Muhd. Kamil Ibrahim's Blog, page 15

July 14, 2012

Dari Lensa Amal dan AinMaisarah Novelis

Azrai, Amirul dan Fadi diberi tanggungjawab mengurus buku-buku yang dilancarkan. Anak bujamg kami semakin membesar.


Kami ingin menyambut tetamu, Ia berakhir dengan sesi tandatangan sebelum majlis bermula.


Majlis bermula dengan ruang hampir dipenuhi sepenuhnya


Bersama - Shaiful - adik lelaki, di sisi dewan melayani rasa sebak di hati.


Usai majlis menunggu tandatangan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2012 09:24

July 13, 2012

Galeri Ilmu

Keluarga Galeri Ilmu


Kami gembira berada di dalam keluarga besar Galeri Ilmu.


Mereka yang saya kenali – melalui alam maya – nyata sangat berbeza apabila berhadapan. Saya gembira dapat berjumpa dengan Suraiya, Editor Bersyukur Saat Diuji.


Mungkin saya tidak teliti tetapi sehingga ke saat ini saya belum berjumpa dengan kesalahan ejaan melalui buku tersebut. Tahniah puan, saya sangat menghargainya.


Malah nama-nama seperti Shimah, Tuan Zakaria, Tuan Wan Azmi, Tuan Yusuf dan mereka yang lain menambah lagi kenalan dalam dunia penerbitan.


Hanya satu rasa yang mahu saya kongsi, “kami gembira bersama kumpulan ini”. Mudah-mudahan ia berkekalan selama mungkin.


Sudah lama tidak posing di hadapan kamera!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2012 02:55

July 12, 2012

Majlis kesyukuran, pertemuan dan tazkirah

Menyerahkan buku-buku yang akan dilancarkan


Prof Hatta Azad Khan rakan sejawat di UiTM. Kami sama-sama berada di dalam senat UiTM. Ketika itu beliau menjawat jawatan Dekan Fakulti dan saya pula bertugas sebagai Pegawai Khas Naib Canselor dan kemudiannya Pengarah UiTM Johor.


10 bulan di Madinah membawa banyak perubahan. Beliau kini bertugas sebagai Rektor ASWARA.


Petang semalam saya berkunjung ke ASWARA (Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan), bertemu muka dengan beliau bagi menyerahkan buku-buku  yang akan dilancar.


Hakikatnya, beliau sudah menyudahkan bacaan buku Travelog Kehidupan Abadi setahun yang lepas. Beliau menulis PRAKATAnya. Malah ulasannya nyata menarik.


Dua tajuk yang lain – Bukan Sekadar Resepi dan Bersyukur Saat Diuji – telah dibaca 3-4 bulan yang lepas berdasarkan fail PDF.


“TV3 akan membuat liputan majlis ini. Agak saya untuk program Jejak Rasul dan Al-Hidayah serta Majalah NONA. Juga, tim ANIS akan hadir sama,” saya memaklumkan kepada Prof. Hatta.


Tentu sekali saya bersukacita membawa tokoh yang terkenal melalui siri “Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu” terbitan TV3 kepada khalayak KRTS. Beliau seseorang yang saya hormati.


Allah… Allah… minggu yang sangat sibuk. Hari ini, pagi-pagi lagi membuat rakaman untuk IKIM.FM melalui slot Bicara Buku. Di sebelah malam, jemputan makan malam dan persiapan dewan di INTEKMA RESORT.


Ramai yang bertanya, “bukankah buku-buku ini sudah lama di pasaran?”


Saya ketawa. Alahai… ia sudah dilancarkan di PWTC. Kemudian, kami melancarkannya di Kuching Sarawak. Alhamdulillah, Mufti Sarawak sendiri yang menyempurnakannya.


Ia bukan semata-mata soal pelancaran. Ia pertemuan yang dipohon oleh ramai khalayak KRTS, facebook dan pembaca buku. Malah ia ruang untuk dijadikan taman syurga dengan mengadakan sedikit Tazkirah, InsyaAllah.


Usai majlis di INTEKMA – di sebelah malam - saya dan Roza membawa Khalid dan keluarga ke majlis perkahwinan yang berlangsung di Tropicana Golf and Country Club. Meskipun bukan secara tradisional, saya fikir ia memadai untuk mereka merasai suasana majlis tersebut.


Ahad, di sebelah pagi, TV3 akan membawa rakaman di rumah terutamanya suasana makan pagi bersama tetamu Arab. Rakaman ini akan bersambung di Madinah pada bulan Ramadhan.


Di sebelah tengahari, kami akan diraikan di Bandar Baru Bangi oleh Dr Nizam. Di Bangor, beliau dan saya berpelukan di padang golf apabila di serang angin ribut yang luar biasa.


Pada ketika yang lain, kereta yang dipandu oleh beliau dengan saya di sisi melanggar pembahagi jalan Manchester-Bangor yang menyebabkan kereta turn-turtle. 


Allah… Allah, ibu beliaulah yang menjaga Amirul ketika saya di saat-saat akhir menyudahkan tesis PhD. Begitu banyak kenangan yang dikongsi bersama.


Krew TV3 juga akan mengikut saya menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Al-Husna, Seksyen 20 di sebelah malam Ahad. Ia minggu yang benar-benar mencabar.


Namun ia juga nikmat Allah yang tidak terperi rasanya. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Semoga Allah memudahkan segalanya.


Besok – khusus untuk semua khalayak - saya menunggu di INTEKMA RESORT. Jemputlah, ia bermula jam 8.00 pagi!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2012 09:27

July 11, 2012

Lega

Mereka bercuti dari Brunei. Agak saya mereka mahu ke majlis kesyukuran dan pelancaran buku di Intekma Resort. Lega, kami bertemu ketika solat subuh di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.


Lega.


Itulah perasaan saya apabila usai menunaikan solat subuh di masjid. Berjemaah subuh di masjid merupakan proksi ketahanan jiwa yang utama di dalam menghadapi ujian Allah.


Satu hadis yang sentiasa saya kenang, ingati dan memberi motivasi untuk tidak meninggalkan solat subuh berjemaah adalah hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.


Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak.


Ia jadi lebih bermakna apabila digabungkan dengan satu hadis berkaitan yang lain, juga riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud,


“…sesungguhnya memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku suruh seseorang untuk mengimami para jemaah, dan aku pula keluar dengan beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka”


Kami – saya, Azrai dan Amirul – keluar dari Farenheight Suites di tengah-tengah Jalan Bukit Bintang jam 5.30 pagi. Ia suasana yang sangat berbeza berbanding beberapa jam sebelumnya.


Riuh-rendah. Berpusu-pusu manusia. Kiri dan kanan.


Pagi ini…. ia tenang seolah-olah bukan Bintang Walk yang terkenal itu.


“Abang, kami mahu ke masjid. Boleh bawa ke masjid yang paling hampir,” saya tugaskan Azrai berbicara dengan pemandu teksi yang berhenti di hadapan kami.


Lalu tidak sampaipun lima minit, kami sudah boleh solat sunat di Masjid Al-Bukhari, Jalan Maharajalela.


Jika ada yang bertanya, “berapa kosnya?”. Tentu sekali saya akan tersenyum mengenangi makan malam di Secret Recipe yang melebihi RM200 untuk kami bersebelas.


Saya jarang berkira tentang makan, maka bayangan kedua-dua hadis itu menjadikan saya perlu merangkak untuk pergi. Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat kesihatan dan harta benda yang membolehkan kami berjemaah di masjid.


Meter menunjukkan RM3.60 dan kerana ia sebelum jam 6.00 pagi maka kosnya menjadi RM7.20. Saya beri RM10.00 tanpa meminta  pulangan sambil berdoa, “Ya Allah, gerakkanlah hatinya untuk solat subuh berjemaah di masjid”.


Subhanallah. Di sisi saya suami Puan Kamarjhan dari Brunei. Mereka sudah maklumkan akan hadir di INTEKMA untuk menghadiri majlis kesyukuran dan pelancaran buku pada 14hb Julai ini.


Mereka bercuti, berada di tengah-tengah KL (nota, juga tinggal di kawasan sekitar) dan masih mampu untuk ke masjid. Ia soal keutamaan. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan yang sama untuk kami sekeluarga dan rakan-rakan yang sedang bercuti atau melancong untuk melakukan perkara yang sama.


Sepatah kata saya kepada mereka, “ia mendamaikan hati dan perasaan”.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2012 15:56

July 10, 2012

Kuala Lumpur

Pasar Seni bukan lagi seperti yang saya bayangkan....


Bila kali terakhir saya berjalan kaki di KL?


Lama dulu. Seingat saya ia sesuatu yang mahu dielakkan. Saya sudah tidak lagi menikmati pengalaman berada di tengah kota yang serba tidak menepati gaya dan rasa hidup orang yang berusia hampir 50 tahun.


Saya cuba menghargai kesibukan jalannya. Malah saya cuba merasai  keunikan penghuninya. Malam dan siang. Jika tidak kerana Tuan Khalid dan keluarga yang mahu merasai dan mengenali Kuala Lumpur, tidak teragak untuk saya bermalam di sini.


Malam ini kami tidur di Farenheight Suites, di tengah-tengah Jalan Bukit Bintang. Saya mengintai masjid yang paling hampir untuk solat subuh. Mudah-mudahan ada teksi yang akan melintas ke kawasan ini.


Kami gembira di sini


Kami meninggalkan Bandaraya Kuching dengan rasa yang satu. Bersyukur di atas segala kurniaan yang telah Allah pinjamkan kepada saya dan Roza.


Hakikatnya, Allah telah memberi peluang untuk saya menyampaikan sedikit ilmu kepada khalayak. Di kedua lokasi, khalayak luar biasa. Jumlah yang hadir kelihatan menanti-nanti kehadiran kami berdua.


Saya berdoa dan berharap – di antara yang ramai – akan ada seseorang yang akan memanfaatkan saranan dan buah fikiran yang telah disampaikan. Ilmu yang tiada apa-apa, InsyaAllah menjadi sangat berharga buat sipenyampai. Ia boleh menjadi ilmu yang bermanfaat.


Besok, nilainya tidak dapat diukur dengan timbangan biasa.


Namun saya kembalikan nolstagia di sini. Menceritakan kembali bagaimana kehidupan di Sarawak berlatarkan layanan penduduk setempat kepada kami sekeluarga.


Masih segar di dalam ingatan bagaimana jiran tetangga menghulurkan dian apabila bekalan letrik terputus. Banyak lagi. Ia kelihatan biasa-biasa tetapi nyata segar dalam ingatan walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu.


Lalu saya sebut dengan jelas, “tuan-tuan dan puan-puan jangan pula berkecil hati bila berada di Semenanjung dan tidak mendapat layanan yang sama. Kami belum setanding lagi dalam aspek ini”. 


Hukum Newton tidak terpakai di sini. “Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa” atau dalam bahasa yang lebih mudah, janganlah berharap mendapat balasan dengan kebaikan yang telah kita lakukan kepada seseorang.


InsyaAllah, budi baik yang kita persembahkan hanyalah semata-mata kerana Allah. Bukan manusia yang akan membalasnya. Lalu ia bukan sesuatu yang perlu difikirkan.


Pada sudut yang berbeza, kehadiran saya ke Kuching atas usaha dengan izin Allah empat suri rumahtangga yang mahu menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan dakwah dalam kapasiti yang termampu oleh mereka. Mereka mahu menyumbang dengan cara mereka.


Mudah-mudahan Allah memberkati hidup mereka dan keluarga.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2012 14:33

Ia tidak sentiasa begitu

Kami gembira di sini


Kami meninggalkan Bandaraya Kuching dengan rasa yang satu. Bersyukur di atas segala kurniaan yang telah Allah pinjamkan kepada saya dan Roza.


Hakikatnya, Allah telah memberi peluang untuk saya menyampaikan sedikit ilmu kepada khalayak. Di kedua lokasi, khalayak luar biasa. Jumlah yang hadir kelihatan menanti-nanti kehadiran kami berdua.


Saya berdoa dan berharap – di antara yang ramai – akan ada seseorang yang akan memanfaatkan saranan dan buah fikiran yang telah disampaikan. Ilmu yang tiada apa-apa, InsyaAllah menjadi sangat berharga buat sipenyampai. Ia boleh menjadi ilmu yang bermanfaat.


Besok, nilainya tidak dapat diukur dengan timbangan biasa.


Pada sudut yang berbeza, kehadiran saya ke Kuching atas usaha dengan izin Allah empat suri rumahtangga yang mahu menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan dakwah dalam kapasiti yang termampu oleh mereka. Mereka mahu menyumbang dengan cara mereka.


Mudah-mudahan Allah memberkati hidup mereka dan keluarga.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2012 14:33

July 9, 2012

Bumi Kenyalang

Masjid Al-Taqwa, Kg Gita sentiasa makmur


Saya sentiasa merindui Kuching.


Di sini banyak sungguh kenangan manis yang telah kami lalui. Ia berbekas di hati. Misalnya, tulisan pertama saya tersiar melalui akhbar Utusan Sarawak (US) melalui ruangan utama.


Kemudian saya menulis di Dewan Ekonomi, Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dataniaga berbekalkan keyakinan menulis di US. Buku pertama, Motivasi Minda Pelajar dan diikuti dengan Pelajar Cemerlang dan Kecemerlangan Remaja juga bermula di sini.


Melalui Dr Jeniri Amir – editor Utusan Sarawak – saya diangkat sebagai penulis tamu US. Ia hampir dua tahun.


Saya dipanggil “POK” tanda terima penduduk setempat. MasyaAllah, ketika Roza memulakan kerjayanya di MOBIKOM KL dengan saya masih di Kuching, Abang Peri jiran di sini menyatakan, “bawa pulang Sandora untuk jaga Sara dan Amirul”.


Sandoralah yang bersama Roza selama mereka 3 beranak di KL. Ia lambang hubungan di antara kami dengan penduduk Sarawak.


Itu kisah lampau.


Mereka masih baik-baik dengan kami sekeluarga. Malam tadi masjid Al-Taqwa dibanjiri dengan ratusan jemaah. Saya sentiasa rasa teruja di sini.


Benar, kami tidak pernah “serik” berkunjung ke Kuching.


Rombongan kami diraikan oleh Tuan Abas dan Puan Faridah


Usai berkuliah di Kampung Gita, saya dibawa oleh Syahrul Nizam – pensyarah UNIMAS, penulis buku Travelog Ramadhan dan pembicara Motivasi TV3 – ke Top Spot, pilihan lokasi makan malam kami.


Menanti di sana Tuan Abas dan isteri bersama Bidin, Butter Prawn, Jelly Fish, Sup Jagung, Ayam Lemon,Ikan Masam Manis dan Pancake Oyster. Mereka bertanya menu apa yang menjadi pilihan. Saya hanya menyebut 3 perkara sahaja tetapi yang ditempah penuh meja.


Allahu Akbar…. kami berdoa agar mereka dirahmati, diberkati dan diberi rezeki yang melimpah ruah.


Ujian


Kami memahami kehidupan di dunia dengan satu keadaan yang mudah. Ia adalah ujian Allah bagi menentukan samada kita termasuk dalam golongan mereka yang beriman ataupun pendusta.


Modus operandis kehidupan juga tidak perlu rumit. Apa sahaja yang kita mahu lakukan perlu berpaksi kepada pertanyaan, “adakah ia membawa kita kepada menyembah dan beramal ibadat kepadaNya?”.


Jika YA, kita lulus ujian. Jika TIDAK, kita gagal. Namun lulus ujian juga mempunyai kelasnya yang tersendiri. Lulus cemerlang, baik atau sederhana. Ada juga yang lulus bersyarat.


 Prinsip asas inilah yang ingin saya bawa dalam kehidupan berkeluarga.


Misalnya, kita boleh bercuti, melancong atau melakukan apa sahaja tetapi perbuatan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak solat berjemaah di masjid terutamanya pada waktu subuh yang tidak boleh dijamak walaupun bermusafir.


Ironinya, keutamaan kita terpesong. Sesuatu yang wajib dan perlu dilakukan dipinggirkan apabila kita melakukan sesuatu yang menyukakan perasaan.


Ya, kita perlu beringat. Sentiasa beringat bagi menjadi insan terpilih!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 13:29

Kuching

Bersama Dr Halimahton


Kami – saya, Roza, Khalid dan Iman – selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching, jam 10 pagi. Alina dan rakan-rakan menyambut kami seawal keluar dari balai ketibaan.


Saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi terasa seolah-olah bagai bertahun sudah berkenalan. Mulanya beliau bertanya tentang, “berceramah di Kuching”.


Saya setuju.


“Mahukah prof melancarkan buku di Kuching?”


Juga saya bersetuju.


Beliau bersungguh menguruskannya.


Solat Berjemaah


“Kamu solat subuh di mana?,” saya bertanya Fadi.


Beliau kelihatan gusar untuk memberi jawapan. Namun saya tahu beliau tidak pandai berbohong.


“Di sini…”


“Fadi uncle anggap macam anak sendiri. Uncle tidak kisah mahu mandi berjam-jam mandi di swimming pool. Uncle tidak kisah tidur lewat. Uncle tidak peduli jika mahu bermain komputer hingga lewat malam. Tidak tidur pun tidak mengapa”


Terkelip-kelip beliau melihat saya.


“Jangan sebut dengan uncle yang Fadi penat melawat di siang hari sehingga kita tidak boleh bangun solat subuh berjemaah. Kita boleh pergi ke sana-sini tetapi tidak boleh solat berjemaah di masjid. Itu salah.


“Kita lakukan apa sahaja tetapi akhirnya solat berjemaah yang menjadi mangsa!”


Saya tinggalkan beliau dengan kenyataan tersebut. Ia kata-kata yang sama diucapkan kepada Azrai dan Amirul.


Tangisan


Kenapa menangis?


Mereka bertemu di kawasan letak kereta SACC. Tentu sekali ia bukan pertemuan yang dijanjikan. Agaknya kenapa beliau tersedu-sedu sebegitu rupa.


Saya tidak dapat menelah!


Masa


Siapa namanya? Alahai.... terlupa


Masa hanya ada 24 jam sehari semalam. Namun semalam saya rasa seolah-olah masa melebihi 24 jam.


Pagi-pagi lagi kami melawat adik – Afzan – yang baru melahirkan anak pertama. Sofea gembira sekali menyambut sepupunya yang terbaru.


Kemudian, kami berkejar pulang ke Kondo Kemuncak untuk sesi foto dengan majalah Nur. Saya dan Roza ditemubual oleh wartawan Azzah.


Usai sesi temubual, saya meluangkan masa untuk bersama dengan gerai Galeri Ilmu di Pesta Buku Selangor. Saya dan Roza tersengeh-sengeh di situ hampir sejam.


Banyak naskah juga yang terjual!


Allahu Akbar, kami berjumpa pula dengan Adik Na dan suami. “Jom kita makan tengahari. Abang belanja,” satu-satunya adik kandung yang belum dapat bersua semenjak pulang bercuti.


Di sebelah malam pula, kami bersama ratusan jemaah yang menghadiri kuliah Maghrib di masjid Puchong. Hari yang sangat teruja. Alhamdulillah.


4 beradik posing untuk majalah NUR.



Pasangan suami-isteri yang sihat dan montel...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 01:28

July 7, 2012

Nasi Kandar Banjir

Saya ikut Amo....


Semua tidur keletihan di Kondo Kemuncak.


“Ikut uncle,” saya memberi isyarat kepada Fadi.


Saya mahu makan dan teringin nasi kandar banjir.


“Jika kamu boleh makan apa yang uncle makan, kamu boleh tinggal di Malaysia!”


Hasilnya begini,


MasyaAllah..... budak 14 tahun ini lebih mudah... begitulah .... ajarlah anak dari kecil lagi. Mereka lebih mudah dibentuk atau dipengaruhi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2012 10:21

July 6, 2012

Rawang

Bergambar kenangan bersama Ketua Stesyen MARDI di Cameron Highland


Tentu sekali kami tidak menyangka yang kunjungan kami ke CH berakhir dengan sesuatu yang kelihatan rasmi. Ia diatur oleh Tuan Haji Omar Koko (Nota: itulah nama ingatan saya kepada beliau, tercatit di dalam HP).


Kami diberi taklimat oleh Dr Wan Abdullah, ketua stsyen MARDI CH, pusat penyelidikan yang menjalankan pelbagai kegiatan penyelidikan berkait dengan keperluan persekitaran.


Kemudian, kami dibawa melawat kawasan sekitar oleh pegawai bertugas, Tuan Azizan dengan diberi penerangan lengkap. Allah… Allah, ia berakhir dengan jamuan pagi dan makan tengahari yang sangat menyelerakan terutamanya minuman Jus Markisa.


Berkali-kali saya berkunjung ke CH. tidak pernah saya singgah di sini. Alhamdulillah, ia tempat yang patut dilawati oleh mereka yang berkunjung ke sini dan mahu menyaksikan pelbagai kebesaran dan kehebatan Allah SWT.


Misalnya, Azrai berkata, “baru Azrai faham kenapa Allah jadikan musim luruh. Ia ada gunanya untuk buah epal dan anggur. Di CH mereka perlu mencipta musim luruh bagi memastikan epal dan anggur berbuah untuk musim seterusnya”.


Di sini kami melihat bagaimana tumbuhan segar-bugar tanpa tanah. Malah buah-buah strawberry ada sepanjang musim di dalam suasana yang terkawal. 


Di atas segalanya, setiap kejadian bila ditafsir dengan kebesaran dan kekuasaan Allah – InsyaAllah – akan menghampirkan kita kepadaNya. Jika tidak, manusia akan menjadi tersangat angkuh dan bongkak kerana berasa pandai dan bijaksana.


Ia sentiasa mempunyai dua sisi yang berbeza!


Puan Nor (isteri Pak Ngah Hilmi) menunggu kami bersama kawan-kawannya


4.30 petang, kami tiba di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak. Ia pelawaan sebulan-dua yang lepas. Jika  mahu diulas tentang makanan di sini, Allah… Allah… ia tiada tandingan. Sangat… sangat lazat. Sungguh, ia sangat istimewa.


Sup cendawan, kambing bakar dan salad yang dihidangkan nyata mempunyai kelas tersendiri.


Namun saya lebih teruja untuk bercerita tentang pancaran keriangan kedua-dua pasangan yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah dan Madinah. Mereka sangat tenang. Sentiasa tersenyum. Ada amalan yang terus mereka kekalkan.


Saya fikir begitu.


Ada yang bertanya Roza, “bagaimana dan sejak bila puan mengenali puan Nordisham?”


“Allahu Akbar… Allah yang temukan kita semua. Inilah pertama kali kami berjumpa”


Rawang tidaklah terlalu jauh dari Shah Alam. InsyaAllah, saya berjanji mahu membawa Sara kembali ke sini. Bila? Saya melihat kalendar yang sedia padat.


Entah!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 06, 2012 14:08

Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.