Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 4
December 31, 2023
JADILAH GENERASI BELIA PENCIPTA SEJARAH
SMAHADZIR
AHLI sejarah telah meletakkankekuatan sesuatu bangsa dan tamadun bermula dengan penegasan identiti diri.Apabila seseorang individu itu kenal diri mereka sebaiknya, timbullah keyakinandalam diri bahawa mereka secara tersendirinya adalah seorang yang hebat. Jikatidak dirasai kehebatan dan kewibawaan dirinya, maka di situlah mula generasibelia kita mengikuti orang lain yang dirasakan lebih hebat. Kata kunci di siniadalah ‘kagum’, iaitu kekaguman kepada kewibawaan orang lain menjadikan kitaberasa diri kurang, seterusnya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada‘hero-hero’ di luar bangsa sendiri.
Belia sejatisebagaimana dinyatakan sajak Arab, bermaksud: “Bukan pemuda (sejati) merekaberkata dulu bapaku (begitu dan begini), tetapi ialah yang mengatakan inilahaku.” Ertinya belia tulen ialah belia bukan hanya bernostalgia dengankegemilangan datuk neneknya atau sejarah masa lalu tetapi belia yang‘berbangga’ dengan sumbangan bermakna atau belia yang mencipta sejarahtersendiri.
Sejarahtelah mencatatkan bahawa Melaka pernah muncul sebagai Empayar Melayu terbesar.Sejarah penyebaran Islam besar-besaran di Nusantara juga bermula diMelaka. Bahasa Melayu juga menjadi lingua franca di rantautersebut, digunakan oleh sesiapa sahaja yang datang menyinggah,saudagar-saudagar dan pendatang-pendatang asing lain. Mana mungkin bahasa itudipertuturkan secara meluas sekiranya bangsa itu lemah! Kemakmuran dankehebatan Kesultanan Melayu Melaka boleh dilihat kepada betapa pesatnyaperkembangan tamadun Melayu Melaka.
Generasi belia adalah aset berharga kerana merekalahtonggak kekuatan serta pewaris kepemimpinan masa depan negara. Keadaanmasyarakat akan datang bergantung pada keadaan dan pembinaan belia hari ini.Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya sempurna, besar kemungkinanmasyarakat pada masa akan datang akan juga menjadi baik dan begitulahsebaliknya.
Pembabitan dengan aktiviti penagihan dadah, berzina,pembuangan bayi, minum arak dan gejala sosial lainnya berpunca daripadakegagalan mengawal gelora syahwat dan hawa nafsu yang boleh menjatuhkan kualitiakhlak manusia setaraf binatang. Olehitu, golongan belia perlu memastikan kehidupan di dunia ini mendapatperlindungan Allah SWT kerana antara tujuh golongan dilindungi Allah di akhiratialah pemuda yang hidup beribadah kepada Allah.
Ramai di antara kita adalahpemuda yang beruntung kerana diberi nikmat pendidikan tinggi dan hartamelimpah. Masih tidak terlambat untuk membina satu wawasan dan berusaha kerasbagi mencipta sejarah tersendiri dan meninggalkan sesuatu bagi umat ini. Sesuatuyang bukan hanya dilihat sebagai legacy tetapi juga sebagai amal jariahyang akan menjadi saham berterusan hingga hari kiamat, sejajar dengan sabdaRasulullah SAW: “Jika mati anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecualidari tiga; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yangmendoakannya.” (Riwayat Muslim)
Namun, kita tidak akan dapatmencipta sejarah dan meninggalkan legacy, sekiranya:
1. Berjiwakecil yakni tiada keyakinan pada diri sendiri, tidak mampu mengurus dirisendiri, tiada semangat ‘yakin boleh’, tidak berani mencuba.
2. Berakalkecil yakni sibuk dengan perkara remeh, sibuk dengan masalah dari melihatpeluang, tidak mampu mengekalkan idealisme wajar, tiada wawasan dalam hidup,pesimis.
3. Beramalkecil yakni tiada kesungguhan dalam perjuangan, mudah putus asa, lokek dalampengorbanan, berpuas hati dengan apa yang ada, mediocre dalam semuaperkara.
Kita jangan bernostalgia denganpencapaian umat lalu, kecuali sebagai dorongan untuk berlumba mencipta sesuatubagi umat hari ini dan akan datang. Agar kita terus dikenang, agar doa umatakan terus melimpahi kita, pada ketika kita bersemadi di liang lahad sendirian.
Perlulah kita ingat bahawa Allah SWTtidak akan menyoal kita akan sumbangan mereka terdahulu, tetapi kita hanya akanditanya mengenai sumbangan kita sendiri. Allah SWT telah berfirman yangbermaksud: “Mereka itu adalah umat yang telah lalu. Bagi mereka apa yang telahmereka lakukan dan bagi kamu apa yang kamu lakukan dan kamu tidak akan ditanyaapa mereka (yang terdahulu) lakukan.” (surah Al-Baqarah : 141)
Selagi kita masih hidup, sejarahumat ini berada dalam diri dan di tangan kita. Ini bermaksud, nasib sesuatubangsa akan bergantung pada apakah bentuk wawasan yang ada di minda beliamereka. Pencapaian wawasan berkenaan pula bergantung pada usaha keras mereka.
Oleh itu, adalah penting untukpara belia mempunyai wawasan. Wawasan ini haruslah sebuah wawasan besar bagidiri dan masyarakatnya. Islam menuntut setiap muslim untuk menjadi seorang yangsoleh (baik) dan juga musleh (mampu membaiki orang lain). Makagenerasi belia terutama yang beragama Islam dituntut untuk berwawasan bukanhanya berkaitan bagi dirinya sendiri seperti keinginan untuk menjadi doktoratau ahli perniagaan berjaya tetapi juga mempunyai wawasan berkaitan kesolehan,pembangunan dan kemajuan masyarakatnya. Mempunyai wawasan bagi hari muka adalahdianjurkan Islam.
Allah SWT berfirman, bermaksud:“Wahai orang-orang beriman, bertakwalah pada Allah dan hendaklah setiap jiwaitu melihat apa yang akan ia kemukakan untuk hari esok, dan bertakwalah padaAllah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (surah Al-Hasyr:18)
Ayat ini menganjurkan umat agarsentiasa melihat ke hadapan dan merancang untuk hari muka, ertinya membinawawasan untuk hari muka dan berusaha mencapainya. Belia yang tidak mempunyaiwawasan ialah belia yang potensinya akan terbazir. Belia sedemikian akanterumbang-ambing hidupnya tanpa tujuan dan perancangan. Dalam banyak keadaanbelia seperti ini hanya akan memenuhkan hidupnya dengan hiburan dan permainansemata-mata kerana dipengaruhi hedonisme Barat. Kegagalan belia seperti inisebagaimana ungkapan berikut, “One who fails to plan, plans to fail.”
Masyarakat yang mempunyai beliaseperti ini ialah masyarakat yang pasti akan menuju kehancuran. Sedangkan beliayang hanya berwawasan bagi manfaat dirinya dan hidupnya hanya dipenuhi sesuatubagi memenuhi keinginan peribadi semata-mata, ialah belia yang mementingkandirinya sendiri.
Maka jadilah belia yangberwawasan. Apa juga wawasan yang tinggi, besar dan bermanfaat adalah sesuatuyang digalakkan. Namun wawasan berkenaan mestilah dipandu oleh prinsip-prinsipberikut:
1. Wawasandalam rangka ibadah pada Allah SWT sejajar dengan firman-Nya: “dan Aku tidakjadikan Jin dan manusia kecuali untuk beribadah pada-Ku.” (surah Az-Zariyat :56)
2. Sesuatu ituhanya akan menjadi ibadah apabila dilakukan dengan hati ikhlas kerana Allah SWTdan mengikut hukum ditetapkan oleh-Nya, sejajar dengan Islam. Firman Allah SWT:“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (surah Ali-Imran : 19)
3. “danbarangsiapa mencari Islam sebagai agama (cara hidup), maka tidak akan diterimadarinya dan dia di akhirat dari golongan yang rugi.” (Ali-Imran : 85). Iaadalah wawasan yang merealisasikan peranan sebagai khalifah di muka bumi. AllahSWT mencipta manusia sebagai khalifah. Firman-Nya: “Apabila Tuhan kau berkatapada malaikat, bahawa Aku akan mencipa di bumi ini seorang khalifah.” (surahAl-Baqarah : 30)
Peranan utama khalifah di mukabumi ialah untuk memakmurkan bumi ini dengan aturan yang telah ditetapkan AllahSWT, terkandung dalam ajaran Islam. Dalam kata-kata ringkas, wawasan seseorangbelia haruslah merangkumi dua aspek iaitu untuk menegakkan agama danmemakmurkan dunia. Bukan salah satu darinya.
Bagi generasi belia terutama yangberagama Islam, wawasan sedemikian adalah satu kewajiban agama. Pengabaianterhadapnya merupakan pengabaian terhadap perintah Allah SWT. Sesiapa yangmelakukannya dicela dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. Namunwawasan sahaja tidak mencukupi. Wawasan berkenaan haruslah didokong olehkeperibadian yang baik. Hanya belia berperibadi sesuai sahaja akan benar-benarmampu menjayakan wawasan berteraskan prinsip di atas.
Dalam mendokong satu wawasanmurni, belia Islam haruslah memastikan bahawa ia memiliki ciri-ciri asas iaituakidah murni dari penyelewengan, ibadah benar dan bersih khurafat dan akhlakmulia. Ciri-ciri asas ini, didokong pula oleh ciri-ciri tambahan seperti:
1. Sentiasaberusaha mempertingkatkan diri dalam semua bidang dan berusaha mencapaikecemerlangan dalam bidang diceburi. Ciri ini diasaskan kepada sabda RasulullahSAW: “Manusia bijak ialah manusia yang sentiasa menghisab dirinya dan berusahauntuk hari matinya. Manusia lemah ialah manusia yang sentiasa mengikut nafsunyadan sentiasa berangan-angan terhadap Allah SWT.”
2. Komited padausaha untuk membangun masyarakat. Ciri ini diasaskan kepada dalil: “danhendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar dan merekalah orang-orangberjaya.” (surah Ali Imran : 104)
3. Mampubekerja secara kolektif dan berorganisasi. Ciri ini diasaskan kepada dalil:“Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalambarisan seolah-olah satu binaan tersusun kukuh.” (surah As-Saf : 4)
4. Sediamemimpin. Ciri ini didasarkan dari dalil: “Tuhan kami kurniakanlah kepada kamiisteri-isteri dan zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan jadikanlah kamipemimpin bagi orang-orang bertakwa.” (surah al-Furqan : 73) Pengajaran dariayat ini ialah Allah menggalakkan umat Islam membina sifat dan kemampuankepimpinan yang dimanifestasikan dari amalan berdoa. Walaupun Islam tidakmenggalakkan umat Islam menuntut jawatan kepimpinan tetapi ia tidak menghalangmereka dari membina kemampuan kepimpinan dalam diri mereka berdasarkan ayatini.
5. Kompetendengan keperluan semasa. Ciri ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW:“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang pakar.” (Muslim)
6. Bermindaluas dan berfikiran global dan universal. Ciri ini didasarkan pada dalil: “dantidak kami utus kamu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruhalam.” (surah Al-Anbiya’ : 107) Islam adalah agama universal, diturunkan untukseluruh umat manusia bukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu atau umat Islamsahaja.
Seterusnya Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita dalamsabdanya: ‘Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yangbermanfaat kepada orang lain.’ (Riwayat Al-Tabarani)
Hadis inimenjelaskan bahawa manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yanghidup menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan keluarga,masyarakat, bangsa, agama dan negara. Generasi belia beginilah yang menjadicita-cita negara untuk membentuk warga kreatif, pencetus dan pembina tamadundihormati dan disegani masyarakat dunia.
Justeru,golongan belia harus memastikan kehidupan mereka di dunia ini mendapatperlindungan Allah SWT. Ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW, diriwayatkanoleh Abu Hurairah r.a bermaksud: ‘Bahawa terdapat tujuh golongan manusiadilindungi Allah SWT pada hari akhirat iaitu:
1. Pemimpin adil
2. Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah SWT
3. Orang yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalumenitis airmatanya
4. Orang yang hatinya bergantung kepada masjid
5. Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah SWTsemata-mata
6. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapimengatakan aku takut kepada Allah SWT
7. Orang bersedekah dan memyembunyikannya sehingga tangankirinya tidak tahu apa dibuat oleh tangan kanan.
Lantaranitu, marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan generasi belia negara kitasentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya menjadigenerasi belia pencipta sejarah, berjaya memainkan peranannya sebenar dalammemacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 10, bermaksud: “(Ingatkanlah peristiwa)ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “WahaiTuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilahkemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
December 26, 2023
AYU MEMANG AYU
SMAHADZIR
AYU memang ayu. Fatah Amin, Fazura - kisah Cinderalelayang difitnah ibu tiri, Nelofa - pengacara genit Melodi di TV3 bersama pelawak Nabil, Maria Mercedes, Maria - cintayang hilang, Marimar, semua dia ikuti. Semua dia suka. Juga si manis JambatanAncol, janda kembang, bahkan Wiro Sableng. Siapa lagi ya? Ha... Shah Rukh Khan,Amir Khan, Pretty Zinta, Kajol dan ramai lagi. Lagi? Aktor dan aktressIndonesia melalui drama nusantara Astro. Lagi? Aktor dan aktress telenovela -Pobre Diable, Angie Capeda, Salvador Del Solar dan Arnoldo Andre. Ayu hafal -Rebeca kecewa dan tidak mahu menerima penjelasan Andres dan ini menyebabkanlelaki itu menyatakan bahawa dia mencintai Fiorella. Rebeca sakit hati danmembenci Fiorella kerana menganggap wanita itu perampas hak miliknya. Pinchonpula marah sebab Paula dan Joaquin akan berpindah dan dia mahu memberitahunyakepada Andres. Sebenarnya, banyak lagi yang Ayu ingat, hafal dalam kepalanya.
Ayu memang mempersonakan. Genit. Diamemang ayu. Rambutnya lurus sepunggung. Panjang, gaya rambutnya ParamithaRusady. Kulitnya bersih hitam manis. Bentuk wajahnya tidak lonjong seperti ErraFazira, Fauziah Latiff atau Maudy Kusnadi, tapi bulat seiras Siti Norhalizaatau Desy Ratnasari. Cuma nasibnya berbeza. Ayu tidak secantik Amira Rosli, AishwaryaRai, Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Paramitha Rusady, Desy Ratnasari atauMaudy Kusnadi. Juga tentu tidak terkenal dan tidak juga kaya.
Bentuk matanya? Miripmata Nike Ardila. Sayu. Tapi, Ayu tidak bernasib malang seperti penyanyi genitIndonesia itu yang meninggal dunia pada usia sangat muda. Buktinya? Sampai kiniAyu masih hidup. Segar bugar, tidak pernah mengidap penyakit serius, tidakpernah sakit, tidak pernah berjaga semalam suntuk untuk berdansa-dansi di kelabmalam.
Tapi sayang, Ayuhanya seorang pembantu rumah. Pendidikan formal hanya sampai PMR. Lahir danbesar di kampung kecil di Utara Kedah. Anak kedua dari enam bersaudara, darikeluarga petani. Dan, hobinya itu tadi: menonton drama masyarakat ‘samarinda’di TV3.
Nampaknya Ghazalisalah pilih, begitu fikir isterinya. Tapi bagi Ghazali sendiri itu adalahpilihan yang tepat. Cari pembantu rumah pada masa sekarang tidak mudah. Ayutidak cerewet, masakannya sedap, soal cuci baju dan seterika beres, meskisering ditunda-tunda lantaran dia lebih mementingkan menonton televisyen atau dramaberbanding menyelesaikan pekerjaannya, tapi akhirnya beres juga. Bersih rumahjuga langsai. Lantai merelit dan harum. Kaca jendela bersih dari debu.
“Tapi bang, Ayu tucantik. Terliur juga kalau salah-salah pandang. Saya bimbang, jangan-janganabang dah terpikat pada dia,” protes isterinya pada suatu malam.
Ghazali hanya tersenyum kala itu. Dalamhati dia berkata, memang itulah yang kusuka. Itulah pembantu rumah idamanku.Yang memang aku cari-cari selama ini. Boleh buat sumber hiburan kala fikiransedang rusuh oleh tugas pejabat yang membeban. Buat dipandang-pandang okeylah.
Suatu hari bulan Julai, Ayu membaca akhbarHarian Metro, terbitan Berita Harian Sdn Bhd - dia paling suka baca akhbaritu, lantaran banyak maklumat tentang pelbagai kejadian pelek. Ketika ituisteri Ghazali, Puan Laila tiada di rumah, Ghazali pula sedang bekerja dipejabat, si kecil Hana dan Epit sedang tidur. Ayu tertarik pada satu maklumatdi dalam akhbar tersebut. Dia segera mencari sebatang pen dan secarik kertas,lalu mencatat.
Pada hari berikutnya,setelah dia menerima gaji yang tidak seberapa besar, Ayu pergi ke kedai gambardi hujung taman perumahan. Puan Laila kehairanan kerana cara berpakaian Ayubegitu cantik sekali. Bergincu, berbedak dan wanginya semerbak mengharum.Takkan nak pergi ke kedai hujung sana pun pakai macam tu? Mengalahkan artis nakbuat pertunjukkan pentas!
Ghazali terlalu sibukdengan pekerjaannya. Puan Laila pula sering merungut lantaran gelagat Ayu yangsemakin berubah. Jika ditanya, Ayu hanya menjawab: “Niaga sambilan! Cari wanglebih!”
Niaga?
“Ayu, kerja kamu dahselesai?” tanya Puan Laila yang kini sudah berusia 44 tahun.
“Sudah, puan!” Ayumengangguk.
“Cuci pakaian?”
“Sudah semuanya.Seterika juga sudah. Masak sudah,” jawab Ayu.
“Habis kamu mahu kemana tu?” soal Puan Laila.
“Niaga,” jawab Ayutanpa sebarang ekspresi.
“Niaga apa, Yu?” PuanLaila gesit melotot hairan. “Kamu di sini digaji sebagai pembantu rumah. Nakberniaga buat apa lagi? Niaga apa sebenarnya kamu ni, Yu?” tambah wanitasedikit temban itu lagi.
“Laa, yang pentingkerja saya kan dah selesai. Hanya sebentar saja, puan! Jam lima nanti sayasudah sampai di rumah!” ujar Ayu.
“Saya tak kisah. Tapikalau ada apa-apa risiko, kamu tanggung sendiri.”
“Ini niaga baranganhalal, puan!”
Puan Laila tidakberkata apa-apa lagi.
Itulah mulanya. Dalamseminggu Ayu pergi ‘niaga’ tiga empat kali. Puan Laila kian kesal. Tapi Ayutetap bersahaja. Hairannya lagi Ayu sering dapat telefon dari seseorang yangmengaku bernama Azam. Wah, Ayu bercinta dengan Azam mungkin. Ini berbahaya,fikir Puan Laila. Kalau terjadi sesuatu, misalnya hamil, aku akan dipersalahkanoleh keluarganya.
Hingga pada suatuketika... terjadilah sebuah kejutan.
* * *
Jam dinding menunjukkan pukul tujuh lebih tiga puluhminit. Ghazali dan isterinya duduk-duduk santai di ruang tengah sambil membacamajalah. Hana dan Epit sedang bermain kereta mainan di lantai. Di layartelevisyen Norazlina Redzuan, gadis penyiar TV3 itu, selesai membacakan pelbagaiberita dalam Buletin Utama. Dan, Ayududuk di lantai, dekat anak-anak majikannya, sambil menantikan slot Akasia - sebuah drama baru yang akanditayangkan oleh TV3.
Lagu sound trackmengalun. Di layar televisyen muncul judul drama: Setia Ke Hujung Nyawa.Paduan animasi pengantar awal sebuah drama. Bintang-bintang utama tampil,satu-satu - Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema,Zila Bakarin. Lalu sekilas pelakon pembantu. Ayu berpeluh muka, walau ruang itudingin oleh pendingin udara. Sekilas wajahnya tampil. Hatinya berbunga-bunga.Senang, gembira, bangga, dan sebagainya. Ghazali dan Puan Laila tidakmempedulikannya.
Episod pertamadimulai. Ghazali dan Puan Laila meletakkan majalah di tangan masing-masing.Mereka mengalihkan perhatian ke televisyen, meski masih setengah-setengah.
Sebuah adegan: disebuah rumah mewah seorang lelaki berusia 40 tahun duduk di kerusi. Seorangpembantu warga Indonesia dengan genit memicit-micit bahu dan lengan lelaki itu.
“Neng, picit ini!Bahu ni! Nah, begitu,” kata lelaki itu.
“Saya ini pembantuserba boleh, lo! Mampu memasak juga mampu mengurut. Mahu dipicit yang mana,dong? Jempolnya atau kelingkingnya? Picit halus mampu, picit kasar mampu, picitsemua tempat juga mampu,” ujar pembantu rumah yang dilakonkan oleh Ayu itu.
“Ayu!” seru Ghazalidan Puan Laila sambil terpana. “Itu kamu, ya?”
“Iya,” jawab Ayutersipu-sipu.
“Kamu berlakon dramaya?” Puan Laila hampir tidak percaya.
“Iya, puan! Untuktambah pendapatan,” jawab Ayu.
“Jadi itu yang kamukatakan niaga itu?” ujar Puan Laila.
“Ya, puan!”
“Astagfirullah’azim, Ayu,” Ghazali menggeleng-geleng. “Saya taksangka kamu boleh berlakon. Sejak bila?”
“Baru lagi, encik!”
Mereka pun lalumenyaksikan drama di televisyen itu dengan penuh perhatian, sambil sesekaliberkomentar pendek tentang lakonan Ayu. Tentu berbagai macam perasaan berbaurdi hati Ayu, Ghazali, dan Puan Laila. Sampai akhirnya episod pertama selesai.Program di televisyen berganti dengan Nighline.
“Luar biasa. Tidaksangka kamu pandai berlakon. Macam mana mulanya, Yu?” tanya Ghazali masihdengan kehairanannya.
“Saya kirimpermohonan lengkap dengan gambar. Itu, yang di akhbar Harian Metro tu:diperlukan beberapa gadis untuk drama. Tidak tahunya saya dipanggil. Lalu diujibakat. Saya diterima jadi pelakon. Peranan pembantu rumah yang genit danmiang,” jelas Ayu bangga. “Kata pengarahnya, saya sesuai pegang peranan itu.”
Ghazali dan Puan Lailageleng-geleng kepala.
“Hari ini saya nakberitahu Encik Ghazali dan Puan Laila. Kerana saya asyik sibuk shooting,maka dengan terpaksa saya mahu mengundurkan diri sebagai pembantu di sini. Sayanak jadi pembantu rumah dalam drama saja,” ungkap Ayu.
Ghazali dan Puan Lailaberpandangan sesama sendiri.
“Maafkan saya, sayayakin nasib saya akan berubah. Mulai besok saya akan pindah dari sini. Sayaakan tinggal bersama beberapa orang rakan saya yang lain.”
“Ayu... Ayu, nasibkamu memang akan berubah,” ujar Ghazali. “Kamu cantik, manis, kulit kamubersih, rambut kamu panjang, wajah kamu bulat....”
“Hai, lebih-lebihpula dia,” cantas Puan Laila bagaikan kurang senang.
“Cemburu ke?” Ghazali tersengih.
“Tentulah!” si isterimencemek.
“Dengar dulu, inimungkin untuk yang terakhir saya menasihati Ayu,” kata Ghazali. Lalu dia pun meneruskan,“Tubuh kamu tinggi semampai. Kamu memang tidak layak jadi pembantu rumah. Kamulebih layak jadi artis. Watak tidak jadi soal. Lama-lama kamu mampu jadipelakon utama. Kami doakan, semoga kamu jadi artis terkenal suatu hari kelak.Tapi jangan lupa sama kami di sini. Sering-seringlah datang ke mari. Anggaplahini rumah kamu juga.”
“Apa? Kalau sudahterkenal, tak payahlah kamu ke mari sini lagi, Yu!” tegas Puan Laila.
“Lagi-lagi cemburu,”balas Ghazali. “Oh, iya, Yu, saya boleh datang ke tempat kamu, kan?”
“Makin miang, yaabang ni!!” Puan Laila kian jengkel.
Ayu pun mulaiberlakon. Dia berdiri dan menghampiri Ghazali. Dengan genit dia memicit-micitbahu Ghazali sambil berkata, “Saya pembantu yang serba boleh, lo! Bisa masak,bisa micit. Tuan kepingin saya picit apa ya? Jempol atau kelingkingnya?”
“Ayu!” bentak Puan Lailagerah. Dengan jengkel dia mencubit lengan Ayu. Ghazali tertawa terbahak-bahak.
Ya, pembantu rumahidamanku harus pergi dari rumah ini. Ah, Ayu memang ayu, bisik Ghazali dalamhati.
PAK DOLAH IKAN TEMENUNG
Tekad PakDolah sudah bulat. Dia akan berniaga melalui online. Sejak penguatkuasaanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia tiada pendapatan lagi. Kerjanyasebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang telah dicutikan tanpa gaji.Lagipun, menurut Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan yangdilihatnya dalam televisyen, kebenaran diberikan kepada masyarakat berniagasecara online, terutama barangan keperluan dapur. Barangan yang dibelioleh pelanggan boleh dihantar dari rumah ke rumah. Sebab itulah Pak Dolah sudahmengambil keputusan untuk berniaga.
“Sebenarnya kau nak jual apa, Dol?” soal Haji Man ingin tahu.Waktu itu mereka baru saja selesai membungkus beberapa barangan dapur bagi pihaksurau untuk diedarkan kepada beberapa buah keluarga fakir miskin. Barangan dapurtersebut merupakan pemberian dari Wakil Rakyat dan menjadi tugas Pak Dolah danbeberapa orang Ahli Jawatankuasa Surau membungkusnya.
“Aku cadang nak jual ikan,” jawab Pak Dolah sungguh-sungguh.
“Bagus, Dol! Dapat juga kau membantu masyarakat yang susah nak kepasar beli ikan, terutama yang tak ada kenderaan sendiri,” balas Haji Man bekaskerani sekolah merangkap Pengerusi Surau itu seolah-olah memberi sokongankepada Pak Dolah.
“Sebab itulah aku pilih ikan sebagai barang jualan aku diinternet. Lagipun, musim-musim PKP ni ramai orang tak boleh keluar rumah,”
“Tak kisahlah apapun yang kau nak jual,” balas Haji Man polos. “Yangpenting kau kena luaskan jugamedia iklan supaya pasaran kau lebih besar. Untuk perniagaan di internet aku cadangkan kau guna teknik blogging ketimbang buat website. Kau boleh reka bentuk wordpress blog hampir serupa laman web. Kauboleh juga guna wordpress untuk buatlebih dari itu. Aku cadang kau guna wordpressberbanding blogger sebab platform wordpress lebih canggih. Terma-terma yang ada juga nampak lebihkomersial untuk digunakan bagi menampakkan sifat profesional perniagaan kautu,”
“Kau ni buat patah semangat aku saja. Akuni seorang pengawal keselamatan saja, sekolah tak tinggi, manalah tahu tentangtu semua. Yang aku tahu whatsApp saja... yang lain tu manalah aku tahu,”ujar Pak Dolah seraya mengeluh panjang.
Haji Man gesit ketawa. “Aku bergurau saja. Melalui whatsApp punbagus juga. Aku yakin kau akan berjaya, Dol! Tapi janganlah jual ikan yangmahal-mahal pula. Jual ikan yang murah sudahlah...”
”Memanglah aku nak jual ikan yang murah saja, Haji!” cantas Pak Dolah. “Akuni bukannya ada modal banyak sangat nak jual ikan yang mahal. Aku kena belitunai dari pembekal di pasar tu. Manalah aku ada duit yang banyak nak beli ikanyang mahal-mahal.”
“Maksud aku, kalau kau jual ikan yang murah, boleh dapat pembeli yangramai,“ ujar Haji Man membetulkan salah faham Pak Dolah. “Kawasan flat kediamankita ni rata-rata masyarakatnya berpendapatan rendah. Jarang mereka beli ikanyang mahal-mahal. Tambahan pula musim PKP ni, ada sesetengah keluarga tu takada langsung pendapatan.”
“Itu yang akan aku lakukan,” balas Pak Dolah.
* * *
“Odah, akubercadang nak berniaga. Kalau tak kerja macam mana kita nak dapat duit!” ujar PakDolah suatu malam kepada Mak Sodah.
“Abang nak berniaga apa?” tanya Mak Sodahingin tahu.
“Ikan…” jawab Pak Dolah sepatah.
Mak Sodah gesit saja terkesip-kesipmendengar perkataan ‘ikan’ yang diluahkan oleh Pak Dolah. “Nak berniaga macammana sekarang ni... kan PKP?”
“Awak tak usahlah terkebil-kebilbegitu,” ujar Pak Dolah sembari tersengih. “Sekarang ni semua orang berniagaguna internet. Kita tak perlu ada kedai, tak perlu banyak modal nak mulakanperniagaan...”
Mak Sodah mengeluh panjang. “Suka hatiabanglah! Odah ikut saja apa yang abang fikirkan baik untuk keluarga kita!”
Untuk merealisasikan hasratnya menjual ikan melalui online, PakDolah telah membuat sebuah kumpulan whatsApp yang diberi nama ‘Pak DolahIkan Temenung’. Untuk ahli-ahlinya, Pak Dolah memasukkan nama-nama dannombor-nombor telefon yang didapati dari senarai ahli khariah surau dan jugadari rakan kenalannya. Lebih kurang enam puluh nama dan nombor telefon saja yangberjaya dimasukkannya dalam kumpulan itu.
Selepas kumpulan ‘Pak Dolah Ikan Temenung’ ditubuhkan, Pak Dolah terus menghantariklan perkhidmatan jualan ikannya melalui whatsApp kepada semua ahlikumpulan. Selepas beberapa hari, berita tentang rancangan Pak Dolah mahu menjualikan secara online mulai gah diperkatakanoleh orang-orang kampung dan kawasan flat kediaman sekitar yang mengenalinya.Ada yang memberi semangat dan tidak kurang juga yang kurang percaya. Mampukahseorang pengawal keselamatan menukar kerjayanya sebagai penjual ikan? Ibu-ibutunggal yang tak punya kenderaan untuk ke pasar pula seolah-olah tak sabar lagiingin membuat tempahan.
Sesungguhnya Mak Sodah tidak tahu,bagaimana rupanya perniagaan ikan online yang hendak dilakukan oleh PakDolah. Selepas perbualan singkat itu, dia tidak pernah bertanya lagi kepada PakDolah. Pak Dolahpun tidak pernah membuka mulut. Tetapi Mak Sodah tahu, PakDolah ingin berniaga kerana sejak PKP ini suaminya itu tidak dibenarkanbekerja. Sebagai pengawal keselamatan, tugas Pak Dolah tidak berapa diperlukan olehkilang tempatnya bekerja. Kerana tidak bekerja, Pak Dolah juga tidak ada gaji.Sebab itulah Pak Dolah beria-ria benar hendak berniaga.
Sebagai seorang isteri pula, Mak Sodah dapat merasakan yang Pak Dolah resahsejak negara diserang Covid-19 ini. Apa akan jadi jika penguatkuasaan PKP terusberlanjutan selama setahun? Bantuan Prihatin Nasional yang diterima pula tidaklahcukup untuk menampung perbelanjaan sepanjang tahun. Lantaran itulah Pak Dolahberhasrat mahu menjual ikan. Selain dapat menampung perbelanjaan harian, dapatpula membantu masyarakat yang sukar untuk ke pasar membeli ikan. Begitulah yangdiucapkan oleh Pak Dolah.
Malam itu selepas selesai solat Isyak,berzikir dan berdoa, Pak Dolah terus melangkah ke dapur. Di situ dia meneguksecawan kopi, menjamah dua keping sukun goreng kemudian duduk di kerusi mengadapmuka tingkap yang terkuak lebar. Angin malam yang menderu segar sedikitmenyejukkan badannya yang masih berpeluh. Peluh juga kelihatan merenik didahinya. Sejurus kemudian Mak Sodah turut melabuhkan punggung di hadapan PakDolah.
“Tiga hari lagi aku nak mulakan perniagaanaku tu, Odah! Sudah dua hari aku buka tempahan melalui whatsApp. Sesiapayang nak beli ikan, aku minta mereka bagi nama, berapa kilo ikan yang merekanak dan alamat rumah mereka. Dengan cara itu senanglah aku nak beli berapa banyakikan. Selepas aku tahu berapa kilo ikan yang pelanggan nak beli, barulah aku telefonpembekal ikan di pasar,” jelas Pak Dolah panjang lebar.
“Ikan apa yang abang nak jual tu?” soal Mak Sodah.
“Ikan temenung,” jawab Pak Dolah pendek.
“Ikan lain?” soal Mak Sodah lagi.
“Ikan temenung tak terlalu mahal,” jawab Pak Dolah. “Kalau aku jual ikansenangin, ikan jenahak, ikan bawal emas, ikan kerapu... siapa nak beli?”
Mak Sodah ketawa kecil. “Betullah tu... di kawasan flat kediaman kita nimana ada orang kaya yang makan ikan mahal-mahal. Err... siapa yang nak bantu abanghantar ikan-ikan tu?” Mak Sodah ingin tahu.
“Yang dekat-dekat dengan rumah, anak kita Karim boleh tolong hantarkan...yang jauh akulah yang menghantarnya,” ujar Pak Dolah
Mak Sodah mengangguk-angguk mendengar kata-kata Pak Dolah. “Dah ada keorang yang nak beli ikan abang tu?” soalnya setagal kemudian.
“Setakat ni aku dah ada lima orang pembeli, Odah! Mereka dah buat tempahanmelalui whatsapp,” jawab Pak Dolah. “Seorangdua kilo, semuanya sepuluh kilo.”
“Banyak juga tu...”
“Ya, Odah!” cantas Pak Dolah cepat. “Ni baru hasil dari iklan yang aku buatdalam whatsApp. Kalau aku buat iklandalam facebook, dan yang lain-lain... tentu banyak lagi tempahan,”
“Abang pandai ke main facebook?” Mak Sodah ketawa terkekek-kekek. “SetahuOdah, kalau Karim tak ajar abang buka whatsApp, entah-entah sampai mati punabang tak tahu nak guna whatsApp tu,”
Pak Dolah turut ketawa dengan kata-kata isterinya. Dia tidak menafikan. Memangdia tidak tahu banyak berkenaan telefon zaman sekarang ini yang ada pelbagai aplikasiseperti facebook, wechat, viber, skype, twitter,instagram, whatsApp dan entah apa-apa lagi yang dia sendiri tak tahunak menyebutnya.
“Kalau permintaan terlalu banyak, tak mampu kita nak menghantarnya,” ujar MakSodah mematikan sejenak ngeluyur benak Pak Dolah.
“Itu awak jangan bimbang, Odah! Jika pelanggan kita dah terlalu ramai, akuakan upah pekerja untuk tolong kita,”
“Jangan beranganlah, bang! Nakberniaga ikut kemampuanlah”
Pak Dolah tersengih, “Tak salah nakberangan, kan?”
* * *
Pagi Ahad tenang.Kabus sudah lama menghilang diserap cahaya matahari yang menerjah agak panasdari pundak langit. Ceridau unggas-unggas hutan sekitar jalan yang dilalui PakDolah hingar seperti ghalib.
Pagi ini selepas menunaikan solat Subuh,Pak Dolah mulai bergerak ke pasar untuk mengambil ikan dari pembekal seterusnyamembuat penghantaran ikan-ikan tersebut yang telah ditempah oleh para pelanggannya.Dengan motosikal Kriss Modenas 100cc-nya, Pak Dolah menempuh jalan-jalanberliku dan lorong-lorong sempit sekitar kampung berhampiran flat kediamantempat tinggalnya.
Hari pertama memulakan khidmat penghantaran ikan kepada para pelanggan, amatmenggembirakan hati Pak Dolah. Semua ikan yang ditempah habis diambil oleh parapelanggan. Hari itu Pak Dolah menghantar dua belas kilo ikan temenung ke enambuah rumah. Setiap pelanggan membeli dua kilo ikan temenung. Masing-masingmengucapkan terima kasih kepada Pak Dolah kerana menyediakan perkhidmatanmenghantar ikan ke rumah mereka. Tak perlulah mereka ke pasar lagi untukmembeli ikan. Tidak perlulah juga mereka beratur sebelum masuk ke pasar, danyang lebih penting tak perlulah mereka memakai topeng mulut dan handsanitizer atau pembersih tangan.
Perkhidmatan yang Pak Dolah sediakan ialah seminggu sekali. Oleh itu PakDolah menasihati para pelanggannya supaya membuat tempahan lebih sikit, kalauboleh untuk kegunaan selama seminggu.
“Takkan saya nak makan ikan temenung saja selama seminggu, pak cik!” ujarsalah seorang suri rumah muda yang menjadi pelanggan Pak Dolah. “Naklah jugamakan ayam, daging, ikan selangat, ikan bawal...”
“Pak Dolah tak jual ayam ke?” tanya pula Mak Siti yang suaminya amat dikenaliPak Dolah iaitu Pak Seman yang sering bersolat jemaah di surau sebelum PKPdulu.
“Buat masa ini aku hanya jual ikan saja,” jawab Pak Dolah. “Itupun ikantemenung saja. Ikan lain belum lagi aku mampu nak jual,”
Masuk minggu kedua, Pak Dolah mulai rasa letih sedikit. Ini kerana diaterpaksa menghantar ikan kepada pelanggan yang tinggal jauh dari rumahnya. Adayang sejauh lapan kilometer dari rumahnya. Memang Pak Dolah berasa amat letihsekali. Tercungap-cungap dia dibuat dek keletihan itu. Maklumlah, umurnya juga sudahmenjangkau 58 tahun. Di samping terpaksa meredah pelbagai halangan di atasjalan dan lorong, Pak Dolah juga terpaksa menghadapi pelbagai soalan dari anggotapolis dan tentera bertugas yang membuat sekatan di jalan raya. Ada juga pelangganyang kurang puas hati terhadap kualiti ikan yang kononnya tidak berapa segar,ada yang mencebek kerana lambat menerima tempahan walaupun hanya tiga atau empatminit saja lambatnya, dan tak kurang juga yang membatalkan tempahan padasaat-saat akhir dengan alasan yang pelbagai. Yang paling sedihnya, apapelanggan yang berhutang dengan Pak Dolah. Alasannya, tak ada duit. Namunsemangat Pak Dolah tidak mudah cair dengan semua dugaan tersebut.
Bagi Pak Dolah, itu adalah kendala atau hambatan kecil yang harusdihadapinya. Selagi ada sabar dan tawakal, pasti ada kejayaan dalam apa jugakerja. Sekali-kali Pak Dolah tidakmenyesal memilih ikan sebagai sumber rezekinya pada musim PKP ini. Baginya, ikan adalahsatu keperluan bagi setiap keluarga. Walaupun Pak Dolah hanya menjual ikan temenungsaja tetapi suatu hari nanti jika wangnya sudah banyak dia bercadang nak jualjuga ikan bawal, ikan talapia, ikan siakap, ikan kerisi, ikan gelama, ikan kelidan semua ikan yang ada di pasar. Tetapi biarlah buat sementara ini dia menjualikan temenung dulu. Ikan temenung ini harganya tidak berapa mahal dan mampudibeli oleh para pelanggannya yang kebanyakannya adalah pekerja yangberpendapatan rendah.
Pak Dolahyakin, menjual ikan ini adalah satu usaha yang sangatmurni mertabatnya. Ia juga termasuk dalam kumpulan petugas barisan hadapanuntuk negara. Walaupun tugasnya tidak seperti doktor, jururawat, polis atautentera, tetapi dia juga berkhidmat untuk kesenangan masyarakat. Tidak semuapelanggannya yang dapat keluar dari rumah untuk mencari ikan yang dijual dipasar. Lagipun, dalam waktu-waktu PKP ini, jika lambat ke pasar, ikan akan habiskerana diborong oleh orang ramai. Mereka membeli secara banyak memandangkankesukaran untuk keluar dari rumah selalu. Lagipula, hanya lima orang saja yang dibenarkanmasuk ke dalam pasar dalam sesuatu masa di samping jarak sosial telah ditetapkansejauh satu meter. Ini menyebabkan masa yang lama untuk seseorang itu pergi kepasar membeli ikan. Justeru lebih baiklah membeli ikan melalui perkhidmatan whatsAppyang disediakan oleh Pak Dolah.
Alhamdulillah, lebih kurang dua minggu saja berita tentang perkhidmatan online ikan temenung Pak Dolah sudahtersebar seperti angin. Masuk minggu ketiga, tempahan sudah mulai meningkat dari20 kilogram kepada 30 kilogram. Namun begitu, apabila semakin banyak tempahan,semakin banyak juga kendala yang Pak Dolah hadapi.
“Kita kena upah orang hantar ikan kita,bang!” ujar Mak Sodah senja itu sebaik dia dan Pak Dolah selesai menunaikansolat Maghrib berjemaah.
“Tapi, siapa yang nak bekerja hantar ikan,Odah? Si Karim hanya mampu hantar kepada para pembeli yang dekat dengan rumahkita saja. Yang jauh, dia nak hantar dengan apa? Kita ada sebiji sajamotosikal,”
“Cubalah tanya kawan-kawan Karim yang ada motor. Nak tak mereka bekerjahantar ikan,” ujar Mak Sodah memberi pandangan.
“Saya dah tanya kawan-kawan saya,ayah... tapi tak ada seorang pun yang nak bekerja hantar ikan,” ujar Karim.
Pak Dolah mengeluh panjang dan dalam.Beberapa jenak dia mencerlung tunak-tunak wajah Mak Sodah seolah-olah memohonpandangan. Tapi isterinya itu hanya terkebil-kebil saja.
“Walau macam manapun aku terpaksa hantar juga semua tempahan orang,” tegasPak Dolah.
“Abang larat ke... terutama nak naik tangga tingkat lima flat tu?” tanyaMak Sodah. “Abang tu dah tua, tenaga tak macam masa muda dulu.”
“Larat tak larat pun, aku kena buat juga. Ini tanggungjawab dan amanahorang,” tegas Pak Dolah. “Kalau aku tak hantar, bermakna anak-anak mereka makantak berlauk. Berdosa aku, Odah! Menghampakan harapan orang.”
* * *
Masuk minggu kelima.Malam itu wajah Pak Dolah agak muram. Sebaik selesai solat Isya, dia termenungdi ruang tamu sambil menyandarkan badannya ke dinding. Gelagatnya dapat dikesanoleh Mak Sodah.
“Kenapa dengan abang ni? Macam orangmati bini saja!” tanya Mak Sodah lalu melabuhkan punggungnya di hadapan PakDolah.
“Tak ada apa-apa!” ujar Pak Dolah acuhtak acuh.
“Hai, tak kan tak ada apa-apa!” MakSodah sedikit tersenyum. “Abang ni berangan nak kahwin lagi agaknya?”
“Tak adalah! Takkan aku nak kahwinpula! Sekarang ni musim PKP, nak ke mana pun tak boleh,” jawab Pak Dolah.
“Habis, yang abang termenung tu, kenapa?”Mak Sodah cuba mencungkil.
“Aku memikirkan soal perniagaan aku ni!”ujar Pak Dolah polos.
“Kenapa?” tanya Mak Sodah tercolek ingintahu.
“Aku dah ambil keputusan tak nak berniaga lagi!” ujar Pak Dolah lirih.
Mulut Mak Sodah gesit melopong. “Kenapa? Bukankah ramai yang tempah ikantemenung dari abang?”
“Memang ramai tapi ramai juga yang berhutang dengan aku,” jawab Pak Dolah sedih.“Sampai makan pokok, macam mana aku nak berniaga?”
Biji mata Mak Sodah terkesip-kesip. Mulutnya pelohong lagi. “Kenapa abangbagi mereka hutang?” soalnya setagal kemudian.
“Tak sampai hati pula aku tengok, Odah! Mereka yang berhutang tu memang orangsusah. Kebanyakannya tak ada suami, ibu tunggal... pendapatan tak ada.Anak-anak nak makan. Aku terpaksa bagi... aku niat sedekah,” suara Pak Dolah bernadasayu.
Bagi Pak Dolah, hanya itu saja pahala yang dapat dia cari dalam waktu-waktunegara dibelenggu PKP ini. Dia tidak kesal malah bersyukur kerana dapat jugabersedekah walaupun dia sendiri bukanlah orang yang berada.
Malam merangkak semakin jauh. Alam sekeliling semakin sepi kerana erat didakapPKP. Pak Dolah hanya mampu berdoa dalam hati. Cepat-cepatlah Covid-19 ini menghilangdari bumi nan makmur ini. Semoga PKP tiada lagi. Dalam kalangan masyarakat masihramai yang menderita hidupnya kerana virus durjana ini. Jangan biarkan merekaterus hidup dalam kesengsaraan di tanah air sendiri.
PELARIAN AQLI
SMAHADZIR
DALAM renjisan ilam bulan, dalam kerdip miang buruj bergantungan,geliang-geliut dansa itu menggelinyang. Sorai sorak pecah bersipongang,menggigir ruang penjara wilayah Alkhatiya. Wilayah hebat, wilayah indah, antarawilayah terakhir di penghujung horizon. Aqli terkujur rengsa di celahonggok-onggok aroma serbat ijajil, terapung ditandu kepak-kepak kulimbambangyang gepeng dan mudah lopong.
Masya-Allah! Cepatdia bingkas.
“Hei, kenapa?Kenapa buru-buru bingkas?”
Aqli dan Nafsiterkejut. Cengang dua kerabat itu memantul beliak menyelinap mencumbumerlip-merlip ruang berkabut. Di luar penjara, langking malam kian berinsutpudar. Wilayah Alkhatiya galak menyingkap hijab. Penghuni penjara semakinghairah menggelinyau bermandi merlip ruang kuning keemasan.
“Siapa kamu. Datangtidak diundang menggugah nyedar tidurku?”
“Aku Tawaba!”
“Kenapa kamu kemari?”
“Untuk memaksamuberfikir!”
“Memaksa akuberfikir?”
“Ya, memaksa kamuberfikir dengan akalmu, Aqli!”
“Apa yang harus akufikirkan dengan akal itu?”
“Jumlah hari kamudipenjara!”
Ilai bingarmenyergah sentak. Melerai karar Tawaba. Aqli kelinglungan, menyambar tunakkulimbambang menggeletek miang di sebalik kilatan-kilatan kepaknya yang sudahlopong, aroma pesona memantul-mantul, berkitar-kitar ke segenap ruang.
“Mahu aku menandumuke puncak rambulan?” kulimbambang tersenyum menggoda.
Pipi dibelaitelapak lunak. Gerbak bauran bunga-bungaan tajam menusuk hidung. Kulimbambangberkepak gepeng, menggelinyang menyendel-nyendel gunung gemunung.Menggelek-gelek abdomen melontar gelecak goda menggugah imamat.
“Atau bersamakumemetik bintang kejora di langit biru?” kulimbambang semakin menggoda.
Subhanallah! Lekasdia berpaling.
“Hitungkan jumlahhari kamu dipenjara!” suara Tawaba bergema.
“Di mana aku harusbermula?” Aqli kebingungan.
“Bermula daripenjara wilayah Sabwah, wilayah Mazmumah, wilayah Maudhuk dan wilayah akhirini!”
Aqli terkedu. Dadamenggelepar mengimbau ingatan silam yang hampir sebam. Bilah-bilah waktu kianmelenyap mengetuk-ngetuk lawang gelisar.
“Lebih tujuh belasribu lapan ratus lapan puluh hari! Bukan begitu?”
“Errr… mana kamu tahu?”
“Tidak perlu kamutahu dari mana Tawaba tahu!”
Senyum Tawabamenyendal nafas. Kitar silir bagai menampar-nampar langking malam. Gebar tidurmemantul pijar. Keringat buar menyimbah. Aqli terkedu lagi.
“Begini saja, Aqli!Aku akan menunjukkan kamu jihat ke satu wilayah yang lebih indah dariwilayah-wilayah yang pernah kamu lewati selama ini!”
“Apakah kamu tidak berbohong?”
“Tawaba tidakpernah berbohong, Aqli!”
“Di mana wilayahitu?”
“Sabar, Aqli!Wilayah itu tidak terlalu jauh dari sini!”
“Aku tidak dapatmenahan sabar lagi! Bagai terbayang-bayang keindahan wilayah itu di mataku!”
“Bermakna kamu kianmenghampiri cahaya wilayah itu !!”
“Wilayah itubercahaya?”
“Ya! Bercahayadengan nur jannah!”
“Lekas! Lekasberitahu aku di mana wilayah itu !!”
“Sabar dulu, Aqli! Tawababoleh memberitahumu segalanya tentang wilayah itu tetapi dengan dua syarat!”
“Cuma dua syarat?”
“Iya!”
“Apa syarat-syaratitu?”
“Syarat pertama:kamu harus melarikan diri dari penjara ini!”
“Apa? Melarikandiri? Bermakna aku harus menjadi pelarian? Begitu maksud kamu?”
“Ya! Kamu harusmenjadi seorang pelarian! Apakah kamu gelentar dengan pemburuan soldadu-soldadupenguasa wilayah Alkhatiya?”
Hela nafas Aqlipanjang dan berat. Kecanggihan mesiu soldadu itu nyalar benar menewaskan musuh.Tepat dan jarang tersasar. Dia sendiri sudah jutaan kali tersungkur di kakibumi. Namun kilauan nur jannah gesit menegak tekad. Pelarian adalah perjuangan.Perjuangan memerlukan pengorbanan. Perjuangan menuju jihat nur jannah adalahperjuangan yang murni. Pengorbanannya juga adalah pengorbanan yang murni.Gelentar menggigir gesit terpelanting ke rusuk malam disigung geru bingar. Akutidak gelentar! Aku tidak gelentar!!!
“Hei… hei! Memangkamu tidak pernah gelentar. Tubuhku bisa mengapung kamu ke puncak kayangan! Dankamu akan terapung-apung di sana!” kulimbambang masih menggoda. Mengirai tawamanjanya. “Ayuhlah cepat! Ini obor renjanaku! Sudah tersuar, tidak dapatdibendung lagi. Tidak terlalu lama untuk kita berlabuh di puncak kenikmatan itu!”Kulimbambang berkepak biru menggelecat menyiat-nyiat kepaknya di sebalik genceltabir yang nipis. Sorai menggelincir tingkah meningkah menyendat ruang penjara.
Ya Allah! Aqligesit meminggir ke pojok sepi dan terus bertafakur menikmati hira’ diri,membiarkan Tawaba menyingkap gebar ilusi.
“Pengalaman silamterpenjara lebih tujuh belas ribu lapan ratus lapan puluh hari diwilayah-wilayah itu amat menyiat pedih, Aqli! Memang wajar tidak perlu gelentardengan buruan soldadu musuh. Mesiu hamburan mereka mampu ditangkis...”
“Syarat kedua?”
“Tidak sabar ya?Kamu harus polos memilih satu antara tiga turus untuk dipancangkan diwatas-watas wilayah-wilayah silam.”
Belangah Aqli tiadaupaya dikacip. Cerlungan menunak tiga turus kersani asmaradanta menyandarselajur teguh di bingkai mimpi. Impian nur jannah mengarifkan akal polosmemilih turus kersani jati - turus mun’aqidah!
“Aduuuuuuhhhhhhh…tolong aku!!!!!!!”
Alun suara manjaakas mencium kuping, menggesa dia bangun. Berkelintar di pojok sepi. Warawirimencari. Menyelak tabir-tabir pudar yang bergantungan di ruang penjara. Sikulimbambang tadi terapung-apung di bumantara, melontar erang menusuk sukma.
“Tolonggggggg…tolonggggg akuuuuu!!!!”
“Kenapa dengankamu?”
“Aku… akukesejukan! Lihat… lihatlah obor renjanaku ini! Terpadam dikitar angin. Cepat…cepat nyalakan kembali, biar tersuar terjulang ke puncak kayangan dan aku pasti,kamu akan turut terapung ke puncak kayangan dengan nyalaan itu nanti!”
“Cissss !! Tak habis-habisdengan renjanamu!!!” gesit marah Aqli memuncak. Sebuah tendangan diterbangkanke muka kulimbambang.
Raung pertama bingar disusulraung kedua lebih menyentakkan. Menggigir ruang penjara. Pusar silir terkedu,mengundang dua kerabat buru-buru menerpa. Gejolak gusar Aqli terus membuar.Turus kersani jati mun’aqidah gesit menusuk, memburai usus kulimbambang berlambakandi lantai penjara. Kulimbambang menggelepar dengan erangan penghabisan bersamaobor renjananya yang tidak sempat dinyalakan. Masing-masing ghobar.
“Kenapa kamu bunuh kulimbambangitu, Aqli?”
“Kenapa? Salahkah akumembunuhnya, Nafsi?”
“Dia obor renjanaku!”
“Bagus dan tepat sekali! Akumemang mahu membunuh obor renjanamu! Sudah lama hasrat itu tergantung dan hariini adalah waktu terbaik dan aku gembira dengan pembunuhan ini!”
“Kamu terlalu kejam, Aqli!”tiba-tiba Hati mencelah.
“Ho, ho, ho! Kamu sekongkolNafsi rupanya! Hei, Hati! Kamu berhak mengatakan aku kejam. Kejam membunuh oborrenjana Nafsi. Tetapi kamu harus ingat, aku berhak membunuh obor renjana miliksesiapa saja! Hatta kamu!”
“Membunuh aku?” Hatiterlunga.
“Ya, Hati! Aku berhakmembunuh kamu, juga Nafsi, demi memudahkan cita-citaku!”
“Apakah kamu lupa kami inikerabatmu?”
“Ada ketikanya kerabatseperti kamu berdua perlu dihapuskan demi mencapai cita-cita yang lebih murni!”tegas Aqli.
“Yang pasti, pembunuhan iniakan mengundang hukum bunuh juga ke atas kamu oleh penguasa wilayah Alkhatiya!”ujar Nafsi.
“Bagus! Itu yang akuimpikan. Tapi harus diingat, bukan aku seorang saja yang bakal dihukum tetapikamu berdua juga!” balas Aqli.
“Bukan kami yang melakukanpembunuhan ini! Kami sekadar melihat… melihat turus kamu meradak ususkulimbambang itu…” ujar Hati.
“Melihat tanpa sebarangusaha menegah atau menghalang adalah subahat namanya. Kamu telah bersubahatdenganku di dalam pembunuhan ini dan wajarlah menerima hukuman yang samadenganku!” balas Aqli bersahaja.
Hati dan Nafsi tercenungpenuh sentak.
Aqli sudah jauhmeninggalkan. Turus waja besi kersani mun’aqidah kejap tergenggam di tangan.Tekad membundar, meredah penuh semangat menyusur jihat itu, berliku, berduri,beronak, sarat dengan batu-batu kerikil sepanjang jalan. Bagaikan sudah terbayangwajah Tawaba yang akan menunggu di wilayah itu, menggamit-gamit dan tersenyumdi celah gunung gemunung.
“Aku akan menunggu kamu disana. Datanglah! Dari situ, aku akan tunjukkan jihat kiblat dan perjalanan kamutidak terlalu jauh untuk tiba di wilayah Al-Rab. Di wilayah itulah kamu akantemui segalanya!”
Langkah Aqlisemakin cepat, membelah kabut waktu dengan kelajuan lancar tidak tersekat.Silir berpusar di sekitar. Gerbang Al-Rab serasa kian mendekat. Turusmun’aqidah di tangan akan dipancangkan di pintu gerbang wilayah itu.
“Tungguuuuu!!!”
Aqli menoleh cepat. Hati buru-buru menguntit.
“Tunggu, Aqli! Lelahkumerengsakan seluruh jasad. Kamu terlalu gesit meninggalkan kami.”
“Huh, mana Nafsi? Mana dia hah?” tanya Aqli.
“Dia jauh ketinggalan di belakang sana!” jawab Hati.
“Terlalu asyik barangkali!”
“Benar, sewaktu kami berduamelewati wilayah Maudhuk tadi, dia singgah di situ. Berkali-kali aku menegah,namun dia terlalu degil. Nafsi telah tergoda oleh gerbak pesona renjisankulimbambang yang cantik menawan di situ.”
“Dia akan rasa penanganku nanti!”
“Kita tunggu di sini saja!”
Aqli mendengus panjang lalumencangkung di naung raksamala tembun dengan wajah jerau mencuka. Hati turutmenyandar menghela nafas menyisih cangip yang menyerang dada. Kelitar mata berselerakmencari Nafsi. Kenapa terlalu lama sangat hah? Apakah dia sudah ditawan semulasoldadu wilayah Alkhatiya? Kebimbangan meraja di hati. Mentari kian mencanak,menyiram molekul pijar ke ruang maya. Aqli bingkas dari cangkung, mengintaicelah-celah kitar angin. Mana Nafsi? Mana dia pergi? Gelodar rasa amatmenghenyak. Wilayah itu perlu ditandangi sebelum senja cagun. Begitu pesan Tawaba.
Resah menanti, dari hujunglorong sempit, Aqli mencerlung tunak Nafsi longlai mengatur langkah. Tangangagah merangkul erat kulimbambang cantik melentuk di pundak. Aroma serbatijajil tajam menyendal nafas kala mendekat dan menyeringai besar. Tengik bau serbatitu cepat benar menggelincir mengapung dikitar silir.
“Kamu terapung di wilayah itu lagi?”
Nafsi mengerisin, meleleh-leleh air liur. Mengundang gelodar buardada Aqli.
“Sudah aku katakan, kitaperlu cepat sebelum busar mentari memijar,” Aqli membuak gusar.Membuncah-buncah.
“Maaf, langkah kakikutersasar tadi!” Nafsi mengerisin lebar. “Lalu tersesat di lorong sempit. Sukarmelolos diri. Lantaran itu aku lambat tiba di sini !”
“Hmm, begitu ye! Di mana kamu tersasar?” Mata Hati terjegil.
“Err… di wilayah Maudhuk…wilayah maya… apung-apungan…!” Kerisin Nafsi lebih lebar. Kulimbambangmenggeletek di sisi. Aroma serbat ijajil kian berkitar-kitar.
“Huh, tidak jenuh-jenuh kamuye?” Aqli mendengus kuat melihat Nafsi terlentang dengan buakan busa-busahanyir berlambakan seraya menghembus asap penumbuk yang berkelun ke bumantara.
“Ma… ma… maafkan aku…”
Kalimat Nafsi tercantas terusoleh hayunan tapak kaki gabai ke muka. Bingar suara geru melangsing.Kulimbambang bercempera. Hati menggigir melihat wajah Aqli serlah jerau. Marahsungguh.
“Itu habuan wajar untuk kamu, Nafsi! Kamulahyang nyalar menggagalkan segala usahaku,” Aqli melampias jengkel. “Ribuan kalisudah aku katakan. Kita harus cepat ke wilayah itu. Tawaba sedang menunggusebelum mentari meninggi tapi kamu terlalu ketegar. Aku amat mendidih dengankerenah kamu!”
“Sudah Aqli, sudah!” Hatipenyabar. “Ayuh, kita teruskan perjalanan!”
Wilayah apa ini? Nihil.Gurun tandus. Sepi silir karar. Tanah kontang. Cakerawala kirmizi.Onggok-onggok kabur bertabur. Bumantara menggigir digusut pijar mentari membuakubun. Sejak dulu, lebih tujuh belas ribu lima ratus hari tercangip warawirimencari jihat itu. Sehingga tiba di wilayah ini. Wilayah apa ini? Tidak persiswilayah-wilayah silam yang jenuh dilewati. Kepada siapa mahu ditanya wilayahapa ini? Seribu kali ditanya pada Nafsi, jawapannya gelengan mangli. Beribukali ditanya pada Hati, jawapannya bungkam sepi. Beribu-ribu-ribu kali ditanyapada diri, terangkat pundak sendiri. Mahu ditanya pada Tawaba? Mana Tawaba?Mana Tawaba???
“Ya, mana Tawaba? Mana Tawaba, Aqli?”
“Dia ada di sini! Dalam mimpiku Tawaba ada di sini!”
“Barangkali kamu sudah tertipu dengan mimpi Tawaba, Aqli!”
“Tidak Hati! Aku tidakpernah ditipu oleh mimpi Tawaba. Tawaba akan menunggu kita di wilayah ini untukmenunjukkan jihat itu.”
“Habis, mana Tawaba?”
“Sabar, Tawaba ada diwilayah ini. Aku pasti, dia akan muncul menunjukkan kita jihat itu.“Percayalah!”
“Ahhh… aku sudah dihenyakjenuh, Aqli! Sudah lebih seratus hari kita terkitar di wilayah ini namun Tawabaitu belum lagi menjelma. Sampai bila kita harus warawiri begini, hah? Sampaibila? Aku tidak sanggup lagi bertahan. Wilayah ini wilayah jelek, wilayah sepidan wilayah mimpi yang tidak sengoti dilewati.”
“Ini bukan wilayah mimpi,Nafsi! Ini wilayah realiti. Kita harus melewati wilayah realiti untukmemadamkan jejak-jejak silam di wilayah ilusi.”
“Ahhhh… kita pulang saja kejihat ghurub sana! Jelakku membuar amat di wilayah ini. Ayuh, ayuh kitaberpatah balik…”
“Benar kata Nafsi itu! Ayuh kita berpatah balik ke wilayah Sabwah!”
“Apa katamu? Berpatah balikke wilayah bolong itu? Wilayah Sabwah yang kohong, sarat dengan bejat itu?”
“Ya, wilayah itu lebih harmoni, tiada bahangmentari mencokot begini. Wilayah Sabwah subur dengan tanah-tanah Alkhatiya. Akurindukan kesuburan tanah-tanah itu. Ayuhlah… ayuh kita tinggalkan wilayahgersang ini.”
“Tidak Nafsi! Tidak Hati!Tidak sekali-kali aku mahu berpatahbalik ke jihat ghurub itu , ke wilayah silam itu!”
“Tapi, lebih baik dari meraban warawiri begini!”
“Barangkali kamu berdua sudah lupa turus mun’aqidah kita di watas wilayah itu?”
“Tusukan turusku amatcangkat, Aqli! Mudah dihogeh dan dicabut dari rahang tanah.”
“Tapi kamu harus ingat, iasudah tumbuh menjadi pohon istikrar, berakar dan berumbi. Menjalar kejap ketujuh petala bentala. Kini sudah berbuah nasuha.”
“Itu turusmu, bukan turusku! Turusku turus laghwu!”
“Apa, Nafsi? Turus laghwu?”
“Ya, turus laghwu!”
“Bagaimana dengan turusmu, Hati?”
“Turusku turus ghamus, Aqli!”
“Jadi, bukanlah turus mun’aqidah seperti yang aku sangkakan selamaini?”
Nafsi dan Hati terdiam.
“Kamu berdua telah menipurupanya! Aku menyangkakan kamu telah memancang turus mun’aqidah, rupanya turuslaghwu dan ghamus! Aku amat kesal dengan kamu berdua. Tidak habis-habis mahu menyusahkanaku!”
Nafsi dan Hati terus diam. Masing-masing merunduk.
“Jadi, kamu mahu berpatahbalik juga ke wilayah itu? Kamu mahu terus tercangip dipeluk dibelai bolong dankohong itu?
“Ya!”
“Hei Nafsi! Wilayah Sabwahitulah wilayah asal kita terlandai dan tergelincir ke gaung ammarah. Lihatakhlakmu itu, Nafsi! Bekas robekan dari hentakan batu pejal kala kitatergelincir ke gaung itu membuatkan tubuh akhlakmu parah terkucel lebih duabelas ribu tujuh ratus tujuh puluh lima hari!
Diam.
“Hah, kau Hati! Apakah kamusudah melupakan betapa mertabatmu turut berkecai di gaung itu? Dikitar-kitardan dicaing-caing oleh batu pejal di situ!”
Diam juga.
“Siapa yang merawatnya?Bukankah aku yang merawat kamu berdua? Aku melupakan kamu kepada gaung itudengan rawatan muhasabah? Aku yang menghadiahkan penawar berupa turusmun’aqidah untuk dipancangkan di watas wilayah-wilayah kohong dan bejat itu!”
“Tapi, tubuh kamu juga turut tersiat di gaung itu!”
“Benar, Nafsi! Memang benar tubuhku pernah tersiat di gaung itu.”
“Akhlak kamu juga turut parah, bukan?”
“Itu juga benar, Hati!”
“Kita bertiga sama saja,Aqli! Jadi, apa lagi yang mahu kamu ungkitkan? Lagipun, bukankah segalakeparahan dan kepincangan itu satu tuntutan warga wilayah Sabwah? Dan kamu jugaantara warganya yang telah berjaya di dalam tuntutan itu? Kamu lebih parahdalam akhlak dan mertabat, Aqli! Betul bukan?”
“Benar segalanya! Memang akuakui itu semua tapi kamu harus sedar. Aku terdorong oleh helaan kamu semuajuga. Kamu, Nafsi dan Hati nyalar mengalahkan aku sehingga aku kecundang olehhelaan kalian. Tapi, aku cepat bingkas dari dunia lagha itu. Aku berusahamencari penawar dengan bermuhasabah. Akhirnya aku menemuinya dengan turusmun’aqidah dan sudah kuagih-agihkan kepada kamu berdua, bukan?”
“Hmm, kamu mengaku juga ye!Kalau begitu akur saja kataku. Ayuh cepat ikut langkah kakiku pulang ke wilayahSabwah!”
“Tidak, Nafsi! Kini akutidak lagi akan terdorong oleh helaanmu. Aku kini adalah Aqli perkasa yangberturus nasuha. Aqli kini setia menunggu Tawaba untuk menuju ke jihat itu.”
“Huh, muak aku! Lagi-lagi Tawaba!Lagi-lagi Tawaba! Mana Tawaba itu? Mana? Tunjukkan pada aku mana Tawaba itu?”
“Tawaba itu ada di sini. Diwilayah ini. Dia akan muncul untuk memandu kita ke jihat itu. Percayalah!”
Silir terus berkabut.Nafsi dan Hati menggelinyang di bawah tusukan mentari. Aqli gagah menghayunlangkahnya menentang gelora membelah bingkai pijar ke naung gunung gemunung.Nur jannah berkilauan menjulang dari puncak gunung. Bayangan wajah jihat kiblatyang diimpikan sekian lama bergentayangan. Mana Tawaba? Mana Tawaba? Aku datangkepadamu. Tunjukkan aku jihat itu!
Nafsi dan Hati semakin ligatmenggeletek bermandi impian silam. Keayuan wilayah Maudhuk, keindahan wilayah Sabwah,kenikmatan wilayah Mazmumah, kesuburan tanah-tanah Alkhatiya dan keseronokandiapung silir di puncak kayangan. Menghela-hela kerinduan, menggelodarkeinginan.
“Hei Hati! Apa kata kalau kita lari dari sini!” Nafsi menarikperhatian hati.
“Lari? Lari ke mana?” Hati tercolek ingin tahu.
“Kita ikut jihat masyhrik!”
“Ke wilayah Mazmumah?”
“Ya!”
“Maaf Nafsi! Aku mahu mengikut Aqli menyusur jihat kiblat!”
“Ahhh… cepat benar kamu berubah.”
“Sejak tadi aku sudahbertekad tidak mahu kembali lagi ke wilayah silam, Nafsi! Aku ingin bersamaAqli ke wilayah Al-Rab. Aku dapat rasakan ketenangan, kedamaian, keindahan dansegalanya yang ada di wilayah yang tidak pernah kita lewati itu. Silir yangmenerpa tubuhku sekarang seolah-olah datang dari wilayah itu. Apakah kamu tidakdapat mengesannya?”
“Jangan mudah terpedayadengan pembohongan Aqli, Hati! Kalau kamu dapat merasakan kebenarannya, akupula dapat merasa pembohongannya.”
“Apa maksud kamu?”
“Tidak mungkin akan ada lagiwilayah yang lebih indah, cantik, tenang, damai dan segalanya dariwilayah-wilayah yang pernah kita lewati dulu. Cuba kamu ingat kembali kesuburantanah-tanah Alkhatiya di jihat ghurub. Tidakkah kamu rindukan bunga-bunga yangmengelopak seri, cantik menawan di wilayah itu? Tidakkah kamu masih terliurdengan buah-buah ranum mungil yang manis bersarinya di sana?”
Hati diam.
“Bayangkan pula wilayah Maudhukdan Alkhatiya yang kaya dengan kulimbambang berwarna-warni. Bukankah kamupernah dibawa terbang kulimbambang itu ke puncak kayangan? Bukankah kamu nyalardiiring mendaki tangga bumantara untuk mencapai rambulan di wilayah itu? Danlagi, tidakkah kamu rindukan kipasan sayapnya yang dingin, membuai tidur malamsehingga terlantun ke mahligai bidadari?”
“Aku masih ingat semua!”
“Bagus! Jadi, kenapa harus dilenyapkan begitu saja dari diri?”
Hati mengeluh berat dan rengsa.
“Kamu berbelah bahagi?”
“Entahlah, Nafsi!”
“Usah banyak berfikir lagi,Hati! Mari ikut aku melarikan diri dari sini. Kita hidup di wilayah-wilayah itubuat selama-lamanya dalam keindahan, kenikmatan, keseronokan dan sebagainya.Ayuh, jangan buang masa lagi…”
“Tunggu dulu Nafsi!”
“Tunggu apa lagi, Hati!”
“Tunggu untuk mendengar kata-kataku pula!”
“Apa lagi yang mahu kamukatakan? Bukankah hujah-hujahku tadi cukup lengkap dan sempurna untuk kitakembali ke wilayah-wilayah silam?”
“Memang lengkap dan sempurnasehingga aku hampir-hampir termakan oleh gizi yang kamu luahkan!”
“Jadi, mahu apa ditunggu lagi?”
“Dengar pula hujahku sebelum kita pergi!”
“Hmmm… begitu, baiklah!”
“Tidakkah kamu pernahmenghitung jumlah hari yang kita lewati di wilayah-wilayah silam itu selamaini? Tidakkah kamu sedar apakah manfaat yang kamu dapat hasil darimenggelinyang penuh kenikmatan di sana?”
Nafsi diam.
“Lebih tujuh belas ribulapan ratus lapan puluh hari kita warawiri tanpa tujuan pasti, tanpa sebarangmanfaat sejati, tanpa akhlak murni, tanpa mertabat diri dan apa yang kita dapathanyalah kenikmatan duniawi yang bakal mengundang kemurkaan Pencipta Hakiki.Apakah kamu sedar semua itu, Nafsi?”
“Hei, dari mana kamu dapat kalimat-kalimat asing itu, hah?”
“Jangan khilaf, Nafsi! Silirdi sini telah menyentuh kesedaran hakiki. Di sini berkesiuran silir dariwilayah Al-Rab yang murni, yang sarat dengan harmoni dan lagi, aku sudah tidakberupaya berpaling lagi untuk melarikan diri.”
Nafsi terus diam.
“Kamu masih mahu menurut kata naluri?”
Nafsi kerkedu.
“Lupakanlah soal mahu melarikandiri itu, Nafsi! Marilah kita bersama Aqli mencari wilayah Al-Rab yang semakinmenghampiri. Aku rindukan zatnya yang abadi, murni dan jauh lebih suci darisegala wilayah yang pernah kita lewati.”
“Mana kamu tahu wilayah itu semakin menghampiri?”
“Tunggu dan lihat saja nanti!”
Nafsi rengsa mengeluh, terusterkedu dan merunduk akur dengan kegagalan menghasut Hati. Sesungguhnya, diatelah kecundang dan mahu tidak mahu terpaksa menguntit Aqli yang sudah melepasihimpitan gunung gemunung dan kini mereka telah tiba di satu wilayah karar.Disalir sungai-sungai bening, kesiur silir harmoni, dingin dan segar. Danbenarlah kata Aqli. Tawaba di naung awan gemawan menanti dengan senyum memurup.
Hubub tenang silir mesraberpusar, memandu Aqli memancang teguh turus mun’aqidah di kemuncak pelarian.Wilayah Al-Rab - wilayah karar, wilayah murni suci, mengalir sungai-sungaipembersih nurani Hati dan Nafsi dengan bening akhlakul karimah. Wilayah meruahtauhid ulluhiyyah, merimbun pohon-pohon muhasabah, memurup bunga-bunga mahmudah,membuah meranum kemanisan lawwamah melata menjalar menyubur juzuk jasadiahaqliah.
Aqli terpana di saujanalautan keagungan purbawisesa setelah melayari jutaan marhalah ditandu bahteraiman dengan suluhan nakhoda ilmu lalu mencecah pantai amal berpasir bersih. Dandi pantai bersih ini Aqli berlabuh dalam bening keesaan-Nya.
NGOK
SMAHADZIR
SEBUAHnegeri antah berantah, negeri yang para penghuninya sukakan hukum jahiliyah,Negeri Ngok. Mengamalkan hukum jahiliyah ini dalam semua aspek kehidupan. Terletakdi sebuah mandala bawah sinar matahari. Panasnya sepanjang tahun. Hujannyasepanjang tahun. Anginnya juga sepanjang tahun, bertiup, menari-nari dan selalumenggoyang-goyangkan dedaunan di seluruh negeri. Negeri subur, rakyatnyamakmur.
Angin sentiasa menerjang tembok-tembokpanjang dan tebal sempadan. Pijaran matahari menerobos bumi, menyeruak ruangjagat. Tetapi udara kini kian panas, bergerak dan berputar kencang. Sebahagianberanggapan sebagai sambutan alam atas peralihan kekuasaan kerajaan.
Kisahnya bermula setelah seorang nabi wafat kemudiankepemimpinan Dinul Islam jatuh ke tangan Maharaja Ngok; pilar-pilar Dinul Islamdiruntuhkannya dan dicampuradukan dengan ajaran monarki, padahal Khuza’ahberserta seluruh warganya merupakan keturunan nabi yang masih menganut agama Tuhan.Apa yang nyatanya ialah sejak kepemimpinan Maharaja Ngok ini, konstitusi,pilar-pilar dan aspek-aspek Dinul Islam dihancurkannya kemudian diganti dengansistem pemerintahan Dinul Ngok yang berpedoman kepada ajaran monarki.
Negeri Ngok mengamalkan sistem aristokrasi, timokrasidan oligarki juga demokrasi. Pengertian demokrasi di negeri initermasuk dalam demokrasi secara langsung. Rakyat boleh mengikuti semua urusannegara atau secara langsung menentukan tindakan kerajaan tetapi pada akhirnyaurusan peribadi juga dimasukkan sehingga timbullah perbuatan anarkis.
Kisah panjangnya begini…
Dulu Negeri Ngok ini pemerintahannyadipegang oleh para cerdik pandai, menjalankan pemerintahan berpedoman padakeadilan. Pemerintahan aristokrasi itu tidak lagi dijalankan untuk kepentinganumum, dan tidak lagi berpedoman pada keadilan sehingga terjadilah perubahandari aristokrasi kepada timokrasi.
Dalam timokrasi inisegala tindakan pemerintah hanya dilaksanakan untuk kepentingan pemerintah itusendiri. Sehingga kekayaan dan pendapatan negara jatuh ke tangan hartawan danmenimbulkan milik peribadi, milik partikuler. Hingga satu ketika diwujudkanundang-undang yang menentukan bahawa yang berhak memegang pemerintahan ituhanyalah orang-orang kaya saja.
Dari timokrasi berubahpula menjadi oligarki. Dalam oligarki, yang memegang pemerintahan ialah orang-orangkaya yang mempunyai hasrat ingin menjadi lebih kaya lagi. Setelah rakyat yangsebahagian besar terdiri dari orang-orang miskin menyedari keadaannya makamereka memberontak melawan hartawan yang memegang pemerintahan.
Setelah pemerintahanjatuh ke tangan rakyat maka yang diperhatikan adalah kepentingan rakyat itusendiri atau kepentingan umum. Negara di mana pemerintahannya dipegang olehrakyat dan kepentingan umum yang diutamakan dinamakan demokrasi. Tetapi padaakhirnya timbullah kemerdekaan dan kebebasan yang tidak terbatas, yang padaakhirnya orang ingin merdeka semerdeka-merdekanya, ingin bebas sebebas-bebasnya.Keadaan menjadi anarki, setiap orang dapat berbuat sesuka hatinya sendiri yangmengakibatkan suasana kacau balau.
Dalam keadaan demikian,hasrat dari penguasa adalah menjaga supaya tidak ada persaingan terhadapdirinya, lalu berlakulah tirani, amat menekan kehidupan rakyat.
Itu sejarah ringkasNegeri Ngok.
Sebelum Negeri Ngok menjadi tirani, untuk memusyawarahkandan memutuskan segala urusan masyarakat dan negeri, didirikan sebuah LembagaMajlis Permusyawaratan yang diberi nama Darun Ngok. DiDarun Ngok inilah terbentuknya parlimen, majlis kabinet kementerian Negeri Ngokdengan berpedoman kepada undang-undang dan hukum yang bersumber dari nenekmoyang jahiliyah mereka.
Darun Ngok berfungsi sebagai tempat untukmemusyawarah, memutuskan segala urusan kenegaraan dan pemerintahan, sepertimemusyawarahkan masalah ideologi, politik, undang-undang, ekonomi, sosial, budaya, agama, pendidikan, perkahwinan, kesihatan,akhlak, moral, waris, denda, kepolisan, ketenteraan, perang, ilmu pengetahuan, teknologidan sebagainya.
“Adaapa dengan Negeri Ngok ini?”
“MaharajaNgok telah mengambil-alih kekuasaan!”
“Itu bagus!”
“Itutidak bagus…”
“Kita mesti ubah kerajaan dulu,”
“Maharaja Ngok lebih baik dari pemimpindulu,”
“Lebih baik kita kekalkan kerajaanlama,”
Pelbagai pandangan, pelbagai pendapat.
Pascaperalihan kerusi kekuasaan, sebuah khabar panas segera beredar. Negeri ini - NegeriNgok.
“Ada jabatan apa di negeri ini dibuatoleh pemimpin baru - Maharaja Ngok?”
“Banyak… ada Jabatan Ngok 1, Ngok 2, Ngok3, Ngok 4, Ngok 5, Ngok 6…”
“Apa tugas Jabatan Ngok 1?”
“Mengurusmakanan terutama jamuan bagi para orang besar yang datang dari luar negeri. Adapunbiaya untuk jamuan ini dipungut setiap tahun dari segenap rakyat semua bangsa yangmendiami Negeri Ngok. Jabatan ini juga yang mengeluarkan surat kebenaran kepadaperasuah, pelacur, peminum arak, penipu, pembohong dan semua penjahat melakukanperbuatan mereka. Jabatan ini diketuai oleh seseorang lelaki buta dan tidaktahu mengira wang.”
“Jabatan Ngok 2 pula?”
“Membiarkan kehormatan rakyat dicabul sesuka hati danjuga tidak mempedulikan ketenteramannya. Sesiapapun tidak dibenarkanmengeluarkan perkataan yang baik-baik dan hanya boleh bercakap perkataan yanglucah-lucah sahaja terutama dalam majlis sewaktu Maharaja Ngok sedang berucap.Sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut akan dipenjarakan tanpa berpeluangdiadili di mahkamah. Jabatan ini juga akan bertindak membantu penjenayah jikamereka dizalimi orang awam. Setiap warga Negeri Ngok mesti menghormati parapenjenayah kerana para penjenayah adalah sebahagian dari warganegara yangmendiami Negeri Ngok.”
“Ada apa lagi dengan Negeri Ngok ini?”
Tidak jelas siapa yang bertanya danbertanya kepada siapa. Telah tersebar jutaan pamplet yang ditampal di semuarumah ibadah dan pusat kegiatan keagamaan. Tentu saja berita tersebut padaakhirnya bukan hanya tersebar melalui pamplet, melainkan juga dalam media cetakmahupun elektronik, dalam internet, facebook, twitter, instagram, ramainetizennya ramai follower-nya. Berita yang bukan lagi isu. Warta yangdiberitakan oleh semua media massa seluruh pelosok Negeri Ngok. Isinya pendek,tetapi telah melahirkan sejumlah spekulasi dan pembicaraan setiap orang.
‘Dimaklumkan, bahawa maharaja baru telahmemerintahkan melalui semua ketua agama dan orang-orang suci di Negeri Ngok,mulai saat ini, semua larangan serta syariat agama dicabut dan tidak diberlakukan!’
Beritabesar. Tentu saja, sebab untuk pertama kalinya hampir semua ketua agama sepakatdengan keputusan maharaja, tanpa melakukan protes atau demonstrasibesar-besaran. Tidak ada seorang pun yang berani menafikan perintah tersebut. Termasukgolongan agamawan dan spiritualis di seluruh penjuru Negeri Ngok. Hal inilahyang membuatkan semua rakyat setuju dengan perintah itu.
“Setuju?”
“Setujuuuuuuuuuu!”
“Bagaimana peraturannya?”
Semuanyakebingungan.
“Apa tugas Jabatan Ngok 3 pula?”
“Mengurus masalah keselamatan istana Maharaja Ngokdan memegang kuncinya. Jabatan ini juga mengendalikan urusan harta yangdikumpulkan untuk kepentingan Maharaja Ngok dan konco-konconya. Orang yangmengetuai jabatan ini ialah orang yang dipandang lebih tinggi kedudukannya danterhormat dari yang mengetuai jabatan-jabatan lainnya kerana dialah yangberkuasa untuk membuka dan mengunci istana Maharaja Ngok. Jabatan ini diketuaioleh seseorang lelaki yang berbadan besar, berwajah garang dan gemar membunuh.”
“Jabatan Ngok 4?”
“Mengurus masalahpolitik, ketatanegaraan, kedaulatan, kepemimpinan dan pemerintahan. Jabatan inisetara dengan Jabatan Undang-undang. Jabatan ini juga yang memilih, melantikseterusnya memperakui sesiapa sahaja yang telah dipilih untuk menjadi pemimpin.Selalunya pemimpin yang dilantik oleh jabatan ini adalah bekas-bekas banduan,penjenayah dan juga para pelacur yang pernah dipenjarakan. Jabatan ini diketuaioleh seseorang yang suka melanggar undang-undang.”
“Jabatan Ngok 5… apa tugasnya?”
“Sebagai pengurus tanggunganjiwa dan harta benda yakni asuransi jiwa dan harta, misalnya urusan membayardenda kerana kesalahan tidak mengambil rasuah, tidak merogol atau tidak membunuhorang. Jabatan ini diketuai oleh seseorang lelaki yang suka menipu, mantanperagut.”
“Err, bagaimana denganJabatan Ngok 6?”
“Mengurus genderangperang. Jika ketua jabatan ini telah memukul genderang, maka segenap pendudukterutama kaum lelaki (warga Negeri Ngok) wajib bersiap-sedia menyiapkan perlengkapanperang. Jabatan ini juga yang mengendalikan urusan pasukan berkuda dan kenderaanlainnya untuk keperluan perang. Jabatan ini diketuai oleh seseorang pondan yangtakut mendengar bunyi senapang.”
Semuanya semakin kebingungan.
“Tenang, tenang!” Kebingungan itu tidakberlangsung lama. Seterusnya mereka melakukan sesuatu yang sebelumnya merekaanggap haram atau dilarang untuk dilakukan.
“Galakanpelacuran dan perjudian!”
“Benarkan rasuah dan kronisme!”
“Relakan pesta seks dan festivalarak!”
“Setujuuuu!!!!!”Demikian jerit orang ramai yang sebelumnya telah menjadi penegak syariat agama.Mereka sangat gembira. Namun ketika para pencuri mahu melancarkan tindakan mereka,mereka gesit digulat bingung. “Siapa yang mesti jadi korban? Semuanya sudahjadi penjahat?” ujar mereka sambil menggaru-garu kepala. “Awas, jangancuba-cuba berbuat jahat kepada penjahat!” Tegas ketua pencuri, yang sebelumnyaadalah seorang spiritualis.
“Siapasasaran kami?” tanya sekelompok pemuda yang baru saja menukar kerjaya, daripekerja sosial menjadi penyamun kelas atasan. Tentu saja ketua pencuri bingung.Tetapi setelah agak lama berfikir, dia pun tersenyum.
“Sasarankejahatan kita adalah para penjahat yang sudah sejak dulu jadi penjahat!”
“Setujuuuuuuu…!”
Parapenjahat senior terkejut. Termasuk orang-orang yang sebelumnya tidak percayakepada Tuhan, kini kesehariannya diselimuti oleh kebimbangan.
“Malapetaka!”
“Ya…inilah malapetaka!”
“YaTuhan, negeri ini sudah menjadi negeri tirani… anarki… keadaan sudah kacaubalau…”
“Ya, kita perlu mencari seorang pemimpinsebenar...”
Hanyaberselang sepuluh tahun selepas itu, rumah-rumah ibadah dan pusat-pusatkegiatan keagamaan kembali didatangi dan disesaki orang. Mereka adalahorang-orang yang selama ini meremehkan, mengejek bahkan menganggap Tuhan tidakada. Orang-orang yang selama ini melakukan kejahatan dan penyelewengan. Mungkinmerasa telah direbut mata pencariannya, atau mungkin merasa terpanggil untukmenjadi orang beragama. Yang pasti, mereka memohon kepada Maharaja Ngok, untukditegakkan kembali syariat agama. Mereka berdoa supaya agama dan syariat segeraditegakkan semula.
Mereka juga berdoa agar Maharaja Ngoksegera digantikan oleh lelaki lain. Lelaki yang mendapat petunjuk dari langitkepada kebenaran. Mereka inginkan seorang lelaki yang usianya hampir mencapaiempat puluh tahun. Warna kulitnya coklat, hidungnya mancung, dahinya lebar, bahagiantengahnya agak cembung dan indah dilihat. Gigi serinya berkilat indah.Berjanggut tebal. Pada pipinya ada tahi lalat. Wajahnya seperti bintang bercahaya.Postur tubuhnya tegap dan tergolong lelaki yang memiliki daging sedikit, tidakgemuk. Bicaranya gagap, jika ucapannya lambat, ia memukul paha kirinya dengantangan kanan, sehingga ucapannya menjadi lancar. Lelaki yang akan memenuhi bumidengan keadilan, anak keturunan manusia terbaik yang meninggalkan kekhalifahankerana Allah dan belas kasih kepada umatnya. Lelaki yang hak ini akan diangkat keranabenar-benar diperlukan oleh bumi yang telah dipenuhi oleh kebobrokan,kejelekan, kezaliman dan ketidakadilan.
POKOK MUDA DAN PAGI
SMAHADZIR
SIAPA menyangka diaakan datang sepagi ini. Ditemani sinar rembulan hilang. Disapa deburankasatmata. Baru kelmarin dia keluar dari rumah keduanya, dihantar oleh ibu danayah. Rumah itu dia bayar setiap hari, untuk kelas nombor satu. Dia benci rumahitu. Sangat benci. Tapi dia tahu, rumah itu harus diduduki, atau sekadardisinggahi sebaik pulang dari sekolah. Temaram pagi dia lupa, tak dilihat samasekali. Dia tahu ada sesuatu datang. Rangkaian suara terdistorsi lewat kerikilhitam, rakan abadinya tatkala membunuh waktu. Menikmati senja. Di sini.
Diatahu dia dijemput. “Tapi ini belum waktuku,” fikirnya.
Anginlautan menerbangkan rambut ikalnya bak gaun pengantin, sesuatu yang selalumenghantui malam-malam singkatnya. Dia merasa tidak pernah bersama Athena,ataupun Dewi Fortuna. Sekujur tubuh Andeka, kekasih yang dia cinta ghaib tanpaharapan. Sekarang hanya menunggu giliran untuknya, mungkin. Andeka menyatukantangan, berucap sumpah di sini. Ditemani guguran daun asem dan kepulan asap.Asap ikan bakar dari sebuah pondok tua, di mana seorang nenek tinggal sebatangkara melawan kebisingan globalisasi. Itu kali pertama dia merengkuh waktu,mengidamkannya tanpa memarahi waktu seperti hari-hari kemudian.
Kinidia berfikir. Nenek telah meninggal dunia. Kelmarin. Meninggalkan kepulan asapikan bakar yang tersusup di antara sebaran daun asem muda. Siapa yang membakarikan di pondok tua itu? Tiada sempat dia hendak merangkai fikiran. Dia hanyaterhenyak. Tanpa harapan tanpa nestapa. Mozaik Andeka terangkai, berasasdeburan ombak di temaramnya dini hari. Air mata teralir, dievaporasi embriosinar sunrise yang sembari meratap dunia. Matahari, sekali lagi,menungkas tangisnya.
“Athena…Dewi Fortuna…. apakah kalian ada di sekitarku sekarang?” ratapnya.
Ufuktimur merekah malu, bertemu kekasih tercintanya, dunia atau alam maya. Hariini, esok dan seterusnya pasangan ini takkan tereliminasi waktu. Kecuali, 85juta tahun lagi, sewaktu matahari terkonversi menjadi penghisap lubang hitambesar, black hole. Dia bahkan melupakan dunia, kekasihnya. Dunia akandilahapnya tanpa pandang bulu. Bahkan, beberapa pihak mentesiskan asumsi,kekasih fajar akan terjun ke sebuah dunia baru. Melalui white hole,jelas tesis tersebut.
Walaudia tak percaya kepada tesis, seperti alamat yang Andeka tujukan kepadanya,tapi tesis satu ini terkonveksi menelusuri pembuluh vena dan menuju ke arahhempedu, jauh di mata dekat di hati.
“OhTuhan, aku ingat Andeka lagi. Maaf Andeka, untuk selalu mengumandangkan namamudari dunia fana ini. Aku tahu, kau sudah cukup terganggu dengan sejuta pesandan doa yang kukirimkan dari hatiku. Sekali lagi, maafkan aku my special one.”
Tesistadi seperti kenyataannya. Kematian Andeka dulu akan menyiksa, hingga akhirnyamencabut jiwa. Tanpa kau tahu, kau menjadi black hole itu. Dan, dia akandikirim dan akan didapati dirinya di tempat baru. Dengan Andeka, harapnya.
“Marilah…kau sudah tahu semua. Aku tidak perlu bersua sia-sia. Segera ambil takdirmu,”kata malaikat yang sedari tadi meringkuk malu di samping pondok nenek. Dia tahumalaikat bingung. Malaikat itu kasihan padanya, dan malaikat itu ditugaskanmengeksekusinya. Dia tahu.
Diaterkesan dengung malu malaikat, beranjak dari sudut cakerawala di ufuk tengah.Sebuah impuls hebat menggoyah otaknya kuat. Saluran eusthacius ditelinganya sudah tiada respon fungsi. Jangankan berjalan, berdiripun diatergontaikan angin.
“Jikakau mampu melewati madrasah itu, kuberangkat tanpamu,” kata malaikat memberisecercah cahaya, walau dia tahu dia tidak akan boleh merujuk madrasah itu. Diaberusaha. Dikerahkan tenaganya yang hampir bernilai minus, menimbun asid laktat di jaringan otot. Dia belum menyerah.Belum sampai kini.
Diasudah menyangka Arjuda akan sepagi ini. Ditemani semua hal. Rakan, mungkin.Baginya. Suatu pesan terkirim ke otaknya. “Oh tidak!” fikirnya. Pihak atasansudah menagih. Dia sudah terlambat dua hari. Sedari tadi dia meringkuk di tepipondok tua. Ya, bersama konveksi asap ikan bakar yang menuju ether bakdeburan air terjun yang selalu akan menghentam batuan di bawahnya.
Arjudatelah sedar, sedari tadi. Dirinya dan tujuannya. Ialah sekarang air terjun itu,dan Arjuda adalah batuan di bawahnya. Segera, batuan tersebut akan terbelaholeh sinar gamma. Sinar gamma berwujud malaikat kecil yangmeringkuk tegas di samping temaram pondok tua, bersandar. Dia mengangkattongkat malaikat itu. Orang kata tongkat itu indah, baik dan suci. Tetapi, disebalik tirai tipisnya meruncing beribu jarum bergerigi. Tajam. Terasah olehliteran darah yang tergilas. Setajam pisau Rudra. Dia melakukan. Dia terpaksa.
Kebimbanganadalah rakan sehariannya, bak memakan buah simalakama setiap hari. Kali inisebiji lagi akan berusaha dia telan. Sementara, Arjuda tergopoh-gapah berjalanmenuju madrasah itu. Tubuh kecil rapuhnya tak kuat menahan sebahagian jiwa yangtelah hilang. Dia tahu dengan bantuan seribu doktor dan kepulan asap kemenyanparanormalpun Arjuda tidak akan boleh bertahan dalam 10 minit. Jadi,dibentangkannya ruang dan waktu. Mengharungi sebuah relatif massa. Di mana,tubuhnya melanggar hukum graviti dan melesat melawan gesekan angin. Terbang!
Akutelah menyangka mereka akan datang sepagi ini. Malaikat dengan kebimbangan semuaktiviti, dan tongkatnya. Arjuda, yang menunggu hujan deras pada pagi hari. Akutahu akan ada sebiji buah simalakama yang akan terdigesi menjadi mozaik energidalam respirasi. Aku juga tahu stula sarira akan terjerembab dalam 10minit. Menyembah tanah tanpa merindukan langit, atau bahkan sang penguasa ufuktimur-barat lagi. Kalian tahu, ini menyiksakan!
Dalammasa kecilku yang masih 56 tahun ini aku kurang beruntung. Melihat kejadian inihampir setiap tahun. Resah. Geram. Apa boleh buat, nenek Rusmah telahmembesarkan aku di tempat ini. Menjaga dan mengasihiku. Tak apa. Aku telahmembalasnya melalui guguran buahku. Cintalah yang membuatkan buah itu selalutersedia. Cinta nenek.
Pandangankutelah tervisualisasi dengan semua kejadian di tanah ini. Tubuh mungil nenekketika kecil yang melompati dahanku. Atau, tangis terisaknya ketika mengetahuidaunku dirosakkan jiran. Nenek cengeng, begitu juga aku. Aku tahu nenekmenumpahkan air mata. Nenek tidak tahu aku terluka, jelu.
Nenekjuga membesarkan beberapa orang rakan seperjuanganku. Aku memanggilnya Jagurdan Jugar. Mereka baik. Jugar sudah remaja. Dia 64 tahun. Sedangkan Jagurseumur denganku. Kami tidak berjumpa, setengah abad lebih. Tapi kamiberkomunikasi. Kemotaksis, Fotonasti dan sebagainya. Kalian pasti faham.Ingatan menempel di otak kiri. Beberapa hari silam. Mereka mati. Ditebangtepatnya. Buruh gergaji berbahan bakar hidrokarbon perosak bumi, pelakunya.Ringgit bernominal 500 ribu penyebabnya. Wang itu tidak habis dalam satuminggu. Cuma 2 X 24 jam. Wanita kafe penjaja diri aliran wang itu. Dan, saudarakukorbannya! Meretas nasib 64 dan 56 tahun. Berseronok dalam sunyi. Berkawan sepidan budi. Menelan kesendirian mentah bersamaku. Melihat pengeksekusian Arjuda -Arjuda lain. Menelan air mata. Mengunyah pahitnya getah hempedu hati. Tapimereka mati. Ya, satu hal. Mereka mati!
Fikirankembali merasuki raga ini. Kami memang hebat. Memiliki kemampuan menghentikanwaktu. Berselancar dimensi ke lapan. Meneruskan waktu ketika semua tidak sedarbahkan, acuh sekalipun tidak. Arjuda menjadi fokus utamaku. Dia menolakpemberhentian waktuku. Sedang malaikat tidak. Arjuda dapat melebar jarak danharapan. Untuk menarik nafas, untuk satu-dua minit. Titisan darah mentaati gayagraviti, menuju ke tenaga potensi nol. Kesedarannya bergerak menuju bilanganimaginasiner. Jauh dari realiti. Hidup dari semangat.
“Brukk!”tubuh Arjuda tergeletak tanpa cita di atas kerikil yang meradiasi panasmatahari. Dia bangkit. Melangkah. Berjalan. Malaikat telah melesat bersenjatapisau rudra. Sedia mengambil roh seorang yang tak berdaya. Malaikat sudahdekat. Sangat dekat. Momen itu akan terjadi. Sebentar lagi. Biasanya Jugar yangmenggugurkan daun dan dahan. Menutup kesempatan bagi pokok seperti dirikumelihat kekejaman penguasa. Peguasa dunia. Lalu, akan kudapati tubuh kosongdikelilingi sanak-saudara yang berlumba menembusi langit. Aku menggeletar.Sudah cukup kematian nenek, Jugar, dan Jagur.
Ruangdan waktu terdiam. Mengejek ketidakberdayaan makhluk paling rendah. Aku.Ketidakberdayaan ini. Sungguh. Hampa. Tangis. Geram. Mematung. Semua abstrak.Bayang kasih sayang nenek, menggelora. Radiasi cinta kasih yang mendarah daginghingga ke dalam xylem dan floem-ku. Jagur dan Jugar. Penemantatkala gundah rasa bercampur tawa hampa. Pengaku kewujudanku. Rakan penghabissisa hidup di mayapada. Tergilas gergaji enjin jahanam. Tiada permintaanterakhir. Semua sudah hilang.
Arjuda,hanya menghisap detik terakhir hidup. Pisau itu dekat. Begitu dekat. Angincakera telah menembusi epidermis Arjuda. Dia menggeletar. Aku tidak khali.Kulayangkan ruang-waktu, sekali lagi. Arjuda dapat diselamatkan. Dia melanggar10 minit malaikat. Malaikat geram! Dua malaikat lain turun menggelegar membelahdari langit ke tujuh. Tiga batang tongkat berlusinan jeruji meruncing. Tak syaklagi, Arjuda merintih, dalam tarikan nafas. Tiada berekspresi suara secuil debupun. Aku dapat merasa, dia mengingati semua kesalahannya. Korupsi, prostitusidan atheis. Tapi tiga malaikat liar tak mengenal maaf. Tapi, hanya menunaikantugas. Kemampuanku membuang ruang waktu habis.
Sementara,lantera dalam diri Arjuda telah redup. Tiga malaikat telah berdiri tegasmenghadang. Ardila terisak-isak. Ketiga-tiga malaikat mengangkat senjata.Bersedia menikam. Seketika, deburan ombak menunjuk Andeka. Harapan Andekabereformasi. Menghambat malaikat, melawan takdir! Sebuah suara serayamengintip. Pak Burhan, pekerja, bersepakat dengan anak nenek. Menyerahkan 60ribuan hangat. Dan, membawa gergaji enjin. Aku putar pandangan sekitar bumiku.Tidak! Tidak ada pokok selain diriku! Lalu siapakah sasarannya? Aku? Kuterpejamdalam siksa menanti melodi Tuhan.
KETAR LUTUT
SMAHADZIR
“Huh,muka tak tau malu! Badan busuk macam sekerap ada hati nakkan anak dara aku!”
Pagi hening dibebar cemuhan Munah Janda.Pelanggan Kedai Kopi Pak Coh tersentak. Masing-masing menunak mata ke arah MunahJanda yang sudah seperti orang gila di luar kedai.
“Cermin sikit muka hang tu, Junuh! Muka macamtepung gomak, tak ingin aku nak bermenantukan penoreh getah macam hang, tautakkkkkkkkkkkkk!!”
Semua yang ada di KedaiKopi Pak Coh di kepala simpang Kampung Setoi itu menikus. Tiada siapapun beranibersuara. Junuh di satu sudut tunduk membungkam. Mukanya merah padam, cawankopi O depan mata direnung penuh pedih. Rasa malu bukan kepalang.
“Anakaku Si Leha tu hanya padan dan layak dengan pegawai saja. Bukan orang macamhang! Tuiiiihhhhh!!”
Seketulkahak kuning pekat terloncat keluar bersama ludah di hujung penghinaan terakhirMunah Janda sebelum meninggalkan hening berjenak-jenak ruang Kedai Kopi PakCoh. Kampung Setoi pagi itu jadi heboh dengan kejadian tersebut. Ada yangmenggeleng-geleng, ada yang mendecit-decit dan boleh dikatakan semua wargakampung kurang setuju dengan tindakan janda tersebut.
Walaupun Junuh memangseorang penoreh getah, tetapi penghinaan begitu tidak sepatutnya terluahlebih-lebih lagi di depan khalayak.
“MunahJanda tu memang dah melampau sungguh!” rungut Pak Coh sewaktu bercerita tentangperistiwa tersebut kepada Lebai Senapi suatu hari. “Kalau dah tak suka Si Junuhtu, janganlah sampai maki-hamun dia di kedai aku. Aku turut tumpang malu.Bergantang biji mata tengok kejadian tu. Dua tiga pelanggan aku tak jadi nakbeli kuih yang aku jual kerana depa malu dengan maki-hamun yang janda tuluahkan!”
Lebai Senapi sekadarmengeluh panjang. Tidak mampu membuat sebarang komen. Dia tahu benar perangaiMunah Janda yang memang lantang dan celupar sikit mulutnya dan dia juga tahutentang Junuh. Sudah lama Junuh tergila-gilakan Leha. Itu bukan satu kesalahanbesar. Adat muda memang begitulah.
Setahunya, Junuh telahmasuk meminang secara beradat tetapi ditolak oleh Munah Janda. Dia menyangkakanperistiwa tersebut tamat di situ saja. Tidak sangka pula marah janda itu masihmembengkak dengan pinangan yang dilakukan oleh Junuh sampai sanggup memalukanpemuda itu di kedai kopi pula.
Perbualan yang mahudilanjutkan jadi terbantut kerana Munah Janda tiba-tiba saja sudah berada didepan kedai. Pak Coh tersengih-sengih seraya bangun lalu menghilang di bahagiandapur.
“Ha, di sini rupanya PakLebai!” ujar Munah Janda tatkala melihat Lebai Senapi. “Aku ke rumah Lebai taditapi bini Lebai kata Lebai ke kedai. Jadi, akupun terus ke mari!”
“Apahalnya cari aku?” tanya Lebai Senapi.
“Akunak jemput Lebai datang ke rumah lepas maghrib malam ni! Nak buat kendurikesyukuran sikit!” jelas Munah Janda sambil tersengih. Sentil tembakau kasi dimulutnya dikunyah-kunyah.
“Eh,aku tak dijemput sama ka?” Pak Coh tiba-tiba bersuara. Bungkusan mi gorengpermintaan Lebai Senapi diletakkan atas meja.
“Ha,kaupun mailah! Aku memang nak jemput semua orang kampung. Kenduri ni tandasyukur sebab cita-cita aku nak bermenantukan seorang pegawai dah dimakbulkanTuhan...”
“Maksudkau, Leha tu dah dipinang orang?” Lebai Senapi sedikit terbeliak.
Munah Janda tersengihlebar. “Dah Lebai! Seorang pegawai dari Sungai Petani. Besaq pangkatnya. Huh,baru padan muka Junuh tu! Dia sangka aku sukakan dia. Mentang-mentang akuselalu panggil dia mai ke rumah tolong tebas semak-samun belakang rumah, diasangka aku nak jadikan dia menantu! Dasar budak tak tau malu!”
“SudahlahMunah! Tak usahlah hang dok hina Junuh tu. Dah hang tak suka, diam sudahlah.Buat apa nak hina dia lagi!” Lebai Senapi seolah-olah kurang senang.
“Akubukan hina dia Lebai! Tapi, aku nak bagi dia sedar. Cermin dulu mukanya sebelumnak pinang anak dara orang!” dengus Munah Janda seraya mencebek. Bibirnya yangmemang tebal sejak azali itu terjuih-juih hodoh.
LebaiSenapi dan Pak Coh diam tidak bersuara. Masing-masing tak kuasa lagi nak layanjanda separuh umur yang angkuh dan bongkak itu. Sejurus selepas Munah Jandamenghilang, Lebai Senapi turut meninggalkan pekarangan kedai Pak Coh.
Begitulahperistiwa yang berlaku beberapa bulan lalu. Sekarang Leha sudahpun menjadiisteri seorang pegawai bernama Leman.
Munah Janda semakin sibuk mencanangkan pangkatbesar yang dimiliki menantunya. Semua orang Kampung Setoi seolah-olah terpukaudengan cerita Munah Janda lebih-lebih lagi apabila mereka melihat Leman seringsaja berpakaian kemas, berjenama mahal dengan dasi tersemat di dada dan sebuahbeg hitam tidak pernah lekang dari tangan. Pakaiannya pelbagai corak dan warna,sering pula singgah di Kedai Kopi Pak Coh untuk menjamu selera selepas pulangkerja.
Walaupunrata-rata warga kampung kurang senang dengan sikap Munah Janda tetapi merekaamat senang pula dengan sikap ramah dan mesra yang ditunjukkan oleh Leman.Menantu Munah Janda ini tidak suka bermegah-megah malah selalu pula merendahdiri.
“Kerjasaya biasa saja, Pak Coh! Sekadar pegawai kecik di Sungai Petani!” ujarnyamesra dan lunak sewaktu disoal oleh Pak Coh suatu hari.
“Janganlahmerendah diri sangat, Leman! Dari gaya kau, kami semua tau yang kau ni pegawaibesar!” balas Pak Coh.
Lemantersengih. “Janganlah memuji tinggi-tinggi sangat, Pak Coh! Saya takut nantijadi riyak pula!” ujarnya bersahaja.
Namunbegitu, orang-orang Kampung Setoi sedikit hairan kerana Leman tidak mempunyaikereta. Setahu mereka, jika seseorang itu bergelar pegawai tentunya mempunyaikereta sekurang-kurangnya Kancil. Apa yang mereka lihat ialah, setiap pagisebuah van Rusa akan datang mengambil Leman untuk ke tempat kerja. Di dalam vantersebut terdapat beberapa orang lagi lelaki yang berpakaian kemas.Masing-masing bertali leher.
“Menantu aku tu tak sukabermegah-megah dengan kereta. Dia lebih suka tumpang kawannya untuk ke tempatkerja. Lebih jimat belanja dan masa!” jelas Munah Janda kala disoal oleh Sepiahjirannya.
“Baguslahkalau ada niat baik macam tu!” Sepiah menyokong. “Duit gaji boleh simpan untukanak isteri.”
“Memangmenantu aku tu begitu, Sepiah oi! Duit gajinya semua diserahkan kat Leha.Sayang sungguh dia pada isterinya!” balas Munah Janda. Seperti selalu sentiltembakau tidak pernah lekang dari bibir. Gigi hitamnya terserlah kala sentiltembakau itu digonyoh-gonyoh dengan hujung jari.
* * * * *
Pak Coh sedikit terperanjat apabila Junuhtercegat depan kedainya seraya memesan dua cawan kopi O. Wajahnya ceria dengankotak rokok Salem dalam poket depan baju. Di sisinya, Harun seorang pemudaberpakaian kemas. Di sebuah kerusi panjang mengarah ke jalan besar merekamelabuhkan punggung masing-masing.
“Amboi… seronok sungguhjumpa hang hari ni, Junuh!” tegur Pak Coh sambil meletakkan dua cawan kopi O didepan Junuh dan Harun. “Lama tak mai, ke mana hang pi selama ni?”
“Nakpi mana pula Pak Coh? Kan Kampung Setoi ni kampung saya. Ke mana lagi saya nakpi!” balas Junuh bersahaja. Cawan kopi dibawa ke mulut. Air yang masih berasapdi dalamnya dihirup sopan dan berhati-hati. Harun turut menghirup kopi yangterhidang.
“Habistu, lama sangat hang tak mai ke sini. Aku ingat hang dah pi luar negeri!”seloroh Pak Coh.
“MengarutlahPak Coh ni! Penoreh getah macam saya ni mana mampu nak pi luar negeri. Lainlahkalau saya ni pegawai besar macam Leman tu!”
PakCoh tidak jadi meneruskan perbualan kerana Setopa, Keria dan Salleh tiba-tibasaja masuk ke kedainya. Masing-masing memesan minuman. Sewaktu melihat Junuh,Setopa mengajak rakan-rakannya yang lain duduk di depan Junuh.
“Mimpiapa jumpa hang hari ni!” tegur Keria. “Lama sungguh kami tak nampak kelibathang. Hari ni hang kena loteri kot?”
“His,aku tak pernah sentuh benda-benda haram tu, Keria oi!” balas Junuh kurangsenang. Seketul karipap dicapai lalu disumbatkan ke dalam mulut. “Eh, aku lupanak kenalkan kawan baru aku dari Sungai Petani ni!” Segera rakannya yangbernama Harun itu diperkenalkan kepada Setopa, Keria dan Salleh. Masing-masingberjabat salam sambil bertukar senyum.
“Habistu, yang hang nampak macam seronok sangat ni pasai apa?” tanya Salleh pula. “Setahuaku, sejak Leha menikah dengan Leman pegawai tu, hang moyok saja macam ayamberak kapoq, berkurung, bertapa sampai tak nampak muka. Tup-tup hari ni keluardari bertapa nampak ceria semacam pula. Itu yang kami musykil sangat ni!”
Junuhtersengih. “Aku dah tak ingat dia lagi, Leh oi! Buat apa aku nak ingatkan Lehatu. Bukannya ada faedah apa-apa. Lagipun, bunga bukannya sekuntum. Aku seronokdan mai ke kedai Pak Coh hari ni sebab ada sebab yang hangpa semua patutdengaq!” ujarnya bersahaja. Sebiji lagi karipap disuapkan ke dalam mulut.
“Bagitaulah! Menatang apa yang kami semua patut dengaq tu!” Pak Coh yang datangmembawa minuman untuk Setopa, Keria dan Salleh tiba-tiba bertanya. Kerana amatberminat nak ambil tahu, punggung dilabuhkan di sisi Junuh.
Junuhtidak terus menjawab sebaliknya rokok dari dalam poket baju dikeluarkan.Beberapa batang rokok dingin itu dihulurkan kepada Setopa, Keria dan Salleh.Sebatang diselitkan di celah bibir, dicucuh dan disedut dengan gaya pelakonfilem. Asap berkelun-kelun dari lubang hidung, cawan kopi dicapai lalu diteguksekali.
“Sejak aku selalu pi Sungai Petani, aku dahtahu apa kerjanya menantu Munah Janda tu!” ujar Junuh sejurus kemudian. “Kalausetakat kerja pegawai macam dia, kita semuapun boleh. Tak perlu masukuniversiti atau sekolah tinggi!”
“Eh, apa yang hang cakapni?” Pak Coh sedikit terbeliak. Wajah Harun dijeling sekilas. “Macam mana bolehjadi lagu tu pula?”
“Pegawai macam Leman tu tak perlu sekolah tinggi atau adaijazah dari mana-mana universiti, Pak Coh!” balas Junuh. “Saya ramai kawan diSungai Petani yang kenal dengan Leman. Harun nipun pegawai macam Leman juga.Sebenarnya Harun mai ke sinipun kerana nak ajak kita semua jadi pegawai macamLeman tulah. Kalau semua setuju, esokpun boleh mula kerja!”
Masing-masingsaling pandang memandang seolah-olah kurang percaya dengan cerita Junuh. WajahHarun di sisi Junuh direnung dalam seolah-olah meminta kepastian.
“Betulapa yang dikatakan oleh Junuh ni!” ujar Harun. “Saya kenal baik dengan Lemanwalau saya tak tau di syarikat mana dia bekerja. Kami adalah Pegawai Pemasaran.Saya Pegawai Pemasaran barangan elektrik sementara Leman tu Pegawai Pemasaranbarangan dari Siam!” tokoknya lagi bersungguh-sungguh benar.
“Errr,betul ka hang mai sini nak ajak kami jadi pegawai macam menantu Munah Jandatu?” tanya Keria. “Kami ni bukannya sekolah tinggi. Setakat sijil darjah enamada la!”
Haruntersengih. “Nak jadi Pegawai Pemasaran macam saya atau Leman tu, tak perlukankelulusan tinggi. Cukup kalau pandai baca dan tulis. Yang penting ada semangatnak maju, ada minat, tak malu, tak segan dan berani nak pasarkan barangankepada pelanggan. Kita juga kena pandai bercakap supaya pelanggan jadi tertarikdengan barangan yang kita nak jual. Kita kena pandai pujuk sampai pelangganjadi lemah lalu membeli barangan kita!” jelasnya panjang lebar.
PakCoh ingin bertanya lebih lanjut tetapi jadi terbantut kerana sebiji trak polistiba-tiba berhenti di depan kedainya. Dua orang anggota polis segera turun.
“Pakcik kenal orang di dalam gambar ni!” tanya salah seorang anggota polis tersebutsebaik sahaja tiba di depan Pak Coh. Sekeping gambar milik Leman turutdihulurkan.
“Eh,ini gambar Si Leman, menantu Munah Janda tu… tapi awat tok tanya tentang diapula?” Pak Coh sedikit gugup.
“Diadikehendaki polis kerana mengedar dan menjual barangan seludup tanpa cukai dariSiam!” ujar anggota polis tersebut.
Sewaktutrak polis itu menghala ke rumah Munah Janda, Setopa, Keria, Salleh, Junuh, PakCoh dan Harun saling pandang memandang. Masing-masing bagaikan tidak percayadengan berita yang didengar. Mereka yakin, Munah Janda pasti ketar lututnyabila menantu kebanggaan dan kemegahannya digari dan diseret ke muka pengadilan.
KUDA OH KUDA
SMAHADZIR
PAGI-PAGI lagi, Semaun sudah datang ke rumahku. Wajahnya cerah,tersengih-sengih. Di tangannya ada kertas ungu. Aku terus mencium bau penting,atau paling tidak, terlalu serius.
“Aku yakin, lepaih ni duit kita dalam bank akan bécambah, bégénuak dalam setbot, Raman! Pasai tu la aku cépéruih, canggah mai pagi-pagi butani. Lepaih ni, hang tak payah lagi nak bédé-eh macamlori balak nak ghabat, nak ghagaih bukit.”
Itulah ayat pertama yangkeluar dari mulut Semaun sebaik melabuhkan punggungnya atas sofa kulit di ruangtamu rumahku pagi itu. Aku gesit melopong kerana tidak faham apa yangdimaksudkan oleh Semaun.
“Kalau hang dengag cakap aku, kita kaya, Raman!” ujar Semaun lagi semakinmembeliakkan biji mataku.
“Aku tak paham apa maksud hangni,” aku sedikit mengerutkan dahi.
Semaun tersengih.
“Cuba hang habaq sikit apa maksud hangni?” aku seolah-olah mendesak, tidak sabar.
“Ni penting, Rahman! Hang dengaq baik-baik. Pagi ni aku bawak mai gagasan kuda,” ujar Semaunsebaik sengihannya lenyap dari bibir.
“Gagasan kuda?” biji matakugesit saja terbeliak.
Selepas itu tanpabanyak bercakap panjang Semaun terus ke persoalan pokok, dia usulkan sebuahidea baru. Yang tadinya terasa penting, atau serius, terus terasa sedikit gila,menurutku. Menurutnya? Idea hebat. Tak pernah dibuat orang dalam Malaysia niwalaupun di Sabah atau Sarawak.
“Sat Semaun, hang rehat dulu. Gélutsangat aku tengok. Bécéghau dahi hang. Hang nak kopi ka nak teh?” tanyaku cuba mententeramkan keadaan.
“Apa-apa saja,rezeki, asaikan jangan kopi bakiaq dah la... akupun belum menyeghok lagi ni,” jawab Semaun agakterkocoh-kocoh.
“Hang nak makan séghawa labu,tak?”
“Labu apa? Kéghaih kédékiang ka gebu?Kalau gebu aku nak la,”
“Labu manih gebu la… takkan yang kéghaih kédékiang aku nak buat séghawa,” ujarku.“Béghadon aku buat semalam. Seperiuk besaq…”
“Pasai aku pernah makan labu yang kéghaih kédékiang. Pasai tu la aku tanya,”
“Dak aih, labuni gebu… lémbek dok dek,boleh teruihmasuk perut,”
Semaun ketawa. “Kalau lagu bawak mai la, aku pun dah kébulog ni,”
Aku bergegas kedapur. Sejurus kemudian aku datang semula ke runag tamu bersama semangkukpengat labu untuk Semaun.
“Terima kasih Raman! Mintamaaf la tak sémawa hang makansama tadi. Sedap séghawa ni,” ujar Semaun sebaik habis makan dan meletakkanmangkuk pengat di atas meja.
“Kémbang pungkog aku hang puji séghawa tusedap…”
“Memang sedapsungguh,” cantas Semaun. “Hangni badan saja kughuih kélépiangtapi kalau masak sedap nak mampoih,”
Aku ketawa.“Sikit-sikit boleh la, Semaun! Nak celenChef Wan tak boleh la… belum sampai tahap tu lagi,”
“Aku pula céméghkap sikitkalau masuk dapoq,”akui Semaun.
“Eh, hang cerhita betui-betui la, awatpagi-pagi lagi hangdah téjéngoi ni?”soalku sejurus kemudian.
“Laaaa.... kan aku dah cerhita tadi... soal kuda. Ni projek besag, Raman! Bésag gajah tok mia, projekcemerlang. Aku tak main-main, aku sungguh-sungguh ni,” tegas Semaun sembarimeletakkan kertas ungu yang dibawanya ke atas meja.
Gesit saja aku merasaini pasti jadi masalah. Kalau yang satu menganggap cemerlang dan yang satu lagimenganggap sedikit gila, itulah namanya masalah. Sungguh-sungguh Semaun menjualgagasan kuda. “Sejak kemarin lagi dok ceghamok dalam kepala aku, aku dok pikiaq idea ini. Idea ni tak cekai,Raman! Aku yakin, syarikat yang aku nak buat ni bakal jadi syarikat yang mampumenghasilkan keuntungan yang besaqpada kita. Kita akan jadi kaya, untung kita bedak-bedak sama rata. Kita akan kayaaaa.... Raman oi!” semangat Semaunmeluap-luap.
“Syarikatkuda?”
“Ya! Syarikatkuda!”
Aku mengeluhpanjang dan berat. Mataku terkesip-kesip.
“Awat hang mengeluh pulak? Mata macam cicak beghak kapoq saja?” soal Semaun sembarimembeliakkan biji matanya ke arah aku.
“Maksud hang... hang nak tubuhkan syarikat kuda diBaling ni?” aku sungguh-sungguh ingin kepastian. “Hang nak ajak aku juai kuda? Méghawit sangataih!”
“Awat? Méghawit apa pulak? Tak boleh ka kita juai kuda di pekan Baling ni?” soalSemaun sambil tersengih.
“Kuda yang koboi naik di padang pasiaq tu?” aku inginkan kepastian.
“Ya la... kudamana lagi... takkan kuda kepang kot... kuda yang ada empat kaki, yang bolehlari laju macam pelesit tu!?” Semaun tersengih-sengih lagi.
“Hang ni banyak akai sungguh no... patut la mata hang ceme, bakop saja... seluaq baju pun ghédot, ghémot, bau pun dah macam bapak ghandok... hang tak mandi ka pagi tadi?”
Semaun terusmengenyeh-genyeh biji matanya. “Sampai pagi aku tak boleh tidoq, asyik dok pikiaqpasai kuda ni, hang tau dak? Pagi tadi aku mandi tapi tak dan nak sabun, nak cepat,”
Aku menggeleng-gelengseraya mengeluh panjang dan dalam.
“Awat hang mengeluh pula?” tanya Semaun.
“Aku macam takpercaya yang hang ni nak juai kuda,” ujarku. “Di pekan Baling ni,belum ada lagi orhang yang juai kuda dan yang nak beli kuda...”
“Hang jangan jadi bodoh, Raman!” Semaungesit mencantas. “Kalau kita nak cepat kaya, jangan jadi mak ngot, jangan juga jadi mala’on,kita kena buat sesuatu yang orhang lain tak buat. Kalau kita buatapa yang orhang lain dah buat, kitaakan hadapi saingan yang sengit. Kalau kita buat sesuatu yang orhang lain tak buat, bermakna kita takada saingan langsung,”
“Itu aku tau,Semaun!” balasku bersahaja. “Tapi, kita kena pikiaq juga sapapembelinya...”
“Manusialah yang akan beli kuda kita,” cantas Semaunlagi. “Kuda kita hanya akan digunakan oleh manusia dalam semua sektor, semuabidang. Aku dah kaji semua aspek, sebab tu aku berani bawa cadangan ni kat hang. Hang tak sahlah bimbang dengan apa yang aku dah rancangkan ni. Aku bukannya ghodong sesukahati. Hang dengaq dulu. Kalau hang rasa tak nak ikut, aku takakan paksa hang. Tapi kalau hang rasa idea aku ni baguih, hang sokong la,”
Akumengangguk-angguk tetapi setagal kemudian aku bertanya lagi, “Betui ka hang nak buka syarikat juaikuda?”
“Ya la... hang ingat apa? Hang ingat aku nak buka syarikat juai kamben? Juai lembu? Juai ayam serhama?”Semaun tersengih. “Kepala otak aku ni briliant,Raman! Bukan otak udang tapi otak Bill Gate. Di daerah Baling, Kedah ni tak adalagi orhang yang buka syarikat kuda.Kalau kita buka syarikat kuda ni, kitalah orhangpertama dalam negeri Kedah ni yang buka syarikat kuda. Hang paham dak?”
Aku mengeluhpanjang dan dalam.
“Hang tak usah mengeluh la...” ujarSemaun. “Hang dengaq dulu idea briliant aku ni!”
“Okeylah... aku dengaq!” balasku dengan nada yangjengkel.
“Langkah awai yang akan kita susun, iaitumenjadikan kuda sebagai objek pelancongan di Baling ni. Kita akan buka sebuahpusat penyewaan kuda. Dan pusat ini khusus menyewakan kuda-kuda yang kitamiliki. Cuba, cuba... hangbayangkan, kawan! Daerah Baling ni jadi pelopor syarikat kuda di negara kita. Hang tak rasa bangga ka?”
“Méghepet sungguh hang ni, Semaun!”
“Méghepet pungkoqhang...” Semaun bagaikan kurang senang dengan kata-kataku.
“Errrr, okey... sebelumtu aku nak tanya hang sikit,”balasku dalam hasrat menduga pengetahuannya.
“Ha, hang nak tanya apa?” soal Semaun.
“Hang tau ka jenis kuda yang baik dalamdunia ni?” soalku.
Semaun gesitketawa. “Awat? Hang ingat aku ni bodoh sangat ka? Hang ingat aku ni semberono? Aku tak buat halai balai. Sebelum aku rancang nak buat projek ni, aku dah kajisemua perkara tentang kuda, Raman!”
“Kalau hang dah kaji tentang kuda, bagitau la aku kuda-kuda terbaik yang hang nak juai tu!” balasku bersahaja.
“Kalau hang nak tau, untuk syarikat yang akurancang ni, aku hanya akan pilih kuda-kuda yang terbaik saja untuk dijuai. Aku dah pilih Kuda Akhal-Teke, Kuda Andalusia, Kuda Mustang, Kuda Don Rusia, Kuda Marwari, KudaQuater Amerika, Kuda Quarab, Kuda Appaloosa, Kuda Spanish Mustang, KudaKiger Mustang dan Kuda Friesian. Ini semua kuda yang special, yang terbaik dalam dunia ni,”
Aku terkelumendengar nama-nama kuda yang disebut oleh Semaun. Dalam hatiku mulai yakinyang Semaun begitu bersungguh-sungguh dengan rancangannya.
Semaun bergeser, mulaiduduk mendekatiku, mencoret-coret. “Ha, hangpuas hati kan bila dengaq namakuda-kuda pilihan aku tu?”
Aku hanyamenganguk-angguk kecil.
Semaun tersengih.“Jika setiap orhang sewa sekoq kuda dengan harga RM50 per jam,kalau ada lima puluh orhang yang sewasetiap hari, berapa duit kita akan dapat?” Dia makin girang membayangkan wangdari perniagaan itu.
Aku masih lagi diam.
“Yakinlah, usahaini tak akan sia-sia, Raman! Aku yakin, syarikat kuda kita ni akan diterimaoleh semua rakyat Malaysia pelbagai bangsa, Raman! Kalau betui-betui maju, kita lebarkan sayap perniagaan kita dari Baling, keseluruh Sabah dan Sarawak pula,”
Semaun menatapku,setelah meneguk kopi. Dia serius. Menunggu kalimat apa yang akan keluar darimulutku. “Okey.. okey!! Aku faham idea gila hang yang buat aku méngkélan tu!”
Dia terperanjat,tapi tidak bersuara.
“Kalau idea hang itu nak diwujudkan, di mana kitanak buka syarikat tu. Kita perlu tempat yang strategik, Semaun!”
“Laa, awat hang bodoh piang sangat? Hangkan ada tempat yang cukup besaq danstrategik untuk buka niaga ini.”
“Maksud hang, opih aku?”
“Ya la! Awat?! Tak boleh ka?”
“Tidak, Semaun!Itu opih atau pejabat persatuanbelia. Bukan opih kuda. Disewa dariduit persatuan belia, bukan duit aku. Duit sewanya dari duit ahli belia. Bukandari poket aku sendiri!”
“Tapi, hang kan pengerusi persatuan belia daerahBaling ni. Cakap saja perniagaan ini untuk kemajuan dan keuntungan persatuanbelia, kan beres.” Semaun mempolitikkan kepentingannya dengan persatuan beliayang aku pimpin.
“Gila hang Semaun! Hang nak suruh aku méngkélayi dengan ahli-hali belia? Takboleh, Semaun.... tak boleh...!” ujarku dengan muka masam.
“Alaaah, jangancepat sangat buntu fikiran, hang nakmoncom pasai apa, Raman? Kita bukannya nak guna semua ruang. Yang bahagianbelakang, di situ kan boleh!” Semaun seperti sudah mengkaji sehingga dia tahusemua bahagian pejabat itu. Memang, di situ ada ruangan kosong yang bolehdipakai untuk apapun tujuan.
“Kalau usaha iniberjaya, kita boleh sewa opihsendiri. Setuju?!”
Ini sungguh gila,tapi aku fikir soal ruangan boleh juga dipersetujui dan kalau berjaya,berkembang maju, tentu jadi salah satu sumber kewangan buat persatuan belia.
“Baiklah!”
Semaun gesit bangkitdari kerusinya, menyalami dan menggoyang-goyangkan tanganku beberapa kali,seolah-olah aku yakin dengan perniagaan itu, walau sebenarnya aku berharap agarbesok dia akan lupa dan datang lagi dengan perniagaan baru, yang sama sekalitidak perlu ruang pejabat.
“Setelah betui-betui maju, kita akan buka pulasyarikat juai beli kuda. Untuksementara waktu kita akan memasyarakatkan kuda sebagai kenderaan alternatifyang bebas pencemaran,”
“Bebaspencemaran?”
“Ya, bebaspencemaran. Kuda kan tak macam bas yang mengeluarkan asap. Kalau cuma taik, itu mudah. Kita buat bekaih khusus di pungkoq kuda, kalau kudanya berak, masuk terus dalam bekaih tu. Taik kuda boleh kita kitaqsemula jadikan baja, dapat juga jadi peluang niaga kita. Yang penting banyakla! Hang tak perlu bimbang kalaukita rugi atau lingkop.”
“Soal kebenaran macamana?”
“Itu soal mudah. Hang kan termasuk orang yangberpengaruh di daerah Baling ini. Sapayang tak kenai dengan nama danjawatan hang...”
“Hang yakin ka usaha ini akan berjaya?”Aku tiba-tiba merasa kurang yakin pula. Aku bimbang, angan-angan Semaun inisekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
“Awat tak berjaya pulak? Strategipertama, kita buat kempen besar-besaran, kenderaan bermotor itu adalahkenderaan yang menyebabkan pencemaran. Kita minta sokongan Jabatan Alam Sekitaq. Kita ajak depa turun padang. Lalu kita kaitkan juga dengan kenaikan hargapetrol. Jalan keluaqnya tak lain takbukan ialah berkuda. Kenderaan tanpa bahan bakaqdan bebas pencemaran. Bereskan?!”
Aku mulai fahamdengan gagasan kuda ciptaan Semaun. “Tapi, semua ni kena dapatkan nasihat dari pihak kerajaan terlebih dulu. Kerajaantentunya ada prosedur-prosedur tertentu dalam soal ni terutama tentang caramendapatkan kuda serta penjagaannya. Dengan JPJ juga perlu diminta pandangan.Misalnya, setiap penunggang kuda kenaada lesen, kena masuk kelaih menunggang kuda terlebih dulusebelum boleh bawa kuda ataih jalanraya. Paling penting ialah undang-undang berkuda.”
Sehingga selesai sembahyangZuhur, Semaun masih berceloteh tentang rancangan yang melambung itu. “Cuba hang bayangkan, pekan Baling ini sudahdipenuhi kuda. Setiap pagi orhangramai akan melihat suri rumah ke marketnaik kuda, budak-budak sekolah naik kuda, kakitangan kerajaan naik kuda, semua orhang naik kuda. Cuba hang bayangkan para eksekutif memacukuda. Pakaiannya kemaih, bergaya, segak, berkot, bertai, tetapi kenderaannya kuda tanpa pencemaran. Wah, hebat,orang pakai tai, sambil berkuda...ha... ha... haa! Bayangkan, Raman! Bayangkan!”
Aku ikuttersenyum kecil membayangkan pegawai daerah dengan kudanya, pengetua sekolah,wakil rakyat, guru besar, pegawai bank, pegawai bomba, pegawai agama, semuapegawai pakai tali leher berkuda, suri rumah berkebaya dan bersanggul berkuda,ustaz dan ustazah juga berkuda. Yang paling seronok mungkin melihat anggotapolis berpakaian seragam berkuda sedang mengejar remaja-remaja lumba haram kudadi tengah jalan. Ada yang tonggang-langgang kerana melanggar sekatan jalanraya. Ini pasti akan lebih menyeronokkan dari menonton Senario di TV3 atau MaharajaLawak di Astro. Lucu juga idea Semaun ini.
“Lepaih tu, kita akan buka sekolah untukkursus bagi para calon penunggang kuda. Dan yang luluih akan segera mendapat lesen. Depa disahkan boleh menunggang kuda.”
“Tapi kita kenaada konsep yang jelas. Jangan cakap saja, nanti nanya orhang,” Aku membayangkan di depan sekolah kuda-kudadiletakkan macam dalam filem-filem koboi. Bagaimana kalau ada pelajar yangtersalah ambil kuda?
“Kalau perniagaanni makin berkembang, pasti harga kuda semakin tinggi. Dan waktu itu, kita buka showroom kuda kelaih ‘one’.Teksi akan diganti dengan kereta kuda. Orhang-orhangkaya akan berbondong-bondong, bédédam ke show room kitauntuk beli kuda pilihan. Kita akan lahirkan sebuah masyarakat yang mencintaikereta kuda.”
“Sudah hang pikiaq protes pengusaha teksi, pengusaha bas?”
Semaun menyahutdingin, sedikit cemas bimbang angan-angannya itu jadi lenyap begitu saja. “Kanaku dah katakan tadi, kita hentam depadengan isu pencemaran. Lagipun, kita akan dapat sokongan orang ramai, NGO danbanyak lagi organisasi.”
“Kalau depa mengancam nak racun kuda-kudakita? Kuda kita mampoih semuamisalnya?”
“Ini memangrisiko besaq. Aku dah pikiaq masak-masak soal tu, Raman!Kalau semua orhang dah sokong kita,kita minta kerajaan kuatkuasakan undang-undang membela hak-hak asasi haiwan. Sapa-sapa yang menyebabkan haiwansakit, cedera atau mampoih,hukumannya 20 taun penjara, dendaRM150,000.00 atau kedua-duanya sekali. Kalau ini dapat direalisasikan, depa tak akan berani buat apapun padakuda kita. Hatta jentik sekalipun.”
Jawapan Semaunmembuatkan aku sedikit lega. Tetapi aku semakin banyak argumentasi untukmenjelaskan kepada kepemimpinan belia tentang potensi meminjam, dan kelakmenyewa ruang kosong pejabat persatuan belia kepada syarikat kuda yang Semaunimpikan itu.
Semaun sendiri sudah melayah jauh, melepasi soalteknik dan sebagainya. “Soal kélébogdari kandang kuda bukan masalah besaq,Raman! Kita akan buat kolam khas, kita juga boleh buat baja kompos atau kitasalirkan saja ke laut. Yang lebih penting kita kena buat atau kita kena bentuk satuorganisasi yang bertugas untuk memantau para penunggang kuda. Ya, kita namakanHorse Watch, atau apalah yang penting ada watch-nya,tak gitu.”
Soal lain seandainya kuda-kuda sakit, tentuharus ada hospital kuda dan doktor pakar kuda. Semuanya sudah direncanakan Semaundengan rapi. “Ya, kalau dah cukup modai,kita dirikan sebuah rumah sakit khusus untuk kuda. Kita sediakan rawatan apasaja. Bermula dari pemeriksaan buntingkuda, beranak, dan proses pembiakannya. Ini juga peluang untuk syarikat kitaberkembang. Kita akan buka sebuah syarikat yang menyediakan segala peralatandan aksesori kuda. Pelana, kasut kuda, tali, bekaih penampung taik,tayar kereta kuda, minyak pelincir roda dan aksesori kuda lainnya.”
“Kalauada penyeludupan kuda liaq yangkualitinya lebih baik dari kuda-kuda kita, macamana?”
“Ini memang agak susahsikit. Tapi tak perlu diresahkan. Kita boleh minta kerajaan kuatkuasakanundang-undang penyeludupan atau mengharamkan import kuda. Kita akan serapkandalam diri masyarakat kita untuk tak terima kuda import sebaliknya guna kudatempatan. Kalau nak import juga, kita ketatkan cara import. Contohnya, dalamautonomi daerah, semua tindakan harus ditentukan oleh pegawai daerah. Termasukkebenaran import kuda.”
“Caranya?”
“Mudah saja.Berikan peluang kepada masyarakat untuk belakuda. Dan kuda induknya harus dibeli dari show room kita. Kita bagitau masyarakat yang kuda kitaadalah kuda yang terbaik. Kita ada KudaAkhal-Teke, kita ada Kuda Mustang, Kuda Don Rusia, Kuda Marwari, KudaQuater Amerika, Kuda Quarab, Kuda Appaloosa, Kuda Spanish Mustang, KudaKiger Mustang, Kuda Friesian, Kuda Andalusia… Kalau hang nak tau, KudaAndalusia ni ada sifat patuh pada arahan selaincerdaih dan juga sensitif kepada tindak balas. Bila dikendalikan denganbaik kuda ni akan mahir dengan cepat serta bagi kerjasama yang positif,” ujarSemaun panjang lebar.
Aku dijerba kekaguman lagi denganpengetahuan Semaun tersebut. Aku yakin, memang dia telah membuat kajian yangrapi tentang kuda sebelum datang ke rumahku.
Setagal kemudian Semaun bersuara lagi, “Kalau masyarakatdah ramai jadi penternak kuda, akan mudah kita desak agar kerajaan tak keluaqkan surat kebenaran import kuda.Kita boleh bagi alasan aktiviti ini akan merosakkan perekonomian masyarakatterutama bagi para penternak kuda. Kan selesai satu masalah!”
Aku sebenarnyasudah cukup lelah dan cemuih mendengarocehan Semaun sejak pagi, tapi sedikit tertarik juga dengan idea gilanya,sekali gus mencari penjelasan yang lebih mantap kerana aku harus yakin sebelumboleh meyakinkan orang lain dalam soal pejabat tadi. Untung isteriku pulang kekampung, jadi aku uji juga gagasan kuda ciptaan Semaun itu.
“Semaun, aku nak dengaq lagi jenis-jenis kuda terbaikyang hang nak juai tu?”
“Laaaa... hang tak percaya aku ka?”
“Bukan takpercaya tapi aku nak keyakinan yang lebih lagi. Aku nak tau juga jenis-jeniskuda terbaik lain yang hang nak juai tu?”
“Baiklah, Raman,”ujar Semaun sambil menarik nafas panjang. “Tadi aku dah cakap tentang Kuda Arabdan Kuda Andalusia. La ni aku nakcerita pula tentang Kuda Mustang. Kuda jenis ni ialah kuda liaq banyak di baratAmerika Syarikat. Banyak orhang kata kuda ni berasai dari perkataanSepanyol Mesteño atau Monstenco liaq atau tersesat.”
Hampir setengah jam Semaunbercerita panjang lebar tentang jenis kuda yang wujuddalam perancangannya. Sungguh, aku begitu kagum dengan pengetahuannya tentangkuda. Aku yakin, jika kertas kerjanya dibawa ke bank, agar sukar untukorganisasi kewangan itu menolaknya.
Semaun tersengihlebar sebaik sahaja menamatkan ceritanya tentang pelbagai spesies kuda yangbakal dijualnya. Dia seolah-olah dapat menangkap rasa keterujaan aku terhadap pengetahuannyatentang kuda.
Akumengangguk-angguk beberapa jenak sebelum bertanya, “Semaun, hang kata, kita akan dirikan sebuahsyarikat penyewaan kuda. Ramai pakai pekerja, macamana?”
“Itu tak jadimasalah...” jawabnya bersahaja dan penuh yakin. “Kita boleh ambek pekerja dari Bangladesh, Nepal,Vietnam...”
“Tapi aku dengaq orhang luaq ni bukannya rajin sangat... balog liat, penyegan nak mampoih…”cantasku, sengaja nak menduga semangat Semaun.
“Hiish... hang tak boleh kata lagu tu,” Semaun kurang senang. “Sapa habaq kat hang depa malaih, balogliat?
“Aku dengaq orhang kata depa macam tu...” aku bersahaja.
“Kalau depa malaih, kita balon, kita ghimbok la,”ujar Semaun bersahaja, sembari tersengih.
“Hang nak mampoih ka? Hangingat negara kita ni tak dakundang-undang ka? Kalau depa repotkata hang balon depa, hang ghimbok depa,tak pasai-pasai hang masuk lokap,” tegasku.
Semaun ketawakecil. “Tadi tu aku melawak saja,Raman! Takkan la aku nak balon, nak ghimbok depa. Aku pun ada perasaanjuga. Hang tak sah risau la soal pekerja...”
“Sapa hang nak ambek kerja? La nibukannya senang kita nak ambek orhangkerja dengan kita. Dalam hal ni aku bukannya tau sangat...”
“Tu hang tak sah bimbang la... aku adaramai kawan yang nak kerja. Kita boleh ambekdepa kerja. Soal gaji, itu bolehdibincang. Kawan-kawan aku tak berapa endah sangat soal gaji. Rendah dulu pun tak pa, syarikat kita kan baru. Jadi,soal pekerja tak usahlah hang nakrisaukan sangat.”
“Kalau sampaigaji depa rendah sangat, itu samasaja hang pakai ideologi kuda. Inisama halnya kita sedang mengkudai kawan sendiri, Semaun!”
“Err... bukan macamtu maksud aku, Raman. Ini peringkat awai.Kita akan naikkan gaji depa bilakita dah maju nanti. Selain itu kita bagi depabonus setiap taun, kenaikan pangkat,EPF, SOCSO dan kemudahan-kemudahan lain. Cuti sakit, cuti taun, cuti beranak dan semuanya. Aku rasa soal ini bukan masalahyang besaq, Raman!”
“Tapi, aku rasabukan senang nak bangunkan syarikat ni, Semaun! Banyak risikonya. Aku bimbang,idea hang ni akan ditertawakan oleh orhang. Hang ingat, para pemimpin yang ada sekarang ni tak nampak kaisu-isu macam ni. Soal pencemaran, soal alam sekitar dah lama depa pikiaq. Guna kuda bukan satu alternatif yang baik. Kita kenamansuhkan semua kenderaan berenjin yang menghasilkan pencemaran. Kalaukenderaan dah tak ada, macam mana nak angkut kontena ke pelabuhan. Takkan nakkerah kuda? Macamana nak ke utara, selatan,pantai timoq dan sebagainya. Takkannak naik kuda. Berapa lama boleh sampai. Sanggup ka kuda berlari ribuankilometer sehari. Enjin lagi boleh meletup inikan kaki kuda. Aku rasa kalaukuda berulang-alik dua tiga kali dari AloqSetaq ke JB, mahu hancoq tapakkakinya. Lagi, mana nak dibuangnya industri kereta nasional kita? Mana nakletak kereta yang ada sekarang? Kereta-kereta lain...”
“Sudah... sudah! Hang ni buat semangat aku ghéban saja, jadi ghélah, jadi ghélai, Raman!” cantas Semaunseolah-olah tidak mahu dengar alasanku. Wajahnya jelas kecewa.
Aku tersengih. “Awat cepat sangat semangat hang ghéyup, ghuyub?”
“Dah hang cakap macam tu!”
“Aku sekadar nakduga semangat hang, Semaun!”
Semaun tersengih.“Apapun, kita cuba dulu. Nah, ini proposalnya,” katanya mantap. “Ini hang serahkan kepada pihak kerajaan.Katakan saja usaha ni sebahagian dari perkembangan ekonomi rakyat melaluipersatuan belia pimpinan hang.”
Aku kembaliberfikir secara rasional. Ini bukan soal main-main, fikirku. Semaun nampaknyabetul-betul serius. Aku rasa tidak sanggup menerima tugas yang berat ini.
“Apa yang hang pikiaq lagi, Raman?” soal Semaun seraya matanya terkesip-kesip.
“Ini bahaya, Semaun!”ujarku. “Kedudukan aku akan tergugat. Idea hangni bukannya tak baguih tapi mustahilnak dilaksanakan. Kalau penggunaan kuda satu alternatif terbaik dalam semuaaspek, dah lama syarikat kereta motor dalam dunia ni gulung tikaq. Afghanistan dan Iraq tak kalahdalam perang. Aku rasa, kalau askar Amerika naik kuda serang dua negara tu,sampai kiamatpun depa tak akanberjaya bunuh Osama dan Saddam....”
“Habis, hang tak mau ka?” cantas Semaun.
“Ya, Semaun! Akutak mampu nak realisasikan cita-cita hangtu!”
“Ini hanyatawaran, Raman! Lagipun, lima taunakan datang, hang tak semestinyajadi pengerusi persatuan belia lagi. Ya, kalau hang tak setuju dengan gagasan ni, aku akan cari orhang lain saja.”
Aku mengeluhrengsa.
“Raman...” Semaunmenepuk pundaku cuba menenangkan kegalauan yang sedang berkecamuk. Antaramemilih ya dan tidak untuk memanjangkan proposalnya kepada pihak kerajaankhususnya Menteri Belia, “Hang yakinsajalah, pihak kerajaan tak akan pandang rendah usaha murni kita yang berstatusbelia ini. Depa akan bangga jikausaha ni maju. Percayalah!”
Akhirnya akuputuskan gagasan kuda ciptaan Semaun cuma sekadar cerita lucu ketika aku sedangkesepian ditinggalkan isteri yang pulang ke kampung. “Semaun, sebenaqnya, aku tertarik dengan gagasanhang itu. Tapi aku tak setuju denganakai pelanduk hang tu mengeksploitasi persatuan belia untuk kepentinganperibadi.”
“Alaaah, idealislagi! Kerajaan saja yang mampu keluaqkansurat sakti, Raman! Lebih-lebih lagi untuk hangyang ada jawatan dalam persatuan belia. Awatmesti takut?”
“Tak boleh, Semaun!’’kataku tegas kerana waktu semakin beranjak ke tengah malam. Aku sudah sampai kepuncak angan-angan tentang kuda dan angan-angan itu sudah makin kehilanganlawaknya. Aku mahu masuk bilik dan tidur lelap. Minta-minta jangan mimpi kuda.
Semaun terdiam,menghela nafas panjang dan pamit.
“Okey la, aku béghalah dulu,”
Longlai dia ambilkembali proposalnya. Tanpa salam, dia meninggalkan rumahku. Kecewa sungguh.
Tapi dua tahunkemudian, usaha Semaun benar-benar wujud. Tidak jelas bagaimana ceritanya.Syarikat Kuda Baling wujud tidak jauh dari pejabat persatuan belia daerah.Tetapi sebagaimana yang aku telah jangkakan, Semaun telah memperlakukankakitangannya seperti kuda. Dan aku tidak sedikit pun terkejut bila Semaundiadili dengan dakwaan menipu para pekerja. Namun begitu, aku sebenarnya belumpuas. Syarikat Kuda Baling memang perlu ditutup, perlu dihancurkan atau dibakarsaja. Tetapi mentaliti memperkudakan orang lain untuk kepentingan sendiri,mampukah dibanteras? Entah!
Glosari:
Aloq Setaq; Alor Setar (Ibunegeri Kedah Darul Aman)
ambek; ambil
asaikan; asalkan
ataih; atas
awai; awal, mula
awat; kenapa, mengapa
ayam serhama; ayam serama
bagitau; memberitahu, bagitahu
baguih; bagus, baik
bakaq; bakar
bakiaq; basi
bakop; mata bengkaksebab tak cukup tidur
balon; pukul dengantangan, tali pinggang atau rotan
balog liat;malas
banyak akai; bijak, banyak berfikir yangbukan-bukan, meragam
bapak ghandok; kambing jantan yang sudahdewasa dan bertanduk
bawak mai; bawa ke mari, datang denganatau datang bersama
bécambah; dalam kuantiti yang banyak
bécéghau; berpeluh
bedak-bedak; membahagi-bahagikan
bédé-eh; bersusah payah nak menamatkan sesuatu kerja
bédédam; bersusun-susun atau rapat-rapat
béghadon; berbuat atau menyediakan sesuatu dengan banyak sampai
hampi-hampirmembazir
bégénuak; penuh sampaimelimpah
béghalah; minta diri
bekaih; bekas
bela; pelihara
besaq; besar, tidakkecil
bésag gajah tok mia; besar gajah
betui; betul
bercampuq; bercampur
bodoh piang; bodoh sungguh
bunting; hamil
canggah mai; berusaha datang
céghamok; berkecamuk, keadaan sesak dalam kepala, rumah atau
bilikyang bersepah atau tak teratur.
cekai; murah atau tidak kualiti
celen; bertanding
ceme; mata sepet
céméghkap; kata lawan bagi cekap, buatkerja banyak salah
cemuih; jemu, jelak
cépéruih; bergegas
cerdaih; cerdas, bijak
cerhita; cerita
cicak berhak kapoq; terpinga-pinga,bingung, terkedu sekejap
dapoq; dapur
dengaq; dengar
depa; mereka
habaq; beritahu
halai balai; buat sesuatu kerja secara lebihkurang, ambil ringan,
ambil mudah
hancoq; hancur
hang; kamu, awak
gélut; kelam kabut
ghabat; panjat, mendaki
ghagaih; sama dengan ghabat, panjat ataudaki
ghéban; runtuh.
ghédot; berkedut
ghélah; koyak
ghélai; berderai
ghémot; kalau kereta ghémot maknanyaremuk, kalau
baju ghémot maknanyatak diseterika
ghéyup; hilang, lenyap
ghimbok; pukul atau hentam orang. Secara khusus tumbuk di
bahagian perut.Dalam semua perkataan Kedah yang membawa makna pukul, ghimbokadalah yang paling teruk, maksudnya mengganyang.
ghodong; redah tanpa fikir panjang
ghuyub; kata dasarnya ghaib maknanya tak boleh nampak
juai; jual
pungkoq; punggung, jubur
kamben; kambing
kébulog; keinginan yang tinggi. Macam orang yang kebuluran
berhajatkankepada makanan. Kalau orang Kedah nak kata dia sangat-sangat tak nak, maka diakata, tak kébulog.
kelaih ;kelas
kélébog; air berselut
keluaq; keluar
kémbang pungkog; rasa bangga dipuji
kenai; kenal
kéghaih kédékiang; terlalu keras
kemaih; kemas
kena; mesti
kitaq; kitar
kughuih kélépiang; terlalukurus, macam papan
lagu; seperti, macam
la ni; sekarang ini
lémbek dok dek; lembik, lembut atau liut
lepaih; lepas
liaq; liar
lingkop; habis semua, bangkrap
lokap; penjara
luluih; lulus
macamana; bagaimana, macammana
mak ngot; orang yang terlalu perlahan dalam bekerja
malaih ; malas
mala’on; orang tak berguna. Dalam bahasa Arab ialah mala'un, iaitu
orangyang dilaknat.
mampoih; mati
manih; manis
market; pasar
méghawit; meracau atau melalut
méghepet; bakunya merepek, tapi dalam Bahasa Kedah maknanya
bermimpi
melawak; bergurau
méngkélan; makan tak lepas sebab tersangkut di kerongkong
méngkélayi; bergaduh, berkelahi
menyerok; sarapan pagi,minum pagi
modai; modal
moncom; tarik muka masam
nak mampoih; nak mati
nanya; malang atau nasib tak baik, aniaya
opih; office ataupejabat
orhang; orang
orhang luaq; orang luar
paham; faham, mengerti
pasai; sebab
pasiaq; pasir
penyegan nak mampoih; malas sungguh
pikiaq; fikir
repot; buat laporan dibalai polis
sapa; siapa
sat; sekejap, sebentar
sedap nak mampoih; sedap sungguh
segak; lawa, tampan
séghawa; bubur atau pengat
sekitaq; sekitar
sekoq; seekor
seluaq; seluar
sémawa; jemput, undang
setbot; almari
tai; tali leher
taik; tahi, tinja
tak dan; tak sempat
tak pa; tak apa
tak pasai-pasai; tak semena-mena, tanpasebab yang jelas
tak sah; tak usah
tau dak; tahu tak?
taun; tahun
téjéngoi; tiba-tiba muncul atau menjelma
teruih; terus, tanpahalangan
tidoq; tidur
tikaq; tikar
timoq; timur
BINTANGORKU TIADA LAGI
SMAHADZIR
NYALAR begini. Ghalib. Sekarar pagi begini, akusudah mengitari mandala perbukitan lapan hektar menghijau leanigerum dan tesymanii.Direalisasikan dari belantara tebal sejak meninggalkan jawatan pakar penyelidiksintesis organik University of Illinois, Chicago. Serasa ada bayu sendalumembelai lunak, mesra manja. Gelicau unggas berselerak. Aku karar di sinidengan kesuburan leanigerum dan tesymanii. Sentosa hati.
“Engkau sudah nyanyuk, Profesor!”
Sesiapapun sukar mengerti. Entahapakah hasilnya pokok-pokok ini? Entah apa faedahnya dua spesies ini jika mahudibandingkan dengan rambutan, durian, mangga siam, dokong? Biar tuduhanprejudis itu bersipongang. Biar meledak menggerutup di mana-mana. Realitinya,mandala perbukitan lapan hektar ini sudah sarat menghijau dengan leanigerum dan tesymanii.
“Kenapa memilih dua spesies iniuntuk disuburkan?”
Mereka makhluk Allah! Berbangsabintangor, susur galur dari hutan hujan Sarawak, dan aku suburkan di sinisemata-mata kerana Murni.
“Murni? Siapa Murni?”
Dia isteriku, yang telahmenganugerahkan aku sepasang zuriat dambaan kasih - Kuntum dan Dahan. Sayang,Murni telah pergi meninggalkan aku sewaktu ujikaji kami di peringkatpengumpulan sampel. Jelu amat mengenangkan.
“Teruskan!”
Sungguh, Murni isteriku yangbaik. Luhur penyayang. Nyalar mengingatkan aku tanggungjawab memeliharakelestarian alam supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Aku penyambung misicita-cita dan harapannya yang berakhir dengan renggutan maut virus durjana itu.
Ya, Murni meninggal dunia keranaHIV. Tidak sekali-kali aku mahu menyalahkan takdir. Siapalah aku mahu menghalang nahas itu dari menjerba perjalananMurni sewaktu pulang dari Kota Chicago. Akibat kemalangan itu dia mengalamipendarahan yang banyak.
Aku juga tidak menyalahkan paradoktor yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawanya. Tugas mereka murni danberjaya biarpun beberapa tahun kemudian isteriku terpaksa bertarung denganvirus HIV dari darah yang dipindahkan ke tubuhnya.
Betapa rakusnya serangan virusdurjana itu. Murni kecundang. Sungguh-sungguh aku sedih dengan kehilangannya.
“Bermakna kau tidak redha?”
Bukan begitu maksudku. Kesedihankubuar menghenyak hidup kerana Murni tidak sempat melihat kejayaan ujikaji kamipada sampel (+)-calanolide diekstrakdari bintangor spesies calophyllumlanigerum. Kajian in-vitro yangtelah kami jalankan menunjukkan (+)-calanolideA, sejenis bahan bukan nucleoside memberitindakbalas berbalik kepada enzim perencat atau transcriptase (NNRTI), bertindak aktif terhadap virus HIV-1termasuk strain rintang terhadapubat-ubatan seperti azt, nevirapine danpelbagai NNRTIs.
“Lagi?”
Kami dapati, bahan itu jugamenunjukkan kemampuan bersinergi biladigunakan secara in-vitro bersama-samaanalog nucleoside seperti AZT, ddC, ddI, d4T dan 3TC; juga dengan bahan perencat bukan nucleoside seperti nevirapine; dan perencat proteaseseperti saquinavir dan nelfinavir. Kajian atas haiwanmenunjukkan kompaun bahan itu boleh menembusi takungan virus... menembusihalangan bahagian otak dan memasuki otak, seterusnya berkumpul pada nidus limfa.
“Cuma itu?”
Tidak! Ujikaji kami pelbagai -berjujukan, rawak, kawalan placebo termasukujian ciri-ciri keselamatan, pharmacokineticsserta kesan dua dos (+)-calanolide A dijalankanatas pesakit HIV positif. Keputusannya memberangsangkan. Diserap dan beredarbaik melalui saluran darah kendati wujud sedikit loya, pening radangan dan nausea ringan.
Apakah tidak wajar aku menyesalikehilangan Murni? Penawar yang kami usahakan tidak sempat dinikmati Murni.Kesal dan jelu sungguh.
“Tapi, kau masih ada dua zuriattinggalan Murni! Dahan dan...”
Argh... usah disebut nama anakjantan itu. Dahan lebih mementingkan pembangunan, wang ringgit, langsungmelupakan kelestarian hijau alam.
“Saya malu, bapa! Tuan PB(Pegawai Besar) Daerah Maju punya bapa bekas profesor bijak selidik sintesisorganik tapi berwawasan beku. Era sudah berubah, bapa! Kita tidak lagidibelenggu kokun negatif, diborgol kejur diselimut gebar fatalis, mandom,pesimis dan statik. Kita merealisasikan wawasan pembangunan untuk kesejahteraansemua,”
Jadi, kamu malu berbapakanProfesor Lestari tua ini? Bapa tidak menghalang kamu berasa malu berbapakanbapa. Itu hak kamu. Tapi bapa ingin membetulkan tanggapan prejudis kamuterhadap bapa. Dengar sini Dahan... err Tuan PB!
Usaha bapa menghijaukanperbukitan lapan hektar itu dengan bintangor bukan bermakna bapa menolakpembangunan total. Bagi bapa, pembangunan tetap penting dan diperlukan selagitidak mengabaikan kelestarian alam. Bapa punya alasan aspek biologi. Ingat...andai kelestarian alam terabai, akan cagun pelbagai bencana. Kehidupan sentosamakhluk akan tergugat.
“Siapa mahu menafikan hujah bapa?Bekas pakar penyelidik sintesis organik antara penemu penawar AIDS dan kanser!Hujah bapa tidak lagi relevan dewasa ini, perlu dikorbankan. Pembangunan jugabermatlamatkan kesejahteraan hidup. Yang lebih penting, bapa harus sedar, tikarpembangunan telah dianyam dalam sebuah sistem yang bernama kuasa dan wang! Bapatentu sekali tidak berkudrat menentang sistem itu bukan?”
Mendadak lidah kejur, akubungkam. Suaraku lampus diborgol ungkapan itu. Memang aku lemah. Profesor tuaini terlalu lemah untuk menentang sistem itu. Dahan... bapa kesal! Pembangunantelah mengajar kamu memberhalakan kuasa dan wang.
“Jangan biarkan kesalan itumelarut! Kau masih punya Kuntum,”
Ceria wajah serlah mendadak.Tidak dinafikan. Memang Kuntum persis indungnya. Menyayangi fauna, flora danmakhluk sejagat. Pemuja cempaka putih spesies michelia alba membuatkan pojok halaman rumah sarat memutih kalamusim bunga. Menggerbak mengapung malam.
Sayang, Kuntum tidak punyasifat-sifat lembut kewanitaan seperti ibunya, gesit memberontak, kasar,agresif. Menggelumangi jagat NGO memungkinkan dia begitu.
Ahh... mentari sudah mencanak dipuncak kepala. Membahang melengas. Ada lawang perpisahan antara kita.Bintangor, aku pulang dulu!
* * *
Bilik empat persegi, dingin hawa menyengat. Mejakayu nyatuh. Kerusi pusing empuk. Dahan bersandar segar, mata menelitifail-fail bersusun cantik atas meja. Jam baru sembilan pagi kala hand-phone melengking.
Gesit diangkat dan ditekapkan ketelinga. Persis ghalib, dia yakin, tentu saja panggilan dari kontraktor-kontraktoryang sering berurusan dengannya.
“Hello!”
Diam.
“Hello!!!”
Cit! Putus pula! Hand-phone gesit diletakkan atas meja.Mata mengitari semula fail di hadapan. Namun mendadak pula benak menerawang,menghimbau wajah Tuan Usahawan dari Konsortium Cekauwang Bhd, mengirap mesra kesepasang mata.
“Projek ini mampu menarik jutaanpelancong ke Daerah Maju, Encik Dahan! Saya yakin, nama Encik Dahan sebagai PBDaerah akan turut harum!”
“Tapi taman rekreasi lengkap resort dan chalet mewah yang nak dibangunkan tu melibatkan kemusnahanbintangor milik bapa saya, Tuan Usahawan!”
“Itu saya tahu, Encik Dahan!Kewujudan bukit itu amat menjolok mata kalau tidak dibangunkan...”
“Saya sedar itu, Tuan Usahawan!Malah, sudah lama saya fikirkan. Bintangor bapa saya tidak menjamin pulanganbesar. Barangkali juga bapa saya sudah nyanyuk, meracau dengan impian masadepan yang kosong...”
“Orang tua memang begitulah,Encik Dahan!”
“Ya, cepat merajuk, sensitif dankadang-kadang kepala saya jadi yongyat. Banyak lagi tanaman lain bolehdiusahakan tapi bintangor itu juga jadi pilihan!”
“Sudahlah, Encik Dahan! Kitalupakan soal remeh-temeh tu... err... saya dah berbincang dengan Datuk OB(Orang Besar). Dia setuju dengan pendapat saya. Cuma satu pesanannya: ProjekTaman Rekreasi itu mesti direalisasikan secepat yang boleh!”
Dia mengangguk.
“Errr, satu lagi! LembagaPengarah Konsortium Cekauwang Bhd dah bersetuju melantik Encik Dahan sebagaisalah seorang pemegang kepentingan taman rekreasi tu!”
Dia angguk terus.
“Encik Dahan! Ada tetamu nakjumpa encik!”
Lamunan gesit bubar. Berkecai.Kelinglungan melihat Siti Aisyah di muka pintu bilik.
“Suruh dia masuk!”
Sebaik setiausaha muda ituberlalu, seorang lelaki agam terjengul di situ.
“Selamat pagi Tuan PB!”
“Selamat pagi eh... EncikTong-Kang! Sila duduk!”
“Tuan PB sudah minum?”
Dalam senyum. “Baru lepas!”
“Tadi saya ada telefon tapifikir-fikir... lebih baik datang jumpa sendiri!” bersuara mesra sewaktu punggungberlabuh.
“Oooo... talian yang putus tadi?”
“Sengaja diputuskan!”
“Tentu ada hal mustahak!”
Lelaki agam itu tersengih lebar.Pengusaha kuari bijak, workholic danpemurah. Tidak terlalu lama untuk melunaskan hajat hati. Sekeping enverlope 11cm X 22cm iseng dihulurkan kepada Encik Dahan.
“Eh, surat apa ni?” Pura-puraterjeda.
“Bukan surat tuan, errr... angpau!!” Encik Tong-Kang tersengih lagi.
“Bukan rasuah?”
“Jangan cakap macam tu, tuan!Alaa... sikit saja angpau untuk anak-anak tuan!”
“Kenapa bawah meja?” Encik Dahanseparuh berbisik.
“Takut orang lain nampak, tuan!”Encik Tong-Kang tersengih-sengih.
Encik Dahan turut tersengih.Tangan menyambut cepat. Enverlope bertukartangan. Terbayang dalam kepala. Bukit batu kapur pinggiran laut hujung DaerahMaju yang dulunya teguh terpasak dalam bumi, sudah terpokah diledak granite Tong-Kang Sdn Bhd.
Pelbagai flora dan fauna unik dibukit itu melenyap termasuk sebuah gua kaya stalaktait dan stalagmait. Jutaan makhluk spesies cheiromeles torquatus, megaderma lyra,scotophilus kuhli dan megadermaspasma kehilangan zuriat-zuriat kecil setelah kediaman mereka berkuburbawah tanah.
Beberapa tagal kemudian, EncikTong-Kang pamit. Encik Dahan gesit menyelak enverlope11cm X 22cm. Adakepingan-kepingan kertas biru kelabu cair di situ. Ada ubi ada batas! Angpau untuk anak-anak! Spontan bibir memurupsenyum.
* * *
TV4 mengungkap pelbagai petaka yang menjerba duniasebagai mukadimah lawang alaf baru.Gempa di Turki. Taufan di Florida. Ribut di California. Ledakan gunung berapidi Kepulauan Haiti. Banjir besar di China. Termasuk juga di Malaysia. Diselitanah runtuh, jambatan roboh, lebuh raya reban. Pengakhir rancangan, suaralatar bergema surah ar-Rum ayat 41: “Telah timbul berbagaikerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telahdilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendakmerasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang merekatelah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Sedikit tidak terkesan. Dahanbersahaja menghirup susu high calciumsajian isteri. Cepu kepala bergentayangan pelbagai. Beraduk-baur. Pertemuan denganKuntum beberapa malam lalu gesit cagun. Perbualan antara adik-beradik yangbermula mesra, akhirnya terus membahang.
“Kuntum! Masuklah!” Hanizahmempelawa lunak sebaik menguak daun pintu teras cengal. “Eh, mana bapa?”
“Dia di rumah. Baca kitab!”senyum Kuntum bersahaja dan terus ke ruang tamu. Melabuhkan punggung di sofakulit sisi Dahan yang asyik mengelus perut. Kekenyangan. Sekilas melirik kearah kakak ipar yang sudah ke dapur.
“Kenapa tak ajak bapa ke mari?”tanya Dahan.
“Errr... sebenarnya bapa kebukit!” Kuntum bersahaja.
“Malam-malam buta begini?” Dahanagak terkejut.
“Entahlah, bang! Katanya, naklihat bintangor bersujud kepada Allah!”
“Dah sah, Kuntum! Memang sahorang tua tu dah nyanyuk!” Dahan gesit menggeleng dan berdecit.
“Tak baik abang cakap macam tupada bapa. Bapa belum nyanyuk, bang!” Kuntum menegak hakikat.
“Habis, tak nyanyuk apa lagikalau ke bukit tu malam-malam begini?” tukas Dahan kurang senang. “Sepatutnya,bapa berehat saja selepas bersara. Buat ibadat banyak-banyak sebelum mati.”
“Abang tak ada hak nak menentukankehidupan bapa baik sebelum mahupun selepas bersara. Begitu juga kecintaan bapakepada kehijauan dan kesuburan bintangor di bukit tu!” Kuntum sungguh kurangsenang. Suara sedikit gerah.
“Itu kata kamu, Kuntum!” Dahantersenyum nipis. “Sebagai anak lelaki, menjadi tanggungjawab abang untukmelihat bapa tidak dihenyak masalah. Bapa perlu disedarkan, usahanya menanambintangor tu sia-sia saja!”
“Itu kata abang! Bapa ada alasantersendiri!”
“Apa juga alasan, pembangunanperlu diutamakan. Abang sebagai PB daerah ni, berasa malu jika bukit tu takdibangunkan dengan sesuatu yang berfaedah untuk semua!”
Hening sejenak.
“Beginilah, Kuntum! Tak usahlahkita dua beradik bergaduh fasal bukit tu lagi. Lagipun, pentadbir daerah sudahpunmemutuskan. Warga Daerah Maju memerlukan sebuah taman rekreasi untuk berehat.Secara tak langsung, akan menarik minat para pelancong ke sini. Bukit tu dikiratempat paling strategik untuk dibangunkan!”
“Kerana warga Daerah Maju atauada kepentingan lain?” Kuntum menyinis.
Dahan terjeda. Tergamam joladengan ungkapan tersebut.
“Bermakna juga, abang terpaksaberhadapan dengan saya dan NGO!” Kuntum terus menambah persis mengingatkan.
“Maksud kamu?”
“Kami sudah sepakat akanmengadakan demontrasi membantah sebarang kemusnahan terhadap bintangor milikbapa!” tegas dan waras Kuntum bersuara.
“Ooooo... demontrasi! Barangkaliitu tindakan paling rasional dari warga terpelajar macam kamu!”
“Rasional atau tidak, terpelajaratau tidak, itu bukan persoalan. Yang penting, hasrat kami untuk menyedarkan.Pembangunan perlu mengambil kira aspek kelestarian alam, tidak komersialsemata, kepentingan bintangor untuk perubatan dan yang lebih penting, cita-citabapa untuk kelangsungan hidup makhluk sejagat!”
“Wah... wah! Mengalahkan pidatoahli politik!” Dahan mencebek jengkel. “Negeri kita demokrasi, Kuntum! Kamuboleh berpiket sehebat mana yang kamu mahu tapi harus ingat, tindakan itu takubah anjing menyalak bukit! Kami tak pernah gentar apalagi tergugat!”
Kuntum gesit bungkam.
“Barangkali kamu lupa agaknya!Pokok pembangunan berpaut kukuh pada tunjang kuasa dan wang! Tahu itu?” Dahantersenyum sinis.
Figura Kuntum mendadak berubahjerau. Pedih gesit membuar mengganyang rongga dada. Sewaktu kaki melangkah kemuka pintu, dia persis dapat merasakan bapanya tidak akan melihat lagibintangor bersujud kepada Allah tetapi bersujud akur kepada pembangunan.
Denting jam antik bersipongangmengejutkan. Lamunan berjela-jela Dahan terburai. Kemamar sejenak sebelumbangun menuju bilik tidur. Terasa puas dan lega namun sedikit kesal. Kuasa danwang juga boleh merenggangkan tali persaudaraan. Ah, biarkan!
* * *
Nyalar begini. Ghalib. Sekarar pagi begini, akusudah mengiseng langkah mengitari mandala perbukitan lapan hektar yang dulunyamenghijau subur leanigerum dan tesymanii tetapi kini sudah meriahsebuah taman rekreasi lengkap resort danchalet. Serba mewah.
Serasa ada bayu langkisaumenerjang garang. Membalun dan menghenyak. Bintangorku tiada lagi.
MONUMEN TEPIAN DAIK
Syed Mahadzir Syed Ibrahim
DI MANA monumen tepian daik itu? Di mana jagat cadaiitu? Di mana?
Aku kembali mencari monumen itudi Kampung Kuala Jeneri ini. Kepulangan setelah lebih tiga puluh sembilan tahunmeninggalkan monumen yang pernah dicegatkan di tepian daik suatu ketika dulu,lebih tiga puluh sembilan tahun yang lalu. Kini berselerak di celahgulang-gulang, petak-petak bendang, denai-denai sempit di kebun-kebun kelapa,ban-ban besar antara parit juga di arus deras sungai berbatu.
Di sini, lebih tiga puluhsembilan tahun yang lalu kami pernah dipeluk dingin mencokot tulang temulang,menurap keriangan bermain hagur batu dan celempung air tanpa peduli bingargelicau gatalbirah di dahan ara lempung apalagi pergolakan yang berlaku di sekeliling.Aku cuba mengumpul semula serpihan-serpihan monumen yang bertaburan itu untukditegakkan kembali di tepian daik persis dulu kendati sengoti menyelakhutan-hutan batu yang berceracak. Betapa ghobar...
Dimana monumen-monumen itu sekarang? Di mana jagat cadai itu kini?
Lebihtiga puluh sembilan tahun yang lalu, di Kampung Kuala Jeneri ini, pernah akudirikan sebuah dangau kecil tepian daik pesisir bendang sesapan, bawah teduhankeriang dot rimbun yang atapnya pelepah kering nyiur gading. Sebiji tempurungkelapa jantan yang aku gosok sagat setiap malam sebelum tidur dengan daunmempelas yang kebiasaannya aku ambil selepas mandi petang di belakang rumahdari rumpunan mempelas tembun pinggiran telaga, tak pernah lekang ke mana saja.
Tempurung jantan itu aku jadikangelok buat simpan air telaga. Air itu untuk sajian kepada tetamu yang datang kedangau kecilku. Alangkah seronok dan indahnya waktu itu. Aku masih ingat padaAni - rakan cadai bertahi lalat gabai tercatuk di hujung bibir, rambutnyapanjang mengurai sampai ke pinggang, nyalar senyum bercawak manis, calak manjadan dialah yang sering menjadi pasanganku di atas pelamin olok-olok.
Tidakada sepatah perkataan pun yang menerjah keluar dari mulut Ani kalau kamidisandingkan. Nyalarnya majlis persandingan itu dibuat di pinggir dangau,mengarah ke bendang, ketika para petani getol menuai. Panen yang indah denganalunan merdu serunai batang padi disisip gelicau tiak, cicip jerijit - sungguhmengesankan garisah.
Ketikaitu kami semuanya seia sekata. Aku masih belum melupakan, Topa, Udin, Sopi,Maung, Seman, Latip, Ijah, Mail, Umi dan Peah - semuanya mengangguk setujudengan persandingan kami sambil menutup mulut dengan telapak tanganmasing-masing, seakan-akan mahu ketawa kegelian. Masing-masing akur tidak adapasangan lain yang lebih cocok dan sepadan selain dari kami berdua. Aku danAni.
Disinilah, di tepian daik pesisir bendang inilah dan di Kampung Kuala Jeneriinilah, Topa, Udin, Latip, Sopi, Maun, Mail, Seman, Ijah, Umi dan Peah bercadaigalak dan bersenandung lagu Oh Bulan ManaBintang sambil ketawa terhinggut-hinggut melihat aku bersanding pada pagiitu, sewaktu matahari mencanak sepenggalah, selepas menyerok pagi, nyalarnyaubi kayu rebus cicah gula kabung di rumah masing-masing. Persandingan olok-olokitu adalah sebuah monumen kisah silam, sejarah purba kami yang tak mungkin akanterulang lagi. Era amat jauh membezakan, jarak terlalu lebar meninggalkan.Serasa-rasa bagai sebuah jagat kontradiksi yang kekadangnya meyongyatkan.
Sungguh,sungguh indah waktu itu. Selepas lebih tiga puluh sembilan tahun berlalu, akukembali semula ke tepian daik ini untuk melihat bekas tapak kaki yang pernahkami redah dahulu. Mengirap mesra ke benak, belum pamit bagaimana dangaukendati sempit kecil dan centang perenang binaannya, tetapi itulah mahligaiindah buat kami bercadai setiap pagi, setiap petang tanpa peduli perjalananwaktu.
Kami keriangan di celah-celahsilir, kami ketawa di bawah simbahan mentari dan kami akan terus-terusan riangdan ketawa terapung-apung ke langit biru lalu menghilang dipeluk gumpalan awangemawan putih serlah. Alangkah, alangkah indahnya waktu itu, amat sukar untukdinyahkan dari hati.
Lebihtiga puluh sembilan tahun yang lalu, pada hari ini dan di tepian daik pesisirbendang ini, aku dan Ani pernah disandingkan. Walaupun tanpa bunga manggar,bunga telur, paluan kompang atau laungan hadrah, ucap mulus selawat untukJunjungan buat diambil berkatnya, namun majlis itu tetap juga berlangsungdengan persetujuan aku dan Ani. Seman akan menepuk-nepuk perut boyotnya,berirama gendang raya atau merdangga mengiringi langkah silat pulut dan bungaLatip dan Sopi. Maun akan membulat-bulat bibir mulutnya, mendesah anginmenghibur lagu serunai pahlawan menggegar gelanggang. Satu kenangan daripadaseluruh peristiwa, manis, indah dan menyeronokkan. Gerbaknya bagai kenanga danseroja pinggiran bendang.
Aduhai...alangkah meriahnya majlis persandingan olok-olok itu. Walaupun nasinya hanyatanah kering dari bendang yang dikecai-kecai, lauknya dedaun cekur dan sendudukbauran ranting-ranting halban, sirapnya air telaga bening, namun itulahkeseronokan dan kemeriahan majlis itu. Mata Ani akan kuyu terkesip-kesip,mungkin kerana seronok bersanding. Mungkin juga kerana dihubub pawana darijihat tengah bendang yang sesekali garang menerjang. Tetapi yang nyatanya, kuyuitu bukan sengaja dibuat-buat, cagun spontan sarat riang, kuyu penuhkeikhlasan.
Kerianganyang murup mengapung dalam senyum tawa Topa, Udin, Mail, Latip, Sopi, Maun,Seman, Ijah, Umi dan juga Peah. Semuanya terleleh air liur kerana asyik ketawaterhinggut-hinggut. Topa getol mengernyehkan giginya yang kuning rongakberkarat, Ijah cabuh mengerisin kerana sumbingnya gagal dikawal, Maun nyalarmenggenyeh-genyeh hidungnya yang buar berhingus acap benar meleleh masuk kemulut.
Sementara Seman galak pula meraismenggodek-godek lubang hidung, kemudian dicecap dengan hujung lidah. Sesekalitersengih. Lepas itu semuanya akan menyanyi lagu Oh Bulan Mana Bintang, meraikan acara persandingan olok-olok akudengan Ani. Waktunya lebih tiga puluh sembilan tahun yang lalu, pada hari ini,di tepian daik pinggiran bendang ini, di Kampung Kuala Jeneri ini. Belummenggelongsor luput lagi semua itu dari ingatan.
Jagatcadai kami meruah asyik dan buar menyeronokkan. Sarat melimpah dengan gelakmencabuh dan gerapak nyanyian. Jagat cadai kami adalah jagat gelicau tawa yangluas, panjang, murup riang dan menggelinyau senang. Berkali-kali aku cuba untukmenggapai semula keriangan jagat cadai itu tetapi jarak perjalanannya terlalujauh untuk disentuh, muhal untuk ditawan semula. Ianya sudah melepasi jangkauanfitrah. Tidak berupaya aku lantaran lebih tiga puluh sembilan tahun terpisahdan terpinggir.
Dimana mereka sekarang? Di mana mereka selepas lebih tiga puluh sembilan tahunmeninggalkan jagat cadai kami? Di mana Ani, di mana Topa, di mana Udin, Latip,Sopi, Maun, Mail, Seman, Ijah, Umi dan di mana Peah? Apakah mereka juga sudahmeninggalkan Kampung Kuala Jeneri ini kerana mengikut arus perubahan zaman?Apakah mereka semua tidak akan kembali lagi memeriahkan semula jagat cadai kamiseperti lebih tiga puluh sembilan tahun yang lalu?
Sesungguhnya,keriangan kami sewaktu kecil-kecil dulu, lebih tiga puluh sembilan tahun dulu,acap cagun mengiang, figura rakan-rakan itu nyalar mengirap, kemesraan dankeakraban kami bagaikan sari gemuyu bolong yang manisnya masih melepa erat dirongga tekakku ini. Sukar sekali mahu disisihkan, mahu dinyahkan dari dirikendati masa sudah berlalu lebih tiga puluh sembilan tahun.
Tetapi,daripada seluruh keriangan, kegembiraan, gerapak tawa dan nyanyian mesra itu,akulah anak Kampung Kuala Jeneri ini yang nyalar digulat sengsara. Dihenyakfatamorgana. Dijerba pelbagai derita. Menjadi gelandangan melarat di bumiasing.
Akusebenarnya rengsa terkujur dalam hidup tersendiri, terasing dari kebenaranhakiki kerana cuba melarikan diri daripada lajur suratan dan takdir. Aku jugapersis lupa mewa bahawa jodoh, pertemuan, perpisahan, rezeki dan ajal mautsemuanya dalam kehendak masyi’atullah danfitratullah. Aku telah terlempar kesatu dimensi jauh dari hakikat kebenaran hidup lalu menggelincir jatuh ke gaungnihil dengan imamat.
Aku nyalar menyalahkan takdir,tidak meyakininya lantas memberang tanpa sedar hakikat kejadian sunnan al-khaun. Aku muflis akhlakul karimah. Hidupku tersasar jauhdari tauhid uluhiyyah. Namun muhasabah lekas membawa aku ke jagatkebenaran dan aku mulai mengagungi keagungan purbawisewa.
Kiniaku mengharapkan hidup ini akan teranyam dalam satu jalinan indah sepanjangdetik. Kalau boleh hingga akhir hayat. Murad sejak aku meninggalkan bumi asingitu dan kembali ke sini, ke Kampung Kuala Jeneri ini selepas lebih tiga puluhsembilan tahun. Di sini aku telah menemui segalanya yang karar, hakiki,zat-Nya, keesaan-Nya. Namun, kala aku mencari monumen tepian daik, jagat cadaikami lebih tiga puluh sembilan tahun dulu, segalanya kejur, merengap dalamremang langking hari dan muhal sekali untuk dijejak.
Semuanya sudah menghilang,semuanya telah melenyap dan semuanya khali tanpa suara. Yang tinggal kinihanyalah murup hampa dan buar rindu membara. Tersuar tinggi melangit. Tidaklagi aku mengharapkan urna riang manis ini berulang, selain lebih tiga puluh sembilantahun yang lalu, di sini dan di Kampung Kuala Jeneri ini. Detik manis indah itunyata begitu jauh meninggalkan aku, meninggalkan Maun, meninggalkan Topa,meninggalkan Udin, Mail, Seman, Peah, Latip, Sopi, Ijah, Umi dan meninggalkanAni malah sewaktu aku memijakkan kaki semula ke kampung ini selepas lebih tigapuluh sembilan tahun kemudiannya, semuanya bungkam, sebam, udam, pudar, ilambagaikan punggur puhu tepian bendang. Tiada lagi urna bianglala persis duluyang nyalar melengkung di ufuk langit.
Sesekaliterasa bagaikan semalam aku meninggalkan segala jagat cadai indah itu. Akudijerba rindu menggelodar, keinginan kembali ke jagat itu semula amatmenggelecak. Amat riang sekali kiranya dapat bercadai kembali di dalam dangaucentang perenang tepian daik pesisir bendang. Aku disergap gelecak rindu untukbersenandung semula lagu Oh Bulan ManaBintang, dalam calak dan cangip riang di bawah cerlang urna bersama Topa,Udin, Mail, Seman, Latip, Sopi, Umi, Peah dan Ani.
Biarlah sekali lagi aku diberipeluang bercadai mesra, menjamah nasi dedaun cekur berlauk ranting-ranting kayukering dan menogok air sejuk perigi bening di dalam gelok tempurung jantan.Biarlah sekali lagi aku dianugerahi peluang bersenandung penuh asyik lagu Oh Bulan Mana Bintang, bersanding disamping Ani yang calak manja, nyalar tersengih dan getol benar tersenyum itu.Biarlah sekali lagi...
Aduhai...Sesungguhnya, majlis persandingan itu semeriah cerlang mentari pagi, Oh Bulan Mana Bintang yang kamisenandungkan itu bergelombang menggerbak menyuar ke pundak awan gemawan,mencelah antara gunung gemunung, bersipongang melantun menggelicau ke lawangtujuh petala langit dan aku merasa begitu bahagia, karar, ceria dan diapunggembira dalam jagat cadai kami yang buar ketawa, melimpah senda dan calak mesraitu.
Terlalugesit detik berjalan. Melihat tepian daik pesisir bendang di Kampung KualaJeneri ini persis mencerlung cermin diri yang semakin singkat dan dewasa. Lebihtiga puluh sembilan tahun berlalu bagaikan mimpi semalam yang cagun mendadak,rindu berbaur jelu, sendu berbaur pilu. Manis riang dan indah mengasyikkan.Kampung Kuala Jeneri ini bagaikan hilang serinya tanpa mereka semua. TanpaUdin, tanpa Topa, tanpa Sopi, tanpa Mail, tanpa Seman, Ijah, Umi, Ani dan Peah.
Ya.Kampung Kuala Jeneri ini khali dan bungkam. Kejur dan kedu. Tanpa mereka. Tanpamonumen tepian daik. Tanpa jagat cadai kami. Tanpa semuanya. Segalanya beningdan hening bagaikan sudah disergap meditasi selepas lebih tiga puluh sembilantahun kemudiannya dan kala aku menjijakkan kaki semula ke sini selepas lebihtiga puluh sembilan tahun itu, gumpal awan gemawan gabak gerawan persismengejek diri. Ejekannya menggelodak seperti gelodaknya rinduku kepada Topa,kepada Udin, kepada Sopi, kepada Latif, Maun, Mail, Seman, Ijah, Peah dan jugaAni.
Semak-samun tepian daik dipinggiran bendang, tapak monumen jagat cadai kami, bekas dangau silam kami,sudah pun gondol gersang sebagaimana melenyapnya mereka semua. Malah, diKampung Kuala Jeneri ini tidak ada lagi pokok mengkudu, pokok mengkirai, pokokcenerai, raksamala, senduduk, halban, menerung dan segalanya yang menaung kamibercadai. Tiada lagi tempat untuk kami bersanding, menjamah nasi dedaun cekurdan tembak menembak setiap musim panen. Bungkam dengan gelicau jerijit, ceridaumadi juga gatalbirah. Semuanya khali dan merajuk sebagaimana merajuknya aku danmereka semua. Dengan rajukan yang panjang tanpa dapat dipujuk-pujuk lagi.
Manamonumen tepian daik itu? Mana jagat cadai kami?
Di Kampung Kuala Jeneri ini akutidak lagi bersua dengan monumen tepian daik dan jagat cadai kami itu.Segalanya sudah melenyap persis embun di hujung senayan tatkala ditampar sinarmentari ledang. Begitulah juga lenyapnya Ani, Topa, Udin, Sopi, Latip, Ijah,Mail, Seman, Maun, Umi dan Peah. Entah ke mana! Barangkali sudah berseleraksebagaimana berseleraknya monumen tepian daik dan jagat cadai kami, mengalirderas dibawa arus perubahan zaman.
Tatkalaini aku masih cuba mengutip semula perca-perca perjalanan silam yang telah kamitinggalkan. Biarpun aku tahu semua itu muhal tanpa Topa, Udin, Seman, Mail,Latif, Sopi, Peah, Umi, Ani dan juga Maun. Sesungguhnya tidak ada lagi murupcerianya aku pulang ke Kampung Kuala Jeneri ini setelah lebih tiga puluhsembilan tahun kemudiannya. Silir galak lunak yang miang berhimpang berkesiursaban pagi dan petang, bagaikan kehilangan jihat puputannya.
Bukit-bukau, cerok lurah tempatkami tercangip merengap mencari durian burung dan tempat aku menolong emak Animenuai padi huma sudah pun gondol, bagaikan orang tua renta kehilangan rambut.Sekadar ceracak perdu tolang dikapak langkisau beliung. Kata Haji Badri yangaku temui tiga hari lalu, tempat itu akan menjadi tapak padang golf eksklusif,siap dengan kolam renang dan pusat rekreasi. Sesekali mengirap bergentayangangelagat kami di situ. Beragaman mengelut cepu kepala.
Kamilahyang nyalar mengurai dan mengirik padi malinja emak Ani untuk ditugal di huma.Aku yang getol mencongkah lubang tugal dengan kayu sebatang, Ani menyumbat bijibenih dan gesit pula tumit kaki menguis tanah untuk menutup lubang itu.Berpetang-petang kami menugal padi huma emak Ani, berelong emak Ani berhuma.Tatkala panen padi remaja menguning emas, aku bersama rakan-rakan sebaya yanglain bingar menghalau tiak, ketitir, merbok dan upahnya ialah emping padi mudaemak Ani.
Emping itu kami yang mengindiknyadengan lesung indik teras resak yang tak makan asai biar seratus tahun. Padiitu adalah buah-buah rindu yang selama ini acap cagun menjerba, kuning emasnyaurna kemesraan yang tidak pernah larut dalam cepu ingatan. Segalanya galakmengheret aku dalam sejuta kenangan yang manis tanpa tepi dan lajur watasnya.
Alangkahkerdilnya aku! Selepas lebih tiga puluh sembilan tahun menjadi petualang dangelandangan di bumi orang dan kemudiannya pulang ke tanah kelahiran sendiri.Sebenarnya jagat ini juga kerdil!
Benar,di Kampung Kuala Jeneri ini keterasingan cagun berhimpang dari pelbagai sudutmembuatkan gelinyau keluh kesah yang selama ini tidak pernah ada belas kasihanmenjerba galak, mencanak membusut dan suar membukit. Jiwaku terlalu cabuhmencari serpihan monumen tepian daik itu, jagat cadai kami itu.
Apakahsegalanya ini rentetan imbalan terhadap rusuh fikiran yang nyalar dijerbakenangan silam yang bolong, tidak berupaya direalisasikan semula kerana zamanyang nyata berubah? Mungkin kerana cabuh dan kelut jiwa dihenyak oleh pelbagaiderita? Entahlah! Aku tidak tahu, apakah zuriat mereka yang semakin melonjatusia itu pula yang akan menyambung segala cadai kami? Apakah kanak-kanak ituberupaya melaksanakannya semeriah dan seasyik persis yang pernah kami cagunkandulu?
Apakah aku masih mengharapkanzuriat mereka yang kian membesar itu melagukan kembali lagu Oh Bulan Mana Bintang seperti dulu?Muhal, bagai menunggu mentari tengah malam yang tak mungkin akan cagun.
Manamonumen tepian daik itu dan mana jagat cadai kami?
Sesekaliberada di Kampung Kuala Jeneri ini, lebih tiga puluh sembilan tahunkemudiannya, terasa sekali beruntungnya aku. Kerana aku dilahirkan di kampungpingitan ini dan aku dibesarkan di sini. Kampung Kuala Jeneri ini adalahkampungku, tempat lahirku. Tepian daik pinggiran bendang, gulang-gulang disekitar kampung ini adalah mandala cadai kami di mana itulah satu-satunyatempat yang selesa kepunyaan kami. Walau bagaimanapun buruk, comot, selekeh dannaif rumah-rumah kampungnya tetapi itulah mandala indah kenangan aku berpusardan berkelintar.
Mungkinkepulanganku ini serasa masih belum terlewat tetapi cukuplah untuk akumengenangkan kembali perjalanan silam yang panjang dan jelu itu. Pedih ghobarmerengsa tetapi mengesankan, getir pahit memaung tetapi mengasyikkan.Realitinya, waktu ini, selepas lebih tiga puluh sembilan tahun aku dipisahkanoleh waktu, banyak perkara yang aku telah tinggalkan - Topa, Udin, Sopi, Latip,Maun, Mail, Seman, Ijah, Umi, Peah dan Ani mungkin sedang membilang jari zuriatkurniaan Tuhan kepada mereka. Tentu suara pekik gerapak bingar anak-anak itubagaikan mahu meredum, menghogeh rumah masing-masing tetapi pekik gerapakbingar anak-anak itulah sebenarnya imejan kami.
Larian cadai anak-anak itulahsebenarnya ulang tayang filem silam kami, imejan daripada ribuan dan jutaancadai silam kami, refleksi daripada berlaksa-laksa sorak bingar dan senandungpurba yang pernah kami cagunkan mengapung jagat Kampung Kuala Jeneri lebih tigapuluh sembilan tahun yang lalu. Di mana selut bendang bolong kohong likatadalah taman kami.
Hujung kampung adalah watasmandala cadai kami dan kami akan terus bergelicau berlari dan getol menggerukejar mengejar, warawiri merengap tercangip bersama-sama Topa, Udin, Seman,Mail, Maun, Latip, Sopi, Ijah, Umi, Peah dan juga Ani.
Manamonumen tepian daik dan jagat cadai kami itu? Mana...
Berhari-harian,bermingguan dan berbulan-bulan aku berada di tempat ini, dari waktu pagi yangcerlang ceria dengan ciuman suam mentari hinggalah ke remang senja, akuhabiskan seluruh kemanisan kenangan ini di tempat ini, pada waktu ini dan padasaat ini untuk kujadikan satu monumen sejarah diri yang tidak ternilaiharganya. Aku berharap dan nyalar berdoa semoga pada suatu ketika nanti,anak-anak mereka akan menatap dan mengenang serta menghayatinya sebagai monumensejarah purba anak-anak Kampung Kuala Jeneri lebih tiga puluh sembilan tahunyang lalu.
Anak-anak Kampung Kuala Jenerilebih tiga puluh sembilan tahun yang lalu itu adalah aku, Topa, Udin, Sopi,Latif, Mail, Maun, Seman, Peah, Umi, Ani dan Ijah. Sekiranya sesiapa sajaantara mereka bertanya, katakan kepada mereka bahawa di tempat ini dulunyapernah terjadi peristiwa dua belas kanak-kanak yang comot dan naif riangbercadai dan selepas tiga puluh sembilan tahun kemudiannya dipisahkan olehtakdir Ilahi.
Amat pedih sukar dilupakan, amatmenyayat payah disisihkan.
Diantara dua belas kanak-kanak Kampung Kuala Jeneri itu akulah yang ditakdirkanbanyak sekali disergap derita, dihenyak sengsara. Sehingga kini aku belumberupaya melenyapkan segala kesan yang melepa dalam hidup. Aku tidak berupayamenyekang masyi’atullah dan fitratullah itu.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
