Faisal Tehrani's Blog, page 15
January 3, 2011
'Syiah' Korea Utara



Jadi, jika anda peminat Maher Zain sebagai contoh, bolehlah anda mendakwa diri sebagai 'syiah Maher Zain'. Atau barang siapa yang suka membaca karya ustaz Zaid Akhtar sebagai contoh, boleh pula menyebut diri sebagai 'syiah Zaid Akhtar'.
Penganut Ja'fari adalah 'syiah Ali' kerana mereka percaya Allah dan Nabi Muhammad telah melantik Saidina Ali sebagai pengganti Rasulullah saw setelah wafat baginda. Setuju atau tidak pada kenyataan tersebut, masing-masing perlu membuat pilihan. Setiap 'kem' ada hujah. Kalau kita berdialog baru kita faham mengapa 'kem-kem ini' membuat ketetapan yang berbeza. Selepas mendengar dan membanding dengan adil barulah boleh kita selaku orang biasa ini 'memilih' untuk menjadi ahli 'kem' yang mana satu. Yang penting duduk bertukar pandangan bukan menfitnah ikut selera rugi.
Foto-foto di atas, berdasarkan definisi yang telah disebutkan, tentulah kita namakan sebagai 'syiah Korea Utara'.

* 'Syiah' mana pun dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Yang berkecuali dari menjadi 'apa-apa syiah' pun turut diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa puas.
Published on January 03, 2011 06:45
January 1, 2011
Bekerjasama dan Elakkan Perselisihan Mazhab: Ali Larijani Kepada Duta Besar Malaysia

Tentu perbincangan besar pada pagi tahun baharu itu ialah mengenai meningkatkan hubungan dagang Malaysia-Iran yang memang menguntungkan kedua-dua pihak (Iran adalah pembeli minyak sawit kita yang terbesar sekali, lihat sini) dan segala macam tit dan tat mengenai hubungan bilateral (owh mengapa mesti pada pagi tahun baharu?)

Ali Larijani juga dilaporkan memberitahu Duta Besar Malaysia pada pagi tahun baharu, 'strategi Republik Islam Iran untuk berdepan dengan muslihat Barat itu ialah dengan mengekalkan perpaduan dalam kalangan negara umat Islam, meningkatkan hubungan dagang dan ekonomi, kebudayaan, dan menjalinkan kerjasama parlimentari sesama negara umat Islam, di samping menghindari pertikaian mazhab (avoiding sectarian strife). Lihat laporan Tehran Times di sini.
Ia selaras dengan kenyataan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur minggu lalu, bahawa apa yang harus diutamakan 'ialah prinsip amalan umat Islam berhubung kerjasama, persefahaman dan rundingan'.
"Kami yakin prinsip ini lebih penting daripada berbalah mengenai perbezaan yang kecil," kata kenyataan itu yang dikeluarkan berikutan bantahan terhadap laporan media mengenai pengikut ajaran Islam tertentu.
Bernama seterusnya melaporkan, Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur berharap kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengikis kesan negatif daripada dakwaan terhadap ajaran itu dan mengelaknya daripada berulang.
Sungguh, di pagi tahun baharu, tidak pasal-pasal 'kita' terpaksa mendengar 'khutbah diplomatik' Ali Larijani (walaupun dia bukan Menteri Luar) tentang 'semua itu'.
* Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Diplomat atau bukan diplomat pun diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Published on January 01, 2011 20:35
December 29, 2010
Syiah Melayu: 'Umat Yang Sesat'

Soalan ini timbul berikutan 'kemunculan' Syiah Melayu yang dicabul hak dan maruah mereka secara tidak bertanggungjawab pada malam 9 Muharam yang lalu oleh sebuah agensi agama. Akibat dari insiden yang penuh teka-teki itu (kerana dipercayai ada motif politik, klik sini), Syiah Melayu telah memohon supaya hak mereka untuk beribadah diberikan setelah dinafikan hak-hak mereka bertahun-tahun lamanya. Dalam sidang media setelah bertemu dengan SUHAKAM, wakil Syiah Malaysia telah memberitahu:
'Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan masyarakat Syiah di rantau lain, seperti rantau Indo-Pakistan, Asia Tengah atau Timur Tengah yang mempunyai tradisi dan kebudayaan berbeza. Kami minoriti Syiah di Malaysia mempunyai jati diri yang khusus. Adalah kami minoriti Syiah di Malaysia tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.' (Kenyataan penuh mereka ada di sini.)
Saya telah memberikan bukti 'pantun Syiah' yang termuat dalam sebuah koleksi himpunan pantun terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, klik sini. Jika anda boleh membaca tulisan Jawi lama, saya menyarankan anda mencari Kitab Kashf al-Ghaibiyyah yang dikarang oleh seorang ulama terkenal dunia Melayu, al Allamah as Syeikh Zain al-'Abidin al-Fatani. Di dalam kitab ini terdapat sebuah hadis perlunya beriman dengan ahlul bait dan keturunannya. Nama-nama Imam dua belas dari mazhab Syiah Imamiyyah dijejerkan dalam kitab ini pasti melongokan. Seingat saya, lima tahun lalu kitab ini masih terjual di kedai-kedai buku agama Jalan TAR, Kuala Lumpur. Akan tetapi, saya pasti sekarang ini, kitab ini sukar untuk dicari memandangkan gejala kewahabian semakin menular dalam masyarakat.
Ada orang mempersendakan kenyataan Kamil Zuhairi, apakah benar Syiah Melayu ada jati diri mereka sendiri?
Soalan saya kembali tidakkah pantun dan hadis Imam dua belas dalam Kashf al-Ghaibiyyah itu sendiri bukan satu identiti?
Kalau yang dimaksudkan ialah budaya nyata (ingat maksud budaya itu luas, dan tidak terhad kepada tari menari semata-mata), maka Syiah Melayu juga berbangga kerana mereka memiliki budaya khas yang sangat menarik. Untuk mereka yang pernah membaca buku saya Karbala, dalam buku tersebut dimuatkan sebuah artikel ilmiah yang saya tuliskan tentang bagaimana asal boria adalah dari budaya Syiah untuk mengingati kesyahidan Saidina Husin di Karbala. Esei ilmiah itu saya bentangkan di Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) V, 27-28 November 2007. Ia dapat dibaca di sini, klik. Dalam makalah ini anda juga dapat memahami budaya Ta'ziyeh, sebuah drama tragedi Karbala secara terbuka yang masih diamalkan di Iran setiap kali Muharram tiba. Foto di bawah ini.

Jika Syiah Iran mempunyai tradisi Ta'ziyeh, dan Syiah Indo-Pakistan mempunyai tradisi zanjeer matam (matam berdarah), apakah Syiah Melayu memiliki budaya nyata seperti ini juga? Ya, selain boria yang telah pun terpesong dari ciri-ciri asalnya?
Sekali lagi jawapannya, ada. Budaya tersebut diamalkan oleh Syiah Melayu dari etnik Minang bernama 'tabuik'. Lihat foto di bawah.

Budaya yang tidak nyata pula; anda akan menemukan banyak mantera, zikir dan sarwa pandang atau falsafah yang cenderung ke arah syiah. Budaya tidak nyata begini selalunya dapat ditemukan di wilayah Aceh. Ibu saya misalnya berasal dari daerah Lhoksuemawe, Aceh, yang mana tempat asal kerajaan Pasai Perlak. Dalam satu perjalanan ke Aceh setahun selepas berlakunya tsunami, selain mencari susur galur keluarga, saya ditemukan dengan bermacam-macam budaya tidak nyata yang mencetuskan minat saya untuk terus mengkaji hubungan Syiah di alam Melayu. Sarjana Indonesia, Wisran Hadi, pernah ditanyakan apakah masih ada sisa syiah di Sumatera. Beliau menjawab, 'Semuanya jalan sampai sekarang'. Doa menyembuhkan penyakit berbunyi: li khamsatun uthfi biha harral waba-i al-khatimah al-musthafa, wa al-murthada, wa ibnahuma, wa al-fatimah yang bererti, bagiku lima dengannya kupadamkan penyakit iaitu nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah, dan kedua anak mereka, Hasan dan Husain adalah satu contoh 'jati diri khas masyarakat Syiah Melayu'.
Ada orang bertanya kepada saya lagi, mengapakah Syiah Melayu ini pupus?
Jawapan saya, mereka tidak pupus. Malam 9 Muharam lalu, dengan kamera fotografer, dan rencana publisiti media yang tersusun, sebuah madrasah ilmu (dalam tradisi syiah dinamakan Hauzah) telah diserbu dan dinamakan sebagai 'ajaran sesat Hauzah ar Ridha alaihissalam'. Tujuan penyerbuan itu bukanlah sangat untuk membongkar 'kesesatan', akan tetapi dispekulasi ramai orang sebagai bermotif politik, klik sini. Saya tidak tahu apakah ini benar atau tidak, dan sebagai pengkaji saya kurang berminat dengannya. * Namun, saya ingin memberitahu kepada seseorang: Saya fikir anda kawan, rupanya ada rasuh (rakan-musuh).
Ada orang bertanya lagi, jika tidak pupus, bagaimanakah keberadaan Syiah di alam Melayu tidak kita ketahui dan rasai langsung sehinggalah kejadian 9 Muharram lalu membuka mata ramai orang?
Saya ada dua jawapan.
Jawapan pertama saya, keberadaan Syiah tidak dirasai kerana sarjana ketamadunan Melayu dan Islam kita menjauhi subjek ini. Mereka berminat dengan zon ilmu yang lebih selesa dan kurang mencabar. Kerana itulah pantun syiah tidak digali. Kerana itulah Kashf al-Ghaibiyyah tidak dibaca lagi. Saya difahamkan lama dahulu di pondok-pondok di Kelantan dan Patani, apabila tiba bahagian mengenai Imam dua belas, tok guru akan melangkau ke topik lain. Daripada 200 pelajarnya, akan ada 2 orang yang kekal membaca bahagian Kashf al-Ghaibiyyah yang dilangkau itu untuk tujuan ilmu. 198 orang akan keluar menjadi ustaz dan bertebaran mengajar ilmu agama. Mereka akan mengajar kepada orang awam dengan bekal ilmu yang terlangkau. Namun akan ada 2 orang yang juga kembali mengajar kepada orang kampungnya, dalam masyarakat yang kecil, berbanding yang 198 orang tadi, mereka berbekal ilmu yang tidak terlangkau. Mereka betul-betul khatam kitab. Dan ilmu penuh pun diturunkan kepada kelompok kecil mereka. Begitulah jadinya Syiah Melayu, menjadi minoriti di alam sendiri. Jadi, jika ada orang menyatakan mereka sesat; kita boleh katakan - Ya, Syiah Melayu memang 'sesat'. Mereka adalah, dalam bahasa Inggeris, the lost tribe (nota sesat dan lost di sini berlainan).
Jawapan kedua saya, untuk soalan mengapa Syiah Melayu tidak kita rasai dan kita kenali selama ini? Syiah Melayu seperti syiah-syiah lainnya di rantau berbeza, mereka sering diburu dan dijadikan kambing hitam oleh perakus yang bercita-cita tinggi. Sejak zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah lagi mereka dijadikan mangsa.
Tidak terkecuali Syiah Melayu, mereka juga diburu dan dijadikan mangsa. Menurut sarjana Ongan Parlindungan dalam bukunya Tuanku Rao, Syiah Melayu pernah memerintah Minangkabau selama 300 tahun. Kesultanan Pagar Ruyung dari tahun 1513 sehingga 1804 Masehi adalah sebuah kerajaan Syiah. Akan tetapi pemerintahan Syiah ini tumbang akibat adanya gerakan Wahabi. Syiah tumpas dalam perang yang dikenal sebagai 'Perang Padri' pada awal abad ke-19 Masehi. Dalam teks sejarah tidak disebutkan istilah Syiah dan Wahabi, oleh banyaknya kekeliruan istilah, perlawanan ini dirujuk secara salah sebagai 'pertembungan kaum muda dan kaum tua'. Ekoran jatuhnya kerajaan Syiah di Minangkabau, orang Syiah ini dihambat dan mereka melarikan diri sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Kerana ketakutan dibunuh, mereka mulai menghilangkan jati diri yang ada dari ternampak oleh masyarakat lain. Mereka juga berkahwin dengan orang Melayu dari mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Sesetengah mereka sempat menurunkan ajaran Syiah kepada anak-anak, sesetengah mereka menyimpannya sebagai rahsia sehingga mati.
Setelah itu semua, Syiah Melayu yang sudah tinggal sedikit ini berdepan pula dengan akta dan enakmen yang hanya memperakukan mazhab yang bukan mazhab asal mereka. Tidak ada pilihan lain, mereka menjadi sebuah masyarakat yang bersembunyi, sekali lagi - a lost tribe. Atau lebih tepat; underground society.
9 Muharram lalu, mereka diaibkan dengan cara yang paling pedih. Tidak hairanlah, ketua mereka merayu: 'mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan mazhab kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang iaitu 'Mazhab Ahlul Bayt' atau Syiah Imamiyah.'
Saya memang suka mengkaji. Saya memang sarjana pun. Saya juga seorang pengarang fiksi. Saya boleh menulis berpuluh Tunggu Teduh Dulu. Saya akan dapat royalti tinggi. Tetapi saya tidak mendapat nikmat menulis karya yang penuh ayat cinta. Saya lebih suka mencabar pembaca saya. Ada orang mengatakan saya tidak akan menang Anugerah Sasterawan Negara kalau saya terus menulis hal-hal 'gerun' begini. Alangkah mualnya. Berilah kepada pengarang yang mengejarnya. Saya? Saya hanya mahu menjadi penyimpan khazanah tradisi. Nah, siapa yang mahu beradvencer dengan saya, ya silakan. Ada pula orang mengatakan saya boleh ditahan tanpa bicara kerana masuk ke wilayah gelap ini. Jika itu berlaku, apa boleh buat. Saya bukan orang yang ada kuasa. Jika itu berlaku, bersaksilah betapa gelapnya masa depan ilmu. Cuma buat mereka yang kenal saya secara peribadi, jenguk-jengukkanlah isteri dan anak saya nanti.
Ada orang bertanya macam-macam tentang ilmu Syiah dalam blog ini. Sementelahan pula blog saya dipantau dan mendapat sorotan agensi berita antarabangsa kerana tindakan pemantauan tersebut, klik sini. Saya ingin menjelaskan, saya tidak dapat menjawab ilmu Syiah untuk saudara-saudara. Dalam tradisi Syiah, saya difahamkan seseorang harus mengaji paling kurang 8 ke 9 tahun di Qom atau Najaf untuk menjadi seorang alim. Jadi bertanyalah kepada orang yang sudah mengaji 8 tahun di sana. Saya bukan Hujjatul Islam atau Ayatullah. Jauh sekali. Janganlah berasa kecewa saya tidak dapat menjawab soalan-soalan saudara. Saya hanyalah seorang pengkaji alam Melayu, ya tentang bahagian ketamadunan dan peradaban bangsa Melayu serta hubungannya dengan Islam. Saya suka menelaah tentang 'umat yang sesat' ini, umat Syiah Melayu. Pengkhususan saya mungkin sedikit menggelisahkan ramai orang, tetapi apa boleh buat; ini adalah bahagian ilmu sains sosial yang jika saya tidak ceburi maka orang seperti anda tidak akan tahu.
* Kalau ada orang ingin memantau kerja-kerja akademik saya ini, ya silalah pantau. Dalam tradisi keilmuan, musuh sarjana memang terlalu ramai. Mungkin anda salah seorang daripadanya!
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Sarjana atau bukan sarjana diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Published on December 29, 2010 14:40
Bukti Kesesatan


Dr Mahmoud Ahmadinejad,
Pesuruhjaya Suhakam Mohd Sha'ani Abdullah,
dan Kamil Zuhairi Abdul Aziz (Ketua Syiah Malaysia).
Jemput Baca, Surat Pembaca Yang Termuat di Malaysiakini.Com:
Kausar Ahmad
I am greatly saddened by the recent events whereby innocent mourners of Saidina Husain (the Prophet Muhammad's grandson) were raided by Jais on the eve of Ashura. How can this happen in multi-religious and multi-racial Malaysia?
Having lived in Iran and many a few Arab countries, I can assure you that Ashura has nothing to do with violence. Rather, it is about self-sacrifice, something that Husain did more than 1,000 years ago. He sacrificed not only himself, but his dearest family members and friends which included his 6-month old baby in order to preserve the religion of Islam that was brought by Muhammad peace be upon him, his grandfather.
Ashura is commemorated world-wide, wherever there are people whose hearts are still quivered and saddened by the triumph of a few thousand well-equipped soldiers against an 'army' of mere 72 people. It is the agony and pain suffered by Husain's men (and women), not allowed to have access to the Euphrates river for days, the heroic battle between uneven numbers and the sacrifice of brave men for their leader and 'protector' of religion that makes the story of Ashura evergreen and alive.
No wonder people who remember Husain's sacrifice in Karbala on Ashura weep for him as if he just died yesterday. Which humane heart wouldn't?
Thus, it is rather strange if a group of mourners are prohibited from commemorating this event and are being hurled with so many false accusations. Any sane mind would conclude that the allegations thrown to these mourners of Husain are totally nonsense.

I believe that if you were to ask the participants in the Ashura commemoration in Gombak itself that you would find many who have performed the haj. Better still, ask any Iranian in KL whether he considers haj to be obligatory or not?
To the relevant authorities, please do not tarnish Malaysia's good image as a harmonious multi-religious and multi-racial country abroad by this uncalled for action. No matter how different this 'deviant sect' called Shias are from their Sunni-Shafi'i brethren in Malaysia, do not get into the trap made by those who like to sow the seeds of disunity and brotherhood among Muslims. Haven't we had enough of 'kafir-mengkafir' back in the 80's?

Our minister in the Prime Minister's Department (religious affairs) says that Shi'ism outside Malaysia is respected but it should not be practiced in Malaysia. Would a hard-core Malaysian communist be any less communist if he or she were to be outside Malaysia?
For the sake of the religious freedom that we are so proud of, I sincerely hope that our authorities would review the severe measures imposed upon this 'religious minority'.
May the spirit of peace-loving and truth-seeking Husain live on as epitomised by Gandhi in his words, "I learned from Husain how to achieve victory while being oppressed," and Edward Gibbon, the famous English historian and member of parliament who said, "In a distant age and climate, the tragic scene of the death of Husain will awaken the sympathy of the coldest reader." (The Decline and Fall of the Roman Empire, London,1911, volume 5, p391-392)
* Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Sunni, Syiah dan Wahab diundang mengundi, untuk menyampaikan hasrat maka boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Klik Sini.
* Apakah bukti yang ada dalam tangan 90 Marhalah, klik sini.
Published on December 29, 2010 06:01
December 28, 2010
18SX: Dialog Pengantin Sunni & Syiah

Kalau personaliti TV, Azwan Ali pasti akan meloncat: 'Tak sayang molooot...'
Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4:
"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf."
Nah, marilah kita berdrama sekejap. Bayangkan pengantin sunni dan syiah di malam pertama. Katakanlah suaminya sunni sementara isterinya syiah.
Senario 1:
"Ayang, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak tut*tut*tut*tut."
"Eii, cubit nanti."
"Bolehlah."
"Boleh. Tapi ayang ada satu pengakuan nak buat malam ini."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya bukan dara seperti yang diimpikan?

Pengantin lelaki lega, "Syiah pun syiah lah ayang. Janji abang dapat."
"Eiiiiii tak boleh bang, Hasan Din kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki pun dengan baran menghamun si penuduh, ".....hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Senario 2:
"Awak, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak emmm*emmm*emmm*emmm."
"Eii, saya gigit nanti."
"Eh gigitlah. Abang rela awak."
"Boleh. Tapi saya ada satu pertanyaan nak diajukan malam ini, harap abang boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya sedang uzur?
"Adakah abang seorang syiah? Saya tengok ibu bapa abang, mereka solat tak dekap tangan."
Pengantin lelaki lega, "Abang syiah keturunanlah awak. Ibu bapa abangkan mamak dari Pakistan, sejak dari zaman Moghul lagi keturunan kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin perempuan lega, "Syiah pun syiah lah abang. Abang handsome macam Amir Khan, macam Saif Ali Khan. Cepatlah abang..."
"Eh kejap awak. Tak bolehlah kan awak, kan ulama awak yang terkenal bernama Ustaz Hasan Din al Hafiz kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin perempuan pun dengan angin menghamput si penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."

Senario 3:
"Habibi, ana nak enti."
"Nak apa Mahmud?" Merengek manja.
"Nak ahhh*ahhh*ahhh*ahhh*."
"Eii, ana tampar nanti."
"Eh tamparlah habibi. Ana pasrah."
"Boleh. Tapi ana ada satu ikrar nak dilakukan malam ini, harap enta boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar.
"Habibi, ana seorang syiah lah. Ramai lagi keturunan Arab di sini syiah lah habibi. Abi wa ummi asal Lubnan. Sejak zaman Fatimiyah lagi kami sudah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin lelaki bernama Mahmud lega, "Aiwah. Enti syiah. Ana sunni. Enti muda. Ana tua. Kita bersatu di ranjang. Biarlah orang nak kata apa pun."
Pengantin perempuan mengingatkan, "Eh enta jangan main-main. Enta tak boleh pegang ana kerana Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Haji Hassan Din al-Hafiz fatwakan nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki bernama Mahmud pun dengan marah mencaci sang penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Tuan-tuan, apakah HUKUM QAZAF?
Apabila seseorang melakukan qazaf atau tuduhan zina tanpa mempunyai bukti yang sah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali dan jika hamba sebanyak 40 kali. Hukuman ini jelas telah disebutkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran:
"Dan orang-orang yang menuduh muhsanat (perempuan-perempuan yang saleh) berzina, tanpa empat orang saksi, maka jilidlah mereka lapan puluh kali. (Kemudian) tidak diterima kesaksian mereka selama-lamanya, mereka itulah orang-orang fasik. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu dan mereka memperbaiki diri dan amal mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Apakah LAFAZ QAZAF?
Terdapat tiga bentuk lafaz qazaf, iaitu:
i. Lafaz sarih, iaitu lafaz yang secara jelas membawa maksud zina, seperti: "Wahai, penzina." atau "Aku telah melihat engkau berzina."
ii. Lafaz kinayah, seperti: "Wahai fasik! Engkau tidak pernah menolak setiap tangan yang menyentuhmu."
Jika ucapan seperti di atas itu didakwa bukan bermaksud menuduh zina, maka dakwaan tersebut boleh diterima dengan sumpah.
iii. Lafaz ta'ridh, iaitu berbentuk sidirian seperti: "Aku ini bukan penzina, dan orangtuaku juga bukan penzina."
Apakah SYARAT-SYARAT QAZAF?

1. Penuduh telah baligh
2. Penuduh berakal
3. Penuduh bukan ibubapa orang yang tertuduh
4. Tertuduh seorang muslim
5. Tertuduh telah baligh
6. Tertuduh berakal
7. Tertuduh merdeka
8. Tertuduh afifah, iaitu orang yang terpelihara kehormatannya serta menjauhi diri dari kemungkaran.
Bagaimana GUGUR HUKUM QAZAF?
Hukum qazaf akan gugur dari penuduh zina apabila terdapat salah satu dari perkara-perkara di bawah ini, iaitu:
1. Penuduh dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi. Jika kurang, maka penuduh akan dikenakan hukum qazaf.
2. Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.
3. Penuduh melakukan li'an sebagai ganti dari empat orang saksi dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.
Sila ulang baca, 'Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.'
Katakanlah kita tolak 200-500 juta penganut syiah di seluruh dunia dengan hanya menyorot 20 ribu orang (ada laporan kata 20 ribu, ada 40 ribu, ada 300 ribu) syiah di Malaysia ini; adakah 20 ribu tertuduh akan memaafkan penuduh?
Tuan-tuan apakah pengajaran dari drama di atas?
Sayangilah mulut.
*Tahukah anda ada sejumlah kecil etnik Melayu yang memang bermazhab Syiah turun-temurun? Klik sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Pengantin sunni dan pengantin syiah turut dipersilakan mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Published on December 28, 2010 07:05
Pantau Memantau

"Kami percaya kami telah dijadikan bahan uji, adu domba dan di kambing hitam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang diperlihatkan oleh tindak tanduk Mohammed Khusrin, media, blogger dan tokoh-tokoh agama. Fitnah yang disebarkan mengenai kami mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami." - Wakil Masyarakat Syiah Malaysia, klik sini.
Juga kata Kamil Zuhairi: "We were condemned, criticised, slandered and threatened in local media just because we practise what had been preached by our ancestors who were Shiites and have lived in Malaysia for centuries." - Jawapan Kamil Zuhairi kepada wartawan asing, AFP, klik sini.
"We are looking for a conciliatory solution, since there's no point in being confrontational." - Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani menjawab pertanyaan wartawan AFP, klik Hindustan Times, sini.
Tindak-tanduk 90 Marhalah boleh menjejaskan hubungan diplomatik:
Rakyat Iran yang berada di Malaysia dinasihatkan supaya menghormati undang-undang dan peraturan di negara ini selain melakukan aktiviti yang didasarkan kepada perpaduan dan persaudaraan Islam.
Menurut kenyataan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di sini, apa yang harus diutamakan ialah prinsip amalan umat Islam berhubung kerjasama, persefahaman dan rundingan.
"Kami yakin prinsip ini lebih penting daripada berbalah mengenai perbezaan yang kecil," kata kenyataan itu yang dikeluarkan berikutan bantahan terhadap laporan media mengenai pengikut ajaran Islam tertentu.
Konsul itu berharap kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengikis kesan negatif daripada dakwaan terhadap ajaran itu dan mengelaknya daripada berulang.
--Bernama
Tup Tup nama saya disebut di agensi berita asing - Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan berita Malaysiakini.com, Mohamad Rais Rashid, ketua penolong pengarah bahagian urusan penguatkuasan JAIS berkata, pihaknya bimbang ajaran sesat akan tersebar jika ditempatkan bersama banduan lain.
"Mereka (pengikut ajaran sesat) sepatutnya diasingkan dan tidak berkongsi sel dengan banduan yang lain kerana kita bimbang golongan ini akan mempengaruhi akidah mereka (banduan) kelak".
Katanya lagi kepada wartawan Malaysiakini, "Biarlah mereka ditempatkan bersama-sama dengan mereka (pengikut) sahaja".
Menurutnya lagi, kewujudan pusat tahanan ajaran sesat ini bakal memudahkan pihaknya melaksanakan program pemulihan akidah.

Salah satu laman blog yang disiasat adalah milik seorang penulis novel terkenal kerana dikatakan cuba menyebarkan fahaman Syiah menerusi laman blognya.
Kemungkinan besar penulis yang dimaksudkan itu ialah Dr. Faisal Tehrani, seorang penulis novel Sunni terkenal yang pernah meraih Anugerah Seni Negara 2006 daripada kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Dr. Faisal Tahrani adalah seorang ahli akademik dan penyelidik yang bersimpati terhadap Syiah. Dalam blog beliau (http://tehranifaisal.blogspot.com), Dr Faisal sambil memohon doa keselamatan saudara-saudara bermazhab Syiah beliau turut menyifatkan serbuan JAIS terhadap Hawzah Imam Ridha (a.s.) baru-baru ini mengancam citra Malaysia di peringkat antarabangsa.
Berita ini juga ada dalam bahasa Parsi: http://www.abna.ir/data.asp?lang=1&am...
(Klik sini)
Dan akhir sekali, bahagian berita yang paling saya suka setelah 90 Marhalah mula-mula mendakwa pengikut 'ajaran Hauzah ar Ridha alaihissalam' kebanyakannya adalah pensyarah universiti:
'Kebanyakan mereka mengaku mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja...' - JAIS kepada malaysiakini.com, klik sini.
Pertama Kali Entri Ditampilkan Dua Dalam Satu, Nanti Akan Ada Empat Dalam Satu Pula:



Mereka jadi kambing hitam agaknya. Tup tup ada yang naik pangkat tiba-tiba (klik sini).
Tup tup cerita wikileaks, 4 in 1 dan penggantungan beberapa ahli parlimen pembangkang tenggelam.
Kalau mereka ini menggugat keselamatan negara, mengapa mereka muncul di Suhakam dengan penuh gaya? Klik sini.
Tup Tup! Tup Tup! Semuanya jadi jelas buat kita. Hal sesat dan lain-lain untuk menyimpangkan haluan kita sahaja.
Ini projek 'selamatkan' dan projek ini arkitek-arkiteknya kita tahu terdiri daripada siapa.
Demikianlah orang-orang Syiah jadi mangsa dan kambing hitam sejak zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah untuk membolehkan segelintir perakus mempertahankan kuasa.
** Pemantau dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 28, 2010 01:01
December 27, 2010
Cari Mereka Sampai Dapat!

Saya ingin menasihatkan pihak berkuasa agama supaya berpijak di alam realiti. Mazhab Ja'fari adalah mazhab ketiga terbesar dalam Islam setelah mazhab Hanafi dan Syafie. Tentu fikah mereka berbeza tetapi elok juga kita mendalaminya. Saranan saya, hulurkan tangan dan berdialog dengan penganut mazhab Ja'fari di Malaysia. Apakah ruginya?
Majlis Syiah Dunia pada tahun 2008 membuat anggaran populasi Malaysia: 25.347.000. Dan populasi Syiah: 200.000. Jadi dalam: 0.8% adalah Syiah.
Ramai juga yang tergelak mengenangkan 0.8% mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan darah lebih 99% populasi rakyat Malaysia. Ini satu kenyataan Doraemon yang dipetik oleh media cetak dan elektronik kita lalu ditokok dengan sedikit aksi stunt (lari menerusi bumbung bangunan sambil bertakbir, klik sini.)
PEW Research Center's tahun 2009, melaporkan populasi Malaysia: 27.730.000, dengan populasi Muslim: 16.581.000. Populasi orang Syiah ialah: - 331.000. Jadi sekitar: - 2%.
Saya difahamkan dalam satu pertemuan ketua kumpulan Syiah di Malaysia dengan Suhakam, mereka menegaskan bahawa Ja'fari adalah mazhab asal mereka. Ketua mereka, bernama Kamil Zuhairi Ab Aziz mengatakan:
"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme atau lain-lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, iaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia."
Syiah Malaysia juga menegaskan mereka mempunyai 'jatidiri yang khusus' yang tidak boleh disamakan dengan orang Syiah di negara lain yang tentu sahaja memiliki budaya dan adat tersendiri (saya fikir beliau merujuk kepada Syiah Pakistan dan India yang memukul badan sampai berdarah).
Klik sumber Malaysiakini di sini. Tonton sidang akhbar dalam video ini:
Jika dakwaan mereka benar, yang mana tentu didokongi dengan macam-macam bukti akademik serta warisan sejarah; maka kita tidak boleh memaksa fahaman kita sahaja untuk mereka.
Jika kita paksa juga, maka apa bezanya kita dengan Nazisme? Sementelahan ada teori mengatakan syiah ini pengasasnya Yahudi.
Sekali lagi, jika dakwaan mereka benar, maka saya kira, mulai saat ini masyarakat Syiah Malaysia akan menjadi tumpuan tenaga akademik alam Melayu. Tentu banyak kajian akan muncul untuk memerhati dan menekuni dakwaan mereka. Ustaz Kamil Zuhairi pun dalam laporan Malaysiakini ada mengatakan 'tiada dialog dan kajian yang tersusun daripada sarjana berhubung fahaman itu'.

Kita mesti berdialog dengan mereka, sarjana dan ahli akademik mesti turun padang 'memburu' mereka. Mereka ini adalah 'our lost society' sekian lama. Mereka adalah khazanah tradisional kita yang wajar diarkibkan. Mereka adalah pintu misteri, pintu ilmu dahulu kala. Kalau kita membaca Kitab Kashf al-Ghaibiyyah oleh seorang ulama terkenal dunia Melayu, al Allamah as Syeikh Zain al-'Abidin al-Fatani rh kita akan mendapati adanya tersenarai nama-nama Imam dua belas dari mazhab Syiah Imamiyyah. Kitab ini masih terjual di kedai-kedai buku agama Jalan TAR, Kuala Lumpur.
Cuba baca pantun ini:
Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.
Keyakinan Ali sebagai pengganti Rasulullah saw hanya diimani oleh masyarakat Syiah. Saya pernah berdebat dengan seorang Syiah Melayu. Kata beliau, sunni percayakan manusia berhak melantik pengganti Rasulullah saw. Akan tetapi syiah percayakan hanya Allah sahaja berhak melantik pengganti Rasulullah saw. Siapakah yang berhak melantik pengganti Nabi Muhammad saw jika begitu? Syiah percaya lantikan Allah, sunni percayakan lantikan manusia.

Penyerahan memorandum Syiah Malaysia ke Suhakam menunjukkan mereka tidak takut. Mereka yakin mereka benar. Dan mereka mahu hak-hak mereka diiktiraf. Jika benar mereka ini ingin menghalalkan darah sunni, tidak mungkin mereka keluar dengan selamba dan berada di bawah spotlight seperti selebriti.
Tidak ramai tentunya pengkaji yang ingin masuk ke alam tabu dan kelabu. Akan tetapi saya beroleh 'doktor' dengan penat lelah yang tidak terhitungkan. Maka izinkan saya sebagai pengkaji dan sarjana untuk melakukan tugas yang tidak diingini orang ini. Saya - Dr Faisal Tehrani - sebagai pengkaji persuratan Melayu berikrar akan 'memburu' dan 'menyiasati' mereka ke lubang-lubangnya. Insya-Allah kita akan dapat membongkar kekuatan sebenar bangsa Melayu-Islam satu masa dahulu untuk kebaikan masa depan. Itu telah pun saya lakukan dalam Manikam Kalbu, Bedar Sukma Bisu, Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad. Mungkin ada yang akan berpandangan serong, atau saya mungkin 'tertangkap', akan tetapi kerja pengkaji memang melawan arah mata angin.
Mohd Khusrin Munawi mungkin telah (akan) mendapat keuntungan dengan dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor. Akan tetapi beliau telah membuka keuntungan yang lebih besar seluas semesta alam - serbuan itu telah memburaikan rahsia alam Melayu beratus tahun lamanya. Oleh kerana itu, Demi Masa! Saya dapat katakan ada pihak yang memang mengalami khusr meski tampak menang di umum. Sedang yang kerugian di mata umum, sebenar-benarnya mengalami keuntungan dan laba besar. Dan berdasarkan kod 'Demi Masa' itu, apakah mungkin mereka adalah kumpulan 'orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.'
Sebagai pengkaji yang ada sifat advencer, saya tidak sabar untuk mencari mereka. Saya akan cari mereka sampai dapat.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 27, 2010 05:29
December 26, 2010
Senarai Yang Mesti Dibaca Pemantau:


3. 'To start with, only the Shafi brand of Sunni Islam is recognised as Islam in Malaysia. Minority sects, especially the Shia Muslims, are persecuted and driven underground. Shia Islam is banned by law and only recently a group of Shia mourners were rounded up by the police for practising their faith. Malaysia is as theocratic as a theocracy can be. However, to Malaysia's credit, the Indian and Chinese ethnic populations as well as the apostates who decide to leave Islam are allowed to live their lives freely (though Malays who choose to convert out of the faith lose their constitutional privileges).' - Yasser Latif Hamdani, akhbar Daily Times Pakistan, klik sini. Nampak gaya, citra Malaysia sanggup dikorbankan, biar ia sangat-sangat terjejas di peringkat antarabangsa demi memperoleh kota Ray.
4. Pencabulan hak asasi manusia menurut Deklarasi Kaherah Untuk Hak Asasi Manusia Dalam Islam Untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1990, klik sini. Rupa-rupanya pengharaman syiah bukan sahaja bertentangan dengan Deklarasi Amman, Jordan 2004, klik sini.
5. Iman Bukan Milik Negara - Aqil Fitri, klik sini.
6. Sunni (Bukan Wahabi) dan Syiah di Madinah, Arab Saudi Memang Geng - klik sini.
7. Dari blog Dr Chandra Muzaffar (SHI'ITES: A SECURITY THREAT?):
The arrest of 200 Shi'ite followers by the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) on 16 December 2010 has raised some disturbing questions.
If those arrested are "fanatics and a threat to national security" as stated by the JAIS Director, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, shouldn't he support his allegation with incontrovertible evidence? If they are a threat to national security, why were they arrested by the JAIS and not the Police under the relevant security laws? JAIS is in charge of religious affairs, not national security matters. Shouldn't the JAIS Director also substantiate his claim that members of the group known as Hauzah Ar Ridha Alaihissalam believe that other Muslim groups are "infidels" and it would be lawful to kill them?
In the absence of proof, the discerning public may begin to wonder whether the arrests are directed at Shi'ism as such. After all, there are Islamic Religious Departments and Muslim politicians in Malaysia who regard Shi'ite teachings as "deviationist." They are obviously wrong.
There is no need to emphasise that Shi'ism is a legitimate part of Islam. Shi'ites subscribe to the same fundamental principles of the religion and practise the same basic tenets of the faith, as the majority Sunni Muslims do. Like the Sunnis, they too have contributed immensely to the growth of Islamic civilisation. There are about 180 million Shi'ites today who belong to the larger Muslim family ( ummah) of 1.7 billion people.

What this suggests is that historically rooted and politically generated antagonisms should not be allowed to distort and destroy ties between the two communities. Sunni-Shi'ite animosities, often manipulated and exploited by vested groups within and without the Muslim ummah, have already led to the killing and maiming of thousands in recent years, especially in Pakistan and Iraq. It is undoubtedly the most divisive ideological split within the ummah today.
Fortunately, some modest attempts are being made by both Sunni and Shi'ite theologians and thinkers in various parts of the world to improve relations between the two groups. This is a positive development that we in Malaysia should support. JAIS officials and other ill-informed individuals in Malaysia should help, rather than hinder, the process.
Dr. Chandra Muzaffar,
President,
International Movement for a Just World (JUST).
Malaysia.
19 December 2010.
(klik sini)
'Happy Memantau!'
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 26, 2010 21:55
Bukan Lelaki Sahaja 'Buaya'

















Selamat berkenalan dengan Steve Irwin atau "The Crocodile Hunter" Iran. Namanya Dr Elham Abtin. Beliau adalah pengkaji di Institut Kajian dan Penternakan Buaya Chahbahar, Republik Islam Iran. Entri ini adalah dedikasi khas daripada saya buat semua pemantau. 'Happy Memantau' saya ucapkan.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. 'Buaya' pun dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 26, 2010 17:26
December 23, 2010
Syiah: 'Fatwa' Haji Abdul Hadi Awang

Ini satu pandangan alternatif. Untuk siapa yang suka mendengar dan mencerna bahan sebelum melenting menghukum.
Saya bukan penggemar Haji Abdul Hadi Awang dari segi politik. Serasa arwah Ustaz Fadzil Noor lebih hampir di sisi saya (dari segi politiknya). Sementelah almarhum pernah datang rumah saya dan makan rambutan hampir sebesen; dan saya juga mengenali salah seorang anak beliau.
Kembali kepada Haji Abdul Hadi Awang, walaupun i am not a fan of him, saya terpaksa akui, ilmu agama beliau lebih daripada saya. Ustaz Hadi adalah graduan Universiti Madinah dan Al-Azhar.
Tampal url ini:
http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=18,
juga http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=19
Sila muat turun audio dan dengarkan sendiri (tidak lama untuk muat turun). Pastikan anda muat turun 2 audio.
Kata Haji Abdul Hadi Awang:

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia."
"Fahaman mereka tidak menyebabkan mereka menjadi kufur, kerana ia hanyalah dalam masalah cabang."
"Saya diberitahu oleh Ulamak dari Iran dalam muzakarah saya, mereka tidak menggalakkan nikah Mut;ah, Dalam Ahli Sunnah pun ada persoalan, seperti nikah Misyiar dalam sunni yang di bolehkan tidak di galakkan dan juga Nikah Cina Buta yang di halalkan oleh mahhab Ahli Sunnah dan setengahnya mengharamkan....."
"Kadang-kadang kita kata, kita Ahli Sunnah, tetapi sebenar Ahli Punah. Kerana kita berkawan dengan Amerika, mereka menentang Israel dan Amerika di Lubnan."

Barangsiapa yang suka belajar jemputlah mendengar. Banyak ilmu di dalamnya, 'termasuk perbezaan syiah di Iran dan India (yang diresapi elemen Hindu)', bahawa mazhab tidak terhad kepada 4 sahaja, bagaimana Imam Khomeini berijtihad supaya orang syiah solat di belakang Imam Wahabi di Mekah, bagaimana al-Azhar ditubuhkan oleh orang syiah, bagaimana Salahuddin al Ayubi menggulingkan kerajaan Syiah, Hezbullah yang rapat dengan ahlus sunnah wal jamaah, nikah mut'ah, solat dijamak, sujud atas batu, serta bagaimana strategi Amerika melagakan sunni dan syiah.
* Mistis dan ali, Ustaz Hadi turut menyentuh syair Imam Syafie tentang syiah rafidhah.
Foto Ustaz Hadi bersama ulama-ulama Syiah ini diambil dari blog Neutral Daily, klik sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Maulana-maulana wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 23, 2010 23:48
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
