Faisal Tehrani's Blog, page 25

October 11, 2010

Mungkinkah Nabinya Voltaire?

Pada 18 Februari 1989, (mungkin dengan wajah pucat lesi dan tangan yang menggeletar) Salman Rushdie memohon maaf kerana menulis sebuah karya setan. "I profoundly regret the distress that publication has occasioned to sincere followers of Islam. Living as we do in a world of many faiths, this experience has served to remind us that we must all be conscious of the sensibilities of others."

Hanya orang bodoh sahaja percaya kepada kenyataan panik atau 'akuan bersumpah tipu' Salman Rushdie itu. Jenayah Rushdie adalah jenayah kemanusiaan yang tidak boleh dimaafkan. Jika kita membenarkan penghinaan dilakukan atas nama seni, imaginasi novel dan sebagainya maka ia adalah kematian untuk peradaban manusia seluruhnya. Rushdie tahu itu, dan dalam keadaan letih, dia sendiri sudah tidak mahu mempertahankan kebebasan untuk menyatakan (freedom of expression), sekali lagi, dalam keadaan letih dan panik, ia malah mengisytiharkan pada 28 Disember 1990 di The New York Times, bahawa "I am able now to say that I am a Muslim."

Dan Iran, kekal secara tegas menolak tindak-tanduk letih Rushdie itu. Dan nampaknya ia adalah yang paling patut dilakukan kerana ternyata 'taubat' Rushdie itu adalah taubat yang pura-pura. Dalam satu interbiu dengan Playboy pada tahun 1995, Rushdie mengatakan: "It mostly had to do with despair and disorientation, I had lost my strength and felt completely bereft. Many of my friends pointed out that it was the stupidest thing I had ever done in my life."

Untuk orang seperti Rushdie dan pendokongnya, Nabi mereka mungkin ialah Voltaire. Ini kerana 'sabda' Voltaire yang dipegang oleh mereka ialah: "I detest what you write, but I would give my life to make possible for you to continue to write." Idea 'freedom of conscience and freedom of speech' ini adalah hasil reformasi Protestanisme. Satu gerakan untuk membenihkan 'religious pluralism' di barat. Yang kemudian oleh juak-juak dan ejen-ejen barat, diambil dengan penuh hangat sebagai satu simbol kemodenan, peradaban dan ketamadunan.

Pegangan Voltaire ialah, "Every individual who persecutes a man, his brother, because he does not agree with him, is a monster."

Kerana itulah ejen barat, pengikut dan mereka yang beriman dengan Voltaire sebagai contoh akan beria-ia mencari jalan untuk mempertahankan 'freedom of speech' walaupun ia bermaksud membenarkan penghinaan kepada nabi Muhammad Saww.

Dalam Islam bukan tiada kebebasan bersuara, yang dimaksudkan dengan freedom of speech ialah 'freedom to express your ideas and opinions' bukan 'freedom to slander and defame others'. Apa yang dilakukan oleh Rushdie ialah penyalahgunaan kebebasan bersuara atau 'an abuse of freedom of speech'. Bukan Imam Khomeini sahaja yang berang dengan tindak-tanduk Rushdie, Cardinal O'Conner dari New York dan Rabbi Jakobovitz dari England adalah antara mereka yang menolak Satanic Verses, tetapi tentunya pandangan mereka tidak disiarkan. Tatkala Cat Stevens (Yusuf Islam) memperakukan fatwa mati untuk Rushdie, lagu-lagunya digam di United Kingdom, dan rekodnya dibakar dan dipecahkan di hadapan awam. Untuk umat dan pendokong 'Nabi Voltaire' dual standard ini dibenarkan. Hina Islam dan Melayu misalnya dibolehkan tapi saat kita mempertikaikan perbuatan keji itu, kita akan dianggap ekstrimis. Justeru menurut mereka, menghina Nabi Muhammad saww dibolehkan untuk mempertahankan Rushdie kerana mereka semua adalah umat Voltaire.

Adalah sungguh menjengkelkan bahawa pengikut Voltaire ini percaya dan beriman bahawa menghina seorang Nabi yang menjadi ikutan lebih 3 bilion manusia di atas planet bumi ini sebagai 'sesuatu yang biasa'. Menghukum mati kepada penghina Nabi adalah hukuman buat penjenayah dan pembelot kebebasan sebenar. Ia adalah sesuatu yang fitrah dan manusiawi.

Untuk saudara atau tuan sheikh yang beriman kepada Voltaire dan berani mempertahankan Rushdie, semalam, hari ini dan mendatang, Allah ada firmannya buat anda: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang- orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa ia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Ia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang- orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Insya-Allah azab itu sangat dekat buat saudara atau tuan sheikh.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2010 22:11

Inilah Sebabnya Kenapa Dunia Memerlukan Seorang Penyelamat










Sumber di sini.
Kota dan jalanraya manakah yang paling tidak selamat hari ini? Bukan, bukan Kabul atau Baghdad sahaja. Di mana -mana pun hari ini kita manusia sedang mengalami penindasan dan ketakutan. Penjahat dan penzalim sedang bermaharajalela. Lihat peperangan antara kumpulan dadah di Mexico ini, tidakkah tiba masanya kita berdoa dengan sepenuh hati. "Ya Allah, dan berilah salam sejahtera terhadap wali amr-Mu, al-Qaim yang diidam-idamkan dan keadilan yang dinanti."

Daripada Abdullah bin Mas'ud dia berkata: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAWW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAWW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?"

Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi."
(Riwayat Ibnu Majah).

Beriman kepada kedatangan penyelamat ini adalah wajib menurut akidah ahlus sunnah wal jamaah (Lawami'ul Anwar al-Bahiyyah 2/84). Ia juga wajib malah sentral dalam ajaran syiah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2010 17:58

October 9, 2010

Laporan Cuaca


Ramai yang mendirikan rumahtangga hari ini. Selamat Pengantin Baharu. Khusus untuk Saudara Mohd Iswazi M. Isa, pemimpin tertinggi band Revolusi Pembudayaan Selawat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2010 18:30

Lagi Tentang Kesyiahan Einstein

Untuk penggemar Einstein, ini ada lagi kisah-kisah 'langka' yang belum tentu benar, dan belum tentu juga tidak benar. Sebagai insan yang kurang mesra teori fizik, saya difahamkan oleh "seseorang yang dekat" dengan saya (seorang astrofizis) bahawa kemungkinan Einstein itu seorang saintis yang beriman memang tingggi kebarangkaliannya.

* Albert Einstein, ilmuan fisika terbesar sepanjang masa dalam sebuah risalah terakhirnya menulis, Islam lebih utama, lebih sempurna dan lebih logis dibanding agama-agama dunia yang ada. Risalah ilmiahnya itu berjudul "Die Erklarung" yang ditulis dalam bahasa Jerman pada tahun 1954 di Amerika.

Risalah ini pada hakikatnya sama dengan surat rahasia yang ditulisnya kepada Ayatullah Al-Uzhma Boroujerdi. Dalam risalah ini, Einstein membuktikan teori relativitasnya dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis dari buku Nahjul Balaghah dan Bihar Al-Anwar. Ia mengatakan, hadis-hadis punya muatan seperti ini tidak bakal di mazhab lain. Hanya mazhab Syiah yang memiliki hadis dari para Imam mereka yang memuat teori kompleks seperti Relativitas. Sayangnya, kebanyakan ilmuannya tidak mengetahui hal itu.

Salah satu hadis yang menjadi sandarannya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Allamah Majlisi tentang Mi'raj jasmani Rasulullah saw. Disebutkan, "Ketika terangkat dari tanah, pakaian atau kaki Nabi menyentuh sebuah bejana berisi air yang menyebabkan air tumpah. Setelah Nabi kembali dari Mi'raj jasmani, setelah melalui berbagai zaman, beliau melihat air masih dalam keadaan tumpah di atas tanah." Einstein melihat hadis ini sebagai khazanah keilmuan yang mahal harganya, karena menjelaskan kemampuan keilmuan para Imam Syiah dalam relativitas waktu. Menurut Einstein, formula matematika kebangkitan jasmani berbanding terbalik dengan formula terkenal "relativitas materi dan energi".

E = M.C2 >> M = E :C2

Artinya, sekalipun badan kita berubah menjadi energi, ia dapat kembali berujud semula, hidup kembali.

Dalam suratnya kepada Ayatullah Al-Uzhma Boroujerdi, sebagai penghormatan ia selalu menggunakan kata panggilan "Boroujerdi Senior", dan untuk menggembirakan roh Prof. Hesabi, ia menggunakan kata "Hesabi yang mulia".

Naskah asli risalah ini masih tersimpan dalam Safety Box rahasia London (di bagian tempat penyimpanan Prof. Ibrahim Mahdavi), dengan alasan keamanan.

Risalah ini dibeli oleh Prof. Ibrahim Mahdavi (tinggal di London) dengan bantuan salah satu anggota perusahaan pembuat mobil Benz seharga 3 juta dolar dari seorang penjual barang antik Yahudi.

Tulisan tangan Einstein di semua halaman buku kecil itu telah dicek lewat komputer dan dibuktikan oleh para pakar manuskrip.

Sumber.Baca juga tentang al Kindi, di sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2010 08:40

October 8, 2010

Einstein Pun Syiah!

Jangan melenting dulu. Ini 'maklumat' yang belum tentu benar, tetapi, belum tentu juga tidak benar. Salah satu kenyataan Einstein yang paling saya suka berbunyi begini: "The secret to creativity is knowing how to hide your sources." Sila baca di bawah ini:

* Albert Einstein, seorang ilmuwan terkemuka abad 20 yang telah mewariskan sejumlah teori yang menggemparkan dunia ternyata penganut Islam Syiah Imamiyah.

Hal ini dikemukakan Iran Indonesian radio (klik sini), yang menyatakan bahwa penemu teori relatifitas ini mengakui kebenaran-kebenaran Alquran melalui ayat-ayatnya setelah lama menjalin kontak dengan tokoh Syiah Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi melalui surat.

Berdasarkan laporan situs Mouood.org, Einstein pada tahun 1954 dalam suratnya kepada Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi, marji besar Syiah kala itu, menyatakan, "Setelah 40 kali menjalin kontak surat-menyurat dengan Anda (Ayatollah Boroujerdi), kini saya menerima agama Islam dan mazhab Syiah 12 Imam".

Sebagai ilmuwan, aspek rasionalitas akan menjadi pondasi dalam menentukan segala keyakinan. Dalam suratnya Einstein mengakui Islam sebagai Agama yang lebih utama dibanding agama-agama lain di dunia, agama yang paling sempurna dan rasional.

"Jika seluruh dunia berusaha membuat saya kecewa terhadap keyakinan suci ini, niscaya mereka tidak akan mampu melakukannya walau hanya dengan membersitkan setitik keraguan kepada saya". kata Einstein sebagaimana dilansir Iran Indonesian radio.

Pada tahun 1954 Einstein menulis makalah dalam bahasa Jerman yang bertajuk Die Erklarung (Deklarasi) di Amerika Serikat, menelaah teori relatifitas melalui ayat-ayat Al-Quran dan ucapan Imam Ali bin Abi Thalib as dalam kitab Nahjul Balaghah.

Dalam makalahnya itu, Einstein menyebut penjelasan Imam Ali as tentang perjalanan miraj jasmani Rasulullah ke langit dan alam malakut yang hanya dilakukan dalam beberapa detik sebagai penjelasan Imam Ali as yang paling bernilai.

Secara logika teoritik, teori E=m.C2 yang dikemukakan ilmuwan keturunan Yahudi ini bisa menjelaskan bagaimana perjalanan mi'raj Rasulullah SAW, namun tentunya secara teknis masih membutuhkan telaah lebih jauh.

Sumber di sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2010 10:26

Kondom

Tahukah anda, selalunya ketika temasya sukan bertaraf dunia berlangsung, seperti Sukan Olimpik, dan dalam hal terbaru - Sukan Komanwel - kondom akan menjadi satu bekalan yang sangat dituntut oleh atlet. Maknanya apa? Emmm...tahu-tahu sendiri.

Di Olimpik Sydney tahun 2000, 70,000 kondom percuma yang disediakan penganjur tidak mencukupi. Terpaksa ditambah 20,000 lagi. Pada tahun 2004, Olimpik di Athens, bekalan kondom yang diagihkan ialah 130,000 keping.

Di Beijing pada tahun 2008, dan Olimpik musim sejuk di Vancouver bulan Februari lalu, 100,000 kondom telah diedarkan kepada atlet.

Hairan ya, mereka bersukan dan bertanding atau ber**** ?

Nah, ahli sukan sila jawab (klik sini).

* Gambar di atas, kondom untuk kanak-kanak lelaki di Switzerland seawal usia 12-14 tahun.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2010 06:03

October 7, 2010

Berkunjung Ke Kediaman Perdana Menteri


Ismail Haniyeh adalah Perdana Menteri (kerajaan Hamas) di Gaza, Palestina. Ini adalah kediaman beliau.


Ruang tamu kediaman Ismail Haniyeh.


Tempat beliau menerima tetamu.


Di meja makan bersama Perdana Menteri.


Kamar tidur anak lelakinya.


Dapur seorang pemimpin.


Ismail Haniyeh dalam satu pertemuan dengan pemimpin agung Republik Islam Iran.



Agak-agaknya, bagaimanakah rupanya kediaman Mahmoud Abbas, budak suruhan Amerika itu?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2010 18:18

Gil Vicente Sang Pembunuh


Memperkenalkan Gil Vicente dari Brazil. Kerja seninya bermediumkan 'charcoal'. Pameran catan terbaharunya bertemakan 'Musuh'. Dan ada siri catan yang menunjukkan seseorang memegang senjata yang dihalakan kepada sebahagian besar pemimpin dunia, ya, beberapa saat sebelum mereka menemui ajal.


Misalnya, membunuh George Bush.


Atau, pemimpinnya sendiri - Lula da Silva.


Sasaran lain, Ratu Elizabeth.


Yang ini bagus; membunuh bangkai hidup - Aerial Sharon.


Dan yang agak radikal, Pope Benedict XVI.
Kata Gil Vicente kepada akhbar Sao Paulo's Folha, "Because they kill so many other people, it would be a favor to kill them, understand? Why don't people in power and in the elite die?"

Kalau anda seorang pelukis, anda mahu bunuh siapa dalam lukisan anda?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2010 02:37

October 5, 2010

Isa al Masih


Filem tentang 'Al Masih' ini adalah arahan Nader Talebzadeh (foto di atas). The Messiah sebuah produksi tahun 2008 adalah usaha Republik Islam Iran untuk menggambarkan hayat Nabi Isa a.s menurut perspektif Islam. Nak tunggu orang lain, haram.








Dalam satu wawancara dengan Los Angelas Times dalam tahun 2008, Nader, sutradara filem epik ini, memberitahu, "Saya berdoa untuk umat Kristian. Mereka salah memahami. Suatu hari, mereka akan menyedari kebenaran cerita yang sesungguhnya."

Nader pernah menuntut di American University, Washington, DC dan Colombia University, New York dalam tahun 1970 iaitu sebelum Revolusi Islam Iran.

Sementara itu Ahmad Soleimani-Nia yang memerankan watak Jesus atau Isa adalah bekas tentera angkatan darat Iran. Kini beliau adalah ahli kimpal besi dalam Badan Energi Atom Iran.

Menurut Ahmad Soleimani-Nia, peluang berlakon muncul tiba-tiba. "Saya tidak pernah ingat mengapa saya begitu terlibat dengan peran ini."

"Itu bermula ketika saya masih kecil, usia 7 atau 8 tahun. Saya melihat lukisan Leonardo da Vinci 'Last Supper' dan saya dikatakan mirip dengan wajah Jesus. Dia selalu bersama saya sejak itu. Dalam lingkungan saya, dengan rambut panjang dan janggut tebal, saya dianggap sebagai Jesus," tuturnya.

Nader, menceritakan, saat ia mencari pelakon yang sesuai sebagai Isa al Masih ia dan pembantunya sedang melintas di sebuah jalan apabila pembantunya tiba-tiba berteriak. "Aku temukan Jesus mu!".

Filem Al Masih ini memenangi penghargaan Dialog Antara Kepercayaan di Religion Today Film Festival, Italia, 2007. Memang ia tak akan memenangi oscar atau anugerah di Cannes, tetapi ia telah membantu menjawab siapakah sosok Isa a.s menurut kaca mata Islam.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2010 01:47

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.