Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 8
November 28, 2021
sajak:PETALING JAYA;KOTA WARISAN ILMU Kuaturlangkah-lan...
sajak:
PETALING JAYA;KOTA WARISAN ILMU
menyusurPetaling Jaya maju terserlah
semarakgemilang dari ladang getah
kinimenjadi bandar kebanggaan nan megah
disini tersergam astaka teguh serambi ilmu
berkatperancangan pemimpin berminda jitu
kuntum-kuntumekonomi telah menggerbak
oborkekayaan dan jamung kemakmuran
suamdisiram mentari menyinar embun pagi
belaiwayu menjulur cintaku berhimpang
pada air tenang dan unggas berterbangan
di sini hanya sipongang kidung angin
mandala berkat dek perancanganhebat
gabungan umarak dan cendekia pintar
mengatur kota megah terhampar
PetalingJaya permata berharga senilai nyawa
kemerlapmutiara seharga sekoyan kencana
rimba-rimbabatu megah berdiri melakar ekonomi
jamung-jamunguniversiti penyuluh jiwa perindu ilmu
wargagalak mengutip ranggi-ranggi kemajuan
ditengah meriah dan semarak kehijauan
mesrasemilir laksana taman syurgawi
inilahbentala berbudi yang tulus berbakti
untukkemakmuran seluruh anak negeri
yangdamai berzikir di kemeriahan kota
kubentangkansejadah syukur di mihrab tafakur
seluruhsayangku kulekapkan pada mimbar tulus
ataslimpah rahmat-Mu nan mulus
merestuimercu tanda kegemilangan Petaling Jaya
dengankemajuan sebagai aras tanda antarabangsa
menjulangkemegahan seantero negara
SMAHADZIR
Banting, Selangor
PANTUN Program Ehsan Peduli Rakyat Batang lemuju tidak b...
PANTUN
Program Ehsan Peduli Rakyat
Batang lemuju tidak bertulang,
Bongkah kulatdijarak-jarakkan;
Selangor maju terus menjulang,
Program rakyat tidakdilupakan.
Pokok keladi di naung bongor,
Ditanam Tok Batin sebatangkara;
Inisiatif peduli rakyat Selangor,
Kerajaan prihatin wargasejahtera.
Pokok berangan rumpun selasih,
Di tanah rata tumbuh bersilang;
Pakej rangsangan hulurankasih,
Buat derita rakyat menghilang.
Kasih yamtuan sepanjang hayat,
Ukiran tertera di batu nesan;
Pelbagai bantuan peduli rakyat,
Program budaya adat warisan.
Cantik rerama dipuja ratu,
Indah gemala istana cahaya;
Kerajaan bersama rakyatbersatu,
Semarakkan semua programbudaya.
Pujangga berkarya manisandijamu,
Kisah daeng kuat berzikir;
Warisan budaya penjana ilmu,
Megah bersaing era mutakhir.
Pohon pauh pinggiran paya,
Istana tegak tidak bertangga;
Pancangkan teguh pilar budaya,
Selangor penegak khazanahberharga.
Loket gangsa dijaga selia,
Untuk pengantin hiasan tiara;
Budaya bangsa di persadamulia,
Selangor prihatin rakyatsejahtera.
Dahan gedangsa melekatsialang,
Kayu bintangor disekat-sekat;
Pusaka bangsa takkanmenghilang,
Warga Selangor pancangkantekad.
Anak gahara bergurau senda,
Lelaki sasa menari randai;
Biar prahara datang melanda,
Budaya bangsa tidak digadai.
Jalar telangdi dahan markisa,
Tabur garam diatas papan;
Selangor menjulangpusaka bangsa,
Pelbagai programdi pentas kehidupan.
Masak dijulai buah bidara,
Batang bongordibuat acuan;
Khazanahbernilai milik negara,
Negeri Selangorwadah penyatuan.
Ubi kemaladi atas papan,
Dibuat gulaigadis bertiga;
Pelbagai budayadi pentas kehidupan,
Pusaka bernilaimilik warga.
GadisPangkor berkain satin,
Corak cemaramenjulang angkasa;
KerajaanSelangor amat prihatin,
Rakyatsejahtera warga sentosa.
Teduhan bongor pinggiran sawah,
Ikan haruan disayat-sayat;
Negeri Selangor penegakmaruah,
Pelbagai bantuan semarakrakyat.
Cecair gangsadi dalam cawan,
Buatantangan berhias tiara;
Budayabangsa katalis penyatuan,
Di bawahnaungan wawasan negara.
Jangan dimakanputik mengkudu,
Buahgedangsa gugur di taman;
Janganlenyapkan budaya Melayu,
Kejorabangsa zaman berzaman.
Bunga cendanahiasan nyonya,
Terunabersila riang bersenda;
Adat budaya tingginilainya,
Maruah bangsajangan dinoda.
Pohon papaya tepian halaman,
Teruna dara asyik bersembang;
Pancang budaya sejak berzaman,
Di bumi Selangor semarak berkembang.
Bungahiasan gerbak setanggi,
Diatap genting hinggap sang helang;
Adatwarisan martabatnya tinggi,
Asetterpenting Selangor gemilang.
Harum setanggi di atas palang,
Daun jarakdimakan rusa;
Julang tinggi di mercugemilang,
Rancak semarak budaya bangsa.
Hinggap kelkatu di dahansenduduk,
Kemboja subur tepian pangkalan;
Adat budaya penyuluh hidup,
Laksana obor penerang jalan.
Akar raya dibuat tongkat,
Anak pelam di naung bintangor;
Warisan budaya kejora hikmat,
Citra keunggulan wargaSelangor.
Pohon bongor tumbuhberselerak,
Akar merayap tepian kolam;
Budaya Selangor biarbersemarak,
Melebar sayap seantero alam.
Pohon jambu tumbuh di paya,
Bunga tualang seharum setanggi;
Adat Melayu di persada mulia,
Maruah terjulang di puncaktinggi.
Burung gagak terbang bergaya,
Mentari jingga berbaur gangsa;
Budaya tonggak Selangor berjaya,
Penyatu warga sepanjang masa.
Cantik rerama dipuja ratu,
Bagai gemala hamba sahaya;
Mari bersama kita bersatu,
Julang semula adat budaya.
Pohon sena ditanah lanar,
Akar kedudukdisayat-sayat;
Adat laksanajamung bersinar,
Memandu hidupsepanjang hayat.
Dedaun layudi atas para,
Masak di kawah si gadis kaya;
Adat warisanbudaya bangsa,
Negeri Selangortanah berbudaya
Suburtualang di tanah rata,
Hinggapdi dahan burung pekaka;
Mantapcemerlang budaya kita,
Nadi keutuhan Selangor merdeka.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
PANTUN Program Ehsan Peduli Rakyat Batang lemuju tid...
PANTUN
Program Ehsan Peduli Rakyat
Batang lemuju tidak bertulang,
Bongkah kulat dijarak-jarakkan;
Selangor maju terus menjulang,
Program rakyat tidak dilupakan.
Pokok keladi di naung bongor,
Ditanam Tok Batin sebatang kara;
Inisiatif peduli rakyat Selangor,
Kerajaan prihatin warga sejahtera.
Pokok berangan rumpun selasih,
Di tanah rata tumbuh bersilang;
Pakej rangsangan huluran kasih,
Buat derita rakyat menghilang.
Kasih yamtuan sepanjang hayat,
Ukiran tertera di batu nesan;
Pelbagai bantuan peduli rakyat,
Program budaya adat warisan.
Cantik rerama dipuja ratu,
Indah gemala istana cahaya;
Kerajaan bersama rakyat bersatu,
Semarakkan semua program budaya.
Pujangga berkarya manisan dijamu,
Kisah daeng kuat berzikir;
Warisan budaya penjana ilmu,
Megah bersaing era mutakhir.
Pohon pauh pinggiran paya,
Istana tegak tidak bertangga;
Pancangkan teguh pilar budaya,
Selangor penegak khazanah berharga.
Loket gangsa dijaga selia,
Untuk pengantin hiasan tiara;
Budaya bangsa di persada mulia,
Selangor prihatin rakyat sejahtera.
Dahan gedangsa melekat sialang,
Kayu bintangor disekat-sekat;
Pusaka bangsa takkan menghilang,
Warga Selangor pancangkan tekad.
Anak gahara bergurau senda,
Lelaki sasa menari randai;
Biar prahara datang melanda,
Budaya bangsa tidak digadai.
Jalar telang di dahan markisa,
Tabur garam di atas papan;
Selangor menjulang pusaka bangsa,
Pelbagai program di pentas kehidupan.
Masak di julai buah bidara,
Batang bongor dibuat acuan;
Khazanah bernilai milik negara,
Negeri Selangor wadah penyatuan.
Ubi kemala di atas papan,
Dibuat gulai gadis bertiga;
Pelbagai budaya di pentas kehidupan,
Pusaka bernilai milik warga.
Gadis Pangkor berkain satin,
Corak cemara menjulang angkasa;
Kerajaan Selangor amat prihatin,
Rakyat sejahtera warga sentosa.
Teduhan bongor pinggiran sawah,
Ikan haruan disayat-sayat;
Negeri Selangor penegak maruah,
Pelbagai bantuan semarak rakyat.
Cecair gangsa di dalam cawan,
Buatan tangan berhias tiara;
Budaya bangsa katalis penyatuan,
Di bawah naungan wawasan negara.
Jangan dimakan putik mengkudu,
Buah gedangsa gugur di taman;
Jangan lenyapkan budaya Melayu,
Kejora bangsa zaman berzaman.
Bunga cendana hiasan nyonya,
Teruna bersila riang bersenda;
Adat budaya tinggi nilainya,
Maruah bangsa jangan dinoda.
Pohon papaya tepian halaman,
Teruna dara asyik bersembang;
Pancang budaya sejak berzaman,
Di bumi Selangor semarak berkembang.
Bunga hiasan gerbak setanggi,
Di atap genting hinggap sang helang;
Adat warisan martabatnya tinggi,
Aset terpenting Selangor gemilang.
Harum setanggi di atas palang,
Daun jarak dimakan rusa;
Julang tinggi di mercu gemilang,
Rancak semarak budaya bangsa.
Hinggap kelkatu di dahan senduduk,
Kemboja subur tepian pangkalan;
Adat budaya penyuluh hidup,
Laksana obor penerang jalan.
Akar raya dibuat tongkat,
Anak pelam di naung bintangor;
Warisan budaya kejora hikmat,
Citra keunggulan warga Selangor.
Pohon bongor tumbuh berselerak,
Akar merayap tepian kolam;
Budaya Selangor biar bersemarak,
Melebar sayap seantero alam.
Pohon jambu tumbuh di paya,
Bunga tualang seharum setanggi;
Adat Melayu di persada mulia,
Maruah terjulang di puncak tinggi.
Burung gagak terbang bergaya,
Mentari jingga berbaur gangsa;
Budaya tonggak Selangor berjaya,
Penyatu warga sepanjang masa.
Cantik rerama dipuja ratu,
Bagai gemala hamba sahaya;
Mari bersama kita bersatu,
Julang semula adat budaya.
Pohon sena di tanah lanar,
Akar keduduk disayat-sayat;
Adat laksana jamung bersinar,
Memandu hidup sepanjang hayat.
Dedaun layu di atas para,
Masak di kawah si gadis kaya;
Adat warisan budaya bangsa,
Negeri Selangor tanah berbudaya
Subur tualang di tanah rata,
Hinggap di dahan burung pekaka;
Mantap cemerlang budaya kita,
Nadi keutuhan Selangor merdeka.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
November 19, 2021
pantun:PROGRAMEHSAN PEDULI RAKYAT Batanglemuju tidak ber...
pantun:
PROGRAMEHSAN PEDULI RAKYAT
Batanglemuju tidak bertulang,
Bongkahkulat dijarak-jarakkan;
Selangormaju terus menjulang,
Programrakyat tidak dilupakan.
Pokokkeladi di naung bongor,
DitanamTok Batin sebatang kara;
Inisiatifpeduli rakyat Selangor,
Kerajaanprihatin warga sejahtera.
Pokokberangan rumpun selasih,
Ditanah rata tumbuh bersilang;
Pakejrangsangan huluran kasih,
Buatderita rakyat menghilang.
Kasihyamtuan sepanjang hayat,
Ukirantertera di batu nesan;
Pelbagaibantuan peduli rakyat,
Programbudaya adat warisan.
Cantikrerama dipuja ratu,
Indahgemala istana cahaya;
Kerajaanbersama rakyat bersatu,
Semarakkansemua program budaya.
Pujanggaberkarya manisan dijamu,
Kisahdaeng kuat berzikir;
Warisanbudaya penjana ilmu,
Megahbersaing era mutakhir.
Pohonpauh pinggiran paya,
Istanategak tidak bertangga;
Pancangkanteguh pilar budaya,
Selangorpenegak khazanah berharga.
Loketgangsa dijaga selia,
Untukpengantin hiasan tiara;
Budayabangsa di persada mulia,
Selangorprihatin rakyat sejahtera.
Dahangedangsa melekat sialang,
Kayubintangor disekat-sekat;
Pusakabangsa takkan menghilang,
WargaSelangor pancangkan tekad.
Anakgahara bergurau senda,
Lelakisasa menari randai;
Biarprahara datang melanda,
Budayabangsa tidak digadai.
Jalartelang di dahan markisa,
Taburgaram di atas papan;
Selangormenjulang pusaka bangsa,
Pelbagaiprogram di pentas kehidupan.
Masakdi julai buah bidara,
Batangbongor dibuat acuan;
Khazanahbernilai milik negara,
NegeriSelangor wadah penyatuan.
Ubikemala di atas papan,
Dibuatgulai gadis bertiga;
Pelbagaibudaya di pentas kehidupan,
Pusakabernilai milik warga.
GadisPangkor berkain satin,
Corakcemara menjulang angkasa;
KerajaanSelangor amat prihatin,
Rakyatsejahtera warga sentosa.
Teduhanbongor pinggiran sawah,
Ikanharuan disayat-sayat;
NegeriSelangor penegak maruah,
Pelbagaibantuan semarak rakyat.
Cecairgangsa di dalam cawan,
Buatantangan berhias tiara;
Budayabangsa katalis penyatuan,
Dibawah naungan wawasan negara.
Jangandimakan putik mengkudu,
Buahgedangsa gugur di taman;
Janganlenyapkan budaya Melayu,
Kejorabangsa zaman berzaman.
Bungacendana hiasan nyonya,
Terunabersila riang bersenda;
Adatbudaya tinggi nilainya,
Maruahbangsa jangan dinoda.
Pohonpapaya tepian halaman,
Terunadara asyik bersembang;
Pancangbudaya sejak berzaman,
Dibumi Selangor semarak berkembang.
Bungahiasan gerbak setanggi,
Diatap genting hinggap sang helang;
Adatwarisan martabatnya tinggi,
Asetterpenting Selangor gemilang.
Harumsetanggi di atas palang,
Daunjarak dimakan rusa;
Julangtinggi di mercu gemilang,
Rancaksemarak budaya bangsa.
Hinggapkelkatu di dahan senduduk,
Kembojasubur tepian pangkalan;
Adatbudaya penyuluh hidup,
Laksanaobor penerang jalan.
Akarraya dibuat tongkat,
Anakpelam di naung bintangor;
Warisanbudaya kejora hikmat,
Citrakeunggulan warga Selangor.
Pohonbongor tumbuh berselerak,
Akarmerayap tepian kolam;
BudayaSelangor biar bersemarak,
Melebarsayap seantero alam.
Pohonjambu tumbuh di paya,
Bungatualang seharum setanggi;
AdatMelayu di persada mulia,
Maruahterjulang di puncak tinggi.
Burunggagak terbang bergaya,
Mentarijingga berbaur gangsa;
Budayatonggak Selangor berjaya,
Penyatuwarga sepanjang masa.
Cantikrerama dipuja ratu,
Bagaigemala hamba sahaya;
Maribersama kita bersatu,
Julangsemula adat budaya.
Pohonsena di tanah lanar,
Akarkeduduk disayat-sayat;
Adatlaksana jamung bersinar,
Memanduhidup sepanjang hayat.
Dedaunlayu di atas para,
Masakdi kawah si gadis kaya;
Adatwarisan budaya bangsa,
NegeriSelangor tanah berbudaya
Suburtualang di tanah rata,
Hinggapdi dahan burung pekaka;
Mantapcemerlang budaya kita,
Nadikeutuhan Selangor merdeka.
SMAHADZIR
Banting,Selangor
@Hakciptaterpelihara
PANTUN Program Ehsan Peduli Rakyat Batang lemuju tidak b...
PANTUN
Program Ehsan Peduli Rakyat
[image error]
Batang lemuju tidak bertulang,
Bongkah kulatdijarak-jarakkan;
Selangor maju terus menjulang,
Program rakyat tidakdilupakan.
Pokok keladi di naung bongor,
Ditanam Tok Batin sebatangkara;
Inisiatif peduli rakyat Selangor,
Kerajaan prihatin wargasejahtera.
Pokok berangan rumpun selasih,
Di tanah rata tumbuh bersilang;
Pakej rangsangan hulurankasih,
Buat derita rakyat menghilang.
Kasih yamtuan sepanjang hayat,
Ukiran tertera di batu nesan;
Pelbagai bantuan peduli rakyat,
Program budaya adat warisan.
Cantik rerama dipuja ratu,
Indah gemala istana cahaya;
Kerajaan bersama rakyatbersatu,
Semarakkan semua programbudaya.
Pujangga berkarya manisandijamu,
Kisah daeng kuat berzikir;
Warisan budaya penjana ilmu,
Megah bersaing era mutakhir.
Pohon pauh pinggiran paya,
Istana tegak tidak bertangga;
Pancangkan teguh pilar budaya,
Selangor penegak khazanahberharga.
Loket gangsa dijaga selia,
Untuk pengantin hiasan tiara;
Budaya bangsa di persadamulia,
Selangor prihatin rakyatsejahtera.
Dahan gedangsa melekatsialang,
Kayu bintangor disekat-sekat;
Pusaka bangsa takkanmenghilang,
Warga Selangor pancangkantekad.
Anak gahara bergurau senda,
Lelaki sasa menari randai;
Biar prahara datang melanda,
Budaya bangsa tidak digadai.
Jalar telangdi dahan markisa,
Tabur garam diatas papan;
Selangor menjulangpusaka bangsa,
Pelbagai programdi pentas kehidupan.
Masak dijulai buah bidara,
Batang bongordibuat acuan;
Khazanahbernilai milik negara,
Negeri Selangorwadah penyatuan.
Ubi kemaladi atas papan,
Dibuat gulaigadis bertiga;
Pelbagai budayadi pentas kehidupan,
Pusaka bernilaimilik warga.
GadisPangkor berkain satin,
Corak cemaramenjulang angkasa;
KerajaanSelangor amat prihatin,
Rakyatsejahtera warga sentosa.
Teduhan bongor pinggiran sawah,
Ikan haruan disayat-sayat;
Negeri Selangor penegakmaruah,
Pelbagai bantuan semarakrakyat.
Cecair gangsadi dalam cawan,
Buatantangan berhias tiara;
Budayabangsa katalis penyatuan,
Di bawahnaungan wawasan negara.
Jangan dimakanputik mengkudu,
Buahgedangsa gugur di taman;
Janganlenyapkan budaya Melayu,
Kejorabangsa zaman berzaman.
Bunga cendanahiasan nyonya,
Terunabersila riang bersenda;
Adat budaya tingginilainya,
Maruah bangsajangan dinoda.
Pohon papaya tepian halaman,
Teruna dara asyik bersembang;
Pancang budaya sejak berzaman,
Di bumi Selangor semarak berkembang.
Bungahiasan gerbak setanggi,
Diatap genting hinggap sang helang;
Adatwarisan martabatnya tinggi,
Asetterpenting Selangor gemilang.
Harum setanggi di atas palang,
Daun jarakdimakan rusa;
Julang tinggi di mercugemilang,
Rancak semarak budaya bangsa.
Hinggap kelkatu di dahansenduduk,
Kemboja subur tepian pangkalan;
Adat budaya penyuluh hidup,
Laksana obor penerang jalan.
Akar raya dibuat tongkat,
Anak pelam di naung bintangor;
Warisan budaya kejora hikmat,
Citra keunggulan wargaSelangor.
Pohon bongor tumbuhberselerak,
Akar merayap tepian kolam;
Budaya Selangor biarbersemarak,
Melebar sayap seantero alam.
Pohon jambu tumbuh di paya,
Bunga tualang seharum setanggi;
Adat Melayu di persada mulia,
Maruah terjulang di puncaktinggi.
Burung gagak terbang bergaya,
Mentari jingga berbaur gangsa;
Budaya tonggak Selangor berjaya,
Penyatu warga sepanjang masa.
Cantik rerama dipuja ratu,
Bagai gemala hamba sahaya;
Mari bersama kita bersatu,
Julang semula adat budaya.
Pohon sena ditanah lanar,
Akar kedudukdisayat-sayat;
Adat laksanajamung bersinar,
Memandu hidupsepanjang hayat.
Dedaun layudi atas para,
Masak di kawah si gadis kaya;
Adat warisanbudaya bangsa,
Negeri Selangortanah berbudaya
Suburtualang di tanah rata,
Hinggapdi dahan burung pekaka;
Mantapcemerlang budaya kita,
Nadi keutuhan Selangor merdeka.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
PANTUN Program Ehsan Peduli Rakyat Batang lemuju ti...
PANTUN
Program Ehsan Peduli Rakyat
[image error]
Batang lemuju tidak bertulang,
Bongkah kulat dijarak-jarakkan;
Selangor maju terus menjulang,
Program rakyat tidak dilupakan.
Pokok keladi di naung bongor,
Ditanam Tok Batin sebatang kara;
Inisiatif peduli rakyat Selangor,
Kerajaan prihatin warga sejahtera.
Pokok berangan rumpun selasih,
Di tanah rata tumbuh bersilang;
Pakej rangsangan huluran kasih,
Buat derita rakyat menghilang.
Kasih yamtuan sepanjang hayat,
Ukiran tertera di batu nesan;
Pelbagai bantuan peduli rakyat,
Program budaya adat warisan.
Cantik rerama dipuja ratu,
Indah gemala istana cahaya;
Kerajaan bersama rakyat bersatu,
Semarakkan semua program budaya.
Pujangga berkarya manisan dijamu,
Kisah daeng kuat berzikir;
Warisan budaya penjana ilmu,
Megah bersaing era mutakhir.
Pohon pauh pinggiran paya,
Istana tegak tidak bertangga;
Pancangkan teguh pilar budaya,
Selangor penegak khazanah berharga.
Loket gangsa dijaga selia,
Untuk pengantin hiasan tiara;
Budaya bangsa di persada mulia,
Selangor prihatin rakyat sejahtera.
Dahan gedangsa melekat sialang,
Kayu bintangor disekat-sekat;
Pusaka bangsa takkan menghilang,
Warga Selangor pancangkan tekad.
Anak gahara bergurau senda,
Lelaki sasa menari randai;
Biar prahara datang melanda,
Budaya bangsa tidak digadai.
Jalar telang di dahan markisa,
Tabur garam di atas papan;
Selangor menjulang pusaka bangsa,
Pelbagai program di pentas kehidupan.
Masak di julai buah bidara,
Batang bongor dibuat acuan;
Khazanah bernilai milik negara,
Negeri Selangor wadah penyatuan.
Ubi kemala di atas papan,
Dibuat gulai gadis bertiga;
Pelbagai budaya di pentas kehidupan,
Pusaka bernilai milik warga.
Gadis Pangkor berkain satin,
Corak cemara menjulang angkasa;
Kerajaan Selangor amat prihatin,
Rakyat sejahtera warga sentosa.
Teduhan bongor pinggiran sawah,
Ikan haruan disayat-sayat;
Negeri Selangor penegak maruah,
Pelbagai bantuan semarak rakyat.
Cecair gangsa di dalam cawan,
Buatan tangan berhias tiara;
Budaya bangsa katalis penyatuan,
Di bawah naungan wawasan negara.
Jangan dimakan putik mengkudu,
Buah gedangsa gugur di taman;
Jangan lenyapkan budaya Melayu,
Kejora bangsa zaman berzaman.
Bunga cendana hiasan nyonya,
Teruna bersila riang bersenda;
Adat budaya tinggi nilainya,
Maruah bangsa jangan dinoda.
Pohon papaya tepian halaman,
Teruna dara asyik bersembang;
Pancang budaya sejak berzaman,
Di bumi Selangor semarak berkembang.
Bunga hiasan gerbak setanggi,
Di atap genting hinggap sang helang;
Adat warisan martabatnya tinggi,
Aset terpenting Selangor gemilang.
Harum setanggi di atas palang,
Daun jarak dimakan rusa;
Julang tinggi di mercu gemilang,
Rancak semarak budaya bangsa.
Hinggap kelkatu di dahan senduduk,
Kemboja subur tepian pangkalan;
Adat budaya penyuluh hidup,
Laksana obor penerang jalan.
Akar raya dibuat tongkat,
Anak pelam di naung bintangor;
Warisan budaya kejora hikmat,
Citra keunggulan warga Selangor.
Pohon bongor tumbuh berselerak,
Akar merayap tepian kolam;
Budaya Selangor biar bersemarak,
Melebar sayap seantero alam.
Pohon jambu tumbuh di paya,
Bunga tualang seharum setanggi;
Adat Melayu di persada mulia,
Maruah terjulang di puncak tinggi.
Burung gagak terbang bergaya,
Mentari jingga berbaur gangsa;
Budaya tonggak Selangor berjaya,
Penyatu warga sepanjang masa.
Cantik rerama dipuja ratu,
Bagai gemala hamba sahaya;
Mari bersama kita bersatu,
Julang semula adat budaya.
Pohon sena di tanah lanar,
Akar keduduk disayat-sayat;
Adat laksana jamung bersinar,
Memandu hidup sepanjang hayat.
Dedaun layu di atas para,
Masak di kawah si gadis kaya;
Adat warisan budaya bangsa,
Negeri Selangor tanah berbudaya
Subur tualang di tanah rata,
Hinggap di dahan burung pekaka;
Mantap cemerlang budaya kita,
Nadi keutuhan Selangor merdeka.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
SYAIR Ceritera Bahasa PermataJauhari DenganBismillah fak...
SYAIR
Ceritera Bahasa PermataJauhari
DenganBismillah fakir berperi,
Ceriterabahasa permata jauhari,
Usahapejuang bijak bestari,
Berlangkassudah sejak bahari.
Bacalahini syair riwayat,
BahasaMelayu satuan rakyat,
Janganbiarkan disayat-sayat,
Hancurberkecai seperti mayat.
Ceriterafakir bukan sembarang,
Terbitdari hati nan seorang,
Inginberkongsi kisah bersarang,
Buatibarah pedoman nan terang.
Bakjentayu terbang handalan,
Dengansemangat dahulu berjalan,
Diiringtekad berambal-ambalan,
Demiterjulang di puncak rembulan.
BahasaMelayu bersalut sejarah,
Sukadan duka dibuat ibarah,
Jasapejuang ikhlas dicurah,
Walausengsara terluka parah.
Semarakusaha tak pernah layu,
Kerana mertabatkan Bahasa Melayu,
Tak gentar kalah pujuk dan rayu,
Bercuratekadnya bak sebatang kayu.
BahasaMelayu sangat sempurna,
Diksinan indah terlalu behena,
Nahumelimpah anta permana,
Dituturwarga mulia dan hina.
Dalamsejarah negara nan panjang,
Ramaipetualang telah mendatang,
Pusakabangsa cuba dicincang,
BahasaMelayu mahu ditentang.
Pejuangbahasa nan mulia hati,
Kepadabangsa polos berbakti,
Layaknyaair ma’al hayati,
Sucidan ikhlas murni sejati.
Laksanapetani gagah berladang,
Serata dunia bahasa kumandang,
Tiadagelugut prahara menghadang,
Asalbahasa gagah berdendang.
BahasaMelayu bahasa ilmu,
Digunadisanjung usahlah jemu,
Pesonaaksara semarak diramu,
Indah ditutur kepada tetamu.
BahasaMelayu pernah berdaulat,
Seratanusantara menjadi alat,
Penyatuhubungan menjunjung adat,
Gemilangmenempa nama dan kudrat.
Wa’adpejuang sudahlah terang,
BahasaMelayu sejarah terbilang,
Laksanamanikam terang benderang,
Khazanahbangsa permata gemilang.
Teguhsemangat maruah bangsa,
BahasaMelayu semarakkan bisa,
Meskikuasa tertinggal sisa,
Jangansekali berputus asa.
PemimpinMelayu menjaga negeri,
Caknalahpusaka bangsa sendiri,
BahasaMelayu gagah berdiri,
Teguhmerempuh onak dan duri.
Meskiditentang pujangga kata,
Makinlahhati bertambah cinta,
Laksanamendapat banjaran permata,
Dijulangtinggi rakyat jelata.
Cinta kasihlah Bahasa Melayu,
Sepanjang hayat nan dirgahayu,
Laksana gemala cahaya tak layu,
Takkan terhakis diterjang bayu.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
PANTUN
GUNDALAN ADAT
Deru ombak mengalihsampah,
Air keladakbercampur gaul;
Mati tidak keranasumpah,
Hidup tidak keranakaul.
Buah pedada bijiselasih,
Daun pegaga didalam loyang;
Merajuk kepada yangdikasih,
Manja kepada yang tersayang.
Usah digoda puterijelita,
Nujum diraja kayaazimat;
Meminta hanya kepadayang ada,
Berkaul kepada yangkeramat.
Tanam padi batasdisekat,
Untuk selamatdipasang pukat;
Kelebihan nabidengan mukjizat,
Kelebihan umatdengan muafakat.
Sungguh hebatteruna menyelam,
Ikan dibebat alundikuak;
Raja menobat didalam alam,
Penghulu menobat didalam luak.
Hujan lebat menderujujuhnya,
Melompat-lompat siinduk katak;
Lembaga menobatdalam lingkungnya,
Orang banyak menobatdalam teratak.
Malam gelitakeranda diusung,
Pandai kakakmemasang kandil;
Yang butapenghembus lesung,
Yang pekak pelepasbedil.
Kayu rapuh di tepikhemah,
Jangan dibuattangga reban;
Yang lumpuhpenghuni rumah,
Yang kuat pembawabeban.
Tebuan berdengungdi hujung baruh,
Anak teritip melekatdi dinding;
Yang bingungdisuruh-suruh,
Yang cerdik lawanberunding.
Nampak kanciltepian padang,
Anak seladang jalanberdua;
Beroleh kecil padayang gadang,
Beroleh gadang padayang tua.
Sungguhcantik kain selempang,
Anakmualim baik amalnya;
Kalaulembik buat pengempang,
Kalau alimnakkan doanya.
Dalampaya ada ikannya,
Selutlikat di pasang bubu;
Kalaukaya nakkan emasnya,
Patah buatpenghalau lembu.
Gadis bersyair berwajahsombong,
Menyimpan rahsia terunaterpikat;
Bulat air teguh dek gopong,
Bulat manusia tegal dekmuafakat.
Sangkar ruai burung tekukur,
Tergantung molek di perahupayang;
Faham sesuai benar seukur,
Bulat segolek pipih selayang.
Kainlusuh penutup khemah,
Gadisbermain batu seremban;
Yanglumpuh penghuni rumah,
Yangkuat pembawa beban.
SMAHADZIR
Banting,Selangor
SYAIR Ceritera Bahasa Permata Jauhari Dengan Bismillah f...
SYAIR
Ceritera Bahasa Permata Jauhari
Dengan Bismillah fakir berperi,
Ceritera bahasa permata jauhari,
Usaha pejuang bijak bestari,
Berlangkas sudah sejak bahari.
Bacalah ini syair riwayat,
Bahasa Melayu satuan rakyat,
Jangan biarkan disayat-sayat,
Hancur berkecai seperti mayat.
Ceritera fakir bukan sembarang,
Terbit dari hati nan seorang,
Ingin berkongsi kisah bersarang,
Buat ibarah pedoman nan terang.
Bak jentayu terbang handalan,
Dengan semangat dahulu berjalan,
Diiring tekad berambal-ambalan,
Demi terjulang di puncak rembulan.
Bahasa Melayu bersalut sejarah,
Suka dan duka dibuat ibarah,
Jasa pejuang ikhlas dicurah,
Walau sengsara terluka parah.
Semarak usaha tak pernah layu,
Kerana mertabatkan Bahasa Melayu,
Tak gentar kalah pujuk dan rayu,
Bercura tekadnya bak sebatang kayu.
Bahasa Melayu sangat sempurna,
Diksi nan indah terlalu behena,
Nahu melimpah anta permana,
Ditutur warga mulia dan hina.
Dalam sejarah negara nan panjang,
Ramai petualang telah mendatang,
Pusaka bangsa cuba dicincang,
Bahasa Melayu mahu ditentang.
Pejuang bahasa nan mulia hati,
Kepada bangsa polos berbakti,
Layaknya air ma’al hayati,
Suci dan ikhlas murni sejati.
Laksana petani gagah berladang,
Serata dunia bahasa kumandang,
Tiada gelugut prahara menghadang,
Asal bahasa gagah berdendang.
Bahasa Melayu bahasa ilmu,
Diguna disanjung usahlah jemu,
Pesona aksara semarak diramu,
Indah ditutur kepada tetamu.
Bahasa Melayu pernah berdaulat,
Serata nusantara menjadi alat,
Penyatu hubungan menjunjung adat,
Gemilang menempa nama dan kudrat.
Wa’ad pejuang sudahlah terang,
Bahasa Melayu sejarah terbilang,
Laksana manikam terang benderang,
Khazanah bangsa permata gemilang.
Teguh semangat maruah bangsa,
Bahasa Melayu semarakkan bisa,
Meski kuasa tertinggal sisa,
Jangan sekali berputus asa.
Pemimpin Melayu menjaga negeri,
Caknalah pusaka bangsa sendiri,
Bahasa Melayu gagah berdiri,
Teguh merempuh onak dan duri.
Meski ditentang pujangga kata,
Makinlah hati bertambah cinta,
Laksana mendapat banjaran permata,
Dijulang tinggi rakyat jelata.
Cinta kasihlah Bahasa Melayu,
Sepanjang hayat nan dirgahayu,
Laksana gemala cahaya tak layu,
Takkan terhakis diterjang bayu.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
PANTUN
GUNDALAN ADAT
Deru ombak mengalih sampah,
Air keladak bercampur gaul;
Mati tidak kerana sumpah,
Hidup tidak kerana kaul.
Buah pedada biji selasih,
Daun pegaga di dalam loyang;
Merajuk kepada yang dikasih,
Manja kepada yang tersayang.
Usah digoda puteri jelita,
Nujum diraja kaya azimat;
Meminta hanya kepada yang ada,
Berkaul kepada yang keramat.
Tanam padi batas disekat,
Untuk selamat dipasang pukat;
Kelebihan nabi dengan mukjizat,
Kelebihan umat dengan muafakat.
Sungguh hebat teruna menyelam,
Ikan dibebat alun dikuak;
Raja menobat di dalam alam,
Penghulu menobat di dalam luak.
Hujan lebat menderu jujuhnya,
Melompat-lompat si induk katak;
Lembaga menobat dalam lingkungnya,
Orang banyak menobat dalam teratak.
Malam gelita keranda diusung,
Pandai kakak memasang kandil;
Yang buta penghembus lesung,
Yang pekak pelepas bedil.
Kayu rapuh di tepi khemah,
Jangan dibuat tangga reban;
Yang lumpuh penghuni rumah,
Yang kuat pembawa beban.
Tebuan berdengung di hujung baruh,
Anak teritip melekat di dinding;
Yang bingung disuruh-suruh,
Yang cerdik lawan berunding.
Nampak kancil tepian padang,
Anak seladang jalan berdua;
Beroleh kecil pada yang gadang,
Beroleh gadang pada yang tua.
Sungguh cantik kain selempang,
Anak mualim baik amalnya;
Kalau lembik buat pengempang,
Kalau alim nakkan doanya.
Dalam paya ada ikannya,
Selut likat di pasang bubu;
Kalau kaya nakkan emasnya,
Patah buat penghalau lembu.
Gadis bersyair berwajah sombong,
Menyimpan rahsia teruna terpikat;
Bulat air teguh dek gopong,
Bulat manusia tegal dek muafakat.
Sangkar ruai burung tekukur,
Tergantung molek di perahu payang;
Faham sesuai benar seukur,
Bulat segolek pipih selayang.
Kain lusuh penutup khemah,
Gadis bermain batu seremban;
Yang lumpuh penghuni rumah,
Yang kuat pembawa beban.
SMAHADZIR
Banting, Selangor
February 19, 2018
KENTUT (PANTUN)
Cantik kaktus di waktu pagi,Tumbuh terbantut tanah alkali;Disebut flatus proses biologi,Itulah kentut yang kita kenali.
Nira kelapa dibuat todi,Bawa ke muara airnya surut;Sebab apa kentut terjadi,Kerana udara tersekat di perut.
Gadis menyanyi diiring dentum,Gendang dabus dibungkus jaring;Kentut berbunyi getaran rektum,Ada halus ada yang nyaring.
Seluar sontot dipakai ke kota,Berjalan kaki ke sana sini;Banyak kentut ialah wanita,Berbanding lelaki di dunia ini.
Ketupat pulut di dalam daun,Diri terpencil dek air ketum;Jika kentut selama tujuh tahun,Gas terhasil setara bom atom.
Pinggir telaga subur belukar,Bunga sena dihinggap rerama;Kentut juga mudah terbakar,Hidrogen metana penyebab utama.
Kuih bahulu dibawa masuk,Pokok renik hiasan dalaman;Orang selalu kentutnya busuk,Isu kronik dalam penghadaman.
Dara membalut pisang sesisir,Disimpan terus di dalam baldi;Menahan kentut penyebab buasir,Gangguan usus pasti terjadi.
Ikan pelata dipais bungkus,Dalam jaring tertangkap juga;Baru bercinta sudah terputus,Kentut nyaring berbau pula.
Madu kelulut dibawa ke Langkap,Dari Bandung ke rumah besan;Kalau kentut kenapa tak cakap,Menusuk hidung rasa nak pengsan.
Hantaran antik raja sehari,Molek berbalut di atas lantai;Sungguh cantik wajahnya puteri,Tetapi kentut berbau petai.
Buah berangan di Kampung Ruat,Pokok sawa naung senduduk;Kentut jangan terlalu kuat,Nanti mertua tak senang duduk.
Pokok jering berbuah bantut,Kayu pagar hinggap ketitir;Berbunyi nyaring hanyalah kentut,Kuat bergegar kusangka petir.
Batang nyatuh di pinggir kali,Dibuat rasuk penguat dapur;Gas kentut banyak sekali,Berbau busuk kerana sulfur.
Tepian paya merbok berdekut,Batang rebung diparut-parut;Sangat bahaya menahan kentut,Penyakit kembung menyerang perut.
Hamba sahaya berkain sontot,Dibiar masuk istana permai;Ada budaya menyukai kentut,Lebih busuk disukai ramai.
Pokok jati tumbuh terbantut,Akar serabut tidak berguna;Orang mati boleh terkentut,Otot terkerut di salur cerna.
Pokok terap pokok beringin,Dibuat papan dikerat-kerat;Kentut kerap banyak angin,Kurangkan makan tinggi kabohidrat.
Buah berangan dihurung semut,Kelapa kipas tepian rawa;Kentut jangan dalam selimut,Sesak nafas pendek nyawa.
Desas-desus orang ceria,Pandai betul semuanya tahu,Dalam usus banyak bakteria,Penyebab kentut pelbagai bau.
Nukilan: SMAHADZIR
JINGGA (PUISI)
Telah kubawakan jingga yang kucuri dari senja
untuk mengganti warna bajumu yang telah lusuh kerana dosa
telah kubawakan jingga yang kucuri dari purnama
untuk mengganti warna kerudungmu yang pucat kerana duniausah kau fikirkan senja tanpa jingga
ia akan mengalah sewaktu lengkung malam mulai rebahtidak usah kau fikirkan purnama tanpa jingga
bukankah tidak ada yang merindukan purnama itu
bukankah lebih baik jika jingga itu kucuri saja
lalu kujadikan hijab untukmubiarlah purnama kehilangan jingga
tidakkah cahayanya telah redup oleh gemerlap lampu kotajika jingga yang kuhantar
tidak cukup untuk membuatmu berbinar
tidak akan kucuri lagi jingga dari sang fajar
smahadzir
21 Januari 2006
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
