Faisal Tehrani's Blog, page 24
October 26, 2010
Adik Ipar Tony Blair Memeluk Islam di Qom, Iran
Menurut laporan media di United Kingdom Laureen Booth telah memeluk Islam enam minggu lalu setelah mendapat hidayah ketika menziarahi makam Fatima al-Masumeh di kota Qom, Iran (baca penuh di sini).
Published on October 26, 2010 15:49
October 25, 2010
Kuasa
Oleh Faisal Tehrani
BUKANKAH setiap daripada kita, dengan apa cara pun ingin mempunyai kuasa, dan menjadi seorang yang berkuasa. Saya kira untuk membicarakan tentang kuasa, tidak lengkap jika tidak melihat bahasa.
Mengapa ya?
Kerana bahasa adalah alat fikiran dan pemikiran manusia. Jerman, sebuah negara pongah rakus ketika Perang Dunia Kedua. Nah, apa yang pernah dirakam oleh Jerman pada bahasanya tentang kuasa? Peribahasa Jerman ada menyebut, 'Berikan rahsia anda yang paling kecil, mulai saat itu kuasa tiada lagi di tangan anda.'
Negara lain yang pernah menjadi kuasa ketika era tersebut ialah Jepun, bahasanya ada merakam sebuah peri, 'Tipulah sang hartawan dan penguasa, tetapi jangan menghina mereka.' Dan barangkali yang lebih menarik adanya peribahasa berbunyi, 'Tidak ada bunga yang akan mekar menguntum merah selama sepuluh hari, dan tiada kuasa yang akan berpanjangan selama sepuluh tahun.'
Negara paling berkuasa di Asia saat ini, China juga mempunyai senarai peribahasa tentang kuasa yang menggamamkan. Kata ahli bahasanya, 'Lebih kecil kuasa yang dimiliki oleh seseorang, lebih banyak ia akan menggunakannya.' Atau ambil pula peribahasa yang lain, iaitu saat kuasa mendorong kronisme, 'Bila seseorang menjadi berkuasa, ayam dan anjing peliharaannya pun dibawa ke syurga.' Umat Cina juga merakam peribahasa, 'Mereka yang berkuasa adalah mereka yang tidak jujur.' Dan manusia Cina juga menghormati pengarang dan senimannya, 'Dakwat yang paling pudar lebih berkuasa dari kuasa memori seorang pemerintah.'
Mungkin kata-kata yang paling tersohor tentang kuasa ialah dari peribahasa Inggeris, 'Kuasa mendorong korupsi, kuasa mutlak adalah korupsi yang mutlak.' Atau kata-kata yang hampir sama, 'Kuasa menarik minat orang yang korup.'
Akan tetapi kuasa yang kita perkatakan di atas tampaknya semua menuju kepada kekejian moral seorang penguasa. Mungkinkah kita sendiri, yang tidak punya kuasa memilikinya tanpa pengetahuan kita. Di sinilah datangnya peribahasa Afrika, 'Jangan perlekehkan kuasa orang bodoh dalam kumpulan yang besar'. Hal yang sama diberikan oleh manusia Itali tentang kuasa, 'Hanya ada tiga orang berkuasa, agamawan, raja dan lelaki yang tidak punya apa-apa'.
Bangsa Melayu, bangsa yang kaya dengan peri dan kias tidak ketinggalan. Pernah mendengar peribahasa berbunyi, 'Belum ada gigi sudah pandai menggigit.' Ia kritik berkenaan orang yang belum cukup berkuasa tetapi sudah menampilkan taringnya. 'Bagai durian menindih mentimun' pula tentunya difahami perihal yang berkuasa melenyek dan menindas yang lemah.
Kuasa diperlihatkan sebagai pusat hitam, membawa kepada kejatuhan, kekacauan moral, kekaburan peribadi dan merobek sahsiah. Nabi Muhammad saw, peribadi pedoman kita menyatakan tentang kuasa Nabi Sulaiman a.s, "Nabi Sulaiman disuruh memilih antara harta, kerajaan dan ilmu, maka memilih Sulaiman akan ilmu, maka diberi Allah akan kerajaan dan harta."
Islam meminta penganutnya memegang kuasa ilmu, maka kuasa lain akan datang kemudiannya. Kuasa yang lain dari ilmu adalah kuasa yang rapuh. Tentu, tidak lengkap catatan ini tanpa menurunkan firman Yang Maha Berkuasa tentang kuasa itu sendiri:
'Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasa- Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu". Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.'
Berdasarkan ayat di atas, sungguh kuasa di dalam Islam diturunkan dari langit kepada kita, Allah yang melantik dan memilih sang Penguasa. Kuasa dan memilih yang berkuasa dalam kalangan kita bukanlah urusan manusia yang penuh hawa nafsu yang maha rakus seperti kita ini. Akan tetapi siapakah yang berkuasa di muka bumi ini yang telah dilantik oleh Yang Maha Berkuasa untuk kita?
Tidakkah umat Islam membaca al-Fatihah memohon jalan lurus sentiasa? Siapakah yang empunya jalan lurus meniti kuasa dengan benar dan berhak kita ekori mereka? Sabda Baginda saw: "Dari Abdullah bin Mas'ud katanya, ketika kami berada di sisi Rasulullah saw tiba-tiba datang sekelompok anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah saw berlinangan dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya:' Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?" Baginda menjawab. " Kami ahlul-bait telah Allah swt pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak sehingga datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperolehi kemenangan, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya, hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak diatas salji. Sesungguhnya dia adalah Imam Mahdi." (HR Abu Daud, At-Tarmizi, Ibnu Majah).
* Artikel ini telah tersiar di Glam Lelaki.

Published on October 25, 2010 20:03
October 19, 2010
"Ustaz, haramkah kalau saya memeluk-meluk bantal dan meng...
Published on October 19, 2010 19:20
October 18, 2010
Kuasa Allah Siapa Yang Tahu

Jika foto di atas menunjukkan gambaran sebuah empangan biasa, foto-foto di bawah memaparkan keajaiban yang luar biasa. Kemeriahan gerombolan kambing menjilat batu bergaram ini dirakamkan di utara Itali, iaitu di sebuah empangan di ketinggian 4,600 meter.

Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki (klik sini untuk maklumat lanjut). Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.
Published on October 18, 2010 07:02
October 17, 2010
Penghargaan

Jutaan manusia keluar ke jalanraya di Beirut baru-baru ini untuk menyambut singa umat Islam, Dr Ahmadinejad. Kita hanya dapat menjadi tuan, jika kita benar-benar merdeka. Jika kita terhegeh-hegeh membontoti Obama (Amerika Syarikat) kita tidak lebih hanya seorang hamba malang.
Published on October 17, 2010 19:39
October 16, 2010
Perang Dunia Ke2: Eropah Dahulu & Sekarang

Vienna.

Vienna, Favoritenstrasse.

Prague.

Berlin, Simpang Vilhelminenhofshtrasse & Edisonshtrasse.

Reichstag, Berlin. Semacam bangunan parlimen.

Moscow.

Berlin.

Vienna. Istana Hoffburg.

Berlin.

Moscow.

Vienna.

Leningrad.

Berlin.

Stesen sub-way Frankfurter Allee.
Published on October 16, 2010 10:53
October 15, 2010
Formula Faisal
Sumber, sisipan Varsiti, Berita Harian 14 Oktober 2010.
HAMPIR 20 tahun mengabdikan diri dalam bidang penulisan, Dr Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali dengan nama pena Faisal Tehrani kini cukup matang menelusuri perjalanan dalam penghasilan kreatif dan akademik berunsurkan Islam.
Satu demi satu karyanya diterima dan diiktiraf masyarakat, malah lebih membuatkannya teruja apabila beliau kini mempunyai pengikut serta pembaca setia yang sentiasa menyokongnya.
Tampil dengan tajuk karya seperti 1515, Angin Madinah, Bila Tuhan Berbicara, Tuhan Manusia, Nama Beta Sultan Alauddin dan Perempuan Politikus Melayu, Faisal disifatkan sebagai penulis yang berani apabila berjaya mengupas isu, konflik dan dilema yang agak kontroversi dalam setiap karya penulisannya.
"Dalam penulisan, saya berpegang kepada falsafah, setiap karya yang dihasilkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Contohnya, dalam karya Tuhan Manusia, saya mengupas apakah semua agama itu sama dan di luar dugaannya, karya itu mencatat jualan paling tinggi.
"Ia jelas petanda masyarakat di luar sana mahukan jawapan dan penjelasan mengenai isu itu serta cara bagaimana hendak berdepan dengan realiti isu itu. Dalam menentukan idea sesuatu penulisan, saya turut melihat sikap keterbukaan masyarakat menerima sesuatu isu dan mereka kini bijak menyaring karya untuk pembacaan.
"Saya juga sedar apabila menghasilkan karya yang 'berat dan serius', saya meletakkan diri dalam kedudukan kontroversi kerana pasti ada pihak yang mengkritik dan sukar menerima. Bagi saya, penulisan sesebuah karya kalau ia tak kontroversi, maka ia bukan karya yang baik. Karya yang berkualiti dan baik seharusnya provokatif, kontroversi serta mampu memberi manfaat dan penyelesaian kepada masyarakat," katanya.
Akur pasti ada yang tidak 'sekepala' dengan pendapatnya, beliau berkata, terpulang kepada pemahaman individu atau masyarakat di luar sana untuk menilainya.
Mengimbau kejayaan dalam penulisan, Faisal mula dikenali apabila dua cerpennya, Anak dan Opah serta Malam Ini Philadelphia Menangis, masing-masing memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994 dan Hadiah Sastera Siswa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)-Bank Rakyat.
Faisal kemudian mendapat perhatian pengkritik sastera apabila novel beliau, Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise Sdn Bhd) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda), kedua-duanya diterbitkan pada 2000 dianggap karya paling berani.
Pernah menjadi anak didik Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said dan SN Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, Faisal turut mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.
Karya lain yang turut meraih anugerah adalah novel Bedar Sukma Bisu, Manikam Kalbu (novel remaja), Rindu Ini Luar Biasa (cerpen) turut meraih johan Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2007.
Beliau turut berjinak dalam dunia pengarahan teater dan filem, antara karya yang berjaya dipentaskan adalah Kopitiam Ghadir pada 2009, manakala karya filem pertama Pelampau Anti Kebun Binatang (2008). Kini, lebih 100 koleksi cerpen, 20 novel kreatif, koleksi himpunan puisi berjaya dihasilkannya.
Menceduk pengalaman sendiri, cerita rakan-rakan, masyarakat sekeliling dan pembacaan sendiri sebagai sumber serta idea dalam penulisan, Faisal yang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut mengakui minat mengembara ke serata pelusuk dunia memberi 1,001 pengalaman yang mungkin orang lain tidak berpeluang merasainya.
"Banyak manfaat kita peroleh dengan mengembara, kita boleh kaji benda baru, cabang ilmu atau falsafah orang asing. Apa yang saya peroleh mungkin orang lain tak dapat. Itu sebabnya ramai yang sukar memahami saya, warna dan acuan saya berbeza dan secara tak langsung, ia membezakan perwatakan saya dengan orang lain. Apapun, perjuangan saya dalam penulisan diteruskan selagi aura dan karya saya diterima," katanya.
Faisal Bimbang Lihat Senario Penghasilan Karya Kurang
MELIHAT kepada perkembangan karya sastera masa kini, Faisal cukup bimbang dengan corak penulisan karya sastera yang disifatkannya sebagai kurang substance dan pengisian.
Tidak menuding kepada sesiapa, beliau bagaimanapun beranggapan corak dan pengisian pengetahuan diterima generasi penulis hari ini yang mempengaruhi mereka.
"Banyak unsur luar yang mencorakkan mereka dan acuan sebegitu yang dibawa dalam penulisan karya mereka. Sebaiknya, mereka perlu melakukan lebih baik dan banyak pembuktian yang perlu dilakukan. Saya bimbang melihat bidang sastera di negara ini sering direndahkan ke taraf cerita atau sekadar karya khayalan.
"Malah masyarakat sendiri kurang memahami fungsi dan peranan sastera secara mendalam. Sejak di sekolah hingga ke universiti, sastera sering dianggap sebagai subjek yang disarati maklumat plot, watak dan perwatakan, latar serta sudut pandangan," katanya.
Justeru, katanya, pemahaman itu perlu diperbetulkan agar sastera dilihat penting pada mata pelajar selain bermanfaat dan bernilai dalam kehidupan.
Menyifatkan sastera sebagai sebahagian daripada falsafah, Faisal berkata, karya sastera yang baik mengandungi ilmu, falsafah dan penyelesaian untuk masyarakat.
Kepada pihak bertanggungjawab, Faisal berkata, mereka perlu mengembalikan kandungan Sastera kepada ilmu dengan memastikan pelajar memahami bahawa sastera adalah sumber ilmu yang luas merangkumi pelbagai genre.
Selain itu, katanya, generasi hari ini juga perlu disogokkan dengan lebih banyak karya ilmiah secara berterusan dan tidak hanya tertumpu kepada bahan bacaan bersifat ringan dan hiburan.
Oleh Khairina Yasin

Published on October 15, 2010 05:11
October 14, 2010
Perangai Budak-Budak Sekarang
Pelajar Tendang Guru di Kangar, Perlis.
Pelajar Maki Hamun dan Tumbuk Guru
Published on October 14, 2010 19:00
October 13, 2010
Ubah Wajah Pedalaman
Published on October 13, 2010 18:16
October 12, 2010
'As-Syahid' Edoardo Agnelli

Menurut wikipedia, 'he committed suicide'.

Beliau meninggalkan Princeton, mengembara ke India, dan kemudiannya tiba di Iran lalu memeluk Islam mazhab syiah dan bertemu (ada kalangan yang mengatakan beliau menjadi murid kepada) Ayatullah al Uzma Khamenei. Sejak itu Agnelli diketahui menjadi pengkritik keras kepada kapitalisme, Fiat dan menjuarai isu-isu yang memihak kepada orang miskin.
Agnelli dikatakan disingkirkan dari menjadi pewaris sah Fiat dan hanya diberikan jawatan pengarah kelab bola sepak Juventus.

(Foto atas, Agnelli sebelum dibunuh) Namun begitu, dalam tahun 2001, sebuah dokumentari Iran mendedahkan Agnelli menjadi mangsa konspirasi Zionis.

Foto-foto Agnelli bersama Ayatullah Ali Khamenei.
Published on October 12, 2010 18:09
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.