Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

March 9, 2024

DEFINISI SEJARAH

 

Perkataansejarah (history) yang kita gunakan kini berasal daripada perkataan Arabiaitu ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon. Dari sudut lain pula, istilah ‘history’merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni ‘histories’ yang membawa maknasatu penyelidikan ataupun pengkajian. Muhd.Yusof Ibrahim dalam makalah beliau yang berjudul ‘Pengertian SejarahBeberapaPerbahasan Mengenai Teori dan Kaedah’,  berkata bahawa Herodotus mengatakan sejarahialah satu kajian untuk  menceritakan tentang satu kitaran jatuhbangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Menurut R. Suntralingam dalam tulisan beliau yangberjudul ‘Pengenalan Kepada Sejarah’, definisi yangdiberikan oleh Aristotle ialah sejarah merupakan satu sistem yang mengirakejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama,menurut beliau juga sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyaicatatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

MenurutR. G. Collingwood dalam ‘Idea Sejarah’, sejarahialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentangperkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. ManakalaShefer pula berpendapat bahawa sejarah adalah peristiwa yang telah lepas danbenar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkansejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya  yang disusunsecara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebutdengan  tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahamantentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, KamusDewan Bahasa dan Pustaka telah memaknakan sejarah sebagai asal-usul, keturunan,salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah,riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yangtelah berlaku.

Sejarahdalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkanfakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakanpengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Denganitu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakatkerana melalui pembelajaran sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadappermasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masalampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Menurut Collingwood R.G. dalam ‘The Idea Of History’, pengertian sejarah boleh dilihat dari tigadimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itudipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu  yangdianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

Apakahitu Sejarah Berulang?

SejarahBerulang (Repeating History) boleh diertikan sebagai  satu keadaan dimana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa dahuluboleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada masa sezamanmahupun pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagaisuatu gejala  yang berulang-ulang yakni sesuatu peristiwa itu berlakuberulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silihberganti. Proseskitaran yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang rapat dengan kemunculansesebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat majusehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu tempoh masa iaakan mengalami kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu, dipercayai kitaranini akan  sentiasa berulang-ulang dari satu tempoh masa ke satutempoh masa yang lain mengikut perkembangan politik sesebuah negara. Namun demikian,persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, benarkah sejarah itu memangberulang secara keseluruhannya? Bagi menyelesaikan persoalan ini, perlulah kitameneliti beberapa contoh yang berkaitan dengan Sejarah Berulang.

Salahsatu contoh yang kukuh adalah kebangkitan dan seterusnya keruntuhan kerajaanMarxist Rusia. Sebelum tahun 1870, Rusia memang berada dalam era keruntuhan.Keruntuhan itu berpunca dari ketidakseimbangan dalam politik Rusia danjuga  ketandusan pemimpin yang cekap.  Namun demikian Rusiaadalah sebuah negara yang terbesar di dunia (dengan keluasan lebih kurang22402000 km/persegi = 8649000 batu/persegi). Walau bagaimanapun Rusia mulamuncul sebagai sebuah kerajaan Marxist yang berwibawa selepas revolusi tahun1917. Dengan usaha pemimpin-pemimpin mereka seperti Lenin (1870-1924) danStalin (1879-1953), Rusia telah berupaya menjadi kuasa besar selepas PerangDunia Kedua (1945).

Tarafseperti ini dapat dikekalnya sehingga bahagian pertama dekad 1980-an. Mulaipertengahan dekad tersebut, Rusia nampaknya tidak dapat bertahan lagi. Ia mulamenghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing. Pemimpinnya pada ketika itu,iaitu Mikhail Gorbachov memperkenalkan satu dasar yang dikenali sebagaiGlasnost,  yang bertujuan memperbaiki keadaan ekonomi melaluibeberapa pembaharuan dasar ekonomi. Namun gerakan itu tidak menghasilkankejayaan. Sementara itu, gerakan politik dan ekonomi yang bertujuanmenghancurkan struktur dan ideologi Marxist di negara itu, yang pada mulanyatidaklah menonjol, telah menapakkan kecergasannya menjelang hujung dekadtersebut.

Akhirnya,pada tahun 1990, bubarlah atau hancurlah secara rasmi Kesatuan Republik SovietRusia. Selepas itu yang tinggal ialah Rusia dan gabungan beberapa republikmerdeka yang dahulunya merupakan sebahagian daripada kesatuan tersebut. KiniRusia sedang berusaha untuk hidup dan mengamalkan  sistem demokrasiBarat serta unsur-unsurnya yang berkaitan. Dalam pada itu,kejayaan  pihak demokrasi itu belumlah betul-betul kukuh keranamenjelang pertengahan dekat 1990-an ini pihak komunis telah menampakkan pulakebangkitan semula mereka.

Melihatkepada contoh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa proses kitaran yangsilih  berganti memang wujud dalam negara Rusia di mana terdapatnyatitik kelahiran, perkembangan dan keruntuhan di dalam pimpinan negara tersebut.Walhalnya adakah sejarah itu berulang? Memang tidak, ini kerana daripada contohtersebut, kita dapati sejarah hanya berulang dari segi falsafah ataupunfenomena sahaja, tetapi tidak berulang secara khusus  pada zaman,waktu, tempat, pemimpin atau orang yang sama. Malah  pernyataan inijuga disokong oleh sejarawan Leopold Von Ranke yang mengakui bahawa setiapperistiwa sejarah itu adalah unik dalam erti kata lain sejarah hanya berlakusekali sahaja pada suatu  waktu yang tertentu dan denganhal  yang demikian tidaklah ada satu peristiwa sejarah pun mempunyaipersamaan yang tepat dengan satu peristiwa sejarah yang lain walaupun nampakseakan-akan sama.

Satulagi contoh yang boleh membuktikan bahawa sejarah itu tidak berulang dapatdikaji di dalam Malaysia iaitu Sejarah Perkembangan Pasukan Bolasepak Malaysiadi dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka.(Analisa dilakukan dari tahun 1986 hingga 1994). Menjelang tahun 1986, prestasi pasukanbolasepak Malaysia mula menampakkan peningkatan seolah-olah pasukan negaraberada di ambang kejayaan. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi  apabilapasukan negara di bawah pengurusan Dato’ Harun Idris telah berjaya menjadijuara Pesta Bola Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka dari 18 hingga 25Oktober, 1986 dengan menewaskan pasukan Czechoslovakia (3-0).Kejayaan  tersebut membolehkan pasukan negara mendapat ‘lampu hijau’untuk mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Seoul tidak lamakemudian. Pada masa yang sama, kejayaan tersebut benar-benar membanggakanseluruh rakyat rakyat Malaysia dan menjadi sejarah bagi negara.

Walaubagaimanapun, selepas tahun 1986, pencapaian pasukan negara mula menampakkankemerosotan, terutamanya di dalam kejohanan Pesta Bola  Merdeka,sehinggakan pasukan negara terkeluar di pusingan awal lagi di dalamkejohanan-kejohanan seterusnya dan pada tahun 1988, pasukanMalaysia  telah kecundang di tangan Korea Selatan (0-1) didalam  perlawanan pembukaan. Senario ini telah menyebabkan pasukanMalaysia dikritik dan dicemuh habis-habisan oleh pihak media mahupun rakyat Malaysiasendiri. Boleh dikatakan selepas tahun 1989 bolasepak Malaysia mengalami detikhitam dan seolah-olah mula mengalami keruntuhan.

Melibatkankeadaan ini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah berjaya merombakkembali pimpinan persatuan tersebut. Pimpinan baru tersebut telah berjayamengatur program-program bolasepak yang baru, kem-kem bolasepak yang lebih baikserta kempen-kempen bolasepak  yang berkualiti bagimencungkil  bakat-bakat  baru dalam arena bolasepak negara.Selain itu FAM juga berjaya membawa masuk pakar-pakar bolasepak Barat termasukjurulatih, psikologi, teknikal dan sebagainya bagi meningkatkan kembali imej bolasepaknegara. Oleh itu, menjelang tahun 1992, bolasepak negara berada di ambangkelahiran. Justeru itu, dalam mengembalikan imej serta maruahbolasepak,  pada tahun 1993, pasukan Malaysia sekali lagi menyertaikejohanan Pesta Bola Merdeka yang berlangsung di Stadium Merdeka dari 7 hingga14 Jun 1993, di bawah pengurusan Tan Sri Elyas Omar. Hasilnya, pasukan negarayang dibarisi pemain-pemain baru itu telah berjaya menjulang kembali kejuaraanPesta Bola Merdeka dengan menewaskan pasukan Korea Selatan  dalamperlawanan akhir dengan jaringan 3 berbalas 1. Kejayaan ini telah membuktibahawa bolasepak negara mula berada di ambang kejayaan selepas kebangkitanmereka sejak dari tahun 1992. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1994, bolasepaknegara mengalami keruntuhan semula.

Kejayaan  bolasepaknegara pada tahun 1986 dan 1993 merupakan satu  sejarah yang tidakboleh dilupakan oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini. Di sini kita dapatisejarah itu seolah-olah berulang kembali, iaitu  kejayaan Malaysiapada tahun 1986 telah diulang kembali pada tahun 1993. Adakah dengan itukita  boleh mengatakan sejarah berulang sepenuhnya. Jawapannya, memangterbukti tidak, sejarah tidak berulang sepenuhnya walaupun kejayaan 1986diulang kembali pada tahun 1993. Kalau dilihat secara tajam, waktu penganjuranpertandingan, pengurusan serta pemain pasukan dan jumlah jaringan pertandinganakhir yang membawa kejayaan kepada pasukan negara pada tahun 1993 memangberbeza dengan waktu penganjuran pertandingan, pengurusan serta pemain pasukandan jumlah jaringan pada perlawanan akhir pada tahun 1986.  

Tetapisatu perkara yang lebih jelas kepada kita ialah, dalam tempoh masa 7 tahuntersebut, berlaku proses kitaran yang silih berganti dalam bolasepak negaraiaitu berlaku pengulangan proses umum ataupun keadaan umum seperti kelahiranataupun kewujudan, perkembangan serta kejayaan dan akhirnya keruntuhan. Proseskitaran ini juga menunjukkan bahawa hidup bolasepakMalaysia  sentiasa beredar di dalam satu pusingan yang tidakputus-putus di mana  ia bermula, berkembang maju dan kemudian runtuhdan selepas itu bermula semula dengan satu sistem pimpinan yang baru. Namun apayang jelas adalah proses kitaran itu akan sentiasa berterusan.

KepentinganSejarah Berulang

MasyarakatYunani mempercayai bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahuluboleh berlaku kembali dalam tempoh masa berlainan dan ia sukar diagak. Walaubagaimanapun, peristiwa-peristiwa  yang berlaku dianggap oleh merekamampu memberikan pengajaran kepada mereka untuk berwaspada pada masa-masa yangakan datang serta untuk  mencari langkah untuk mengelak sesuatuperistiwa yang tidak diingini. Selain itu sejarah juga dianggap oleh merekasebagai satu petunjuk dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan,cabaran dan halangan. Pada masa yang sama, sejarah itu juga merupakan satufalsafah yang memberikan pengajaran melalui contoh-contoh. Sebenarnya peristiwayang berulang-ulang itu menunjukkan kepada mereka tentang tingkah laku serta pembuatanmereka pada masa yang telah lalu dan juga perbuatan orang-orang yang terdahuludaripada mereka.

Keseluruhannya,jelaslah bahawa sejarah itu tidak berulang walaupun sesetengahgolongan  berpendapat bahawa sejarah itu berulang. Ini kerana sejarahitu memiliki fakta yang lengkap dengan masa dan tarikh sesuatuperistiwa  itu terjadi. Walaupun proses kitaran yang silih bergantiitu wujud (kelahiran, perkembangan atau kejayaan dan keruntuhan) namun agaksukar  bagi kita untuk melihat sesuatu fakta yang sama muncul padazaman akan datang di mana tarikh, objek dan tempatnya adalah sama. Oleh itu,sekali lagi saya tekankan di sini bahawa sejarah hanya berulang dari segifalsafah atau fenomena yang mampu memberikan pengajaran, tunjuk ajar sertapengetahuan kepada masyarakat tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman,waktu, tempat, pemimpin ataupun orang yang sama. 

Bibliografi

Carr E.H., What Is History. Pelicon Book. London. 1965.

Collingwood R.G. The Ideo Of History. Oxford University Press. 1966.

Dr. Abdul Murat Mat Jan. Nota Kuliah. Pengantar Sejarah.

Dr. Tengku Iskandar. Kamus Dewan Edisi Kedua. 1984. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drs. Sidi Gazalba. 1966. Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta.

Dunia Sukan. Utusan Melayu (Malaysia). Sdn. Bhd. 1987.

Herbert Butter Field. 1981. The Rise of Classical Historiography.

Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah.   Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997.

Muhd.Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1986.

Shafer R.G Jones. A Guide To Historical Method. Illineis.

R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. Merican  & Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1985.

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2024 18:03

SAJAK-SAJAK RAMADHAN 2024

 

SAJAK-SAJAK INI TERCIPTA MENJELANG RAMADHAN 2024


sajak:
SELAMAT DATANG RAMADHAN

 

hilal menjelma, tersenyum ramah
pintu pahala pun terkuak
cahaya mulia menyelimuti hari
langkah pertama membasuh hati
ikhlas menjalani perintah ilahi
sirnakan karat-karat noda
hadapi dugaan menempuhkemenangan
tumpaskan nafsu meraja
lapar dahaga mendera
prahara gangguan menduga
kesabaran teruji
lisan dijaga dari kejian aksara
pancarkan nurani bersih
pijarkan putih cahaya rohani
baurkan sinar mulia bulanmaghfirah
semarakkan jiwa insan beriman
buah-buah pahala memarak gerbak
kutiplah, sarati wadah ketakwaan
hingga akhirnya menggapai jaya
di puncak syawal

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

sajak:
SEMARAK KEMBANG RAMADHAN

 

semarak kembang ramadhan
menyarati mandala
memenuhi segunung asa
menyantuni seribu takwa
manusia-manusia hamba
barukan tekad imamat
tarawih petanda sujud
tadarus petanda syukur
tajahus petanda tafakur

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

sajak:
RAMADHAN DAMBAAN HATI

 

syaaban berganti
ramadhan dinanti
bulan suci dambaan hati
setiap insan beriman menanti
wajah ramadhan ceria
berseri bercahaya
sarat karung pahala
untuk hamba-Nya

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

sajak:
KUPELUK BULAN INI

 

kupeluk bulan kini
dengan sejadah akur
mulut membungkam celupar
redam amarah keji memerah
berganti alunan zikir
memuji maha pencipta
paling berkuasa

 

ya ilahi: dakap-Mu adalahhidayah
kala bersumbar kebejatan
dosa dan maksiat
ya sallam: keampunan-Mu
penyegar kehidupan
di alam nan baru

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
TEMBANG RINDU

 

pagi berganti petang
malam bertebaran bintang
tembang rinduku pun beralun
merasuk kalbu
liriknya memujamu
aksaranya mencintaimu
setahun kau menghilang
kini menjengul di ambang pintu
kanku sarati gebar rindu ini
dengan tarawih dan tadarus
sepasrah akur
semesra sujud
di sejadah syukur

 

tembang rinduku ramadhan
wadah penuh keampunan
mohon doaku dikabulkan
pintu syurga dibukakan
ruang kesempatan
kekuatan mengharung segalacabaran
demi menggapai keampunan

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

sajak:
RAMADHAN YA KAREEM

 

bak diselimut awan putih
terapung membuai pujian
pelbagai zikir mulai bergema
ramadhan ya kareem
sejadah pun terbentang
lenyapkan rasa mungkar
tafakur walau terasa sukar
jadilah insan yang sedar

 

dalam tembang hujan noda
lirik dari ranting dosa
daun-daun insafpun rontok
satu-satu dan semua

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

sajak:
RINDU DAKAPANMU, RAMADHAN

 

maghfirah kembali menyapa
salam dihulur di pintu senja
melunakkan hati nan mengeras
melegakan kalbu dalam dahagarindu
ramadhan: semilirmu menghubub
menyapu alfa hamba pendosa
mengusap derita insan bernoda

 

rindu dakapanmu, ramadhan
pahala setiap ibadah
rapatkan kembali serpihan benci
satukan jua pecahan dengki
sulami dengan benang insaf
sucikan semula sagala noda
seranah dan dosa

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
BETAPA INDAHNYA WARNA RAMADHAN

 

butiran tasbih dihitungsatu-satu
mengiringi zikir menyaratiramadhan
mendambakan maghfirah seisi bumi
dengan kalimah-kalimah agung
betapa indahnya warna ramadhan
damainya alunan tadarus bersenandung
melebihi merdu tembang dan kidung
ketimbang irama kalam ilahi

 

dosa-dosa yang dijunjung
tak terhitung tinggi menggunung
ramadhan datang membawa untung
dengan rahmat maha pelindung
Dia yang maha agung
kasih dan rahmat-Nya tak terbendung
seluas alam nan melengkung

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
TARAWIH DAN KURMA TADARUS

 

tarawih dan kurma tadarus
menggema zikir damaikan jiwa
dalam cakaran lapar dahaga
demi meraih  maghfirah
ramadhan tercinta

 

keampunan yang mengundang debar
dek gelumang dosa memancar
detak jantung kian bergetar
dakapi mesra ramadhan dengansabar
penuhi rumahnya
tarawih dan kurma tadarus
biar semarak mencuar
kepada Allah tempat memohon
lenyapkan segala dosa membumbung
yang membuak tak terhitung
bak buih-buih laut
setinggi gunung

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
DOA YANG DIPINTA

 

ramadhan sudah menjelma
ditunggu segenap manusia
yang beriman kepada-Nya
berlumbalah merebut pahala
yang dijanjikan Maha Esa
tabuhlah genderang zikir
akur tausiyah di musala
ikhlaslah beribadah
hanya kepada-Nya

 

doa yang dipinta
munajat hanya kepada-Nya
sejadah tempat bersujud
biarlah mencair segala dosa
meleleh dan lenyap diserappahala
nan berganda
terangilah kegelapan menutupinurani
bersimpuhlah sebagai hamba
demi membuka pintu keampunan-Nya

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
MALAM RAMADHAN

 

genang air mata
hening malam ramadhan
gelintin pekat
bak hitamnya dosa silam
malam ini malaikat turun
dari arasy-Nya menjenguk hamba
teleku atas sejadah
pohonan nasuha
kebejatan noda biar sirna

 

daun-daun alampun bertasbih
pohon-pohonan asyik berzikir
gelora laut bertahajud
semuanya bertafakur padakebesaran
tersanjung dengan aroma-Mu
hingga fajar di horizon senja

 

dosa-dosaku terampunkan
pada malam ramadhan ini
di sisi-Mu aku berzikir pasrah
demi menggapai mahligai
bercandeliar emas

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
SEJADAH MALAM

 

pilar rumah bertasbih
anjung luas terbentang
pintu surga menyambut
doa lailatul qadar pun bergema
alam hening
sejadah malam terbentang
tafakur sujud
cairan dosa tak akan mengalirlagi
bumi terbelah
pohon-pohon memanjat syukur
neraka menangis
hamba-Nya telah kembali
ke pangkuan suci
pelukan ilahi
zikir terus membiaskan sinar
rahmat-Nya mengukir syurga

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
NAZAM KASIH RAMADHAN

 

cahaya malam sejuta kejora
pancaran penembus jiwa kehausan
hati-hati perindu keampunan
terus bersujud
rayuan seorang hamba duafa
mendoa dengan pasrah
segala dosa diampunkan
zikir meluah menukik belahanlangit
tangan-tangan tengadah polos
mengetuk pintu-pintu taubat
agar lebar terbuka
di naung redup
sayap putih para malaikat

 

ini nazam kasih ramadhan
sarat kemuliaan sarat keampunan
membawa magfirah dalam sujudtarawih
pembuka jalan bagi dosaberselisih
untuk kembali kepada fitrah
pada hamparan sejadah lurus
kuluahkan segala kesal hati
sucikanlah jiwa nurani
hamba duafa berkeladak noda
luangkan lorong ke syurga
dalam nirwana abadi

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor

 

 

 

sajak:
BULAN MAGHFIRAH

 

kala malam jernih bening
kemerlap rindu membakar hati
bulan maghfirah
alam sarat berkah
pahala melimpah
membuar dan merekah

 

berjuta jiwa mengharap maghfirah
lowong mudah ke loka
denganmu ramadhan
katalis obor pencerah
dengan rahmat Allah
hamba duafa nan menyerah
sepenuh jiwa sepasrah nurani
damaikanlah di sana
syurga dambaan
dengan sejambah doa membasahi lidah
secercah asa sepertiga malam
harapan hembusan nafas
mengalahkan pedihnya jarak
keagungan maha cinta
dapat menyatukan

 

SMAHADZIR
Banting, Selangor
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2024 17:57

February 28, 2024

SAJAK-SAJAK TERENGGANU

 
SAJAK-SAJAK INI DICIPTA SEMASA BERCUTI DI TERENGGANU
sajak:
BERHARIANDI TERENGGANU
 
berhariandi Terengganu
kususunaksara mesra
ziarahisaudara lama
puluhantahun tidak berjumpa
menanyakankhabar
takdirkita berbeza
kurniaanAllah yang Esa
 
Pantai-pantaigemerisik ria
menyambutkehadiran
perantaudari jauh
indahnyapulau seberang
megahnyakuala dan sungai
meriahnyakota dan desa
sajianmenyelera
menggugahderiarasa
 
berhariandi Terengganu
tiadalagi penyu menangis
deruombak yang banyak cerita
kesiurangin yang banyak bicara
membelaikenangan bersama
sudahkutitipkan pesan
padaawan dan cakerawala
padabukit dan riak samudera
teruskanbudayamu
untukdinikmati warga dunia
lestarikanbudi indahmu
untukceria sesama bangsa
 
berhariandi Terengganu
adalahsemarak rindu
yangkutinggalkan dulu
kinikukutip kembali
gerbakkembang yang pernah layu
 
SMAHADZIR
Kemaman,Terengganu
 
 
sajak:
PANTAITELUK MAK NIK
 
ombakbergulung
merayapke dada pantai
PantaiTeluk Mak Nik
pagimasih menyimpan embun
bergayutandi hujung ilalang
mentarimasih suam
kunikmatisajian alam indah tiada bandingan
kudengarsuara debur gelombang
berkecaidi bibir pantai
kulepaskanpandangan
jauhke hujung lautan
betapaluas alam semesta
ombakbergulung putih
berlariandan mengejar
camarbertenggek menanti habuan
terbangantara kolek nelayan
hinggapdi pilar takdir
yangentah bagaimana
 
SMAHADZIR
PantaiTeluk Mak Nik,
Kemaman,Terengganu
 
 
 
sajak:
PANTAICHERATING
 
PantaiCherating
haluspasirmu
diantara celahan jari kaki
melekatrasa kasih dan rindu
gerbaklaut ke hidung
dibelaidesir ombak mencecah
sudahlebih 30 tahun
meninggalkanmesramu
digebar sepi
 
PantaiCherating
setiapbutir pasir jatuh
darirenjisan tangan
adalahkenangan
cengkerangyang kutemui
adalahtembang sendu
sepanjanggigi pantai
burung-burungyang terbang
berkilaubak sinar lautan
membawaharapan seorang pengembara
yangmenyusuri hujung laut
disini jejak kaki meninggalkan bekas
sebuahmandala
yangmenyimpan
seribumemorabilia
 
SMAHADZIR
PantaiCherating, Kuantan
Pahang
 
 
sajak:
SEPETANGDI PANTAI TELUK CHEMPEDAK
 
selaluterbayang
indahnyadalam sanubari
PantaiTeluk Chempedak
terbiasdebur rindu
inginmendakap kembali
pesonanan membiru
arcaagung cakerawala harmoni
tembangombak merdu
memarakcinta
disini tercurah bahagia nurani
dihamparan pasir putih bersilau
kuselamdi palung pantaimu
menyepidi naung ketapang rimbun
menikmatidahaga petang
dibawah terik mentari
dibuaiangin selatan
berhububmembelai
 
SMAHADZIR
PantaiTeluk Chempedak,
Kuantan,Pahang
 
 
sajak:
LAUTADALAH HIDUP
 
lautadalah hidup
tempatanak-anak bernafas
menggantungrezeki
hidupyang dimainkan para penguasa
pantaiialah pelukannya
ombakadalah persoalan hidup
selepasmentari menggaringkan tubuh
pulau-pulaubak pintu rumah besar
terbukakala tengkujuh meradang
jetikayu menanti di tepian  pantai
adalahmuara terakhir
tempatmemunggah rezeki hidup
lebihmemilih menyenangkan orang tengah
pemerasdan penjarah
keringatdan airmata
mulut-mulutkecil yang sedang menanti
denganjiwa utuh dan pasrah
akanmembahagi nasi dan ikan
didapur-dapur bertungku usang
merekaadalah pencari kesenangan
namuntakdir masih berteguh
menguncipintu dan tingkap
kesenanganmasih bungkam
 
SMAHADZIR
Kuantan,Pahang
 
 
sajak:
TEPIANPANTAI MENATAP LAUT
 
kukagumilukisan biru tak terbatas
bagaikanterlepas semua beban - bebas
kicuhombak dendangkan nyanyian damai
kesiurangin menyentuh bak belaian
nikmatisuasanamu hadirkan ketenangan
birumu- pesona kehangatan
dalamricuh suara pengunjung
birulautmu bersama gelora kecil
terusberdesir
bersenandungbersama pasir
yangmembentang di tebing landai
 
SMAHADZIR
PantaiSura, Dungun,
Terengganu
 
 
sajak:
SENANDUNGOMBAK PANTAI SURA
 
sesekalimenghempas
pasirdan kerikil kecil beralih
begitumudahnya berubah
seindahpantai memutih
bertukarsuasana
bakcinta dan kasih mengalir
danmembelai selembar perasaan
pelukanhangat antara laut dan darat
jauhdi awan, seekor helang tinggi
mengintaiikan-ikan di gigi air
yangkukuh berjuang
menentangserkap jaring dan pukat
dalamangin yang bertiup kencang
melayahmenyergap mangsa
begitulahcinta nan membara
senandungombak Pantai Sura
sepertimahu membela
bersamapasirnya
lembutdan hangat
dipahatalam, melewati badai
pertembunganpasti semarak
antaratenang dan pongah
 
SMAHADZIR
PantaiSura, Dungun,
Terengganu
 
 
sajak:
KUKELILINGMANDALAMU TERENGGANU
 
sepanjanghari ini
kukelilingmandalamu Terengganu
dariselatan ke utara
PantaiSura yang damai
RantauAbang nan hening
PantaiPandak yang menyendiri
PakaKemaman Dungun dan Marang
terserlahtenang dan damai
kusisipkanbudayamu pada lembar puisi
kata-katakenangan menjadi diksi
segalanyaadalah kenangan
yangterbungkus kemas
prasastiingatan
yangabadi
 
PantaiBatu Buruk
meriahnyapara pengunjung
PantaiTeluk Ketapang
anginnyamembelai mesra
PantaiKelulut
celuptepungnya menggugah selera
Chenderingdan Rusila
KualaTerengganu masih menggoda
bakdara pingitan tersenyum manja
mandalamuTerengganu
begitumesra menggamit
takterasa lelah yang menjelma
keringatyang mencurah
dibayarcinta berharga
ranahmuadalah budi
buatwarga merdeka
 
SMAHADZIR
Marang,Terengganu
 
 
sajak:
LAUTKUALA TERENGGANU
 
lautnan tenang berombak perlahan
jikadiperhatikan terasa nyaman
masaterhenti seketika detik umpama tiada
dekleka di alunan ombak perlahan
tiupanbayu laut ke muara pantai.
 
lautnan tenang usah diperlekehkan
seribusatu hidupan merayap perlahan
khazanahlaut tenang yang disangkakan aman
menelanperlahan sesuatu yang datang.
 
lautKuala Terengganu
nantenang usah dikocakkan
keranasetenangnya kan berkocak juga
lontaranbatu menerjah perlahan
namunkocakan di permukaan akan berterusan.
 
lautnan tenang
jangandisangka tak bergelombang.
 
SMAHADZIR
KualaTerengganu, Terengganu
 
 
sajak:
BERSAMAMU
 
bersamamudalam bias batas
antarasyurga dan neraka
dalamnikmat sementara
persenggamaangelora rindu
sungguhmenyakitkan
laksanadi panggang gejolak
apiyang menggunung
 
SMAHADZIR
PantaiTeluk Ketapang,
Terengganu
 
 
sajak:
PANTAITELUK KETAPANG
 
diPantai Teluk Ketapang
dakapanTok Jembal
LautanChina Selatan
sauhcinta berlabuh
bahteracinta berlayar
jalurpanjang ini tiada berhujung
jalanjauh ini tiada bertepi
lautbiru nan indah
tiadaada yang berubah
sepertisetianya cinta kita
sejakremaja
 
SMAHADZIR
PantaiTeluk Ketapang,
Terengganu
 
 
sajak:
KOSONGDAN SEPI
 
wangitanah gerbak angin
sepertisarat simpati
cintalebih aman di keteduhan
dedaunkian mengering
burungdan unggas terbang menjauh
mentariterlalu membahang
apayang dapat kubisikkan
hujanbingar menjujuh
malamterlalu gelintin
jalankuterhalang
bebatuankeras
kinisegalanya tiada lagi
kosongdan sepi
 
SMAHADZIR
Marang,Terengganu
 
 
sajak:
PUISIDI BATU NESAN
 
menjujuhairmata
membasahibunga-bunga kemboja
yanglayu bergelentangan
sirnasudah
kasihdan sayang
dansegala pesona
cintabersama
 
kutuliskanpuisi di batu nisan
denganaksara pilu
takdapat lagi menahan ingatan
yangkian berterbangan
dibawalangkisau jauh
kenanganmenjadi genangan kolam
resahsendu
melenyapkansemua impian
 
SMAHADZIR
Marang,Terengganu
 
 
sajak:
AKSARACINTA
 
kuhiasaksara cintaku
dengansinar
bakkejora kemerlap
agarmampu mencerahi jalanmu
sewaktulangit temaram
padasenja ini
kugantungkanaksaraku
dibingkai pagi
sewaktutak satu pun bintang
mengerdipbersinar
keranadilahap mentari
 
SMAHADZIR
Marang,Terengganu
 
 
sajak:
BERBISIKPADA LAUT
 
bisikkupada laut:
kalautidak kerana mentari
takkanada waktunya siang
kalautidak kerana isteri
takkanada kasih dan sayang
cintasudah terpahat
tiadayang lebih pilu
selaindari berjauhan
 
bisikkulagi pada laut:
ombaktakkan berderu
dipantai ini jika tiada rindu
takkanada jejakku
kalaombak menderu
hatitakkan berdetak sendu
andaitiada kata bermadu
 
SMAHADZIR
Marang,Terengganu
 
 
sajak:
DIPANTAI BATU BURUK
 
disini, dalam ombak
berdesirmenggugah pepasir pantai
kamisaling bertaut
antaradua mata cinta
duahati saling bersatu
menjangkauhujung usia
sebelumwaktunya
berpisahtiba
 
SMAHADZIR
PantaiBatu Buruk, Terengganu
 
 
sajak:
SETELAHKUDAKAP TAJALLI-MU
 
Darimujahadahku
daritakhalli dan tahalliku
kudakaptajalli-Mu
datangsendiri tanpa usaha lagi
sifatnyazauk
bakmanisnya gula
rasabertuhan, dilihat dan diawasi
hatikucelik, hidup, nampak dan terasa besar-Nya
ingatanrindu hanya pada-Nya
tenggelamdalam kebesaran-Nya
cintakutidak putus-putus lagi
tiadalagi payah
setelahkudakap tajalli-Mu
 
SMAHADZIR
Banting,Selangor


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2024 03:22

February 17, 2024

KE DIAMOND BEACH

 

Selepas makan tengah hari di Nusa Penida,kami terus ke Pantai Permata atau Diamond Beach. Pantai Permata ini adalahobjek wisata bahari yang terletak di Kampung Pejukutan, Kecamatan Nusa Penida,Kabupaten Klungkung. Menurut Mas Arif, pantai ini dinamakan Diamond Beachkerana di sini terdapat tebing-tebing batu karst yang mengelilingi sekitarpantai. Tebing batu karst yang runcing tersebut kelihatan seperti hamparanpermata, lebih-lebih lagi jika terkena pancaran sinar matahari, tebing-tebingitu bersinar dan menyilaukan bak permata. Oleh kerana itu pantai ini dinamakanDiamond Beach atau Pantai Permata.

Ada banyak kegiatan menarik yang bolehdilakukan oleh para pelancong ketika mengunjungi pantai ini. Pengunjung bolehmenikmati suasana Diamond Beach sambil melihat keindahan alam di sana. Selainitu, pelancong tentu juga boleh bergambar ria di Diamond Beach kerana di pantaiini terdapat spot-spot foto yang amat menarik. Lebih-lebih lagi, perpaduanantaran warna lautan, pasir, dan tebing akan menambah kesan yang sangat bagus.

Diamond Beach Nusa Penida dapat diaksesbuat pertama kalinya sejak akhir 2018, ketika jalan setapak yang menuju kebawah diukir dan dibentuk agar para pelancong boleh menuju ke bawah di sisitebing. Di mana sebelumnya para pelancong hanya boleh menikmati keindahanpantai dari atas saja sebelum akses jalan dibina. Walaupun jalanan masihsetapak dengan pagar keselamatan tetapi kita dapat sampai ke dasarnya denganselamat jika kita berjalan dengan berhati-hati. Di bahagian bawah Diamond BeachNusa Penida ada hamparan pasir putih yang sempurna, dan airnya berwarna piruscerah sehingga hampir kelihatan seperti ‘listerine’. Tetapi batu besarberbentuk berlian adalah ikon yang benar-benar membezakan pantai ini danmenjadikannya salah sebuah pantai paling luar biasa di dunia, menurutpengamatan saya.

Seperti pantai-pantai pada umumnya, terdapatdaya tarik Diamond Beach yang membuatkan saya dan para para pelancong yang lainbetah berada lama-lama di sini. Beberapa perkara yang sangat memikat hati sayaialah pantai ini masih terasa sangat semulajadi dengan warna air lautnya yangbiru dan indah.  Terletak pada deretanpantai-pantai lainnya dan harus dikunjungi sewaktu kita datang bercuti ke NusaPenida.

Daya tarik kedua adalah pasir pantainyasangat putih dan bersih membuatkan para pengunjung semakin betah. Kita bolehbermain pasir di pantai ini bersama keluarga dan anak-anak sehingga suasanaakan terasa sangat menyenangkan. Menariknya, pantai ini dikelilingi oleh tebingbatu karst. Batu karst adalah bentuk permukaan bumi yang ‘closed depression’atau depresi tertutup, ‘drainase’ permukaan, serta gua. Untuk pantai yangdikelilingi dengan tebing batu karst ini akan terasa sangat semulajadi.

Tebing batu karst tersebut menjulangtinggi bahkan boleh dijadikan sebagai ‘spot foto’ yang sangat baik. Akantetapi, kerana bebatuan tersebut cukup terjal dan curam maka untuk melakukanaktiviti tersebut harus penuh waspada dan mengutamakan keselamatan. Selainpemandangan tebing batu karst, ternyata masih ada ‘spot foto’ yang amat memukauiaitu pemandangan bukit hijau yang jika dipadukan dengan tebing batu karst,laut, serta awan dan langit akan membuat hasil gambar semakin menakjubkan.Lebih-lebih lagi jika kita mengambil gambar dari arah atas menggunakan ‘drone’maka seluruhnya akan kelihatan sangat sempurna.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:52

NUSA PENIDA


Pulau Nusa Penida merupakan sebahagiandari Kabupaten Klungkung di Bali. Sejarah Pulau Nusa Penida bermula pada abadke-10. Tulisan-tulisan paling awal tentang Nusa Penida memang telah ditemui diPilar Belanjong, yang berasal dari tahun 914 Masehi. Pilar ini memuatkanprasasti yang menyebutkan bahawa ekspedisi tentera Raja Bali pertama, SriKesari Warmadewa, menakluk Nusa Penida.

Masyarakat Nusa Penida sebenarnya mampumenentang Raja-raja Bali yang banyak mengatur ekspedisi tentera lainnya. Namun,pada separuh kedua abad ke-17, Pulau Nusa Penida ditakluk oleh ekspedisiDinasti Gelgel. Raja terakhir Nusa Penida iaitu Dalem Bungkut, terkorban dalampertempuran yang berlaku.

Nusa Penida kemudiannya menjadi sebahagiandari Istana Klungkung, salah satu dari sembilan kerajaan di Bali. Selepasintegrasi Bali ke Hindia Belanda pada tahun 1908 yang kemudiannya menjadiIndonesia, Nusa Penida tetap melekat pada Kabupaten Klungkung.

Sebuah peta Belanda yang dibuat pada tahun1900 menyebut Nusa Penida sebagai Pulau Bandit. Kenapa? Kerana dulu KabupatenKlungkung pernah mendeportasi penjahat, penentang politik dan ahli ilmu hitamke Nusa Penida. Ini mungkin asal reputasi pulau yang sangat buruk. Mungkin jugaasal muasal legenda yang mengelilingi sejarah Nusa Penida. Bagaimanapun,reputasi buruk ini telah berjaya menjaga pulau pariwisata untuk waktu yangsangat lama.

Nusa bermakna ‘pulau’ dan penida bermakna‘pendeta’ dalam bahasa Bali. Jadi Nusa Penida secara harfiah bermakna pulaupendeta. Lebih baik dari Pulau Bandit, nama yang diberikan oleh Belanda padatahun 1900. Reputasi dan aroma penjelajahan di sekitar Nusa Penida jugaterinspirasi dari komik strip yang dibuat oleh kartunis Bob de Moor danditerbitkan di Journal of Tintin pada tahun 1950. Komik strip tersebutmenyelusuri pengembaraan Georges Barelli yang mendarat di Nusa Penida selepaspengembaraan yang panjang. Sampul album dan judulnya ialah ‘Pulau PenyihirBerbicara Sendiri’. 

Menurut legenda, raja terakhir Bali iaituDalem Bungkut, telah menjadi pemimpin dunia lain yang ditakuti iaitu Ratu GedeMas Mecaling, Dewa Agung Bertaring Emas. Menurut legenda lain, Mecaling tinggaldi Bali, di kampung kecil Batuan, sebelum diasingkan ke Nusa Penida kerana ilmuhitamnya. Bagaimanapun, dia masih ditakuti oleh sebahagian orang Bali yangtidak berani menyebut namanya dengan kuat.

Mecaling adalah seorang penyihir yangkuat. Dia secara teratur mengirimkan penyakit dan wabak kepada orang Bali sebagaibalas dendam. Suatu hari ketika orang Bali sedang merayakan Nyepi dengan penuhkegembiraan, Mecaling memutuskan untuk menipu mereka. Dia pergi ke Bali denganwujud Barong, pemimpin pasukan iblis. Dan pasukan iblisnya menghancurkansegalanya di Bali. Sejak itu, Tahun Baru Bali iaitu Nyepi, menjadi hari hening,tidak ada yang bersuara atau bersuka-ria, untuk membodohi syaitan jika merekakembali. Inilah sebabnya mengapa penduduk Nusa Penida mengikuti tradisi Nyepidengan ketat.

Keesokan harinya, orang-orang Bali yangketakutan pergi kepada seorang pendeta. Pendeta tersebut memanggil Barongsupaya mengirim Mecaling kembali ke Nusa Penida. Imam besar kerajaan Gelgelkemudiannya datang ke Nusa Penida untuk membersihkan roh-roh gelap danmenghalau Mecaling. Namun Mecaling belum hilang keseluruhan dan Pura Ped Templetetap mempertahankan semangatnya. Kerana itu, kuil ini menjadi sumber kekuatanbagi mereka yang mengamal ilmu hitam. Tetapi juga tempat ziarah bagi merekayang mencari perlindungan dari kejahatan dan penyakit. 

Ada juga ritual khusyuk yang harusdilakukan setiap orang Hindu di Bali sekurang-kurangnya sekali dalam seumurhidup. Selama berziarah ke Pura Pura Ped di Nusa Penida, ia harus mencarikeseimbangan antara yang negatif dan yang positif. Itulah satu-satunya carauntuk mencapai ketenangan dan harmoni.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:50

KE KELINGKING BEACH

 

Dari Pantai Sanur, kami dibawa pula keKelingking Beach atau Pantai Kelingking. Pantai ini juga merupakan salah sebuahdestinasi wisata yang terletak di Pulau Nusa Penida Barat, lebih tepatnya diDusun Karang Dawa, Kampung Bunga Mekar, Kecamatan Nusa Penida, Bali. Menurut MasArif, nama Pantai Kelingking ini diambil kerana rupa pantai ini sekilas sepertijari kelingking walaupun ada juga yang menyebutnya mirip T-rex.

Pantai Kelingking menawarkan destinasiwisata dengan keindahan tebing dan pantai bagi para pelancong. Pelancongtempatan dan mancanegara yang datang mengunjungi pantai ini biasanya melakukanswafoto yang menampilkan keindahan Pantai Kelingking dari atas tebing. 

Selain berswafoto dari atas tebing,pengunjung juga boleh memilih untuk turun ke bawah tebing dan menikmati secaralangsung keindahan Pantai Kelingking. Air berwarna biru kehijauan yang jernihdan bersih semakin menambah keindahan visual pantai ini. Namun perludicatatkan, jika kita ingin mengunjungi Pantai Kelingking atau lebih tepatnyaingin turun ke Pantai Kelingking, ada beberapa perkara yang perlu disediakan.Lantaran kedudukan pantai ini berada di bawah tebing. Tentunya memerlukan usahayang lebih jika ingin menikmati keindahan Pantai Kelingking ini secaralangsung.

Jika semua persiapan sudah lengkap, kitaboleh dengan selamat turun dan merasakan secara langsung keindahan salah satupantai tersembunyi Indonesia ini. Tentunya semua perjuangan kita akan dibayarlunas dengan keindahan yang disajikan oleh Pantai Kelingking ini.

Kerana Daratan Bali dan Pulau Nusa Penidatempat Pantai Kelingking berada dipisahkan oleh laut, maka kita harusmenyeberang terlebih dahulu untuk boleh sampai ke Pantai Kelingking. Untukmenuju ke Pulau Kelingking dan bersantai di Pantai Kelingking, kita bolehmenggunakan pengangkutan laut seperti bot laju dan juga perahu tradisional.Menurut Mas Arif, terdapat beberapa titik penyeberangan menuju Pulau NusaPenida iaitu Pelabuhan Pantai Sanur, Dermaga Serangan Denpasar, Pantai KusambaKlungkung dan Pelabuhan Padang Bai Karangasem.

Pelancong banyak memilih penyeberanganmelalui Pelabuhan Pantai Sanur menggunakan bot laju kerana Pelabuhan PantaiSanur berada di Bali selatan yang banyak terdapat hotel penginapan dan jikamelakukan penyeberangan dari pelabuhan Pantai Sanur harga tiket relatif lebihmurah iaitu sekitar 100,000 – 120,000 rupiah. Selain menggunakan bot laju,helikopter juga adalah pilihan kedua yang biasanya dipilih oleh pelancong untukmenuju ke Pulau Kelingking lebih-lebih lagi jika ada halangan dalam menggunakanpengangkutan laut.

Sebaik sahaja sampai ke Pulau Nusa Penida,kita harus menaiki pengangkutan darat pula seperti motor atau kereta untuksampai ke Pantai Kelingking. Kita boleh sampai ke Pantai Kelingking dalam masa35 minit dengan menyewa motor yang disediakan oleh jasa penyewa dari wargatempatan dengan harga sewaan sekitar 70,000 rupiah perharinya manakala untukkereta sekitar 600,000 rupiah perhari termasuk pemandunya sekali.

Untuk harga tiket masuk menuju PantaiKelingking awalnya tidak berbayar. Lantaran untuk menjaga keselamatan,kebersihan dan keasrian pantai ini, kampung adat dan pemerintah setempatmemungut biaya sebesar 5,000 rupiah untuk sekali masuk. Tetapi jika kita datangmembawa motor, kita akan dikenakan kos tambahan parkir sebanyak 5,000 rupiahdan untuk kereta dikenakan kos sebanyak 10,000 rupiah.

Jika nak berkunjung ke Pantai Kelingkingini, waktu yang tepat adalah pagi hari sekitar pukul 7.00 kerana belum dipadatioleh pelancong lebih-lebih jika memasuki musim cuti yang pasti akan sangatramai sekali. Hakikatnya, Kelingking Beach Nusa Penida Bali adalah destinasiwisata pantai yang menyajikan keelokan alam yang akan membuatkan kita merasakagum terhadap alam yang diciptakan oleh Tuhan. Walaupun hanya boleh menikmatipantai ini dari atas tebing kerana ada akses jalan yang sukar untuk menuju kebawah, hal ini pastinya tidak akan mengurangi rasa takjub kita, Insya-Allah.

Pantai Kelingking juga adalah tempat yangmemiliki ‘spot’ yang cukup dikenali untuk ‘diving’ kerana menyajikanpemandangan yang sangat langka. Spot ini dinamakan sebagai Manta Point. MantaPoint ini dikenali kerana adanya ikan Manta (ikan pari paling besar di dunia).Para menyelam boleh berenang bebas di sini bersama dengan ikan Manta yang sudahlangka. Hal ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan dantidak mudah dilupakan. 

Perkara yang wajar kita jadikanpertimbangan untuk mengunjungi Pantai Kelingking adalah pemandangannya yangtidak akan membuat bosan kerana masih sangat semulajadi. Kita dapat bercuti ditempat ini untuk menenangkan jiwa dari berbagai aktiviti rutin yang melelahkan.Sayangnya, di tempat ini fasilitinya masih belum cukup lengkap iaitu kita tidakboleh menyewa penginapan. Tetapi kita masih boleh menginap di sini dengan menggunakankhemah. Pastinya kita akan merasa sangat puas menikmati pantai paling mempesonayang terbentang luas ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:47

KE JETI DI PELABUHAN SANUR

 

Hari ini adalah hari keempat kami di Bali.Selepas bersarapan pagi di hotel, tepat jam 6.30 pagi kami terus dibawa ke JetiSanur. Sanur menyerlahkan keindahan pesisir pantai Bali yang amat menakjubkan.Seperti potongan keindahan loka yang nyata, Sanur dianugerahi pantai berpasirputih lengkap dengan alam bawah lautnya yang jernih dan asri. Kalau datang keSanur, amat perlu menjelajah pantai dan merasakan sensasi keramahan wargatempatan dengan budayanya yang masih terjaga kental.

Menurut Mas Arif, Sanur memiliki banyakkisah sejarah dan hakikat itu terbukti lewat sebuah catatan bertulis tentangkewujudan Pulau Bali, iaitu Prasasti Blanjong. Prasasti Blanjong berbentukpilar batu setinggi 177cm ditemui para arkeologi berhampiran Sanur Kauh sekitartahun 913 Masehi, dipercayai dibuat oleh seorang Raja Bali yang bernama SriKesari Warmadewa dan dipercayai bahawa prasasti ini mencatatkan sejarahbertulis tertua Pulau Bali. Kita boleh melihat prasati ini di Pura Blanjong.

Pantai Sanur juga menjadi saksi bisu pendaratanpasukan tentera di Bali pada tahun 1906 ketika Perang Puputan. Dalam perangtersebut, seluruh rakyat Bali yang dipimpin oleh Raja Badung VII iaitu I GustiNgurah Made Agung, memilih untuk melestarikan tradisi puputan atau peranghabis-habisan menantang Belanda.

Masyarakat tempatan bali menganggap Sanurseperti syurga pantai eksotik yang wajib didatangi, mulai dari Pantai Sanur,Pantai Karang, Pantai Semawang atau Pantai Batu Jimbar. Bukan hanya untukbermain air di pantai, kita boleh mencuba sensasi menanam terumbu karang diPantai Mertasari yang biasanya dikenali dengan sebutan ‘sea walker’. Jika sudahpuas bermain di pantai, kita boleh singgah ke Taman Werdhi Budaya Art Centredan Cultural Village Kertalangu yang sedia menyuguhkan ragam budaya Bali yangmasih terjaga autentik.

Lantaran terletak sangat berdekatan denganpesisir pantai, makanan khas dari Sanur tentunya ragam olahan makanan laut yangmenggoda. Bukan hanya aneka menu makanan laut yang dibakar dengan bumbu rempah,tetapi ada juga sajian sup kepala ikan dan ikan cakalang goreng yang rasanyadijamin memuaskan. Selain olahan makanan laut, ada juga santapan tradisionaljempolan seperti sate plecing, nasi campur Men Weti atau Warung Mak Beng yangpopuler dalam kalangan pelancong, serta Kedai Kopi Nusantara yang menyajikan berbagaikopi khas Indonesia, seperti kopi Bali, kopi Sumatera, kopi khas dari Wamenadan kopi khas Mandailing.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:45

MAKAN MALAM DI JIMBARAN

 

Selepas menyaksikan Tarian Kecak dan Api,kami dibawa ke Pantai Jimbaran untuk menikmati hidangan makan malam di RestoranSeafood Sunset. Jimbaran adalah tempat masyarakat tempatan dan juga parapelancong yang datang bercuti ke Bali menikmati sensasi makan ikan bakar dipinggir Pantai Jimbaran. Tempat ini disebut Jimbaran Seafood kerana semuamakanan laut yang ada di sini adalah hasil tangkapan nelayan tempatan.Nelayan-nelayan inilah yang menyokong dan mengisi keperluan makanan laut untukrestoran yang ada di sepanjang Pantai Jimbaran.

Jimbaran terletak di sebuah teluk yangdisebut Jimbaran Bay, tepatnya di Kampung Kedonganan. Kedonganan adalah namasebuah kampung nelayan di mana mata pencarian mereka adalah menangkap ikan disekitar Teluk Jimbaran. Jimbaran Bay adalah sebahagian dari Kuta Selatan danjaraknya tidak jauh dari Pantai Kuta, sekitar 15-25 minit dari Pantai Kutamenggunakan kereta. Makanan laut hasil tangkapan nelayan setempat antara lainialah ikan, udang, ketam, lobster, sotong, clam, calamari, squid calamari,jumbo prawn, red snapper, garupa, white snapper, king fish, baronang, danlain-lain lagi. 

Bermula sekitar 30 tahun lalu ketika parapelancong yang berjalan kaki menyusuri dan menikmati Pantai Jimbaran singgahdan berehat sejenak sembari membeli ikan untuk dibakar oleh para nelayansetempat kemudian seiring berkembangnya zaman, tempat ini menjadi ikon danperniagaan kulinari yang sangat terkenal di Bali. Jimbaran sekarang telahdisulap dan berubah wajah menjadi tempat perniagaan dengan restoran moden danterkenal di Bali. Ada puluhan restoran tradisional dan moden di sepanjangPantai Jimbaran yang sekarang disebut sebagai Jimbaran Seafood Dine.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:44

MENYASIKAN TARIAN KECAK

 

Di Kuil Uluwatu saya dapat menyaksikanTarian Kecak dan Api. Hakikatnya, budaya Indonesia sangatlah beragam jenisnya,bahkan keanekaragamannya telah terkenal sehingga ke berbagai belahan dunia.Berbicara mengenai tarian tradisional Indonesia, semuanya memiliki sejarah dannilai luhur masing-masing. Salah satu seni tari yang dimiliki dan perludilestarikan adalah Tarian Kecak dan api. Tarian ini mempunyai cerita, sejarah,juga filosofi tarian khasnya.

Menurut Mas Arif, Tarian Kecak dan Apimemang berasal dari Pulau Bali. ‘Cak, Cak, Cak’ itulah suara khas yang akankita dengar ketika menyaksikan persembahan tarian ini. Tarian Kecak dan api inimerupakan sebuah seni drama tari yang dipersembahkan oleh 50 sehingga 150 orangpenari. Sesuai dengan namanya, tarian ini terdiri dari para penari yangsebahagian besar adalah lelaki yang duduk bersila membentuk sebuah lingkaran.Pakaian yang dipakai berupa kain sarung dan kain kotak yang memiliki warnahitam putih seperti papan catur yang diikatkan melingkar ke pinggang penari. 

Bagi orang yang berwisata atau bertempattinggal di Bali, tentunya sudah tidak asing lagi dengan Tari Kecak dan Api ini.Tarian ini yang dipersembahkan ketika ada acara, meraikan tetamu ataupunlainnya. Rupanya menarik simpatik para penonton atau pengunjung yang datangmenyaksikannya. Namun, di sebalik kepopuleran tarian ini, tersimpan sebuahasal, sejarah, makna, serta beberapa estetika yang digunakan dalam tarian ini.

Menurut Mas Arif, tarian ini disebut jugadengan nama Tarian Api atau Tarian Cak. Tarian ini adalah tarian pertunjukanhiburan besar-besaran. Tarian ini dipentaskan oleh beberapa penari laki-laki,dengan memakai kain penutup kotak-kotak berwarna hitam putih seperti bentukpapan catur. Tarian ini dipersembahkan tanpa menggunakan iringan alat muziktetapi kadang-kadang diiringi oleh gamelan, dengan duduk secara berbarismembentuk pola lingkaran dan diiringi seruan irama berbunyi ‘cak, cak, cak’seraya mengangkat kedua-dua tangan. Tarian ini juga merupakan salah satu tariankeramat. Kelihatan penari seperti terbakar api, tetapi mereka tidak mengalamisebarang kesakitan dan tidak terbakar seolah-olah mereka menjadi kebal terhadapapi.

Selain Tarian Api atau Tarian Cak, TarianKecak juga dikenali dengan sebutan Tarian Sanghyang yang ditampilkan ketikaadanya upacara keagamaan. Pada ketika itu, para penari umumnya akan kemasukanroh halus, dan dapat berinteraksi dengan para leluhur atau dewa yang telahdisucikan. Penari ini dijadikan sebagai media untuk penyampaian pesan dari paraleluhur atau dewa. Ketika kerasukan, mereka akan melakukan tindakan di luardugaan. Contohnya, melakukan beberapa gerakan yang berbahaya mahupunmengeluarkan suara yang jarang sekali mereka keluarkan. 

Menurut Mas Arif, Wayan Limbak merupakanseorang tokoh pencipta Tarian Kecak dan Api. Pada tahun 1930, beliaumemperkenalkan tarian ini ke berbagai buah negara, dengan dibantu oleh seorangpelukis dari Jerman yang bernama Walter Spies. Para penari laki-laki yangmenari, akan menyeru kata berbunyi ‘cak, cak, cak’. Dari seruan tersebutlahnama Tarian Kecak tercipta.

Tidak hanya menyeru kata itu, para penariini juga diiringi dengan alunan muzik berupa suara kerincingan. Suara itumuncul dari kerincing yang diikatkan pada kaki penari yang berlakon sebagaiDewa Ramayana. Di dalam lingkaran tersebut, para penari kemudiannya akanberaksi dengan memainkan sejumlah tarian yang diambil dari beberapa episodcerita Ramayana yang berusaha untuk menyelamatkan Shinta dari tangan jahatRahwana. Menurut Mas Arif lagi, sebab mengapa Walter Spies membantu WayanLimbak mencipta tarian ini, ialah kerana beliau sangat tertarik dengan keseniantradisional Tarian Kecak dan Api. Beliau juga mempunyai ketertarikan dengansejumlah ritual tradisional yang masih kental di Bali.

Mulanya, tarian ini hanya ditampilkan dibeberapa buah kampung saja, dengan salah sebuah kampung iaitu Kampung Bona diGianyar. Seiring berjalannya waktu, persembahan ini semakin berkembang sehinggake semua daerah yang berada di Pulau Bali. Tidak hanya itu, tarian ini jugadijadikan sebagai pertunjukan andalan ketika adanya kegiatan besar. Misalnyafestival yang sering kali dilakukan oleh pihak swasta mahupun kerajaan. 

Tarian Kecak dan Api, juga merupakan salahsatu mahakarya seni Bali berupa tarian dan drama muzikal. Persembahan inisering dilakukan di tempat terbuka dengan diiringi hembusan udara menjelangmatahari terbenam. Pada umumnya persembahan ini diadakan di atas tebing yangmenghadap ke laut, cerita yang dipaparkan sepenuhnya bergantung pada cahayasemulajadi hari itu juga. Bermula ketika senja, cerita berterusan hinggakegelapan, sehinggalah ke waktu hanya ada cahaya yang datang dari obor buluhyang berkedip-kedip.

Ketika para penari memasuki pentaspersembahan, awal kisah pun bermula. Kemudian, diteruskan dengan agedanpenculikan Shinta oleh Rahwana. Kemudian, Rahwana akan bertarung menentangJatayu serta Hanoman untuk menyelamatkan Shinta. Di dalam proses penyelamatanitu, Hanoman mengacau tempat penyekapan Shinta dengan cara membakar. Akan tetapi,Hanoman terkepung oleh perajurit Rahwana dan hampir saja terbakar. Awalnya,Rama mengalami kekalahan. Tetapi hal tersebut tidak membuatkan usaha Rama surutdalam proses menyelamatkan permaisurinya, iaitu Shinta. 

Raja Rama pun berdoa dengan kesungguhanhati dan kembali berusaha semula untuk membawa kembali permaisuri tersebut.Hingga akhirnya, Rama pun berjaya mendapatkan Shinta dalam keadaan yangselamat. 

Dari kisah inilah, terdapat makna TarianKecak dan Api yang cukup mendalam iaitu adanya kepercayaan terhadap kekuatanTuhan. Hakikat itu dicerminkan pada tindakan Rama ketika meminta pertolongankepada Dewata. Hal seperti inilah yang memberikan pengajaran bahawa tarian inidipercayai sebagai ritual untuk mendatangkan dewi yang sanggup mengusir segalamarabahaya, sama ada bencana mahupun penyakit yang menimpa masyarakat.Sementara itu terdapat pesan moral berupa, Tarian Kecak yang mencerminkanperilaku Rama kepada permaisuri kesayangannya iaitu Shinta, dan Burung Garudayang rela mengorbankan sayapnya demi Shinta.

Selain pesan moral tersebut, terdapatbeberapa pesan moral lainnya. Di antaranya, walaupun tidak diiringi denganmuzik mahupun alunan gamelan, Tarian Kecak dan Api tetap nampak indah dan kayaestetika. Gerakan yang dibuat oleh para penari, tetap seirama. Itulah yangmenjadikannya bernilai seni tinggi dan disukai oleh para pelancong. Meskipunpara pelancong yang datang melihat pertunjukan kesenian tradisional berupaTarian Kecak dan api tidak beragama Hindu, akan tetapi mereka merasa terhiburmelihat persembahan tarian ini. 

Dalam Tarian Kecak dan Api, terdapatadegan di mana Rama meminta pertolongan pada Dewata. Ini membuktikan bahawaRama mempercayai adanya kekuatan Tuhan untuk menolong dirinya. Tarian ini jugadipercayai sebagai salah satu ritual memanggil dewi yang dapat mengusirpenyakit dan melindungi masyarakat dari kekuatan jahat yang datang. Dewi yangumumnya dipanggil dalam ritual ini iaitu Dewi Suprabha atau disebut juga DewiTilotama.

Selain itu Tarian Kecak dan api inimempunyai cerita yang cukup mendalam dan menyampaikan beberapa pesan moral bagipara penontonnya. Misalnya, kesetiaan Shinta terhadap suaminya iaitu Rama,serta Burung Garuda yang rela mengorbankan sayapnya demi menyelamatkan Shintadari cengkaman Rahwana. Dari cerita inilah, kita juga diajarkan agar tidakmempunyai sifat buruk seperti Rahwana yang memiliki sifat serakah dan sukamengambil hak milik orang lain secara paksa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:42

KE ULUWATU TEMPLE

 

Dari Pantai Melasti kami dibawa ke UluwatuTemple pula untuk menikmati Kecak dan Fire Dance (Tarian Kecak dan Api).

Uluwatu Temple atau Kuil Uluwatu merupakansalah sebuah kuil tertua di Bali, terletak di cenuram berbatu, suasana yangmenakjubkan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di sebalik lautan.Uluwatu Temple yang mendamaikan ini terletak di dalam persekitaran semula jadiyang amat menakjubkan. Diukir daripada batu karang hitam, kuil ini terletak dipuncak cenuram setinggi 250 kaki (76 meter), menghadap ke arah Laut Jawa.

Menurut Mas Arif, Uluwatu Temple adalahantara kuil yang tertua di Bali, dibina seawal abad ke-10. Ini antara kayanganjagat atau ‘kuil arah’, di Bali yang bermaksud, menurut kepercayaan agamaHindu, fungsinya adalah untuk menjaga Bali daripada roh-roh jahat. Kuil inimempunyai kepentingan agama khususnya: Dhang Hyang Dwijendra, seorang penziarahyang mengasaskan bentuk semasa Hindu-Dharma pada abad ke-15, meluangkanhari-hari terakhirnya di sini. Dipercayai bahawa beliau mencapai tahap ‘moksa’,atau perpaduan dengan tuhan, ketika bertafakur di tempat ini. 

Terletak di hujung selatan Bali, KuilUluwatu dikelilingi oleh rupa bumi berbatu yang berceranggah dan keringberbanding bahagian lain di pulau ini. Saya amat mengagumi pemandangan dramatiktanjung tinggi yang berceranggah pada kedua-dua belah cenuram dan melihatmatahari terbenam di sebalik lautan. Di bawah cenuram, kelihatan ramai peluncurombak sedang menikmati luncuran di salah sebuah tempat peluncuran yang terkenaldi Bali. Jika kita berminat menyertai mereka, kita boleh menyewa papan luncurdan menuruni tangga menuju ke pantai kecil. Pada waktu petang, kita juga bolehmakan-makan di salah sebuah warung (restoran) yang terdapat di sepanjang puncakcenuram dan nikmati pemandangan bulan terbit dari sebalik lautan.

Kuil Uluwatu terletak berhampiran KampungPecatu, di daerah Kuta Selatan, sejauh lebih kurang 19 batu (30 kilometer) dariselatan Denpasar. Cara paling mudah untuk ke kuil ini adalah memandu keretaatau menunggang motosikal sewa, atau upah pemandu untuk membawa kita. Pesan MasArif, jangan lupa pakai pakaian yang sopan ketika melawat pekarangan kuil. Jikakita tidak memakai pakaian yang sesuai, kita boleh menyewa sepasang sarung dipintu masuk. Berhati-hati dengan monyet yang cukup cekap meragut harta bendapelawat, terutamanya cermin mata hitam. 

Tentang sejarahnya, menurut Mas Arif, KuilUluwatu ini lebih dikenali sebagai Pura Luhur Uluwatu. Perlu diingatkan bahawadaripada semua kuil Bali, Kuil Uluwatu ini adalah salah satu daripada 9teratas. Perkataan tinggi bermaksud sesuatu yang berasal dari Tuhan, ‘uluhujung bumi’ dan ‘watu rock’ dalam dialek lama. Kuil ini juga adalah yangterbesar yang berada di Pulau Bali dan salah satu yang tertua. Dari gunung kegunung sentiasa di atas tebing 70 meter dari aras laut.

Legenda mengatakan bahawa kuil ini dibinadi tepi tebing setinggi 70 meter dan berasal dari ketuhanan. Kuil Uluwatuadalah sebahagian daripada bot membatu Dewi Danu dan Dewi Air. Terdapat buktibahawa kuil ini telah wujud lama. Tetapi ia telah diperluaskan kira-kira 1,000tahun dahulu oleh seorang bijak pandai dari Pulau Jawa yang dikenali sebagaiDhang Hyang Dwijwndra. Juga di sinilah tempat berakhirnya perjalanan rohaninya.Dan kepercayaan mengatakan bahawa dia mencapai titik kerohanian tertinggidengan dewa-dewa dan bahawa kilat membuat dia hilang sepenuhnya. 

Kajian arkeologi mengenai sisa-sisa batuyang ditemui untuk pembinaan kuil ini mengesahkan bahawa ia adalah dari abadke-XNUMX. Sejujurnya, sukar untuk memahami sejarah kuil ini. Mungkin keranatiada rekod yang jelas dalam buku dan daripada sedikit yang ada, ia hanyamenimbulkan kekeliruan. Tetapi sangat menarik untuk menyelami sejarahnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2024 15:40

Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Syed Mahadzir Syed Ibrahim's blog with rss.