Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 2
February 17, 2024
KE MELASTI BEACH
Dari Pandawa Beach kami dibawa ke MelastiBeach pula. Sesungguhnya Bali memiliki banyak pantai indah yang sudah dikenalidunia. Tidak sedikit pelancong tempatan mahupun mancanegara yang bercuti keBali untuk menikmati keindahan pantainya. Tidak hairanlah jika Bali seringmenjadi tujuan percutian yang menyeronokkan. Salah sebuah pantai yang menjadiandalan Pulau Dewata ini adalah Pantai Melasti.
Pantai Melasti menjadi daftar pilihan diantara pantai-pantai populer di Bali. Pantai ini berlokasi di Kampung Ungasan,Kecamatan Kuta Selatan, Kabupaten Badung. Pantai ini menawarkan keindahanpantai yang memikat lengkap dengan sejarahnya. Wisata Pantai Melasti memilikikeindahan pasir putih sebagai daya tarik utama pantai ini. Pantai Melasti jugatidak kalah mempesonakan ketimbang pantai-pantai indah yang ada di Bali sepertiPantai Kuta, Pantai Patitenget, Pantai Pandawa dan lain-lain lagi.
Selain itu, Pantai Melasti juga memilikisejarah yang unik. Nama Pantai Melasti ini diambil dari kebiasaan masyarakatsetempat yang kebanyakannya beragama Hindu melakukan upacara Melasti ataupembersihan di pantai ini. Melasti menjadi salah satu jenis upacara adatmasyarakat Hindu yang dilakukan sebelum Hari Raya Nyepi.
Menurut Mas Arif, awalnya pantai initerletak di sebalik ketinggian bukit batu kapur hingga membuatkan pantai inijarang dijamah oleh pelancong. Pantai Melasti mulai dikenali masyarakat luasselepas pembinaan akses jalan menuju ke pantai ini. Proses pembinaan jalan menujupantai ini tergolong sukar kerana harus membelah bukit batu kapur yangmenjulang tinggi. Selepas dilakukan rekonstruksi, membuatkan kawasan wisatapantai ini kelihatan lebih indah. Pantai Melasti memiliki akses jalan yangcukup mencabar adrenalin, kerana lokasinya yang berada di sebalik bukit.Sepanjang perjalanan menuju pantai ini, akan melalui jalan berliku, dan menurunhingga menanjak.
Meski memiliki akses jalan yang cukupmemacu adrenalin, namun keadaan jalan menuju pantai ini kini sudah selesa.Sehingga membuatkan perjalanan menuju lokasi terasa lebih nyaman, kita bolehmenggunakan kenderaan berupa motor mahupun kereta. Pelbagai fasiliti penunjangjuga tersedia di Pantai Melasti, seperti tandas, ruang ganti pakaian, warungjajan, kawasan parkir yang luas dan yang lainnya masih dalam proses pengembangan.
Namun begitu, apa yang dapat saya katakantentang Pantai Melasti ini ialah potensi alam, potensi budaya dan potensibuatan merupakan daya tarik utama pelancong berkunjung ke sini. Potensi alamyang terdapat di Pantai Melasti iaitu berupa pantai dan keindahan bebatuankarang yang menjulang tinggi serta gulungan ombak dengan gelombang yang tinggi.Panorama pantai yang terdapat di Pantai Melasti, mempunyai keunikan tersendiridi mana keunikan itu merupakan hamparan pasir putih yang masih semulajadi,terdapatnya anjungan yang menjorok ke tengah laut dan urugan bebatuan kapursebagai pencegahan abrasi pasang surut air laut.
Pantai Melasti juga memiliki potensibudaya yang menjadi daya tarik wisata. Terdapatnya Pura Segara yang merupakantempat suci bagi masyarakat Kampung Ungasan. Pura Segara dulunya digunakansebagai tempat sembahyang bagi penganut agama Hindu di Kampung Ungasan, upacarakeagamaan sering dilakukan di Pura Segara seperti upacara melasti, upacarapakelem, upacara nganyud ka pasih dan upacara piodalan. Pantai Melastimerupakan kawasan suci bagi masyarakat Kampung Ungasan, kerana dulunya PantaiMelasti telah dijadikan sebagai tempat untuk upacara melasti.
Potensi buatan yang terdapat di PantaiMelasti, dapat dilihat dari segi akses jalan masuk ke pantai. Di manapembelahan tebing yang dilakukan oleh pihak Bendesa dan dibantu oleh masyarakattempatan sebagai pelabur dalam pembuatan akses jalan. Potensi ini telah menjadisebuah daya tarik wisata di mana tebing dikorek dan dijadikan akses jalan yangmelingkar. Bukan hanya akses jalan, pembinaan anjungan juga berpotensi sebagaidaya tarik wisata di mana hanya di Pantai Melasti saja yang terdapat anjunganmenjorok ke laut dengan gelombang pasang air laut yang tinggi.
KE PANDAWA BEACH
Selepas makan tengah hari di Nusa Dua,kami dibawa pula ke Pandawa Beach atau Pantai Pandawa yang berlokasi di KutaSelatan, Kabupaten Badung. Pantai Pandawa terletak di sebalik perbukitan dansering disebut sebagai Pantai Rahsia (Secret Beach). Di sekitar pantai initerdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya dipahat limapatung Pandawa dan Kunti. Keenam-enam patung tersebut secara berurutan (darikedudukan tertinggi) diberi penjelasan nama Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima,Arjuna, Nakula dan Sadewa.
Selain untuk tujuan wisata dan sukan air,pantai ini juga dimanfaatkan untuk budidaya rumput laut kerana kontur pantaiyang landai dan ombak yang tidak sampai sehingga ke garis pantai. Ramaipelancong yang melakukan paralayang dari Bukit Timbis hingga ke Pantai Pandawa.Menurut Mas Arif, kawasan pantai ini juga sering digunakan sebagai lokasipengambilan gambar untuk sinetron FTV.
Menurut Mas Arif lagi, lantaran makinbertambahnya minat pelancong berkunjung ke Pantai Pandawa maka pantai ini telahmengalami perubahan dan perbaikan sarana juga prasarana yang sangat drastik,dengan harapan pada masa mendatang Pantai Pandawa akan menjadi salah satupilihan pantai terbaik di Pulau Bali, sejajar dengan pantai yang terlebihdahulu terkenal seperti Pantai Kuta ataupun Pantai Sanur.
Menurut Mas Arif seterusnya, PantaiPandawa yang dibuka sejak tahun 2010. Sejarah dan mitos pantai ini dikaitkandengan kisah Mahabharata iaitu Pandawa Lima yang beranggotakan Yudhistira,Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Kononnya Pandawa Lima telah terkurung dalamGoa Gala-Gala. Lalu mereka menyelamatkan diri dengan membuat sebuah terowongyang berhujung pada sebuah hutan belantara. Kemudian Pandawa Lima mendirikansebuah kerajaan yang bernama Amertha. Yudistira dipercayai oleh empat pandawalainnya untuk memimpin kerajaan tersebut.
Kisah tersebut akhirnya menjadi asalmuasal dinamakan Pantai Pandawa yang diresmikan pada 27 Disember 2012.Kemudian, Pandawa Lima dalam kisah Mahabharata diabadikan dalam bentuk patung yangberjejer di tebing batu kapur yang sudah dilubangi. Jika kita berkunjung kePantai Pandawa, Roosterfish Beach Club boleh menjadi salah satu pilihan tepatuntuk bersantai menikmati suasana. Pantai Pandawa kini telah masuk ke dalamdaftar pantai yang wajib dikunjungi ketika bercuti ke Bali. Pantai ini memilikipanoroma yang sangat indah dan menawan.
Pasir putih yang bersih dan air lautberwarna hijau kebiruan sangat disukai oleh pelancong. Selalu mereka memutuskanuntuk berenang di pantai ini. Bukan itu saja, pantai yang terletak di timur inijuga membuatkan para pelancong sering menikmati keindahan matahari terbit padapagi hari. Berbeza dengan pantai lain yang umumnya hanya menikmati suasana alamkala matahari terbenam. Di pantai sejuta pesona ini juga kita boleh melihataktiviti petani rumput laut di sepanjang pantai juga aktiviti paralayang danmotor trail di atas bukit.
January 3, 2024
sajak: LAUT KAYA KEPALA BILIS RINGAN
sauhdilempar sedia belayar membelah gelombang
dipandurasi tuhan membentang di langit
berdeburdebam jantung laut
menabikjala doa yang ditebar
ikanberpusu-pusu datang
camarmelayah gembira
kendurilaut bermula
- hidup lautyang mewah
- hidupnelayan yang gagah
- hidupayahku pelaut warisan
dengansegala liku luka laut
- yang dirampasnelayan asing
- yang dipunggahlanun jaring miskin
ikandan udang mencungap
ditubakeparat
tukunrezeki masuk geladak kapal perompak
kepalabilis mendongak
kapalmaritim belum berenjin
panjiberjata negara sudah berkibar
sedarizaman moyangku lagi
lautterus kaya
dengankepala bilis yang ringan
Banting, Selangor
PERUBAHAN IKLIM MENGGUGAT KESTABILAN BEKALAN AIR
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
SECARA umumnya suhupurata bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yangtelah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapapuluh darjah lebih sejuk pada 20,000 tahun lepas, iaitu pada puncak zaman saljiglasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.
Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapacepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernahberlaku pada zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratustahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pulamenunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata bolehmeningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena inikita panggil pemanasan global.
Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atauseluruh bumi. Perubahan iklim membawa kesan yang serius kepada dunia.Contohnya, saintis dari Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan pemanasan laut dan pencairanglasier kerana pemanasan global dan perubahan iklim boleh meningkatkan araslaut kepada 7-23 inci menjelang 2100.
Akan tetapi, tidak dinafikan kesedaran masyarakatterhadap isu perubahan iklim dan impaknya kepada kehidupan manusia hari iniserta masa hadapan boleh dikatakan masih rendah atas pelbagai faktor, antaranyatidak ambil kisah terhadap hal ehwal mengenai alam sekitar di samping mempunyaipersepsi bencana alam berskala mega tidak mungkin berlaku di Malaysia sepertidialami banyak negara lain di dunia. Sama ada disedari atau tidak, iklim yangmelitupi Malaysia sebenarnya sudah mengalami perubahan yang mana ia sebenarnyamemberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada cuaca serta alamsekitar di negara ini.
Perubahan iklim lazimnya mendatangkan kesan kepadasesuatu kawasan atau wilayah. Dalam konteks di Malaysia, perubahan iklim yangbersifat drastik atau mendadak kebelakangan ini menimbulkan kesan jangka pendekdan jangka panjang. Kesan perubahan iklim ini yang dapat dirasai secara ketaraialah peningkatan cuaca panas, mewujudkan fenomena cuaca ekstrem yang menjadifaktor berlakunya musim kemarau atau banjir secara melampau atau luar biasayang mana ia tidak pernah direkodkan berlaku dalam tempoh lebih 10 tahun.
Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentukebelakangan ini juga memberi petanda bahawa fenomena El-Nino (yang juga dikenalisebagai ‘si anak kecil’ dalam bahasa Sepanyol) akan berulang kembali. Namunkehadirannya pada kali ini tidaklah seteruk yang berlaku pada 1997-1998 (yangmenyebabkan jerebu, kemarau dan kepanasan melampau dengan suhu meningkatmelebihi 40 darjah Celsius) dan dikatakan yang paling buruk pernah berlaku sejak150 tahun lampau.
Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan denganbeberapa faktor seperti perubahan aktiviti matahari, atau kelajuan putaran bumi.Tetapi, kebanyakan pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalahdisebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabilasebahagian besar tenaga dari matahari yang sampai ke permukaan bumi tidakdipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserap oleh atmosfera bumi.
Seperti yang kita tahu, menurut hukum Wien, sifat sinarandari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunyai suhupermukaan 6,000 darjah, bersinar terutamamya dalam gelombang tampak di manatenaganya masuk secara mudah ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu bumijauh lebih rendah dari suhu matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenagaini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida,methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalahlegap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri ini menghalang tenaga dari keluarsemula ke angkasa lepas. Gas-gas ini menyerap tenaga tersebut menjadikanatmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosferabawahan, seperti yang terjadi ke atas planet Zuhrah.
Perubahan iklim telah menggugat kestabilan bekalan air.Kini, bukan rahsia lagi sumber air semakin menyusut setiap tahun. Statistik FAOmenunjukkan, menjelang 2025, 1.8 bilion orang akan tinggal di negara-negaraatau kawasan dengan kekurangan air yang mutlak. Mengikut kajian WWAP, setiaporang memerlukan antara 20 hingga 50 liter air bersih yang selamat sehari untukmenjamin keperluan asas minuman, memasak dan pencucian. Namun demikian, menurutPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada seorang bagi setiap 6 orangdi seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada jumlah air bersih itu.
Pakar-pakar sains di Institut Potsdamer Untuk Kajian KesanPerubahan Iklim mengungkapkan bahawa sejumlah air telah menghilang akibat kesanperubahan iklim. Para pengkaji menggunakan data dari lima simulasi iklim dansebelas simulasi hidrologi global untuk mengukur kesan pemanasan global denganlebih tepat. Sasaran kajian adalah mencari kaedah baru untuk mencegah krisisair.
Menurut Climate Institute (CI), berpejabat di Washington,penduduk dunia pada abad lepas meningkat tiga kali ganda dan dijangkakanmeningkat daripada jumlah 6.5 bilion sekarang kepada 8.9 bilion pada 2050. Dalamtempoh 20 tahun akan datang, jumlah penduduk di bandar-bandar di Asia jugadijangkakan akan bertambah seramai satu bilion orang. Penggunaan air jugadijangka meningkat selaras dengan kepesatan kemajuan serta pembangunan seluruhdunia.
Sumber air tawar juga dijangka merosot akibat perubahaniklim yang tenat dengan impak bukan sahaja ke atas kualiti air tetapi jugasistem ekologi akuatik dan air bawah tanah. Sesetengah penganalisis meramalkan,air juga akan menjadi faktor penting mencetuskan konflik dan pertikaian padamasa depan akibat kekurangan air yang melampau. Sebagai komponen utamaorganisma hidupan, air yang berkualiti baik ialah perkara asasi untuk kegunaanmanusia. Ia juga amat diperlukan untuk menampung kegunaan pelbagai aktivitiekonomi serta sistem ekologi yang kita diami.
Para saintis yakin, manusia masih boleh menghentikan kelajuanpemanasan global. Dari sudut ilmu pengetahuan alam, perubahan iklim masih bolehdihentikan. Jika kita menjalankan program perlindungan iklim besar-besarandalam beberapa dekad ke hadapan, kelajuan pemanasan boleh dibatasi pada kisaran1.5 darjah Celcius dan kita mampu mencegah terjadinya krisis air.
Kajian terbaru menunjukkan kenaikan suhu bumi sebesar 2.7darjah Celcius dibandingkan masa menjelang era industrialisasi. Buat pendudukbumi, angka tersebut bermakna sepersepuluh orang bakal menderita kekurangan airminum di akhir abad ini.
Saintis mendefinisikan krisis air sebagai tingkat pengambilansebesar 500 meter padu air per tahun untuk setiap orang. Ketika ini keperluanair sekitar 1,200 meter padu per tahun. Tahap pengambilan air per orang dinegara-negara maju jelas jauh lebih tinggi berbanding penduduk di negara membangun.
Air merupakan unsur vital dalam kehidupan manusia.Ketersediaan air di dunia ini begitu melimpah-ruah, namun yang dapat diambiloleh manusia untuk keperluan air minum sangatlah sedikit. Dari keseluruhanjumlah air yang ada, hanya lima peratus saja yang tersedia sebagai air minum,sedangkan bakinya adalah air laut. Selain itu, kecenderungan yang terjadisekarang ini adalah berkurangnya ketersediaan air bersih itu dari hari ke hari.Semakin meningkatnya populasi, semakin besar pula keperluan akan air minum. Sehinggaketersediaan air bersih juga semakin berkurangan.
Menurut akhbar NewStraits Times tanggal 17 Mei 2009, di Malaysia, kesan-kesan perubahan iklimakibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana danjuga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti suhusemakin naik di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, cuaca luarbiasa yang menyebabkan banjir, kemarau, jerebu, kenaikan paras air laut, kekurangansumber air, dan ancaman terhadap kesihatan awam.
Kesan perubahan iklim ini yang dapat dirasai secaraketara ialah peningkatan cuaca panas, mewujudkan fenomena cuaca ekstrem yangmenjadi faktor berlakunya musim kemarau atau banjir secara melampau atau luarbiasa yang mana ia tidak pernah direkodkan berlaku dalam tempoh lebih 10 tahun.Perkara ini telah ditegaskan oleh Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air PulauPinang Sdn Bhd (PBAPP), Jaseni Maidinsa dalam Seminar Mengenai Perubahan Iklimanjuran Institut Untuk Pembangunan Komunikasi Asia (AIDCOM), Fakulti Komunikasidan Media (FKM), Universiti Selangor (UNISEL). Beliau menjelaskan, antarapetanda perubahan iklim yang dirasai di negara ini ialah peningkatan suhu,jerebu dan kemarau. Peningkatan suhu dan kemarau menyebabkan empangan mengeringseperti berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Pernahkah kita terfikir apa akan jadi terhadap bekalanair kepada pengguna apabila empangan mengering? Ia boleh menyebabkan krisisbekalan air seperti yang terjadi di beberapa tempat di negara ini seperti diSelangor dan Negeri Sembilan. Apabila paras air empangan merosot akibat berlakuperubahan iklim, secara automatik, bekalan air dirawat untuk dibekalkan kepadapengguna akan merosot. Itulah sebabnya Selangor dan Negeri Sembilan terpaksamencatu bekalan air.
Fenomena air empangan merosot adalah ibarat mimpi ngeribagi sesebuah syarikat operator air kerana jika ia berlaku, bermakna pelantindakan kecemasan perlu diaktifkan seperti mencatu bekalan air. Masalahdihadapi syarikat operator ialah permintaan bekalan air semakin hari, semakinbertambah dan ada waktunya meningkat disebabkan pertambahan penduduk dankawasan penempatan. Dalam menangani permasalahan ini, semua pihak harusbersama-sama menjaga, melindungi dan mengurus sumber air negara terutama dikawasan dikenal pasti sebagai lokasi tadahan air semula jadi. Perkara ini,tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh masyarakat dan pihak atasan sedangkanpada hakikatnya, sumber air mentah semakin berkurangan akibat pemusnahankawasan tadahan air, pencemaran sungai, kemarau dan pembalakan haram.
Mungkin ramai yang tidak sedar masalah ini. Sumber airnegara menjadi semakin merosot disebabkan banyak hutan dan bukit yang menjadikawasan tadahan air diteroka serta digondolkan bagi tujuan pembangunan. DiMalaysia, selain kesan daripada perubahan iklim, kemerosotan sumber air jugaterjadi akibat aktiviti penebangan pokok dan menggondolkan bukit secara massabagi tujuan pembangunan sesebuah kawasan, khasnya bagi mengejar keuntungandalam sektor hartanah. Aktiviti berkenaan sebenarnya amat menyumbang kepadaberlakunya perubahan iklim di negara ini. Kegiatan ini memberi kesan burukterhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim tanpa disedari.
Masalah kemarau juga berkait rapat dengan pengurangansumber air. Apabila berlaku pembangunan tidak terkawal dan berterusan, sepertihutan atau kawasan bukit yang menjadi kawasan tadahan air semula jadidigondolkan, ia akan menjejaskan bekalan sumber air semula jadi bawah tanahyang akan menjadi mata air dan mengalir ke sungai. Kawasan hutan, bukitditarah, inilah sebabnya pada musim kemarau, masalah kekurangan sumber air dinegara ini menjadi bertambah kronik.
Untuk mengatasi krisis air bersih perlu dilakukanpenyelamatan lingkungan, termasuk di antaranya penyelamatan sumber-sumber air,harus dilakukan secara terintegrasi dan berterusan. Usaha penyelamatanlingkungan demi mengatasi krisis air bersih dapat dilakukan melaluimenggalakkan gerakan penjimatan air, menggalakkan gerakan menanam pokok sepertione man one tree.
Kualiti air juga berkaitan dengan kelayakan pemanfaat airuntuk berbagai keperluan, dan juga berhubungan dengan volume dan daya pulih air untuk menerima beban pencemaran dalamjumlah tertentu dan kelayakan air, terutama untuk minum. Konservasi lahan,pelestarian hutan dan kawasan aliran sungai, pembangunan tempat penampungan airhujan seperti kolam dan tasik sehingga airnya boleh dimanfaatkan sewaktu musimkemarau. Mencegah seminimum mungkin air hujan terbuang ke laut dengan membuat telagaresapan air atau lubang resapan biopori, dapat mengurangi pencemaran air baikoleh limbahan rumah tangga, industri, pertanian mahupun perlombongan.
Kesedaran manusia yang paling diharapkan, ikut menjagakelestarian alam sekitar dan peduli lingkungan hidup. Itu sangatlah pentinguntuk menghasilkan kualiti sumber daya air yang layak minum, baik pada musimkemarau ataupun musim hujan.
Kita harus sedar bahawa dunia kita mempunyai air bersihterhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakatumum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia adatetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar airmasin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan.Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari prosespenyahmasinan.
Di Malaysia, sumber air permukaan (terutama sungai)dilaporkan lebih banyak berbanding air bawah tanah, dengan memetik perangkaanPertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO). Jumlah sumber airpermukaan di Malaysia ialah 566 km persegi berbanding 64 km persegi sumber airbawah tanah. Ini jelas menunjukkan Malaysia perlu memberi perhatian kepadapemeliharaan dan pemuliharaan sumber air permukaan.
Antara langkah yang boleh diambil ialah memelihara sumberair. Ia adalah komitmen semua pihak berkepentingan untuk melaksanakantanggungjawab bersama menggunakan air secara lestari dan memulihara sumber airpermukaan. Pemeliharaan sumber air termasuk melindungi sumber air mentah,pengurusan sungai yang lebih cekap, memastikan keperluan air flora dan faunaterjamin di samping mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan simpanantetap.
Pemeliharaan sumber air ialah satu langkah bijak berbandingmelabur berjuta-juta ringgit untuk membina prasarana baru seperti empangan,tadahan, loji perawatan serta sistem rangkaian pengagihan. Langkah-langkahberkenaan, lebih menjimatkan kos dari segi ketersediaan air mentah. Dalamjangka masa panjang, cara ini lebih ekonomik. Kita juga perlu ingat bahawa airpermukaan akan memberi impak langsung kepada air bawah tanah. Kesudahannya,jika air bawah tanah menjadi tidak sesuai untuk digunakan, apa pilihan kitaselepas itu?
Malaysia perlu menumpukan lebih banyak usaha dan sumberuntuk menangani ancaman perubahan iklim. Antara usaha yang perlu dilakukanialah dengan meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk memeliharaalam sekitar seperti mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan menggalakkanpemindahan teknologi dari negara maju ke negara ini untuk mengatasi isuperubahan iklim.
LEBAH DALAM INTERNET
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
MENINGKATNYA tahap kesibukan berbelanjamelalui internet menimbulkan sejumlah permasalahan besar. Perilaku pelangganketika berbelanja boleh jadi sama sekali berbeza daripada perkiraan umumnya,dan mungkin juga berbeza di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain.Fenomena ini menyebabkan lalu lintas internet menjadi tidak teratur danakhirnya berhujung pada penumpukan tiba-tiba pada server internet yang menangani belanja ‘on-line’.
Para pakar dari UniversitiOxford dan The Georgia Institute of Technology melakukan kerjasama dalam rangkamengembangkan sejumlah teknologi yang mampu mengatasi penumpukan seperti itu.Para pengkaji ini mengambil model atau contoh-acuan berupa suatu masyarakatyang lalu lintasnya telah berjaya diatur dengan sangat baik. Contoh-acuan iniadalah perilaku masyarakat lebah madu yang telah ditiru dalam sejumlahteknologi yang bertujuan untuk meringankan beban pada ‘server-server’ pada ketika terjadi kepadatan lalu lintas yang luarbiasa.
Lonjakan jumlah pelangganbelanja atau perdagangan saham secara tiba-tiba, naik turunnya kegiatanperniagaan melalui internet, memunculkan kesukaran besar pada syarikat-syarikatpengelola ‘server’. Untukmeningkatkan keuntungan mereka sebesar-besarnya, syarikat-syarikat ini perlumemeriksa komputer-komputer mereka setiap saat bagi menjaga agar komputertersebut tetap mampu menyesuaikan diri terhadap tingkat keperluan yangberubah-ubah melalui campur tangan secara cepat.
Bagaimanapun, padakenyataannya, hanya satu aplikasi web saja yang mampu dimuatkan ke dalamkomputer pada satu waktu, dan fenomena ini merupakan sebuah kendala.Perpindahan antara-aplikasi menyebabkan penghentian sementara selama limahingga tujuh minit, waktu ini diperlukan untuk konfigurasi ulang pada komputer,dan ini bermakna kerugian.
Permasalahan serupadihadapi dalam tugas-tugas yang dijalankan oleh lebah madu. Sumber-sumber bungamemiliki keragaman dalam hal mutu. Oleh sebab itu, seseorang mungkin berfikiranbahawa keputusan tentang berapa banyak lebah yang harus dihantar ke setiaptempat tersebut dan berapa lama mereka sebaiknya berada di sana merupakan satupermasalahan dalam sebuah koloni yang ingin mencapai kelajuan pengumpulan madubunga (manisan) setinggi-tingginya. Bagaimanapun, berkat sistem kerja merekayang sangat baik, lebah mampu memecahkan permasalahan ini tanpa mengalamisebarang kesukaran.
Sekitar seperlima daripadalebah-lebah di dalam sebuah sarang bertugas sebagai pengumpul manisan. Tugasmereka adalah ‘berkelana’ di antara bunga-bunga dan mengumpulkan manisansebanyak mungkin. Ketika kembali ke sarang, mereka menyerahkan muatan manisanmereka kepada lebah-lebah penyimpan makanan yang menjaga sarang dan menyimpanbahan makanan. Lebah-lebah ini kemudiannya menyimpan manisan di dalampetak-petak madu. Seekor lebah pengumpul manisan juga dibantu olehrakan-rakannya dalam menentukan seberapa bagus mutu sumber bunganya.
Lebah pengumpul madutersebut menunggu dan mengamati berapa lama waktu yang diperlukan untuk bertemudengan seekor lebah penyimpan makanan yang sedia menerima muatan. Jika waktumenunggu ini berlangsung lama, maka lebah pengumpul madu memahami hal ini sebagaiisyarat bahawa sumber bunganya bukan daripada mutu yang terbaik, dan bahawalebah-lebah yang lain kebanyakannya telah melakukan pencarian yangberjaya.
Sebaliknya, jika iadisambut oleh sejumlah besar lebah-lebah penyimpan makanan untuk mengambilmuatannya, maka semakin besarlah kemungkinan bahawa muatan manisan tersebutbermutu baik.
Lebah yang mendapatmaklumat ini memutuskan apakah sumber bunganya senilai dengan kerja keras yangakan dilakukan berikutnya. Jika ya, maka ia melakukan tarian-getarnya yangterkenal agar difahami maksudnya oleh lebah-lebah lain. Lama tarian inimemperlihatkan berapa besar keuntungan yang mungkin mampu diperoleh dari sumberbunga ini.
Sunil Nakrani dariUniversiti Oxford dan Craig Tovey dari The Georgia Institute of Technologymenerapkan cara penyelesaian masalah oleh lebah madu tersebut pada permasalahan‘internet host’.
Setiap server mengambil peranan sebagai lebahpengumpul manisan, dan setiap permintaan pelanggan bertindak sebagai sumberbunga. Dengan cara ini, Nakrani dan Tovey mengembangkan sebuah algoritma ‘lebahmadu’ untuk server internet ‘sarang.’
Sebuah ‘host’ menjalankan tugas, sebagaimanayang dilakukan lebah dengan tarian getarnya, dengan membuat sebuah iklan danmengirimkannya ke sejumlah ‘server’lainnya di dalam sarang. Lama masa penayangan iklan ini mencerminkan manfaatdan tingkat keuntungan yang mampu diraup melalui para pelanggan ‘server-server’ tersebut.
Server lain membaca iklan ini dan berperilakuseperti lebah-lebah pekerja yang mengikuti petunjuk yang disampaikan melaluitarian getar tersebut. Setelah mempertimbang dan mengkaji iklan ini besertapengalaman mereka sendiri, mereka memutuskan perlu tidaknya untuk beralih daripara pelanggan yang sedang mereka layani ke para pelanggan yang sedang dilayanioleh ‘server’ yang mengirim iklantersebut.
Nakrani dan Toveymelakukan uji banding antara algoritma lebah madu yang mereka kembangkan denganapa yang disebut sebagai algoritma ‘rakus’ yang ketika ini dipakai olehkebanyakan penyedia ‘internet host’.Algoritma rakus kelihatan ketinggalan zaman. Algoritma rakus membahagi waktumenjadi sejumlah penggal waktu yang tetap dan menempatkan ‘server-server’ untuk melayani para pelanggan untuk satu penggalwaktu berdasarkan pengaturan yang dianggap paling menguntungkan pada penggalwaktu sebelumnya.
Para pengkaji mengungkapbahawa pada ketika lalu lintas berubah-ubah, algoritma lebah madumemperlihatkan hasil 20 peratus lebih baik daripada algoritma rakus. Sedikitmasa lagi mungkin ‘server-server’yang bekerja menggunakan algoritma lebah madu akan semakin banyak, di manainternet akan lebih tepat disebut sebagai ‘interkoloni.’
Dengan kata lain, kajianyang dilakukan oleh para ilmuwan ini menunjukkan betapa berbagai penyelesaianmasalah yang masuk akal terdapat di alam. Permasalahan yang dihadapi server-server internet sangatlah miripdengan permasalahan yang dipecahkan oleh koloni lebah madu. Sungguh, kejayaanyang dicapai pengkaji tersebut, yang dilakukan dengan menerapkan contoh danrujukan koloni atau masyarakat lebah madu, menjadi isyarat akan hakikat ini.
Bagaimanapun, dari manakahasal usul rumusan penyelesaian masalah yang diberikan lebah madu kepada para ‘programmer’ komputer tersebut?
Meskipun para ‘programmer’ komputer boleh mengambilperilaku lebah madu sebagai contoh-rujukan mereka, lebah itu sendiri tidakdapat melakukan hal seperti itu. Ini disebabkan, meskipun tiruan algoritmalebah yang dibuat oleh ‘programmer’ komputermerupakan hasil dari proses berfikir cerdas yang dilakukan secara sedar, lebahmadu tidak memiliki kemampuan berfikir seperti itu.
Penyelesaian terhadappermasalahan tersebut memerlukan tindakan sedar, misalnya pertama sekalipemahaman tentang adanya permasalahan tersebut, pengkajian terhadap sejumlahpenyebab timbulnya permasalahan itu, pengenalan atas pengaruh sejumlah penyebabitu terhadap permasalahan tersebut secara umum dan pengaruhnya terhadap satusama lain, dan akhirnya pengambilan keputusan di antara beragam pilihan yangada.
Sudah pasti penyelesaianmasalah seperti itu tidak mungkin terjadi di dalam koloni lebah beranggotakan20,000 hingga 50,000 ekor. Hanya ada satu penjelasan masuk akal terhadapkenyataan ini, di mana sedemikian banyak makhluk hidup menjimatkan tenaga denganmenerapkan cara pengumpulan manisan yang paling menguntungkan; meskipun kitabiasanya menyangka akan wujud suatu kekacauan dan kekalutan di dalamnya.
Pemahaman terhadappermasalahan di dalam koloni lebah dan jalan keluar penyelesaiannya merupakanhasil karya Pencipta Yang Maha Mengetahui. Tidak ada keraguan, Allah-lah,pencipta langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, yang telahmenciptakan koloni lebah. Strategi yang diterapkan di dalam koloni lebah madumerupakan ilham yang berasal dari Allah S.W.T.
Allah S.W.T menyatakan halini dalam firman-Nya yang bermaksud: ‘DanTuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, dipohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlahdari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telahdimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yangbermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagimanusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaranTuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.’ (surah An-Nahl: 68-69)
PENCEMARAN TANAH
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
PENCEMARANtanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlakukepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan danhakisan tanah.Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemarterdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanahbergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaranmenunjuk-kan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akanbertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akanmenjadi layu.
Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadipenerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yangditeroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakansebagai kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yangberlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkanketidakseimbangan ekosistem.
Bagi industri air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanyarongga-rongga kosong dibawah tanah danini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di hasilkanoleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dansulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanihyang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.
Rumah Hijau juga memberi kesan kepada tanih di mana menyebabkan kenaikanpenguraian guna tanih sekaligus meninggikan hasil tanaman. Pada zaman dulu pula antara punca pencemarankepada alam sekitar oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatanmelombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan dikawasan yang lapang. Jadi selepas bijih timah habis di lombong, kawasantersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasanmati kerana sebarang aktivitibiologi tidak dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagaisisa daripada indutri perlombongan.
di tanah terdapat berbagai unsur yang dibutuhkan makhluk hidup: K, N, P, Ca, Mg, S, Cl, Fe, Cu, Mn, Zn dan lain-lain lagi kehidupan dan kesuburan tanah tergantung dari banyaknya mikroorganisme yang hidup di lapisan tanah pencemaran tanah akan merusak susunan kimia tanah dan mengganggu kehidupan organisme yang hidup dalam tanahBahan pencemar tanah:
limbah rumah tangga: kertas bekas, plastik bekas, potongan karet, logam limbah pertanian: pupuk dan pestisida
Kesan Pencemaran Tanah
KekuranganTanah Subur
1. Pembinaanrumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan penyusutan tanah.
2. Manusiamenghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.
HakisanTanah
1. Aktiviti-aktivitipembinaan, perlombongan, dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkankawasan tanah terdedah.
2. Kawasantanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.
Hidrokarbon
Dalam kimia, hidrokarbon merupakan sebatian kimia yang mengandungi hanya karbon (C)dan hidrogen (H). Ia semua mengandungi rangkatunjang dari karbon dan atom hidrogen lekat pada rangka tunjang tersebut.(Seringkali istilah ini digunakan sebagai ringkasan istilah alifatik hidrokarbon).
Sebagaicontoh, metana (gas paya) adalah hidrokarbon dengan satuatom karbon dan empat atom hidrogen: CH4. Etana adalah hidrokarbon(lebih khusus lagi, alkana) mengandungi dua atam karbon diikat dengan satuikatan tunggal, setiap atom karbon terikat pada tiga atom hidrogen: C2H6.Propana mempunyai tiga atom karbon ‘C’ (C3H8) danseterusnya (CnH2·n+2). Hidrokarbon boleh dikelaskankepada beberapa bahagian iaitu:
1. Hidrokarbon alifatik
2. Hidrokarbon alisiklik
3. Hidrokarbon aromatik
HidrokarbonAlifatik
Hidrokarbonalifatik terdiri daripada rantaian atom karbon tanpa struktur siklik. Ia seringdisebut sebagai hidrokarbon rantai terbuka atau hidrokarbon asiklik. Contoh:Alkana (propana, butana)
HidrokarbonAlisiklik
Hidrokarbonalisiklik atau hidrokarbon siklik terdiri daripada rantaian atom karbon dalamsusunan gelang (siklik). Contoh: Sikloaklana (siklopropana, siklobutana)
HidrokarbonAromatik
Hidrokarbonaromatik merupakan kumpulan khusus sebatian siklik. Ia biasanya mempunyaigelang berahli enam yang dilukis dengan ikatan tunggal dan ikatan ganda duayang berselang-seli. Contoh: Benzena, naftalena. Terdapat tiga jenis asashidrokarbon iaitu:
hidrokarbon harum, yang mengandungi sekurang-kurangnya satu cecincin harum (aromatic ring) sebagai tambahan kepada apa jua ikatan yang ia ada hidrokarbon tepu (saturated hydrocarbon), juga dikenali sebagai alkana, yang tidak mempunyai ikatan dwi, tiga atau harum. hidrokarbon tidak tepu (unsaturated hydrocarbon), yang mengandungi satu atau lebih ikatan dwi atau tiga antara atom karbon, yang dibahagi pula pada:
· alkena
· alkuna
· diena
Jumlahatom hidrogen dalam hidrokarbon boleh ditentukan, jika jumlah karbon diketahui,dengan menggunakan persamaan berikut:
Alkana: CnH2n+2 Alkena: CnH2n (dengan anggapan hanya satu dwi ikatan) Alkuna: CnH2n-2 (dengan anggapan hanya satu tiga ikatan)
Hidrokarboncecair yang dikeluarkan dari bawah tanah dirujuk sebagai petroleum (harafiahnya ‘batu minyak’) atau minyakmineral, sementara hidrokarbon bergas dalam tanah dikenali sebagai gasasli. Kesemuanya merupakan sumber penting bahan api dan bahan mentahsebagai stok bekalan untuk penghasilan kimia organik dan biasa terdapat disub-permukaan menggunakan peralatan geogologipetroleum.
Hidrokarbonmerupakan sumber ekonomi penting kerana ia merangkumi keseluruhan sumberbahanapi fosil (arang batu, petroleum, gasasli, dan lain-lain lagi) dan bahan apibio, termasuk juga plastik, lilin, pelarutdan minyak.Dalam pencemaran bandar, komponen ini bersama dengan NOx dan cahaya matahari -kesemuanya menyumbang kepada pembentukan ozontropospherik.
Biopemulihan
Biopemulihan boleh ditakrifkan sebagai mana-manasatu proses yang menggunakan mikroorganisma, kulat,tumbuhan-tumbuhan hijau atau enzimnya untuk mengembalikan alam semula jadi yangterjejas oleh bahan-bahan kontaminasi kepada keadaannya yang asal. Ia bolehdigunakan untuk menyerang bahan-bahankontaminasi tanah yangtertentu, misalnya degradasi hidrokarbon berklorin oleh bakteria.Salah satu contoh pendekatan yang lebih umum ialah pembersihan tumpahan minyakmenerusi penambahan baja nitrat dan atau baja sulfat untuk memudahkan pereputan minyak mentah oleh bakteria asli atau bakteriaeksogen.
Gambaran Keseluruhan dan Penggunaan
Biopemulihandan fitopemulihan semula jadi telah digunakan buatberabad-abad. Misalnya, penyahgaraman tanah pertanian oleh fitopengekstrakan mempunyai tradisi yang lama. Teknologibiopemulihan yang menggunakan mikroorganisma dilaporkan direka oleh George M.Robinson. Beliau merupakan penolong jurutera petroleum kaunti kepadaSanta Maria, California. Pada dekad 1960-an, Robinson menghabiskan masalapangnya untuk menguji kaji balang-balang kotor dan pelbagai campuran mikrob.
Teknologi-teknologibiopemulihan umumnya dikategorikan kepada teknologi in situ atau teknologi ex situ. Biopemulihan In situ melibatkan perawatan bahanterkontaminasi di tapak, manakala biopemulihan ex situ melibatkan pemindahan bahanterkontaminasi ke tempat yang lain untuk dirawat. Sesetengah contoh teknologibiopemulihan ialah biopelohongan, perladangan, bioreaktor, pengomposan,biopengimbuhan, rizopenur asan dan bioperangsangan.
Bagaimanapun,bukan semua bahan kontaminasi dapat dirawat dengan mudah menerusi biopemulihandengan menggunakan mikroorganisma. Logam-logam beratseperti kadmium dan plumbum,misalnya, tidak mudah diserap atau ditangkap oleh organisma. Asimilasi logamseperti raksa ke dalam rantaimakanan bolehmemburukkan lagi keadaan.
Oleh itu, fitopemulihan amat berguna dalam keadaan-keadaansebegini kerana tumbuh-tumbuhan semula jadi atau tumbuh-tumbuhan rentas genberupaya membiotumpukkan toksin-toksin tersebut di bahagianatas tanah masing-masing yang kemudian dituai untuk penghapusan. Logam berat di dalam biojisim tuaian dapat dipekatkan lagi menerusipenunuan atau pengitaran semula untuk kegunaan perindustrian.
Penghapusanberbagai-bagai bahan pencemar dan sisa dari alam sekitar memerlukan peningkatanpemahaman kita tentang kepentingan relatif laluan dan rangkaian kawal atur ke fluks karbon di dalam persekitaran-persekitarantertentu serta untuk sebatian-sebatian yang tertentu. Sudah tentunya, ini akanmempercepat pembangunan teknologi biopemulihan dan proses-proses biotransformasi.
Pendekatan Kejuruteraan Genetik
Penggunaan kejuruteraan genetik untuk mencipta organisma yang direkabentuk khusus untuk biopemulihan mempunyai potensi yang amat besar. Bakteria Deinococcusradiodurans (organismapaling radiorintang yang diketahui) telah diubah suaiuntuk memakan dan mencernakan toluen dan raksa ion daripada sisa nukleus yang sangatradioaktif.
Mikopemulihan
Mikopemulihan ialah bentuk biopemulihan yangmempergunakan kulat untuk mengembalikan sesuatu persekitaran (biasanya tanah) yang dicemari oleh bahanpencemar kepadakeadaan yang kurang tercemar. Istilah ‘mikopemulihan’ dicipta oleh Paul Stamets dan merujuk khususnya kepadapenggunaan miselium kulat dalam proses biopemulihan.
Salahsatu peranan utama kulat di dalam ekosistem ialah pereputan yang dilakukan oleh miselium. Miseliumitu merembeskan enzim-enzim danasid-asid luar sel yang mengurai lignin dan selulosa,dua blok binaan utama gentian tumbuhan. Terdapat sebatian-sebatian organik yangterdiri daripada rantai karbon dan hidrogen yang panjang, dan yang strukturnyaagak serupa dengan banyak bahan pencemar organik. Kunci kejayaan mikopemulihanialah penentuan spesies kulat yang sesuai untuk menyasarkan sesuatu bahanpencemar yang tertentu. Sesetengah strain telah dilaporkan berjayamendegradasikan gas sarafVXdan sarin.
Dalamsebuah uji kaji yang dijalankan bersama-sama dengan Thomas, seorang penyumbangutama dalam industri biopemulihan, sebuah petak tanah yang dicemari denganminyak diesel diinokulasi dengan miselium cendawantiram. Teknik-teknik biopemulihan tradisional (bakteria) digunakandi petak-petak kawalan. Selepas empat minggu, melebihi 95% daripada banyak PAH(hidrokarbonaromatik polisiklik) telah menjadi komponen-komponen tak toksik dipetak-petak yang diinokulasi dengan miselium.
Komunitimikrob semula jadi kelihatan membantu kulat mengurai bahan kontaminasi supayaakhirnya dijadikan karbon dioksida dan air. Kulat yang mendegradasikan kayupaling berkesan mengurai bahan-bahan pencemar aromatik (komponen toksik petroleum),serta juga sebatian berklorin (sesetengah pestisidtertentu yang tidak hilang-hilang; Battelle, 2000). Mitopenurasan merupakan proses yang serupa atausama. Ia menggunakan miselium kulat untuk menuras sisa toksik dan mikroorganisma dari air di dalam tanah.
Kelebihan
Terdapatsebilangan kelebihan kos atau kecekapan terhadap biopemulihan yang bolehdigunakan di kawasan-kawasan yang tidak dapat didatangi tanpa penggalian.Misalnya, tumpahan hidrokarbon(khususnya, tumpahan petrol)atau sesetengah pelarut berklorin yang tertentu boleh mencemari air tanah.Pemasukan penerima elektron yang sesuai atau pinda penderma elektron(sebagaimana yang sesuai) boleh mengurangkan kepekatan bahan pencemar denganketara selepas berlangsungnya masa susul untuk membenarkan aklimasi.
Pendekatanini biasanya jauh lebih murah daripada penggalian diikuti oleh pelupusan ditempat yang lain, penunuan,atau strategi-strategi pengolahan exsitu yang lain. Ia jugamengurangkan atau menghapuskan keperluan untuk menggunakan teknik ‘pam danrawat’, suatu amalan yang umum digunakan di tapak-tapak yang hidrokarbon telahmencemari air tanah yang besar.
PengawasanBiopemulihan
Prosesbiopemulihan dapat diawasi secara tidak langsung dengan mengukur KeupayaanPenurunan Pengoksidian atau redoks didalam tanah dan air tanah, bersama-sama dengan pH,suhu, kandungan oksigen,kepekatan penerima atau penderma elektron, dan kepekatan produk-produkpenguraian (misalnya karbondioksida). Jadual yang berikut menunjukkan kadar penguraian biologi(secara berkurangan) sebagai fungsi keupayaan redoks:
Proses
Tindak balas
Keupayaan redoks
(Eh dalam mV)
O2 + 4e− + 4H+ → 2H2O
600 ~ 400
2NO3− + 10e− + 12H+ → N2 + 6H2O
500 ~ 200
Penurunan mangan IV
MnO2 + 2e− + 4H+ → Mn2+ + 2H2O
400 ~ 200
Penurunan besi III
Fe(OH)3 + e− + 3H+ → Fe2+ + 3H2O
300 ~ 100
Penurunan sulfat
SO42− + 8e− +10 H+ → H2S + 4H2O
0 ~ −150
2CH2O → CO2 + CH4
−150 ~ −220
Jadual diatas, pada dirinya dan di sebuah tapak tunggal, tidak memberikan banyakmaklumat tentang proses pemulihan:
Pensampelan titik pada jumlah yang cukup di tapak terkontaminasi dan kawasan persekitarannya diperlukan supaya dapat menentukan kontur keupayaan redoks yang sama. Pengkonturan biasanya dilakukan menerusi perisian khusus seperti penentudalaman Kriging. Jika semua ukuran keupayaan redoks menunjukkan bahawa penerima elektron telah habis digunakan, ia sebenarnya merupakan penunjuk kepada kegiatan mikrob menyeluruh. Analisis kimia juga diperlukan untuk menentukan bilakah aras bahan kontaminasi dan produk-produk penguraiannya telah dikurangkan ke bawah had kawal atur.
PENCEMARAN AIR
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
AIRmerupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumbersemulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadisebuah planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air danlebih 2/3 daripada berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusiamenggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman.
Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia dan mahluk hiduplainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung. Demikian juga dalamkehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai kegiatan didalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi.
Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah,pendingin dan janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selaludicemar dengan kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut sertamengandungi mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupunmikroorganisme yang terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan,maka kualiti air akan terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untukkegunaan pelbagai keperluan samada untuk air minum, mandi, mencuci ataukeperluan lainya. Air yang terganggu kualiti ini dikatakan sebagai air yangtercemar.
Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedangberlaku terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkanterdapatnya tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya.Manakala air berlumpur menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapanyang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisanberkilau pula memberi gambaran bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan airtersebut.
Selain itu, kita juga dapat melihat kadangkala air itu berbuih dan inimenunjukkan kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke dalamnya.Kita juga sering kali melihat air yang mengalir mempunyai lapisan kuning jinggaatau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan oleh pembuangan bahan pencemaroleh kilang ke dalam sungai.
Pencemaranair ialah pencemaran yang berlaku di sungai,tasik dan laut.Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutamadaripada aktiviti manusia.
Puncautama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahandi sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dannajis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalamsungai. Sungai Semenyih, sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladangbabi pada tahun 1980-an.
Kilangmemproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaranair di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalamlongkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udarake atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkanwarna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Petani diCameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskankualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidakmempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidakdirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan ditelevisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padanguntuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilangdari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam dikawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisaradioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelummembuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin.Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar lautterutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistempelupusan sampah. Oleh itu wujud ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidakdirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan memulihara aair kita.
Sungai
Sungai merupakan sejenis saluran air tabiiyang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik,mata air ataupun anak-anak sungai. Darisumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalirke laut atau takungan air yang besar sepertitasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanyadipanggil ulu.
Airsungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasarsungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahanhujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut.Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream)yang bergabung.
Antara sungai-sungai yang terkenal didunia ialah Sungai Nil (6,690 km), SungaiAmazon (6,452 km), SungaiYangtze (Chang Jiang)(6,380 km), Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km), SungaiYenisei-Angara (5,550 km), Sungai Ob-Irtysh (5,410 km), Sungai HuangHe (Kuning) (5,464 km), Sungai Amur (4,410 km), Sungai Congo (4,670 km), SungaiLena (4,260 km) dan lain-lain lagi. Manakala antarasungai-sungai yang terdapat diMalaysia ialah Sungai Kinabatangan, SungaiBatu Lima, Sungai Meliau, SungaiMusi, Sungai Kebun Cina, SungaiSibuga, Sungai Tahan, SungaiMelantai, Sungai Puteh,Sungai Pelenting, Sungai Teku,SungaiBaram, Sungai Rajang, SungaiMuar, Sungai Pahang, SungaiMelaka, Sungai Linggi, SungaiLangat, Sungai Kelang, SungaiSelangor, Sungai Perak, SungaiPahang dan lain-lain lagi.Tasik
Tasik ialah sejenis sifat rupabumi (atau sifatfizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan sebahagian lautan,yang lebih besar dan dalam berbanding kolam,airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dandisalurkan oleh sungai.
Tasik-tasiksemula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zonrengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain puladijumpai di lembanganendoreik atausepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyaksekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman Ais yanglalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, keranalambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yangmenakungnya.
TaburanTasik
Kebanyakantasik di Bumi berisi airtawar, dan terletak di kawasan latitud tinggi di HemisferaUtara. Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada kerana sistemsaliran berserabutyang mendominasi kawasan negara ini. Finland dikenali sebagai Tanah Seribu Tasik, (sebenarnyaterdapat 187,888 buah tasik Finland, 60,000 daripadanya adalah besar),sementara negeri Minnesota di AmerikaSyarikat pula bergelar Tanah Sepuluh Ribu Tasik.
Kebanyakantasik ini ada saliran keluar semula jadi yang berbentuk sungai atau anak sungai, tetapi ada jugatasik tanpa saliran keluar, sebaliknya hanya kehilangan air melalui penyejatanatau tirisan bawah tanah atau kedua-duanya sekali. Tasik-tasik sebeginimerupakan tasik endoreik.Banyak juga tasik buatan manusia yang dibina untuk tujuan janaan kuasa hidroelektrik,tujuan rekreasi,kegunaan industri atau pertanian, ataupun bekalan air setempat.
Di luarbumi juga terbukti wujudnya tasik; bukti definitif wujudnya tasik-tasik berisi metanadiumumkan oleh NASA menurut pantauan Prob Cassini di bulan Titan yang mengorbit planet Zuhal.Di seluruh dunia, bilangan tasik jauh diatasi bilangan kolam: dari kira-kira304 juta kumpulan air pegun di seluruh dunia, 91% darinya berkeluasan1 hektar (2.5 ekar) ke bawah. Tasik kecil juga melebihi tasik besar darisegi jumlah: dari segi keluasan, satu pertiga kumpulan air pegun di duniamerupakan tasik dan kolam bersaiz 10 hektars (25 ekar) ke bawah.
Namunbegitu, tasik besar banyak sangat sumbangannya kepada keluasan air pegun, iaitu122 buah tasik besar seluas 1,000 kilometer persegi (390 batu persegi, 100,000 ha, 247,000 ekar)atau lebih yang menjadi 29% daripada jumlah air pegun daratan di Bumi.
KejadianTasik Semulajadi
Terdapatsebilangan proses semula jadi yang boleh membentuk tasik. Julangan tektonik terbaru di banjaran gunung bolehmenghasilkan lembangan yang boleh menngumpul air lalu membentuk tasik. Fenomenakemaraan dan pengunduran glasier boleh mengikis lekukan di permukaan di manaberkumpulnya air; tasik-tasik sedemikian sering didapati di Scandinavia, Patagonia,Siberia,dan Kanada.Contoh-contoh terbaik tasik sebegini adalah Tasik-tasik Besar di AmerikaUtara.
Tasikjuga boleh terbentuk akibat tanah runtuh atau sumbatan glasier. Satu contohtasik yang terbentuk akibat sumbatan glasier terjadi ketika Zaman Ais laludi kawasan yang kini ditakluki negeri Washington,Amerika Syarikat, di mana sebuah tasik gergasi terbentukdi sebalik aliran glasier; apabila ais berundur, hasilnya banjir besar yangmembentuk Air TerjunDry di SunLakes, Washington.
Tasik garam (atau tasik masin) boleh terjadiapabila tiadanya alur keluar semula jadi atau di mana air cepat menyejat danpermukaan saliran muka airtanah mengandungi lebih garam dari biasa. Contoh tasik garamtermasuk TasikGaram Besar, Laut Kaspia, Laut Aral,dan LautMati (tasik-tasiksebegini bergelar laut bersempena air masin di laut).
Jenis
1. Tasikperiglasier: Sebahagian pinggir tasik terbentuk dari lembar ais,litupan ais,atau glasier,dan ais itu menghalang saliran tanah semula jadi.
2. Tasiksubglasier: Tasik yang dilitupi ais secara berkekalan. Tasik-tasik initerjadi di bawah glasier, litupan ais, atau lembar ais. Tidak kurang tasiksebegini di dunia, dan yang terbesar adalah Tasik Vostok di Antartika.Tasik-tasik ini kekal cecair kerana litupan ais bertindak sebagai penebat haba yang menyimpan tenaga yang dimasukkandi sebelah bawah melalui geseran,oleh serapan air melalui kervas, oleh tekanan dari jisim lembar ais di atas, atau oleh pemanasangeoterma di bawah.
3. Tasikglasier: Tasik yang berasal dari glasier yang cair.
4. Tasik buatan: Tasik yang terhasildaripada proses pembanjiran tanahdi sebalik empangan yang dipanggil pembendungan atau takungan;melalui kerja penggalian oleh manusia; atau pembanjiran kejadian penggalian keoperasi mengekstrak bahan galian seperti lombongterbuka atau kuari.Sesetengah tasik terbesar di dunia merupakan takungan.
5. Tasik endoreik:Tasik tanpa aliran keluar yang besar, baik melalui sungai mahupun pembauranbawah tanah. Mana-mana air dalam lembangan endoreik hanya dapat keluar daritasik sebegini melalui penyejatan atau peresapan.Tasik-tasik sebegini, misalnya Tasik Eyre di tengah Australia atau Laut Aral di Asia Tengah, paling kerap dijumpaidi kawasan gurun.
6. Tasikmeromiktik: Tasik yang terdiri daripada lapisan-lapisan air yangtidak saling bercampur. Lapisan air terdalam dalam tasik sebegini tidakmengandungi apa-apa oksigen yang terlarut. Lapisan endapan didasar tasik meromiktik tenang airnya kerana tiadanya hidupan dalamnya yangboleh mengacaunya.
7. Tasik fjord:Tasik di lembah yang dihakis glasier yang sudah terhakis ke bawah aras laut.
8. Tasik ladam:Tasik yang terbentuk apabila liku sungai yang luas terpisah dari sungai. Nama‘tasik ladam’ bersempena bentuk lengkung unik yang terhasil dari proses ini.
9. Tasikrengkahan: Tasik yang terbentuk kesan penenggelaman bumi sepanjangsesar geologi dalam plattektonik Bumi. Contoh: Tasik-tasikRift Valley di Afrika Timur dan Tasik Baikal di Siberia.
10. Tasikbawah tanah: Tasik yang terbentuk di bawah permukaan kerak Bumi.Tasik sebegini boleh dikaitkan dengan gua,akuifer,atau mata air.
11. Tasikkawah: Tasik yang terbentuk dalam kaldera atau kawah gunungberapi yang lamapendam. Air dalam tasik sebegini mungkin tawar ataukuat berasid dan mungkin mengandungi pelbagailarutan mineral. Ada tasik kawah yang mengalamiaktiviti geoterma,khususnya jika gunung berapi itu cuma pendam dan bukannya mati.
12. Tasik lahar:Lubuk lahar lebur yang ditakung dalam kawah gunungberapi atau mana-mana kejadian lekukan yang lain. Tasik lahar yang sudah pejaljuga dipanggil tasik lahar.
13. Bekastasik: Tasik yang sudah tidak wujud lagi. Jenis tasik ini termasuktasik prasejarah dan tasik yang kering sepenuhnyaakibat penyejatan atau campur tangan manusia. Tasik Owens di California,Amerika Syarikat, ialah satu contoh bekas tasik.
14. Tasik bermusim: Tasik yang hanya wujudsebagai takungan air pada satu jangka masa dalam setahun.
15. Tasiksusut: Berhubung rapat dengan bekas tasik, tasik jenis ini adalahtasik yang airnya berkurangan secara mendadak sepanjang masa geologi. TasikAgassiz yang pernahmeliputi banyak kawasan tengah Amerika Utara, merupakan contoh tasik susut.
16. Tasik eolik:Tasik yang terbentuk dalam lekukan yang terhasil daripada kegiatan angin.
Laut
Laut merupakan satu kawasan takungan besar air masin. Laut dan lautanmenutup hampir 70% permukaan bumi. Kadang-kadang, orang mencampur adukkan lautdengan lautan. Kebanyakan laut adalah bersambung dengan lautan, kecualibeberapa laut seperti LautMati yang dikelilingi daratan.Air di laut merupakan campuran 96.5% air suling dan 3.5% bahan lain seperti garam,gas dan bahan-bahan terlarut lain.
KedalamanLaut
Kedalamansesebuah laut dapat diukur dengan menggunakan ‘bunyi‘(sonar). Pemancar sonar di dalam kapal akan memancarkan gelombang bunyiberfrekuensi tinggi yang akan bergerak ke dasar laut dengan kelajuan 1.5 kmsesaat. Gema yang terpantul daripada dasar lautkemudiaannya ditangkap dengan sebuah alat khas. Jadi, kedalaman laut itu dapatditentukan dengan mengira selang masa antara pancaran bunyi dan gema diterima.
Sebelumpenciptaan alat sonar, kedalaman air dikira dengan mengikat pemberat padahujung suatu tali. Kemudian pada setiap depa di tali itu dibuat satu simpulatau tanda. Dengan cara mengira berapa simpul yang tenggelam apabila pemberattersebut menyentuh dasar, kedalaman air itu dapat diketahui. Namun, cara iniagak terhad dan tidak dapat mengukur laut yang dalam.
Definisi Pencemaran Air
Pencemaranair berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warnasehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlakusama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannyaberlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengajaatau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Menurut kajian, pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahankimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi. Pencemaran air menurutAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-apa perubahanlangsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atauradioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya danmenyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatandan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain sepertiburung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telahmembutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktoratau punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusahamenjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalamsungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu, kekurangan pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidakmengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkansama ada berhubung dengan keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yangpaling utama.
Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah barumenyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semulajadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai diseluruh negara turut tercemar.
Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungaioleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah keranatidak memerlukan kos pelupusan. Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilangseperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampungmengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang jugamembuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yangdigunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anaksungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaranair di negara kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dannajis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupatanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisantanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakanini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan jugamembantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yangdijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanahruntuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku.
Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapiakan mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunyapencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun daripihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanyamementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akanberlaku akibat tindakan mereka itu.
PENCEMARAN BUNYI
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
Pencemaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang bolehmemekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanyamelebihi 80 desibel (dB). Pencemaran berlaku daripada perbuatan manusia dariasalnya seperti menjerit, dan bunyi kenderaan. Tetapi ada juga pencemaran bunyisemulajadi seperti bunyi guruh.
Bunyi ialah tenagamekanik yang merambatmelalui jirim dalam bentuk gelombang (melalui cecair dalam bentuk gelombangmampatan, dan melalui pepejal dalam bentuk gelombang mampatan dan ricih).Bunyi disifatkan secara lebih terperinci melalui ciri-ciri gelombang yanggenerik, iaitu frekuensi, jarakgelombang, tempoh, amplitud, kelajuan, dan arah (kelajuan dan arah juga digabungkanmenjadi vektor halaju,atau jarak gelombang dan arah digabungkan menjadi vektorgelombang).
Manusiamerasai bunyi melalui deria pendengaran.Kita mengenali bunyi sebagai getaran yang melalui udara dan boleh didengarimanusia. Namun begitu, saintis dan jurutera mengamalkan definasi yang lebihluas bagi bunyi yang merangkumi getaran ferkuensi rendah dan tinggi di udara yang tidakboleh didengari manusia, dan getaran yang melalui semua bentuk jirim, iaitu gas,cecair, pepejal,dan plasma. Jirim yang menampung bunyidipanggil medium.Bunyi merambat sebagai gelombang tekanan ulang-alik lalu menghasilkanpemampatan dan rarefaksi. Zarah-zarah dalam medium dialihkan oleh gelombanglalu berayun. Kajian saintifik mengenai penyerapan dan pemantulan gelombangbunyi dipanggil akustik.
Hingar (bunyi bising) sering didefinisisebagai bunyi yang tidak diingini. Dalam bidang sains dan kejuruteraan, hingarini merupakan komponen tidak diingini yang mengaburkan isyarat yang diingini.Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusiayang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasukbunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang lemahmenimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediamanbersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.
Sumberlain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta,siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerjapembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasanbermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orangbising. Bunyibising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagipencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat ataukawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkangangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanyamelebihi 80 desibel (dB).
Pencemaran bunyi merupakan pencemarankita tidak nampak dengan mata kasar. Apabila kita mendengar bunyi yang bising,kita akan merasa tidak tenang dan merasakan tekanan perasaan hingga tidak dapatberfikir dengan waras lagi. Telinga adalah organ yang terlibat dalam pencemaranbunyi ini. Telinga merupakan salah satu organ yang terpenting yang dikurniakantuhan kepada kita, sekiranya kita tidak menjaga organ ini dengan baik danterdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat, kita akan mengalami pekak atau kerosakanpada telinga dalam masa yang singkat. Masalah pendengaran dan pekak selalunyaberlaku kepada orang yang berumur 50 an ke atas kerana saraf dari telinga sudahlemah untuk menghantar maklumat yang didengar ke otak untuk ditafsirkan.
Tetapi, sekiranya seseorang individuterdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat pada usia muda lagi, risiko untuknyamenghidapi pekak pada usia muda sangat tinggi. Ini terbukti apabila kajianmenunjukkan bahawa 76 peratus tentera Melayu yang berkhidmat pada zamankomunis, mengalami masalah pendengaran yang teruk pada usia tua akibat daripadakesan bunyi tembakan, bom, meriam dan pesawat semasa berada di medan perang.Bukti ini cukup untuk kita yakin bahawa pencemaran bunyi adalah bahaya kepadadiri kita smua dan kita perlulah sedikit sebanyak bekerjasama untukmengurangkan pencemaran bunyi ini.
Pencemaran bunyi berlaku apabila bunyipersekitaran yang berlebihan mengganggu keselesaan hidup. Punca-puncapencemaran bunyi adalah daripada kapal terbang, kereta api, kerja pembinaan,mesin dan jentera dalam kilang, kenderaan di jalan raya dan lain-lain lagi.Keamatan bunyi disukat dalam unit desibel (dB) yang mewakili kadar tenaga bunyiyang menembusi satu unit luas. Dalam sebutan bunyi, satu desibel adalah 10 kalilogaritma bagi nisbah intensiti dua punca bunyi yang berlainan. Satu intensitimerupakan rujukan manakala intensiti yang kedua adalah bunyi yang hendakdibandingkan. Contohnya, satu bunyi yang merupakan 100,000 kali lebih kuatdaripada satu bunyi bandingan lain disebut bunyi 50 desibel.
Skala ini bersesuaian dengan daya pendengaranmanusia kerana deria pendengaran kita mentafsirkan peningkatan 10 dB kepada 20dB sebagai peningkatan kira-kira dua kali ganda intensiti bunyi. Kesan-kesanfisiologi akibat pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat adalah kehilanganpendengaran yang berlaku apabila seseorang terdedah kepada bunyi melebihi 80dB, atau terdedah kepada bunyi impuls yang melampau, contohnya letupan.Pencemaran bunyi boleh menyebabkan gegendang telinga dan koklea rosak.Kehilangan pendengaran mempunyai dua ciri yang utama, iaitu:
pengurangan julat pendengaran. Katalah jika seorang normal dapat mendengar bunyi pada 5 dB, seorang yang mengalami pengurangan julat pendengaran hanya dapat mengesan bunyi pada 10 dB, 20 dB, 25 dB, atau lebih. tidak dapat membezakan bunyi konsonan seperti f, u, s, z, th, ch, dan sh. Ini boleh mengakibatkan salah faham.Respons keadaan cemas, yang melibatkanvasokonstriksi kapilari darah periferi dan menyebabkan pengurangan pengalirandarah. Keadaan ini akan menyebabkan anak mata membesar, kulit menjadi pucat,pengurangan rembesan gastrik, peningkatan tekanan darah diastol dan rembesanadrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah yang akan meningkatkanketegangan saraf dan otot, kegelisahan, mudah tersinggung, dan kebimbangan
Deria pendengaran manusia sebenarya bertindaksebagai suatu mekanisme pertahanan diri. Apabila manusia mendengar bunyi yangnegatif seperti daripada harimau atau tanah runtuh, badannya akan bertindaksecara fisiologi dengan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredarandarah untuk menghadapi kecemasan ini, iaitu sama ada untuk melarikan diri atauberlawan dengan musuh. Bukan semua bunyi bersifat negatif. Bunyi seperti aliranair, desiran angin, nyanyian burung adalah bersifat positif dan membawa kesanmanfaat kepada manusia.
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden inimempunyai kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yangnegatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yangmengakibatkan rembesan adrenalina dan respons-respons fisiologi lain walhalketiadaan keadaan yang membahayakan. Kesan pencemaran bunyi ke atas manusiaboleh dibahagikan kepada:
Kesan fisiologi yang melibatkan kehilangan pendengaran dan respons keadaan cemas. Kesan psikologi. Kesan ini berlaku akibat pencemaran bunyi yang: mengganggu komunikasi antara manusia. mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental. mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.Orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyibising yang kuat di tempat kerja mereka, contohnya pekerja-pekerja kilang,menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka. Kehilangan pendengaranbiasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari.
Klasifikasi Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepadabeberapa jenis iaitu:
Kebisingan Selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurangdaripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik keranagelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
Kebisingan Fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yangterlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getarangelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar.Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh: bunyi enjin kenderaan,orang sedang bercakap.
Hentakan Impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalamtempoh yang lebih singkat. Contoh: tembakan, ketukan atau lagaan daripadabenda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncakdan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dBkemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkantahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadapgetaran.
Kebisingan Selang-seli
Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianyadihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masayang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akanberlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabilagergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akanmeninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
Cara Mengawal Pencemaran Bunyi
Pencemaranbunyi yang dihasilkan oleh alam semulajadi sukar untuk dikawal, tetapi terdapatcara untuk mengawal pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Terdapat duacara pada ketika ini digunakan untuk mengawal pencemaran bunyi iaitupenguatkuasaan undang-undang dan kawalan secara teknikal.
a) PenguatkuasaanUndang-undang.
Melaluipenguatkuasaan undang-undang, banyak sumber-sumber pencemaran bunyi dapatdikurangkan. kebanyakan negara menggunakan undang-undang tersebut untukmengurangkan pencemaran bunyi yang semakin berleluasa terutamanya pencemaranbunyi dari kenderaan bermotor. Undang-undang tersebut juga ada digunakandi Malaysia. Ia meliputi kenderaan bermotor, penerbangan tempatan, kualitialam sekeliling, kilang dan jentera dan lain-lain. Melalui undang-undangtersebut, sesebuah negara dapat mengurangkan secara tidak langsung kuantitipencemaran bunyi kepada kadar yang lebih minimum sekali gus dapat mengurangkanrisiko kesan pencemaran tersebut kepada manusia.
b) KawalanSecara Teknikal
Terdapatpelbagai cara yang boleh digunakan dalam kawalan secara teknikal. Teknologiyang semakin membangun pada masa kini dapat mengurangkan atau menyingkirkanbunyi. Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di jalan raya, penggunaanhalangan bunyi, mengehadkan kelajuan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramaipenduduk, menukar tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar dan lain-lain.
Dengan kemajuan teknologi yangsemakin maju, bunyi bising dari kapal terbang juga dapat dikurangkan denganmereka bentuk enjin jet yang lebih senyap. Ini dapat mengurangkan tahap bisinguntuk penduduk yang menetap berhampiran di kawasan lapangan terbang. Kebisinganhasil dari kawasan perindustrian juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuksemula peralatan perkilangan, memasang sistem penggantungan dan halanganfizikal di tempat kerja.
Bunyi Bising
Bunyibising boleh menjadikan masalah dalam banyak jenis pekerjaan. Tahap bahayabergantung kepada kekuatan bunyi tersebut dan berapa lama kita terdedahkepadanya. Antara petanda untuk menentukan sama ada kita mempunyai masalah atautidak:
1. Kita terpaksa menjerit untukmemastikan percakapan kita didengari oleh seseorang dalam jarak dua meter.
2. Telinga kita masih lagiberdengung walaupun selepas meninggalkan kawasan kerja.
Merekayang bekerja di kawasan bengkel kejuruteraan, kilang kayu, disko ataupun dewankonsert, kilang pembotolan ataupun sesiapa sahaja yang menggunakan mesin yangmengeluarkan bunyi bising di kawasan ladang atau hutan, merupakan mereka yangmungkin terdedah kepada bunyi bising yang berbahaya. Mereka yang terlibat dalamlawatan ke tempat-tempat tersebut juga, boleh terdedah kepada risiko ini.
Apa Yang Perlu Kita Lakukan?
Usahayang berterusan haruslah dilakukan untuk mencari bunyi bising yang menyebabkanbahaya, mengurangkan atau melindungi orang yang terlibat dapat mengelakkankerosakan. Bunyi bising yang membahayakan ini boleh dikawal sekiranya merekayang terlibat-majikan, pekerja ataupun pembekal mesin bekerjasama untukmemastikan cara pengawalan yang bersesuaian digunapakai dan berfungsi denganefektif.
Mengukur Bunyi Bising
Kaedahteknikal untuk mengukur bunyi bising di tempat kerja dalam unit ‘desibel’ dB(A) mungkin nampak merumitkan namun, asasnya mudah sahaja. Had bunyi bisingiaitu kenyaringan bunyi diukur dengan menggunakan skala yang bermula dari bunyisenyap yang virtual 0 dB (A) hingga 140 dB (A) ataupun yang lebih kuat sepertiyang terhasil dari bengkel yang paling bising. Untuk bunyi letupan yang kuat(contohnya: daripada pistol) satu (1) skala khas digunakan untuk mengukur hadmaksimum yang mampu dicapai oleh gelombang bunyi.
Dalam kebanyakkan pekerjaan,risiko yang dialami bukan hanya bergantung kepada tahap bunyi bising tetapijuga kepada jangkamasa individu tersebut terdedah kepadanya; semakin tinggitahap bunyi bising, semakin singkat masa yang diperlukan untuk menyebabkankerosakan kepada telinga. Jumlah keseluruhan pendedahan bunyi bising kepadakepada keseluruhan hari bekerja dipanggil ‘dos pendedahan bunyi bising harianindividu’.
Dalam sesetengah pekerjaan,tekanan mungkin terlalu tinggi dan tindakan segera perlu diambil walaupun bunyibising tersebut hanya berlaku kadang-kadang sahaja. Sekiranya kita bekerja ditempat yang bising:
1. Jika kita bekerja di tempat yangbising, majikan harus memberitahu kita sekiranya kajian (penilaian) menunjukkanpendedahan kepada bunyi bising mencapai tahap yang boleh menjelaskan apa kitapatut buat untuk mengelak risiko itu.
2. Majikan kita mempunyai beberapaperkara untuk dibuat termasuk mengurangkan kadar bising sebagaimana mungkin.Cara-caranya akan dijelaskan dalam carta. Kita seharusnya bertindak untukmelindungi diri kita.
3. Sekiranyanya kita mempunyaisebarang kemusykilan sama ada bunyi bising boleh menjadi sesuatu yang berbahayaatau tidak, kita harus bertanya kepada penyelia ataupun wakil pegawaikeselamatan sama ada mereka telah membuat penilaian bunyi (noise assessment).
Pelindung Telinga
Gunakanlahpelindung telinga ataupun penyumbat telinga untuk melindungi telinga kitasekiranya majikan kita memberitahu bahawa kita mempunyai risiko pendengaran dikawasan tempat kerja kita. Majikan kita seharusnya membekalkan pelindungtelinga yang sesuai dan meletakkan tanda ‘Zon Pelindungan Telinga’ di kawasantahap kebisingan yang tinggi.
Manakala di tempat yang kadarkebisingan yang rendah, kita juga dinasihatkan supaya kadar kebisingan yangrendah, kita juga dinasihatkan supaya menggunakan pelindung telinga. Demikebaikan kita, ambilah tindakan sewajarnya untuk melindungi pendengaran kitasendiri. Jagalah alat pelindung diri kita dan jaga kebersihannya juga. Alatpelindung yang rosak dan kotor tidak dapat melindungi kita dengan berkesanmalah akan menyebabkan jangkitan.
Alat Yang Rosak
Janganabaikan peralatan yang rosak. Jika kita mengetahui bahawa pelindung ataupunperalatan untuk mengawal kebisingan kita masalah, kita harus memberitahumajikan, penyelia ataupun wakil keselamatan.
Jauh Dari Tempat Kerja
Kitaharuslah tahu bahawa bunyi yang terlampau bising menyebabkan risiko. Beberapaaktiviti hiburan seperti konsert ataupun menembak boleh menimbulkan risikotersebut. Ini akan menambahkan lagi masalah pendengaran yang sedia ada.
Nasihat Pakar Perubatan
Jangansesekali mengabaikan kesihatan telinga kita. Jika kita rasa bahawa kitamempunyai masalah pendengaran, adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengandoktor atau pakar perubatan. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu. Kitaharuslah ingat untuk memberitahu doktor bahawa kita bekerja di tempat yangbising.
Kesan Kemudaratan Kebisingan
Kurang Pendengaran
Kurangpendengaran boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Secara amnya iadibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu kurang pendengaran konduktif dankurang pendengaran sensorineural.
Adalah menjadi tanggungjawabdoktor untuk menyiasat dan menentukan penyebab penyakit kurang pendengaran. Adadi antara penyakit kurang pendengaran itu boleh diubati dan pendengaran akanpulih seperti sediakala seperti penyakit disebabkan oleh infeksi, tahi telingaatau bendasing menutupi telinga. Ada juga penyakit telinga yang boleh dicegahdari menjadi lebih teruk seperti penyakit yang disebabkan oleh bunyi bisingatau infeksi telinga dan ada penyakit yang boleh dicegah daripada terjadikepada orang lain atau kawan sekerja seperti penyakit yang disebabkan olehkebisingan.
Kurang Pendengaran Konduktif
KurangPendengaran Konduktif disebabkan oleh berbagai ketidaknormalan yang melibatkantelinga luar atau telinga tengah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sekatanpada lubang telinga (tahi telinga, edema, dan bendasing), perubahan padagegendang telinga (kebocoran) ataupun pada osikel (tercabut, otosklerosisstapes) dan ketidaknormalan pada ruang telinga tengah (dipenuhi oleh cecair,kelainan tekanan).
Kurang Pendengaran Sensorineural
KurangPendengaran Sensorineural adalah disebabkan oleh perubahan-perubahan padasel-sel rerambut sensori organ korti di koklea ataupun berlaku perubahan padasafar kranial ke lapan. Ini disebabkan oleh kerosakan pada rerambut sensori(kebisingan, dadah otoksik seperti quinin, streptomycin, aspirin, bahan kimiaindustri seperti benzen, karbon disulfida, karbon monoksida, pewarna analin),kemerosotan elemen neural (presbycusis) atau pada dinamik cecair normal(hidrop koklea, penyakit Meniere’s).
Kesan Kebisingan
Kebisinganditakrifkan sebagai bunyi yang tidak diingini. Pengkelasan yang mudah adalahberdasarkan pada frekuensi bunyi iaitu:
1. Infrasonik - mempunyai frekuensikurang dari 20 Hz.
2. Bunyi yang boleh didengar -mempunyi frekuensi di antara 20 Hz hingga 2000 Hz.
3. Ultrasonik - mempunyai frekuensimelebihi 2000 Hz.
Percakapan menggunakan frekuensidi antara 300 Hz - 3000 Hz. Oleh itu sebarang kebisingan di dalam frekuensiyang sama akan mengganggu percakapan dan juga mengganggu persekitaran tempatkerja. Empat faktor utama yang mempengaruhi kemudaratan kebisingan:
1. Spektrum kebisingan iaitu bunyiberfrekuensi tinggi lebih mendatangkan keburukan daripada bunyi berfrekuensirendah.
2. Paras kebisingan iaitu intensitibunyi yang melebihi 80 dB(A) akan merosakkan pendengaran berbanding denganbunyi yang berintensiti rendah.
3. Jangkamasa pendedahan kepadakebisingan - seseorang yang terdedah kepada kebisingan dalam jangkamasa yangpanjang akan menyebabkan dos pendedahannya bertambah dalam sehari, maka ialebih berisiko mendapat kesan buruk dari kebisingan.
4. Kerentanan individu – setiapindividu mempunyai kerentanan yang berbeza-beza kesan kebisingan kepada sistempendengaran mereka. Walaupun sekumpulan pekerja terdedah kepada dos yang samatetapi ada di antara pekerja ini yang mendapat kesannya lebih awal dibandingkandengan pekerja lain.
Kesan Pendedahan Kebisingan Berterusan
Kesanburuk daripada kebisingan ialah:
1. Menyebabkan kurang pendengaran
2. Memecahkan gegendang telinga atauberlaku perubahan kedudukan osikel yang disebabkan oleh kebisingan yang sangatkuat.
3. Mengganggu percakapan ataupunberkomunikasi.
4. Gangguan emosi
Lain-lainkesan buruknya ialah:
1. Meningkatkan pergerakan usus,meningkatkan tekanan darah, meningkatkan paras glukos darah dan meningkatkanparas lipid darah
2. Menyebabkan ulser peptid
3. Menurunkan keupayaan melakukansesuatu pekerjaan
4. Menyebabkan dengung pada telinga
5. Menyebabkan keletihan
6. Meningkatkan stress (tegasan)
Kurang Pendengaran Sementara
Kurangpendengaran ini berlaku selepas pendedahan kepada bunyi bising yang kuat.Pendengaran akan kembali normal selepas bebas 14-16 jam daripada kebisingan ituataupun pada hari cuti. Oleh itu pastikan kita bebas dari kebisingansekurang-kurangnya 14 jam sebelum membuat ujian audiometri untuk mengelakkanaudiogram yang abnormal disebabkan oleh kurang pendengaran sementara itu.
Kesimpulan
Pencemaranbunyi banyak mengganggu persekitaran hidup manusia seharian. Dalam era yangserba maju ini, terdapat pelbagai cara untuk seseorang individu tersebutmendapat kesan hasil dari pencemaran bunyi tersebut. Walaupun terdapatcara-cara untuk mengatasinya, manusia sendiri perlu sedar tentang kepentinganbunyi kepada kehidupan manusia dan kita perlu bersama-sama berusaha untukmembendungnya.
BEKAM
SYED MAHADZIR SYEDIBRAHIM
Berbekam atau menghisap darah merupakan satu aktivitiyang biasanya dibuat setiap tahun sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Bekamadalah persediaan bagi orang-orang yang akan menjalani ibadah puasa. Dipercayaibahawa sesuatu penyakit itu dapat dihilangkan dengan cara berbekam ataumengeluarkan darah-darah dari kepala atau dari mana-mana bahagian tubuhseseorang.
Selain daripada bahagian belakangkepala, bahagian-bahagian yang biasanya dituris untuk tujuan bekam ialah, bahu,lutut, pinggang dan di perut betis atau ‘anak anjing’. Tempat-tempat inidipercayai sebagai tempat terkumpulnya darah penyakit atau darah kotor.Berbekam biasanya dibuat pada awal pagi iaitu sebelum orang yang akan dibekamitu mandi dan bersarapan. Ini adalah bagi menjamin pengaliran darah penyakitkeluar lebih banyak dari masa-masa lain.
Sebelum berbekam, sebaiknya senamandilakukan agar perjalanan darah di dalam badan menjadi licin dan mengalirkeluar dengan mudah apabila dihisap oleh tukang bekam. Tukang bekam akanmembawa bersamanya alat-alat yang akan digunakan dalam kerja-kerja membekamseperti pisau cukur, tanduk lembu, lilin, besi pencucuk lilin, sabut kelapaatau kain buruk dan beberapa biji tempurung.
Kebiasaannya setiap orang akanberbekam akan membawa sebutir tempurung jantan yang tidak berlubang. Darah yangakan keluar apabila dibekam akan dimasukkan ke dalam tempurung tersebut danditanam ke dalam tanah. Darah dari proses bekam itu akan ditanam ditempat-tempat sejuk di bawah pokok nipah atau pokok pisang. Adalah dipercayaibahawa orang yang berbekam itu akan berasa sejuk sepanjang hari.
Sebelum berbekam, seseorang itu perluberada pada keadaan tenang dan berniat bahawa berbekam itu adalah satu ibadatsunat. Adalah difahamkan bahawa amalan berbekam ini pernah menjadi amalanRasulullah s.a.w dan dilakukan oleh orang-orang Islam sebagai cara untukmengeluarkan penyakit. Hampir lapan ratus tahun dahulu apabila orang-orangMelayu menerima ajaran Islam, mereka juga turut menerima amalan berbekamdaripada orang-orang Arab tetapi menggunakan cara atau kaedah orang Melayusendiri.
Kebiasaannya rambut di bahagianbelakang kepala akan dibekam di cukur seulas mulut tanduk iaitu lebih kurangdua inci persegi. Mulut atau pangkal tanduk lembu akan diletakkan di tempatyang akan dibekam. Tukang bekam akan menghisap darah dari lubang kecil dihujung tanduk hingga wujud hampagas di dalam tanduk dan tanduk itu akan melekatdi kepala. Lubang kecil di hujung tanduk itu akan ditutup dengan lilin.
Selepas beberapa minit, tanduk ituakan ditanggalkan dengan mencucukkan lilin yang melitupi lubang di hujungtanduk itu dengan sebatang besi sebesar paku kecil. Bahagian kepala yang sudahdibekam akan membengkak dan meninggalkan kesan sebesar keluasan mulut tanduktersebut. Kulit kepala akan dituris dengan pisau penyukur sekurang-kurangnyasebelas turisan. Setiap turisan itu sepanjang satu milimeter dan hanyamelukakan kulit sahaja. Kulit kepala yang ditoreh itu tidak akan berasa sakitkerana kulit kepala menjadi tegang akibat daripada hisapan tukang bekam.
Tanduk akan dilekapkan semula di atasturisan. Hisapan akan dibuat sekali lagi oleh tukang bekam untuk mewujudkanhampagas di dalam tanduk. Hampagas atau vakum yang tercipta di dalam ruangtanduk akan menyebabkan darah mengalir keluar dan terkumpul di dalam tanduk.Orang yang berbekam perlu berada dalam keadaan menunduk kepalanya ke bawahsupaya tanduk yang kian dipenuhi oleh darah dapat diimbangi dengan sempurna.
Setelah tanduk dipenuhi dengan darahberhenti mengalir, tukang bekam akan menanggalkan tanduk dan membuangkan darahitu ke dalam tempurung. Bahagian yang berdarah akan dibersihkan dengan sabutkelapa dan tanduk yang telah dibersihkan dilekapkan semula di kepala orang yangberbekam. Proses menciptakan hampagas atau vakum itu dilakukan sebanyak tigakali dengan menghasilkan tiga tanduk darah. Kerja berbekam dikira selesai untuktahun itu bagi orang yang berbekam walaupun masih terdapat lagi darah yang dianggapberpenyakit boleh disedut keluar.
Darah di dalam tempurung itu akandikaji oleh golongan tua. Darah yang berbuih menunjukkan terdapat angin dalamsaluran darah seseorang. Keadaan ini akan menyekat pengaliran darah di dalambadan dan menyebabkan sakit kepala serta lenguh. Darah yang beku dan hitamserta badan yang panas menunjukkan pesakit memerlukan ketenangan dan tidakperlu memakan ubat-ubatan yang panas lagi. Darah yang mengandungi air pulaselalunya akan menyebabkan sakit di sendi dan tulang-tulang. Apabila darah inidikeluarkan, seseorang itu berada dalam keadaan yang agak baik dan dapatberpuasa dengan selesa.
Setelah selesai berbekam, tukang bekamakan memicit tengkok dan bahu orang yang berbekam agar kembali segar dan pulihsemangatnya. Beliau seterusnya boleh bersarapan dan mandi. Orang yang berbekamjuga dinasihatkan agar tidak tidur pada sebelah siangnya kerana ditakutibahagian yang dituris tadi akan tertekap pada bantai dan ini akan menyebabkanpengaliran darah tadi dimasuki angin kotor dan perlu dibekam semula.
Orang yang telah berbekam bolehmenjalani ibadah puasa dengan lebih yakin kerana dipercayai tidak menghadapimasalah pening kepala apabila dikejutkan untuk bersahur. Kesihatan juga tidakterganggu walaupun dalam keadaan tidak cukup tidur setiap malam di sepanjangbulan puasa. Masyarakat di Timur Tengah mencipta hampagas dengan membakarsecebis kertas di dalam gelas kecil yang dilekapkan di kelapa atau ditempatyang hendak di bekam. Gelas ini menggantikan tanduk. Masyarakat di pendalamanPulau Jawa menggunakan lintah untuk menyedut darah berpenyakit keluar.
Biasanya tiga ekor lintah digunakanuntuk menyedut darah keluar dari kepala seseorang. Adakalanya sebanyak tujuhekor lintah diperlukan untuk seseorang yang sering menghadapi masalah sakitkepala yang keterlaluan.
Cara-cara Berbekam
Mencukur rambut yang hendak dituris untuk dibekam. Di bahagian belakang kepala pesakit selepas dicukur rambut seluas 6cm ataupun seluas mulut tanduk. Tempat yang telah dicukur ditanda dengan tanduk sebelum ditores. Kulit kepala dituris dengan pisau cukur sekurang-kurangnya 11 turisan. Setiap turisan itu sepanjang 1mm dan hanya untuk melukakan kulit kepala sahaja. Kesan kulit kepala yang telah dituris. Bomoh bekam sedang menghisap darah dari lubang kecil tanduk. Lubang kecil di hujung tanduk itu di tutup dengan menggunakan tanah liat. Bomoh bekam mengurut badan dan kepala pesakit supaya perjalanan darah berjalan dengan lancar. Tanduk dibiarkan di kepala selama 15 minit. Tanah liat digunakan untuk menutup di hujung tanduk dibuka semula untuk mengeluarkan udara yang terdapat di dalam tanduk. Tanduk yang dibekam di kepala dicabut untuk mengeluarkan darah kotor yang telah disebut. Darah yang terdapat di kulit kepala. Darah yang terdapat di tanduk. Darah kotor yang dikeluarkan diletakkan di dalam tempurung. Tempat yang telah dibekam, disapukan minyak angin untuk memberhentikan darah keluar dari kepala. Kepala yang telah selesai dibekam meninggalkan bekas-bekas turisPeralatan-peralatanBekam
Peralatan-peralatan yang digunakan untuk berbekam ialahtanduk lembu atau kerbau (16 cm - 25 cm), gunting, pisau cukur, dawai,tempurung jantan yang tidak berlubang, dan tanah liat.
Merawat Penyakit DenganBerbekam
Bekam dapat mencegah danmerawat penyakit dan amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkankesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikalbiasa serta memberi harapan baru kepada pesakit. Tubuh yang sihat, fikiran yangsihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorangindividu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hambaAllah s.w.t dan khalifah di atas muka bumi.
Longgokantoksid yang banyak dalam badan akan menyebabkan penyumbatan dalam salurandarah; dan akhirnya darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini akanmenggangu kesihatan. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasakurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yangsusah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinyasehingga sampai ke tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani(ulama sufi).
Darah yangtersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnyaubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencariperawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat danselamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit.Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malahproses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herbayang bersifat alami.
Berbekamdalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukandalam keadaan perut penuh. Allah s.w.t mewajibkan kita umat Islam untukberpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikanrohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekamsebulan sekali bagi membersihkan jasmani.
Bekamadalah nama lain dari al-hijamah(Arab), cupping (Inggeris), ba guan (China). Istilah bekam berasaldari bahasa Melayu (yang diadaptasi juga dalam Bahasa Indonesia), yang berertimelepas (membuang) darah kotor (toksin) atau angin dari badan. Dari Ibnu Umarr.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Tidaklah aku melalui satu darilangit-langit yang ada melainkan para Malaikat mengatakan, ‘Hai Muhammad,perintahkan umatmu untuk berbekam, kerana sebaik-baik sarana yang kalianpergunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist(cendana india) dan syuniz (jintanhitam)’.
Menggambarkanpentingnya bekam, ulama terkemuka dari Kaherah, Syekh Muhammad Yusuf Qardhawimenyatakan, ‘Kalau suatu negara kefakiman ahli bekam, nescaya kebinasaanmengancam, yang bererti pula mereka menyerahkan dirinya kepada kebinasaan.Padahal Tuhan yang menurunkan penyakit, Dia juga menurunkan ubatnya dan Iamembimbing umat manusia untuk menggunakan ubat tersebut’.
Dalam ilmukedoktoran Islam, bekam tidak boleh sembarang dilakukan. Bekam hanya bolehdilakukan pada pembekuan atau penyumbatan dalam pembuluh darah, kerana fungsibekam yang sesungguhnya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh.Bekam merupakan pengubatan yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Dari IbnuAbbas r.a. Rasulullah bersabda: ‘Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal;dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan akumelarang ummatku dengan besi panas.’ (Hadis Bukhari)
Madumenjadi dasar dari ubat-ubatan herba, bekam menjadi dasar kepada pembedahan,sedangkan besi panas (api) menjadi dasar kepada pengubatan melalui laser. Hadisyang diriwayatkan oleh Tarmidzi menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w mengarahkanpengikut-pengikutnya menggunakan bekam sebagai kaedah pengubatan penyakit.Baginda memuji orang yang berbekam, ‘Dia membuang darah yang kotor, meringankantubuh serta menajamkan penglihatan.’
TUMBUHAN BERKHASIAT PERUBATAN
SYED MAHADZIR SYEDIBRAHIM
TUMBUHAN herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatanglembut. Biasanya, tumbuhan herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyakair. Pokok herba telah lama digunakan oleh orangMelayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Banyakpokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untukdimakan bersama nasi.
Terdapat juga pokok herba yang tidakdimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untukmenghasilkan minyak atau dipuput (hancurkandengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
Kini hampir setiap orang menggunakanherba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus ataumakanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan ataudimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untukkesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses ataudigunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawatpenyakit tertentu, tetapi herba yang sama boleh memudaratkan jika diambil padados tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakanberdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
Semenjak dari dulu lagi tumbuh-tumbuhanmemainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahundahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan jugaubatan. Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan KuilAesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatandengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang-orang Mesir.
Malaysia merupakan negara yangkaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapatlebih 6, 000 spesies tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.
Ubat tradisional sememangnya kayadengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit.Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianyakekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalahsatu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telahdiwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secarabertulis melalui amalan-amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.
Bagaimana TumbuhanHerba Dijadikan Ubat
Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmatAllah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahanmakanan sehari-hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka.Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.
Sejak dari zaman purba manusiaprimitif yang hidup di sesuatu bahagian muka bumi ini, mungkin sudah dapatmengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediamanmereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan di antara tumbuhan yangboleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga memerhatikan dan mengambiltahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan sepertikucing terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapatpula pengetahuan mengenali jenis tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat. Laludisesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan.Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat,menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenistumbuh-tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis tumbuh-tumbuhantertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itusahaja, rupa-rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, samaada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidangperubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelahdiproses oleh pakar-pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkanpenyakit malaria. Daun-daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkankokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untukmengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayutradisional.
Menyentuh perkara tumbuhan sebagaibahan ubat-ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagaigedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya,sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapattumbuhan yang berbagai jenisnya.
Oleh yang demikian seperti jugaperibumi di bahagian-bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudahmengetahui akan khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitarmereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran-gelaran dukun,bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara ubatan tradisionalMelayu menggunakan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan herba dalam merawat sesuatujenis penyakit. Di mana tumbuh-tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama-samamengikut cara-cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhantersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Di antaracontoh-contohnya adalah seperti:
1. Penyakit Kepialu
Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau, bonglai, temuputih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkandengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
2. Demam Panas
Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adasmanis, bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinagmuda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air,kemudian minum.
3. Muntah
Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakandengan sakar.
4. Sakit Kepala
Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Gilingsehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.
5. Kayap
Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun ladapahit. Giling dan kemudian sapu.
6. Panau
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limaunipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.
Rahsia TumbuhanHerba Bagi Wanita Melayu
Bagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkanpengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan-bahan asli sepertitumbuh-tumbuhan, daun-daun, akar-akar kayu, buah-buahan dan bunga-bungaanmempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.
Jamu ialah ubat tradisional yang telahdigunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkanpenggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidakketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan danpenggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini.
Walaupun perubatan moden begitu luasdigunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesananpenggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melaluipengalaman para pengamalnya yang setia.
BagaimanaDihasilkan
Kebanyakan bahan-bahan boleh didapati dari kedai-kedairuncit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal-pembekal yang mendapatnyadaripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya di halaman rumah sepertisirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan sebagainya.
Ada juga daun yang boleh dibuat ulamseperti betik, di mana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan di farajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daunbetik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.
Bahan-bahan lain yang boleh didapatidi dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untukmenyembuhkan gatal-gatal dan luka-luka. Kencur atau cekur, pati beras, adasuntuk menghilangkan sakit perut, memperbaiki perjalanan haid yang teratur danmasalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bungacengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untukmengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Sementara bahan yang boleh didapatidari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafasdan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk, tekanandarah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring,kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.
Lazimnya jamu ini tidak mempunyairesipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan-bahan untuk sesuatu ramuantidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah sepertiukuran genggam, menggunakan jari-jari dan jemputan tangan. Dosnya jugabermacam-macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya.
Di bawah ini disenaraikan beberapacontah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaankesihatan. Di mana jamu-jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukanmodal yang besar.
1. Jamu Lempoyang
Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minumairnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.
2. Jamu Tomato
Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebijitomato merah yang besar diblenderkan dan dicampurkan dengan sedikitgula. Minum airnya setiap hari.
3. Jamu BerasHancur
Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkarperedaran darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asamjawa. Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbukhalus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbik lagi. Rebus gulamerah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan. Apabilasejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis. Minum 1 cawan sehari.
Kesimpulan
Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh-tumbuhan herbasememangnya penting dalam perubatan Melayu. Di mana ianya telah terbukti dalammenyembuhkan berbagai jenis penyakit. Disamping itu juga ianya amat pentingdalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedarankita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yangmempunyai banyak khasiatnya.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
