Faisal Tehrani's Blog, page 14

January 15, 2011

Kerana Air Liurnya Bertitik, Kita Kerugian Susu Sebelanga

Ini adalah laporan media asing yang mengejutkan di hujung minggu.
Semuanya gara-gara siapa?

In Otherwise Tolerant Malaysia, Shiites Are Banned

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — In this Muslim-majority country, it's OK to be Christian, Buddhist or Hindu. But not Shiite.

Malaysian religious police raided a three-story shop-house last month and detained more than 100 Shiites who had gathered to mark the death of one of their most beloved saints, Prophet Muhammad's grandson, who was killed in the year 680.

It was one of the largest such sweeps in years, sparking outrage and fear in the country's small but growing Shiite community. Some religious scholars see it as a worrying sign that Islamic authorities are becoming more hard-line.

"Malaysia is trying to become a country a la Taliban that only allows one school of thought," said prominent scholar Asri Zainul Abidin.

Despite its reputation for religious tolerance, Malaysia has been quietly discriminating against its own for years. The government recognizes only the Sunni branch of Islam and prohibits all others including Shiites, the world's second largest Islamic group.

Shiites face discrimination elsewhere, but Malaysia appears to be the only place that actually outlaws them.

"We are the oppressed people," said Kamil Zuhairi Abdul Aziz, the Iranian-trained religious leader for the Lovers of the Prophet's Household, the Shiite group raided by the religious police on Dec. 15.

The event they were commemorating, the death of Prophet Muhammad's grandson in the seventh century, helped seal the split between the majority Sunnis and the Shiites, whose strongest base today is in Iran.

Kamil estimates there are at least 40,000 Shiites among Malaysia's 16 million Muslims, though the number could be higher as many conceal their faith to avoid trouble. A few have been detained in the past, and some sent to faith rehabilitation centers, but there is no official data on the number of arrests.

Malaysia's ban was issued in 1996 by the National Fatwa Council of top Islamic clerics and seen as unusual in the Muslim world. The council comes under the government's Islamic Advancement Department, so its decrees are de facto law.

The 3 million Shiites in neighboring Indonesia are able to practice freely, though they are often harassed on hard-line Sunni websites. In Bahrain, the government cracks down on Shiite activists, fearing they could be a backdoor for Iranian influence.

Sunni extremists have bombed Shiite gatherings in Pakistan, and much of the violence in Iraq has been between Sunni and Shiite militias as the two sides vie for power.

It's not clear what prompted the recent raid in Malaysia, but Islamic officials defend the ban as crucial to prevent unrest among Muslims.

"Shia is an Iranian sect," said leading cleric Harussani Zakaria, a member of the National Fatwa Council. "It has expanded secretly and now has many supporters who are starting to practice their faith in public. We don't want any religious differences. They are a threat to Muslim unity in Malaysia."

In defense of the raid, several Islamic officials said Shiism could give rise to fanatics as it permits the killing of Muslims from other sects, a claim denied by the Iranian embassy and Shiites here. Home Minister Hishammuddin Hussein, responding to reporters, said that Shiites don't pose a threat to national security.

The Iranian embassy issued a statement urging the government to prevent the spread of such false information. "Currently, there are about 400 million followers of the radiant path ... in the world and such baseless statements are utter disrespect to all of them," the statement read in part.

Some Malaysian Shiite families have practiced for generations while many others were exposed and subsequently converted to Shiism after the 1979 Islamic Revolution in Iran.

Many meet in one of 40 "hauzars," or "houses of knowledge." The one that Kamil leads, the most prominent and largest with 500 members, is on the top floor of a shop-house in a suburb of the city of Kuala Lumpur.

On Dec. 15, religious police arrived in trucks and detained about 125 people, including some 30 foreigners, mostly from Pakistan. Most were released on bail and given hearing dates at the Shariah court, which adjudicates religious cases.

Officials have said the foreigners are expected to be let off, but the Malaysians could be charged with following the teachings of a deviant movement, which carries a penalty of up to two years in prison.

Kamil has been charged with insulting Islamic officials, with his hearing set for Feb. 17.

His group has turned to the government-backed Human Rights Commission of Malaysia to demand the right to worship freely .

Mastura Ahmad, a 46-year-old homemaker among those detained, said she became a follower after marrying her Shiite husband, whose ancestors are from Indonesia.

"I feel comfortable with Shia. There is more guidance given and I feel safer. But I don't declare my faith openly because people don't understand. My neighbors will gossip about it and label us as deviants and we may be ostracized," she said.

Followers still gather at Kamil's hauzar, but iron grills have been installed at the entrance, in part because of concerns that drugs or explosives could be planted in the center to undermine the group.

Some 100 followers filed in for prayers on the first Tuesday of the new year. A wall mural depicting Noah's Ark greeted them as they entered a long carpeted hall draped with banners in Arabic and separated into sections for men and women.

During the one-hour session, Kamil led prayers over a loudspeaker. Then, poems were read to continue the mourning for the grandson of Prophet Muhammad.

"Here in Malaysia, they cannot accept the differences," Rashid Ahmad, a 46-year-old follower, said before the service. "There has been a campaign of demonizing us by the religious authorities. They are jealous of our influence. In the whole world, Shia is awakening."

He requested not to be photographed to protect his identity as his child is receiving a government scholarship, and he fears it could be withdrawn.

Source here. Copyright © 2011 The Associated Press. All rights reserved.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2011 06:07

January 13, 2011

Siapa (Memang) Lebih Sesat Daripada Siapa?

Ada beberapa blog menerbitkan entri dengan maklumat ini: Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam tulisan-tulisan Faisal Tehrani.

Saya memang suka dengan perkataan 'sememangnya'. Macam memang-memanglah sesatnya.

Saya dan tulisan-tulisan saya selaku pihak yang diadili dan dinilai, sampai sekarang tidak pernah lihat laporan tersebut. Mungkin ia memang sulit. Maklumlah Faisal Tehrani kan memang berbahaya, klik sini (ada orang menyampaikan sejarah empunya blog ini di Bahagian Majalah DBP). Mungkin laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 ini menilai secara cetek pantun syiah yang saya petik dari buku pantun Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua, 2005 (klik sini). Kalau begitu yang syiah bukan saya, tetapi memanglah pengarang pantun itu. Mungkin memang banyak hujah-hujah lain. Tapi saya memang tidak tahu. Saya memang tiada salinan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 tersebut.

Saya memang rasa macam Paria dalam hal ini. Memang macam dikastakan. Saya rasa saya pun memang wajar dibela dan dipertahankan oleh Persatuan Penulis, tetapi, saya sudah memang lama tidak membayar yuran tahunan, mungkin kerana itu saya dipandang sebelah mata.

Sumber saya di JAKIM mengatakan "Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008" ini adalah usaha seorang Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od, klik sini untuk blog beliau. Betul ke tak masih dalam misteri. Dalam blognya dicatat begini: Blog ini hanyalah sebagai alternatif penulis dalam berdakwah bagi menangani pandangan @ ajaran yang menyeleweng @ meragukan di Malaysia. Sebarang komen boleh dibuat di ruangan ulasan @ emel penulis di abuhaseef@live.com.

Saudara, bolehkah kami emel secara mesra kepada saudara dan minta laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 itu?

Saya dan karya-karya saya masuk kategori 'menyeleweng dan meragukan' agaknya kerana entri-entri blog beliau memang suka menumpang blog saya dengan menjawab apa sahaja yang mungkin.

Akan tetapi saya juga difahamkan Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini juga ditanggapi segelintir orang lain pula sebagai 'menyeleweng dan meragukan'.

Pulak dah! Faisal Tehrani ini memang!

Maknanya si Aizam yang merupakan penilai dan pengkaji ajaran menyeleweng dan meragukan ini pun dinilai dan dikaji orang sebagai menyeleweng dan meragukan. Memang lucu juga.

Sebuah blog memaparkan gambar buku (sumber klik sini) yang menurut penulis blog tersebut sebagai bukti Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini memang seorang Wahabi. Saya tidak tuduh, oang lain tuduh. Klik di situ.


Memang Wahabi tidak diwartakan sesat seperti Syiah di Malaysia (tapi ada orang kata, cara Wahabi bersolat memang sesat, klik sini). Oleh kerana saya dituduh Syiah oleh segelintir orang maka saya nampaknya dinilai lebih sesat dari Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od. Pun, itu bermakna untuk orang yang tidak menganggap Syiah sesat dan menganggap Wahabi yang sesat, maka saya akan dinilai kurang sesat berbanding Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od (kenyataan JAKIM tentang wahabi, sini)

Atau adakah kami memang sama-sama sesat (klik sini)? Blog yang menyiarkan bukti Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini sesat; turut menuduh saya sesat (klik sini). Jadi maknanya ada orang lain pula yang mengatakan kami berdua sesat. Kemudian, seseorang yang lain memberitahu saya, blog yang menuduh saya dan Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini sebagai sesat pun dianggap sesat juga, kerana ia (kononnya) memuji Abuya Ashaari (pengasas Arqam) yang difatwakan sesat di Malaysia 'sebagai orang saleh dan meninggal dunia dalam keadaan tersenyum ketika dikafankan', klik sini.

Ya Allah, kami bertiga memang sesat jika begitu!

Saya rasa kalau kita memang mencari senarai kesesatan orang lain, kita memang akan jumpa dan ia memang akan berpanjangan. Kita akan dapati semua dalam kalangan kita memang sesat. Kalau semua kita memang sesat; siapa nak tunjuk jalan pulang? Kita memang tidak ada pemimpin. Nabi Muhammad saw kan memang sudah wafat. Jadi siapa nak tunjuk jalan pulang?

Ada sesiapa boleh beritahu siapa yang memang dapat bantu kami (kita semua) mencari jalan pulang. Jalan lurus. Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Dalam kita saling tuduh menuduh sesat ini, ada orang lain memang seronok tengok. Tuan-tuan pun memang tahu siapa.

Kembali kepada asas entri saya ini, Penyelidik JAKIM yang menuduh saya sesat dan dituduh sesat oleh seseorang yang lain, yang dituduh sesat pula oleh seseorang yang lain; antara lain menegaskan Malaysia 'menolak' hukum hak asasi yang diterima di peringkat antarabangsa, sumber klik sini. Saya rasa memang kenyataan ini bermasalah. Hujahnya pun memang rapuh. Kalau mengaku penyelidik, mesti tahu sejarah. Malah, kenyataan itu kalau dibuat atas kapasiti jawatan rasmi akan mendatangkan big trouble buat negara tercinta di kemudian hari. Seolah-olah Malaysia nak menyongsong arus melawan masyarakat antarabangsa. Kalau saya ada masa saya akan jawab tetapi buat masa sekarang memang saya rasa macam malas. Antara punca kemalasan saya ialah, dalam pada mengatakan Syiah sesat, masih ada yang makan-makan, suka-suka, gelak-ketawa, tepuk tampar (nasib baik tak cubit mencubit) dengan Syiah di London. Ya lah, di London siapa nampak kan (tak percaya, klik sini)?

Kalau saya memang menuntut keadilan, saya akan menghujahkan, Penyelidik JAKIM ini melakukan vonnis in absentia (menuduh tanpa kehadiran saya dan tidak memberi peluang saya menjawab). Sebab laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 ini memang tidak pernah saya baca apatah lagi tengok. Bukan apa, ada orang mendakwa penilaian beliau pun memang tergelincir, klik sini.

Apa salah beri saya baca Laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 itu? Tulisan saya yang mana ada unsur-unsur 'S' itu? Ustaz sudah baca Tiga Kali Seminggu? Kita tukar-tukar nak? Baru aci. Ke bagaimana tuan-tuan?

* By the way, you guys might want to read this, here or here. Ludicrous!

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.


Beli Tiga Kami Seminggu, klik sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 13, 2011 15:10

January 12, 2011

Beginilah Sepatutnya, Jangan Teladani 'Kerugian'






(Sumber klik sini). Pertemuan Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Y.Bhg. Dato' Wan Muhammad bin Dato' Sheikh Abd. Aziz Ketua Pengarah JAKIM dengan Duta Besar Republik Islam Iran, Prof Dr Mohammad Mehdi Zahedi dan Pengarah Konsulat Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur Hujjatul Islam Vahedi, ini berlangsung pada 10 Doshanbeh 20 Dey 1389 menurut kalender Parsi (beberapa hari lepas). * Kemaskini 7:29 pagi, dalam perkembangan berkaitan; ulama terkenal Republik Islam Iran Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri mengecam keras Jabatan Agama Islam Selangor, 'Top Shia Cleric Hit Out at Ashura Attack against Muslims, klik sini. Mungkinkah ada gerakan baling batu sembunyi tangan, klik sini.

Sebagai satu himbauan blog ini ada menyiarkan perihal Konsulat Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur yang menegur kerajaan kita dalam satu kenyataan:

'The Cultural Consulate of the Embassy of the Islamic Republic of Iran in Malaysia requests the Esteemed Government of Malaysia to take necessarily measures to vanish the negative effects of the above – mentioned allegations and prevent similar propaganda to be repeated again.'

(Klik sini)

Konsulat Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur juga berdialog dengan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) (klik sini, ada gambar-gambar mesra) atau klik sini:


Bukan itu sahaja Konsulat Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur menyatakan tidak puas hati mereka terhadap tuduhan liar bekas Pengarah JAIS (sekarang SUK Selangor) kepada al Jazeera, klik sini.

Sudah tiba masanya Malaysia mematuhi Deklarasi Amman yang mengiktiraf mazhab Ja'fari sebagai salah satu mazhab dalam Islam. Sunni dan Syiah sama-sama Islam. Jangan biarkan duri dalam daging menggugat.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2011 05:01

January 9, 2011

WikiLeaks: Kemesraan JAKIM & Syiah


Ini adalah foto-foto lawatan dan dialog Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Kemajuan Agama Islam, JAKIM ke Yayasan al-Khoei pada 1 Julai 2010 yang lalu. Dalam lawatan sambil belajar (sambil bekerja) tersebut pegawai-pegawai JAKIM nampaknya belajar banyak daripada masyarakat Syiah London. Antara yang turut terlibat dalam program ini ialah staf-staf CENTRE FOR ACADEMIC SHI'A STUDIES (CASS) di London, dan mereka diberi sambutan hangat oleh ulama-ulama Syiah di London, antara lain Sheikh Mohammed Hilli.





Nampak gaya mereka juga menjamu selera dengan hidangan lazat santak kenyang bersama orang Syiah London. Mereka kemudian berehat sebentar dan bersolat di Masjid Syiah Yayasan al Khoei di London.

Bukankah kalian melihat sunni dan syiah bersolat dalam sebuah masjid tanpa sebarang masalah dan menumpahkan darah?


JAKIM juga melawat sekolah rendah (untuk anak-anak masyarakat Syiah) AL SADIQ dan AL ZAHRA yang 60 peratus guru-gurunya adalah bermazhab ahlus sunnah wal jamaah di London. Kalau menurut Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4, anak-anak pengikut Syiah adalah tidak sah taraf!



Sebelah petangnya pegawai-pegawai JAKIM ini berinteraksi pula dengan komuniti KHOJA SHIA dan berdialog dengan MUNAWER RATTANSI, Naib Yang Dipertua Persatuan Khoja Shia Dunia.

Soalan saya yang betul-betul jujur dan tulus, sekarang juga beritahulah kepada pengikut Hauzah ar Ridha di Gombak mengapa sampai jauh sekali kalian mencari orang Syiah di London untuk berdialog dan bermesra? Tidakkah Hujjatul Islam Kamil Zuhairi ketika mengadu nasib mereka kepada SUHAKAM 27 Disember 2010 lalu memberitahukan bahawa 'kami adalah penganut Syiah asal'. Mengapakah Syiah di London lebih manusia? Beritahulah kepada anak-anak kecil di Gombak, mengapa Syiah di tadika Sadiq dan Zahra tidak sesat?

Tidakkah itu bermakna negara bukan Islam, United Kingdom jauh lebih baik dalam melindungi minoriti berbanding negara umat Islam? Lihat sahaja kehadiran polis United Kingdom dalam majlis dialog tersebut. Mereka datang untuk belajar!



Dan di manakah pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam yang kita lihat dalam foto-foto ini saat umat Islam Syiah Malaysia diaib, dihina, dimalu, difitnah, dicaci, dan diugut (semua itu masih berlangsung sampai sekarang) dengan begitu teruk sekali pada 9 Muharram lepas? Apakah diam kalian terhadap tindak-tanduk ketua pengarah pihak berkuasa agama tersebut tanda setuju? Tidakkah persaudaraan erat Islam yang berlaku Julai 2010 itu kalian abaikan sahaja pada Disember 2010 lalu? Tidakkah kalian tahu saudara-saudara seIslam yang kalian kunjungi di Yayasan al Khoei ini sangat kecewa dengan apa yang menimpa penganut Syiah di Malaysia dan mereka sangat terkejut dengan tekanan yang dihadapi oleh penganut Syiah Malaysia semata-mata kerana beriman dengan mazhab asal mereka.

Tidakkah Sheikh Hilli ini dalam ucapannya bertajuk THE IMPORTANCE OF MUSLIM COOPERATION IN TODAY'S WORLD menjelaskan kepada kalian di London bahawa Sunni dan Syiah 'tidak apa-apa' kerana yang penting bekerjasama sepenuhnya untuk membawa kebaikan Islam?


Tuan-tuan, saya tidak faham mengapakah double standard ini berlaku. Ustazah, saudara kita Brother Yusuf Khoei dan Sister Maha Redha di London juga ingin tahu. Khabarnya mereka berdoa siang malam.

Pohon ingat apa pesan mereka di London, bahawa musuh kita sedang mengganyang. Mohon ustazah yang budiman klik di sini, di sini dan paling penting di sini. Terima kasih ustazah.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

Lebih banyak foto-foto boleh dilihat di blog Unit Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, klik sini. Pendedahan ini dikhabarkan oleh seorang staf Yayasan Khoei London menerusi emel kepada saya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2011 17:10

January 8, 2011

Wikifiqh

Cita-cita saya tidak banyak, memahamkan seberapa ramai umat Islam bahawa 'KITA' sama sekali tidak lengkap tanpa 'MEREKA'. Bersama 'MEREKA', 'KITA' menjadi sempurna. Ingatan untuk diri saya juga: Marilah kita mengenepikan kefanatikan dan kejahilan demi kemajuan ummah.
Jemputlah membaca cerpen saya yang pertama tahun ini. Berjudul WIKIFIQH, tersiar di Mingguan Malaysia,
halaman 18 (ruangan sastera) 9 Januari 2011 (klik sini).

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Anda dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 08, 2011 14:13

January 6, 2011

Mereka Pun Macam Kita

Ada seseorang yang tidak dikenali mengutusi saya salinan berita di atas. Memandangkan 'mereka' tidak mendapat liputan yang adil oleh media tempatan, maka saya berasa terpanggil untuk menyiarkan semula berita ini. Sinar Harian edisi utara hari ini menyiarkan berita mengenai pengikut Syiah di daerah Pendang, Kedah Darul Aman membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Pendang pada jam 10 pagi semalam. Ia adalah berkenaan penghinaan dan fitnah terhadap Syiah yang beredar dalam media Malaysia baru-baru ini. Untuk baca dengan jelas, klik pada gambar. Sila baca juga perihal berita ini di sini.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Orang Kedah mahupun luar Kedah dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2011 23:44

Bantahan: Persekutuan Karate Malaysia Diresapi Unsur-Unsur Syiah?

Kami ahli-ahli Kelab Maulana (kemau.net) berasa sangat khuatir dengan usaha Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) untuk menggantikan jurulatih pasukan karate negara dengan seorang jurulatih bermazhab syiah. Laporan Bernama hari ini menyebut Jurulatih Kebangsaan ketika ini P.Arivalagan akan digantikan dengan seorang jurulatih dari Iran bernama Vahid Khajeh Hosseini, pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1994 kategori 80kg, klik sini. Jurulatih kebangsaan sekarang ini adalah seorang berbangsa India yang kami percaya beragama Hindu. Seperti yang kita ketahui, Hindu adalah agama yang diiktiraf oleh negara kita yang tercinta. Ini berbeza dengan 'agama syiah' yang telah diwarwarkan sebagai berbahaya oleh pihak berkuasa agama dan media tempatan pada 17 hari bulan Disember 2010 yang lalu, klik sini. Walaupun terdapat fakta penganut agama Syiah berjumlah 400 juta orang di muka bumi dan mereka diiktiraf sebagai umat Islam serta dibenarkan menunaikan haji, kami tetap berpendirian 'agama Syiah' tidak boleh diamalkan di sini kerana ia sesat (di negara lain, bagaimanapun 'agama Syiah' ini tidak sesat).

Kami yang percaya lonjong-lonjong dengan kenyataan pihak berkuasa agama tersebut berasa sangat bimbang. Ini kerana pihak berkuasa agama ada mengatakan ajaran Syiah boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut mereka yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir. Kita ingin meminta pihak Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) memastikan apakah jurulatih dari Iran bernama Vahid Khajeh Hosseini ini benar-benar selamat dan tidak berbahaya. Kami percaya lonjong-lonjong dengan kenyataan "Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh". Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat. Kami juga percaya Vahid Khajeh Hosseini ini tidak mewajibkan ibadah haji.

Kami tidak mahu atlet Karate Malaysia diresapi fahaman syiah ini dan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah apabila 10 Muharam tiba. Kami juga gusar mengenangkan hal ini sehingga tidak tidur malam, kerana memikirkan syiah menghalalkan nikah mutaah. Kami bimbang gejala ini akan menjadi punca tarikan generasi muda untuk terlibat dalam sukan karate. Jika ini berlaku bagaimanakah nasib sukan-sukan lain seperti acara berbasikal, skuasy, badminton dan sukan bola sepak yang baru hendak bernafas kembali?

Kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cadangan Presiden MAKAF, Datuk Wira Mohd Ali Rustam untuk melantik Vahid Khajeh Hosseini sebagai jurulatih negara. Kami tidak percaya jurulatih syiah dari Iran mampu melonjakkan prestasi atlet karate di peringkat dunia. Kami juga terperanjat besar Vahid, 48, jurulatih skuad kebangsaan Iran ketika ini, akan ditawarkan gaji sebanyak US$5,000 sebulan untuk tempoh kontrak selama dua tahun. Ini bermakna pengaliran wang negara telah diberikan kepada seorang syiah! Bolehkah MAKAF menjamin Vahid Khajeh Hosseini ini tidak akan menyumbang dana kepada 'ajaran sesat Hauzah ar Ridha alaihissalam' menerusi duit gaji beliau kelak?

Presiden MAKAF, Datuk Wira Mohd Ali Rustam hendaklah mengetahui jurulatih Syiah yang bakal dilantik ini berkemungkinan besar menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Perlu juga ditegaskan di sini, anak-anak pengikut Syiah adalah tidak sah taraf menurut Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4. Kami juga bertambah bimbang bila mendapat tahu bahawa Malaysia kali terakhir memenangi pingat di Kejohanan Dunia pada 2002 di bawah bimbingan jurulatih dari Iran, Ali Reza. Ini bermakna gejala Syiah telah pun meresap lama sebelum ini dalam sukan karate negara.

Kami berharap Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) tidak mementingkan pingat semata-mata di Kejohanan Karate Dunia di Paris, Perancis pada tahun depan. Kami rela Malaysia dalam keadaan kerugian. Ini kerana akidah atlet kita lebih penting dari kejohanan tersebut. Kami rela Malaysia tidak meraih sebarang pingat seperti mana pada kejohanan dunia di Belgrade, Serbia pada Oktober tahun lepas.

Kami telah meminta pegawai-pegawai kami yang tidak ada kerja untuk memantau atlet-atlet karate kita supaya tidak terjebak dengan ajaran Syiah. Kami juga ingin memberi amaran keras kepada Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) bahawa Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Kelab Maulana JAKUNA kali ke-30/208 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam silibus latihan Vahid Khajeh Hosseini!

* Sudah lama tidak bersatira begini.
** Komuniti Syiah Kedah Membuat Laporan Polis, klik sini (ada gambar orang Syiah!) dan juga sini.


*** Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Atlet mahupun bukan atlet dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2011 07:00

January 5, 2011

Sungguh Jahat dan Memalukan!

Ada anak-anak muda yang anti Syiah dengan penuh emosi pun menghantar mesej kepada saya, "Konon shiah nak tolong palestine? mana syiah di palestine? kami sunni je yang buat keje."

Saya menggeleng-geleng kepala membaca kenyataan tersebut. Saya tidak tahu samada adik ini waras atau tidak. Mungkin dia spesis kerugian.








Entahlah penyakit apa yang melanda generasi muda hari ini. Bercakap selalu main bedal. Menghormati orang tua jauh sekali.

Begini, sehari dua ini sebuah kapal bantuan sepertinya Mavi Marmara baru sahaja melunasi misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Nama kapal itu MV Salam. Ia disewa oleh aktivis 'Konvoi Asia Untuk Gaza' dengan macam-macam barangan bernilai dua juta dolar US. Tentu kita membayangkan bantuan tersebut terdiri dari makanan, ubatan, alatan perubatan, khabaranya ada 4 buah ambulan, dan bertan-tan susu bayi. Pada mulanya rombongan ini dihalang selama 6 jam di lapangan terbang Al-Arish. Kerajaan Mesir yang mesra Zionis akhirnya tunduk dengan kenekadan mereka lalu mengizinkan sebahagian aktivis untuk masuk melalui pintu Rafah, kecuali aktivis dari Iran. Ya lah, mana mungkin Mesir memberi laluan kepada aktivis Iran masuk ke Gaza!

Sebenarnya rombongan aktivis kemanusiaan untuk Gaza dalam konvoi kapal MV Salam ini terdiri dari 60 warga India, 32 dari Jordan, 32 dari Iran, 13 dari Indonesia, 10 dari Lubnan, 9 dari Pakistan, 6 dari Turki, 4 dari Bahrain, 3 dari Malaysia, 2 dari Jepun, 2 dari Bangladesh dan masing masing seorang dari Syria, Azerbaijan dan Tajikistan.

Hampir mustahil untuk aktivis Iran melakukan sebarang usaha kebajikan buat Palestina. Kegiatan mereka dihadkan oleh sekatan antarabangsa yang tidak adil sejak tahun 1979. Dan makin ketat tahun lepas ekoran isu nuklear. Pun sumbangan besar segi kewangan dari Iran (Syiah) buat Hamas (Sunni) sentiasa dimaklumi ramai. Iran menyumbang 30 juta US dollar setiap tahun dari 1993 – 2006 kepada Hamas. Dan dana dari Iran dikatakan terus menokok antara 2006-2009 kepada jutaan Euros secara tahunan sejak Hamas mentadbir Gaza, klik sini.

Memang syiah dari Iran tidak lepas masuk ke Gaza kerana Mesir selaku hamba Zionis tidak akan berkompromi dalam hal ini. Akan tetapi saudara-saudara seagama, Sunni tidak membiarkan harapan dan niat mulus penganut Syiah tertahan di sempadan. Semangat Ya Husain sempat menerobos masuk ke Gaza, bersekali dengan poster Ayatullah Ali Khamenei. Dan tentu, bendera Republik Islam Iran.






MV Salam membawa aktivis kemanusiaan. Muslim Sunni dan Syiah. Bersatu untuk satu tujuan. Henti-hentilah berprasangka buruk. Henti-hentilah menebar fitnah. Bekerja yang tidak nampak lebih sukar dari bekerja yang nampak.

Siapa dapat menafikan kerja-kerja Hezbullah (Syiah) dan Hamas (Sunni) dalam menentang kezaliman Zionis. Saya ingin menurunkan satu petikan tentang bagaimana mulanya, peperangan Musim Panas 2006 yang mana Israel telah menyerang Lubnan. Kesetiakawanan Syiah (Hezbullah) terhadap Sunni (Hamas) lah yang menyebabkan Israel (dan kuncunya Mesir) gerun dengan Islam. Petikan tersebut:

In all the focus on Lebanon by the media in July 2006 many have overlooked the fact that the original trigger for the escalation to a new war was the shelling of a beach in Gaza by the Israelis which killed seven members of a Palestinian family.

Hamas, which had defeated Fatah in the Palestinian elections in January 2006, and which had observed a military truce with Israel since March 2005, called off its ceasefire in response to the shelling of the Gaza beach. On 13 June a Palestinian family of nine was killed in an Israeli missile strike on Gaza. This was the context in which Palestinian militants mounted a cross-border raid into Israel, kidnapping an Israeli soldier and killing two others. When the Palestinian militants refused to release the Israeli soldier, Israel took draconian action, bombarding Gaza from the air and detaining Hamas cabinet members and legislators. Hezbollah, which has long made common cause with the Palestinians against Israel, then provoked conflict with Israel on the Northern front by capturing two Israeli soldiers and killing eight others...(Paul Wilkinson, International Relations, Oxford University Press, 2007: hlm 7-8)

...dan begitulah bermulanya perang Hezbullah (Islam)-Israel (Zionis) 2006. Untuk Zionis, musuh Islam; Sunni atau Syiah sama sahaja kerana kedua-duanya harus diperangi.

Sebenarnya, saya hanya ada satu poin sahaja di sini. Hari ini, Sunni dan Syiah, memang saling memerlukan dan saling melengkapi. Hari ini, jika tidak ada Syiah, Sunni telah lama binasa. Mujurlah kedua-duanya Islam.

Kita, Sunni dan Syiah sama-sama bekerja melawan musuh. Akan tetapi ada spesis duri dalam daging. Juga ada spesis 'anjing' seperti Shimr Ibn Thil-Jawshan dan spesis pembelot seperti Ahli Kufah. Kerana itulah seorang teman saya berbangsa Jerman dalam chat room, yang kecewa membaca tentang berita-berita pencabulan hak asasi minoriti Syiah di Malaysia dengan deras mengatakan begini:

'Bagaimanakah tuduhan menghalalkan darah Sunni ini dikeluarkan dan kalian diamkan? Ia sungguh-sungguh jahat dan memalukan!'

Seorang lain dalam chat room yang sama mencelah: 'Memang jahat dan muka tak tahu malu!'

* Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat seberapa yang anda mahu jika tidak puas mengkafirkan penganut Ja'fari lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.


** Kalau ada temui blog, forum, chat room, face book yang bertujuan untuk menggalakkan perpecahan Sunni-Syiah sebagai umat Islam yang satu, gunakan hujah-hujah di atas atau tampal sahaja SELURUH entri ini di situ.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2011 17:19

January 4, 2011

Saya Akui Dalam Beberapa Hal, Segelintir Syiah Memang Sesat

Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan saat hari Asyura dia mencederakan dirinya dengan parang atau pisau, maka saya cadangkan anda lepuk mukanya kerana confirmlah dia itu sesat. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah mengharamkan matam berdarah, klik sini.

Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan mencaci sahabat Nabi dan menuduh isteri-isteri Rasulullah saw dengan perkataan nista, maka saya cadangkan anda hamput depan mukanya kerana confirmlah dia itu syiah palsu. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah paling baharu menolak, membantah dan mengharamkan penganutnya mencela sahabat-sahabat dan isteri Nabi, klik sini, di sini, di sini, dan di sini, juga sini, serta di sini.

Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan mengajak anda bermut'ah iaitu kahwin kontrak untuk 'seronok-seronok', maka saya cadangkan anda jolok atau bedal badannya dengan payung kerana confirmlah dia itu syiah yang tidak berakhlak. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah menyarankan supaya nikah mut'ah tidak dijadikan alasan untuk berpeleseran, ia ada syarat ketat antaranya persetujuan bapa perempuan dan lain-lain sehingga 'hampir mustahil' dilakukan, klik sini dan sini, atau sini.

Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Sunni dan mengajak anda mengkafir dan menyesatkan Syiah, anda tenung mukanya lama-lama. Ini kerana fatwa Ulama Sunni belum ada yang mengkafirkan Syiah, tetapi fatwa "sebaliknya" yang ada mengkafirkan penganut Syiah, klik sini.

Ada banyak lagi kesesatan sesetengah pengikut syiah, tetapi malam sudah larut dan Faisal Tehrani pun perlu tidur. Pokoknya, sebelum percaya sesuatu periksalah habis-habis dahulu. Jangan keluarkan kenyataan jahil dan kerugian. Kalau tidak nanti, tak pasal-pasal 10 ribu orang (di Jakarta sahaja!) membacakan Jausyan Saghir untuk anda.

Kita mesti mengakui dalam kalangan kita pun ada yang tidak senonoh dan entah apa-apa, tetapi kita tidak pukul rata dengan mengatakan seluruh Sunni sesat. Kita akan katakan si polan ini atau si polan itu yang sesat. Same goes for them.

* Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Sila tekan punat seberapa yang anda mahu jika tidak puas mengkafirkan penganut Ja'fari lebih dari sekali.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2011 07:48

January 3, 2011

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Berdialog Dengan Syiah

Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur mengecam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh media tempatan terhadap Syiah. Ini adalah penyataan penuh yang tidak disiarkan oleh media di Malaysia. Konsul membantah fitnah dan penghinaan terhadap Syiah Imamiyah di Malaysia sambil menegaskan tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan tidak ada kaitan dengan pegangan sejumlah besar masyarakat Islam di dunia ini. Berikut adalah terjemahan pengumuman Konsul Kebudayaan tersebut:

بسم الله الرحمن الرحیم
« واعتصموا بحبل الله جمیعا و لاتفرقوا »

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan yang maha mengasihani

"Dan berpegang eratlah kalian semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah (Ali Imran: 103)".

Berkenaan dengan penyebaran pernyataan tidak berasas dan penghinaan yang dikeluarkan oleh media Malaysia terhadap pegangan pengikut Ahlul Bait (a.s.) yang disusuli dengan banyak protes, Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran mengecam propaganda rapuh terhadap akidah yang menjadi pegangan sebuah masyarakat Islam yang amat besar ini, sambil menekankan bahawa tidak ada kaitan sama sekali tuduhan itu dengan akidah Syiah, ia dianggap sebagai pernyataan tidak logik yang digunakan oleh Zionism sedunia, musuh Islam dan sesiapa sahaja yang menentang perpaduan umat Islam, ia juga dianggap sebagai menentang kepentingan nasional anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia.

Jejak langkah penting untuk perpaduan, kesetiakawanan, kerjasama, perundingan dan kesefahaman antara antara umat Islam telah lama ditekan oleh para ulama dan pemimpin yang tulus daripada kalangan umat Islam. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip umum yang ada di kalangan orang Islam adalah sangat penting, muktamad dan bernilai tinggi, yang menyebabkan kita tidak perlu berdebat dan berbalah tentang perselisihan kecil.

Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia memohon kerajaan Malaysia yang dihormati supaya mengambil langkah yang perlu untuk menyingkirkan kesan negatif hasil dari tuduhan-tuduhan tersebut dan mencegah propaganda yang sama berulang lagi. Kami juga meminta semua warga Iran yang tinggal di Malaysia mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan Malaysia yang juga saudara dan sahabat kita, serta melaksanakan kegiatan yang berasaskan perpaduan dan persaudaraan umat Islam - Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, sumber di sini.

Kenyataan Konsul Kebudayaan Iran tersebut telah 'ditulis semula' oleh agensi berita Bernama dan menjadi lunak, seperti klik sini. Nah, begitulah riwayat sejarah, sirah dan hadis mengalami tahrif (klik sini). Kerana itulah ketekunan diperlukan untuk saling membandingkan dan mengkaji lantas menggunakan kebijaksanaan akal yang Allah berikan.

Dalam perkembangan yang seterusnya, pemimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Syaikh Abdul Halim Abdul Qadir mengadakan dialog bersama Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi. Dialog ini diadakan ekoran pencabulan hak asasi minoriti Syiah yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dalam pertemuan tersebut, kedua belah pihak sebulat suara bahawa perpaduan pengikut mazhab-mazhab dalam Islam sangatlah penting ketika ini. Kedua-dua ulama tersebut juga yakin, kewujudan individu jahil (90marhalah) dan fanatik (well, you know guys!) dalam masyarakat yang berbilang kaum menjadi batu penghalang gagasan penyatuan ini; sumber berita yang tidak akan dimuatkan oleh media tempatan ini, klik di sini.

Klik juga interbiu Hujatul Islam Muhammad Hasan Vahedi, Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran dengan stesen tv antarabangsa, al Jazeera pada 29 Disember 2010, klik sini.

* Nasib masyarakat Sunni di Iran, klik sini. Fatwa halal tumpah darah, klik sini.


* Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Sila tekan punat seberapa yang anda mahu jika tidak puas mengkafirkan penganut Ja'fari lebih dari sekali.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 03, 2011 17:07

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.