebajikan rakyat bermula dari isi rumah hingga ke dalam kelompok masyarakat perlu juga dititikberat.


Dalam hadis yang direkod dalam Bukhari, baginda bersabda:


“Mati seorang itu pada hari kematiannya, dan dia merupakan seorang penipu dan pendusta ke atas rakyatnya tiadalah baginya kecuali Allah haramkan baginya syurga.”


Banyak larangan keras Allah dan baginda s.aw terhadap pemimpin yang menipu rakyatnya kerana dosa ini melibatkan hubungan manusia dengan manusia yang mana akan terzalim sesuatu pihak ke atas pihak yang lain.


2.  Cara kepimpinan yang teruk


Kuasa kepimpinan adalah merupakan suatu amanah. Sebab itu, ia tidak mudah diminta-minta oleh sebarangan orang kerana ia boleh menyebabkan seorang yang ditaklifkan ke atasnya kuasa akan terbinasa. Seperti yang berlaku kepada pada seorang sahabat nabi Abu Dzar yang disebutkan dalam hadis:


“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Muslim)


Kepimpinan merupakan amanah yang bakal ditanya di akhirat kelak. Sebab itu, kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang mengikut syariat Islam kerana itu adalah kehendak daripada Allah s.w.t sepertimana firman-Nya:


“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” (Al-Maidah:44)


Dalam ayat yang lain Allah menyifatkan mereka yang tidak berhukum dengan apa yang Dia tetapkan maka dia dalam kalangan orang yang zalim dan fasiq. Perkara yang dapat kita simpulkan disini adalah menjadi satu kewajipan bagi sesebuah pemerintah untuk berhukum dengan apa yang Islam gariskan.


Namun, satu perkara yang perlu diperjelaskan pemerintahan bukan sekadar hukuman ke atas pesalah lebih lagi mencari kesalahan orang lain. Tetapi suasana kondusif seperti asas corak pemerintahan Islam yang umum seperti keadilan, ketelusan dalam pemerintahan perlu dipraktikkan terlebih dahulu supaya tiada rakyat yang dizalimi atau dikenakan hukuman atas perkara yang dia tidak dapat hak tentangnya.


Selain itu, cara kepimpinan yang tidak proaktif mungkin disebabkan kecetekan ilmu seorang pemimpin tersebut atau sikapnya dalam menyembunyikan kebenaran. Oleh sebab itu, seorang yang mahu menjawat jawatan kepimpinan perlu mempunyai ilmu yang secukupnya atau paling kurang sedia belajar dan menerima nasihat dari mereka yang lebih tahu dalam perkara yang dia kurang pengetahuan tentangnya. Hal ini disebabkan ada amaran Rasulullah kepada pemimpin yang tiada persediaan dalam ilmu pengetahuan lebih lagi yang mengetahui tetapi menyembunyikan kebenaran untuk peroleh keuntunungan dengan azab api neraka.


 


3.  Pengkianatan dan rasuah


Pengkhianatan merupakan satu jenayah yang dekat dengan penipuan. Namun perkara yang hendak tekankan dalam isi adalah bukan dari sudut larangannya kerana ia jelas tidak dibenarkan, tetapi dari pandangan bahawa pempimpin yang khianat dalam kepimpinannya tidak akan dibantu oleh Allah untuk mencapai kemenangannya seperti firman Allah:


“dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat.”[Yusuf:52]


Oleh itu, amanah merupakan ciri utama bagi seorang pemimpin bagi menjayakan kepimpinannya selain kekuatan dan keupayaan yang telah disebutkan sebelum ini.


Adapun rasuah juga merupakan suatu bentuk pengkianatan yang amat ditegah keras oleh Allah s.w.t kerana ia melibatkan keuntungan sebahagian pihak dan menzalimi pula pihak yang lain melalui sabda baginda s.a.w:


“Allah melaknat orang yang memberikan rasuah dan menerima rasuah dalam pemerintahan” (Tirmidzi, Hassan)


 


Kesimpulan


Terdapat banyak lagi jenis dosa yang mungkin pemimpin boleh terjebak yang disebutkan secara khusus dalam larangan Allah s.w.t dan amaran baginda s.a.w. Namun perkara yang menjadi asas secara keseluruhan bagi pemerintahan itu adalah menjauhi dosa-dosa di atas yang mana melibatkan hubungan sesama manusia. Adapun dosa peribadi itu perlu dicegah tetapi bukan dengan cara mengaibkan selagi mana tidak sabit kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman.


Akhir sekali, saya ulangi bahawa artikel ini tidak berniat menuding jari pada mana-mana pimpinan jauh sekali menghukum mereka terlibat dalam dosa besar yang menyebabkan mereka diseksa di akhirat kelak.  Jika benar pimpinan itu berdosa, biarlah Allah yang menghukumnya. Apa yang penting bagi kita adalah memastikan nilai keadilan dan ketelusan pemerintahannya itu sentiasa diperbaiki atau ditukar ganti.


Wallahualam~





[i]  Kitab Al-Kabair (dosa-dosa besar) oleh Imam Al-Hafiz Muhammad bin Ahmad bin Uthman az-Zahabi.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2013 06:07

April 17, 2013

“Good luck” or “All the best”?


“If you want success, plant it and it’ll grow in time”

Picture by ~baileyxelizabeth of deviantart.com



I am a person who does not believe in luck.


That is why I love wishing “All the best” instead of “Good luck.”


Does it differ? It does, significantly.


“Good luck” implies reliance to luck, good fortune or any other word related to it. But “All the best,” on the other hand, indicates dependence on sheer dedication, “All the best” to the effort one has paid out to win a certain goal.


Hoping for miracles to happen, such as waiting for “luck” to happen is a big mistake and we are not authorized to do so. But if Allah permits such thing to happen, the fact of it occurring is undeniable.


But still, success is by design, not fortuitous. When you want something, work for it instead of waiting for it.


Do your best and Allah will do the rest. But if you do not do the best, I personally don’t think Allah will do the rest.


When you help Allah, Allah will help you. But if Allah fails you in any of your endeavors, that does not mean Allah is not helping you.


“All the best” to whatever you are doing!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2013 16:15

Umum : Islam Menolak Kezaliman

blogs_dictatorship_3708_98708_poll_xlarge


~ Picture by www.sodahead.com/


 


Sejak kedatangan Rasul s.a.w. lagi, Islam telah membawa seruan membebaskan manusia dari kongkongan kezaliman di bawah manusia yang lain. Baginda s.a.w. datang tidak untuk memperkenalkan Islam dalam bentuk ayat-ayat Al-Quran yang perlu dihafal, bukan juga untuk ditanam dengan satu ideologi yang mengawal akal manusia.


Tetapi baginda s.a.w. datang membawa seruan keadilan, membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, memberikan keadilan dan kesamaan kepada semua manusia. Itulah yang telah memikat hati ramai hamba seperti Bilal bin Rabah, keluarga Ammar bin Yasir dan Khabbab bin Arat.


Seruan yang menyebabkan mereka terasa keberadaan mereka di atas dunia ini bukanlah ditakdirkan dengan kehidupan serendah itu, kehidupan yang mudah dipijak-pijak. Seruan yang membuatkan mereka rasa bahawa mereka dan tuan mereka itu tidak ada beza dan kasta apapun melainkan taqwa jualah yang menjadi tinggi rendah nilaian mereka di sisi Allah.


Seruan yang menjadikan mereka itu terbebas dari diperlakukan sesuka hati oleh tuan mereka, mengeluarkan mereka dari kongkongan kezaliman. Itulah kedamaian dan rahmatnya Islam yang dibawa oleh Rasul s.a.w.


 


Menentang Kezaliman Untuk Menyediakan Suasana Kondusif Untuk Beragama


Di dalam sirah melalui riwayat Ibn Ishak, diriwayatkan sebuah kisah bagaimana seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Suwad bin Ghaziah dalam perang Badar, telah ditekan perutnya oleh Nabi s.a.w. kerana mendapati Suwad sedikit terkeluar dari barisan tentera.


Suwad berkata kepada Rasul s.a.w., “Sakit Rasulullah. Demi Tuhan yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, ini kena balas balik!”


Suwad bahkan bukanlah membalas semula, tetapi mencium perut Nabi. Bila ditanyakan sebab dia melakukan sedemikian, maka dia pun menjawab, “Apa yang telah terjadi itulah yang aku telah lakukan. Aku mahu menjadikan detik-detik terakhir untukku di mana kulitku telah bersentuh degan kulitmu, Rasulullah.”


Nabi s.a.w. seorang yang adil. Baginda seorang pemerintah utama ketika itu, tidak pula baginda menghalalkan kezaliman atas kedudukan baginda sebagai seorang pemerintah. Hanya masalah sekecil itu sahaja, Nabi s.a.w. sendiri pula yang membukakan peluang untuk para sahabat membalas semula jika baginda telah terzalimi hak mereka.


Baginda tidak menggunakan kedudukannya sebagai pemerintah itu untuk menghalalkan apa jua kezaliman walau sekecil apapun kezaliman itu.


Itulah yang membuatkan para sahabat Nabi s.a.w. jatuh hati pada baginda.


Dalam kisah yang sangat maaruf dan dekat dengan kita, kisah hijrah para sahabat Nabi s.a.w. ke Habsyah, kisah ini mempunyai pengajaran besar bahawa Islam mengiktiraf keadilan seorang non-muslim sebagai pemerintah selama mana ia bersikap adil dalam pemerintahannya.


Ketika mana Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah ini, An-Najasyi, pemerintah Habsyah ketika itu bukanlah seorang Islam, masih seorang Kristian. Tetapi kerana keadilannya dalam pemerintahan, maka Rasul s.a.w. membenarkan para sahabat berhijrah ke situ.


Di situ, rombongan muslimin yang diketuai Jaafar bin Abi Talib itu dapat beragama dan melaksanakan Islam dengan aman. Meskipun Amr Al-As yang ketika itu masih menjadi jururunding bagi pihak musyrikin Makkah memujuk dengan kata-kata manis dan menyogok An-Najasyi dengan harta supaya memulangkan semula muslimin Makkah itu ke pangkuan mereka, An-Najasyi tidak terus-terus menyerahkan mereka kepada Amr Al-As untuk dibawa pulang ke Makkah, tetapi meminta supaya mereka memberikan penjelasan tentang Islam.


Dari situ, kita melihat bagaimana adilnya An-Najasyi mempertahankan maruah dan hak kumpulan muslimin yang telah berhijrah itu. Beliau telah menolak segala tawaran Amr Al-As itu dan menghalang Amr daripada membawa mereka itu pulang ke Makkah. Beliau telah menyediakan suasana kondusif untuk kumpulan hijrah yang diketuai oleh Jaafar itu dapat melaksanakan Islam dengan baik.


Itulah kisah bagaimana Islam mengiktiraf keadilan seseorang meskipun dia itu bukan muslim. Islam menentang kezaliman dan menyediakan suasana kondusif untuk manusia dapat beragama dengan baik.


 


Kezaliman Yang Dihalalkan Atas Nama Syukur


Hidup ini perlu sentiasa ada pembaikan.


Kalau hari ini sama saja seperti semalam, kita orang yang rugi. Kalau esok kita pilih untuk menjadi lebih teruk daripada hari ini, maka celakalah kita.


Itulah seruan perubahan yang telah dibawa oleh Rubie’ bin Amir, ketika menjadi utusan Islam bertemu panglima Rustam :


“Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia yang Dia kehendaki dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya sanya kepada Allah, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”


Seruan perubahan ini walaupun singkat dan pendek, tetapi padat. Ia menjadi tanda bahawa Islam itu sangat mengangkat keadilan.


Islam membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia. Perhambaan sesama manusia itu boleh kita istilahkan juga sebagai istibdab (tirani/diktaktor). Para pemerintah zalim secara tidak langsung telah memperbodohkan rakyat supaya rakyat menjadi pak turut dan mengikut bulat-bulat apa yang telah dikatakan oleh pemerintah.


Itu juga yang telah dilakukan oleh Firaun. Gejala Firaunisme dalam pemerintahan ini telah disebutkan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud :


“Dia telah mempengaruhi kaumnya sehingga membuatkan mereka pun taat kepadanya.” [Az-Zukhruf : 54]


Itulah antara gejala perhambaan sesama manusia yang ditentang oleh Islam. Islam datang membebaskan manusia dari diperbodohkan di bawah kekuasaan sang pemerintah yang zalim.


Sesetengah orang menggunakan konotasi bersyukur atas segala nikmat dan keamanan yang telah dikecapi untuk menghalalkan kezaliman. Tidak kurang juga yang menggunakan dalil agama seperti ayat taat pemerintah di dalam Al-Quran.


Benar, konotasi bersyukur atas segala nikmat dan keamanan yang telah dikecapi memang sepatutnya direalisasikan dengan baik. Kita ingin mengekalkan terus nikmat dan keamanan itu, maka untuk itu, kita mesti ada proses timbang tara dari semasa ke semasa supaya nikmat itu tidak tercabut dari kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.


Ramai orang bercakap tentang bersyukur dengan apa yang telah ada pada hari ini, tetapi barangkali mereka lupa pada masa depan yang masih menanti mereka. Hari ini keamanan dan segala nikmat yang dikecapi belum menjamin kekalnya nikmat dan keamanan itu di masa depan sekiranya kita tidak memastikan usaha untuk menjaga nikmat-nikmat itu berlangsung dengan baik.


Kesilapan orang memahami konotasi bersyukur adalah dengan membiarkan saja apa yang telah ada tanpa ingin melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Sedangkan makna syukur itu yang telah diajar kita di dalam Al-Quran adalah untuk kita sentiasa memperbaiki diri kita, menambahkan lagi kebaikan kita, memperbaiki makna ketaataan kita kepada-Nya, barulah dengan itu Dia menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita.


Akhirnya, istilah syukur menjadi alat demi menghalalkan segala kezaliman dan pengeksploitasian atas hak rakyat.


Barangkali ramai yang terlupa, nikmat itu datang dari Allah, bukanlah dari tangan-tangan pemerintah !


 


Penutup : Islam Dalam Pemerintahan Adalah Dengan Memerangi Istibdad (Tirani/ Diktaktor) Dari Semua Sudut


Ramai orang yang mengangkat-angkat slogan untuk memperjuangkan Islam dalam pemerintahan. Tidak kurang banyaknya gerakan Islam yang memperjuangkan untuk mengangkat semula perjuangan menegakkan khilafah dan daulah Islamiyah kerana bagi mereka, itu adalah pemerintahan Islam yang sebenarnya.


Saya tidak mempersoalkan perjuangan mereka itu, tetapi saya hanya mahu mempersoalkan, nanti bila semua itu telah ada, apakah yang kita ingin isi dalam pemerintahan yang berbentuk sebegitu?


Hanya sekadar mahu ajar orang menjadi imam masjid dan membaca Al-Quran?


Ataupun hanya sekadar mahu mengajak menyertai usrah-usrah itu sahaja?


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemerintahan Islam itu?


Sudah tentulah Al-Quran berbicara tentang konsep asas dalam pemerintahan ini. Keadilan, pemberian hak kepada yang sepatutnya, amanah, itu adalah antara konsep-konsep asas dalam pemerintahan Islam.


Ia tidak berdiri atas nama semata-mata, tetapi isinya itu yang diutamakan.


Sebab itu, Islam sangat menentang kezaliman dalam konteks pemerintahan.


Ayat Al-Quran berkaitan dengan taat pemerintah (An-Nisa’ : 59) itu saja pun sudah mengandung makna besar dalam menolak al-istibdad (diktaktor/ tirani). Itulah yang telah disebutkan oleh Dr Muhammad Imarah, salah seorang tokoh pemikir Mesir dalam bukunya As-Siasah Wa Raddu Ala Syubhat Al-Ilmaniyyin (Politik Dan Penolakan Ke Atas Keraguan Golongan Sekular).


Kezaliman itu adalah hasil daripada pembodohan melalui sistem yang mengekang institusi-institusi rakyat untuk berfungsi dengan baik ini.


Tolak kezaliman adalah lebih utama dalam menyediakan suasana kondusif untuk beragama. Bagaimana mungkin kita dapat merawat ideologi-ideologi lain yang menyerap ke dalam pemikiran ummat Islam sekiranya suasana untuk kita melaksanakan Islam saja sudah tidak kondusif?


Kezaliman kalau memang terbukti tidak dapat diubah, hanya satu saja penyelesaiannya, tukar yang baru !

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2013 14:49

Umum: Zina – Sebelum Terlanjur




Photo by Umar Mita



Begitu ramai orang muda yang sudah jatuh ke dalam lembah penzinaan. Orang tua pun dua kali lima juga.


Tahun lepas saya baca satu artikel dalam surat khabar berkenaan gadis-gadis muda yang jual tubuh kerana inginkan duit untuk membeli gajet-gajet mahal. Ya Allah! Sedarlah, walaupun gajet-gajet tu harganya berjuta-juta ringgit sekalipun, maruah seorang gadis itu jauh lebih mahal. Malah, tiada tag harga! Priceless! Tapi, atas desakan peer pressure dan obsesi dunia sekarang dengan gajet-gajet mahal, mereka crumble.


Tu belum sembang lagi pasal berita-berita buang bayi yang masih lagi ada di dada-dada akhbar. Saya juga pernah menerima satu atau dua emel daripada individu-individu yang telah berzina.


Sedih.


Terlanjur?

Apabila kes-kes seperti ini ditulis dalam akhbar atau di mana-mana sahaja, sering kali saya melihat description yang diberikan adalah hamba Allah berkenaan telah “terlanjur”. Mengapa “terlanjur”? Seakan-akan perkara tersebut terjadi dengan tidak sengaja dengan adanya imbuhan “ter-” di situ.


Zina tidak berlaku dalam sekelip mata. Zina tidak “ter”jadi. Zina ada prosesnya dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan, atau beberapa tahun. Tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti ialah jika kita masuk jalannya dan terus menyusuri jalan tersebut, maka eventually kita akan sampai ke destinasinya. Tidak ada istilah, “Oops, saya telah berzina!”


Zina ini adalah satu destinasi. Maka, kita jauhi jalan-jalan yang membawa kita kepada destinasi tersebut.


“And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.” (Surah al-Isra’, Ayah 32)


Ayat ni memang straightforward. Kalau tak baca tafsirnya pun boleh faham maksudnya.


Zina itu adalah atas persetujuaan kedua-dua belah pihak – lelaki dan perempuan. Kalau tidak, itu tidak dipanggil zina, itu dipanggil rogol. Dalam kes rogol, ia berbeza. Ada pemangsa dan ada mangsa. Dalam kes zina, kedua-dua pihak adalah pemangsa dan mangsanya hanyalah diri mereka sendiri. Jadi, dalam kes zina, kedua-dua pihak bertanggungjawab dan mereka harus face the consequences.


We are responsible for the things that we do.


Solusi: Kahwin?

Ada golongan yang memberikan cadangan kepada mereka yang hangat ber”cinta” ini, “Korang tu dah hangat sangat. So daripada korang masuk berzina, baik korang kahwin je.” Bagus. Lebih baik berkahwin daripada berzina.


Bagus.


Tapi persoalan saya di sini ialah macam mana diorang boleh hangat sangat sampai ke tahap nak hampir-hampir berzina tu? Bukankah perkara ini kita harus dielakkan daripada awal? Janganlah sampai nak hampir-hampir berzina baru kita nak cakap, “Oh, baik kahwin je la.”


Perkahwinan itu bukanlah escape rope untuk mereka hangat ber”cinta” sampai nak hampir-hampir berzina. Perkahwinan itu perlukan persediaan dan planning. Kita sepatutnya approach perkahwinan dengan cara yang betul dari awal lagi. Bukannya “Oops, nak hampir berzina dah ni, jom kita kahwin!”


Selepas Zina, Reaksi Kita

Saya ni bukannya kaki kondem. Saya orang yang optimis. Bagi mereka yang berzina, kalau mereka datang kepada saya untuk meminta pertolongan, maka saya akan bantu seboleh-bolehnya. Saya tidak akan kata, “Ha, padan muka!” Itu tidak akan menyelesaikan masalahnya.


Katakanlah (nau’zubillah), zina sudah berlaku. Apa kita patut buat?


Kita, sebagai satu komuniti, harus bantu mereka yang terlibat untuk kembali ke jalan Allah. Bantu mereka untuk bertaubat. Bukannya kita sisihkan mereka dan label mereka sebagai “si penzina” for the rest of his/her life. Bagaimana mungkin individu tersebut ingin teruskan hidup mereka jika attitude kita begitu?


Jika seseorang itu telah bertaubat dengan ikhlas, bukankah Allah akan mengampuninya? Mengapa kita ingin mengungkit-ungkit perkara lama? Mengapa kita ingin menoreh lebih dalam lukanya yang sedang sembuh?


“Say, ‘O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.’” (Surah az-Zumar, Ayah 53)


Sebelum Zina, Harus Waspada

Bagi kita yang tidak berzina, tidak menghampiri zina, dan yang menghampiri zina tapi belum berzina, jangan kita fikir, “Ah, benda ni takkan jadi kat aku! Ah, benda ni takkan jadi kat anak-anak aku.” Kenapa nak tipu diri? Sedangkan Nabi Yusuf pun pernah diuji nafsunya, apatah lagi kita ni? Nabi Yusuf pun berketar gegar meminta pertolongan Allah di kala dia diuji dengan seorang wanita, maka kita pun patut meminta pertolongan Allah untuk dikuatkan diri dan berhati-hati untuk tidak terjebak dengan apa-apa perbuatan yang boleh membawa kita kepada destinasi zina.


Bagi kita yang tidak berzina dan tidak menghampiri zina, jangan kita fikir, “Ah, padan muka diorang ni! Sape suruh gatal sangat!” Instead, kita harus fikir, “Apakah aku dah buat sedaya upaya aku untuk elak perkara ini daripada berlaku?” Saya percaya, perbuatan kita akan affect orang lain. Walaupun kita mungkin tiada relation langsung dengan Muslimin atau Muslimat yang telah berzina, kita sebagai a part of the community harus rasa bertanggungjawab.


Evaluate diri kita.


Bagaimana Environment Kita?

Sebagai masyarakat, apakah kita telah wujudkan satu environment yang sihat yang boleh mengelak berlakunya zina? Atau apakah komuniti kita ini mewujudkan jalan-jalan menuju zina?


Jika berlakunya zina (nau’zubillah), apakah kita telah wujudkan environment di mana mereka yang berzina itu boleh heal dan kembali kepada Allah? Saya tidak maksudkan di sini wujudkan pusat-pusat pemulihan zina (walaupun itu mewujudkan satu jalan pemulihan untuk mereka yang berzina). Apa yang saya maksudkan ialah kita sebagai komuniti, apakah kita menolong mereka untuk bertaubat ataupun kita kondem mereka sampai mereka rasa tak nak hidup dah atas muka bumi ni?


Sebagai keluarga, apakah kita telah didik ahli-ahli keluarga kita supaya mereka aware akan bahayanya zina dan equip mereka dengan ilmu-ilmu yang berguna yang dapat shield mereka apabila mereka menghadapi dunia luar yang mencabar Iman? Kita sebagai ayah, ibu, abang, atau kakak, apakah kita telah memainkan peranan kita sebagai pendidik kepada orang di bawah jagaan kita?


Sebagai rakan, apakah kita menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain? Ataupun kita ni kaki ajak rakan-rakan buat benda yang bukan-bukan?


Sebagai individu, apakah kita telah didik diri sendiri untuk menjauhi zina?


Kalau jawapan kepada mana-mana soalan di atas atau semua soalan di atas adalah “Tidak,” maka jangan kita nak tuding jari sana sini.


Kalau rasa nak tuding jari jugak, tuding kat cermin.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2013 09:18

April 16, 2013

Kehidupan: Adab Dan Perjuangan Kebenaran.


Picture by Umar Mita of LangitIlahi


 


Saya teringat akan satu kisah benar. Saya mengalaminya sendiri. Melibatkan saya, individu A, dan seorang bertaraf ibu, biar saya gelarkannya sebagai Kakak B.


Saya ketika itu menyampaikan sebuah nasihat di account Facebook saya berkenaan sabar dalam perjuangan, dan mengambil kisah sekumpulan pemuda yang ingin terburu-buru membatalkan konsert maksiat dengan cara menaiki pentas, dengan Abbas As-Sisy yang melarang tindakan tersebut.


Pemuda tersebut ditangkap dan dipenjarakan kerana membuat kacau, dan Abbas As-Sisy menyatakan alangkah ruginya darah muda dan bersemangat waja sedemikian tergesa-gesa hingga Islam tidak lagi dapat menggunakan tenaga mereka dek kerana mereka berada di penjara.



Individu A dan Kakak B

Individu A muncul di ruang komen menyatakan tidak bersetuju dengan kefahaman saya, dan berkata bahawa saya bacul. Tidak berani dan sebagainya. Katanya saya tidak ada di medan dan sebagainya, hanya tahu menulis. Saya okay sahaja dengan perbezaan kefahaman. Saya hanya menegaskan kefahaman saya, dan terpulanglah kepada individu A nak ambil atau tidak. Selama ini saya di Facebook pun begitu. Pada saya, tugas saya hanyalah berkongsi dan menyampaikan apa saya faham, apa saya buat, apa saya tahu. Orang lain nak ambil  atau tidak, terpulang.


Kemudian muncul lah Kakak B yang menyokong kefahaman saya, dan menyatakan di manakah rasionalnya sikap tergesa-gesa dalam perjuangan hingga merugikan kebenaran itu sendiri.


Individu A terus komen: “Diamlah kau B(ketika itu masih tidak tahu bahawa dia seorang Ibu), kau malam tadi mesti duduk dengan pakwe kau. Apa kau faham? Ini kami orang berjuang di medan!”


Kakak B menjawab: “Ya Allah dik, akak ni dah kahwin, anak ada dua. Semalam akak duduk rumah dengan suami dan anak-anak.”


Malangnya selepas itu pun, Individu A terus meroyan dengan bahasa yang tidak enak dan adab yang entah apa-apa. Tidak meminta maaf kepada Kakak B, dan jauh sekali meminta maaf kepada saya sebagai tuan rumah. Saya pula dituduh pengecut dalam isu-isu sensitif, kononnya tidak berani.


 


Berbekas Di Dalam Hati


Peristiwa ini berbekas di dalam hati saya. Sering saya ulang-ulang dalam minda saya apa yang berlaku pada hari itu, antara saya, Individu A, dan Kakak B. Apa yang buat saya lebih terharu, Allah izinkan saya pada satu hari tanpa dirancang, bersemuka berdepan-depan dengan Kakak B.


“Hilal kenal tak akak?”

“Em? Kita pernah jumpa?”

“Tak. Tapi masa bersembang di FB Hilal, ada orang tuduh akak lepak dengan pakwe.”

“Allah, Allahuakbar.” Dan rupanya akak itu bertugas sebagai seorang guru. Saya masih ingat lagi, saya bertemu dengan Kakak ini di program Dr Tariq Ramadhan semasa scholar itu bertandang di UIA, Gombak.


“Tak sangka ya ada orang macam itu. Akak lepas itu macam jadi fobia.” Kakak B menyatakan. Saya berulang kali meminta maaf. kalaulah bukan kerana Kakak B komen di account saya, pastinya dia tidak diserang oleh Individu. Namun Kakak B seorang yang sopan santun, dia menyatakan ianya bukan salah saya.


 


Saya Tidak Suka Karakert Individu A


Tetapi itu semua membuatkan saya semakin tidak suka dengan karakter seperti individu A. Kerana itu saya benci sikap suka berbahasa tidak enak, mencarut dan sebagainya. Saya benci sikap orang yang sikit-sikit nak angkat jari tengah dan suka marah-marah tak tentu hala. Lagi-lagi kalau dia mengaku dia di pihak kebenaran. Lebih-lebih lagi kalau dia mengaku dia pejuang kebenaran.


Saya memahami bahawa Individu A adalah orang yang berniat baik, suka akan kebenaran, dan kuat berjuang. Saya tahu, ramai orang seperti Individu A yang nak berjuang mengangkat kebenaran.


Tetapi saya nak beri peringatan di sini.

Akhlak buruk kita, akan membuatkan kebenaran yang kita bawa,

dipandang seperti kebatilan.

Sikap buruk kita, akan menjadi fitnah kepada perjuangan.


Jangan kerana sikap dan perangai huduh kita,

Allah lewatkan kemenangan.


 


Penutup: Susuri Semula Akhlak Rasulullah SAW


Rendahkanlah diri.

Latihlah sabar.

Carilah akhlak yang baik.


Rasulullah SAW tidak akan mampu mengharungi era Makkah, dan membina era Madinah, jika bukan dibekalkan dengan akhlak yang cantik. Dan ingatlah betapa Al-Quran turun awal-awalnya memperkemaskan peribadi bukannya turun menjalankan hukum hakam.


Betapa besarnnya peranan akhlak dalam perjuangan.


Jangan sangka bila kita sudah dalam agama paling benar, dalam kumpulan yang perjuangkan kebenaran, kita boleh buat sesuka hati kita.


Jangan.


Dan ingatlah.

Sesungguhnya ini adalah peringatan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 16, 2013 03:52

April 15, 2013

Motivasi : Nota Tarbiyah – Menjadi Lelaki Seratus Peratus 100%

 


 


lelaki-soleh


 


Siapakah Lelaki 100% Itu?


Picture By Pakarcinta.Com


 


—–


“ Petua hidup mencapai kejayaan dan kebahagiaan : Hati mesti tulus, Ibadah mesti bagus, hidup mesti lurus, Ikhtiyar mesti serius dan Taubat mesti menerus.”



AA Gym


 


Bergetar jiwa dan naluri saya. Bagaikan digoncang-goncang.


 


“ Antum harus menjadi lelaki seratus peratus!,” Kata-katanya membakar jiwa saya dan rakan-rakan yang lain.


“ Hari ini ramai yang tidak menjadi lelaki seratus peratus.”


“ Ada hanya 60 % lelaki tetapi 40 % nya adalah pendusta, penakut dan pemaksiat!,”


“ Lelaki seratus peratus adalah lelaki yang jiwa dan hatinya bersih dan membulatkan amal kerana Allah SWT.”


“ Lelaki seratus peratus adalah lelaki yang penuh kewibawaan dan kesejatian!”


 


Pengisian jiwa dua tahun lepas benar-benar menggugah jiwa kerdil saya. Ia masih segar diminda saya.  Saya mengucapkan terima kasih kerana saudara Dzikrullah, Editor Hidayatullah kerana berkongsi perasaan dan nurani kepada kami semua dalam sesi majlis ilmu yang ringkas tetapi cukup bermakna.


 


“ Jadikanlah kehidupan disini menggerakan antum untuk menjadi lelaki yang sejati.”


“ Apakah rahsia dan cara untuk menjadi lelaki seratus peratus?,” Soalnya mudah kepada kami semua.


 


Semua terdiam seketika.


“ Antum harus memelihara solat fardu secara berjemaah di masjid. Bahkan di mana sahaja antum berada!,” Katanya dengan lantang dan terus bersemangat waja.


 


Penutup : Komentar seorang hamba


 


(1) Menjadi lelaki seratus peratus bukannya hanya diluaran aspek fizikal sahaja. Bahkan menjadi lelaki seratus peratus dari aspek emosinya, rohaninya dan akalnya. Lelaki seratus peratus mempunyai susuk keperibadian yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah utamanya. Rasulullah SAW adalah lelaki seratus peratus yang ideal.


 


(2) Kewibawaan seseorang lelaki seratus peratus ialah kepada amalannya. Saya amat-amat suka satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang Tokoh Gerakan Islam, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : “ Biarkan amalan kita, menceritakan siapakah kita yang sebenarnya.”


 


(3) Mencintai solat fardu secara berjemaah adalah kayu ukur utama kepada amalan seseorang pemuda yang mencintai Rabba-Nya, Deen-Nya, Rasul-Nya dan saudara seislamnya. Dan, yang lebih utama ialah memelihara solat berjemaah secara konsisten, istiqamah dan penuh kekhusyukan di mana sahaja ia berada.


Solat berjemaah adalah kemuliaan dalam beramal. Ia sebenarnya sukar untuk diistiqamahkan. Ya, mungkin awal-awal bergerak kita punyai semangat, bimbang luntur dipertengahan jalan yang destinasi kehidupannya masih panjang.


 


(4) Berdoa dan mohonkanlah kekuatan daripada Ilahi yang Maha Agung dan Kuasa. Memohon kekuatan, kecekalan, ketabahan dan keteguhan yang luar biasa dalam beramal. Beramal untuk membentuk keperibadian mukmin muslim mengikut acuan Allah SWT. Ayuh, kita bergerak untuk menjadi lelaki seratus peratus!


 


Sahabat pembaca sekalian,


Bagaimana dengan kita?


Lelaki tulenkah kita semua?


100%?

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2013 20:05

Poster : 5 Langkah Menjadi Pengundi Berwibawa


 


(Poster ini merupakan hasil olahan berdasarkan artikel BroHamzah, “Tips – 5 Langkah Menjadi Pengundi Berwibawa”)

klik di sini untuk membaca artikel penuh

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2013 16:35

Himmah : Bila Hilang Rasa Berdosa

repentance_by_dinosaurio_allie-d5mzgjt


~ Picture by http://amosbeck.deviantart.com/


 


Terjatuh ke dalam dosa itu adalah sesuatu yang memeritkan. Tambah-tambah lagi, terjatuh selepas beberapa kali cuba bangkit dan keluar daripada daerah gelap itu.


Namun, keperitan terjatuh ke dalam dosa itu tidak seperit kehilangan deria rasa terhadap dosa.


Itu jauh lebih berbahaya dan menderita.


Terjatuh ke dalam daerah dosa, kalau masih punya rasa berdosa dalam diri, itu akan masih mampu menyelamatkan. Tetapi yang membimbangkan adalah apabila bukan saja terjebak dalam dosa, bahkan deria merasa berdosa pun telah tiada.


Ya, itu jauh lebih membimbangkan. Dan itulah yang telah menjangkiti kebanyakan kita pada hari ini.


Tidak merasa berdosa ketika melakukan dosa. Seakan-akan dosa itu adalah kehidupannya.


 


Kisah Bunuh 99 + 1, Tetapi Masih Ada Rasa Berdosa Dalam Dirinya


Pastinya kita semua sangat pernah mendengar kisah dari hadis Nabi s.a.w. tentang seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang kemudian menggenapkan pembunuhannya itu menjadi 100 orang setelah seorang alim menafikan masih ada peluang taubat untuk dirinya.


99 orang, besar dosanya kalau hendak dihitung. Apatah lagi kalau bunuh tanpa sebab yang munasabah.


Tetapi dalam keadaan telah 100 orang yang dibunuh itu pun, Allah masih menentukan akhir destinasi kehidupannya adalah syurga meskipun dia tidak sempat pun untuk tiba ke destinasi akhir yang menjadi destinasi penghijrahan dirinya sebagai titik memulakan perjalanan hidup yang baru.


Itu seorang pembunuh yang telah bergelumang dalam kemaksiatan dan dosa yang besar kepada Allah dan juga kepada manusia. Namun, meskipun dengan bilangan 100 itu, ia tidak menjadikan dirinya rasa terhenti untuk sentiasa mencari ruang untuk bertaubat dan memperbaiki dirinya.


Dia bukan tidak tahu dirinya sedang melakukan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah, tetapi dia cuma sedang mencari cara untuk dia membersihkan dirinya yang terlalu kotor itu. Dia mencari jalan untuk kembali kepada Tuhan, mencari harapan bagi dirinya di sisi Tuhan.


Bagi seorang hamba yang telah terlalu lama terbujur dalam daerah kegelapan, apakah masih ada ruang-ruang cahaya yang dapat menyinari hatinya yang gelap pekat itu?


Sudah tentulah ada.


Bagi seorang insan yang benar-benar ingin kembali kepada Tuhannya, ingin membersihkan dirinya, ingin berada di atas jalan kebenaran, pasti Allah akan membukakan jalan untuknya selamamana dia benar-benar merasa sesal terhadap dosa-dosanya yang lampau dan dia pun ingin berubah ke persimpangan hidup yang baik dan benar.


 


Di Manakah Silapnya? Apa Puncanya?


Kehilangan deria rasa berdosa ini jauh lebih teruk dari melakukan dosa.


Kalau merasa berdosa ketika melakukan dosa itu masih mampu menggerakkan langkah untuk bertaubat dan meminta ampun dari Allah s.w.t., tetapi hilang rasa berdosa itu akan menyebabkan pelakunya terus-menerus selesa dengan dosa yang dilakukannya.


Terbiasa bergosip perkara tidak baik tentang orang, akan terus menjadi kebiasaan selama mana itu tidak dirasai sebagai suatu dosa.


Terbiasa melakukan fitnah kepada orang lain, sikap ini akan terus menjadi malakah selama mana ia tidak dirasai sebagai suatu dosa.


Terbiasa berkata-kata kesat, mencaci maki dan mengeji orang lain, kebiasaan ini akan terus menjadi kelaziman selama mana ia tidak dirasai sebagai suatu timbangan yang berat di sisi Allah nanti.


Begitulah sedikit demi sedikit deria merasa berdosa itu hilang daripada diri. Bila hati mulai selesa dengan dosa yang telah dilakukan, bila hati mulai menanggalkan sedikit demi sedikit rasa ketakutan kala terjebak dengan dosa, bila kita sendiri membiarkan diri kita rasa ‘tidak apa-apa’ bila melakukan dosa, maka dosa yang besar pun akan terasa kecil pada diri kita, dosa yang kecil pula sudah tentulah bagaikan lalat hinggap di hidung sahaja.


Sedangkan dosa baik kecil atau besar, kedua-duanya adalah berat pada tanggungan orang beriman.


 


Rasa Tidak Berdosa Yang Mematikan Jiwa


Kata Ibn Atha’illah As-Sakandari yang bermaksud :


“Antara tanda kematian hati adalah hilangnya kedukacitaan apabila ibadah kepada Allah diabaikan dan tergugurnya rasa penyesalan dalam diri terhadap kesalahan yang pernah dilakukan.” [Hikam Ibn Atha’illah]


Kematian jiwa adalah penyakit parah bagi seorang hamba Allah.


Ia tidak menjumpai hatinya lagi kala ia benar-benar sedang memerlukannya.


Hatinya sudah hilang sensitiviti terhadap perkara kebaikan dan keburukan.


Hati yang hilang sensitiviti terhadap kebaikan dan tidak merasa bersalah lagi kala merasa keburukan, maka di manakah lagi identitinya sebagai seorang hamba Allah s.w.t.?


Hati yang mati adalah hati yang jauh dari Allah s.w.t.


Hati yang jauh dari Allah s.w.t., maka hari-harinya berlalu tanpa ada makna. Ya, apa lagi yang lebih memaknakan kehidupan selain dari ketundukan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. ?


Ketaatan apakah yang terbina dengan hati yang telah mati ?


Ia akan menyebabkan hilang kenikmatan dalam ibadah, bacaan Al-Quran tidak lagi terasa lazatnya, solat dilakukan hanya untuk memenuhi rutin harian, kadangkala lambat menunaikan hak Allah pun tidak dirasakan sebagai satu kesalahan, terjebak dengan dosa dirasakan sebagai satu kebiasaan.


Inilah kesan yang membahayakan jiwa. Akhirnya ia akan membawa kepada pudarnya matlamat dan visi dalam kehidupan.


Akhirat tidak lagi dilihat sebagai tujuan paling besar. Bila dunia menjadi satu-satunya cita-cita tinggi, maka hinalah hidup kita.


 


Penutup : Meluangkan Masa Seketika, Bermuhasabah Dan Bersihkanlah Hati


Hati yang sakit masih bisa dirawat. Tetapi hati yang mati bagaimana mungkin lagi untuk kita hidupkan semula?


Kehilangan rasa berdosa adalah jalan menuju kematian hati.


Ia tidak berlaku sekaligus. Ia berlaku secara berperingkat bermula dari menanggalkan deria sensitif terhadap dosa.


Berdosa adalah satu keburukan, tetapi tidak merasa diri berdosa itu adalah lebih buruk. Itu adalah bencana besar bagi hati yang ingin pulang kepada Allah dalam keadaan sejahtera.


Luangkanlah masa seketika dalam kesibukan kita menghadapi hari-hari dalam hidup kita, dalam pekerjaan kita, dalam pelajaran kita, untuk kita bermuhasabah seketika melihat dan merenung hubungan kita dengan Allah s.w.t.


Usai solat, luangkan masa dalam doa kita untuk melihat semula di manakah kita di sisi Allah sekarang?


Hendak mengetahui di mana kita di sisi Allah, lihatlah di mana kita letakkan Allah dalam hati kita.


Jangan biarkan kehilangan rasa berdosa itu menjadi satu kebiasaan yang akhirnya menyebabkan kita tidak merasai apa-apa lagi kala melakukan dosa. Yang lebih menakutkan adalah dosa menjadi satu kenikmatan pula buat diri kita. Itu lebih menakutkan.


Bersihkanlah hati kita. Bersihkanlah langkahan dalam hidup kita !


—————————————————————————-


Ingin dapatkan e-book Hingga Ke Syurga ?


735063_3955431423591_761539609_n


Dapatkan di LangitIlahi Store!


WHERE TO BUY?

http://langitilahi.com/storeHOW TO BUY?

http://langitilahi.com/store/store-guide 

VIDEO GUIDE:

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hbINKbCZyvg


————————–———————

WHY SHOPPING ONLINE?

No closing times

No carrying heavy bags

No traffic & parking jams

No wasting petrol, toll & time

No over-crowded supermarkets & queues


————————————


Mari Menjadi Hamba !



 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2013 03:18