LEANIGERUM TESYMANII
SMAHADZIR
SEKARAR pagi begini, aku sudah mengatur langkah mengitarimandala lapan hektar perbukitan menghijau leanigerumdiseli sedikit tesymanii.Direalisasikan dari belantara tebal sejak meninggalkan jawatan pakar penyelidiksintesis organik University of Illinois, Chicago.
Bayu galak berkesiur. Miang membelai.Kalau tadi beraroma sejuk kerana dibaur molekul dingin dari jeram bertingkatyang deras mengalir di pusat bukit, tetapi kini agak suam ditusuk sinarmatahari, menyelit antara dedaun lalu membentuk jaluran cahaya ke bumi. Gelicauunggas cagun berselerak. Aku tetap karar di sini dengan kesuburan leanigerum, dengan kehijauan tesymanii. Sentosa hati.
“Engkau sudah nyanyuk, profesor!”
Siapapun sukar mengerti. Entah apakahhasilnya pokok-pokok ini? Entah apa faedahnya dua spesies ini jika mahudibandingkan dengan rambutan, durian, mangga siam, dokong, buah naga atautanaman lain? Biar tuduhan prejudis itu bersipongang. Realitinya, mandalaperbukitan seluas lapan hektar ini sudah sarat menghijau leanigerum dan tesymanii.
“Kenapa memilih dua spesies ini untukdisuburkan?”
Kerana Murni.
“Murni? Siapa Murni?”
Dia isteriku. Isteri yang telahmenganugerahkan aku sepasang zuriat dambaan kasih - Kuntum dan Dahan. Sayang,dia telah pergi meninggalkan aku sewaktu ujikaji kami di peringkat pengumpulansampel. Jelu amat mengenangkan. Ourgh…! Diam.
“Teruskan!”
Sungguh, Murni isteriku yang baik.Luhur penyayang. Sering mengingatkan aku tanggungjawab memelihara kelestarianalam supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Aku penyambung cita-cita danharapannya yang berakhir dengan renggutan maut virus durjana itu.
Ya, Murni meninggal dunia kerana HIV.Siapalah aku mahu menghalang nahas itu dari menjerba perjalanan Murni sewaktupulang dari membeli-belah di Kota Chicago. Akibat kemalangan itu dia mengalamipendarahan yang banyak. Beberapa tahun kemudian isteriku terpaksa bertarungdengan virus HIV dari darah yang dipindahkan ke tubuhnya.
Betapa rakus serangan virus durjanaitu. Murni kecundang. Sungguh-sungguh aku kesal dengan kehilangannya. Kesalkumenghenyak seluruh hidup kerana Murni tidak sempat melihat kejayaan ujikajikami pada sampel (+)-calanolide diekstrakdari bintangor spesies calophyllumlanigerum. Aku… aku bersama beberapa ahli botani University of Illinois,Profesor Green - rakan dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat (NCI)juga Dr. Love dari agensi Arnold Arboretum Research (sebuah agensi penyelidikansintesis organik persendirian).
Kajian in vitro yang telah kami jalankan menunjukkan (+)-calanolide A, sejenis bahan bukan nucleoside memberi tindak balas berbalik kepada enzim perencat atautranscriptase (NNRTI), bertindakaktif terhadap virus HIV-1 termasuk strainrintang terhadap ubat-ubatan seperti azt,nevirapine dan pelbagai NNRTIs.
Kami dapati, bahan itu jugamenunjukkan kemampuan bersinergi biladigunakan secara in vitro bersama-samadengan analog nucleoside seperti AZT, ddC, ddI, d4T dan 3TC; serta dengan bahan perencat bukan nucleoside seperti nevirapine; dan perencat proteaseseperti saquinavir dan nelfinavir.
Kajian terhadap haiwan menunjukkankompaun bahan itu boleh menembusi takungan virus dengan menembusi halangan padabahagian otak dan memasuki otak, seterusnya berkumpul pada nidus limfa.
Ujikaji kami pelbagai - berjujukan,rawak, kawalan placebo termasuk ujianciri-ciri keselamatan, pharmacokinetics sertakesan dua dos (+)-calanolide A dijalankanatas pesakit HIV positif. Keputusannya memberangsangkan. Diserap dan beredarbaik melalui saluran darah kendati wujud sedikit loya, pening radangan dan nausea ringan.
Apakah tidak wajar aku menyesalikehilangan Murni meski dalam waktu rakan-rakan lain bergembira dengan kejayaanpenemuan ini? Mereka berhak untuk bergembira setelah pelbagai kesulitanditempuh sepanjang ujikaji berlangsung.
Penemuan penawar ini manis, kejayaanini manis. Wajar mereka gembira. Sedang aku, wajar juga untuk bersedih. Penawaryang kami usahakan tidak sempat dinikmati Murni. Kesal dan jelu sungguh.
“Tapi, kau masih ada dua zuriattinggalan Murni! Dahan…”
Argh… usah disebut nama anak jantanitu. Tidak seperti aku harapkan. Tidak pernah menghargai usaha-usahakumenyuburkan bintangor malah ada riak-riak tidak senang menyerlah.
“Kau masih ada Kuntum, bukan begitu?”
Kuntum laksana ranggi cempaka putih.Tercium gerbaknya mengingatkan aku pada gemulah Murni. Cempaka putih seringterselit di sanggul, menyerlah keayuan, menggamit pesona. Oh Murni…
Mentari sudah mencanak di puncakkepala. Membahang melengas. Ada lawang perpisahan antara kita. Bintangor, akupulang dulu...
* * *
Bilik empat persegi, kemas, dingin hawa menyengat. Mejakayu nyatuh. Kerusi pusing empuk. Dahan bersandar segar, mata menelitifail-fail bersusun atas meja. Jam baru sembilan pagi kala hand-phone melengking.
Gesit diangkat dan ditekapkan ketelinga.
“Hello!”
Diam.
“Hello!!!”
Cit! Putus pula! Hand-phone gesit diletakkan atas meja. Mata mengitari semulafail-fail di hadapan. Namun mendadak pula benak menerawang, menghimbau wajahTuan Usahawan dari Konsortium Cekauwang Bhd, mengirap mesra ke sepasang mata.
“Projek ini mampu menarik jutaanpelancong ke Daerah Maju, Encik Dahan! Saya yakin, nama Encik Dahan sebagai PBDaerah ini pun akan turut harum!”
“Jadi?”
“Kuasa encik diperlukan! Errr, kuasaberbayar!”
“Nanti saya fikirkan!” Senyum saratmakna.
Tuan Usahawan turut senyum. Fahamretorik tersirat.
“Taman rekreasi lengkap resort dan chalet mewah yang nak dibangunkan tu melibatkan kemusnahanbintangor milik bapa saya, Tuan Usahawan!”
“Itu saya tahu, Encik Dahan! Bukitseluas lapan hektar tu terletak di pinggir kawasan maju. Sekeliling sudahmembangun. Kewujudannya amat menjolok mata kalau tidak dibangunkan.”
“Saya sedar itu, Tuan Usahawan! Malah,sudah lama saya fikirkan. Bintangor bapa saya tidak menjamin pulangan besar.Pasaran nihil. Barangkali juga bapa saya sudah nyanyuk, meracau dengan impianmasa depan yang kosong…”
“Orang tua memang begitulah, EncikDahan!”
“Banyak lagi tanaman lain yang bolehdiusahakan tapi bintangor itu juga jadi pilihan!”
“Sudahlah, Encik Dahan! Kita lupakansoal tu… err… saya dah berbincang dengan Datuk OB (Orang Besar). Dia setujudengan pendapat saya. Cuma satu pesanannya: Projek Taman Rekreasi itu mestidirealisasikan secepat yang boleh!”
Dia mengangguk.
“Errr, satu lagi... Lembaga PengarahKonsortium Cekauwang Bhd dah bersetuju melantik Encik Dahan sebagai salahseorang pemegang kepentingan taman rekreasi tu!”
Dia angguk terus.
“Encik Dahan! Ada tetamu nak jumpaencik!”
Lamunan gesit bubar. Berkecai kala melihatSiti Aisyah di muka pintu bilik.
“Suruh dia masuk!”
Seorang lelaki agam terjengul. “Selamatpagi tuan!”
“Selamat pagi eh… Encik Tong Kang!Sila duduk! Sila duduk!”
“Tuan sudah minum?”
Dalam senyum. “Baru lepas!”
“Tadi saya ada telefon tapifikir-fikir… lebih baik datang jumpa sendiri!” bersuara mesra sewaktu punggungberlabuh di depan Encik Dahan.
“Oooo… talian yang putus tadi?”
“Sengaja diputuskan!”
“Tentu ada hal mustahak!”
Lelaki agam itu tersengih lebar.Pengusaha kuari bijak, workholic danpemurah. Tidak terlalu lama untuk melunaskan hajat hati. Sekeping enverlope 11cm X 22cm dihulurkankepada Encik Dahan.
“Eh, surat apa pula ni?” Pura-pura hairan.
“Bukan surat tuan, errr… ang pau!!” Encik Tong Kangtersengih lagi.
“Bukan rasuah?”
“Jangan cakap macam tu, tuan! Alaa…sikit saja ang pau untuk anak-anaktuan,”
“Kenapa bawah meja?” Encik Dahanseparuh berbisik.
“Takut orang lain nampak, tuan!” EncikTong Kang tersengih-sengih.
Encik Dahan turut tersengih. Lebihlebar. Tangan menyambut cepat. Enverlope bertukartangan. Terbayang dalam kepala. Bukit batu kapur pinggiran laut hujung DaerahMaju yang dulunya teguh terpasak dalam bumi, sudah terpokah diledak granite Tong Kang Sdn Bhd.
Pelbagai flora dan fauna unik di bukititu melenyap termasuk sebuah gua kaya stalaktaitdan stalagmait. Jutaan makhluk spesies cheiromeles torquatus, megaderma lyra, scotophilus kuhli dan megaderma spasma kehilanganzuriat-zuriat setelah kediaman mereka berkubur bawah tanah.
Beberapa tagal bertukar khabar tentangkeluarga, bussiness dan soal-soalpolitik semasa, Encik Tong Kang pamit. Encik Dahan gesit menyelak enverlope 11cm X 22cm. Adakepingan-kepingan kertas biru kelabu cair di situ. Ada ubi ada batas! Ang pau untuk anak-anak! Spontan bibirmemurup senyum.
* * *
TV4 mengungkap kembali pelbagai petaka yang menjerbadunia sebagai mukadimah lawang alafbaru. Gempa di Turki. Taufan di Florida. Ribut di California. Ledakan gunungberani di Kepulauan Haiti. Banjir besar di China.
Sedikit tidak terkesan. Dahanbersahaja menghirup susu high calciumsajian isteri. Cepu kepala bergentayangan pelbagai. Beraduk baur. Pertemuanbeberapa malam lalu gesit cagun.
“Kuntum! Masuklah!” Hanizah mempelawalunak sebaik menguak daun pintu teras cengal. “Eh, mana bapa?”
“Dia di rumah. Baca kitab!” senyumKuntum bersahaja dan terus ke ruang tamu. Melabuhkan punggung di sofa kulitsisi Dahan yang asyik mengelus perut. Kekenyangan. Sekilas mencuplik tancap kearah kakak ipar yang sudah melangkah ke dapur.
“Kamu datang just a right time. Abang baru saja balik dari kota,” Dahan mulabersuara. “Teman lama belanja makan di Hotel Lima Bintang tadi. Eh, seorangsaja? Kenapa tak ajak bapa ke mari?”
“Errr… sebenarnya bapa ke bukit!”Kuntum mengeluh.
“Dah sah, Kuntum! Memang sah orang tua tu dahnyanyuk!” Dahan gesit menggeleng dan berdecit. Beriak kesal.
“Sebenarnya, fikiran bapa terganggu!”
“Ah, bapa sengaja cari masalah,Kuntum! Masalah itu yang mengganggu fikirannya. Sepatutnya, bapa berehat sajaselepas bersara. Buat ibadat banyak-banyak sebelum mati.”
“Abang tak ada hak nak menentukankehidupan bapa baik sebelum mahupun selepas bersara. Begitu juga kecintaan bapakepada kehijauan dan kesuburan bintangor di bukit tu!” Kuntum sungguh kurangsenang. Suara sedikit gerah.
“Itu kata kamu, Kuntum!” Dahantersenyum nipis. “Sebagai anak lelaki, abang tetap ada hak atas kehidupan bapa.Menjadi tanggungjawab abang untuk melihat bapa tidak dihenyak masalah. Bapaperlu disedarkan dari mimpi siang hari. Usaha bapa menanam bintangor di bukittu sia-sia saja!”
“Itu kata abang! Bapa ada alasantersendiri!”
“Apa juga alasan, pembangunan perludiutamakan. Tilik masa depan bukit tu. Untuk apa dibiarkan tersergam di situtanpa apa-apa kemajuan! Lagipun, abang sebagai PB daerah ni, berasa malu jikabukit tu tak dibangunkan dengan sesuatu yang berfaedah untuk semua!”
Hening.
“Beginilah, Kuntum!” Dahan terkesanperubahan pada wajah Kuntum lalu bersuara setelah bertagal membungkam. “Takusahlah kita dua beradik bergaduh fasal bukit tu lagi. Lagipun, pentadbirdaerah sudah pun memutuskan. Warga Daerah Maju memerlukan sebuah taman rekreasiuntuk berehat. Secara tak langsung, akan menarik minat para pelancong ke sini.Bukit tu dikira tempat paling strategik untuk dibangunkan!”
“Kami sudah sepakat akan mengadakandemontrasi membantah sebarang kemusnahan terhadap bintangor milik bapa!” tegasdan waras Kuntum bersuara.
“Barangkali kamu lupa agaknya! Pokokpembangunan berpaut kukuh pada tunjang kuasa dan wang! Tahu itu?” Dahantersenyum sinis.
Denting jam antik bersipongangmengejutkan. Lamunan berjela-jela Dahan terburai. Kemamar sejenak sebelumbangun menuju bilik tidur. Terasa puas dan lega namun sedikit kesal. Kuasa danwang juga boleh merenggangkan tali persaudaraan. Ah, biarkan!
* * *
Sering begini. Sekarar pagi begini, aku sudah mengaurlangkah mengitari mandala lapan hektar perbukitan yang dulunya menghijau subur leanigerum diseli sedikit tesymanii tetapi kini sudah meriahsebuah taman rekreasi lengkap resort danchalet. Serba mewah.
Serasa ada bayu langkisau menerjanggarang. Membalun dan menghenyak. Bintangorku tiada lagi.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
