PROJEK MUSUH ISLAM MELALUI MEDIA

SMAHADZIR

 

KEROSAKAN akhlak yang diakibatkan oleh berbagaiprogram tayangan televisyen dan saluran-saluran media lain, bukanlah satutuduhan untuk menakutkan tetapi satu kenyataan yang hebat. Ghazwul fikri adalah sebuah projek besar musuh-musuh Islam,dilancarkan melalui berbagai media.
Realiti suguhan programtelevisyen dan saluran-saluran media lain dewasa ini hampir semuanya melanggarsyariah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya Kategori Program Televisyen dan Media CetakHaram. Malangnya, masyarakat seolah-olah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul fikri yang dilancarkan olehmusuh-musuh Islam melalui media-media tersebut.
Ghazwulfikri adalah perang pemikiran iaitu penyerangan dengan berbagai cara terhadappemikiran umat Islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telahtercampur-aduk dengan hal-hal tidak Islam. Ini adalah cara musuh Islammenghancurkan generasi Islam, berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikallebih lembut, jimat waktu dan belanja bahkan lebih efektif dari perang fizikalyang banyak menggunakan tenaga juga kos.

Perang pemikiran ini telahdirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukanpendangkalan pemikiran dan cuci otak generasi Islam agar tunduk, mengikuti carahidup mereka sehingga dapat meneruskan kepentingan mereka menjajah sumber dayamilik generasi Islam.
Hal ini dilatarbelakangipengalaman rahsia mengalahkan umat Islam secara ketenteraan. Invasi ketenteraanini memakan kos tidak sedikit dan ramai mangsa terkorban. Perang diAfghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkandan menguasai negara tersebut. Sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untukmengalahkan generasi Islam yang hasilnya lebih memuaskan untuk meneruskanpenjajahan terhadap dunia Islam.
Ghazwulfikri, kos jauh lebih rendah, kerana tidak perlu membeli kereta kebal,pesawat, amunisi dan sebagainya. Hanya menyebarkan idea-idea mereka ke seluruhbelahan dunia dengan tujuan imperialisme-kolonialisme. Cara ini mampumelumpuhkan umat muslim sehingga akarnya. Media massa dan sarana lain merekamanfaatkan secara maksimum untuk menyemarakkan pemikiran dan idea busuk merekasupaya kelihatan indah dan menawan.

Ghazwulfikri juga lebih mudah dilakukan kerana adanya bantuan kakitangan mereka darikalangan munafiqin berkolaborasimenyebarkan virus pemikiran sesat dan memolesnya dengan slogan-slogan menawan,seperti kebebasan berfikir, toleransi, hak asasi manusia, dan sebagainya.Pemimpin negara Islam yang berkiblat pada Barat dengan mudah dicucuk hidungbahkan menjadi boneka mereka yang menjalankan pemerintahan di bawah perintahasing. Inilah yang meneruskan cengkaman Barat di dunia Islam.

Abdurrahman Al-Mukaffi membuat 10kategori acara televisyen, media cetak dan saluran-saluran media lain yangmerupakan sebahagian dari strategi ghazwulfikri, dan sebab itulah haram ditonton oleh kaum Muslim iaitu:

 

1.     Membiuspandangan mata. Banyak disuguhkan wanita calon penghuni neraka dari kalanganartis dan pelacur. Mereka menjadikan ruang redaksi bagaikan rumah hiburanmencagunkan zina mata masyarakat.

2.     Pameranaurat. Saluran televisyen dan saluran-saluran media lain berlumba-lumbamenyajikan artis-artis, baik berpakaian biasa, ketat, pakaian renang, sehinggatelanjang. Penonton diajak untuk tidak ada rasa malu, hilang iman, mengikutipanggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.

3.     Membudayakanikhtilat. Sekumpulan lelaki danwanita bukan muhrim, biasa bergumuljadi satu tanpa batas. Tayangan semacam ini tidak ubahnya membuka transaksizina.

4.     Membudayakankhalwat. Kisah-kisah percintaan bertebaran di berbagai program. Frekuensisuguhan kisah-kisah kekasih dan berdua-duaan makin melegitimasi budaya khalwat.

5.     Membudayakantabarruj. Ramai pelakon di layar kacadan saluran-saluran media lain mempertontonkan bahagian tubuhnya seharusnyaditutupi, untuk dinikmati para penonton.

6.     Mengalunkannyanyian dan muzik syaitan. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyakmenyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina diiringi alunan alat muziksyaitan.

7.     Menyemarakkanzina. Sajian dari luar negeri mahupun tempatan banyak menyertakan adegan peluk,cium, dan ranjang membuktikan bahawa media-media ini adalah corong zina. Aksizina menyeluruh, baik zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dankemaluan.

8.     Mempromosikanliwat (homoseksual). Para artis danselebriti mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup moden dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di bawah payung hakasasi manusia.

9.     Menyebarkansyirik. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyak mengekspos amalanpedukunan, mistik, ramalan, dan sihir yang boleh menghancurkan akidah umat.

10. Tenggelamdalam laghwun. Program-program tidakada manfaatnya banyak disuguhkan untuk penonton, misalnya kepincangan kehidupanindividu selebriti dan humorberlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal penting seperti zikir kepadaAllah SWT.

 

Ada beberapa langkah dan strategidalam melaksanakan projek ghazwul fikri,iaitu melalui media massa, politik dan pemerintahan, pendidikan, moral,pengaburan sejarah, ekonomi, ilmu alam dan sosial, bahasa, undang-undang, danpenghantaran pelajar keluar negara.

 

1. Media Massa

 

Media massa boleh menyebabkan terjadinya perubahankegiatan seharian dalam keluarga muslim. Dulu selepas Maghrib, anak-anakbiasanya mengaji dan belajar agama. Sekarang, selepas Maghrib anak-anakmenonton pelbagai program yang terpancar di televisyen, lap-top, computer, gajet, telefon bimbit, whatSapp, twitter, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bolehmerosakkan pemikiran dan tidak bermanfaat.
Filem yang diputarkan 90% bergayaBarat, filem Melayu bergaya Barat, begitu juga dengan filem-filem Mandarin danfilem-filem India. Filem-filem Islamik boleh dikatakan tidak ada. Sementarabagi para remaja dan orang tua, dibandingkan datang ke kelas pengajian danmajlis taklim, mereka lebih senangmenghabiskan waktu dengan menonton televisyen.

 

2. Politik dan Pemerintahan

 

dengan politik dan pemerintahan, musuh-musuh Islamdapat meneruskan kolonialisme baru di tengah-tengah dunia Islam, menjajah,merampas kekayaan negara-negara Islam untuk kepentingan mereka. Mereka juga‘membeli’ orang-orang berpengaruh untuk dijadikan ‘boneka’ sehingga dapatmengendalikan negara Islam kerana para penguasanya telah mereka ‘kuasai’.
Musuh-musuh Islam juga berjayamempengaruhi pemikiran pemimpin Islam sehingga berpendapat bahawa agama tidakperlu dibawa dalam aktiviti keseharian khususnya dalam hal pemerintahan.Seterusnya mereka berjaya memecah-belah persatuan umat Islam dengan membahagikangenerasi Islam kepada, Islam radikal atau Islam fundamentalis, tradisionalisdan Islam sederhana.

 

3. Pendidikan

 

Pendidikan merupakan matlamat utama ghazwul fikri kerana sangat menentukanmaju mundurnya sesuatu bangsa. Ini dilakukan dengan menetapkan sedikit sajamasa untuk pendidikan agama di sekolah (contohnya hanya 2 jam seminggu). denganlemahnya asas agama, maka terjadilah pelbagai maksiat, seks bebas yangmeningkatkan penyakit AIDS, penyalahgunaan dadah, vandalisme, dan sebagainya.Ini adalah kesan jangka pendek. Kesan jangka panjang ialah rendahnya kualitipemahaman agama bakal pemimpin bangsa dan negara pada masa hadapan.
4. Moral

 

Merosakkan moral generasi Islam dengan cara‘memperkenalkan’ pergaulan bebas, clubbing,free sex, lagu-lagu mengkhayalkan tentang cinta, budaya bercintaketerlaluan dan segudang aktiviti lainnya yang banyak dilakukan generasi mudaIslam sekarang ini.

 

5. Pengaburan Sejarah

 

Maklumat tentang sejarah dunia dan ilmu pengetahuandiselewengkan habis-habisan sehingga hampir tidak ditemui pemaparan sejarahIslam dan sumbangannya dalam perkembangan budaya dan ilmu pengetahuan. Dalamsejarah yang dibahas hanyalah ilmuan kafir yang membuat generasi muda‘tersilau’ dengan tokoh-tokoh kafir dan terlupa dengan keagungan sejarah Islamsendiri.

 

6. Ekonomi

 

Diajarkan bahawa ekonomi iaitu mencari keuntungansebesar-besarnya dengan pengorbanan sekecil-kecilnya. Ketika slogan ini ditelanhabis-habisan tanpa dilakukan sebarang penapisan, maka tidak lagi memperhatikansoal halal atau haram, yang penting adalah bagaimana mendapat untungsebesar-besarnya melalui sistem ekonomi kapitalisme iaitu monopoli, riba danpemihakan kepada para konglomerat.

 

7. lmu Alam dan Sosial

 

Dilakukannya sekularisasi antara ilmu pengetahuandengan ilmu agama. Bahaya lainnya adalah penisbatan teori-teori ilmupengetahuan kepada para ilmuan tanpa mengembalikannya kepada si pemberi danpemilik ilmu, sehingga kekaguman dan pujian hanya berhenti pada diri parailmuwan dan tidak bermuara kepada Allah SWT.
Berkembangnya berbagai teorisesat secara ilmiah, disebarkan secara besar-besaran oleh golongan tertentuuntuk menimbulkan keraguan pada agama Islam. Misalnya, teori tentang asal usulmakhluk hidup Charles Darwin tetapi sudah ‘diindoktrinasikan’ ke serata pelosokdunia. Atau teori Libido seksual Freud, yang menyatakan jika manusia tidakmembebaskan keinginan seksualnya akan mengakibatkan terjadinya gangguankejiwaan. Teori ini sudah dibantah secara ilmiah dan pencetusnya Freud terusmenggembar-gemburkan kebebasan seksual namun mati kerana menderita penyakitkejiwaan (psikopath).

 

8. Bahasa

 

Tidak diajar bahasa al-Quran di sekolah keranamenganggapnya tidak perlu sehingga menjadi bencana bagi generasi Islam. dengantidak memahami al-Quran, majoriti generasi Islam menjadi tidak mengerti apakandungan al-Quran: “dan di antara merekaada yang buta huruf, tidak mengetahui Al-Kitab (Taurat), kecuali dongenganbohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.”

Akibatnya, al-Quran menjadisekadar bacaan tanpa erti dinikmati iramanya seperti lagu-lagu dan nyanyianbelaka, akhirnya ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikanal-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. dan seperti itulah, setelah kamiadakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplahTuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong.” (suruh Al-Furqaan: 31)
Kesan lain adalah terputusnyahubungan generasi Islam dengan perbendaharaan ilmu keislaman yang telah disusundan dibukukan selama 1,000 tahun oleh para pakar dan ilmuwan Islam terdahulu,jumlahnya mencapai jutaan judul buku, mencakup bidang-bidang akidah, tafsir,hadis, fiqih, sirah, tarikh, ulumulQuran, tazkiyyah dan sebagainya.

 

9. Undang-undang

 

Menumbuhkan keraguan terhadap ajaran Islam denganmempermainkan syariat Islam, menyebut syariat Islam sudah tertinggal zamantidak boleh diterapkan lagi dalam kehidupan sekarang. Mereka juga menciptaistilah sekularisme (memisahkan agama dari kehidupan).

 

10. Pengiriman Pelajar Keluar Negara

 

Melalui braindrain dan brain washing, paraintelektual negara-negara Islam beralih ke negara-negara maju kerana insentiflebih besar dan fasiliti hidup lebih mewah. Hal ini menyebabkan lambatnyapembangunan di negara-negara Islam dan semakin cepatnya kemajuan dinegara-negara Barat.
Brainwashing dialami para intelektual yang berangkat kenegara-negara Barat tanpa dibekalkan asas-asas keislaman yang cukup. Akibatnya,mereka pulang dengan membawa pola fikir dan perilaku bertentangan dengan nilaiIslam. Bahkan mereka ikut membantu meneruskan kepentingan Barat di negaramereka.

 

Lantaran itu, umat Islam hari iniharus berwaspada dengan gerakan ghazwulfikri yang sedang dilancarkan olehmusuh-musuh Islam, sehingga tidak terjebak dalam propaganda mereka dan mampumenjadi benteng bagi keluarga dari serangan tersebut.
dengan modal keperibadian yangmatang, wawasan ilmu yang cukup, pengalaman, kecekapan, kebijaksanaan dankreativiti, nescaya kita akan mampu menjadi insan yang mandiri dan tidakbergantung kepada orang lain, apalagi musuh-musuh Allah, dan tidak menjadikanmereka sebagai rakan kepercayaan, sebab telah jelas kemudharatan yang merekatimbulkan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2023 16:21
No comments have been added yet.


Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Syed Mahadzir Syed Ibrahim's blog with rss.