Faisal Tehrani's Blog, page 19
December 3, 2010
Emas Untuk Husin!

Published on December 03, 2010 00:41
December 2, 2010
Bagaimana Caranya Dr Ahmadinejad Melakukan Istikharah?

Contohnya anda perlu melakukan keputusan segera untuk melamar pasangan hidup kemudian ragu-ragu; atau memilih sekolah terbaik untuk anak; membeli rumah atau hartanah bernilai; atau apakah baik membuat keputusan tertentu dalam perniagaan. Pendek kata, kita memerlukan 'campur tangan langit' sentiasa setiap ketika dalam segala tindak tanduk kita.

Kadang mimpi menuntut jawapan itu tidak kunjung tiba. Mimpi lain pula menjadi sangap.
Mungkin mimpi anda itu adalah mainan setan. Dan bukan anugerah Tuhan. Yalah, anda tidur pun kadang lupa basuh kaki dan tangan.


Foto-foto di atas adalah Presiden Ahmadinejad melakukan istikharah. Foto pertama dan kedua adalah istikharah beliau apakah baik atau tidak berangkat ke Copenhagen, Denmark untuk satu tugasan rasmi. Ya, dalam keadaan beberapa detik untuk berangkat ke luar negara beliau masih melakukan istikharah. Foto ketiga adalah istikharah sebelum berangkat ke Istanbul untuk satu persidangan mengenai program nuklear Iran. Foto keempat ialah istikharah beliau untuk berangkat ke Arab Saudi menghadiri mesyuarat OPEC. Semua istikharah ini dilakukan di Lapangan Terbang Mehrabad sebelum melangkah menaiki pesawat. Indahnya pemandangan ini. Beliau adalah pemimpin dunia Islam yang tidak lekang dari al-Quran. Sesatkah beliau bila memohon petunjuk dari alQuran. Nah, bukankah al-Quran itu petunjuk untuk manusia!

Saya ingin tahu.
Saya ingin belajar.
Saya sudah jatuh cinta dengan rock star ini.
Tapi jika saya belajar dan mendalaminya saya akan dituduh sebarangan. Argh! Buntu. Apa yang harus saya lakukan? Yang sini selalu menyesatkan yang sana, tetapi yang sana selalu bertenang dan tidak begitu menyalahkan.
Apakah anda selalu beristikharah? Tepatkah istikharah anda? Atau anda beristikharah dan kesasar?
Apakah ketua negara negara umat Islam yang lain, misalnya, melakukan istikharah sebagaimana Dr Ahmadinejad; setiap kali membuat keputusan dalam parti dan pemerintahan?
* Ada kalangan mendakwa pengikut syiah memiliki Quran sendiri dan tidak membaca al Quran seperti umat Islam sunni. Mungkinkah Allah membiarkan firman-firman-Nya dicabuli dan tergubah 'Quran versi baharu'? Masuk akalkah begitu?
Published on December 02, 2010 16:37
Hukum Solat Dalam Terowong Smart?





Published on December 02, 2010 04:14
December 1, 2010
Tentu Boleh


Ulama sunni dan syiah solat bersama di Iraq.

Ahmadinejad solat di belakang ulama sunni ketika menziarahi Umayyad di Damsyik, Syria. Turut hadir untuk majlis maulud nabi itu adalah Presiden Syria, Bashar Assad.

Published on December 01, 2010 23:03
Catatan Tiga Kali Seminggu

Bulan Penuh di Saigon, juga cerpen Dangai Pau dan Maruku adalah rupa karya yang mengalas cerita untuk menghilangkan haus sebentar pembaca. Teguklah ia sebagai air putih yang wajar buat membasahkan tekak.
Kegawatan, cerpen panjang yang saya tulis hampir duapuluh tahun lalu menunjukkan cita-cita besar saya sebagai seorang pengarang. Ia mungkin tidak mewakili saya hari ini tetapi ia merupakan satu dokumen penting mengenai cara pandang saya terhadap dunia ketika masih remaja. Satu penyataan memberontak di alam universiti yang membuatkan saya termenung lama memikirkan; bahawa saya telah mengembara di rantau falsafah dengan cara yang penuh liku.
Demikian jugalah cerpen Setelah Diciptakan Adam, saya sekadar mahu membetulkan kekeruhan fikiran segelintir masyarakat, bahawa kononnya dengan memilih Islam kita akan kembali ke belakang sejauh tiga ratus tahun. Saya teringat apabila seorang lelaki datang menemui Imam Khomeini, pendiri Revolusi Islam Iran, sambil berkata; 'Engkau telah membawa Iran mengundur ke belakang sejauh tiga ratus tahun.' Almarhum Imam dalam senyumnya hanya membalas, 'Bahkan aku ingin membawanya mengundur sejauh 1400 tahun ke zaman Rasulullah SAW dan Amirul Mukminin!' Demikian, kisah Setelah Diciptakan Adam adalah kisah yang mengundur ke belakang, untuk memahami kisah benar kejadian wanita yang sering disalahertikan oleh peradaban barat.
Tiga Kali Seminggu dan Hajah Abidah saya tulis untuk mencuba apa yang dinamakan oleh penyelia PhD saya, Profesor Ungku Maimunah sebagai 'pilihan epistemik'. Untuk pembaca yang menanti sensasi mereka tentu dilanda debaran. Menerusi kedua-dua cerpen ini, selain ingin berlucu, saya ingin membuktikan bahawa menulis sebuah karya dengan pendekatan gagasan Persuratan Baru kelolaan Mohd Affandi Hassan; tidak bermaksud karya kita akan menjadi kering, bosan, dan mengabaikan cerita. Berbeza dengan Manifesto Mergastua, Cinta Medeni, Latar, dan Anti Plot, ketiga-tiganya sengaja saya tampilkan dengan gaya ilmiah, sesuai untuk mereka yang gemarkan 'inti lebih' berbanding 'tepung salut yang nipis'. Bahawa, ada dua cara untuk berkarya menurut gagasan tersebut. Saya sekadar ingin menjawab pengkritik gagasan Persuratan Baru (dengan cara praktisnya) bahawa gagasan tersebut tidak bermaksud mengancam cerita. Ia hanya mahu mengutamakan ilmu. Nah, bukankah itu yang ingin kita pengarang kongsikan dengan pembaca? Latar, Tiga Kali Seminggu, Anti Plot, Cinta Medeni dan Manifesto Mergastua adalah kekuatan saya yang sebenar selaku graduan syariah politik dari Universiti Malaya. Saya ingin mengenengahkan karya yang tidak melibatkan 'cinta kopiah dan tudung', atau cinta murahan yang disulam tasbih dan ayat-ayat al-Quran. Saya ingin membawa pembaca saya ke dunia sebenar agama kita, Islam, yang wahyu pertama kepada Rasulullah SAW menuntut supaya umatnya menjadi umat yang pandai bukan umat yang hanyut berleka dengan khayalan dan emosi. Cerpen Hajah Abidah dan Cinta Medeni saya tulis ketika menunaikan haji beberapa tahun lalu sementara cerpen Latar saya lakarkan ketika mengembara mencari kebenaran di Iran saat menulis doktorat saya. AntiPlot saya tulis ketika berada di Bangladesh merantau. Cerpen-cerpen di atas adalah rupa karya yang mengalas ilmu dan wacana untuk mengenyangkan pembaca buat satu masa yang lama. Cuma, penilaian dan takrif ilmu menurut saya sedikit berbeza daripada Mohd Affandi Hassan dan teman-temannya.
Karya Perlak Emak dan Muhammad Ulul Albab saya karang untuk memenuhi kepuasan, untuk memberi dalil bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang tidak ada tamadun tetapi memiliki kehalusan seni yang menakjubkan, khususnya apabila ia melibatkan kehidupan harian. Bahawa apabila orang Melayu ingin mengungkap peradaban, ia dilakukan dengan cukup luar biasa, sambil menghantar makna yang mendalam. Siapa sangka pada seni bina dan seni taman Melayu mengandungi maksud besar yang melibatkan Islam, rohani, kosmologi, bangsa,dan pemikiran yang luhur lagi rukun.
Ramai yang menyukai cerpen Muthupalaniappan, jika tuan-tuan membacanya sekali sudah cukup untuk menangkap humor di samping sindiran pedas yang menyengat. Untuk peminat satira, cerpen ini tentu merupakan ramuan cili dan lada yang berbara. Dan paling penting saudara boleh ketawa tatkala mengunyahnya. Cerpen Abuya Dongeng Tokoh Yang Memakan Babi adalah teguran ikhlas saya kepada pendokong gerakan Islam tanahair. Bahawa dalam politik Islam kita tidak boleh mengamalkan politik kotor ala Muawiyah dan Yazid, kita harus mengamalkan politik yang sebenar-benar Islam seperti yang ditunjukkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Demikian himpunan yang dikemukakan dalam antologi ini. Semoga pembaca akan berbahagia mengulitinya kerana, beberapa tahun lagi saya pasti akan berubah bentuk dan bertambah kaya pengalaman lagi. Sehingga saat itu tiba, jamahlah 'Tiga Kali Seminggu' sepuasnya.
Published on December 01, 2010 19:39
Rock Star Yang Mengalahkan Maher Zain!

Maka salahkah saya kalau tidak meminati mereka semua (senarai di atas) dan memilih untuk meminati rock star yang satu ini.
Come on, lepaklah. Bukan saya seorang yang tergila-gilakan si dia ini. Seluruh dunia pun menggilai beliau. Foto di atas adalah foto serbuan peminat beliau di Jakarta, mengalahkan konsert Peter Pan.
Mengalahkan rock star. Saya kira "lebih sesat dan berdosa" meminati artis daripada meminati beliau.















Published on December 01, 2010 09:16
Syiar Pada Bendera

لا إله إلا الله محمد رسول الله
lā 'ilāha 'illa-llāh muḥammadun rasūlu-llāh
"Tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.
Menurut tradisi bani Saud, pedang adalah lambang keadilan. Arab Saudi negara yang penduduknya hampir seratus peratus Islam. Sekitar 80 peratus adalah pengamal wahabisme sementara 15 - 20 persen lagi adalah syiah sejak, era yang dinamakan buku sejarah mainstream sebagai, era Khulafa ar Rasyidin.



Published on December 01, 2010 07:22
November 30, 2010
Tidak Akan Berlaku di Sini (99.99 Peratus Pasti)

Menggamamkan!
* Sebetulnya masjid kita 'anti kanak-kanak', yang belum bersunat pula dihalau duduk di belakang. Konon 'belum masanya'. Tidak hairanlah anak-anak menjadi pelarian dan mendapat perhatian di sisi Uncle Aznil.
Published on November 30, 2010 22:25
Siapa Kata Perempuan Tidak Boleh Memandu?










Seorang kawan berbangsa Arab, asal Arab Saudi, muncul di rumah saya, datang menziarah. Saya menunjukkan foto-foto di atas. Saya menyakatnya, 'Bolehkah wanita di Saudi menjadi pilot? Memandu kereta pun tidak dibenarkan. Lihat bagaimana pilot dari Iran ini.'
Dia pantas menjawab, 'Untuk maklumanmu akhi, di Saudi, wanita dibenarkan menjadi pilot dan boleh menerbangkan pesawat. Wanita kami bagaimanapun tidak dibenarkan memandu kereta kerana dibimbangi akan diganggu oleh lelaki asing di jalanan.'
Saya pun menjawab pantas, 'Maksudnya, seorang lelaki perlu memandu kereta untuk menghantar wanita tersebut ke lapangan terbang, supaya wanita tersebut ini nanti dapat menerbangkan pesawatnya?'
Teman saya itu hanya meneguk teh dan tidak berkutik apa-apa.
Published on November 30, 2010 17:47
Kemesraan




Published on November 30, 2010 14:17
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
