Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 3
January 3, 2024
PENGURANGAN GAS RUMAH HIJAU
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
KESAN rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkaitrapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakanfenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibatpencemaran udara yang begitu hebat. Dengan kata lain suhu dunia semakinmeningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benuaArtik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara. Pencemarandengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunyakesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapihaba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat olehgas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.
Kesan rumah hijau berpunca sama adasecara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijauberpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dankarbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secarabuatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakannya berpunca daripada pembebasanbahan pencemaran udara seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaanpenyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan cloroflorokarbon(CFC) juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
Lantaranitu, beberapa tahun kebelakangan ini satu kejadian yang pelik telah berlaku diseluruh belahan dunia. Pelik dengan bahang panas melampau di Amerika Syarikatdan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang disimbahisalji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas,termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan China manakala banjir terusmenelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea sehinggalah ke India.
Keadaan cuaca tidakmenentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalam sekelip mata manakalalebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwadan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar. Inilah senario terkinikeadaan cuaca dunia yang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatanrekod daripada panas dan sejuk melampau selain rentetan satu demi satu taufanganas yang seakan-akan tidak memberi ruang bagi negara mangsa untuk bernafas.
Keadaan diburukkanlagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap dengan catatan skala Richter lebihdaripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak besar atau tsunami yangamat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan. Pendekkata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan,tetapi rekod alam sekitar juga tidak terkecuali kelam-kabutnya sebagaimana yangketara di beberapa buah negara.
Namun, antara contohketara adalah membabitkan kejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah danAmerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropah dan Amerika yang lebih diketahuimenikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampau dengan paparanrakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baru ini.Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila AfrikaSelatan yang sudah sinonim dengan cuaca panas, menyaksikan kehadiran salji buatkali pertama sejak tahun 1981.
Ramai kalangan saintismengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yangdijangka berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahanfosil yang terperangkap dalam atmosfera. Biarpun sukar membuktikannya, sepertidiakui Asher Timms, pegawai Pusat Penyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall diBritain, corak cuaca bumi kini berubah. Akibatnya paras air laut semakinmeningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin berkurangan atau cair dikebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yang mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganasberlaku dengan kerap.
Malahantara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikan kemusnahanakibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis,Prapiroon dan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometersejam. Serangan taufan itu menyaksikan banjir dan tanah runtuh yang menyebabkanhampir 1,000 orang terbunuh termasuk 600 akibat taufan Bilis saja. Keadaanbanjir itu turut meragut nyawa di pojok lain dunia seperti di Korea Utara,India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orangmasih hilang sehingga hari ini.
Sebagaimanayang kita semua sedia maklum, istilah pemanasan global atau global warming dikaitkan dengan kenaikansuhu dunia. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas. Kenaikan elemen suhu diseluruh dunia ini berkait rapat dengan aktiviti manusia yang mengganggukeseimbangan sistem-sistem bumi khususnya sistem atmosfera. Daripada sudut imbanganhaba, fenomena pemanasan global memberi makna wujudnya ketidakseimbangan dalambajet haba. Input haba yang diterima oleh sistem bumi berlebihan berbandingdengan outputnya.
Olehsebab itulah berlakunya kenaikan suhu pada semua skala sama ada mikro ataumakro. Menurut Professor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam SekitarAmerika Syarikat: ‘Terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjahcelcius pada setiap lima tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antaratahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjahcelcius.’
Antara kesan-kesan fenomena perubahancuaca dunia yang kita rasai ialah cuaca panas yang melampau. Selain itu,kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara danSelatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesies flora dan faunadan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yangprominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahancuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masakini.
Langkah Yang Perlu Dilakukan
Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme pentingiaitu melalui Kesan Rumah Hijau dan juga Penipisan Lapisan Ozon. Walaupunterdapat punca-punca semulajadi tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbangterhadap kedua-dua mekanisme di atas. Antaranya ialah aktiviti perindustrian,penyahutanan untuk pelbagai tujuan, pembebasan cloroflorokarbon, puncakenderaan, pembakaran terbuka dan yang paling dashyat adalah melalui ujiannuklear. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida.
Lantaranitu penekanan terhadap ‘teknologi hijau’ adalah altenatif yang tepat dalammenangani masalah kesan rumah hijau tersebut. Ia juga selaras dengan agendautama kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepadaisu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagaipenduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranandalam menjadikan dunia ini a better placeto live in.
Sebagaimanayang kita tahu, teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untukmemulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif akitivitimanusia seperti pengeluaran asap hitam yang membahayakan oleh kilang,penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semulajadi,pencemaran sungai, pelepasan karbon ke udara dan sebagainya. Teknologi hijauadalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sediaada.
Teknologi hijau merujuk kepadaproduk, peralatan, atau sistem yang mampu meminimumkan degrasi kualitipersekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atausifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebihbaik untuk semua hidupan; menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan menggalakkansumber-sumber yang boleh diperbaharui. Terdapat empat tonggak Dasar TeknologiHijau Negara iaitu:
1. Tenaga - mencariketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
2. Alam sekitar - memuliharadan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
3. Ekonomi - meningkatkan pembangunan ekonomi negara melaluipenggunaan teknologi; dan
4. Sosial - meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Aplikasi Teknologi Hijau adalahselaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainabledevelopment) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluansemasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Apabila kitamenggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga,air, dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Produkitu selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baikuntuk semua hidupan. Ia juga menjimatkan tenaga dan sumber asli sertamenggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Antara kebaikannya yanglain termasuklah mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam masa yang samameningkatkan pembangunan ekonomi.
Selain itu, teknologi hijau jugamemastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akandatang serta meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologihijau dan meluaskan teknologi hijau tersebut. Teknologi hijau juga mampumengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan fenomena perubahancuaca dunia.
Sebagaimana yang kita sedia maklum,Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dilancarkan berasaskan kepada empattonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga,teknologi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga danpada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alamsekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dariaspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara.Manakala dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.
Sesungguhnya, proses perubahan cuacaglobal sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha bolehdilakukan untuk melambatkan proses tersebut. Lantaran itu, aplikasi teknologihijau merupakan salah satu alternatif bagi melambatkan proses perubahan cuacadunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesardalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian. Antara contoh aktivitiharian kita yang banyak menyumbang ke arah perubahan cuaca global ialah penggunaankereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun seranggadan sebagainya.
Hakikatnya, bumi ini sudah tidak lagimampu menanggung beban penggunaan kurang mapan dan pembaziran yang dilakukanoleh manusia. Tenaga berperanan penting dalam semua aktiviti. Sumber tenaga dinegara kita dibahagikan kepada 2 jenis iaitu sumber tenaga konvensional (tidakboleh diperbaharui) dan tidak konvensional (boleh diperbaharui). Sumber tenagakonvensional yang terbesar di Malaysia adalah petroleum dan jenis sumber iniakan semakin berkurangan serta habis jika digunakan secara berterusan. Contohsumber tenaga bukan konvensional yang tidak terhad digunakan ialah biojisim dansolar.
Ketika Revolusi Perindustrian yangbermula di Britain sejak abad ke-18 hinggalah hari ini, tenaga yangmenggerakkan pembangunan dan pertumbuhan dunia ialah bahan api fosil yangterdiri daripada minyak, gas dan arang yang merupakan sumber tenaga konvensional.Bahan api fosil banyak membantu dalam pembangunan tetapi ramai orang tidaksedar akan kesan penggunaan bahan fosil terhadap bumi ini. Penggunaan bahanbakar fosil yang semakin meningkat telah berperanan besar dalam fenomenapemanasan global dengan melepaskan karbon dioksida (CO2) ke udara bebas danseterusnya mempengaruhi perubahan iklim dunia. Untuk mengurangkan bilanganmanusia yang hanya memikirkan keuntungannya tanpa melindungi bumi, pemimpindunia telah memperkenalkan pemakaian tenaga alternatif yang menggantikan bahanbakar fosil yang membahayakan.
Terdapat pelbagai bahan bolehdijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil sepertitenaga solar (matahari), tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisimkelapa sawit. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjangtahun. Kita boleh memanfaatkan cahaya matahari pada waktu siang sebagai sumbertenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solartinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat cahaya matahari untuk jangka masayang panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak bolehdiabaikan juga. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesanrumah kaca serta tenaganya boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktumalam. Tenaga ini boleh dimanfaatkan untuk tiang lampu yang banyak di negarakita.
Tenaga hidro berasal daripada airyang mengalir mengandungi tenaga yang boleh diubah menjadi tenaga elektrik.Tenaga hidro menampung keperluan pertanian. Tanah bumi Malaysia yang kayadengan flora dan fauna telah menjadikan negara kita sebagai kawasan yangmempunyai bekalan air yang berterusan. Hampir 90% daripada sumber tenaga yangdiperbaharui datang daripada kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagaisebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung air sungai. Tenaga ini adalahpercuma. Air juga boleh disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan padamasa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang menyumbang kepadapencemaran. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin,matahari dan gelombang.
Hidrogen juga merupakan bahan gantianuntuk bahan bakar fosil. Hidrogen boleh digunakan sebagai sejenis bahan api yangmenggerakkan kenderaan. Hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupadengan kereta petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hidrogenbertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untukmenjana motor tarikan elektrik. Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagaibahan bakar dapat mengurangkan penggunaan gas rumah tanaman dan perosak lapisanozon. Tetapi untuk mendapatkan bahan ini adalah sukar kerana hidrogen diperolehmelalui kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang, gas petroleumcecair, biojisim, melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air melaluielektrolisis. Oleh itu, hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling kurangcekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau.
Biofuel juga merupakan bahan bakaralternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Biofuelboleh dihasilkan secara langsung dari tanaman atau limbah industri, komersial,domestik, atau pertanian. Ada tiga cara untuk menghasilkan boifuel iaitu limbahorganik kering (buangan rumah tangga), fermentasi limbah basah (kotoran haiwan)atau fermentasi tebu atau jagung dan tenaga dari hutan. Biofuel menghasilkankarbon dioksida yang jauh lebih sedikit daripada bahan bakar fosil yang mencemarkanudara. Biofuel boleh terurai dan sumber bahan buatan biofuel adalah terjaminserta mampu mengelakkan daripada rumah kaca.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau,faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan jaminankualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dansebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebutdibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatifterhadap alam sekitar adalah minima.
Kita harus mengamalkan amalan hijausebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kitalaksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluanmembeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik kerumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakanbekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketikamembeli-belah.
Kita sebagai pengguna juga harusmengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakanpenggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatantenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbandingperalatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskanalam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan denganlangkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidupkita. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supayamereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup danperubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalanteknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberikesan yang besar pada masa hadapan. Yang penting, kita sebagai penduduk duniaperlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikandunia ini a better place to live in.Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatankualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan.Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hiduprakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kitamenggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalahminima.Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunannegara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologihijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk ‘hijau’ yang telah kitahasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalamsektor tenaga boleh diperbaharu atau renewableenergy. Contohnya, industri solar photovoltaictelah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita.
Sebagai kesimpulannya, penekananterhadap ‘teknologi hijau’ adalah altenatif yang tepat dalam menangani masalahkesan rumah hijau menjelang tahun 2050. Satu sistem pengurusan sumber yangberkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan yangberterusan bagi kegunaan manusia pada masa hadapan. Untukmencapai matlamat pengurangan gas rumah hijau menjelang tahun 2050,pemakaian tenaga alternatif adalah amat digalakkan. Sesungguhnya, teknologihijau akan dapat membantu dalam memuliharakan alam sekitar dan meningkatkankualiti hidup makhluk sejagat.
PENGGUNAAN TUMBUHAN BERKHASIAT PERUBATAN
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
PENGGUNAAN tumbuhan sebagai kegunaan seharian telahbermula sejak zaman dahulu lagi. Selain digunakan sebagai bahan binaan,tumbuhan juga turut digunakan sebagai bahan penyembuh bagi mengubati penyakit.Tumbuhan yang berfungsi sebagai apotik di muka bumi berpotensi besar dalampenghasilan penawar yang dihidapi oleh manusia dan digunakan serta diwarisioleh manusia secara turun temurun.
Menurut kajian,sebelum perubatan moden wujud, manusia menggunakan herba dan akar kayu untukdijadikan ubat atau penawar. Pengkaji menyatakan bahawa ekosistem hutanMalaysia kaya dengan pelbagai tumbuhan liar yang bermanfaat yang mempunyaihubungan dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Kepentingan herba kemudiandiperkembangkan melalui perubatan moden dari masa ke semasa dengan pencampurandengan bahan kimia supaya ubat atau penawar agar lebih berkesan.
Penggunaanperubatan berasaskan herba kurang dipraktikkan pada zaman kini terutama olehmasyarakat moden kerana kurang pengetahuan mengenai penggunaan tumbuhan herbadan tidak tahu dari manakah sumber asli ini diperoleh. Kekurangan pengetahuansebegini menyebabkan penggunaan tumbuhan herba dalam kehidupan seharian makinhilang dalam masyarakat.
PerubatanTradisional
Pengkaji juga ada menyatakan bahawa masyarakat Asia kayadengan herba dan perubatan tradisional kerana faktor konteks iaitu di kelilingioleh sumber alam semulajadi dari dalam hutan hujan tropika. Di Malaysiakhasnya, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyaikeistimewaan sendiri dalam menjalani kehidupan mereka. Mereka merupakanmasyarakat yang mempunyai kepakaran dalam penggunaan tumbuhan terutama dalamperubatan tradisi.
Setiap masyarakatdi Malaysia mempunyai kaedah tersendiri bagi menghasilkan ubatan berasaskantumbuh-tumbuhan. Perubatan tradisional berkait rapat dengan sejarah sosiobudaya manusia. Setiap masyarakat di dunia ada sejarah perubatan aslitersendiri. Di Malaysia, perubatan tradisional terbahagi kepada tiga iaituMelayu atau Orang Asli, Cina dan India. Perubatan Cina berasaskan Confucius,India Ayurveda manakala Melayu campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli.
Walau bagaimanapun,semuanya ada ciri sepunya iaitu bahan mentahnya berasal dari tumbuhan. Inimembuktikan walaupun terdapat kaedah yang berbeza dalam penggunaan ubatan bagisetiap bangsa, namun asas kepada penghasilan ubatan tersebut adalahtumbuh-tumbuhan.
TelahSebati
Penggunaan tumbuhan herba dalam masyarakat di Malaysiamemang telah sebati walaupun pada masa kini terdapat campuran bahan kimia dalamubatan herba. Masyarakat tetap menggunakan ubatan yang berasaskan herbawalaupun zaman telah berubah.
Menurut kajian,masyarakat Melayu mempunyai tradisi dan keistimewaan tersendiri dalam menjalanikehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yangmempunyai kemahiran dalam penggunaan tumbuhan terutama dalam pengubatantradisi. Kebanyakkan dari masyarakat ini terdiri daripada kumpulan etnik yangpandai memanfaatkan hasil hutan terutama untuk tujuan perubatan.
Ini dibuktikanberdasarkan wujudnya pengamal ubatan tradisi di kampung-kampung orang Melayusama ada dukun, bomoh, pawang dan sebagainya. Masyarakat Melayu mempunyaikemahiran dan pengatahuan farmaseutikal tentang tumbuh-tumbuhan dan bolehmenentukan ubat dan penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Pengalaman dankepakaran masyarakat Melayu tentang perubatan tradisi melalui tumbuhan telahmenarik para pengkaji untuk mencungkil lebih banyak rahsia tentang tumbuhanuntuk kegunaan manusia terutamanya dalam bidang perubatan. Setengah perubatantradisi boleh dijelaskan melalui bukti-bukti saintifik, banyak kajian yangdijalankan berjaya memberi pengesahan terdapat kebekesanan terapisediaan-sediaan herba.
Kawasan hutantropika Malaysia khususnya di hutan hujan tropika Durian Tuang, Mukim Sanggang,Temerloh Pahang mempunyai kepelbagaian spesies tumbuhan yang mempunyai nilaiperubatan yang amat berharga. Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah lamamenggunakan ramuan daripada ‘rempah gunung’ dan ‘teja’ sebagai satu teknik ataukaedah bagi menyembuhkan beberapa jenis penyakit.
SistemPemakanan dan Perubatan
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan tumbuhan dan budayatelah mempengaruhi sistem pemakanan dan perubatan masyarakat Melayu. Masyarakatterdahulu mengenalpasti kegunaan tumbuhan dengan memerhatikan dan mengambiltahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan sepertikucing.
Pemerhatianterhadap kesan pengambilan tumbuhan oleh haiwan terutama apabila melihatbinatang itu tidak sihat akan menambah pengetahuan mereka mengenai mengenalijenis tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat ataupun beracun lalu disesuaikan denganpengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan.
Budaya dalamsesuatu bangsa menentukan jenis tumbuhan dan bahagian mana daripada tumbuhantersebut yang boleh dimakan, dibuat perhiasan dan dijadikan penawar. Merekaselalunya tahu mengenai fungsi tumbuhan ubatan dan tumbuhan makanan di manatumbuhan ubatan berfungsi sebagai penawar kepada sesuatu penyakit atau sebagaipenghindar daripada sesuatu penyakit.
Tumbuhan makananpula berfungsi menghilangkan lapar dan menyihatkan badan. Masyarakat Melayumempunyai pertalian yang erat dengan alam sekitar di mana kebanyakkan sistemperubatan masyarakat Melayu menggunakan tumbuhan ubatan sebagai asas rawatan,penjagaan kesihatan dan pemakanan.
Masyarakat Melayumenggunakan pelbagai kaedah dalam penyediaan ramua ubatan dari tumbuh-tumbuhan.Antara kaedah yang digunakan ialah merebus, celur, perah, menumbuk, menjemur,merendam, membakar dan melayur adalah beberapa kaedah biasa yang digunakan untukmenyediakan ramuan ubatan menggunakan tumbuhan. Sapu, gosok, tuam, urut, makan,minum dan mandi merupakan kaedah penggunaan ramuan ubatan tersebut.
Masyarakat diMalaysia terkenal dalam amalan penggunaan tumbuhan dalam kehidupan seharian.Tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan seharian ini diperoleh dengan pelbagaicara. Di dalam masyarakat Semai contohnya, 97 spesies tumbuhan digunakan darihabitat asli, 62 spesies dijumpai dalam habitat masa kini, dan 888 spesiestidak ditanam iaitu hidup meliar. Penggunaan tumbuhan herba tidak terkecualijuga bagi masyarakat Sabah dan Sarawak.
Taburan pelbagaimasyarakat di kawasan yang kaya dengan hasil hutan menyebabkan tumbuh-tumbuhanturut digunakan sebagai ubatan bagi merawat penyakit. Sebagai contoh di Sabah,kaum etnik terbesar sepeti Kadazan Dusun, Bajau dan Murut masih mengamalkan sistemcara hidup tradisional di mana masih menggunakan tumbuhan sebagai bahanperubatan.
Namun, perubahanmasa menyebabkan generasi baru kurang mengetahui mengenai khazanah alam yangbernilai tinggi di mana generasi muda berpindah ke kawasan bandar. Bagimeningkatkan penggunaan tumbuhan herba dalam kehidupan seharian, penyelidikanberasaskan tumbuhan herba perlu dipertingkatkan.
PasaranUbatan Herba
Pasaran ubatan herba di Malaysia mengalami pertumbuhanyang luar biasa, pendekatan penyelidikan baru-baru ini telah meliputi aktivitiuntuk membangunkan ubatan herba menjadi produk yang berkualiti, berkesan danselamat untuk penggunaan manusia. Kemajuan dalam teknik-teknik kromatografi danspektroskopi telah memberi impak yang sangat besar ke atas pengasingan danelusidasi struktur kandungan tumbuhan ubatan.
Masyarakat yangpelbagai etnik dan bangsa yang menjadi pengguna mula terarah kepada produksemula jadi berasaskan tumbuhan herba di mana mereka kini memilih untukmenjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Produktersebut merangkumi ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatanberasaskan herba yang kini semakin popular digunakan dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan tumbuhandan herba sebagai ubat dalam masyarakat di Malaysia khasnya masyarakat Melayutelah memakan zaman. Tradisi ini sejajar dengan keistimewaan bumi Malaysiasebagai sebuah negara kaya dengan pelbagai flora. Keadaan geografi (iklim,struktur tanah tanih, dan sistem saliran) di sesuatu kawasan yang ditumbuhihutan jenis tropika atau khatulistiwa bukan sahaja menawarkan landskap hijauyang menarik, malah kahijauan hutan tersebut tersimpan banyak manfaat dari segiberubatan kepada masyarakat yang menggunakannya. Oleh itu, penggunaan herbadalam kepelbagaian masyarakat sangat popular dan menjadi amalan sehingga kini.
December 31, 2023
KE AKHIRAT MEMBAWA BARANGAN YANG DIMURKA ALLAH
SMAHADZIR
KASIHAN manusia ini, ramai antara mereka membuatkerja-kerja yang tidak seimbang bahkan adakalanya membuat kerja-kerja yangsia-sia. Kerja dunia yang sementara bersungguh-sungguh mereka mengerjakannya.Dunia yang tidak lama bertungkus-lumus mereka mendapatkannya. Bukan sahajadunia tidak lama yang disangka lama, hiduppun tidak sampai ke tua, ramai yangmati muda.
Ramai orang mengejar nama dan glamour, mereka tidak fikir lagilarangan Tuhan dan mereka menyangka glamourdan nama membawa bahagia. Kasihan mereka ini ditipu oleh angan-angannya. Merekamemburu nama dan glamour denganbermacam dan berbagai cara. Ramai orang kerana hendak nama dan glamour, sanggup memanjat gunung,menyeberang sungai yang alirannya deras, merenangi lautan, mengembara ke kutubutara atau selatan, menggembara ke angkasa lepas dengan perbelanjaan yangsungguh mahal dan lain-lain lagi.
Apakah dapat bersembahyang atautidak, tidak diambil kira, mereka melakukannya dengan bersusah payah untuksanjungan manusia. Ada yang jatuh patah kaki, tidak kurang ada yang mati. Samaada ketika mengejar nama dan glamour itumelanggar syariat atau as-sunnahtidak dipedulikan, yang penting berjaya, yang penting membina nama, media massamembuat berita, yang penting ada nama, bukan senang hendak terkenal.
Begitulah manusia pada hari ini,kerana nama dan glamour sanggup matiuntuk mendapatkannya. Tetapi kalau kerana Allah sanggup berbuat bermacam-macamalasan untuk tidak melakukannya. Susahlah, sibuklah, tidak ada masa dan keranaitulah solat Subuhpun ramai orang yang tertinggal. Mungkin juga solat dibuattetapi setelah matahari naik. Begitulah orang memperkecilkan Allah keranaberbagai-bagai alasan. Kerana nama dan glamourtidak ada yang mustahil, boleh sahaja melakukan apa saja.
Segala yang diusaha dandiperolehi di dunia ini bakal ditinggalkan, tidak boleh dibawa ke mati.Sedangkan usaha untuk akhirat adalah kekal abadi. Tetapi untuk akhirat itulahyang dicuaikannya. Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawaapa-apa. Bekalan ke sana waktu di dunia telah dilupakan seperti tidak beribadahatau beribadah secara sambil lewa sahaja, tidak berjiwa langsung. Pemurahnyatidak ada, bermaaf-maafan tidak biasa, berkasih sayang sesama manusia telahdilupa. Sabar dan redha tak usah dikata, bukan budaya hidupnya mengutamakanorang lain. Ziarah-menziarahi bukan budayanya, menghormati hukum-hakam Allahdalam hidupnya bukan disiplinnya.
Islamnya hanya syahadah dansedikit-sedikit ibadah lainnya, itupun bukan dari jiwa. Bertimbang-rasa tidakdianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga yang ada, dia memikirkankepentingan diri dan keluarga atau kroni-kroninya sahaja. Orang miskin, susah,dapat bala peduli apa! yang dibawanya ke akhirat ialah sifat sombong, tamak,bakhil, pemarah, zalim, megah, riyak, ujub, di samping lupa Allah, tidak takutdan tidak cintakan Penciptanya.
Sewaktu hendak mati masih dalamangan-angan lagi ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamour. Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang,masih mengangkat diri, ajalpun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan,dengan kata-kata lain tidak membawa sifat takwa sebagai bekalan. yang dibawanyahanya sifat-sifat mazmumah yangbernanah dalam jiwanya.
Aduh malang sekali, dia pergi kedunia akhirat membawa barang-barang yang dimurka untuk ke neraka, barang-barangyang dibawa untuk ke syurga tidak ada, maka rugilah dia sepanjang masa buatselama-lamanya. Semoga kita dijauhkan Allah dari memiliki sifat-sifat sepertiini.
MENGHINA DIRI ITU AMALAN HATI
SMAHADZIR
MERASAKAN diri hina itu satu sifat yang mulia. Iasatu dari sifat kehambaan. Ia timbul dari merasakan bahawa Tuhan itu MahaMulia. Merasakan Tuhan itu Maha Mulia ialah satu dari rasa-rasa bertuhan.Sebaik sahaja kita dapat merasakan Allah SWT itu Maha Mulia, maka secaraspontan kita akan merasakan bahawa diri kita itu terlalu hina di sisi-Nya. Dirikita ini terlalu lemah tanpa bantuan dari Allah. Diri kita ini tiada apa-apajika Allah tidak menghulurkan tangan-Nya untuk membantu.
Lawannya ialah rasa diri mulia.Ini satu sifat yang tercela. Rasa diri mulia bukan satu sifat kehambaan tetapiia lahir dari sifat ketuanan yang bersarang di hati kita. Kita rasa kita tuan.Kita rasa kita lebih dari orang lain. Rasa diri tuan itu syirik khafi (syiriktersembunyi) hukumnya. Kita sudah hampir hendak menyamakan kedudukan dan tarafkita dengan Tuhan. Kita hendak pakai apa yang menjadi pakaian Tuhan. Ia tumbuhdari sifat kibir, ego, angkuh dansombong.
Sifat kibir, ego, angkuh atau sombong ini, semua orang ada. Hanya adayang kuat mengawalnya dan ada yang lemah mengawalnya. Kibir atau ego ini ibarat harimau yang sedang tidur. Bagi orangyang kuat mengawalnya, kalau dicabar, harimau itu akan terjaga tetapi ia tidakmenerkam dan tidak membaham mangsanya. Tetapi bagi orang yang lemahmengawalnya, kalau dicabar, akan marah dan akan bertindak terhadap orang yangmencabarnya.
Lebih hina kita rasakan diri kitadi sisi Tuhan, maka lebih tajam dan lebih mendalamlah sifat kehambaan kita danlebih tinggilah darjat kita di sisi Tuhan. Sebaliknya, lebih mulia kita rasakandiri kita, maka rosaklah sifat kehambaan kita dan hinalah kita di sisi Tuhan.
Hina diri itu ialah amalan hati.Tidak payah disebut-sebut dan tidak payah ditunjuk-tunjuk. Kalau disebut-sebut,takut-takut ianya bukan datang dari hati. Ini sumah namanya. Kalau ditunjuk-tunjuk dan ia bukan datang dari hati,maka ini riyak pula namanya.
Dalam kita menghina diri, tidakpayah kita tunjuk kotor seperti menyapu kotoran atau najis ke tubuh badan kitacontohnya. Ini sudah jatuh haram. Ramai orang tunjuk kotor seperti pemintasedekah dan kaki dadah tetapi hati mereka penuh dengan ego dan keangkuhan.Mudah sahaja mereka ini menipu manusia dan berbuat maksiat kepada Tuhan.
Orang yang merasa dirinya mulia,sebenarnya di sisi Tuhan adalah hina. Ini kerana bagi Tuhan, sepertimana yangdisebutkan-Nya dalam Al-Quran; orang yang mulia itu ialah orang yang bertakwa.Di mana kemuliaan orang bertakwa? Kemuliaan itu letak pada hatinya. Hati yangcukup tinggi rasa hamba dengan Tuhannya. Rasa hamba itu ada berbagai dan yangpaling menonjol adalah rasa hina dengan Tuhan.
Rasa hina ini, biasanya iamenjadi subur di dalam sembahyang. Bila kita sembahyang, terutama pada waktusujud, pada waktu itulah benar-benar dirasakan diri kita ini terlalu hina disisi Pencipta-Nya. yang dirasakan dalam hatinya walaupun sukar untukdiungkapkan dengan kata-kata tetapi bolehlah dimaksudkan sebegini: “Aku inihina, wahai Tuhan… Kau jadikan aku daripada tanah. Aku ini hina, Tuhan… Kaujadikan aku daripada setitis air mani yang hina. Aku ini hina, Tuhan… Aku hinaseperti najis. Kau Tuhan yang Maha Tinggi, aku hamba yang hina. Aku menghinadiri di hadapan-Mu Tuhan dan itulah yang selayaknya buat aku sebagai hamba-Mu.”
Rasa hina seperti inilah yangdipandang Tuhan. Rasa seperti inilah yang membuatkan kita dimuliakan Tuhan.Kita tidak minta kemuliaan itu tetapi Allah muliakan kita. Allah iktiraf yangkita itu mulia. Kita dalam kemuliaan di Akhirat, walau di dunia belum tentu.Mungkin manusia memandang kita hina tetapi Tuhan memandang kita mulia. Orangseperti ini, kalau ditakdirkan menjadi pemimpin, rasa hina inilah yang dibawadalam memimpin. Dia tidak sombong malah sangat berkasih sayang dengan anakbuahnya. Cakapnya mesra dan berlemah-lembut. Dia tidak minta dimuliakan biarpunanak buah memuliakannya.
Malah, jika dia tidak dimuliakanoleh mereka, dia tidak terasa hati. Sama sahaja hatinya sama ada dia diberilayanan istimewa atau tidak. Tenang sahaja hatinya biarpun dia tidak dipujiatau disanjung. Pujian atau sanjungan hanya akan mencemaskan hatinya keranatakut-takut dia tidak layak menerimanya. Kalau dia ditakdirkan kaya, dia tidakbermegah-megah dengan kekayaannya. Digunakan kekayaannya itu untuk membantuperjuangan Islam. Juga kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.
Samalah juga jika dia ilmuan atauulamak, dia tidak sombong dengan ilmunya. Dia mengajar dan mendidik tetapipenuh berhikmah. Dia tidak suka menunjuk-nunjuk yang dia itu seorang ilmuanatau ulamak. Dia bercakap bila perlu sahaja. Cakap-cakapnya tidak membuatkanorang sakit hati kepadanya.
Begitulah sifat-sifat orang yangmerasa diri hina. Tidak kira apa statusnya, walau diberi kelebihan oleh Tuhan,dirinya tetap merasa hina di sisi Tuhan. Rasa inilah yang menjadikan dia muliadi sisi Tuhan. Orang yang tidak ada rasa seperti ini, jangankan Tuhan,manusiapun tidak suka kepadanya.
Tetapi janganlah pula kita merasadiri kita hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk. Sifat beginisangat ditegah oleh Allah SWT. Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman-Nya yang bermaksud: “Janganlahkamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada-Ku.” (surahAl-Maidah: 44). “Janganlah kamu rasaterhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman.” (surahAli Imran: 139)
Rasa hina dan rasa lemah hanyadibenarkan oleh Allah SWT kepada kita ialah terhadap diri-Nya sahaja. Kitadiperintahkan supaya berasa hina dan lemah hanya di sisi Allah. Kita tidakboleh merasa hina dan lemah di sisi manusia dan makhluk yang lain. Tiada sebabmengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kitatakut dan rasa terhina di hadapannya.
Jangan sampai kita menghina diripada sebarang makhluk. Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecualihamba hamba-Nya yang bertakwa. Orang yang bertakwa lebih mulia daripada orangyang tidak bertakwa. Siapa yang lebih takwanya, lebih tinggilah darjatnya disisi Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Semulia-muliakamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertakwa dalam kalangan kamu.”(surah Al-Hujarat: 13)
Maka kalau begitu tidak bolehkita mengukur kemuliaan seseorang kerana ilmunya, jawatan, kekayaan, keturunandan lain-lain lagi. Lagilah tidak boleh kita merasa diri hina, lemah dan kurangdi hadapan seseorang yang lebih tinggi jawatannya, hartanya, kekayaannya atauilmunya dari kita.
ISLAM MENGATUR PERGAULAN YANG SUCI, SELAMAT DAN MULIA
SETIAP manusia perlukan pergaulan dan Islam mengaturpergaulan bagi kaum Muslimah dengan pergaulan yang suci, selamat, dan muliakerana syaitan berusaha untuk menghancurkan keimanan kaum Muslimah dengansegala tipu dayanya. yang paling banyak menyelewengkan wanita dari agama dalampergaulan adalah ajakan mereka mengenai kebebasan wanita, emansipasi dansebagainya. Ditambah lagi dengan suapan-suapan globalisasi yang berkiblatkanbudaya-budaya Barat sehingga, seolah-olah memaksa kaum Muslimah untuk keluardari budaya Islam yang aman dan bijaksana.
Untuk itu Rasulullah SAWmengingatkan kaum lelaki, “Berhati-hatilah kamu berkhalwat dengan wanita. Demidiriku yang berada dalam genggaman-Nya, tidak akan pernah seorang lelaki yangberdua-duaan dengan wanita melainkan syaitan akan masuk di antara mereka.Seorang lelaki yang rapat dengan babi yang penuh dengan lumpur masih lebih baikdaripada dia merapat dengan paha wanita yang tidak halal baginya.” (hadisriwayat Thabrani).
Syeikh Muhammad bin Abdullahmengulas dalam hal tipu daya syaitan ini bahawa pergaulan bebas antara lawanjenis seperti yang sering kali terjadi hanya akan mendorong wanita untukbersolek, berpenampilan mencabar, menarik pandangan kaum lelaki dan membangkitkanpesona mereka. Sebab keinginan seksual yang sudah menjadi fitrah lelaki danwanita akan bertambah kuat kerana adanya pergaulan antara lawan jenis dan jikapembatasannya mudah ditembus.
Dalam masyarakat yang membukapergaulan seperti ini akan muncul pembawaan baru dalam diri lelaki dan wanitaiaitu saling menampakkan keindahan dan pesonanya untuk menarik minat lawanjenis. Lama kelamaan tindakan ini bukanlah sesuatu yang perlu diingkari dandicela kerana adanya perubahan teori moraliti. Bahkan kemudian semua itudianggap sesuatu yang perlu disenangi. Kemudian berkembang semakin jauh hinggamasing-masing tidak memiliki lagi satu sempadan pun.
Islam yang bijaksana tahu bahayaakibat pergaulan yang tiada tara dalam kehidupan individu dan umat tatkaladorongan berahi sudah memuncak. Syariat Islam sudah membuat berbagai carapenjagaan dan perlindungan yang boleh menghalang terlepasnya keinginan berahidari pagarnya. Maka Islam memberi perhatian dalam penguatan ketakutan kepadaAllah dalam diri manusia dengan memperkuatkan fitrah dengan rasa malu agarperasaan ini boleh menjadi pengawal secara dalaman.
Islam juga mensyariatkanhijab kepada wanita agar dia menutupi keindahan dirinya daipada lelaki, memintaizin tatkala memasuki suatu rumah, memerintahkannya agar menundukkan pandanganmata, baik lelaki mahupun wanita, melarang secara bebas antara lelaki danwanita, memperingatkan wanita berpergian tanpa disertai mahram, kemudian meletakkan hukuman bagi orang yang melanggarlarangan ini.
Muhammad Qutub mengatakan bahawanafsu berahi atau seks itu sendiri bukanlah sesuatu yang kotor atau haramtetapi harus diletakkan dalam suatu lingkungan yang benar lagi bersih.Sedangkan kebebasan yang dilakukan wanita di dunia Barat dan diseru oleh parapropagandis kebebasan di negara Timur yang beragama Islam, justeru akanmerosakkan wanita dan lelaki serta generasi seterusnya.
Padahal dalam Huququl Mar’ah ditulis bahawakebebasan sebenarnya adalah melepaskan diri dari bisikan hawa nafsu dansyahwat, juga dari tradisi dan kebiasaan-kebiasaan yang menyimpang dan sesat. darisini jelaslah, majlis yang di situ ada kaum lelaki wanita bercampur samasekali tidak sesuai dengan tabiat murni dan ajaran Islam. Sebab pesona berahiyang ada dalam naluri lelaki dan wanita mempunyai suatu kekuatan yang tidakboleh dielak, yang akan menjadi bertambah kuat jika kedua-duanya salingberkumpul.
Disebutkan dalam Nailul Autsar bab ‘Larangan Berkhalwat dengan Wanita BukanMahram’: “Berkhalwat dengan wanita lain sudah disepakati oleh paraulama tentang pengharamannya sebagaimana hal ini telah dikisahkan Al-Hafizh didalam Al-Fath. Alasan pengharamantersebut kerana apa yang disebut di dalam hadis tentang kewujudan syaitansebagai orang ketiga daripada keduanya yang boleh mengheret kedua-duanya kedalam kederhakaan. Namun jika khalwat itu disertai oleh mahram, itu dibolehkankerana kemungkinan terjadinya kemaksiatan boleh dicegah kerana kehadiran mahramtersebut.”
Sebab tabiat kekeluargaan itucenderung mendorong lelaki berani memasuki tempat wanita kerana beralasanadanya hubungan saudara. Sehingga mereka berani mengetuk pintu baik pada siangmahupun malam hari, baik ada kepentingan ataupun tidak ada. Tetapi justerusering terjadi akhirnya hal ini menimbulkan akibat yang sangat fatal dan bolehmerenggangkan hubungan kekeluargaan atau bahkan penceraian.
Luqman Hakim berwasiat kepadaanak lelakinya: “Takutlah kamu terhadap wanita yang buruk kerana ia membuatmuberuban sebelum kamu beruban. dan takutlah wanita-wanita yang jahat keranamereka tidak mengajak kepada kebaikan dan jadilah kamu berhati-hati dalammemilih mereka.”
Dalam Huququl Mar’ah ditulis bahawa Muslimah pada awal Islam tidakmempunyai peranan apapun dalam urusan politik, meskipun Islam memberinya hakyang sama dengan hak lelaki. Tidak pernah diriwayat bahawa selepas Rasulullah SAWwafat, ada wanita yang ikut bermusyawarahdengan kaum lelaki, ikut serta dalam membuat keputusan siapa yang akan menjadikhalifah sesudah Baginda SAW. Juga dalam memilih salah seorang di antaraKhulafa’ur Rasyidin yang empat itu.
Tidak pula diriwayat bahawaKhulafa’ur Rasyidin mengumpul para wanita secara khusus untuk mengajak bermusyawarah dalam berbagai urusan daulah seperti yang mereka lakukanbersama kaum lelaki. Kalaupun ada dalil yang digunakan oleh orang-orang yangberanggapan bahawa wanita juga ikut turut campur dalam urusan politik sertahukum. Mereka menguatkan pendapat itu dengan alasan bahawa Saiyidatina Aisyahr.a pernah keluar untuk menuntut pembunuhan Saiyidina Ustman r.a.
Padahal ternyata Aisyah r.a telahmenyesal atas perbuatannya itu. Sehingga perbuatan ini tidak boleh dijadikandalil untuk menciptakan sesuatu yang baru di dalam Islam. Tatkala Saiyidina Alir.a menulis surat kepada Ummul Mukminin untuk mengingatkan bahawa apa yanghendak dibuatnya itu adalah melanggar ketetapan syariat, maka dia berkata didalam suratnya itu: “Amma ba’d,sesungguhnya engkau keluar dalam keadaan marah kepada Allah dan Rasul-Nya.Engkau menuntut sesuatu yang engkau sendiri tidak memiliki kemampuan. Apaurusan wanita dan peranan serta perbaikan yang boleh dilakukan di antaramanusia? Engkau menuntut darah Ustman r.a. Demi hidupku, apakah yang mendorongengkau untuk membuka diri bagi bencana yang membawamu kepada kederhakaan yangjusterunya dosanya lebih besar bagimu daripada orang-orang yang membunuh Ustmanr.a?”
Sewaktu Perang Jamal telahberakhir, maka Saiyidina Ali r.a. datang menemuinya, seraya berkata kepadanya,“Wahai wanita yang berada di dalam hijab, Allah memerintahkan agar engkauberdiam di dalam rumahmu namun engkau keluar untuk berperang.” Maka Aisyah r.atidak mampu memberikan jawapan yang dapat menyokong perbuatannya itu dan bahawaIslam membolehkan hal itu baginya. Padahal beliau adalah orang yang memilikiilmu pengetahuan.
Bahkan diriwayatkan bahawa Aisyahr.a masih bergelut dengan rasa sesal atas perbuatannya hingga kemudian hari.Diriwayatkan di dalam Al’-Isti’ab olehIbnul Abdil Barr bahawa Aisyah r.a mengadu kepada Ibnu Umar r.a serayaberkata: “Mengapa dulu engkau tidak melarangku sama sekali keluar, wahaiAbu Abdurrahmaan?” Ibnu Umar r.a menjawab. “Kerana aku melihat ada seoranglelaki telah menguasai urusanmu dan aku tidak melihatmu menentangnya samasekali.” Aisyah r.a berkata, “Andaikata engkau melarang aku dahulu, tentu akutidak akan pergi.”
Maka apa lagi alasan bagi wanitasolehah untuk terjun dalam urusan politik dan pemerintahan? Dalam Balaghat Annisaa diceritakan bahawapada saat dekat ajalnya, Aisyah r.a rasa gelisah ketika ditanya apa sebabnya,Aisyah r.a menjawab, “Sesungguhnya hari terjadinya Perang Jamal telahmenghalang tengggorokanku! Ahh, seandainya aku lupa atau dapat melupakanperistiwa itu.”
KEDATANGAN RASULULLAH SAW MENEPATI JIWA FITRAH SETIAP MAKHLUK DAN MENDAPAT REDHA ALLAH SWT
Ajaran Islam yang suci membasmifahaman serta kelakuan jahiliyah, Iamenghancurkan kebatilan dan menegakkan kebenaran, mengubah kehidupan nomad yangberpindah-randah dengan berhijrah dan tinggal tetap di sesuatu tempat bagimendirikan daulah Islamiah yang mempunyai prinsip kenegaraan yang telus, amandan selesa. Sebuah negara yang didasari dengan undang-undang dan hukum-hukumAllah sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Baginda SAW.
Sebagai pemimpin pilihan Allah SWT,Baginda SAW menjalankan segala tugas sebagai seorang Rasul dengan baik dansegala tindakan yang dilakukan adalah atas bimbingan wahyu. Ini telahdijelaskan oleh Allah SWT dalam surah An-Najmu ayat 3 dan 4 yang bermaksud: “dan tidaklah apa yang dilafazkan ataskehendak nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang telah diwahyukanmelainkan ia atas bimbingan wahyu.”
Dalam amalan harian yangberkaitan dengan pengurusan dan organisasi, amalan organisasi yang utama danterpenting yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW ialah sembahyang berjemaah.Ia menjadi kewajipan dan tunggak kepada ajaran Islam. dengan melakukansembahyang lima waktu secara berjemaah, ia merupakan satu sistem dunia danakhirat yang tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana pemimpin dunia.
Melalui amalan sembahyangberjemaah yang diperkenalkan ini, setiap muslim akan mematuhi beberapa disiplintertentu yang terkandung dalam sembahyang seperti imam adalah sebagai ketuaorganisasi yang memimpin, sementara makmum akan mengikut segala pergerakanimam.
Di samping itu, sembahyangberjemaah dapat membentuk konsep perpaduan yang hakiki dan dapat mengeratkan silaturrahim, membentuk kemesraan dankejituan dalam hubungan sesama muslim melalui barisan saf yang rapat dan lurus.Amalan yang diperkenalkan ini akan kekal hingga hari kiamat dan ia merupakansoalan pertama yang akan ditanya pada semua umat manusia pada hari kebangkitankelak.
Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: ‘Amalan yang pertama akan diperhitungkanoleh Allah SWT kepada hambanya pada hari kiamat ialah sembahyang.’
Baginda SAW telah memberi bentukterjemahan dan panduan yang sempurna dan lengkap tentang hakikat Islam. Islammenekankan bahawa kehidupan ini hanyalah sementara dan matlamat utama adalahkehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ibadah zakat yang disyariatkandalam Islam adalah bagi menghapuskan amalan riba oleh masyarakat. Islam memberipenekanan ke atas rezeki yang baik dan halal, membersihkan harta pendapatan danmembezakan antara rezeki yang halal dan yang haram. Kedua-dua amalan ini adalahasas kepada organisasi sesuai dengan perintah Allah SWT yang sentiasamengiringi perintah sembahyang dan zakat ini secara bersama.
Maka dengan demikian, jika kitalihat dan fahami bahawa tidak ada amalan Rasulullah SAW yang tidak bermatlamatke arah keredhaan Allah SWT. Usaha yang dilakukan adalah untuk mencapai mardhatillah. Tidak ada dalam saat hidupbaginda di mana ia diabaikan tanpa sesuatu yang bermanfaat. Baginda menyedaribahawa inilah tugas utama baginda diutuskan oleh Allah SWT sebagai manusiaagung. yang demikian, tugas dan tanggungjawab baginda ini adalah untukmenyelamatkan umatnya dari balasan Allah dengan menegakkan risalah ilahi secaraprograsif dan terancang.
Dalam konteks pengurusan danorganisasi hari ini, keperluan utama bagi menjayakannya adalah sifat manusiaitu sendiri seperti berakhlak mulia, amanah, jujur, ikhlas, beriltizam dansebagainya. Maka sifat, akhlak mulia dan nilai yang telah ditonjolkan dandizahirkan oleh Rasulullah SAW ini sememangnya adalah peribadi baginda sendiriyang diakui ulung dan unggul, yang merupakan seorang pemimpin organisasi Islam.
Firman Allah SWT dalam surahAl-Ahzab ayat 21, maksudnya: ‘Sesungguhnyabagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu adalah contoh terbaik yang menjadiikutan bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat, dan ingatlahAllah dengan sebanyak-banyaknya.’
Peribadi baginda adalah Al-Quranyang merupakan kalam Allah SWT. Baginda sebelum diutus menjadi Rasul, adalahseorang yang sentiasa benar dalam tutur kata dan perbuatan, amanah dalamkehidupannya dan selepas menjadi Rasul baginda menjadi contoh ikutan. Makapenyempurnaan nilai, etika dan akhlak yang unggul dan terpuji akan dapatmengelakkan daripada sebarang sifat yang tercela yang sentiasa menjadi virus didalam sesebuah organisasi. dengan itu, akan lahirlah keberkatan dan melaluinyaakan mendapat rahmat dan nikmat Allah SWT.
Lantaran itu, contoh dan teladan yang baikadalah melalui Rasulullah SAW yang bekerja di dunia untuk mengejar akhirat danberamal untuk akhirat dengan bekerja di dunia. Setiap muslim yang mukmin harusmenyedari bahawa kita tidak dapat mencari akhirat melainkan dengan mengislahkandunia dan tidak akan dapat sampai ke akhirat melainkan melalui jalan dunia.Kewajipan kita adalah untuk memakmurkan bumi Allah SWT serta menanam benihamalan agar dapat dituai di akhirat kelak.
Manusia sebenarnya mempunyaikekuatan roh yang boleh mengatasi segala halangan dan rintangan. Ramai dalamkalangan para sahabat yang dididik oleh Rasulullah SAW melaksanakan apa yangtelah diajar dengan memikul amanah untuk memakmurkan bumi Allah SWT tanpamelupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan anggota masyarakat yangmempunyai tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan.
Antara yang menjadi keutamaanBaginda SAW semasa mengetuai bidang pengurusan terdiri dari 3 aspek, iaitu:
2. Aspekkerohanian
3. Aspek syura
Ini adalah sebagai contoh yangditunjukkan oleh Baginda SAW. Kesilapan masyarakat kini mungkin adalah atasdasar sikap kurang prihatin terhadap nilai keilmuan sehingga terlalu mudahuntuk melantik seorang pemimpin sedang masih terdapat banyak kelemahan dankekurangan yang perlu diperbaiki.
Saiyidina Umar Al-Khattab pernahmengungkap kalimah yang menggambarkan peri pentingnya aspek kerohanian untukmenjamin sesuatu kemenangan dan untuk mendapat mardhatillahi. Maksudnya: ‘Kemenanganitu milik kamu adalah kerana ketaatan kamu kepada Allah dan kemaksiatan musuhAllah. Sekiranya kedua-duanya melakukan maksiat maka keutamaan dan kekuatan itumilik musuh kamu.’
Bagi menggambarkan betapapentingnya sistem syura ini hattaketika Rasulullah SAW wafat sekalipun para sahabat bersyura untuk memilihpemimpin yang terbaik dialam kalangan mereka. Khalifah Umar Abdul Aziz pulaketika dilantik menjadi khalifah, menyerahkan semula jawatan tersebut bagimembolehkan syura berlaku untukmemilih khalifah yang dipilih oleh rakyat bukannya dilantik oleh khalifahsebelumnya.
Rasulullah SAW adalah contohpemimpin yang paling banyak bersyura, bagi menggambarkan begitu demokratiknyabaginda ini. Seterusnya model pengurusan dan organisasi cemerlang yangditerapkan oleh Rasulullah SAW secara keseluruhannya meliputi rangka dakwah bil hal dengan prinsip-prinsip yangmerangkumi:
2. Sentiasasedar dan insaf akan tuntutan, amanah dan tugas serta tanggungjawab sebagaikhalifah Allah di muka bumi.
3. Bersediauntuk memberikan khidmat dalam mendedah, menyebar, melaksana dan menghayatiIslam sebagai ad-din.
4. Berusahamencari, menambah, menghayati dan menyebarkan ilmu serta pada masa yang samamenterjemahkannya ke dalam amalan seharian.
5. Bersediauntuk menyumbang dalam memberikan masa, tenaga, kemampuan intelek dan hartadalam usaha untuk pembangunan ummah.
6. Berusahauntuk menjadikan seluruh anggota (organisasi atau masyarakat) sebagai anggotayang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
7. Melaksana,memperbaiki dan berusaha meningkatkan amal ibadah sama ada yang khusus mahupunumum dalam rangka untuk menyubur dan mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan.
8. Sentiasaberusaha untuk menjadi manusia atau kakitangan atau pekerja yang bolehdicontohi oleh orang lain.
9. Berusahauntuk menjadi manusia atau kakitangan atau pekerja yang dapat mengabdikan dirikepada Allah SWT dengan membina tamadun melalui perhidmatan atau sumbangan yangdiberikan.
JANGAN JADI MANUSIA ‘PENYEMBAH’ DAN BERTUHANKAN ILMU
SMAHADZIR
ILMU itu memang penting bagi manusia. dengan ilmulahmanusia mengenal Tuhan. dengan ilmulah manusia berakhlak. dengan ilmulahmanusia beribadah. dengan ilmulah manusia membina tamadun dan peradaban. denganilmulah manusia membangun dan berkemajuan. dengan ilmulah manusia memburudunia. dengan ilmulah manusia memburu akhirat. Malahan ilmulah yang membezakanantara manusia dengan makhluk-makhluk yang lain.
Manusia berlumba-lumba untukmencari ilmu kerana dengan ilmu manusia boleh jadi pemimpin. dengan ilmu,manusia boleh jadi kaya. dengan ilmu, manusia disanjung dan dihormati. denganilmu, manusia boleh mengawal, menjajah dan memperalatkan manusia lain. denganilmu manusia boleh dapatkan kekuatan, pengaruh dan pengikut.
Namun begitu, kalau ilmu tidakdikendalikan dengan betul, ia boleh mendatangkan mudarat. Ia boleh memakandiri. Manusia boleh jadi rosak dan keseluruhan tamadun dan peradaban manusiaboleh musnah.
Dalam usaha mencari ilmu, ImamAl-Ghazali telah menetapkan bahawa yang dahulu mesti didahulukan dan yangkemudian mesti dikemudiankan. Mencari ilmu mesti mengikut tertibnya. Adakeutamaan dan prioritinya.
Tertib dalam mencari ilmu inipenting sekiranya kita mahukan natijah yang baik dari ilmu itu sendiri. Kalautertib ini tidak dijaga dan dilanggar, ilmu boleh memudaratkan dan merosakkan.Berikut adalah tertib susunan ilmu oleh Imam Al-Ghazali:
1. Ilmu fardhu ain.
2. Ilmu fardhu kifayah.
3. Ilmu sunat.
4. Ilmu harus.
5. Ilmu haram.
Fardhu Ain
Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajarioleh setiap individu yang mukalaf.Kalau tidak, maka seseorang itu berdosa. Ia khususnya melibatkan ilmu agamayang merangkumi:
* Ilmu tauhid atau usuluddin
* Ilmu feqah
* Ilmu tasawuf atau akhlak
Ilmu fardhu ain ini bolehlah dianggap sebagai ilmu pendidikan. Ilmu ini ialahasas bagi agama seseorang. Ia mengenalkan manusia kepada Tuhannya. Ia membinaperibadi dan akhlak melalui pengabdian diri dan ibadah kepada Tuhan.
Ilmu fardhu ain ini terutamatauhid dan usuluddin wajib diselesaikan dahulu bagi anak-anak kita sebelummereka diberi ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu fardhu kifayah, ilmu sunat atauharus. Ini sesuai dengan sebuah hadis: Maksudnya: Awal-awal agama ialahmengenal Allah SWT.
Kalau Allah SWT sudah dikenali,maka Allah-lah yang akan mengisi hati dan jiwa anak-anak itu. Allah-lah yangakan menjadi matlamat hidup mereka. Allah-lah yang akan menjadi perkara utamadalam apa sahaja yang mereka lakukan.
Kalau Allah SWT tidak dikenali,mana mungkin mereka akan dapat berbuat sesuatu kerana-Nya. Kalau Allah SWTtidak dikenali, apakah yang akan mendorong anak-anak kita untuk berbuat sesuatukebaikan, selain dari dorongan nafsu dan duniawi semata-mata atau untukmendapat pujian, glamour dansebagainya.
Kalau Tuhan tidak dikenali,apakah yang akan menghalang anak-anak kita dari terlibat dengan maksiat,jenayah, pergaulan bebas, zina, rogol, bohsia, bohjan, black metal, budaya punk, gangsterism dan sebagainya. Apakahyang akan menghalang anak-anak kita dari mengangkat Tuhan yang lain sebagaiTuhan mereka atau dari meyakini ideologi-idelogi dan isme-isme ciptaan manusiaatau dari menjadi sekularis, komunis, sosialis, free thinker atau terus menjadi ateis.
Jika Allah SWT sudah merekakenali dan jiwa anak-anak diisi penuh dengan akidah dan ketauhidan, maka merekaakan selamat ke mana sahaja mereka pergi dan dalam apa sahaja yang bakal merekatempuh dan pelajari. Mereka akan ada imuniti atau pelalian dari segala macamkekeliruan dan kesesatan, juga dari segala macam pengaruh, dugaan danpancaroba.
Setelah Allah SWT dikenali,anak-anak akan menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari,untuk berbakti kepada Allah SWT dan untuk berkhidmat kepada sesama manusia, danbukan untuk membuat kerosakan dan kemaksiatan di muka bumi ini.
Fardhu Kifayah
Bukan semua ilmu agama itu fardhu ain hukumnya. Adayang fardhu kifayah. Contohnya ilmu hadis, ilmu tafsir dan sebagainya. Ilmufardhu kifayah ialah ilmu yang wajib bagi sesuatu masyarakat. Mesti ada dalamkalangan anggota masyarakat tersebut yang mempelajarinya, barulah ahlimasyarakat yang lain akan terlepas dari dosa.
Ilmu fardhu kifayah termasuklahjuga ilmu-ilmu akademik seperti perubatan, kejuruteraan, perindustrian,perdagangan, pertanian, ketenteraan, perakaunan dan sebagainya. Ilmu agamalazimnya dinamakan ilmu akhirat. Ilmu akademik pula dinamakan ilmu dunia. Adasesetengah pihak cenderung untuk menamakan ilmu akademik ini sebagai ilmusekular. Ini sebenarnya kurang tepat.
Sekular atau tidaknya sesuatuilmu itu bergantung kepada tujuan penggunaan dan matlamat pengamalnya dan bukankepada jenis ilmu itu sendiri. Ilmu sekular ertinya ilmu yang khusus digunakanuntuk tujuan dunia semata-mata tanpa ada apa-apa kaitan langsung denganakhirat. Ilmu agama sekalipun, kalau tujuan penggunaan dan matlamatnya adalahuntuk dunia semata-mata seperti untuk dipuji, disanjung, dimuliakan, untukmendapat kerja dan jawatan dan sebagainya, maka jadi sekularlah ilmu itu.
Sebaliknya, kalau ilmu duniadigunakan dengan tujuan untuk berbakti dan mendapat keredhaan Allah SWT danmenepati pula syarat-syarat sebagai suatu ibadah, maka ia tidak boleh dianggapsebagai ilmu sekular kerana ada nilai akhiratnya.
Ilmu Sunat dan Ilmu Harus
Kalau sudah ada ahli masyarakat yang mempunyai ilmufardhu kifayah yang cukup, maka bolehlah ahli masyarakat yang lain mempelajariilmu yang sunat atau yang harus. Ilmu-ilmu yang sunat termasuklah ilmu bahasa,sejarah dan seumpamanya. Ilmu yang harus pula termasuklah ilmu melukis, sasteradan sebagainya. Sepertimana yang disebut di atas tadi, ilmu yang harus ini jugakalau menepati syarat-syaratnya maka ia juga boleh menjadi ilmu yang bernilaiakhirat.
Ilmu Haram
Ilmu yang haram ialah ilmu yang ditegah kitamempelajarinya seperti ilmu sihir.
Perlunya Mengikut Tertib
Antara sebab rosaknya masyarakat dan anak-anak mudakita hari ini ialah kerana mencari ilmu yang tidak mengikut tertibnya. Sebelummereka mengenal Tuhan dan sebelum jiwa mereka diisi dengan akidah danketauhidan melalui pendidikan fardhu ain, mereka didedahkan dengan ilmu-ilmuakademik yang tidak mengandungi apa-apa nilai pendidikan atau tarbiah.
Di samping itu, mereka jugaterdedah kepada berbagai-bagai pengaruh liar seperti rock, metal, rap, dadah, pergaulan bebas dan sebagainya, sama adadi dalam mahupun di luar sekolah. Disebabkan jiwa mereka kosong,pengaruh-pengaruh tersebut terus meresap masuk ke dalam hati mereka.
Mereka tidak disediakan untukmenghadapi pengaruh-pengaruh jahat seperti ini. Mereka tidak diberi imunitiatau pelalian dari pengaruh-pengaruh yang merosakkan ini. Kita biasanya sibukmemberikan anak-anak kita suntikan imuniti atau pelalian dari berbagai-bagaipenyakit seperti batuk kokol, difteria, polio dan cacar, tetapi kita ambilringan tentang kerosakan akidah, akhlak, peribadi dan kemanusiaan mereka.Walhal kerosakan akidah dan akhlak ini neraka padahnya.
Ilmu dunia itu sifatnya sepertipisau. Kalau digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya. Kalau dihalakankepada kejahatan maka jahatlah jadinya. Segala bentuk ilmu dunia bolehdijadikan modal atau alat untuk berbuat baik ataupun untuk berbuat jahat.
Oleh itu untuk mengelak dariberlakunya kerosakan dan bala bencana, manusia yang hendak diberi ilmu duniaini mestilah dari kalangan orang-orang yang baik, yang kenal dan beriman kepadaTuhan, yang berakhlak dan yang bertanggungjawab. Kalau tidak, mereka akangunakan ilmu, kepandaian dan kemahiran mereka untuk membuat kerosakan, untukmemutar belit, untuk menipu dan untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Lagi banyakilmu dan kepandaian yang ada pada mereka, lagi besarlah kerosakan yang akanmereka lakukan.
Sepertimana yang berlaku kepadaanggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera, perkara utama yangditekankan dan dididik sebelum mereka dibenarkan memegang senjata api ialahdisiplin dan tata tertib. Hanya dengan disiplin dan tata tertib barulah senjataapi di tangan anggota-anggota keselamatan itu dapat digunakan untuk menjagakeamanan dan mempertahankan kedaulatan negara.
Kalau orang yang tidak adadisiplin diberi senjata api, ini sangat berbahaya. Begitulah juga orang yangmempunyai banyak ilmu dunia tetapi jahat dan tidak kenal Tuhan. Mereka ini jugaberbahaya.
Justeru itu, tertib dalam mencariilmu seperti yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali ini perlu dititikberatkan. Iaperlu diserapkan ke dalam sistem pendidikan kita. Anak-anak mesti mengenaliTuhan terlebih dahulu sebelum mereka mengenali perkara-perkara lain. Barulahmereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang menyeleweng.
Barulah segala ilmu yangdipelajari dapat dijadikan alat untuk berbakti dan meninggikan kalimah Tuhan.Kalau tidak, manusia akan menggunakan ilmu untuk kejahatan dan untuk melawanTuhan. Lebih dahsyat lagi, mereka akan ‘menyembah’ dan bertuhankan ilmu.
TARBIYAH ISLAMIYAH MENGUATKAN UMAT ISLAM DARI SERANGAN VIRUS QUTSA’
SMAHADZIR
‘SESUNGGUHNYAAllah SWT telah memberi anugerah kepada orang-orang yang beriman ketika Allahmengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri yangmembacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, danmengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. dan sesungguhnya sebelumkedatangan Nabi itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.’ (surah Ali‘Imran: 164 )
Menurut teks ayat di atas, bahawamanusia berpotensi untuk tersesat dari kehidupan yang sebenarnya. Mereka hiduptanpa konsep yang benar dan tanpa arah. Sehingga Allah SWT mengutus seorangRasul untuk membawa manusia kepada petunjuk dan hidup yang terarah. Sebelumkedatangan Rasulullah SAW, masyarakat Arab dikenali sebagai masyarakatjahiliyah (tidak ma’rifah kepadaAllah SWT dan manhaj yang benar).Beberapa ciri masyarakat jahiliyahadalah seperti berikut:
1. Tidak Bersatu, Sering Berperang
Masyarakat jahiliyahamat sering berperang, kesombongan, kedengkian, keserakahan dan kebanggaankelompok seringkali menjadi penyulut api peperangan. Kehidupan masyarakat penuhdengan gejolak, tanpa ada ketenteraman dan kedamaian kerana perselisihan danpeperangan boleh terjadi waktu sahaja.
2. Hidup dalam Kemiskinan
Ekonomi masyarakat pada masa jahiliyah sangat rapuh. Meski perdagangan mereka sampai ke tarafeksport-import dan negeri mereka banyak menyimpan kekayaan alam, namunkemiskinan dan kesenjangan sosial sangat ketara. Hal ini disebabkan adanyasistem monopoli dan riba yang membudaya. dan riba tidak dapat memberikankeberkahan dan kemakmuran.
3. Tidak Berilmu, Jahil atau Bodoh
Masyarakat jahiliyah(dulu, sekarang dan yang akan datang) adalah masyarakat yang tidak berilmu,jahil atau bodoh dalam menentukan jalan hidup dan peraturan-peraturan yangberlaku dalam masyarakat. Mereka hanya menduga-duga dan mengikuti ajaran nenekmoyang dahulu. Beberapa contoh tingkah-laku tidak berilmu, jahil atau bodohyang dilakukan oleh masyarakat jahiliyahialah:
1. Menjadikanberhala-berhala yang mereka buat sendiri sebagai sembahan. Akal sihat merekasendiri sebenarnya menentang hal ini, namun kerana budaya yang sudah melekat,mereka tetap melakukannya.
2. Tukarmenukar isteri. Dua keluarga dapat mempertukarkan isteri mereka masing-masing.Si isteri harus mahu kerana itu merupakan aturan yang berlaku di dalammasyarakat.
3. Poliandriyang bebas. Seorang wanita mempunyai banyak pasangan. Pelacuran berkembangpesat, dan sebagai akibatnya lahirlah bayi-bayi tanpa ayah yang jelas.
4. Pembunuhanterhadap bayi-bayi perempuan. Masyarakat jahiliyahamat merendahkan golongan wanita. Bagi mereka yang memiliki bayi perempuan akanmerasa malu dan segera mengubur bayi tersebut hidup-hidup untuk menutup aibnya.
4. Lemah, tiada Harga Diri, Terhina
Kerana selalu diliputi peperangan antara suku danekonomi yang tempang, maka masyarakat jahiliyahmenjadi masyarakat yang lemah, yang tidak ada harga diri. Mereka dipandangsebelah mata oleh bangsa yang kuat, negara kuasa besar menganggap mereka bangsayang bodoh, sebagai bangsa yang hina yang mudah dihancurkan bila-bila masasaja.
Keadaan yang demikianlah yangdiungkap ayat di atas sebagai kesesatan yang nyata dan itulah inti dari jahiliyah (Al-Quran surah 62/3). Ditengah-tengah keadaan seperti itu Allah SWT menurunkan Rasul-Nya untuk mengubahdan membimbing masyarakat jahiliyahmenjadi masyarakat Islamiyah. Rasulullah SAW memikul tugas sebagai seorangpembina umat (murobbi dan da’i) dengan langkah-langkah sepertiberikut:
a. Tilawah
Melalui tilawahseseorang akan berinteraksi dengan kalam Allah SWT. dari tilawah lisan, mata (bagi yang dapat melihat) dan hati mendapatsentuhan bimbingan Rabbani. Tilawah yang disertai dengan tadabbur yang khusyuk dapatmempertajamkan pandangan yang sudah tumpul, memusnahkan pandangan-pandanganyang sempit dan mengubati hati yang sedang sakitt (spiritual dan moral).Seseorang yang konsisten membaca Al-Quran dengan taddabur, maka akan terbukalah belenggu-belenggu yang memborgolhati dan akan terpancar pula cahaya Al-Quran di dalam jiwa.
b.Membersihkan Jiwa
Menyedarkan apa yang dilakukan oleh masyarakat jahiliyah selama ini adalah salah danmembersihkan jiwa mereka dari syirik, dengki, dendam dan penyakit maksiatlainnya. Di samping itu menanamkan kesedaran dan semangat iman kepada Allah SWT,semangat ibadah yang sah dan berakhlak mulia.
c.Mengajarkan Al-Kitab dan Al-Hikmah
Setelah jiwa mereka bersih, maka Rasul menanamkannilai-nilai yang terdapat dalam Al-Quran, memberi contoh cara melaksanakannya,dan mengamati secara cermat perkembangan masyarakat yang dibinanya.
Keseluruhan proses di atas itulahyang disebut dengan nama tarbiyah.Hasil dari tarbiyah ini adalahterbentuknya individu-individu muslim yang terwarnai nilai-nilai Qur’ani secara menyeluruh. dengan tarbiyah itu manusia mendapat nikmat,anugerah yang dapat menghantarnya menuju khoiruummah. Adapun ciri-ciri khoiru ummahadalah seperti berikut:
1. Memiliki harga diri yang disegani
Pada masa itu masyarakat Islam menjadi pemimpindunia, suara mereka amat berpengaruh dan diambil kira oleh musuh. Bahkannama-nama seperti Umar bin Khattab, Ali bin Abi Thalib dan lain-lain lagiadalah nama-nama yang cukup disegani.
2. Kaya
Kerana memang pada dasarnya negeri muslim adalahnegeri yang kaya, maka ketika monopoli dan riba dihilangkan maka kemakmurandirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Orang kaya yang sewenang-wenang akandiambil tindakan. Zakat sebagai tiang ekonomi yang dapat memberdayakanmasyarakat luas.
3. Persaudaraan
Masyarakat hasil tarbiyahRasulullah SAW adalah masyarakat yang tidak membeza-bezakan bangsa, warnakulit, bahasa, dan kedudukan. Lantaran itu terdapat persaudaraan yang eratdalam masyarakat, sebuah persaudaraan yang hakiki dan abadi.
4. Pandai
Kemajuan peradaban dunia dipelopori oleh masyarakatIslam. Masyarakat Islam amat cenderung mengkaji ilmu pengetahuan kerana dimotivasidan berpijak kepada Al-Quran. Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina adalahbeberapa di antara sekian ramai ilmuwan Islam.
Sekarang ini merupakan zamanglobalisasi. Rasulullah SAW sudah tidak ada, tetapi peranan tarbiyah tetap memegang tugasan penting,setidak-tidaknya ada 3 aspek yang menguatkan betapa pentingnya tarbiyah Islamiyah dalam kehidupan manusia iaitu:
Pertama:
Dalaman ajaran Islam, Rasulullah SAW diutuskan untukmembina dan mengarahkan manusia untuk keluar dari jahiliyah menuju kehidupan yang islami dan Rabbani (surah2/257)
Kedua:
Hakikat jiwa menghadapi dua persoalan.
1. Dalaman: Fitrah jiwa yang pada dirinya terdapat:
Kecenderungankepada takwa dan kecenderungan kepada kesesatan. Kecenderungan kepada takwahanya dapat dibimbing melalui Al-Quran.
· Sementarakecenderungan kepada kesesatan mendapatkan godaan dan rayuan syaitan, kecintaandunia dan nafsu syahwat. untuk menghindari itu semua, maka diperlukan tarbiyahyang berfungsi mengarahkan, membangun, menjaga dan memelihara jiwa untuksenantiasa berhubungan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
2. Luaran: Adanya musuh yang tidak hanya membuatperencanaan yang matang tetapi juga merealisasikan, yang keduanya adalahsebahagian langkah-langkah syaitan. untuk menangkal serangan musuh diperlukankesedaran kolektif, dan tindakan terpadu (amaljama’i) sebab berbagai persoalan tidak akan mampu dipecahkan dandiselesaikan oleh seorang diri, sehebat atau sesoleh apapun dia.
Untuk itu Rasulullah SAWmenekankan wajibnya berjemaah, ‘Barangsiapamenghendaki pelataran yang luas, maka komitmenlah dengan jemaah kerana syaitansuka dengan orang yang menyendiri sedangkan terhadap dua orang syaitanmenjauh.’ (Hadis riwayat Tarmidzi, hasan sahih).
Akan tetapi amal jama’i dalam kalangan kaum muslimin tidak akan terjadi kecualijika didahului dengan proses tarbiyah.Sering kita temui orang-orang berkumpul dalam sebuah yayasan, organisasi, ataupolitik; mereka tidak mampu beramal jama’itetapi justeru terjadi perpecahan dan permusuhan. Sangat mungkin hal ituterjadi kerana tidak ada tarbiyah didalamnya.
Ketiga:
Waqiul ummah (kenyataanmasyarakat dewasa ini). Masyarakat dewasa ini telah diserang oleh sejenis virusyang mematikan iaitu virus buih (qutsa’)yang meringankan bobot masyarakat dan membiat umat tidak ada arus. yang menjadipenyebab virus qutsa’ ini adalahkecintaan kaum muslimin terhadap kehidupan dunia sekali gus membenci kematian.Virus qutsa’ ini menyebabkan kaummuslimin menjadi santapan yang nikmat bagi para musuh Allah SWT.
Untuk membunuh virus tersebut,diperlukan terapi (‘ilaj) yangnamanya tarbiyah yang insya-Allahdapat menambah berat timbangan, bobot dan syaukahserta mendatangkan arus, sehingga dapat menghancurkan thaghut.
Pembinaan ini harus rutindilakukan, sebab sesaat saja kita lengah, maka ketika itu juga syaitan danpengikutnya akan mendorong kita untuk kembali ke lembah jahiliyah. Beberapa contoh perbuatan dalam masyarakat sekarang iniyang menunjukkan kemiripan bahkan lebih parah dari masyarakat jahiliyah adalah:
1. Penyembahanterhadap berhala berupa keris, kuburan, jawatan, pangkat, wang dan sebagainya.
2. Kalau padazaman jahiliyah dulu hanya bayiperempuan yang dikuburkan, tetapi pada zaman sekarang bayi yang belum diketahuilaki-laki atau perempuan dibunuh hanya kerana mahu menutup aib dari perbuatanbejat orang tuanya.
3. Pelacuranpada zaman sekarang lebih hebat dan lebih canggih. Di samping diberikankebenaan operasinya, juga tempat dan fasilitinya. dan yang lebih hebat lagipelacuran ini melibatkan anak-anak remaja bahkan laki-laki sebagai pelakunya.
4. Pergaulanbebas remaja-remaja usia sekolah menengah yang semakin menyemarak.
5. Perjudianpada zaman sekarang dikemas rapi. Pelakunya tidak merasa berjudi bahkan menjadibangga kerana dicap sebagai seorang dermawan.
6. Kenyataanlain adalah mudahnya masyarakat Islam dipecah-pecah oleh bangsa atau masyarakatlain.
Persoalan tarbiyah bukanlah persoalan ‘boleh atau tidak boleh. Sebab kalaudisebut ‘boleh, maka semua orang boleh mendengar ayat Al-Quran, boleh menyemakketika diajarkan Al-Kitab dan Al-Hikmah dan boleh menahan diri untukmeninggalkan perbuatan yang mengotori jiwa.
Persoalan tarbiyah bukan sekadar hanya di situ saja tetapi persoalan tarbiyahadalah persoalan ‘mahu atau tidak mahu’. Betapapun orang boleh mendengar,menyemak dan mengamalkan Al-Quran tetapi kalau orang tersebut tidak mempunyaikemahuan yang kuat, maka proses pembinaan tidak akan berjalan.
‘Sebaik-baikkalian adalah yang belajar Al-Quran dan mengamalkannya.’ (Al-Hadis)
KEKASIH YANG MEMBAHAGIAKAN
Alangkahbahagianya apabila kita menjadikan al-Quran sebagai kekasih. Tidak salah malahdituntut supaya al-Quran dijadikan kekasih kita. yang saya maksudkan ‘kekasih’ialah sesuatu yang kita sayang, kita cintai dan kita kasihi sepenuh hati.Ibaratkan seorang gadis atau seorang jejaka yang kita jadikan kekasih, apakahbentuk kasih sayang yang kita mampu berikan? Tentu sekali kita tak mahu berpisahdengannya walau sesaat. Sebab itulah saya menggunakan perkataan ‘kekasih’ untuklebih memudahkan saya membuat ulasan di dalam rencana ini.
Anggapkan al-Quran itu seumpamaseorang kekasih kita. Mungkin ini merupakan tamsilan mudah untuk menerangkanperkaitan al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itumenjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yangbegitu mendalam, apa bentuk dan cara sekalipun. dan sememangnya jika kitabercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!
Lantaran itu, marilah kitamerenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai al-Quran kalam Allah yangMaha Agung ini.
Berbanding dengan al-Quran,biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikitpun kita akan merasa jemuapatah lagi membencinya. Allah SWT telah berfirman, maksudnya; ‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenangtenteram hati mereka dengan ‘zikrullah.’ Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu,tenang tenteramlah hati manusia.’ (Surah Ar-Rad: 28 )
Malah dijanjikan oleh Allah SWTsesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan-Nya. dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka diaakan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. dan zikrullah yang paling afdal(terbaik) itu ialah membaca al-Quran.
Seterusnya Allah SWT jugamenyatakan keistimewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengansebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23bermaksud; ‘Allah telah menurunkansebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci al-Quran yang bersamaan isi kandugannyaantara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yangberulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara); yang (oleh keranamendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhanmereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenangtenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulahhidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itukepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.’
Firman Allah SWT bermaksud: ‘dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kamiturunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), itu, hendaklah kamumenurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.’(Surah Al-An’am: 155)
Malah Allah SWT juga menggariskanadab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kitamendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri,sebagaimana ingatan Allah SWT dalam surah al-A’raf, ayat 204, maksudnya: ‘dan apabila al-Quran itu dibacakan, makadengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untukmendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.’
Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini keranakesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itumenggambarkan pengorbanan.
Maksud firman Allah SWT: ‘Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama.Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepadaagama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktumalam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepadaAllah SWT dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, danmelarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pulasegera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikiansifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.’ (Surah Ali Imran, ayat113-114 )
Malah at-Tabrani meriwayatkandaripada Sahl bin Sa’ad r.a daripada Rasulullah SAW, sabda baginda; ‘Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail(bangun pada waktu malam untuk beribadat).’
Baginda juga menceritakan tentangkelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda: ‘Sesiapa yang melakukan qiamullail denganmembaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yanglalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akanditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapa yang melakukanqiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yangberlaku adil.’ (Riwayat Abu Daud)
Daripada Anas bin Malik r.akatanya, Rasulullah SAW bersabda: ‘Dibentangkankepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuangkotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidakdapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yangdikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan.’ (Riwayat Abu Daud danat-Tarmidzi)
Selain itu, kita membelai kekasihini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malahberasa iri hati dengan ‘kegilaan’ orang lain membaca Kalamullah itu. dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWbersabda: ‘Hasad (iri hati) itu tidakdibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaanal-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seoranglagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannyasiang dan malam.’
Hasad dan iri hati semestinyadilarang oleh Allah SWT. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai ghitbah yang dimaksudkan sifat inginberlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu samaseperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.
Semoga kita akan terus istiqamah atau beramal secara berterusanuntuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yangmembahagiakan?
Menjadikan al-Quran sebagai kekasih atau seringmendekatkan diri dengan al-Quran mempunyai banyak keutamaan, antaranya ialah: Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.Pahala membaca al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.Untuk selamat daripada api neraka.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.Pembaca akan memperolehi keamanan.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin.Pahala membaca satu huruf al-Quran; dalam sembahyang - 100 kebajikan, di luar sembahyang berwuduk 50 kebajikan dan tanpa wuduk - 10 kebajikan.
PROJEK MUSUH ISLAM MELALUI MEDIA
Realiti suguhan programtelevisyen dan saluran-saluran media lain dewasa ini hampir semuanya melanggarsyariah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya Kategori Program Televisyen dan Media CetakHaram. Malangnya, masyarakat seolah-olah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul fikri yang dilancarkan olehmusuh-musuh Islam melalui media-media tersebut.
Ghazwulfikri adalah perang pemikiran iaitu penyerangan dengan berbagai cara terhadappemikiran umat Islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telahtercampur-aduk dengan hal-hal tidak Islam. Ini adalah cara musuh Islammenghancurkan generasi Islam, berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikallebih lembut, jimat waktu dan belanja bahkan lebih efektif dari perang fizikalyang banyak menggunakan tenaga juga kos.
Perang pemikiran ini telahdirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukanpendangkalan pemikiran dan cuci otak generasi Islam agar tunduk, mengikuti carahidup mereka sehingga dapat meneruskan kepentingan mereka menjajah sumber dayamilik generasi Islam.
Hal ini dilatarbelakangipengalaman rahsia mengalahkan umat Islam secara ketenteraan. Invasi ketenteraanini memakan kos tidak sedikit dan ramai mangsa terkorban. Perang diAfghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkandan menguasai negara tersebut. Sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untukmengalahkan generasi Islam yang hasilnya lebih memuaskan untuk meneruskanpenjajahan terhadap dunia Islam.
Ghazwulfikri, kos jauh lebih rendah, kerana tidak perlu membeli kereta kebal,pesawat, amunisi dan sebagainya. Hanya menyebarkan idea-idea mereka ke seluruhbelahan dunia dengan tujuan imperialisme-kolonialisme. Cara ini mampumelumpuhkan umat muslim sehingga akarnya. Media massa dan sarana lain merekamanfaatkan secara maksimum untuk menyemarakkan pemikiran dan idea busuk merekasupaya kelihatan indah dan menawan.
Ghazwulfikri juga lebih mudah dilakukan kerana adanya bantuan kakitangan mereka darikalangan munafiqin berkolaborasimenyebarkan virus pemikiran sesat dan memolesnya dengan slogan-slogan menawan,seperti kebebasan berfikir, toleransi, hak asasi manusia, dan sebagainya.Pemimpin negara Islam yang berkiblat pada Barat dengan mudah dicucuk hidungbahkan menjadi boneka mereka yang menjalankan pemerintahan di bawah perintahasing. Inilah yang meneruskan cengkaman Barat di dunia Islam.
Abdurrahman Al-Mukaffi membuat 10kategori acara televisyen, media cetak dan saluran-saluran media lain yangmerupakan sebahagian dari strategi ghazwulfikri, dan sebab itulah haram ditonton oleh kaum Muslim iaitu:
2. Pameranaurat. Saluran televisyen dan saluran-saluran media lain berlumba-lumbamenyajikan artis-artis, baik berpakaian biasa, ketat, pakaian renang, sehinggatelanjang. Penonton diajak untuk tidak ada rasa malu, hilang iman, mengikutipanggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.
3. Membudayakanikhtilat. Sekumpulan lelaki danwanita bukan muhrim, biasa bergumuljadi satu tanpa batas. Tayangan semacam ini tidak ubahnya membuka transaksizina.
4. Membudayakankhalwat. Kisah-kisah percintaan bertebaran di berbagai program. Frekuensisuguhan kisah-kisah kekasih dan berdua-duaan makin melegitimasi budaya khalwat.
5. Membudayakantabarruj. Ramai pelakon di layar kacadan saluran-saluran media lain mempertontonkan bahagian tubuhnya seharusnyaditutupi, untuk dinikmati para penonton.
6. Mengalunkannyanyian dan muzik syaitan. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyakmenyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina diiringi alunan alat muziksyaitan.
7. Menyemarakkanzina. Sajian dari luar negeri mahupun tempatan banyak menyertakan adegan peluk,cium, dan ranjang membuktikan bahawa media-media ini adalah corong zina. Aksizina menyeluruh, baik zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dankemaluan.
8. Mempromosikanliwat (homoseksual). Para artis danselebriti mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup moden dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di bawah payung hakasasi manusia.
9. Menyebarkansyirik. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyak mengekspos amalanpedukunan, mistik, ramalan, dan sihir yang boleh menghancurkan akidah umat.
10. Tenggelamdalam laghwun. Program-program tidakada manfaatnya banyak disuguhkan untuk penonton, misalnya kepincangan kehidupanindividu selebriti dan humorberlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal penting seperti zikir kepadaAllah SWT.
Filem yang diputarkan 90% bergayaBarat, filem Melayu bergaya Barat, begitu juga dengan filem-filem Mandarin danfilem-filem India. Filem-filem Islamik boleh dikatakan tidak ada. Sementarabagi para remaja dan orang tua, dibandingkan datang ke kelas pengajian danmajlis taklim, mereka lebih senangmenghabiskan waktu dengan menonton televisyen.
Musuh-musuh Islam juga berjayamempengaruhi pemikiran pemimpin Islam sehingga berpendapat bahawa agama tidakperlu dibawa dalam aktiviti keseharian khususnya dalam hal pemerintahan.Seterusnya mereka berjaya memecah-belah persatuan umat Islam dengan membahagikangenerasi Islam kepada, Islam radikal atau Islam fundamentalis, tradisionalisdan Islam sederhana.
4. Moral
Berkembangnya berbagai teorisesat secara ilmiah, disebarkan secara besar-besaran oleh golongan tertentuuntuk menimbulkan keraguan pada agama Islam. Misalnya, teori tentang asal usulmakhluk hidup Charles Darwin tetapi sudah ‘diindoktrinasikan’ ke serata pelosokdunia. Atau teori Libido seksual Freud, yang menyatakan jika manusia tidakmembebaskan keinginan seksualnya akan mengakibatkan terjadinya gangguankejiwaan. Teori ini sudah dibantah secara ilmiah dan pencetusnya Freud terusmenggembar-gemburkan kebebasan seksual namun mati kerana menderita penyakitkejiwaan (psikopath).
Akibatnya, al-Quran menjadisekadar bacaan tanpa erti dinikmati iramanya seperti lagu-lagu dan nyanyianbelaka, akhirnya ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikanal-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. dan seperti itulah, setelah kamiadakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplahTuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong.” (suruh Al-Furqaan: 31)
Kesan lain adalah terputusnyahubungan generasi Islam dengan perbendaharaan ilmu keislaman yang telah disusundan dibukukan selama 1,000 tahun oleh para pakar dan ilmuwan Islam terdahulu,jumlahnya mencapai jutaan judul buku, mencakup bidang-bidang akidah, tafsir,hadis, fiqih, sirah, tarikh, ulumulQuran, tazkiyyah dan sebagainya.
Brainwashing dialami para intelektual yang berangkat kenegara-negara Barat tanpa dibekalkan asas-asas keislaman yang cukup. Akibatnya,mereka pulang dengan membawa pola fikir dan perilaku bertentangan dengan nilaiIslam. Bahkan mereka ikut membantu meneruskan kepentingan Barat di negaramereka.
dengan modal keperibadian yangmatang, wawasan ilmu yang cukup, pengalaman, kecekapan, kebijaksanaan dankreativiti, nescaya kita akan mampu menjadi insan yang mandiri dan tidakbergantung kepada orang lain, apalagi musuh-musuh Allah, dan tidak menjadikanmereka sebagai rakan kepercayaan, sebab telah jelas kemudharatan yang merekatimbulkan.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
