Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 12
September 12, 2013
Wanita Solehah Menjaga Aurat Dan Batas Pergaulan
SMAHADZIR
SESUNGGUHNYA aurat menurut bahasa ialah keaiban. Menurut pengertian syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutup dari pandangan.
Batas-Batas Aurat Dalam Islam
1. Aurat Ketika Bersendirian
Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat; “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika bersendirian, kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka, seperti ketika qodho hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya.”
Imam Maliki dan Imam Syafie berpendapat ; “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya, cuma makruh, kecuali ketika dharurat. Ketika dharurat diharuskan membukanya.
2. Batas-Batas Aurat Lelaki
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Seseorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.”
Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat: “Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat dan lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya, kecuali kepada isterinya. Selain isterinya diharam melihat aurat di antara pusat dan lututnya.” Isteri boleh (harus) melihat aurat suaminya, kecuali kemaluannya dan demikian sebaliknya, kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makruh. Imam Maliki dan Imam Syafie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan iaitu: Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Ertinya sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya ialah di antara pusat dan lutut sahaja. Auratnya dengan perempuan yang bukan mahram-nya. Ertinya iaitu dengan perempuan bukan mahram-nya ialah seluruh badannya adalah aurat bagi mereka.
3. Batas-Batas Aurat Wanita
a) Batas Aurat Wanita Dengan Lelaki
Para ulama sepakat berpendapat bahawa aurat perempuan kepada lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berpandukan ayat Al-Quran surah An-Nur ayat 31, Al-Azhab ayat 53 dan 59 serta riwayat beberapa buah hadis. Firman Allah surah An-Nur ayat 31: Maksudnya; “Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada.”
Firman Allah surah Al-Azhab ayat 59: Maksudnya; “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak perempuan kamu serta kepada isteri orang Mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk dikenali (sebagai wanita Mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Firman Allah surah Al-Azhab ayat 53, maksudnya; “Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri Nabi s.a.w), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka...”
Sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dalam Tafsir Ibnu Kasir, juz 3 halaman 284 disebut riwayat dari Ibnu Syahab dari Urwah dan dari Aishah, kata Aishah: “Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia, iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An Nur, mereka terus mengoyak kain selendang mereka lalu menutup diri mereka dengannya.”
b) Golongan Mahram Dengan Wanita
Berdasarkan surah An Nur ayat 31, golongan yang dibolehkan melihat aurat wanita ialah;
SuamiBapa SendiriBapa suami atau bapa mertuaAnak lelakiAnak lelaki suaminya iaitu anak tiriSaudara lelaki iaitu adik atau abang kandungAnak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara) Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara) Wanita Islam iaitu yang berakhlak Hamba lelaki yang mereka milikiPelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita. Kanak-kanak lelaki (yang bukan mahram) yang belum mengerti tentang aurat wanita (mumayyiz) Sementara 5 golongan lain lagi disebut oleh hadis. Mereka ialah: Anak lelaki susuan. Bapa susuan. Saudara susuan. Bapa saudara susuan, datuk susuan hingga ke atas. Dan anak saudara susuan hingga ke bawah. Menantu lelaki.
c) Batas Aurat Wanita Sesama Wanita dan Mahramnya
Imam Hanafi dan Imam Syafie berpendapat; “Dalam keadaan tersebut (sesama wanita dan mahramnya), mereka diwajibkan menutup apa yang di antara pusat dan lututnya.”
Sementara Imam Maliki dan Imam Hambali pula berpendapat; “Bagi sesama perempuan hendaklah mereka menutup di antara pusat dan lutut dan dengan lelaki mahramnya hendaklah mereka menutup seluruh tubuh, kecuali anggota-anggota tepi seperti kepala dan tangan.” d) Aurat Wanita Dengan Wanita Bukan Islam
Ketika mentafsir ayat 31 surah An Nur, bermaksud; “Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam...,” Ibnu Abbas berkata: “Wanita Muslimah hanya boleh menampakkan perhiasan kepada wanita Islam dan dilarang kepada wanita bukan Islam. Tidak halal wanita-wanita Yahudi dan Nasrani melihat aurat wanita Muslimah.”
Tersebut dalam riwayat hadis sahih bahawa Saiyidina Umar r.a pernah mencegah wanita kafir memasuki bilik mandi bersama wanita-wanita Islam.
e) Dibolehkan Lelaki Bukan Mahram Melihat Aurat Wanita Dalam Beberapa Keadaan
(1) Ketika Hendak Meminang
Menurut dalam kitab fiqh, bahawa harus bagi lelaki ajnabi yang halal bernikah dengan seseorang wanita itu melihatnya ketika ia berazam untuk meminangnya. Kadar sempadan aurat yang boleh dilihatnya ialah muka dan kedua tapak tangan (dari pergelangan tangan hingga ke jari). Bahkan ada sesetengah ulama berpendapat, hukum melihat untuk tujuan meminang adalah sunat pula, kerana bertujuan untuk menambat hati.
Pendapat dan hukum itu berdasarkan hadis, bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya; “Apabila seseorang (lelaki) itu hendak meminang seseorang wanita, digalakkan ia melihatnya, sekiranya dengan melihatnya bertambah mendorongnya untuk berkahwin dengannya”- (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim) .
(2) Ketika Berjual-beli
Ketika berjual-beli, diharuskan melihat wajah wanita yang datang membeli barang, kerana sekiranya berlaku kecacatan ke atas barang tersebut, mudah untuk membuktikan bahawa barang yang hendak dipulangkan semula itu dibeli oleh wanita itu. Demikian dengan pinjam-meminjam dan lain-lain.
(3) Doktor Atau Tabib, Bertujuan Mengubat
Bagi doktor atau tukang ubat, bila ia hendak mengubati atau merawat pesakit wanitanya, harus baginya melihat atau menyentuh mana-mana bahagian yang perlu dirawat, dengan syarat wanita itu ditemani oleh suaminya atau lelaki mahramnya atau wanita yang amanah. (Apabila ketiadaan doktor wanita).
Wanita Solehah Menjaga Aurat
Surah An-Nuur, ayat 31: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nuur: 58, dengan pegertian masa. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Pengertian Hijab
Apabila menyebut perkataan ‘Hijab’ maksud sebenarnya ialah penutup dan boleh dijurus kepada jubah, tudung, dan purdah untuk dijadikan penutup aurat seseorang wanita. Ada juga ulama mengatakan, hijab itu merupakan pakaian yang dituntut oleh syariat yang bersifat kesempurnaan, dengan pakaian tersebut ia dapat menjadikan seorang itu benar-benar mengikut syariat Allah s.w.t. Di samping dapat menghalang berlakunya fitnah daripada kaum lelaki.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Ahzab: 53, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.”
Allah s.w.t menyatakan sebab wajib bertabir adalah ia dapat menyucikan hati-hati lelaki dan perempuan daripada kemahuan yang tidak diingini yang mana ia jauh dari darjat seorang nabi.
Pengertian Jilbab
Jilbab pada syariat ialah menutupi seluruh badan sebagaiman firman Allah s.w.t dari surah al-Ahzab: 59, ”Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) ; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Kalau kita kembali kepada maksud berhijab itu adalah untuk menutup tubuh dari lelaki ajnabi. Jadi, bukanlah dengan pakaian yang nipis, ketat, mahupun bercorak-corak yang boleh menimbulkan keseronokan lelaki untuk melihatnya.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jilbab itu ialah pakaian yang digunakan oleh perempuan untuk menutup dada dan belakang seperti selendang dan pakaian bahagian luar. Pendapat lain mengatakan iaitu tudung perempuan. Walau apa sekalipun, ada sebahagian ulama mengeluarkan pendapat mereka berkenaan firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab yang menyatakan tidak semestinya menutup muka.
Wanita Solehah Menjaga Persahabatan
Sahabat adalah perangsang, penghibur, pembentuk dan segala-galanya di dalam hidup ini. Manfaat persahabatan yang sedikit atau banyak itu adalah hanya perkara yang membezakan seseorang itu memperoleh manfaat tersebut. Manfaat persahabatan juga bergantung kepada ramainya sahabat di kalangan teman-temannya dan bagaimana beliau menghayati hubungan persahabatannya untuk dimanfaatkan.
Terdapat lima nilai di sebalik persahabatan yang ingin dibincang di sini. Pertamanya, asas persahabatan dan pergaulan dalam Islam, siapa sahabat kita, etika kita terhadap sahabat, apa ada dengan persahabatan serta ketidaksepakatan dan konflik di antara sahabat. Nilai-nilai ini ingin saya kaitkan dengan remaja Islam. Hal ini kerana kehidupan remaja itu hampir keseluruhannya terlalu banyak melibatkan hubungan persahabatan. Justeru, persahabatan mempunyai hubungan yang amat signifikan di dalam pembentukan peribadi seseorang di peringkat muda remaja. Begitu juga dengan banyak meramalkan keadaan masa depan kita.
Selain itu, semakin meningkat umur bagi para remaja, ia amat normal bagi mereka untuk mencari pengaruh yang sihat dan bermanfaat. Jadi, kita sebagai masyarakat dewasa wajar untuk menuding hal ehwal persahabatan bagi mereka untuk bertanggungjawab menentukan pengaruh yang sihat dan bermanfaat itu contohnya, pengaruh yang sihat dari sudut menjaga etika-etika persahabatan dan memanfaatkan hubungan dengan menyedari serta menghayati nilai-nilainya. Dari sudut membangkitkan motivasi pula, kekosongan jiwa kita akan selalu diisi oleh para sahabat di samping mengingati Allah dari sudut sebagai seorang hamba.
Maka semangat yang diperolehi di samping meminta pertolongan daripada Allah adalah dorongan serta rangsangan para sahabat. Kesimpulannya, untuk meningkatkan kedudukan hubungan persahabatan, itu bergantung kepada nilai-nilai keikhlasan di dalam menjalinkannya. Begitu juga dengan pengalaman yang dilalui bersama, suka duka dan juga tempoh seseorang menjalinkan perhubungan tersebut. Semakin tulus ikhlas hati kedua-duanya, maka semakin baiklah hubungan tersebut. Semakin banyak pengalaman dan suka duka yang dialui bersama, semakin rapatlah hubungan mereka.
Persahabatan
Persahabatan dari segi istilah bermaksud menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Mengikut pandangan para sahabat Rasulullah, sahabat bermaksud pengikut atau murid. Maka setiap orang Islam yang mengikuti dan menerima didikan daripada Rasulullah s.a.w pada zaman itu dipanggil sebagai sahabat. Sebagai kesimpulan, setiap maksud yang difahami oleh seseorang membayangkan kita dengan sifat keintiman atau kebersamaan makhluk di antara satu sama lain.
Bagi para ulama pula, mereka mendefinisikan perkataan ‘sahabat’ sebagai seorang yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w dan mati dalam keadaan Islam. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa agungnya dakwah Rasul itu di dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam zaman itu. Dek kerana agungnya nur Muhammad itu ia menjadikan sekelilingnya juga turut disinari dengan nur keagungannya.
Dalam konsep persahabatan, terdapat asas-asas persahabatan dalam Islam yang boleh diringkaskan kepada asas, iaitu keikhlasan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging. Jika ianya baik, maka baiklah seluruh jasad itu. Dan jika ianya rosak, maka rosaklah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.”
Sabda di atas boleh dikaitkan dengan keikhlasan dalam persahabatan. Dari segi persahabatan, ada beberapa tujuan yang dapat dipersoalkan. Salah satu daripadanya adalah bersahabat demi memenuhi kehendak jiwa dan memperoleh manfaat serta kepentingan tertentu. Keikhlasan kita untuk bersahabat tidak terjejas selagi asas-asas persahabatan tersebut tidak ditinggalkan dan kita bersahabat mengikut landasan yang sebenarnya. Kita boleh mengaut manfaat yang ada di dalam sesebuah persahabatan dan kautlah sebanyak mungkin daripadanya. Hal ini kerana ia untuk manfaat diri kita sendiri juga. Selagi ia berkaitan dengan galakan ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran, maka itulah persahabatan yang ikhlas kerana Allah.
Betapa agungnya persahabatan itu sehingga ianya diperlukan di dalam setiap jalinan hubungan. Hubungan di antara keluarga, suami isteri, teman dan sebagainya itu sesungguhnya amatlah kaya jika ia disertakan dengan nilai persahabatan. Iaitu hubungan yang paling banyak nilai keikhlasan dan kejujurannya berbanding yang lain.
Keikhlasan di dalam setiap perkara itu hanya akan lahir apabila setiap yang kita lakukan itu diasaskan sebagai tanggungjawab, iaitu kita melakukan sesuatu lantaran tanggungjawab. Bukan kerana terdesak atau secara terpaksa. Sebagai kesimpulan, semakin lama tempoh persahabatan itu, semakin sukar untuk ia dipisahkan. Semakin banyak kita lalui perkara-perkara bersama, maka semakin cepatlah hubungan yang dimulai dengan perkenalan itu meningkat membentuk sebuah persahabatan atau kerabat.
Huraian
1. Bertolong-Tolonglah Kamu Berbuat Kebaikan Dan Takwa
Allah s.w.t berfirman: “Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa. Dan janganlah kamu bertolong tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksaan-Nya.” (surah Al-Maidah: 2)
Islam sejak awal lagi telah menunjukkan cara pergaulan dan persahabatan yang benar dan sepatutnya. Sebagaimana hidup-tolong-menolong sesama Muslim itu amatlah digalakkan, maka di sebalik galakan tersebut masih terdapat batas-batasnya. Itulah yang menunjukkan kesempurnaan Islam sebagai agama wahyu mendidik jiwa manusia.
Memberi pertolongan kepada seseorang itu amatlah dituntut agar hubungan sesama masyarakat terutama sekali di antara para sahabat itu menemui keharmonian yang berpanjangan. Sesungguhnya bantu-membantu itu adalah tindakan yang baik. Dan kita perlu menjaganya agar perbuatan baik dan suci itu tidak dicemari dengan perbuatan jahat secara tidak disedari.
Kita mestilah pandai memilih sahabat kerana sesungguhnya perkara itu adalah yang terbaik buat dirikita sendiri. Sebagai contoh, setiap orang pasti akan menemui suatu keadaan yang mendesak ke arah pertolongan dan setiap orang juga pasti akan menemui keadaan yang mendesak untuk memberikan pertolongan. Seseorang sahabat terutama sahabat yang paling intim tidak akan sanggup melihat rakannya dalam kesusahan. Lantaran itu, ia telah mewujudkan sifat perikemanusiaan di dalam jiwa seseorang serta akan bertambah kuat lagi jiwa ia diiringi dengan sifat setia kawan.
Sebagai kesimpulan, segala pertolongan yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. Tentang adakah pertolongan kita yang melibatkan harta, tenaga dan sebagainya itu disalurkan ke jalan yang sepatutnya ataupun tidak. Banyak perkara yang sering kita rasakan bahawa ianya kecil lalu dipandang remeh atau tidak diambil berat ke atasnya. Membantu kea rah kebaikan itu Nampak kecil tetapi kesannya amat besar di dalam mempengaruhi kehidupan bermasyarakat.
Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata bahawa “orang yang melakukan kebaikan itu adalah orang yang memerangi kejahatan. Dekatilah mati nescaya ia akan memberikan kehidupan kepadamu. Jika kebaikan itu terlepas daripada dirimu, maka kejarlah ia. Jika engkau menemui keburukan, tinggalkanlah ia. Perbaikilah dirimu nescaya semua orang akan berbuat baik pula kepadamu.”
2. Jauhi Hasad Dengki
Sifat hasad dengki terhadap sesama manusia amatlah dilarang sama sekali dalam Islam. Daripada hasad dengkilah akan berpuncanya kata-kata penyebar fitnah. Begitu juga dengan tindak-tanduk yang tidak menyenangkan setiap orang. Ia mampu merosak dan memusnah sesuatu tidak kira ianya berbentuk harta benda, kekayaan, kemampuan dan sebagainya.
Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah, aku berlindung kepada tuhan yang menguasai waktu subuh daripada kejahatan makhlukNya dan daripada kejahatan malam apabil telah gelap-gelita daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada bahul-bahulnya dan daripada kejahatan orang dengki apabila ia dengki.” (surah Al-Falaq: 1-5)
Persahabatan yang harmoni perlukan bebas daripada sebarang hasad dengki kerana ia bukan sekadar akan menghilangkan fungi persahabatan, malah akan menghancurkan masyarakat dengan permusuhan yang tidak akan berkesudahan di antara mereka. Cara untuk mengatasi orang yang berhasad dengki ini sebenarnya mudah kalau kena dengan caranya. Ada dalil yang mengatakan: “Bersabarlah terhadap perbuatan dengki, kerana kesabaran itu mampu membunuhnya. Sesungguhnya api itu akan memakan sebahagian daripada dirinya jika tiada makanan lain baginya.”
Sabar adalah cara yang paling tepat untuk menangani seseorang yang berhasad dengki ini. Sebagai sahabat yang baik, kita haruslah menggunakan ‘kuasa’ kita sebagai sahabat untuk memerangi dan membersihkan jiwa rakan kita yang mempunyai sifat hasad dengki kerana sesungguhnya seseorang itu amat rugi kerana membenci nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada orang lain.
Kesimpulannya, kita mestilah memperbanyakkan amalan suka membantu, merasa belas kasihan, bertakwa kepada Allah serta mendoakan kejayaan orang lain. Sesungguhnya rezeki dan nikmat Allah s.w.t adalah untk sekalian makhluk dan ianya hanya pinjaman dan bukanlah sesuatu yang boleh dimiliki dengan kekal melainkan kebahagiaan di akhirat kelak.
3. Syarat-Syarat Persahabatan
Di dalam persahabatan juga terdapat beberapa syarat dan perkara ini perlu disemai sesame manusia. Antaranya ialah jangan ada maksud yang tidak jujur. Jalinlah persahabatan dengan jujur dan tidak memandang harta, kecantikan dan sebagainya yang berkaitan dengan hal ehwal luaran. Sebaliknya, jalin persahabatan dengan jujur, pandang mereka dari segi dalaman dan peroleh kepentingan dan manfaat daripadanya.
Sesungguhnya persahabatan yang mencari nilai pelajaran dan pengajaran akan diperoleh hasilnya dari segi improvement nilai-nilai murni kepada seseorang. Keduanya, sabar dan matang mengawal diri. Sahabat yang baik akan tahan melihat perangai dan kerenah kita yang kerap kali berubah-ubah dan tabiat buruk yang sama sekali tidak menyenangkan mereka.
Lantas, apabila melihat perkarayang buruk ini, si sahabat ini dengan sabar akan mendidik kita ke jalan yang benar. Ketiga, rahsia kita disimpan dengan baik. Sahabat menjadi tempat kita mengadu dan berkongsi rahsia lantaran tiada lagi orang di dalam dunia ini yang boleh dipercayai melainkan sahabat. Maka sahabat yang sejati itu kukuh pendiriannya menjaga rahsia diri kita.
4. Sikap Tegur-Menegur
Satu kewajipan yang wajib dalam persahabatan, iaitu tegur-menegur. Sikap ini terbit secara fitrah daripada dua perkara asas yang sedia wujud di dalam jiwa seseorang sahabat iaitu jujur dan mementingkan adab-adab kemanusiaan.
Hadis Nabi ada berbunyi: “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah kamu mengubah atau memperbaikinya dengan tindakan. Jika kamu tidak mampu melakukannya maka perbaiklah ia dengan lida dan jika kamu tidak mampu juga, maka sekurang-kurangnya dengan hati. Demikian adalah selemah-lemah iman.”
Sebagai seorang sahabat, kita perlu tegas menegur kesilapan dan menambah kekurangan yang dimiliki oleh rakan. Ia adalah kewajipan untuk kita menitikberatkan adab hormat-menghormati di antara satu sama lain bahkan ianya lebih utama di hadapan seorang sahabat.
Menegur itu juga perlu kena caranya. Teguran yang ikhlas adalah teguran yang mengandungi pujian dan teguran kerana ianya lebih seimbang; ia mengandungi nilai menghargai dan keikhlasan bertanggungjawab memperbaiki. Menegur seseorang tanpa memikirkan perasaan dan sensitivitinya adalah tindakan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Hal ini kerana ia hanya mementingkan misi dan visi seseorang itu atau tindakan semata-mata tanpa mementingkan apakah hasilnya.
Kesimpulannya, Islam menggalakkan kita berdakwah dengan penuh hikmah serta berkata-kata dengan baik.
5. Faedah Dalam Persahabatan
Pertama ialah memberi semangat dan dorongan kepada orang lain untuk meneruskan hidup. Dalam hidup yang serba ujian dan kesusahan ini, manusia memerlukan sahabat yang boleh membakar semangat dan memberi dorongan kepadanya untuk meneruskan hidup. Kita sebagai seorang sahabat perlu memberikan semangat serta komitmen yang sebaiknya sekiranya melihat rakan kita sedang berusaha untuk melangkah maju ke hadapan.
Beri mereka sokongan atau hanya setuju dengan tindakannya agar mereka akan lebih bersemangat untuk melakukan apa yang diinginkan. Kedua, mewujudkan kerjasama. Hal ini adalah berkenaan dengan kelompok manusia yang melakukan pekerjaan bersama-sama. Sesuatu pekerjaan tidak akan sama mutunya jika dilakukan perseorangan. Antara manfaat kerjasama ialah dapat meningkatkan produktiviti dan kemahiran berkomunikasi. Dari segi ibadat juga, Allah s.w.t menggandakan pahala bagi mereka yang suka beribadat secara berjemaah.
Dari sudut kuantiti kerja pula, kerja berkumpulan dapat menambahkan hasil dan pengeluaran bagi setiap pekerjaan yang dilakukan. Urusan seharian dalam pekerjaan juga menjadikan kita lebih mahir berkomunikasi kerana setiap seorang itu berusaha memahamkan dan memahami apa yang diperkatakan untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Ketiga, peningkatan proses kerja. Sesuatu pekerjaan menjadi lebih pantas, cekap dan sempurna jika tenaga manusia digandingkan.
6. Cara-Cara Penyelesaian
Cara-cara penyelesaian sekiranya berlaku konflik dalam persahabatan adalah pertama, jadilah seorang pemaaf dan peminta maaf Ia melibatkan perasaan ego dan maruah diri setiap orang. Dalam konteks ini, kita haruslah merendahkan perasaan tersebut dan jadilah seorang yang prihatin untuk memperbaiki dan memulihkan persahabatan sesama insan. Kita semua sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Janganlah menjadi seorang yang bodoh sekiranya kita sengaja membiarkan persahabatan kita hancur dek kerana kesombongan untuk mencegah pertelingkahan yang berlaku.
Kedua, cari punca dan sebab berlaku masalah. Tatkala berlakunya masalah salah faham di antara sahabat, adalah penting untuk kita belajar dan berusaha mencari punca masalah tersebut. Pandanglah ke belakang dan cari apakah perkara yang masih belum selesai di antara di antara sahabat kita. Alangkah bijaknya jika kita tidak mengungkit-ungkit perkara yang lalu kerana ia boleh melaratkan persengketaan yang sedang berlaku. Kita juga haruslah bertindak untuk mencegah sebelum melakukan suatu kesilapan atau kesalahan dalam persahabatan kita. Ketiga, secara perbincangan.
Setiap kali kita berhadapan dengan konflik, maka ambillah masa dan tegaskanlah diri untuk segera memulakan perbincangan dengan berterus terang. Titik beratkanlah perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan seseorang, kehormatan, penghargaan dan kehendak dirinya. Sesungguhnya keredhaan dan keselesaan kehendak perasaan adalah puncak kepuasan yang dianggap sebagai kemenangan bagi setiap pihak.
Penutup
Persahabatan menghadiahkan sesuatu yang diharap-harapkan oleh setiap orang dan hadiah tersebut hanya benar-benar dimiliki oleh mereka yang tidak mengejarnya semata-mata. Kebaikan dalam persahabatan bukanlah bermakna bahawa di sepanjang persahabatan itu kita hanya melalui pengalaman-pengalaman manis atau hanya melalui senario yang menggembirakan sahaja.
Akan tetapi, ia juga merupakan sebuah perjalanan yang turut diselangi dengan suka duka kehidupannya. Maka daripada kesusahan itu akan timbul nilai-nilai yang lebih menjadikan persahabatan itu semakin berharga iaitu pengorbanan dan kesetiaan. Kesimpulannya, jangan hanya mencari sahabat yang diperhatikan tidak mempunyai sebarang kelemahan. Kita tidak akan mendapat sahabat sampai bila-bila jikalau kita hanya mencari sahabat yang tiada sebarang kesalahan sama sekali dan memegang prinsip untuk memutuskan persahabatan akibat terdapat kesalahan daripadanya.
Published on September 12, 2013 19:22
Akhlak Wanita Solehah
SMAHADZIR
AKHLAK atau moral tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap insan di muka bumi ini. Seseorang insan itu dapat kita bezakan dengan melihat kepada tingkahlaku serta amalan yang juga mencerminkan akhlaknya. Baik atau buruk akhlak seseorang insan itu bergantung kepada apa yang dikerjakannya. Jika amalan yang dikerjakan itu baik, maka baiklah akhlaknya. Tetapi jika sebaliknya, maka tercelalah akhlaknya. Malah, akhlak diperlukan supaya dapat mengatur hidup yang lebih baik.
Dengan adanya akhlak, seseorang insan itu dapat mengangkat darjatnya dalam kalangan masyarakat terutamanya dapat memelihara darjat agamanya itu sendiri. Selain itu, dapat menjalankan rutin seharian mengikut garis panduan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t seperti yang termaktub di dalam Al-Quran dan al-hadis. Agama Islam merangkumi akidah, syariat dan roh akhlak. Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak lagi bernyawa. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Islam itu akhlak yang baik,” dan sabda baginda lagi, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia.”
Pengertian Akhlak
Akhlak dari segi bahasa adalah berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah Al-Qalam: 4)
Akhlak dari segi istilah adalah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ahli falsafah Islam yang terkenal Ibn Miskawaih mentakrifkan: “Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.”
Menurut Imam Ghazali r. a. ada mengatakan bahawa akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Menurut Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan as-sunnah yang menjadi pegangan hidup bagi setiap umat Islam bagi segala urusan di dunia mahupun di akhirat. Kedua-dua sumber ini berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t serta berpandukan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, akhlak dapat didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkahlaku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Kategori Dan Skop Akhlak
Akhlak dalam Islam dapat dikategorikan kepada dua iaitu: Akhlak mahmudah yang merupakan akhlak yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan akhlak dari segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia tidak kira kecil mahupun besar sesuatu perkara itu. Ini dapat diperlihatkan seperti beriman kepada Allah s.w.t, sabar, memelihara pancaindera dari perkara-perkara keji, serta lain-lain sifat yang menggambarkan akhlak mahmudah.
Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t sebagai contoh melaksanakan perintahNya seperti yang telah digariskan dalam Al-Quran dan al-hadis iaitu sebagai seorang insan beragama Islam diwajibkan supaya mengerjakan solat.
Namun begitu, masih ada akhlak yang berlawanan dengan akhlak terpuji ini iaitu akhlak mazmumahseperti yang kita sedia maklum sebagai akhlak yang keji dan cela. Akhlak mazmumah yang disebutkan di sini adalah segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak seperti mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu sama ada dari segi penyembahan mahupun kepercayaan. Sifat mazmumah pula dikatakan sebagai sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t serta meninggalkan suruhan-Nya.
Skop akhlak pula terbahagi kepada empat iaitu: Akhlak dengan Allah s.w.t merupakan beriman, beribadah, mengesakan, takut, cinta, redha dan ikhlas, bertaubat serta bersyukur kepada Allah. Kita sebagai Muslim wajib mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu ada dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan serta terhindar daripada sifat-sifat kekurangan.
Namun, kita juga bukan sekadar mempercayai bahawa adanya Allah tetapi perlu tunduk dan patuh dengan segala suruhan-Nya serta meningggalkan laranga-Nya. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk tunduk dan beribadah kepada-Ku.” (Surah al-Zariyat: 56)
Selain itu, perasaan takut itu wajib ada dalam diri kita terhadap Allah. Perasaan ini terbahagi kepada dua iaitu takut den bertakwa kepada Allah dengan menjalankan perintah-Nya. Seterusnya, takut kerana seksaan azab api neraka yang telah dijanjikan oleh-Nya kepada manusia yang mengingkari suruhun-Nya.
Malah, kita diperintahkan supaya mencintai Allah s.w.t dengan cara mentaatiNya, mendahulukan perintah-Nya dari perintah hawa nafsu kita yang selalu mengejar duniawi sampaikan mengabaikan amalan yang akan kita bawa sebagai bekalan di akhirat kelak.
Kepercayaan kepada qadak iaitu jangka yang tertentu dan qadar iaitu ketentuan Allah mewajibkan kita supaya redha dan ikhlas dalam menerimanya. Sama ada suka mahupun tidak sesuatu yang telah ditetapkan itu, ketentuan Allah itu pasti akan terjadi juga.
Kembali kepada Allah iaitu kembali taat kepada Allah s.w.t dengan cara bertaubat kepadaNya setelah terpesong dari landasan yang sepatutnya menjadi garis panduan dalam kehidupan kita di muka bumi ini. Fitrah manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan demi kesalahan sehingga terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Namun, sebelum terlambat mohonlah keampunan kepadaNya kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Akhir sekali, bersyukurlah ke atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita dengan menggunakan segala nikmat itu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t seperti menggunakan nikmat tubuh badan yang sihat untuk terus melakukan ibadah fardhu ain dan berusaha memperbanyakkan amal ibadah sunat.
Akhlak manusia kepada Rasulullah s.a.w. merupakan beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu percaya bahawa baginda adalah utusan dari Allah kepada kita dan kita wajib mengikuti sunnahnya. Barang siapa yang melanggar atau tidak mahu mengikuti sunnah baginda, maka terbatallah akidahnya. Kita juga wajib mencintai baginda serta memuliakannya dengan berselawat ke atasnya, serta memuliakan keluarga dan para sahabat baginda seperti sabdanya yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang diantara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Akhlak manusia sesama manusia terdiri daripada akhlak kita dengan diri sendiri iaitu kita perlu mempunyai iman yang mantap dan akhlak yang mulia dan segera menunaikan perintah Allah dan mempelajari ilmu pengetahuan.
Akhlak kita terhadap ibu bapa pula merupakan satu ibadah dengan mentaati mereka sementara mereka masih hidup seperti bercakap dengan menggunakan bahasa yang indah serta berlemah-lembut dalam pertuturan. Jangan kita lupa untuk taat kepada mereka walaupun mereka telah tiada di muka bumi ini lagi. Kita sebagai seorang anak boleh mendoakan mereka, menziarahi kubur dan memuliakan sahabat-sahabat mereka.
Akhlak kepada anak-anak merupakan peranan ibu bapa dalam mendidik mereka supaya mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. Ibu bapa juga merupakan contoh ikutan kepada anak-anak mereka dari segi perbuatan, pertuturan dan akhlak.
Akhlak suami isteri berperanan dalam pembangunan institusi kekeluargaan. Keutamaan tanggungjawab isteri adalah melaksanakan peranan khusus, sesuai dengan tabiat kewanitaannya seperti mengurs rumah tangga, mendidik anak-anak dan seumpanya. Manakala, si suami berperaan dalam mencari nafkah untuk menyara keluarganya, memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak dari cabaran sebarang kesulitan. Kerjasama kedua-dua pihak ini dapat memberi kesan yang baik untuk melahirkan anak-anak yang soleh juga dapat merasakan kenikmatan di dalam kehidupan berkeluarga.
Akhlak kepada guru juga penting kerana guru ialah orang yang memberikan ilmu pengetahuan kepada kita dan kita perlu mneghormatinya. Ini dapat dibuktikan lagi apabila martabat seorang guru diangkat oleh Allah. Dengan kata lain, sekiranya kita menyakiti perasaan guru itu, kita tidak dapat keberkatan terhadap ilmu yang telah kita pelajari.
Akhlak manusia kepada masyarakat atau jiran menjadi satu kewajipan ke atas manusia Muslim. Mewujudkan hubungan baik sesama jiran adalah digalakkan dalam agama Islam. Perhubungan ini boleh dijalinkan seperti mengamalkan sikap ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat. Ini kerana jiran merupakan peranan penting sehingga kadangkala melebihi peranan keluarga kita sendiri yang berada jauh daripada kita.
Akhlak dengan alam pula di mana Allah telah menganugerahkan segala isi alam ini kepada manusia supaya manusia dapat menjalankan tugas sebagai khalifah di dunia dengan lebih baik. Ia juga melatih manusia itu untuk menjadi seorang insan yang prihatin terhadap alam sekeliling dalam memelihara alam ini dari kemusnahan mahupun kerosakan. Sebagai contoh, badan-badan yang berkaitan perlu memelihara haiwan liar dari terus menjadi buruan manusia yang tidak bertanggungjawab supaya dapat memelihara populasinya.
Pembentukan Akhlak
Iman, ilmu dan amal merupakan faktor penting dalam pembentukan akhlak. Pembentukan akhlak ini perlulah melalui beberapa peringkat seperti: Sebelum berumah tanggga merupakan titik permulaan dalam pembentukan akhlak. Pembentukan keluarga yang baik dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek duniawi mahupun ukhrawi. Oleh itu, sebelum melangkah ke alam berumah tangga kita perlu membuat pilihan terlebih dahulu terhadap pasangan hidup sama ada calon isteri mahupun suami.
Syarat-syarat yang telah digariskan sebagai panduan bagi pemilihan pasangan dalam Islam adalah seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau memilih yang beragama, itulah pilihan yang terbaik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa perkahwinan, suami isteri haruslah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya. Perasaan kasih sayang hendaklah sentiasa dipupuk kerana dengan adanya perasaan ini, kehidupan berumah tangga akan lebih tenang dan tenteram. Malah, perceraian dapat dielakkan juga. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, diberi galakan untuk selalu memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada bayi di dalam kandungan. Dengan cara ini, jiwa bayi yang masih kosong itu telah diisi dengan sesuatu yang bermakna dan dalam masa yang sama proses pembentukan akhlak yang mulia juga telah terjadi tanpa kita sedari.
Kanak-kanak juga perlu diberikan pendidikan yang seimbang seperti pendidikan keimanan yang menjadi asas utama. Pendidikan ini memerlukan ibu bapa dalam memberikan panduan dalam memupuk keimanan dalam diri anak-anak. Mereka boleh memberi tunjuk ajar kepada anak-anak supaya menyembah Allah yang Esa dengan cara mengajar anak-anak untuk menunaikan solat fardhu sejak mereka kecil lagi.
Remaja menurut kamus dewan bermaksud dewasa atau sudah akil baligh yang membolehkan mereka berfikir dengan menggunakan kewarasan akal sebelum melakukan sesuatu tindakan itu. Zaman remaja merupakan masa yang paling mencabar dan di sinilah iman, ilmu dan akhlak sangat diperlukan. Jika iman tidak diisi sepenuhnya dalam jiwa golongan remaja, mereka barangkali terjerumus dalam persekitaran dunia yang tidak sihat ini. Mereka mungkin boleh terjebak dalam aktiviti tidak bermoral seperti lumba haram, pergaulan bebas dan banyak lagi. Sekiranya iman itu ada dalam jiwa setiap remaja, perkara seperti ini dapat dibendung daripada berlaku serta agama Islam akan terpelihara.
Pelaksanaan ibadat penting dalam Islam bukan sahaja sebagai bukti kepatuhan kepada Allah s.w.t tetapi ia juga mempunyai kesan secara langsung dalam pembentukan peribadi seseorang Muslim apabila ibadah itu dilaksanakan mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Antara ibadah utama adalah: Penghayatan Al-Quran dapat mendidik dan melembutkan hati serta menjadi panduan kepada manusia untuk menjalani kehidupan berdasarkan cara hidup Islam. Dengan adanya penghayatan ini juga, manusia dapat memahami peranan yang sebenar disebalik kejadian sesuatu perkara yang Allah telah jadikan. Contohnya, peranan kejadian manusia di muka bumi ini adalah supaya manusia beribadah kepada Allah s.w.t.
Penghayatan rukun-rukun Islam terdiri daripada lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah yang membawa maksud meyakini bahawa tiada tuhan yang boleh disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan-Nya kepada kita. Solat fardhu pula dapat mendisiplinkan kita dalam menepati waktu. Zakat diwajibkan kepada kita bertujuan untuk membersihkan diri dari dosa serta mengangkat nilai individu dan masyarakat ke darjat yang lebih tinggi.
Ibadah puasa melatih kita untuk menahan lapar dan dahaga juga melatih kita untuk melawan nafsu dan syahwat supaya tidak melepasi batas-batas hukum yang ditetapkan. Haji diwajibkan kepada semua manusia akan tetapi ia lebih tertumpu kepada insan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ia bertujuan mendidik jiwa kita supaya sentiasa berkorban, berjimat dan memupuk nilai kasih sayang kerana Allah s.w.t
Mengerjakan amalan sunat dapat membantu dalam menyempurnakan amalan fardhu. Sebagai contoh, solat sunat dapat menampung solat fardhu yang kadang kala kita lalai dalam mengerjakannya kerana sibuk dengan duniawi. Istiqamah dalam beramal membawa erti kepada amalan yang dilakukan itu biarlah sedikit tetapi istiqamah berlawanan dengan amalan yang dilakukan banyak hari ini tetapi semakin hari semakin berkurangan.
Rasulullah s.a.w. sebagai Uswah Hasanah adalah baginda menjadi contoh ikutan kepada Muslim kerna keperibadian baginda yang terpuji. Baginda yang bersifat maksum, tidak mempunyai sifat-sifat yang tercela. Malah, akhlak baginda adalah akhlak yang mulia. Mencontohi para sahabat kerana mereka mendapat bimbingan secara langsung daripad Nabi berbanding dengan kita yang hanya mengikutnya berdasarkan sunnahnya.
Muhasabah diri adalah dengan memerhatikan kekurangan yang ada dalam diri kita dan berusaha untuk mengatasi kekurangan itu dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Didikan dan latihan merujuk kepada akhlak iaitu akhlak seseorang itu dapat dibentuk sekiranya diberi didikan dan mendapat latihan yang secukupnya daripada pendidik yang berkualiti. Namun begitu, haruslah kita ingat bahawa pendidikan itu bermulanya dari rumah yang sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa.
Cabaran Pembentukan Akhlak
Masih ada cabaran yang menjadi penghalang dalam pembentukan akhlak ini terdiri daripada cabaran dalaman dan luaran. Cabaran dalaman iaitu melalui serangan pemikiran seperti apa yang telah dilakukan oleh orang Barat dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan mengakatakan bahawa tidak ada agama yang berperanan dalam memperbaiki atau mengubah tamadun.
Manakala melalui syaitan dan hawa nafsu pula ialah hasutan atau godaan daripada syaitan yang menghalang manusia untuk membentuk akhlak yang mulia dengan menghasut untuk melakukan sebarang bentuk kejahatan. Akhir sekali, lemahnya jiwa merupakan cabaran yang paling besar kerana apabila manusia dilanda kelemahan iman, ia akan mudah terjerumus ke dalam konteks dosa dan melakukan perkara-perkara keji.
Cabaran luaran seperti perancangan penjajah dan salibiah dalam menjatuhkan umat Islam dengan hanya meletakkan segelas arak dengan wanita cantik cukup untuk melalaikan umat Islam. Manakala, adat meletakkan mas kahwin yang tinggi iaitu tidak mengikut cara Nabi telah menyukarkan kembali pihak lelaki dan akibatnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti penzinaan.
Jalan Penyelesaian
Jika seseorang itu beriman, ia dapat memahami siapa penciptanya, tujuan dan peranan ia diciptakan, serta ke mana ia akan pergi. Kepentingan mengenali semua ini adalah untuk memahami tujuan peranan penciptaannya, justeru ia akan tahu menilai dirinya dan menjadikan potensi dirinya untuk melakukan kebaikan bukan kepada dirinya sahaja tetapi terhadap orang lain juga.
Manakala, ibadat pula menjadi banteng pertahanan untuk menangkis godaan syaitan serta hawa nafsu. Ibadah yang sempurna lahir dari iman yang mantap kepada Allah s.w.t. Akhir sekali, ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak. Anak adalah amanah Allah yang perlu dipikul oleh ibu bapa. Oleh itu, bimbingan dan didikan agama perlu diberikan agar anak-anak dapt menjadi seorang insan yang berjaya dari segi akhlaknya.
Sesungguhnya pembentukan akhlak perlu dititik beratkan dalam kehidupan setiap Muslim. Dengan adanya akhlak, seseorang itu akan dipandang mulia terutamanya di sisi masyarakat setempat. Jika kita beramal dengan akhlak yang mulia, maka kita akan dapat menikmati keindahan kehidupan ini. Malah, ia dapat menaikkan darjat agama Islam pada pandangan mata agama-agama lain.
Menjadi Manusia Mulia
Sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barangsiapa ingin menjadi orang yang paling mulia, hendaklah ia bertakwa kepada Allah s.w.t. Barangsiapa ingin menjadi menjadi orang yang paling kuat, hendaklah ia bertawakal kepada Allah s.w.t. Barangsiapa ingin menjadi orang paling kaya, hendaklah ia menjadikan sesuatu yang ada di tangan Allah lebih percaya daripada yang berada di tangannya.”
Dalam hadis ini Rasullullah s.a.w menunjukkan jalan kemuliaan serta jalan kebenaran yang pelbagai maksud kandungannya. Baginda menunjukkan bahawa jalan menuju kemuliaan dengan bertakwa kepada Allah. Takwa kepada Allah s.w.t merupakan pintu segala larangan. Manusia menjadi mulia kerana beberapa keutamaan serta ia diangkat kerana kebiasaannya melakukan perkara-perkara ini. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Allah mencintai perkara-perkara yang bernilai tinggi dan mulia serta Dia membenci perkara-perkara yang hina.”
Kekuatan berada dalam kebenaran dan kebenaran mempunyai kemuliaan kerana Allah s.w.t, tidak menerima kezaliman bagi diri-Nya, sedangkan Dia berada di atas kebenaran. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia menjadi Penjaminnya. Apabila Islam (besandarkan Al-Quran dan sunah Rasul) telah menganjurkan setiap Muslim perlu meraih segala kekuatan, maka sesungguhnya ia teah menggambarkan (disamping mempercayai dan bertawakal penuh kepada Allah) semua jalan ke arah perkara tersebut seperti bekerja, berusaha dan bergerak.
Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu.” (Surah al-Anfaal: 60)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang beriman kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman yang lemah di setiap kebaikan. Bergegaslah (untuk menjadi tamak) atas segalasesuatu yang berguna bagi kamu serta mintalah pertolongan Tuhanmu dan janganlah kamu lemah.”
Kekayaan dan harta yang dapat menakluk kebaikan serta mengawasi kemakrufan juga merupakan salah satu sebab wujudnya kekuatan dan kemuliaan iaitu kekuatan bagi Islam dan kemuliaan bagi orang-orang Muslim. Oleh itu jalan untuk menuju ke sana (sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w) bukanlah dengan kesombongan dan bukan pua dengan menakluki keseluruhannya atau mengikut hawa nafsu.
Akan tetapi jalannya (sesuai dengan sabda yang indah itu) dengan menjadikan kepercayaan seorang hamba terhadap sesuatu yang berada di tangan Allah itu lebih kuat daripada yang berada di tangannya sendiri. Dengan itu, yang dikategorikan sebagai percaya adalah kepercayaan kepada Allah dan yakin erhadap kekuasan-Nya serta terhadap bimbingan kemuliaan-Nya.
Dengan demikian, iman adalah jalan menuju ke rah kemuliaan. Ia adalah satu-satunya jalan menuju kesana (kemuliaan) . Maka barangsiapa beriman kepada Allah, menganut Islam dengan segala niat serta perbuatannya berdasarkan wahyu dan jalan keimanan, nescaya ia akan dimuliakan di dunia dan akhirat kelak.
Allah s.w.t telah berfirman dalam kitab-Nya: “Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang yang beriman tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.” (Surah al-Munaafiquun: 8)
Harta Yang Paling Baik
Dari Rasulullah s.a.w, bahawa baginda bersabda: “Celakalah bagi emas! Celakalah bagi perak! Celakalah bagi emas! Celakalah bagi perak!” Rasulullah s.a.w ditanya oleh para sahabatnya: “Harta apakah yang kami peroleh?” Baginda menjawab: “Lisan yang berzikir, hasil yang bersyukur dan isteri yang menentukan agama kalian.”
Dari Abu Dzar al-Ghiffari r.a., bahawa ia berkata pada hari ketika seluruh anugerah diperintahkan untuk dinafkahkan dalam bentuk sedekah dan untuk memenuhi keperluan keluarga: “Sesungguhnya sahabat baikku menyuruhku untuk memilih antara emas atau perak yang berada padanya yang merupakan titipan sahabatnya. Kemudian ia menemui pemiliknya di jalan Allah.”
Dalam hadis yang mulia ini Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa salah satu konsep dasar Islam adalah terdiri di atas dasar cinta dan persaudaraan. Dalam ajaran Islam harta mempunyai peranan penting dalam kehidupan sosial yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu yang memberikan faedah kepada umum bagi golongan orang Islam. Peranan tersebut menolak dalam menguasai harta bagi glongan tertentu serta menolak eksploitasi mereka terhadap beberap sumber umum.
Tidak diragukan lagi, bahawa mengutamakan dan mengumpul harta menjadi sebab utama lumpuhnya pusingan ekonomi secara kebiasaannya yang bertempatkan daam aspek sosial yang menhendaki kegunaan yang meluas. Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksaan yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam mereka, perut dan punggung mereka (lalu dikatakan ) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kau simpan untuk kamu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah: 34-35)
Hikmah yang terkandung dalam pengharaman mengumpulak harta dan segala kesan negatif yang timbul dari mencintai kekayaan di antara orang-orang kaya, adalah sebagaiman yang difirmankan Allah s.w.t dalam kitab-Nya: “Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu...” (Surah Al-Hasyr: 7)
Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Andainya aku seperti seseorang yang mempunyai emas, nescaya perkara tersebut menyenangkanku tidak ebih dari tiga malam. Apabila aku mempunyai sedikit emas tersebut, maka aku khususkankan untung hutang.”
Walaupun demikian, Rasulullah s.a.w tidak berhenti untuk meyeru kepada orang-orang Islam agar menafkahkan harta mereka pada jalan yang benar iaitu jalan yang sesuai dengan kandungaan Islam yang diserukan di dalam Al-Quran. Baginda membenci perbuatan mengumpulkan harta, baik harta itu miliknya sendiri, milik keluarga, para sahabat terdekat atau milik kumpulan orang-orang Islam.
Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) . sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” (Surah Ali ‘Imraan: 92)
Dalam beberapa kejadian dalam perjalanan hidup Rasulullah s.a.w, terdapat banyak cerita yang meriwayatkan keteguhan Rasul pada konsep-konsep yang telah baginda lakukan. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w pergi menziarahi puterinya, Fathimah r. a kemudian baginda melihat di tangan Fathimah terdapat gelang dari perak. Lalu baginda pulang tanpa masuk terlebih dahulu.
Perbuatan baginda telah membuatkan Fathimah sedih hingga ia menangis. Fathimah mengirim surat untuk bertanyakan apa yang menyebabkan sehingga baginda s.a.w berbuat demikian. Setelah ia mengetahui bahawa baginda marah disebabkan gelang yang dilihatnya, maka ia bergegas megirimkan gelang tersebut kepada baginda untuk dijual dan wangnya disedekahkan. Kemudian baginda baginda s.a.w pergi menemui Fathimah, seraya berkata dengan kelembutan: Sesungguhnya kamu telah berbuat kebaikan.
Menurut Rasulullah s.a.w, perlu adanya perbezaan antara menumpuk yang diharamkan dengan menyimpan yang rasional untuk inventasi. Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang hidup secara berhemat, nescaya Allah memperkayanya. Barangsiapa yang hidup dengan menhambur-hamburkan harta, nescaya Allah memfakirkannya.”
Betapa mulia dan zuhudnya Rasulullah s.a.w, di mana baginda bersabda: “Sesungguhnya Tuhanku menawarkan kepadaku supaya Dia menjadikan lembah Mekah menjadi emas. Lalu aku berkata: Tidak, wahai Tuhanku akan tetapi jadikanlah aku lapar satu hari dan kenyang satu hari. Adapun hari di mana aku lapar, maka aku merendahkan diri dan memohon kepada-Mu. Sedangkan hari di mana aku kenyang, maka aku memuji-Mu.”
Saling Mengasihi Dan Mencintai
Dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: “Perumpamaan orang-orang yang beriman daam saling mengasihi, saling mencintai dan saling menolong di antara mereka adalah seperti satu tubuh yang apabila satu anggota tubuhnya sakit, terasalah semua anggota tubuh yang lainnya (ikut sakit) sehingga tidak dapat tidur atau sehingga demam panas.”
Dengan seruan ini Rasulullah mengajak umat Islam untuk saling mengasihi, saling menolong dan saling menyayangi sehingga seruan tersebut menjadikan urusan mereka seperti satu tubuh. Keadaan mereka dalam persaudaraan sebagaimana keadaan pada tubuh yang apabila salah satu bahagian tubuh mengeluh, maka anggota tubuh lain akan merasa kesakitannya dan menolong untuk menanggung serta mengatasi penyakit tersebut.
Rasulullah s.a.w menyarankan kepada umatnya supaya bersatu dan bersepakat sehingga mereka menjadi kuat. Tidak ada jalan untuk menuju kepada bersatu melainkan dengan pemerhatian yang bijaksana berdasarkan unsur yang berbeza, dimulai dengan tujuan yang sebenar lantas mepersiapkan alirannya.
Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..” (Surah Ali Imran: 103)
Allah berfirman dalam surah yang lain: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara kerana itau damaikanlah antara kedua saudaramu...” (Surah Al-Hujuraat: 10)
Allah berfirman pula: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa serta janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran...” (Surah Al-Maidah: 2)
Firman-Nya pula dalam surah yang lain: “Muhammad itu adlah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhdap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka...” (Surah Fath: 29)
Dalam ayat-ayat ini dan ayat-ayat yang lain masih banyak contoh tentang golongan yang bersatu. Bagaimana yang dikehendaki umat Islam secara berperingkat yang mengarah kepada nilai-nilai tersebut.
Bolehkah umat Islam membangunkan kasih sayang mereka dan saling tolong-menolong dalam kalangan mereka? Sememangnya dalam satu tubuh yang di dalamnya terdapat perasaan dan anugerah dengan wahyu Ilahi dan fitrah yang diilhamkan kepada umat manusia. Rasulullah s.a.w telah menggambarkan jalan yang terang tentang perkara tersebut. Baginda menggambarkannya dengan perbuatan dan ucapannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu dan berburuk-sangka kerana sesungguhnya berburuk-sangka itu adalah sedusta-dustanya percakapan. Janganah kalian mengintai kesalahan orang lain, mencari-cari kesalahan orang dengan saling berlumba, saling menghasut, saling membenci dan saling membelakangi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Antara orang Muslim yang bersatu dengan yang lainnya adalah bersaudara. Oleh itu janganlah menganiayanya, merendahkannya dan menghinanya. Cukuplah dianggap kejahatan sesorang yang menghina saudaranya yang Muslim adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.”
Baginda bersabda pula: “Mancaci-maki orang Muslim adalah satu sifat fizaikal dan membunuhnya adalah satu kekufuran.” Termasuk dari sabda Rasulullah s.a.w juga: “Barangsiapa yang besa di dalam keperluan saudaranya, maka Allah berada di dalam keperluannya. Barangsiapa yang meringankan kesulitan seorang musim, maka Allah akan menghilangkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang berada dalam kesuitan dunia, nescaya Allah s.w.t memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup aib sesorang Muslim di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah berada dalam pertolongan hamba-Nya selama hamba-Nya berada dalam pertolongan saudaranya.”
Setiap hadis ini telah menjelaskan jalan yang tebaik bagi sikap saling membantu, mencintai dan saling mengasihi. Ini adalah jalan untuk orang-orang musim bersatu dengan lebih kukuh. Mereka bersama-sama bernaung di bawah satu bendera iaitu dengan menggambarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya, kalian tidak akanmasuk ke syurga sehingga kalian beiman. Kalian tidak akan beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu perbuatan yang bila kalian lakukan suatu perbuatan yang bila kalian lakukan nescaya kalian saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.”
Hasad Dengki Pada Dua Perkara
Dari Abu Hurairah r. a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada hasad dengki melainkan dalam dua perkara:
Seorang lelaki yang diajarkan A-Quran oleh Allah s.w.t kemudian ia membacanya pada tengah malam dan siang, lalu jiran tetangganya mendegar bacaan itu seraya berkata: Semoga aku dikurniakan anugerah seperti polan sehingga aku dapat mengamalkan seperti yang dilakukan polan. Seorang lelaki yang dianugerahkan harta oeh Alah s.w.t di mana ia menghabiskan ahhartanya di jaan yang berhak. Lalu seorang lelaki berkata: Semoga aku dikurniakan anugerah seperti polan sehingga aku dapat mengamalkan seperti yang dilakukan polan.”
Perasaan hasad dengki dalam jiwa dapat mananam permusuhan, memutuskan tali kasih sayang dan membina jalan kebencian di antara manusia. Hasad dengki juga dapat menghancurkan rasa cinta, bersatu dan persaudaraan. Oleh itu, Rasulullah bersabda: “Hasad dengki memakan kebaikan, sebagaimana ayam memakan kayu.”
Baginda s.a.w juga memberi wasiat kepada orang-orang yang beriman dengan sabdanya: “Janganlah kalian saling berhasad dengki, saling memutuskan silaturrahim, saling membenci dan saling membelakangi, Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan-Nya.”
Secara umum, kata-kata hasad dengki terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
Bentuk hasad dengki yang dilarang dan dibenci iaitu membenci beberapa nikmat yang terdapat pada orang lain dan berbangga apabila nikmat tersebut terdapat pada dirinya. Bentuk hasad dengki yang terdapat pada hadis Rasulullah s.a.w di atas iaitu hasad dengki dalam bentuk saingan yang tidak sampai kepada bentuk hasad dengki yang dibenci. Sesungguhnya bentuk hasad dengki ini hanya sebuah harapan terhadap anugerah yang dikurniakan Allah kepada sebahagian hamba-Nya. Ia mencintai anugerah orang dan berharap agar anugerah tersebut tetap ada padanya tanpa pengurangan.
Tidak ada yang lebih mulia, lebih baik dan lebih utama daripada pengharapan seseorang serta berupayauntuk meraih sesuatu yang dicapai oleh orang-orang soleh iaitu berupaya menghiasi diri dengan ilmu, menghafal dan mengetahui kandungan Al-Quran serta membacanya di tengah malam dan siang. Perkara seperti ini adalah anugerah yang sangat besar. Jiran tetangga dan orang yang berhak iri hati dan berharap tanpa harus terjerumus ke dalam bentuk hasad dengki yang dilarang.
Seorang hamba yang beriman hendaklah meluruskan niat dan amalnya hanya kerana Allah s.w.t, ini menjadikan padangan dan tujuannya juga hanya kerana Allah s.w.t, ini menjadikan padangan dan tujuannya juga hanya kerana Allah s.w.t serta inginkan kebaikan dalam setiap urusan yang dinyatakan dan disembunyikan.
Setiap urusan hendaklah dimulai dan diakhiri serta mengikut padangan yang digariskan oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda: “Perumpamaan umat ini seperti perumpamaan empat orang:
Seorang lelaki yang dikurniakan harat dan ilmu oleh Allah s.w.t kemudian dia beramal dengan ilmu untuk hartanya yang dinafkahkan kerana hak. Seorang lelaki yang dikurniakan ilmu namun tidak dikurniakan harta kemudian ia berkata: Andaikan aku memiliki seperti yang dilakukannya. Maka dalam pahala, keduanya adalah sama. Seorang lelaki yang dikurniakan harta namun tidak dikurniakan ilmu kemudian ia menafkahkan harata di jalan yang tidak hak. Seorang lelaki yang tidak dikurniakan ilmu dan harta kemudian dia berkata: Andainya aku memilik seperti ini, nescaya aku beramal seperti yang dilakukannya. Maka dalam dosa, keduanya adalah sama.
Amar Makruf Nahi Munkar
Dari Hudzaifah bin al-Yaman r. a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi jiwaku dalam genggaman-Nya sesungguhnya kalian beramal makruf dan nahi munkar atau hampir saja Allah mengirimkan azab kepada kalian dari sisi-Nya kemudian kamu memohon kepada-Nya, nescaya Dia tidak mengabulkan untuk kalian.”
Dalam hadis yang mulia ini Rasulullah s.a.w menyarankan kepada umatnya agar selalu menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Baginda bersumpah lepada mereka dengan nama Tuhanmu bahawa jika mereka tidak melakukan sesuatu yang diperintahkan, maka Allah s.w.t hampir menghukum mereka akibat perbuatan tersebut (tidak melakukan sesuatu yang diperintahkan). Apabila mereka berdoa pada-Nya, nescaya Dia tidak akan mengkabulkan permintaannya. Perkara ini disebabkan kerana mereka mengabaikan perintah-Nya.
Mengajak kepada kebaikan, menyuarakan kebenaran, membanteras kejahatan dan kemungkaran, bertentangan dengan larangan merupakan keutamaan yang paling agung dan berguna bagi golongan orang-orang yang beriman. Semua itu merupakan kunci pengamanan yang menjamin individu dalam golongan tersebut dapat berjalan di atas jalan yang benar, dapat menghindar dari terjadinya penyelewangan sehingga dapat menjaga kebenaran dan mengurangkan insan yang jahat dan batil. Demikian itu adalah keredaan Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman dalam kitab-Nya dengan memerintahkan umat Muslim iaitu: “Dan hendaklah ada di antara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali Imran: 104)
Allah s.w.t berulang kali menggambarkan bahawa orang-orang yang beriman adalah menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan Dia telah menjanjikan rahmat untuk mereka. Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali Imraan: 110)
Bukan hanya azab yang menunggu bagi orang yang melanggar perintah, akan tetapi doa mereka juga tidak termakbul meskipun mereka memohon setelah itu. Inilah keburukan yang akan menimpa seorang hamba. Berlindunglah di bawah naungan Yang Maha Pewaris merupakan suatu kenikmatan, baik di awal ataupun di akhir. Apabila seseorang hamba telah diharamkan doanya, nescaya ia terlalu dan teramat rugi juga telah kehilangan dunia dan akhirat serta tidak memiliki penolong di hari kiamat.
Memiliki Kekuatan
Dari al-Baihaqi, dengan sanad yang sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Abdullah bin Amru, sesungghunya bagi setiap orang yang bekerja terdapat kekuatan dan bagi setiap kekuatan ada masanya (waktu). Maka barangsiapa dalam masanya ia berpegang teguh kepada sunah, nescaya ia bahagia dan barangsiapa dalam masanya ia berpegang teguh kepada bidaah nescaya ia merugikan.”
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya bagi setiap amal perbuatan terdapat kekuatannya dan bagi setiap kekuatan ada masa surutnya. Maka barangsiapa yang dalam masanya ia berpegang teguh kepada sunahku, nescaya ia mendapatkan petunjuk dan barangsiapa yang dalam masanya ia berpegang teguh kepada selain Sunahku nescaya ia akan hancur.”
Sesungguhnya nasihat ini berkaitan dengan Abdullah yang menbebankan dirinya secara berlebihan dalam inbadat dan solat tahajud. Kemudian Rasulullah s.a.w menasihatinya agar mengurangkan mal dan sederhanakan urusan agama dan dunia. Perkara ini berkaitan dengan firman Allah s.w.t dalam Al-Quran: “Allah tidak membenai seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)
Firman-Nya pula: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dengan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Surah al-Baqarah: 185)
Maksud ayat ini ialah bahawa setiap orang yang bekerja atau setiap pekerjaan untuk membangkitkan cita-cita yang harus diperoleh, akitiviti, kekuatan, kegigihan dan semangat di dalamnya terdapat jiwa yang tidak memperdulikan sumbangan kebendaan, tidak bosan dari dinamik (kemajuan), akitiviti dan kegigihan.
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: “Barangsiapa mengadakan sunah atau yang baik, maka baginya pahala atas jalan yang ditempuhinya ditambah dengan pahala orang yang mergerjakannya. Barangsiapa yang mengadakan sunah atau jaan yang buruk, maka baginya dosa kerana jalan buruk yang ditempuhnya ditambah dosa orang yang mengerjakannya.”
Dari keterangan di atas kita dapat memahami bahawa manusia kadang-kala memulakan pekerjaan atau ibadat ketika dalam keadaan yang kuat, bertenaga dan bersungguh-sungguh. Kemudian setelah itu ia menjadi lemah sehingga anugerah-Nya berkurang secara sedikit demi sedikit. Pada ketika itu, adakalanya ia berpegang teguh dengan petunjuk istiqamah atas jaan yang lurus dan meneruskan usahanya yang baik meskipun kuantitinya sedikit, maka ia tergolong orang-orang yang menang dan bahagia atau ia mengatur sendiri aktivitinya dan menolak petunjuk yang mulia dengan meninggalkan perbuatan yang baik malah lebih kepada kebatilan, maka ia tergolong orang yang merugikan dan rosak.
Dari hadis ini kita dapat memahami bahawa sikap bersederhana adalah lebih baik dan utama bagi seseorang yang beriman daripada melakukan aktiviti secara berlebihan yang disebabkan penurunan mutu atau menghentikan usahanya seketika. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w memberikan nasihat, baginda bersabda: “Sesungguhnya agama ini (Islam) adalah kuat, maka masuklah ke dalamnya degan keramahan.”
Baginda bersabda lagi: “Perbuatan yang lebih dicintai Allah adalah perbuatan yang berterusan, meskipun sedikit.” Dari hadis ini semoga kita dapat memahami bahawa sikap bersederhana adalah lebih bermanfaat dalam segala urusan, baik agama mahupun duni daripadasikap yang melampaui batas atau berlebihan, Sesungguhnya sikap bersederhana dapat membantu seseorang dalam menjaga kekuatan dan memperjuangkan persiapan diri. Sedangkan sikap melampaui batas, kadang-kala membuatkan seseorang dihadapkan dengan perasaan lemah, bosan atau memerlukan waktu istirehat setelah melakukan suatu pekerjaan.
Dalam penjelasan kandungan hadis tersebut, Ibnu Qayyim berbicara dalam kitab Madarij As-Sa’likin, iaitu: “Syaitan mencium hati seseorang hamba dan mengujinya. Apabia di dalam hati tersebut terdapat potensi untuk melakukan bidaah dan berpotensi untuk menhindari kesempurnaan dalam mematuhi sunah, maka syaitan akan mengeluarkan hamba tersebut dari jagaan bidaah. Namun apabila syaitan meihat di dalam hati seorang hamba terdapat ketamakan terhadap sunah di mana tidak ada kesempatan untuk memutuskan antara keduanya, maka syaitan menyuruhnya berijtihad, berbuat zalim kepada dirinya dan melampaui batas kesederhanaan. Syaitan terus menghasut agar melakukan perintahnya sehingga mengeluarkan hamba tersebut dari batas kewajaran sekali gus syaitan telah menyalurkan keinginannya.”
Published on September 12, 2013 19:21
Rahsia Terbongkar Dari Mayat
SMAHADZIR
TERSEBUTLAH dalam sejarah bahawa di kalangan Bani Israel suatu ketika dulu ada seorang yang sudah tua umurnya dan telah dapat merasakan sendiri, bahawa dalam waktu yang tidak lama lagi, beliau akan meninggalkan dunia yang fana ini. Orang tua itu adalah orang tua yang soleh, tidak menghiraukan kekayaan dunia, sehingga kehidupannya boleh dikatakan sederhana sekali, tidak ada yang dipunyainya, kecuali seorang anak yang masih muda dan seekor lembu yang sangat disayanginya.
Berwasiat Kepada Anaknya
Setelah terasa olehnya, bahawa ajalnya sudah dekat, lalu anaknya itu dipanggil. Beliau berkata dan berwasiat kepada anaknya: ‘Anakku, aku akan pergi meninggalkan engkau untuk selama-lamanya dan engkau akan tinggal sendirian menjadi yatim piatu, kerana ibumu sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Tidak ada pula peninggalanku untukmu, kecuali lembu seekor. Peliharalah lembu itu sehingga besar. Aku doakan kepada Tuhan, agar hidupmu mendapat perlindungan-Nya.’ Setelah orang tua tersebut meninggal dunia, maka tinggallah anak itu seorang diri dengan seekor lembu, sebagai harta pusaka peninggalan bapanya. Lembu itu sesuai dengan wasiat bapanya, dijaganya dengan baik dan selalu beliau memohon pertolongan serta perlindungan dari Allah s.w.t. Tidak jauh dari tempat itu, di kalangan Bani Israel itu juga, terdapat pula orang tua. Berbeza dengan orang tua yang sudah meninggal dunia itu, kerana orang tua ini adalah orang yang kaya-raya, mempunyai harta benda yang amat banyak, yang tidak ada tolok bandingannya dalam masyarakat tatkala itu. Orang ini pun hanya mempunyai seorang anak juga. Kepadanyalah semua harta benda peninggalan (pusaka) itu harus diserahkan, bila dia sudah meninggal dunia nanti. Tetapi orang tua itu mempunyai beberapa orang anak saudara dan keluarga pula, yang kesemuanya menginginkan harta yang akan ditinggalkan itu. Namun menurut aturan ketika itu, selagi ada anak, orang lain tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan tersebut. Akhirnya timbullah nafsu dan fikiran jahat dalam hati mereka, untuk mendapatkan harta sebanyak itu. Mereka semuafakat akan membunuh anak yang berhak itu dan sudah tentulah mereka akan didapati tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut, akan menuntut kepada Nabi Musa supaya menghukum pembunuhnya. Akal busuk ini segera dijalankan dengan teratur sekali, sehingga tidak seorang pun yang dapat mengesan rahsianya. Begitulah, dengan cara yang sangat teliti sekali, pembunuhan terhadap anak itu mereka lakukan, sehingga seorang manusia pun tidak ada yang mengetahuinya, siapa sebenarnya yang menjadi pembunuh. Keesokan harinya dengan berpura-pura sedih dan dalam keadaan berkabung atas kematian sepupu yang tercinta itu mereka bersama-sama datang ke tempat Nabi Musa untuk mengadukan tentang pembunuhan kejam itu agar dapat menutupi kejahatan yang mereka lakukan sendiri. Malah mereka menuntut kepada Nabi Musa; agar pembunuhnya segera ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya.
Menyembelih Seekor Lembu
Walau bagaimanapun Nabi Musa menyelidiki kejadian yang gelap ini, masalahnya masih tetap gelap juga, tidak dapat diketahui, siapa sebenarnya yang menjadi pembunuhnya. Akhirnya Nabi Musa berdoa kepada Allah s.w.t tentang masalah gelap ini. Allah s.w.t lalu memerintahkan kepada Nabi Musa, agar kepada semua orang yang datang mengadu itu, diwajibkan menyembelih seekor lembu dan dengan lembu yang disembelih itu, Nabi Musa diperintahkan Allah s.w.t untuk memukul orang yang sudah mati terbunuh itu. Dengan cara ini orang yang sudah mati itu akan hidup kembali dan dapat menceritakan sendiri siapa yang telah membunuhnya. Lalu Nabi Musa memerintahkan kepada mereka supaya menyembelih seekor lembu. Sungguh ganjil sekali perintah itu menurut pandangan mereka, sebab tidak ada hubungannya dengan tuntutan. Mereka berkata: ‘Apakah engkau hendak mempermainkan kami?’ Dengan tegas dijawab oleh Nabi Musa: ‘Aku berlindung diri kepada Allah s.w.t, bahawa aku akan menjadi orang bodoh.’ Entah kerana masih belum percaya, entah kerana engkar terhadap perintah ini, mereka menjawab lagi kepada Nabi Musa: ‘Tanyakan kepada Tuhanmu, lembu yang bagaimanakah yang dimaksudkan Allah s.w.t itu?’ Nabi Musa kembali berdoa dan bertanya kepada Allah s.w.t, lembu yang bagaimanakah yang dimaksudkan Allah s.w.t dalam perintah tersebut. Setelah Allah s.w.t menerangkan keadaan lembu yang dimaksudkan itu, lalu Nabi Musa menyampaikan keterangan Allah s.w.t itu kepada mereka dengan berkata: ‘Allah s.w.t mengatakan, lembu itu adalah lembu yang tidak tua dan tidak pula muda, iaitu pertengahan antara tua dan muda. Kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah s.w.t itu!’ Kembali mereka meminta, agar Nabi Musa kembali berdoa dan bertanya kepada Allah s.w.t, tentang bagaimana warna lembu yang dimaksudkan itu. Setelah Nabi Musa berdoa dan bertanya kembali kepada Allah s.w.t, maka diterangkan Allah s.w.t tentang warna lembu itu, lalu oleh Nabi Musa sampaikan pula kepada mereka: ‘Bahawa Allah s.w.t berkata, iaitu lembu yang berwarna kuning dengan warna yang cemerlang dan dapat menggembirakan orang yang melihatnya.’ Dengan jawapan ini, mereka masih bertanya lagi dengan menyatakan, bahawa mereka masih ragu-ragu, mereka minta supaya Nabi Musa berdoa dan bertanyakan kepada Allah s.w.t sekali lagi, bagaimana yang benar-benar dimaksudkan oleh Allah s.w.t itu. Nabi Musa berdoa dan bertanya lagi kepada Allah s.w.t, serta mendapat jawapan juga. Segera Nabi Musa menyampaikan apa yang diterangkan Allah s.w.t itu kepada mereka: ‘Iaitu lembu yang tidak jinak untuk digunakan membajak sawah dan pengangkut air dan harus yang bersih, tidak ada belang warnanya sedikit pun.’ Dengan persoalan yang terus menerus terhadap apa yang mula-mula diperintahkan Allah s.w.t kepada mereka, akhirnya mereka diharuskan mencari lembu yang banyak sekali syaratnya. Beberapa hari lamanya mereka berjalan ke sana ke mari untuk mencari lembu seperti yang diterangkan itu, tetapi tidak mereka Berjaya mendapatkannya. Sukar sekali mencari lembu yang berwarna kuning serta cemerlang, apa lagi harus bersih yang tidak ada belangnya sama sekali, ditambah pula harus yang tidak jinak, sedangkan umumnya lembu sudah biasa digunakan orang untuk membajak atau mengangkut air.
Terbukalah Rahsia
Sesudah bersusah payah mencari, akhirnya mereka menemui juga seekor lembu yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan itu, iaitu seekor lembu pusaka yang diwariskan oleh orang tua soleh kepada anaknya yang masih kecil serta yatim piatu, sebagaimana diterangkan dahulu. Oleh kerana lembu ini lembu pusaka yang dipelihara dengan pemeliharaan yang luar biasa pula, maka anak ini tidak mahu dan tidak mempunyai keinginan sama sekali untuk menjualnya, apa lagi lembunya itu akan dibeli orang untuk disembelih pula. Tetapi kerana ini adalah perintah Allah s.w.t, maka dengan cara yang bagaimana pun lembu itu harus mereka peroleh. Akhirnya kerana untuk keperluan menjalankan perintah Allah s.w.t, anak itu pun rela juga menjual lembunya, tetapi harus dibeli dengan harga yang tinggi, kerana memang hanya lembu yang seekor itulah kekayaannya di atas dunia ini.
Setelah lembu itu mereka beli, lalu disembelih, lidahnya segera diambil oleh Nabi Musa, lalu menuju ke tempat orang yang mati terbunuh itu yang sudah lama dikuburkan. Setelah disuruhnya membongkar kuburan itu, mayat itu pun lalu dipukul oleh Nabi Musa dengan lidah lembu, mayat itu pun hidup kembali. Maka ditanyakan kepadanya, siapa yang membunuhnya. Mayat itu menunjukkan bahawa yang membunuhnya adalah mereka yang datang mengadu kepada Nabi Musa tersebut. Dengan kejadian ini, terbukalah rahsia selama ini dan tersimpul pula berbagai-bagai pengajaran dan peringatan yang sangat tinggi nilai serta harganya, untuk orang-orang yang percaya kepada Allah s.w.t.
Published on September 12, 2013 18:32
August 17, 2013
Tangan Ghaib Dalang Krisis Politik Di Mesir
SMAHADZIR
APAKAH yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq dan negara Islam lain perlu dibiarkan berlaku di negara kita Malaysia? Rusuhan, demonstrasi dan menentang undang-undang negara adalah suasana yang digemari oleh segelintir masyarakat di negara ini. Apa yang berlaku di Syria untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad menyebabkan rakyat negara itu hilang rasa selamat. Sekarang rakyat Mesir sedang melalui apa yang dirasai oleh rakyat Iraq dan Syria. Keamanan dan kemakmuran negara mereka sudah diragut oleh dua kumpulan yang saling bermusuhan dan berbunuhan.
Ramai penganalisis politik melihat ada tangan ghaib yang menjadi dalang dalam krisis politik di bumi Mesir. Tangan ghaib itu ialah Amerika Syarikat yang selama ini merupakan syaitan paling laknak yang telah menghuru-harakan seluruh dunia. Di Malaysia juga tangan ghaib ini cuba menyelusup masuk melalui pelbagai aktiviti mereka namun majoriti rakyat Malaysia masih lagi rasional dan tidak termakan madu beracun yang disajikan mereka.
Bersyukurlah kita kerana pasukan polis dan tentera Malaysia tidak sekejam pasukan keselamatan negara lain yang telah kita saksikan cara mereka menyelesaikan penentang kerajaan. Bersyukur juga kita kerana bermacam-macam strategi dan perhimpunan haram yang diatur oleh segelintit masyarakat negara kita berkesudahan dengan kegagalan. Beberapa kali usaha dan gerakan menghimpunkan ratusan ribu rakyat negara ini seperti yang berlaku di negara Asia Barat tidak berjaya malah ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kestabilan politik daripada kepentingan peribadi seseorang pemimpin yang kecewa. Sungguhpun begitu, segelintir masyarakat ini tidak pernah putus asa meracuni pemikiran rakyat. Oleh itu, kerajaan yang terus diberi mandat kali ke-13 untuk mentadbir kerajaan Malaysia diharap jangan berlembut dan terlalu beri muka kepada mana-mana pihak terutama dalam soal keselamatan negara.
Sebagaimana yang kita tahu, krisis politik di Mesir memuncak apabila kira-kira lebih 2,000 orang maut selepas polis dan tentera menggempur lokasi ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong bekas Presiden Muhammad Mursi di Kaherah. Kekejaman pasukan keselamatan Mesir itu membangkitkan kecaman dan kutukan daripada pemimpin dan masyarakat dunia. Walaupun jauh beribu kilometer dari Kaherah, tetapi kita dapat melihat kesan dan iktibar apabila rebutan kuasa politik akhirnya boleh memudaratkan kehidupan rakyat.
Paling membimbangkan jika perang saudara antara kumpulan penyokong Mursi dengan pihak anti-Mursi tercetus. Sentimen balas dendam bakal menjadi faktor utama dalam pergolakan di Mesir selepas ini, mungkin sama dengan apa yang berlaku kepada Iraq dan Syria sekarang. Dalam situasi ini, bagaimana nasib lebih 3,000 rakyat dan pelajar Malaysia di sana?
Ketika pergolakan menjatuhkan Hosni Mubarak pada 2011, atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia menyediakan pengangkutan udara untuk membawa pelajar dan rakyat kita pulang ke tanah air. Syukur, hampir semua pelajar kita yang pulang terselamat daripada tindakan perusuh ketika itu. Kita tidak lupa bagaimana tindakan sesetengah pihak dan suara-suara sumbang yang mempertikaikan bantuan kerajaan itu. Kali ini, jika operasi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dilakukan, utamakan mereka yang sedia menerima bantuan sahaja. Jangan dipaksa ahli dan penyokong ‘parti pembenci kerajaan’ yang berada di Mesir untuk turut serta.
Statistik terbaru menunjukkan lebih 3,000 orang awam dibunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera kerajaan yang dibiayai oleh Amerika Syarikat kerana menuntut demokrasi ditegakkan. Pertumpahan darah ini wajar dijadikan renungan supaya rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan demokrasi yang dijaja oleh pihak berkepentingan. Renunglah yang tersirat daripada yang tersurat.
Mohammed Mursi dari Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya secara demokrasi bukanlah pilihan Amerika Syarikat. Maka kemenangan itu tidak akan bertahan lama dan Mursi dijatuhkan kononnya atas kehendak rakyat. Inilah akibatnya apabila membiarkan kuasa asing seperti Amerika Syarikat menentukan hala tuju politik sesebuah negara. Malah agensi media Barat seperti sepakat menyiarkan angka korban yang jauh lebih kecil daripada sebenarnya. Ini bertujuan menutup tindakan melampau tentera Mesir kerana Amerika Syarikat ada penglibatannya. Tetapi statistik oleh Ikhwanul Muslimin menunjukkan lebih 3,000 orang berbanding agensi berita Barat tidak sampai 1,000 orang.
Mursi dipenjara dan hingga kini belum dibebaskan. Tentera mengambil tindakan drastik menggempur penyokong Mursi dengan peluru hidup. Di negara kita, polis hanya menggunakan meriam air. Tetapi digambarkan oleh puak tertentu sebagai tindakan ‘paling tidak berperikemanusiaan.’
Dalam pilihan raya Jun tahun 2012, Mursi memenangi 52 peratus undi. Tetapi sebenarnya hanya mendapat sokongan satu perempat daripada 50 juta rakyat Mesir yang layak mengundi. Bagi Mesir, jatuhnya diktator Hosni Mubarak bukanlah berakhir konflik politik yang membelenggu negara itu. Mubarak diibaratkan tayar lama yang sudah tidak diperlukan lagi. Tetapi tayar baharu mesti dari jenama yang sama.
Banyak pihak melihat kejatuhan Mubarak sebagai hasil kebangkitan rakyat. Secara tersurat rakyatlah yang menukar rejim Mubarak kepada pemimpin yang dipilih menerusi sistem yang demokratik. Tetapi yang tersiratnya, gerakan menjatuhkan Mubarak dipersiapkan oleh Amerika Syarikat sejak tahun 2008 lagi. Kejatuhan Mubarak tidak ada kena mengena dengan kebangkitan rakyat yang dicanang-canangkan itu. Malah istilah Arab Spring itu sengaja dicipta supaya kelihatan keterlibatan rakyat di negara-negara Asia Barat menentukan masa depan mereka sendiri. Buktinya pada 2008 aktivis gerakan massa dari Mesir berhimpun di New York pada pelancaran Alliance of Youth Movement (AYM).
Sebenarnya, banyak yang tidak tahu kewujudan AYM dan peranannya dalam menentukan agenda Amerika Syarikat di Mesir. Ini adalah perkakas Amerika Syarikat untuk menggerakkan rakyat bagi menjatuhkan Mubarak, sekutu Amerika Syarikat yang sudah tidak diperlukan lagi. Tugas AYM bukan sahaja menjatuhkan Mubarak tetapi mana-mana pemimpin yang bertentangan dengan dasar Amerika Syarikat.
Apa itu AYM? AYM adalah sebuah organisasi yang melibatkan aktivis massa bergerak secara terancang dalam talian dan mencatatkan sejarah sebagai yang pertama pada abad ke-21. Jabatan Negara Amerika Syarikat berganding dengan gergasi dalam media sosial seperti Facebook, Howcast, MTV, Google dan Youtube menggerakkan AYM dengan menggunakan generasi muda untuk mencetuskan gerakan massa. Menerusi AYM, strategis Amerika Syarikat memberikan latihan kepada aktivis massa untuk menggunakan media sosial bagi meluaskan jaringan di peringkat antarabangsa. Malah AYM dan para aktivis diberi akses langsung dengan Jabatan Luar Negara Amerika Syarikat.
Sebenarnya pada pasca Mubarak, nama Mursi berada jauh di belakang. Malah tidak ada dalam senarai pengganti Mubarak kerana ada beberapa nama lain yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat lebih ditonjolkan. Antaranya Mohamed El Baradei yang mempunyai jaringan antarabangsa yang kuat malah sekutu rapat Amerika Syarikat. Tetapi siapakah El Baradei?
El Baradei adalah salah seorang ahli pemegang amanah International Crisis Group (ICG), sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros menerusi National Endowment for Democracy (NED). Tetapi dalam pilihan raya, El Baradei tidak mendapat sokongan dan terpaksa mengalah kepada Mursi. Orang begini dipergunakan oleh Amerika Syarikat untuk menguasai Mesir dari jauh. Kerana itu faktor Amerika Syarikat memang tidak dapat dipinggirkan apabila berhujah tentang kemelut politik Mesir yang semakin tenat. Sebenarnya penglibatan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak hanya kerja sia-sia kerana Amerika Syarikat mempunyai perancangan siapa yang akan menggantikan Mubarak, bukannya ditentukan oleh rakyat Mesir.
Kerana itu pergolakan yang berlaku di Mesir malah beberapa negara Asia Barat bukan kebangkitan rakyat. Tetapi rakyat hanya digerakkan supaya bangkit oleh aktivis massa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat tetapi berselindung di sebalik kebangkitan rakyat menuntut demokrasi. Lihat apakah tindakan luar biasa Amerika Syarikat untuk membendung pembunuhan beramai-ramai di Mesir? Walaupun Presiden Barack Obama membayangkan akan menangguhkan latihan ketenteraan bersama Mesir tetapi Amerika Syarikat terus menyalurkan dana kepada tentera. Dana inilah yang telah digunakan untuk membunuh penyokong Mursi baru-baru ini.
Tentera mempunyai banyak pendekatan lain untuk menyuraikan demonstrasi penyokong-penyokong Mursi. Melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata adalah sama dengan serangan Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara yang dianggap sarang pengganas.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah pentingnya Mesir kepada Amerika Syarikat berbanding negara lain yang lebih kaya hasil buminya. Jawapannya Mesir memang sangat strategik baik dari segi geoekonomi mahupun geopolitik. Selain mempunyai kedudukan yang strategik untuk memainkan peranan penting di dunia Arab, Mesir juga strategik bagi negara-negara di Afrika. Mesir merupakan jambatan yang baik dari sudut geografi, sosial, ekonomi, dan etnik. Kerana itu Mesir sangat penting sebagai negara transit untuk menguasai Asia Barat dan Afrika. Cara Amerika Syarikat menguasai Mesir adalah menguasai tenteranya dan memastikan Presiden Mesir dalam kalangan pemimpin tentera. Malangnya Mursi kerana beliau bukan pemimpin tentera tetapi teraju pergerakan Islam yang memberi ancaman kepada Barat.

Published on August 17, 2013 19:51
August 11, 2013
Syiah: Ajaran Sesat, Musuh Islam, Pembunuh Sunah Waljamaah
SMAHADZIR
Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah yang lain. Kemungkinan ada yang tidak bersetuju kata-kata ini yang agak keras namun sejarah dan kajian menyebut puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah, Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan lain-lain lagi adalah pecahan dari golongan Syiah.
Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah s.a.w menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan. Walaupun ada dakwaan bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya, akidah-akidahnya sudah tidak disebar dan dipegang lagi tetapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya konsep taqiah dalam ajaran Syiah. Kemungkinan mereka bergerak dengan menyembunyikan akidah dan identiti mereka yang sebenar untuk memudahkan dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka tercapai.
Kekuatan Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh dan negaranya sendiri. Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membiarkan negara sunniberdiri tegak meskipun mereka berada dalam satu barisan dengan puak sunni memerangi musuh-musuh Islam. Di perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia, buku-buku rujukan Syiah masih digunapakai, dikaji dan dipelajari oleh puak-puak Syiah. Ajaran-ajaran mereka masih diamalkan.
Oleh itu, untuk menulis tentang ajaran sesat di Malaysia tidak lengkap tanpa menyebut ajaran Syiah bahkan ia merupakan satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya.
Syiah Di Malaysia
Syiah telah lama bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu Perlak dan Pasai terpengaruh dengan Syiah. Di Malaysia, pengaruh Syiah semakin kuat selepas kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah al-Khumainy pada tahun 1989 dan terbentuknya Kerajaan Islam Syiah Iran. Atas asas kerajaan Islam, rakyat Malaysia telah memberi banyak kerjasama dan pertolongan kepada kerajaan Islam Syiah Iran tanpa melihat pada usaha mereka untuk menyebarkan akidah Syiah di Malaysia ([1]). Kedatangan orang-orang Pakistan dan India yang bermazhab Syiah ke Malaysia juga banyak membantu penyebaran Syiah di Malaysia.
Syiah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor ([2]), iaitu:
Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah s.a.w.Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jamak (himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut’ah dalam mazhab Syiah.Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
Cara Tersebar Dakwah Syiah Di Malaysia
Dakwah Syiah tersebar di Malaysia melalui beberapa cara antaranya:
Ziarah rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia. Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah ([3]). Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran di samping menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur ([4]).
Melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar dihantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-’Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia ([5]).
Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia. Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Mereka memberi hadiah-hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku ([6]). Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran ([7]).
Terdapat bantuan dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di Malaysia. Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran. Antara mereka ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah Waljama’ah kerana telah dibuang oleh Ayatollah Khumeini ([8]). Pegawai Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato Fadhil Muhammad Nor (1937-2002) bekas Presiden PAS mengubati dan merawat penyakitnya di Tehran, Iran ([9]). Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di Malaysia; kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang tinggi oleh orang Syiah; ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu pada pendapat penulis hubungan tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan Syiah di Malaysia.
Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah universiti, kolej dan lain-lain di Malaysia. Ini memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatah lagi kerajaan Iran memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia bagi melanjut atau menyambung pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulama Syiah ([10]). Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya.
Menyebarkan pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti majalah Fatimah dan majalah al-Quds ([11]). Buku-buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia ([12]). Penulis buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy ([13]).
Puak Syiah Di Malaysia
Syiah telah berpecah kepada pelbagai puak dan golongan. Puak dan kumpulan tersebut adalah seperti berikut:Pertama: Syiah Pelampau yang dikatakan oleh sesetengah orang telah pupus dan berakhir pengaruhnya di dunia Islam. Apatah lagi Syiah yang ada sekarang tidak mengaku yang mereka asalnya daripada Syiah pelampau tersebut.Kedua: Syiah Ismailiyyah yang terdapat di India, Pakistan, timur dan selatan Afrika, dan di buah beberapa negara Arab.Ketiga: Syiah Imamiah atau Ithna ‘Asyariah yang tersebar di Iran, Iraq, Syria, Lubnan, Kuwait, Bahrain, negara-negara Balkan, India, Pakistan, dan lain-lain lagi.Keempat: Syiah Zaidiyyah yang tersebar di Yaman dan ia lebih cenderung dan hampir dengan Ahli Sunnah Waljamaah ([14]).
Setiap kumpulan Syiah yang tersebut di atas pula terbahagi dan berpecah kepada beberapa kumpulan yang lain. Oleh itu, Syiah boleh dianggap antara kumpulan yang paling banyak mazhab aliran dan merupakan mazhab tertua yang wujud selepas kebangkitan Islam. Di Malaysia pula terdapat tiga kumpulan utama Syiah iaitu:
Pertama:
Syiah Ismailiyyah Bahra Atau Tayyibiah (Syiah Taiyibi Daud Bohra) ([15]). Syiah ini pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Ia dikenali juga dengan nama Syiah Musta’liyah kerana mengiktiraf al-Musta’ly dan keturunannya sebagai Imam mereka. Anak Musta’ly bernama al-Tayyib, jadi golongan ini juga dinamakan Taiyibiah. Golongan ini banyak di India dan Yaman. Mereka telah meninggalkan bidang politik dan berkecimpung dalam bidang ekonomi (perniagaan). Orang India menamakan dan mengenali mereka sebagai Bohrah yang bermaksud peniaga dalam bahasa India lama. Imam Tayyib telah masuk al-Sitr (tempat persembunyian) pada tahun 525 Hijrah dan menghilangkan diri sampailah sekarang. Begitu juga keturunannya yang merupakan Imam-imam bagi golongan Syiah Tayyibiah tersembunyi dan tidak diketahui tentangnya sehingga nama mereka pun tidak dapat diketahui sampailah sekarang. Ulama-ulama mereka juga tidak tahu siapa imam-imam mereka. Puak Syiah Bohrah ini berpecah kepada dua golongan iaitu:
Bohrah Sulaimaniyah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Sulaiman Bin Hasan. Pusat bagi golongan ini ialah di Yaman sehinggalah ke hari ini.Bohrah Daudiah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Qutub Syah Daud. Golongan ini terdapat di India dan Pakistan semenjak kurun ke sepuluh hijrah lagi. Pendakwah-pendakwah golongan ini menetap di Bombay. Puak atau golongan inilah tersebar ke Malaysia di kalangan pemilik kedai yang dikenali sebagai Kedai Bombay. Terdapat tanah perkuburan dan masjid khas untuk mereka. Pusat dakwah mereka ialah di daerah Klang. Pengikut golongan ini dianggar lebih kurang 200 hingga 400 orang ([16]).
Kedua:
Syiah Ismailiyah al-Agho Khoniyyah ([17]) (Syiah Ismailiyyah Agha Khan). Syiah ini juga pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Kumpulan Syiah ini muncul di Iran pada awal kurun ke 19 Masehi. Antara pendakwah-pendakwah mereka ialah:
Hasan Ali Shah. Dia dikenali sebagai Agha Khan Pertama. Pihak Inggeris telah menggunakannya untuk mengetuai pemberontakan sebagai satu helah bagi mereka menduduki Iran. Dia telah dibuang negeri ke Afghanistan, kemudian dia menuju ke Bombay. Mati pada tahun 1881.Agho Ali. Dia dikenali sabagai Agha Khan Kedua. Meninggal dunia pada tahun 1885.Muhammad al-Husainy iaitu anak Agha Khan Kedua. Dia digelar Agha Khan Ketiga. Dia tinggal di Eropah dan tenggelam dalam dunia hiburan dan keseronokan. Apabila meninggal dunia pada tahun 1957, dia telah mewasiatkan cucunya yang bernama Karim sebagai pengantinya. Ini bercanggah dengan ajaran Ismailiyyah yang menetapkan penganti imam atau ketua mereka hendaklah anak yang sulung.Karim digelar Agha Khan Keempat. Mengantikan datuknya pada tahun 1957. Dia mendapat pendidikan di Amerika Syarikat.
Kumpulan Syiah Agha Khan ini tersebar dan terdapat di Nairoby, Darussalam, Zimbabwe, Moghadisu, Congo, Balgiky, India, Pakistan, Syria dan pusat utama kepimpinannya ialah di Karachi. Di Malaysia, kumpulan ini terdapat di Lembah Klang dari kalangan pemilik kedai-kedai Peerbhai. Pengikut kumpulan ini tidak dapat diketahui jumlahnya tetapi mengikut pendapat ia lebih sedikit daripada kumpulan Syiah yang pertama ([18]).
Ketiga:
Syiah Jaafariah atau Imamiah Ithana ‘Asyariah. Kumpulan ini mula tersebar di Malaysia pada tahun 1979 di kalangan tenaga pengajar di universiti-universiti di Malaysia melalui buku-buku fahaman Syiah. Pengikut kumpulan ini telah menterjemah beberapa buah buku fahaman Syiah ke dalam Bahasa Melayu. Bilangan pengikut kumpulan ini di Malaysia mengikut sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) antara 300 hingga 500 orang ([19]). Tetapi jumlahnya yang sebenar tidak dapat diketahui dengan tepat.
Kumpulan Syiah inilah yang paling masyhur di Malaysia. Oleh itu penulis akan menulis tentang Syiah ini dan menerangkan kesesatan dan ciri-ciri ajaran sesat batiniah yang terdapat padanya.
Sejarah Ringkas Syiah Jaafariah Atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah
Syiah Jaafariah atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah yang terkenal dengan pangilan Syiah Imamiah muncul hasil dari percanggahan pendapat antara pengikut Syiah siapakah yang layak menjadi imam mereka selepas kematian Imam Jaafar As-Sodiq. Antara mereka ada yang mahu melantik anak sulung Imam Jaafar iaitu Ismail bin Jaafar dan ada yang mahu melantik anaknya yang bernama Musa al-Kazhim bin Jaafar kerana mengikut dakwaan mereka Imam Jaafar telah menyatakan Musa sebagai pengantinya. Kumpulan yang melantik Ismail sebagai imam mereka dikenali selepas itu dengan nama Syiah Ismailiah dan kumpulan yang melantik Jaafar pula dikenali dengan nama Syiah Jaafariah nisbah kepada nama Jaafar.
Kumpulan Syiah ini dinamakan Imamiah mengikut pendapat Imam al-’Asy’ari kerana pegangan dan dakwaan mereka Imam Ali bin Abi Thalib dilantik oleh Rasulullah s.a.w sebagai iman penganti selepas kewafatan baginda dengan cara ‘nas’ ([20]). Mengikut pendapat lain mereka dikenali sebagai Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah kerana pegangan mereka wajib terdapat imam di setiap zaman dan semua imam-imam tersebut seramai dua belas orang mestilah dari keturunan Imam Ali bin Abi Thalib ([21]). Mereka ialah:
Abu Hasan Ali bin Abi Thalib yang digelar al-Murtadha.Abu Muhammad Hasan bin Ali yang digelar az-Zaky.Abu Abdullah Husein bin Ali yang digelar Sayyid as-Syuhada’.Abu Muhammad Ali bin Husein yang digelar Zainal Abidin.Abu Jaafar Muhammad bin Ali yang digelar al-Baqir.Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad yang digelar as-Sodiq.Abu Ibrahim Musa bin Jaafar yang digelar al-Kazhim.Abu Hasan Ali bin Musa yang digelar ar-Redha.Abu Jaafar Muhammad bin Ali yang digelar al-Jawwad.Abu Hasan Ali bin Muhammad yang digelar al-Hady.Abu Muhammad al-Hasan bin Ali yang dikenali sebagai al-’AskaryAbu al-Qasim Muhammad bin al-Hasan yang digelar al-Mahdy yang merupakan Imam yang kedua belas ([22]).
Pengikut Syiah Imamiah berpegang bahawa Imam mereka yang terakhir iaitu al-Mahdy telah masuk ke dalam sardaba atau bilik bawah tanah dalam rumah ayahnya dan terus ghaib hinggalah sekarang. Mereka bercanggah tentang umur al-Mahdy semasa beliau ghaib. Ada yang berpendapat umurnya pada masa tersebut ialah empat tahun dan ada yang berpendapat lapan tahun ([23]).
Kesesatan Akidah Syiah Rafidhah
Syiah lahir sejak masa kekhalifahan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan dipelopori oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’, beliau mengaku sebagai seorang muslim, mencintai ahli Bait dan berlebihan dalam menyanjung Ali bin Abi Thalib, dan pada akhirnya beliau mengangkatnya hingga ke tingkat ketuhanan.Kemudian Syiah berkembang biak menjadi berpuluh-puluh aliran, dengan berbagai macam ideologi yang mereka ada-adakan dengan akal fikiran mereka sendiri. Dinamakan Rafidhah kerana mereka menolak keimanan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Dan dalam pendapat lain kerana mereka menolak agama.
Beberapa Akidah Mereka
Akidah Bada’ iaitu meyakini bahawa Allah s.w.t tidak mengetahui sesuatu sebelum terjadi. Mereka mengatakan tidaklah Rasulullah s.a.w diutus kecuali diperintahkan untuk mengharamkan khamr dan menetapkan sifat bada’. Bagaimana mungkin mereka menisbatkan ketidaktahuan bagi Allah s.w.t padahal mereka meyakini imam-imam mereka mengetahui sesuatu yang tersembunyi?Berkeyakinan bahawa Allah s.w.t berjism (bertubuh seperti makhluk).Meniadakan sebahagian dari sifat-sifat Allah s.w.tMengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk dan mengingkari akan melihat wujud Allah s.w.t di akhirat dengan mata kepala, bahkan mereka mengatakan, barang siapa yang menisbatkan kepada Allah s.w.t sebahagian sifat, seperti sifat Allah s.w.t dapat dilihat, maka ia dihukumi murtad.Majoriti ahli hadis Syiah berkeyakinan adanya perubahan dalam Al-Quran. Abu Ja’far berkata: ‘Barang siapa yang mengaku telah mengumpulkan Al-Quran dan membukukan seluruh isinya sebagaimana yang diturunkan oleh Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia seorang pendusta. Tidak ada yang mengumpulkan dan yang menghafalkannya sebagaimana yang diturunkan Allah s.w.t, melainkan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan para imam sesudahnya.’ Jadi pada hakikatnya mereka memiliki 2 Al-Quran, iaitu Al-Quran yang maklum dan Al-Quran yang khusus bagi mereka, yang di antara isinya terdapat surah al Wilayah.Akidah mereka juga berpijak atas pencacian, pencelaan dan pengkafiran terhadap para Sahabat Nabi.
Al-Majlisi menyebutkan dalam bukunya bahawa Ali bin Husain berkata kepada hambanya: ‘Bagiku atas kamu hak pelayanan, ceritakan kepadaku tentang Abu Bakar dan Umar? Maka ia menjawab: ‘Mereka berdua adalah kafir, dan orang yang cinta kepada kedua-duanya termasuk kafir juga.’
Mereka juga mengatakan bahawa semua sahabat sepeninggalan Rasulullah s.a.w keluar dari Islam kecuali tiga orang iaitu al-Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Tidak hanya itu, mereka juga melaknat dua sahabat Nabi yang sangat mereka benci iaitu Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Bahkan mendoakan keburukan kepada kedua-duanya dengan menamakan doa dua patung Qurasy. [a]
[a] Kutipan dari doanya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ya Allah berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, ya Allah laknatilah dua patung Qurasy, dua thaghut dan jibtnya dua pendusta dan pembohongnya dan kedua anak perempuannya (maksudnya: ‘Aisyah dan Hafshah), kerana mereka telah mengingkari perintah-Mu, mendustakan wahyu-Mu, tidak mensyukuri nikmat-nikmat-Mu, bermaksiat kepada utusan-Mu, memutar balik agama-Mu, mengubah kitab-Mu, mencintai musuh-musuh-Mu, mengingkari nikmat-nikmat-Mu, meninggalkan hukum-hukum-Mu, membatalkan dan mengabaikan kewajiban-kewajiban-Mu, mengkufuri ayat-ayat-Mu, memusuhi kekasih-Mu, berwala’ kepada musuh-musuh-Mu, memerangi negara-negara-Mu dan membinasakan hamba-hamba-Mu...
Syiah Rafidhah mengaku bahawa para imam mereka ma’shum (terhindar dari kesalahan dan dosa) serta mengetahui hal-hal yang ghaib. Bahkan mereka lebih utama darjatnya dari pada para Nabi dan para Rasul.Mereka juga meyakini akidah raj’ah, iaitu keyakinan hidup kembali setelah kematian sebelum hari kiamat. Kemudian akidah raj’ah ini mengalami perkembangan yang sangat cepat sehingga mereka mengatakan bahawa semua orang Syiah bersama para imamnya, musuh-musuhnya dan para pemimpinnya akan dihidupkan kembali. Dan pada akhirnya akidah ini dijadikan sebagai sarana yang digunakan kelompok Saba’iyyah (salah satu aliran Syiah) untuk mengingkari hari kiamat.Membolehkan untuk Taqiyah iaitu: Suatu ucapan atau perbuatan yang dilakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta, atau untuk menjaga kehormatan. Sebagaimana kedustaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w, mereka berangapan bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah bertaqiyah tatkala beliau mensolatkan Abdullah bin Ubay (gembong munafik), kemudian Saiyidina Umar berkata kepada beliau tentang larangan Allah untuk mensolatkan orang munafik, maka beliau menjawab: ‘Celakalah engkau, tahukah engkau apa yang aku baca? Sesungguhnya aku mengucapkan: ‘Ya Allah, isilah mulutnya dengan api dan penuhilah kuburannya dengan api dan masukkan dia dalam api.’Mereka juga meyakini, bahawa tanah kuburan Husain sangat barakah. Mereka menamakannya dengan istilah ath Thinah. Mereka mengatakan bahawa tanah kuburan Husain adalah ubat untuk segala penyakit, ia adalah ubat yang paling agung.Akidah Rafidhah juga berpijak pada penghalalan harta dan jiwa ahli Sunnah Waljamaah. Lebih daripada itu, mereka juga beranggapan bahawa kekufuran ahli Sunnah lebih besar dari pada kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasrani, disebabkan orang-orang Yahudi dan Nasrani memang kafir asli, sedangkan ahli Sunnah, mereka adalah murtad dari Islam. Oleh sebab itu, orang-orang Rafidhah membantu orang-orang kafir di dalam peperangan melawan orang-orang Islam sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah.Mereka meyakini bahawa nikah mut’ah adalah sebahagian dari agama. Maka barang siapa yang mengamalkannya bermakna ia telah mengamalkan agama, dan barangsiapa yang mengingkarinya bererti ia mengingkari agama, dan anak yang dilahirkan dari hasil perkahwinan mut’ah lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang biasa. Dan yang mengingkari nikah mut’ah adalah kafir dan murtad. Mereka berdalil dengan firman Allah surah an-Nisaa’ ayat 24. Mereka tidak berhenti hanya di situ, bahkan mereka membolehkan mendatangi isteri pada duburnya (anus). (na’udzubillaahi min dzaalik)Orang-orang Syiah Rafidhah juga mempunyai tanah haram, sebagaimana Mekah dan Madinah bagi kaum Muslimin. Tanah haram yang suci menurut mereka adalah Kufah, Karbala dan Qum. Tanah Karbala menurut orang-orang Syiah lebih utama daripada Kaabah.Menjadikan sepuluh hari pertama sebagai upacara dan ratapan untuk mengenang kematian Saiyidina Husain radhiyallaahu ‘anhu, dengan keyakinan bahawa ini merupakan sarana pendekatan kepada Allah dan merupakan ajaran dari syiar Islam.Meyakini tentang Lauhul Fathimah, iaitu dakwaan mereka bahawa Jibril turun kepada Fathimah untuk menyampaikan wahyu kepadanya.Rafidhah beranggapan bahawa seluruh pemerintahan selain pemerintahan imam mereka yang jumlahnya 12 dianggap tidak sah dan batal. Salah seorang daripada mereka berkata kepada tiga khalifah iaitu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Utsman: ‘Bahawa mereka adalah para perompak kekuasaan, pengkhianat, dan murtad dari agamanya, semoga laknat Allah kepada mereka, dan orang-orang yang mengikutinya, disebabkan kezaliman yang dilakukannya kepada keluarga Nabi dari generasi pertama dan sesudahnya.’Mereka juga beranggapan bahawa sesiapa saja yang berhukum dengan keputusan yang telah diberikan selain dari golongan mereka, bererti ia telah menerima keputusannya taghut, walaupun keputusannya benar berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah.
Aspek Kesamaan Yahudi Dan Rafidhah
Yahudi Rafidhah Yang layak memimpin kekuasaan adalah keluarga Daud ‘alaihissalam Yang layak memimpin kekuasaan adalah keturunan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu (ahli bait). Tak ada jihad di jalan Allah sehingga al-Masih ad-Dajjal keluar dan pedang turun di tangan. Tidak ada jihad di jalan Allah sehingga Imam Mahdi (imam kedua belas mereka) keluar dan ada yang memimpin dari langit. Mengakhirkan solat sampai munculnya bintang-bintang. Mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang. (sedangkan hadis Rasulullah mengingkari akan hal itu). Hadis itu ialah sabda Rasulullah: ‘Umatku masih dalam keadaan fitrah, selama tidak mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang.’ (HR Ahmad 4/147, 5/417, 422 dan Abu Daud 4/8 serta Ibnu Majjah dalam az Zawaid dengan sanad hasan. Memutar balikkan isi kandungan Taurat Memutar balikkan isi kandungan Al-Quran. Tidak berpendapat bolehnya mengusap al khuf (sepatu slop) waktu berwuduk. Tidak berpendapat tentang bolehnya mengusap al khuf waktu berwuduk. Membenci Malaikat Jibril ‘alaihissalam. Mereka mengatakan ia musuh kami dari golongan Malaikat. Malaikat Jibril ‘alaihissalam salah alamat dan khianat ketika menyampaikan wahyu kepada Muhammad, yang seharusnya orang yang berhak membawa risalah ini adalah Ali bin Abi Thalib.
Akan tetapi orang-orang Yahudi dan Nashrani memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang-orang Rafidhah, iaitu:
Apabila orang-orang Yahudi ditanya tentang siapa sebaik-baik pemeluk agama kalian? Mereka menjawab para sahabat Nabi Musa ‘alaihissalam.Apabila orang-orang Nashrani ditanya siapa sebaik-baik pemeluk agama kalian? Mereka akan menjawab: ‘para sahabat setia Nabi Isa ‘alaihissalam.Tetapi, jika orang-orang Rafidhah ditanya tentang siapa yang paling buruk dari pemeluk agama kalian? Mereka akan menjawab: para sahabat Muhammad.
Demikianlah pembohongan-pembohongan Syiah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Mereka menyembunyikan permusuhan dan kebencian kepada kita, mereka bahu membahu dengan orang-orang Yahudi untuk menghancurkan kita, kerana mereka menganggap kafir orang yang tidak berada dalam golongannya.
Syaikhul Islam rahimahullah berkata: ‘Orang-orang Syiah tidak berinteraksi kepada seseorang melainkan ia menggunakan kemunafikannya, kerana agama yang mereka yakini agama yang rosak, mendorong untuk berbuat pembohongan, pengkhianatan, penipuan terhadap orang, dan selalu mengharapkan keburukan kepada orang, mereka tidak henti-hentinya menimbulkan kemudaratan, tidak meninggalkan keburukan selama mampu melakukannya, mereka dibenci oleh orang yang belum mengenalinya, meskipun orang tersebut tidak mengetahui dia adalah orang Syiah, disebabkan tanda-tanda kemunafikannya nampak di muka mereka, dan kesalahan yang banyak dalam ucapannya.’
Akidah Syiah Rafidhah
Difahamkan terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang. Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah. Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar-Rasyidin yang lain iaitu Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saiyidina Usman Ibn Affan.
Turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saiyidatina A’isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri. Selain itu ada juga telahan bahawa penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir. Namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman.
Al-Tasyaiyu’ pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saiyidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masehi. Rasa simpati ini turut berkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masehi) apabila anak Saiyidina Ali, iaitu Saiyidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq. Sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan qamezani iaitu sejenis pisau seakan-akan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saiyidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut.
Al-Mufadhdhila pula, meskipun mereka meletakkan kedudukan Saiyidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Saiyidina Ali, diikuti keturunannya.
Ini sekali gus menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Saiyidina Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat. Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saiyidina Ali dan keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu. Malah ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam (munafik). Namun, Abdullah bin Saba’ hanya seorang individu dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.
Faktor lain yang lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini. Kegemilangan empayar Parsi berakhir pada era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651 Masehi. Meskipun ramai yang ikhlas memeluk Islam, namun ada juga yang berdendam. Ada versi mendakwa mereka yang berdendam ini mendalangi misi pembunuhan Saiyidina Umar selain mencetuskan bibit kebencian sehingga terjadi pembunuhan Saiyidina Usman.
Misi membalas dendam ini dikatakan diatur bersama kumpulan Abdullah bin Saba’. Ketika Saiyidina Ali mengambil alih tampuk pemerintahan, berlaku kekecohan dalam menentukan siasatan dan hukuman terhadap pembunuh Saiyidina Usman. Kumpulan diketuai Saiyidina Ali berpendapat, kekecohan perlu diredakan segera, kemudian barulah siasatan dilakukan untuk menjejak pembunuh Usman. Namun kumpulan yang kedua diketuai Muawiyah, Gabenor Syria pada masa itu sebaliknya mahu pembunuh Usman segera dihukum, barulah umat Islam dapat disatukan.
Pertelingkahan ini akhirnya membawa kepada Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang terawal berlaku dalam Islam. Kumpulan dari Parsi ini bersungguh-sungguh menyokong kumpulan Saiyidina Ali kerana putera baginda, Husain berkahwin dengan puteri Parsi, Syahr Banu. Demikianlah dikatakan pertalian awal antara Syiah dengan pewaris empayar Parsi bermula.
Di negara negara kita Malaysia, ajaran Syiah boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan. Bagaimanapun hakikatnya, ia sedang berkembang sehingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan kumpulan pendokong Sunnah Waljamaah yang sejak sekian lama menjadi anutan rakyat Malaysia.
Apa Yang Tidak Kena Dengan Syiah?
Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah.
Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya. Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong perjuangan Syiah tidak lama dulu.
Pengaruh hebat ulama itu dimanfaatkan apabila Dr. Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel. Hizbollah adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?
Teori mengaitkan perjuangan Syiah dengan Yahudi boleh dibuktikan apabila Hassan Nasrallah menghantar beribu-ribu pejuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad memerangi orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa egensi berita antarabangsa melaporkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Ini menunjukkan perjuangan Hizbollah selari dengan Amerika Syarikat yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad. Siapa yang menentukan dasar luar negara Amerika Syarikat kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya Yahudi? Sama ada Presiden Barack Obama atau sebelumnya, dasar luar Amerika Syarikat tidak pernah berubah selagi pelobi dan pembiaya dalam kempen pilihan raya presiden adalah Yahudi.
Kerana itu di peringkat global Syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada Islam. Syiah kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila Iran, negara yang menjadi tunggak fahaman Syiah. Iran menyokong Presiden Bashar Assad membunuh pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Sokongan ini selari pula dengan Rusia dalam isu Syria malah hubungan rapat Iran dengan Rusia bukan menjadi rahsia lagi.
Di negara ini isu mengenai Syiah sentiasa dibangkitkan dan baru-baru ini kembali hangat apabila kerajaan negeri Kedah menjadi negeri pertama yang mengharamkan fahaman tersebut. Mengikut statistik terbaru, dianggarkan tidak kurang 250,000 penganut fahaman itu di negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukan lagi secara tertutup seperti sebelum ini. Malah di Kedah sendiri ada persatuan Syiah.
Walaupun begitu ada pihak menganggap ancaman Syiah di negara ini tidak membimbangkan memandangkan kerajaan berjaya membanteras kumpulan Al-Arqam tidak lama dulu. Ketika dibanteras, Al-Arqam sebuah pergerakan yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan. Maka kejayaan menghapuskan Al-Arqam dijadikan sandaran untuk mendepani Syiah yang menular pesat ketika ini.
Benarkah Syiah tidak memberikan ancaman dan pendekatan memerangi Al- Arqam boleh digunakan untuk memerangi Syiah? Sebenarnya Syiah dan Al-Arqam sangat berbeza dari segi pengaruh di peringkat antarabangsa. Al-Arqam sebuah pergerakan yang bersifat domestik dan tidak didokong oleh mana-mana negara. Sementara pusat penyebaran Syiah bukan di negara ini tetapi di Iran yang menjadi satu-satunya negara yang mengamalkan fahaman Syiah dan membantu meluaskan pengaruh Syiah di seluruh dunia. Buktinya ada pihak mengakui bahawa sesetengah pelajar yang dihantar ke Iran suatu ketika dahulu menjadi pemangkin penyebaran Syiah di negara ini.
Pengaruh Syiah di peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan Revolusi Islam 1979 menggulingkan pemimpin monarki Shah Mohamad Reza daripada Dinasti Pahlavi. Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Syiah di Iran. Selepas lenyapnya sistem monarki, Iran muncul sebagai negara Syiah yang hebat kerana berjaya menggulingkan raja yang menjadi boneka Amerika Syarikat dan Britain. Dalam konteks ini Syiah memang dipuji dan menjadi jenama perjuangan Islam menentang penguasaan Barat di Iran. Tetapi yang tidak baiknya Syiah memusuhi orang Islam yang tidak sealiran dengannya.
Ketika ini dianggarkan 70 juta atau 95 peratus daripada populasi penganut Islam di Iran adalah Syiah. Ini bermakna 40 peratus daripada taburan penganut fahaman Syiah berada di Iran dan angka ini adalah sangat besar. Dalam konteks ini kita mesti melihat Iran daripada pelbagai sudut, bukan sahaja sebuah negara Islam yang kelihatan lantang menentang kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tetapi di sebalik itu kenapa Iran tidak diserang walaupun Amerika Syarikat mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear?
Kenapa Amerika Syarikat begitu pantas mengambil keputusan menyerang Afghanistan dan Iraq? Iraq yang belum dibuktikan membangunkan loji senjata nuklear telah dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan pemimpinnya, Saddam Hussein yang anti Syiah dibunuh.
Apa yang berlaku di negara kita hari ini ini telah lama diperangi oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Malah beberapa negara di Asia Barat juga memerangi Syiah tetapi yang kelihatan negara berkenaan seolah-olah memusuhi Iran yang menonjol sebagai penentang utama Barat. Tindakan radikal Saddam menghapuskan penganut Syiah dengan gas beracun memang melampau dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi apakah pemimpin Iran lebih berperikemanusiaan membantu Bashar Assad?
Iraq diserang kerana negara itu bukan negara Syiah seperti Iran yang Yahudi mempunyai kepentingan untuk melemahkan negara Islam. Tetapi selepas tumpasnya Saddam dan muncul pemimpin boneka Amerika Syarikat di Iraq, Syiah kembali berkembang pesat. Statistik terkini menunjukkan 22 juta penganut Syiah atau 65 peratus daripada populasi penganut Islam di negara berkenaan. Maka ada benarnya bahawa Syiah menjadi ancaman kepada Islam dan menyumbang kepada kepentingan Yahudi. Mungkin pemimpin Syiah tidak sedar tetapi Yahudi telah mengaut keuntungan daripadanya.
Rujukan:
([1]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 131.([2]) Tuan Che Mat bin Che min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya, Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, ctk 1, 1994, ms 99-101.([3]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.([4]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101.([5]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98.([6]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.([7]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.([8]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.([9]) Subky Abd Latif, Fadhil Noor: Dia Guru… Dia Kawan, Kuala Lumpur, Penerbitan al-Azim SDN BHD, ctk 1, 2003, ms 30.([10]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.([11]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101-102.([12]) Buku tersebut dalam Bahasa Melayu bertajuk Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan, oleh Al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy, terjemahan: Lutpi Ibrahim. 1993.([13]) Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy, Mukhtasor At-Tuhfati Al-Ithnai ‘Asyariah, op.cit., ms 167.([14]) Mahmud Salim Ubaidaat, Tarikh al-Firaq wa ‘Aqaidiha, op. cit., ms 42.([15]) Sila lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy, al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 48([16]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.([17]) Sila lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li asy-Syabab al-Islamy, al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 51.([18]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.([19]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.([20]) Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-’Asy’ary (meninggal dunia 330 Hijrah), Maqolaat al-Islamiyyiin Wa Ikhtilaf al-Musolliin, tahkik: Mohammad Mahyudin bin Abdul Hamid, Maktabah al-’Asriyyah, t.ctk, 1411 Hijrah/1990 Masehi, juz 1, ms 89.([21]) Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun (732-808 Hijrah), Muqaddimah Ibni Khaldun, op. cit., ms 151.([22]) Muhammad Redha al-Muzhaffar, Aqoid al-Imamiyyah, Beirut, Muassasah al-Imam al-Husein, ctk 10, 1417 Hijrah/1997 Masehi, ms 70.([23]) Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, Qoherah, Darul al-Fikr al-’Araby, t. ctk., 1996, ms 48.

Published on August 11, 2013 17:10
July 19, 2013
NAZAM
Nazam Kisah Muhammad SMAHADZIR
Awal Bismillah pembuka bicaraKisah Muhammad insan istimewaPembawa khabar berita gembiraKepada makhluk seluruh dunia
Muhammad itu nabi terakhirOrangnya benar tiada mungkirMenyuruh kita semua berfikirIngat Allah dengan berzikir
Muhammad itu yatim piatuTiada ayah dan tiada ibuDi Gua Hira’ menerima wahyuBeriman kepada Allah yang satu
Memang banyak dugaan diterimaMenyebar kebenaran serata buanaSepanjang masa dicaci dihinaDisekat oleh musuh durjana
Muhammad itu orangnya tabahTidak mudah menyerah kalahSudah tercatat dalam sejarahSetiap masa dilindungi Allah
Agama Islam cepat berkembangSerata dunia dengan gemilangWalau ditentang walau dihalangOleh manusia berhati walang
Jasa Muhammad sangat muliaMembawa manusia masuk ke syurgaYang jahat masuk nerakaSemuanya dalam kehendak-Nya jua
NAZAM:Nazam Elok PekertiSMAHADZIR
Elok bicara bersih hati harum baktiSepanjang hidup kita akan dipandang tinggi
Cantik wajah kaya harta perangai kejiSemua sahabat akan lari membawa diri
Wahai saudara jangan bongkak bangga diriSepanjang hidup tidak berkat akan dibenci
Molek perangai tingkah laku buat jasaDengan ikhlas semua orang akan suka
Cantik tingkah jangan dengki iri hatiSepanjang hidup akan dipuji sana sini
Wahai saudara buat kebaikan sepanjang masaJangan lalai nanti dapat balasan seksa
Ingatlah nasihat ayah ibu penuh harapanAnaknya jadi insan mulia orang berkenan
Jangan jadi anak derhaka orang cercaNanti dibenci seluruh jiwa akan merana
Guru mengharap muridnya jadi orang berbudiBelajarlah dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati
Wahai anak dengarlah nasihat ini setiap masaHidup bahagia dipandang mulia tidak kecewa
Wahai saudara jangan mudah cepat kalahIngatlah selalu Tuhan bersama hamba yang tabah
Wahai saudara ingat pesan buat amalanKalau sesat cepat pulang ke pangkal jalan
Wahai saudara ingat nasihat buat azimatSupaya hidup diberkati Tuhan akan selamat
NAZAM:Muhammad Pesuruh AllahSMAHADZIR
Dengarlah ini kisah berperiKisah berlaku di sebuah negeriMasyarakatnya hidup tidak berbudiDiutuskan Allah seorang nabi
Masyarakat jahiliyah tidak berbudiAnak perempuan dibunuh diriArak dan zina senang sekaliDilakukan orang setiap hari
Seorang nabi diutuskan datangMembawa masyarakat ke jalan terangPerangai jahat perlu dibuangJangan diikut syaitan yang malang
Nabi diutus bernama MuhammadKepada manusia membawa rahmatDapat hidayah sekelian umatSupaya hidup mendapat berkat
Nabi Muhammad orang yang sabarMelaungkan kalimah Allah HuakbarTidak terselindung segala asrarIkhlas membawa risalah yang benar
Nabi Muhammad hatinya lurusMerendah diri berpakaian lusuhSentiasa berperang melawan musuhTidak bimbang diancam rusuh
Nabi Muhammad jiwanya ikhlasBudi diberi tak minta dibalasRajin berusaha tidaklah culasDengan amanah tanggungjawab digalas
Sidiq, amanah, tabligh, fatonahMilik seorang manusia tabahTidak hirau dicaci seranahItulah Muhammad Pesuruh Allah
NAZAM:Nazam Cinta RemajaSMAHADZIR
Untuk remaja yang dilanda cintaHarapkan bahagia tiada dukaMendamba kekasih di depan mataJangan lupa syaitan menggoda
Cintai pasangan berpada-padaAgar hati tak lalai dari-NyaCukup katakan kau akan setiaBuktikan diri dengan bertakwa
Jika jujur akan bahagia Allah tahu apa di dadaMulut boleh berdusta, berkata iacinta sejati dekat dengan-Nya
Jika rindu semarak membaraNiat hati untuk meminangnyaItulah jalan paling mulia Jika tak mampu, mari berpuasa
Berhati-hati panggilan dosaNanti tak dapat bau syurgaJika hatimu ganas bergejora Dekatkan hati sujud pada-Nya
Jangan diikut kehendak nafsuIngin selalu bahagiakan ibuPandang ke depan mohon restuJangan esok penuh terharu
Jaga cintamu dengan takwaJalan terbaik menuju bahagiaJangan dibiar syaitan menggodaKelak dirimu dipandang hina
Cinta itu anugerah AllahUntuk hamba-Nya yang pasrahJangan cepat mengaku kalahKepada syaitan musuh terserlah
NAZAM:Nazam Sebelum TidurSMAHADZIR
Dengarlah tuan sebuah nazam sebelum tidur Jangan kita berhati sombong, bongkak dan takbur
Harta melimpah wang berjuta tidak bermaknaJika perangai terlalu buruk pasti dihina
Orang baik jiwanya ikhlas budinya tinggiSering tersenyum mudah memberi tidak dibenci
Jangan jadi sombong diri enau di belukarOrang keji hidup pasti mendapat sukar
Jadilah mulia penuh takwa orang budimanHidup pasti tidak kecewa sentiasa aman
Selalu ingat hidup ini satu anugerahBuat amalan taat hukum suruhan Allah
Selalu bersyukur amalan zikir jangan dilupaAkhirat nanti akan mendapat ganjaran syurga
Sepanjang masa ingat nabi ingat AllahSupaya hidup dalam bahagia mendapat berkah
Solat lima waktu tiang agama IslamJadi penyuluh dalam gelap di waktu malam
Ingat pesan kalau memberi hati ikhlasAda imbalan akhirat nanti Allah membalas
Ini nazam sebelum tidur sebagai nasihatBuat baik sepanjang hayat mendapat berkat
Kalau hidup tiada muafakat kera sumbangUmpama pokok tidak kukuh bakal tumbang
Kepada Allah tempat bergantung mohon rezekiRajin berusaha hidup senang orang tak keji
NAZAM:Nazam Anak BergunaSMAHADZIR
Sedari kecil engkau dibedungSakit demammu air mata dibendungIbu bapamu laksana payung Tempat kasih anak berlindung
Kasih ibumu hendaklah dijunjungSangatlah susah ibu mengandung Jasa ibumu perlu disanjung Kelak hidupmu membawa untung
Kasih ayahmu kasih sejatiCurah padamu sepenuh hatiEngkau umpama intan baiduri Nasihat ayahanda jangan ingkari
Cinta ibumu melangit tinggiNasihat ibumu perlu peduli Jangan melawan ibu sendiri Nanti hidupmu dirundung rugi
Pesan ayah jangan dilupaNasihat ibu laksana permataPerlu disemat di dalam dadaUntuk kebahagiaan di hari muka
Anak adalah intan berhargaBagai cahaya penerang gelitaJangan jadi anak derhakaTidak mencium harumnya syurga
Jadilah anak mengenang budiIbu dan ayah jangan sakitiKenanglah jasa budi dan baktiWalau berada di tempat tinggi
Nasihat ini bukan jenakaBuat pedoman di hari mukaJadilah anak orang bergunaJauhi perkara yang Allah murka
NAZAM:Nazam Merempuh CabaranSMAHADZIR
Untuk hidup senang bahagia perlukan bekalCari ilmu pengetahuan itu dibuat tangkal
Cabaran ditempuh hati cekal jiwa tabahMusuh menyerang masalah datang tidak gelabah
Sayang kasih flora fauna menghiasi alam Kelak jadi cahaya terang penyuluh malam
Sahabat handai sanak saudara jiran tetanggaBerbuat baik sesama kita hidup bahagia
Kalau hidup penuh dengki dan hati iri Kelak nanti diri sendiri dipasung rugi
Aneka ragam hati manusia keliling kitaKalau tabah tetap sabar hidup selesa
Syaitan iblis sering menggoda mengajak celaKalau diikut hidup bahagia rosak binasa
Hati suci jiwa bersih kerana AllahOrang kasih hidup beruntung banyak faedah
Cari ilmu buat bekalan hari mendatangKelak nanti bahagia menjelma hidup senang
Ilmu pengetahuan perlu dicari sepanjang masaHidup senang mahligai jaya orang pun suka
Kalau suka berlagak pandai orang benciKelak rugi yang malu diri sendiri
Untuk hidup senang lenang tanpa masalahSegala cabaran juga halangan mesti diredah
Jangan takut dilambung ombak badai mengganasCerna akhlak hati ikhlas peribadi bernas
NAZAM:Nazam Nasihat SaudaraSMAHADZIR
Dengarlah saudara nazam iniNazam pedoman seikhlas hatiPerihal hidup kita iniAneka dugaan harus hadapi
Selama hidup hendaklah setiaSupaya orang sentiasa percayaBuat baik sesama manusiaDosa serakah sisihkan saja
Bila berjanji jangan menipuNanti sahabat menjadi seteruPatuhi masa tepatkan waktuPasti dirindu dikenang selalu
Jangan sekali mencari musuhTiada guna menempa gaduhLenyapkan semua perangai angkuhKelak persahabatan menjadi rapuh
Walaupun kaya janganlah sombongSesama manusia perlu ditolongKemiskinan sahabat dapat dibendungDi akhirat nanti mendapat untung
Nazam ini seikhlas hatiHarap semua dapat fahami Nasihat baik tulus dan suciIngat selalu jangan dinafi
Hidup tenang fikiran sihatSelalu bertaubat ucap selawatAgar hidup beroleh manfaatAkhirat nanti mendapat rahmat
Ingatlah selalu kepada AllahJernihkan hati, kuat dan tabahKepada Yang Esa kita berserahSalah dan dosa jangan ditambah
Wahai saudara rajinlah beribadatJanganlah lupa laksanakan solatBanyakkan juga amalan berzakatUntuk bekalan hari akhirat
Muhasabah untuk membersih diriBanyak berdoa ke hadrat IlahiTenang dan damai setiap hariSemoga hidup selalu diberkati
Carilah ilmu yang bermanfaatJanganlah menyerah sebelum dapatGunakanlah ilmu secara tepatAgar berguna untuk masyarakat
Jangan lupa mengucap takbirJuga berdoa dalam berzikirJangan dihina miskin dan fakirSemoga bahagia di hari akhir
Sampai di sini nazam berhentiSalah dan silap mohon dimaafiJika mmasih dikurniakan rezeki Lain kali berjumpa lagi
NAZAM:Nazam Nasihat GuruSMAHADZIR
Inilah nasihat daripada guruDengarlah engkau wahai muridkuSematkan selalu dalam hatimuJadikan pedoman sepanjang waktu
Hendaklah gigih mencari ilmuDengarlah segala nasihat guruPenuhkan ilmu di dalam dadamuBarulah hidup menjadi maju
Taburkan bakti berbuat kebajikanBerikan pertolongan sesama insanKelak di akhirat peroleh balasanMendapat rahmat daripada Tuhan
Rajin bersolat tiang agamaAmalan wajib soal utamaJangan dibenci para ulamaKelak hidupmu jadi sempurna
Patuhlah kepada arahan guruNescaya selamat akan hidupmuJika temui jalan yang buntuKepada guru minta dibantu
Bila sudah berilmu tinggiJangan sombong dan bongkak diriKelak dirimu akan dibenciSepanjang hayat akan dikeji
Jadilah orang berakhlak muliaNescaya dikasihi semua manusiaJikalau akhlak rosak binasaKelak hidup menjadi hina
Bila penuh ilmu di dadaIkhlaslah membantu sesama kitaSusah senang jangan dikiraDi sisi Allah tersedia pahala
Amal ibadat jangan lupakanBarulah hidup dikasihi TuhanJikalau ibadat selalu diabaikanIbarat hidup dalam kegelapan
Bila harta banyak dicariJangan sampai lupakan diriBantu membantu sesama sendiriInsya-Allah hidup akan diberkati
Nasihat ini dari gurumuIkhlas kami memberi ilmuSupaya hidupmu disarat restuTenang bahagia sejahtera selalu
NAZAM:Nazam Nasihat Untuk AnakSMAHADZIR
Ingatlah wahai anakku sekalianDunia ini hanya persinggahanJanganlah anakku salah haluanAgar tak sesat di perjalanan
Tuntutlah ilmu untuk duniamuSebagai bekalan di perjalananmuJangan lupa pesanan agamamuSebagai tujuan akhir hidupmu
Pelajari sepenuhnya ilmu agamaSebagai pedoman hidup di duniaIlmu agama membimbing kitaPasti diredhai Allah Taala
Al-Quran dan hadis amanah rasulmuPelajarilah bersungguh janganlah jemuAgar dapat mengenal PenciptamuSemoga mendapat syafaat Rasulmu
Al-Quran itu kalam tersuratDi dalamnya sarat dengan tersiratMaka pelajarilah ia dengan cermatSemoga anakku dapat makrifat
Pelajarilah ilmu tentang kehidupanAgar tak salah dalam penentuanAgar selamat sampai tujuanTidak tersasar di tengah jalan
Hadapanmu anakku ada dua jalanSemuanya menjanjikan kesenanganHanya dirimu yang menentukanKe mana haluan nak diarahkan
Janganlah engkau bermalas-malasanManfaatkanlah waktumu untuk kebaikanMasa mudamu jangan sia-siakanAgar hari tuamu tiada penyesalan
Hidup ini hanya sementaraManfaatkanlah sebaik-baiknyaKelak apabila tiba masanyaSemua akan kembali pada-Nya
Berusaha dan bertakwalah dengan khidmatHindarilah olehmu perbuatan maksiatAgar hidupmu tiada melaratDunia akhirat beroleh nikmat
NAZAM 1:Nazam Hidup DamaiSMAHADZIR
Hidup damai indah sekaliJanganlah sampai kita nodaiSesama umat saling hormatiDemi keamanan di negeri ini
Begitu juga kita seagamaHendaklah selalu bekerjasamaApabila ada pendapat berbezaSebaiknya dibincang secara bersama Pandanglah Islam secara keseluruhanJanganlah sampai ada perpecahanApabila hendak mencari kebenaranKembalilah pada hadis Al-Quran
Iman itu bagaikan akarnyaIslam itu umpama batangnyaTauhid itu ibarat daunnyaMakrifat pula itulah buahnya
Bila buah sudah kau dapatMaka kupaslah dengan cermatAgar mendapat rasa yang lazatMemberi nikmat dalam ibadat
Ingatlah wahai saudara sekalianBelajar agama jangan sembaranganKenali perintah juga laranganAgar benar dalam amalan Wahai saudaraku sekalianBenahilah diri masih berkesempatanTaubat bertakwa kepada TuhanSelagi hayat di kandung badan
Mulailah dari dalam rumahmuHormatilah kedua orang tuamuTerutama kepada dia ibumuKerana dia yang melahirkanmu
Patuhilah akan segala perintahnyaJanganlah engkau suka membantahnyaApalagi sampai menyakiti hatinyaKerana redha Allah pada redhanya
Hormatilah juga para gurumuDengan ikhlas membimbing dirimuPelajari dengan sunguh segala ilmuApa yang telah diajarkan padamu
Sebagai umat beragamaHidup damai tujuan utamaApabila ada masalah sesamaPerlu diselesaikan sebaik-baiknya Belajar agama hendaklah telitiMaka kau harus berhati-hatiApa pelajari dengan buktiAgar mendapat ilmu sejati
Carilah guru yang ahlinyaAgar kau dapat memahaminyaTanpa guru yang membimbingnyaBoleh sesat pada akhirnya
NAZAM 1:Nazam Nasihat RemajaSMAHADZIR
Janganlah sia-siakan masa remajamuDengan pergaulan yang tidak menentuKelak besar tanggungjawabmu Dalam membina rumah tanggamu
Hendaklah remaja persiapkan diriSebelum menjadi suami isteriBerumah tangga bukannya mimpiBerakhir tatkala terbangun pagi Rumah tangga ibarat bahteraMatlamatnya sampai pantai bahagiaSuami itu adalah nakhodanyaIsteri pula juru mudinya
Kalau nakhoda kuranglah fahamDalam membentuk arah haluanTatkala badai datang menghentamAlamatlah kapal akan tenggelam
Bila isterimu berbuat salahTegurlah ia dan nasihatilahBimbinglah isteri ke jalan AllahAgar rumah tangga tidak terbelah
Suami fahami ilmu agamaUntuk diajar pada keluarganyaAnak isteri adalah amanah-NyaSangatlah besar tanggungjawabnya
Suami perlu bimbing keluarganyaUntuk bertakwa pada AzzawajallaJanganlah sampai mengabaikannyaSebab di akhirat akan ditanya
Jadilah isteri yang solehahPerintah suami jangan dibantahKerana suami adalah khalifahTidak membawamu ke jalan salah Bila jadi isteri solehahBertakwa selalu kepada AllahPada suami berbuat baiklahRumah tangga akan sakinah
Bila ada masalah di rumahmuJangan diceritakan pada rakanmuHendaklah bersabar dengan ikhlasmuMohonlah hidayah dari Tuhanmu
Jauhi maksiat ajakan syaitanNanti rumah tangga jadi berantakanTaat laksanakan perintah TuhanInsya-Allah hidupku akan diperkenan
Ingat ini nasihat bergunaUntuk remaja mencorak hidupnyaJanganlah leka janganlah lenaAgar hidupmu jadi sempurna
Published on July 19, 2013 15:42
SELOKA: Seloka Nasihat Sebelum Mati
SMAHADZIR
Akhirat itu pasti terjadi,Inilah janji yang hakiki,Sebagai makhluk ingatlah mati,Amal ibadah bekalan diri,Jangan dilupa sepanjang hari,Sebelum kita semua pergi,Persiapan diri perlu dicari,Kerana mati tak siapa peduli,Dalam kubur seorang diri.
Berpesan-pesanlah dengan kebenaran,Jalani hidup penuh kesabaran,Umpat dan cela mesti dielakkan,Sesama insan eratkan persaudaraan,Kukuhkan muhibah eratkan ikatan,Jangan dibuat sebarang kerosakan,Nanti mengundang kesalan.
Ingatlah wahai insan mulia,Hidup di dunia hanya sementara,Ingatlah Allah setiap masa,Berbuat baik sesama saudara,Elakkan khianat serta angkara,Berilah pandangan yang membina,Jauhi mencaci dan menghina,Itulah tindakan yang bijaksana,Semoga kebaikan untuk semua.
Masa berlalu pantas sekali,Sudahkan kita mempersiapkan diri,
Ke negeri akhirat yang kekal abadi.
Published on July 19, 2013 15:41
SELOKA 1
Seloka Anak Dagang Di RantauanSMAHADZIR
Alunan takbir bergema di pagi raya,Menggamit rasa sayu tidak terkira,Mengalir jernih si air mata,Terkenang ayah ibu sanak saudara,Yang jauh di kampung sana.
Dari jauh rindu diutuskan di angin lalu,Buat pengubat hati yang pilu,Untuk rakan taulan, ayah dan ibu,Semoga Aidilfitri diulit gembira selalu,Walaupun aku tiada di sisimu.
Rindu dan pilu di hati tidak terkata,Ibarat pungguk di langit saujana,Serasa meriahnya ketibaan raya yang mulia,Zakat fitrah janganlah dilupa,Salam Syawal di angin lalu buat semua.
Ketupat dan rendang syahdu beraroma,Di kejauhan sana sayup-sayup takbir bergema,Bagaikan merestui Syawal menjelma,Kumohan ampun dan maaf kepada semua,Kalau ada salah dan silap terkasar bahasa.
Salah silap terpalit noda dan dosa,Tentulah ada kerana kita insan biasa,Bermaaf-maafanlah seikhlas hati sesama kita,Tali ukhuwah terjalin erat untuk selamanya,Bersyukurlah kita ke hadrat Azzawajalla,Melimpahkan inayah rezeki dan rahmat-Nya.
SELOKA:Warisan Kraf Citra NegaraSMAHADZIR
Kompleks Kraf nama diberi,Tempat hasil tangan dipamer di sini,Budaya bangsa yang indah tiada terperi,Unik tidak ternilai hebat sekali,Sejak lama membentuk jatidiri,Pengukir citra negara bertatah pekerti.
Warisan kraf adalah jatidiri bangsa,Imejan arca minda bersalut wibawa,Menjulang kreativiti bangsa di puncak persada,Haruman mewangi penghias kata-kata,Madah indah wacana pendeta,Pusaka berharga leluhur warga,Tonggak maruah impian nusa.
Warisan kraf adalah santun pemangkin budaya,Penjana anggun pemanis bicara,Penghias rumpun pengikat jalur sastera,Penegak pohon tunjang tamadun manusia.Seni hiasan wajah busana,Semarak api pembakar semangat waja,Penyeri mandala subur warisan pusaka.
SELOKA:Seloka Raja SehariSMAHADZIR
Bila kata sepakat sudah dimeterai,Tersarung pula cincin berlian di jari,Hati terikat kejap janji erat terpateri,Lunaslah segala ikrar nak sehidup semati.
Kini tibalah hari yang dinanti-nanti,Impian sekian lama jadi raja sehari,Pengantin perempuan berdebar di hati,Menggeletar lagi lutut pengantin lelaki.
Tangan tok kadhi digenggam rapi,Syarat mahu bergelar suami,Lafaz akad harus hati-hati,Mohon Allah tenangkan hati.
Bila perkahwinan sudah diredha,Hilang segala resah dalam jiwa,Dingin dirasa walau hari panas menggila,Dahi dikucup suami isteri tercinta.
Di dalam hati kembang berbunga,Sudah berteman dalam rumahtangga,Bahtera boleh dilayar bersama-sama,Menuju ke pantai di pulau bahagia.
SELOKA:Seloka AidilfitriSMAHADZIR
Genap Ramadhan sebulan berpuasa,Menjelma kini Syawal yang mulia,Marilah kita bersyukur ke hadrat Azzawajalla,Atas kurniaan inayah dan rahmat-Nya.
Bergema takbir di pagi raya,Hati yang sayu menjadi gembiraTangan diangkat doa dipinta,Semoga Aidilfitri berjalan tanpa sengketa.
Maaf bermaafan akui kesilapan,Halalkan segala minum dan makan,Ziarah menziarahi rakan dan taulan,Ketupat dan lemang jangan dilupakan.
Aidilfitri hari yang mulia,Tasbih, tahmid dan selawat bergema,Semua Muslimin sambut dengan doa,Tibanya menghapuskan segala dosa,Rakan taulan dan sanak saudara,Semua berkumpul dalam riang ria,Jauh dan dekat semuanya ada,Menyantap hidangan penuh selera.
Ada yang beraya dalam duka nestapa,Ada yang beraya dalam riang gembira,Ada yang beraya sepi tanpa sesiapa,Ada yang beraya berjauhan pula,Yang kaya meriah dengan rumah terbuka,Berduyun-duyung datang pelbagai bangsa,Yang miskin hanya makan apa yang ada,Namun ikatan kekeluargaan tetap mesra.
Tidak dilupa zakat dan fitrah,Tidak dilupa kepada yang miskin dan susah,Semuanya ingin menyambut Aidilfitri dengan meriah,Tanpa sebarang rasa sedih dan gundah,Dengan rezeki kurniaan-Nya yang meruah,Insaflah kemakmuran hidup di bumi bertuah,Kegembiran melampau dengan hiburan riuh rendah,Boleh membawa dosa dan mengundang padah.
Aidilfitri bukan hanya untuk bergembira saja,Insaflah diri kepada yang tiada berharta,Yang hidup susah dan selalu menderita,Bantulah mereka dengan keikhlasan yang nyata,Bukan memberi untuk mendapat nama,Semoga kegembiraan kita sesama manusia,Dapat dinikmati bersama di hari raya,Diberkati Allah Azzawajalla Yang Maha Berkuasa.
Anak rantau yang jauh beribu batu,Jangan lupakan ayah dan ibu,Kampung halaman sedang menunggu,Sanak saudara amat merindu.
Dalam kita gembira berhariraya,Jangan dilupakan kepada yang tiada,Ringankan tangan hulurkan seikhlasnya,Semoga rezeki yang melimpah diredhai-Nya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Salah dan silap harap dimaafi,Jangan disimpan di dalam hati,Tahun depan Insya-Allah kita jumpa lagi.
SELOKA:Seloka Pagi RayaSMAHADZIR
Mercun berdentum jadi iringan,Tanda meriahnya hari lebaran,Insan gembira bersenda gurauan,Riuh rendah rakan dan taulan,Berbaju Melayu cantik dan tampan,Teruna dara bertukar senyuman,Pelbagai juadah jadi hidangan,Kunjung mengunjung erat persaudaraan.
Ketupat dan rendang pelbagai sajian,Kuih dan muih pelmacam hidangan,Ruang tamu beraneka hiasan,Meriahnya pagi raya tiada tandingan,Maaf bermaafan penuh keikhlasan,Huluran sedekah insan budiman,Yang miskin dan kaya tiada sempadan,Semoga hidup diberkati Tuhan.
Hari raya hari yang mulia,Umat Islam bersuka ria,Yang jauh dan dekat bertemu semula,Salah dan silap maaf dipinta,Rakan dan taulan tersenyum suka,Sahabat dan handai ceria bersama,Yang terpisah lama bersua juga,Tali ukhuwah akrab tercipta.
SELOKA:Seloka Pengantin BaruSMAHADZIR
Sungguh meriah hari persandingan,Riuh rendah suara jemputan,Kompang dipalu menjadi iringan,Pengantin diarak ke pelamin persandingan,Singgahsana yang indah lagi mahal tiada tandingan,Tetamu yang hadir menjeling makanan,Semuanya gembira meraikan pasangan,Pengantin baru yang sudah lama berkenalan,Baru diijabkabulkan di masjid semalam,Kini tiada lagi halangan nak bergurauan.
Di atas singgahsana duduk bersanding,Mata dua sejoli melirik jeling-menjeling,Pengantin perempuan duduk mengiring,Setia menemani jejaka pilihan tersenyum sumbing,Sesekali terjungkit misai melenting.
Berkilat sungguh keris raja sehari,Dibaur lembut busana sang permaisuri,Tersenyum manis sejak pagi tak henti-henti,Tercapai sudah segala impian di hati,Kini semuanya sudah menjadi realiti.
Bila melihat pengantin bersanding,Tersenyum simpul mata menjeling,Tetamu yang hadir turut mengerling,Yang duda yang janda mata menjuling,Menunggu jodoh nak naik pelamin,Memang sudah lama rasa teringin.
Bila mata bertentang mata,
Kasih berpadu cinta terjalin mulut bungkam tanpa suara,
Bila sudah seiya sekata,
Lalu bersanding di atas pelamin mata berkaca hati gembira,Lembu kambing jadi korban tidak terkira,Ayam itik jadi mangsa tanda bersuka,Peluh menitik letih pening sanak saudara,Emak bapa dapat menantu tersengih saja,Dapat cucu pula memang dicita,Bertambah banyaklah ahli keluarga.
Naik pelamin memang hasrat tersirat,Bermula dengan usik mengusit dan orat-mengorat,Bila jodoh dan pertemuan sudah tersurat,
Semoga berbahagia diredhai Allah dunia akhirat.
SELOKA:Budaya 1MalaysiaSMAHADZIR
Memang kreatif seniman negara kita,Pelbagai kraf dicipta,Dengan perahan minda,Siang malam mencanai idea,Tergarap indah dipamer menjadi wadah budaya,Milik bangsa berwibawa dan beretika,Pusaka jatidiri warga penjulang maruah nusa,Tersohor melangit ke seantero dunia.
Di Kompleks Kraf semuanya ada,Cantik berseni indah di pandangan mata,Parang golok keris senjata semua bangsa,Batik songket khat pua kumbu dipamer sama,Ukiran kayu ukiran batu buluh nibung tinggi nilainya,Dicanai diadun direka penuh estetika,Boleh dibeli boleh ditempah tak kira masa,Itulah majmuknya budaya 1Malaysia.
Kalau berhajat barangan kraf bermutu tinggi,Datanglah ke Kompleks Kraf jangan bertangguh lagi,Kalau terlambat anda juga yang rugi,Barang yang diimpi orang lain dah beli,Anda hanya melopong menggigit jari.
SELOKA:Seloka Pungguk Di Langit Saujana SMAHADZIR
Riang gembira Syawal menjelma,Ramadhan berlalu tidak terasa,Rasa ceria tidak terhingga,Dapat beraya di kampung tercinta,Akulah anak rantau yang bakal pulang ke desa,Yang sudah bekerja penuh dompetnya,Rezeki Tuhan akan dikongsi bersama,Nak cari peluang untuk berderma.
Sudah dirancang di dalam hati,Kepada anak-anak buah yang disayangi,Kerana aku dimurahkan rezeki,Pada hari raya tahun ini,Duit raya akan diberi,Semuanya akan terkejut nanti, Apabila poket masing-masing penuh berisi.
Cadang nak pulun ketupat dan lemang,Nak cicah dengan kari dan rendang,Nak minta maaf kepada semua rakan, Salah dan silap yang pernah dilakukan.
Namun tiket bas balik kampung belum tempah lagi,Sedang Aidilfitri hanya tinggal sehari,Ibu ayah sanak-saudara tentu sedang menanti,Alamak... macam mana nak buat ni?Kalau tak dapat balik menggigitlah jari,Terpaksalah pulang pada Hari Raya Haji,Melopong aku sambil menggigit jari,Sanak saudara di kampung tentu sudah menanti,Malang sungguh Aidilfitri tahun ini,Terpaksalah aku beraya seorang diri,Tak ada lemang, tak ada ketupat dan kari,Yang ada hanya mi segera jenama Maggi.
Alunan takbir bergema di pagi raya,Menggamit rasa sayu tidak terkira,Mengalir jernih si air mata,Terkenang ayah ibu sanak saudara,Yang jauh di kampung sana.
Dari jauh rindu diutuskan di angin lalu,Buat pengubat hati yang pilu,Untuk rakan taulan, ayah dan ibu,Semoga Aidilfitri diulit gembira selalu,Walaupun aku tiada di sisimu.
Rindu dan pilu di hati tidak terkata,Ibarat pungguk di langit saujana,Serasa meriahnya ketibaan raya yang mulia,Zakat fitrah janganlah dilupa,Salam Syawal di angin lalu buat semua.
Ketupat dan rendang syahdu beraroma,Di kejauhan sana sayup-sayup takbir bergema,Bagaikan merestui Syawal menjelma,Kumohan ampun dan maaf kepada semua,Kalau ada salah dan silap terkasar bahasa.
Salah silap terpalit noda dan dosa,Tentulah ada kerana kita insan biasa,Bermaaf-maafanlah seikhlas hati sesama kita,Tali ukhuwah terjalin erat untuk selamanya,Bersyukurlah kita ke hadrat Azzawajalla,Melimpahkan inayah rezeki dan rahmat-Nya.
SELOKA:Seloka Nasihat Raya SMAHADZIR
Ramadhan berlalu Syawal menjelma,Aidilfitri menjelang tiba,Ayam dan itik menjadi hiba,Lembu dan kambing mengalir airmata,Jadi korban di hari raya,Untuk santapan sanak saudara.
Sungguh meriah hari lebaran,Ramai berkunjung rakan dan taulan,Mercun dibakar menjadi iringan,Tapi ada yang terbakar tangan.Sambut raya janganlah berlebihan,Hutang sini hutang sana nak tunjuk kekayaan,Semua itu bukannya satu tuntutan.
Yang jauh pulang beraya,Sesak dan sedat di jalan raya,Sepanjang jalan berwajah ceria,Dapat bertemu ayah dan bonda,Andai ada terkasar bahasa,Setulus hati maaf dipinta.
Syawal menjelma setahun sekali,Bandar raya Kuala Lumpur lengang dan sepi,Yang berkeliaran cuma pendatang yang bekerja di sini,Di stesen teksi, bas dan kereta api,Sesaknya menggetarkan hati,Semuanya nak pulang menyambut Aidilfitri.
Ada yang sudah berangan-angan,Nak jumpa sanak saudara rakan dan taulan,Nak minta ampun maaf semua kesalahan,Nak balun wajik, rendang dan segala makanan,Nak makan dodol, kuih muih, ketupat dan lemang,Nak sedekah duit pada semua yang bertandang.
Bila hari raya sudah menjelma,Saling berkunjunglah kita sesama,Yang sudah berumah tangga,Jenguklah emak mertua dan saudara mara,Jangan hanya ke rumah saudara sebelah kita sahaja,Bagi yang belum berumah tangga,Janganlah merayau ke sana ke mari berdua-dua,Kerana ada orang ketiga iaitu iblis turut serta,Di bulan Syawal janganlah pula membuat dosa.
Sambutlah Aidilfitri secara sederhana tidak terlalu,Berbelanja sakan sampai duit di bank tinggal buku,Main mercun putus tangan sampai ke siku,Kerusi meja tirai langsir semuanya bertukar baru,Sepatutnya hari raya seronok tapi jadi haru-biru,Lepas raya emak tergaru-garu, bapa menggigit kuku.
Aidilfitri ini satu kesempatan, Untuk kita saling melupakan,Semua perselisihan dan persengketaan,Untuk kita saling memaafkan,Segala kesilapan dan kesalahan,Agar tali ukhuwah kita erat berkekalan.
Di Aidilfitri ini semoga tidak ada lagi,Bergaduh, bertengkar dan berkelahi,Rasa dendam kesumat dan hasad dengki,Bermasam muka dan berkecil hati,Bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri,Semoga hari-hari yang bakal dilalui,Disirami kemesraan yang mewangi,Disinari ukhuwah sejati,Dilimpahi rahmat Ilahi,Kekal dan abadi.
SELOKA:Seloka Raja SehariSMAHADZIR
Muafakat kata sudah disepakati,Tersarunglah cincin intan di jari,Kasih terikat cinta terpateri,Tunailah janji sehidup semati.
Kini tiba hari yang dinanti,Tersenyum lebar jadi raja sehari,Pengantin perempuan gemuruh di hati,Tersengih suka pengantin lelaki.
Digenggam erat tangan tok kadhi,Lafaz akad nikah harus hati-hati,Jangan disebut berkali-kali,Mohon Allah tenangkan hati.
Bila nikah sudah berlalu,Hilang segala resah dan malu,Pengantin perempuan tersipu-sipuDahi dikucup suami bertalu-talu.
Dalam hati kembang berbunga,Sudah berteman dalam rumahtangga,Bahtera boleh dilayar bersama,Menuju pantai pulau bahagia.
Sungguh meriah hari persandingan,Riuh rendah suara jemputan,Kompang dipalu menjadi iringan,Pengantin diarak ke pelamin persandingan.
Singgahsana indah tiada tandingan,Tetamu yang hadir menjeling makanan,Semuanya gembira meraikan pasangan,Pengantin baru jadi perhatian.
Di atas singgahsana duduk bersanding,Mata melirik jeling-menjeling,Pengantin perempuan duduk mengiring,Suami di sisi tersenyum sumbing.
Keris di pinggang raja sehari,Labuci kemerlap pakaian permaisuri,Tersenyum manis tak henti-henti,Tercapai sudah impian di hati,
Perkahwinan itu suatu amanah,Kerana mengikut sunah Rasulullah,Jagalah jangan sampai berpisah,Kekal sehingga ajal menjengah.
SELOKA 1:Seloka Beristeri BaruSMAHADZIR
Waktu bercinta semuanya indah,Lautan api sanggup diredah,Semuanya manis melepa di lidah,Janji berpadu jangan berpisah.
Bila dah jadi pengantin baru,Banyak bersabar jangan terburu,Ikut minda jangan ikut nafsu,Bila tak tahu carilah ilmu.
Suami isteri perlu sejiwa,Susah senang harus bersama,Cubit paha kiri kanan sakit jua,Sama berpakat agar bahagia.
Jika berpisah suami isteri,Semua itu ketentuan Ilahi,Namun kadang-kadang kehendak diri,Yang pentingkan seronok sendiri.
Sebelum berpisah harus teliti,Agar tidak menyesal nanti,Jangan dibuat perkara yang rugi,Anak merana ke sana sini.
Bukan mudah beristeri baru,Mesti adil jadi penentu,Jangan diikut kehendak nafsu,Hidup yang aman jadi celaru.
Published on July 19, 2013 15:40
SELOKA 2
Seloka Cinta RemajaSMAHADZIR
Cinta remaja masa sekarang,Tak boleh disekat tak boleh dilarang,Sopan di depan tak sama di belakang,Ibu bapa tak mampu nak halang,Kalau dimarah terus menghilang,Tak balik rumah sampai ke petang.
Kalau cinta mereka dihalang disekat,SMS dikirim menggantikan surat,Ibu bapa tak tahu apa yang dibuat,Tiba masa mereka sepakat,Membuat janji bertemu rapat,Lalu berjumpalah mereka di suatu tempatTempat yang jauh bukannya dekat,Taman bunga yang cantik memikat,Di tempat gelap yang sukar dilihat,Oleh sesiapa pun termasuk pencegah maksiat.
Mula-mula jauh kemudian duduk rapat,Mata bertentang senyum pun memahat,Maka bermulalah kata-kata memikat,Cinta dipadu dibebat erat,Sayang disulam janji manis ditambat,Syaitan pun ketawa menggoncang syahwat,Tak sedar duduk dalam hujan lebat,Nafas dan nafsu berperang hebat,Tidak tertanggung dosa maksiat,Memang sukar untuk selamat,Bila syaitan sudah menambat,Maka berlakukan dosa terlaknat.
Cinta remaja selalu mengundang bejat,Kononnya cinta yang agung cinta keramat,Lupa Allah lupa malaikat apalagi nasihat,Lenyap sudah agama dan adat,Nafsu sendiri lebih diberat,Apa peduli pada hakikat,Masa masih panjang untuk bertaubat.
Inilah cinta remaja zaman sekarang,Tak boleh ditegur tak boleh dilarang,Kalau dilarang kita ditentang,Tak pernah fikirkan hari mendatang,Walau diselimut gebar malang,Yang penting hatinya senang.
SELOKA 1:Seloka Teringin KahwinSMAHADZIR
Bila mata bertentang mata,
Lidah kelu hilang suara,
Bila sudah seiya sekata,
Kata sepakat jumpa keluarga.
Ibu bapa minta direstu,Sanak-saudara pun perlu tahu,Buat kenduri jemput tetamu,Moga bahagia ke anak cucu.
Bila melihat pengantin bersanding,Tersenyum simpul mata menjeling,Tetamu yang hadir turut mengerling,Duda dan janda mata terjuling.
Lembu terkorban tidak terkira,Berhabis duit sesekali tak apa,Bergotong-royong sanak-saudara,Emak dan bapa tersengih saja.
Naik pelamin hasrat tersirat,Bermula dengan orat-mengorat,Bila jodoh sudah tersurat,
Diberkati Allah dunia akhirat.
SELOKA 1:Seloka Nasihat Untuk RemajaSMAHADZIR
Bila syaitan berjaya memikat,Hati yang gersang mudah terpikat,Tidak takut berbuat maksiat,Zaman sekarang zaman hebatSegalanya mudah, pantas dan cepat,Generasi remaja berfikiran singkat,Tidak peduli tegur nasihat,Seronok membuta tuli tidak bertempat.
Bila berhibur lupa dunia,Arak dan zina dipandang sama,Lupa adat lupa tegahan-Nya,Bila terlanjur menyesal tidak berguna,Wang dan ringgit tidak lagi bermakna,Syaitan ketawa kerana gembira,Seorang manusia berjaya dalam perangkapnya.
Gadis yang ramping kini tubuhnya membulat,Baju mengandung mulai melekat,Semakin lama semakin sarat,Teruna dihubungi tak pernah dapat,Siapa yang akan bertanggungjawab,Gadis yang malang tidak berkudrat,Menempuh hari yang penuh azab.
Janji yang dilafaz mahu sehidup semati,Kini melenyap bagai dikunci,Gelisah resah penat mencari,Tetapi lelaki yang dihajati,Entah ke mana pergi,Tinggallah gadis menjeruk hati.
Bila masa zuriat keluar bernyawa,Rasa malu mulai menyerang minda,Dengan hati dibalut gundah,Zuriat dibuang dalam tong sampah,Bila sudah ditangkap polis,Baru hati bagai dihiris,Baru terfikir insaf dan taubat,Sayangnya kini sudah terlambat,Hanya kepada Khalik dipohon rahmat,Taubat nasuha belum terlambat,Selagi dunia belum kiamat.
Wahai remaja sedarlah cepat,Gurindam ini sekadar nasihat,Hidup di dunia ini terlalu singkat,Bersamalah kita mencari berkat,Agama tak menghalang cinta sejagat,Tetapi biarlah dibenarkan syariat,Nikah yang molek hukumnya sunat,Agar zuriat beroleh rahmat,
Hidup menjadi lebih selamat.
Published on July 19, 2013 15:40
SYAIR: Sejambak Budi Segunung Bakti
SMAHADZIR
Harimau mati meninggalkan belangManusia mati nama dijulangBudi dan jasa tegak dipancangSeribu tahun tetap tak hilang
Biarpun hancur jasad di tanahBakti yang luhur tak akan musnahMemang manusia pelbagai kerenahBuruk dan baik tetap difitnah
Janganlah jadi warga kembiriPentingkan nafsu diri sendiriJasa dan bakti pemimpin berbudiDilupa dicaci dihina dikeji
Ingatlah wahai warga semuaSusah dan senang pejuang bangsaBangun membela agama dan nusaMenyimbah darah dan air mata
Bukannya mudah memikul senjataMeredah gunung hutan belantaraMenghapus musuh petualang negaraSupaya rakyat hidup sentosa
Nyawa dan badan jadi taruhanAnak dan isteri diteman tangisanHanya berdoa ke hadrat TuhanSemoga pejuang dalam peliharaan
Begitu antara secebis kisahSengsara pejuang mengukir sejarahSepanjang hidup penuh gelisahAsal negara tidak dijarah
Amatlah wajar kita hargaiSemua budi jasa dan baktiPejuang negara membebas pertiwiWalau terkorban diri sendiri
Kalau tiada jasa dan baktiTak mungkin kita hidup beginiMewah dan makmur setiap hariRezeki melimpah di sana sini
Insaflah diri marilah kitaBersatu erat berganding samaSanjunglah budi dan jasa merekaBakti yang luhur usah dilupa
Inilah syair sejambak budiSegunung bakti yang ditaburiPejuang bangsa seikhlas hatiUkir kebebasan ibu pertiwi
Penjajah diusir untuk merdekaKehidupan rakyat lebih bermaknaKekayaan meruah diagih samaSatu negara dan satu bangsa
Setelah merdeka usaha dipaduMembentuk rakyat berganding bahuHidup muhibah berjiwa satuAnasir perosak diusir diburu
Pertanian dirancang membantu wargaMencapai hidup ke tahap banggaRakyat disaran gembeling tenagaKesedaran dipupuk sepanjang masa
Usaha pemimpin tak pernah jemuCekal dan tabah mencurah ilmuSetiap rakyat ikhlas dibantuHapus kemiskinan impian jitu
Hari dan minggu silih bergantiLumrah pemimpin datang dan pergiWawasan dibawa tidak diraguiKemajuan negara menjadi sari
Memang negara sentiasa berubahEnam pemimpin pelbagai wadahMembangunkan bangsa lebih bermaruahSudah tercatat dalam sejarah
Kalau direnung satu persatuMemang berbeza dari dahuluPembangunan negara macam peluruHebat dan pesat canggih termaju
Realiti ini bukan ilusiDirancang bijak sepenuh hatiPerahan minda pemimpin berkualitiHasrat membangun negara industri
Pelbagai usaha digarap telitiWalau dicemuh difitnah dicaciWawasan gemilang tetap direalisasiMSC tersergam semaraklah IT
Warga dihijrah keluar diriDunia jumud ditinggalkan pergiDada disarat segala informasiRempuh cabaran pelbagai situasi
Hasrat pembangunan yang diciptaSelaras dengan kehendak agamaDunia akhirat seimbang taraDiberkati Allah sepanjang masa
Semakin maju negara kitaMusuh mulai buat angkaraMenghasut rakyat mencaci mencelaBerwaspadalah jangan sampai terleka
Usah digadai maruah bangsaSyiar agama jangan dinodaKalau diturut hati dan kataDijajah lagi negara kita
Jadilah insan berminda warasLihat sekeliling yang sudah jelasPembangunan negara tidak terbatasEkonomi rakyat memuncak pantas
Dunia siber menguasai kitaMembentuk rakyat mengubah mindaTeknologi maklumat di depan mataInformasi meluas langit terbuka
Kalau dahulu berjalan kakiTumit melecet sebak di hatiTapi sekarang lihatlah sendiriKereta nasional megah berlari
Jarak perjalanan semakin dekatUtara selatan timur dan baratLebuh raya canggih memanjang hebatInilah bukti pembangunan pesat
KLIA, MSC projek raksasaMenjulang nama di mata duniaWalau dicaci dikeji dicelaKini tersergam mengaut laba
Krisis ekonomi yang ganas melandaTidak merubah taat dan setiaBerganding bahu cegatkan semulaMenentang spekulator tamak haloba
Kemajuan negara mengundang dengkiPelbagai pihak beriri hatiTermasuk rakyat negara sendiriYang punya visi agenda peribadi
Inilah cabaran yang kita hadapiSebagai rakyat mengenang budiBersama membenteng serangan keji Supaya negara aman harmoni
Usah ditanya bakti dan jasaSumbangan negara kepada kitaIkhlaskan hati rasionalkan mindaAdakah sumbangan untuk negara
Budi dan bakti yang kita terimaTidak ternilai emas permataMakmur haromoni sungguh bermaknaTertegak maruah terpancang agama
Renung kembali kala dijajahKehidupan rakyat sarat gelisahKekayaan negara dikaut dijarahMaruah bangsa dipijak parah
Ikhlas jasamu pemimpin terulungSampai ke mati tetap disanjungUsahlah gusar usahlah murungBudi luhurmu kukuh dijunjung
Biarlah Allah jadi neracaMengadili semua budi dan jasaMembawa warga ke mercu jayaUtuh mencegat martabat bangsa
Walaupun engkau diumpat celaAnak Malaysia tak mudah tergodaMusuh negara bijak menggulaMenghasut rakyat buat angkara
Sudah terbukti pembangunan nusaMegah berdiri di mana sajaPapa kedana sudah berjayaMembina hidup bahagia sempurna
Bersyukurlah kita ke hadrat IlahiLimpah rahmat-Nya untuk pertiwiInilah syair semulus nubari
Sejambak budi segunung bakti
Published on July 19, 2013 15:38
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.