Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog, page 11
October 17, 2013
Rahsia Kehidupan
SMAHADZIR
BANYAK perkara yang manusia ketahui tetapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah:
1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya. 2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke neraka. 3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya. 4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya. 5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu. 6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya. 7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya. 8. Bangsa yang mempunyai sifat takwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak. 9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah s.w.t., jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan. 10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain. 11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan takwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga.semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang. 12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.
13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati, dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.
Published on October 17, 2013 14:24
Kesakitan Dunia Hilang
SMAHADZIR
SEMASA berperang dengan orang kafir musyrik, Saiyidina Ali r.a. terkena panah di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-sahabat telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Saiyidina Ali sedang sembahyang kerana sahabat-sahabat sedar ketika itu saja tidak menyakiti Saiyidina Ali disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.
Ertinya, kalaulah bukan kerana hatinya terasa kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t., terasa terlalu hina dan rasa lazat yang amat sangat sewaktu bermunajat dengan Tuhannya, tentu mustahil dia tidak sedar panah itu dicabut. Bukankah pelik. Ertinya segala kesakitan-kesakitan di dunia akan hilang atau tidak terasa kalau kita tenggelam dalam cinta Allah s.w.t.
Ibarat orang yang sedang bercinta. Apabila bertemu dengan cintanya, masa yang lama dirasakan sekejap sahaja. Dua jam dirasakan dua puluh minit sahaja kerana terlalu asyik.
Banyak lagi cerita sahabat-sahabat lain yang turut sama dipanah, ditikam dan ditetak tetapi tetap teruskan berperang sehingga terbunuh (syahid). Sahabat yang bernama Anas bin An-Nadhri ketika selesai perang didapati lebih 80 kesan tikaman pedang, tombak, panah dan dicincang-cincang oleh kaum musyrikin. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Dorongan cinta Allah s.w.t. inilah yang membolehkan mereka berbuat begitu.
Ada di kalangan mereka sewaktu sedang berperang itu, mereka ternampak bayangan syurga dan bidadari-bidadarinya. Sampai terlupa kesakitan yang mereka hadapi dan sangat rindu dengan Tuhannya. Sebab itu mereka sanggup syahid waktu itu juga untuk menemui cintanya.
Published on October 17, 2013 14:23
Tanda Saat Kematian
SMAHADZIR
“BAGAIMANA kamu kufur (ingkar) dengan Allah s.w.t. dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah s.a.w. diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah s.w.t. nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap. Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah s.w.t. yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t. semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. sama ada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah s.w.t. dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Published on October 17, 2013 14:22
Manusia Di Padang Mahsyar
SMAHADZIR
SETELAH semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati.
Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala di atasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada di hadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya.
Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata: “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah s.w.t. janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.”
Seperti yang telah Allah s.w.t. sebutkan dalam Al-Quran: “Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!” (Yassin, Ayat: 52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain. 2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman. 3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia. 4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan. 5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ulama yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. 6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong. 7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama). 8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah s.w.t. 9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia. 10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba. 11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya. 12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat. 14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan. 15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah s.w.t. 16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong. 17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah. 18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup. 19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim. 20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak. semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.
Published on October 17, 2013 14:20
Amal Yang Membuka Pintu Syurga
SMAHADZIR
TIDAK seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita.siapa tahu Ali membawa yang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah.”Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesen pun.”
Fatimah menyahut sambil tersenyum, “Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah s.w.t.“
“Terima kasih,” jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih. Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan solat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua.
“Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?”
Ali menjawab dengan hairan.”Ya betul. Ada apa, tuan?”
Orang tua itu mencari ke dalam begnya sesuatu seraya berkata: “Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya.”
Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar. Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari. Ali pun bergegas berangkat ke pasar.
Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, “Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah s.w.t., bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan.” Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.
Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, “Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah s.w.t. daripada bersifat bakhil yang dimurkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita.”
Published on October 17, 2013 14:19
September 18, 2013
KRISIS SYRIA – ANGKARA DAJJAL
SMAHADZIR
KETIKA ini seluruh umat Islam di dunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria, sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum ia membuka fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin sebaliknya Mekah dan Madinah dan tahukah anda Mekah dan Madinah kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis Israel dan sekutunya Syiah Iran bermula dengan Turki, Palestin, Iraq, Afghanistan, Libya, Syria, dan Mesir.
TURKI - Uthmaniyah yang ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah pemimpin Islamik Erdogan, hakikatnya baginda hanyalah boneka yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Attaturk.PALESTIN - yang sebelum itu makmur di bawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.IRAQ - satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan Negara Salib dan bantuan sulit dari Syiah Iran.
AFGHANISTAN - negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya di dunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah Iran dan segala hasil buminya disalur pada Zionis Israel.LIBYA - pimpinan Muaamar Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan ‘Arab Spring’. Rakyatnya dihasut untuk ‘bangkit, dibantu dengan ‘bersungguh-sungguh’ oleh Tentera Salib (NATO).SYRIA - adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah (Dajjal) dan Al-Mahdi.MESIR - walaupun ‘diserahkan’ kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.Lihatlah di peta, semua negara di sekeliling Mekah dan Madinah telah ditawan dengan sistematik. Di akhir zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa tempat suci umat Islam iaitu Kaabah akan diruntuhkan oleh lelaki dari Habsyah diberi kepercayaan memerintah Rom.
Siapa lelaki Habsyah ini? Semua sedia maklum, Rom pada zaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya dan satu-satunya lelaki Habsyah (kulit hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu Barrack Obama. Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah SAW mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui hadis riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani: ‘Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila masa Kaabah akan diruntuhkan dan pelakunya seorang lelaki berketurunan Habsyah yang dilantik menjadi pemerintah Roman.’
SUSUR GALUR SEJARAH SYIAH
Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’.
Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
Era Abdullah Bin Saba’
Abdullah bin Saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’ adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya pada zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan akidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Sayidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35 Hijrah.
Ibn Sawda’ atau Abdullah bin Saba’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Sayidina Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam.
Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Sayidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba’ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakar, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’.
Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif AS-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).
Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba’ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahupun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba’ merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.
Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam Peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Sayidina Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Sayidina Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dimulakan oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba’.
Era Khilafah Bani Umayyah
Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Sayidina Ali RA dan berundurnya Sayidina Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang menyokong idea Ibn Saba’ atau Abdullah bin Saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.
Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.
Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah. Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengetuai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.
Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125 Hijrah, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132 Hijrah) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas As-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas As-Saffah telah terpilih. Berjayalah kehendak Syiah pada masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas As-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132 Hijrah).
Era Kerajaan Abbasiyyah
Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap oportunis dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.
Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Pada zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni.
Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656 Hijrah. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800, 000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.
Era Pra Fatimiyyah Dan Ayyubiyyah
Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan Syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567 Hijrah).
Era Othmaniyyah
Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656 Hijrah/1258 Masehi, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299 Masehi. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.
Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.
Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908) pernah berkata, ‘Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya’
Era Pasca Othmaniyyah
Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.
Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah difaraidhkan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang-bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.
Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia. Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.
Era Revolusi Iran
1. Khomeini
Tahun 1978/1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia. Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.
2. Sa'id HawwaAl-Marhum Sa’id Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Sa’id Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Sa’id Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah: Syudzuz fi Al-’Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Akidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.
Sa’id Hawwa telah menghuraikan dengan terperinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran- Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Sa’id Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses pelaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.
Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Pada suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.
Pertembungan Masa Hadapan
Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.
Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadis ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar).’
Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.
Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan pada zaman yang serba mencabar ini.
Pembohongan Syiah Yang Nyata
Semakin melihat Syria semakin merasakan kebejatan Syiah itu kian jelas, kita berbicara soal Syiah yang membunuh beratusan ribu pengikut Sunni di Syria. Syiah yang bertopengkan Bashar Al-Assad menggunakan senjata taqiyyah (iaitu mengaku berakidahkan Islam tetapi sebenarnya tidak mengikut apa yang diajarkan Islam) dan juga menggunakan senjata fitnah dengan mengatakan Tentera Pembebasan Syria bersekongkol dengan Amerika dan Israel bagi menjatuhkan Bashar.
Mari kita renung dengan buah fikiran mengenai soalan-soalan ini, jika benarlah Amerika dan Israel membantu FSA.
Kenapa tiada seorang Syiah di pusat tahanan Teluk Guatanamo?Kenapa negara-negara Barat tidak menyenaraikan anggota militan Syiah dalam senarai pengganas? Contohnya seperti Hisbullat?Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Hisbullat di selatan Lubnan? (Mereka berkubu 30 km di dalam sempadan Lubnan dan memenuhi kawasan tersebut dengan masyarakat Kristian dari UN supaya tiada pun Mujahidden Sunni datang ke kawasan tersebut untuk menyerang Israel)Tahukah anda peristiwa yang berlaku pada tahun 2006 merupakan drama bertaraf antarabangsa antara Syiah dan Hisbullat untuk menjaga sempadan Israel, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Assad. Kenapa droid milik Amerika asyik mengebom anggota Al-Qaeda dan tentera-tentera Syariah setiap hari di Yemen tetapi TIDAK PERNAH mengebom tentera Huthi Syiah di Yemen walaupun mereka tahu kedua-duanya di Yemen dan terlibat dalam pergolakan di sana?Kenapa Perancis masih enggan menyenaraikan Hisbullat dalam senarai pengganas antarabangsa? Mengapa Perancis melakukan ‘perbincangan’ setiap hari tentang menghantar senjata untuk FSA yang boleh dikawal dari jauh dan dikesan oleh GPS, tetapi masih TIDAK PERNAH menghantar sebutir peluru pun sehingga sekarang?Mengapa Barat TIDAK PERNAH membenarkan untuk membentuk mana-mana negara Islam Sunni dengan undang-undang Syariah sepenuhnya, bukan di Afghanistan, Pakistan, Somalia, Mali, Yemen walaupun majoriti dari mereka mahukan undang-undang Syariah ini. Tetapi mereka membenarkan Iran untuk menjadi negara Syiah terbesar mempraktikkan sepenuhnya Undang-Undang Syariah Syiah di Teluk Arab?Mengapa Syiah telah dibenarkan untuk menyebarkan agama mereka di Afrika dan menukar 50% daripada Afrika kepada Syiah tetapi semua pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) adalah dilarang sama sekali daripada bercakap untuk menyokong Sunnah?Mengapa Hisbullat, Iran, Iraq dibenarkan untuk membunuh di khalayak ramai di Syria tetapi Sunni dilarang sama sekali untuk mengatakan semudah perkataan ‘bantulah FSA’ mereka akan ditangkap.
Sehingga sekarang tiada lagi negara Syiah dijajah oleh Amerika, di Iran hanya sandiwara. Iran sampai sekarang tidak pernah hantar tentera ke Palestin.
NABI ISA AKAN TURUN
‘Ketika Allah telah mengutuskan al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan memakai dua pakaian yang dicelup dengan warasdan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menemuinya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberitahu mereka tentang darjat mereka di Syurga.‘
Ibnu Katsir berkata, ‘Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur Masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, ‘Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat. ‘ Kemudian baginda menjawab, ‘Kamu saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dibacakan untuk kamu. ‘Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, ‘Sebahagian kamu merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.‘
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang Nabi Isa, mafhumnya: ‘Dia akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.‘
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam (Syria), bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Baginda akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: ‘Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenali di sebelah timurnya kecuali yang berada di samping Masjid Jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.‘ Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 Hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa wafat dan disembahyangkan oleh kaum Muslimin.‘
Rasulullah SAW adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Rasulullah SAW selaku nabi terakhir.
Nabi Isa AS adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Baginda dahulu sudah membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba baginda diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman baginda akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Baginda datang nanti untuk menguatkan agama Islam.
Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari Dajal: ‘Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?’
Rasulullah SAW menjawab, mafhumnya: ‘Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menemui Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu). Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa AS sambil memegang bahu Imam itu berkata: ‘Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk kamu.‘ Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
Selesai solat, Nabi Isa AS berkata kepada semua jemaah: ‘Bukakan pintu itu. ‘ Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari lintang-pukang kerana ketakutan. Nabi Isa AS bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menemuinya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.
Orang-orang Yahudi juga akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksudkan termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di sebalik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahu. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: ‘Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.‘
Sabda Rasulullah SAW lagi, mafhumnya: ‘Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, kadang-kadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.‘
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: ‘Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?’
Rasulullah SAW menjawab yang mafhumnya: ‘Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.‘
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Baginda akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Baginda juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya. Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah. Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.‘
Ibnu Katsir berkata: ‘Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: ‘Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.’ Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: ‘Wahai orang Muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.‘
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat. Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.‘
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah SAW, mafhumnya: ‘Pada malam aku diisrak-mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa AS. membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi baginda hanya menjawab: ‘Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.‘ Mereka tanya Nabi Musa tetapi baginda juga hanya menjawab: ‘Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa. ‘Mereka tanyakan kepada Isa kemudian baginda berkata: ‘Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: ‘Wahai orang Muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.‘
Kata Nabi Isa lagi: ‘Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang Muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.‘
Tambah baginda lagi: ‘Orang-orang Mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.‘
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan Haji dan Umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa AS dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.‘
Sebelum ini sudah dijelaskan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS akan memimpin dunia selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa AS diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selama 7 tahun lagi, yakni sebelum baginda diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahua’lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa AS nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Baginda akan disembahyangkan oleh kaum Muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah SAW.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan maqam Nabi Muhammad SAW, maqam Abu Bakar dan Umar. Bererti maqam Nabi Isa AS merupakan maqam yang keempat. - Wallahu'alam.
Published on September 18, 2013 15:36
September 12, 2013
Wanita Solehah Calon Penghuni Syurga
SMAHADZIR
RASULULLAH S.A.W. telah bersabda, ”Jika sekiranya ada perintah dari Allah s.w.t. untuk menyuruh manusia sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Hadis ini merupakan peringatan dari Rasulullah s.a.w. kepada para isteri agar mereka menumpukan seluruh kecintaan dan kepatuhan kepada suami mereka selama mana mereka tunduk kepada perintah Allah dan Rasul. Salah satu daripada perkara yang dapat membantu untuk mewujudkan rumah tangga yang bahagia ialah ketaatan isteri kepada suami dalam setiap perintahnya selama perintah itu bukan merupakan suatu perkara maksiat kepada Allah s.w.t. Islam menjelaskan bahawa tidak boleh taat kepada makhluk yang melaksanakan maksiat kepada Allah s.w.t. dan ketaatan hanya diperbolehkan dalam hal yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Isteri yang solehah hendaklah sentiasa bersikap jujur dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya di dalam sebarang hal yang diizinkan oleh syarak. Kesetiaanya terhadap suami itu bukanlah kerana disebabkan kerana ia lebih rendah darjatnya, tetapi adalah kerana ia telah pun menerima dengan sepenuh jiwa raga suaminya itu sebagai pelindungnya.
Isteri yang solehah juga berperanan menjadi penghibur yang amat meyenangkan dan menyukakan hati suaminya. Seorang isteri hendaklah berusaha melahirkan ciri-ciri keselarian jiwa dengan suaminya. Ia tidak menentang pendapat suaminya walaupun ia merasakan dirinya benar dan di dalam perkara yang termasuk larangan agama.
Namun demikian, ia boleh memberikan pendapatnya dengan jalan lemah lembut dan tidak menjatuhkan martabat suaminya. Perlu diingatkan, ketidak selarian jiwa di antara suami isteri seringkali mengakibat berlakunya pertengkaran yang kadang-kadang berakhir dengan perceraian. Seorang isteri hendaklah memperhatikan hal ini dengan baik agar kerukunan rumah tangganya dapat dipelihara.
Isteri yang solehah hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa, menjadi pendorong dan menjadi pembantu perjuangan suaminya. Adalah tidak wajar bagi mana-mana isteri yang menjadi penghalang yang besar kepada suaminya dalam perjuangan menegakkan hukum Allah s.w.t. Jika dilayan dengan baik dan sempurna, suami akan hidup jiwanya dan ia akan menjadi pejuang Islam yang hebat.
Contoh terbaik adalah seperti apa yang dilakukan oleh Saiyidatina Khadijah Binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. Kepulangan Rasulullah s.a.w. dengan keadaan menggerunkan menggigil selepas menerima wahyu yang pertama dari Jibril a. s. disambut oleh Khadijah dengan tenang dan penuh kasih sayang. Khadijah, isteri yang patuh dan sangat setia kepada suaminya itu segera menyelimuti suaminya. Setelah keadaan agak reda, Rasulullah s.a.w. menceritakan kepadanya segala peristiwa yang berlaku terhadap baginda di Gua Hira. Khadijah, isteri yang bijaksana itu tidak memperlihatkan kekhuatiran dan kecemasan hatinya, bahkan dengan tenang ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.
“Bergembiralah wahai anak pamanku, tetapkanlah hatimu. Demi Tuhan yang jiwa Khadijah di tanganNya, aku berharap engkaulah yang akan menjadi Nabi bagi umat ini. Allah tidak akan mengecewakan engkau. Bukankah engkau yang sentiasa berkata benar dan selalu memperhubungkan tali silaturrahim, bukanlah engkau yang sentiasa menolong anak yatim, memuliakan tetamu dan menolong setiap orang yang ditimpa kemalangan dan kesengsaraan?”
Demikianlah Khadijah mententeramkan hati suaminya, dan contoh seumpama inilah yang seharusnya menjadi teladan buat sekalian wanita Islam.
Sebagai seorang isteri yang solehah, ia hendaklah bersopan-santun terhadap suaminya. Iaitu dengan berlemah-lembut tutur kata dan gerak laku di hadapan suaminya. Sedapat mungkin ia hendaklah menjauhi kata-kata atau perkataan yang boleh menunjukkan kedurhakaan atau perkataan yang menyakitkan hati suaminya seumpama memaki, atau melafazkan perkataan yang dilarang oleh syarak mahupun adat. Demikian juga seseorang isteri itu hendaklah sentiasa merasa malu dan merendahkan pandangan matanya ketika berada di hadapan suaminya. Hendaklah sentiasa memperlihatkan wajah yang manis di hadapan suaminya, dan ini sudah tentu amat menyenangkan hati suaminya.
Di samping itu, di antara perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang isteri iaitu memberati atau memaksa suaminya member nafkah seperti makanan, pakaian, wang ringgit dan tempat lebih dari kadar yang diperlukan bahkan diluar kemampuan suami. Bahkan ia hendaklah sentiasa berpada (bersifat qana’ah) dengan apa jua pemberian dari suaminya. Contoh yang paling ketara dan patut dicontohi oleh setiap Muslimah ialah apa yang diperlihatkan oleh puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. iaitu Saiyidatina Fatimah Az-Zahrah. Walaupun ia terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dalam kehidupan bersama suaminya, (Rasulullah s.a.w. menangis melihat keadaannya) namun ia tetap sabar serta sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. dan kesenangan hidup di akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah menyebut,
“Untuk mencapai kesenangan akhirat, Fatimah seharusnya menelan segala kepahitan hidup di dunia ini.”
Seseorang isteri tidak sewajarnya merunggut-runggut terhadap suaminya tentang keperluannya. Apa pun pemberian suaminya samada berupa nafkah mahupun hadiah hendaklah diterima dengan baik hati. Perlakuan para isteri masa kini yang sering meminta itu dan ini daripada suaminya yang ternyata tidak berkemampuan adalah tidak sewajarnya dilakukan. Para isteri seumpama ini pernah mendapat teguran dari Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya, ”Sesungguhnya aku tidak menyukai wanita yang keluar dari rumahnya menyeret bajunya seraya mengeluh tentang suaminya.” (hadis riwayat At-Tabrani)
Isteri dianggap sebagai durhaka sekiranya isteri tersebut keluar rumah tanpa izin atau tanpa ditemani oleh suaminya atau mahramnya. Hal ini mendapat tegahan di sisi syarak walaupun isteri keluar adalah semata-mata untuk menziarahi kaum keluarga, ibu bapa atau kerana menuntut ilmu fardhu ‘ain yang suaminya mampu mengajarkannya, apatah lagi kalau ia keluar rumah kerana melibatkan diri dengan kelab-kelab wanita, persatuan-persatuan dan sebagainya yang tiada kaitan dengan Islam.
Sesungguhnya telah berlaku satu peristiwa benar pada zaman Rasulullah s.a.w. Seorang wanita tidak sanggup keluar rumah walaupun untuk menziarahi ayahnya yang sedang tenat untuk menghembuskan nafas terakhir tanpa izin suaminya. Wanita tersebut berada di tinggkat atas sementara ayahnya yang sedang tenat itu berada di tinggkat bawah. Rasulullah s.a.w. telah menyebut mengenai peristiwa tersebut dengan sabdanya, ”Sesungguhnya Allah mengampuni ayahmu dengan apa yang kamu lakukan itu.”
Isteri yang solehah tidak langsung mempunyai cita-cita untuk keluar rumah kononnya untuk berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, mengejar kemajuan agar standing dengan kaum lelaki dan sebagainya, kerana yang demikian itu tidak menjamin rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. bahkan mendedahkan diri kepada bernagai-bagai fitnah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ”Tiap wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dalam kemurkaan Allah sehinggalah ia kembali ke rumahnya atau suaminya redha akan dia.” (hadis riwayat Al-Khatib)
Syariat Islam tidaklah sebegitu kejam sehingga kaum wanita tidak dibenarkan langsung untuk keluar rumah kerana sesuatu urusan yang penting. Tujuan meminta izin dan keluar rumah dengan ditemani oleh suaminya atau mahramnya adalah sebagai tanda bahawa ia hormat dan menghargai suaminya. Dengan keluar rumah ditemani oleh suami atau mahramnya, perjalanannya menjadi selamat dan kehormatannya sebagai wanita Islam dapat dipelihara.
Apabila seseorang isteri itu telah terlanjur mendurhaka atau menyakiti hati suaminya, hendaklah ia segera meminta maaf kepada suaminya agar ia terlepas dari kemurkaan Allah s.w.t. Sememangnya tidak ada manusia yang sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
Di dalam satu riwayat disebutkan bahawa Saiyidatina Fatimah Az-Zahra telah menemui Rasulullah s.a.w. dengan keadaan menangis dan wajahnya sedih tanda penyesalan. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Mengapa wahai anakku Fatimah?” Saiyidatina Fatimah menjawab, “Kelmarin anakanda dengan Ali bergurau-gurau sehingga terbit kata-kata dari anakanda yang menyakitkan sehingga Ali marah kepada anakanda, lalu anakanda meminta maaf darinya dan mengelilinginya sebanyak tujuh puluh kali sehinggalah ia memaafkan dan ia tertawa serta redha.”
Mendengar keterangan Saiyidatina Fatimah, lalu Rasulullah s.a.w. pun bersabda, ”Demi diriku yang diangkat oleh Allah s.w.t. sebagai Nabi, sekiranya engkau mati sebelum Ali redha kepada kesalahan engkau itu, tidak akan aku sembahyangkan jenazah engkau.”
Isteri hendaklah tahu serta faham bahawa rumah tangga yang dibina itu merupakan tempat penghibur di mana setelah penat suami menjalankan tugasnya di luar, kepulangannya akan disambut dengan penuh setia dan sopan. Contoh isteri yang benar-benar member layanan terhadap suaminya ialah apa yang dilakukan oleh Saiyidatina Fatimah Az-Zahrah terhadap suaminya. Kepulangan suaminya yang letih lesu dari medan peperangan disambut dengan wajah manis yang berseri-seri.
Begitu juga dengan ibunya, Saiyidatina Khadijah yang merupakan seorang isteri yang sempurna serta seorang wanita beriman dan isteri yang begitu setia kepada suaminya. Segala harta kekayaannya digunakan serta diserahkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan risalah Islam kepada umat manusia. Lantaran itu dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menyebut, ”Islam terbangun atas harta Khadijah...”
Sewaktu berlakunya kepungan terhadap Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda serta umat Islam ketika itu, Khadijah meninggalkan segala-galanya dan berdiri di belakang Rasulullah s.a.w. Kesusahan yang berlaku semasa kepungan itu tidak pernah menyebabkan ia mengadu atau mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati Rasulullah s.a.w.
Betapa kecintaan Rasulullah s.a.w. kepada Khadijah dapat dilihat pada kenyataan Rasulullah s.a.w. kepada Aishah r.a. ”Dia beriman kepadaku di saat orang lain masih kafir. Dia membenarkan aku di saat orang lain mendustakan aku. Dia menolong aku dengan harta di saat orang lain tidak mahu memberikan kepadaku. Dan Allah memberikan anugerah anak kepadaku daripadanya, tidak daripada isteri-isteri yang lain.”
Inilah contoh seorang isteri yang benar-benar memainkan peranan, yang taat serta sedia berjuang dan berkorban menghadapi kesusahan bersama-sama suaminya.
Sifat-Sifat Penghuni Syurga
Syarat-syarat yang diberi oleh Allah s.w.t untuk mencapai kegemilangan kepada para hamba-Nya adalah kemenangan seseorang menundukkan dirinya. Untuk mencapai kegemilangan tersebut adalah dengan mendidik mereka dalam muhasabah (mengkaji) diri. Al-Quran dan Sunah telah menjelaskan hal ini, seperti terlihat kepada kehidupan para sahabat dan salafus-soleh.
Seorang hamba yang murni niatnya apabila melakukan suatu perbuatan, ia tidak mengharapkan pujian apapun daripada sesamanya. Rasulullah s.a.w pernsh ditanya tentang dua orang yang berperang dengan keberanian, orang yang berperang kerana mempertahankan diri dan yang berperang kerana riak. Manakah di antara mereka yang berjuang dijalan Allah Rasullullah menjawab: Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimat Allah, dia berada di jalan Allah s.w.t.
Hanya berharap dan berasa takut kepada Allah. Seorang Mukmin memurnikan akidah dan tauhidnya daripada syirik. Ia menyembelih dengan nama Allah, bersumpah dengan nama Allah, dan bernazar hnaya untuk Allah, tidak oernah ke bomoh mengundi nasib serta tabarruk(bersemadi) di atas pohon dan batu, tidak mengunjungi kuburan untuk memohon dan memenuhi keinginannya. Demikian pula seorang Mukmin menghindari ketergantungannya kepada selain Allah. Ia hanya berharap dan merasa takut kepada Allah, betawakal serta membenci dan mencintai, seperti apa yang dibenci dan dicintai Allah.
Mermurnikan Niat
Mermurnikan niat hanya kepada Allah. Seseorang Mukmin sentiasa memurnikan tujuan (matlamat) dan perbuatannya. Ia hanya melakukan perbuatan yang tidak dilarang syarak dan mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w. Amal soleh adalah segala kebaikan dengan mengikuti Sunah Rasulullah s.a.w. Baginda mengajarkan perbuatan yang mendekatkan kita kepada-Nya serta melarang perbuatan yang menjauhkan kita daripada-Nya. Ringkasnya, seorang Mukmin sentiasa harus berhati-hati dalam melakukan perbuatan. Menanyakan kepada dirinya sendiri sebelum ia berbuat, untuk siapa ia berbuat, bila untuk Allah maka ia lakukan, bila tidak maka ia tinggalkan. Juga ketika memulai sesuatu perbuatan, ia bertanya tentang hukumannya dan merujuk kepada teladan Rasulullah s.a.w. Inilah dua pokok amal soleh.
Mengagungkan Syiar Allah
Seorang Mukmin selalu mengagungkan syiar-syiar Allah. Kerana itu, kita dapat melihat ia selalu bersemangat dalam melakukan kewajipan dengan cara yang diperintahkan Allah, di samping selalu diikuti dengan perbuatan sunnah sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Pekerjaan sunah yang ia lakukan setelah melakukan yang wajib, menjadikannya dalam darjat yang tinggi. Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan: “Barangsiapa yang menjadikan penolong selain-Ku maka telah aku izinkan untuk diperangi, dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai daripada segala yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan perbuatan sunah sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya ketika ia mendengar. Dan penglihatannya ketika ia melihat dan tangannya yang menggenggam dan kakinya ketika berjalan, jika ia meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku lindungi.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Seorang Mukmin sentiasa mengutamakan solat berjemaah dia masjid, mereka juga segera bergerak ke masjid untuk memurnikan hatinya daripada kesibukan hal dunia, sehingga ketika tiba waktu solat, ia menghadapkan hatinya dengan kusyuk. Solat sebeginilah yang dapat menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan buruk manusia yang selalunya lalai dengan keseronokkan dunia. Setelah solat, ia mengikutinya dengan perkara-perkara sunat yang dituntut seperti zikir dan sunah-sunahnya yang lain.
Bertawakal Hanya Kepada Allah
Seorang Mukmin sentiasa bertawakal kepada Allah dalam segala urusannya. Beriman kepada Allah bukannya satu halangan untuk melakukan perkerjaan malah ia adalah satu penyempurnaan bagi seseorang islam dalam melakukan ibadah. Kita diperintahkan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita dan bertawakal dengan segala benda yang luar daripada kemampuan kita. Seorang Mukmin bertawakal, ia sekadar melakukan perkara yang dia mampu dan selebihnya diserahkan kepada Allah.
Hadis daripada Ibnu Abbas dalam Sahih Bukhari menyatakan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata, Ketika Ibrahim a.s dilemparkan ke dalam api baginda baginda berkata ‘hasbunallah wa ni’mal wakil’ (cukuplah Allah sebaik baik perlindung) dan doa ini pulalah yang diucapkan Nabi s.a.w ketika ada segolongan yang menakut-nakuti baginda.
Seorang Mukmin yang bertawakal kepada Allah dan melakukan perintah-Nya akan menerima apa yang Allah berikan kepadanya. Sebab bagaimanapun, ia mengetahui bahawa kemampuannya sangat terhad dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Apa yang telah Allah berikan kepadanya adalah perkara yang terbaik.
Menanti Kematian
Kematian seseoarang individu adalah tidak menentu. Seoarang Mukmin menantikan kematian mereka setiap saat. Ibnu Umar berkata, berlakulah di dunia ini bagaikan orang asing atau perantau. Ibnu Umar Lalu berkata, “Jika engkau berada pada waktu petang, jangan kamu nantikan pagi, dan jika kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu menantikan petang. Manfaatkan masa sihatmu sebelum datang sakit dan masa hidupmu sebelum datang kematian.”
Seseorang Mukmin memandang kehidupan dunia hanya selintas saja. Lalu membayangkan cita-citanya yang akan diakhirinya dengan kematian. Setiap orang yang berusaha demi masa depan mereka tiba-tiba datanglah kematian maka lenyaplah segala impiannya. Umar bin Khattab r.a. pernah berkata, Setiap kali diberitakan si polan meninngal maka ingatkanlah, Umar juga akan meninggal juga suatu hari nanti.
Memiliki Kekayaan Hati
Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa bukanlah orang kaya itu yang banyak hartanya, tetapi orang yang kaya itu adalah mereka yang baik budi pekertinya. Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang tidak mencemburui oleh apa yang orang lain ada termasuklah harta, takhta, mahupun wanita. Hatinya orang Mukmin tidak memikirkan perkara-perkara sebegitu mereka menganggap perkara-perkara seperti itu hanyalah terlalu remeh jika nak dibandingkan dengan seruan dan ketentuan illahi.
Orang yang kaya dengan harta benda tetapi hatinya miskin dengan budi pekerti dan mengharap apa yang dimiliki orang lain itulah yang dieertikan kefakiran yang sebenarnya. Namun orang yang fakir tetapi hatinya kaya dengan hati yang mulia mereka akan merasa tenang bersama Allah dan merasa cukup dengan apa yang ada sesungguhnya inilah kekayaan yang sebenar.
Pengaruh qana’ah(merasa cukup) bagi sesorang Mukmin di antranya: ia tidak akan memandang dan tenggelam atas kurniaan Allah yang telah dikurniakan kepadanya, yang berupa kenikmatan dunia. Ia meyakini bahawa rezeki Allah akan selalu datang kepadanya. Lalu, terlihatlah ia yang terteram, tenang, dan tidak akan berlebih-lebihan dalam mencari kesibukan duniawi. Setiap manusia akan diberikan rezekinya masing-masing dan malah Allah s.w.t memberikan juga rezeki kepada mereka yang tidak taat kepada-Nya termasuklah penyembah sapi, matahari, api, pokok yang sebagainya apatah lagi kepada mereka yang taat kepada seruannya. Maka Allah pernah ada rasa kedekut terhadap umat yang taat kepada-Nya.
Pengaruh lainnya ialah zuhud terhadap dunia. Seseorang Mukmin melapangkan dadanya dari kecintaannya terhadap dunia. Ia tidak merasa gembira yang melampau atau sedih yang terlampauan jika mendapat sesuatu ganjaran mahupun dugaan.
Menahan Diri Daripada Segala Yang Bersifat Duniawi
Seseorang Mukmin menahan dirinya daripada segala hal yang bersifat duniawai. Dia tidak merasa dirinya besar dan dipandang tinggi oleh orang lain malah ia akan berkumpul dengan kaun yang lemah dan miskin serta berusaha tidak menolak sebarang kunjungan daripada mereka.
Rasulullah s.a.w seorang yang bertawaduk walaupun beliau mempunyai darjat yang begitu tinggi. Baginda bersabda: “Seorang hamba yang memberi maaf akan ditambahkan kemuliaannya, dan seorang hamba yang rendah diri kerana Allah akan diangkat darjatnya.” Anas r.a meriwayadkan tentang sifat rendah Nabi s.a.w bahawa seseorang hamba di antara hamba-hambanya di Madinah memegang tangan Nabi s.a.w an pergi kepadanya kemana dia suka dan Nabi memenuhi keinginannya.
Ibnul Qayyim menyifati rendah hatinya Rasulullah s.a.w ia menyatakan, Jika makan Nabi menjilati jarinya tiga kali dan Nabi tinggal dirumah membantu keluarganya. Tidak membalas dendam kerana dirinya, Nabi juga menjahit seliparnya, menampal bajunya, memerah susu kambing untuk keluarganya, memberi makan unta, makan bersama para pembantu, duduk bersama-sama orang miskin, berjalan bersama para janda dan yatim serta menolongnya, memberi salam mendahului dari orang yang ditemuinya, dan memenuhi undangan orang yang mengundangnya walaupun kepada orang yang bertaraf yang paling rendah. (Tahdzib Madarij as-Salikin: 428)
Fudhail bin Iyadh ditanya tentang tawaduk. Ia berkata, Engkau tunduk kepada kebenaran dan mengikutinya walaupun kamu dengar daripada seorang anak kecil dan orang yang paling bodoh yang pernah kamu jumpai.
Merendah Diri Sesama Mukmin
Seseorang Mukmin saling merendah diri sesamanya, dan perkara sebegini merupakan sifat daripada calon-calon penghuni syurga. Sebagaimana firman Allah: (Surah Al-Syu’ara ayat 215) Bermaksud: “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.”
Kerendahan seorang Mukmin terhadap dirinya mencerminkan kemenangannya. Tabiat diri akan selalu menyenangi kekuasaan dan kemenangan terutamanya terhadap orang-orang yang lemah. Tetapi, orang-orang yang beriman sentiasa melawan hawa nafsunya dan selalu berusaha untuk mengawasi dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Maka, mereka akan merendahkan dirinya terhadap saudara-mara sebagai tanda kasih sayang, kelembutan dalam berinteraksi dan keramahan ketika bertutur kata.
Seorang Mukmin juga mengasihi dan mencintai sesama Mukmin. Ia akan merasa serba salah dan cemas apabila saudaranya ditimpa musibah atau kesulitan. Nabi s.a.w bersabda: Saya telah memulai solat dan ingin memanjangkannya, kemudian saya mendengar tangisan anak maka saya percepat solat saya, kerana saya tahu betapa cemas ibu mendengar tangisan itu.
Tegas Terhadap Orang Kafir
Seorang Mukmin tegas dan keras terhadap orang kafir, sebagaimana firman Allah: (Surah Al-Fath Ayat 21) Bermaksud: “Dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” Seseorang mengangkat kepalanya terhadap orang kafir dengan tanpa rasa takut dan gentar kerana mereka tahu asal usul mereka semuanya berasaskan daripada Al-Quran dan mereka percaya sumber kekuatannya berasal daripada Allah dan keteguhannya juga daripada Al-Quran.
Memiliki Akhlak Yang Mulia
Akhlak yang mulia adalah kesempurnaan iman. Nabi s.a.w menyebutkan bahawa seorang Mukmin yang paling sempuna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya. Orang Mukmin selalu menampakkan wajah yang cerah, sentiasa berusaha tersenyum walau dalam bagaimanapun keadaanya. Nabi s.a.w bersabda: ”Janganlah engkau menganggap rendah kebaikan, meskipun sekadar tersenyum kepada saudaramu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ia selalu mempelihatkan sifatnya yang baik dari segi pertuturan dan tingkah laku hinggakan manusia senang berkumpul dan bersahabat dengannya. Tutur katanya menyenangkan hati orang yang mendengarnya, lemah lembut, tidak keras dan tidak kasar. Mudah bergaul dengan orang lain dan tahu bila waktu untuk serius dan bila masanya waktu untuk bergurau senda. Gurauannya pula tidak menyakiti dan tidak bergurau selain daripada kebenaran, sebagaimana kebiasaan Rasulullah s.a.w yang selalu berlapang dada.
Sabda Nabi s.a.w: “Allah mengasihani seorang yang berlapang dada, ketika membeli, menjual, serta meminta.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)
Orang-orang Mukmin menjaga dirinya, tidak mudah untuk menceburi perkataan dan perbuatan yang keji kerana mereka tahu semua itu tiada sebarang faedahnya malah mengundang dosa. Mereka memilih kata-kata yang baik seperti memilih buah-buahan yang baik untuk dimakannya agar tidak mencemari diri. Mereka menggunakan pertuturan yang baik sehingga tidak menyakiti hati orang lain dengan tidak menggunakan kata-kata yang kasar. Sifatnya sebagaimana sabda Nabi: “Seseorang Mukmin tidak menuduh, melaknat, tidak berkata kotor, dan tidak mencela.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
Ia selalu berbuat baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap hari di mana matahari terbit, berbuat adil diantara dua orang adalah sedekah, menolong seorang mengangkatnya adalah sedekah, kalimat yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk melakukan solat adalah sedekah dan membuang duri daripada jalan adalah sedekah.: (Muttafaq ‘alaih)
Bersaudara Kerana Islam. Seorang Mukmin bersaudara kerana Allah, mereka tidak mencintai saudaranya melainkan perasaan cinta yang diredhai Allah. Ia menghilangkan kepentingan duniawi dan perbadinya demi persahabatan dan cinta terhadap saudaranya, sehingga ia layak dicintai Allah.
Nabi s.a.w menyebutkan bahawa seseorang yang mengunjungi saudaranya di tempat lain, maka Allah mengutus malaikat di dalam perjalanannya dan ketika bertemu malaikat bertanya, “Hendak ke mana engkau? Ia menjawab, saya ingin mengunjungi saudara saya di desa ini. Kemudian malaikat bertanya lagi, Apakah engkau mempunyai maksud ingin merasakan kesenangan darinya? Dia menjawab, Tidak, saya hanya mencintainya hanya kerana Allah.” Lalu malaikat berkata, “Ketahuilah, saya diutus oleh Allah untukmu agar memberitakan bahawa Dia mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu kerana-Nya.”
Seorang Mukmin selalu setia kepada saudaranya, tidak berubah walaupun zaman semakin hari semakin banyak perubahannya. Seorang Mukmin juga tindak meninggalkan sedaranya walau terdapat manusia berpaling terhadap mereka. Rasulullah s.a.w telah menghormati seorang perempuan tua yang mengunjunginya dan berkata: “Dia pernah mengunjungi kami ketika Khadijah masih hidup dan ketahuilah, hubungan yang baik sebahagian daripada iman.” (Hadis Riwayat Hakim)
Seorang Mukmin mengutamakan kepentingan saudaranya daripada kepentingan diri sendiri kerana cinta dan setianya terhadap saudaranya. Ketika perang Yarmuk, Ikrimah dan para sahabatnya diberikan air, tetapi setiap sahabat memerintahkan untuk membeikan kepada sahabatnya yang lain, meskipun dia terluka dan memerlukan air, sampai semuanya meninggal dan tidak seorang pun yang meminum air tersebut. (Mukhtasar Ibnu Katsir jil. III: 474).
Ciri-Ciri Ibu Solehah
Di samping tugasnya sebagai suri rumah tangga, wanita Islam juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan dalam Islam bukanlah sekadar menjadi seorang isteri, mengandung, melahirkan serta mengasuh anak kerana sifat yang sedemikian tidak terdapat pada seorang ibu Islam. Keibuan dalam Islam ialah mempunyai jiwa dan perasaan sebagai seorang ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan diri sendiri, kasih terhadap anak-anak bahkan sanggup bersusah payah melaksanakan kerja-kerja dalam urusan rumah tangga.
Keibuan dalam Islam juga bererti mengukuhkan kedudukan keluarga yang menjadi asas pembentukan generasi Islam dalam lingkungan keluarga. Peranan keibuan adalah amat penting kerana ibu adalah di antara orang yang mencorak dan membentuk anak-anaknya.
Seorang ibu yang solehah ialah ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anaknya dengan rasa keghairahan dan harapan untuk menanam dan mempertahankan konsep kehidupan Islam. Begitu juga dengan harapan agar anak-anaknya kelak akan menjadi orang yang bertindak untuk mendakwahkan agama Allah s.w.t. Malahan ia akan berusaha sedaya upaya mengasuh dan memujuk akan anak-anaknya supaya benar-benar berpegang dan mentaati ajaran-ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Adalah menjadi tugas seorang ibu Islam apabila anaknya sudah pandai bertutur, mengajarkannya ucapan syahadat dan ucapan-ucapan lain yang baik-baik yang banyak diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis-hadisnya. Apabila anak itu sudah pandai berdiri diajarkan pula mengikutinya menunaikan solat. Lama-kelamaan, hasil pendidikan yang semacam ini akan melahirkan anak-anak yang taat mengerjakan ibadah apabila dewasa.
Di samping itu, para ibu hendaklah menekankan kepada anak-anak mereka betapa pentingnya akhlak yang mulia dalam kehidupan mereka. Tujuannya ialah agar apabila dewasa kelak, mereka (anak-anak) akan menjadi manusia yang berakhlak mulia. Sehubungan dengan ini juga, Rasulullah s.a.w. menyebut, ”Tiada suatu pemberian yang lebih baik dari seorang bapa (termasuk ibu) kepada anaknya selain adab yang baik (akhlak mulia).” (Tarikhul Bukhari)
Sekiranya anak-anak sudah pandai membaca, ibu hendaklah mengajarkan mereka membaca Al-Quran serta mengawasi mereka dari membaca bahan-bahan bacaan atau media massa yang menganjurkan kefahaman tentang kebendaan dan anti keagamaan.
Ibu yang solehah sudah tentu tidak akan sekali-kali redha jika anak-anaknya dihantar ke sekolah-sekolah pendakyah Kristian atau sekolah-sekolah yang menjalankan dasar pendidikan sekular. Sekolah-sekolah seumpama ini hanya akan mengajar dan menanamkan pemikiran-pemikiran ke atas anak-anak untuk memisahkan diri dengan cara hidup beragama seberapa mungkin. Bahkan amat dititikberatkan ialah untuk melahirkan individu yang jiwa dan pemikirannya berfaham dan bertuhankan kebendaan.
Sungguhpun tugas wanita Islam dalam lingkungan urusan rumah tangga, namun peranan mereka tidak kurang pentingnya dengan suami mereka di luar rumah. Apa yang perlu difahami ialah wanita Islam dibenarkan berperanan di luar rumah hanya dalam urusan sesama wanita dan keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh syarak.
Peranan Dalam Pembentukan Generasi Islam
Seorang wanita Islam di samping tugasnya sebagai isteri kepada suaminya, juga memainkan peranan yang penting kepada pendidikan anak-anaknya. Ia juga berperanan mengasuh, memelihara serta mendidik anak-anaknya agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Pernah diingatkan oleh beberapa sarjana ahli kaji masyarakat Muslim bahawa pembinaan keluarga Islam yang teratur adalah berdasar kepada empat prinsip. Empat prinsip tersebut ialah:
Kehidupan kekeluargaan merupakan buaian kepada masyarakat manusia yang akan melahirkan suatu rupa bentuk rumah tangga yang sebenar, sihat sejahtera kepada ibu bapa dan perkembangan anak-anak. Kehidupan kekeluargaan juga merupakan pengawal kepada naluri perkelaminan manusia serta memimpinnya kepada saluran yang sihat. Kehidupan kekeluargaan merupakan tempat untuk menyuburkan nilai-nilai kemanusiaan seperti kasih sayang dan belas kasihan. Kehidupan kekeluargaan juga sebagai tempat perlindungan dari segala macam kesusahan yang menimpa manusia.
Dalam pembentukkan keluarga Islam dengan harapan untuk melahirkan generasi Islam akan datang, para ibu bapa Islam hendaklah menyedari bahawa kehidupan dunia hari esok adalah bergantung kepada corak dan rupa bentuk yang mereka lakukan terhadap anak-anak mereka hari ini.
Para ibu Islam perlu faham bahawa Islam telah memberikan penghormatan yang cukup tinggi terhadap para ibu yang sanggup bersusah payah mendidik, mengasuh serta memelihara anak-anaknya sehingga menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang. Kerana dengan berkat asuhan dan didikan yang diberikan oleh para ibu Islam terhadap anak-anaknya itu akan menjadikan anak-anaknya itu sebagai para mukmin dan mukminat pada masa akan datang.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. banyak menceritakan tentang ketinggian darjat para ibu Islam, iaitu para ibu Islam yang taat kepada Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada suaminya yang soleh. Ibu-ibu seperti inilah diharapkan akan dapat memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak yang berada di bawah jagaannya.
Sesungguhnya sejarah kemanusiaan telah membuktikan bahawa kemuliaan dan ketinggian seseorang itu adalah di bawah asuhan serta didikan para ibu mereka. Oleh kerana itu amat wajar sekali bagi anak-anak untuk menghormati, berbuat baik (ihsan) serta berkhidmat kepada ibu mereka. Sehubungan dengan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadisnya, ”Syurga itu terletak di bawah telapak kaki para ibu.” (Riwayat Imam Ahmad)
Dari keterangan ini menunjukkan betapa tinggi dan betapa pentingnya peranan para ibu Islam dalam pembentukkan masyrakat Islam. Islam telah menjelaskan bahawa seorang ibu yang solehah, ialah ibu yang membesarkan, memelihara, mengasuh serta mendidik anak-anaknya dengan suatu rasa keghairahan dan harapan untuk menanam dan mempertahankan ajaran Islam. Begitu juga dengan penuh harapan agar anak-anaknya itu dewasa kelak akan menjadi para da’ei sebagai pelapis kepada perjuangan yang ada.
Published on September 12, 2013 19:28
Kemuliaan Wanita Solehah
SMAHADZIR
TITIK permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam ke atas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada fitrahnya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.
Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w mengenai ayat 34 surah at-Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah s.a.w bersama para sahabat, maka sebahagian para sahabat berkata: “Telah ada ayat yang turun mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain yang lebih utama maka kami akan mengambilnya.” Rasulullah bersabda: “Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri mukminah yang mengukuhkan iman suaminya.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertakwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah.” Rasulullah s.a.w juga bersabda: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah.”
Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita solehah: “Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan baik.”
Sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu berkahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain).”
Jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh kaum Muslimat tentang jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu: “Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).”
Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah s.a.w. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Saiyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha’labah.
Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum Muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.
Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti ‘si solehah’ yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti ‘si solehah’ yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.
Wanita Solehah Idaman Lelaki
1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik
Nafsu mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara. Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah, taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa. Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang Pada Agama
“Dikahwini wanita itu kerana empat perkara iaitu: kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama.”
6. Dari Keturunan Yang Baik-Baik
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana takwa menjadi darjat kemuliaan di sisi Allah.
7. Bijaksana
Saiyidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2,210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak Mempamerkan Keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami Lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja saja. Mementingkan diri sendiri Tak ingat nak balik rumah Tak habis-habis layan kawan... kawan… kawan! Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!” Yang sebenarnya berlaku: “Di pejabat, bos sambung meetinghingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat Isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.”
11. Tidak Terlampau Cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (Al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk Mata Memandang
Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.
13. Pandai Menaikkan Semangat Dan Bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai Persamaan Yang Bermakna
Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata, “Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama.” Ketika burung itu terbang, beliau melihat kedua-duanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata, “Sebab itulah burung itu dapat bersatu.”
16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan Diri
Keyakinan diri merupakan satu sifat yang mampu menaikkan lagi semangat terutama dalam menguatkan kemimanan kepada Allah s.w.t.
19. Mempunyai ‘Body Language’ Yang Baik
Maksud ‘body language’ di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.
Darjat Wanita Solehah
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t di akhirat, tetapi Allah s.w.t akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1,000 lelaki jahat. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan kata-kata Bismillah, Allah s.w.t akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai sambil berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah. Wanita yang memerah susu binatang dengan kata-kata Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah s.w.t dan orang yang takut akan Allah s.w.t diharamkan api neraka atas tubuhnya. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Barang siapa mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga. Daripada Aisyah: “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.” Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Apabila memanggil engkau oleh dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan ditemaninya (serta menjaga solat dan puasa). Perempuan apabila bersolat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Aisyah r.a berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah: “Ibunya.” Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah s.w.t dengan penuh rahmat. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah s.w.t dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah s.w.t mengurniakannya satu pahala haji. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah s.w.t akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t memberi 12 tahun pahala ibadah. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam Syurga.
Wanita Solehah Permata Suami
Allah s.w.t mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah s.w.t serta tahu akibatnya.
Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah s.w.t yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk paling taat serta tidak langsung membantah segala ketetapan dan perintah Allah s.w.t. Sementara haiwan melata diberikan nafsu tanpa keupayaan akal sofistikated, sehingga mereka hanya mampu bertindak menuruti keperluan nafsu syahwat semata-mata.
Individu yang memilih jalan ketakwaan, ketaatan dan keimanan akan mendapat kemenangan serta kejayaan besar. Sementara mereka yang memilih dengan penuh sedar jalan kefasikan, kemungkaran dan kemunafikan, akan menempa azab sengsara yang berkekalan.
Firman Allah s.w.t: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiannya). Maka (Allah s.w.t) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya: dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.” (surah Asy-Syams, ayat 7-10)
Dengan penuh kasih sayang Allah s.w.t, diberikan petunjuk kepada manusia melalui perutusan para Rasul dan Nabi yang membawa kitab petunjuk, panduan menerangi jalan kehidupan. Maha adil Allah s.w.t yang memberikan peluang terbuka seluas-luasnya untuk manusia membuat pilihan mereka. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Berkuasa memaksa kita menyembah zat-Nya yang Maha Tinggi dan Mulia, namun Dia lebih suka hamba-Nya menyerahkan diri mereka serta kembali kepada-Nya dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
Tiada bezanya jalan ketaatan seorang wanita dan seorang lelaki yang mahu mencapai status soleh dan solehah di sisi Allah s.w.t. Mereka mestilah memastikan dua suntikan ini mampu dilaksanakan terlebih dulu. Pertama, menyuntik akal dengan ilmu pengetahuan yang sahih dan benar, manakala yang kedua, menyuntik hati dengan iman serta takwa kepada Allah s.w.t.
Seorang wanita mestilah mencapai tahap kecerdasan dan kecerdikan yang tinggi untuk meraih gelaran solehah. Dia akan mencari-cari dan mengutip semua permata ilmu berharga di mana saja dia menemuinya. Motivasi tinggi mendorong wanita solehah menggunakan potensi akal yang luar biasa dalam menentukan keputusan kritikal. Wanita solehah bukan seorang yang sekadar menurut membabi buta, perempuan biasa yang tiada minat kepada ilmu pengetahuan dan penambahbaikan diri.
Dia tidak boleh menumpang tuah suami atau bapanya yang tersohor dengan perilaku dan amalan soleh selama ini. Belum tentu dia boleh diterima secara automatik masuk ke Jannah Allah s.w.t kerana sudah puluhan tahun menjadi isteri mithali kepada suami yang terkenal soleh dan warak.
Wanita harus mampu menggerakkan akalnya dengan berfikiran kritis dan sentiasa menagih penjelasan bagi setiap yang kabur dan belum difahaminya. Akalnya tajam, pemerhatiannya mendalam dan kesimpulannya mengagumkan. Penuh keyakinan diri, wanita cerdik yang solehah mampu menganalisa situasi dengan objektif dan tidak semata-mata dipengaruhi emosi yang dangkal.
Dia menyedari tugas dan peranan sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini memerlukannya keluar dari zon selesa, menjalankan fungsinya dengan efektif di samping memberi manfaat sebanyak mungkin kepada orang lain. Kepintaran wanita solehah menguruskan kehidupannya dan keluarga memberi nilai tambah yang tiada bandingannya kepada suami, anak serta keluarganya. Dia bijak membahagikan masa, ruang dan peluang 24 jam sehari semalam yang dikurniakan Allah s.w.t untuk kebajikan manusia yang lain.
Ayuh, tingkatkan keazaman di hati untuk menjadi wanita cerdik yang solehah, yang akan menjadi obor penerang kemajuan wanita Muslim, di mana juga mereka berada.
Kelebihan Untuk Wanita Solehah
Bila dikatakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba-serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan ‘Ahli Dunia’ akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan ‘Ahli Dunia’ akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga.
Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan diberi tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.
Kaum perempuan diberi kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah s.w.t ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya.
Manakala bagi seorang yang telah berkatwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.
Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga.
Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.
Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya dikikis dan dibersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula dihantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat.
Akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka pada hari pertemuan paling bererti di syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, “Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu.”
Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah ditentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.
Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung atau marah maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami dengan berkata: “Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kepada kemarahan Allah s.w.t ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami kami pula.”
Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan menghadapi tempoh perkahwinan dan perkelaminan yang paling nikmat dan lazat.
Perkelaminan mereka tidak akan pernah digugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan, tanpa dihambat oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan kesejahterasan para penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi.
lnilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah s.w.t. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.
Published on September 12, 2013 19:27
Aurat Dan Tugasan Wanita Solehah
SMAHADZIR
SESUNGGUHNYA dari Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wanita itu seluruhnya aurat.” (hadis riwayat Thabrani)
Aurat, menurut bahasa adalah sesuatu perkara yang ‘memalukan’ jika diperlihatkan. Boleh juga disebutkan bahawa aurat adalah sesuatu yang menjadi keaiban atau tercela apabila diperlihatkan. Maka seseorang yang menampakkan auratnya di hadapan orang lain adalah mereka yang tidak memiliki rasa ‘malu’ atau mereka yang memiliki aib.
Allah s.w.t berfirman, “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri kaum mukminiin, hendaklah mereka memanjangkan jilbab mereka ke seluruh tubuh. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah al-Ahzab: 59)
Syeikh Rasyid Ridho dalam kitabnya Nida Lil Jins al-Lathif menerangkan latar belakang turunnya ayat ini bahawa sebelum ayat ini diturunkan, wanita mukminaat biasanya memakai pakaian seperti lazimnya wanita-wanita bukan Islam pada masa jahiliyyah, iaitu terbuka leher dan sebahagian dada-dada mereka. Hanya sesekali sahaja mereka memakai jilbab, itu pun tidak semua.
Jilbab adalah sejenis pakaian luar yang menutupi anggota badan. Jika mereka rasa perlu mereka memakainya tetapi jika tidak perlu maka mereka tidak akan memakainya. Orang-orang yang gemar mengusik lantas mengganggu mereka kerana wanita-wanita itu disangka hamba sahaya. Sebab kebiasannya hamba sahayalah yang sengaja memperlihatkan aurat mereka.
Kebiasaan itulah yang dijadikan alasan kaum munafiqin untuk mengganggu wanita mukiminah termasuk isteri-isteri Nabi s.a.w. Mereka beralasan bahawa mereka sangka wanita-wanita itu adalah hamba sahaya. Kerana itu Allah s.w.t memerintahkan kepada seluruh wanita mukminaat supaya mememanjangkan jilbab-jilbab mereka dengan menutup kepala dan leher hingga ke dada mereka. Dengan demikian mereka dapat mengenali bahawa wanita-wanita yang memakai jilbab adalah wanita-wanita mukminaat.
Menutup aurat bagi wanita adalah hikmah daripada Allah s.w.t untuk menyelamatkan kaum wanita dari bahaya fitnah. Sebagaimana ditegaskan oleh Umar ibnu al-Khattab r.a, beliau berkata, “Bertakwalah kepada Allah, Tuhan kalian semua dan jangan biarkan isteri dan anak perempuan kalian mengenakan pakaian Qibthi, kerana sekalipun tidak nipis namun ia dapat membangkitkan rangsangan dan mengundang fitnah.” (Tarikh at-Thabari, 4/215)
Dr Anwar Jundi menulis bahawa Islam menekankan supaya wanita melindungi diri dengan cara memakai pakaian yang menutup seluruh tubuhnya. Mengharamkan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya dan apa saja aktiviti yang akan mendatangkan maksiat. Usaha-usaha ini adalah untuk menyelamatkan wanita Islam dari fitnah dan juga menyelamatkan masyarakat daripada fitnah wanita.
Beliau menambah bahawa dengan berbagai cara pula musuh-musuh Islam mempropagandakan ‘bugilisme’. Mereka mencanangkan falsafah buruk yang keluar dari norma-norma masyarakat. Mereka menciptakan rancangan pakaian yang tidak dapat dibezakan yang mana pakaian lelaki dan yang mana pakaian wanita. Sehingga sudah tidak ada lagi batas-batas yang memisahkan antara pakaian lelaki dan wanita. Akibatnya perbuatan haram pun berkembang iaitu wanita kelihatan seperti lelaki atau lelaki kelihatan seperti wanita. Ini kerana dipengaruhi oleh fesyen pakaian.
Berjilbab
Allah s.w.t berfirman, “Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya.” (SURAH an-Nuur: 31)
Dengan beralasan demi kecantikan dan rasa malu sekiranya menutup aurat, ramai kaum wanita mengatakan, ‘belum waktunya untuk menutup aurat.’ Padahal waktu demi waktu, mangsa-mangsa akibat kelalaian menutup aurat sudah berleluasa di mana-mana. Tidak mengenal siapa, pemuda atau pemudi, orang dewasa atau orang tua, anak-anak pun telah menjadi mangsa panah-panah beracun iblis laknatullahtersebut.
Dalam kepentingan menutup aurat ini, marilah kita menyemak beberapa hadis lagi yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabatnya.
Rasulullah s.a.w ketika memerintahkan kaum wanita untuk keluar melakukan solat Hari Raya, mereka (para wanita) berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w, salah seorang daripada kami tidak mempunyai jilbab.” Maka jawab Rasulullah s.a.w, “Haruslah saudarinya meminjamkan jilbabnya.” (hadis riwayat Bukhari, Muslim)Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang mengeluarkan kakinya ke bawah kerana sombong, Allah tidak akan melihat kepalanya pada hari kiamat.” Ummu Salamah r.a bertanya, “Apa yang harus wanita buat dengan baju panjangnya?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Mereka hendaklah melebihkan lebih kurang sejengkal.” Ummu Salamah berkata lagi, “Kalau demikian akan terbuka tapak kaki mereka.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Mereka harus melebihkan dalam satu hasta dan jangan ditambah lagi.”A’isyah r.a berkata, “Ada serombongan penunggang unta melewati kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah s.a.w, maka ketika rombongan itu datang kepada kami, maka kami menutup muka kami dengan menjulurkan jilbab kami dari kepala dan apabila rombongan itu telah berlalu maka kami pun buka kembali wajah kami.” (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah)Hafizd Ibnu Hajar r.a berkata bahawasanya Umar ibnu Khattab r.a pernah di ingatkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya, “Berilah pakaian yang menutupi wajah isteri-isterimu.”Rasulullah s.a.w pernah menegur dua orang isterinya, Maiymunah dan Ummu Salamah ketika masuknya Abdullah ibnu Ummiy Maktum, ‘‘Pakailah hijab.” Kemudian mereka berkata, “Abdullah ibnu Ummiy Maktum itu buta.” Maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah kamu berdua juga buta, bukankah kamu berdua dapat melihat?’’Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu:
Suaru kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang dipukul pada manusia. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka itu telanjang, jalannya lenggang-lenggok, sanggul mereka seperti punuk-punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk ke Syurga dan tidak akan mencium baunya padahal sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium dari jarak perjalanan sejauh sekian-sekian.” Dalam riwayat lain disebut, “Dan sesungguhnya tercium dari jarak perjalanan sejauh 500 tahun.’’ (hadis riwayat Muslim)
Aturan Busana Muslimah
Dalam hal ini ada beberapa aturan bagi kaum wanita solehah dalam berpakaian, agar tidak termasuk dalam golongan, ‘Yang berpakaian tetapi sesungguhnya mereka itu telanjang: iaitu berpakaian hendaklah:
Tidak terlalu nipis sehingga terlihat bahagian badan dari luar. Tidak terlalu ketat sehingga membentuk tubuh badan. Tidak memakai wangi-wangian. Tidak menyerupai pakaian lelaki. Tidak menyerupai fesyen pakaian orang-orang kafir. Tidak untuk menyombongkan diri atau bermegah-megah.
Fungsi pakaian itu sendiri adalah untuk menutup aurat, maka apalah ertinya pakaian sekiranya tidak menutup aurat dalam cara pemakaiannya? Untuk itulah ia dinamakan sebagai ‘wanita yang berpakaian tetapi sesungguhnya mereka itu telanjang.’
Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang memakai pakaian untuk menyombongkan diri, nescaya pada hari Kiamat Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan kepadanya.’’ (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an Nasaa’i)
Seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a tentang pakaian apa yang dia pakai, maka Ibnu Umar r.a berkata, “Pakaian yang biasa aku pakai adalah yang tidak dihinakan orang-orang bodoh dan tidak dicela orang-orang cendikiawan’’. (Iaitu tidak terlalu jelek dan tidak terlalu menjolok mewahnya). Jadi pertengahan antara keduanya.
Menutup Wajah
Wanita solehah selayaknya memiliki rasa malu yang tinggi dan memahami batasan-batasan aurat tubuhnya yang seharusnya tidak diperlihatkan kepada sebarangan orang. Wajah wanita sudah pasti adalah salah satu darinya. Kerana dari wajahlah yang paling dahulu memberikan godaan. Wajah yang menarik akan mudah menggoda kaum lelaki.
Thabrani meriwayatkan bahawa Allah s.w.t telah memerintah kepada kaum mukminaat jika mereka hendak keluar dari rumah kerana sesuatu hajat, maka hendaklah mereka menutup jilbab atau furdah ke wajah mereka dari atas dan menampakkan sebelah matanya.
Ibnu Jarir meriwayatkan: Aku bertanya kepada Ubaiydah ibnu Haris tentang firman Allah: “Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya.” (surah an-Nuur: 31), beliau menjawab sambil memperagakan dengan pakaiannya. Ia menutup kepala dan wajahnya dan menampakkan sebelah matanya.
Allamah Abu Bakar al-Jasyhsyah mengatakan bahawa di dalam ayat ini terdapat sebuah dalil bahawa seorang wanita diperintahkan untuk menutup wajahnya agar tidak dilihat oleh lelaki asing, menampakkan jilbabnya dan menjaga kehormatannya ketika keluar rumah.
Al-Qadhi Baidhawi mengatakan dalam menafsirkan, “Hendaklah menjulurkan jilbabnya ‘iaitu hendaklah mereka menutup wajahnya dan tubuh badan mereka dengan jubah mereka jika mereka hendak keluar untuk sesuatu hajat.”
Said Ibnu Musaiyyid mengisahkan pertanyaan Saiyidina Ali ibnu Abi Thalib r.a kepada Fathimah r.a tentang manakah wanita-wanita yang baik? Fathimah r.a menjawab, “Iaitu wanita yang tidak mahu dilihat lelaki dan tidak mahu melihatnya.” Saiyidina Ali r.a pun menanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w, yang dijawab oleh Baginda s.a.w bahawa Fathimah r.a adalah darah daging Baginda.” (Maksudnya bahawa jawapan Fathimah r.a sama seperti jawapan Rasulullah s.a.w).
Jumhur ulama mujtahid yang dipimpin oleh Asy-Syafi’e Hanbali dan Maliki menyatakan bahawa ‘wajah adalah aurat’ kecuali para fuqaha daripada Hanafiyyah yang membolehkan membukanya dengan syarat jika tidak ada fitnah. Sedangkan perkataan-perkataan yang menjadikan hadis Fadhal Ibnu Abbas yang membonceng Rasulullah s.a.w ketika haji wadaa lalu dia melihat wajah wanita yang lalu di hadapannya, kemudian Nabi s.a.w memalingkan wajah Fadhal Ibnu Abbas.
Mereka mengambil dalil dari hadis ini, “Sekiranya wajah itu aurat tentu wanita itu menutup wajah mereka sehingga Fadhal tidak melihat mereka.” Jumhur ulama menjawab hal ini dengan mengatakan bahawa:
Sangat jelas dinyatakan dalam hadis tersebut bahawa kejadian itu berlangsung ketika haji wadaa’ ketika mereka sedang berihram. Sedangkan dalam ihram para wanita dilarang menutup wajah dan tangannya. Kaum wanita pada zaman Nabi s.a.w telah terbiasa memakai tutup wajah dan tangan mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w melarang hal itu dilakukan ketika berihram.
Bahkan dalam al-Muwattha’Imam Malik, diriwayatkan bahawa Fathimah Binti Munzir berkata, “Pernah kami menutup wajah dalam ihram ketika itu kami bersama Asma’ binti Abu Bakar. Dia tidak menyalahkan perbuatan kami.”
Dalam Fathul Bari diriwayatkan dari A’isyah r.a, ‘‘Hendaklah wanita mengeluarkan jilbabnya dari atas kepalanya hingga wajahnya.”
Dalam kitab Ash-Shihah diriwayatkan bahawa ada seorang Muslimah mengerjakan urusannya di pasar Bani Qainuqa’, wanita Muslimah ini memakai jilbab. Lalu seorang lelaki Yahudi menyekatnya, mengejek dirinya dan jilbab yang dipakainya. Yahudi itu memaksanya untuk membuka wajahnya tetapi wanita itu menolak dan menjerit meminta tolong. Maka salah seorang kaum Muslimin menyerang Yahudi itu dan membunuhnya.
Untuk itulah Rasulullah s.a.w bersabda, “Memandang itu bagaikan anak panah beracun daripada iblis.” (hadis riwayat Thabrani)
Nabi Isa a.s juga ada berkata, “Takutlah akan memandang kerana memandang akan menimbulkan syahwat dalam hati. Dan cukuplah memandang wanita itu sebagai fitnah.”
Imam Mujahid pernah berkata, “Jika ada seorang wanita yang datang, maka duduklah iblis di kepalanya. Lalu iblis meriaskan wanita itu dari pandangan orang yang melihatnya. Jika wanita itu membelakang, maka iblis laknatullah akan duduk di punggungnya dan menghias wanita itu dari pandangan orang yang melihatnya.”
Bersabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya iblis yang terlaknat berkhutbah kepada para syaitannya, ‘Hendaklah kalian menggoda manusia dengan khamar dan segala sesuatu yang memabukkan dan dengan wanita. Sesungguhnya aku tidak mendapati suatu kumpulan kejahatan kecuali di dalamnya.” (hadis riwayat Hakim).
Rumah Wanita Solehah
Allah s.w.t berfirman, “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka.” (surah at-Tolaqq: 1)
Allah s.w.t berfirman lagi, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu.” (surah al-Ahzab: 33)
Syaikhul Hindi berkata mengenai ayat Al-Quran di atas bahawa ayat tersebut dilafazkan kepada para isteri Rasulullah s.a.w tetapi ia juga ditujukan kepada wanita mukminaat seluruhnya. Sedangkan untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w mempunyai peraturan lebih khusus lagi yang berbeza dengan wanita umumnya.
Anjuran ini begitu keras, mengingatkan begitu pentingnya pengaruh wanita dalam kehidupan bermasyarakat kerana pergaulan dan tingkah laku wanita akan memberi kesan pada lingkungannya. Sehingga syaitan laknatullah mewarnai kesan itu dengan kesan yang buruk dan jahat.
Syeikh Muhammad Sulaiman mengatakan bahawa untuk melaksanakan aturan Allah ini. Islam membebaskan wanita daripada semua kewajipan yang berkaitan dengan urusan di luar rumah. Sehingga mereka tidak wajib menunaikan solat Jumaat, berjihad, menyertai jenazah dan sebagainya.
Seorang wanita dapat mengubah rumahnya menjadi syurga yang agung atau neraka yang menyala. Justeru itu, Islam menghendaki agar para wanita solehah merasakan dan menjadikan empat penjuru rumahnya adalah syurga baginya. Di situlah tempat yang hakiki bagi wanita solehah, di situlah dia meniti jalan dan membangun cita-cita menuju redha Ilahi.
Keutamaan Rumah Bagi Wanita
Rumah adalah tempat tinggal yang sesuai dengan tabiat fitrah wanita. Kewujudan wanita di dalam rumahnya adalah merupakan benteng pertahanan yang dapat menjauhkan dirinya daripada berbagai macam fitnah dan cubaan. Sesiapa yang tidak bersependapat dengan ini bererti dia bertentangan dengan fitrah dan tabiat kejadian manusia. (Huququl Mar’ah)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sedekat-dekat keadaan seorang isteri atau wanita kepada wajah Tuhannya adalah apabila dia berada pada bahagian terdalam dari rumahnya. Sesungguhnya solatnya di teras rumahnya adalah lebih utama daripada solatnya di dalam masjid. Solat di dalam rumah adalah lebih utama daripada solat di teras rumahnya.” (hadis riwayat Ibnu Hibban)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi , “Wanita itu seluruhnya aurat. Sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya maka syaitan akan bersamanya, dan sesungguhnya tempat paling mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t adalah di sudut rumahnya.” (hadis riwayat Thabrani)
Tinggal di rumah adalah satu nikmat yang besar bagi seseorang wanita yang solehah. Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang di suatu pagi tinggal dalam keadaan aman di dalam rumahnya, sihat tubuh badannya dan dia mendapati persediaan makan pada hari itu, maka seolah-olahnya dia telah dikurniakan dunia dengan segala isinya.” (hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Syeikh Muhammad ibnu Abdullah mengatakan bahawa rumah bagi kaum wanita adalah hijab daripada berbagai macam fitnah. Akan tetapi yang dimaksudkan hijab di sini tidak seperti gambaran-gambaran orang bodoh, iaitu membelenggu wanita di dalam rumah, sehingga tidak boleh menghirup udara segar dan harus menjauhi segala aspek kehidupan.
Yang dimaksudkan menetap di rumah bukan bererti setelah berkahwin lalu tidak boleh keluar sama sekali kecuali apabila sudah meninggal. Wanita tetap boleh keluar dari rumahnya dan boleh saja dilihat oleh lelaki-lelaki bukan mahramnya dan juga wanita juga boleh melihat lelaki-lelaki itu. Kerana hal-hal seperti itu harus berlaku dalam kehidupan tetapi semua itu mesti dilakukan menurut batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Lowe Brozo seorang cendiakawan mengatakan bahawa, kelemahan wanita menyebabkan serangan penyakit kepada dirinya berlipat kali ganda. Oleh kerana wanita merupakan sasaran berbagai macam penyakit. hal ini membuktikan bahawa kehidupan yang ideal bagi kaum wanita adalah di dalam rumah bukan di luar rumah.
Seorang wanita solehah sebenarnya akan berbangga diri dengan peraturan yang diberikan ke atasnya dalam masaalah rumah ini kerana wanita mempunyai tugas khusus yang istimewa berbeza dengan kaum lelaki. Ustaz al-Aqqad berkata, “Kalau tidak kerana adanya pengiringan kekurangan pada diri wanita, tentu akan merasa bangga terhadap kerajaan di dalam rumahnya dan sebagai orang yang membentuk generasi mendatang, yang tidak kalah bangganya dari kaum lelaki.” (Al-Falsafah Al-Quraniyyah)
Bahaya Keluar Rumah Bagi Wanita
Sesiapa sahaja yang menentang fitrah jelas akan menghadapi bahaya dan kesukaran. Syeikh Rasyid Ridha berkata di dalam bukunya, Nida’un lil-Jinsil lathif, “Siapa yang pernah membaca berbagai berita tentang berpergian pada masa ini dan melihat yang seringkali terjadi kerana lelaki-lelaki berkumpul dengan wanita dalam kenderaan dan di tempat-tempat penginapan. Tentunya ia boleh memahami hikmah larangan ini bahawa berpergian itu berlaku dalam jarak jauh mahupun dekat. Juga berlaku bagi wanita yang berpergian tanpa disertai mahramnya.’’
Wanita yang keluar rumah tanpa mengikuti ajaran agama seperti:
Memakai wangi-wangianTanpa izin dari suami atau ibu bapaTanpa diiringi dengan mahramnyaTidak menutup auratUntuk tujuan yang tidak diredhai oleh agamaTidak menundukkan pandanganTidak perbanyakkan zikir selama perjalanan.
Maka keluarnya wanita tersebut dari rumahnya akan membuatkan syaitan laknatullahbergembira dan mereka akan bersorak-sorai atas pemergiannya. Wanita seperti inilah syaitan akan mudah menggoda manusia. Memang ada arahan daripada Rasulullah s.a.w agar para suami jangan melarang kaum wanitanya untuk pergi ke masjid berdasarkan daripada hadis Rasulullah s.a.w, “Janganlah engkau melarang hamba-hamba Allah yang wanita mendatangi masjid-masjid Allah. Sedangkan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka.” (hadis riwayat Muslim)
Dalam Ahkamun Nisaa’, Ibnul Jauzi mengatakan bahawa seseorang yang rasa khuatir akan isteri atau saudara perempuannya terkena fitnah maka lebih baik dia melarangnya dari keluar rumah. Wanita sekarang tidak sama lagi dengan wanita dahulu. A’isyah r.a pun menyebutkan bahawa seandainya Rasulullah s.a.w melihat keadaan wanita sekarang, pasti Baginda s.a.w melarang dan mengharamkan wanita keluar rumah.
Ibnu Abbas menjawab pertanyaan Sa’ad ibnu ‘Ash tentang keadaan wanita sekarang, “Sebaiknya wanita terutama yang masih remaja tidak dibolehkan keluar mengerjakan solat Hari Raya, yang boleh hanyalah wanita yang telah berumur dan lanjut usia. Wanita-wanita tentu akan berdandan secantik mungkin dan seharum mungkin. Padahal Abu Hurairah r.a berkata tentang sabda Rasulullah s.a.w yang melarang wanita yang memakai wangi-wangian mengikuti solat jemaah.”
Usaha Musuh Untuk Menjauhkan Wanita Dari Rumah
Bermula daripada syaitan laknatullah yang sentiasa berusaha menggelincirkan orang-orang yang beriman dari jalan yang lurus, ditambah dengan usaha kaum yahudi dan nasrani yang sentiasa menginginkan kaum Muslimin mengikuti cara hidup mereka, maka berbagai macam rayuan dan godaan diarahkan kepada kaum wanita Muslimah agar mereka keluar dari rumah-rumahnya.
Dr Anwar Jundi menjelaskan bahawa usaha yang berbahaya dalam rangka menghancurkan masyarakat Islam adalah dengan cara mengeluarkan wanita dari rumahnya dari fungsi dan misinya dan membawa mereka terjun ke dunia pekerjaan pada siang hari dan pada malam hari. Memasuki dunia huru-hara sehingga tiada waktu tersisa untuk diberikan kepada anak-anak dan keluarganya. Akibatnya anak-anak kehilangan kasih sayang ibu.
Mereka hidup di bawah asuhan para pembantu dan mendapat air susu bukan daripada ibunya. Mereka mencari kasih sayang di sekelilingnya akan tetapi yang mereka dapat hanyalah kebengisan sehingga si anak berbalik memusuhi masyarakat dan lingkungannya. Mereka tidak memiliki keperibadian yang utuh. Perasaan untuk mencintai dan menyayangi juga menipis dan akibatnya parah apabila tidak adanya idola bagi anak-anak, tidak ada sikap keteladanan dari ayah dan ibunya. Maka anak-anak akan mengalami perasaan terasing, resah dan patah semangat.
Oleh kerana itu semangat kembalinya wanita Islam ke jalan Allah perlu disambut dan didukung dengan membentangkan jalan agar ia tahu fungsinya, tanggungjawab dan cabaran yang harus ia hadapi dengan harapan ia dapat menemui jalan yang benar, biasa mengenali kudratnya yang asli, beristiqamah menuju jalan Allah s.w.t.
Selanjutnya beliau menulis bahawa sebenarnya dorongan dasar kepada seorang wanita adalah sangat suka senantiasa menjaga dan membina keadaan rumahnya, dia ingin mencurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak dan suami. Dorongan ini sifatnya fitrah, akan tetapi kita masih sering menemui wanita yang enggan terhadap kehidupan rumah tangganya. Mereka terperangkap kepada strategi yang diterapkan oleh protokol Yahudi dan Zionis yang merayu kaum wanita untuk memberontak terhadap statusnya sebagai suri rumah tangga.
Salah satu propaganda mereka adalah ‘mengembalikan wanita ke dalam rumah tangga tidaklah mudah sebab usaha seperti ini bererti menentang arus masyarakat umum. Usaha serupa hanyalah merupakan langkah mundur ke belankang dan tidak akan diterima di mana-mana pun juga.’
Sebaliknya Islam menganjurkan agar wanita pandai menjaga diri dari fitnah. Sehingga Islam mengajarkan kepada kaum wanita untuk melakukan solat di rumah apabila dikhuatirkan terjadi fitnah dan itulah sebaik-baik tempat bagi kaum wanita.
Keizinan Wanita Keluar Rumah
Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu melarang isteri-isterimu mendatangi masjid dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka.” (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Allah s.w.t mengizinkan bagi kalian para wanita keluar dari rumah untuk keperluanmu.” (hadis riwayat an-Nasaa’i)
Ibnu Jauzi menulis bahawa wanita yang keluar rumah hendaklah selalu waspada. Memang dia mampu menyelamatkan diri namun orang lain sukar untuk menghindar daripada fitnahnya. Wanita yang terpaksa keluar haruslah:
Dengan izin suaminya. Berpakaian tidak menarik atau menjolok mata. Melalui jalan yang sepi bukan jalan orang ramaiPasar-pasar. Jangan berjalan di tengah jalan. Berhati-hati dengan suara.
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa setiap wanita membuka baju di luar rumahnya, maka terungkaplah hijab atau dinding antara dia dengan Tuhannya. Tetapi hendaklah diingatkan bagaimana para sahabat mentafsirkan bahawa suasana itu boleh berkehendakkan lain kerana melihat kebiasaan para wanita pada masa Bani Umaiyyah, yang suka menyalahgunakan kebolehan wanita pergi ke masjid. Maka A’isyah r.a berkata, “Andaikata Rasulullah s.a.w apa yang dilakukan para wanita ini tentu Baginda s.a.w akan melarang mereka mendatangi masjid, sebagaimana masjid itu juga dilarang dihadiri para wanita Bani Israil.”
Dibolehkan bagi kaum wanita untuk keluar rumah, tetapi dengan syarat mengikuti aturan syariat Islam demi menjaga daripada berbagai macam fitnah. Hal ini disiratkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya, “Sebaik-baik kaum lelaki adalah saf pertama dan seburuk-buruk saf kaum lelaki adalah yang paling akhir. Dan sebaik-sebaik saf kaum wanita yang akhir dan seburuknya saf kaum wanita adalah yang pertama.” (hadis riwayat Abu Daud, Bukhari, Ahmad)
Dalam Ahkamul Nisaa’, Ibnu Jauzi kembali mengingatkan bahawa apabila dikhuatirkan timbul hal-hal yang tidak diingini maka sebaiknya wanita dicegah keluar dari rumah. Wanita sekarang amat jauh berbeza dengan wanita dahulu. Wanita memang sumber godaan bahkan suaranya pun ada sebahagian yang berpendapat bahawa haram untuk didengar oleh kaum lelaki.
Az-Zubaidi menyatakan bahawa wanita itu dituntut untuk berkurung dalam rumah seperti ular yang terkurung dalam lubangnya bahkan Atha’ al-Khurasan memarfu’kan hadis bahawa wanita tidak diwajibkan mengucapkan salam ataupun menjawab salam.
Ahmad Ibnu Hanbal menguatkan hal itu bahawa dia pernah didampingi oleh seorang lelaki tiba-tiba isteri Ahmad bersin maka lelaki itu mengatakan kepadanya, “Yarhamakallah.” Ahmad pun menyahut, “Lelaki yang bodoh.” Juga diriwayat orang-orang dahulu bahawa jika ada lelaki mengetuk pintu sedangkan di rumah itu tidak ada seorang lelaki pun, si wanita diharapkan meletakkan tangan pada mulut dan mengeluarkan kata-kata mengejutkan supaya tidak menggoda.
Panduan Rumah Ideal
Disebabkan seorang wanita solehah lebih banyak menggunakan waktunya di dalam rumah maka selayaknya wanita solehah mengetahui beberapa kriteria dari rumah yang patut diwujudkan oleh wanita solehah, di antaranya iaitu:
a. Rumah Yang Penuh Dengan Amalan
Rasulullah s.a.w bersabda, “Jangan jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur. sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah.” (hadis riwayat Muslim)
Dan seperti yang telah diungkapkan oleh Syeikh Abdul Halim Hamid bahawa juga yang termasuk mendatangkan kebahagiaan bagi jiwa suami adalah ketika ia melihat isteri gemar membaca, menghafal dan merenungi Al-Quran. Demikian para Ummuhatul Mukminiin r.a sentiasa mendengar, membaca dan mengajarkannya.
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar dari kamarnya untuk solat Subuh, sementara Juwaiyriyyah r.a ada di tempat solatnya. Ketika Rasulullah s.a.w pulang setelah dhuha, Baginda mendapati isterinya masih duduk di situ. Lantas Rasulullah s.a.w berkata, “Engkau masih duduk seperti ketika aku meninggalkanmu tadi?”
Juwaiyriyyah berkata, “Ya!” Rasulullah s.a.w berkata, “Aku telah mengatakan kepadamu empat kalimah yang diucapkan tiga kali yang apabila kamu timbang dengan apa yang kamu baca semenjak tadi, akan menyamainya. Iaitu, “Subhaanallah, wa bihamdihi adada bikhalqihi, wa ridho nafsihi, wa zinata arsyihi, wamidada kalimatihi.” (Maha Suci Allah dan segala puji-Nya sebanyak makhluk-Nya, serela diri-Nya, setimbang Arsy-Nya dan sebanyak tinta kalimah-Nya)
Demikian juga sebagai wanita solehah hendaknya memperbanyakkan zikrullah, membiasakan wiris harian meskipun sedikit, terutama selepas Subuh dan petang hari. Lebih besar lagi rasa bahagia muncul saat-saat isteri membaca wirid selepas Subuh, kemudian mengajak suaminya yang baru pulang dari masjid ikut wirid bersamanya sebelum ia memikirkan tentang tidur pagi ataupun pekerjaannya.
b. Rumah Yang Rapi dan Terpelihara
Ummu Salamah r.a bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w, “Bagaimanakah pahala seorang wanita yang mengurus rumah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Setiap wanita yang mengurus rumahnya agar nampak rapi akan memperoleh rahmat Allah dan barangsiapa memperoleh rahmat Allah, maka ia tidak akan mendapat murka-Nya.”
Syeikh Abdul Halim Hamid menganjurkan, “Aturlah suasana rumahmu dengan baik.” Dalam hadis Abu Dzarah menyebutkan sebuah sanjungan bagi seorang khadimah yang mengatur dan membersihkan rumah dengan baik: ia tidak memenuhi rumah kita dengan sarang burung.” (hadis riwayat Muttafaqun Alaihi)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t memasukkan tiga golongan ke dalam syurga lantaran satu suap roti dan satu jemput kurma yang bermanfaat untuk orang miskin iaitu suami yang memerintahkan, isteri yamg menyiapkan dan pelayan yang menghantarkan kepada orang miskin.” Dan Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan kita.” (hadis riwayat Thabrani, hakim)
Yakinilah bahawa suami pasti menginginkan isteri yang bersih dan menawan di dalam rumah, juga keadaan rumah yang terpelihara, bersih dan rapi. Hal itu jelas akan membuatkan suami suka untuk tinggal di rumahnya.
c. Rumah Sederhana
Hal penting bagi wanita solehah adalah menjadikan rumahnya sesederhana mungkin jauh daripada kemewahan dan pemborosan. Sederhana bukan bererti miskin bahkan sederhana dapat menolak kemiskinan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak miskin orang yang hidup sederhana.” (hadis riwayat Ahmad, Thabrania)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang daripada kamu melihat kepada orang yang dilebihkan oleh Allah dalam harta dan bentuk ciptaan-Nya maka hendaklah melihat kepada orang yang lebih rendah daripadamu, daripada orang yang dilebihkan atasmu.” (hadis riwayat Bukhari, Muslim)
Sa’ad ibnu Abi Waqqas mengirimkan sepucuk surat kepada Umar r.a, isi suratnya meminta izin bahawa dia akan membina rumahnya. Kata Umar dalam surat balasannya: “Binalah rumahmu secara yang sangat sederhana, yang penting boleh melindungimu daripada terik matahari dan dingin hujan.”
Rumah yang mewah dan penuh dengan perabot akan menimbulkan beberapa hal negatif bagi pemilik dan penghuninya, di antaranya ialah:
Menambahkan beban Yaumil Hisab, walaupun halal. Menambahkan rasa cinta terhadap kebendaan, kerana sentiasa memanjakan nafsunyaWaktu lebih tersita untuk mengurus dan memperhatikan kebendaan dalam rumah, sehingga banyak amalan soleh berkurang kerana kesibukan tersebut. Harta mulai digunakan untuk hal-hal yang sia-sia, sementara masih banyak kewajipan terhadap orang-orang yang atas hartanya, menderita kelaparan dan memerlukannya. Bertolak belakang dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.
Sebaliknya jika rumah seorang wanita solehah itu sederhana, maka lebih sedikit masa untuk mengurus rumahnya, sehingga lebih banyak masa untuk memperbanyak amal soleh dan lebih ringan hisabnya nanti di akhirat.
Umar r.a berkirim pesan kepada Abu Musa al-Asya’ari yang isinya antara lain: “Amma ba’d, Pelajarilah secara mendalam sunah Rasulullah s.a.w dan bahasa Arab. Al-Quran diturunkan di tengah-tengah orang Arab, kerana ia berbahasa Arab. Tirulah kehidupan orang-orang Bani Ma’ad Ibnu Adnan yang keras dan sederhana. (Kanzul Ummal, X/252) d. Kosong Daripada Perabot Haram
Jelas bahawa rumah seorang wanita solehah sentiasa jauh dari benda-benda yang jelas keharamannya ataupun yamg menyebabkan terjauhnya rahmat Allah ke atas rumah seorang Muslim. Rasulullah s.a.w melarang minum dari bejana emas dan perak dan makan daripadanya dan melarang memakai sutera yang tipis dan tebal dan duduk di atasnya.
Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Benda-benda tersebut adalah kepunyaan orang-orang kafir di dunia dan kepunyaan kita di akhirat.” (hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Sesungguhnya orang yang makan dan minum dari bejana emas atau perak, maka hakikatnya ia sedang memakan api jahannam ke dalam perutnya.”
Abdullah Nasihah Ulwan mengatakan, dari hadis ini jelas bahawa menjadikan emas dan perak sebagai tempat makan minum dan membuat tempat duduk daripada sutera asli adalah haram. Pengharaman ini mencakupi lelaki dan wanita. Hikmahnya adalah pensucian rumah Muslim dari material mewah yang tercela dan menghindarkan gejala kesombongan dan kebongkakan yang dimurkai Allah.
Abu Wail r.a meriwayatkan, aku menyertai peperangan Syria bersama-sama Umar r.a, kami pernah tinggal di suatu tempat. Seseorang bangsawan di tempat itu datang mencari Umar r.a apabila mendekati beliau bersujud di hadapannya. Umar r.a bertanya, “Mengapa berbuat seperti itu?” Beliau menjawab bahawa itu adalah adab kebiasaan mereka apabila menghadapi raja-raja. Umar r.a mengatakan kepadanya, “Sujud hanya dibolehkan kepada Allah yang Maha Perkasa sahaja, yang telah menciptakanmu.”
Kemudian orang bangsawan itu berkata, “Aku telah menyediakan makanan untukmu. Aku sangat berhajat supaya tuan datang ke rumahku dan makan bersama-samaku.” Umar r.a bertanya kepada pengawalnya, “Apakah ada terdapat gambar-gambar di rumahnya?” Ketika orang itu menjawab ada, maka Umar r.a enggan pergi ke sana dan beliau hanya berpesan agar dihantarkan satu jenis makanan sahaja kepadanya. Lalu orang bangsawan itu menghantarkannya dan Umar r.a pun menerimanya.” (hadis riwayat Hakim)
e. Ada Suasana Agama Dalam Rumah
Ini adalah kewajipan yang paling utama bagi wanita solehah kerana di rumahlah markaz pusat bagi setiap generasi dalam membentuk keluarga yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda, “Dan tidaklah berkumpul satu kumpulan di suatu rumah dari rumah-rumah Allah yang dibacakan di dalam kumpulan tadi kitab Allah dan saling ajar mengajarkan satu sama lainnya, kecuali akan diturunkan ke atas mereka ahli majlis tadi, sakinah (ketenangan batin) dan dicucurkan ke atas mereka rahmat dan para Malaikat akan mengerumuninya dan Allah akan menyebutkan nama-nama mereka di sisinya.” (hadis riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, maka untuk mewujudkan rumah yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah adalah dengan menghidupkan halaqah majlis taklimdalam keluarga. Mempromosikan keutamaan-keutamaan iman dan amal di tengah-tengah keluarga, iaitu dengan membacakan firman-firman Allah s.w.t ataupun hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Untuk membiasakan atas hal ini adalah dengan petunjuk seperti berikut:
Tidak terlalu lama, cukup hanya beberapa minit sahaja, sehingga tidak menimbulkan kebosanan bagi ahli rumah. Rutin dilakukan setiap hari sekali sahaja. Memilih masa yang tepat, yang dapat dihadiri oleh seluruh anggota keluarga. Program ini dilaksanakan penuh adab tumpuan.
Jika ketengangan batin masuk ke dalam jiwa-jiwa anggota keluarga dan rahmat Allah bercucuran dalam rumah, maka adakah Allah s.w.t akan menurunkan murka-Nya? Tentu tidak, bahkan Allah s.w.t akan melindunginya dari segala kesusahan, bala, musibah dan lain-lainnya. Kemudian para Malaikat akan mengerumuni ahli rumah tersebut. Automatik sikap dan sifat Malaikat akan merasuki diri-diri penghuninya. Ketaatan, kesabaran, istiqamah, saling memaafkan, ghairah kepada ibadah dan amalan soleh akan menjadi sifat-sifat penghuni rumah tersebut. Sehingga rumah itu akan selalu dalam keadaan tenteram dan damai, penuh dengan rahmat Ilahi. Juga akan jauh dari keributan dan pertengkaran.
Sebaliknya, jika tidak diadakan majlis taklim dalam sebuah rumah maka rahmat Allah akan jauh dari rumah tersebut, ketenangan jiwa akan sukar diperolehi dan syaitan laknatullah pun akan mengerumuni penghuninya sebagai gani para malaikat. Sehingga sifat dan sikap syaitan pun akan memasuki jiwa anak-anak mereka dan anggota keluarga lainnya. Akhirnya yang terjadi adalah anak berani melawan orang tua, terjadi pertengkaran antara suami isteri, saling berbohong, saling cemburu, daling dengki dan sifat-sifat buruk lain akan masuk dalam diri para penghuni rumah tersebut. Ini semua disebabkan tidak dihidupkannya majlis agama dalam rumah seorang Muslim.
Sebagai contoh bahawa dari pengaruh taklim wa taklum dapat merubah jiwa jiwa yang jahat kepada kebaikan, adalah kisah Islamnya Umar ibnu al-Khattab r.a, iaitu beliau mendatangi rumah adik perempuannya, Fathimah r.a dengan kemarahan yang memuncak kerana adiknya telah masuk Islam tetapi disebabkan dalam rumah adik perempuannya telah hidup suasana taklim. Bahkan ketika itu adik perempuan beserta iparnya sedang mengadakan taklim halaqah Al-Quran, maka rumah yang penuh nuur, penuh rahmat Allah dan selalu dikeliling Malaikat ini, dapat memberi kesan pada hati Umar r.a. Sehingga pada ketika itu juga Allah telah melimpahkan hidayah-Nya pada diri Umar r.a.
Tugasan Dan Wanita Solehah
Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sebaik-baik permainan bagi wanita adalah tenunannya (menjahit).” (hadis riwayat Dailami)
A’isyah r.a berkata, “Suara pintalan tenunan wanita dapat mengimbangi takbir di jalan Allah. Wanita yang memberikan pakaian kepada suaminya dari hasil tenunannya maka dari setiap jahitan dia akan mendapat 100 darjat ketinggian.”
Saiyidina Umar Ibnu al-Khattab r.a berkata, “Dan sebaik-baik kebiasaan bagi wanita adalah tenunan.” (Natsar al-Dur, 2/29)
Ustazah Aminah as-Sa’id dalam ulasannya menulis bahawa untuk meneruskan kehidupan, manusia harus mencari rezeki dan keadaan pun menjadi darurat dan memaksa wanita turut ikut mencari rezeki. Ada yang bekerja untuk memenuhi kekurangan suami, ada pula yang belum bersuami tetapi ibu bapanya sudah tidak mampu untuk mencari rezeki. Namun ada wanita yang terperangkap dengan pekerjaannya, kadang-kadang terpaksa melanggar nilai-nilai seorang wanita Muslimah bahkan, tidak sedikit dari kaum wanita meniru-niru pekerjaan lelaki atau mungkin lebih dari itu yang boleh membawa jauh dari nilai-nilai agama.
Dr Anwar Jundi menambah bahawa Islam tidak menghendaki seseorang wanita keluar dari rumahnya hanya sekadar untuk aktiviti yang tidak sesuai dengan kudratnya sama ada dengan dalih kemaslahatan masyarakat ataupun hanya sekadar keperluan peribadinya. Wanita dibolehkan bekerja sekiranya tidak ada yang dapat menanggung keperluan perbelanjaan untuk diri dan keluarganya sehari-hari dengan syarat pekerjaan itu sesuai dengan kudrat wanitanya.
Sedangkan Dr Alex Carl mengatakan bahawa masyarakat sekarang ini telah melakukan kesalahan besar dengan menggantikan tradisi wanita secara mutlak dengan kesibukan di luar rumah hingga banyak kaum ibu menyerahkan anak-anak mereka kepada pusat-pusat asuhan ataupun pembantu rumah.
Sebagai alasan atas hal itu maka Syeikh Ibnu Sulaiman mengatakan bahawa kita sama-sama mengetahui bahawa wanita adalah makhluk lemah yang sangat emosional, mudah terpengaruh oleh angan-angan dan pujukan, mudah tunduk dengan cubaan budaya moden dan hiasan kehidupan dunia yang menipu. Wanita mudah sekali berpaling dari kebenaran, terpengaruh oleh persekitaran, terbawa oleh arus hawa nafsu. Tanpa pengendalian agama dan gemar bertindak tanpa pertimbangan akal atau melihat akibatnya. Tidak semua pekerjaan sesuai dengan wanita dan tidak semua pekerjaan pula sesuai dengan lelaki. Masing-masing ada pekerjaan yang sesuai dengan kudrat dan fitrah sendiri.
Anjuran menjahit pada hadis di atas hanya sekadar contoh dari beberapa pekerjaan yang sesuai dengan kudrat wanita. Menjahit banyak hikmah dan pelajaran yang terdapat di dalamnya. Sebahagian daripada hikmah menjahit dan bertenun adalah:
Menjahit dapat dilakukan di dalam rumah. Sehingga terhindar dari hal-hal yang tidak disenangi. Dapat dilakukan sambil memperbanyakkan zikir ataupun sambil membaca hafalan Al-Quran.
Mengeluarkan kaum wanita dari rumah dan menyibukkannya memang suatu rencana-rencana yang disusun oleh para musuh Islam. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad ibnu Abdullah dalam bukunya, beliau menulis bahawa: Orang-orang Barat menggunakan keadaan wanita Islam sebagai senjata untuk melukai Islam, lalu mencelanya sebagai agama yang tidak efektif untuk kehidupan dan tidak memberi keadilan yang layak kepada wanita. Mereka sibuk menggugat para wanita Muslimaat agar memberontak Islam. Mereka menuduh bahawa Islam merendahkan martabat wanita, melecehkan sebagai propagandanya.
Mereka menggunakan sarana-sarana informasi dan media massa. Mereka melepaskan semboyan kebebasan dan pembebasan wanita. Padahal yang sebenarnya hendak menipu para wanita agar menuntut hak-haknya, memberontak agar diberikan kebebasan, meninggikan hal-hal jahiliyyah dan mengikut budaya moden. Walhasil lahirlah emansipasi (pembebasan) wanita.
Dalam ‘huququl mar’ah’ disebutkan bahawa yang sebenarnya lebih banyak mudharat yang akan terjadi apabila wanita bekerja di luar rumah dibandingkan dengan manfaatnya. Antara lainnya ialah:
Sering terjadi kemungkaran seperti percampuran dengan lelaki bukan mahram, perkenalan, komunikasi, bertemu muka dengan yang diharamkan. Memakai wangi-wangian. Mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram sehingga menyeret kepada penzinaan. Tidak boleh melaksanakan kewajipan terhadap suami dengan baik. Meremehkan urusan rumah tangga yang seharusnya menjadi bidang wanita. Mengurangi hak-hak anak dalam banyak hal seperti kasih sayang, perhatian penyusuan, pendidikan dan sebagainya. Menyebabkan badan cepat penat dan letih sehingga mempengaruhi jiwa dan mental yang tidak sesuai dengan tabiat wanita. Mengurangi makna hakiki tentang kepimpinan suami dalam rumah tangga di hati wanita.
Di samping itu jika keinginannya telah tertumpu kepada pekerjaan, tabiat dan keperibadiaannya akan lebih mementingkan diri sendiri. Maka fikiran dan perasaannya menjadi sibuk, lupa dan bertambah jauh dari tugas-tugasnya yang hakiki iaitu kewajipan membina kehidupan suami-isteri, mendidik anak-anak dan mengatur urusab rumahtangga. Rasulullah s.a.w bersabda, “Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab di atas kepimpinannya.” (hadis riwayat Bukhari)
Sememangnya ini adalah salah satu dari rencana mereka (musuh-musuh Islam) seperti yang dikatakan oleh Ustaz al-Hamid : Supaya bangsa yang dijajah tersebut tidak menyedari kewajipannya sehingga keluar dari cara hidup Islam sebenar sedikit demi sedikit.
Dr Nasih Ulwan menambah bahawa wanita bekerja diluar rumah tidak lain tidak bukan adalah termasuk dlam misi-misi musuh-musuh Islam yang hendak menghancurkan kaum Muslimin dan Muslimaat. Dengan memberi contoh-contoh kebebasan, persamaan dan sebagainya. Mengikut perilaku kehidupan orang-orang kafir adalah larangan keras bagi kaum Muslimin dan Muslimaat. Rasulullah s.a.w bersabda, “Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyerupai selain kami. Janganlah kalian menyerupai Yahudi dan Nasrani.” (hadis riwayat Tirmizi)
Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk ke dalam golongan kaum tersebut.” (hadis riwayat Ahmad)
Oleh kerana itu kepada para wanita Islam yang belum puas dengan Islam dan terus menuntut kebebasan dan persamaan hak atas nama ‘pembebasan wanita’, katakan kepada mereka: “Tuntulah wahai wanita agar kamu berkumis atau berjanggut.”
Dibolehkan bagi wanita bekerja tetapi dengan syarat-syarat yang harus dipenuhi seperti:
Ada izin dari wali, baik dari suami ataupun ibu bapa. Pekerjaan halal bukan pekerjaan yang haram atau syubhat. Tidak ada ‘ikhtilat’ atau percampuran bebas antara lelaki dan wanita. Tidak bertabarrujj, tidak menampakkan perhiasan. Tidak memakai pakaian yang ketat atau melanggar aturan berpakaian bagi wanita Islam. Ada hijab antara lelaki dan wanita. Jenis pekerjaannya pun tidak boleh melanggar kewajipan-kewajipannya yang lain seperti kewajipan terhadap suami, anak-anak dan urusan rumah tangganya.
Saiyidina Ali r.a pernah bertanya kepada Fathimah r.a, puteri Rasulullah s.a.w: “Wahai Fathimah apakah yang baik bagi seorang wanita?” Fathimah r.a menjawab, “Hendaknya dia tidak melihat lelaki yang ajnabi dan lelaki ajnabi tidak melihatnya.”
Ada yang mengatakan bahawa ‘wanita yang bekerja boleh menghilangkan rasa bosan yang berpanjangan kerana di rumah dia terus-menerus terkongkong di dalam rumah’. Dikatakan bahawa kepada mereka bahawa tugas wanita adalah di rumah suaminya, menjaga hartanya, mengatur urusan, menyedari tujuan kedudukannya sebagai isteri dan ibu rumahtangga dan tugasnya menjadikan rumahnya sebagai syurga. Itu sudah cukup untuk membunuh kekosongan hati.
Published on September 12, 2013 19:26
Ilmu Dan Wanita Solehah
SMAHADZIR
SESUNGGUHNYA dalam hal ilmu atau menuntut ilmu, Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Wanita juga diperintahkan agar membekalkan diri mereka dengan ilmu yang bermanfaat, yang dapat mendorongnya sehingga mengenal Allah dan agama-Nya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Menuntut ilmu adalah fardhu setiap Muslim.” (hadis riwayat Thabrani)
Perkara ini terungkap dalam sabda-sabda Baginda s.a.w yang lain. Baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa lelaki yang mempunyai hamba sahaya wanita lalu ia mengajarnya dan membaguskan pengajarannya dan adabnya serta mendidiknya kemudian mengahwinkannya, maka baginya dua pahala.” (hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Barangsiapa yang memilki tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu mereka dididik dengan adabnya, berbuat baik kepadanya dan sampai mereka dinikahkan, maka baginya syurga.” (hadis riwayat Abu Daud)
Saiyidina Ali Bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sebaik-baik wanita adalah wanita-wanita Ansar. Mereka tidak malu mempelajari dan mendalami pemahaman agama.” (Abdur Razak)
Rasulullah s.a.w sentiasa mengkhususkan pada hari-hari tertentu untuk mengajar kaum wanita mengenai hukum-hukum agama. Sehingga kaum wanita juga dapat belajar dan mengajar sesama wanita. Kerana ada satu masa di mana Rasulullah s.a.w pun merasa malu untuk menjelaskan beberapa hukum agama yang khusus bagi wanita. Maka di situlah kaum wanita berperanan untuk saling belajar dan mengajar. Sehingga tidak timbul fitnah dalam ajar mengajar. (hadis riwayat Bukhari, Muslim).
A’isyah r.a berkata, Ada seorang wanita bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang bagaimna cara mandi sesudah bersih dari haidh. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh wanita itu memperagakannya dan berkata, “Ambillah wangian itu dan sucikanlah ia.” Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Ya pakai saja.” Wanita itu nampaknya belum puas dengan jawapan Rasulullah s.a.w, jadi dia bertanya lagi, “Bagaimana caranya, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Subhaanallah, ya pakai saja!” Selanjutnya baginda s.a.w memanggil aku untuk menggantikan Baginda dalam menjelaskan hal ini.” (hadis riwayat Bukhari, Muslim)
Ibnu Hazm menjelaskan persekutuan wanita dengan lelaki dalam mencari ilmu, berkata, “Setiap Muslim yang sudah baligh dan berakal, lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, adalah wajib. Tidak seorang pun dari kaum Muslimin yang menyanggahnya bahawa ia harus mengetahui mana yang halal dan mana yang haram bagi dirinya, siapa pun ia. Mereka semua diwajibkan adil dalam proses belajar. Seorang imam dapat memaksa para wanita dan wanita yang ‘terpandang’ sekalipun agar belajar sendiri atau memberi peluang kepada mereka untuk belajar. Imam juga layak bertegas dalam hal ini serta mengatur orang-orang untuk mengajar orang lain yang masih jahil.”
Wanita Berhak Menuntut Ilmu
Sabda Rasulullah s.a.w. ”Dunia ini adalah kesenangan dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim dan An-Nasa’ei)
Wanita yang solehah ialah wanita yanbg berpendidikan baik dan berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Sekiranya wanita tidak diberikan pendidikan yang sewajarnya, amat sukar sekali hendak menjadikan mereka sebagai wanita solehah sebagaimana yang diharapkan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana seorang ibu telah dapat membakar semangat perjuangan ke dalam anak lelakinya. Wanita tersebut ialah Asma Binti Abu Bakar. Asma telah memberi perangsang kepada anaknya ketika pertempuran sengit berlaku di antara Abdullah bin Zubir (anak lelakinya) dan tentera-tentera Yazid bin Mu’awiyah. Di antara kata perangsang yang diucapkan oleh Asma kepada anaknya itu ialah, ”Hai anakku, jika engkau yakin bahawa engkau di atas kebenaran yang engkau seru maka teruskanlah dan janganlah sekali-kali engkau biarkan tengkukmu dipermain-mainkan olah hamba-hamba Bani Umaiyah. Akan tetapi, jika engkau mengkehendaki keduniaan, maka alangkah celakanya engkau sabagai hamba Allah dan dengan demikian engkaulah sendiri yang menghancurkan diri sendiri dan orang-orang yang bersama-sama itu. Akan tetapi, jika engkau berkata, ‘Aku berada di atas kebenaran tetapi apabila sahabat-sahabatku menjadi lemah semangat maka aku pun turut lemah semangat.’ Maka sikap seperti ini bukanlah sikap orang-orang yang merdeka, malah bukan sikap orang yang berkebajikan kerana berapa lama sangatkah hidupmu di dunia, hai anak Zubir. Demi Allah! Dipancung dengan pedang dalam kemuliaan lebih baik bagiku dari pukulan cemeti dalam kehinaan.” Abdullah Bin Zubir meneruskan perjuangan dan akhirnya beliau gugur sebagai seorang syahid.
Begitu juga isteri Saiyidina Ali r.a. iaitu Saiyidatina Fatimah Az-Zahrah telah dapat mendidik kedua-dua orang anaknya iaitu Hasan dan Husin sehingga mereka akhirnya menjadi orang yang mulia di sisi Allah s.w.t. Kedua-dua wanita yang sepatutnya dicontohi oleh generasi wanita Islam hari ini adalah terdidik dalam suasana Islam dan hidup mengikut tuntutan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Wanita-wanita yang tidak mendapat didikan Islam yang sempurna tidak mungkin dapat memberikan contoh yang sedemikian rupa. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan Islam dan pendididkan bagi kaum wanita kerana mereka adalah institusi pendidikan bagi anak-anak mereka.
Kepentingan Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Sekali-kali ia tidak akan lurus bagimu di atas satu jalur. Jika engkau bersenang-senang dengan wanita maka engkau akan mendapatkannya sedangkan pada dirinya tetap ada bengkok.” (hadis riwayat Muslim)
Syeikh Abu Muhammad Jibril menyatakan bahawa dari penyelidikan para ahli ilmu jiwa dan menurut kenyataannya bahawa wanita, meskipun ianya telah dewasa namun tingkah lakunya masih seperti anak-anak, tabiat manja dan suka merajuk selalu ada padanya. Selanjutnya beliau berkata selain sifat suka merajuk, mudah menangis dan putus asa.
Wanita mempunyai sifat hiba hati yang sangat dalam, pendiriannya mudah berubah dan ketabahannya mudah goyah. Kerana sifat-sifat itulah. kaum waita wajib dididik, di ajar dan diberi bimbingan yang cukup. Jika tidak memperolehi bimbingan yang memadai bahaya akan datang segenap lingkungan masyarakat dan kerosakan pun akan terjadi di mana-mana akibat kebodohan mereka. Sebab pada hakikatnya wanita itu adalah fitnah dan ujian terbesar, juga sumber kerosakan yang dasyat jika tidak diiringi dengan iman dan ilmu yang baik.
Dalam hal ini, para suami juga bertanggungjawab untuk memberi pengajaran, pengetahuan agama kepada isterinya. Syeikh Ibnu Abdullah berkata: “Jikalau isteri mengabaikan hukum dari hukum-hukum haid dan istihadhah dan lelaki-lelaki tidak mengajarkannya, maka lelaki-lelaki terseut keluar bersama dengan isterinya dan ia bersekutu dalam dosa.”
Ilmu Yang Wajib Dituntut
Firman Allah s.w.t: “Maka ketahuilah bahawasanya tiada Tuhan selain Dia.” (surah Muhammad: 19)
Hendaklah difahami bahawa yang diwajibkan untuk dipelajari bagi kaum Muslimin dan Muslimaat adalah ilmu agama. Imam Al-Ghazali r.a menuliskan bahawa jika seseorang yang sudah baligh, maka pertama sekali wajib baginya mempelajari dua kalimah syahadah dan memahaminya. Wajib baginya mengenal Allah s.w.t, siapa Allah, bagaimana sifat dan kebesaran Allah s.w.t. Kemudian apa-apa ilmu yang untuk mentaati Allah s.w.t.
Contohnya, jika sampai waktu solat maka wajib baginya belajar tentang solat. Jika tiba bulan Ramadhan maka wajib baginya mempelajari tentang Puasa. Jika akan berangkat haji, maka wajib baginya belajar tentang haji. Jikandia memilki harta, maka wajib ke atasnya mempelajari tentang zakat. Setelah ilmu-ilmu fardhu ini sudah sempurna ia pelajari, maka wajib baginya untuk mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila ini pun sudah dipelajari, barulah ia boleh belajar hal-hal yang lainnya.
Urutan ilmu pengetahuan yang harus diketahui oleh seseorang wanita solehah adalah seperti berikut:
1) Ilmu Tauhid dan permasaalahan agama2) Ilmu Sunnah dan Adab3) Ilmu Mu’ammalah sesama manusia, terutama bagaimana berbakti kepada suami, orang tua, tarbiyyahkepada anak-anak dan sebagainya4) Ilmu-ilmu lain yang bermanfaat bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Dr Abdullah Nasih Ulwan juga menyatakan bahawa wanita wajib mempelajari keterampilan yang sesuai dengan tugas dan specialist-nya sebagai ibu dan isteri. Tetapi sayang yang terjadi di saat in iadalah kaum wanita (bahkan juga kaum lelaki) meremehkan ilmu-ilmu agama dan menganggap bahawa belajar ilmu agama adalah sia-sia. Ilmu pengetahuan dan teknologi dianggap satu kehebatan yang luar biasa. Ini adalah satu ‘tipuan’ yang melanda umat ini. Maka diharapkan dari wanita-wanita solehah agar dapat mengidupkan kembali semangat ilmu agama.
Etika Wanita Dalam Menuntut Ilmu
Takwa adalah modal utama. Firman Allah s.w.t: “Bertakwalah kamu kepada Allah, nescaya Allah akan mengajarimu.” (surah Al Baqarah: 282)
Dengan menjaga diri dalam garis-garis ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka secara automatik akan menambah keilmuan dan pengetahuan dalam masaalah agama. Ilmu yang diiringi dengan ketakwaan akan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Utamakan Belajar Daripada Mahram
Di sinilah manfaat dan kepentingan menghidupkan majlis taklim di dalam rumah. Dengan taklim bererti kita telah menjadikan rumah sebagai ‘asas’ madrasah bagi keluarga. Salah satu manfaat daripada taklim, bagi kaum lelaki di masjid, apabila mereka (para suami) pulang ke rumah masing-masing dapat mengajar isteri-isteri mereka daripada apa-apa yang telah mereka pelajari dari taklim di masjid-masjid mereka.
Dengan ini dorongan isteri kepada suami untuk meluangkan masa mempelajari agama adalah sangat penting sekali, sebagaimana dorongan isteri kepada suami dalam mencari nafkah.
Jika terpaksa sekalipun untuk keluar mencari ilmu haruslah dijaga dalam batas-batas ketakwaan dan dengan redha daripada suami. Ibnu Abdullah berkata, “Manakala isteri belajar dari fardu-fardu yang wajib atas dirinya maka ia tidak berhak untuk keluar ke majlis lelaki dan tidak berhak untuk belajar keutamaan kecuali dengan redhanya (suami).”
Hijab Antara Bukan Mahram
Ini adalah suatu hal yang sangat penting dalam pendidikan wanita. Demikianlah yang dicontohi oleh para solehiin dulu dalam mencari ilmu. Diriwayatkan bahawa jika sesudah salam dari solatnya, maka Rasulullah s.a.w berdiam beberapa saat. Dan jemaah pada masa itu mengetahui akan sikap Baginda s.a.w ini, yang dimaksudkan agar wanita keluar lebih dahulu sebelum lelaki. Diriwayatkan bahawa Masjid Nabawi mempunyai pintu khusus bagi wanita dan Umar r.a melarang kaum lelaki masuk dari pintu-pintu ini.
Kewajiban menuntut ilmu adalah sama sengan lelaki tetapi cara dan sistemnya jelas berbeza bagi kaum wanita. Bukan seperti yang dicontohkan oleh ‘Penghancur Islam.’ Dr Anwar Jundi mengatakan bahawa sistem belajar telah diatur sedemikian rupa oleh Islam dijadikan sasaran propaganda ‘busuk’ oleh kalangan musuh-musuh Barat yang tidak senang terhadap Islam. Mereka meneriakkan dengan lantang, bahawa sistem belajar seperti ini hanya mengongkong kaum wanita, mengurangi kebebasan.
Oleh kerana itu mereka meniupkan propaganda busuknya ke telinga kaum Muslimaat agar merosakkan tata aturan Islam yang telah sempurna tersebut. Salah satu daripada propaganda mereka adalah dengan mencampurkan lelaki dan perempuan dalam satu ruamg dalam pendidikan.
Imam al-Qabisi di makalahnya tentang pendidikan berpendapat bahawa walaupun Islam memberikan kebebasan kepada kaum wanita untuk menuntut ilmu seperti kaum lelaki tetapi dalam praktik pengajarannya mesti dijauhkan dari kaum lelaki dan tidak mencampurkan lelaki dalam pendidikan.
Ibnu Sahnun ketika ditanya tentang pengajaran yang mencampurkan lelaki dan wanita, beliau menjawab, “Saya memakruhkannya.” Abdullah Nashih-ulwan menuliskan bahawa mereka yang menghalalkan percampuran lelaki dan wanita dengan membebaskannya dengan alasan adat istiadat, sosial dan sebagainya. Padahal Allah s.w.t telah menjadikan lelaki dan wanita, dan melengkapi kedua-duanya dengan kecenderungan seksual antara masing jenis. Itulah fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, “Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.” (surah Ar-Ruum: 30)
Pergaulan Wanita
Setiap manusia perlukan pergaulan dan Islam mengatur pergaulan bagi kaum Muslimah dengan pergaulan yang suci, selamat, dan mulia kerana syaitan laknatullah berusaha untuk menghancurkan keimanan kaum Muslimah dengan segala tipuannya. Yang paling banyak menyelewengkan wanita dari agama dalam pergaulan adalah ajakan mereka mengenai kebebasan wanita, emansipasi dan sebagainya. Ditambah lagi dengan suapan-suapan globalisasi yang berkiblatkan budaya-budaya Barat sehingga, seolah-olah memaksa kaum Muslimah untuk keluar dari budaya Islam yang aman dan bijaksana.
Untuk itu Rasulullah s.a.w mengingatkan kaum lelaki, “Berhati-hatilah kamu berkhalwat dengan wanita. Demi diriku yang berada di dalam genggaman-Nya, tidak akan pernah seorang lelaki yang berduaan dengan wanita melainkan syaitan akan masuk di antara mereka. Seorang lelaki yang rapat dengan babi yang penuh dengan lumpur masih lebih baik daipada dia merapat dengan peha wanita yang tidak halal baginya.” (hadis riwayat Thabrani).
Syeikh Muhammad bin Abdullah mengulas dalam hal tipuan syaitan ini bahawa pergalan bebas antara lawan jenis seperti yang sering kali terjadi hanya akan mendorong wanita untuk bersolek, berpenampilan menantang, menarik pandangan kaum lelaki dan membangkitkan pesona mereka. Sebab keinginan seksual yang sudah menjadi fitrah lelaki dan wanita akan bertambah kuat kerana adanya pergaulan antara lawan jenis dan jika pembatasannya mudah ditembus.
Dalam masyarakat yang membuka pergaulan seperti ini akan muncul pembawaan baru dalam diri lelaki dan wanita iaitu saling menampkkan keindahan dan pesonanya untuk menarik minat lawan jenis. Lama Kelamaan tindakan ini bukanlah sesuatu yang perlu dingkari dan dicela kerana adanya perubahan teori moraliti. Bahkan kemudian semua itu dianggap sesuatu yang perlu disenangi. Kemudian berkembang semakin jauh hingga masing-masing tidak memiliki lagi satu sempadan pun.
Islam yang bijaksana tahu bahaya akibat pergaulan yang tiada tara dalam kehidupan individu dan ummat tatkala dorongan berahi sudah memuncak. Syariat Islam sudah membuat berbagai cara penjagaan dan perlindungan yang boleh menghalangi terlepasnya keinginan berahi dari pagarnya. Maka Islam memberi perhatian dalam penguatan ketakutan kepada Allah dalam diri manusia dengan memperkuatkan fitrah dengan rasa malu agar perasaan ini boleh menjadi pengawal secara dalaman.
Islam juga mensyariatkan hijab kepada wanita agar dia menutupi keindahan dirinya daipada lelaki, meminta izin tatkala memasuki suatu rumah, memerintahkannya agar menundukkan pandangan mata, baik lelaki mahupun wanita, melarang secara bebas antara lelaki dan wanita, memperingatkan wanita berpergian tanpa disertai mahram, kemudian meletakkan hukuman bagi orang yang melanggar larangan ini.
Muhammad Qutub mengatakan bahawa nafsu berahi atau seks itu sendiri bukanlah sesuatu yang kotor atau haram tetapi harus diletakkan dalam suatu lingkungan yang benar lagi bersih. Sedangkan kebebasan yang dilakukan wanita di dunia Barat dan diseru oleh para propagandis kebebasan di negara Timur yang beragama Islam, justeru akan merosakkan wanita dan lelaki serta generasi seterusnya.
Padahal dalam Huququl Mar’ah di tulis bahawa kebebasan sebenarnya adalah melepaskan diri dari bisikan hawa nafsu dan syahwat, juga dari tradisi dan kebiasaan-kebiasaan yang menyimpang dan sesat. Dari sini jelaslah majlis yang di situ ada kaum lelaki wanita bercampur sama sekali tidak sesuai dengan tabiat Islam dan ajaran Islam. Sebab pesona berahi yang ada dalam naluri lelaki dan wanita mempunyai suatu kekuatan yang tidak boleh di elak, yang akan menjadi bertambah kuat jika keduanya saling berkumpul.
Disebutkan dalam Nailul Autsar bab ‘Larangan Berkhalwat Dengan Wanita Bukan Mahram’: “Berkhalwat dengan wanita lain sudah disepakati oleh para ulama tentang pengharamannya sebagaimana hal ini telah dikisahkan Al-Hafizh di dalam Al-Fath. Alasan pengharaman tersebut kerana apa yang disebut di dalam hadis tentang kewujudan syaitan sebagai orang ketiga daripada keduanya yang boleh mengheret keduanya ke dalam kederhakaan. Namun jika khalwat itu disertai oleh mahram, itu dibolehkan kerana kemungkinan terjadinya kemaksiatan boleh dicegah kerana kehadiran mahram tersebut.”
Sebab tabiat kekeluargaan itu cenderung mendorong lelaki berani memasuki tempat wanita kerana beralasan adanya hubungan saudara. Sehingga mereka berani mengetuk pintu baik pada siang mahupun malam hari, baik ada kepentingan ataupun tidak ada. Tetapi justeru sering terjadi akhirnya hal ini menimbulkan akibat yang sangat fatal dan boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan atau bahkan penceraian.
Luqman Hakim berwasiat kepada anak lelakinya: “Takutlah kamu terhadap wanita yang buruk kerana ia membuatmu beruban sebelum kamu beruban. Dan takutlah wanita-wanita yang jahat kerana mereka tidak mengajak kepada kebaikan dan jadilah kamu berhati-hati dalam memilih mereka.”
Wanita Dan Politik
Rasulullah s.a.w bersabda “Tidak beruntung suatu qaum yang menyerahkan kepimpinan negaranya kepada seorang wanita.” (hadis riwayat an Nasa’i)
Dalam Huququl Mar’ah ditulis bahawa Muslimah pada awal Islam tidak mempunyai peranan apa pun dalam urusan politik, meskipun Islam memberinya hak yang sama dengan hak lelaki. Tidak pernah diriwayat bahawa selepas Rasulullah s.a.w wafat, ada wanita yang ikut bermusyawarah dengan kaum lelaki, ikut serta dalam membuat keputusan siapa yang akan menjadi khalifah sesudah Baginda s.a.w. Juga dalam memilih salah seorang di antara Khulafa’ur Rasyidin yang empat itu.
Tidak pula diriwayat bahawa Khulafa’ur Rasyidin mengumpul para wanita secara khusus untuk mengajak bermusyawarah dalam berbagai urusan daulah seperti yang mereka lakukan bersama kaum lelaki. Kalau pun ada dalil yang digunakan oleh orang-orang yang beranggapan bahawa wanita juga ikut turut campur dalam urusan politik serta hukum. Mereka menguatkan pendapat itu dengan alasan bahawa Aisyah r.a pernah keluar untuk menuntut pembunuhan Saiyiina Ustman r.a.
Padahal ternyata Aisyah r.a telah menyesal atas perbuatannya itu. Sehingga perbuatan ini tidak boleh dijadikan dalil untuk menciptakan sesuatu yang baru di dalam Islam. Tatkala Saiyidina Ali r.a menulis surat kepada Ummul Mukminin untuk mengingatkan bahawa apa yang hendak dibuatnya itu adalah melanggar ketetapan syariat, maka dia berkata di dalam suratnya itu: “Amma ba’d, sesungguhnya engkau keluar dalam keadaan marah kepada Allah dan Rasul-Nya. Engkau menuntut sesuatu yang engkau sendiri tidak memiliki kemampuan. Apa urusan wanita dan peranan serta perbaiakan yang boleh dilakukan di antara manusia? Engkau menuntut darah Ustman r.a. Demi hidupku, apakah yang mendorong engkau untuk membuka diri bagi bencana yang membawamu kepada kederhakaan yang justerunya dosanya lebih besar bagimu daripada orang-orang yang membunuh Ustman r.a?”
Kemudian tatkala Perang Jamal telah berakhir, maka Saiyidina Ali r.a. datang menemuinya, seraya berkata kepadanya, “Wahai wanita yang berada di dalam hijab, Allah memerintahkan agar engkau berdiam di dalam rumahmu namun engkau keluar untuk berperang.” Maka Aisyah r.a tidak mampu memberikan jawapan yang dapat menyokong perbuatannya itu dan bahawa Islam membolehkan hal itu baginya. Padahal beliau adalah orang yang memiliki ilmu pengetahuan.
Bahkan diriwayatkan bahawa Aisyah r.a masih bergelut dengan rasa sesal atas perbuatannya hingga kemudian hari. Diriwayatkan di dalam Al’Isti’ab oleh Ibnul Abdil Barr bahawa Aisyah r.a mengadu kepada Ibnu Umar r.a seraya berkata: ”Mengapa dulu engkau tidak melarangku sama sekali keluar, wahai Abu Abdurrahmaan?” Ibnu Umar r.a menjawab. “Kerana aku melihat ada seorang lelaki telah menguasai urusanmu dan aku tidak melihatmu menentangnya sama sekali.” Aisyah r.a berkata, “Andaikata engkau melarang aku dahulu, tentu aku tidak akan pergi.”
Maka apa lagi alasan bagi wanita solehah untuk terjun dalam urusan politik dan pemerintahan? Dalam Balaghat Annisaa diceritakan bahawa pada saat dekat ajalnya, Aisyah r.a rasa gelisah ketika ditanya apa sebabnya, Aisyah r.a menjawab, “Sesungguhnya hari terjadinya Perang Jamal telah menghalang tengggorokanku! Ahh, seandainya aku lupa atau dapat melupakan peristiwa itu.”
Syeikh Sulaiman Arafah mengatakan bahawa sungguh sangat tidak logik jika wanita dilarang menjadi pemimpin terhadap rumah tangganya, tetapi kemudian dia diberi hak kepimipinan terhadap berbagai urusan umat.
Published on September 12, 2013 19:26
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
