GULAI KELI + KAMBING, YB KG. PUSING
SMAHADZIR
HARI ini, selaku ketua masak, Mak Jemiah masak lagi. Tapi, baru kalipertama, dia masak gulai luar biasa kombinasi ikan dan daging. Katanya, diaakan membuat gulai unik. Ini resepi baru. Sebab, dalam sejarah masak-memasak diKampung Pusing, ikan dan daging sama sekali tidak pernah bertemu dalam satu kawah.Dalam undang-undang jual belipun, kedua-dua jenis ini memiliki perbezaan hargayang cukup jauh. Daging kambing, di mana-manapun, harganya selalu lebih tinggi ketimbangikan keli.
Daging kambing memang hanya diperlukan dalamwaktu atau peristiwa tertentu. Seperti peristiwa hari ini, majlis YB bertemurakyat, biasanya, daging kambing dalam bentuk bakar, selalu hadir berdampingandengan makanan Barat lain. Sementara, ikan keli selalu jadi santapan orangkecil di rumah-rumah kerdil saja.
Kata Mak Jemiah lagi, daging kambing memangeksklusif dibandingkan ikan keli. Daging kambing, tidak mampu dibeli oleh semuaorang, kerana tidak semua orang ada duit. Sementara, ikan keli boleh dibelisemua orang, harganya murah saja.
“Pokoknya, ikan keli yang sering kita masakitu lebih disukai YB daripada daging kambing terutama selepas pilihan raya,”ujar Mak Jemiah sembari tersengih.
* * *
Hari masih pagi. Beberapa orang perempuan di gedohok balai raya sudahberkumpul untuk memasak. Mereka duduk melingkar, masing-masing sibuk menyiang dagingkambing dan ikan keli. Beberapa orang perempuan kelihatan saling berbisik.Sudah pasti membicarakan keanehan resepi gulai Mak Jemiah pagi itu.
“Mau jadi apa kambing dan keli dicampur. Akubelum pernah buat gulai seperti ini,” ujar Mak Kiah.
“Kita tengok sajananti. Mungkin rasanya lebih sedap dari gulai kawah rias pisang campur daging,”balas Mak Bedah pula.
“Selama aku hidupni, baru sekali ini saja jumpa gulai kambing campur keli,” ujar Mak Tijah.
“Aku pun,” MakSodah menokok.
“Tapi, aku akanlarang laki aku datang makan. Takut keracunan,” ujar Mak Kiah.
“Aku rasa Jemiah sedang merancang sesuatuterhadap YB,” Mak Konah tumpang sekaki, “Pilihan raya baru saja habis...”
“Ssssst, Jemiahdatang,” Mak Sodah separuh berbisik.
Merekapunmenghentikan perbualan sambil bersiku-sikuan kerana Mak Jemiah sudah dibelakang mereka.
“Bagaimana kawan-kawansemua?” Mak Jemiah membuka pembicaraan, seolah-olah menangkap semarak kehairanankumpulan perempuan tersebut.
Perempuan-perempuanitu masih kelihatan terkebil-kebil. Mereka senyum, tapi terpaksa, sekadar untukmembuang sangkaan buruk.
“Kalau sudahselesai, kita akan masak gulai keli kambing ni,” ujar Mak Jemiah sambiltersenyum.
“YB datang pukulberapa?” tanya Mak Bedah ingin tahu.
“Lepas solat Zohor...orang-orang kuat partipun diundang juga. Kita mesti siapkan semua masakansebelum Zohorlah!”
Menjelangkerja-kerja memasak, mereka yang membantu di balai raya Kampung Pusing itu sudahmengumpulkan puluhan biji nyiur, untuk santan gulai kambing dan keli tersebut. MakJemiah kemudiannya menyuruhku, yang tadinya cuma menjadi pendengar, mengambilparang dan baldi penadah air nyiur.
“Makcik, kenapasantannya tak dibeli saja di supermarket. Kan ada santan kotak yang sudahtersedia,” protesku kerana tidak mahu kehilangan kesempatan melihat budayagotong-royong di balai raya Kampung Pusing itu.
“Shuib, kalau kitabeli santan di supermarket, kita tak boleh berbahagi rezeki dengan penjualnyiur di kampung ini. Lagipun, kalau kita beli di supermarket, sama sajakita sedang menimbun gunung. Sebab tuan punya kedai besar itu bukan orangsembarangan, tapi orang yang duitnya sudah menggunung, bukan orang sepertipenjual nyiur di kampung kita. Jadi, kalau kita diberi kesempatan untukmembantu orang seperti penjual nyiur, kenapa harus kita sia-siakan?” jelas MakJemiah sambil tersenyum.
Aku tercenung sejenakdengan ucapan Mak Jemiah yang filosofis itu. Benar juga kata Mak Jemiah. Akuterkenang nasib salah seorang peniaga berus sabut nyiur yang kini menjadipenarik beca, setelah orang ramai memilih membeli berus plastik keluarankilang. Padahal, kalau mahu dikira untung rugi, berus sabut buatan tukang becaitu lebih kuat ketimbang berus plastik buatan kilang. Tentu saja, keranaprinsipnya dengan kilang berbeza. Prinsip kilang, hari ini terjual, besok pagikalau boleh sudah rosak dan orang beli lagi. Sementara peniaga berus sabut nyiurberprinsip, hari ini terjual satu, besok atau lusa harus terjual lebih darisatu, kalau boleh orang bersedia membantu menjual ke serata kampung.
Pembuat gasing di belakang rumahku juga takjauh beza nasibnya. Sejak tahun 80-an dia membuat gasing kelas wahid. Kepiawaiangasingnya bukan hanya dalam kalangan budak-budak kampung kami saja, tapimenyebar sampai ke para peniaga kraftangan. Dalam satu hari, pembuat gasingyang handal itu boleh mengaut untung 50-100 ringgit. Tapi sejak televisyenbanyak menampilkan filem-filem tembak-menembak, ibubapa lebih suka mengenalkananak-anak dengan pistol-pistol plastik buatan kilang, daripada gasing. Kini,pembuat gasing itu terpaksa membanting tulang menjadi buruh bangunan, mengasardan melambankan jari-jarinya yang suatu ketika dulu amat gesit dan dinamikdalam aspek membuat gasing.
Aku yakinjari-jarinya kini tidak mampu lagi membuat gasing; hancur sudah, gerakan dansentuhannya disagat bata merah, simen kering, dan gagang sekop. Jadi segera akuambil parang dan mulai mengupas nyiur sambil membayangkan senyum peniaga nyiurboleh bertahan lebih lama bahkan selama-lamanya.
Lepas Zohor, gulaisudah hampir siap. Mak Jemiah mulai meramu bumbu dan racikan khusus untuk gulaiistimewa hari itu. Sementara, Mak Bedah, Mak Sodah, Mak Tijah, Mak Kiah danlain-lain lagi sudah ada di hadapan Mak Jemiah. Sehingga selesai Zohor itu, kenapaMak Jemiah masak gulai tersebut belum juga terjawab.
“Jemiah, boleh aku bertanya?” tanya Mak Bedah.
Mak Jemiah tersenyum, “Nak tanya apa?”
“Aku ini masih bingung, gulai kambing campur kelitak pernah dibuat orang,” ujar Mak Bedah, terpisat-pisat biji matanya.
“Aku nak buat kejutan di Kampung Pusing ini.Ini sajian istimewa, dan akan diperuntukkan kepada orang-orang yang istimewajuga,” jawab Mak Jemiah bersahaja.
Mak Bedah, Mak Sodah, Mak Tijah, Mak Kiah danlain-lain saling pandang memandang. Mereka tak berani lagi bertanya kerana bimbangMak Jemiah tersinggung. Masing-masing mulai menebak-nebak.
“Agaknya ini resepi dari Juliana, anak Jemiahyang kuliah di jurusan perhotelan,” ujar Mak Kiah.
“Mungkin juga dari buku resepi kiriman anaksaudaranya yang duduk di luar negeri tu,” balas Mak Sodah.
“Hushh, di luar negeri mana ada daging kambing,”tukas Mak Tijah.
“Laa.. jangan tak tahu... tempe, nasi lemak, sate...sudah banyak dijual di luar negeri, jadi makanan mewah lagi,” tegas suara MakKiah.
“Sudah... jangan bergaduh, kita tunggu sajananti,” balas Mak Bedah.
Masih banyak persoalan yang cagun, tapi akusudah kurang tertarik tentang perempuan-perempuan itu. Menurutku, sudah kurangkritis kerana makin cenderung menerima eksistensi eksperimen Mak Jemiah. Jadiakupun mulai melaksanakan instraksi Mak Jemiah selanjutnya; mengatur puluhan hidanganuntuk menyambut kehadiran YB ke Kampung Pusing.
Kerana Mak Jemiah dibantu beberapa orangperempuan, aku tak mahu kalah pula dengan memanggil kaum lelaki di KampungPusing ini. Bezanya kaum lelaki di kampung ini memang tak sekritis kaumperempuan yang membantu Mak Jemiah di gedohok. Lebih-lebih lagi setelahdisodorkan kopi dan rokok kretek, sama sekali tak ada cabaran atau pertanyaan kecilkendatipun yang harus kuhadapi dari mereka, walaupun aku sendiri sebenarnyatertanya-tanya kerana daftar nama undangan adalah daftar nama yang sering disebut-sebutoleh akhbar, radio dan tv. Daftar nama undangan di tangan Mak Jemiah hampirsama dengan daftar lengkap nama YB ketika kempen pilihan raya dulu. Lengkapdari pelbagai parti gabungan.
Akupun tergesa-gesa mencari Mak Jemiah.
“Makcik Jemiah, yang diundang itu semua YB,ya?!”
“Ya!”
“Tapi nama-nama dalam senarai ni ramai yang kalahbertanding dalam pilihan raya dulu,”
“Apa salahnya?” jawab Mak Jemiah menamatkanpertanyaanku.
Aku makin tertanya-tanya. Mak Jemiahkemudiannya menyodorkan beberapa helaian kertas. Ada sederet nama calon YB yangtidak jadi YB, kerana kalah dulu. Kubaca dari muka surat ke muka surat. Adaragam berita dan kenyataan yang menimpa para YB kalah itu. Salah seorang jadi separuhmereng kerana hampir semua hartanya terkuras untuk proses pencalonan. Gagaljadi YB, kini setiap pagi dia keliling ladang getah pakai kot lengkap berdasi tapiberseluar pendek. Dasinya besar, bergambar bangunan parlimen. Di ladang getah,dia menemui setiap penoreh, dan mencatat semua keluhan mereka, seperti ahliparlimen yang sedang bersedia untuk berdialog dengan konstituennya.
Ada juga yang gila total dan sempat masukhospital bahagia Tanjung Rambutan. Awalnya depresi kerana hartanya ludes semua.Kebun kopi yang menjadi andalan nafkahnya terjual untuk biaya kempen. Keluardari hospital dia selalu berdasi, tapi tak pakai baju. Setiap pagi, lelakiberdasi tanpa baju ini membawa peta hitam, lalu menahan setiap orang yang laludi depan rumahnya. Aku pernah jadi sasarannya, dan dari helaian kertas MakJemiah itu baru aku tahu bahawa dia bekas pengusaha kopi yang gagal jadi YB.
Waktu itu pengusaha kopi tersebut masih jugaberkempen walau keputusan pilihan raya sudah disahkan Suruhanjaya Pilihanraya.“Jangan lupa nanti pilih aku. Kalau aku dapat projek, kamu juga akan dapatbahagian,” begitulah salah satu pesan kempennya yang masih kuingat.
Isterinyadilaporkan hanya menangis, sampai hampir separuh mereng juga. Dan tak ada yangboleh mereka lakukan kerana kos rawatan di hospital jiwa tak terjangkau lagi.Harta sudah habis.
Masih banyak lagi kisah sedih dan unik paracalon YB yang kalah ini. Hampir semua beritanya disimpan oleh Mak Jemiah. Dan lepasZohor ini mereka akan datang ke balai raya Kampung Pusing, dengan hidangan gulaiikan keli campur daging kambing. Hairan, kenapa Mak Jemiah mengundang mereka?!Aku masih tertanya-tanya.
* * *
Tiba masanya. Para undangan mulai berdatangan. Kaum perempuan yang membantuMak Jemiah memasak gulai tak lagi bertanya-tanya. Kaum lelaki yang membantupersiapan hidangan kembali menikmati kopi dan rokok. Semua sudah bersedia dihadapan para undangan. Yang aneh, tak seorangpun YB menang yang diundang.
Tidak ada agenda ucapan politik seperti yangaku sangkakan selain datang, makan dan pulang. Dengan karakter penampilanmasing-masing, para tetamu awal tiba. Ada yang pakai seluar panjang hitam, dasimerah, tapi hanya dengan singlet putih. Ada yang menunggang basikal tua, denganposter nama serta partinya di bahagian depan dan belakang, seperti orangberkempen.
Undangan berikutterus menyebarkan potongan daun, katanya, kad namanya. Dengan ulah dan gayapara undangan yang unik itu, kaum perempuan di hadapan gedohok dan orang-orangkampung di luar pagar balai raya tertawa terkekek-kekek. Hanya kaum lelaki diruang balai raya yang tetap tenang, menikmati kopi dan kretek masing-masing.
“Jemiah, balai raya kampung kita ni dah jadiseperti Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Mengumpulkan orang-orang yang kurangwaras,” ujar Mak Bedah tak dapat ditahan-tahan.
Mak Jemiah hanyatersenyum.
Di tengah riuhnyagelak ketawa itu, salah seorang YB kalah, yang pakai kot dan seluar pendek,mengamati gulai dengan serius, lalu berkata dengan serius juga, seseriusanggota dewan yang sedang bersidang.
“Mak Jemiah, gulai ini boleh menjadi komoditieksport terkemuka. Ini boleh menambah pendapatan asli daerah kita. Nantilah,kalau aku sudah resmi dilantik jadi ahli parlimen, gulai ini akan kita tawarkanke pihak asing. Tapi kalau boleh tahu, gulai ini dibuat dari apa, ya?”
Semua orang menunggu jawapan Mak Jemiah, danwalau sedar bahawa yang dihadapi adalah YB separuh gila, Mak Jemiah tetapmenjawab pertanyaan YB kalah tersebut yang berkot dan berseluar pendek itu.
“Gulai ini dibuat dari dua jenis haiwan. Ikan kelidan daging kambing,”
“Ikan keli dan daging kambing? Eh, sepertipepatah orang Jawa yang ertinya, gila-gila waras!” kata YB kalah yang berkotdan berseluar pendek tersebut. Lalu diapun menghirup kuah gulai tersebut yangsejak tadi di depannya.
“Iya, seperti sajak, gila-gila waras,” tambah YBkalah yang berbasikal pula.
“Harus disosialisasikan kepada masyarakat umumlain,” ujar pula YB kalah berdasi dan bersinglet koyak.
“Kita perjuangkan menjadi masakan tradisi daerah,”sambung YB kalah berbaju safari dengan seluar batik.
Kaum perempuan tertawa berdekah-dekah,orang-orang kampung di luar pagar turut terbahak-bahak, sedang kerumunan lelakiyang membantu hidangan cuma tersenyum. Tapi puluhan YB kalah dari pelbagaiparti gabungan itu tidak peduli pada suara orang ramai, sama seperti tidakpedulinya pada nasib masyarakat ketika mereka berkempen. YB-YB kalah tersebuttak sedar bahawa aksi serius mereka jadi bahan ketawa. Mereka tetap serius menghirupkuah gulai keli campur kambing sambil membahas pro dan kontra untuk membawanya sebagaimakanan tradisi daerah.
Beberapa orang aku lihat mulai kasak-kusukmenyusun koalisi ikan keli dan daging kambing; waras dan gila. Dan tawa kamisemua semakin bingar, termasuk para lelaki yang mulai kehabisan kopi dan rokok.
Esok paginya, Mak Jemiah menyuruhku membuangsisa gulai berformat ikan keli dan daging kambing itu ke dalam parit belakangbalai raya. Sambil berjalan aku berfikir; bagaimana kalau aku usul agar MakJemiah mengundang para YB yang sekarang sedang enak di kerusi empuk. Tapiagaknya... apa resepi terbaru Mak Jemiah?
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
