Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 6

December 21, 2023

ASRAR-NYA, RAHSIA TUHAN

SMAHADZIR

 

“SEMUA orang pasti akan mati. Menemui Al-Khalik! Itutidak dapat dinafikan. Tetapi mengapa harus mereka? Mengapa bencana kekejaman ituharus menimpa negara Islam kita. Negara yang sedang berusaha bangkit dari penindasandan ingin bebas merdeka seperti negara lain.”

Ucapan protes itu dalambeberapa hari terakhir kerap meluncur dari mulut Hambali. Sejak musibah kekejamandan pembunuhan menghentam bumi Palestin, dia memang sering berurai air mata.Setiap kali menyaksikan tayangan televisyen yang menyuguhkan suasana di TebingBarat dan Semenanjung Gaza, dia terus tersentuh. Dia tidak tahan melihat mayatyang bergelimpangan, dia tidak mampu menahan titisan air mata sewaktu tayangantelevisyen memperlihatkan seorang anak meraung di sisi mayat ayah dan ibunyayang disergap mortar tentera rejim Israel.

Hambali akhir-akhir inimemang berubah jadi sensitif. Sikap angkuhnya, tidak cakna, yang diperlihatkannyaselama ini, terhadap apapun peristiwa, termasuk urusan pergaulan denganlingkungan di tempat tinggalnya, kini boleh dikatakan tiada lagi. Lenyap. Berubah180 darjah.

“Untuk apa mencari kekayaandi dunia ini. Ah, dalam sekejap, hanya hitungan minit, semua milik kita itu bolehhilang sirna tidak berbekas, kita akan dijemput Khalik bila-bila masa saja,”katanya penuh nasihat.

Sifat angkuh, pilih-pilihrakan dan jiran tetangga dalam pergaulan yang diperlihatkan Hambali selama inihilang entah ke mana. Sikap ramahnya, terhadap sesiapa juga yang dikenalinyamenjadi tanda tanya besar bagi jiran tetangganya.

Meski hampir semua jirannyajuga menyaksikan tayangan televisyen tentang musibah dan segala dampak yangdiakibatkan oleh keganasan tentera Israel terhadap Palestin, Hambali selalusaja menceritakan apa yang dilihatnya itu kepada para jirannya.

“Kita ini mulai sekarangharus banyak beramal, membantu antara sesama. Saya benar-benar ngeri melihatbagaimana bom-bom pemusnah digugurkan dari udara. Menghancurkan rumah-rumah, bangunan,kereta, dan mengorbankan ramai orang. Ngeri. Ini peringatan Tuhan. Peringatanbahawa kiamat itu benar adanya, akan datang suatu ketika nati, melumatkansemesta alam.”

Hambali tidak hanya bercakap,tetapi juga memberikan bantuan. Dia menyerahkan sumbangan dalam bentuk wang kepadapanitia pengumpul sumbangan untuk diserahkan ke Palestin. Dia juga memberikanpakaian-pakaian yang masih layak dipakai. Bahkan menghantarnya sendiri ke pusatbantuan Palestin di pejabat Aman Malaysia.

“Sumbangan itu saya berikandengan penuh kerelaaan. Memang begitu seharusnya. Di antara harta, di antaramilik kita ada milik orang lain. Untuk membersihkan harta benda yang kitamiliki, kita harus mengeluarkan hak anak yatim, hak fakir miskin, hakinsan-insan duafa, serta sumbangan sosial untuk masjid dan lainnya,” kataHambali penuh semangat. Dia mengakui, soal hak orang lain itu memang pernah tidakdia endahkan, meski isterinya sering mengingatkan.

“Yang tidak pernah sayalupakan hanya membayar zakat fitrah, zakat yang harus dibayarkan setiap menjelangakhir bulan Ramadan, menjelang Hari Raya Idul Fitri,” katanya.

Perubahan luar biasa yangterjadi pada sikap Hambali menjadi pembicaraan hangat di lingkungannya,lingkungan taman perumahan tempat tinggalnya. Bahkan beberapa warga di luartaman perumahan tempat tinggalnya juga mulai mengenali namanya berkatkeaktifannya ikut mengumpulkan sumbangan bagi korban mangsa kekejaman. Hambalikini memang rajin datang ke pejabat Aman Malaysia, tidak sekadar berceritatentang apa yang dia lihat di layar televisyen, tetapi dia juga ikut aktifmembantu menerima sumbangan dari orang ramai.

“Oh.., rupanya orang itutinggal di sini juga. Dulunya saya ingat dia hanya penyewa di sini,” kataZaman, salah seorang penduduk tetap di taman perumahan tersebut.

Dan ramai jiran, terutamayang tinggal sebelah menyebelah rumah dengan Hambali selama ini memang tidakmenganggap lelaki tinggi besar itu seorang yang berhati mulia. Tak seorang pundi taman perumahan tempat tinggalnya itu yang mahu bertegur sapa dengankakitangan sebuah jabatan kerajaan itu.

“Seperti dia seorang sajayang hidup di atas muka bumi ini. Angkuh. Kalau berjalan bahu diangkat tinggi,tidak pernah mahu tegur orang,” kata Ramli, salah seorang jirannya.

“Saya sangat hairan, kenapadia mampu berubah total,” kata Pak Nordin, tetangga lainnya.

 

* * *

 

Gopoh. Demikian dia dipanggil. Meski telah memasuki usiaseparuh baya, dalam kalangan para remaja dia amat populer, terutama remaja lelaki,kerana lelaki ini memang sering bergaul dengan remaja. Sebenarnya dia adalah seorangjurulatih bola sepak. Hampir setiap hari, Tuan Gopoh - sesuai dengan cara bercakapdan jalannya yang selalu tergopoh-gapah sewaktu berada di padang. Pagi melatihkanak-kanak yang dia sebut sebagai anak sekolah rendah, tengah hari melatihremaja usia tanggung yang rata-rata duduk di bangku sekolah menengah, danpetangnya melatih para belia kampung.

Berkulit hitam legam, keranaselalu berjemur di padang, dengan tubuh gempal dan tinggi semampai, penampilanGopoh sebagai pelatih cukup meyakinkan. Dalam kalangan anak didiknya dia seringdijuluki sebagai Berti Vogts, bekas jurulatih pasukan kebangsaan Jerman. Gopohdan Vogts memang memiliki kemiripan.

Bezanya Berti Vogts berkulitputih, Gopoh berkulit hitam. Berti Vogts sering memperlihatkan wajah garang, manakalaGopoh pula lebih sering kelihatan ceria. Dan meski hanya jurulatih kelas kampung,Bang Gopoh - demikian dia sering dipanggil anak didiknya - selalu memperhatikanpenampilan yang bergaya.

Meski berpendapatan setakatcukup makan, Gopoh selalu tampil rapi. Di luar padang, pakaiannya selalu kemas,diseterika licin. Dia sering tampil dengan baju lengan panjang dan seluar gelap.Tetapi di padang, dia hampir tidak pernah lepas dari training suit.Dengan wisel terkalung di leher, didampingi satu atau dua pembantunya, diakelihatan penuh wibawa. Instruksinya begitu diperhatikan anak-anak didiknya.Tetapi itu ketika latihan atau pertandingan, di luar padang dia berubah penuhcanda.

Inilah yang membuatkan parapemain bola tidak pernah bosan, lebih-lebih lagi tertekan, dalam mengikutilatihan dan pertandingan.

Tetapi itu dulu. Kini,bahkan dalam beberapa minggu terakhir Gopoh hampir tidak pernah lagi muncul dipadang, baik ketika latihan mahupun pertandingan. Anak-anak didiknya, seperti telahkehilangan ghairah. Dua pembantu Gopoh yang diserahkan tugas membentuk parapemain yang ada, sama ada kanak-kanak sekolah rendah, pemain remaja, dan kelompokbelia, bagaikan kurang wibawa. Hasilnya dalam beberapa pertandingan terakhir,pasukan yang tadinya hampir tidak putus meraih kemenangan demi kemenangan,akhir-akhir ini jadi bulian.

Ramai orang bertanya-tanya.Bahkan Pak Camat yang tadinya amat bangga dengan pasukan asuhan Gopoh,akhir-akhir ini juga jarang muncul di arena pertandingan. Ada apa dengan Gopohsebenarnya? Ke mana dia?

Persoalan yang dilontarkanPak Sukimin, Ketua Kampung ini, bukan sekali dua kali mencuat. Ramai orang sebelumnyajuga mengajukan persoalan yang serupa. Tetapi makin ramai yang bertanya, sepertijawapan yang diinginkan makin jauh. Tak seorang pun tahu ke mana ghaibnyaGopoh.

“Apakah kamu sudah tanya PakCamat?” tanya Alip pada Yamin, salah seorang pembantu jurulatih yang selama inirajin mendampingi Gopoh di padang.

Pak Alip, penyumbang tetapkelab bola sepak kampung itu memang tidak habis fikir apa mahunya Gopohsebenarnya.

“Apa lagi yang kurang. Semuakeperluan sudah tersedia. Bola masih banyak, padang ada. Dan sebagai jurulatihkampung, rasanya apa yang diterima Gopoh lebih dari cukup. Kamu berdua jugakan!?” katanya lagi.

Kata-kata Pak Alip di hadapanpengurus bola sepak kampung, dua pembantu jurulatih, serta Ketua Kampung, didewan masyarakat, tidak jauh dari pejabat ketua kampung itu membuatkan semuayang hadir mengerutkan dahi.

“Habis, sekarang kita nak buatapa?”

Sewaktu semua orang tidakhabis fikir itulah, sewaktu semuanya ingin tahu alasan Gopoh meninggalkankampung tanpa sebab, tanpa seorang pun tahu ke mana dia pergi, pada saat itulahMukmin, setiausaha belia datang sambil tersenyum-senyum. Jelas sajakehadirannya mengundang persoalan.

“Mahu tahu tentang Gopohkan?” katanya bersahaja.

Semua bereaksi sama, inginmendapat jawapan segera. Semua seperti tidak sabar menunggu, tidak seorang punyang ingin tutup telinga.

“Gopoh ada di Tebing Gaza, diPalestin. Tadi dia menelefon Pak Camat, memberitahu yang dia telah menjadisalah seorang sukarelawan Aman Malaysia di sana. Mungkin bulan depan dia akanpulang ke sini,” kata Mukmin.

Semua kelihatan lega. Semuamemiliki fikiran sama, pasukan bola sepak kampung akan kembali bersemangat. Tetapiitu terjadi dua minggu lalu. Kini orang ramai yang mengenali Gopoh kembalidihenyak tanda tanya.

“Gopoh selamat ke tidak ya!”kata Sawabi.

Tak seorang pun dapat menduga.Tak seorang pun yakin mampu meminta maklumat dari mana. Gopoh, entah siapa namasebenarnya, hanya beberapa orang saja yang tahu, di mana dia pernah akrab,tinggal, diperlukan kerana memiliki kebolehan di bidang sukan.

“Mudah-mudahan dia selamat.Dia orang baik, dia tidak pernah menyusahkan orang lain,” kata Pak Dawi.

Tak seorang pun menimpali.Diam, sunyi. Semua seperti menyedari, sukar berharap, kerana dari berbagaitayangan televisyen, dari berbagai pemberitaan akhbar dan radio, Tebing Barat hampirranap dilanyak bom-bom pemusnah tentera Israel. Tetapi semua, dalam hatimasing-masing, berharap keajaiban terjadi.

“Gopoh...” kata Pak Selamat,kemudian dia diam tanpa meneruskan apa maksudnya.

“Itulah asrar-Nya, rahsiaTuhan!” Pak Shuib yang sejak tadi diam seribu bahasa ikut buka bicara.

“Jangan suka berprasangka.Jangan menuduh masyarakat di sana telah banyak dosa, lalu Tuhan marah. Merekayang terkorban dalam kekejaman tentera Israel itu semuanya mati syahid,insya-Allah! Mereka terus masuk syurga, dengan rahmat-Nya…”

Wajah Pak Shuib jelas tegang.Tak seorang pun ingin menyela. Semua diam. Hambali juga tidak ingin menimpali.Padahal dari tadi Hambali paling banyak bicara. Pak Selamat, jiran sebelahrumah Pak Shuib juga diam. Semuanya seperti ingin mendengar kata-kata Pak Shuibberikutnya, sejak kekejaman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza terjadi.

Sejak serangan bertubi-tubitentera Israel menghancurkan dua wilayah itu, Pak Shuib memang jarang bercakap.Dia yang sebelumnya terkenal ceria, sejak kejadian itu berubah drastik,melankolik. Pak Shuib wajar terpukul, kerana anak saudaranya seorang doktorsukarela yang bekerja di sana turut terkorban dalam serangan itu.

“Mereka itu… semua mati syahid,insya-Allah..” lalu matanya berkaca-kaca. Air matanya pun menitis perlahan. “Apakurangnya Gopoh. Dia santun, baik, taat beribadah, tetapi nyata dia juga jadikorban,” katanya sambil menyeka air mata dengan lengan bajunya. Semua yang adadi situ seperti mengamini kata-kata Pak Shuib.

“Saya yakin ramai lagi orangseperti Gopoh yang ikut jadi korban. Saya juga yakin ramai saudara orang lainnyayang terkorban, seperti Dr Kamal, anak saudara Pak Shuib itu,” kata Pak Selamat.

Pak Shuib terdiam, yanglainnya juga. Sunyi sekejap, tetapi kemudian Pak Aris memecah keheningan.“Tetapi kenapa kekejaman itu harus terjadi di Palestin. Kenapa tidak di tempatlain?”

“Ya, kenapa Tuhan tidakmembunuh saja para pengganas macam Amerika? Kenapa Tuhan tidak menghabisi parapembunuh macam Israel?” soal Pak Bani menimpali.

“Kenapa di negara yang sudahtertindas, di negara yang banyak rakyatnya menderita kerana kemiskinan, kenapadi negara yang ramai umat Islam, negeri para ambia. Kenapa?” kata Makmun, ketuabelia yang sejak tadi hanya diam. “Apakah itu juga asrar-Nya, rahsia Tuhan?”tokoknya lagi.

Pak Shuib yang dipandangnyatidak memberikan sebarang reaksi. Tak ada jawapan.

“Mudah-mudahan bantuan yangmengalir untuk Palestin, untuk membina semula Tebing Barat, Semenanjung Gazadan rakyatnya benar-benar mampu dinikmati umat Islam di sana. Mudah-mudahantidak diselewengkan. Tidak dimakan oleh tikus-tikus bertali leher,” kata PakRazak.

Kemudian hening. Semua matatertuju ke layar televisyen di pojok ruang pejabat ketua kampung, yang sedangmenyiarkan warta berita. Satu sama lainnya saling berpandangan sesama sendiri ketikaseorang tokoh yang pernah dihadapkan ke mahkamah kerana kes penyelewengan wangbantuan rakyat sedang memberi penjelasan, menyatakan sedia membantu rakyatPalestin, menyatakan perang terhadap rejim Israel.

“Bukankah dia yang pernahdipenjara, kemudian dibebaskan. Boleh ke? Boleh ke dia jadi pembela danpembanteras penyelewengan? Bukankah dia pernah menyelewengkan wang bantuanuntuk rakyat dulu? Barangkali ini juga asrar-Nya, rahsia Tuhan… dia sudahbertaubat…”

Hening. Tak seorang puningin bersuara.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2023 13:28

December 11, 2023

Don Membunuh Bahasa Hening

SMAHADZIR

KENAPA hari melangkah begitu gesit? Tanpa sempat Don menoleh ke belakang. Tanpa juga sedar hari ini sudah hari Sabtu dan besoknya hari Ahad atau hari minggu. Don kesal benar dengan dua hari tersebut. Kalau mampu meminta dari Yang Maha Berkuasa, dia ingin supaya hari Sabtu dan Ahad ditiadakan dari laman kalender. Dan semua orang harus bekerja terus menerus seumur hidup tanpa kenal hari Sabtu dan hujung minggu.

            Kebanyakan orang menunggu-nunggu hujung minggu atau hari Sabtu dan Ahad, terutama bagi yang sudah berkeluarga, tetapi tidak bagi Don. Bagi yang sudah berkeluarga, hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk bergembira bersama ahli keluarga, bersama anak-anak dan cucu. Tetapi hujung minggu bagi Don bagaikan neraka, waktu tiada akhir yang mesti dirasa. Pada dua hari yang membosankan itu dia akan berjalan seorang diri di lorong-lorong bandar raya Kuala Lumpur untuk membunuh bahasa hening yang berjalan begitu iseng. Demikian lambatnya hingga dua hari serasa seperti dua tahun yang penuh durjana.

            Pada malam Jumaat Don akan menekuni nombor-nombor telefon yang tercatat dalam iPhone-nya. Mencari-cari nama rakan, baru atau lama, yang boleh dihubungi. Selepas itu dia akan sibuk memicit nombor telefon menghubungi mereka seorang demi seorang.

            “Hello, assalamualaikum Wan...”

Waalaikumsalam, Don! Aku sekarang dah keluar dari Kuala Lumpur… menghala ke Cameron Highlands!”

“Errr, bila agaknya kamu pulang?”

“Petang Ahad, baliklah!”

Dipandangnya telefon bimbit di tangan dengan perasaan hampa. Dicari-cari pula nombor telefon Dani. Setelah ditemui, rakan lamanya itu segera dihubungi.

            “Hello, Dani? Besok ada hal tak?”

“Aku dah janji nak keluar dengan Milia!”

“Ala… aku cadang nak ajak kamu keluar,”

“Maaflah, Don! Lain kali ye!”

“Baiklah, tidak apa. Err, bila kamu tak ke mana-mana hubungilah aku,”

“Baik Don!”

Lagi sekali Don berasa sungguh kecewa. Firman pula dihubungi.

            “Assalamualaikum Firman!

Waalaikumsalam, Don!”

“Esok ada hal tak?”

“Esok aku nak balik kampung la, Don! Kenapa?”

“Err, tak ada apa-apa…” Don semakin kecewa. Mail pula dihubungi.

            “Errr, assalamualaikum Mail!”

Waalaikumsalam, Don! Ada apa telefon aku malam-malam buta ni?”

“Err, tak ada apa-apa, Mail…”

“Eh, takkan tak ada apa-apa?”

“Errr, sebenarnya aku nak ajak kamu keluar esok!”

“Ala, maaflah Don! Esok aku dah janji nak keluar dengan rakan sekampung? Kami bercadang nak ke Ulu Yam…”

“Kalau begitu, baiklah!!” Don terus kecewa.

            Lama kelamaan dia putus asa dan dihempaskan iPhone-nya ke atas tilam. Semua rakannya, baik lama atau baru, sibuk dengan aktiviti masing-masing.

            Selalu begitu. Dan hujung minggu akan terasa seperti detik-detik darmawisata bagi Don.

            Kalau sudah begitu, lelaki yang hampir beruban di kepala itu akan tersungkur di bilik kecil sewaannya. Melayan bahasa hening yang mengapung seluruh juzuk. Sembari mendengar muzik sampai kantuk tiba. Sewaktu pagi menjelang dia akan terjaga untuk meratapi hari, mengapa hari ini hari Sabtu dan esok adalah hari minggu?

            Dengan kemalasan yang tiada tara dia melangkah ke bilik mandi. Tidak perlu sarapan sebab seharian bahkan dua hari ini dia ada banyak kesempatan untuk berlapar-lapar kemudian berkenyang-kenyang seorang diri. Satu per satu restoran dan kafe sudah dicuba. Ingin makan apa hujung minggu ini? Juga, pusat membeli belah dan plaza mana lagi yang harus dia kitari? Lorong bandar raya Kuala Lumpur mana lagi yang harus dia susuri? Semua dilakukan hanya untuk membunuh satu benda yang bernama bahasa hening.

 * * *

 Don memakai seluar jeans paling mahal yang dia ada. Hujung jeans itu terlalu panjang dan dia potong dengan gunting secara semberono tanpa dirapikan oleh tukang jahit pandai. Hasilnya, hujung kainnya terburai liar. Berbulu-bulu dek benang yang berjurai keluar centang perenang. Dan Don tidak peduli itu semua.

            Kaki Don terbalut kasut kain hijau lusuh ala pemain bola kampung. Kasut yang selalu menemani tiap hujung minggu dia berjalan pojok-pojok bandar raya Kuala Lumpur. Tapaknya sudah mulai tipis tetapi dia suka. Belum berhasrat untuk membeli yang baru. Kasut itu membawanya ke sebuah kedai buku yang baru dibuka. Bahkan pemiliknya terkejut melihat sepagi ini sudah ada pelanggan tempatan datang.

            Sebenarnya kedai ini sudah puluhan, malah ratusan kali dia singgah. Tiap hujung minggu dia masuk ke kedai buku yang ada di bandar raya Kuala Lumpur ini. Tidak selalu membeli. Hanya membaca berjam-jam sampai kaki pegal seperti mahu patah. Kadang-kadang jurujual perempuan menjeling marah kerana majalah yang dibacanya hampir-hampir berkedut seribu kerana kerap sangat diselak helaian demi helaian.

            Beberapa buku terlaris sudah rampung dibaca hanya bermodalkan ‘baca percuma’. Don hanya mahu beli buku yang sungguh-sungguh baik dan berkualiti untuk dimiliki. Lain tidak. Selalunya buku yang dibelinya adalah buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Baginya buku-buku terbitan DBP itu amat berkualiti dan wajar dibeli dan dijadikan koleksi.

Biasanya setelah berpegal-pegal berdiri di kedai buku dia akan ke kafe atau restoran. Kadang-kadang dari kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman dia naik teksi ke Jalan Petaling untuk mencari chinnese food. Atau sebaliknya, dari Pasar Budaya lelaki itu rela bersendat-sendat naik kereta api ke Kuala Lumpur City Centre atau KLCC untuk mencari warung masakan Melayu. Gila? Sama sekali tidak. Lebih-lebih lagi apa yang diharap pada hujung minggu dari seorang lelaki bujang tua itu kalau bukan untuk membuang-buang waktu dengan percuma. Semuanya hanya kerana ingin membunuh bahasa hening yang melingkari hidupnya.

            Pada waktu yang sama, rakan-rakan Don yang lain sedang menghabiskan waktu bersama keluarga, isteri, kekasih atau sanak-saudara masing-masing. Mereka selayaknya lelaki-lelaki usia tua lain, sudah ada zuriat atau isteri. Mereka akan disibukkan oleh pelbagai kegiatan para suami: persatuan suami mithali, memenuhi undangan majlis pernikahan, rekreasi keluarga, dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat membunuh bahasa hening seperti yang sering membalut hidup Don. Entah bila Don boleh tenggelam dalam aktiviti semacam itu. Rasanya tidak akan pernah, sebab hingga hari ini lelaki bujang berambut ketak-ketak itu tetap mengutuk hujung minggu seolah-olah kiamat mingguan dalam hidupnya. Hanya kerana bahasa hening yang menjadi gebar tebal menyelimuti sekujur tubuhnya itu.

            Proses pernikahan rakannya satu-satu dia sumpah serapah. Satu pernikahan, bererti satu rakan hilang sudah. Masih ada harapannya pada Hadi dan Zali, rakan seangkatannya yang belum direbut oleh institusi pernikahan. Tetapi Hadi sudah ada tunang dan Zali pula sibuk menjaga anak saudaranya. Walau sama-sama lelaki bujang tua, Zali model lelaki cinta keluarga. Dia lebih suka menghabiskan waktu dengan orang tua, anak saudara atau adik beradik daripada kawan seperti Don.

 * * *

Dulu, pernah sekali Don begitu memuja hujung minggu. Tidak pernah wujud bahasa hening dalam kamus hidupnya kerana gadis pujaan hatinya sering menemaninya pada hari Sabtu atau Ahad. Dia selalu disibukkan oleh berbagai acara hura-hura. Minggu ini ke Port Dickson, minggu depan ke Pantai Morib, minggu hadapan lagi ke Genting Highlands. Kadang-kadang ke Bukit Fraser atau ke Pusat Perkelahan Janda Baik. Dia ada gadis yang sedia bersamanya ke majlis-majlis hebat. Naik motor di lereng terjal Genting Highlands, berkelah di Taman Temple, di Tasik Titiwangsa atau di Tasik Putrajaya sembari bersuka ria atau makan angin sejuk di tanah tinggi Cameron Highlands.

            Hujung minggu adalah syurga bagi Don masa lalu. Sebuah momen yang selalu dinanti penuh harap. Suatu kesempatan untuk dia boleh bebas merdeka dari himpitan rutin kerja. Malam minggu tidak pernah dilalui seorang diri di bilik sewaan. Muzik keras bergegaran memekakkan gegendang telinga, gelak tawa dan asap rokok tidak pernah sunyi setiap hujung minggu Don bersama rakan-rakannya.

            Kemudian datanglah masa dewasa itu. Satu-satu rakannya mulai sibuk melorek arca hidup sendiri. Dia juga demikian. Masih sempat sekali dua kali dalam sebulan mereka habiskan hujung minggu bersama. Perlahan-lahan kebersamaan itu digerogoti kesibukan peribadi masing-masing. Don sendiri tenggelam dalam kisah kasihnya yang berkali-kali terkandas. Kerana dendam, dia tenggelamkan diri dalam karya seperti seorang penulis cerpen atau novel.

Kian tenggelam dan tenggelam. Tanpa sedar satu-satu rakannya sudah punya dunia sendiri. Don terhenyak sedar bahawa dia tertinggal jauh dari rakan-rakannya ketika beberapa kali hujung minggu terpaksa dia lalui seorang diri. Gigit jari. Sembari melayan bahasa hening yang khali, yang tidak pernah bersuara apa-apa dengannya.

            Lantas, hujung minggu yang dulunya adalah syurga telah berubah menjadi neraka. Dia selalu menyumpah seranah dua hari penuh jelak tersebut. Dua hari di mana dia harus mendepani simfoni bahasa hening dan harus juga mencari keriangan seorang diri. Dua hari di mana dia akan ditertawakan orang kalau masih cuba masuk pejabat. Dua hari di mana dia membawa kasut lusuhnya ke lorong-lorong bandar raya Kuala Lumpur tidak bertujuan.

* * *

Lelah penat Don rasakan setelah dua hari penuh keliling bandar raya Kuala Lumpur tanpa makna. Sebuah aktiviti menjemukan yang mahu tidak mahu harus dia lakukan daripada terbunuh oleh libasan lading bahasa hening dalam bilik. Gontai langkah Don menuju biliknya yang cuma sepetak. Sewaktu lelaki bujang tua seusianya menghabiskan waktu bersama keluarga di hujung minggu, dia harus terima kenyataan bahawa di bilik sewaannya itu tidak sesiapa pun datang menyambut kepulangannya. Hanya senyum hambar tuan rumah penuh basa-basi. Juga kerlingan bahasa hening yang sarat sinikal dan kadang-kadang Don berasa seringai bahasa hening itu begitu memualkan.

            Dalam dihenyak dan dilambung ombak keheningan, dia hidupkan punat radio. Putar volume besar-besar sembari melayan muzik rock paling keras. Tiga buah buku sudah menanti untuk dibaca. Tetapi hatinya tetap sepi. Bahasa hening tetap berlegar-legar mahu mendakapnya. Dari atas tilam, diangkatnya kepala. Kelihatan kalender meja. Ada harapan ceria menjelang. Ah, besok hari Isnin. Usai sudah penderitaan hujung minggu ini dihenyak, digodam dan dihiris bahasa hening.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 19:14

pantun: KEMAHIRAN KATALIS KEMAJUAN NEGARA KE PUNCAK GAPURA JAYA

Air seruntun bercampurturi,
    Ubat pangerandi dalam cawan;
Dengarlah pantun hambaberperi,
    Tentangkemahiran katalis kemajuan.

 

Tumbuh subur rumpunsendayan,
    Pokokkeladi pinggiran huma;
Keyakinan pelabur ikatperjanjian,
    Kemahiranmenjadi tonggak utama.

 

Pisau belati genggamanraja,
    Anakpangeran istana lama;
Tingkat kreativiti dalambekerja,
    Tanda kemahiran teraju utama.

 

Gurindam syair nazamteromba,
    Puisi tradisi pusaka bangsa;
Pekerja yang mahirtahunya serba,
    Peka teknologi masa ke masa.

 

Indah situasi di kota lama,
    Karya puitisgarapan teruna;
Kemahiran komunikasi paling utama,
    Idea nan kritisdapat dibina.

 

Dayang bunting sebatang kara,
    Mencari rezeki menjual tapai;
Kemahiran penting untuknegara
    Kemajuan pertiwi megah dicapai.

 

Jambu batu perlu dibaja,
    Biar sampai setinggi terap;
Kemahiran membantu produktifpekerja,
    Kemajuan tercapai mudah digarap.

 

Dari Maran ke TanjungTualang,
    Membeli joran mengail kerisi;
Tanpa kemahiran cabaranmenghalang,
    Banyak cabaran dunia globalisasi.

 

Puteri raja dipinangpangeran,
    Dibawa ke pura merentas paya;
Kemahiran pekerja kehendakpasaran,
    Untuk negara menempah jaya.

 

Anak besan tepianperigi,
    Menyiang seluang bersisik kasar;
Kemahiran insanberkualiti tinggi,
    Bantu peluang ekonomi besar.

 

Bersama rakan ke MasjidZahir,
    Membaca kitab meratib zikir;
Negara perlukan tenagamahir,
    Meredah abad teknologi mutakhir.

 

Mencari rokan di Tanjung Puri,
    Dapat seikat daunmempelas;
Mahir berpasukan pemain industri,
    Kerjasama erat perludan jelas.

 

Ikan pari di panas bara,
    Di atas simen dijemur gelama;
Potensi industri dalamnegara,
    Kemahiran memain peranan utama.

 

Berwarna putih bunga seroja,
    Di naung angsana dipetik teruna;
Hubungan positif rakansekerja,
    Matlamatdibina tercapai sempurna.

 

Menabur baja petanidisaran,
    Di tepi biara jerami dipunggah;
Kemahiran pekerjaindustri pengeluaran,
    Kemajuan negara terjulang megah.

 

Ikan kelah disambar joran,
    Buat hidanganbercampur nanas;
Penyelesaian masalah perlu kemahiran,
    Memberi sumbanganidea nan bernas.

 

Sajian penganan sekeluarga rasai.
    Bersama puding resipilama;
Kemahiran kepimpinan perlu kuasai,
    Nilai penting pupukkerjasama.

 

Lorong di pekan ke kedai kusyen,
    Diturap simen sampaike titi;
Kemahiran pengurusan cekap efisien,
    Penghasilan dijaminkerja berkualiti.

 

Harum setanggi disanggul puteri,
    Senyum menawan meskipun buta;
Inovasi tinggi pemainindustri,
    Untuk kemajuan negara tercinta.

 

Anak pangeran mengubah haluan;
    Pancang dipacak jalan ke paya,
Mantapkan kemahiran untukkemajuan,
    Negara ke puncak gapura jaya.

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 06:08

PANTUN GUNDALAN ADAT

Deru ombak mengalih sampah,
Air keladak bercampur gaul;
Mati tidak kerana sumpah,
Hidup tidak kerana kaul.
 
Buah pedada biji selasih,
Daun pegaga di dalam loyang;
Merajuk kepada yang dikasih,
Manja kepada yang tersayang.
 
Usah digoda puteri jelita,
Nujum diraja kaya azimat;
Meminta hanya kepada yang ada,
Berkaul kepada yang keramat.
 
Tanam padi batas disekat,
Untuk selamat dipasang pukat;
Kelebihan nabi dengan mukjizat,
Kelebihan umat dengan muafakat.
 
Sungguh hebat teruna menyelam,
Ikan dibebat alun dikuak;
Raja menobat di dalam alam,
Penghulu menobat di dalam luak.
 
Hujan lebat menderu jujuhnya,
Melompat-lompat si induk katak;
Lembaga menobat dalam lingkungnya,
Orang banyak menobat dalam teratak.
 
Malam gelita keranda diusung,
Pandai kakak memasang kandil;
Yang buta penghembus lesung,
Yang pekak pelepas bedil.
 
Kayu rapuh di tepi khemah,
Jangan dibuat tangga reban;
Yang lumpuh penghuni rumah,
Yang kuat pembawa beban.
 
Tebuan berdengung di hujung baruh,
Anak teritip melekat di dinding;
Yang bingung disuruh-suruh,
Yang cerdik lawan berunding.
 
Nampak kancil tepian padang,
Anak seladang jalan berdua;
Beroleh kecil pada yang gadang,
Beroleh gadang pada yang tua.
 
Sungguh cantik kain selempang,
Anak mualim baik amalnya;
Kalau lembik buat pengempang,
Kalau alim nakkan doanya.
 
Dalam paya ada ikannya,
Selut likat  di pasang bubu;
Kalau kaya nakkan emasnya,
Patah buat penghalau lembu.
 
Gadis bersyair berwajah sombong,
Menyimpan rahsia teruna terpikat;
Bulat air teguh dek gopong,
Bulat manusia tegal dek muafakat.
 
Sangkar ruai burung tekukur,
Tergantung molek di perahu payang;
Faham sesuai benar seukur,
Bulat segolek pipih selayang.
 
Kain lusuh penutup khemah,
Gadis bermain batu seremban;
Yang lumpuh penghuni rumah,
Yang kuat pembawa beban.
 
SMAHADZIR
Banting, Selangor
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 03:54

HARI KELIMA: Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Selepas bersarapan pagi di Hotel Santika Premiere Jakarta, Jalan K.S.Tubun, Slipi, Kecamatan Palmerah, Jakarta Barat, delegasi Selangor dibawa keMonumen Nasional atau lebih dikenali dengan sebutan MONAS. MONAS berlokasi di Jakarta Pusat tepatnya diLapangan Merdeka, Jalan Medan Merdeka, Kecamatan Gambir.

 

MONAS merupakan tempat bersejarah yang menjadi simbol Jakarta danIndonesia. Salah satu tempat yang mencuri perhatian iaitu bahagian puncak yangdibalut emas berbentuk lidah api sedang menyala. Menurut Dadang Dabot, ideapembinaan Monas dari Presiden Soekarno yang menetapkan bahawa monumen ini harusmencerminkan keperibadian bangsa Indonesia, melambangkan api yang berkobar,bersifat dinamis dan memberikan kesan bergerak.

 

[image error] 

Monumen Nasionalatau lebih dikenali dengan sebutan MONAS

 

Menurut Dadang Dabot, MONAS adalah sebuah tugu yang dibina bertujuanuntuk mengenang sejarah perjuangan di Jakarta. MONAS mulai dibina pada 17 Ogos1961. Arkiteknya adalah Soedarsono, Frederich Silaban, dan Ir. Rooseno. MONASdiresmi dan dibuka untuk umum pada tahun 1975. Gagasan untuk mendirikan MONASsudah ada sejak 1954 lagi. Beberapa hari setelah peringatan proklamasikemerdekaan Indonesia ke-9, dibentuk Panitia Tugu Nasional yang bertugas untukpembinaan Tugu Monas. 

 

Panitia ini diketuai oleh Sarwoko Martokusumo, dengan dibantu oleh SSuhud sebagai penulis, Sumali Prawirosudirdjo sebagai bendahari, dan empatanggota lainnya, iaitu Supeno, KK Wiloto, EF Wenas dan Sudiro. Panitia TuguMonas bertanggungjawab untuk mempersiapkan segala hal yang diperlukan untukmembina Tugu Monas sekali gus mengumpulkan kos pembinaannya. Selepas itu,Presiden Soekarno membentuk panitia pembinaan MONAS yang bernama Pasukan Yuri.Pasukan ini melakukan dua kali pertemuan, iaitu pada 17 Februari 1955 dan 10Mei 1960, untuk merancang bentuk bangunan Tugu Monas. 

 

[image error] 

 MONAS adalah sebuah tugu yang dibinabertujuan untuk mengenang sejarah perjuangan di Jakarta

 

Sayangnya, setelah dua kali pertemuan, belum ada rancangan yangdianggap memenuhi kriteria yang diinginkan panitia. Akhirnya, Soekarno melantikbeberapa arkitek ternama, iaitu Soedarsono dan Frederich Silaban untuk melukisrancangan Tugu Monas. Kedua-duanya memutuskan untuk melukis sendiri dankemudian gambar yang dipilih oleh Soekarno adalah milik Soedarsono. Bentuk tuguyang menjulang tinggi dengan pelataran cawan yang luas mendatar merupakanrepresentasi dari lingga dan yoni

 

Dalam ajaran Hindu, penyatuan linggadan yoni akan menghasilkan kekuatantertinggi. Selain itu, lingga dan yoni juga melambangkan kekhususanIndonesia, di mana lingga menyerupaialu dan yoni menyerupai wadah yangberupa lumpang. Alu dan lumpang adalah dua alat yang dianggap penting dandimiliki oleh setiap keluarga di Indonesia, khususnya warga kampung. 

 

Dalam rancang bina yang dibuat, Soedarsono mengambil beberapa unsursewaktu proklamasi kemerdekaan Indonesia dilaksanakan. Misalnya, di atas tuguterdapat bahagian yang menyerupai api menyala dan seakan-akan tidak kunjungpadam. Ini melambangkan keteladanan semangat bangsa Indonesia yang tidak pernahsurut berjuang sepanjang masa. 

 

[image error] 

 Pagi-pagi lagi MONAS sudah dikunjungi warga

 

Selepas rancangan disetujui, proses pembinaan Tugu Monas dilaksanakanmelalui tiga tahap. Tahap pertama tahun 1961-1965, tahap kedua antara 19661968dan tahap ketiga pada tahun 1969-1976. Pada tahap pertama, proses pembinaanMONAS diawasi terus oleh Panitia Monumen Nasional dan kos yang digunakanberasal dari sumbangan masyarakat. Pada tahap kedua, proses pembinaan masihdiawasi oleh panitia MONAS, tetapi kos bersumber dari Anggaran PemerintahPusat. 

 

Pada tahap terakhir, pembinaan MONAS diawasi oleh Panitia Pembina TuguNasional dengan sumber dana berasal dari Pemerintah Pusat atau DirektoratJenderal Anggaran melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun (Repelita). MONAS secara perlahan-lahan mulai dibuka untuk umum pada 18 Mac 1972,berdasarkan Surat Keputusan Gabenor DKI Jakarta Ali Sadikin Nombor CB11/1/57/72. Waktu itu, Gabenor Ali Sadikin membuka kawasan untuk rombongan ataupertubuhan atau siswa ke ruang tenang dan ruang muzium. Pada tahun 1973,Gabenor Ali Sadikin mengizinkan pengunjung naik hingga ke pelataran puncakMONAS. 

 

[image error] 

 Muzium Fatahillah

 

Pada 10 Jun 1974, Gabenor Ali Sadikin meresmikan taman di bahagianbarat MONAS atau dikenali dengan nama Taman Ria. MONAS akhirnya dibuka untukumum selepas diresmikan oleh Presiden Soeharto pada 12 Julai 1975 ketikapembinaannya berakhir. Keseluruhan dana yang dikeluarkan untuk membina MONASsejak 1961 hingga 1965 adalah sebesar Rp 58 milion.

 

Dari MONAS, delegasi Selangor terus ke Muzium Fatahillah yang terletakdi Jalan Fatahillah 1, Jakarta Barat. Muzium ini memberikan nuansa nostalgiayang kuat kerana terdapat bangunan yang belum diubah sejak dibina pada masakolonial Belanda. Menurut Dadang Dabot, bangunan ini dibina oleh Jenderal JanPieterszoon Coen pada tahun 1620. Muzium ini memiliki 23,500 bahan bersejarahyang boleh dilihat dari zaman yang berbeza.

 

Menurut Dadang Dabot lagi, Muzium Fatahillah dulunya merupakan bangunanbalai kota Batavia. Bangunan ini didirikan pada tahun 1707 hingga 1712 atasperintah Gabenor Jenderal Joan van Hoorn. Pada tahun 1620 didirikan pertamakali sebuah balai kota di Batavia di tepi timur Kali Besar. Bangunan inibertahan selama enam tahun sebelum akhirnya diruntuhkan demi menentang serangandari pasukan Sultan Agung pada tahun 1626. Untuk menggantikannya, pada tahun1627, dibina kembali balai kota ini atas perintah Gabenor Jenderal JanPieterszoon Coen. 

 

[image error] 

Muzium Fatahillahdulunya merupakan bangunan balai kota Batavia

 

Pada tahun 1628, keadaan balai kota sudah memburuk. Akibatketidakseimbangan tanah di Batavia serta beratnya bangunan, membuatkan bangunanini perlahan-lahan turun dari permukaan tanah. Lalu, diputuskan pada tahun1797, atas perintah Gabenor Jenderal Joan van Hoorn, bangunan ini diruntuhkandan dibina semula. Peresmian balai kota ketiga dilaksanakan pada tanggal 10Julai 1710. Selama dua abad, bangunan ini dijadikan pejabat pentadbiran KotaBatavia. 

 

Selain itu, bangunan ini juga digunakan sebagai College van Schepenen(Dewan Kotapraja) serta Raad van Justitie (Dewan Pengadilan). Di akhir abadke-19, Kota Batavia mulai meluas hingga ke wilayah selatan. Oleh sebab itu,kedudukan Kota Batavia pun ditingkatkan menjadi Gemeente Batavia atauKotamadya. Akibatnya, aktiviti di balai kota Batavia dipindahkan pada tahun1913 ke Tanah Abang dan dipindahkan lagi ke Koningsplein Zuid pada tahun 1919.Pada tahun 1942, masa pendudukan Jepun, bangunan ini digunakan sebagai pejabatpengumpulan logistik Dai Nippon atau kemaharajaan Jepun. Kemudian, selepasIndonesia merdeka, bangunan ini digunakan sebagai Pejabat Pemerintah ProvinsiJawa Barat. 

 

[image error] 

Muzium Katedral

 

Hingga tahun 1961, pernah digunakan sebagai Pejabat Komando TenteraKota I dan kemudian digunakan sebagai Pejabat Pemerintah Provinsi DKI Jakarta.Tahun 1970, bekas bangunan balai kota Batavia ini ditetapkan sebagai bangunanCagar Budaya. Pada 30 Mac 1974, Gabenor DKI Jakarta, Ali Sadikin, merenovasiulang bangunan ini dan diresmikan sebagai Muzium Sejarah Jakarta. 

 

Delegasi Selangor juga dibawa ke Muzium Katedral. Di sini, masa yangdiberikan hanya sekitar 15 minit sahaja untuk para delegasi mengambil gambarkenangan. Ujar Dadang Dabot, tempat ini tidak hanya tempat ibadah, juga muziumkoleksi berbagai benda keagamaan masyarakat Kristian Katolik. Di sini juga boleh dapatkan pelbagai informasi mengenai perkembanganagama Katolik di Indonesia.

 

Seterusnya delegasi Selangor dibawa ke Taman Mini Indonesia Indah atauTMII. Menurut Dadang Dabot, di sini lengkap rumah adat dan pelbagai peninggalansejarah seperti pakaian adat, bahan sejarah, peralatan kesenian, hasilkerajinan tangan, dan lain-lain lagi dari 34 wilayah yang ada di Indonesia.

 

[image error] 

Antara rumah adatyang terdapat di Taman Mini Indonesia Indah

 

Taman Mini Indonesia Indah mempunyai keluasan kira-kira 250 ekar. Tamanini merupakan sinopsis kebudayaan Indonesia, dengan hampir semua aspekkehidupan sehari-hari di wilayah Indonesia, diungkapkan dalam pavilion terpisahdengan koleksi rumah adat sebagai contoh seni bina, pakaian, tarian dan tradisibahasa Indonesia yang semuanya digambarkan tanpa cela. Selain itu, terdapatsebuah tasik dengan sedikit kepulauan di tengah-tengahnya, kereta kabel,muzium, Keong Emas Imax Cinema, teater yang dipanggil Teater Tanah Airku dankemudahan rekreasi lain yang menjadikan Taman Mini Indonesia Indah salah satudestinasi pelancongan paling popular di Jakarta.

 

Sejak 2007 Taman Mini Indonesia Indah melancarkan logo baru denganslogan berjenama Pesona Indonesia. Pada 31 Disember 2014 Jawatankuasa KeamananDunia memutuskan Taman Mini Indonesia Indah sebagai Taman Tamadun Antarabangsadan Taman Tema Keamanan Dunia. Menurut Dadang Dabot, idea untuk mempersembahkanIndonesia secara kecil-kecilan difahami oleh bekas wanita pertama Indonesiaiaitu Siti Hartinah, yang lebih dikenali dengan nama Tien Suharto. Ia berlakupada sebuah konvensyen di Jalan Cendana pada 13 Mac 1970. 

 

[image error] 

MonumenPembebasan Irian Jaya

 

Melalui laman rekreasi ini, beliau berharap dapat memupuk kebanggaannegara di lebih banyak rakyat Indonesia. Projek yang dipanggil ‘Projek MiniaturIndonesia’ ini dimulakan oleh Yayasan Harapan Kita pada tahun 1972. Konsepkawasan rekreasi berasaskan budaya ini diilhamkan oleh kekayaan semulajadiIndonesia yang tidak tertandingi dan kepelbagaian rakyat tempatan.

 

Seterusnya delegasi Selangor dibawa ke Monumen Pembebasan Irian Jayayang terletak di Sawah Besar, Jakarta. Menurut Dadang Dabot, selain MONAS,Presiden Soekarno juga mencetuskan pembinaan Monumen Pembebasan Irian Jaya ini,untuk mengenang para pejuang Trikora dan masyarakat Irian Barat yang memilihmenjadi sebahagian dari Republik Indonesia. Monumen ini berada di tengah-tengahLapangan Banteng dan tingginya mencapai 35 meter. Bentuk monumen berupa patungyang dibuat dari perunggu atau gangsa. Patung itu dibuat oleh Pasukan PematungKeluarga Area Yogyakarta di bawah pimpinan Edhi Sunarso. Arkitektur monumen inidirancang oleh Friedrich Silaban dan Henk Ngantung. Peresmian monumen inidilakukan oleh Presiden Soekarno pada 17 Ogos 1963.

 

[image error] 

Tugu Proklamasi

 

Pada tahun 2017, Lapangan Banteng direvitalisasi oleh Dinas Kehutanandan Pemakaman DKI Jakarta. Projek ini menonjolkan Monumen Pembebasan IrianBarat yang sebelumnya ditutup oleh pepohonan. Perlaksanaannya memakan waktulebih kurang setahun. Peresmian dilakukan oleh Gabenor DKI Jakarta iaitu AniesBaswedan pada 25 Julai 2018.

 

Dari Monumen Pembebasan Irian Jaya, delegasi Selangor dibawa pula keTugu Proklamasi, letaknya di Jakarta Pusat. Ujar Dadang Dabot, tugu ini pertamakali dibina pada tanggal 1 Januari 1961, peresmiannya pada tanggal 17 Ogos1972, oleh Presiden Soeharto. Di sini, kita disuguhkan dengan patung Bung Karnodan Bung Hatta yang sedang membaca teks proklamasi. Selain itu, kita juga bolehmengenang kembali sejarah proklamasi di sini.

 

[image error] 

 Muzium Perumusan Naskah Proklamasi

 

Dari Tugu Proklamasi, delegasi Selangor ke Muzium Perumusan NaskahProklamasi pula. Muzium ini letaknya di Jalan Imam Bonjol, Menteng JakartaPusat dan dibina pada tahun 1927. Kata Dadang Dabot, di sinilah Soekarno danMohammed Hatta merumuskan teks proklamasi kemerdekaan Indonesia, selepasdijemput Achmad Soebardjo dari Rengasdengklok, Karawang. Bangunan ini dulunyamerupakan tempat tinggal Laksamana Maeda. Rumah ini dianggap selamat keranaMaeda adalah sahabat baik Achmad Soebardjo. Bangunan yang sudah diresmikan padatahun 1920-an ini, memiliki koleksi antara lain naskhah proklamasi yang asliditulis tangan, teks proklamasi asli yang sudah dikompilasikan dan berbagairuangan yang digunakan dalam rangka penyusunan teks proklamasi.

 

Dari Muzium Perumusan Naskah Proklamasi, delegasi Selangor terus dibawake Taman Ismail Marzuki yang terletak di Jalan Cikini Raya 73, Jakarta Pusat.Menurut Dadang Dabot, Taman Ismail Marzuki atau nama sebenarnya Pusat KesenianJakarta Taman Ismail Marzuki, merupakan sebuah pusat kesenian dan kebudayaanyang terkenal di Jakarta. Di sini juga terletak Institut Kesenian Jakarta danPlanetarium Jakarta. Selain itu, Taman Ismail Marzuki juga memiliki enam buahteater moden, balai pameran, galeri, bangunan arkib dan pawagam.

 

[image error]  

 Taman Ismail Marzuki

 

Acara-acara seni dan budaya dipersembahkan secara rutin di pusatkesenian ini, termasuk pementasan drama, tarian, wayang, muzik, pembacaanpuisi, pameran lukisan dan persembahan filem. Berbagai jenis keseniantradisional dan kontemporari, baik yang merupakan tradisi asli Indonesiamahupun dari luar negara juga dapat dilihat di tempat ini. Nama pusat kesenianini berasal dari nama pencipta lagu terkenal Indonesia iaitu Ismail Marzuki.

 

Taman Ismail Marzuki telah dirasmikan pembukaannya oleh GabenorPemerintah Daerah Wilayah DKI Jakarta iaitu Jeneral Marinir Ali Sadikin, pada10 November 1968. Taman Ismail Marzuki ini dibina di atas kawasan tanah seluassembilan hektar. Dahulu tempat ini dikenali sebagai ruang rekreasi umum ‘TamanRaden Saleh’. Pengunjung Taman Raden Saleh selain dapat menikmati kesejukanparu-paru bandar dan melihat sejumlah haiwan, juga dapat melihat perlumbaananjing di treck ‘Perlumbaan Anjing’yang kini telah berubah menjadi pejabat dan ruang kolej mahasiswa fakultiperfileman dan televisyen IKJ. 

 

[image error] 

 Petugas Didik Soebadjo menceritakan sejarahTaman Ismail Marzuki

 

Ada juga lapangan bermain kasut roda berlantai simen. Kemudahan lainnyaialah dua buah bangunan pawagam, gardenhall dan podium melengkapisuasana hiburan malam bagi warga yang suka menonton filem. Tetapi sejak 37tahun lalu, suasana seperti itu tidak lagi boleh ditemui. Khususnya setelahtempat ini bertukar menjadi Pusat Kesenian Jakarta Taman Ismail Marzuki.

 

Sejak Taman Ismail Marzuki berdiri tahun 1968 hingga kini telah menjadiruang ekspresi seniman yang menyajikan karya-karya inovatif. Pertunjukkaneksperimen, suatu dunia atau karya seni yang sarat dengan dunia idea. Membuka pintu seluas-luasnya bagi ruang berfikir dan berkreasi menujuseni yang berkualiti. Untuk beberapa waktu lamanya harapan muncul suatu karyadalam dunia penciptaan, menjadi kenyataan. 

 

[image error] 

Taman IsmailMarzuki ialah Graha Bhakti Budaya iaitu sebuah bangunan persembahan yang besar,mempunyai ruangan yang memuiatkan 800 buah kerusi, 600 kerusi berada di bawahdan 200 buah kerusi lagi di balkoni

 

Pentas Taman Ismail Marzuki menjadi semarak dengan karya-karyaeksperimen yang sarat idea. Ini ditandai oleh sejumlah kreator seni yang sempatmembuka peta baru di atas pentas. Di antaranya ialah sasterawan Rendra,pimpinan Bengkel Teater Yogya dari Kampung Ketanggungan Wetan Yogyakarta.Awalnya karya Rendra, berupa drama Be Bopatau drama mini kata SSSTTTditayangkan di layar kaca televisyen Republik Indonesia. Menyusul pentas dramaklasik Yunani Oedipus Rex, MenungguGodot, Hamlet dan karya pentas mini kata lainnya.

 

Koregrafer terkenal iaitu Sardono W. Kusumo, melalui pentas tari‘Samgita Pancasona’ telah menyuguhkan konsep gerak yang memiliki skala tidakterbatas. Penari balet terkemuka iaitu Farida Oetojo pula telah mewarnai TamanIsmail Marzuki dengan karya baletnya yang berani. Slamet Abdul Syukur, yanglama bermukim di Perancis menggegarkan masyarakat dengan konsert piano ‘Sumbat’yang membuatkan para penonton terpana. Pengarah teater Arifin C. Noer, TeguhKarya, Suyatna Anirun (Bandung), turut mempesona masyarakat umum. Koreografersenior iaitu Bagong Kusudiardjo, Huriah Adam, pelukis Affandi, TrisnoSoemardjo, Hendra Gunawan, Agus Djaya, Oesman Effendi, S. Sudjojono, Rusli,Rustamadji, Mustika tutut mengisi Taman Ismail Marzuki dengan karya-karyamereka yang indah dan artistik.

 

[image error] 

 Patung Ismail Marzuki

 

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Taman Ismail Marzuki ialahGraha Bhakti Budaya iaitu sebuah bangunan persembahan yang besar, mempunyairuangan yang memuiatkan 800 buah kerusi, 600 kerusi berada di bawah dan 200buah kerusi lagi di balkoni. Pentas GBB berukuran 15 meter x 10 meter x 6meter. Bangunan ini boleh digunakan untuk persembahan konset muzik, teater samaada tradisional mahupun moden, tarian, filem, dan dilengkapi dengan tatacahaya, sound system akustik, sertapenyejuk ruangan.

 

Selain itu terdapat juga Galeri Cipta II iaitu ruang pameran yang lebihbesar dari Galeri Cipta III. Kedua-dua ruang tersebut sering digunakan untukpameran seni lukis, seni patung, perbincangan, seminar, dan pemutaran filempendek. Bangunan ini boleh memuatkan sekitar 80 buah lukisan, 20 buah patungdan dilengkapi dengan pendingin ruangan, tata cahaya khusus, tata suara sertapanel yang boleh dipindah-pindahkan. Terdapat juga Teater Kecil atau TeaterStudio iaitu sebuah bangunan persembahan yang dipersiapkan untuk 200 orang.Bangunan ini mempunyai banyak fungsi seperti seni persembahan teater, muzik,pembacaan puisi, seminar,dan lain-lain lagi. Teater Kecil mempunyai ukuranpentas 10 meter x 5 meter x 6 meter. Bangunan ini juga dilengkapi sistemakustik, tata cahaya dan pendingin ruangan.

 

[image error] 

 Pusat membeli-belah di Tanah Abang

 

Satu lagi ruang yang terdapat di Taman Ismail Marzuki ialah TeaterHalaman (Studio Persembahan Seni). Disediakan untuk persembahan seni eksperimenbagi seniman muda teater dan puisi, mempunyai ruangan penonton yang fleksibel.Taman Ismail Marzuki juga mempunyai kawasan parkir yang cukup luas, yangmerupakan lahan serba guna dan sering digunakan untuk berbagai pertunjukkankesenian terbuka.

 

Dari Taman Ismail Marzuki, delegasi Selangor dibawa jalan-jalan seputarTanah Abang iaitu salah satu kecamatan yang ada di Kota Jakarta Pusat. MenurutDadang Dabot, nama Tanah Abang kononnya diambil dari Bahasa Jawa ‘abang’ yangertinya merah. Tapi ada juga yang menyatakan bahawa pemberian nama ‘abang’merujuk kepada kata sapaan kakak. Tanah Abang ini populer dengan pusatmembeli-belah, banyak kios yang menjual berbagai tekstil juga produk keagaman.Tanah Abang selalunya ramai pengunjung, sering sesak dengan pelbagai etnik dariseluruh Jakarta..

 

    [image error] 

    ManggaDua

 

Selepas Tanah Abang, merayau pula seputar kawasan Mangga Dua, yangterletak di Pademangan, Jakarta Utara. Kawasan ini dibatasi oleh Jalan GajahMada di sebelah barat. Kata Dadang Dabot, Mangga Dua ni merupakan sebahagiandari sejarah panjang Jakarta, bermula dari Pelabuhan Sunda Kelapa dan Glodok.Mangga Dua dan Glodok ni merupakan salah satu kawasan membeli belah terbesar diAsia Tenggara. Di Jakarta, Mangga Dua telah menjadi destinasi membeli-belahpaling populer dalam kalangan wisatawan asing dan wisatawan dalam negeri,terutama yang tinggal di luar Pulau Jawa. Pusat membeli-belahnya majorititerletak di Jalan Mangga Dua Raya.

 

Seterusnya delegasi Selangor dibawa ke Thamrin City atau Thamrin CityMall yang merupakan sebuah pusat membeli-belah besar yang berada di JakartaPusat, yang lokasinya terletak lebih kurang 150 meter dari bulatan HotelIndonesia dan sekitar 300 meter dari Pasar Tanah Abang, yang tepatnya berada diJalan Thamrin Boulevard (Kebun Kacang Raya) dengan akses berbagai arah antaralain dari Jalan Thamrin, Jalan Teluk Betung, juga dari Jalan K H Mas Mansyur.

 

[image error] 

Thamrin City atauThamrin City Mall

 

Menurut Dadang Dabot, pusat membeli-belah Thamrin City Mall inidilengkapi beberapa zon yang terbahagi kepada zon Pusat Batik Nusantara, PusatBusana Muslim, Pusat Tenun, Pusat Perlengkapan Haji dan Umrah serta beberapa big tenant seperti Hypermart, Gold Gym,Perbankan dan tenant F&B yangberlokasi di Thamrin Terrace.

 

Pada awalnya, Thamrin City Mall dikenali sebagai Brand Jakarta CityCommunity (JaCC). Secara konsep, dua nama ini memiliki perbezaan. Sewaktu masihdengan nama JaCC, konsepnya lebih kepada tradecentre. Tetapi selepas diubah menjadi Thamrin City Mall, berubah dari trade centre menjadi trade mall. 

 

[image error] 

Salah sebuahsudut perniagaan di Thamrin City atau Thamrin City Mall

 

Menurut Dadang Dabot yang sentiasa mengiringi delegasi Selangorsepanjang 5 hari di Bandung dan Jakarta, perubahan brand dari JaCC kepada Thamrin City untuk memudahkan orangmengenali brand Thamrin City sebagaipusat perdagangan dan membeli-belah. Perubahan nama dari JaCC kepada ThamrinCity untuk menanamkan brand imageThamrin City kepada konsumen kerana pusat membeli-belah ini ada di wilayahThamrin. Jika diucapkan, JaCC memiliki persamaan dengan sejumlah nama.Khususnya dengan salah satu conventioncentre. Sehingga boleh menimbulkan kerancuan. Selain itu, alasan perubahannama yang lebih koseptual, kerana ada perubahan konsep, yang tadinya sebagai trade centre menjadi trade mall, lease mall dan citywalk.

 

Thamrin City mempunyai konsep trademall yang memasarkan produk yang murah namun tetap berkualiti. Manakala lease mall disediakan untuk customer yang mengutamakan kenyamanan.Kemudian citywalk adalah tempat hang out dengan konsep restoran dan café indoor dan outdoor. Meski begitu,konsep trade mall tetap digunapakaioleh Thamrin City kerana tidak ingin meninggalkan pelanggan yang sudah lamasetia berbelanja di Thamrin City. 

 

[image error] 

Cianjur BatuTulis Ikan Bakar, Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat

 

Konsep trade mall, lease malldan citywalk ini sangat strategikkerana Thamrin City terletak di tengah-tengah dua pusat membeli-belah yangberlainan segmentasinya, sehingga sesuai dengan misi Thamrin City iaitu One Stop Bussines and Shopping, dapatdiraih. Bahkan, sebagai pusat grosirtekstil, busana, dan lain-lain lagi, harga yang ditawarkan di Thamrin Cityboleh bersaing dibandingkan dengan pusat grosirlain. Perubahan brand dan konsep dariJaCC menjadi Thamrin City dan dari tradecentre ke trade mall telahdilakukan sejak akhir tahun 2008. 

 

Setelah membeli-belah di sini, delegasi Selangor dibawa makan tengahhari di Cianjur Batu Tulis Ikan Bakar, Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat.Ikan bakar di sini agak berbeza sikit dengan ikan bakar di Selangor iaitu adasatu rasa tersendiri terutama pada ikan bakar dan air asamnya. Ikan bakarnyapersis ikan goreng dan pencicahnya bak sambal cabai merah Padang. [image error] 

 

Selepas menjamu selera di sini, delegasi Selangor dibawa ke LapanganTerbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul6.00 petang. Penerbangan Air Asia ke KLIA 2 berlepas pada jam 9.35 malam danpara delegasi Selangor tiba di KLIA 2 dengan selamat pada jam 11.30 malam. 

 

[image error] 

Program SilangBudaya Selangor-Indonesia 2023 telah berjaya mencapai matlamatnya

 

Bagi saya semua delegasi Selangor yang terlibat, Program Silang BudayaSelangor-Indonesia 2023 ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Rata-rataanggota delegasi Selangor yang ditanya menyatakan banyak ilmu budaya yangberjaya digarap sepanjang lima hari berada di Bandung dan Jakarta.Sesungguhnya, program anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini telah berjayamemberi impak yang besar bukan sahaja kepada para anggota delegasi, tetapi jugakepada organisasi budaya dan negeri Selangor itu sendiri. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 03:27

HARI KEEMPAT: Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Selepas bersarapan pagi di hotel, rombongan delegasi Selangor terus keBandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, KotaBandung. Program hari ini lebih kepada program penandatangani MOU persefahamanbudaya antara Selangor dan Dinas Pendidikan Indonesia.

 

Dinas Pendidikan Indonesia diwakili oleh Drs H Hikmat Ginanjar, M. SIselaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung, Drs H. Bambang Ariyanto, M. PDselaku KABID PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Jajang Hermawan, S.PD, M. M.PD selaku KASI Kurikukum PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Pengawas DinasPendidikan Kota Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 209 Antapani, Bandung, KepalaSekolah SD Negeri 025 Cikutra, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 064 Padasuka,Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 244 Guruminda, Bandung, dan Kepala Sekolah SDNegeri 190 Cisaranten Kidul, Bandung.

 

[image error] 

Bandung CreativeHub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, Kota Bandung

 

Manakala delegasi Selangor diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa TetapPembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat TuanBorhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, Encik Ahmad Nazmi bin Razali,Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, SeksyenSektoral, Puan Dr Nadia Widyawati binti Madhzi, Ketua Pegawai Eksekutif,Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Awaludin bin MdJahid, Setiausaha Eksekutif, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), EncikNuar bin Md Diah, Setiausaha Pertubuhan Media Negeri Selangor, dan Cikgu ZarinaSelamat dari Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat.

 

Program dimulai dengan persembahan pembukaan berupa Tarian Jaipong olehpelajar SDN 264 Padasuka. Menurut guru pembimbing SDN 264  Padasuka, Tarian Jaipong adalah sejenis tarian yangberasal dari daerah Jawa Barat. Tarian Jaipong mulanya berkembang di daerahKarawang dan Bandung. Tarian ini merupakan gabungan dari beberapa keseniantradisional seperti Wayang Golek, Pencak Silat dan Ketuk Tilu. Tarian Jaipongakhirnya terkenal kerana gerakan-gerakannya yang sangat energik, unik dansederhana.

 

[image error] 

Tarian Jaipongoleh pelajar SDN 264 Padasuka

 

Tarian Jaipong dicipta oleh seniman asal Karawang dan Bandung iaituGugum Gumbira dan H. Suanda sekitar tahun 1975. Perhatian kedua-dua seniman inipada kesenian rakyat yang salah satunya adalah Ketuk Tilu membuatkan merekamengetahui dan mengenali perbendaharan pola-pola gerak tari tradisi yang adapada Keliningan atau Bajidoran atau Ketuk Tilu.

 

Gerak-gerak bukaan, pencugan,nibakeun dan beberapa ragam gerak minciddari beberapa kesenian di atas pada akhirnya memberikan Gugum Gumbira dan H.Suanda inspirasi untuk mengembangkan tarian atau kesenian yang kini dikenaldengan nama Jaipongan. Hingga kini, meskipun banyak hiburan moden yangbermunculan, kesenian tradisional Jaipongan masih tetap diminati dan menjadihiburan yang menarik bagi masyarakat. Lantaran kerana diminati masyarakat,tarian ini menjadi salah satu ikon untuk mempromosikan kekayaan daerah JawaBarat.

 

[image error] 

Salah seorangpenari Tarian Jaipong SDN 264 Padasuka

 

Berbeza dengan tarian tradisional lain, Tarian Jaipong memiliki cirikhas terutama pada gaya kaleran yaknikeceriaan, erotisme, humanism, semangat, spontan dan kesederhanaannya. Cirikhas Tarian Jaipong ini tercermin dalam pola penyajian tariannya, ada yangdiberi pola (ibing pola) seperti seniJaipongan yang berkembang di Bandung. Selain itu, iringan alat muzik degungmenambahkan lagi suasana ceria sehingga ramai orang akan ikut menari sewaktumenonton tarian ini.

 

[image error] 

Ucapan alu-aluanDrs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung

 

Acara seterusnya ialah ucapan alu-aluan Drs H Hikmat Ginanjar, M. SIselaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung. Dalam ucapannya, beliaumenerangkan tentang tujuan Pendidikan Nasional Indonesia yang tercantum dalamPembukaan Undang-Undang Dasar 1945 iaitu mencerdaskan kehidupan bangsa danmengembangkan sumber daya manusia. Di antaranya ialah manusia yang beriman,bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa; berbudi pekerti luhur; memilikipengetahuan; keterampilan; kesihatan jasmani dan rohani; berkeperibadian yangbaik; mandiri serta rasa tanggungjawab kemasyarakatan serta kebangsaan.

 

Menurut beliau, pendidikan di Indonesia telah menempati salah satuunsur yang sangat penting dalam pembangunan. Dalam menghadapi perkembangan baiknasional mahupun antarabangsa yang demikian mengglobal dan semakin kompleks,maka menuntut tersedianya sumber daya manusia yang berkualiti. Pendidikanmerupakan bidang yang harus mampu mencipta kualiti sumber daya manusia yangunggul.

 

[image error] 

Para pelajar SDNBandung bangga mengibarkan bendera Selangor sebagai tanda persahabatan

 

Pada tingkat nasional, program yang dilaksanakan mengacu kepada 4program strategik iaitu peningkatan mutu pendidikan, peningkatan pemerataanpendidikan, peningkatan efisiensi pendidikan dan relevansi pendidikan sesuaidengan tuntutan dan keperluan masyarakat. Selain itu, program rintisan WajibBelajar Pendidikan Dasar 9 Tahun merupakan program strategik yang terusdiusahakan penuntasannya secara nasional.

 

Pada tingkat regional, Provinsi Jawa Barat merupakan daerah yangpertama kali mencanangkan pencapaian matlamat Indeks Pembangunan Manusia (IPM)90 Tahun pada 2023. Provinsi Jawa Barat telah menetapkan tindakan di sektorpendidikan. Tindakan tersebut antara lain mengenai usaha peningkatan AngkaPartisipasi Sekolah (APS), Harapan Lama Sekolah (HLS) dan Angka Rata-rata LamaSekolah dalam rangka peningkatan (IP) Indeks Pendidikan (IP).

 

[image error] 

Persefahaman duabudaya serumpun dapat diterapkan melalui program ini

 

Berdasarkan Undang-Undang Nombor 12 Tahun 2008 tentang perubahan keduaterhadap Undang-Undang Nombor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerahdisebutkan bahawa pendidikan merupakan salah satu bidang pemerintahan yangwajib dilaksanakan oleh Kabupaten atau Kota. Berkenaan dengan kewajibantersebut Pemerintah Kota Bandung telah menetapkan kekuasaan daerah sebagaidaerah autonomi yang ditetapkan dalam Peraturan Daerah Kota Bandung Nombor 02Tahun 2001 tentang Kekuasaan Daerah Kota Bandung sebagai Daerah Autonomi.

 

Selain itu asas hukum untuk menyelenggarakan pemerintahan danpelaksanaan pembangunan, telah ditetapkan juga Peraturan Daerah Kota BandungNombor 08 Tahun 2016 tentang Pembentukan dan Susunan Organisasi Dinas DaerahKota Bandung. Dan Peraturan Wali Kota Bandung Nombor 1380 Tahun 2016 tentangkedudukan, susunan organisasi, tugas dan fungsi serta tata kerja dinaspendidikan.

 

Selaras dengan tuntutan perkembangan pada masa mendatang, PemerintahKota Bandung telah mencanangkan rancangan pembangunan jangka menengah yangtertuang dalam Peraturan Kota Bandung Nombor 2 Tahun 2019 Tentang RencanaPembanguan Jangka Menengah Daerah (RPJPD) Tahun 2018-2023. Dalam RPJMD tersebutditegaskan bahawa visi pembangunan Kota Bandung yang akan dicapai adalah‘terwujudnya kota Bandung yang nyaman, unggul, sejahtera, dan agamis.’

 

[image error] 

Kumpulan duapelajar dari dua negara serumpun dapat disatukan dengan penuh muhibah

 

Program pembangunan daerah merupakan program atau agenda strategikketua daerah pada penggal RPJMD yang akan menjadi prioriti atau matlamat utamaselama lima tahun yang secara langsung didedikasikan untuk mencapai sasarandaerah. Dalam implementasinya program pembangunan daerah dilaksanakan dalampenyelenggaraan urusan yang menjadi kekuasaan daerah. 

 

Dalam ucapan balas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandardan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah merangkapKetua Delegasi, telah melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga ataskesudian pihak Dinas Pendidikan Kota Bandung menerima kehadiran degelasi dariSelangor seterusnya menandatangani MOU yang bakal diadakan.

 

[image error] 

Yang BerhormatTuan Borhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, telah melahirkan rasa terimakasih yang tidak terhingga atas kesudian pihak Dinas Pendidikan Kota Bandungmenerima kehadiran degelasi dari Selangor 

 

Menurut Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah, program silang budayaantara Selangor dan Indonesia ini merupakan satu kaedah untuk merapatkanhubungan dua hala antara kedua-dua negeri ini dalam aspek kesenian dan budaya.Menurut beliau, pertukaran dan perkongsian mengenai budaya negeri masing-masingmerupakan usaha penting dalam memastikan keakraban negara serumpun dapatdiperkukuhkan.

 

Tuan Borhan Aman Shah yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor menerusiJawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan AdatIstiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan menegaskan bahawa dari segi hubungandua hala ini, salah satu elemen yang penting ialah hubungan antara masyarakat.Inisiatif sebegini adalah salah satu cara bagaimana kifa hendak merapatkanhubungan tersebut. Kalau hubungan antara kedua-dua masyarakat itu baik,perselisihan dan perbezaan itu kita boleh raikan dan cari jalan untuk memperkukuhkanhubungan dua hala. Demikian mukadimah beliau sewaktu menyampaikan ucapan balas.

 

[image error] 

Kumpulan SeriKenchana berjaya memeriahkan suasana persembahan di Bandung Creative Hub

 

Program silang budaya ini juga bertujuan untuk memperkenalkan budayaSelangor termasuk persembahan cempuling oleh 14 orang murid dari SekolahKebangsaan Sungai Lang, Kuala Langat, enam ahli Kumpulan Muzik Asli KencanaKuala Selangor dan wakil-wakil rasmi kerajaan negeri. Menurut Borhan Aman Shahlagi, persembahan cempuling yang merupakan seni muzik tradisional masyarakatJawa di Selangor, mempunyai kelainan berbanding persembahan masyarakat Jawa diIndonesia.

 

Walaupun dari komuniti Jawa, namun persembahannya ada sedikit kelainandi Selangor ini. Kelainan ini yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat diIndonesia. Dan pastinya juga Selangor ingin melihat dengan dekat persembahanmasyarakat di Indonesia. Tujuan melibatkan anak-anak murid sekolah rendah iniialah bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang warisan budaya nenek moyangdan memastikan persembahan ini berterusan untuk generasi akan datang. Programyang berlangsung selama lima hari itu turut memfokuskan kepada beberapa acaralain dalam usaha mengukuhkan lagi keakraban antara dua negara. 

 

[image error] 

Persembahanangklung oleh murid-murid SDN 244 Guruminda

 

Acara seterusnya ialah persembahan angklung oleh murid-murid SDN 244Guruminda. SDN 244 Guruminda merupakan Sekolah Penggerak Ngamumule BudayaSunda. Visi SDN 244 Guruminda ialah mewujudkan warga sekolah yang berakhlakulkarimah, berprestasi, dan mengamalkan nilai-nilai Pancasila dalam kehidupan.Indikator pencapaian visi ditunjukkan dengan berakhlakul karimah, insan yangmemiliki keimanan dan ketakwaan yang diimplementasikan dalam kehidupansehari-hari, insan yang menjadi suri teladan bagi dirinya, keluarganya danlingkungannya, dan panutan yang dapat menjadi figur, pencerah, penasihat bagiorang-orang di sekitarnya. Juga insan yang memiliki kelebihan yang berbezasesuai dengan potensinya sama ada keagamaan, pengetahuan dan teknologi, seni,mahupun olahraga. Termasuk mengamalkan nilai-nilai Pancasila dalam kehidupan, insan yangmampu menjalankan enam dimensi profil pelajar Pancasila.

 

Manakala misinya pula ialah melaksanakan program pembiasaan keagamaanmelalui kegiatan berdoa sebelum dan sesudah belajar, membaca asmaul husna, hafalan surah-surah pendek, baca tulis Al-Quran, solat wajibberjemaah, solat duha, kultum, pesantren Ramadhan, kegiatan hari besarkeagamaan dengan mengundang ustaz-ustaz yang baik. 

 

[image error] 

Antara guru-gurudari SDN 244 Guruminda yang datangmemberi sokongan di Bandung Creative Hub

 

Juga melaksanakan program yang menggali idea, kreativiti, inovasi danamalan baik yakni MTQ, MHQ, pildacil, amalan solat, azan, kaligrafi, qasidah,cerdas cermat. Proses pembelajaran dan asesmen dengan media IT, angklung,degung, tari, pencak silat, senam kreasi, atletik, dan futsal. Selainmengimplementasikan kearifan budaya Sunda dengan program ngamumule budaya Sunda, yakni: berbahasa dan berpakaian nyunda setiap hari Khamis, berkesenianSunda (tarian Sunda, kawih pupuh,upacara adat Sunda), tatakrama Sunda, makanan Sunda, olahraga dan permainantradisional Sunda.

 

Persembahan ketiga berupa suling oleh para pelajar SDN 209 Antapani.Menurut guru pengiring SDN 209 Antapani, suling berasal dari daerah Jawa Barat.Instrumen muzik yang dibuat dari buluh ini tergolong dalam jenis instrumenmuzik tiup atau biasa dikenali sebagai aerophone. Ciri khas sebuah sulingadalah adanya lubang kecil pada bahagian tubuhnya yang berfungsi sebagai tempatmengatur nada yang diinginkan oleh pemainnya.

 

[image error] 

Persembahansuling oleh para pelajar SDN 209 Antapani

 

Suling di Indonesia umumnya menggunakan do, re, mi, fa, sol, la, sisebagai tangga nadanya. Di Indonesia sendiri, instrumen muzik suling yangdimainkan dengan cara ditiup ini sangat populer dan dikenali sebagai pengiringmuzik dangdut, iaitu muzik yang asli berasal dari Indonesia. Suara dari alatmuzik tiup yang dibuat dari buluh ini juga dapat menghasilkan suara yang meliuksehingga sangat sesuai dijadikan sebagai iringan muzik dangdut yang identikdengan liukan nada atau cengkok.

 

Suling dipercayai ada semenjak zaman purba lagi. Hakikat itu disokongoleh penemuan berupa beberapa suling peninggalan manusia purba Neanderthal.Peninggalan tersebut dipercayai berumur sekitar 40,000 tahun. Berbeza dengansuling zaman sekarang yang dibuat dari buluh, pada zaman purba dulu ia diciptadengan menggunakan tulang haiwan sebagai bahan utamanya.

 

[image error] 

Suling yangdigunakan oleh para pelajar SDN 209 Antapani

 

Manusia purba Neanderthal memiliki pemikiran yang sudah maju dan tidaksama dengan manusia purba lainnya yang hanya tahu makan dan bertahan hidupsaja. Bahkan, beberapa ilmuwan percaya bahawa mereka memiliki kemampuanberfikir yang tidak kalah majunya dengan manusia moden zaman sekarang. Denganpenemuan suling berbahan tulang haiwan tersebut menandakan bahawa manusia purbaini telah memiliki kebudayaan yang tinggi.

 

Di Indonesia, alat muzik yang dimainkan dengan cara ditiup inisangatlah terkenal seantero Indonesia. Biasanya alat muzik berukuran kecil inidibuat dari buluh yang akan dilubangi sehingga menghasilkan bunyi yangdiinginkan. Bahan pembuatannya yakni buluh, sangat mudah ditemui di Indonesia.Dari waktu ke waktu suling mengalami perkembangan nada hingga tercapailah nadasuling seperti sekarang ini.

 

Persembahan yang keempat merupakan persembahan gabungan dari KumpulanTunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat dan Kumpulan Sri Kenchana, KualaSelangor. Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang telah menyampaikan laguKabare dan lagu Kita Sekampung manakala Kumpulan Seri Kenchana menyampaikan lagu Lemak Manis, lagu Pantun Budi dan JogetSelangor. Sewaktu lagu Joget Selangordipersembahkan, ketua Kumpulan Seri Kenchana iaitu Zaidi Mokhtar telah mengajaksemua yang ada supaya turut menari bersama. Akibatnya semua hadirin telahmenyambut ajakan beliau dan suasana menjadi lebih meriah.

 

[image error] 

Persembahangabungan dari Kumpulan Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat dan KumpulanSri Kenchana, Kuala Selangor

 

Persembahan seterusnya ialah Tarian Kreasi para pelajar SDN 064Padasuka diikuti persembahan Kaulinan Barudak dan Pencak Silat dari SDN 5,Cikutra, Bandung. Menurut guru pengiring SDN 5 Cikutra, sebelum teknologisecanggih seperti sekarang, ragam permainan tradisional menjadi kegemaranmasyarakat. Di Tanah Sunda, permainan tradisional dikenali dengan istilah kaulinan barudak Sunda. Kaulinan yang ertinya permainan, berasaldari kata ulin (main). Manakala barudak memiliki makna kanak-kanak.Secara tradisi, permainan ini sudah ada sejak zaman dahulu kala lagi. 

 

Beberapa kaulinan barudakSunda memiliki keunikan tersendiri yang menjadikannya berbeza denganjenis-jenis permainan tradisional di daerah lain. Permainan Sunda memilikinilai yang kolektif, kerana pelaksanaannya selalu melibatkan banyak orang.Selain untuk hiburan, permainan Sunda berhubungan dengan aspek sosial,pendidikan, dan kreativiti motorik. Permainnya cenderung memanfaatkan tempatyang luas, sehingga memiliki nilai ekonomi yang tinggi.

 

[image error] 

PersembahanTarian Kreasi para pelajar SDN 064 Padasuka

 

Selain itu, yang paling menarik dari kaulinan barudak Sunda adalah penggunaan nyanyian berbahasa Sundaatau kakawihan dalam beberapa jenispermainan. Namun kini, akibat kemunculan gameonline, beberapa permainan tradisional di Sunda semakin jarang dimainkan.Meski ada juga yang masih wujud, jumlahnya juga sudah tidak seberapa. 

 

Dalam persembahan ini beberapa kulinakbarudak Sunda telah ditunjukkan oleh para pelajar SDN 5 Cikutra iaitujaleleja, perepet jengkol, congklak, cingciripit, endog-endogan, danoray-orayan. Lagu jaleleja memiliki dua unsur yang kuat, merupakan lagu rakyatmasyarakat Sunda dan telah dinyanyikan oleh kanak-kanak Sunda sejak tahun 1960lagi. Perepet jengkol pula merupakan salah satu kaulinan Sunda yang mampu melatih keseimbangan para pemainnya.Selain itu perepet jengkol juga dapat melatih ketangkasan, keakraban dankerjasama berpasukan antara para pemain.

 

[image error] 

Aksi Pencak Silatdari salah seorang pelajar SDN 5, Cikutra, dalam persembahan Kaulinan Barudak

 

Manakala kaulinan Sundacongklak merupakan satu kaulinan yangberasal dari kepercayaan kuno Timur Tengah. Permainan ini dibawa ke daratanAfrika dan menyebar ke negara Asia termasuk Indonesia melalui para pedagang.Kaulinan cingciripit pula berasal dari daerah Jawa barat dan dimainkan dengancara bernyanyi. Sewaktu permainan dilakukan oleh para pemain, cingciripit harusberkumpul membentuk lingkaran. Salah seorang pemain harus membuka telapaktangan dan pemain yang lainnya meletakkan salah satu telunjuk di atasnya.

 

Permainan endog-endogan pula merupakan salah satu kaulinan Sunda yang tidak sukar untuk dimainkan. Kaulinan ini hanya menggunakan salahsatu anggota tubuh iaitu tangan. Manakala permainan oray-orayan pula merupakanpermainan yang banyak ditemui di daerah Jawa barat. Orayorayan boleh dimainkanoleh lima orang atau lebih. Pemain yang berada di hadapan ertinya kepala oray.

 

[image error] 

Permainanendog-endogan

 

Persembahan yang seterusnya ialah Tembang Sunda ‘Bangbung Hideung’ olehpara pelajar SDN 5, Cikutra, Bandung. Menurut guru pengiring SDN 5 Cikutra,tembang Bangbung Hideung inimenyimpan banyak misteri kerana dianggap mengandungi perkara yang mistik,lebih-lebih lagi jika didengar oleh orang-orang yang memiliki ilmu kebatinanyang kuat. 

 

Tidak boleh sembarangan orang mendengar lagu ini, para pesinden atau penyanyi yang akanmenyanyikan lagu ini perlu mengadakan sebuah ritual khusus yang disebut sebagainyambat makhluk ghaib. Beberapa orangyang mendengar lagu ini akan mengalami kerasukan.

 

Nama Bangbung Hideungsebenarnya adalah nama sejenis binatang. BangbungHideung bererti Kumbang Hitam. Haiwan tersebut dipercayai menjadi penolakbala. Alunan muziknya yang dianggap memiliki aura mistik mempengaruhiorang-orang yang memiliki ilmu kebatinan yang kuat. 

 

[image error] 

PersembahanTembang Sunda ‘Bangbung Hideung’ oleh para pelajar SDN 5, Cikutra

 

Lagu ini boleh didengar di acara-acara tertentu seperti majlispernikahan, khitanan, juga di acara wayang golek. Penggunaan lagu ini merupakansebuah bentuk rasa syukur kepada Tuhan dan sikap menghargai roh leluhurmasyarakat etnik Sunda yang sedang mengadakan acara tersebut. Selain itu,penggunaan lagu Bangbung Hideung yangbermakna kesedihan dilantunkan di acara yang menggembirakan sebagai bentukkebahagiaan yang pada akhirnya menjadi sebuah kesedihan. 

 

Untuk persembahan seterusnya, SDN 209 Antapani telah menyampaikansebuah Tarian Kreasi manakala SDN 025 Cikutra mempersembahkan Paskibra. Menurutguru pengiring SDN 025 Cikutra, Paskibra atau Pasukan Pengibar Bendera adalahpasukan yang memiliki tugas utama iaitu tugas mengibarkan bendera. Paskibrahanya dalam tingkatan sekolah atau berbentuk ekstrakurikuler. Hal ini berbezadengan Paskibraka yang merupakan Pasukan Pengibar Duplikat Bendera Pusakabiasanya digunakan sewaktu upacara peringatan proklamasi KemerdekaanIndonesia. 

 

[image error] 

PersembahanTarian Kreasi dari para pelajar SDN 209 Antapani

 

Tugas utama Paskibra adalah untuk mengibarkan bendera merah putihsewaktu upacara pada hari Isnin atau sewaktu memperingati hari besar Indonesia,seperti hari pendidikan nasional, HUT RI, hari pramuka dan sebagainya. Selainitu, Paskibra juga bertugas untuk mengatur kelancaran upacara bendera di setiapsekolah. Tugas paskibra ini hanya pada lingkup sekolah saja. 

 

Manakala tugas utama Paskibraka adalah untuk mengibarkan dan menurunkanSang Saka Merah Putih. Anggota Paskibraka biasanya merupakan siswa SMA atausetaraf dari seluruh Indonesia kelas 10 atau 11. Anggota Paskibraka adalahputera-puteri terbaik bangsa, kader pemimpin bangsa yang direkrut atau dipilihsecara bertahap dan berjinjang melalui sistem serta mekanisme pendidikanlatihan. 

 

Paskibraka pertama kali dibentuk ketika menjelang peringatan HUT RIke-2 pada 17 Ogos 1946 oleh Major Husein Mutahar. Major Husein Mutaharmerupakan seorang ajudan Presiden Soekarno. Pada waktu itu, ajudan Major HuseinMutahar diberi tugas untuk mempersiapkan upacara bendera di Istana PresidenGedung Agung, Yogyakarta. 

 

[image error] 

SDN 025 Cikutramempersembahkan Paskibra.

 

Selepas mendapat tugas tersebut, Major Husein Mutahar melantik limaorang pemuda sebagai perwakilan daerah untuk melakukan pengibaran benderapusaka merah putih. Di mana kelima-lima pemuda tersebut terdiri dari tigaperempuan dan 2 orang laki-laki.

 

Nama Paskibraka dulunya ialah Pasukan Pengerek Bendera Pusaka. Namun,penggunaan nama tersebut hanya bertahan sehingga tahun 1972 saja. Selepas itu,pada tahun 1973 berubah menjadi Pasukan Pengibar Bendera Pusaka (Paskibraka).Nama Paskibraka masih digunakan hingga sekarang. Nama tersebut merupakan usulandari orang kepercayaan Major Husein Mutahar yang bernama Idik Sulaeman. 

 

Pada tahun 1950 sewaktu ibukota negara Indonesia kembali ke Jakarta,Major Mutahar tidak lagi bertugas menangani pengibaran bendera pusaka. Namun,tahun 1967 sewaktu Presiden Republik Indonesia dipegang oleh Soeharto, MajorHusein Mutahar kembali dipercayai untuk menjalankan tugas dalam mempersiapkanupacara bendera HUT RI.

 

[image error] 

Paskibra SDN 025Cikutra sewaktu di luar persembahan

 

Pada waktu itu, Major Husein Mutahar dan Idik Sulaeman merumuskanformasi 17-8-45 yang mana formasi tersebut diambil dari tanggal kemerdekaanIndonesia. Kemudian formasi 17-8-45 dibahagi menjadi 3 kumpulan. Ketiga-tigakumpulan tersebut adalah Kumpulan 17 yang bertugas menjadi pengiring ataupemandu. Kumpulan 8 bertugas sebagai kumpulan inti pembawa dan penggerakbendera. Manakala Kumpulan 45 bertugas sebagai pengawal. Formasi tersebut masihdigunakan hingga kini. Adapun tugas anggota Paskibra adalah mengibarkan BenderaPusaka setiap kali upacara berlangsung, baris-berbaris, mengatur kelancaranupacara bendera di sekolah dan juga menjadi petugas upacara di sekolah. 

 

Persembahan terakhir berupa Tarian Nusantara yang dipersembahkan olehpara pelajar SDN 064 Padasuka, Bandung. Tarian ini merupakan gabungantarian-tarian Papua, Kalimantan, Jawa Tengah, Jawa Barat, Jakarta dan Sulawesi.

 

Acara kemuncak ialah menandatangani memorandum persefahaman budaya atauMOU antara Dinas Pendidikan Indonesia yang diwakili oleh Drs H Hikmat Ginanjar,M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung, Drs H. Bambang Ariyanto, M.PD selaku KABID PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Jajang Hermawan, S.PD, M.M. PD selaku KASI Kurikukum PPSD Dinas Pendidikan Kota Bandung, Pengawas DinasPendidikan Kota Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 209 Antapani, Bandung, KepalaSekolah SD Negeri 025 Cikutra, Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 064 Padasuka,Bandung, Kepala Sekolah SD Negeri 244 Guruminda, Bandung, dan Kepala Sekolah SDNegeri 190 Cisaranten Kidul, Bandung.

 

[image error] 

PersembahanTarian Nusantara yang dipersembahkan oleh para pelajar SDN 064 Padasuka

 

Manakala delegasi Selangor diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa TetapPembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat TuanBorhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, Encik Ahmad Nazmi bin Razali,Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, SeksyenSektoral, Puan Dr Nadia Widyawati binti Madhzi, Ketua Pegawai Eksekutif,Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Awaludin bin MdJahid, Setiausaha Eksekutif, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), EncikNuar bin Md Diah, Setiausaha Pertubuhan Media Negeri Selangor, dan Cikgu ZarinaSelamat dari Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat.

 

[image error] 

Ahmad Nazmi binRazali, Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bertukar MOU dengan Drs HHikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan KotaBandung

 

Selesai majlis di sini, para delegasi Selangor terus dibawa ke Jakartauntuk menginap di Hotel Santika Premiere Jakarta, Jalan K.S. Tubun, Slipi,Kecamatan Palmerah, Jakarta Barat. Dalam perjalanan ke Jakarta, delegasiSelangor singgah sebentar di Monumen Perjuangan Rakyat Jawa Barat. Bentukmonumen ini hampir menyerupai Monumen Bambu Runcing di Surabaya. Monumen inimerupakan sebuah muzium, di dalamnya terdapat tujuh buah diorama yangmenceritakan tentang sejarah perjuangan rakyat

 

Jawa Barat untuk kemerdekaan. Di sini juga ada ruang perpustakaan danruang audiovisual jika ingin lebih mendalam mengenali sejarah Jawa Barat.Lokasinya di Jalan Dipati Ukur, Lebakgede, Kecamatan Coblong, Bandung, JawaBarat.

 

Seterusnya ke Muzium Mandala Wangsit Siliwangi. Menurut Dadang Dabot,di sini banyak tersimpan koleksi senjata bersejarah yang pernah digunakan olehPasukan Kodam Siliwangi. Senjata yang disimpan di sini tidak hanya senjatatentera tetapi juga beberapa senjata tradisional yang masih dijaga dengan baiksehingga kini. Berlokasi di Jalan Lembong, Braga, Kecamatan Sumur, diresmikanoleh Kolonel Ibrahim Adjie pada tahun 1966... 

 

[image error] 

Yang BerhormatTuan Borhan Aman Shah bertukar MOUdengan Drs H Hikmat Ginanjar, M. SI selaku Kepala Dinas Pendidikan Kota Bandung

 

Tidak ketinggalan, delegasi Selangor singgah sebentar di GedungIndonesia Menggugat yang dibina pada tahun 1907. Menurut Dadang Dabot, awalnyamerupakan rumah warga Belanda sebelum berubah fungsi menjadi MahkamahPengadilan Pemerintahan Kolonial Belanda yang digunakan untuk mengadili parapejuang kemerdekaan, termasuk di antaranya Soekarno, Maskoen, Sastromolejonodan juga Sartono. Nama ‘Indonesia Menggugat’ dikenali lantaran peristiwabersejarah sewaktu Soekarno diadili dan memberontak melalui pembelaan denganjudul ‘Indonesia Menggugat’.

 

Pembelaan tersebut kemudiannya menggegarkan pemerintahan Belanda waktuitu dan menjadi salah satu peristiwa bersejarah yang dikenang hingga kini.Meskipun telah berusia tua, bangunan bersejarah ini masih berdiri kukuh danselepas beberapa kali berubah fungsi, kini objek wisata sejarah di Bandung inikerap dijadikan sebagai tepat penyelenggaraan berbagai kegiatan dan acara seni,sosial dan lain-lain lagi.

 

  [image error] 

Awaludin MdJahid, Setiausaha Ekskutif Majlis Kebudayaan Negeri Selangor turut bertukar MOU

 

Delegasi Selangor tiba di Jakarta sekitar jam 7.00 malam dan menginapdi Hotel Santika Premiere Jakarta, Jalan K.S. Tubun, Slipi, Kecamatan Palmerah,Jakarta Barat.  

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 03:16

HARI KETIGA: Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Selepas bersarapan pagi di hotel, delegasi Selangor dibawa ke SundaCreatif yang terletak di Jalan Soekarno-Hatta, bersebelahan dengan Carefour danRumah Sakit Jantung Bandung. Sunda Creatif merupakan sebuah tempat pembuatanalat-alat muzik tradisional milik Pak Wawan Setiawan.

 

Pak Wawan Setiawan memulakan perniagaan pembuatan pelbagai peralatanmuzik tradisional sejak 25 tahun yang lalu. Dengan konsistens dan idealismenya,membuatkan beliau mampu bertahan menjadi salah satu pembuat alat keseniantradisional terkenal di Bandung.
 
Berbagai alat muzik tradisional tersedia di kedainya, seperti gamelanSunda, kecapi, angklung, gambang, cuk, cak, serunai, bongo dan lain-lain lagi.Tidak hanya lengkap, tetapi kualitinya juga merupakan yang terbaik di KotaBandung. Hasil tangan Pak Wawan Setiawan juga tidak hanya terkenal dalamnegeri, tetapi juga pasaran luar negeri. Beliau sering menghantar pelbagai alatmuzik tradisional ke Malaysia melalui kapalterbang dan juga kapal laut.
Banyak pertubuhan dan persatuan muzik tradisional yang membelialat-alat muzik dari beliau.
 
[image error] 
Penulis bersamaPak Wawan Setiawan, pemilik Sunda Creatif
 
Pak Wawan Setiawan juga pernah diundang ke Jepun iaitu pada tanggal 26Oktober hingga 2 November tahun 2017 untuk melakukan tugasan mengenai alatkesenian tradisonal khas Sunda. Sewaktu di Jepun, beliau membuat demontrasibagaimana gamelan, kecapi, calung, dan yang lainnya dibuat. Menurut beliau,Sunda Kreatif sudah menjalin kerjasama lebih dari 10 tahun dengan Jepun untukpenelitian serta turut mempromosikan budaya Sunda kepada masyarakat negaraJepun.
 
[image error] 
Antara alat-alatmuzik yang dihasilkan oleh Pak Wawan Setiawan di Sunda Creatif
 
Sewaktu di kedai atau bengkel miliknya, Pak Wawan Setiawan turutmenunjukkan bagaimana untuk menjaga peralatan muzik tradisional yang dibuatdari tembaga dan besi kuningan tetap berkilat dan tidak kusam. Menurut beliausebagai salah satu mineral semulajadi bumi, tembaga yang digunakan untukperalatan muzik, membawa kehangatan yang tidak dapat ditandingi oleh logamlain. Jika tembaga dibiarkan tanpa pernis, itu akan mengembangkan patina yangmenjadi lebih indah seiring bertambahnya usia.

 

Jika kita lebih suka tembaga kita mempertahankan kilaunya, kita tidakperlu memolesnya atau membeli pembersih komersial. Ada caranya yang mudah dantidak terlalu mahal untuk menjaga peralatan tembaga terus berkilat dalamjangkamasa yang lama.
 
Ujar Pak Wawan Setiawan, tembaga lambat bereaksi dengan oksigen diudara. Proses ini disebut sebagai oksidasi. Proses ini menghasilkan oksidatembaga, senyawa coklat atau hitam, atau noda. Akhirnya, bahan kimia lain dariatmosfera seperti belerang akan berubah menjadi biru atau hijau yang akan‘menodai’ tembaga. Berapa sering harus membersihkan peralatan muzik tembagabergantung kepada berapa lama kita mahu peralatan tembaga tersebut berkilat.
 
[image error] 
Pak WawanSetiawan menunjukkan bagaimana untuk menjaga peralatan muzik tradisional yangdibuat dari tembaga dan besi kuningan
 
Jika kita menyukai kilau yang lebih cerah, bersihkan peralatan tembagatersebut setiap tiga bulan sekali. Jika kita menyukai kilauan yang lebih dalampada dekorasi tembaga dekoratif, pembersihan setiap enam bulan sekali akanmenjaga tingkat oksidasi tetap terkendali. Frekuensi pembersihan jugabergantung kepada apakah tembaga dipernis atau semulajadi. Tembaga berkilat dankilatannya tidak berubah warna atau menjadi gelap seiring waktu biasanyabererti memiliki lapisan pelindung. Jika tembaga cepat kusam, bermaknapermukaannya tidak dirawat atau pernisnya sudah haus.
 
Pak Wawan Setiawan, beliau menggunakan batu hijau yang digosokkan padapermukaan peralatan tembaga dan minyak tanah sebelum digosok dengan menggunakankain yang lembut atau menggunakan mesin penggosok. Selepas beberapa lamamenggosok permukaan peralatan tembaga tersebut, peralatan tersebut akanberkilat.
 
[image error] 
Alat muziktembaga yang sudah dikilatkan oleh Pak Wawan Setiawan
 
Selain itu, menurut Pak Wawan Setiawan, untuk mengilatkan permukaanperalatan tembaga, boleh juga digunakan beberapa bahan seperti cairan pencucipiring, jus lemon, garam, cuka putih suling, sos tomato, serbuk soda kuih (baking soda), span atau kain lembut,wastafel atau ember plastik, mangkuk kaca, tuala piring bebas serat dan potbesar. Asid sitrat dalam jus lemon bereaksi dengan noda untuk memutuskanikatannya dengan permukaan tembaga. Garam bertindak sebagai penggosok ringan dalamcampuran untuk menghilangkan noda tanpa merosakkan permukaan tembaga. 
 
Apa yang perlu dilakukan ialah cuci bahagian tembaga terlebih dahulu.Selalu memulakan sesi pembersihan dengan mencuci item tembaga dalam air sabunhangat dengan span lembut untuk menghilangkan debu dan lapisan berminyak dipermukaan. Kemudian buat pasta iaitu dalam mangkuk kecil, campurkan duabahagian garam dengan tiga bahagian jus lemon untuk membentuk pasta. Jika pastaterlalu cair, tambahkan lebih banyak garam.
 
Kemudian gosok tembaga dengan menggunakan span untuk mengoleskan pastadi atas permukaan tembaga. Bekerja dalam lingkaran kecil, gosok permukaandengan lembut. Campur lebih banyak pasta jika perlu. Untuk membuang noda yangmelekat, oleskan pasta dan biarkan pada noda selama 5 hingga 10 minit sebelumdigosok. Atau, potong lemon segar menjadi dua bahagian dan celupkan ke dalamgaram untuk menggosok kawasan yang sangat bernoda.
 
[image error] 
Zaidi Mokhtar,pemimpin Kumpulan Seri Kenchana sedang bertanya sesuatu kepada Pak Wawan Setiawan
 
Selepas itu bilas dan keringkan. Setelah tembaga bebas dari noda, bilastembaga tersebut dengan air hangat. Gunakan tuala bebas serat untukmengeringkan tembaga berkenaan. Membiarkan tembaga mengering di udara bolehmenyebabkan noda air atau noda dari reaksi mineral di dalam air. Menurut PakWawan Setiawan lagi, jus lemon, cuka putih suling atau sos tomato sangat baikuntuk memoles tembaga. Cuka mengandungi asid asetat (sos tomato mengandungicuka serta asid sitrat dalam tomato) yang akan bereaksi dengan noda tembaga danmemutuskan ikatannya dengan cepat.
 
Selepas mendengar pelbagai maklumat dari Pak Wawan Setiawan, delegasiSelangor bergerak pula ke Paberik Badjoe Bandung yang terkenal sebagai ‘WisataBelanja dan Kuliner Instagenic’. Tempat ini terletak di Jalan Soekarno HattaNo. 573, sekitar 700 meter dari Sunda Kreatif milik Pak Wayan Setiawan.
 
[image error] 
Antara alat muzikyang sudah ditempah oleh pelanggan di Sunda Creatif
 
Menurut Dadang Dabot, Bandung juga terkenal dengan kemajuan industrifesyen. Kuliner dan pariwisata Kota Bandung juga terus menggerbak dari hari kehari. Paberik Badjoe ini baru dibuka pertengahan tahun 2018, tempat belanjasekali gus kuliner nan inovatif ini terus menarik perhatian warga dan wisatawanKota Kembang (panggilan orang Indonesia terhadap Bandung). 
 
Paberik Badjoe memiliki tiga kawasan, iaitu wisata belanja, kafetariadan wisata kuliner. Kawasan pertama, mengusung rekabentuk luaran yang unik alakilang industri tahun 70-an. Di kawasan ini, para pengunjung boleh berbelanjaaneka produk fesyen seperti baju, seluar, kasut dan juga beg tangan. Baranganyang dijual di sini terdiri dari jenama tempatan tetapi berkualiti jenama mahalseperti Wrangler, Tira, Lee, Wood, The Executives Ladies and Men, Et Cetera,Choya dan Jockey. Pabrik Badjoe juga memiliki official store Adidas, brandapparel ternama asal Jerman. 
 
[image error] 
Paberik BadjoeBandung
 
Selain itu, Paberik Badjoe juga memiliki dua kawasan restoran iaitukafetaria yang menyajikan menu makanan barat dan Asia, serta Saoeng Soendadengan hidangan tradisional khas Sunda. Di kafetaria ini kita boleh memesananeka hidangan ala Barat seperti pizza,pasta, burger, steak, salad dan sup. Mereka juga menyediakan masakan khasJepun, seperti ramen, kari, bento, dan juga sushi. Tidak ketinggalan jugaberagam sajian khas Korea seperti bibimbapdan dakgalbi.
 
Kafetaria mengusung konsep semi-outdoordengan berhiaskan banyak tanaman hijau. Meski tanpa pendingin udara, udara disini dijamin segar dan nyaman. Selain itu ada beberapa spot instagramable yang boleh menjadi latar belakang untukbergambar. Seperti kereta sport berwarna merah. Bahagian ini kerap menjadikegemaran pengunjung kafetaria untuk mengabadikan momen atau mencari bahanuntuk eksis di media sosial. 
 
Paberik Badjoe juga mempunyai kawasan restoran yang lebih family friendly dengan sajian aneka menukhas Sunda, iaitu Saoeng Soenda namanya. Di sini para pengunjung bolehmenikmati aneka menu seperti nasi timbel, nasi tutug oncom, dan nasi liwetdengan aneka sayur. Lauknya juga beragam, bermula dari seafood, daging, sup, soto, sate, pepes, tumisan dan lain-lainlagi. Selain kawasan makan berkonsepkan keluarga dengan deretan bangku dalamruangan, Saoeng Soenda juga mempunyai kawasan makan outdoor yang sejuk. Sejumlah gazebo tersebar di beberapa pojok,sesuai untuk makan bersama seisi keluarga.
 
[image error] 
Kafetaria diPaberik Badjoe Bandung
 
Dari Paberik Badjoe, delegasi Selangor dibawa ke Gedung Sate, salahsebuah bangunan ikonik di pusat kota Bandung. Kata Dadang Dabot, tidak lengkapjika ke Bandung, tidak datang ke bangunan bersejarah ini. Berlokasi di JalanDiponegoro, Kecamatan Bandung Wetan, ada beragam nilai sejarah pada bangunanyang kini menjadi pejabat gabenor Jawa Barat ini. Menurut Dadang Dabot,bangunan ini dibina pada tahun 1920, pernah menjadi lokasi pertempuran parapejuang Indonesia menentang pasukan Gurkha dari Inggeris. Kawasan Gedung Satekerap menjadi tujuan wisata sejarah di Bandung yang megah ini... 
 
Kemudian delegasi Selangor dibawa ke Jalan Braga yang menyuguhkansuasana yang membuatkan diri seakan-akan sedang berada di Indonesia zamanBelanda dulu. Sudah ada sejak zaman pemerintahan Hindia-Belanda lagi, kawasanwisata sejarah di Bandung ini kini berubah menjadi tempat anak-anak mudaBandung berkumpul. Jalan Braga juga menyuguhkan beragam kulineri sepertisiomay, coffee shop, termasukmencicip roti di Toko Sumber Bahagia 
 
[image error] 
Jalan Braga yangmenyuguhkan suasana yang membuatkan diri seakan-akan sedang berada di Indonesiazaman Belanda dulu
 
Seterusnya delegasi Selangor ke Gua Belanda yang terletak di TamanHutan Raya Djuanda, Kecamatan Cimenyan, Bandung. Menurut Dadang Dabot, gua inidulu digunakan sebagai tangki penyimpanan air untuk cadangan musim kemarau.Dulu juga objek wisata bersejarah di Bandung ini pernah menjadi Stesen RadioBelanda pada zaman Perang Dunia Kedua. Kini, Gua Belanda hanya menjadi lokasiwisata sejarah Bandung, kerap jadi tujuan bagi mencari sesuatu yang mencabarminda.
 
Lokasi seterusnya ialah Monumen Bandung Lautan Api, yang terletak dikawasan Jalan BKR Ciateul, Kecamatan Regol, Kota Bandung. Kata Dadang Dabot,jika musim liburan tiba, monumen ini tidak pernah sepi dari wisatawan danmenjadi tempat untuk bergambar. Pemandangan waktu senja di objek wisata sejarahdi Bandung ini juga tidak kalah cantiknya. Monumen ini dibina untuk mengenangperjuangan masyarakat Bandung menjaga kota ini dari serangan tentera sekutuyang terkenal dengan peristiwa Bandung Lautan Api. 
 
[image error] 
Gua Belandaterletak di Taman Hutan Raya Djuanda, Kecamatan Cimenyan, Bandung
 
Kemudian delegasi Selangor dibawa ke Benteng Pasir Ipis. Menurut DadangDabot, tidak ada catatan sejarah lengkap yang menuliskan tentang bentengpeninggalan Belanda ini, tetapi kerana lokasinya yang berada di kawasan PasirIpis maka benteng bersejarah ini dikenali dengan nama Benteng Pasir Ipis.Benteng yang memiliki panjang sekitar 1 km ini dibina pada tahun 1819 danselesai pada tahun 1930 sebagai kubu pertahanan Belanda pada masa Perang DuniaPertama. 
 
Kini, objek wisata bersejarah di Bandung ini tidak lagi benar-benarkukuh. Sebahagian besar permukaan benteng telah tertutupi lumut dan kawasannyadipenuhi pepohonan dan tanaman liar. Namun, hal ini tidak mengurangi pesonatempat wisata sejarah di Bandung nan satu ini. Lokasinya di Desa Jayagiri,Kecamatan Lembang, Kabupaten Bandung Barat. 
 
Dari Benteng Pasir Ipis, delegasi Selangor terus dibawa pulang ke hotelpenginapan. Pada sebelah malamnya, delegasi Selangor makan malam bersamaPengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan NegeriSelangor iaitu Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah di Hotel Savoy Homann.Turut hadir pada malam ini ialah Pak Entang Kamarudin, seorang guru yangbertugas di SDN Antapani. Beliau merupakan salah seorang jawatankuasa petugasDinas Pendidikan Bandung. Beliau telah memberi penjelasan tentang program yangakan berlangsung esok, 12 Jun 2023 yang telah dijadualkan akan berlangsung diBandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, KotaBandung bersama kumpulan budaya 6 buah sekolah dasar negeri.
 
[image error] 
Benteng PasirIpis
 
Selesai majlis makan malam, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah telahberkenan menyampaikan amanat terakhir kepada para delegasi Selangor untukmemantapkan lagi persembahan pada 12 Jun 2023. Persembahan pada 12 Jun 2023merupakan persembahan terakhir delegasi Selangor yang akan dipersembahkanBandung Creative Hub. 
 
Dalam amanat tersebut, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shahmengharapkan agar Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang dan KumpulanSeri Kenchana dapat memberikan sebuah persembahan yang baik, berkesan dan mampumeninggalkan kesan di hati khalayak. Beliau tidak mahu persembahan dibuatsecara lewa tetapi perlu diserapkan semangat yang kental demi nama baikSelangor dan Malaysia khasnya. Menurut Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah,keikhlasan dalam menyampaikan sesuatu persembahan kebudayaan amat perlu diserapkandalam jiwa. 
 
[image error] 
Monumen BandungLautan Api
 
Keikhlasan akan melahirkan kekuatan dan ikhlas juga menjadi sumberkekuatan. Keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu tugasan merupakan sumberkekuatan yang dapat mendorong diri seseorang untuk bergerak dan melakukanpekerjaan itu dengan sungguh-sungguh. Seseorang yang ikhlas dalam tugasannyapasti dia mahu melakukan tugasan tersebut dengan baik. Jiwa keikhlasan membuatorang bekerja tanpa mengeluh. Dengan kerja tanpa mengeluh, seseorang itu akanmengeluarkan tenaganya dengan maksimum tanpa berfikir terlebih dahulu apa yangakan dia dapat dari hasil kerjanya itu.
 
[image error] 
Yang BerhormatTuan Borhan Aman Shah juga mengharapkan agar semua delegasi Selangor menunjukkan sikap danakhlak yang baik, penuh hormat, dengan memainkan peranan gerak tubuh yang wajarbagi memperlihatkan betapa warga Selangor khususnya warga Malaysiaadalah manusia yang berakhlak indah dan wajar diteladani
 
Menurut Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah lagi, menanamkan sikapikhlas dalam bekerja akan membuatkan kita boleh lebih bertahan di dalammenghadapi berbagai rintangan dan ujian hidup mahupun apa-apa cabaran yangmungkin akan kita alami dalam bekerja. Niat yang lurus kerana Allah SWT semata-mata akan membuat seseorang lebih mampu bertahan dariberbagai bentuk permasalahan. Ikhlas adalah sikap perbuatan terpuji yang harusdimiliki oleh setiap delegasi Selangor terutama yang akan mengadakanpersembahan. Orang yang memiliki sikap perilaku ikhlas, tidak akan pernahmerasa berat dalam menjalankan setiap tugas dan pekerjaan. Sebab sikap jiwaikhlas dapat meringankan beban dan perasaan berat dalam melaksanakan sesuatutugasan.
 
Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah juga mengharapkan agar semuadelegasi Selangor menunjukkan sikap dan akhlak yang baik, penuh hormat, denganmemainkan peranan gerak tubuh yang wajar bagi memperlihatkan betapa wargaSelangor khususnya warga Malaysia adalah manusia yang berakhlak indah dan wajarditeladani. Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah juga tidak mahu persembahanbudaya dari Selangor dibuat secara sambil lewa tetapi dengan penuh rasatanggungjawab dan bersungguhsungguh kerana delegasi Selangor membawa aspirasirakyat Malaysia keseluruhannya.
 
[image error] 
Delegasi Selangortiba di Bandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal,Kota Bandung.
 
Pengakhir amanat, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah telah menetapkanlagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SKSungai Lang dan Kumpulan Seri Kenchana iaitu lagu Kabare (Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang), lagu Kita Sekampung (Kumpulan Tunas SinarCempuling SK Sungai Lang), lagu LemakManis (gabungan Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang bersamaKumpulan Seri Kenchana), lagu Pantun Budi(Kumpulan Seri Kenchana), Joget Selangor(Kumpulan Seri Kenchana) dan lagu PenawarRindu (stanby dari Kumpulan SeriKenchana sekiranya perlu).
 
[image error] 
Antara guru-guruSDN Bandung yang menyambut ketibaan para delegasi Selangor

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 03:03

HARI KEDUA Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Selepas bersarapanpagi di hotel, tepat jam 9.00 pagi, delegasi Selangor dibawa ke Saung AngklungUdjo yang berlokasi diJalan Padasuka Nombor 118, Pasirlayung, Cibeunying Kidul, Kota Bandung.Saung of Angklung atau Saung Angklung Udjo ini adalah sebuah sanggar budayayang terkenal di Bandung, terutama sebagai pusat pembelajaran dan persembahanseni angklung. Sanggar ini juga dikenali sebagai salah sebuah tempatpersembahan angklung terbaik di Indonesia. Di sini ada sebuah pentas, ruangpersembahan dan juga tempat duduk untuk para pengunjung menyaksikan persembahanyang diadakan.

 [image error] Persembahan angklung di SaungAngklung Udjo Di sanggar ini, para gelegasi Selangordipersembahkan dengan pelbagai kesenian yang berasaskan angklung. Persembahanpertama ialah permainan muzik angklung secara beramai-ramai oleh kanak-kanakjunior yang berumur antara 8-15 tahun. Mereka mendapat pendidikan di SaungAngklung Udjo sejak kecil dan sering membuat persembahan untuk para pengunjung.Persembahan kedua berupa Tarian Topeng khas Cirebon dari tiga orang gadisremaja Sunda.  Menurut Teteh Milahyang sudah lebih 10 tahun sebagai pengacara majlis di Saung Angklung Udjo,Tarian Topeng Cirebon adalah salah sebuah tarian di wilayah kesultanan Cirebon.Tarian topeng bermula sejak era Jawa Kuno di Jawa Timur. Pada masa-masa selanjutnyaberkembang dan menyebar ke Jawa Tengah, Cirebon bahkan juga Banjar dan Kutai.Tarian Topeng Cirebon berkembang di daerah Cirebon termasuk Subang, Indramayu,Jatibarang, Majalengka, Losari, dan Brebes. Disebut tarian topeng keranapenarinya menggunakan topeng sewaktu menari. Dalam pementasan Tarian TopengCirebon, penarinya disebut sebagai dalang, sebab mereka memainkan karaktertopeng-topeng tersebut.  [image error] Teteh Milah Tarian topeng inibanyak sekali ragamnya dan mengalami perkembangan dalam aspek gerakan, jugacerita yang ingin disampaikan. Kadang-kadang tarian topeng dipsersembahkan olehseorang penari tarian solo, atau boleh juga ditarikan oleh beberapa orang.  Thomas StamfordRaffles dalam bukunya yang berjudul TheHistory of Java mendeskripsikan bahawa kesenian topeng Cirebon merupakanpersembahan cerita Panji dari JawaTimur di mana dalam satu kumpulan kesenian topeng terdiri dari dalang (yangmenarasikan kisahnya) dan enam orang pemuda yang mementaskannya diiringi olehempat orang pemuzik gamelan (bahasa Cirebon: Wiyaga)  [image error] Udjo Ngalagena, pengasas SaungAngklung Udjo Tarian Topeng Cirebonpada zaman dahulu biasanya dipentaskan menggunakan tempat terbuka berbentukseparuh lingkaran, misalnya di halaman rumah, di blandongan (khemah atau tenda pesta) atau di bale (pentas) dengan obor sebagai sumber penerang, tetapi denganberkembangnya zaman dan teknologi, Tarian Topeng Cirebon pada masa moden jugadipersembahkan di dalam bangunan dengan lampu elektrik sebagai tata cahayanya.  Dalam Tarian TopengCirebon terdapat beberapa gaya tarian yang telah diakui secara adat. Gaya-gayaini berasal dari kampung-kampung asli tempat di mana Tarian Topeng Cirebonlahir dan juga dari kampung lainnya yang menciptakan gaya baru yang secara adattelah diakui bebas dari gaya asalnya.  [image error] Tarian Topeng Cirebon Seterusnya, tentangSaung Angklung Udjo, menurut Teteh Milah, sanggar ini didirikan oleh NgalagenaUdjo pada tahun 1966, yang juga merupakan salah sebuah tempat mempromosikan danmengembangkan kesenian angklung sebagai instrumen muzik dan budaya Indonesia.Udjo Ngalagena atau sering juga dipanggil Mang Udjo adalah seorang seniman danpemain angklung yang terkenal, yang telah banyak memperkenalkan angklung keberbagai belahan dunia. Saung Angklung Udjo sekarang ini telah menjadi tempatyang populer bagi pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang seniangklung dan menyaksikan persembahannya.  Saung Angklung Udjomenyajikan persembahan angklung yang memukau, di mana para pemain angklungtampil dengan penuh kehebatan dan keterampilan dalam memainkan instrumentersebut. Persembahan yang ada di sini juga menampilkan berbagai tarian danmuzik tradisional Indonesia. Sehingga menjadi salah satu tempat yang menarikuntuk dikunjungi bagi pelancong domestik atau mancanegara yang ingin mengetahuilebih jauh tentang budaya Indonesia.  [image error] Persembahan tarian dan angklungdi Saung Angklung Udjo Seni angklung sendirimerupakan salah satu bentuk muzik tradisional yang berasal dari Indonesia.Instrumen utama dalam seni angklung adalah sebuah alat muzik berbentuk buluhyang disebut angklung. Angklung terdiri dari beberapa batang buluh yang disusunsecara bersama-sama dan dipasang pada sebuah bingkai yang disebut sebagai jegog.  Selain menyajikanpersembahan angklung, Saung Angklung Udjo juga menawarkan berbagai kegiatanlain, seperti workshop angklung,pembelajaran angklung, dan pengajaran tentang sejarah dan asal-usul angklung.Memang tersedia berbagai macam kegiatan menarik yang boleh dilakukan olehpengunjung di sini. Mulai dari pembelajaran tentang cara memainkan angklung,menyaksikan persembahan angklung, dan juga mencicipi makanan khas Sunda yangdisajikan di tempat ini.  Selain itu, SaungAngklung Udjo juga menyediakan berbagai macam produk angklung yang boleh dibelioleh pengunjung sebagai kenang-kenangan. Tempat pelancongan ini adalah salahsatu tempat yang wajib dikunjungi bagi pelancong yang berkunjung ke Bandung. Denganmengunjungi tempat ini, pengunjung dapat mempelajari lebih lanjut tentang seniangklung serta menyaksikan persembahan langsung dari para ahli angklung.  [image error] Kanak-kanak berumur antara 8-12tahun sudah mahir bermain angklung di Saung angklung Udjo Menyentuh sejarahhidup pengasas Saung Angklung Udjo, menurut Teteh Milah, Udjo Ngalagena yangjuga dikenali sebagai Mang Udjo adalah seniman unggul angklung Indonesia, anakkeenam dari pasangan Wiranta dan Imi. Pada usia antara empat hingga lima tahun,Udjo Ngalagena sudah akrab dengan angklung berlaras pelog dan salendro yangkerap dimainkan di lingkungannya dalam acara mengangkut padi, arak-arakkhitanan, peresmian jambatan, dan acara-acara yang melibatkan keramaianlainnya.  Berdirinya SaungAngklung Udjo tidak dapat dipisahkan dari peranan Udjo Ngalagena yang bolehdikatakan sangat erat kaitannya dengan kajian tentang biografi beliau dankeluarga. Selain belajar angklung, beliau juga mempelajari pencak silat,gamelan dan lagu-lagu daerah dalam bentuk kawihdan tembang. Beliau mempelajari lagu-lagu bernada diatonis berupa lagu-lagu berbahasa Indonesia dan Belanda.  Bakat sertakemampuannya makin berkembang ketika beliau mulai terjun sebagai guru keseniandi beberapa buah sekolah di Bandung. Untuk mempertajamkan lagi kemampuannya,Udjo Ngalagena telah mendatangi orang yang pakar dalam bidangnya. Teknikpermainan kacapi dan lagu-lagu daerahdipelajari beliau dari Mang Koko. Gamelan dipelajari dari Raden Machjar AnggaKoesoemadinata, dan untuk angklung do-re-mi(diatonis) beliau mendapat bimbingan dari Pak Daeng Soetigna (penciptaangklung bernada diatonis).  [image error] Sejak kecil kanak-kanak Indonesiadiserapkan sikap mencintai budaya bangsa Pengetahuan-pengetahuantersebut kemudiannya diolah dalam bentuk pakej persembahan untuk para pelancongdengan mengutamakan material sajian angklung di sanggarnya iaitu di SaungAngklung Udjo. Kewujudan sanggar ini merupakan sebuah sarana bagi Udjo Ngalagenamencurahkan jiwa kependidikan yang dimilikinya melalui seni angklung, sekaligus sebagai sarana penyaluran jiwa kewirausahaannya dengan menjual persembahanjuga menjual alat muzik buluh.  Menurut Teteh Milahlagi, tetamu-tetamu luar dan dalam negeri berdatangan setiap hari (pagi danpetang) untuk menikmati sajian persembahan kesenian tradisional berkualititinggi khas Jawa Barat, kadang-kadang para tetamu atau pengunjung ini akan ikutlarut dalam permainan angklung dan tarian kanakkanak juga para remaja yangterlibat. Di sanggar Saung Angklung Udjo juga dipersembahkan Wayang Golek. Inisemua mampu membuatkan para pengunjung berasa takjub untuk datang berkali-kalike sini.  Persembahan kedua disanggar Saung Angklung Udjo ialah dari pelajarpelajar junior sebuah sekolahdasar berupa kompilasi beberapa buah lagu Sunda yang diberi tajuk Bunga Boneka. Seterusnya nyanyian dalambahasa Sunda oleh Citra Puja, seorang penyanyi budaya Kumpulan Alunan RumpunBambu (ARUMBA). Citra Puja merupakan antara mantan pelajar di Saung AngklungUdjo, berkecimpung di sanggar ini sejak berumur 8 tahun lagi, menyampaikanlagu-lagu Sunda. Beliau mula menyanyi di depan khalayak sewaktu berumur 9 tahundan kini Citra Puja sudah berusia 30 tahun. Begitulah Indonesia melahirkancitra seorang penyampai budaya bangsanya di pentas dunia.  [image error] Citra Puja, penyanyi lagu Sundadari Kumpulan Alunan Rumpun Bambu(ARUMBA)  Menyentuh soal WayangGolek yang dipersembahkan di sini, Teteh Milah menjelaskan bahawa umumnyawayang ini sering dipentaskan di wilayah Parahyangan, Jawa Barat denganmenggunakan Bahasa Sunda. Namun wayang ini juga dipentaskan di luar wilayahtersebut seperti di Brebes dan Cilacap di Jawa Tengah. Watak yang dimainkandalam Wayang Golek adalah kisah Mahabharata dan Ramayana. Wayang Golek inidipercayai mulai berkembang di Jawa Barat sejak abad ke-19, dipelopori olehBupati Bandung Wiranatakusumah III. Persembahannya pada waktu itu dikhususkanuntuk kaum menak (bangsawan), sebelumakhirnya menyebar luas dalam kalangan masyarakat Sunda.  Kehadiran Wayang Golektidak dapat dipisahkan dari kewujudan wayang kulit. Penyebaran wayang di JawaBarat bermula pada masa pemerintahan Raden Patah dari Kerajaan Demak, kemudiandisebarluaskan para Wali Songo. Termasuk Sunan Gunung Jati yang pada tahun 1568memegang kendali pemerintahan di Kasultanan Cirebon. Beliau memanfaatkanpersembahan wayang kulit sebagai media dakwah untuk penyebaran agama Islam.  [image error]  Watak-watak Wayang Golek dalamkisah Mahabharata dan Ramayana Sekitar tahun 1584, diJawa Tengah, Sunan Kudus dari Dewan Wali Songo mencipta Wayang Golek Pertama.Dalam perjalanan sejarahnya, persembahan Wayang Golek mula-mula diadakan olehkaum bangsawan. Terutama peranan para bupati di Jawa Barat, mempunyai pengaruhbesar terhadap berkembangnya Wayang Golek tersebut. Pada awalnya persembahanWayang Golek diselenggarakan oleh para priyayi(kaum bangsawan Sunda) di lingkungan Istana atau Kabupaten untuk kepentinganperibadi mahupun untuk keperluan umum.  Menurut Teteh Milah,persembahan Wayang Goleh dilakukan pada siang hari. Wayang ini tidak memerlukankelir atau tirai. Bentuknyamenyerupai patung yang dibuat dari kayu (bukan dari kulit sebagaimana wayangkulit). Jadi, seperti golekatau patung. Oleh kerana itu, ia disebut sebagai Wayang Golek.  [image error]  Patung-patung Wayang Golek yangterdapat di Saung Angklung Udjo Ada empat jenis WayangGolek, iaitu wayang golek cepak, wayang golek purwa, wayang golek menak danwayang golek moden. Wayang golek papak (cepak) terkenal di Cirebon dengancerita babad dan legenda sertamenggunakan bahasa Cirebon. Wayang golek purwa dengan cerita Ramayana Mahabrata. Wayang golek menakdengan cerita Amir Hamzah. Manakala, wayang golek moden adalah wayang golekkreasi baru dengan menggabungkan teknologi moden dalam persembahan sepertiasap, pencahayaan warna-warni dan lain-lain lagi.  Beberapa jenis WayangGolek yang populer ialah Wayang Golek gaya Sunda dengan cerita purwa, WayangGolek gaya Cirebon dengan cerita purwa, cepak dan menak, Wayang Golek gayaYogyakarta dengan cerita menak, Wayang Golek gaya Surakarta dengan ceritamenak, Wayang Golek gaya Kebumen dengan cerita menak dan Wayang Golek gayaTegal dengan cerita purwa dan menak.  Wayang Golek dibuatdari kayu Albasia atau kayu Lame. Cara pembuatannya adalah dengan meraut danmengukirnya, hingga menyerupai bentuk yang diinginkan. Untuk mewarnai danmengukir mata, alis, bibir dan motif di kepala wayang, digunakan cat duko. Catini menjadikan wayang kelihatan lebih cerah. Pewarnaan wayang merupakanbahagian penting kerana boleh menghasilkan berbagai karakter watak. Adapunwarna asas yang biasa digunakan dalam wayang ada empat iaitu merah, putih,perada dan hitam.  [image error] Dalang sedang mempersembahkanWayang Golek di Saung Angklung Udjo Menurut Teteh Milah,Wayang Golek sebagai satu kesenian tidak hanya mengandungi nilai estetikasemata-mata, tetapi juga meliputi keseluruhan nilai-nilai yang terdapat dalammasyarakat pendukungnya. Nilai-nilai itu disosialisasikan oleh para seniman danseniwati pedalangan yang mengemban kod etika pedalangan. Kod etika pedalangantersebut dinamakan ‘Sapta Sila Kehormatan Seniman Seniwati Pedalangan JawaBarat’.  Begitulah semaraknyaseni dan budaya Indonesia di Saung Angklung Udjo. Jiwa penghibur Ngalagena Udjomampu menyatukan antara kesenian, kanakkanak dan lingkungan menjadi sebuahsajian persembahan yang harmonis di depan para pengunjungnnya.  [image error]  Pelbagai patung Wayang Golek yangdijual di Saung Angklung Udjo Kepiawaian danpepakaran Ngalagena Udjo ternyata menurun kepada anakanaknya. Awal tahun 90-anmulailah era anak-anaknya yang meneruskan Saung Angklung Udjo. Lantaran keadaankesihatan Ngalagena Udjo yang tidak mengizinkan, beliau mulai jarang memimpinpersembahan, hanya sesekali beliau muncul di atas pentas sekadar untukmengucapkan salam kepada para pengunjung dalam berbagai bahasa iaitu Inggeris,Belanda, Perancis, Jerman serta bahasa negara lainnya.  SepeninggalanNgalagena Udjo, Saung Angklung Udjo diteruskan oleh anakanaknya. Tidak ada yangberubah, Saung Angklung Udjo tetap menjadi pilihan ramai untuk dikunjungi samaada dari dalam ataupun luar negeri. Pengakhir persembahan, para pengunjung diajar oleh salah seorang anaklelaki Ngalagena Udjo iaitu Pak Yayan Udjo cara-cara bermain angklung. PakYayan Udjo berdiri di tengah-tengah ruang pentas dengan para pengunjung diberiseorang sebuah angklung Menurut Pak Yayan Udjo, angklung adalah alat muzik tradisionaldari Jawa Barat. Cara memainkannya tergolong mudah, hanya menggoyangkannyasehingga menghasilkan suara. Dari beberapa alat muzik asli Indonesia, angklungdidaftarkan sebagai Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanitydari UNESCO sejak November 2010.  [image error]  Pak Yayan Udjo mengajar parapengunjung bermain angklung Kata Pak Yayan Udjo,angklung adalah alat muzik yang dibuat dari susunan beberapa batang buluh.Dalam sejarah Kerajaan Sunda (abad 12-16), angklung dimainkan untuk memuja NyaiSri Pohaci sebagai lambang Dewi Sri (dewi padi). Manakala dalam Kidung Sunda diceritakan bahawa angklungdigunakan untuk menyemangati mereka sewaktu peperangan.  Angklung mulaidikenali pada abad-19 melalui tangan seorang seniman. Beliau menggunakan alatmuzik ini untuk pertunjukkan teater dan wayang. Seiring berjalannya waktu,angklung akhirnya dikenali oleh dunia. Sebuah kumpulan seniman Indonesia yangdipimpin oleh Daeng Soetigna membawa angklung ke luar negeri dan tampil diParis pada tahun 1938. Pada waktu itu, Indonesia masih dijajah oleh Belanda.  [image error]  Pak Yayan Udjo, anak lelakiNgalagena Udjo Menurut Pak YayanUdjo, ada empat jenis angklung yang perlu diketahui iaitu Angklung DogdogLojor, Angklung Kanekes, Angklung Gubrag dan Angklung Padaeng. Angklung DogdogLojor boleh ditemui di sekitar Gunung Halimun, Jawa Barat, yang digunakan olehmasyarakat Kesepuhan Pancer atau kesatuan adat Banten Kidul. Mereka menggunakanangklung ini untuk mengiringi ritual bercucuk tanam dalam tradisi Dogdog Lojor. Semenjak agama Islammasuk ke wilayah tersebut, kesenian Angklung Dogdog Lojor juga digunakan untukmengiringi majlis perkahwinan dan khitan. Diperlukan enam instrumen dalamkesenian tersebut iaitu 2 buah dogdog lojor dan 4 buah angklung besar yangterdiri dari angklung gonggong, kingking, panembal, dan inlock.  Angklung Kanekes pulaboleh ditemui di daerah Banten. Alat muzik ini dimainkan oleh masyarakatKanekes, Baduy untuk mengiringi aktiviti bercucuk tanam. Meskipun angklung yangmereka miliki kuno, namun masyarakat Baduy tetap melestarikannya sewaktu menanampadi di bendang seperti yang dicontohkan oleh para leluhur. Sayangnya, tidaksemua orang Baduy boleh membuat angklung. Hanya mereka yang berketurunanpembuat angklung yang berhak membuat alat muzik tersebut.  [image error]  Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SKSungai Lang turut mempelajari cara-cara bermain angklung yang diajar oleh PakYayan Udjo Angklung Gubrag pulaadalah alat muzik tertua yang digunakan untuk menghormati dewi padi. Angklungini terdapat di Kampung Cipinang, Cigudang, Bogor, Jawa Barat. Sewaktu KampungCipinang dilanda musim kemarau, Angklung Gubrag pun muncul. Angklung ini digunakanuntuk ritual meminta air kepada Dewi Sri (dewi padi) yang enggan menurunkanhujan. Hingga kini, Angklung Gubrag masih digunakan dalam kegiatan melak pare (menanam padi), ngunjal pare (mengangkut padi), dan ngadiukeun (menempatkan) ke leuit (jelapang padi).  Manakala AngklungPadaeng pula dipopulerkan oleh Bapak Angklung Diatonis Kromatis iaitu DaengSoetigna pada tahun 1938. Angklung ini merupakan bentuk inovasi yang dilakukanoleh Daeng Soetigna dengan menggunakan komponen dasar teori muzik dunia Barat.Secara khusus, Angklung Padaeng dibahagi menjadi dua kumpulan iaitu angklungmelodi dan angklung akompanimen. Selepas inovasi tersebut, muncullahangklungangklung lainnya yang terus berkembang seperti Angklung Sarinande,Arumba, Angklung Toel, dan Angklung Sri Murni.  [image error]  Antara angklung yang terdapat diSaung Angklung Udjo Menurut Pak Yayan Udjolagi, setiap orang boleh memainkan alat muzik angklung jika mengetahuitekniknya. Salah satunya adalah dengan cara memegang rangka angklung dengansebelah tangan, kemudian tangan lainnya menggoyangkannya hingga menghasilkansuara. Ada teknik-teknik asas dalam menggoyangkan angklung teknik iaitu karalung (getar), teknik cetok (sentak)dan teknik tangkep.  Tenik Kurulung (getar)merupakan teknik umum yang sering digunakan dalam bermain angklung. Teknik inimenggunakan dua tangan untuk memainkannya. Hanya memegang rangka angklung,kemudian tangan satunya lagi menggoyangkannya hingga nada yang diinginkan muncul.Teknik Cetok (sentak) pula boleh dilakukan dengan cara menarik tabung dasardengan cepat oleh jari ke telapak tangan kanan. Nantinya, angklung akanmenghasilkan bunyi sekali yang disebut sebagai stacato. Teknik Tangkep pula hampir sama dengan teknik kurulung.Namun yang membezakannya adalah salah satu tabung ditahan sehingga tidak ikutbergetar.  [image error] Menurut Pak Yayan Udjo, ada empatjenis angklung yang perlu diketahui iaituAngklung Dogdog Lojor, AngklungKanekes, Angklung Gubrag dan Angklung Padaeng  Selain dihiburkan olehpelbagai kesenian di sanggar ini, delegasi Selangor juga dibawa melawat kesekitar kawasan Saung Angklong Udjo iaitu ke bangunan pentadbiran, bangunanpendidikan, ruang membuat angklung dan laion-lain lagi. Para delegasiberpeluang belajar dan meladeni usaha-usaha pembuatan alat muzik angklungsecara komersial sehingga boleh dihantar ke seluruh dunia.  [image error] Pengunjung menyaksikanpersembahan budaya di Saung Angklung Udjo Kemudian para delegasiSelangor dibawa ke sebuah ‘rumah makan’ (restoran) iaitu Restoran MitraSederhana Pasteur Masakan Padang yang berlokasi di Jalan Pelajar Pejuang 45 No.64, Turangga, Kecamatan Lengkong, Kota Bandung, Jawa Barat untuk makan tengah hari.Sebaik usai solat Zuhur dan Asar secara jamak, delegasi Selangor di bawa keKawah Putih Ciwidey, terletak sekitar 2.5 jam perjalanan dari kota Bandung.Kawah Putih Ciwidey adalah sebuah tasik semulajadi yang muncul akibat letusanGunung Berapi Patuha.  Menurut Dadang Dabot,Gunung Patuha dikatakan datang dari nama ‘Pak Tua’. Gunung Patuha ini pada masadahulu merupakan kawasan larangan yang amat menakutkan penduduk setempat yangdikatakan berhantu dan tidak berani dimasuki oleh penduduk. Haiwan sepertiburung yang terbang di atasnya juga dikatakan boleh mati secara tiba-tiba.  Misteri Kawah Putihhanya terjawab pada tahun 1837 apabila seorang ahli botanikal Belanda iaituyang bernama Dr. Franz Wilhelm Junghuhn masuk ke kawasan tersebut dan menemuisebuah tasik yang merupakan tempat letusan lava gunung berapi beserta belerang.Belerang inilah yang menyebabkan haiwan dan burung-burung tidak mahu masuk kekawasan ini.  [image error]  Saung Angklung Udjo jugamenghasilkan pelbagai jenis angklung Sewaktu dijajahBelanda dan Jepun, kawah ini merupakan kawasan pengumpulan sulfur yang pentingbuat kedua-dua kuasa tersebut. Yang menariknya, tasik yang cukup luas inimempunyai air berwarna putih kehijauan dan dikelilingi tanah bercampurbelerang. Warna ini terhasil hasil dari campuran batu kapur dan belerang, danwarna air ini dikatakan bakal berubah-ubah mengikut suhu udara dan cuaca. Didalam suhu yang sejuk (sekitar 8-22 celcius) tasik dengan air yang tenang inicukup memukau dan seakan-akan sebuah tasik misteri, ditambah pula denganiringan alat muzik tradisi dari pemuzik tempatan.  Di sini, agak sukarmenemui binatang hidup kecuali beberapa spesies burung hantu. Oleh keranasuasananya yang pelik, putih dan luas, kawasan ini sering menjadi tempattumpuan pengantin mengadakan ‘photo-shoot’ dan pengunjung luar melihat fenomenaalam yang sukar dijumpai di tempat lain di Asia Tenggara.  Kata Dadang Dabot,oleh kerana kedudukannya yang agak jauh dari Bandung, beliau menasihatkan agartidak memandu sendiri ke sini tetapi sebaliknya menggunakan khidmat tourist guide agar tidak bermasalahmencari kerana kawasan ini jalannya berliku-liku. Selain itu, dengan khidmatpemandu, kita juga mungkin boleh dibawa ke tempat lain seperti kawasan tanamanstrawberi, kolam air panas atau ke tasik di bawah Gunung Patuha yang mempunyaisebuah kawasan yang dipanggil Pulau Cinta. Oleh kerana gas sulfur tidak baikuntuk kesihatan, para delegasi Selangor dinasihatkan tidak tinggal melebihi 15minit di sini.  [image error]  Suasana di Situ Patenggang Dalam perjalananpulang dari Kawah Putih, bas yang ditumpangi degelasi Selangor singgah di SituPatenggang, jaraknya sekitar 10 minit saja dari Kawah Putih. Situ Patenggangadalah sebuah tasik berpanorama amat indah. Di Situ Patenggang ini terdapatsebuah batu yang bernama ‘Batu Cinta’. Menurut Dadang Dabot, Situ Patenggangberasal dari Bahasa Sunda iaitu ‘situ’yang bererti tasik dan ‘patenggang’atau dalam Bahasa Sunda disebut ‘pateangan-teangan’yang bererti saling mencari. Ternyata asal muasal nama Situ Patenggang ini jugaberasal dari cerita rakyat, yang mengisahkan cinta antara Ki Santang dan DewiRengganis yang telah terpisah lama.  [image error]  Kawah Putih Ciwidey Lantaran cinta merekayang teramat dalam, kedua-duanya tidak henti saling mencari antara satu samalain, sehingga pada akhirnya mereka dipertemukan di sebuah batu besar yang kinidinamakan ‘Batu Cinta’ oleh masyarakat.

 

Sekian lama terpisah membuatkankedua-duanya berpegang teguh tidak akan berpisah lagi, sehingga akhirnya DewiRengganis meminta kepada Ki Santang supaya dibuatkan sebuah tasik (situ) dan juga sebuah perahu. DewiRengganis ingin menghabiskan seluruh waktunya belayar bersama dengan KiSantang.  Namun sehinggasekarang tidak ada yang mengetahui kewujudan perahu yang digunakan untukbelayar Ki Santang dan Dewi Rengganis. Menurut Dadang Dabot, kononnya perahuitu kini telah berubah menjadi sebuah pulau yang berbentuk hati, yangdipercayai masyarakat bahawa pulau tersebut dulunya adalah perahu yang dibuatoleh Ki Santang. Pulau yang kini bernama Pulau Asmara atau sering disebutsebagai Pulau Sasaka, menurut rakyat setempat, bila sepasang kekasih datang keBatu Cinta dan mengelilingi Pulau Asmara maka cinta mereka akan abadi.  Jelas Dadang Dabot,Situ Patenggang ini berada di ketinggian lebih dari 1,600 meter di ataspermukaan laut. Tasik ini juga memiliki keluasan sekitar 45,000 hektar. Yangpenting, Situ Patenggang memiliki fasiliti yang amat memadai kerana tempat inidikelola dengan baik oleh Kerajaan Indonesia. Antara fasiliti yang terdapat disini ialah rumah makan dan gazebo agar pengunjung dapat beristirahat dengannyaman, penginapan untuk setiap pengunjung yang ingin bermalam di sini jugasurau agar pengunjung dapat beribadah dengan selesa.  [image error] Di Kebun Strawberi Ciwidey,pengunjung boleh memetik sendiri buah strawberi sesuka hati. Tetapi buahstrawberi yang dipetik harus dibayar, harganya relatif murah iaitu berkisarantara Rp.30.000-Rp.50.000 sekilogram Dari Situ Patenggang,delegasi Selangor singgah di Kebun Strawberi Ciwidey pula. Kebun StrawberiCiwidey ini sangat sesuai untuk melepaskan penat dan gerah setelah menyedutudara kota Bandung yang penuh dengan polusi, pemandangan yang indah danudaranya yang sejuk serta segar, membuatkan tubuh berasa tenang dan nyaman.  Di Kebun StrawberiCiwidey ini juga kita boleh memetik sendiri buah strawberi sesuka hati. Tetapibuah strawberi yang dipetik harus dibayar, harganya relatif murah iaituberkisar antara Rp.30.000-Rp.50.000 sekilogram. Tentu harga itu sebandingdengan pengalaman yang berjaya digarap. Selain memetik buahnya, kita juga dapatbelajar bagaimana cara menanam strawberi yang baik dan benar agar hasilnyabagus dan berkualiti.  Menurut Dadang Dabot,di Kebun Strawberi Ciwidey ini juga terdapat berbagai tempat untuk mengolahstrawberi menjadi berbagai makanan seperti dodol strawberi, manisan strawberi,selai strawberi dan juga keropok strawberi.  [image error] Pekebunan Teh Rancabali Dari perkebunanstrawberi, singgah pula di Pekebunan Teh Rancabali. Di perkebunan ini delegasiSelangor disajikan pemandangan menawan dengan hamparan pokok-pokok tehnya yangkelihatan sangat indah dan sejuk di mata. Permaidani hijau mulus tersusun olehderetan rapat pokok teh yang sangat luas ini juga dapat dilihat dari atas basdalam perjalanan delegasi Selangor menuju ke Situ Patengan.  Tanaman teh milikPerkebunan Teh Rancabali ini berada di tanah yang bergelombang indah dipinggiran jalan antara Kawah Putih dan Situ Patengan. Melihatnya saja tidakcukup, oleh kerana itu Dadang Dabot mengarahkan pemandu bas supayamemberhentikan bas yang dipandunya di sini untuk memberi peluang kepada paradelegasi Selangor melihat dan menikmati pemandangannya dari jarak yang lebihdekat.  Secara peribadi, sayaselaku penulis memang sudah lama tidak menyedut udara segar di daerahperbukitan yang hamparan perkebunan tehnya juga kelihatan sangat indah sepertidi Cameron Highlands, namun pemandangan Perkebunan Teh Rancabali ini rasanyalebih mengesankan buat saya. Ada sentuhan tangan kreatif yang membuatkantanaman teh di perkebunan ini kelihatan begitu menarik perhatian.  [image error]  Sepanjang jalan berliku terdapatbanyak perkebunan teh Deretan pokok tehPerkebunan Teh Rancabali yang terletak tepat di pinggir jalan terhampar luasdengan pucuk hampir rata. Berbeza dengan beberapa perkebunan teh yang berada diCameron Highlands, Perkebunan Teh Rancabali ini umumnya berlokasi di kedudukan yanglebih rendah dari pinggiran jalan. Susunan pokok teh yang rapat dan rapi,menjadikannya seperti hamparan luas permadani hijau segar yang sangat sejuk dannyaman dipandang. Memetik daun teh dan membelai pokok teh mungkin merupakanperkara yang berbeza, dan boleh juga dilakukan oleh orang yang berbeza.  Memandang hamparanhijau Perkebunan Teh Rancabali ini layaknya seperti sedang menikmati seniinstalasi yang sesungguhnya. Di sana-sini terdapat pokok-pokok kecil yang ikutmemberi suasana pada pemandangan. Sayang sekali hampir tidak ada pokok besaryang boleh dijadikan sebagai tempat berteduh.  [image error]  Pucuk-pucuk teh sedang dipetik Pucuk-pucuk pokok tehdengan daun yang berwarna hijau kekuningan segar, berketinggian hampir meratamengikuti kontur tanah yang bergelombang. Dari dekat kelihatan daun-daun tehitu tidak ada yang terpotong separuh atau sebahagian untuk membuat permukaan pokokteh kelihatan rata. Tetapi dari jarak agak jauh, ketinggian setiap pokok tehitu kelihatan hampir sama. Lintasan jalan yang dibuat untuk para pemetik daunteh di Perkebunan Teh Rancabali ini kelihatan seperti sebuah mozaik yangmenawan pada bentangan baldu hijau pepohonan teh. Perkebunan Teh Rancabali yangdikelilingi perbukitan hijau yang tinggi, menambahkan keindahan pemandangan.  Keindahan mozaikPerkebunan Teh Rancabali seperti inilah yang amat menggoda para delegasiSelangor untuk sejenak berhenti dan mengambil gambar sewaktu melihatnya ketikamelintas di jalanan berhampirannya. Lalu lintas yang tidak begitu sesak, sertaadanya bahu jalan yang agak luas, membuatkan delegasi Selangor boleh berhentidi mana saja dengan tenang.  [image error]  Kebun Strawberi Ciwidey Dari sepotong ruasjalan kelihatan beberapa buah air terjun kecil bertingkat di tepian deretanpokok-pokok teh di Perkebunan Teh Rancabali. Air terjun itu berada agak jauh disebelah kanan jalan yang menuju ke Situ Patengan. Menurut Dadang Dabot, di sanajuga terdapat penginapan yang boleh disewa oleh pengunjung jika hendakberwisata di seputaran kawasan Ciwidey yang memiliki sejumlah tempat wisatayang sangat mempersonakan.  Selepas lebih kurangsetengah jam di kawasan Perkebunan The Rancabali, delegasi dibawa pula keGlamping Lake Side. Menurut Dadang Dabot, Glamping Lake Side merupakan sebuahkawasan berkonsep resort wisata di Ciwidey terbaru dan lengkap dengan anekafasiliti dan juga pakej kegiatan wisata moden berasaskan alam di dalamnya.Objek wisata di Ciwidey ini mulai dikenali oleh umum pasca soft opening salah satu fasiliti restonya tanggal 7 Julai 2016lalu. Masih sangat baru, tetapi melihat daya tarik wisatanya, lokasi wisata inidipercayai akan menjadi destinasi wisata baru yang sangat menarik untukdikunjungi.

 

[image error] Kapal layar kayu di Glamping LakeSide Glamping Lake SideRancabali sebenarnya boleh dikatakan hampir sama dengan salah sebuah resort diBandung Selatan iaitu Ciwidey Valley Resort atau tempat wisata yang baru iaituGlamping Legok Kondang. Lokasinya yang berada di hujung Ciwidey, tepatnya beradadi salah sebuah tempat wisata alam Bandung yang terkenal iaitu Situ Patenggang,membuatkan akses ke lokasinya ini sangat mudah untuk dijangkau, sama ada dengankenderaan umum mahupun dengan kenderaan peribadi.  Menurut Dadang Dabotlagi, lokasi wisata Glamping Lake Side Rancabali Ciwidey tepat berada didataran tinggi Pergunungan Ciwidey, membuatkan para pengunjung berasa takjubdan terpesona dengan molek alam yang tersendiri dan semulajadi daerah ini.Kapal kayu yang dibina di Rancabali Ciwidey ini juga boleh dikatakan unik,kerana ia mampu memikat sesiapa saja yang datang ke sini, lantaran kedudukanbangunan restorannya berbentuk kapal dan tepat berada di atas bukit di pinggirSitu Patenggang.  Jika kita pernahmembaca kisah kapal Nabi Nuh semasa banjir besar yang akhirnya terdampar disebuah puncak gunung, maka lokasi Glamping Lake Side ini juga hampir sama.Berlokasi di dataran tinggi Pergunungan Ciwidey yang di sekelilingnya dibaluthamparan hijau perkebunan teh serta air terjun Situ Patenggang yang luas danberwarna jernih.  [image error]  Sindang Reret Hotel &Restaurant di Chidiwey Menurut Dadang Dabot,bangunan restoran berbentuk kapal layar kayu ini terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian dalam yang terdiri dari dua tingkat ruangan restoran. Untukbahagian dalam tingkat pertama adalah tempat untuk memesan makanan dengan kawasanmakan tertutup. Manakala tingkat dua adalah juga kawasan makan, tetapi ada indoor dan outdoor-nya.  Sementara bahagianluar ruangan tingkat satu yang lokasinya tepat berada di bahagian dek bangunanresto berbentuk kapal layar ini ternyata merupakan lokasi kegemaran parapengunjung untuk menikmati hidangan sambil bebas menikmati indah dan suasanaalam sekitar Clamping Lake Side Rancabali Ciwidey.  Menurut Dadang Dabotlagi, menu makanan dan minuman yang tersedia di sini ternyata sangat beragam,mulai dari aneka makanan khas barat, Asia cuisinhingga kepada makanan Indonesia. Makanan atau hidangan yang boleh dicuba disini ialah sandwich beef teriyaki,atau makanan khas Bandung yang juga tersedia untuk para pengunjung. 

 

[image error] Glamping Lake Side menjanjikandaya tarikan yang tersendiri Lebih kurang sejamberada di Clamping Lake Side Rancabali Ciwidey, delegasi Selangor dibawa kesebuah restoran makanan Sunda iaitu Sindang Reret Hotel & Restaurant diChidiwey. Menurut Dadang Dabot, masakan Sunda merupakan antara makanan yangpaling popular di Indonesia. Makanan Sunda dicirikan oleh kesegarannya; lalab yang terkenal dimakan dengansambal dan juga karedok menunjukkankesukaan Sunda terhadap sayuran mentah segar. Tidak mempunyai rasa yangberempah dan pedas, diiringi dengan santan dan kari seperti masakanMinangkabau, masakan Sunda memaparkan rasa yang mudah dan jelas; dari rasamasin, masam segar, manis sederhana, hingga pedas.  Sambal belacan atauterasi ialah bahan perasa yang paling penting dan paling lazat dalam masakanSunda, dan dimakan bersama dengan lalabatau tauhu dan tempe goreng. Sayur asemdan juga sup sayuran adalah hidangan yang paling popular dalam masakan Sunda.Satu lagi sup popular ialah Soto Bandung, sup lembu dan lobak putih, dan sup mikocok dengan daging lembu dan kikil.

 

[image error]  Antara resort penginapan yangterdapat di Glamping Lake Side Ikan air tawar sepertiikan kap, kaloi, tilapia dan keli biasanya sama ada dibakar atau digoreng danbiasanya disajikan dengan sambal atau kicap manis. Orang Sunda telahmengembangkan kesukaan mereka kepada makanan laut masin. Ikan masin, ikan bilisdan sotong masin popular dalam diet harian Sunda. Cara memasak pais atau pepesyang menggunakan daun pisang sebagai bungkusan makanan juga biasa dalam masakanSunda. Antara lain, pais lauk emas atau pepes ikan kap adalah hidangan pepeskegemaran.  Ayam biasanya sama adadigoreng atau dipanggang, juga disajikan dengan sambal atau kicap manis. Bakakak hayam adalah ayam bakar gayaSunda. Kadang-kadang ayam juga boleh dibuat sebagai pepes atau sup. Dagingseperti daging lembu, kerbau, kambing, atau bebiri boleh diperap dengancampuran rempah dan gula kelapa dan digoreng untuk membuat empal gepuk, ditaburi dengan bawang goreng. Daging lembu dankentang kadang-kadang dibakar dalam kicap manis dan rempah sebagai semur daging. Hati lembu dan jering jugaboleh dibuat sebagai semur. Dagingkambing dan bebiri juga boleh dibuat sebagai sate gaya Sunda, seperti sate maranggi. Gulai kambing dan empal gentong kambing dan kari organjuga popular.

 

[image error] Nasi timbel Jika orang Jawa telahmengembangkan kesukaan mereka dalam bentuk tempe,orang Sunda pula telah mengembangkan oncom,kedua-duanya adalah produk yang ditapai tetapi dengan jenis kulat dan kacangyang berlainan. Tempe adalah darikacang soya sementara oncom adalahdari kacang tanah. Sunda telah membangunkan kaedah penapaian untuk menciptabahan makanan yang berbeza. Fermentasi digunakan sama ada untuk membuat makananyang difermentasi seperti oncom,membuat sos seperti taucu (makanan dari masakan Cina Indonesia), atau makananringan seperti peuyeum yang merupakantapai dari beras atau ubi kayu.  Menurut Dadang Dabot,di tempat yang menghidangkan masakan Sunda, lazimnya seseorang itu akan makandengan tangan. Mereka biasanya menyediakan kobokan,iaitu semangkuk air dengan hirisan limau di dalamnya untuk memberi bau segar.Semangkuk air dengan limau ini tidak boleh diminum, bagaimanapun; ia digunakanuntuk membasuh tangan sebelum dan selepas makan.  [image error] 

 Karedok

 

Restorantradisional Sunda selalunya menampilkan gaya makan tradisional yang dipanggil lesehan; iaitu tempat makan dengan ruangduduk di atas lantai ditutup dengan tikar jerami atau buluh. Hidangan jugadihidangkan di atas meja berkaki pendek atau terus disajikan di atas tikar.Gaya makan ini agak serupa dengan gaya makan tatami tradisional Jepun. Restoran tradisional Sunda di kampung danluar bandar juga mungkin mempunyai restoran gaya saung. Ia mempunyai beberapa astaka makan kecil yang selalunya akandibina berhampiran kolam ikan air tawar. Kolam ikan mengandungi ikan air tawarsegar seperti ikan kap dan kaloi, yang boleh dipilih dan dipesan oleh pelangganuntuk dimasak dengan segera.  Selepasmakan malam di sini, delegasi Selangor terus ke hotel penginapan untuk berehat.
[image error] Gepuk

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 02:46

HARI PERTAMA: Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Delegasi dari Selangorseramai 44 orang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) tepat jam 8.00 pagi. Delegasi menaiki pesawat Air-Asia pada jam 9.30 pagimeninggalkan KLIA 2 lebih kurang jam 10.00 pagi. Penerbangan dari Kuala Lumpurke Jakarta mengambil masa sekitar 4 jam sahaja dan sampai ke Lapangan TerbangAntarabangsa Soekarno-Hatta pada jam 2.00 petang. Di lapangan terbang inidelegasi telah disambut oleh wakil pihak travel iaitu Pak Dadang Rustandi ataulebih dikenali dengan panggilan Pak Dadang Dabot, merangkap ‘pemandupelancong’. Sepanjang 5 hari di kota Bandung dan Jakarta, Pak Dadang Dabotmerupakan penyampai maklumat kepada para delegasi Selangor. Beliau berketurunanSunda dan telah menetap di Bandung sejak kecil.
 
Menurut Pak DadangDabot, Lapangan Terbang Antarabangsa SoekarnoHatta adalah lapangan terbangutama yang memberi perkhidmatan penerbangan ke Jakarta, Indonesia. Lapanganterbang ini dinamakan sempena dua nama pelopor kemerdekaan Indonesia iaituSoekarno dan Mohammad Hatta, yang merupakan Presiden dan Naib Presiden pertamaIndonesia. Nama yang popular dalam kalangan masyarakat Indonesia adalah BandarUdara Cengkareng kerana dekat dengan daerah Cengkareng, Jakarta Barat, walaupunsecara geografi terletak di Kecamatan Benda, Kota Tangerang.
 
[image error] 
 Kuala Lumpur InternationalAirport 2 (KLIA 2)

 

Lapangan terbang inidikawalselia oleh PT Angkasa Pura II dan merupakan lapangan terbang utama bagisebahagian besar kawasan Jakarta di pulau Jawa, Indonesia. Ia terletak sekitar20 km barat tengah Jakarta, di Cengkareng dalam jajahan Banten. Lapangan terbangini mula beroperasi pada pertengahan 1980-an, menggantikan Lapangan TerbangAntarabangsa Kemayoran yang lama di Jakarta Pusat. Lapangan terbang inimempunyai dua landasan bebas selari dipisahkan pada jarak 2,400 meter dandisambung oleh laluan lintas. Terdapat dua bangunan terminal iaitu Terminal Iuntuk penerbangan domestik selain Garuda Indonesia, dan Terminal II bagipenerbangan antarabangsa termasuk penerbangan domestik oleh Garuda.
 
[image error] 
 Lapangan Terbang AntarabangsaSoekarno-Hatta, Jakarta
 
Setelah mengambilbagasi masing-masing, para delegasi Selangor terus dibawa menaiki bas kepejabat Kedutaan Malaysia yang terletak di Jalan H. R. Rasuna Said Kav.X/6, No.1-3, Kuningan, Jakarta Selatan. Di Dewan Besar Kedutaan Malaysia Jakarta,Kumpulan Seri Kenchana dan Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang telahmengadakan persembahan di hadapan Duta Malaysia ke Republik Indonesia iaituDato Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Encik Junus Suhid, Pengarah, Lembaga PromosiPelancongan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah, Kepala DinasPendidikan Jakarta, Encik Ahmad Nazmi bin Razali, Penolong Pengarah, UnitPerancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Seksyen Sektoral, Puan Dr

 

NadiaWidyawati binti Madhzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Adat Melayu danWarisan Negeri Selangor (PADAT), Awaludin bin Md Jahid, Setiausaha Eksekutif,Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Encik Nuar bin Md Diah, SetiausahaPertubuhan Media Negeri Selangor dan para delegasi Selangor yang lain.
 
[image error] 
 Penulis bersama Dadang Dabot
 
Dalam ucapankeraiannya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan KebudayaanNegeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah telah melahirkan rasagembiranya atas layanan mesra pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta danmenjelaskan bahawa Program Silang Budaya Selangor-Indonesia ini diadakan untukmemberi tumpuan kepada pertukaran ilmu dan silang budaya yang melibatkan duabuah negara iaitu Indonesia dan Malaysia. Program anjuran Kerajaan NegeriSelangor ini diharapkan dapat memberi impak yang besar bukan sahaja kepada parapeserta, tetapi juga kepada organisasi budaya dan negeri Selangor itu sendiri.Program ini juga merupakan sebahagiandaripada hasrat kerajaan negeri untuk menyemarakkan seni budaya dalam kalanganmasyarakat Selangor.
 
Manakala, Encik JunusSuhid selaku Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia sewaktu diwawancaramenjelaskan bahawa Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia sentiasa melaksanakanmisi jualan di Indonesia bagi menggiatkan promosi pelancongan antarabangsa denganmempertemukan pemain industri pelancongan Malaysia dan Indonesia dalam sesiperniagaan ke perniagaan (B2B). Misi jualan ini telah berlangsung di dua bandarutama di Indonesia iaitu Jakarta dan Medan bermula 15 hingga 18 November 2022bagi memperkenalkan pelbagai produk dan pakej pelancongan terkini untuk menarikminat pelancong Indonesia ke Malaysia.
 
[image error] 
 Encik Junus Suhid, Pengarah,Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia
 
Menurut beliau, misiini memfokuskan kepada segmen pelancongan santai (leisure), beli-belah dan sektor mesyuarat, insentif, konvensyen danpameran (MICE) yang dikenalpasti menjadi pilihan bagi pelancong Indonesia.Selain itu, misi ini juga menyaksikan pelancaran promosi pelancongan secaradalam talian bersama Blibli.com serta pelancaran kerjasama antara syarikatpenerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia.
 
Misi jualan inidisertai oleh Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Malaysia Airlines, AirAsia, 15 ejen pelancongan, 2 operator taman tema dan 12 wakil hotel dariMalaysia. Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff,Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni danBudaya Malaysia dan Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah(Perancangan) Tourism Malaysia.
 
[image error] 
Kedutaan Malaysia di Indonesia
 
Encik Junus Suhidberkata, misi jualan ke Indonesia adalah penting untuk menggiatkan promosipelancongan pasca pandemik Covid-19 bagi menarik minat dan meningkatkan lagikeyakinan dalam kalangan warga Indonesia untuk terus memilih Malaysia sebagaidestinasi percutian selamat. “Sejak pembukaan sempadan antarabangsa, Malaysiatelah merekodkan ketibaan seramai 435,156 pelancong Indonesia dari Januarisehingga Julai 2022. Secara keseluruhannya seramai 5.5 juta ketibaan pelancongasing telah direkodkan sehingga September 2022 dan jumlah ini dilihatmenghampiri sasaran ketibaan 9.2 juta pelancong antarabangsa pada tahun ini,”tambah beliau.
 
Program di Dewan BesarKedutaan Malaysia Jakarta tamat sekitar jam 2.00 petang dan delegasi menaikibas ke kota Bandung yang jauhnya sekitar 4 jam perjalanan dari Jakarta. DariJakarta ke kota Bandung, delegasi Selangor dibawa melalui beberapa buah lokasibersejarah seperti Galeri Pusat Kebudayaan Bandung, di Jalan Naripan, yangberfungsi sebagai tempat persembahan seni dan budaya. Bangunan ini juga seringdigunakan untuk acara seminar, kongres, pertemuan, bahkan untuk pestaperkawinan atau pesta perpisahan sekolah.
 
[image error] 
Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff,Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni danBudaya Malaysia
 
Menurut sejarah yangdisampaikan oleh Dadang Dabot, bangunan Yayasan Kebudayaan Kota Bandung inidibina pada masa pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Bangunan ini dahulunyaberfungsi sebagai Sositet atau Balai Pertemuan yang diberi nama Ons Genoegen. Dahulunyadi bangunan ini terdapat tempat main billiad,catur, main kad, dan terdapat juga ruang makanminum sambil mendengar muzik daripancaragam atau orkestra yang ada pada masa itu. Pada zaman pergerakankemerdekaan pada tahun 1930-an, para tokoh politik nasional juga seringmemanfaatkannya untuk vergadering(mesyuarat) ataupun ceramah politik.
 
Yayasan PusatKebudayaan Kota Bandung ini memiliki peranan yang penting dalam bidangpembinaan dan pengembangan kesenian juga kebudayaan di kota Bandung. Sejakdahulu bangunan Yayasan Pusat Kebudayaan ini sudah diperuntukan bagipembangunan, pengembangan dan apresiasi seni budaya dan melahirkanseniman-seniman yang berprestasi. Yayasan ini banyak melahirkan seniman danpertubuhan kesenian, terutama seni budaya Sunda yang menunjukkan prestasinyadan pembinaan yang ada di Yayasan Pusat Kebudayaan boleh dikatakan amatberjaya. Terdapat berbagai bentuk karya seni seperti seni rupa, seni tari, senipersembahan, seni muzik, dan seni-seni lain. Dalam seni persembahan itu jugaterdapat persembahan wayang kulit dan drama.
 
[image error] 
Yayasan Kebudayaan Kota Bandung
 
Delegasi Selangor jugamelalui Bangunan Persidangan Asia Afrika. Bangunan ini sebenarnya merupakanMuzium Persidangan Asia Afrika, terletak di Jalan Asia Afrika. Muzium inimerupakan memorabilia Persidangan Asia Afrika, memiliki hubungan yang sangaterat dengan Gedung Merdeka. Secara keseluruhan Gedung Merdeka memiliki duabangunan utama, iaitu Gedung Merdeka sebagai tempat sidang utama, manakala yangberada di sisi Gedung Merdeka adalah Muzium Persidangan Asia Afrika sebagaitempat memorabilia Persidangan Asia Afrika. 
 
Menurut Dadang Dabot,latar belakang pembinaan muzium ini kerana adanya keinginan dari para pemimpinpelbagai bangsa di Asia dan Afrika untuk mengetahui tentang Gedung Merdeka dansekitar tempat Persidangan Asia Afrika berlangsung. Hal ini membuatkan MenteriLuar Negeri Republik Indonesia iaitu Prof. Dr. Mochtar Kusumaatmadja, memilikiidea untuk membina sebuah muzium. 
 
[image error] 
Bangunan Persidangan Asia Afrika,Bandung
 
Idea tersebutdisampaikannya dalam forum Panitia Peringatan 25 Tahun Persidangan Asia Afrika(1980) yang dihadiri oleh Pengarah Jenderal Kebudayaan Prof. Dr. HaryatiSoebadio sebagai wakil dari Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan. Kemudian muziumini diresmikan pada tanggal 24 April 1980 bertepatan dengan peringatan 25 TahunPersidangan Asia Afrika.
 
Menurut Dadang Dabotlagi, Persidangan Asia Afrika yang diselenggarakan di Bandung pada tanggal18-24 April 1955 telah mencapai kejayaan yang besar, baik dalam mempersatukansikap dan menyusun pedoman kerjasama di antara bangsa-bangsa Asia Afrikamahupun dalam penyertaan serta membantu terciptanya ketertiban dan perdamaiandunia. 
 
Persidangan inimelahirkan Dasa Sila Bandung yang kemudiannya menjadi pedoman kepadabangsa-bangsa terjajah di dunia dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaannya danyang kemudian menjadi prinsip-prinsip dasar dalam usaha memajukan perdamaiandan kerjasama dunia. Kejayaan persidangan ini tidak hanya kelihatan pada masaitu, tetapi juga kelihatan pada masa sesudahnya, sehingga jiwa dan semangatPersidangan Asia Afrika menjadi salah satu faktor penting yang menentukanjalannya sejarah dunia.
 
[image error] 
Gedung Merdeka
 
Semua itu merupakanprestasi besar yang dicapai oleh bangsa-bangsa Asia Afrika. Jiwa dan semangatPersidangan Bandung telah berjaya membesarkan volume kerjasama antarbangsa-bangsa Asia dan Afrika, sehinggaperanan dan pengaruh mereka dalam hubungan percaturan antarabangsa meningkatdan disegani.
 
Dalam rangka membinadan melestarikan hakikat tersebut, adalah penting dan tepat jika PersidanganAsia Afrika beserta peristiwa, masalah, dan pengaruh yang mengitarinyadiabadikan dalam sebuah muzium di tempat persidangan itu berlangsung, iaitu diGedung Merdeka di kota Bandung, kota yang dipandang sebagai ibu kota dan sumberinspirasi bagi bangsa-bangsa Asia Afrika. 
 
Sebagai Menteri LuarNegeri Republik Indonesia, Prof. Dr. Mochtar Kusumaatmadja, sering bertemu mukadan berdialog dengan para pemimpin negara dan bangsa Asia Afrika. Dalamkesempatan-kesempatan tersebut beliau sering disoal tentang Gedung Merdeka dankota Bandung tempat penyelenggaraan Persidangan Asia Afrika. Berulang kalipembicaraan tersebut diakhiri oleh pernyataan keinginan mereka untuk dapatmengunjungi kota Bandung dan Gedung Merdeka.
 
[image error] 
 Alun-alun Bandung
 
Pada 18 Jun 1986,Muzium Persidangan Asia-Afrika ini telah dialihkan dari Jabatan Pendidikan danKebudayaan ke Jabatan Luar Negeri di bawah pengawasan Badan Penelitian danPengembangan Masalah Luar Negeri. Pada tahun 2003 dilakukan restrukturisasi diJabatan Luar Negeri dan Muzium Persidangan Asia Afrika dialihkan ke DitjenMaklumat, Diplomasi Umum dan Perjanjian Antarabangsa (Sekarang Ditjen Maklumatdan Diplomasi Umum). Kini Muzium Persidangan Asia Afrika berada dalamkoordinasi Direktorat Diplomasi Umum. Muzium ini menjadi muzium sejarah bagiperjuangan politik luar negeri Indonesia.
 
Delegasi Selangor jugamelalui Alun-alun Bandung. Hakikatnya, kota Bandung memang memiliki banyakdestinasi yang menjadi impian para pelancong termasuklah Alun-alun Bandung.Pada hemat saya, sangat sukar untuk menolak sejuta pesona yang selalu bersediamerangkul para pelancong dari berbagai penjuru. Mulai dari ObservatoriumBosscha, Farmhouse Lembang, Kawah Putih, Tangkuban Perahu, Gedung Sate,sehingga ke Mall Paris van Java, semuanya akan memberikan kesan yang amatmenyenangkan. 
 
[image error] 
Masjid Raya Agung
 
Alun-alun Bandungterletak di kawasan pusat kota, spotyang sangat ikonik. Rasanya tidak ada yang sukar menandingi daya tarikAlun-alun Bandung menjelang matahari terbenam. Dan lagi, hamparan rumputsintetik yang membentang luas akan membuatkan pengunjung sangat terpesona.
 
Menurut Dadang Dabot,sebelum nampak elegan seperti sekarang, Alun-alun Bandung memiliki sejarah yangcukup panjang. Peruntukan dan wajahnya sering berubah-ubah seiring berjalannyawaktu. Pada masa kolonial, lokasi Alun-alun Bandung hanyalah sebagai tempatpersinggahan atau pos penggantian kuda pengantar surat. Memang, kawasantersebut merupakan Bangunan Pejabat Pos Belanda. Sebuah catatan sejarah adamenyebutkan bahawa kawasan alun-alun didirikan pada tahun 1810. Alun-aluninilah yang dijadikan oleh masyarakat setempat sebagai pusat aktiviti. Tidakjarang pula, warga Bandung menyulap sebagai arena pertandingan sepak bola.
 
[image error] 
Bangunan Pejabat Pos Belanda
 
Tidak menghairankanjika Alun-alun Bandung diminati sebagai tempat bercengkerama bagi warga mahupunpelancong. Kawasan seluas 4,000 meter persegi ini berupa hamparan rumputsintetik. Pemilihan rumput sintetik dilakukan kerana dapat bertahan hingga 10tahun lamanya meskipun kerap diinjak dengan kaki. Jadi, sebelum memasukikawasan alun-alun, kita perlu menanggalkan kasut terlebih dahulu. Kita bolehmenyimpan kasut di tepi alun-alun atau menitipkannya di laci Masjid RayaBandung yang terletak berseberangan. Kita boleh memakai stoking agar mengurangisengatan panas. 
 
Selepas memasukikawasan ruang umum ini, kita boleh menikmati suasana senja di atas rumputdengan nyaman. Pola simetri yang nampak indah dan lembut ini dibuat khusus dariJepun. Tidak hanya itu, alun-alun ini juga memiliki sistem drainase khusus. Dengan adanya sistem tersebut, air hujan tidakakan menggenang terlalu lama di atas rumput sintetik ketika hujan lebat. 
 
Di samping rumputsintetik dengan pola estetika, pengunjung boleh juga berehat di taman bungaberaneka warna. Taman tersebut pastinya makin mencantikkan Alun-alun Bandungdengan rumput yang bergaris-garis unik. Lantaran itu, tidak sedikit gambaralun-alun yang diambil dari ketinggian untuk memperjelaskan sisi instagramable spot ini. Jika inginmenyaksikan keindahan kota Bandung dari ketinggian, maka kita boleh naik keatas Menara Masjid Raya Agung. Selain boleh mengabadikan momen menawan,pengunjung juga boleh mencabar adrenalin kerana menara tersebut memilikiketinggian 81 meter.
 
[image error] 
Jalan Braga, Bandung
 
Menurut Dadang Dabotlagi, kalau berkunjung ke Alun-alun Bandung, rugi kalau tidak berjalan-jalan kesejumlah destinasi pelancongan di sekitarnya. Di antara objek pelancongan yangboleh ditempuh dengan berjalan kaki dari Alun-alun Bandung adalah Muzium PersidanganAsia Afrika. Bangunan bersejarah ini akan mengingatkan kita kepada peristiwabersejarah tahun 1955. Betapa tidak,dalaman dan luaran bangunan ini masih dipertahankan hingga kini. Denganberjalan kaki sekitar 450 meter dari Alun-alun Bandung, Muzium Persidangan AsiaAfrika akan dijangkau dalam waktu sekitar 5 minit. 
 
Lokasi Alun-alunBandung sangat strategik kerana berada di pusat kota Bandung. Lantaran itu,kawasan pelancongan urban ini mudah dijangkau dari berbagai fasiliti awam yangmenghubungkan pengangkutan dalam kota, baik stesen, terminal, mahupun lapanganterbang. Jika dari Stesen Bandung, Alun-alun Bandung boleh ditempuh dengan naikkenderaan selama 19 minit ke Jalan Asia Afrika. 
 
[image error] 
 Jalan Leuwi Panjang
 
Bagi yang memulaiperjalanan dari arah Terminal Leuwipanjang, hanya perlu waktu sekitar 15 minitsaja untuk ke Alun-alun Bandung dengan melalui Jalan Leuwi Panjang dan JalanMoch. Manakala, dari Lapangan Terbang Husein Sastranegara ke Alun-alun Bandungsekitar 21 minit saja dengan berkenderaan melalui Jalan Penjajaran. Itulahsejumlah perkara menarik yang perlu kita ketahui tentang Alun-alun Bandung.Alun-alun ini juga boleh diakses oleh masyarakat umum selama 24 jam setiaphari. 
 
Kawasan seterusnyayang dilalui delegasi Selangor ialah Braga. Menurut Dadang Dabot, Bragamerupakan jalan utama di kota Bandung yang sudah dikenali sejak zamanpemerintahan Hindia Belanda lagi. Jalan Braga menjadi maskot dan ciri khas bagikota Bandung. Kawasan ini dikenali dengan gelaran ‘Parijs van Java’ yangbermakna ‘Paris-nya Jawa’. Sepanjang Jalan Braga terdapat kedai denganarkitektur purba yang tetap dipertahankan sejak zaman Belanda lagi.
 
[image error] 
 Braga merupakan jalan utama dikota Bandung yang sudah dikenali sejak zaman pemerintahan Hindia Belanda lagi.Jalan Braga menjadi maskot dan ciri khas bagi kota Bandung. Kawasan inidikenali dengan gelaran ‘Parijs van Java’ yang bermakna ‘Paris-nya Jawa’
 
Pada awal tahun1900-an, Jalan Braga merupakan jalan kecil di sekitar pemukiman yang sunyi danterkenal cukup rawan. Hingga akhirnya mulai muncul pengusaha dari Belandamendirikan kedau, bar, dan tempat hiburan di sekitar Jalan Braga. Kemudiansekitar tahun 1920-1930 dibina kedai dan butik yang menjual pakaian yangberkiblat ke kota Paris sebagai model pakaian di dunia.
 
Kawasan Braga telahmengalami renovasi tanpa mengubah bentuk aslinya, di mana bangunan-banguna lamatetap berdiri. Sepanjang Jalan Braga menggunakan paving blok yang menguatkan jalan ini seperti di kota Paris.Sehingga kini Jalan Braga tidak pernah sepi pengunjung baik pada hari biasamahupun pada hari cuti, lebih-lebih lagi kerana lokasinya berada di pusat kotaBandung.
 
[image error] 
Kawasan Taman Braga
 
Di kawasan Braga initerdapat banyak tempat yang boleh disinggahi pelancong. Salah satunya ialahTaman Braga. Taman Braga terletak di hujung Jalan Braga, lokasinya di antaraJalan Braga dengan Jalan Naripan, tepatnya di sebelah Bank BJB Naripan. TamanBraga menjadi ikon bagi kawasan Braga dengan adanya artwork bertuliskan ‘BRAGA’ dan biasa menjadi tempat gambar menarikbagi setiap pengunjung yang datang. Taman Braga sering menjadi tempat bersantaisambil menikmati lalu lintas di pusat kota Bandung, di mana taman ini dilaluioleh kenderaan yang menuju Jalan Asia Afrika dan Alun-Alun Bandung.
 
Untuk membelibarang-barang antik, tempatnya ialah di Pasar Antik Cikapundung, yang terletakdi Jalan ABC. Pasar Antik Cikapundung menyediakan radio zaman dulu, hiasandinding, peralatan masak, peralatan makan, kamera antik, dan banyak lagi barangantik yang boleh dipilih. Pasar Antik Cikapundung ini sering dikunjungi olehkolektor barang-barang antik kerana barang yang dijual di sini sangatlengkap. 
 
Selain itu, di kawasanBraga juga terdapat Braga City Walk, satu-satunya pusat membeli-belah di JalanBraga. Braga City Walk menjadi salah satu tempat kegemaran untuk bersantai bagipengunjung yang datang ke kawasan Braga. Seperti lain-lain pusat membeli-belahpada umumnya, Braga City Walk juga menjadi pusat membeli-belah yang terkenal dikawasan Braga.
 
[image error] 
 Braga City Walk
 
Menurut Dadang Dabot,bangunan Gas Negara juga terdapat di kawasan Braga. Bangunan ini merupakansalah satu bangunan bersejarah di Jalan Braga yang boleh dijadikan sebagaitempat untuk bergambar. Bangunan Gas Negara kini bukan hanya menjadi tempatpelancongan sejarah, melainkan sudah menyediakan kafe dan resto dengan konsepbangunan tidak mengalami perubahan
 
Jemu bergambar diBangunan Gas Negara, kita boleh pula ke Societit Concordia Bandung, yang jugamerupakan bangunan bersejarah, dibina pada masa pemerintahan Hindia Belanda,tahun 1895. Pada tahun 1946-1950 iaitu sewaktu Penggal Negara Pasundan,bangunan ini dijadikan sebagai Bangunan Pertemuan Umum, dan pada tahun 1954menjadi tempat
Persidangan AsiaAfrika.
 
[image error] 
 Bangunan Gas Negara
 
Societit ConcordiaBandung kini menjadi salah sebuah bangunan bersejarah di mana kita bolehmempelajari sejarah tentang kota Bandung, dan kini lebih dikenali dengan namaGedung Merdeka. Bangunan ini mulai ditetapkan untuk penyelenggaraan peringatanke-25 Persidangan Asia Afrika pada tahun 1980.
 
Tidak lupa di kawasanBraga ialah De Majestic. De Majestic merupakan panggung wayang pertama di kotaBandung yang dibina pada masa pemerintaha Hindia Belanda. De Majestic dibinadengan gaya art deco yang pada tahun1920-an menjadi trend arkitektur waktu itu. Awal mulanya, De Majestic diberinama Concordia Bioscoop, hingga akhirnya diubah menjadi De Majestic.
 
De Majestic sebagaipanggung wayang pertama di kota Bandung, menjadi saksi kejayaan filem Loetoeng Kasaroeng yang merupakan filemIndonesia pertama, diterbitkan pada tahun 1926. De Majestic pernah dijadikansebagai Asia Africa Cultural Centre (AACC) pada tahun 2002, dan kinidifungsikan sebagai bangunan persembahan.
 
[image error] 
De Majestic
 
Menurut Dadang Dabot,ada lagi sebuah bangunan bersejarah di Braga, yakni Bangunan Lembaga PejabatBerita Antara. Bangunan ini dirancang oleh AF Albers dan dibina pada tahun1930-an. Dulu, bangunan ini digunakan untuk Pejabat Bala Keselamatan. Kini,sebahagian dari bangunannya masih digunakan sebagai Pejabat LKBN Antara BiroJawa Barat.
 
Di Braga, ada jugabangunan-bangunan kedai seperti N.V Hellerman, N.V Bavosta, N.V Juweliers DeConcurrent yang sudah ada sejak zaman pendudukan Belanda dulu lagi. Sebahagiandari bangunan-bangunan tersebut kini telah beralihfungsi menjadi tempat makan. Namunmasih ada yang tetap bertahan seperti Kedai Souvenir Sin-Sin dan juga N.VJuweliers De Concurrent yang masih tetap menjadi kedai perhiasan hinggakini. 
 
[image error] 
 Suasana kehidupan warga di GangAffandi, Bandung
 
Tidak hanya itu, diBraga juga kita boleh menemui satu tempat bersejarah lain iaitu Gang Affandi.Gang Affandi ini dulunya dikenali dengan nama Persimpangan Kompa. Gang Affandimerupakan tempat lahir seorang pemuda berani yang berinisiatif untuk meletupkanbangunan penyimpanan senjata milik tentera Jepun.
 
Selain penuh dengantempat dan bangunan bersejarah, Braga juga dikenali sebagai salah satu tempatkulineri di Bandung yang tersohor. Di sini terdapat banyak tempat makanbersejarah seperti Braga Permai, Kedai Roti Sumber Hidangan dan Kedai AisKrim Canary yang sudah berdiri sejak tahun 1910 lagi. Selain itu, ada banyakkafe dan restoran moden seperti JurnalRisa Coffee, Indische Cafe, Bandung Suki,Braga Art Cafe dan Kopi Kedai Djawa yang berlokasi di bangunan bekas Kedai BukuDjawa.
 
Menurut Dadang Dabotlagi, di kawasan Braga juga terdapat Gedung Sate, sebuah bangunan pejabatGabenor Jawa Barat. Bangunan ini memiliki ciri khas berupa ornamen tusuk satepada menara pusatnya, yang telah lama menjadi penanda atau markah tanah KotaBandung yang tidak saja dikenali masyarakat di Jawa Barat, tetapi juga seluruhIndonesia bahkan model bangunan tersebut telah dijadikan pertanda bagi beberapabangunan dan tanda-tanda kota di Jawa Barat. Misalnya bentuk bangunan bahagiandepan Stesen Kereta Api Tasikmalaya. Bangunan berwarna putih ini mulai dibinapada tahun 1920 dan masih berdiri kukuh hingga kini.
 
[image error] 
 Bangunan Lembaga Pejabat BeritaAntara. Bangunan ini dirancang oleh AF Albers dan dibina pada tahun 1930-an.Dulu, bangunan ini digunakan untuk Pejabat Bala Keselamatan. Kini, sebahagiandari bangunannya masih digunakan sebagai Pejabat LKBN Antara Biro Jawa Barat.
 
Selama kurun waktu 4tahun, pada bulan September 1924 berjaya diselesaikan pembinaan induk bangunanutama Gouverments Bedrijven, termasuk pejabat pusat PTT (pos, telefon dantelegraf) dan perpustakaan. Perpustakaan Gedung Sate memuatkan 250,000 buahbuku yang didapati dari syarikat kereta api, perkhidmatan pos, telegraf dantelefon, juga perkhidmatan perlombongan. Perpustakaan ini menjadi perpustakanterbesar di Hindia Belanda untuk kategori ilmu pengetahuan. Sementara untukkategori umum, perpustakaan Gedung Sate menjadi yang kedua terbesar selepasperpustakaan Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen.
 
Arkitektur Gedung Sateialah Ir. J. Gerber dan kumpulannya yang tidak terlepas dari input maestroarkitek Belanda Dr. Hendrik Petrus Berlage, yang bernuansakan wajah arkitekturtradisional Nusantara. Banyak kalangan arkitek dan pakar bangunan menyatakan bahawaGedung Sate adalah bangunan monumental yang anggun mempesona dengan gayaarkitektur unik mengarah kepada bentuk gaya arkitektur Indo-Eropah, sehinggatidak mustahil bila keanggunan Candi Borobudur ikut mewarnai Gedung Sate.
 
[image error] 
 Gedung Sate, bangunan pejabatGabenor Jawa Barat.
 
Beberapa pendapattentang megahnya Gedung Sate di antaranya ialah Cor Pashier dan Jan Wittenberg,dua arkitek Belanda, yang mengatakan bahawa ‘langgam arkitektur Gedung Sateadalah gaya hasil eksperimen arkitek yang mengarah pada bentuk gaya arkitekturIndo-Eropah’. D. Ruhl dalam bukunya yang berjudul Bandoeng en Haar Hoogvlakte 1952, mengatakan: ‘Gedung Sate adalahbangunan terindah di Indonesia.’ Ir. H. P. Berlage, sewaktu berkunjung keGedung Sate pada April 1923, menyatakan: ‘Gedung Sate adalah sebuah karyaarkitektur besar, yang berjaya memadukan langgam timur dan barat secaraharmonis.’ Seperti gaya arkitektur Itali pada masa renaiscance terutama pada bangunan sayap timur. Manakala menarabertingkat di tengah bangunan mirip atap meru atau pagoda. Banyak lagi pendapatarkitek Indonesia yang menyatakan tentang kemegahan Gedung Sate misalnya SlametWirasonjaya dan Ir. Harnyoto Kunto.
 
[image error] 
 Hotel Savoy Homann
 
Kuat dan utuhnyaGedung Sate hingga kini, tidak terlepas dari bahan dan teknik pembinaan yangdigunapakai. Dinding Gedung Sate dibuat dari kepingan batu ukuran besar (1 × 1× 2 meter) yang diambil dari kawasan perbukitan batu di Bandung timur sekitarArcamanik dan Gunung Manglayang. Pembinaan bangunan Gedung Sate menggunakancara konvensional yang profesional dengan memperhatikan standard teknik.
 
Di kota Bandung, paradegelasi Selangor ditempatkan di Hotel Savoy Homann yang terletak di Jalan AsiaAfrika, Cikawao, Kecamatan Lengkong, Kota Bandung, Jawa Barat.
 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 02:35

DOKUMENTASI Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

SYED MAHADZIR SYEDIBRAHIM
 
Program Silang BudayaSelangor-Indonesia 2023 merupakan sebuah program yang memberi tumpuan kepadapertukaran ilmu dan silang budaya yang melibatkan dua buah negara iaituIndonesia dan Malaysia. Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini telahmemberi impak yang besar bukan sahaja kepada para peserta, tetapi juga kepadaorganisasi budaya dan negeri Selangor itu sendiri. 
 
[image error] 
Yang Berhormat Tuan Borhan AmanShah bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan kumpulan budayaSelangor
 
Program yang mendapatsokongan padu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar danKebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan BorhanAman Shah ini juga merupakansebahagian daripada hasrat kerajaan negeri untuk menyemarakkan seni budayadalam kalangan masyarakat Selangor.
 
[image error] 
Pengerusi Jawatankuasa TetapPembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat TuanBorhan Aman Shah
 
Delegasi ProgramSilang Budaya Selangor-Indonesia 2023 terdiri daripada Pengerusi JawatankuasaTetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang BerhormatTuan Borhan Aman Shah merangkap Ketua Delegasi, Encik Ahmad Nazmi bin Razali,Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, SeksyenSektoral, Puan Dr Nadia Widyawati binti Madhzi, Ketua Pegawai Eksekutif,Perbadanan Adat  Melayu dan WarisanNegeri Selangor (PADAT), Awaludin bin Md Jahid, Setiausaha Eksekutif, Majlis KebudayaanNegeri Selangor (MKNS), Encik Nuar bin Md Diah, Setiausaha Pertubuhan MediaNegeri Selangor, Tunas Sinar SK Sungai Lang, Kuala Langat, Kumpulan SriKenchana, Kuala Selangor dan beberapa orang wartawan media RTM, ASTRO danAKSES. Seramai lebih kurang 44 orang peserta telah terlibat sebagai delegasidalam program ini. 
 
Selama lebih kuranglima hari di Jakarta dan Bandung, para delegasi berkesempatan membuatpertukaran ilmu budaya dari kedua-dua belah pihak. Indonesia memang merupakansebuah negara yang kaya budaya. Kebanyakan seni budaya di Malaysia ini berasaldari Indonesia. Cuma proses asimilasi dan akulturasi yang telah membuahkanperbezaan seni budaya asal Indonesia ketimbang yang ada di Malaysia. 
 
[image error] 
Kumpulan Tunas Sinar SK SungaiLang, Kuala Langat dan Kumpulan Sri Kenchana, Kuala Selangor sewaktumengadakan persembahan di Kedutaan Malaysia di Jakarta
 
Pelbagai persembahankesenian dan kebudayaan telah dipaparkan kepada khalayak kedua-dua buah negaradalam program ini. Dari Selangor, dua buah kumpulan telah mengambil bahagianiaitu Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang dan persembahan muzik aslidari Kumpulan Seri Kenchana.
 
Kumpulan Tunas SinarCempuling SK Sungai Lang dibimbing oleh Cikgu Zarina binti Selamat dan CikguSalaiza binti Basri. Manakala kreografernya ialah Engsar bin Kaimon. Kumpulanini telah ditubuhkan bulan Oktober 2017, terdiri daripada murid tahun 1 hingga5. Penubuhan kumpulan ini kerana mahu menambah kebitaraan sekolah dalam unitkokurikulum dan disambut baik oleh guru dan murid-murid. Latihan peringkat awalpenubuhan diadakan di Studio Suara Damai, yang terletak di kediaman EncikEngsar Kaimon.
 
[image error] 
Yang Berhormat Tuan Borhan AmanShah menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Dato Syed Md Hasrin TengkuHussin, sempena kunjungan delegasi Selangor ke Jakarta.
 
Persembahan pertamaberskala besar yang dibuat adalah persembahan pembukaan dalam Majlis KarnivalKebudayaan Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan pada bulan April 2018. Semuaperalatan kumpulan ini merupakan pinjaman yangg diberikan oleh pihak PerbadananAdat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Kumpulan ini pernah menerimaAnugerah Khas Juri dalam Pertandingan Cempuleng Peringkat Negeri Selangor 2019.
 
Manakala Kumpulan SriKenchana mula bergerak aktif sebagai satu kumpulan sekitar tahun 2002 hingga kehari ini. Dianggotai oleh 5 pemuzik bersaudara yang terdiri daripada ayah dan 4orang anak di samping anggotaanggota tambahan. Mendaftar dengan pertubuhansyarikat di bawah nama The Arpeggios Entertainment sejak tahun 2006. 
 
[image error] 
Delegasi Selangor bersama anggotaDinas Pendidikan Kota Bandung
 
Kumpulan ini mampumempersembahkan pelbagai jenis lagu tradisional, lagu-lagu asli, kontemporaridan moden termasuk mengadaptasikan lagulagu dari pelbagai kaum dengan alatandan lenggok persembahan secara tradisional. Di samping itu, kepelbagaianpilihan kostum dan keseragaman dengan identiti bersongkok tinggi juga merupakansalah satu kekuatan dari segi imej kumpulan yang boleh dibanggakan. 
 
Kumpulan ini pernahmengikuti siri program-program promosi oleh Kementerian Kebudayaan Malaysia,dijemput membuat persembahan di pelbagai program jelajah seni peringkat negeriSelangor, persembahan untuk majlis-majlis korporat seperti Petronas, SuruhanjayaSekuriti, Perak Ladies Club, Batik Air, World Muslimpreneur Award dan banyaklagi, NGO dan juga jabatan-jabatan kerajaan.
 
[image error] 
Dato Syed Md Hasrin TengkuHussin, Duta Besar Malaysia ke Indonesia
 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2023 02:22

Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Syed Mahadzir Syed Ibrahim's blog with rss.