Faisal Tehrani's Blog, page 16
December 22, 2010
Dr FT Boleh Ambil Tindakan Undang-Undang

Hampir semua dakwaan yang mengatakan karya saya mengandungi unsur syiah bergantung pada hujah yang rapuh.
Contohnya dalam novel saya Saasatul Ibaad ada petikan pantun berikut:
Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.
Pihak penfitnah mendakwa saya sengaja mencipta pantun tersebut untuk mengangkat Saidina Ali kerana keimanan saya sebagai seorang syiah.



Tuan-tuan, saya adalah seorang pengarang yang Insya-Allah teliti dan mengkaji. Saya bukan mengarang novel cinta dengan ayat-ayat mabuk kopiah-tudung. Saya mempunyai sumber rujukan untuk setiap yang saya tulis. Kerana itu kerja atau karya saya diperakukan mutu dan kualitinya di peringkat nasional mahupun internasional (sila lihat profil saya di birai kanan). Saya juga merupakan seorang ahli akademik yang melakukan banyak penyelidikan tentang hakikat alam Melayu dan Islam.
Saya masih belum berminat untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan saya mendapati kebanyakan penfitnah adalah anak-anak muda yang jahil atau seorang dua aktivis politik yang ingin meninggikan capaian blog mereka.
Saya ingin mengingatkan kepada blogger dan pihak yang menfitnah, saya boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya saya mahu. Keluarga, dan sahabat rapat telah memberi lampu hijau. Jawapan kepada istikharah saya juga sangat baik. Hanya, saya seorang ilmuan dan bukan kaki sensasi.
Pun begitu, saya ingin mengingatkan penfitnah-penfitnah di luar sana supaya tidak meneruskan kegemaran tidak bertanggungjawab mereka itu sebelum kesabaran saya berakhir.
* Jika anda terserempak dengan forum, blog, laman yang membuat dakwaan kosong terhadap saya, sila salin dan tampal entri ini di blog tersebut. Jika anda terserempak dengan video atau ucapan yang direkodkan berunsur fitnah terhadap saya, sila emel kepada chefhisyam@gmail.com.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Mujtahid-mujtahid wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 22, 2010 17:30
Pencabulan Hak Asasi Minoriti Syiah Malaysia: Citra Kita Terjejas di Peringkat Antarabangsa

* Kemaskini 7:43 pagi, seorang blogger AV3409 telah mengutusi saya sebuah video hampir 10 minit yang menunjukkan detik-detik awal pencabulan hak asasi minoriti Syiah di Gombak baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan penguatkuasa JAIS yang menggeletar untuk membacakan keterangan waran dan pertuduhan lalu mendorong jemaah berselawat untuk membolehkan beliau melaksanakan tugasnya. Video turut memaparkan perbincangan ketua masyarakat Syiah Malaysia yang menjelaskan penguatkuasa tersebut membawa waran yang tidak sah kerana alamatnya salah. Akan tetapi kelihatannya sebahagian besar minoriti Syiah dalam video ini nampak cool. Tidak ada aksi stunt melarikan diri menerusi bumbung bangunan 4 tingkat seperti yang didakwa media. Saya juga difahamkan oleh blogger tersebut meskipun mereka dituduh kafir, dan anak-anak mereka dituduh anak zina serta salah waran gelidah; jemaah syiah di premis ini tidak menghalau mereka dan tetap menjamu nasi lauk kambing kepada penguatkuasa yang datang. Video yang boleh ditonton di Youtube itu saya letakkan pada akhir entri ini. Saya menyeru kepada pembaca yang bersimpati dengan mereka supaya mendoakan keselamatan dan keadilan buat saudara-saudara kita ini walaupun mereka berbeza mazhab dengan kita.
Tindakan 'tidak bertamadun' dan 'tidak bertanggungjawab' Jabatan Agama Islam Selangor ke atas 200 minoriti syiah di Malaysia pada malam 9 Muharam yang lalu telah mendapat bantahan meluas dan mulai disiarkan oleh media antarabangsa. Badan hak asasi manusia juga mulai menyorot perkembangan tersebut. Hakikat bahawa minoriti syiah ini menjalankan upacara tahlil untuk Saidina Husin cucu Rasulullah saw di dalam premis tertutup serta tidak mengganggu awam menjadikan serbuan tersebut kelihatan 'lebih barbarik dan ganas'.
Aksi tergesa-gesa JAIS ternyata mengancam citra Malaysia di peringkat internasional memandangkan terdapat 200-500 juta umat Islam syiah di seluruh dunia. Kita harus ingat Malaysia sering dikunjungi pelawat atau pelancong dari Teluk yang kebanyakannya bermazhab syiah. Terdapat sekitar 60 ribu pelajar dan pekerja dari Iran di negara kita. Selain itu hubungan dagang kita dengan Republik Islam Iran boleh terjejas memandangkan JAIS menuduh kosong penganut mazhab syiah menghalalkan darah penganut mazhab Islam lain.

Harus diingatkan usaha menekan Syiah adalah usaha sia-sia ini kerana ia bukan sebuah gerakan Ayah Pin atau al-Arqam. Syiah dianuti 200-500 juta umat Islam hari ini di seluruh dunia. * Foto ulama sunni Indonesia Quraish Shihab dan pemimpin spiritual umat Islam syiah sedunia Ayatullah Ali Khamenei.
Insiden ini nampaknya benar-benar memalukan Malaysia jika tidak dibetulkan. Satu-satunya kaedah untuk memulihkan keadaan ini hanyalah dengan memberikan kumpulan minoriti 20 ribu orang ini hak-hak mereka untuk beragama selaras dengan hak asasi manusia.
Saya percaya kes ini akan terus diberi perhatian dan boleh menjejaskan imej Islam moderat yang ingin dijuarai Malaysia di peringkat antarabangsa. Saya kemukakan di sini laporan beberapa media dan bantahan badan hak asasi yang berpengaruh:
"Malaysia has about twenty thousand indigenous Shia. While more than thirty thousand Iranians live, work or study in Malaysia. These acts are extreme and false propaganda toward them and their life and security is on risk. Malaysia is playing with their economy and the popularity by these incorrect acts. " - Agensi Berita Abna.Ir (Malaysian Wahhabi Extremists Attacked Shia Mourners, Detain 200) klik sini.
"While this may be a mere coincidence, IHRC is worried by the suggestion that the government has used the tool of sectarian demonization in its efforts to deflect scrutiny of its political actions amongst the Malay speaking masses. The Malaysian government should take its responsibilities more seriously and not promote this sectarianism which can have dangerous consequences. Malaysian authorities are bound by international as well as national laws to protect all religious groups from any form of discrimination." - Badan Hak Asasi Manusia Islamic Human Rights Commission yang berpangkalan di Wembley, London (Action Alert, Malaysia Raid on Ashura Gathering) klik sini.
"Pemerintah Malaysia menganggap hanya aliran Suni yang sah dalam negara Islam tersebut. Suni adalah cabang Islam terbesar di dunia diikuti oleh Syiah. Polisi syariah menggerebek sebuah rumah toko di distrik Gombak, di negara bagian Selangor tengah pekan lalu." - Koran Republika (Malaysia Tahan 200 Pengikut Syiah Dalam Sweeping Besar-Besaran) Klik sini.
"The Islamic court of Malaysia is expected to charge those arrested with 'following a deviationist movement,' which carries a penalty of up to two years in jail, the PR officer added." PressTV (Malaysia Shia arrests draw criticism) Klik sini.
"Even though I personally don't agree with Shia teachings and even frequently criticize and debate with them, I cannot accept the approach of the allegedly democratic Malaysian government in denying the people's right to practice their faith," - Asri Zainul Abidin, dipetik oleh Associated Press (Malaysia May Charge 200 for 'Deviating' from Islam ) klik sini.
"While I personally do not agree with the Shi'a school of thought, that does not mean we can act aggressively, when at the same time, deviant teachings such as Qadiyani, Bahai and Ayah Pin are allowed to exist." - Tuan Ibrahim Tuan Man, Parti Islam Semalaysia, (Rationality please, PAS tells govt over Shi'a clampdown) klik di sini.
"Kita di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah (pun) ada perbezaan pandangan, (maka) ini kita beri tumpuan dahulu. Dahulu, kita buat seminar (berhubung) adab perbezaan Pandangan. Kita dalam mazhab Syafie, kadang kala sensitif pendekatan mazhab lain, walhal (ia) dalam kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah." - Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan (Isu Syiah: IKIM tumpu pada Sunni dulu) klik sini.
"Kami masih membuat kajian. Tetapi prinsip hak asasi manusia semua ada hak untuk anuti apa jua fahaman. Amalan itu juga sah di beberapa negara, maka perkara itu perlu diambil kira." - Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah, (Isu Syiah: Semua bebas anuti apa jua fahaman, kata Suhakam) klik sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Mujtahid-mujtahid wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 22, 2010 06:15
Terlepas Dari Disembelih
Blogger MBP2587 yang tidak saya kenali menghantari saya pautan video ini. Ia adalah interbiu wartawan TV Hijrah dengan ketua masyarakat Syiah di Malaysia, Ustaz Haji Kamil Zuhairi bin Haji Abdul Aziz. Saya tidak dapat menonton TV Hijrah (kerana tak reti nak cari salurannya), jadi saya tidak pasti apakah interbiu ini telah disunting, disensor atau langsung tidak disiarkan.
Saya terkejut bila menonton video ini dan diberitahu yang penguatkuasa masuk ke premis mereka dalam keadaan berkasut. Come on lah, orang Islam masuk kuil dan tokong pun wajib menanggalkan sepatu. Kita kan orang Timur.
Ada banyak jawapan kepada pertanyaan saya telah terjawab di sini. Sungguh saya tertarik.
Sebagai pengarang yang berjiwa seni, dan simpatisan mereka; saya menyokong hak-hak asasi kaum minoriti. Saya namakan dua koleksi video ini sebagai Ja'fari Merdeka: Kamu Syiah Kamu Okay.
Sungguh saya kasihan dengan mereka. Saya menasihatkan minoriti Syiah bersabar, Insya-Allah saya percaya mereka akan mendapat hak-hak mereka memandangkan Malaysia adalah sebuah negara sekular yang turut mengiktiraf agama lain bahkan membenarkan konsert Adam Lambert. Saya percaya dengan dialog. Moga-moga ada dialog yang dapat menjernihkan keadaan ini.
Saya gembira dengan kenyataan Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan: "Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman. Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas. Iktikad tidak berbeza." (klik sini)
* Muhammed Khusrin Munawi Pengarah JAIS menuduh pengikut syiah di dalam video atas sebagai: "Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh". Lihat Utusan Malaysia 17/12/2010. Soalan saya nak ajukan kepada dua wartawan TV Hijrah yang nampak berani dalam video tersebut, 'Macam mana cik adik boleh terlepas ni? Tak Takut Disembelih Ke?'.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Kakak-kakak wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.
Published on December 22, 2010 00:00
December 21, 2010
Hantar Penerjun Syiah Ke Sukan Olimpik 2012!

"Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.
Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.
Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS."
Okay, marilah saya mengajak saudara merenung dengan akal yang waras. Saya ini seorang sasterawan, sebagai seorang pengarang - ilmu lojik mesti saya kuasai untuk mencipta naratif.
Saya sekarang mahu bertanya kepada tuan-tuan, 'lojikkah berpuluh orang melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan 4 tingkat?'.
Soalan saya seterusnya, 'bagaimana mereka melarikan diri itu, terjun bangunankah?'
Muncul soalan berikut, 'adakah mereka menggunakan tali lalu buat bungee jumping?'
Soalan keempat, 'adakah mereka patah kaki, cedera parah atau mati ketika terjun itu?'
Soalan kelima, 'jika laporan ini benar, mengapakah tiada sekeping foto pun gambar atau detik cemas penerjunan itu dilakukan?'
Soalan keenam, 'tidakkah wartawan yang membuat laporan ini, namanya: Norhashimah Mohd Radzali, Suhana Roslan dan Nor Hatina Shuib' (ketiga-tiganya wanita Islam) berasa malu berbohong?'

Soalan kelapan, 'kalau berpuluh orang itu melompat dari tingkat 4 bangunan tentulah pasukan bomba harus menyambut mereka seorang demi seorang bukan?'
Soalan kesembilan, 'adakah syiah Malaysia ini kucing atau Batman?'
Soalan kesepuluh, 'ketika berpuluh orang itu melompat dari bumbung bangunan 4 tingkat mereka dikatakan bertakbir, saya mahu belajar takbir syiah ini kerana ternyata sungguh power, tidak begitu?'
Soalan kesebelas, 'berpuluh orang yang melarikan diri menerusi bumbung bangunan 4 tingkat tersebut mungkin bukan kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS); tetapi mungkin mereka ahli stunt dari Iran, bukan begitu?'
Ada satu lagi soalan nak melengkapkan ia jadi dua belas. Kalau tuan-tuan ada masa, bolehlah fikir-fikirkan.
Halo, what a crap! Kalau tengok liputan media antarabangsa tentang insiden pencabulan hak asasi minoriti ini, kita akan dapati rumusannya: What a joke. Buat malu Malaysia saja. Dah jadi satu hal lagi pula, sah-sah orang "sebelah rumah" kata kita incompetent sekali lagi.
Saudara, terlalu banyak penipuan yang dilakukan terhadap kaum minoriti syiah.
Nasihat saya hentikanlah propaganda ala bani Umaiyyah ini. Kita di era teknologi maklumat. Kebenaran di hujung jari bagi mereka yang ingin mencari.
Untuk memulakan pencarian (dengan izin) let me start with this: an inference is valid when it is impossible for its premises to be true and its conclusion false. Dan untuk makluman tuan-tuan sejak Imam al-Ghazali mengkafirkan Ibnu Sina dan Ibnu Farabi (kedua-dua saintis dan ahli falsafah ini bermazhab syiah, jadi lepas ini jangan sekali-kali akui mereka Muslim, kalau tahu malu) ilmu di atas telah malap.
Itu tuan-tuan, dinamakan syllogisms! Dan nampaknya betullah, tahafut tahafut tahafut...
* Gambar perempuan, (sunni agaknya) nak terjun dari bumbung 4 tingkat di atas hanyalah hiasan, sumber foto di sini.
Published on December 21, 2010 14:35
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Cadang JAIS Berdialog Dengan Ayatullah

"Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'. Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah. Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah."
Baca penuh klik di sini.

Sekiranya sukar untuk mendatangkan Ayatullah Qazwini, mungkin Profesor Dr Haji Jalaludin Rakhmat dari Indonesia sudah memadai.
* Pandangan Hanipa bahawa JAIS sinonim dengan UMNO bagaimanapun kurang saya setujui.
Published on December 21, 2010 00:30
December 19, 2010
Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir'




Ketika berada di Batumalai Sri Subramaniar Swamy saat perayaan Thaipusam, Perdana Menteri bersaksikan berhala Muruga telah mengikrarkan: "Saya hendak tegaskan bahawa menghormati agama lain bukan sahaja merupakan satu nilai utama yang perlu kita pertahankan dalam negara ini, tetapi ia juga merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam. Islam yang sebenarnya tidak menghina agama lain serta melarang umatnya merosakkan tempat-tempat ibadah mereka. Islam yang sebenarnya menghormati agama lain...itu Islam yang sebenarnya."

Tuan-tuan jika syiah dianggap sebagai sebahagian dari umat Islam saya ingin mengingatkan yang Republik Islam Iran yang menempatkan sebahagian besar umat Islam syiah di muka bumi ini adalah anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) sejak tahun 1969. Syiah juga diiktiraf sebagai salah satu dari lapan mazhab Islam oleh Deklarasi Amman, Jordan pada 9 November 2004. Klik di sini http://www.ammanmessage.com/. Deklarasi tersebut turut diterima oleh Sheikh Yusuf Qaradhawi dan Ayatullah al Uzma Ali Sistani. Bukti syiah adalah sebahagian umat Islam terlihatkan bahawa setiap tahun jemaah haji Iran berada di kedudukan kedua atau ketiga sesudah Indonesia dan Turki. Maka syiah haruslah diterima sebagai umat Islam seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Tuan-tuan jika syiah dianggap kafir dan bukan Islam (meski mereka dibenarkan mengerjakan haji di kota suci Mekah dan Madinah), saya ingin mengingatkan hak-hak mereka sebagai orang kafir seperti jaminan Perdana Menteri di atas. Barang diingat ekoran kontradiksi yang kalian lakukan, syiah yang dikatakan sesat dan kafir ini tidak sama seperti Ayah Pin atau Arqam.


Fikir-fikirkan
* Pada pandangan saya, saya tidak fikir masyarakat syiah yang kecil bilangannya di negara ini berbahaya kepada negara. Harus diingat terdapat masyarakat syiah tempatan yang memang asal syiah dari leluhur mereka. Kita tidak dapat memaksakan fatwa kita ke atas mereka.
** Di seluruh dunia Islam, syiah diterima sebagai sebahagian umat Islam. Di Malaysia, di era 1Malaysia; penganut syiah nampaknya tidak punya hak apa pun sebagai manusia. Islam tidak. Kafir pun tidak. Kasihan mereka. Itulah rasa simpati saya buat mereka sejak Jumaat lalu.
Published on December 19, 2010 09:01
December 18, 2010
FT di Al Hijrah

Jika tiada aral saya akan muncul di TV Al Hijrah (klik sini) untuk membincangkan sekitar 'BUDAYA MEMBACA'. Tarikh: 19 Disember 2010. Hari: Ahad. Jam: 12.00 tengahari hingga 12.15 tengahari.
Published on December 18, 2010 07:32
December 17, 2010
Recep Tayyip Erdogan Juga Kafir?

Published on December 17, 2010 16:26
December 16, 2010
Recep Tayyip Erdogan Kini Berfahaman Syiah?

OLEH DR FAISAL TEHRANI
BEBERAPA hari lepas, bekas pelajar ketika saya mengajar di Istanbul menghubungi menerusi skype. Berita paling hangat di Turki mutakhir ini ialah, apakah kemungkinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang juga kepala parti paling berpengaruh di negara tersebut iaitu Parti AK, telah pun menganut fahaman syiah Imamiyyah.
Khabar ini meski belum disahkan telah bertiup kencang, sejak tokoh masyarakat bermazhab Jafari atau syiah di Turki, Selahattin Ozgunduz mengumumkan dalam khutbah Jumaatnya pada 3 Disember lalu bahawa Recep Tayyip Erdogan, bersama-sama sejumlah ahli parlimen dari parti AK dan menteri kabinet akan menyertai majlis Asyura pada 16 Disember 2010 ini di Meydan Ashura, Halkalı. Hal ini tidaklah mengejutkan, kerana pada tahun lalu ketua parti pembangkang di Turki menerusi parti CHP, iaitu Deniz Baykal, bersama-sama bekas menteri kebudayaan Namık Kemal Zeybek, Datuk Bandar Turki dari parti AK, Abdul Kadir Topbaş, dan Datuk Bandar Şişli, Mustafa Sarıgül, termasuklah Mufti Istanbul, Mustafa Çağırıcı, telah pun menghadiri majlis asyura yang sama. Erdogan yang tidak dapat menghadiri majlis asyura ketika itu bagaimanapun mengutus sepucuk surat yang dinamakan "Surat Muharram 10".
Antara isi kandungan surat tersebut menekankan kepedihan dan kedukaan kaum muslimin atas kesyahidan Saidina Husin. Erdoğan menegaskan mesej besar dari sambutan Asyura adalah untuk membolehkan seluruh umat Islam memahami bahawa tragedi Karbala, menjadi lambang pengorbanan, keadilan dan kebenaran menentang tirani, despotisme and pengkhianatan. Erdogan menegaskan supaya umat Islam bersatu dan berazam untuk memahami satu sama lain. Maka kekuatan sesama sendiri dapat dijadikan asas untuk berdepan dengan musuh. Erdogan menamatkan surat beliau dengan ayat, "Peristiwa 10 Muharram adalah rujukan kita dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran."
Majlis asyura masyarakat syiah Turki mendapat perhatian besar sejak beberapa tahun lalu memandangkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO mengiktirafnya sebagai 'majlis Asyura contoh yang unik'.

Sejak parti AK berkuasa, masyarakat syiah di Turki menikmati 'kebebasan yang lebih'. Tanggapan selama ini bahawa penduduk Turki adalah 99 peratus sunni adalah salah. Sebahagian besar Turki hari ini merupakan wilayah Parsi yang dirampas ketika era Othmaniyyah. Jika kita ke Anatolia, terdapat sisa-sisa masyarakat syiah misalnya di Bektash. Masyarakat syiah di Turki berjumlah kira-kira 15 ke 20 juta orang dan sering disalahertikan (seperti di Malaysia) sebagai masyarakat sesat dan dilabelkan sebagai Alawi (kumpulan yang menuhankan Imam Ali).

Pun setelah Erdogan memerintah, masyarakat syiah Turki kurang mahu terlibat dan menonjol diri. Ini kerana Erdogan masih dikaitkan dengan imej lembut terhadap barat. Pendirian parti AK untuk menyertai Kesatuan Eropah dan hubungan baik Erdogan dengan Presiden Bush menimbulkan rasa jengkel. Tambahan pula bukanlah rahsia, Erdogan adalah anak didik Fethullah Gulen (Gerakan Gulen) seorang tokoh Islam yang kini bermukim di Texas, Amerika Syarikat. Stail Gulen diketahui sangat selesa, iaitu menyentuh Islam pada hal-hal permukaan, membincangkan sirah nabi Muhammad secara terpilih dan menekankan dialog dengan Barat.
Namun hari ini, masyarakat syiah Turki semakin gigih keluar dari kepompong mereka. Terdapat tiga sebab besar mengapa ini berlaku.

Sekembalinya Erdogan ke Istanbul, beliau diberi sambutan hangat sebagai wira. Dr Ahmadinejad kemudian menghubungi Erdogan untuk mengucap tahniah dan menjemput Erdogan ke Tehran untuk bertemu pemimpin agung Iran Ayatullah Ali Khamenei selain menerima pingat keamanan tertinggi dari kerajaan Iran.
Kedua, antara sebab mengapa masyarakat syiah Turki semakin mengukuh ialah kerana pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau Timur Tengah. Ini termasuklah dalam isu hak pembangunan nuklear Iran. Tenaga dan semangat Ahmadinejad, berserta kemenangan Hezbullah ke atas Israel dalam perang musim panas 2006 menjadikan masyarakat syiah di Turki semakin berani menzahirkan diri. Untuk mengimbangi pengaruh Iran, tidak dapat tidak, Turki di bawah Erdogan harus samada, menyaingi Iran atau menjadikan Iran sebagai kawan. Erdogan bertindak bijak dengan memilih jalan untuk menjadikan Iran sebagai kawan. Bukankah kedua-duanya sama muslim dan mewakili tamadun umat Islam yang besar dan bersejarah? Hal ini paling ketara apabila melihat Erdogan menjadi jurucakap Iran dalam mempertahankan hak republik tersebut membangunkan kuasa nuklearnya. Meski ditekan Amerika, Erdogan nampaknya berkeras bahawa Iran layak membangunkan teknologi nuklear tersebut. Malah 16 Mei 2010 lalu, dengan inisiatif Erdogan, termeterai perjanjian 'nuclear fuel swap deal' antara Iran, Turki dan Brazil. Tayyip Erdogan turut terbang ke Tehran menyertai Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam 'menyelamatkan program nuklear Iran' dari terus-terusan mengalami stand-off dengan kuasa Barat.





Terdapat banyak petunjuk bahawa Erdogan semakin mesra dengan syiah Imamiyyah. Selain dari perubahan radikal Turki terhadap Israel dan penglibatan Turki secara aktif dalam isu umat Islam seperti Palestina; kecedenderungan beliau mempertahankan Iran juga membayangkan sesuatu. Membaca gerak permainan Erdogan dan Ahmadinejad membuat kita umat Islam sedikit terhibur. Alangkah baik jika kita beroleh pemimpin yang bijak seperti mereka. Tentu, umat Islam akan beroleh manfaat yang besar dari hubungan baik Turki-Iran ini. Jika Turki mewakili kuasa sunni yang berpengaruh, persaudaraan dengan Iran sebagai kuasa syiah yang utuh pasti menggerunkan musuh Islam. Siapa lagi kalau bukan zionis Israel?
Erdogan, Hoşgeldiniz!
Published on December 16, 2010 06:40
December 15, 2010
Pluralisme, Lambatnya!

Ini petikan dari wikipedia, yang saya tidak tahu siapa penyusunnya.
In one of his most celebrated novel, Tuhan Manusia (2007), Tehrani ambitiously tackles the topic of apostasy head on. A politically charged issue in Muslim communities worldwide, but especially so in multi-racial Malaysia, Tuhan Manusia is unapologetic in its staunchly orthodox opposition against it, as well as against movements that call for 'radically liberal' (for lack of a clearer term) reinterpretations of Islam, which the novel considers the poisoned apple that tricks its victims into the ultimate sin of shirk.
The plot revolves around the life of Ali Taqi, a student, as he explores the realms of liberalism and pluralism. This is no hollow academic exercise for him. Rather, it is motivated by his hatred and disgust towards them following his brother's apostasy. Guided by his teachers and mentors, long (and not particularly novel-like) discussions ensue. Antagonistic characters exist in the form of Zehra, a schoolmate (and requisite love interest), and her father, Aris, a public figure associated with a liberal organisation, and they represent the opposite viewpoints in the story. The plot progresses as Ali grows more fervent in his opposition and activism, culminating in a public exchange between him and Aris, whom he holds responsible for his brother's actions.
As a novel, Tuhan Manusia is well-written in an eloquent and excellent Bahasa Melayu, that is to be expected from Faisal Tehrani, whose works are popular with both critics and readers. And as what suppose is a mark of a skilled writer, for such a topic laden with emotions, Faisal has avoided smothering the reader with sentiments. And despite this being a book where apostasy is central, fire and brimstone rarely surface. When it is dished out, it is classy and measured.
Instead, the book aims squarely at the reader's intellect, thoroughly researched and replete with reference numbers and quotations, saving us the grief of public executions and 'de-flowerings'. This rich novel is Faisal Tehrani's salvo in the apostasy debate. It may not solve the problem, but Tuhan Manusia does provide valuable insights into orthodox Islam's views towards the burning issues of apostasy, pluralism, liberalism and fundamentalism, which are invaluable to anyone who wishes to understand the hatred and vitriol that abound.
* Sekuel Tuhan Manusia sedang ditulis.
Published on December 15, 2010 17:02
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
