Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 5
December 26, 2023
LURUH KE DASAR SURATAN
SMAHADZIR
Prolog:
SAMPAI bila kamu harus tunggu, Herman? Kamu harusambil kata putus sama ada mahu terus di sini atau merantau ke sana!”
“Kenapaharus sampai ke sana, Sumarni? Kota Medan juga tidak kurang dengan toko-tokonyayang bisa memberikan kita kerja?”
“Loh,selumayan di sana?”
“Akutidak pasti. Tapi, dengan bekerja di Medan, kamu tidak berjauhan dengankeluarga, dengan sanak saudara, dengan sahabat handai dan yang pentingnya kamutidak berjauhan dengan aku,”
“Itubukan soal yang penting bagiku, Herman! Bagiku, mengubah nasib diri lebihpenting dari segalanya. Keluargaku sudah merestui dan kamu tidak perlu memberiapa-apa keizinan kepadaku lantaran antara kita belum punya apa-apa ikatan.Selebihnya, aku punya wawasan masa depan yang lebih jelas jika dibandingkandengan kamu!”
“Jadi,keputusan ini sudah muktamad?”
“Tentusekali!”
“Kamutidak menyesal?”
“HeiHerman! Untuk apa aku harus menyesal? Aku meninggalkan desa kelahiran bukanuntuk tujuan berfoya-foya tetapi untuk mencari rezeki...”
“Ituaku tahu, Sumarni!”
“Habis,kalau sudah tahu kenapa kamu masih lagi mahu tinggal di sini? Mata kamu sudahbuta pada realiti ekonomi negara kita sekarang? IMF telah merudumkan nilaimatawang kita ke paras yang sungguh kecil. Apa kamu bisa lakukan lagi di sini?Mana ada peluang pekerjaan yang lumayan untuk kamu garap di sini? Hampir tigajuta rakyat kita sudah menetap di sana. Semuanya pulang dengan senyum tawa,kantung sarat berisi dan mereka mampu hidup senang. Aku akan ikut jejakmereka!”
“Habis,bagaimana dengan hubungan kita, Sumarni?”
“Tepukdada kamu dan tanyakan selera kamu! Kamu bisa mendapat jawapannya!”
“Sumarniiii!!”
“Janganjadi bodoh, Herman! Apa ada pada cinta?”
“Kebahagiaan...”
“Huh,kebahagiaan konon! Kamu fikir, cinta boleh mengenyangkan perut? Cinta bolehmendirikan kamu sebuah rumah yang besar, membelikan kamu sebuah mobil yangcantik atau menyaluti tubuh kamu dengan pakaian-pakaian yang indah?”
Diam.
“Janganfikir aku masih lagi mahu asyik dengan irama cinta yang tidak bermatlamat itu,Herman! Selepas SMA, aku tidak lagi berfikiran seperti kanak-kanak kecil. Akusudah pandai membina wawasan masa depan. Aku sudah pandai membina cita-citauntuk hari muka. Jika kamu masih lagi berfikiran seperti dulu dan tidak mahumengubahnya, aku fikir hubungan kita putus di sini saja!”
“Janganbegitu, Sumarni! Jangan terlalu mudah melupakan segala kenangan indah kitabersama. Lagipun, apa yang kamu kejar sekarang belum lagi nampak di mata. Kamumembayangkan yang indah-indah yang belum tentu bisa kamu capai. Kamu ingat,begitu senang mahu jadi kaya? Kamu ingat begitu mudah mahu ubah nasiblebih-lebih lagi di bumi asing? Fikir masak-masak Sumarni! Ayuh, mari kita keMedan atau ke Jakarta. Aku yakin, di sana juga kita bisa hidup senang...”
“Arghh,persetankan itu semua, Herman!”
“Sumarnii!!”
“Selamattinggal Herman!”
“Sumarniiiiii!!!!!!!!!!”
* * *
Perjalanan yang jauh memang menjelakkan. Kesesakandi pelabuhan tadi menjadikan Herman sedikit kalap. Inilah pertama kali kakinyaakan menjejak bumi Malaysia yang terkenal makmur itu.
Menurutkata Delsi Sumarni dulu, Kuala Lumpur tidak seperti Medan. Desa-desa diMalaysia tidak seperti desa-desa seluruh Sumatera. Masyarakat di sana jugaberbeza. Apa lagi dengan jejaka dan anak gadisnya. Dan sewaktu meninggalkanpelabuhan, dalam kepala Herman hanya membayangkan betapa jauhnya lagi destinasiyang harus dilewati untuk bertemu dengan Delsi Sumarni. Dia kira, lebih empatatau lima jam lagi tibalah dia ke tempat yang akan ditujui itu.
Hermandapat membayangkan wajah Kuala Lumpur kendati belum pernah menjejakkan kakinyake sana. Melalui kaca televisyen, Herman selalu juga ditayang rupa paras ibukota Malaysia itu. Tentu sekali kota itu cantik seperti juga kota Jakarta.Bangunan-bangunannya tentu tinggi-tinggi belaka.
Yangpastinya, dia tidak akan kesepian kerana ramai warga ke tanah kelahiran sudahmenetap di sana sehingga mampu membangunkan perkampungan tersendiri biarpundianggap secara haram.
DelsiSumarni - seperti ingin aku berpatah balik ke desa kita. Seperti inginkusambung lagi harapan-harapan yang terbengkalai itu. Seperti ingin kukunyahlagi segala kenangan indah kala bersamamu dulu. Kala itu kamu tidak pernahmembayangkan bahawa Kuala Lumpur bakal menjadi tempatmu mencari rezeki dan akusendiri rasa bagai bermimpi kala kamu mengambil kata putus untuk meninggalkankaum keluarga, sahabat handai, desa tercinta dan juga bumi Sumatera.
Tetapiapakan daya. Aku tidak mampu menghalang segala kemahuanmu. Kata kamu, KualaLumpur mampu mengubah bentuk dan corak kehidupan kamu pada masa akan datang.Kuala Lumpur bisa menjadikan kamu kaya raya. Kuala Lumpur akan mendewasakankamu dengan erti hidup, kesusahan, kesempitan dan pelmacam lagi.
Sekarang,semuanya sudah terjawab. Dan kamu seperti menghukum aku supaya turutmeninggalkan tanah kelahiran dan tidak akan pulang-pulang lagi ke desa kita.Kalau aku pulang, tentulah aku tidak akan berjaya mengubah nasib hidup daningatan silam itu pasti akan kembali murup segar dan air mataku tentunya akanmenitis lantaran terlalu banyak kesan-kesan manis yang kita telah tinggalkan disana.
Ruangkenderaan laut yang membawa Herman ke destinasi agak sesak dengan penumpang.Semuanya dengan tujuan yang sama. Masing-masing berwajah pudar, pucat dan sebamseolah-olah membayangkan nasib yang bakal ditempuhi di negara orang. Jam besaryang tergantung di dinding feri pula menunjukkan angka sembilan malam. Sewaktubadan feri dibalun badai Selat Melaka, Herman melemparkan panahan matanyakeluar melalui tingkap kecil di sisi. Tiada apa yang dapat dikelih dengan mata.Ombak laut jelas beralun dengan tiupan angin menderu kencang. Cuma yang nyataialah kebisingan badai mencecah badan feri yang sesekali mendebarkan perasaan.
Sudahbanyak kali Herman membaca berita di dalam akhbar juga melalui kaca televisyen.Feri karam. Bot karam. Semua penumpang lemas dan berkubur di lautan gara-garamahu ke Malaysia. Apakah nasib yang serupa bakal menimpanya juga?
Didalam hati Herman sering berdoa agar dia akan selamat tiba di Malaysia dandapatlah dia berjumpa dengan Delsi Sumarni yang sudah lama tidak ditatapwajahnya.
Akukepingin benar mengajak kamu bersama seperti dulu, Delsi Sumarni.Setidak-tidaknya untuk makan-makan bersama di warung tepi sungai di hujung desakelahiran kita. Atau mengajak kamu menghirup udara segar di tepian Danau Toba.
Pernahaku beritahu kamu suatu masa dulu bahawa Danau Toba punya legendanya yangtersendiri. Tentu kamu masih ingat bukan? Riwayat Tano Ponggol Pulau Samosir! Kamupernah menyanyikan aku lagu dendangan Ernie Djohan - Teluk Bayur.Ataupun boleh juga kita berpeleseran di Brastagi, menikmati Air TerjunSipiso-piso.
Warung-warungdi sana penuh dengan masakan ala Minangkabau, Jawa, Batak Karo, hmm... sungguhmenyelerakan. Aku lihat kamu begitu asyik sekali menjamah paru goreng berladadan aku pula tentunya sukakan belut goreng. Khabarnya, punya potensi menguatkantenaga batin. Argh... semuanya seperti tidak mungkin akan berlaku lagi, DelsiSumarni!
Kamutelah memutuskannya! Kamu telah menghancurkannya dan kini aku persis seorangnakhoda kapal yang tak punya haluan. Kala aku membaca kisah cinta Haryati danZainudin dalam Tenggelamnya Kapal Vandevick karya Hamka, akumembayangkan aku adalah Zainudin dan kamu pula adalah Haryati. Betapa tragiscinta mereka, Delsi Sumarni!
Kamutahu? Sepeninggalan kamu, aku membawa diri ke Surabaya dan seterusnya keJakarta. Bagiku, aku lebih suka mencari rezeki di tanah air sendiri. Di kotaJakarta, aku sering singgah di warung-warung soto Madura sekitar Mangga Dua.
Akusendiri tidak tahu kenapa aku mesti berbuat begitu sedangkan aku bukannya sukasangat pada soto Madura. Makanan kegemaranku tentulah masakan Minang yang pedasitu. Hmm, barangkali juga kerana di Mangga Dua ini aku dapat berjumpa denganberbagai lapisan masyarakat kota yang ramah. Dari pekerja-pekerja kilanghinggalah mereka yang berjawatan tinggi. Dari berkereta mewah sampailah kepadarakyat jembel yang rata-ratanya capek dan melarat.
“Kamuterlalu memuji Jakarta...”
“Kotacantik, kota indah dan semuanya ada di sana,”
Kamutidak pernah nampak kejelekannya. Cantik dan indah pada pandangan mata tapi...ahhh, itu tidak penting, Delsi Sumarni! Yang pentingnya ialah keindahan di kotaJakarta ini terutama pada waktu malam. Lampu-lampu neon berwarna-warni dancahayanya yang tersangkut di dedaun pepohon di tepi sungai kelihatan sungguhmengasyikkan.
Disepanjang tepian sungai dibina tempat duduk bersimen buat para pengunjungbersantai menenangkan fikiran. Aku pernah melihat pasangan remaja duduk di satupojok mengadap aliran sungai sambil berbual dan bergurau senda penuh kemesraan.
Kalaitulah ingatanku jauh menjalar ke desa kelahiran. Kala musim padi sedangmenguning emas dan kita bersama para petani yang lain getol bergotong-royongmemungut hasil setelah berbudi kepada tanah.
“Bantuaku, Sumarni!”
“Bantuapa?”
“Hulurkantangan kamu dan ambil gemal padi ini!”
“Selepasini aku tak mahu lagi, Herman!”
“Kenapa?”
Memangaku tidak dapat melupakan detik manis itu, Delsi Sumarni!
“KenapaSumarni? Kenapa kamu tak mahu membantuku lagi selepas ini?” soal Herman sambilmenanti jawapan dari gadis ayu itu.
DelsiSumarni sekadar mendiamkan diri tetapi jejari halus lunaknya tetap menyambarperdu-perdu padi manakala tangan kanannya begitu cepat mengumpulkantangkai-tangkai padi yang sudah dijadikan gemal itu di atas ban bendang. Hermansempat menoleh ke wajah Delsi Sumarni. Biar keringat merenik di dahi namunkejelitaan dan keayuan masih jelas terpancar.
Tetapitidak ada tanda-tanda yang gadis itu mahu memandang ke arahnya walaupunsekilas. Herman jadi terkilan.
“Katakankenapa kamu tidak sudi lagi membantuku selepas ini, Sumarni!”
“Akusudah bosan, Herman!
“Bosanapa?”
“Bosandengan pekerjaan ini!”
“Loh,kamu mahu kerja apa kalau tidak jadi seorang petani?”
Diam.
Hermanmengerti. Memang telah gadis itu putuskan! Dan telah Herman campakkan segalaharapannya yang indah-indah itu ke alun bendang.
DelsiSumarni - matahari yang bergayut di puncak pergunungan sering menjadikan akuterkenang masa lalu. Sesungguhnya aku tidak menyangka bahawa perkenalan kitasewaktu bersekolah dulu berlarutan hingga ke zaman remaja walaupun kita dariras yang berlainan.
KamuJawa sedang aku Minang. Namun begitu, terima kasihlah kepada sekolah kita yangsuatu ketika dulu telah membawa kita kepada alam persahabatan. Aku masih ingat,ketika itu sekolah aku dan sekolah kamu telah berpadu mengadakan sebuah majliskesukanan.
Akubelum dapat melupakan bagaimana aku, kamu, Tanti dan Hetty turut terlibat dalamsatu kumpulan membantu guru menyelesaikan tugas menyambut para tetamu. Tempattugasan kita di tepian rimbunan bunga bulang yang sedang mekar berkembang.
Kitabegitu mesra seolah-olah sepasang rama-rama berterbangan di taman firdausi.Suatu ketika kamu jadi lelah dengan kedatangan tetamu yang ramai lalu kamumenyuruh aku mengambil alih tugas menghulurkan buku atur cara kepada merekasedangkan tugasku hanyalah sebagai pengawas kepada tugasan kumpulan kita.
Akumenyambutnya dengan rela kerana aku tidak tergamak melihat kamu keletihanbegitu. Selepas itu kamu tersenyum dan aku juga tersenyum kerana tugas kitaberes.
DelsiSumarni - masa yang terus berlalu kadang-kadang seperti menjarakkan kita.Beberapa lama kita tidak berjumpa dan kita juga saling melupakan. Tetapi siapasangka, kita akan bertemu lagi.
Dantakdir juga yang menyusun atur kita bahawa kita mesti duduk dalam kelas yangsama semasa menghadapi SMA. Ini semua kerana aku telah ditukarkan ke sekolahkamu. Sebenarnya aku sengaja meminta supaya aku ditukarkan ke sekolah kamudengan tujuan untuk mendekatkan lagi diriku dengan kamu.
Syukurlahkerana impianku telah tercapai. Ah, mesranya kita pada zaman itu.
“Bagaimanadengan soalan peperiksaan tadi, Herman?”
“Peritjuga otak aku memikirkannya!”
“Barangkalikamu malas mengulang kaji pelajaran di rumah!”
“Barangkalibenar tukasan kamu!”
“Loh,kenapa harus malas begitu, dong?”
“Lantaran aku tak dapat menerimapelajaran!”
“Sebabnya?
“Otakaku sudah sarat!”
“Denganapa?
“Denganwajah dan nama kamu, Sumarni!”
DelsiSumarni ketawa.
“Kenapakamu ketawa?”
“Akukegelian kerana ada orang jatuh dalam sumur asmara!”
“Bukansatu kesalahan tentunya!”
“Itukata kamu!”
“Habis,apa pula kata kamu?”
“Ngerisekali aku mahu memikirkan soal cinta buat masa sekarang, Herman!”
“Jadi,apa ertinya persahabatan kita ini?”
“Nantiaku beritahu kamu!”
“Bila?”
“Bilatiba masanya nanti!”
“Loh,bikin aku bingung!”
Masaterus juga berlalu.
“Siapanama gadis itu, Herman?” Pak Mandar meluahkan pertanyaan suatu hari.
“Yangmana satu, bapa?”
“Itu!Yang memakai kerudung ungu muda itu!” Pak Mandar menuding ke arah Delsi Sumarniyang ketika itu sedang berjalan pulang dari sekolah.
“Oh,itu Delsi Sumarni! Err, kenapa bapa?”
“Anakgadis Pak Iskandar yang bekerja di sawah kita, bukan?”
“Err,ya!”
“Bapanyamalas sebab itu hidupnya susah!”
Diam.
“Kamuberkawan dengan dia?”
“Errr...err... ya, pak!”
DelsiSumarni - mula-mula aku tidak mengesyaki apa-apa. Tetapi lama-kelamaan, setelahaku cuba mencari-cari maksud pertanyaan bapaku, akhirnya barulah aku mengertisendiri.
Bapakutidak merestui hubungan kita rupanya. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin jugakerana aku datang ke sekolah dengan mobil sedang kamu berjalan kaki. Barangkalijuga kerana status hidup antara kita yang agak berbeza itulah penyebabnya.
Suatuhari, sewaktu mereka berdua sedang berbual di bawah sepohon angsana pinggirankantin sekolah, Tanti telah melontarkan sebiji gula-gula. Delsi Sumarni gagalmenyambutnya lalu gula-gula tersebut jatuh ke tanah berhampiran kaki.
Ketikaitulah Herman terpandang kasut gadis itu yang koyak di bahagian depan sehinggamembuatkan sedikit hujung jari tertonjol keluar. Ada dua tiga lubang kecil padastoking kanan. Herman memandang pula pada baju dan kain yang dipakai DelsiSumarni. Agak lusuh dan ada bahagian-bahagian yang bertampal.
“Memangaku anak orang miskin, Herman!” kata Delsi Sumarni sambil merenung jauh kehadapan. Kemudian tertunduk pilu.
Hermandiam kerana baginya diam lebih baik daripada berkata-kata yang mungkin akanmenyentuh hati kecil gadis itu.
DelsiSumarni - aku masih ingat bagaimana bapaku tidak membenarkan aku berkawan baikdengan kamu lagi. Bapaku kata, kamu tidak setaraf denganku. Keluarga kamuadalah kuli kepada keluargaku. Keluarga kamu miskin sedang keluargaku kaya.Jadi, tidak cocok orang kaya berkawan dengan orang miskin. Tetapi aku tidakmempedulikannya. Lagipun, ibuku selalu menyebelahiku. Kamu pun tahu, bukan?
Bukankahkamu pernah bertandang ke rumahku dan lihat sendiri bagaimana ibuku melayankamu.
“Herman,kenapa kamu berkawan dengan aku?”
“Akusukakan kamu!”
“Akuorang miskin, Herman!!”
“Kenapakamu sering saja menyebut soal itu?”
“Sebabkita tidak setaraf, Herman!”
“Orangkaya dan orang miskin sama sahaja di sisi Tuhan, Sumarni!”
“Itukata kamu tapi kata orang tua kamu berbeza!”
DelsiSumarni - selepas SMA, takdir telah menentukan bahawa kita akan berpisah. Akutelah ditawarkan belajar di sebuah sekolah di kota Medan. Tetapi kamu terpaksaberhenti sekolah kerana keperitan hidup tidak membenarkan kamu meneruskanpelajaran lagi. Aku begitu sedih bila mengetahui bahawa kamu gagal meneruskanpersekolahan kamu akibat kemiskinan keluargamu itu. Barangkali kematian bapakamu itu lebih membebankan. Apalah yang mampu aku lakukan, Sumarni? Aku telahgagal dalam usahaku memohon bapaku membantumu. Yang aku dapat ialah kemarahanbapaku yang tidak terduga.
Sebelumaku berangkat ke kota Medan, aku bertandang ke rumahmu secara tiba-tiba.Kuredah lorong-lorong becak dengan basikal yang dihadiahkan oleh bapaku keranakejayaanku. Aku sungguh sedih kerana semasa aku tiba di halaman rumahmu, kamuterus melarikan diri dariku. Sungguh aku sebak lantaran itu yang kamu hadiahkankepadaku sedangkan aku terlalu mengambil berat tentang nasib hidupmu.
Akutahu kenapa itu yang kamu lakukan. Barangkali kerana malu dengan keadaanrumahmu. Memang rumahmu amat daif. Aku mengakui hakikat itu. Tangganya hampirrebah ke bumi. Persekitaran rumahmu begitu muram. Seperti tiada berpenghuni.Halaman rumahmu tidak berseri. Rumput-rumput tumbuh berkeliaran. Kulihat disudut sebelah kanan rumahmu, ada seorang perempuan separuh umur sedang merandukpadi jemuran di atas tikar yang sudah lusuh. Barangkali ibu kamu. Dia tidakmenyedari kedatanganku. Tetapi setelah beberapa ketika aku di situ, barulah diamenyedarinya.
“Kamucari siapa?” tanya ibumu sambil melangkah ke arahku dengan pandangan hairan.
“DelsiSumarni, bu! Saya mencari Delsi Sumarni!”
“Err,kamu ini Herman kan? Anak Pak Mandar!” tanya ibumu lagi. Mesra. Ada kejernihandi wajahnya walaupun kulihat ada titik-titik peluh yang sedang bergayutan didahinya yang sudah berkedut itu.
Akumasih ingat bagaimana gembiranya hatiku ketika itu, Sumarni! Ibumu sudahmengenaliku. Itulah yang kuharapkan. Dan aku sudah berani membayangkan bahawaselama ini kamu banyak menceritakan tentang diriku pada ibumu. Tetapikegembiraan itu tidak lama.
“Herman,buat apa kamu datang ke mari?” tiba-tiba kamu muncul dari arah sisi. Aku jaditersentak dengan kemunculan kamu yang tidak diduga itu.
“Untukberjumpa dengan kamu, Sumarni!”
“Untukapa?”
“Untukkali terakhir sebelum aku ke Medan!”
“Ahhh,tak perlu!”
“Kenapakamu harus berkata begitu, Sumarni?”
“Akumalu, Herman! Aku anak orang miskin sedang kamu anak orang kaya. Anak orangkaya tidak layak berkawan dengan anak orang miskin!”
DelsiSumarni - Aku benar-benar terkilan dengan kata-katamu. Kukira, kemesraan kamuselama ini lebih banyak kepura-puraannya.
Tetapisewaktu aku pulang, aku melihat kamu mengekoriku di lorong-lorong yang becakitu sehinggalah ke hujung desa. Dan waktu kita mula terpisah oleh pohon-pohonyang merimbun di hujung selekoh jalan petang itu, aku lihat kamu melambaikantangan kepadaku.
Terasabenar pedihnya perpisahan. Tetapi dalam diam-diam, aku dapat membayangkan -kamu juga sukakan aku tetapi lantaran perbezaan status hidup yang membuatkankamu tidak dapat menerima kenyataan.
Sewaktuaku di kota Medan, aku jadi sepi tidak menentu. Walaupun aku mendapat ramaikenalan baru, tetapi ingatannya tetap pada Delsi Sumarni. Ingatan itu jugamasih tidak dapat melupakan segala kenangan indah sewaktu di desa dulu. Padasekolah kita yang lama. Seperti ada satu pertalian erat antara aku dengansekolah itu. Pernah aku memberitahu kamu semua itu melalui surat, kamumenyambutnya dengan senang. Dan kadang-kadang kesepian itu hilang bila akumenerima suratmu yang banyak menceritakan tentang pelajaranmu malah tentang apasahaja di daerah kita.
Tetapiyang pastinya, rinduku padamu semakin menebal. Herman seperti ingin bersamagadis ayu itu di bawah pohon angsana sambil menikmati tiupan wayu desa yangsegar dan nyaman. Dan yang lebih pentingnya, Herman ingin mengembalikan semulasegala-gala yang indah kala bersama Delsi Sumarni. Biarlah segala kenanganindah itu berlanjutan tanpa ada penghujungnya.
DelsiSumarni - Seperti ingin kutatap selalu wajahmu yang lembut itu. Aku tidak tahukenapa. Masa terus berlalu. Kemesraan kita tetap sama. Aku masih ingat Sumarni!Suatu waktu, ketika cuti penggal kedua sekolah, aku pulang ke desa kita danberkunjung ke rumahmu.
“Herman,sudah berapa lama persahabatan kita?”
“Hampirempat tahun, kenapa?
“Apaperasaan kamu terhadapku?”
“Akubenar-benar cintakan kamu, Sumarni!!”
“Apakamu tidak berdusta, Herman?”
“Tidak,Sumarni! Apa yang aku katakan ini lahir dari hatiku yang ikhlas!”
Kamutermenung dan mengeluh berat.
“Kenapa,Sumarni? Kamu tidak percaya padaku?”
“Bukanbegitu, Herman!”
“Habis?”
“Yangjelasnya, aku masih belum dapat menerima kenyataan!”
“Loh,kenyataan apa, dong?”
“Kedudukanantara kita yang jauh berbeza, Herman!”
“Ah,itu juga yang kamu sebut!”
“Inihakikat, Herman! Aku anak orang miskin!”
“Akubukan hendakkan kemiskinan itu!”
DelsiSumarni - Aku tidak pasti kenapa kamu sering saja berkata begitu. Kenapa soalkemiskinan itu juga yang sering kamu sebut-sebutkan. Kamu juga tidak pernahmengucapkan apa-apa jawapan tentang cinta bila berdepan denganku. Tetapi suatuhari, selepas aku pulang semula ke Medan untuk meneruskan pelajaran, aku telahmenerima sepucuk surat darimu.
“Herman,aku hargai cintamu. Tetapi kejarlah dulu cita-citamu. Aku sentiasa berdoa agarkamu akan berjaya!”
Hermanseperti mendapat satu kekuatan. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya diasaat itu. Dan perhubungan mereka terus akrab selepas itu. Tetapi alangkahterkejutnya Herman apabila mengetahui Delsi Sumarni akan meninggalkan desakelahiran untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Kemiskinan telah merampassegala kemesraan yang mulai berbunga mekar. Herman bergegas pulang ke desa.Herman cuba memujuk Pak Mandar supaya membantu keluarga Delsi Sumarni dariterus tersungkur di lembah kemiskinan tetapi gagal.
Rupa-rupanyaPak Mandar masih serperti dulu. Herman kehampaan. Apalah yang mampu dia lakukanlagi.
DelsiSumarni - tinggallah aku bersendirian meneruskan cita-citaku. Tetapi aku telahberjanji pada diri bahawa cita-cita ini adalah untukmu juga. Syukurlah, akutelah berjaya, Sumarni! Aku telah ditawarkan ke Universiti Gajah Mada jurusankesusasteraan. Aku sendiri tidak dapat menghubungimu kerana kamu sudah jauh dibumi asing. Tetapi aku, kamu tentunya sudah berjaya mengaut kesenangan di kotaKuala Lumpur itu.
Akumasih ingat, Sumarni! Selepas pengajianku tamat, aku bergegas pulang ke desakita. Selepas meletakkan beg pakaian, aku terus ke rumahmu dengan basikal.Kuredah lorong-lorong becak itu seperti selalu. Sesampainya aku, rumahmukelihatan sunyi. Seperti ada sesuatu yang sudah berlaku. Kulihat sekitarrumahmu usam dan sebam bagaikan hilang serinya. Bunga-bunga mawar yangdahulunya mekar berkembangan, gugur satu persatu ke tanah. Hatiku terlalusebak.
“Buuu!!”jeritku.
Diamdan sepi.
“Buuuuuu!!!”suaraku bersipongang ke seluruh juzuk desa kita.
Akumenjadi amat terharu dengan suasana yang ada di depan mataku waktu itu.
“Buuuu!!!”
“Adaapa, Herman?”
“Bagaimanadengan keadaan Sumarni di Malaysia, bu?” soalku.
“Ibutidak pernah mendapat apa-apa khabar dari dia sejak dia ke sana, Herman!”
DelsiSumarni - seperti ada seketul batu menimpa kepalaku ketika itu. Kenapa kamutergamak lakukan itu semua pada ibumu sendiri? Seandainya kamu terlalu sibuk diKuala Lumpur, masakan mahu mengutuskan sebaris ayat pun tidak berkesempatan?
Ah,aku tidak percaya yang kamu terlalu sibuk begitu sekali. Inikah hadiahmu kepadaseorang ibu miskin di desa tinggalan yang sekian lama mendidik kamu?
Sungguh-sungguhaku tidak mengerti sikapmu, Sumarni! Kata ibumu, sudah hampir tiga tahun diMalaysia tetapi sepucuk surat pun kamu tidak pernah utuskan kepadanya. Sebaksungguh hatiku.
“Tolonglahibu, Herman!”
“Tolongapa, bu!”
“CariSumarni!”
“Errr,maksud ibu, Herman harus ke Kuala Lumpur untuk mencari Sumarni?”
“Ya,Herman! Bukan itu saja, bawa saja dia pulang semula ke desa!”
“Baiklah,bu!”
Itulahyang menyebabkan Herman berada di atas feri ini yang sekarang sedang meredahSelat Melaka. Sesekali Herman menjengah keluar melalui tingkap cermin disisinya. Nampak berbalam-balam cahaya lampu elektrik di kejauhan dan dia yakin,bumi Malaysia sudah semakin hampir. Mendadak saja wajah ayu Delsi Sumarnimengirap ke sepasang mata.
* * *
Antara air dan hanyir, dua jasad yang amat ketarabezanya, Sumarni! Aku amat terharu kerana bukan air yang kamu cari tetapihanyir yang membelit dirimu. Siapa yang akan menyangka bahawa aku akan bertemudengan kamu di sebuah rumah pelacuran dalam keadaan yang sungguh mengaibkan.
“Bukansalahku, Herman!”
“Habis,siapa yang membawa kamu ke jurang hina ini?”
“Akutelah ditipu dengan janji-janji yang manis!”
Akuterpegun sebak. Tetapi aku sudah berani membuat telahan bahawa ada juga manusiayang sanggup bertindak begitu kejam. Mereka sanggup mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain tanpa memikirkan bahawa ada hati-hati yang terluka.Takdirkah yang menyusun atur begitu, Sumarni?
“Kamuharus ikut aku pulang semula ke desa!”
“Akumalu, Herman!”
“Kenapaharus malu?”
“Akusudah menjadi seorang manusia kotor. Tentu ibuku akan lebih menderita jika diatahu pekerjaanku di sini!”
“Akuakan merahsiakannya!”
Diam.
“Kenapadiam, Sumarni?”
“Akutidak akan pulang lagi, Herman!”
“Sumarni!!!”
“Biarlahaku dengan kejelekan ini!”
“Tapi,masih ada lagi orang yang sayang padamu, Sumarni!”
“Siapa?”
“Aku!”
“Akusudah kotor, Herman!”
“Akutidak pernah menganggap begitu, Sumarni!”
“Kamumenipu hakikat!”
“Biarlahhakikat itu cuma antara kita, Sumarni!”
“Kamuikhlas?”
“Ya!Sesungguhnya, menamatkan pengajian di universiti adalah kerana kamu. Pernahkukatakan dulu - kukejar cita-cita ini semata-mata untuk kita berdua, Sumarni!”
Diam.
“Kenapakamu diam, Sumarni? Pandanglah wajahku!”
“Akuterharu dengan kejujuran hatimu, Herman!”
“Akumasih seperti dulu, Sumarni!”
“Kenapakamu harus mempersiakan hidup kamu, Herman? Bukankah kamu mampu mencaripenggantiku yang lebih cocok dan baik?”
“Tidakpernah terlintas di hatiku untuk mencari pengganti kamu, Sumarni!”
“Herman!”
“Ayuhikut pulang ke desa kita. Di sana nanti kita akan bina sebuah kehidupan baru!”
“Bagaimanadengan bapamu?”
“Akuyang harus menentukan hidupku sendiri. Bukan dia!”
DelsiSumarni senyum. Itulah pertama kali Herman melihat senyuman itu terukir dibibir setelah menghilang lebih dari tiga tahun. Terasa hanyir yang membelittubuh gadis itu luruh satu persatu ke dasar suratan. Herman redha semuanya.
December 21, 2023
SCOLIOSIS
SMAHADZIR
HARI terang. Angin berkesiur damai dan tenang. Warga alambagaikan harmoni kala disapa dan dibelai angin yang segar itu. Sementara awanmerah melajur cantik di ufuk masyrik.
Namun begitu, alam mujarad nampakcabuh. Tiga scoliosis pinggir wad ortopedik berdialog megah berbaur riangmendepani tiga pesakit kecil. Sesekali berbahang, menyerlah ego masing-masing.
Conginetal ketawa berpinak-pinakkeriangan. Neuromuscular tersenyum galak. Cuma Idiopathic sedikit pudar.Alasannya menyerang Silia Sara Farzana dianggap jenaka.
Silia Sara Farzana seorang anak gadiskecil comel, berambut lurus dan mengurai tetapi sayang idiopathic telahmencacatkan ketempawanan dirinya.
“Hei, kenapa kaum perempuan lebihramai jadi mangsa pilihan kamu hah?” Conginetal betanya dalam gelak masihmeleret. “Nisbah 2-1 : 4-2. Malang sungguh kepada nasib yang diterima oleh kaumperempuan!“
“Alah… dia tu cuma mampu berani dengankaum yang lemah saja!” Neuromuscular seperti menyinis.
“Tapi kamu amat bijak. Bukan sajabijak malah licik,” balas Conginetal sedikit keras.
“Maksud kamu?” mata Idiopathic terkesip-kesipsembari kening berkerut.
“Kamu buat-buat lupa agaknya. Ujianpakar ortopedik berhubung otot, saraf dan konginetal tak ada hubung kait.Memang kamu bijak sungguh menyembunyikan dirimu dari dikesan, Idiopathic!”
Idiopathic segera memurupkan senyumnyadengan pujian tersebut. “Bukan aku seorang saja yang bijak begitu... errrr... Infantile,Juvenile dan Adolescent pun begitu juga,”
“Mereka tu spesies kamu juga, kan?Kaum keluarga kamu juga, kan?” tanya Conginetal.
Idiopathic gesit mengangguk. “Soalbijak bukan saja spesies atau keluarga aku, kamu pun sama saja...”
“Hei, apa maksud kamu?” cantas Conginetalseolah-olah ingin tahu.
“Mangsa kamuEmiliya Natasya tu, umur tiga tahun baru dapat dikesan ibu bapanya. Itupunsewaktu dia pandai berjalan. Lebih mengharukan, Emiliya Natasya dikatakanbermasalah pada saraf tulang belakang, jantung konginetal dan ketumbuhan saraf.Hmmm, kamu memang bijak, pintar, licik dan satu lagi anugerah untuk kamu ….kejam!!” balas Idiopathic agak kasar dan keras.
“Tapi aku boleh dirawat,” balas Conginetalbersahaja.
“Rawatan melalui pembedahan tu?” Neuromuscularhampir ketawa. “Kamu ingat pembedahan tak ngerikah? Hei, bukan senang nakdirawat, tau tak? Bergantung kepada di peringkat mana kamu dikesan. Kalaulewat, kemungkinan besar kurang berjaya,”
Conginetal diam sejenak. “Hei, kamupun apa kurangnya? Jangan pandai mengata aku saja!” dia bersuara sejuruskemudian, kurang senang. “Mengata dulang paku serpih!”
“Siapa maksud kamu, hah?” tanya Neuromuscular,pura-pura tidak tahu.
“Siapa lagi, kamulah! Eleh, pura-purapula dia,” balas Idiopathic seraya mencebek.
“Eh, kenapa pula dengan aku?” Neuromuscularmengerutkan sedikit keningnya.
“Cuba kamu ingat kembali. Apa yangkamu dah buat pada Ahmad Faisal yang keletah waktu berumur tiga tahun tu?” Conginetalcuba mencungkil.
“Salahkah?”
“Bukan saja salah malah lebih kejamdari kami semua, tahu tak!” suara Idiopathic bernada gerah. “Ahmad Faisal jadilumpuh kerana diserang pada otot-otot dan saraf. Sekarang berkerusi roda,”
Neuromuscular tersengih bangga. “Salahibu bapa dia juga. Kalau dibantu dengan braceboleh melambatkan perkembangan tulang yang bengkok. Ahmad Faisal tak mungkinlumpuh begitu,”
“Bracebukan kaedah yang tepat,” Conginetal menyangkal waras.
Neuromuscularterus bungkam.
* * *
Wad ortopedik HospitalAlor Setar sesak dengan pesakit dan para pelawat. Kakitangan hospital sibuk dancekatan tugasnya melayani pelbagai kerenah.
DoktorHaryati mengatur langkah memeriksa pesakit dari katil ke katil. Melihat kadpemeriksaan pada katil bernombor 8, sekilas mata doktor muda itu mencuplikpandang ke wajah Silia Sara Farzana.
Umur sekitarempat tahun, tenang menunggu kedatangan Doktor Haryati. Kedua-dua ibu bapasetia di sisi. Menanti berita penuh debar sama ada anak mereka terpaksa dibedahatau tidak.
“Bagaimanadoktor?” bapa bertanya sebaik Doktor Haryati selesai mencatatkan sesuatu diatas kertas pemeriksaan.
“Kebengkokantulang Silia Sara Farzana sekitar 45 darjah saja, encik! Masih boleh dirawatdengan brace,” tenang doktor itumenjawab.
“Maksuddoktor, tak perlu dibedah?” ibu pula bertanya tidak sabar.
“Hmmm, begitulah!” jawab Doktor Haryati sembari tersenyum.
Ibu dan bapa menadah syukur. Silia Sara Farzana tidakberkata apa-apa. Dia redha saja. Ini pemberian Allah yang tidak mampu disekat.
“Pembedahan cuma perlu jika kebengkokan melebihi 50 darjah.Kalau mencecah sampai 70 darjah, pembedahan belakang dan depan perludilakukan,” Doktor Haryati polos menjelaskan.
Ibu dan bapa mengangguk.
“Syukurlah, Silia Sara Farzana masih boleh diwarat dengan brace,” tambah Doktor Haryati lagiseraya tersenyum tenang. “Pembedahan ada komplikasinya, encik! Mungkin berlakupendarahan atau masalah pernafasan selepas dibedah. Kecederaan pada tulangbelakang agak tinggi, berlaku pada saraf. Ada kalanya pula boleh jadi lumpuh,”
Ibu memeluk Silia Sara Farzana, rasa terharu menyesak dada.Bapa menitiskan air mata syukur.
DoktorHaryati dengan dua jururawat beredar. Katil bernombor 9 dilewati. EmiliyaNatasya berwajah sugul. Conginetal yang dialami sejak lahir cuma dikesan kalaberumur tiga tahun. Emiliya Natasya di sini keseorangan, tidak ditemanisesiapa. Ibu bapa kembali ke alam baqa waktu dia berusia dua tahun laludihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Doktor Haryati meneliti satu persatu catatan jururawat diatas kad pemeriksaan. Setagal melirik wajah comel Emiliya Natasya. Air matabergenang, jelu mengenang nasib diri anak yatim piatu itu.
“Selain rawatan scoliosis, jantung dan buah pinggang diaperlu dirawat. Boleh mengakibatkan kelumpuhan!” jelas Doktor Haryati sebelummeninggalkan katil Emiliya Natasya.
Jururawat pengiring sekadar mengangguk perlahan namunnampak akur.
Di katil nombor 10, Ahmad Faisal terbaring meniarap. Nampakjelas neurofibroma di belakangnya berbonggol-bonggol. Itu satu neuro-muscularyang serius. Ibu tunggal di sisi kelihatan resah. Pengorbanan menjaga AhmadFaisal begitu menyiksakan lebih-lebih lagi tempat bergantung harap sudah berpindahke tangan perempuan lain lalu tanggungjawab terhadap isteri pertama dan anakterabai. Mengingatkan lara diri, si ibu mengeluh berat dan sebak.
Doktor Haryati memurup senyum kala tiba di hadapan katil.Si ibu membalas senyum dan gesit bertanya, “Errrr, bagaimana dengan penyakitanak saya, puan doktor?” Jelas nadanya tidak dapat ditahan-tahan.
“Err… sebenarnya kebengkokan tulang belakang yang dialamiAhmad Faisal ni bukan berpunca dari tulang!” ujar Doktor Haryati waras.
Si ibutunggal kehairanan dengan kata-kata tersebut. “Errr… maksud doktor?”
“Otot-otot yang lemah!” jawab Doktor Haryati.
“Saya kurang faham!”
“Berpunca dari masalah saraf seperti cerebral palsy dan penyakit otot seperti muscular dystrophy,” jelas Doktor Haryati.
Wajah ibu tunggal gesit pudar mendadak. “Errrrr… maksud doktor,secara tak langsung kelemahan otot-otot ni menyebabkan tulang jadi bengkok?”
Doktor Haryati mengangguk nipis. “Saya dapati neurofibromaAhmad Faisal agak serius. Dia memerlukan pembedahan,”
Si ibu meneguk liur. Mendadak suasana wad ortopedik nampaksuram. Gesit merenung tunak belakang anak kesayangan yang semakin membonggolbesar. Sejenak kemudian jagat suram terus.
* * *
Pagi tenang. Awan putihcomel berambal di pundak langit. Dahan pohon angsana pinggiran padang SekolahKanak-kanak Istimewa bergoyang lembut. Bawah naung redup. Tiga kanak-kanakriang melihat rakan-rakan lain bermain tanpa hirau kecacatan diri. Mesra dan akrab.
Idiopathic merenung wajah Silia Sara Farzana ceria. Betapagadis mungil itu pasrah dan redha dengan segala fitratullah dan masyi’atullah.Conginetal di sisi masih erat berpaut pada tubuh Emiliya Natasya. Biardijadikan lemah namun tabah dan redha juga seperti Silia Sara Farzana.
Cuma Neuromuscularagak kesal. Benar aku ini kejam, bisik hatinya. Angkara durjana Ahmad Faisalterpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk ke sana ke mari. Tulangbelakangnya tidak mampu menyokong badan.
“Ayuh kita ke sana!” Silia Sara Farzana menuding ke hujungpadang seraya mencuit bahu Emiliya Natasya. Teman angguk dan akur. Ahmad Faisalmengekor.
Roda kerusibergolek cepat.
Rujukan:
Scoliosis didefinisikansebagai kebengkokan pada bahagian sisi tulang belakang yang dapat dilihatdengan jelas dari belakang. Scoliosis boleh dibahagikan kepada tiga iaituneuromuscular, conginetal dan idiopathic. Neurofib-roma merupakan salah satudaripada jenis neuromuscular scoliosis. Sementara indiopathic juga bolehdibahagikan kepada tiga jenis iaitu infantile, juvenile dan adolescent.Infantile dapat dikesan sejak seseorang itu dilahirkan sehingga berusia tigatahun. Juvenile dapat dikesan apabila sesorang pesakit berumur 5 hingga 9tahun. Sementara adolescent pula dapat dikesan sewaktu berumur antara 10 hingga13 tahun.
XEON MVIDIA-IA
SMAHADZIR
MALAM gelemat. Pekarangan Taman Quantumbening. Jaluran cahaya meteoroid bergerak perlahan, menggaris separuh bahagiancakerawala. Zel di bingkai jendela kaca gelisar. Dia cuba membayangkan saiz‘jasad di angkasa’ itu. Bagaimana kalau jasadnya sebesar Zon-X? Sukarmembayangkan meteoroid sebesar itu jatuh menimpa kota canggih ini.
Namun,ini bukan mustahil, fikir Zel. Kawah besar di Yucatan itu buktinya, berdiameterantara 180-300 km. Dinasour pupus dengan hentamannya. Ngeri mengenangkan jikatragedi sama berulang di Zon-X. Zel menutup lawang ingatan yang gelisar lalukembali mendepani Xeon Mvidia-IA.
Miatersenyum sebaik Zel melabuhkan punggung di sisi. Sejenak melirik wajah remajatampan bertampang bujur itu, Mia meneruskan semula kerja-kerjanya - membantu Zelmelengkapkan perisian Xeon Mvidia-IA. Lima perisian utiliti dalam PC, utilitiuninstaller canggih, clean sweep,clean sweep deluxe, internetsweep,smartsweep, safesweep dan pelbagai lagi.
Xeon Mvidia-IA adalah perangkat yang menggunakan prinsipfenomena mekanikal kuantum dapat digunakan untuk mewakili dan struktur data.Dalam Xeon Mvidia-IA jumlah data dihitung dengan menggunakanqubit (Quantum Bits).
Spesifikasi Xeon Mvidia-IA memiliki kecepatan super komputer diperkirakan 9.900kali lebih cepat dari komputer konvesional juga mampu melakukan kalkulasisecepat 8,000 triliun per saat dan dapat mencatat kecepatan kalkulasi 2.6petaflop per saat.
Xeon Mvidia-IA dicipta dengan kos 99 juta dollar, dilengkapi 88.336unit prosesor Xeon X5670 dan 7.168 Nvidia Tesla M2050 pemproses grafik. Sistemkomputer ini tersusun dari 7,112 almari komputer, 8,900 almari penyimpanan, 9,570almari komunikasi, dan 8,900 almari I/O. Setiap almari komputer terdiri dari 79frame yang masing-masing memiliki 900 kipas dan 700 port papan pengalih. Totalpenyimpanan sistem Xeon Mvidia-IA sebesar 98 Petabytes dengan total memori sebesar 9,262terabytes.
Dalamwaktu sama Zel meneliti buat kali terakhir antara kehebatan perisian melaluidata informasi di atas meja.
“Okey,semuanya beres!”
PenelitianZel menyemak data-data tersebut tiba-tiba digugah suara Mia.
“Kejayaanini satu kegemilangan mutakhir dalam teknologi komputer,” ujar Mia lagi. “Takrugi kita bertungkus-lumus siang malam. Ini hasilnya,”
Zel tersenyum puas. Xeon Mvidia-IA ciptaanmereka berdua ini merupakan pengeluaran pemproses generasi tahun 2080 mainframe berasaskan complementary metal oxide semiconductor iaituModel P12 MaxII yang mempunyai prestasi setanding sistem E/420 ciptaan merekasebelum ini.
Produkyang disasarkan bagi persekitaran Parallel Sysplex dan E/420 standalone, Xeon Mvidia-IA turutmempunyai fungsi pelbagai guna tahap asas 12 (1 - cara melalui 12-cara), modelturbo berkuasa tinggi 8 (1-cara melalui 20 cara) dan model Coupling Facility.
Sebagaitambahan pada Xeon Mvidia-IA, Zel dan Mia telah menambah ciri-ciri sokongankepada E/420 sepenuhnya, OS/870, MVS/ESA, VSE/ESA dan TPF[RPQ], menggandakankemampuan Parallel Sysplex sepenuhnya, Stanby IP, sokongan 19.LPARs,Cryptographic pemproses bersama untuk menyokong transaksi perdagangan elektronikselamat dan seni bina menyokong sehingga 99 GB storan pemproses. Pendek kata, XeonMvidia-IA adalah komputer tercanggih tahun 2080 yang mampu dalam pelbagaitugasan manusia.
“Ayuhkita pulang dulu!” ajak Mia sejurus kemudian, melirik jam di pergelangan tangansambil mencuit bahu Zel. “Profesor Ray tentu gembira dengan kejayaan kita!”
Zel tersenyum. Mia mengangguk dan turuttersenyum.
LampuBilik X Makmal XXOI segera dipadamkan.
* * *
HENING malam dibebar satu dentuman kuatseolah-olah sebutir bom digugurkan dari pesawat perang. Warga penghuni Zon-Xgempar. Pelbagai spekulasi cagun. Paling heboh mengatakan sebuah piring terbangUFO telah terjunam jatuh lalu terbakar. Buktinya, kawasan lebih kurang 100 X200 meter persegi hangus dijilat api. Pelmacam spesies flora dan fauna turutrentung.
Berminggu-minggukawasan itu menjadi tumpuan pelbagai golongan; orang awam, wartawan,televisyen, pak menteri, ahli sains, polis, tentera, pakar pertanian dan tidakketinggalan pakar-pakar astronomi dan astrofizik dari Jabatan Angkasa Lepas& Pertahanan Zon-X (JAPN-Zon-X). Masing-masing membuat siasatan dan mencaribukti untuk mengukuhkan hujah dan kajian lanjut.
Zel dan Mia turut berminat dengan kejadianyang berlaku. Lebih kurang seminggu mereka bersama Profesor Ray dari JAPN-Zon-Xmundar-mandir di kawasan itu untuk mengambil gambar dan merakam segalatinggalan dari ledakan tersebut.
“Barangkaliini ledakan meteoroid!” Zel sekadar menduga.
“Lebihseminggu pihak kami menjalankan kajian di sini. Hasilnya, bukan disebabkan olehmeteoroid,” Ujar Prof Ray.
“Maksud Prof?”
“Analisisspektrum cahaya meteroid hanya nitrogen, hidrogen, oksigen dan sodium. Tidakterdapat unsur-unsur uranium tapi di kawasan ini sekarang penuh dengan molekuluranium.”
Zel dan Mia terbelangah. Uranium? Masing-masingsaling berpandangan.
“Kamimasih menjalankan kajian lanjut. Mulai besok, kami akan minta pihak berkuasamewartakan kawasan ini sebagai kawasan larangan kerana soal-soal keselamatan,”ujar Prof Ray lagi.
“Kalaubegitu, Prof mesti bantu kami,” minta Zel.
ProfesorRay tersenyum dan mengangguk. Sebelum mereka meninggalkan tempat tersebut, diatelah berjanji akan membantu Zel dan Mia.
* * *
Maklumat yang tertera di skrin Xeon Mvidia-IAdiulang baca satu persatu. Mia di sisi turut membantu. Tiba-tiba muncul satusinar menyilaukan. Berbentuk jaluran warna spektrum. Beberapa jenak kemudian,dari jaluran cahaya spektrum itu muncul pula tiga molekul atom seperti bebolaperak berkilau.
Bebola-bebolaperak tersebut berkitar-kitar di skrin Xeon Mvidia-IA sebelum berputar membuatbulatan 360 darjah. Beberapa jenak kemudian, ketiga-tiga bebola perak itu berhentiberputar. Salah satunya tiba-tiba terbelah dua dan memaparkan catatan:
“OBJEK YANG MELEDAK BUKAN DARI PLANET TETAPIHASIL CIPTAAN KOMPUTER LUAR. DILEPASKAN MELALUI BANTUAN SETELIT DI CAKERAWALA.”
Zel danMia mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut. Zel bertindakmenghubungkan sistem Xeon Mvidia-IA dengan super komputer Mega KXPP 5000 yangterdapat di JAPN-Zon-X melalui talian rahsia KOD 6280120. Penyiasatan danpengesahan talian Mega KXPP 5000 yang mempunyai talian 9980 di seluruh duniaitu dilakukan dengan penuh berhati-hati.
KemudianXeon Mvidia-IA pun mengeluarkan output:
“TALIAN KOD 6280120 PERISIKAN RAHSIA ZON-X TELAHLIMA KALI DICEROBOHI. DATA TERKAWAL. PERTAHANAN TEGUH.”
Zel dan Mia berasa lega dengan output tersebut. Laporan bercetak secaraautomatik segera dikeluarkan melalui mesin pencetak di sisi Xeon Mvidia-IA. Zelmenyalin beberapa salinan untuk disimpan dan ditunjukkan kepada Prof Ray.
* * *
“Saya meyakini cerita kamu kerana hasilkajian kami juga menunjukkan bukan meteoroid yang jatuh tempoh hari tetapisebuah bom uranium buatan manusia,” jelas Profesor Ray sambil memberi semangatkepada Zel supaya berbuat sesuatu. Dia yakin, kecanggihan sistem perisianmaklumat Xeon Mvidia-IA mampu menyelesaikan segala masalah.
“Barangkalimereka mahu merosakkan alam sekitar Zon-X,” duga Zel.
“Dengancara itu, seluruh dunia akan mengutuk kita seterusnya mengenakan tindakanekonomi. Akibatnya, tentulah Zon-X akan dilanda pelbagai krisis,” ujar Prof Ray.“Demontrasi rakyat akan berlaku dan akhirnya Zon-X akan tumbang!”
“Memangjahat niat mereka, Prof!”
Zelmeninggalkan bilik Prof Ray menuju ke Makmal XXOI. Sewaktu dia tiba di situ, Miasudah berada di hadapan Xeon Mvidia-IA.
“Malamini kita mesti di sini!” ujar Zel.
“Apayang perlu kita lakukan di sini?” soal Mia.
Zel segera menceritakan segala yang telahdibincangkannya dengan Prof Ray tadi. “Kita mesti musnahkan sistem superkomputer yang menceroboh. Hasil siasatan JAPN-Zon-X, mereka guna TalianAntarabangsa 980 sewaktu menceroboh sistem kita. Mereka juga guna satelit untukmenjatuhkan objek di Zon-X tempoh hari. Kita mesti musnahkan sistem superkomputer mereka.”
* * *
JAM 2200 malam. Zel dan Mia sudah bersedia. Zelsegera menghidupkan bekalan kuasa Xeon Mvidia-IA dan terus berhubung denganMega KXPP 5000 melalui talian sulit KOD 6280120.
Sementaraitu Mia menghubungi Prof Ray yang ketika itu sudahpun dapat melihat apa yangberlaku di Makmal XXOI melalui skrin televisyen. Segalanya ditindak dari sebuahkamera sesentuh canggih yang diletakkan di satu pojok Makmal XXOI.
Beberapaketika kemudian, terpaparlah satu maklumat di skrin Xeon Mvidia-IA. Sebuahagensi perisikan Zon-X luar telah berjaya menceroboh dan mencuri maklumattentang alam sekitar Zon-X. Benar seperti dugaan Zel dan Prof Ray selama inibahawa mereka ingin merosakkan alam sekitar Zon-X.
Sebuahsatelit telah diprogramkan untuk melepaskan sebuah jisim berbentuk meteoroid dicakerawala. Di dalam jisim tersebut dipadatkan dengan gas-gas beracun yangmampu mematikan tumbuhan hijau, menambah-nipiskan lapisan ozon, menutrealkanubatan, dan mengurangkan kandungan oksigen udara yang boleh memusnahkan terusmanusia atau apa saja.
“Cepathubungi Prof Ray!” arah Mia kepada Zel. Zel segera akur.
“Kamudah bersedia?” tanya Prof Ray.
“Sudah,Prof! Kita mulakan sekarang!” balas Zel dengan penuh semangat
“Okey,beri arahan perlindungan kepada Xeon Mvidia-IA dan mulakan pengesananpenggunaan keseluruhan talian sulit. Kita tunggu dan lihat,” Prof Ray memberiarahan. Arahan segera dilaksanakan Mia. Zel sekadar memerhatikan segalaperkembangan.
“Prof,adakah Prof dapat output dari MegaKXPP 5000?” tanya Zel sejurus kemudian.
“Ya,dapat!” jawab Prof Ray. “Saya akan cuba siasat punca perhubungan.” Diam sejenak.Kemudian bersuara lagi. “Perhubungan berpunca dari sebuah super komputerXYXY/101 yang terdapat di sebuah negara moden adikuasa. Kendalian automatik!”
Miadan Zel sekarang berhadapan dengan kecanggihan teknologi komputer. Mungkinlebih canggih dari Xeon Mvidia-IA. Namun, mereka tidak cepat putus asa. Apapunterjadi, semangat melawan tetap bersemarak dalam dada masing-masing. Tiba-tiba XeonMvidia-IA memaparkan maklumat:
“STAR XR = kawal keseluruhan komputer dan satelitdi cakerawala. Misi - melancarkan objek berbentuk meteoroid jenis XANIUS SUPERCOMMA. Objek dibekalkan bahan 1 tan uranium. Akan dijatuhkan di tengah-tengahpusat pentadbiran Zon-X. Nisbah: 1,000 miligram uranium boleh membunuh satunyawa, 3,000 miligram boleh mengeringkan semua daun hijau seluas 2 hektartanah.”
“XYXY/101 = mengawal dan mengarahkan komputer dansatelit di cakerawala. Mengawal sebiji peluru berpandu seberat 1 tan.Kandungan, bahan kimia beracun boleh membantut pembesaran semua organisma. Arahpelancar - Banjaran Gunung. Misi bermula tepat jam 0000 waktu rahsia.”
Zel tersentak besar.
“Janganresah dan kuatkan semangat!” ujar Mia.
“Errrr…saya sekadar terkejut!” balas Zel. “Tak usahlah kamu bimbang!”
“Zel!Kamu dah baca maklumat di Xeon Mvidia-IA?” tiba-tiba Prof Ray bertanya.
“SudahProf! Apa tindakan kita seterusnya?” soal Zel.
“Gabungantenaga kita diperlukan bagi membentuk satu pertahanan. Kemudian tukarkan arahanasal kepada arahan terbaru. Selepas itu musnahkan sistem pengarahan kedua-duasuper komputer tersebut sebelum mereka bertindak. Sebelum itu, salin semuamaklumat dan data yang terdapat di super komputer mereka!” arah Prof Ray.
Zel segera mengarahkan Mia bertindak. Sistempertahanan dibentuk. Arahan baru diprogramkan. Sasaran ditukar kepada puncaarahan. Kedua-dua arahan ditukar serentak. Sasaran Meteoroid XANIUS SUPER COMMAke punca arahan peluru berpandu beracun yang diarahkan ke Banjaran Gunung.Sasaran peluru berpandu beracun ditukar ke punca arahan Meteoroid XANIUS SUPERCOMMA. Prof Ray terus memberi arahan, “Bersedia! Dalam kiraan 10 saat, tekankekunci ENTER.”
“BaikProf!”
10…09.. 08.. 07.. 06.. 05.. 04.. 03.. 02.. 01.. 00..
Gihh…gihhhh… gihhhhh… bizzzztttt… Bizzzzzztttttttt…
KekunciENTER serentak ditekan. Sejurus kemudian satu garisan hitam berlajur di skrin XeonMvidia-IA. Meteoroid XANIUS SUPER COMMA meledak di punca arahan peluru berpanduberacun sementara peluru berpandu beracun pula meledak di punca arahanMeteoroid XANIUS SUPER COMMA. Imej api dan asap terpampang jelas di skrin Xeon Mvidia-IA.Memberi makna satu letupan dan kebakaran besar telah berlaku.
Sementaraitu, sebanyak 9 juta data dari kedua-dua super komputer tadi sempat dirakam kedalam pusat penyimpanan data Xeon Mvidia-IA. Maklumat tersebut akan digunakanoleh Zon-X sebagai bahan bukti dan penyiasatan menyeluruh pakar pertahanan.
TalianKOD 6280120 kini tidak lagi boleh dicerobohi sebarang kecanggihan komputerasing. Taliannya telah dipagar serta dikawal sistem pengawalan canggih Xeon Mvidia-IA.
Keesokanhari, akhbar-akhbar perdana telah melaporkan satu letupan besar telah berlakudi bahagian pemerosesan maklumat komputer XYXY/101 milik pusat satelit sebuah negaraasing. Letupan tersebut telah memusnahkan seluruh data yang terdapat didalamnya.
Satuletupan lagi lebih menggemparkan. Pusat pemprosesan maklumat komputer STAR XRmilik sebuah lagi pusat angkasa lepas negara itu turut musnah termasuk semuamaklumat di dalamnya.
“Biarlahperkara di sebalik kejadian ini menjadi rahsia kita!” ujar Zel. Senyum lebarmemurup di bibir. Mia turut tersenyum.
Xeon Mvidia-IAdiam di sisi.
LEANIGERUM TESYMANII
SMAHADZIR
SEKARAR pagi begini, aku sudah mengatur langkah mengitarimandala lapan hektar perbukitan menghijau leanigerumdiseli sedikit tesymanii.Direalisasikan dari belantara tebal sejak meninggalkan jawatan pakar penyelidiksintesis organik University of Illinois, Chicago.
Bayu galak berkesiur. Miang membelai.Kalau tadi beraroma sejuk kerana dibaur molekul dingin dari jeram bertingkatyang deras mengalir di pusat bukit, tetapi kini agak suam ditusuk sinarmatahari, menyelit antara dedaun lalu membentuk jaluran cahaya ke bumi. Gelicauunggas cagun berselerak. Aku tetap karar di sini dengan kesuburan leanigerum, dengan kehijauan tesymanii. Sentosa hati.
“Engkau sudah nyanyuk, profesor!”
Siapapun sukar mengerti. Entah apakahhasilnya pokok-pokok ini? Entah apa faedahnya dua spesies ini jika mahudibandingkan dengan rambutan, durian, mangga siam, dokong, buah naga atautanaman lain? Biar tuduhan prejudis itu bersipongang. Realitinya, mandalaperbukitan seluas lapan hektar ini sudah sarat menghijau leanigerum dan tesymanii.
“Kenapa memilih dua spesies ini untukdisuburkan?”
Kerana Murni.
“Murni? Siapa Murni?”
Dia isteriku. Isteri yang telahmenganugerahkan aku sepasang zuriat dambaan kasih - Kuntum dan Dahan. Sayang,dia telah pergi meninggalkan aku sewaktu ujikaji kami di peringkat pengumpulansampel. Jelu amat mengenangkan. Ourgh…! Diam.
“Teruskan!”
Sungguh, Murni isteriku yang baik.Luhur penyayang. Sering mengingatkan aku tanggungjawab memelihara kelestarianalam supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Aku penyambung cita-cita danharapannya yang berakhir dengan renggutan maut virus durjana itu.
Ya, Murni meninggal dunia kerana HIV.Siapalah aku mahu menghalang nahas itu dari menjerba perjalanan Murni sewaktupulang dari membeli-belah di Kota Chicago. Akibat kemalangan itu dia mengalamipendarahan yang banyak. Beberapa tahun kemudian isteriku terpaksa bertarungdengan virus HIV dari darah yang dipindahkan ke tubuhnya.
Betapa rakus serangan virus durjanaitu. Murni kecundang. Sungguh-sungguh aku kesal dengan kehilangannya. Kesalkumenghenyak seluruh hidup kerana Murni tidak sempat melihat kejayaan ujikajikami pada sampel (+)-calanolide diekstrakdari bintangor spesies calophyllumlanigerum. Aku… aku bersama beberapa ahli botani University of Illinois,Profesor Green - rakan dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat (NCI)juga Dr. Love dari agensi Arnold Arboretum Research (sebuah agensi penyelidikansintesis organik persendirian).
Kajian in vitro yang telah kami jalankan menunjukkan (+)-calanolide A, sejenis bahan bukan nucleoside memberi tindak balas berbalik kepada enzim perencat atautranscriptase (NNRTI), bertindakaktif terhadap virus HIV-1 termasuk strainrintang terhadap ubat-ubatan seperti azt,nevirapine dan pelbagai NNRTIs.
Kami dapati, bahan itu jugamenunjukkan kemampuan bersinergi biladigunakan secara in vitro bersama-samadengan analog nucleoside seperti AZT, ddC, ddI, d4T dan 3TC; serta dengan bahan perencat bukan nucleoside seperti nevirapine; dan perencat proteaseseperti saquinavir dan nelfinavir.
Kajian terhadap haiwan menunjukkankompaun bahan itu boleh menembusi takungan virus dengan menembusi halangan padabahagian otak dan memasuki otak, seterusnya berkumpul pada nidus limfa.
Ujikaji kami pelbagai - berjujukan,rawak, kawalan placebo termasuk ujianciri-ciri keselamatan, pharmacokinetics sertakesan dua dos (+)-calanolide A dijalankanatas pesakit HIV positif. Keputusannya memberangsangkan. Diserap dan beredarbaik melalui saluran darah kendati wujud sedikit loya, pening radangan dan nausea ringan.
Apakah tidak wajar aku menyesalikehilangan Murni meski dalam waktu rakan-rakan lain bergembira dengan kejayaanpenemuan ini? Mereka berhak untuk bergembira setelah pelbagai kesulitanditempuh sepanjang ujikaji berlangsung.
Penemuan penawar ini manis, kejayaanini manis. Wajar mereka gembira. Sedang aku, wajar juga untuk bersedih. Penawaryang kami usahakan tidak sempat dinikmati Murni. Kesal dan jelu sungguh.
“Tapi, kau masih ada dua zuriattinggalan Murni! Dahan…”
Argh… usah disebut nama anak jantanitu. Tidak seperti aku harapkan. Tidak pernah menghargai usaha-usahakumenyuburkan bintangor malah ada riak-riak tidak senang menyerlah.
“Kau masih ada Kuntum, bukan begitu?”
Kuntum laksana ranggi cempaka putih.Tercium gerbaknya mengingatkan aku pada gemulah Murni. Cempaka putih seringterselit di sanggul, menyerlah keayuan, menggamit pesona. Oh Murni…
Mentari sudah mencanak di puncakkepala. Membahang melengas. Ada lawang perpisahan antara kita. Bintangor, akupulang dulu...
* * *
Bilik empat persegi, kemas, dingin hawa menyengat. Mejakayu nyatuh. Kerusi pusing empuk. Dahan bersandar segar, mata menelitifail-fail bersusun atas meja. Jam baru sembilan pagi kala hand-phone melengking.
Gesit diangkat dan ditekapkan ketelinga.
“Hello!”
Diam.
“Hello!!!”
Cit! Putus pula! Hand-phone gesit diletakkan atas meja. Mata mengitari semulafail-fail di hadapan. Namun mendadak pula benak menerawang, menghimbau wajahTuan Usahawan dari Konsortium Cekauwang Bhd, mengirap mesra ke sepasang mata.
“Projek ini mampu menarik jutaanpelancong ke Daerah Maju, Encik Dahan! Saya yakin, nama Encik Dahan sebagai PBDaerah ini pun akan turut harum!”
“Jadi?”
“Kuasa encik diperlukan! Errr, kuasaberbayar!”
“Nanti saya fikirkan!” Senyum saratmakna.
Tuan Usahawan turut senyum. Fahamretorik tersirat.
“Taman rekreasi lengkap resort dan chalet mewah yang nak dibangunkan tu melibatkan kemusnahanbintangor milik bapa saya, Tuan Usahawan!”
“Itu saya tahu, Encik Dahan! Bukitseluas lapan hektar tu terletak di pinggir kawasan maju. Sekeliling sudahmembangun. Kewujudannya amat menjolok mata kalau tidak dibangunkan.”
“Saya sedar itu, Tuan Usahawan! Malah,sudah lama saya fikirkan. Bintangor bapa saya tidak menjamin pulangan besar.Pasaran nihil. Barangkali juga bapa saya sudah nyanyuk, meracau dengan impianmasa depan yang kosong…”
“Orang tua memang begitulah, EncikDahan!”
“Banyak lagi tanaman lain yang bolehdiusahakan tapi bintangor itu juga jadi pilihan!”
“Sudahlah, Encik Dahan! Kita lupakansoal tu… err… saya dah berbincang dengan Datuk OB (Orang Besar). Dia setujudengan pendapat saya. Cuma satu pesanannya: Projek Taman Rekreasi itu mestidirealisasikan secepat yang boleh!”
Dia mengangguk.
“Errr, satu lagi... Lembaga PengarahKonsortium Cekauwang Bhd dah bersetuju melantik Encik Dahan sebagai salahseorang pemegang kepentingan taman rekreasi tu!”
Dia angguk terus.
“Encik Dahan! Ada tetamu nak jumpaencik!”
Lamunan gesit bubar. Berkecai kala melihatSiti Aisyah di muka pintu bilik.
“Suruh dia masuk!”
Seorang lelaki agam terjengul. “Selamatpagi tuan!”
“Selamat pagi eh… Encik Tong Kang!Sila duduk! Sila duduk!”
“Tuan sudah minum?”
Dalam senyum. “Baru lepas!”
“Tadi saya ada telefon tapifikir-fikir… lebih baik datang jumpa sendiri!” bersuara mesra sewaktu punggungberlabuh di depan Encik Dahan.
“Oooo… talian yang putus tadi?”
“Sengaja diputuskan!”
“Tentu ada hal mustahak!”
Lelaki agam itu tersengih lebar.Pengusaha kuari bijak, workholic danpemurah. Tidak terlalu lama untuk melunaskan hajat hati. Sekeping enverlope 11cm X 22cm dihulurkankepada Encik Dahan.
“Eh, surat apa pula ni?” Pura-pura hairan.
“Bukan surat tuan, errr… ang pau!!” Encik Tong Kangtersengih lagi.
“Bukan rasuah?”
“Jangan cakap macam tu, tuan! Alaa…sikit saja ang pau untuk anak-anaktuan,”
“Kenapa bawah meja?” Encik Dahanseparuh berbisik.
“Takut orang lain nampak, tuan!” EncikTong Kang tersengih-sengih.
Encik Dahan turut tersengih. Lebihlebar. Tangan menyambut cepat. Enverlope bertukartangan. Terbayang dalam kepala. Bukit batu kapur pinggiran laut hujung DaerahMaju yang dulunya teguh terpasak dalam bumi, sudah terpokah diledak granite Tong Kang Sdn Bhd.
Pelbagai flora dan fauna unik di bukititu melenyap termasuk sebuah gua kaya stalaktaitdan stalagmait. Jutaan makhluk spesies cheiromeles torquatus, megaderma lyra, scotophilus kuhli dan megaderma spasma kehilanganzuriat-zuriat setelah kediaman mereka berkubur bawah tanah.
Beberapa tagal bertukar khabar tentangkeluarga, bussiness dan soal-soalpolitik semasa, Encik Tong Kang pamit. Encik Dahan gesit menyelak enverlope 11cm X 22cm. Adakepingan-kepingan kertas biru kelabu cair di situ. Ada ubi ada batas! Ang pau untuk anak-anak! Spontan bibirmemurup senyum.
* * *
TV4 mengungkap kembali pelbagai petaka yang menjerbadunia sebagai mukadimah lawang alafbaru. Gempa di Turki. Taufan di Florida. Ribut di California. Ledakan gunungberani di Kepulauan Haiti. Banjir besar di China.
Sedikit tidak terkesan. Dahanbersahaja menghirup susu high calciumsajian isteri. Cepu kepala bergentayangan pelbagai. Beraduk baur. Pertemuanbeberapa malam lalu gesit cagun.
“Kuntum! Masuklah!” Hanizah mempelawalunak sebaik menguak daun pintu teras cengal. “Eh, mana bapa?”
“Dia di rumah. Baca kitab!” senyumKuntum bersahaja dan terus ke ruang tamu. Melabuhkan punggung di sofa kulitsisi Dahan yang asyik mengelus perut. Kekenyangan. Sekilas mencuplik tancap kearah kakak ipar yang sudah melangkah ke dapur.
“Kamu datang just a right time. Abang baru saja balik dari kota,” Dahan mulabersuara. “Teman lama belanja makan di Hotel Lima Bintang tadi. Eh, seorangsaja? Kenapa tak ajak bapa ke mari?”
“Errr… sebenarnya bapa ke bukit!”Kuntum mengeluh.
“Dah sah, Kuntum! Memang sah orang tua tu dahnyanyuk!” Dahan gesit menggeleng dan berdecit. Beriak kesal.
“Sebenarnya, fikiran bapa terganggu!”
“Ah, bapa sengaja cari masalah,Kuntum! Masalah itu yang mengganggu fikirannya. Sepatutnya, bapa berehat sajaselepas bersara. Buat ibadat banyak-banyak sebelum mati.”
“Abang tak ada hak nak menentukankehidupan bapa baik sebelum mahupun selepas bersara. Begitu juga kecintaan bapakepada kehijauan dan kesuburan bintangor di bukit tu!” Kuntum sungguh kurangsenang. Suara sedikit gerah.
“Itu kata kamu, Kuntum!” Dahantersenyum nipis. “Sebagai anak lelaki, abang tetap ada hak atas kehidupan bapa.Menjadi tanggungjawab abang untuk melihat bapa tidak dihenyak masalah. Bapaperlu disedarkan dari mimpi siang hari. Usaha bapa menanam bintangor di bukittu sia-sia saja!”
“Itu kata abang! Bapa ada alasantersendiri!”
“Apa juga alasan, pembangunan perludiutamakan. Tilik masa depan bukit tu. Untuk apa dibiarkan tersergam di situtanpa apa-apa kemajuan! Lagipun, abang sebagai PB daerah ni, berasa malu jikabukit tu tak dibangunkan dengan sesuatu yang berfaedah untuk semua!”
Hening.
“Beginilah, Kuntum!” Dahan terkesanperubahan pada wajah Kuntum lalu bersuara setelah bertagal membungkam. “Takusahlah kita dua beradik bergaduh fasal bukit tu lagi. Lagipun, pentadbirdaerah sudah pun memutuskan. Warga Daerah Maju memerlukan sebuah taman rekreasiuntuk berehat. Secara tak langsung, akan menarik minat para pelancong ke sini.Bukit tu dikira tempat paling strategik untuk dibangunkan!”
“Kami sudah sepakat akan mengadakandemontrasi membantah sebarang kemusnahan terhadap bintangor milik bapa!” tegasdan waras Kuntum bersuara.
“Barangkali kamu lupa agaknya! Pokokpembangunan berpaut kukuh pada tunjang kuasa dan wang! Tahu itu?” Dahantersenyum sinis.
Denting jam antik bersipongangmengejutkan. Lamunan berjela-jela Dahan terburai. Kemamar sejenak sebelumbangun menuju bilik tidur. Terasa puas dan lega namun sedikit kesal. Kuasa danwang juga boleh merenggangkan tali persaudaraan. Ah, biarkan!
* * *
Sering begini. Sekarar pagi begini, aku sudah mengaurlangkah mengitari mandala lapan hektar perbukitan yang dulunya menghijau subur leanigerum diseli sedikit tesymanii tetapi kini sudah meriahsebuah taman rekreasi lengkap resort danchalet. Serba mewah.
Serasa ada bayu langkisau menerjanggarang. Membalun dan menghenyak. Bintangorku tiada lagi.
KUDRAT SEORANG PENGARANG
SMAHADZIR
PEREMPUAN itu, dengan blazerbiru, duduk di pojok membelakangi pintu. Mungkin sedang menunggu. Mungkin ingindibelai manja. Didekati dengan permintaan maaf romantis lalu bergurau-senda.Mungkin. Menghadapi jus oren dan menghabiskan biskut coklat dengan perlahan.Menghayatinya, seakan-akan tidak akan ada lagi ketika untuk makan minum. Tetapiapakah kebahagiaan cuma itu? Sesederhana itu? Nur Habibah Dato Paduka OsmanHalimin muncul.
“Sudahlama?” soalnya.
Aku menggelengmengisyaratkan tidak terlalu lama. Sekadar lebih kurang lima belas minit sajalamanya. Aku menarik kerusi untuknya. Membiarkannya duduk sambil menyedut baupewangi yang menggerbak dari tubuhnya.
“Gantipewangi?” soalku.
NurHabibah tersenyum lesu. “Pakai pewangi yang sama pun jemu juga!” ujarnyabersahaja. Kemudian tersenyum. Meraih menu dan memilih hidangan yang berkenandi hati.
Akumenyandar. Menyemak profil. Tersentak ketika dia tengadah.
“Kamusudah pesan?”
“Belumlagi!” jawabku.
“Laa,kenapa tak pesan? Kenapa tunggu aku?”
“Akufikir kamu mempunyai selera yang bagus? Tolong pilihkan untuk aku sekali!”
NurHabibah tersenyum lagi. Tangan teracung, telunjuk menuding, sambil menggelengkankepalanya. Menulis. Menyorongkannya sambil bersandar menunggu pelayan mengambilpesanan. Aku menyemak tape, menyerap suasana tenang di restoran ketikamakan tengah hari akan dimulai, dan jalanan lengang.
Kotamenyembunyikan orang ramai dalam pejabat, tekun semuanya dalam usaha mencukupikeperluan hidup. Ya! Tetapi perempuan di pojok itu, yang membelakangi pintu dansibuk dengan menu sederhana itu? Seorang penganggurkah dia? Seorang yang sedangmenghabiskan cuti tahunankah? Siapakah dia?
“Adaapa, Fikri? Apa yang kamu sedang fikirkan?” soal Nur Habibah.
* * *
Di Mega Bookstore, dibahagian buku sastera, aku melihat perempuan itu lagi. Blazer kremdengan baju panjang span krem belahan belakang. Juga baju dalam tanpa leher.Berdiri, memusatkan diri pada sebuah buku. Dibaca kulit belakangnya, hinggakelihatan cover-nya. Hitam berbunga daffodil timbul. Antologicerpen penulis Pujangga Marhaen - Jalan Lengang.
Perlahan-lahanaku mendekat. Meraih buku yang sama. Menyemak gambar kulit, memeriksa daftarisi. Ada sembilan belas buah cerpen. Tiga darinya serasanya pernah dibaca dalammajalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Diapengarang yang bagus…” aku cuba bersuara.
Diagesit mengalihkan pandangan matanya kepadaku.
“NovelPersembahan Terakhir karangannya diakui ramai pengkaji sastera sebagaisebuah novel yang baik, mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik minat pembacauntuk menghayati ceritanya..” tokokku mengumpan perbualan dengannya.
Diamengangguk.
“Temayang dipaparkan hebat, tema ketabahan dan kegigihan seorang pemuda kampunguntuk mencapai kejayaan…” ujarku mulai bersemangat.
“Teruskan..”katanya, lunak.
“Err,Ikram yang tidak mempunyai pendidikan tinggi akhirnya telah menjadi seorangpenggubah lagu yang terkenal berkat ketabahan dan kegigihannya. Untukmembuktikan kejayaannya, dia diberi penghargaan untuk memimpin PersembahanOrkes Perdana yang telah dihadiri oleh Perdana Menteri dan Yang di-PertuanAgong…”
“Sayadah baca novel ni,” dia mencantas.
“Novelni mengetengahkan gaya bahasa yang menarik, dipenuhi diksi moden sepertipenggunaan bahasa Inggeris untuk menyokong latar masyarakat dalam cerita. Selainitu watak antagonisnya juga berjaya menghidupkan jalan cerita. Penulis ini berjayamenghidupkan watak antagonis dengan berkesan. Kekejaman yang dilakukan oleh watakantagonis dan kebenciannya terhadap Ikram telah berjaya meninggalkan kesan yangmendalam kepada pembaca. Contohnya, Ikram dilarang makan malam adalah antarabentuk hukuman yang keras dijatuhkan oleh watak antagonisnya. Watak itu sanggupmenjatuhkan hukuman tersebut tanpa perikemanusiaan. Tindakan ini berjayamenimbulkan rasa benci pembaca terhadapnya.” Panjang lebar aku mencerlus tentangPersembahan Terakhir karya Pujangga Marhaen itu
Perempuanitu memandang wajahku tunak-tunak.
“Maaf,itu serba sedikit yang saya tahu tentang Persembahan Terakhir karanganpenulis Pujangga Marhaen ini. Kamu menyukainya?” aku bertanya.
Perempuanitu tersenyum. Mengangguk kecil. Meletakkannya, meraih novel Pujangga Marhaen lagisebuah, Seleret Cahaya. Diterbitkan oleh Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.Ya! Perempuan itu membaca kulit belakang, dan melirik. Menunjukkannya sambilmengangguk lagi.
Akutersenyum. Aku juga pernah menulis rencananya di dalam laman web Klik-webDBP. Ya! Aku tersenyum. Aku menarik nafas, mengumpulkan ingatan. Tersenyum lagidan mengangguk kecil.
“Kamusudah membaca novel Seleret Cahaya ni?” soalnya kepadaku.
“Sayayang menulis biografi penulis prolifik ini dalam laman web... novel ni jugasaya dah hadam plotnya.”
“Bagustak ceritanya?” soalnya lagi.
“Bagusjuga,” jawabku.
“Bagusmacam mana?”
“SeleretCahaya ni bukanlah sebuah cerita biasa kerana dalam kehalusanceritanya tersirat berbagai erti tentang masyarakat dan pengalaman tokohseniman dalam zamannya,” ujarku. “Tokoh seniman dalam novel ni adalah seorangpenglipurlara yang hidup sebelum dan sewaktu Perang Dunia Kedua. Novel niberkisar pada kehidupan Pak Dolah, seorang tukang cerita, yang menghadapisaat-saat hidup yang memilukan. Zaman yang berubah mengancam kedudukan danperanan pentingnya kerana masyarakat tidak lagi meminati seni yang diwarisi,terutama generasi muda, akibat dari perubahan nilai dan kemajuan material.Perasaan dan harapan Pak Dolah menjadi bertambah pahit apabila kepandaiannyaitu tidak dapat dipindahkan kepada satu-satunya anak lelakinya yang cacat akalsejak kecil.”
“Wau,hebat ceritanya,” dia memuji seraya mengacungkan ibu jarinya kepadaku.
“Sebabpenulisnya hebat,” ujarku.
“Kamujuga seorang penulis rupanya,” dia tersenyum manis.
“Sikit-sikit..”Aku bersuara gembira sembari menghulurkan tangan dan perempuan itu menerimanya.Kami bertukar nama - bertukar kad nama. Aku mengukuhi kompilasi cerpen PujanggaMarhaen.
Akumerancang membelinya untuk melengkapi koleksi buku sastera, sekali gus akanmembuat sebuah makalah di Dewan Sastera. Seperti biasanya. Menarik nafasmemperhatikannya menjauh - ke rak majalah hiburan. Kemampuannya ada di sana.Cuma ingin dibawa oleh suspens, terumbang-ambing lupa segala. Terhiburatau menghibur diri?
* * *
Siti Nordiana menelefon,cerpen Belantara Cinta muncul di aroma. Aku terkejut. Pertama, aku belumtahu bahawa cerpen yang dikirim tiga bulan lalu itu telah tersiar. Kedua, SitiNordiana ternyata masih ingatkan aku.
“Itubagus, tahniah Fikri!” katanya, menggoda.
Akutertawa. Aku tidak tahu berkata apa-apa lagi. Sebuah cerpen, yang ditulis tidakserius, disediakan untuk majalah hiburan, tetapi diperlukan sebagai sesuatuyang besar. Seharusnya cuma dianggap hiburan, diperlukan sebagai sesuatu yangmenghibur. Aku memindahkan telefon bimbitku ke pipi lain.
Akumemerhatikan monitor komputer, tulisan memenuhi layar dan hilang diganti olehkonfigurasi 3-D. Aku sedang menulis novelet dengan asas autobiografi NurHabibah Dato Paduka Osman Halimin.
“Tulisanapa adanya,” katanya, di restoran, “Biar aku lega, bebas dari beban batin. Terusterang, sudah lama aku ingin mengungkapkannya tapi tak mampu - tak ada bakat.Apakah kamu mampu, Fikri?”
“Ya!Serasanya mampu!”
Tetapiapakah aku ingin menolong Nur Habibah melakukan katarsis atau aku usil inginmengetahui apa yang telah terjadi di dalam masa sepuluh tahun itu?Perasaan-perasaannya, kepada Imran, setelah sepuluh tahun berpisah? Terutamanyasebaik selesai seminar yang perih itu: Berkurang atau tetap membara?
Merekabercinta, berhasrat akan menikah. Tetapi orang tua Nur Habibah iaitu DatoPaduka Osman Halimin dan Datin Muriyani Dato Khuzair memisahkannya dengankasar. Mengawalnya ke manapun pergi - dengan kereta dan pemandu tetap. Akumerasa senang. Tenang. Aku berfikiran: Perasaannya akan dilindungi, amanterisolasi, hingga aku akan memiliki kesempatan untuk menyelinap memasukihatinya.
Nyatanya,meskipun Imran dijauhkan, Nur Habibah tetap merindukannya. Aku berundur,memutuskan pergi ke Kuala Lumpur, cuba merintis jalan berjaya dan merengkuhnya.Nyata - sepuluh tahun kemudian kami bertemu di dalam seminar, aku menangisketika menyedari dia masih merindui Imran, dan memilih mengekalkan cintanyameski Imran sudah menikah dan mempunyai dua orang cahaya mata: Meleset!
Bahkandia minta agar aku menulis sebuah novel tentang cinta abadinya kepada Imran,tentang penyesalannya kerana tidak berani menentang orang tua, dan pilihannyauntuk tetap bertahan membujang. Ya! Apa lagi yang mampu dilakukan? Apakah ikutmelaksanakan cinta terpendam, kepahitan gagal dicintai oleh orang yang sangatdirindui, ke dalam cinta platoniknya Nur Habibah? Sebuah empati untuk semacammelodrama kosong, yang tak punya apa-apa makna? Aku menelan liur. Memejam.
“Hello?”
“Sorry,Diana, sorry. Aku sedang menulis ni! Selepas ingatan ada di dalam pendrive, separuhnya dibawa kamu ke dalam cerpen yang separuh aku ingatakannya..”
“Akumengganggu ya?” kata Siti Nordiana bernada kesal.
“Tidak..lagi bingung menguraikan benang.. kusut.. fakta, fantasi dan emosi. Aku..diminta kawan menfiksikan pengalamannya menjadi anak taat, lalu kehilangan jatidiri.”
“Kawankamu yang di Restoran Siti Khadijah itu ya?”
“Apa?”
“Akupernah melihat kamu bersamanya di Restoran Siti Khadijah tu! Ya kan?”
“Mengarut..”
“Heh,kawan atau buah hati? Ayuh, jangan berahsia pula...”
* * *
Nur Habibah bertanya tentangdraf novelnya. Aku menarik nafas panjang. Bergentayangan di cepu kepala memorimasa di sekolah menengah sekali lagi. Aku berkawan dengan Imran, dan sama-samameminati Nur Habibah. Imran lebih agresif kerana memiliki segala syarat sebagailelaki yang kacak di hadapan Nur Habibah yang juga ayu.
Merekamenjadikan aku sebagai posmen. Aku membawa surat Imran kepada Nur Habibah, akumembawa surat Nur Habibah kepada Imran, dan juga menemani mereka menonton filemBobby atau makan ais krim di tepi sungai. Terpanggang kerana aku senantiasaingin menendang Imran, kerana aku selalu ingin merangkul Nur Habibah. Sekali gussedar bahawa aku cuma anak keempat seorang guru - ibu suri rumah sepenuh masa -yang menyekolahkan anaknya dengan banyak menunggak lain-lain perbelanjaan. Akumerasa terlalu kerdil. Seperti sampah. Lantaran itu aku bermimpi menjadi orangbesar dan dikenangi Nur Habibah. Sekarang aku dikenangi, sekadar penampungceria.
“Macammana, Fikri?”
“Susah...”
“Laa…macam mana ni? Katanya mampu. Mudah...”
“Bukanbegitu. Aku tak mampu membuat jarak. Aku kenal kamu, aku kenal Imran, aku tahusemua tokoh utama yang wujud dalam hidup kamu tu! Ini bukan cuma masalah orangtua dengan anak. Ini masalah Dato Paduka Osman Halimin dan Datin Muriyani DatoKhuzair - orang besar.”
“Wah,sampai ke situ perginya..”
“Sasteramesti berani menampilkan cerita sebenar meski watak boleh ditukar kepada namalain..”
“Jadi?”
“Apakahwajar menepuk air di dulang lalu terpercik ke muka sendiri? Meski dengan namasamaran?”
“Lupakanlah…”
NurHabibah menunduk. Kecewa. Dia menyatakan bahawa gagasanku itu mungkin benar,bahawa semua keinginannya itu mungkin kerana dia terlalu lama mengharap dankehilangan harapan ketika mengetahui Imran tidak lagi mengingatinya.
“Barangkalimemang bodoh. Dungu mengharapkannya, kecewa dan menyalahkan orang tua yangmenyebabkan semua itu. Mengapa tidak melihatnya sebagai masa muda. Impian yangharus dihapuskan. Cinta untuk dilupakan. Maafkan aku, Fikri!”
Akutermangu-mangu. Apakah aku juga harus ikut melupakannya seperti sepuluh tahunlalu, mengambil keputusan meninggalkan dia bersendirian? Melenyapkan segala, mencabutakar kewujudan, dan membuang diri ke Kuala Lumpur?
Lantasapa yang tersisa bila aku menghapuskan Nur Habibah, yang menjadi motivasiaktualisasi ketika ini? Semangat aktualisasi diri. Energi dan tuntutan untukberjaya. Sauh kebanggaan, malah mengingkari diri, ketika dibawa ke seminar itu.
Fatamorganayang menyakitkan, sangat menyakitkan, ketika diminta cuma ditelan dan tidakdiungkapkan, kerana Nur Habibah menelan pil pahit? Mengapa Imran yang bebas danberbahagia? Apakah kini aku harus menulis dengan rasa sarat kebencian - selainkesunyian dan rindu?
Akumeraih dompet, mencari kad nama Siti Nordiana Hamdani. Berhasrat untuk sekadarmengajaknya menonton dan berbual. Aku menghubunginya. Menunggu, terus menunggu.Lalu terdengar suara yang amat mengantuk. Aku menggodanya. Siti Nordianamenguap - mungkin telefon di sisi pembaringan.
“Sorry.Aku sudah diajak tunangku ke Cameron Highlands. Dan mungkin lain kali saja, Fikri,”katanya. Telefon ditangkupkan. Seberang mendengung.
Akumemejam. Mengembalikan semula perhatian dan berhadapan dengan deretan huruf danangka telefon bimbit di tangan. Apakah aku harus menelefon orang lain pula?Atau pulang dan kembali mengetik laptop-ku menyiapkan sajak, cerpen dan jugaartikel yang masih perlu diperbaiki? Atau menyiapkan kompilasi cerpen, menulisrencana atau kritikan, menyusun artikel atau kolom, dan berpuisi. Dan macam-macamlagi aku boleh lakukan.
Bergulat dengan sepi dan berpura-pura tidakkesepian dengan menulis tentang kesepian secara teramat indah. Tertawa di dalamkesedihan. Tidak muram kerana mampu mentertawakan kesedihan? Begitukah kudrat seorangpengarang? Begitukah?
GAYAT
SMAHADZIR
SEJAK melompat keparti kerajaan dan dilantik menjadi Timbalan Menteri, YB Semaun merasa gayat.Selalu berasa takut jatuh dari kedudukannya. Takutnya melebihi rasa takutkepada Covid-19. Bahkan sering ketakutan terhadap bayangannya sendiri. Pernah,ketika pulang dari suatu majlis bersama isterinya, tiba-tiba dia menggigilketakutan kerana melihat bayangnya di permukaan daun pintu rumahnya. Ketika itudia hendak masuk rumah, dan tiba-tiba di hadapannya, di permukaan daun pintuitu, muncul bayang yang besar dan hitam. YB Semaun lupa bahawa bayangan tubuhnyaitu muncul kerana suluhan lampu penerang di pagar hadapan rumah.
“Awak ini kenapa, bang?! Melihat bayangsendiri pun macam melihat hantu pocong?!” gerutu isterinya kehairanan.
YB Semaun hanya mendengus berat, tidak adasebarang kata-kata yang terkeluar dari kerongkongan.
“Awak mungkin sakit, bang! Sebaiknya besokpagi awak jumpa doktor! Saya bimbang awak terkena Covid-19, maklumlah banyaksangat jumpa orang,” ujar isterinya setelah masuk bilik tidur.
YB Semaun menjegilkan biji mata ke arahisterinya. Tanda kurang senang.
“Tubuh awak tu memang nampak segar bugar,bang! Tapi siapa tahu ada Covid-19 dalamnya. Covid-19 sekarang ni tak adasimptom!”
YB Semaun berasa tersinggung. Wajahnyamendadak merah padam. “Jadi awak sangka aku ni sakit? Awak sangka aku dah dijangkitiCovid-19?!”
Isterinya tidak menjawab. Tidak baikbertengkar dengan suami ketika menjelang tidur. YB Semaun benar-benar marah.Kalau yang menuduh dia sudah dijangkiti Covid-19 itu bukan isterinya, pasti diasudah melayangkan sebiji pelempang ke muka.
“Maafkan saya kalau kata-kata saya tadimenyakitkan hati, bang!” ujar isterinya dengan suara lembut.
YB Semaun diam.
“Tetapi saya sangat risau melihat abangsering saja ketakutan tanpa sebab yang jelas! Sebelum parah, sebaiknya abangsegera pergi jumpa doktor! Awak seorang pemimpin, bang! Tak baik bagi seorangpemimpin membiarkan dirinya tak normal! Maaf, bang! Sikap penakut abang turasanya memang sudah tak wajar!”
YB Semaun mendesah panjang. Rasa kantuk sudahmenyerangnya. Dia tidak berghairah melayani kata-kata isterinya. Segera diamemejamkan mata. Tetapi dia sukar tidur. Fikirannya berkecamuk. Dia sedar,sejak dia melompat ke parti kerajaan yang memerintah, memang dia bersikappenakut. Penyebabnya tidak jelas. Dia cuma mampu mengagak saja, sikappenakutnya itu kerana ada kebimbangan yang berlebihan. Dia selalu bimbang kalautiba-tiba saja warga kawasan pengundinya melancarkan tunjuk perasaan memaksanyaletak jawatan. Dia sangat bimbang kalau nasibnya sebagai Timbalan Menteri dan WakilRakyat sama seperti John Howard. Perdana Menteri Australia itu dipaksa letakjawatan oleh masyarakat kerana dinilai tidak berkelibar jadi seorang pemimpin.
“Aku sangat bimbang kehilangan kuasa, keranadulu untuk meraihnya aku terpaksa melompat parti, melupakan segala caci-cemuhmasyarakat yang mengundi aku!” gumamnya.
Dia menarik nafas panjang dan dalam, kemudianbergumam lagi. “Selain itu, kehilangan kuasa kerana terpaksa tentu sangatmenyakitkan dan memalukan! Aku tak mahu terlalu cepat menjadi bekas TimbalanMenteri dan Wakil Rakyat, sebelum masa jawatanku berakhir secara resmi!”
Isterinya sudah nyenyak di sampingnya.Bahkan, suara dengkuran isterinya mulai bersipongang. YB Semaun merasa terlalusukar untuk tidur. Matanya terbuka lagi. Fikirannya terus berkecamuk. Banyakhal tiba-tiba seperti menari-nari dalam benaknya. Ramai orang yang duludianggapnya sebagai rakan baik, kini seperti sudah membencinya. Mereka seringmelontarkan kritikan pedas kepadanya. Di antara mereka bahkan ada yang sukamenghinanya di hadapan khalayak ramai.
Dia teringat kejadian menyakitkan di warungkopi Wak Samdol, pada suatu petang. Ketika itu dia pulang ke kawasan mengundi dansedang menikmati secawan kopi bersama beberapa potong pisang goreng. Tiba-tiba PinDeras, kaki bodek dalam partinya, melontarkan kata-kata pedas kepadanya. “KalauYB selaku Timbalan Menteri tak mampu adakan padang bola untuk bermain dihadapan taman perumahan kami pada tahun ini juga, sebaiknya letak jawatan saja!Masih ramai orang yang lebih mampu jadi Timbalan Menteri dan Wakil Rakyat!”
Sejak saat itu dia jadi sangat membenci PinDeras. Tetapi dia juga selalu takut kepada bekas ketua pemuda ‘tong kosong’itu. Dia menyangka, Pin Deras sudah mengincar jawatan Wakil Rakyat darinya.Maka sejak itu dia selalu berusaha untuk tidak bertemu dengan Pin Deras. Bahkanjika dia hendak masuk ke warung kopi Wak Samdol, sedangkan di dalam warung kopiitu ada Pin Deras, dia terus membatalkan niatnya.
YB Semaun makin sering ketakutan, keranaorang yang suka berkata pedas seperti Pin Deras makin ramai jumlahnya. Bahkanbeberapa orang penyokong dekat yang separti, yang juga turut melompat parti bersamanya,yang seharusnya menghormatinya, tiba-tiba sering bersuara menyakitkan.Misalnya, Ramli yang mempersoalkan projek-projek yang dilaksanakan. “Kamidengar YB paksa setiap kontraktor bagi duit pada YB. YB kata, duit itu untukparti. Tak kan peruntukan yang kerajaan bagi untuk YB setiap tahun tak cukupsampai nak ambil duit para kontraktor? Kontraktor pun nak bela anak binijuga...”
Persoalan yang dikemukakan oleh Ramli itujelas sangat menyakitkan. Sebab memang benar YB Semaun ada minta dari setiapkontraktor. YB Semaun telah membohongi masyarakat bahawa wang yang diminta daripara kontraktor itu adalah untuk parti sedangkan untuk poketnya sendiri.
“Rasanya ramai orang sudah membenciku, keranaaku menjadi Wakil Rakyat dan Timbalan Menteri lompat parti. Di antara orangramai yang membenciku, mungkin rakan-rakan dekatku sendiri, yang selalumenginginkan peletakkan jawatanku!” gumamnya lagi. Lalu dia dilanda ributketakutan lagi, sehingga kening dan tengkuknya berkeringat suam.
Isterinya tiba-tiba terjaga dari tidur. Lalumelihatnya dengan kehairanan. “Laaa, belum tidur lagi, bang? Masih marahkansaya ke? Tadi saya kan dah minta maaf?”
YB Semaun cuma terkebil-kebil. Matanya masih terbeliakluas, meski agak letih, menatap langit-langit bilik. Begitulah, dia seringtidak mampu tidur, kerana sepanjang malam terus menerus merisaukan nasibnya sebagaiTimbalan Menteri dan Wakil Rakyat.
Pagi itu YB Semaun hendak berangkat ke dewanorang ramai. Tetapi dia mendadak menggigil ketakutan melihat banyak batusebesar telur itik berserakan di hadapan pintu pagar rumahnya.
Isterinya hairan melihatnya pucat dan sedangduduk lemas di kerusi anjung. “Awak sakit ke, bang? Sebaiknya segera ke klinik!Ayuh kita berjumpa dengan doktor! Wajah abang nampak semakin pucat ni! Sayatakut abang memang dah dijangkiti Covid-19,”
YB Semaun mendesah panjang. Degup jantungnyabergerapak hebat. Dia menyangka akan ada bahaya besar bakal menimpanya. Entahbahaya macam apa. Mungkin ramai orang akan datang berbondong-bondong kerumahnya dengan wajah yang marah. Batu-batu yang berserakan di pintu pagar itupasti dimaksudkan sebagai peringatan keras baginya. Batu-batu itu dianggapnyasebagai pengganas yang tidak boleh dianggap remeh.
Dia teringat kejadian yang pernah menimpaseorang bekas Wakil Rakyat yang melompat parti sepertinya juga. Dulu, dihadapan rumah bekas Wakil Rakyat itu, tiba-tiba ada banyak batu berserakan, danesoknya, ternyata ramai orang marah dan mengamuk. Mereka menuntut reformasi, aliasharus ada pergantian Wakil Rakyat, supaya tidak ada lagi Wakil Rakyat yanglompat parti, tidak ada lagi pilih kasih dalam pemberian kontrak, tidak ada lagipotongan 10% untuk Wakil Rakyat dari para kontraktor yang berjaya dapat kerja,dan macam-macam lagi.
“Tak usah pergi ke dewan orang ramai, bang!Awak tu sakit! Ayuh ke klinik saja!” desak isterinya lagi dengan wajah yangcemas.
Tetapi YB Semaun tetap tidak mahu ke klinik.Dan dia juga tidak jadi berangkat ke dewan orang ramai. Segera dia masuk kedalam rumah dan kemudian merebahkan badannya atas katil di biliknya. Tetapi diatidak berjaya melelapkan matanya. Dia merasa kedudukannya sebagai TimbalanMenteri dan Wakil Rakyat sudah terancam.
Isterinya tetap mendesaknya supaya segerapergi ke klinik. “Kalau awak tak mahu pergi ke klinik, biar doktornya datang kemari, bang! Yang penting awak harus segera diperiksa oleh doktor!”
YB Semaun tidak menanggapi kata-kataisterinya. Lalu isterinya segera menelefon Dr Leman Akhlaken. Tidak lamakemudian Dr Leman Akhlaken pun tiba. Ketika Dr Leman Akhlaken masuk ke ruangtamu, YB Semaun pura-pura tidur. Matanya dipejamkan rapat-rapat.
“Bang! Bangun! Dr Leman Akhlaken dah sampai!”kata isterinya sambil menarik-narik lengannya.
Beberapa jurus kemudian YB Semaun pun bangkitdari katil dan longlai melangkah menemui Dr Leman Akhlaken di ruang tamu.
“Sakit apa, YB?” taya Dr Leman Akhlaken.
YB Semaun hanya mendesah panjang.
Isterinya menjawab pertanyaan Dr LemanAkhlaken dengan lugas: “Dah lama dia sering tak boleh tidur, dan seringketakutan tanpa sebab yang jelas, doktor! Itulah penyakit yang dideriti suamisaya! Saya bimbang dia dah dijangkiti Covid-19. Tolong beri ubat yang terbaikye, doktor!”
Dr Leman Akhlaken tersenyum. Dan setelahberdehem dua kali, segera memberi nasihat. “YB sebagai Timbalan Menteri danWakil Rakyat mungkin terlalu letih! Perlu berehat banyak-banyak. Biasanya,seorang pemimpin memang sukar tidur, dan sering ketakutan tanpa sebab yangjelas, kerana terlalu banyak berfikir! Jadi, ubatnya cuma satu, segera berehatsaja! Tak usah nak fikirkan lagi soal jawatan Timbalan Menteri dan Wakil Rakyattu!”
YB Semaun gesit dilanda syakwasangka. Dia berasacuriga, barangkali Dr Leman Akhlaken juga termasuk orang yang sedang berusaha inginmengambilalih jawatannya.
BERSAMA XIULAN DI BANDAR COVID-19
SMAHADZIR
“Ni jiao shenmemingzi?” soalkusewaktu diperkenalkan. Bahasa Mandarinku bukannya fasih sangat tapi aku sengajaberbahasa begitu sebagai menghormatinya.
“Wode mingzi shi Chao-Xing Xiulan,” jawabnya sambil tersenyum manis.
“Ni jintian hao ma?”
“Yirujiwang,jiu hao,”
“Nijiehunle ma?”
“Err… hai meiyou, haishi danshen,” jawabnya sambil tersenyum malu.
Begitulah. Namanya Chao-Xing Xiulan. Demikian akumendengar ketika dia memperkenalkannya. Nama gadis etnik San Jiang moden, agakpanjang. Aku mendengar bunyi sengau ketika dia menyebut Chao-Xing. Namun lebihsenang dipanggil Xiulan sahaja, memudahkan aku berkomunikasi.
Dia pemandu pelancong, menjadi penunjuk jalanuntuk beberapa hari aku di Wuhan. Menurut Xiulan, sejak virus korona merebak, Wuhan sering disebut Bandar Covid-19, dibina sepanjang Sungai Yangtzedengan asas pembinaannya dalam pembuatan teknologi tinggi dan tradisional. Sebanyak230 syarikat besar dunia seperti disenaraikan Global Fortune melabur di sini.
Kata Xiulan lagi, Wuhan ibu kota wilayah Hubei, bandar rayaterbesar di China Tengah. Sungai Yangtze dan Han mengalir dalam bandar, danterdapat tiga daerah di Wuhan iaitu Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan airsungai satu perempat daripada keluasan Wuhan ini. Nama Wuhan berasal daripadanama dua buah petempatan utama. ‘Wu’ berasal daripada petempatan Wuchang, terletakdi kawasan selatan Sungai Yangtze. ‘Han’ pula berasal daripada petempatanHankou, terletak di kawasan utara sungai itu. Nama Wuhan mula digunakan secararasmi pada 1 Januari 1927.
Aku menjadi rapat dengan Xiulan ketika kebingunganmelihat peta bandar Wuhan. Maklumlah, ini pertama kali aku sampai ke Wuhan.
Gerimis menjujai nipis melembabi peta yangaku pegang. Xiulan mendekat. “Saya mahu ke Masjid QiyiStreet.”
“Kamu ni lucu!” katanya sembari tertawa. “Atasberpakaian lengkap tapi bawah hanya pakai sandal. Setahu saya sandal cumadipakai bersama baju Melayu dalam majlis-majlis budaya masyarakat Malaysia.”
“Terima kasih kerana cakna budaya negarasaya,”
“Sikit-sikit melalui pembacaan,” Xiulantersengih.
“Errr, kalau hari hujan pakai kasut, kaki berbau.Lagipun sandal ini bagus, ringan, tidak membidas lumpur seperti pakai selipar Jepun.”
Xiulan membawaku ke Hong Kong and ShanghaiBank di Wuluo Road, kerana aku mahu mengambil duit dulu. Kebetulan terlaluramai pelanggan beratur di mesin ATM. Simfoni indahpun bermula. Ketika menunggugiliran, aku memutuskan mengganti sandal dengan kasut. Aku membuka beg danmengeluarkan kasut lalu mengelap sisa-sisa becak di tumit. Dengan tapak tangan.Melihat itu, Xiulan buru-buru mengeluarkan tisu dari tasnya dan mengelapkakiku. Tentu saja aku tidak membenarkan. Aku lap sendiri.
“Xiè xiè, err… ni chiguole?” soalku.
Dia gesitmenggeleng.
Kami pergi makan di restoran la mian atau restoran mi tarik. Kata Xiulan, peniaga yang mengendalikan kedai inibiasanya dari wilayah Qin Hai utara China, majoriti mereka Muslim. Merekabiasanya memakai kopiah putih. Aku pesan wantuo goreng.
Kata Xiulan, wantuo dibuat dari tepung kacang kuda, makananringan tradisi Chengde, sejarahnya bermula lebih 200 tahun lalu. Zaman DinastiQing, sewaktu Maharaja Qianlong (1711-1799) meninjau kawasan Rehe, wantuo goreng ini amat digemari gundikpengiringnya.
Xiulan makan xiang gu gai jiaofan,seperti nasi goreng cendawan. Makandi restoranla mian, pinggannya besar-besar. Beberapa kaliaku makan di RestoranHaidilao Hot Pot di tempat penginapanku di Hotel Wuhan Oriental tidak jauh dariStesen Kereta Api Hankou. Pinggannya samasaja besarnya.
Yang ketara, tempat makan di Wuhan sangat bersih. Kedai-kedaiteratur rapi dan jarak antara meja di ruang makan cukup selesa.
“Saya bakal jadi pensyarah ekonomi tahun hadapan,” kata Xiulan. “Sekarangsaya sudah tamat belajar di Universiti Sun Yat-sen,”
“Kamu minat bidang ekonomi?”
Dia gesit mengangguk, “Ekonomi dunia bermulasecara tradisional lebih 5,000 tahun lalu, jauh lebih tua dari sejarahmana-mana negara. Kini ekonomi China ialah ekonomi kedua terbesar dunia menurutKDNK, nominal mahupun PPP selepas Amerika Syarikat (AS),” ujarnya penuh yakin.
Aku mengangguk.
“Ia ekonomi utama dunia yang pesatberkembang, purata pertumbuhan ekonomi 10% untuk 30 tahun lalu,” tambahnyalagi.
“Ekonomi dunia sekarang sudah dikuasai China.Peradaban adalah China,” balasku.
Xiulan tersenyum bangga. “Suatu hari nanti sayaakan keluar dari China dan belajar di AS, mendalami bahasa Inggeris dan cara orangAmerika urus ekonomi, pergi jauh dari orangtua, sahabat-handai, rakan-rakan.Rasanya hal-hal begitu tak banyak dibuat orang China.”
Aku mengangguk-angguk lagi, kagum dengan semangatnya.“Saya suka kamu berfikiran begitu,”
Xiulan tersengih.
“Sekarang China sudah mengetuai ekonomidunia. Pangkalanpenting perusahaan pengeluaran China membuatkan negara ini bersambung dalamjalur pelayaran global membentang dari Lautan Pasifik hingga Lautan Hindi,”ujarku.
“China memilikikawalan terhadap jalur pelayaran penting yang jadi nadi ekonomi dunia,” Xiulanmenyambung.
“Di bidangketenteraan, China ada kapal pengangkut pesawat besar, bermakna kini mampumenjelajahi lautan…”
“China juga sudahmembina pulau buatan dan bersedia untuk merebut wilayah di Laut China Selatan,”Xiulan gesit menokok.
“Err… menunjukkanChina telah melihat dirinya sebagai negara terkuat di wilayahnya dan berhasratmemperluaskan jangkauannya. Pelaburan di negara saya Malaysia juga sudah seratus peratus dikuasaiChina,”
“Maksud kamu?” biji mata Xiulan terkesip-kesip.
“Malaysia danChina telah menandatangani lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalampembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas, kilang penyahgaraman air, e-dagang,pengilangan panel solar dan pembinaan,” jelasku lagi. “Putrajaya dan Beijing telahmenandatangani Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan dan Kejuruteraan,Pemerolehan, Kontrak Pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) bernilaiAS$13.10 bilion. ECRL adalah pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia,”
“Yang saya risaukan, berlaku perang. Sayarisau tak sempat belajar di AS kerana perang...”
“Perang?” aku gesit mencantas. Kehairanan.
“Seperti diresahkan ramai orang, China sekarang sedang meningkatkan persiapan berperang dengan AS selepas presidennyameluahkan sikap permusuhan. Beijing terpaksa memperkuatkan diri untuk kemungkinanterburuk dalam hubungan China-Amerika, penekanan khusus pada keselamatanmaritim,” Xiulan nampak bimbang. “Entahlah...amat menakutkan.”
“Kamu perlu berdoa supaya jangan berlakuperang,” kataku sebagai jawapan untuk meredakan keresahan hatinya.
“Dalam situasi ini sangat tidak mungkin China akan berkompromi berkaitan tuntutankedaulatannya dalam menghadapi tekanan AS, saya yakin sengketa akan semakinmengarah pada titik berisiko antara Beijing dan Washington,” tegas Xiulan.
“Takmungkin berlaku perang walau South China Morning Post yang saya baca menulis tenteraChina terus dipersiapkan menghadapi konflik ketenteraan yang mungkin terjadi,”balasku.
“Ni rang wo kaixin!” Xiulan ketawa manis.
Lalu cepat-cepat aku sambung “Tapi,apa-apapun kamu perlu juga berdoa, semoga perang tak akan meletus, percayalah!Kamu perlu ke AS untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang kamu minat itu.”
“Kamu bergurau ya?”
“Tidak, China sekarang sudah menjadi kuasa dunia...sejarah bakal tercipta.”
“Eh, kedengarannya macam sejarah kamu yangcipta,” Xiulan mencebik.
“Sama seperti kamu, saya cuma orang yangbelajar sejarah. Saya mempelajari sejarah masa hadapan,” balasku sembaritersengih.
Petang hari aku kembali ke hotel. Yangpertama aku lakukan adalah memanjangkan tanggal check-out. Hari berikutnya aku memanjangkan lagi masa tinggalku di Wuhan.Kemudian berhenti. Suatu ketika aku mendapati diriku menyusuri Muzium HubeiProvincial, tidak jauh dari pantai barat Tasik Timur Wuhan bersama Xiulan. Muzium ini memilikikoleksi lebih dari 200,000 objek, termasuk Pedang Goujian, satu set locenggangsa purba Bianzhong dan artifak Perkuburan Marquis Yi dari Zeng dan perkuburandi Baoshan. Pada 27 April 2018, Xi Jinping dan Perdana Menteri India, NarendraModi mengunjungi muzium ini.
Sebatang trek jalan kaki yang sesuai untukaktiviti riadah kami redahi. Hujan gerimis. “Saya suka hujan gerimis,” kataku. Xiulantidak percaya dan memaksa aku masuk ke bawah payung yang dipegangnya.
Suatu ketika kami makan lempeng mengfeng, sejenis makanan ringan Shanxi.Kata Xiulan, lempeng mengfeng ini merupakan makanan tradisional terkenal dariperkampungan Mengfeng, Qingxu wilayah Shanxi. Wangi, sedap, lembut dan manis.
Mengfeng ini mengingatkan aku kepada shou zhuabing, makanan kegemaranku sewaktuberdarmawisata di Hong Kong suatu ketika dulu. Shou zhua bing berasal dariTaiwan, rupanya seperti roti canai. Cuma bezanya, dijadikan seperti sandwich yang dalamnya berisi daging,ayam, sosej, telur bersama sos cili dan mayonis. Boleh dikatakan setiappagi aku bersarapan dengan makanan ini di Shim Tsa Shui.
Aku ceritakan kepada Xiulan. Di rumahku diKedah, sewaktu kecil dulu aku amat gemar makan lempeng. Di kampungku disebut‘peknga’ bermaksud tempek dalam belanga. Tepung dicampur air, bersama sedikitnasi atau kelapa parut, digaul sebati sebelum ditempekkan dalam kuali. Tunggulebih kurang lima minit, biar garing sedikit dan pesta makanpun bermula.“Peknga’ adalah makanan setiap pagiku sebelum ke sekolah.
Akhirnya sampailah di hujung cerita.Pagi-pagi aku harus meninggalkan Wuhan. Pesawatku akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, tengah hari. Aku diminta meninggalkankereta yang aku sewa di tempat letak kereta lapangan terbang.
Tiba di balai menunggu sebelum berlepas, aku bukawhatsApp dan kutulis kepada Xiulan.
“Sekarang saya harus pulang. Terima kasihatas beberapa hari ini. Saya fikir saya tak akan lupa kamu, Xiulan!”
“Bu yong xie,” dia membalas. “Kamal, saya tak boleh tidur semalaman.Mungkin saya terlalu banyak bekerja. Namun saya ingin kamu pulang ke KualaLumpur dengan selamat.”
“Well,begini Xiulan...” Aku mencari-cari aksara sesuai. “Cuba kamu bayangkan kamu sedangbelajar di AS. Semua ilmu ekonomi AS tergenggam erat di tangan kamu. Pastinya Chinaakan berbangga dengan kamu. Orang tua kamu pasti menunggu-nunggu hari kepulangankamu. Lalu mempersiapkan bilik yang sesuai di rumah, serapi yang mereka mampu:‘Ini untuk kamu yang bakal menjadi seorang pensyarah ekonomi...”
“Xie xie,”
“Kamu akan jadi seorang pensyarah ekonomiyang hebat. Saya percaya itu,”
“ Feichang ganxie ni,”
“Cuba lihat mata pelajar-pelajar kamu ketikakamu bercerita... ni de weilaishi guangming de, Xiulan. Ceritakan AS tak akan berperang dengan China, seluruh duniaadalah China, seperti kamu katakan kepada saya. Saya percaya kerana sebentarlagi China bakal jadi adikuasa. Napoleon pernah berkata... China adalah raksasa sedangtidur. Biarkan ia tidur, kerana ketika bangun, ia akan menggegarkan dunia.Kata-kata Napoleon ini bakal jadi kenyataan. Ketika Barat mulai bergantungkepada produk China, negara ini telah menjadi pusat pengeluar dunia sehinggamembuatnya sebagai calon negara berstatus kuasa besar. Okey, womenzai jianmian, Xiulan!”
Kereta yang aku sewa sudah diambil pemiliknya,sedang bergerak perlahan meninggalkan lapangan terbang. Masuk ke perut MASmenuju Kuala Lumpur, entah kenapa aku tiba-tiba saja teringatkan Xiulan juga Wuhan,bandar Covid-19 yang telah merakamkan banyak nostalgia.
Glosari:
bu yong xie = terima kasih kembali
feichang ganxie ni = terima kasih lagi sekalihai meiyou, haishi danshen = belum lagi, masih bujangni chiguole? = kamu sudah makan? ni de weilai shi guangming de = masa depan kamu cerahni jiao shenme mingzi? = siapa nama kamu? ni jiehunle ma? = kamu sudah kahwinkah? ni jintian hao ma? = apa khabar hari ini? ni rang wo kaixin = kamu buat saya gembirawo de mingzi shi... = nama saya... women zai jianmian = kita akan jumpa lagixie xie = terima kasihyirujiwang, jiu hao = seperti biasa, baik-baik saja
GULAI KELI + KAMBING, YB KG. PUSING
SMAHADZIR
HARI ini, selaku ketua masak, Mak Jemiah masak lagi. Tapi, baru kalipertama, dia masak gulai luar biasa kombinasi ikan dan daging. Katanya, diaakan membuat gulai unik. Ini resepi baru. Sebab, dalam sejarah masak-memasak diKampung Pusing, ikan dan daging sama sekali tidak pernah bertemu dalam satu kawah.Dalam undang-undang jual belipun, kedua-dua jenis ini memiliki perbezaan hargayang cukup jauh. Daging kambing, di mana-manapun, harganya selalu lebih tinggi ketimbangikan keli.
Daging kambing memang hanya diperlukan dalamwaktu atau peristiwa tertentu. Seperti peristiwa hari ini, majlis YB bertemurakyat, biasanya, daging kambing dalam bentuk bakar, selalu hadir berdampingandengan makanan Barat lain. Sementara, ikan keli selalu jadi santapan orangkecil di rumah-rumah kerdil saja.
Kata Mak Jemiah lagi, daging kambing memangeksklusif dibandingkan ikan keli. Daging kambing, tidak mampu dibeli oleh semuaorang, kerana tidak semua orang ada duit. Sementara, ikan keli boleh dibelisemua orang, harganya murah saja.
“Pokoknya, ikan keli yang sering kita masakitu lebih disukai YB daripada daging kambing terutama selepas pilihan raya,”ujar Mak Jemiah sembari tersengih.
* * *
Hari masih pagi. Beberapa orang perempuan di gedohok balai raya sudahberkumpul untuk memasak. Mereka duduk melingkar, masing-masing sibuk menyiang dagingkambing dan ikan keli. Beberapa orang perempuan kelihatan saling berbisik.Sudah pasti membicarakan keanehan resepi gulai Mak Jemiah pagi itu.
“Mau jadi apa kambing dan keli dicampur. Akubelum pernah buat gulai seperti ini,” ujar Mak Kiah.
“Kita tengok sajananti. Mungkin rasanya lebih sedap dari gulai kawah rias pisang campur daging,”balas Mak Bedah pula.
“Selama aku hidupni, baru sekali ini saja jumpa gulai kambing campur keli,” ujar Mak Tijah.
“Aku pun,” MakSodah menokok.
“Tapi, aku akanlarang laki aku datang makan. Takut keracunan,” ujar Mak Kiah.
“Aku rasa Jemiah sedang merancang sesuatuterhadap YB,” Mak Konah tumpang sekaki, “Pilihan raya baru saja habis...”
“Ssssst, Jemiahdatang,” Mak Sodah separuh berbisik.
Merekapunmenghentikan perbualan sambil bersiku-sikuan kerana Mak Jemiah sudah dibelakang mereka.
“Bagaimana kawan-kawansemua?” Mak Jemiah membuka pembicaraan, seolah-olah menangkap semarak kehairanankumpulan perempuan tersebut.
Perempuan-perempuanitu masih kelihatan terkebil-kebil. Mereka senyum, tapi terpaksa, sekadar untukmembuang sangkaan buruk.
“Kalau sudahselesai, kita akan masak gulai keli kambing ni,” ujar Mak Jemiah sambiltersenyum.
“YB datang pukulberapa?” tanya Mak Bedah ingin tahu.
“Lepas solat Zohor...orang-orang kuat partipun diundang juga. Kita mesti siapkan semua masakansebelum Zohorlah!”
Menjelangkerja-kerja memasak, mereka yang membantu di balai raya Kampung Pusing itu sudahmengumpulkan puluhan biji nyiur, untuk santan gulai kambing dan keli tersebut. MakJemiah kemudiannya menyuruhku, yang tadinya cuma menjadi pendengar, mengambilparang dan baldi penadah air nyiur.
“Makcik, kenapasantannya tak dibeli saja di supermarket. Kan ada santan kotak yang sudahtersedia,” protesku kerana tidak mahu kehilangan kesempatan melihat budayagotong-royong di balai raya Kampung Pusing itu.
“Shuib, kalau kitabeli santan di supermarket, kita tak boleh berbahagi rezeki dengan penjualnyiur di kampung ini. Lagipun, kalau kita beli di supermarket, sama sajakita sedang menimbun gunung. Sebab tuan punya kedai besar itu bukan orangsembarangan, tapi orang yang duitnya sudah menggunung, bukan orang sepertipenjual nyiur di kampung kita. Jadi, kalau kita diberi kesempatan untukmembantu orang seperti penjual nyiur, kenapa harus kita sia-siakan?” jelas MakJemiah sambil tersenyum.
Aku tercenung sejenakdengan ucapan Mak Jemiah yang filosofis itu. Benar juga kata Mak Jemiah. Akuterkenang nasib salah seorang peniaga berus sabut nyiur yang kini menjadipenarik beca, setelah orang ramai memilih membeli berus plastik keluarankilang. Padahal, kalau mahu dikira untung rugi, berus sabut buatan tukang becaitu lebih kuat ketimbang berus plastik buatan kilang. Tentu saja, keranaprinsipnya dengan kilang berbeza. Prinsip kilang, hari ini terjual, besok pagikalau boleh sudah rosak dan orang beli lagi. Sementara peniaga berus sabut nyiurberprinsip, hari ini terjual satu, besok atau lusa harus terjual lebih darisatu, kalau boleh orang bersedia membantu menjual ke serata kampung.
Pembuat gasing di belakang rumahku juga takjauh beza nasibnya. Sejak tahun 80-an dia membuat gasing kelas wahid. Kepiawaiangasingnya bukan hanya dalam kalangan budak-budak kampung kami saja, tapimenyebar sampai ke para peniaga kraftangan. Dalam satu hari, pembuat gasingyang handal itu boleh mengaut untung 50-100 ringgit. Tapi sejak televisyenbanyak menampilkan filem-filem tembak-menembak, ibubapa lebih suka mengenalkananak-anak dengan pistol-pistol plastik buatan kilang, daripada gasing. Kini,pembuat gasing itu terpaksa membanting tulang menjadi buruh bangunan, mengasardan melambankan jari-jarinya yang suatu ketika dulu amat gesit dan dinamikdalam aspek membuat gasing.
Aku yakinjari-jarinya kini tidak mampu lagi membuat gasing; hancur sudah, gerakan dansentuhannya disagat bata merah, simen kering, dan gagang sekop. Jadi segera akuambil parang dan mulai mengupas nyiur sambil membayangkan senyum peniaga nyiurboleh bertahan lebih lama bahkan selama-lamanya.
Lepas Zohor, gulaisudah hampir siap. Mak Jemiah mulai meramu bumbu dan racikan khusus untuk gulaiistimewa hari itu. Sementara, Mak Bedah, Mak Sodah, Mak Tijah, Mak Kiah danlain-lain lagi sudah ada di hadapan Mak Jemiah. Sehingga selesai Zohor itu, kenapaMak Jemiah masak gulai tersebut belum juga terjawab.
“Jemiah, boleh aku bertanya?” tanya Mak Bedah.
Mak Jemiah tersenyum, “Nak tanya apa?”
“Aku ini masih bingung, gulai kambing campur kelitak pernah dibuat orang,” ujar Mak Bedah, terpisat-pisat biji matanya.
“Aku nak buat kejutan di Kampung Pusing ini.Ini sajian istimewa, dan akan diperuntukkan kepada orang-orang yang istimewajuga,” jawab Mak Jemiah bersahaja.
Mak Bedah, Mak Sodah, Mak Tijah, Mak Kiah danlain-lain saling pandang memandang. Mereka tak berani lagi bertanya kerana bimbangMak Jemiah tersinggung. Masing-masing mulai menebak-nebak.
“Agaknya ini resepi dari Juliana, anak Jemiahyang kuliah di jurusan perhotelan,” ujar Mak Kiah.
“Mungkin juga dari buku resepi kiriman anaksaudaranya yang duduk di luar negeri tu,” balas Mak Sodah.
“Hushh, di luar negeri mana ada daging kambing,”tukas Mak Tijah.
“Laa.. jangan tak tahu... tempe, nasi lemak, sate...sudah banyak dijual di luar negeri, jadi makanan mewah lagi,” tegas suara MakKiah.
“Sudah... jangan bergaduh, kita tunggu sajananti,” balas Mak Bedah.
Masih banyak persoalan yang cagun, tapi akusudah kurang tertarik tentang perempuan-perempuan itu. Menurutku, sudah kurangkritis kerana makin cenderung menerima eksistensi eksperimen Mak Jemiah. Jadiakupun mulai melaksanakan instraksi Mak Jemiah selanjutnya; mengatur puluhan hidanganuntuk menyambut kehadiran YB ke Kampung Pusing.
Kerana Mak Jemiah dibantu beberapa orangperempuan, aku tak mahu kalah pula dengan memanggil kaum lelaki di KampungPusing ini. Bezanya kaum lelaki di kampung ini memang tak sekritis kaumperempuan yang membantu Mak Jemiah di gedohok. Lebih-lebih lagi setelahdisodorkan kopi dan rokok kretek, sama sekali tak ada cabaran atau pertanyaan kecilkendatipun yang harus kuhadapi dari mereka, walaupun aku sendiri sebenarnyatertanya-tanya kerana daftar nama undangan adalah daftar nama yang sering disebut-sebutoleh akhbar, radio dan tv. Daftar nama undangan di tangan Mak Jemiah hampirsama dengan daftar lengkap nama YB ketika kempen pilihan raya dulu. Lengkapdari pelbagai parti gabungan.
Akupun tergesa-gesa mencari Mak Jemiah.
“Makcik Jemiah, yang diundang itu semua YB,ya?!”
“Ya!”
“Tapi nama-nama dalam senarai ni ramai yang kalahbertanding dalam pilihan raya dulu,”
“Apa salahnya?” jawab Mak Jemiah menamatkanpertanyaanku.
Aku makin tertanya-tanya. Mak Jemiahkemudiannya menyodorkan beberapa helaian kertas. Ada sederet nama calon YB yangtidak jadi YB, kerana kalah dulu. Kubaca dari muka surat ke muka surat. Adaragam berita dan kenyataan yang menimpa para YB kalah itu. Salah seorang jadi separuhmereng kerana hampir semua hartanya terkuras untuk proses pencalonan. Gagaljadi YB, kini setiap pagi dia keliling ladang getah pakai kot lengkap berdasi tapiberseluar pendek. Dasinya besar, bergambar bangunan parlimen. Di ladang getah,dia menemui setiap penoreh, dan mencatat semua keluhan mereka, seperti ahliparlimen yang sedang bersedia untuk berdialog dengan konstituennya.
Ada juga yang gila total dan sempat masukhospital bahagia Tanjung Rambutan. Awalnya depresi kerana hartanya ludes semua.Kebun kopi yang menjadi andalan nafkahnya terjual untuk biaya kempen. Keluardari hospital dia selalu berdasi, tapi tak pakai baju. Setiap pagi, lelakiberdasi tanpa baju ini membawa peta hitam, lalu menahan setiap orang yang laludi depan rumahnya. Aku pernah jadi sasarannya, dan dari helaian kertas MakJemiah itu baru aku tahu bahawa dia bekas pengusaha kopi yang gagal jadi YB.
Waktu itu pengusaha kopi tersebut masih jugaberkempen walau keputusan pilihan raya sudah disahkan Suruhanjaya Pilihanraya.“Jangan lupa nanti pilih aku. Kalau aku dapat projek, kamu juga akan dapatbahagian,” begitulah salah satu pesan kempennya yang masih kuingat.
Isterinyadilaporkan hanya menangis, sampai hampir separuh mereng juga. Dan tak ada yangboleh mereka lakukan kerana kos rawatan di hospital jiwa tak terjangkau lagi.Harta sudah habis.
Masih banyak lagi kisah sedih dan unik paracalon YB yang kalah ini. Hampir semua beritanya disimpan oleh Mak Jemiah. Dan lepasZohor ini mereka akan datang ke balai raya Kampung Pusing, dengan hidangan gulaiikan keli campur daging kambing. Hairan, kenapa Mak Jemiah mengundang mereka?!Aku masih tertanya-tanya.
* * *
Tiba masanya. Para undangan mulai berdatangan. Kaum perempuan yang membantuMak Jemiah memasak gulai tak lagi bertanya-tanya. Kaum lelaki yang membantupersiapan hidangan kembali menikmati kopi dan rokok. Semua sudah bersedia dihadapan para undangan. Yang aneh, tak seorangpun YB menang yang diundang.
Tidak ada agenda ucapan politik seperti yangaku sangkakan selain datang, makan dan pulang. Dengan karakter penampilanmasing-masing, para tetamu awal tiba. Ada yang pakai seluar panjang hitam, dasimerah, tapi hanya dengan singlet putih. Ada yang menunggang basikal tua, denganposter nama serta partinya di bahagian depan dan belakang, seperti orangberkempen.
Undangan berikutterus menyebarkan potongan daun, katanya, kad namanya. Dengan ulah dan gayapara undangan yang unik itu, kaum perempuan di hadapan gedohok dan orang-orangkampung di luar pagar balai raya tertawa terkekek-kekek. Hanya kaum lelaki diruang balai raya yang tetap tenang, menikmati kopi dan kretek masing-masing.
“Jemiah, balai raya kampung kita ni dah jadiseperti Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Mengumpulkan orang-orang yang kurangwaras,” ujar Mak Bedah tak dapat ditahan-tahan.
Mak Jemiah hanyatersenyum.
Di tengah riuhnyagelak ketawa itu, salah seorang YB kalah, yang pakai kot dan seluar pendek,mengamati gulai dengan serius, lalu berkata dengan serius juga, seseriusanggota dewan yang sedang bersidang.
“Mak Jemiah, gulai ini boleh menjadi komoditieksport terkemuka. Ini boleh menambah pendapatan asli daerah kita. Nantilah,kalau aku sudah resmi dilantik jadi ahli parlimen, gulai ini akan kita tawarkanke pihak asing. Tapi kalau boleh tahu, gulai ini dibuat dari apa, ya?”
Semua orang menunggu jawapan Mak Jemiah, danwalau sedar bahawa yang dihadapi adalah YB separuh gila, Mak Jemiah tetapmenjawab pertanyaan YB kalah tersebut yang berkot dan berseluar pendek itu.
“Gulai ini dibuat dari dua jenis haiwan. Ikan kelidan daging kambing,”
“Ikan keli dan daging kambing? Eh, sepertipepatah orang Jawa yang ertinya, gila-gila waras!” kata YB kalah yang berkotdan berseluar pendek tersebut. Lalu diapun menghirup kuah gulai tersebut yangsejak tadi di depannya.
“Iya, seperti sajak, gila-gila waras,” tambah YBkalah yang berbasikal pula.
“Harus disosialisasikan kepada masyarakat umumlain,” ujar pula YB kalah berdasi dan bersinglet koyak.
“Kita perjuangkan menjadi masakan tradisi daerah,”sambung YB kalah berbaju safari dengan seluar batik.
Kaum perempuan tertawa berdekah-dekah,orang-orang kampung di luar pagar turut terbahak-bahak, sedang kerumunan lelakiyang membantu hidangan cuma tersenyum. Tapi puluhan YB kalah dari pelbagaiparti gabungan itu tidak peduli pada suara orang ramai, sama seperti tidakpedulinya pada nasib masyarakat ketika mereka berkempen. YB-YB kalah tersebuttak sedar bahawa aksi serius mereka jadi bahan ketawa. Mereka tetap serius menghirupkuah gulai keli campur kambing sambil membahas pro dan kontra untuk membawanya sebagaimakanan tradisi daerah.
Beberapa orang aku lihat mulai kasak-kusukmenyusun koalisi ikan keli dan daging kambing; waras dan gila. Dan tawa kamisemua semakin bingar, termasuk para lelaki yang mulai kehabisan kopi dan rokok.
Esok paginya, Mak Jemiah menyuruhku membuangsisa gulai berformat ikan keli dan daging kambing itu ke dalam parit belakangbalai raya. Sambil berjalan aku berfikir; bagaimana kalau aku usul agar MakJemiah mengundang para YB yang sekarang sedang enak di kerusi empuk. Tapiagaknya... apa resepi terbaru Mak Jemiah?
DI WARUNG KOPI
SMAHADZIR
MEMANG setiap minggu ada majlis usrah.Bergilir-gilir dari rumah ke rumah antara warga kampung. Lokman berasa bahagiasekali kerana sewaktu tinggal di Kampung Molek, dia tidak pernah dikenalkanmajlis ilmu seperti ini. Tetapi sejak berpindah ke Kampung Indah ini barulahdia tahu, berjinak-jinak, dan akhirnya terus jatuh cinta. Sekali tidakmenghadiri usrah rasa kehilangan yang besar.
Di Kampung Molek, warganya tidakpernah menganjurkan usrah begini. Setiap perjumpaan sarat dengan bicara tentangkuasa, wang dan tanah. Itu yang Lokman dapat bezakan sejak dia berpindah kesini. Caci-mencaci, kata-mengata, umpat-cela, keji-mengeji,kecurian, pecah rumah dan pelbagai lagi gejala tidak sihat sering berlaku.Anak-anak muda terlalu liar sehinggakan tiada batas sempadan antara lelaki danperempuan. Boleh dikatakan setiap malam minggu, ramai anak muda bersamapasangan masing-masing akan berlumba haram di jalan raya. Akibatnya, berlakulahpelbagai gejala sosial yang sumbang di pandangan mata. Kes-kes penyalahgunaandadah, pil esktasi, minuman haram dan sebagainya semarak di mana-mana. Sungguhjelek hidup di kampung tersebut.
Adaseorang rakan Lokman di kampung itu yang bernama Murad. Lokman pernahmenasihati Murad supaya mengambil berat soal punca ekonominya namun segalateguran tidak dipedulikan. Malah Lokman pula yang dijadikan seteru.
“Kausiapa nak nasihatkan aku?” marah Murad. Ketika itu mereka sedang duduk diwarung kopi di kepala simpang Kampung Molek.
“Akusekadar nak nasihatkan kau supaya kembali ke jalan yang disuruh agama!” ujarLokman tenang. “Agama kita tak suruh umatnya berjudi, tikam ekor, ‘menurun’ dikubur-kubur keramat dan sebagainya. Kita mesti berkerja kuat sambil berdoa.Insya-Allah, hidup akan diberkati. Rezeki kita akan melimpah-ruah.”
“Ahhhh,selama aku hidup nipun, aku tak pernah susahkan sesiapa!” tukas Murad kurangsenang. “Walaupun gaji aku kecil, tapi aku mampu tanggung anak isteri aku. Kautak perlu masuk campur urusan hidup aku, Lokman!”
“Sebagaikawan rapat, aku rasa wajar menegur apa yang tak baik!” balas Lokman penuhkesedaran.
“Habis,kau ingat kau baik sangat? Kau ingat sembahyang kau dah tentu masuk syurga? HeiLokman, kalau kau nak bagi ceramah agama, pergilah masuk Forum Perdana. Di situkau boleh berceramah... dapat upah lagi.”
Itulahdetik-detik terputusnya sebuah persahabatan antara Lokman dan Murad. KehidupanLokman di Kampung Molek juga bagaikan terasing. Dia seolah-olah dipulaukanmasyarakat. Kebanyakan suka menyinisnya dengan gelaran seperti ulama, ustaz, penceramahdan sebagainya. Sebab itulah dia mengambil keputusan berpindah dari kampungtersebut. Dia tidak sanggup hidup di sebuah kampung yang masyarakatnya telahlalai dengan ajaran agama.
Dikampung itu, hiburan bagaikan sinonim. Setiap majlis perkahwinan mesti ada persembahankugiran dan joget lambak pada sebelah malam. Ramai warga kampung akan berhibursampai pagi. Percampuran lelaki perempuan bagaikan perkara biasa. Orang-orangtuapun ramai yang ikut sama. Mereka bagaikan memberi contoh tidak baik kepadagenerasi muda. Lokman amat terkilan dengan perangai mereka. Bukan sahaja sukarmenerima nasihat, malah setiap nasihat akan dibalas dengan cemuhan dan ejekan.
“HanyaIslam saja berupaya mencegatkan kehidupan sejahtera. Islam itu penyelamat danpenyelesai sesuai dengan sifat rahmatallila’lamin,tak pernah mengabaikan soal kesejahteraan dalam kehidupan. Sebab itulah, untuk menjadi manusia yang mampu hidup aman,harmoni, berkah dan sebagainya, kita harus kembali kepada ajaran Islam,” ujarHaji Hamdi dalam satu majlis usrah.
Begitulah juga tekad yang terpancang kukuhdalam dada Lokman sekarang. Dia berazam untuk mengubah corak hidupnya mengikutlunas-lunas agama yang benar. Dia tidak mahu menjadi khalifah di muka bumi yangterseleweng dan terlandai jalan hidupnya. Dua anak gadisnya sudah besarpanjang. Milah dan Tijah sudah bergelar gadis sunti dan bila-bila masa sajaakan dipinang orang. Dia mahukan anak-anaknya itu menjadi solehah terpuji.Sifat-sifat mulia terpuji akan diserapkan di jiwa mereka. Lantaran itulah, diatidak pernah jemu mengajar anak-anaknya itu ilmu-ilmu agama yang berjaya dikautdari majlis-majlis ilmu sejak berpindah ke kampung ini.
UstazHamdi memulakan majlis usrah dengan bacaan Al-Ma’dhurat.Sebaik majlis selesai dan selepas halalbilhalalsesama jemaah, Lokman terus pulang. Tatkala itu jarum panjang dan pendek sudahbersatu di angka sebelas.
Melewatiwarung makan di persimpangan menghala rumahnya, tiba-tiba namanya dipanggil.Lokman gesit menoleh. Terkelih Murad dan Osman, dua sahabat baik itu sedangsantai menjamu selera.
“Singgahlahdulu Lokman!” laung Osman, tangan polos menggamit.
Lokmanagak keberatan kerana hari sudah lewat malam tetapi mengenangkan innamalmukminunaikhwah masih eratmembuhul atma, mahu tak mahu rengsa kakinya melangkah, duduk sebaik tiba dihadapan Murad dan Osman.
“Takbaik tolak rezeki,” Osman cuba memancing. “Takkan kerana dah pindah tak sudinak makan semeja dengan kami lagi!” Wajah Lokman dicerlung mesra.
Muradsekadar mengangguk. Tangan akas mencapai cawan. Kopi panas diteguk waspada.
“Eh,mintalah apa nak makan. Aku belanja!” Osman mempelawa sebaik cawan di tanganmendarat atas meja.
“Terimakasihlah, Man! Sebenarnya aku dah kenyang. Makan mi goreng lepas usrah tadi,”Lokman mencegatkan hakikat.
“Ala,takkan secawan kopipun tak boleh!” Osman memujuk.
Lokmantersenyum dan mengangguk seraya meminta secawan kopi. Kala itu tetamu warungtak berapa ramai.
“Kaurugi, Lokman!” ujar Osman sewaktu kopi O yang dipesan berasap di atas meja.Aroma menyegarkan.
“Apayang rugi?” Mata Lokman terkesip-kesipkurang faham.
“Kalaukau tak pindah dulu, dah tentu kau jadi Imam sekarang. Sungguh-sungguh kautolak tuah!”
Lokmantersenyum nipis. “Aku tak rasa itu satu kerugian atau tolak tuah kalau jawatan tubukan hak aku sebenarnya.”
“Siapakata bukan hak kau?” Osman nyata kurang senang. “Jawatan Imam Masjid tu memanglayak untuk kau. Tak ada seorangpun layak jadi imam di Kampung Molek tu!Pegawai dari Majlis Agama ada datang mencari dan melantik Imam tapi semua yangditemuduga, bacaan fatihah pun takbetul. Akhirnya terpaksalah mereka lantik orang dari Kampung Muhibah jadi imamdi Kampung Molek!”
“Itusatu tamparan hebat kepada penduduk Kampung Molek!” Lokman menyinis dalamsenyum. “Sebenarnya, aku berpindah sebab tak tertanggung tengok warga kampungmencintai azab Allah. Soal agama dipandang lewa. Hukum-hakam dibuat tak kisah.Bila aku tegur, mereka kata aku ni ustaz, penceramah, dan macam-macam lagi.Mereka perli... sinis aku,” Lokman melepaskan gelodar rasa hatinya serayamenjeling wajah Murad yang nyata pudar. Dia sengaja mencegatkan hakikatpegangannya dalam usaha memberi kesedaran kepada Murad.
“Hei,Lokman! Siapa maksud kau ni, hah?” Osman mendadak kurang senang. Wajah jelasmenyinga. “Bukan semua orang Kampung Molek begitu. Kau dah salah menuduh.Takkan kerana jarang bersembahyang di masjid, kau kata kami menyeleweng?Takkanlah kerana selalu berjoget lambak, kami tak Islam?” Suara nyata bernadagerah.
“Memangaku tak kata kau tak Islam, Man!” tukas Lokman lunak. Wajah Osman dicerlungmesra. “Tapi, masyarakat Kampung Molek boleh dikatakan rata-rata dah dijajahjiwa, mental dan fizikal, itu maksud aku. Lebih teruk lagi jajah moral danakhlak. Kalau kita dah dijajah oleh syaitan, mata hati kita akan tertutup dankeindahan Islam tak akan nampak lagi. Kita akan menganggap yang Islam tuterlalu mengongkong. Kita akan membenci ajaran Islam yang baik lalu menerimabenda-benda yang tak baik sebagai satu kebaikan. Itu yang aku nampak dalammasyarakat.”
“Tapi,kami semua mahu bebas,” tukas Osman. “Bukankah Islam itu memberi kebebasankepada penganutnya asalkan tak menduakan Tuhan atau meragui rukun-rukun Islamyang lain.”
“Betulkata Osman tu, Lokman!” tiba-tiba Murad yang selama ini mendiamkan diriterpanggil untuk bersuara. “Walaupun kami tak berapa alim dalam soal agama,tapi kami tetap Islam. Kami tetap mengaku bahawa tiada Tuhan lain melainkanAllah dan Nabi Muhammad tu pesuruh Allah.”
“Islambukan sekadar lafaz pada kalimah syahadat, Murad! Kita kena faham hakikat ini,”ujar Lokman tenang. “Islam harus dipraktikkan dengan iman dan amal. Segalarukun Islam mesti dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Semua larangan mestiditinggalkan. Semua suruhan mesti diakuri sepenuh jiwa.”
“Jadi,kau ingat kami ni tak ikut suruhan Tuhanlah?” Osman separuh jengkel. “Jadi, kauseorang sajalah Islam? Kami semua di Kampung Molek tu tak Islam. Begitu maksudkau agaknya?” Murad pula mencebek.
“Sepertiaku katakan tadi, Islam itu perlu ditunjukkan dengan perbuatan,” Lokmanbersuara tegas. “Kalau kita Islam, kenapa kita masih nak main judi atau tikamekor? Kenapa biarkan anak-anak kita bebas tanpa sekatan? Kenapa bersama-samamereka berjoget lambak santak pagi sampai tak tahu masa sembahyang dansebagainya? Ini semua menunjukkan jiwa kita dah dijajah syaitan. Syaitan itumusuh Allah. Kalau kita ikut perangai syaitan, bermakna kita juga musuh Allah.”
“Huh,balik-balik soal jajah itu juga kau sebut!” Osman mula mencebek jengkel.“Selama aku hidup di kampung tu, tak pernah pula aku rasa aku ni dijajah. Hidupbebas, tak siapa menghalang. Cuba kau bandingkan zaman British atau Jepun dulu.Hidup datuk nenek kita susah dan terhimpit. Kita halau mereka semata-mata nakmemerintah sendiri. Bila dah memerintah ada pula rakyat yang rasa dijajah.Pelik sungguh! Karut dan tak masuk akal langsung!”
“Itukata-kata orang yang tak faham istilah jajah, Man!” Lokman tersenyum sinis.“Lagipun, kau tak rasa dijajah sebab kau tak rasa kenikmatan hidup dalam Islamyang sebenar. Bila kau dah rasa kenikmatan Islam, barulah kau akan rasa yangselama ini jiwa dah dijajah syaitan. Yang rasa dijajah ialah orang yangbencikan akhlak bawaan syaitan.”
“Apakau cakap ni, Lokman? Jangan sesenang itu menuduh orang lain syaitan. Setahuaku, orang yang benar-benar Islam tak akan menuduh orang lain tak betul. Betulatau tidak bukan kerja manusia tetapi kerja Allah. Dia yang berhak menilaiseseorang hamba-Nya sama ada betul atau tidak,” tukas Osman.
Lokmantenang menghabiskan kopi O yang masih tinggal separuh di dalam cawan. Pelangganwarung kian meminggir. Satu-satu melenyap.
“Aku takmenuduh, Man! Aku sekadar berkata bentuk-bentuk atau ciri-ciri orang yang sudahdijajah syaitan. Itu saja,” balas Lokman sejurus kemudian. “Menilai sesuatukebajikan atau kejahatan, memang kerja Allah. Manusia macam kita ni tak layaknak ambil alih tempat Tuhan lalu membuat hukum.”
“Habis,atas alasan apa lagi kau nak kata kami semua salah dan tak Islam?” Osman jelasbelum puas. Wajah Lokman dicerlung tunak minta jawapan. Murad di sisi tersenyumlega. Dalam hati biar Lokman terduduk.
“Akutak pernah tuduh kau tak Islam!” tukas Lokman cuba mencegatkan hakikat diri.
“Kauni dah macam orang Yahudi. Cakap berbolak-balik!” Murad membeliakkan bijimatanya. “Tadi cakap lain, sekarang cakap lain pula! Macam mana ni?” Sinishebat seraya jengkel mencebek. Osman menggeleng macam kesal berbaur.
“Siapakata aku macam Yahudi?” Lokman kurang selesa.
“Hanyaorang Yahudi saja suka cakap macam tu!” Murad bersahaja.
“Yahudimusuh Islam. Mereka yang membawa unsur-unsur hiburan berlebihan bertujuan untukmelalaikan umat Islam dari ajaran agama. Mereka cipta tv, radio, internet,alat-alat muzik dan sebagainya supaya umat Islam jadi leka. Orang Islam yangterleka dengan semua unsur bawaan Yahudi itulah yang sebenarnya macam Yahudi.”
Muraddan Osman bungkam setagal. Bukan kerana pengetahuan terbatas tetapi untukmenyangkal hujah Lokman agak sukar.
“Sebabitulah aku melarikan diri dari Kampung Molek tu. Asas kehidupan masyarakat dikampung yang aku duduk sekarang ni lebih murni, nak mewujudkan satu cara hidupsecara Islam dalam kehidupan secara menyeluruh. Ikut hukum Allah dan suruhanNabi supaya kesejahteraan cegat. Tak ada sifat-sifat mazmumah dan yang lebihpenting hidup selamat!” Lokman tersenyum yakin di hujung kata-katanya.
“Kauyakinkah cara hidup yang kau kata baik ni boleh menjamin kehidupan sejahteratanpa sebarang masalah?” tukas Murad, memanaskan kembali perbualan.
Lokmanrasa seperti diperkecilkan. “Jangan terlalu takbur, Murad! Kita sebagai manusiayang dijadikan-Nya, berteguh kepada janji Allah. Allah itu bersifat qadim Yang Maha Sempurna. Tak akan adamasalah selagi berpegang kepada hukum Allah dan Rasul-Nya!” waras membidaspenuh keyakinan, terpacul dari iman yang kukuh.
Perkataantakbur itu benar-benar menyirap darah ke muka Murad dan Osman. Nyata benarmereka menyinga. Muka masing-masing merah padam. Bagai tak sabar mahuberlengan.
Lokmanpantas terkesan. “Sabar, jangan cepat marah. Kata ulama, marah tandanya dirisudah dijajah syaitan!” dia separuh menenangkan. “Takbur maksud aku mendahului fitratullah, ketentuan Allah. Dakwaankau tadi seolah-olah mendahului ketentuan Allah. Jangan terlalu merendahkankemampuan Islam, konon tak mampu mewujudkan kesejahteraan dalam hidup manusia.Ingat, Islam itu addin, menyeluruhdalam aspek hidup. Yakinlah, Islam itu penyelamat, adil, lengkap dan akmal!”
Muraddan Osman bagai dipalu beluti. Bungkam.
Lokman mengambilkesempatan menghulurkan tangan, menghubungkan kembali tali siraturrahim sebelum melangkah pulang meninggalkan warung yangsudah dibalut hening. Malam terus berinsut semakin gelintin sepekat hati Muraddan Osman.
SEDEKAH AWAL PAGI
SMAHADZIR
RESTORAN baru dibuka dan Lokman merasa belum waktunya mengeram di bangkumeja juruwang yang terpajang dekat pintu utama. Orang yang secara langsung akanberurusan dengan Lokman masih lagi asyik melahap sepiring kuih, nasi lemak,kemudian menghirup secangkir kopi panas, di sudut paling dalam.
Ya, Lokman sedang berkemas sendiri. Membetulkanletak kerusi-kerusi, menyusun aneka macam kuih yang tersedia di atas meja,sembari sesekali memberikan arahan kepada setiap pekerjanya yang kebetulan laludi sisinya. Dalam pada itu masuk tiga orang pelanggan, yang kelihatannya mahuberjogging pada awal pagi yang cukup cerah itu.
Aizam, pekerja restoran yang sedang menyusun pinggan-pingganbesar berisi makanan di atas rak makanan bergegas meninggalkan pekerjaannyauntuk menyongsong kehadiran pelanggan-pelanggan tersebut. Dengan wajah yangberseri Aizam iringkan rombongan itu sehingga ke meja nombor satu.
Bagai telah berunding, ketiga-tiga pelanggantersebut memilih tempat itu serta mengambil kedudukan mengitari meja. Merekamengadakan dialog singkat dengan Aizam, dan berakhir setelah salah seorang diantara mereka, yang pakai kaca mata, bersuara: “Roti bakar bubuh mentega dansusu tiga. Teh manis satu, dan nescafee O dua.”
Aizam serta-merta menganggukkan kepala serayamenghadiahkan seulas senyuman khas. Dan dengan suara yang lunak diulanginyapesanan para pelanggan itu, lalu kembali ke tempatnya semula untuk meramupesanan mereka.
Puas sekali Lokman menyaksikan sikap simpatikyang ditampilkan Aizam. Lokman berfikir, kalau mereka yang membantunya mampumempertahankan cara-cara yang spesifik itu, dia optimis, usahanya kali ininescaya akan berjaya sesuai dengan impiannya. Restorannya memang masih di peringkatpermulaan. Usianya baru satu setengah bulan lebih kurang. Jadi jelas belum mampudinilai berjaya, meskipun dari hari ke hari jumlah pelanggan selalu bertambah.
Pelanggan yang bersendirian di pojok sebelah dalamberseru meminta dua butir telur separuh masak. Mali, pekerja yang barumenjengul dari arah dapur terus menimpal, “Yiaapp, telur separuh masak,siap!!!”
Dan dengan penuh keyakinan Mali bertindakgesit, meletakkan piring yang ditenteng, segera mengusahakan apa yangdikehendaki tetamu itu. Sekali lagi Lokman puji penampilan pekerja-pekerja restorannya.
Lokman berjanji dalam hati, takkan melupakanjerih payah mereka. Akan mengambil berat soal kebajikan mereka secukupnya,sesuai dengan jasa yang telah mereka berikan melalui layanan terhadap pelangganrestoran.
* * *
Lokman baru saja menghenyakkan punggung di bangku meja wang ketika seorang perempuanseparuh umur, berpakaian baju kurung agak lusuh, mundar-mandir di halaman restoran.Tidak lama kemudian perempuan tersebut menghampiri pintu masuk restoran. Diahentakkan kakinya ke lantai hadapan restoran yang dibuat dari marmar kasar,kemudian beberapa lama meneliti telapak kakinya. Barangkali dia bimbang adakekotoran yang akan mengotorkan ruang hadapan restoran yang baru disapu itu.
Selepas itu perempuan tersebut memerhati seputarkawasan restoran. Lokman mencerlung tunak-tunak ke arah perempuan separuh umuritu dengan penuh tanda tanya. Apakah yang dicari oleh perempuan tersebut?Apakah dia bakal menjadi salah seorang pelanggan restorannya pagi itu?
Tidak lama kemudian perempuan separuh umuritu semakin hampir dan berdiri di hadapan meja Lokman. Selaku peniaga yang selaluberusaha arif Lokman menggangguk sembari tersenyum mesra. Perempuan separuhumur itu membalas meski tidak sehangat caranya. Tetapi maklumlah, ada pepatahmengatakan: pembeli adalah raja!
“Kakak bukannya hendak minum atau makan disini, dik!” perempuan separuh umur itu berkata sedikit mengejutkan Lokman.
“Ah, tak apa, kak!” balas Lokman. Lokmanmemang tidak ingin berprasangka buruk terhadap sesiapa pun. Juga kepada perempuanseparuh umur itu. Mana tahu perempuan tersebut memerlukan tandas untuk membuangair kecil atau besar.
“Untuk pengetahuan kakak, saya juga gembirahanya dikunjungi atau sekadar mahu berbual-bual. Dengan sesiapa saja, termasukdengan kakak,” tokok Lokman lagi berdiplomasi.
“Itu sesuatu yang wajar dipuji,” sambut perempuanseparuh umur itu. “Kini jarang ada peniaga seperti adik. Mereka memilih diamberbanding berbual dengan pelanggan. Padahal berbual juga ada hikmahnya, betultak dik? Buat mengurangi tekanan atau, sekurang-kurangnya memperluaskan pergaulandan memperkukuhkan siraturahmi, kan!”
Lokman belum sempat memuji sanjungan sertabuah fikiran yang bernas itu, perempuan separuh umur tersebut kembali bersuara:“Tetapi, kalau tidak makan atau minum, mungkin akan menyusahkan adik,barangkali!”
“Ah, itu perkara kecil..”
“Sebenarnya, kakak mohon sedikit pertolongandari adik...”
“Err, pertolongan apa yang kakak harap dari orangmacam saya? Tetapi percayalah, semampunya pasti akan saya kabulkan.”
“Terima kasih. Err, kakak perlukan wangsekitar lima puluh ringgit, dik! Justeru itu beri kakak apa saja pekerjaan yangmungkin senilai dengan wang sebanyak yang kakak perlukan.”
“Kakak ni bergurau ke?”
“Sama sekali tidak, dik! Kakak betul-betulmemerlukan wang sebanyak yang kakak sebutkan tadi.”
“Baiklah,” kata Lokman. Lokman fikir diatidak perlu tahu kegunaan wang itu bagi perempuan separuh umur tersebut. Tidakubah dirinya, orang lain tentu tidak suka atau tersinggung andai ditanyahal-hal sensitif yang bersifat peribadi.
Ya, kendati belum lagi pecah telur, namunsekiranya perempuan separuh umur itu benar-benar memerlukan wang, tidak akanmengurangi rasanya bila Lokman sisihkan lima puluh ringgit dari dompet duitnya.
Tiga orang pelanggan yang Lokman harapkanakan membayar buat pertama kali pagi itu belum juga bangun dari tempat dudukmasing-masing. Pelanggan-pelanggan itu masih merokok di sudut paling dalam,sedangkan rombongan kedua kelihatan mulai bergerak. Dengan refleks lantas Lokmansediakan kertas memo dan pen. Dan salah seorang di antara mereka, yang bertubuhgemuk pendek, menulis apa yang telah mereka makan.
“Tujuh ringgit empat puluh sen,” ujarnyasejurus kemudian.
Ketiga-tiga pelanggan itu berebut hendakmembayar. Dan Lokman menerima selembar wang sepuluh ringgit dari si kaca matayang kelihatannya begitu bersemangat mahu membelanja kawan-kawannya.
“Oi, ada yang lupa,” sela pelanggan yangtinggi kurus tiba-tiba. “Gudang Garam Surya sebungkus, tambah mancis apisekotak,” lanjutnya.
“Lapan ringgit enam puluh sen.”
“Berapa semua?”
“Enam belas ringgit saja, encik!” jawabLokman.
Si kaca mata menghulurkan sepuluh ringgitlagi kepada Lokman. Dan Lokman masih mencari-cari wang baki sebanyak empatringgit ketika si kaca mata menghayun langkah meninggalkan ruang restoran,diikuti kedua-dua kawannya.
“Tunggu, encik!” seru Lokman. “Ini wang bakinyaempat ringgit belum diambil!!!!”
“Biarlah. Sedekah untuk kamu pagi ni!” balassi kaca mata tanpa berpaling. Hmm, sungguhpun terselit unsur sombong padapembawaan si kaca mata, namun bagi Lokman, itu merupakan perbuatan yang baik. Kataorang, bersedekah awal pagi boleh membawa rezeki yang lebih sepanjang hari.
Lokman segera mengucap syukur dalam hati. Ah,tidak ada doa penolak rezeki. Lagipun, memang beginilah hidup dan kehidupan,fikirnya. Tidak terduga. Orang kadang-kadang memberi tanpa diminta.
* * *
“Begini, kak!” kata Lokman kepada perempuan separuh umur yang masih setiaberdiri di hadapan mejanya. Rasanya sudah dua tiga kali Lokman suruh duduk dikerusi, tetapi perempuan separuh umur itu tidak mahu berganjak. “Kakak tidakusah bekerja kalau memang memerlukan wang, berapa tadi?”
“Lima puluh ringgit.”
“Ya, lima puluh ringgit. Kakak tidak perlukerja untuk itu. Kali ini biar saya bantu kakak,” ujar Lokman sambil merabadompet di saku belakang seluarnya.
“Jangan begitu, dik!” bantah perempuanseparuh umur itu.
“Kenapa?”
“Kerana cara itu akan membuatkan kakak merasaberhutang. Kakak paling tak suka berhutang, lebih-lebih lagi mengemis.”
“Eh?! Ini ikhlas, kak! Jadi jangan dikiraberhutang. Lebih-lebih lagi mengemis.”
“Betul. Tetapi masih ramai orang lain yanglebih afdal diberi berbanding kakak. Maaf. Cara itu akan membuatkan kakakmerasa bersalah dan berdosa terhadap golongan yang wajib dikasihani itu.”
“Tetapi, mereka tidak memerlukan bantuan saya,kakak!” Lokman berkata lirih seolah-olah kepada dirinya sendiri, seperlahanarus yang beransur-ansur menghanyutkannya ke alam pemikiran yang selamahidupnya paling tidak dia sukai.
Samar-samar, ada yang menyentuh naluri kecurigaannya.Pasti ada apa-apa di sebalik semua ini! Tetapi, apa? Mungkinkah perempuanseparuh umur itu ingin menguji Lokman? Atau mempermainkannya? Tetapi, apakesalahan atau dosa yang telah dilakukannya?
Hatinya berdesir tidak sedap. Perempuanseparuh umur itu pasti seorang pelarian. Buruan pihak berkuasa? Atau pesakithospital jiwa yang lari? Namun Lokman kembali berasa ragu.
Soalnya tidak ada tanda-tanda kejahatan sertakegilaan pada wajah mahupun penampilan perempuan separuh umur itu.
“Memang,” kata perempuan separuh umur itusetagal kemudian. “Tetapi dik, kakak masih ada tenaga untuk melakukan sesuatudemi wang itu.”
Lokman seolah-olah tidak mendengar kalimatyang mencerlus dari bibir perempuan separuh umur tersebut.
Suara berkelontangan dari arah dapur menyebabkanLokman harus segera ke belakang. Mali didapatinya sedang memungut gayung plastikdan tutup tangki air minum dari lantai. Kemudian, api dapur masak 24 sumbu yangmulai memerah menyita perhatiannya. Lokman segera kecilkan api itu, sedikit. Lokmanraba dan memegang tong minyak tanah dekat rak piring, masih banyak. Lokman menyuruhMali menambah minyak tersebut.
Selepas itu Lokman memeriksa bekas pencucianperalatan dapur. Dan, dicicipinya kemasinan kuah kacang untuk cucur udang.
Sejurus kemudian Lokman mendengar Aizammemanggil namanya di hadapan. Melalui tingkap cermin yang menghubungkan dapurdengan ruang makan restoran Lokman lihat beberapa orang pengunjung sedang celingak-celingukmencari juruwang.
Aizam berjalan tergopoh-gopoh hendak ke belakang.Dan Lokman masih saja ingin mengarahkan sesuatu kepada Mali sewaktu menyaksikanseorang pengunjung hendak mengeloyor pergi sebelum membayar. Lokman bertindakcepat, mengejar dan memanggil pelanggan itu.
“Kenapa aku mesti menunggu kamu sampai kiamat,ha?!” bentak pelanggan itu, berwajah kesal.
“Maaf, encik! Ada sikit masalah di belakangtadi,” Lokman berusaha tersenyum, mesra.
“Bagaimana, dik?” pertanyaan perempuanseparuh umur tadi menghempaskan Lokman kembali ke persoalan yang senantiasa diahindari dalam hidupnya: pemikiran bermuatan syak wasangka, yang cenderungmenggundahgulanakan perasaan.
“Ma... maaf. Maafkan!” bergegas dan gagap Lokmanmenimpal.
“Apakah kakak juga akan kecewa, seperti dibeberapa tempat yang telah kakak pergi?”
“Tunggu!” Kini Lokman menyimpulkan, diasedang berhadapan dengan seorang perempuan separuh umur yang lain daripada yanglain.
Unik, memiliki sikap, dan menjunjung prinsipyang agak aneh namun patut diteladani anak-anak muda sekarang. “Kakak terimasajalah wang ini. Tak apalah, kak! Saya ikhlas sedekahkan pada kakak. Kerana,pekerjaan apa pula yang layak saya berikan pada kakak.”
Perempuan separuh umur itu termenung sejenak.Seolah-olah memikirkan sesuatu. Dan Lokman makin leluasa mengamati perempuan tersebut.Lokman baru tahu bahawa perempuan separuh umur itu memakai kalung gangsa menyerupaimenutup pen berwarna hitam.
Sementara di luar cuaca sudah kian benderang,pagi tiba, sehingga Lokman dapat melihat lebih jelas kereta Avanza berwarna birumetalik yang sejak tadi diletakkan di pinggir jalan di seberang restoran. Tiba-tibahatinya berdetak.
Pasti! Beberapa orang sedang mengawasinyadengan penuh perhatian dari sebalik cermin kereta itu.
“Baiklah, dik!” akhirnya perempuan separuhumur itu bersuara ringan setelah menerima wang RM50 yang Lokman hulurkan.
“Sesungguhnya kakak ingin tenaga kakak bolehdinilai dengan wang yang kakak perlukan. Tetapi, kakak tidak mahu mengecewakanorang sebaik adik. Sungguh!”
Dan setelah beberapa kali mengucapkan terimakasih kepada Lokman sambil terbongkok-bongkok, perempuan separuh umur itu punmulai mengatur langkah meninggalkan ruang restoran. Lokman cuma mengangguknanar. Dan tidak berapa lama kemudian perempuan separuh umur itu menghilang diselekoh jalan.
* * *
Pelanggan kantin yang makan atau minum pun datang dan pergi silih berganti sepertikelmarin. Namun tetap tidak mengurangi intensiti lintasan bayangan perempuanseparuh umur yang datang awal subuh tadi. Kalung gangsanya menyerupai penutuppen warna hitam. Dan Avanza biru metalik yang telah menghilang entah ke mana,yang tadi diletakkan di pinggir jalan di seberang restoran, apakah berisi orangyang memperhatikan dan membidikkan kamera kepadanya?
Ya, ya! Tidak lama lagi perempuan separuhumur dan orang-orang itu akan datang menyalami Lokman, memberi hadiah.Mengkhabarkan bahawa Lokman akan muncul di layar kaca televisyen kerana telahmelaksanakan perbuatan mulia, menolong seorang perempuan separuh umur yangsedang kesempitan wang.
Tetapi boleh jadi juga tidak begitu,fikirnya. Boleh jadi saja perempuan separuh umur itu benar-benar memerlukanpertolongan; sedang kesulitan wang. Mungkin kekurangan wang untuk membeli ubat untukanaknya yang sedang sakit, atau...
Dan Lokman telah menghulurkan tangan kepadaorang yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Roti canai satu. Rokok Salem King Size 20batang sebungkus!” seorang pelanggan yang hendak membayar berkata, gesit membunuhbayangan perempuan separuh umur dan Avanza biru metalik itu dari bergentayangandi minda Lokman.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
