Faisal Tehrani's Blog, page 20

November 30, 2010

Kacak Sungguh

Ada kalangan pembaca yang kurang berpuas hati kerana saya asyik-asyik menjulang pemimpin negara lain seolah-olah pemimpin sendiri tidak kacak. Baiklah saya akur. Memang ada persamaan antara mereka berdua. Namun terhad pada satu aspek sahaja. Kedua-duanya memang kacak, tampan, bergaya dan segak.

Sayur kucai sayur tumis
Gatal sungguh getah jelatang
Dua-dua sama manis
Bagaikan bulan dipagar bintang

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 30, 2010 04:49

November 29, 2010

Suamiku Adalah Pemimpin Anugerah Daripada Tuhan

Kalau Azam al-Sadat Farahi tiba-tiba membuat pengakuan terbuka yang suaminya adalah pemimpin anugerah daripada Tuhan, maka saya kira tidak ramai orang akan bermasalah untuk menerimanya. Mana tidaknya, kita kenal siapa suami beliau!

Kalau ada yang rebah, lekas ditolongkan.

Pilihannya air kosong.

Kita pun tahu bagaimana Ahmadinejad lelap sekejap pada waktu makan tengaharinya.

Di internet tersebar bagaimana majlis perkahwinan anak lelakinya.

Selaku wira Palestina.

Cintanya dia kepada kepimpinan ulama.

Bukan beliau sahaja yang sederhana, menteri kabinetnya juga luar biasa!

Anda fikir anda akan menemui menteri kabinet seperti ini di mana-mana dalam dunia?



Sederhananya beliau.
Duduknya beliau di sisi rakyat biasa.

Cintanya kepada orang miskin.

Menyenangi anak yatim.

Penghargaannya kepada setiap butir gandum yang masuk ke dalam kepuk perbendaharaan negara.


Di pentas antarabangsa ia memilih untuk mempertahankan al-Quran.






Tidaklah menghairankan khalayak menyanjungi beliau. Bahkan melutut hormat kepadanya seolah-olah Dr Ahmadinejad adalah anugerah daripada Tuhan.

Banding-bandingkanlah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2010 21:35

Atlet Wanita Iran di Sukan Asia 2010: Menonjol Tetapi Tidak 'Tertonjooool'

Saya percaya ramai wanita di luar sana berminat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, dan menyimpan angan-angan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan yang diminati. Mungkin, meraih pingat untuk negara tercinta. Masalah mereka hanya satu: mereka perlu buka-buka. Hasrat untuk bersukan demi nusa pun terpaksa ditelan dan dilupakan. Sayang, bakat yang ada terbuang begitu sahaja. Akan tetapi, Iran, satu-satunya negara syiah di dunia Islam menunjukkan jalan alternatif. Beragama tidak menghalang wanita bersukan. Sesat-sesat mereka pun tetap akur dengan tuntutan syariat.

















Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran. Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.

Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran. Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2010 09:01

November 28, 2010

Qalb[u] Al-´Asad, Danab al-Jady & al-Zuban al-Samāliyyah

Kalau saudara pembaca pernah menatap novel saya 1511H Kombat, di bahagian Prolog saya ada mencatatkan bahawa ketika Rasulullah saw lahir, segala bintang bergemerlapan mengerlip di langit sana. Fenomena bintang sedemikian di langit menurut pengkaji ilmu bintang berlaku empat belas kali sahaja. Ia tidak akan berlaku lagi. Saya tidak dapat menjelaskan secara saintifik mengapa. Dan tentu, sebagai manusia agung, selaku kekasih Allah swt, seisi langit dan bumi menyahutnya (lihat 1511H Kombat halaman xi dan xii).

Bintang manakah yang mengerlip di langit saat anda dilahirkan?

Ketika saya dilahirkan, bintang yang bercahaya di langit tinggi ialah Qalb[u] Al-´Asad. Sejenis bintang tunggal yang tersendiri. Sunyi. Dalam banyak peradaban ia dikaitkan dengan raja-raja. Regulus kata astronomer. Entah mengapa ia juga dihubungkan dengan singa. Dan menurut 'mitos' ilmu zodiak ia menentukan sikap dan perangai saya.

Ketika isteri saya dilahirkan, bintang yang bercahaya di langit tinggi ialah Danab al-Jady. Sejenis bintang agam yang sangat terang. Tumpuan. Dalam banyak peradaban ia dikaitkan dengan pengorbanan. Delta Capricorni kata astronomer. Entah mengapa ia juga dihubungkan dengan kambing. Dan menurut 'mitos' ilmu zodiak ia menentukan sikap dan perangainya.

Ketika anak kami dilahirkan, bintang yang bercahaya di langit tinggi ialah al-Zuban al-šamāliyyah. Segugus bintang biru-hijau yang bertebaran dan memberi kedamaian. Ia bintang yang berputar seratus kali lebih laju dari matahari. Dalam banyak peradaban ia dikaitkan dengan kehebatan, 'berkuku'. Beta Librae kata astronomer. Entah mengapa ia juga dihubungkan dengan timbangan. Dan menurut 'mitos' ilmu zodiak ia menentukan sikap dan perangainya.

Dalam tradisi Cina, saya jatuh di bawah simbol harimau kayu. Saya dikatakan 'giving individual'. Dalam tradisi Cina, isteri saya jatuh di bawah simbol khinzir air. Dia dikatakan 'trustworthy almost to a fault'. Dalam tradisi Cina, anak kami jatuh di bawah simbol harimau besi. Dia dikatakan 'center of attention'.

Tarikh lahir saya bersamaan dengan ramai pengembara dari pelbagai pelusuk dunia. Mungkin kerana itu saya berkelana dari satu pemikiran ke satu pemikiran, mengkaji dengan penuh pesona dan ingin memberi kepada yang menghargai, 'as giving individual'. Tarikh lahir isteri saya, aneh sekali, bersamaan dengan ramai seniman dari pelbagai pelusuk dunia. Mungkin kerana itu dia lebih diam, menyimpan, misterius, sentiasa dapat disandarkan sesuatu, 'trustworthy almost to a fault'. Kadang, kalau saya menatapnya, saya teringat sebaris dialog dari filem Titanic, 'a woman's heart is a deep ocean of secrets'.

Tarikh lahir anak kami, bersamaan dengan ramai ahli falsafah dari pelbagai pelusuk dunia. Salah seorang ahli falsafah yang saya maksudkan adalah Ali bin Musa Al-Reza, Perdana Menteri Khalifah Ma'moun zaman Abbasiyyah. Beliaulah yang mengungkapkan kata-kata: "Dunia ini adalah penjara buat orang mukmin dan syurga buat orang kafir."

Saya tertanya-tanya bagaimana rupanya langit tatkala al-Zuban al-šamāliyyah mengerlip. Seorang sahabat akrab mencari dan mengemel wajah langit ketika itu. Persis manakah bintang al-Zuban al-šamāliyyah? Itulah, di atas sana bintang kami. al-Zuban al-šamāliyyah kami. Duhai, sungguh indah bintang di langit itu. Serasa cahayanya memberi ketenangan dan membuatkan kami terpusat hanya kepadanya. Moga ia menjadi bintang yang memanfaatkan, 'center of attention' seperti mana filsuf Ali bin Musa tersebut. Lantas kami menamakannya bersempena sebutir bintang megah yang mengerlip menyinari seluruh semesta sehingga diratukan menjadi penghulu di syurga.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2010 09:52

November 26, 2010

Dr Ahmadinejad di Masjid Wilayah Persekutuan

Dr. Mahmoud Ahmadinejad menunaikan Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mac 2006 (Sumber di sini)

Indahnya Perpaduan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2010 19:26

Kena Cop

Dalam kumpulan cerpen kelima saya yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi ada sebuah cerpen berjudul 'Latar'. Latar tempat cerpen 'Latar' itu adalah di Tehran, Iran. Seorang sahabat karib saya yang berpeluang membaca karya tersebut pun bertanya, bagaimanakah latar cuaca di Iran?

Duhai, betapa banyaknya momok tentang Iran. Seolah-olah ia sebuah negara dalam dunia magika.


Latar cuacanya, kadang hujan.

Kadang jerubu.

Kadang panas nyaman.

Kadang ribut taufan.

Kadang bersalji.

Sahabat saya itu bertanya lagi, jadi Tehran seperti Kuala Lumpur juga?

Saya mengangguk. Seingat saya, lama dahulu, sebelum saya berkesempatan ke Iran, kak Shidah, isteri SN Datuk A. Samad Said ada memberitahu saya, 'Faisal, Tehran cantik. Air longkangnya pun jernih macam sungai!'

Saya maafkan soalan-soalan sahabat saya itu. Kerana tidak semua orang bernasib baik menjadi seperti Abdul Wahab Hamzah yang masuk ke Iran (kota Mashad) menerusi pintu Afghanistan. Tatkala saya bertemu Abdul Wahab Hamzah, saya bertanya, 'Bagaimana Iran?'

Wahab menjawab, 'Aku rasa sesuatu di makam Imam Redza tu. Aku pasti pergi lagi!'.

Dalam hati saya cuma berkata, 'Habislah Wahab di Dewan Bahasa dan Pustaka selepas ini. Tentu dia dicop syiah!'
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2010 04:51

November 25, 2010

Glam Wanita (Pertama)

Sebuah entri ala-ala majalah Eh! In-Trend dan Glam.

Wanita Pertama Syria, Asma Al Assad jelita, langsing dan uhhh speechless. Menikmati keindahan Louvre Museum seraya mengenakan chain necklace dan berkaca mata hitam. Siapa percaya beliau ibu kepada dua orang anak?

Isteri Presiden Uganda, Jana Mus tampak ringkas dengan motif Sseko, mungkin elok lebih bergaya dengan sash; sementara Azam Al Sadat Farahi, isteri Presiden Ahmadinejad tampil yakin, dengan fesyen 'berbungkus' tidak lemau terdedah. Dagunya ditutup mematuhi syariat. Cadur lambang busana wanita ingin ke syurga, two thumbs up!

Gursharan Kaur, isteri Perdana Menteri India tidak ragu mengenakan sari. Ravika biru bayi dengan nivi warna krim bersulam ala-ala dalam catan Raja Ravi Varma. Meski sudah berusia dan beruban, ia bukan halangan untuk tampil elegan. Gursharan Kaur membuktikan isteri Perdana Menteri boleh akrab dengan Puan Obama seraya kelihatan seksi tanpa perlu menyuntik botox, melakukan pembedahan hidung, liposuction dan mewarna rambut.

Isteri Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa al-Thani, Sheikha Moza Binti Nasser al-Misnad bergaya melampau dan lantang dengan hijau daun, kelihatan sendat dan sesak nafas. Padah dilimpahi duit minyak. Sementara isteri Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon iaitu Yoo Soon-Taek sedar diri sudah tua, muncul ringkas bagai wanita Korea aristoktrat. Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak, menyarung Prada dengan skirt warna cerah berserta blazer. Tidak ketinggalan rantai berurat besar, camisole gelap, skaf nipis membalut tengkuk dan tentu dark sunglasses untuk melindungi riak matanya yang berkaca mengenangkan penderitaan wanita Gaza. Di tengah bahang panas, Suzanne bijak berbusana, simple dan memilih aksesori 'that speak for themselves'. Bravo.

Siapa kata berhijab tidak stylo? Emine Erdogan meski berisi dan berlipat tetap berani dengan gaya kavakci couture, tidak hairanlah isteri jeneral-jeneral tentera sekular di Turki berasa tergugat. Mekap nipis disolek di wajah supaya kelihatan setanding dengan Puan Obama.

Ya, siapa tidak kenal Bruni-Sarzokzy sebagai ikon fesyen. Sebagai bekas model yang pernah berbogel tidak sukar untuk beliau menampakkan citarasanya. Tidak pasti mengapa beliau harus meliuk tubuh sedemikian tiap kali. Gaya wanita Perancis yang menggemari Dior. Tidak hairan suaminya mengharamkan burqa di Perancis.

Ini dia tête à tête buat Bruni-Sarzokzy. Gaya Wanita Pertama Amerika nan kulit hitam. Perhatikan faux pearls; tali pinggang pelbagai saiz menjadi 'essentials'. Michelle bijak menggandingkan accessories sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuhnya. Mujur tubuh beliau tidak berbentuk nangka. Kini Puan Obama dikenal sebagai fashionista menyamai Jackie Kennedy Onassis.

Azam Al Sadat Farahi mengiringi Ibu Ani Yudhoyono, Wanita Pertama Indonesia yang tampil bersahaja, dengan selendang hitam dan kurung merah darah bertekat. Well guys, foto ini dirakam di Tehran, so what do you expect?

Kumpulan Wanita Pertama sebenar dari negara-negara G-20 Bukan. Bukan kumpulan Wanita Pertama yang hadir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dari kiri Ban Soon Taek, Chikako Aso, isteri Perdana Menteri Jepun, Laureen Harper, isteri Perdana Menteri Kanada, Gursharan Kaur, Michelle Obama, Wanita Pertama Korea Selatan Kim Yoon-ok, Sarah Brown, isteri (mantan) Perdana Menteri Britain, Margarita Zavala, Wanita Pertama Mexico, Svetlana Medvedeva, Wanita Pertama Rusia, Emine Erdogan, Margarida Barroso, isteri Presiden EU, Therese Rein, isteri (mantan) Perdana Menteri Australia Kevin Rudd, dan Dr. Pimpen Vejjajiva, isteri Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, bergambar di Royal Opera House, Covent Garden pada April 2 2009 di London, England (sumber foto di sini). I know, i know, someone missing.

Sadly, kita tiada Wanita Pertama untuk ditampilkan, tetapi berbanggalah kita mempunyai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku! Foto terpapar adalah mantan Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dari Perlis Darussunnah, anggun! Di sisi sekali lagi adalah Azam Al Sadat Farahi, Wanita Pertama Darus...oppsss! You know! Tahniah Puan Farahi, anda konsisten!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2010 17:14

Demam Peperiksaan

Mampukah tersenyum meski peperiksaan sudah hampir?

























Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat pelajar saya di ASWARA dan UM. Juga buat pembaca blog ini yang bakal/sedang berdepan dengan peperiksaan. Saya tinggalkan saudara sekalian dengan foto-foto 'demam peperiksaan' di Iran. Foto terakhir ini adalah suasana 'minggu peperiksaan di universiti yang sama (Universiti Tehran) tetapi pada tahun 1971.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2010 08:45

November 24, 2010

FT Tampil Dalam Tabloid iLuvislam Edisi Ke-38

"Saya banyak menyentuh subjek tentang politik, sejarah dan agama kerana ia dapat mencabar minda pembaca sebagaimana kehendak masyarakat hari ini. Saya tidak menghasilkan novel cinta namun kisah percintaan hanya menjadi fokus atau perkara kedua dalam cerita saya," kata Faisal yang suka melukis ketika ketiadaan idea untuk menulis.

Klik sini.
Dapatkan tabloid iLuvislam edisi ke-38 untuk baca penuh.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2010 20:12

Sidang Media Yang "Cool"




Selepas sebuah majlis rasmi, pihak media bergegas ingin menemubual sang Presiden. Tentu, pemimpin populis sepertinya tidak ada masalah melayani media. Demikianlah aksi-aksi beliau.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2010 18:00

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.