Muhd. Kamil Ibrahim's Blog, page 32
February 1, 2012
Pasir Halus
Hujan, Madinah - Mekah
Kami sekeluarga berada di Mekah.
Perjalanan kali ini sangat berbeza. Pertama, kami melalui pengalaman menerima hujan lebat. Inilah pertama kali saya menggunakan wiper kereta.
Oh…. ada gunanya!
Kedua, kami bertemu dengan pasir yang berterbangan. Jika mahu diistilah sebagai ribut pasir – saya fikir – ia mungkin belum mencapai tahap tersebut.
Di dataran Kaabah juga dipenuhi dengan debu halus yang tidak kelihatan dengan mata kasar.
Ia kelihatan lengang!
Setiap kali membuat pusingan tawaf saya tidak lupa berdoa, "Ya Allah, mudahkanlah kami membina rumah Mu ya Allah. Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka yang telah memberi sumbangan ini dan kau binakanlah rumah yang indah dan damai di syurga Mu kepada mereka ini ya Allah".
Allah ya Allah, kami mohon pertolongan Mu.
January 31, 2012
Kasta

Tetamu dari Yanbo'. Pertemuan yang tertangguh.
Haram.
Ramai orang menunaikan solat lima waktu di sini. Agaknya pengunjungnya terdiri daripada pelbagai golongan. Mereka yang kaya, sederhana, miskin, bergelar dan tidak bergelar, berpangkat, berdarjat atau manusia biasa-biasa berada di sini tanpa disedari.
Ia kelihatan tiada perbezaan.
Jika mahu berbeza sekalipun, tiada siapa yang peduli. Mungkin pakaian yang dipakai berbeza. Gaya jalannya kelihatan penuh keyakinan.
Sesekali, saya ada juga berjumpa dengan insan yang mahu diketahui asal-usul pangkat dan darjatnya. Ia sangat sedikit.
Dalam diam-diam, Haram mengajar saya untuk melihat manusia sebagai insan yang sama di sisi Allah.
Di luar Haram, suasananya terus berbeza. Masyarakat tempatan melihat kedudukan mereka yang lalu-lalang di hadapan mereka mengikut pasport yang dipegang.
Ia ada kelas dan darjat yang berbeza. Ia terbina bukan sehari dua. Bertahun. Dan ia bergantung kepada apa yang berlaku di negara masing-masing, tingkah laku di sini, dan kenapa kita berada di Arab Saudi.
Benar, ia berbeza-beza!
Isu inilah yang cuba saya perkata kepada tetamu malam tadi, Nazrimi dan keluarga dari Yanbo. Allah juga menghadirkan tingkat-tingkat tertentu kepada hambaNya.
Premis inilah yang cuba saya ingatkan diri sendiri, isteri, anak-anak, keluarga serta rakan-rakan semua agar kita dianugerahkan tingkat "masuk syurga tanpa dihisab".
Malah ia lebih selesa jika disebut sebagai "golongan terpilih".
Ia diperolehi dengan rahmatNya mengikut aturan tertentu. Dan aturan inilah yang cuba kita laksanakan agar ia selari dengan istilah golongan terpilih. Asas paling utama ialah dengan melakukan sesuatu semata-semata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah.
Kita pasti tersenyum dengan lagak orang terpilih ini apabila menerima buku amalannya nanti sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT….
Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata,"Ambillah bacalah kitabku (ini)" Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai dalam syurga yang tinggi (Surah al-Haqqa: 19-22).
Bayangkan….
Di dunia akan ada orang yang action dengan pangkat dan darjat serta kedudukan, di sana nanti ada juga yang begitu. Cuma, nilaiannya sangat berbeza!
RM252 000
Secara purata, setiap hari Tabung Masjid KRTS menerima RM21000 sumbangan daripada Khalayak KRTS dan FB. Ia sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan.
Tidak sampai dua minggu, jumlah kutipan sangat-sangat menghampiri sasaran pembinaan awal masjid. Ketika saya menulis ini, hanya 48000 yang memisahkan dengan sasaran tersebut.
MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Saya sangat-sangat bersyukur kepadaNya. Secara teorinya, para penyumbang sudah melaksanakan tanggungjawab mereka. "Khalas," kata orang-orang di sini.
Kini tinggal saya yang bertanggungjawab pula di atas keyakinan dan kepercayaan para penyumbang untuk menguruskan dana ini.
Secara praktikal, saya sangat-sangat mengharapkan agar kita semua sama-sama bangun 1/3 malam yang tersisa, berqiamullail memhon keampunan Allah dan berdoa serta bermunajat kepadaNya.
Di antaranya, selitkanlah sedikit permohonan agar usaha-usaha ini dipermudahkan. Dengan rahmatNya juga kita memohon agar usaha yang sedikit ini diterima sebagai satu amal yang dipandangNya.
Kami mohon keampunan Mu.
January 30, 2012
Pengunjung KRTS

Rakan KRTS mengikut lokasi

Jumlah Bulanan Khalayak KRTS
January 29, 2012
Bandaraya Madinah
Madinah adalah bandaraya Rasululullah (segala puji dan selawat kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat). Mereka yang berada di bumi ini sangat berbangga mengikut sunnah baginda.
Setiap tindakan perlu berpandukan al-Quran dan sunnah. Itulah yang diuar-uarkan. Di sini terdapat rakan-rakan pelajar yang rapat dan suka berbincang dengan saya. Pernah saya berkata,
"Cuba kumpulkan berapa bilangan hadis yang telah kamu pelajari dan yang telah diamalkan. Misalnya, kita bermula dengan rukun Islam yang lima. Inilah asas untuk menulis buku. Saya fikir kita perlu belajar dari sekarang untuk melihat sesuatu isu secara kritikal".
Namun saya melihat daripada pandangan sisi yang mudah. Misalnya rukun Islam pertama yang melibatkan soal tauhid. Apakah kita melakukan sesuatu kerana Allah? Berapa banyak perkara yang kita mendahulukan $$$ di dalam membuat keputusan?
Siapakah yang boleh memberi jawapan? Hanya diri sendiri.
Berpandukan sunnah Rasulullah, apakah yang dilakukan oleh baginda dalam konteks menunaikan solat?
Pertama solat berjemaah. Ketika beliau sakit sekalipun dikhabarkan beliau tetap mahu menunaikan solat berjemaah. Saya fikir inilah sunnah yang paling perlu diikuti oleh umat Islam yang mahu menjadi insan terpilih.
Terlintas di hati dengan satu hadis yang pernah saya baca menceritakan gambaran betapa pentingnya solat berjemaah. Hadis tersebut bermaksud,
Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak.
Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.
Malah dalam satu hadis yang lain, Rasulullah telah menyatakan dengan tegas tentang kepentingan berada di masjid. Hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim ini bermaksud,
"…sesungguhnya memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku suruh seseorang untuk mengimami para jemaah, dan aku pula keluar dengan beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka"
Kemudian, perhatikan bagaimana beliau solat malam.
Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : "Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : "Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa).
Lalu Nabi SAW menjawab : "Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur". (Hadith Riwayat Bukhari) .
Allahu Akbar…. setiap orang yang mahu mengajar dan menyebut tentang sunnah Rasululullah SAW agaknya perlu berusaha mengamalkan terlebih dahulu apa yang mahu disampaikan.
Tentu sekali saya tidak mempunyai autoriti untuk menulis tentang hadis namun saya fikir sudah bersedia untuk menulis "50 Hadis yang telah saya baca dan cuba amalkan".
Alhamdulillah, saya perlu berterima kasih kepada salah seorang pelajar Malaysia lulusan hadis Universiti Madinah yang sanggup bersama saya memberi nasihat, menyemak dan mengkelaskan samada hadis yang saya baca dan amalkan sebagai sahih, hasan, daif atau hadis palsu.
Saya telah memberi banyak pandangan kepada mereka yang berautoriti untuk menulis tetapi biarlah saya memberi teladannya. Mudah-mudahan pinjaman ilmu Allah ini menjadi ilmu yang bermanfaat.
Sesungguhnya Dia berkuasa memberi ilmu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Saya bahagia menulis di sini, Madinah bandaraya Rasululullah.
January 28, 2012
Haris dari Jordan

Mudah-mudahan Haris berjaya di dunia dan akhirat
Saya fikir hampir 100 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan berada di Madinah pada ketika ini. Salah seorangnya Haris.
"Mak saya pesan berjumpa dengan Prof apabila sampai di Madinah", lebih-kurang begitulah SMSnya. Ketika itu saya masih berada di Al-Ula.
Pastinya beliau tidak mengenali saya. Agak saya begitu. Namun saya terus menjawab SMS beliau dengan menjemput ke rumah. "Tunggu saya selepas Isya pada hari Jumaat".
Kami memang seronok menerima tetamu.
"Tidak ajak kawan?," saya bertanya. Tentu sekali beliau tidak mahu menyusahkan saya. "Boleh bawa kawan tetapi kena maklumkan kepada saya supaya senang kami bersiap".
Saya mematikan pertanyaan awal.
"Haris tidur rumah saya. Besok kita sama-sama solat subuh di Haram. Boleh?'.
Beliau bersetuju.
Sambil menjamah nasi Mandy saya bercerita, "nanti kalau Haris berjaya jadi Doktor, jadilah seorang doktor muslim. Bila jumpa pesakit bagi salam, kemudian bertanya, pak cik sudah solat?"
Lalu saya bercerita pengalaman ketika ditahan di wad. Hampir semua rakan sewad tidak menunaikan solat fardhu. Alahai… mereka gagal dalam menghadapi ujian badan!
"Di hospital, Dr adalah Khalifah. Kata-kata doktor boleh menjadi satu dakwah yang mudah. Misalnya jika kita berkata, ingat Allah pak cik, Dia yang menyembuhkan kita… bila kita sakit, Allah mahu uji kita. Jangan tinggal solat…"
Kalau itulah amalan kita dengan pesakit, mudah-mudahan Allah lembutkan hati mereka untuk hampir dengan Allah.
Lalu saya pujuk Haris, "cuba amalkan bangun malam. Solat dua rakaat, berdoa, bermunajat dengan Allah. InsyaAllah ia akan membentuk kita menjadi manusia yang lebih baik".
Inilah kunci kekuatan dalaman manusia. "Haris, saya fikir begitu…."
Barangkali saya sedang menasihat anak kandung sendiri – Ahmad Haris Azrai – nun berada jauh di Pulau Pinang.
"Ya Allah jadikanlah anak-anak kami sebagai anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat. Temukan kami di syurga Mu ya Allah".
Saya melihat Roza membekalkan Roti John kepada Haris ketika kami mahu bertolak ke Haram. Juga, kasih ibu pada seorang anak yang berjauhan!
January 27, 2012
RM217 000
Ia jumlah yang besar untuk tempoh yang singkat.
Gambarannya mudah. Rakyat Malaysia sangat dermawan. Malah dermawan ini juga datangnya dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Barangkali ia sifat umum umat Islam yang diasuh begitu. Namun saya lebih berfikir ia adalah golongan terpilih di sisi Allah.
Ramai yang tidak lokek dengan apa yang ada di tangan mereka. Tinggal lagi ia kini menjadi tanggungjawab saya dan Roza untuk menguruskan jumlah yang sebegitu besar.
Ujian pertama telah kami lepasi apabila akaun simpanan Roza kelihatan pelik kerana menerima jumlah wang yang banyak dalam tempoh yang singkat berbanding dengan masa-masa terdahulu telah ditahan.
Kami menjangkakan akan memulakan urusan pembelian tanah tapak masjid pada pertengahan tahun hadapan. Alhamdulillah ia akan dimulakan pada bulan Jun ataupun Julai ini dengan sokongan daripada rakan KRTS dan FB.
Sebagaimana yang saya nyatakan, projek masjid KRTS bermula dari sifar. Ia akan dibina di Somalia yang masih belum mempunyai kerajaan. Cabarannya besar.
Cabaran inilah yang menyebabkan saya dan rakan-rakan lebih bersemangat. Malah sudah ada yang secara sukarela mahu turun ke Somalia pada tahap-tahap tertentu pembinaannya nanti.
(Nota: Kesemua sumbangan adalah untuk pembinaan masjid bukan untuk belanja pengurusan, tiket kapalterbang, makan-minum atau apa-apa sahaja pembelanjaan yang bukan berkait langsung dengan fizikal masjid tersebut. InsyaAllah).
Allahu Akbar, hanya pada Dia kita berserah. Hanya pada Dia kita bertawakal. Dan hanya pada Dia kita lakukan usaha-usaha ini, semoga ia menjadi satu amal ibadat yang diterimanya.
Selain memberi sumbangan, marilah kita bangun pada 1/3 hujung malam yang tersisa, solat malam, bermunajat dan berdoa agar kita menjadi manusia yang lebih hampir kepadanya.
Dan selitkan sedikit permohonan agar masjid ini menjadi masjid yang dibina atas dasar taqwa dan mudah-mudahan dipermudahkanNya.
MasyaAllah. Allahu Akbar, kami mohon keampunan Mu ya Allah.
Jamal

Ia ciptaan Allah yang sangat istimewa
"(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?"
Itulah pertanyaan Allah SWT melalui surah Surah Al-Ghashiya ayat 17. Dalam kebanyakan kes, manusia tidak perlu memasuki Universiti Islam Madinah atau Universiti Islam Antarabangsa untuk memikirkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.
Ia ada pada seekor unta!
Sebelum sampai hari akhirat, kita perlu menempuh perjalanan kehidupan. Marilah kita merenung sejenak dengan pelbagai ciptaan Allah yang boleh mendekatkan jiwa dan perasaan kepadaNya.
Ia ada di sekitar kita!
RM198 000

RM172 000

RM161 000

RM158 000

Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers