Belajar Daripada 'Wanita Pertama'

Kenapa ya? Mungkin kerana kita tidak belajar daripada Fatimah Zahra. Jadi saya malu. Tambah-tambah jika kita mencari hadis yang diriwayatkan oleh baginda Zahra dalam kitab-kitab muktabar kita; tidak terjumpakan kecuali yang dapat dibilang dengan jari jumlahnya.
Satu hari Saidina Salman Al-Farisi melihat Sayyidah Fatimah memakai cadur yang sederhana, ia penuh jahitan dan diperbuat dari kulit pohon kurma. Baginda Zahra hendak pergi menjenguk ayahnya. Salman sangat terkejut dan sambil menangis ia berkata, "Kami sangat bersedih! Puteri-puteri raja Parsi dan Romawi duduk di atas kerusi-kerusi yang diperbuat emas dan memakai pakaian yang diperbuat dari sutera tetapi puteri Muhammad saw memakai cadur yang sangat sederhana dan memiliki dua belas jahitan."
Ketika Fatimah sampai ke rumah ayahnya, baginda mengatakan, "Wahai Rasulullah! Salman sangat hairan dengan kesederhanaan pakaianku. Demi Allah, selama lima tahun tikar rumah kami dari kulit kambing yang ketika siang hari unta-unta memakan rumput diatas tikar itu dan pada malam hari kami tidur di atas tikar itu. Bantal kami juga dari kulit yang diisi dengan kulit pohon kurma".
Ketika itu Rasulullah saw bersabda kepada Salman, "Sesungguhnya puteriku berada di barisan terdepan orang-orang yang menuju Allah swt."
Cari di mana lagi wanita pertama yang dapat membawa kita ke syurga? Cari di mana lagi saudara-saudara?
Hayati dan renungilah: 'Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada ayah Ja'far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.' Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw. Ini adalah sumber sunni.
Jangan tercari-cari lagi. Berpalinglah kepada yang berhak!
* Foto Presiden Ahmadinejad mendakap Presiden Bolivia, Morales.
Published on November 05, 2010 10:18
No comments have been added yet.
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
