Faisal Tehrani's Blog, page 23

November 8, 2010

Si Pembakar al-Quran

Ingat Terry Jones? Si paderi yang menimbulkan heboh kerana menganjurkan kempen untuk membakar al-Quran? Tuan paderi baru sahaja ditangkap polis kerana child pornography Lihat sini.


"MANUSIA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,SEBAIK-BAIK PERANCANGAN
ADALAH PERANCANGAN ALLAH"
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2010 11:01

November 7, 2010

Siapa Paling Ayu?

Viktor Yushchenko, Ukraine

Vladimir Putin, Russian Federation

Barack Obama, Amerika Syarikat

Nicolas Sarközy, Perancis

José Luis Rodríguez Zapatero, Sepanyol

Dmitry Medvedev, Russian Federation

Kim Jong-il, Korea Utara

Luiz Inácio Lula da Silva, Brazil

Fidel Castro Ruz, Cuba

Hu Jintao, China

Muammar Abu Minyar al-Gaddafi, Libya

Gordon Brown, UK

Silvio Berlusconi, Itali
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2010 22:53

November 5, 2010

Belajar Daripada 'Wanita Pertama'

Dia tidak menunggu dijangkiti cacar atau campak baru menjamah nasi atau bubur. Memang hidangan yang diambilnya sesederhana mungkin. Ada orang bertanya lagi kenapa sangat saya memuja Ahmadinejad? Kenapa sangat saya seorang sunni memandang tinggi terhadap pemimpin syiah yang dijaja ke sana sini sebagai sesat dan kafir, (oh sekarang juga heboh Ahmadinejad itu ahli Freemason!).

Kenapa ya? Mungkin kerana kita tidak belajar daripada Fatimah Zahra. Jadi saya malu. Tambah-tambah jika kita mencari hadis yang diriwayatkan oleh baginda Zahra dalam kitab-kitab muktabar kita; tidak terjumpakan kecuali yang dapat dibilang dengan jari jumlahnya.

Satu hari Saidina Salman Al-Farisi melihat Sayyidah Fatimah memakai cadur yang sederhana, ia penuh jahitan dan diperbuat dari kulit pohon kurma. Baginda Zahra hendak pergi menjenguk ayahnya. Salman sangat terkejut dan sambil menangis ia berkata, "Kami sangat bersedih! Puteri-puteri raja Parsi dan Romawi duduk di atas kerusi-kerusi yang diperbuat emas dan memakai pakaian yang diperbuat dari sutera tetapi puteri Muhammad saw memakai cadur yang sangat sederhana dan memiliki dua belas jahitan."

Ketika Fatimah sampai ke rumah ayahnya, baginda mengatakan, "Wahai Rasulullah! Salman sangat hairan dengan kesederhanaan pakaianku. Demi Allah, selama lima tahun tikar rumah kami dari kulit kambing yang ketika siang hari unta-unta memakan rumput diatas tikar itu dan pada malam hari kami tidur di atas tikar itu. Bantal kami juga dari kulit yang diisi dengan kulit pohon kurma".

Ketika itu Rasulullah saw bersabda kepada Salman, "Sesungguhnya puteriku berada di barisan terdepan orang-orang yang menuju Allah swt."

Cari di mana lagi wanita pertama yang dapat membawa kita ke syurga? Cari di mana lagi saudara-saudara?

Hayati dan renungilah: 'Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada ayah Ja'far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.' Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw. Ini adalah sumber sunni.

Jangan tercari-cari lagi. Berpalinglah kepada yang berhak!

* Foto Presiden Ahmadinejad mendakap Presiden Bolivia, Morales.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2010 10:18

November 4, 2010

Jemput Mandi Di Sini



























Benar, ini adalah 'sungai suci' Ganges. 'Suci' yang tercemar, baca sini.

Rahul O Rahul di manakah kamu Rahul?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2010 21:21

November 3, 2010

Jamah Tangan Syaitan

23 Jun 2009, segelintir siswa di Tehran berdemonstrasi membantah Presiden Ahmadinejad. Seorang siswi dengan beraninya menahan kereta Presiden yang melalui sebatang jalanraya. Dan pengawal keselamatan membiarkan seketika, demi memuaskan hati siswi tersebut meluahkan rasanya. Ia adalah satu aksi positif seorang pemimpin berani bersemuka dengan rakyatnya. Ia juga model keberanian seorang siswi mempersoalkan dasar-dasar pemimpin yang mentadbirnya. Bukan menjadi pak turut dan kangkung diselenggara akta. Siapa bilang di Iran tiada demokrasi dan ruang untuk bersuara?

Foto ini tiba di tangan media Amerika, maka isyarat di jari menjadi lain pula. Kemahiran digunakan untuk memanipulasi gerakan tangan menjadi gerakan tangan syaitan. Dengan isyarat lucah, media Amerika berharap dapat memalukan Presiden Ahmadinejad. Keberanian seorang pemimpin berdepan dengan seorang anak muda pembangkang diputarberlitkan supaya ia menjadi sebuah momen yang biadab dan menjatuhkan maruah seorang Presiden. Tetapi, tidak semua orang boleh terpedaya.

Jika di Amerika Syarikat, secret service yang mengawal Presiden Obama sudah lama mengheret siswi ini ke lokap rahsia. Jika di Mesir, Mobarak mungkin menghantar penembak rahsia memburu pemudi ini. Ia juga satu insiden yang tidak mungkin berlaku di Arab Saudi.

Owh, juga, anda fikir anda boleh melakukannya di sini?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2010 18:01

November 1, 2010

Pemain Billiard Terkenal Dunia Memeluk Islam di Mashad, Iran












Setelah adik ipar Tony Blair, Lauren Booth memilih Islam sebagai pegangan di kota Qom, kini David John pemain billiard Inggeris yang terkenal pula memeluk Islam di kota Mashad, Iran. John adalah juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia pada tahun 2002 dan 2003. Beliau berkunjung ke Mashad dan tertarik dengan sejarah hidup Imam Ali Redza. David John kini dilantik sebagai jurulatih pasukan billiard Iran. Lihat sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2010 17:50

Berkunjung Ke Rumah Wanita Pertama

Bukan, bukan wanita pertama yang saudara sangkakan. Yang saya maksudkan ialah rumah wanita pertama republik Islam Iran.

Ini adalah kediaman Presiden Iran di Narmak, Timur Tehran.



Keluarga Ahmadinejad terdiri dari dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beginilah ruang tamu rumah seorang wanita pertama. 'Puan Ahmadinejad adalah seorang guru dan masih mengajar saat ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2010 02:53

October 29, 2010

Ahmadinejad Main Futsal

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia saya ingin berkongsi dengan kalian foto-foto ini.











Presiden Iran, Dr Ahmadinejad dan Presiden Bolivia, Morales nampaknya berkongsi satu minat yang sama. Bola. Kedua-duanya sempat bermain futsal ketika Morales melawat Tehran ahad lepas. Pemain bola sepak kebangsaan Iran seperti Karim Baqeri, Farhad Majidi, Vahid Taleblou, dan Mojtaba Jabbari turut serta dalam perlawanan tersebut. Pemandangan seperti inilah yang menyakitkan hati imperialis dunia. Agak-agaknya kalau Dr Ahmadinejad berkunjung ke Kuala Lumpur lain kali, mungkin atau tidak kita menyaksikan beliau beraksi dengan si dia?

* Oh, Dr Ahmadinejad menjaringkan satu gol khabarnya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2010 02:19

October 28, 2010

Seyyed Mohammad Marandi Tentang Academic Imperialism

Dr Seyyed Mohammad Marandi menjelaskan mengenai 'Eurocentrism dalam dunia akademik' di International Conference on Academic Imperialism bertempat di Universiti Al-Zahra, Tehran, Iran, pada 1-2 Mei 2010 yang lalu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2010 18:11

Catan Dr FT Untuk Dijual


Mahu beli koleksi catan karya saya?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2010 01:17

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.