Muhd. Kamil Ibrahim's Blog, page 46

October 7, 2011

Audio Book (VCD baru)

[image error]

Album baru


Beberapa jam sebelum meninggalkan Malaysia, saya telah masuk studio untuk merakamkan beberapa tips mustahak yang boleh dipertimbangkan oleh khalayak.


Soalan saya, anggun atau tidak deraf cover ini?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2011 06:49

October 6, 2011

Ia kisah bergambar

Jemaah haji sudah hampir memenuhi seluruh kawasan Haram. Ruang untuk solat – InsyaAllah – akan sentiasa ada. Kenapa? Jemaah yang paling awal tiba akan mula meninggalkan Madinah dan bergerak menuju ke Mekah.


Namun kesan musim haji sudah mula dirasai oleh kami sekeluarga. Tambang teksi dari rumah ke Haram, SR5 bertukar menjadi SR10. Bila mahu pulang sudah ada yang menyebut SR50. Namun ia bertahan di sekitar SR20.


Saya menyebut soal kos pengangkutan kerana ia menjadi isu penting di Mekah. Ramai jemaah lampau yang gagal solat 5 waktu di Masjidil Haram akibat hotel yang sedikit jauh.


"Prof, saya hanya mampu solat 3 waktu sahaja di masjid. Masa pergi OK tetapi tidak tahan mendaki bukit apabila pulang"


Ia kenyataan yang sering diucapkan.


Benar, ia perjalanan sukar. Ia bertambah sukar apabila gagasan yang tidak diajar tertanam di minda jemaah haji Malaysi. Konsep "berjalan kaki ke masjid" perlu dilaksanakan.


Bila saya berkata, "gunakan wang yang ada untuk memastikan solat lima waktu di Haram. Bayar kereta untuk ke masjid. Ia bukan untuk membeli-belah. Utamakan solat!"


Maka jawapan standard, "di Mekah jalan ditutup. Tidak boleh ke masjid dengan kereta".


"Naiklah kereta setakat mana yang boleh. Ia membantu"


Tidak, pilihan yang dibuat adalah untuk tidak ke masjid. Wang berbaki adalah untuk jubah dan abaya, tamar dan air zam-zam dan bukannya sesuatu yang membolehkan kita menghadapi ujian dengan jayanya.


Kesannya, bila pulang ke Malaysia, solat lima waktu di masjid bukanlah menjadi agenda utama. Hanya dengan sedikit halangan (ujian), masjid bukanlah pilihan wahid.


Jika tidak, masjid di Malaysia sudah dipenuhi dengan mereka yang bergelar haji!


Subhanallah


Ia hari yang sangat ceria.


Janji kami dengan pemandu agar beliau mengambil kami di sekitar jam 3.00 pagi untuk solat subuh di Haram. MasyaAllah, jam 4.40 baru tiba. Emmm… kami di KSA!


Usai subuh, bermulalah hari yang mempertemukan kami dengan ramai orang.


"Bang, itu Prof Kamil, tegurlah," sang isteri memberi semangat. Itulah pertemuan dengan sepasang suami isteri – alahai saya lupa nama dan asalnya – mungkin dari Kelang, tajam matanya memerhati kami berdua.


Pasangan muda yang membaca buku Travelog Haji


"Inikah profesor…..," pekat loghat Indonesianya bertanya.  Rupa-rupanya beliau datang dari Sabah.


Di sebelah yang lain, seorang isteri menyatakan, "suami saya peminat prof". Saya membetulkan, "tidak saya… beliau meminati buku-buku saya, mari kita bergambar".


Dari Sabah dan dari? Aduhai... lupa saya!


Akhirnya, buku Financial Reporting yang diperlukan oleh saya selamat tiba di Madinah. Puan Nini dan suami di"susahpayahkan" oleh Arun dan Radziah (rakan dan pelajar PhD) yang menguruskan permohonan bantuan ini. Kedua-duanya – Nini dan suami – sangat ceria.


Terima kasih Puan Nini dan suami, buku ini beratnya lebih 2 kilo


Selepas zohor, Dato' Sahol – VC UiTM – mengunjungi kami di rumah. Kasihan Dato' kerana terpaksa bersila apabila dijamu makan. Beliau tidak boleh tunduk …. (he… he… itu tandanya sudah tua),  jadi sukarlah untuk makan sedulang.


Kami sediakan pinggan!


Ia pertemuan yang akan saya kenang. Beliau "update" perkembangan UiTM, kisah-kisah "inside-story" yang menarik dan apa yang akan berlaku kepada UiTM dalam tempoh terdekat. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan.


Dato Sahol, Prof Suhaimi dan Izuddin merasai Kabshah dan Mandy


"Puan, kami sedang mengziarahi Jabal Ohud. Kami terbayangkan rumah puan dan prof," itulah SMS daripada Puan Noraini. Ia kenyataan ringkas tetapi sangat dalam maknanya. Kami tahu beliau mahu berkunjung ke rumah.


"Nanti kita jumpa – lepas Isya – di Toilet 10″, Roza membalas SMS tersebut. Tentu sekali kami berkira-kira mahu mempelawa beliau dan rakan ke rumah kerana sudah mempunyai dua keluarga yang sudah berjanji untuk ke rumahi, Kak Long sekeluarga (sepupu Roza) dan Said dan isteri (rakan di UiTM)


Bila bertemu di tempat yang dijanjikan, saya berkata, "OK puan, kita ke rumah….," saya ternampak jelas kegembiraan beliau. "Betul ke ni… terima kasih".


Wajahnya sangat bercahaya!


Mereka dipisah ruang wanita dan lelaki


Kapten golf UiTM, Said... selamat sampai di Madinah


Bergambar kenangan di rumah kecil di Jabal Ohud


Malam tadi, kami tidur nyenyak. Sangat nyenyak. Barangkali nikmat Allah kerana berjaya – saya fikir – menggembirakan ramai orang. Bila loceng bangun malam terdengar, saya terbayangkan wajah-wajah mereka yang berkunjung ke rumah kami.


Mudah-mudahan mereka mendokan kesejahteraan kami sekeluarga.


Tazkirah Haji


Semalam giliran Wan Zul dari Pasir Mas untuk berjumpa dengan tetamu yang tidak diundang.


"Haji puasa hari ini?"


"Tidak"


"Kenapa tidak, hari ini hari Khamis. Bagus berpuasa Isnin-Khamis semasa menunaikan fardhu haji. Apa kaitan ibadat puasa dengan haji?"


Ia dijelaskan sebagai satu pandangan sisi yang tidak ditekankan.


Tengah malam tadi Wan Zul menghantar SMS, "Alhamdulillah kerana kita dipertemukan…..". Maka saya tidak lagi menjadi tetamu yang tidak diundang.


Saya berdoa semuga ia menjadi ilmu yang bermanfaat!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 06, 2011 19:09

October 5, 2011

Tetamu Allah

Semalam hari yang sangat sibuk menerima tetamu, di pejabat dan di rumah. Kedua-duanya menyukakan hati. Saya sertakan gambar-gambar kenangan yang membawa pelbagai erti dan tafsiran.


Bergambar bersama bos lam dan bos baru


Pasangan dari Cyber Jaya


Pak Long dan Mak Long dari Besut Terengganu


Hidangan dimulakan dengan Lemon Nak-Nak dan diikuti dengan tea mint Arab.


Nasi Arab yang diberi oleh jiran sebelah rumah. Tanda persahabatan daripada jiran Arab. Rezeki buat tetamu dari Malaysia.


Travelog Masakan Roza: Nasi Briyani Madinah


Travelog Masakan: Puding Roti Kurma


Kami benar-benar teruja!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2011 21:04

Bersila

Di sini - di rumah kami - makannya bersila


Ustaz Aizat, Azimah dan Humaira merupakan kenalan awal kami di Madinah. Aizat sedang menuntut di universiti Islam Madinah. Azimah – isteri beliau - cuti tanpa gaji. Dan Humaira pula merupakan anak pertama mereka.


Kami suka menjemput mereka makan di rumah kami. Kenapa? Humaira bakal menerima adik. Kata Roza, "orang mengandung lebih suka masakan orang lain".


Dan pengalaman di Luar Negera membenarkan kenyataan ini. Roza mengandungkan Amirul ketika saya sedang belajar di Wales, UK. Setiap kali orang Malaysia mengajak kami makan, Roza sangat-sangat gembira. Ia perasaan yang tidak dinyatakan.


Di sebalik itu, saya sendiri menyukai Aizat. Tutur katanya lemah-lembut. Tidak berkira malah sentiasa merendah diri. Bila saya bertanya, bila pulang ke Malaysia, apa yang Aizat ingin lakukan?. Jawapannya mudah,


"Saya ingin menambil-alih apa yang ayah lakukan. Ayah menjaga hampir 60 orang anak yatim"


Subhanallah.


Pada hari yang lain saya bertanya, "Aizat, berapa kos sebulan menjaga mereka?".


"Hampir RM10, 000″.


"Bagaimana ayah menanggungnya?"


"Bantuan orang persendirian dan melalui pendapatan ayah. Ayah berniaga kecil-kecilan dan itulah ayah mahu saya bertanya kepada syeikh-syeikh di sini yang sudi membantu. Saya malu dan tidak tergamak untuk saya meminta"


Saya mendiamkan diri memikirkan bagaimana saya boleh membantu beliau. Saya terkenangkan rakan-rakan KRTS yang setiap tahun membantu saya mengumpulkan dana untuk anak-anak yatim berhampiran kami di daerah Segamat.


Barangkali – saya terfikir – kos RM10, 000 untuk menyambut aidil-adha atau menyambut tahun baru - buat anak-anak yatim ini – datangnya daripada kita di sini. Entah… saya masih berkira-kira.


Saya terfikir, di rumah kami tiada meja makan. Kami makan bersila. Barangkali kos membeli meja makan tersebut disalurkan kepada anak-anak yatim ini.


Aizat oh Aizat, terpancar ketulusan beliau menuntut ilmu di bumi bertuah ini. Saya terkesan.


Nantilah… saya fikirkan!


Tazkirah Haji


Kenalan baru saya, Haji Ahmad Amir


Beliau bukan pembaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Malah beliau langsung tidak tahu kewujudan saya di muka bumi ini. Tidak pernah melihat saya di OASIS atau Cafe Akhil Hay yang diulang-ulang sehingga kini.


Lalu tazkirah semalam bertukar menjadi kuliah Maghrib. Saya huraikan satu-persatu pelbagai pandangan dalam konteks jemaah haji Malaysia supaya menjadi insan yang lebih baik bila pulang ke Malaysia.


Bagaimana mahu kekal solat berjemaah di masjid selepas bergelar haji?

Bagaimana mahu terus mahu bangun malam setelah istiqamah di sini selama lebih 40 hari?

Bagaimana mahu kekal berpuasa seperti para nabi dan anbiya sebagaimana yang disarankan oleh Imam Ghazali?

Bagaimana mahu membersihkan hati supaya Dialah yang satu-satunya yang kita sembah dan minta pertolongan, dan

Bagaiman rutin amalan semasa berada di Mekah dan Madinah


Apakah kaitannya dengan ibadat haji?


Matanya berkaca. Ketika mahu beredar menunaikan solat Isya, dalam sebak yang ditahan-tahan, beliau menyebut sesuatu yang menyebabkan saya pula menitiskan airmata,


"Apa yang Ustaz sampaikan dalam masa sejam, kesannya melangkaui kursus yang saya ikuti selama berminggu-minggu"


"Tidak haji…. saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya fikir mustahak semata-mata kerana Allah. Ia pengalaman yang telah saya lalui yang mahu saya kongsi bersama".


Subhanallah, Allah hu akhbar, aku mohon keampunanMu ya Allah. Janganlah aku tersilap dalam menyampaikan ilmu yang diberi pinjam oleh Mu. Jadilah ia ilmu yang bermanfaat.


Saya benar-benar bersyukur kerana diberi kekuatan untuk terus menyampaikan ilmu walaupun hanya untuk "seorang semalam". Ia sangat-sangat istimewa. Mudah-mudahan tiada istilah jemu dalam menyampaikan ilmu.


Di luar masjid selepas solat Isya. Jemaah berganda ramai.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2011 09:33

October 4, 2011

Pandangan sisi

Setiap kejadian boleh dilihat melalui pandangan yang berbeza.


Jemaah haji Malaysia bercerita, "kami terpaksa melalui pemeriksaan imigresen hampir 4 jam".


Tentu sekali ia pengalaman pertama yang amat mendukacitakan. Mungkin ia menguji tahap kesabaran semaksimum mungkin. Malah mungkin ada yang tidak dapat menerimanya.


Akhirnya lahirlah kata-kata yang tidak menyenangkan. Malah hati dan perasaan menjadi gundah gulana. Ia menjadi perbualan pada hari-hari awal di Madinah atau Mekah.


Barangkali juga kita terfikir-fikir, "kenapa begitu? Tidak bolehkah ia dipermudahkan? Bukankah ia urusan hampir setiap tahun?"


Jika ada orang berkata, "ia ujian Allah" maka ramai yang menempelak, "ia ujian yang dicipta manusia".


Saya pernah nyatakan dalam tulisan sebelum ini. Ia bukan soal perbandingan antara dua negara yang berbeza. Malah ia bukan soal baik dan buruk, bagus atau tidak bagus tetapi lebih kepada perbezaan budaya yang sangat ketara.


Hampir sebulan di sini, semenjak pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi bertuah ini, kami sudah bersedia dengan budaya kehidupan baru yang bakal dihadapi.


Saya bukan lagi seorang profesor perakaunan yang bertugas di UiTM, sebuah universiti di Malaysia. Kami pasak di hati yang penghijrahan ke sini adalah semata-mata mencari redha Allah. Semata-mata keranaNya.


Malah jawatan profesor perakaunan di Universiti Taibah hanyalah kaedah atau cara yang Allah berikan untuk kami menetap berhampiran dengan Masjid Nabi. Maka apa jua cabaran dan ujian yang perlu kami lalui menjadi soal kedua. Ia harus dilepasi dengan jayanya.


Dan Allah telah nyatakan dengan jelas, "sabar dan solat, sesungguhnya solat itu tersangat sukar kecuali mereka yang kusyuk".


Seluruh kehidupan merupakan ujian Allah. Cuma di sini berbeza dengan Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan di bumi ini – KSA – sentiasa dalam pergantungan kepada Allah SWT. Kita tidak dapat menduga dengan tepat apa yang bakal kita hadapi.


Berdoa, memohon dipermudahkan, bibir dan hati sentiasa berzikir agar segala berjalan lancar merupakan tindak balas semulajadi.


Hatta memasuki bank untuk membuka akaun.


Dari sudut yang berbeza, ia lebih mendekatkan kami kepada Dia yang Maha Berkuasa. Malah setiap kali urusan selesai akan kami hadap hati dan perasaan dengan penuh kesyukuran, "Alhamdulillah ya Allah, terima kasih ya Allah". Malah sujud syukur menjadi amalan yang semakin signifikan dalam hidup ini.


Benar dan percayalah, "Di sebalik kesukaran akan ada kemudahan. Aku tegaskan sekali lagi, di sebalik kesukaran akan ada kemudahan".


Tazkirah Haji


Tazkirah bersama saudara Anuar dari Kulim


"Anuar, saya cadangkan kita berpuasa Isnin dan Khamis semasa menunaikan haji, kenapa?"


Itulah yang menjadi isu utama perbualan di antara saya dan beliau. Ia petikan daripada buku 50 Tips Motivasi Haji. Kami doakan agar Anuar dan keluarga mendapat haji yang mabrur.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2011 09:02

rPandangan sisi

Setiap kejadian boleh dilihat melalui pandangan yang berbeza.


Jemaah haji Malaysia bercerita, "kami terpaksa melalui pemeriksaan imigresen hampir 4 jam".


Tentu sekali ia pengalaman pertama yang amat mendukacitakan. Mungkin ia menguji tahap kesabaran semaksimum mungkin. Malah mungkin yang tidak dapat menerimanya.


Akhirnya lahirlah kata-kata yang tidak menyenangkan. Malah hati dan perasaan menjadi gundah gulana. Ia menjadi perbualan pada hari-hari awal di Madinah atau Mekah.


Barangkali juga kita terfikir-fikir, "kenapa begitu? Tidak bolehkah ia dipermudahkan? Bukankah ia urusan hampir setiap tahun?"


Jika ada orang berkata, "ia ujian Allah" maka ramai yang menempelak, "ia ujian yang dicipta manusia".


Saya pernah nyatakan dalam tulisan sebelum ini. Ia bukan soal perbandingan antara dua negara yang berbeza. Malah ia bukan soal baik dan buruk, bagus atau tidak bagus tetapi lebih kepada perbezaan budaya yang sangat ketara.


Hampir sebulan di sini, semenjak pertama kali saya menjejakkan kak di bumi bertuah ini, kami sudah bersedia dengan budaya kehidupan baru yang bakal dihadapi.


Saya bukan lagi seorang profesor perakaunan yang bertugas di UiTM, sebuah universiti di Malaysia. Kami pasak di hati yang penghijrahan ke sini adalah semata-mata mencari redha Allah. Semata-mata keranaNya.


Malah jawatan profesor perakaunan di Universiti Taibah hanyalah kaedah atau cara yang Allah berikan untuk kami menetap berhampiran dengan Masjid Nabi. Maka apa jua cabaran dan ujian yang perlu kami lalui menjadi soal kedua. Ia harus dilepasi dengan jayanya.


Dan Allah telah nyatakan dengan jelas, "sabar dan solat, sesungguhnya solat itu tersangat sukar kecuali mereka yang kusyuk".


Seluruh kehidupan merupakan ujian Allah. Cuma di sini berbeza dengan Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan di bumi ini – KSA – sentiasa dalam pergantungan kepada Allah SWT. Kita tidak dapat menduga dengan tepat apa yang bakal kita hadapi.


Berdoa, memohon dipermudahkan, bibir dan hati sentiasa berzikir agar segala berjalan lancar merupakan tindak balas semulajadi.


Hatta memasuki bank untuk membuka akaun.


Dari sudut yang berbeza, ia lebih mendekatkan kami kepada Dia yang Maha Berkuasa. Malah setiap kali urusan selesai akan kami hadap hati dan perasaan dengan penuh kesyukuran, "Alhamdulillah ya Allah, terima kasih ya Allah". Malah sujud syukur menjadi amalan yang semakin signifikan dalam hidup ini.


Benar dan percayalah, "Di sebalik kesukaran akan ada kemudahan. Aku tegaskan sekali lagi, di sebalik kesukaran akan ada kemudahan".


Tazkirah Haji


Tazkirah bersama saudara Anuar dari Kulim


"Anuar, saya cadangkan kita berpuasa Isnin dan Khamis semasa menunaikan haji, kenapa?"


Itulah yang menjadi isu utama perbualan di antara saya dan beliau. Ia petikan daripada buku 50 Tips Motivasi Haji. Kami doakan agar Anuar dan keluarga mendapat haji yang mabrur.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2011 09:02

October 3, 2011

Bila berjauhan

Kiriman ikan bilis melalui Ustazah Zakira


Kami hampir sebulan di sini. Pantasnya masa berlalu. Maka benarlah kata orang, "berjauhan menjadi kasih sayang bertambah".


Malam tadi, saya menerima kiriman Kak Ma melalui Ustazah Zakira. Ikan bilis, serunding daging dan asam keping. Ia kelihatan biasa-biasa tetapi itulah tanda kasih-sayang seorang kakak kepada adiknya.


Malah ramai rakan-rakan FB dan khalayak pembaca buku Travelog Haji yang mengirim e-mel menyatakan, "Prof, beg saya masih ada sedikit ruang, mahukah saya membawa sesuatu?"


Kami tidak tahu apa yang kami hendak. Kami hidup dengan apa yang ada. Tentu sekali jika saya benar-benar berkeperluan akan saya maklumkan melalui FB dan blog memohon bantuan.


Saya menghargai kasih-sayang keluarga, sahabat handai dan jemaah haji Malaysia. Hanya Allah membalas budi baik dan tanda ingatan semua.


Jemaah Haji


Semalam pemisah antara musim haji dengan sebelumnya. Inilah suasana jam 5.50 petang di saf-saf hadapan. Jika hari-hari biasa, saya masih boleh berada di saf nombor 2 dan 3.


Kini di saf ke 6. Entah… besok – lusa, saya perlu lebih awal ke masjid!


Ia semakin padat. Namun ia ada ruang buat mereka yang mahu, InsyaAllah.


Di kiri-kanan saya jemaah dari Malaysia. Saya memilih untuk menyampaikan sedikit tazkirah kepada Pak Mat, pesara dari Kuala Terengganu. Tentu sekali tip-tip daripada buku 50 Motivasi Haji disampai secara terpilih bagi membangkitkan motivasi beliau untuk melaksanakan amal ibadat sebaik mungkin.


"Saya masih merangkak-rangkak membaca al-Quran," beliau membuat pengakuan.


Akhirnya – sebelum berpisah – setelah usai solat Isya beliau memeluk kemas saya. Terasa getarnya pelukan seorang jemaah haji yang ingin mencari keredhaan Allah.


Ya Allah, anugerahkan Pak Mat haji yang mabrur!


Iqamah


Ujian Allah buat kami sekeluarga ialah pengeluaran Iqamah, permit residen. Ia ibarat IC buat penduduk Arab Saudi. Segala-galanya bergantung kepada Iqamah.


 Urusan pendaftaran sekolah anak-anak, lesen dan kereta, akaun bank, pengeluaran cek, umrah, haji …. ah… segala-galanya bergantung kepada Iqamah.


Hampir kesemua pensyarah baru menerima iqamah masing-masing tidak sampai pun 10 hari selepas melapor diri. Kami sekeluarga kelihatan ganjil.


"Ya Allah Kau permudahkanlah…," itulah rayuan yang sentiasa berdetik di hati. Malah selesai solat, isu iqamah ini sentiasa diadukan kepada Dia yang Maha Berkuasa.


Akhirnya, setelah hampir 21 hari menunggu, saya menerima dokumen yang paling berharga di sini. Kami bersyukur.


Meraikan Anak-Anak


Semakin montok


Sofea juga begitu


Dunia mereka kelihatan sedikit berbeza berbanding 2-3 bulan yang lampau. Namun mereka – Amirul dan Sofea – kelihatan sentiasa ceria. Itulah abang dan adik, itulah rakan sepermainan dan mereka sentiasa bersama mama dan ayah.


Semalam – usai solat Isya - saya meraikan mereka dengan makan malam di sebuah restoran istimewa yang menghidangkan makanan Arab. Ia berlatarbelakangkan Haram.


"How old are you?," tanya waiter kepada Amirul.


"13″


"OK, free to this girl," beliau tersenyum.


Saya memerhatikan mereka menjamu selera. "Best ayah…"


"Ya Allah, jagalah anak-anak ku ini ya Allah. Pandulah mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah".


Barangkali saya semakin tua. Hati mudah terasa. Ada getar di dada.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2011 09:06

October 2, 2011

Tazkirah Haji

Jemaah Haji Malaysia memasuki Madinah untuk melaksanakan ziarah sebelum melakukan ibadat Haji. Ramai yang menyangka tujuan utama mereka datang ke sini adalah untuk menziarah kubur Nabi Muhammad (selawat dan salam kepada baginda, keluarga dan para sahabat).


Saya berpesan kepada Hisham, "Sham, ramai di antara kita yang datang solat di sini, kemudian berjalan melalui pintu Babu Salam ke arah pintu Baqi', melintasi kubur baginda, berselawat, memberi salam dan beredar pergi.


Setiap hari mereka datang melawat kubur baginda tetapi ironinya tidak lima waktu bersolat di Masjid ini. Malah banyak masa dihabiskan dengan berehat-rehat di hotel. Betulkan niat dan amalan kita".


Saya terkenang satu hadis sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud,


Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya: Tidak disyare'atkan pengadakan perjalanan (untuk tujuan beribadat) kecuali kepada tiga masjid: Al-Majid Al-Haram, dan Masjid Al-Rasul dan Masjid Al-Aqsa.


Maksudnya, ziarah (perjalanan) ke masjid Nabawi disyariatkan. Ia untuk kita beramal ibadat di sini. Pastikan kita melaksanakan amal ibadat semaksimum mungkin kerana anugerah seumpama ini tidak kedapatan di tempat-tempat lain.


Malah satu hadis yang melekat di hati saya yang telah diriwayatkan oleh Abu Darda dan direkodkan oleh Al-Baihaqiy yang bermaksud,


Fadhilat solat dalam Masjid Al-Haram sama dengan 100 000 solat (dalam Masjid yang lain) dan fadhilat solat dalam Masjid Rasul (Masjid Nabawi) sama dengan 1000 solat (dalam Masjid lain selain Masjid Al-Haram) dan solat dalam Masjid Al-Aqsa sama dengan 500 solat.


Alhamdulillah, ketika berada di Madinah, kita juga berpeluang melawat kekasih Allah, insan yang kita cintai, dan ketika berselawat kepadanya kita berasa benar-benar hampir (walaupun telah diceritakan di mana-mana sahaja kita berselawat kepada baginda, para malaikat juga turut berselawat dan kita dijanjikan dengan pelbagai kelebihan).


Malah ada orang berkata, "saya suka mengucap di sini, seolah-olah saya berikrar betapa tiada Allah yang aku sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya sambil diperhatikan oleh baginda".


Sungguh, kita terasa benar-benar hampir.


Namun hakikat yang perlu lebih dijelaskan, perasaan hampir dengan baginda bukanlah kerana berada di masjid ini tetapi dengan melaksanakan sunnah baginda misalnya dengan solat berjemaah. Apalah yang hendak diagongkan berada di Madinah jika solat lima waktu pun tidak mampu untuk hadir ke masjid kerana kita membesarkan tidur atau rehat yang berpanjangan.


Saya nyatakan kepada Hisyam, "cabaran ini menjadi lebih ketara buat jemaah haji yang datangnya lebih awal – KT01, KT02, KT03 – yang akan beredar menuju ke Mekah. Masa panjang sebelum wukuf di Arafah dihabiskan di hotel, shopping, bersembang dan pelbagai kegiatan lain yang tidak menjurus untuk melatih diri menjadi manusia yang lebih baik selepas menunaikan fardhu haji".


Jika sayang dan cintakan baginda, ikutlah apa yang disuruhnya, apa yang diamalnya dan apa yang diajar oleh baginda.


Allah… ya Allah… aku mohon keampunan Mu jika aku tersilap ya Allah. Aku berpesan kepada diri ku kepada para sahabat ku dan kepada muslimin dan muslimat supaya kami hampir kepada Mu ya Allah.


Tetamu di rumah kecil di Jabal Ohud


Inilah tetamu pertama – jemaah haji Malaysia – yang sudi berkunjung ke rumah. Pasangan suami isteri – Siti Radziah – tinggal di Putra Jaya. Mereka pembaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.


Tiada apa yang dapat kami hidang, hanya air istimewa Lemon Nak-Nak, roti Arab, dalca daging, teh pudina dan kek coklat kurma. Kami mendoakan mereka mendapat haji yang mabrur.


Gembira jemaah haji


Ia makan malam yang ringkas


Travelog Masakan: Kek Coklat Kurma dari Madinah

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2011 10:24

October 1, 2011

ANIS: Anak yang ditinggalkan

"Jangan tinggal solat," itulah pesan utama saya kepada kedua-dua anak yang ditinggalkan – Sara fateha dan Ahmad Haris Azrai – ketika mahu berangkat meninggalkan KLIA ke Madinah.


Malah itulah pesan yang berulangkali saya tuturkan semenjak beberapa bulan yang lalu ketika suasana mengesahkan yang kami sekeluarga akan berhijrah ke bandaraya Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat).


Malah kepada anak lelaki saya memberi lebih penekanan kepada soal solat berjemaah, "solat berjemaah, tiada sebab untuk tidak solat lima waktu di masjid. Biar kita yang menjadi pendahulu bukan menjadi pengikut. Jika Azrai mengikut yang ramai, maka sahlah solat subuh akan menjadi amalan terpinggir".


Tentu sekali nasihat yang saya bekalkan bersebab. Pertama, ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada sekumpulan pelajar baru UiTM, hanya lapan daripada 150 siswa yang bangun solat subuh.


Saya terfikir, termasukkah Azrai dalam lapan yang terpilih oleh Allah SWT untuk bangun "menyembah dan beramal ibadat" kepadaNya.


Saya gusar malah sangat runsing dengan keadaan yang sangat-sangat mendebarkan. Akhirnya – saya fikir – hanya Dia sahaja yang mampu melindungi kedua-dua anak yang bakal ditinggalkan.


Kedua, ketika menyampaikan syarahan perpisahan bertajuk "Menghadapi Ujian" di UiTM Segamat saya telah mengemukakan dua pertanyaan kepada khalayak pendengar, iaitu;



Apakah ujian paling besar yang pernah diterima?
Apakah ujian terkini?

Soalan yang sama juga telah diutarakan kepada pembaca blog saya, Kehidupan Ringkas tapi Signifikan. Hasilnya telah saya laporkan kepada khalayak pendengar. Saya nyatakan, "benarlah telahan saya yang beranggapan hampir kesemua di antara kita akan mengaitkan ujian besar dengan sesuatu yang bersifat kehilangan, kegagalan dan kesedihan yang berlaku kepada diri sendiri.


Saya bersangka tiada yang akan mengatakan "ujian paling besar adalah ujian tidur. Saya gagal untuk solat berjemaah di masjid". Kenapa? Solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu. Ia sepatutnya menjadi isu paling besar.


Namun realiti kehidupan manusia tidak begitu. Solat bukanlah sesuatu yang terlampau dijaga. Jika berkesempatan, mereka akan ke masjid. Jika tidak, memadailah dengan solat di ruang pejabat atau di rumah sahaja. Malah mungkin ada yang secara terus-terusan meninggalkan solat lima waktu yang menjadi teras utama mereka yang mengaku beragama Islam.


Jika orang dewasa tidak menganggap solat sebagai sesuatu isu yang besar, agaknya apalah yang boleh diharapkan daripada anak muda – Sara dan Azrai – yang baru berusia 20 dan 21 tahun. Apatah lagi solat merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan sebagaimana firman Allah melalui surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud,


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk


Begitu, saya menaruh keyakinan sepenuhnya kepada janji-janji Allah yang telah disampaikan melalui suatu hadis qudsi yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Allah SWT turun ke langit dunia, ketika 1/3 malam masih tersisa, Allah menyeru:


"Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya?"


Saya nyatakan kepada kedua-dua mereka, "insyaAllah, itulah yang akan ayah lakukan. Bangun pada 1/3 hujung malam yang tersisa untuk berdoa dan meminta kepadaNya supaya anak-anak ayah diberi kerahmatan, keampunan dan taufik-hidayah. Ayah akan membuat permohonan kepadaNya agar awak berdua dilembutkan hati untuk menunaikan solat dengan sempurna".


Meninggalkan dua daripada anak-anak bersendirian di Malaysia merupakan sebahagian daripada proses hijrah yang telah kami pilih. Kami mahu mereka menamatkan pengajian di universiti yang tinggal hanya beberapa semester sahaja lagi. Mudah-mudahan itulah yang terbaik di sisi Allah SWT.


Perpisahan sementara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai di antara anak-anak yang telah melanjutkan pelajaran ke Luar Negara sejurus menamatkan pengajian di peringkat persekolahan menengah dan berjaya pulang dengan jayanya.


Namun dalam konteks Sara dan Azrai saya ingin menerapkan konsep kebergantungan kepada Allah SWT dalam apa keadaan sekalipun. Perpisahan bersama keluarga merupakan sebahagian daripada proses tersebut yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Dia yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.


Saya mengajar anak-anak supaya memahami betapa Allah sentiasa berada di sisi hambaNya dengan memberi pelbagai pertolongan. Cuma kebanyakan di antara kita tidak menyedari betapa segala perkara yang disebut "mujur" dan "nasib baik" berlaku atas kehendak Allah. Tiada satupun yang berlaku di atas muka bumi ini tanpa pengetahuanNya.


Bezanya, mereka yang memohon pertolongan Allah akan sentiasa bersyukur dengan pelbagai nikmat yang diperolehi berbanding dengan mereka yang beranggapan segala kejayaan yang dicapai adalah semata-mata berdasarkan usaha mereka sendiri.


Mereka yang berdoa akan menyebut, "alhamdulillah, Allah memakbulkan doa-doa kami". Manakala mereka yang tidak berdoa akan menyebut, "aku berjaya kerana melakukannya dengan strategi yang betul".


Barangkali saya ingin berpesan dengan bersungguh dengan kata-kata berikut, "ingatlah anak-anakku, pertolongan Allah itu sentiasa ada bagi mereka yang bersabar dan yakin dengan kekuasaan Allah SWT. Jika kita mengingati Allah, Dia pasti ingat kepada kita. Jika kita hampir, Dia lagi hampir". Bukankah Allah telah menyatakan yang Dia akan membantu kita sebagaimana ayat 135, surah al-Baqarah yang bermaksud,


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar


Anak-anak merupakan sebahagian ujian Allah yang membahagiakan. Namun ia juga boleh mendukacitakan. Melalui surah al-Anfal ayat 28 Allah telah menegaskan, "Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar".


Jika menjadi anak yang soleh atau solehah ia boleh menjadi penghubung dengan kedua-dua ibu bapanya sehinggalah bertemu di syurga Firdaus. Mudah-mudahan kedua-dua anak yang ditinggalkan akan meneruskan kehidupan mereka di bawa perlindungan Allah SWT.


Saya akan berdoa, berdoa dan berdoa.


Saya akhiri tulisan bulan ini dengan satu harapan kepada khalayak pembaca, "tegurlah jika bertemu anak remaja yang kelihatan perlu diberi peringatan. Jika tidak mampu, berdoalah supaya mereka menjadi manusia yang dekat dengan Penciptanya. Mana tahu, mungkin di antara mereka itu adalah kedua-dua anak yang saya tinggalkan".


Saya mohon keampunan Allah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 01, 2011 09:24

Notis

Hampir setiap hari KRTS menerima berpuluh-puluh SPAM komen. Saya tidak dapat meneliti komen-komen ini setiap hari. Ada di antaranya terselit komen-komen yang genuine.


Jika tuan-tuan mahu menulis komen dan tidak mahu komen ini secara automatik dimasukkan ke dalam SPAM komen mohon jangan dilink komen ini dengan beberapa link lain.


KRTS tidak menyekat sebarang komen (tiada moderator), cuma ia menyekat secara automatik komen yang mempunyai banyak link dan panjangnya melebihi isi tulisan utama.


KRTS adalah blog Ringkas tapi Signifikan.


NOTIS ini akan berada di sini untuk beberapa hari.Entri baru akan ditulis di bawah notis ini. Harap maklum.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 01, 2011 01:20

Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.