BINTANGORKU TIADA LAGI
SMAHADZIR
NYALAR begini. Ghalib. Sekarar pagi begini, akusudah mengitari mandala perbukitan lapan hektar menghijau leanigerum dan tesymanii.Direalisasikan dari belantara tebal sejak meninggalkan jawatan pakar penyelidiksintesis organik University of Illinois, Chicago. Serasa ada bayu sendalumembelai lunak, mesra manja. Gelicau unggas berselerak. Aku karar di sinidengan kesuburan leanigerum dan tesymanii. Sentosa hati.
“Engkau sudah nyanyuk, Profesor!”
Sesiapapun sukar mengerti. Entahapakah hasilnya pokok-pokok ini? Entah apa faedahnya dua spesies ini jika mahudibandingkan dengan rambutan, durian, mangga siam, dokong? Biar tuduhanprejudis itu bersipongang. Biar meledak menggerutup di mana-mana. Realitinya,mandala perbukitan lapan hektar ini sudah sarat menghijau dengan leanigerum dan tesymanii.
“Kenapa memilih dua spesies iniuntuk disuburkan?”
Mereka makhluk Allah! Berbangsabintangor, susur galur dari hutan hujan Sarawak, dan aku suburkan di sinisemata-mata kerana Murni.
“Murni? Siapa Murni?”
Dia isteriku, yang telahmenganugerahkan aku sepasang zuriat dambaan kasih - Kuntum dan Dahan. Sayang,Murni telah pergi meninggalkan aku sewaktu ujikaji kami di peringkatpengumpulan sampel. Jelu amat mengenangkan.
“Teruskan!”
Sungguh, Murni isteriku yangbaik. Luhur penyayang. Nyalar mengingatkan aku tanggungjawab memeliharakelestarian alam supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Aku penyambung misicita-cita dan harapannya yang berakhir dengan renggutan maut virus durjana itu.
Ya, Murni meninggal dunia keranaHIV. Tidak sekali-kali aku mahu menyalahkan takdir. Siapalah aku mahu menghalang nahas itu dari menjerba perjalananMurni sewaktu pulang dari Kota Chicago. Akibat kemalangan itu dia mengalamipendarahan yang banyak.
Aku juga tidak menyalahkan paradoktor yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawanya. Tugas mereka murni danberjaya biarpun beberapa tahun kemudian isteriku terpaksa bertarung denganvirus HIV dari darah yang dipindahkan ke tubuhnya.
Betapa rakusnya serangan virusdurjana itu. Murni kecundang. Sungguh-sungguh aku sedih dengan kehilangannya.
“Bermakna kau tidak redha?”
Bukan begitu maksudku. Kesedihankubuar menghenyak hidup kerana Murni tidak sempat melihat kejayaan ujikaji kamipada sampel (+)-calanolide diekstrakdari bintangor spesies calophyllumlanigerum. Kajian in-vitro yangtelah kami jalankan menunjukkan (+)-calanolideA, sejenis bahan bukan nucleoside memberitindakbalas berbalik kepada enzim perencat atau transcriptase (NNRTI), bertindak aktif terhadap virus HIV-1termasuk strain rintang terhadapubat-ubatan seperti azt, nevirapine danpelbagai NNRTIs.
“Lagi?”
Kami dapati, bahan itu jugamenunjukkan kemampuan bersinergi biladigunakan secara in-vitro bersama-samaanalog nucleoside seperti AZT, ddC, ddI, d4T dan 3TC; juga dengan bahan perencat bukan nucleoside seperti nevirapine; dan perencat proteaseseperti saquinavir dan nelfinavir. Kajian atas haiwanmenunjukkan kompaun bahan itu boleh menembusi takungan virus... menembusihalangan bahagian otak dan memasuki otak, seterusnya berkumpul pada nidus limfa.
“Cuma itu?”
Tidak! Ujikaji kami pelbagai -berjujukan, rawak, kawalan placebo termasukujian ciri-ciri keselamatan, pharmacokineticsserta kesan dua dos (+)-calanolide A dijalankanatas pesakit HIV positif. Keputusannya memberangsangkan. Diserap dan beredarbaik melalui saluran darah kendati wujud sedikit loya, pening radangan dan nausea ringan.
Apakah tidak wajar aku menyesalikehilangan Murni? Penawar yang kami usahakan tidak sempat dinikmati Murni.Kesal dan jelu sungguh.
“Tapi, kau masih ada dua zuriattinggalan Murni! Dahan dan...”
Argh... usah disebut nama anakjantan itu. Dahan lebih mementingkan pembangunan, wang ringgit, langsungmelupakan kelestarian hijau alam.
“Saya malu, bapa! Tuan PB(Pegawai Besar) Daerah Maju punya bapa bekas profesor bijak selidik sintesisorganik tapi berwawasan beku. Era sudah berubah, bapa! Kita tidak lagidibelenggu kokun negatif, diborgol kejur diselimut gebar fatalis, mandom,pesimis dan statik. Kita merealisasikan wawasan pembangunan untuk kesejahteraansemua,”
Jadi, kamu malu berbapakanProfesor Lestari tua ini? Bapa tidak menghalang kamu berasa malu berbapakanbapa. Itu hak kamu. Tapi bapa ingin membetulkan tanggapan prejudis kamuterhadap bapa. Dengar sini Dahan... err Tuan PB!
Usaha bapa menghijaukanperbukitan lapan hektar itu dengan bintangor bukan bermakna bapa menolakpembangunan total. Bagi bapa, pembangunan tetap penting dan diperlukan selagitidak mengabaikan kelestarian alam. Bapa punya alasan aspek biologi. Ingat...andai kelestarian alam terabai, akan cagun pelbagai bencana. Kehidupan sentosamakhluk akan tergugat.
“Siapa mahu menafikan hujah bapa?Bekas pakar penyelidik sintesis organik antara penemu penawar AIDS dan kanser!Hujah bapa tidak lagi relevan dewasa ini, perlu dikorbankan. Pembangunan jugabermatlamatkan kesejahteraan hidup. Yang lebih penting, bapa harus sedar, tikarpembangunan telah dianyam dalam sebuah sistem yang bernama kuasa dan wang! Bapatentu sekali tidak berkudrat menentang sistem itu bukan?”
Mendadak lidah kejur, akubungkam. Suaraku lampus diborgol ungkapan itu. Memang aku lemah. Profesor tuaini terlalu lemah untuk menentang sistem itu. Dahan... bapa kesal! Pembangunantelah mengajar kamu memberhalakan kuasa dan wang.
“Jangan biarkan kesalan itumelarut! Kau masih punya Kuntum,”
Ceria wajah serlah mendadak.Tidak dinafikan. Memang Kuntum persis indungnya. Menyayangi fauna, flora danmakhluk sejagat. Pemuja cempaka putih spesies michelia alba membuatkan pojok halaman rumah sarat memutih kalamusim bunga. Menggerbak mengapung malam.
Sayang, Kuntum tidak punyasifat-sifat lembut kewanitaan seperti ibunya, gesit memberontak, kasar,agresif. Menggelumangi jagat NGO memungkinkan dia begitu.
Ahh... mentari sudah mencanak dipuncak kepala. Membahang melengas. Ada lawang perpisahan antara kita.Bintangor, aku pulang dulu!
* * *
Bilik empat persegi, dingin hawa menyengat. Mejakayu nyatuh. Kerusi pusing empuk. Dahan bersandar segar, mata menelitifail-fail bersusun cantik atas meja. Jam baru sembilan pagi kala hand-phone melengking.
Gesit diangkat dan ditekapkan ketelinga. Persis ghalib, dia yakin, tentu saja panggilan dari kontraktor-kontraktoryang sering berurusan dengannya.
“Hello!”
Diam.
“Hello!!!”
Cit! Putus pula! Hand-phone gesit diletakkan atas meja.Mata mengitari semula fail di hadapan. Namun mendadak pula benak menerawang,menghimbau wajah Tuan Usahawan dari Konsortium Cekauwang Bhd, mengirap mesra kesepasang mata.
“Projek ini mampu menarik jutaanpelancong ke Daerah Maju, Encik Dahan! Saya yakin, nama Encik Dahan sebagai PBDaerah akan turut harum!”
“Tapi taman rekreasi lengkap resort dan chalet mewah yang nak dibangunkan tu melibatkan kemusnahanbintangor milik bapa saya, Tuan Usahawan!”
“Itu saya tahu, Encik Dahan!Kewujudan bukit itu amat menjolok mata kalau tidak dibangunkan...”
“Saya sedar itu, Tuan Usahawan!Malah, sudah lama saya fikirkan. Bintangor bapa saya tidak menjamin pulanganbesar. Barangkali juga bapa saya sudah nyanyuk, meracau dengan impian masadepan yang kosong...”
“Orang tua memang begitulah,Encik Dahan!”
“Ya, cepat merajuk, sensitif dankadang-kadang kepala saya jadi yongyat. Banyak lagi tanaman lain bolehdiusahakan tapi bintangor itu juga jadi pilihan!”
“Sudahlah, Encik Dahan! Kitalupakan soal remeh-temeh tu... err... saya dah berbincang dengan Datuk OB(Orang Besar). Dia setuju dengan pendapat saya. Cuma satu pesanannya: ProjekTaman Rekreasi itu mesti direalisasikan secepat yang boleh!”
Dia mengangguk.
“Errr, satu lagi! LembagaPengarah Konsortium Cekauwang Bhd dah bersetuju melantik Encik Dahan sebagaisalah seorang pemegang kepentingan taman rekreasi tu!”
Dia angguk terus.
“Encik Dahan! Ada tetamu nakjumpa encik!”
Lamunan gesit bubar. Berkecai.Kelinglungan melihat Siti Aisyah di muka pintu bilik.
“Suruh dia masuk!”
Sebaik setiausaha muda ituberlalu, seorang lelaki agam terjengul di situ.
“Selamat pagi Tuan PB!”
“Selamat pagi eh... EncikTong-Kang! Sila duduk!”
“Tuan PB sudah minum?”
Dalam senyum. “Baru lepas!”
“Tadi saya ada telefon tapifikir-fikir... lebih baik datang jumpa sendiri!” bersuara mesra sewaktu punggungberlabuh.
“Oooo... talian yang putus tadi?”
“Sengaja diputuskan!”
“Tentu ada hal mustahak!”
Lelaki agam itu tersengih lebar.Pengusaha kuari bijak, workholic danpemurah. Tidak terlalu lama untuk melunaskan hajat hati. Sekeping enverlope 11cm X 22cm iseng dihulurkan kepada Encik Dahan.
“Eh, surat apa ni?” Pura-puraterjeda.
“Bukan surat tuan, errr... angpau!!” Encik Tong-Kang tersengih lagi.
“Bukan rasuah?”
“Jangan cakap macam tu, tuan!Alaa... sikit saja angpau untuk anak-anak tuan!”
“Kenapa bawah meja?” Encik Dahanseparuh berbisik.
“Takut orang lain nampak, tuan!”Encik Tong-Kang tersengih-sengih.
Encik Dahan turut tersengih.Tangan menyambut cepat. Enverlope bertukartangan. Terbayang dalam kepala. Bukit batu kapur pinggiran laut hujung DaerahMaju yang dulunya teguh terpasak dalam bumi, sudah terpokah diledak granite Tong-Kang Sdn Bhd.
Pelbagai flora dan fauna unik dibukit itu melenyap termasuk sebuah gua kaya stalaktait dan stalagmait. Jutaan makhluk spesies cheiromeles torquatus, megaderma lyra,scotophilus kuhli dan megadermaspasma kehilangan zuriat-zuriat kecil setelah kediaman mereka berkuburbawah tanah.
Beberapa tagal kemudian, EncikTong-Kang pamit. Encik Dahan gesit menyelak enverlope11cm X 22cm. Adakepingan-kepingan kertas biru kelabu cair di situ. Ada ubi ada batas! Angpau untuk anak-anak! Spontan bibir memurupsenyum.
* * *
TV4 mengungkap pelbagai petaka yang menjerba duniasebagai mukadimah lawang alaf baru.Gempa di Turki. Taufan di Florida. Ribut di California. Ledakan gunung berapidi Kepulauan Haiti. Banjir besar di China. Termasuk juga di Malaysia. Diselitanah runtuh, jambatan roboh, lebuh raya reban. Pengakhir rancangan, suaralatar bergema surah ar-Rum ayat 41: “Telah timbul berbagaikerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telahdilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendakmerasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang merekatelah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Sedikit tidak terkesan. Dahanbersahaja menghirup susu high calciumsajian isteri. Cepu kepala bergentayangan pelbagai. Beraduk-baur. Pertemuan denganKuntum beberapa malam lalu gesit cagun. Perbualan antara adik-beradik yangbermula mesra, akhirnya terus membahang.
“Kuntum! Masuklah!” Hanizahmempelawa lunak sebaik menguak daun pintu teras cengal. “Eh, mana bapa?”
“Dia di rumah. Baca kitab!”senyum Kuntum bersahaja dan terus ke ruang tamu. Melabuhkan punggung di sofakulit sisi Dahan yang asyik mengelus perut. Kekenyangan. Sekilas melirik kearah kakak ipar yang sudah ke dapur.
“Kenapa tak ajak bapa ke mari?”tanya Dahan.
“Errr... sebenarnya bapa kebukit!” Kuntum bersahaja.
“Malam-malam buta begini?” Dahanagak terkejut.
“Entahlah, bang! Katanya, naklihat bintangor bersujud kepada Allah!”
“Dah sah, Kuntum! Memang sahorang tua tu dah nyanyuk!” Dahan gesit menggeleng dan berdecit.
“Tak baik abang cakap macam tupada bapa. Bapa belum nyanyuk, bang!” Kuntum menegak hakikat.
“Habis, tak nyanyuk apa lagikalau ke bukit tu malam-malam begini?” tukas Dahan kurang senang. “Sepatutnya,bapa berehat saja selepas bersara. Buat ibadat banyak-banyak sebelum mati.”
“Abang tak ada hak nak menentukankehidupan bapa baik sebelum mahupun selepas bersara. Begitu juga kecintaan bapakepada kehijauan dan kesuburan bintangor di bukit tu!” Kuntum sungguh kurangsenang. Suara sedikit gerah.
“Itu kata kamu, Kuntum!” Dahantersenyum nipis. “Sebagai anak lelaki, menjadi tanggungjawab abang untukmelihat bapa tidak dihenyak masalah. Bapa perlu disedarkan, usahanya menanambintangor tu sia-sia saja!”
“Itu kata abang! Bapa ada alasantersendiri!”
“Apa juga alasan, pembangunanperlu diutamakan. Abang sebagai PB daerah ni, berasa malu jika bukit tu takdibangunkan dengan sesuatu yang berfaedah untuk semua!”
Hening sejenak.
“Beginilah, Kuntum! Tak usahlahkita dua beradik bergaduh fasal bukit tu lagi. Lagipun, pentadbir daerah sudahpunmemutuskan. Warga Daerah Maju memerlukan sebuah taman rekreasi untuk berehat.Secara tak langsung, akan menarik minat para pelancong ke sini. Bukit tu dikiratempat paling strategik untuk dibangunkan!”
“Kerana warga Daerah Maju atauada kepentingan lain?” Kuntum menyinis.
Dahan terjeda. Tergamam joladengan ungkapan tersebut.
“Bermakna juga, abang terpaksaberhadapan dengan saya dan NGO!” Kuntum terus menambah persis mengingatkan.
“Maksud kamu?”
“Kami sudah sepakat akanmengadakan demontrasi membantah sebarang kemusnahan terhadap bintangor milikbapa!” tegas dan waras Kuntum bersuara.
“Ooooo... demontrasi! Barangkaliitu tindakan paling rasional dari warga terpelajar macam kamu!”
“Rasional atau tidak, terpelajaratau tidak, itu bukan persoalan. Yang penting, hasrat kami untuk menyedarkan.Pembangunan perlu mengambil kira aspek kelestarian alam, tidak komersialsemata, kepentingan bintangor untuk perubatan dan yang lebih penting, cita-citabapa untuk kelangsungan hidup makhluk sejagat!”
“Wah... wah! Mengalahkan pidatoahli politik!” Dahan mencebek jengkel. “Negeri kita demokrasi, Kuntum! Kamuboleh berpiket sehebat mana yang kamu mahu tapi harus ingat, tindakan itu takubah anjing menyalak bukit! Kami tak pernah gentar apalagi tergugat!”
Kuntum gesit bungkam.
“Barangkali kamu lupa agaknya!Pokok pembangunan berpaut kukuh pada tunjang kuasa dan wang! Tahu itu?” Dahantersenyum sinis.
Figura Kuntum mendadak berubahjerau. Pedih gesit membuar mengganyang rongga dada. Sewaktu kaki melangkah kemuka pintu, dia persis dapat merasakan bapanya tidak akan melihat lagibintangor bersujud kepada Allah tetapi bersujud akur kepada pembangunan.
Denting jam antik bersipongangmengejutkan. Lamunan berjela-jela Dahan terburai. Kemamar sejenak sebelumbangun menuju bilik tidur. Terasa puas dan lega namun sedikit kesal. Kuasa danwang juga boleh merenggangkan tali persaudaraan. Ah, biarkan!
* * *
Nyalar begini. Ghalib. Sekarar pagi begini, akusudah mengiseng langkah mengitari mandala perbukitan lapan hektar yang dulunyamenghijau subur leanigerum dan tesymanii tetapi kini sudah meriahsebuah taman rekreasi lengkap resort danchalet. Serba mewah.
Serasa ada bayu langkisaumenerjang garang. Membalun dan menghenyak. Bintangorku tiada lagi.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
