Faisal Tehrani's Blog, page 11
February 11, 2011
11 Februari: 1979-2011

Pada 11 Februari 1979, Revolusi Islam Iran termeterai. Dengan penuh kekuatan bangsa Iran telah bangkit menolak penindas zalim, Amerika Syarikat dan Zionis.
Shah Iran kabur melarikan diri. Sebuah riwayat yang melongokan.





11 Februari 2011, siapa sangka, sebuah kebangkitan luar biasa berlaku di Mesir. Dengan penuh keazaman bangsa Mesir bangun menolak penjahat kejam yang menafikan hak-hak mereka selama ini. Mubarak telah berambus pada 11 Februari 2011.
Adakah 11 Februari satu kebetulan?
Atau memang satu tarikh pilihan dengan campur tangan langit?
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 11, 2011 07:29
February 10, 2011
1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day

Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata "Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," (klik sini).
Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Aku rasa itu tidak menjadi pertikaian pun buat kita. Dalam hal ini kita bersetuju.

Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.
Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?
Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.
Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.




Itu kalau kau nak meraikan juga hari berkasih sayanglah. al-Akh dan al-Ukh Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan tentu suka dengan saranan aku ini. Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat.
Aku berkasih sayang hari-hari beb tak payah nak tunggu Valentine-Melentine.
Tetapi, tentu ramai tak sependapat dengan aku bila terselit perkataan syiah di situ. Menjolok mata dan perasaan yang teramat sangat. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, Syiah memang suka buat bid'ah.'
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 10, 2011 05:32
February 9, 2011
Jangan Berperangai Macam Mubarak

1. Apakah erti kenyataan diktator Hosni Mubarak kepada duta Amerika Syarikat di Mesir pada tahun 2009 tersebut?
2. Republik Islam Iran sememangnya digeruni negara-negara regim Arab kerana dibimbangi akan menjadi ancaman buat kuasa mereka.
Taktik Mengatasi: a. Salahkan program nuklear Iran sebagai berbahaya. b. Salahkan Syiah iaitu Iran mengeksport Syiah ke serata dunia. Mubarak bukan reti pun apa itu Syiah tapi kalau boleh jual untuk menunjukkan dia hero maka dia pun lakukan.
3. Bolehkah berbincang dengan Iran (baca dalam konteks poin 'b': Syiah)?
Jawapannya: Berdialog boleh. Tapi jangan percaya satu pun kata-kata mereka.
Jadi, kalau ada-ada mendengar kenyataan yang persis di atas, di sini; tahulah kita tukang buat kenyataan itu sejenis klon Mubarak bangsat pembunuh rakyat Palestin.

4. Apakah erti kenyataan Omar Suleiman, Ketua Perisikan Mesir sekarang merangkap Naib Presiden untuk diktator Hosni Mubarak kepada Mike Mullen, Joint Chiefs of Staff Amerika Syarikat di Mesir pada tahun 2009 tersebut?

Taktik Mengatasi: a. Musnahkan Iran dan Hezbullah dengan merekrut ejen di Iraq dan Syria. b. Salahkan gerakan Islam (sunni) seperti Hamas dan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan radikal dan kekang gerakan Islam tersebut sehingga lumpuh.
6. Bolehkah berlembut dengan HAMAS dan Ikhwanul Muslimin (baca dalam konteks poin 'b': Sunni)?
Jawapannya: Jangan. Salahkan Iran dan (baca dalam konteks poin '1b': Syiah) pastikan mereka 'mendapat balasan azabnya'.
Jadi, kalau ada-ada mendengar kenyataan yang persis di atas di mana-mana pun; tahulah kita tukang buat kenyataan itu sejenis klon Mubarak dan Soliman bangsat pembunuh rakyat Palestin. Mungkin taktik itu dipelajari dari Israel. Dan taktik yang sama dimainkan oleh kawan-kawan Mubarak di merata dunia.
Kesimpulan: Jangan jadi Zionis. Faham berkeras dengan harakah Islam dan 'blame it on Syiah' ini perangai Zionis.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 09, 2011 23:30
Kalau Saya di Mesir Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekarang?




Perlukah saya ketakutan? Mungkin juga. Kerana saya orang luar. Tapi rasa-rasanya kalau orang tahu saya orang Melayu mereka tidak akan apa-apakan. Bukankah orang Melayu terkenal dengan kebaikan. Kena titik banyak kali pun orang Melayu tak berkutik.
Tapi kalau melihat dari foto-foto di atas, yang berkampung di Medan Tahrir itu orang baik-baik belaka. Makan minum kongsi bersama walau apa pun agama. Solat pun bersama. Tentu saya dapat kawan baharu. Sambil-sambil menunggu masa untuk protes lagi saya akan tulis puisi. Dan paling penting saya mencipta sejarah bersama-sama rakyat Mesir, bergotong royong mahu menjatuhkan kerajaan yang zalim.
Itu kalau saya ada di sanalah. Tetapi, pelajar Malaysia yang berpusu-pusu pulang tentu tidak sependapat dengan saya. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, memang suka cari masalah.'
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 09, 2011 05:26
February 8, 2011
Laporan Terkini AFP (8 Februari 2011) Tentang Isu Syiah di Malaysia

By Romen Bose (AFP) –
KUALA LUMPUR — Like other Muslims they read the Koran and face Mecca to pray, but the Shiite community in Malaysia is considered a "deviant sect" and faces harassment in this multicultural country.
Religious authorities in December arrested 200 Shiites as they observed the holy day of Ashura, accusing them of threatening national security in a country where most of the 16.5 million Muslims are members of the Sunni sect.
The majority of those detained were Muslim Malays -- who dominate the Malaysian population -- joined by followers from Indonesia, Myanmar, Pakistan and Iran.
Former state religious department head Mohammed Khusrin Munawi, who led the December 16 raid, said that the faith, if left to grow, could undermine security as "fanatical followers of the sect consider other Muslims infidels".
"For them, the blood of the followers of other faiths is lawful which means that it is okay to kill (Sunnis)," he told the Utusan Malaysia newspaper.

The split dates back to a dispute over succession after the death of the Prophet Muhammad in 632.
In a country where non-Muslims are constitutionally free to practice their faith, the crackdown on an Islamic sect which forms the majority in other countries, including Iran and Iraq, has raised concerns.
"Everyone in the country should have freedom of worship," Reverend Thomas Philips, head of the country's largest inter-religious council, told AFP.
"But in the Muslim context in Malaysia, they have a different understanding and so it is a very sensitive issue."
The estimated 40,000 Shiites in Malaysia are one of several Islamic sects under close watch by religious authorities, who crack down hard on so-called deviant Islamic groups.

Malaysia has a dual-track legal system, with civil courts running in parallel with Islamic Sharia courts where Muslim Malays can be tried on religious and moral charges.
However, Chandra Muzaffar, head of rights group JUST, says that religious officials are abusing their power.
"The Shiites are not deviants, they are very much part of the Muslim community and if you deny them, then you are saying that 15 percent of Muslims worldwide are also deviant," he said.
"They follow almost all the tenets of the majority Sunni sect and the differences are more political and historical so we should engage them through dialogue rather than carry out raids, arrest and prosecute them."
Kamil Zuhairi Abdul Aziz, 45, the Iranian-trained leader of the Hauzah ar-Redha or "Knowledge House" raided by authorities in December, says they are forced to practice their faith quietly.
"We are Muslims just like any other Muslims in the country but we live in fear as we are constantly attacked verbally and are often arrested and detained by authorities," he told AFP after prayers at the hauzah, the biggest of 40 Shiite community halls throughout the country.

"Shiism came to the shores of Malaysia in the 14th century when Islam arrived here as many of the Arabic, Indian and Persian traders who brought the religion were also Shiites.
"The authorities must recognise that we are not a recent phenomenon and that we should be respected just like any other faith in the country," he said in the hall filled with religious banners and pictures of Iran's Ayatollah Khomeini and President Mahmoud Ahmadinejad.
"We do not believe in bloodshed or that we are justified in killing anyone but yet these are the lies spread about us."
Community elder Muhammad Hassan, 72, said the last waves of arrests of Shiite followers in Malaysia came in 1997 and 2001.
He says his grandchildren are discriminated against in school and higher learning institutions, where religious teachers "criticise Shiites openly although they don't even understand or are bothered to even study our teachings."
State religious department head Marzuki Hussin told AFP "the bottom line is that Shiism clashes with Islam in Malaysia and so it cannot be allowed to propagate here as it can cause instability."
"We are happy to counsel the Shiite community on the practices of Malaysian Sunnis as what they are practising is a violation of our religious laws," he said.
Kamil, who was among those arrested in the December raid, will answer charges of preventing Islamic officials from carrying out their duties on February 17.
"Our future is very uncertain as we have lived here for centuries but now don't know for how long we can exist like this on the periphery of society," he said.
"We are treated as outcasts when we actually contribute much to society. We are fellow Muslims -- treat us as such."
Copyright © 2011 AFP, klik sini
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 08, 2011 17:56
Pesuruhjaya SUHAKAM Yang Tangani Isu Syiah Mesti Hindari Prasangka

Ketika ditanya pernyataan terbaru Professor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Hj. A. Majid yang juga anggota SUHAKAM, Faisal Tehrani meminta Datuk Mahmood supaya menghindari pernyataan-pernyataan yang mengurangi kredibilitas SUHAKAM sebagai lembaga pelindung hak asasi manusia.

Belum lama ini, Datuk Mahmood dalam wawancaranya mengatakan, "Kalau (baca; Andai) Syiah dibenarkan berkembang di negara ini, baiknya tidak ada." Dikatakannya pula, "Bila Syiah dibenarkan, ini akan menimbulkan perpecahan." (Klik foto, baca kenyataan 'berprasangka' Datuk Mahmood dalam Majalah I keluaran Februari 2011 di sebelah)
Seraya mengkritik pernyataan Datuk Mahmoud, Faisal Tehrani menegaskan, "Mengapa argumentasi Syiah sebagai sumber perpecahan selalu dimunculkan, bukankah banyak masyarakat Tionhua, India, Dayak dan Iban di Malayasia dengan menganut berbagai ajaran. Apakah fenomena ini menimbulkan perpecahan di negara ini?"
Belum lama ini, Ayatollah Jaafar Hadi dalam wawancaranya dengan IRIB mengatakan, "Makna Syiah adalah pengikut yang setia. Untuk itu, kesetiaan itu juga setidaknya harus ditunjukkan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Itu terbukti bahwa komunitas Syiah di Malaysia tidak mendirikan sholat Jumat terpisah dengan masyarakat setempat. Mereka bergabung dalam shalat Jumat setempat karena tidak ada beda antara shalat Jumat Syiah dan Sunni." Menurut Ayatollah Jaafar Hadi, persatuan ummat adalah harga mati yang tidak dapat ditawar lagi.
Sumber IRIB.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 08, 2011 16:55
Kenyataan Media SUHAKAM Teliti Isu Syiah di Malaysia

Untuk tujuan tersebut, SUHAKAM akan diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu ini. SUHAKAM akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya.
SUHAKAM juga akan mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat bersama semua pihak yang terbabit dengan matlamat untuk mencari satu jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Oleh itu, SUHAKAM berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.
PROF DATUK DR MAHMOOD ZUHDI HAJI ABDUL MAJID
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
8 Februari 2011
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 08, 2011 04:15
February 6, 2011
Novel Terbaru Faisal Tehrani

"Err, I forgot, apa nama you? Dr. Hiryanti? Begini, I tak fikir I perlu diajar tentang bagaimana nak berlakon." Sharifah Ezzati memuncungkan bibir.
Dr Hayati meruok serta-merta. "Kalau awak menang oscar sekalipun, saya tak peduli. Saya sudah melatih pelakon seperti Penelope Cruz, Juan Alfonso Baptista, Olivier Martinez, Won Bin, Maggie Cheung dan mereka sudah berada di puncak dunia tetapi tidak pernah ada yang berperangai seburuk awak. Awak nak berlakon di bawah pengarah Yamin sahajakah? Sampai bila?"
Sharifah Ezzati menggigil marah. "Look here lady…"
"Awak yang dengar sini!" Dr Hayati menahan geram yang mencanak.
"You tak perlu ajar I."
"Awak yang dengar sini." Ulang Dr Hayati.
Syarifah dan Namrata saling berpandangan, dan telan air liur. Drama yang tidak disangka bakal berlangsung.
"Awak sudah tandatangani kontrak dan selagi awak dalam kontrak awak akan akur dengan saya. Kalau awak betul pelakon profesional awak akan patuhi hakikat ini. Jika tidak, saya akan panggil sidang media dan minta semua media melaporkan perangai awak. Penerbit rancangan Melodi dan Terjah kedua-duanya adalah ahli PIBG di sekolah anak saya." Dr Hayati mengugut.
"I am not your student. Jangan nak mengajar-ngajar." Sharifah Ezzati mendesis bagai ular di hadapan muka Dr Hayati.
Dr Hayati yang bagaikan tidak percaya dengan provokasi aktres tersebut bersuara lebih keras, kini lebih mengancam. "Awak ingat awak pandai bila menang anugerah aktres terbaik? Apa yang baik? Pendekatan lakonan einfuehlung pun awak tak tahu…"
"Pelakon dahulu pun tak pernah masuk sekolah lakonan." Sharifah Ezzati menjawab cepat.
Namrata menolak-nolak Syarifah supaya mara mendamaikan.
"Sekolah pertama, awak perlu belajar tentang kontrak. Hubungi peguam awak, hubungi pengurus awak." Dr Hayati makin menuntut.
Sharifah Ezzati mengangkat kepala. Mempertahankan keangkuhan diri.
Syarifah bangun, bingung, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namrata juga khuatir.
Dr Hayati kembali waras, senyum. "Sesi hari ini tamat. Jangan sampai sesi akan datang saya panggil sidang media, takut awak tergamam sekali lagi macam dulu."
"Terima kasih." Sharifah Ezzati membalas semula. Jalan menghentak-hentak.
"Namrah…err apa Namkota, Namurata, I nak baju glamour I semula. I nak keluar dari neraka ni."
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on February 06, 2011 20:30
February 5, 2011
al Azhar dan Wahabi Punca Mubarak (DLL) Jadi Hantu



Berbeza benar dengan Revolusi Islam Iran yang para ulamanya di Qom memberikan dokongan penuh untuk menjatuhkan Shah Iran. Kerana itulah ulama Syiah di Qom masih digeruni barat. Kerana mereka komited menjuarai Islam dan tidak bertolak ansur dengan kebatilan. Garis amar makruf nahi mungkar mereka sangat jelas. Berbeza benar dengan ulama di Azhar mahupun di Madinah. Eloklah Mohammed Rafat al-Tahtawi itu berhenti bersekongkol dengan kejahatan penguasa dan ketulian para ulama. Selama ini Zionis berpestaan di Mesir dan Palestina kerana rata-rata ulama di al Azhar (mahupun Madinah) selama ini (akan datang belum tahu) gagal mengangkat kebenaran.

Barang diingat al Azhar adalah mercu tanda pengajian dalam dunia Islam belahan sunni sementara Universiti Madinah adalah mercu tanda pengajian dalam dunia Islam belahan wahabi. Jika begini, fahamlah kita kenapa cakap berbuih-buih mulut pun mereka tetap tak reti. Inilah rupanya sebab mereka tidak mengkaji dengan hati terbuka setiap segala kebenaran dalam agama. Inilah puncanya kita selaku ummah menggenggam angin, rasa seperti memegang sesuatu tetapi sebenarnya tiada. Rasa seperti ada tempat berpaut tetapi rapuh. Maka agama kita membeku dan terperuk di takah bawah. Inilah rupanya punca agama kita tidak sepertinya di zaman Rasulullah saw. Sehinggakan kita mengabaikan pesan baginda serba serbi termasuk supaya tidak meninggalkan ahlul baitnya. Inilah agaknya sebab musabab gerakan Islam di dunia Islam masih belum dapat mencontohi kejayaan gerakan Islam di Iran sehingga terlaksananya wilayatul faqih. Inilah sebab musababnya ulama sunni dan wahabi kekal mendokong penguasa yang zalim kerana contoh yang ada dalam kitab yang mereka tekuni ialah untuk terus mengampu pemerintah Umaiyyah dan Abbasiyyah kerana teorinya ialah biarlah pemerintah fasik dan perabih duit shopping di Dubai asalkan Islam di masjid tidak digugat. Inilah asal usul sekularisme yang orang terlupa sebutkan dalam buku Islam and Secularism sehingga ia menjadi akar padu yang sukar dibongkar dalam kalangan kita. Sekularisme berlaku kerana umat Islam memisahkan ahlul bait dari al-Quran.
Rupanya ramai ulama kita tiada boleh dijadikan sandaran, kerana tempat mengajinya pun serupa itu. Tidak hairanlah penguasa zalim boleh terus membuat helah dan tipu.
Kalau beginilah rupa sikap ulama atasan di al Azhar (dan Madinah), maka eloklah pelajar kita yang mengaji agama di sana kelam kabut, rebah rempah dan berpusu-pusu pulang. Iyalah, takut satu hal. Akan tetapi hal yang lebih utama, mengaji atau bercucuk tanam di tempat yang gersang tentulah tiada hasilnya untuk deen kita. Islam yang dipelajari ialah Islam kitab. Islam yang terbenam dalam huruf dan perenggan kitab. Selepas tiba di Malaysia nanti, mungkin mereka boleh membuka mata hati, ya setelah semua ini, untuk berpindah tempat mengaji. Iya, eloklah ke Qom di Iran. Tempat Islam dapat dipraktikkan. Islam Muhammadi. Pelajar mengaji agama mesti belajar ditempat yang tidak menghambakan diri dengan Amerika. Kerana itu saya seronok dengan kenyataan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz yang merujuk pergolakan di Mesir sebagai 'kebangkitan rakyat Arab Timur Tengah ke arah pemulihan demokrasi setelah sekian lama rantau itu "dikongkong pemimpin diktator pro-Amerika Syarikat" (klik sini). Pelajar agama mesti mengaji di tempat yang bebas dari pengaruh zionis. Dalam dunia, satu-satunya tempat yang menghampiri sifar suci dari Zionis ialah Iran. Memang ada usaha Zionis untuk masuk ke Iran, macam Mohsen Namjoo itu (klik sini), tetapi terkawal.





Kejadian di Mesir berlaku supaya kita semua dapat pengajaran. Mubarak jadi hantu setan kerana ulamanya begitu. Dan barang diingat bos Mubarak itu ada hantu setan yang lebih besar lagi. Rakyat Mesir belum melakukan revolusi sekiranya yang diubah hanya Mubarak. Si Mubarak ini hanya boneka. Raja sebenar Mesir ialah Obama. Dan Obama ini pula rajanya ada di Tel Aviv. Kalau rakyat Mesir sekadar berupaya menggantikan Mubarak dengan Omar (Omar Suleiman adalah ejen CIA, klik sini) maka setakat itulah perginya.
Begitulah juga raja sebenar Arab Saudi, ia juga bersemayam di Tel Aviv.
Ia juga menjadi ingatan buat pemerintah negara umat Islam yang lain sekiranya dalam hati tersedik untuk terhegeh-hegeh menyembah Amerika Syarikat. Klik di sini: http://www.liveleak.com/view?i=aaf_1296315210 dan tonton video polis Mesir menyerang rakyat Mesir yang sedang bersolat (atas arahan Zionis tentunya). Adakah ini yang mufti wahabi Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh sifatkan sebagai 'this chaos comes from enemies of Islam and those who follow them'? Siapa yang kacau siapa? Rasional bongok mana yang beliau gunakan?
Buat mereka yang mengaji agama Islam, para ulama sekian; apa kata tontoni khutbah Jumaat Ayatullah Ali Khamenei ini, beliau berbicara tentang isu Mesir. Dan jangan risau kalau tidak memahami bahasa Parsi. Ini kerana Ayatullah Ali Khamenei sebagai pemimpin umat Islam sejagat berkhutbah dalam bahasa Arab. Tontonlah sendiri:
** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 05, 2011 22:46
February 4, 2011
Kerajaan Malaysia WAJIB Halang Mohsen Namjoo
Saya telah berusaha menghubungi banyak media termasuk Malaysiakini untuk mengambil perhatian tentang hal ini. Akan tetapi media tempatan nampaknya tidak melihat kehadiran Mohsen Namjoo ini satu berita yang bernilai dan menguntungkan di dunia. Dalam hal menfitnah pendokong ahlul bait kebanyakan ulama dan media akan bergotong royong berlumba-lumba untuk menjadi nombor satu.
Ini BUKAN surat saya tetapi surat S.M. Mohamed Idris, pengerusi Citizens Intenational/Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Alhamdulillah ada aktivis yang masih waras.
Beliau ikut membantah kehadiran dan rancangan konsert seorang penyanyi Iran bernama Mohsen Namjoo di Kuala Lumpur pada 18 November 2011 di KLCC Convention Centre(lihat sini). Kita pun tahu ada sejumlah rakyat Iran yang telah murtad bermastautin di negara ini. Antara kerja celaka mereka ini adalah mengedar dadah dan merosakkan citra ajaran Islam dengan tingkah laku mereka. Mohsen Namjoo, penyanyi biadab dan tidak guna ini adalah idola mereka. Si bodoh ini telah menghina al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu dengan elemen cabul, lucah, erotik, kurang ajar dan tidak senonoh.
Sila klik untuk membaca ulasan album beliau ini.
Ketika hubungan Malaysia dan Iran dalam keadaan kurang selesa ekoran tindakan JAIS menganiayai masyarakat Syiah di Malaysia sambil menfitnah ajaran Syiah yang bukan-bukan; tindakan membenarkan seorang penyanyi yang telah menghina kitab suci al-Quran menunjukkan kita di Malaysia berada dalam keadaan 'yang lebih sesat' kerana mengizinkan seorang penyanyi jahat, Mohsen Namjoo pengejek Islam membuat persembahan di Kuala Lumpur. Konsert menghina al-Quran dan Nabi Muhammad seperti ini eloklah diserbu pihak berkuasa agama.
28 January 2011
Y.B. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Minister of Home Affairs
Ministry of Home Affairs
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dear Y.B. Dato' Seri,
Ref: Stop Iranian Singer's Concert
We have been informed that the Iranian singer Mohsen Namjoo who lives in Europe is to hold a concert in Kuala Lumpur Convention Center on Feb 18th, 2011. In October last year, he was prosecuted by the Iranian court and sentenced to a five-year jail term for ridiculing the Quran in a song. Although, initially before the sentence, he apologized saying that he did not mean to make fun of the Quran but subsequently he retracted his apology.
Later, in Berlin, he said that he will not continue self-censuring himself and read one of his 'poems' which he said he had written before, called: 'the pretty Jurist (or leader)", referring to Iran's leader. In this 'poem' he is not only insulting Iran's leader and Imam Khomeini, but commits blasphemy when, in language that is very vulgar and disgusting, he insults God, our beloved Prophet (saw) and other prophets. We understand that this rubbish is available on you-tube.
On a flattering review in WordPatch of Namjoo's third album OY, the reviewer writes:
"Binazir (Unique) deserve a meticulous attention in which blues guitar accompanies Namjoo's spoken words about a sexual intercourse and its aftermath. Namjoo touches each taboo (in Iranian society) honestly and transparently. He truly does not shy away from depicting each one in great details, be it the supreme leader in the last song "Gladiators" or singing the Koran versus again (which he has stated that, it's not his intension to insult or cause offence), in Shams ", or describing a sexual intercourse in Binazir." A copy of the review is attached.
We urge you to take urgent and immediate action to stop this blasphemous singer from holding a concert in Malaysia.
Thank you.
Wassalaam.
Yours sincerely,
……………………………………
S.M. Mohamed Idris
Chairman
* Sekiranya Mohsen Namjoo tetap menyanyi di Kuala Lumpur, tidak ada sesiapa yang rugi melainkan mereka yang membenarkan beliau menjejakkan kaki di sini (meskipun setelah ditegur dan diingatkan). Siap-siapkan jawapan di akhirat kelak.
** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

Beliau ikut membantah kehadiran dan rancangan konsert seorang penyanyi Iran bernama Mohsen Namjoo di Kuala Lumpur pada 18 November 2011 di KLCC Convention Centre(lihat sini). Kita pun tahu ada sejumlah rakyat Iran yang telah murtad bermastautin di negara ini. Antara kerja celaka mereka ini adalah mengedar dadah dan merosakkan citra ajaran Islam dengan tingkah laku mereka. Mohsen Namjoo, penyanyi biadab dan tidak guna ini adalah idola mereka. Si bodoh ini telah menghina al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu dengan elemen cabul, lucah, erotik, kurang ajar dan tidak senonoh.
Sila klik untuk membaca ulasan album beliau ini.

28 January 2011
Y.B. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Minister of Home Affairs
Ministry of Home Affairs
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dear Y.B. Dato' Seri,
Ref: Stop Iranian Singer's Concert
We have been informed that the Iranian singer Mohsen Namjoo who lives in Europe is to hold a concert in Kuala Lumpur Convention Center on Feb 18th, 2011. In October last year, he was prosecuted by the Iranian court and sentenced to a five-year jail term for ridiculing the Quran in a song. Although, initially before the sentence, he apologized saying that he did not mean to make fun of the Quran but subsequently he retracted his apology.
Later, in Berlin, he said that he will not continue self-censuring himself and read one of his 'poems' which he said he had written before, called: 'the pretty Jurist (or leader)", referring to Iran's leader. In this 'poem' he is not only insulting Iran's leader and Imam Khomeini, but commits blasphemy when, in language that is very vulgar and disgusting, he insults God, our beloved Prophet (saw) and other prophets. We understand that this rubbish is available on you-tube.
On a flattering review in WordPatch of Namjoo's third album OY, the reviewer writes:
"Binazir (Unique) deserve a meticulous attention in which blues guitar accompanies Namjoo's spoken words about a sexual intercourse and its aftermath. Namjoo touches each taboo (in Iranian society) honestly and transparently. He truly does not shy away from depicting each one in great details, be it the supreme leader in the last song "Gladiators" or singing the Koran versus again (which he has stated that, it's not his intension to insult or cause offence), in Shams ", or describing a sexual intercourse in Binazir." A copy of the review is attached.
We urge you to take urgent and immediate action to stop this blasphemous singer from holding a concert in Malaysia.
Thank you.
Wassalaam.
Yours sincerely,
……………………………………
S.M. Mohamed Idris
Chairman
* Sekiranya Mohsen Namjoo tetap menyanyi di Kuala Lumpur, tidak ada sesiapa yang rugi melainkan mereka yang membenarkan beliau menjejakkan kaki di sini (meskipun setelah ditegur dan diingatkan). Siap-siapkan jawapan di akhirat kelak.
** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 04, 2011 03:06
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
