Faisal Tehrani's Blog, page 21
November 24, 2010
1Malaysia Bakal Melanda Iran

Ketua Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata pihaknya menyasar membuka 11 gedung 1MDS di Iran dalam tempoh lima tahun ini, khususnya di pusat perniagaan dan pusat beli-belah utama di negara itu.
Katanya, 1MDS bakal menjadi platform terbaik bagi syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran halal di Iran, yang mana eksport produk dan perkhidmatan halal ke negara itu dianggarkan mencecah RM1.85 bilion dalam tempoh lima tahun.
"1MDS diwujudkan bagi membantu syarikat Malaysia khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempromosi serta memasarkan produk halal di Iran, seterusnya menjadikan negara itu sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Barat.
"Menerusi inisiatif ini, syarikat tempatan boleh memasarkan produk dan perkhidmatan halal mereka menerusi Neguin yang akan bertindak sebagai ejen pembeli yang memasarkan produk mereka di Iran," katanya sambil menambah ketika ini ada lebih 3,000 syarikat di negara ini yang mempunyai persijilan halal dengan kebanyakannya adalah PKS.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan kerjasama antara HDC dan Neguin Group mengenai pelancaran 1MDS di Iran, di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Neguin Group, Dr Abdul Rahman Bidin.

Katanya, gedung 1MDS yang pertama berkeluasan kira-kira 40,000 kaki persegi akan dibuka pada pertengahan 2011 di Tehran Mega Mall (klik sini), iaitu antara pusat beli-belah terbesar di Iran yang dibangunkan oleh Neguin Group.
"Antara produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan di 1MDS merangkumi makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan kesihatan, pakaian Muslim serta restoran.
"Kami menyasar menarik kira-kira 30 syarikat Malaysia," katanya.
dan setakat ini dua peruncit terbesar negara berkaitan sektor makanan dan minuman mengesahkan pembabitan mereka," katanya.
Katanya, pasaran halal global ketika ini dianggarkan bernilai AS$2.1 trilion merangkumi sektor makanan dan bukan makanan, manakala pasaran halal Iran dianggarkan sebanyak AS$26 bilion.
Sementara itu, Jamil berkata HDC akan menganjurkan seminar bertajuk 'The New Halal Frontier Market - Iran and West Asia di Matrade, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November ini yang akan disertai kira-kira 350 syarikat PKS.
Beliau berkata, ia akan dihadiri 20 peruncit dan pembeli termasuk perwakilan dari Dewan Perniagaan Iran yang juga akan menjalankan pemadanan produk dan perkhidmatan untuk pasaran Iran.
Katanya, nilai eksport dagangan bernilai RM35 juta dijangka diraih pada akhir misi belian itu dengan nilai jualan eksport sebanyak RM15 juta diperoleh pada program berkenaan.
Sumber Berita Harian, klik sini.
Published on November 24, 2010 04:42
November 23, 2010
Tutup Orat Gaya Tehran
Selepas entri Tutup Orat Gaya Erdogan mendapat sambutan hangat (klik sini) ramai yang meminta saya mengemukakan pula entri Tutup Orat Gaya Iran. Pembetulan, saya akan menampilkan entri Tutup Orat Gaya Tehran. Ini kerana tutup orat gaya seperti di bawah ini lazim ditemui di Tehran, dan jarang kedapatan di kota besar Iran lain. * Perhatian, kaum Adam diminta bertenang:
Akan tetapi, di Iran, jika anda menutup orat dengan gaya di atas, dan tidak bernasib baik, anda akan disaman polis. Memang penguatkuasaannya mengikut musim (macam speed trap). Dan selalu bila disaman polis tentulah mereka, kita, anda akan meradang (contoh: apa barang had laju lebuhraya 110km, saya memandu 114km pun disaman!). Mungkin keluhan mereka adalah, 'Apalah nak tunjuk jambul dan buka kutang baju sedikit pun tak boleh. Tak demokratik. Tak ada hak asasi. Jumud tau. I hate! I hate! I hate mullah! Nanti next election I tak nak undi parti Ahmadinejad lagi. I nak undi parti green. Kalau kalah I akan mengamuk sakan tengah jalan.'
Iran adalah sebuah negara falsafah. Para ulama dan birokrat dalam kerajaan membincangkan apakah menutup aurat itu hak peribadi atau hak masyarakat. Contohnya solat adalah hak peribadi, kalau anda tidak solat maka silalah jawab dengan Allah kelak. Akan tetapi jika anda tidak membayar zakat maka anda telah mencabul hak masyarakat. Dalam dunia syiah ada perbahasan samada berhijab ini hak individu atau hak masyarakat seperti solat dan zakat tadi. Tentu yang berpendapat hijab itu hak individu akan menegakkan hujah-hujahnya. Sementara yang berpandangan hijab itu adalah hak masyarakat akan meminta penguatkuasaan secara undang-undang terhadap wanita yang enggan berpakaian 'senonoh'.
Well, anda tentu tidak mahu bergurau senda dengan polis di Iran. Khususnya polis wanita mereka.
Hah, bagaimana? Sebagai wanita anda merasakan hijab adalah hak individu atau hak masyarakat?




Akan tetapi, di Iran, jika anda menutup orat dengan gaya di atas, dan tidak bernasib baik, anda akan disaman polis. Memang penguatkuasaannya mengikut musim (macam speed trap). Dan selalu bila disaman polis tentulah mereka, kita, anda akan meradang (contoh: apa barang had laju lebuhraya 110km, saya memandu 114km pun disaman!). Mungkin keluhan mereka adalah, 'Apalah nak tunjuk jambul dan buka kutang baju sedikit pun tak boleh. Tak demokratik. Tak ada hak asasi. Jumud tau. I hate! I hate! I hate mullah! Nanti next election I tak nak undi parti Ahmadinejad lagi. I nak undi parti green. Kalau kalah I akan mengamuk sakan tengah jalan.'
Iran adalah sebuah negara falsafah. Para ulama dan birokrat dalam kerajaan membincangkan apakah menutup aurat itu hak peribadi atau hak masyarakat. Contohnya solat adalah hak peribadi, kalau anda tidak solat maka silalah jawab dengan Allah kelak. Akan tetapi jika anda tidak membayar zakat maka anda telah mencabul hak masyarakat. Dalam dunia syiah ada perbahasan samada berhijab ini hak individu atau hak masyarakat seperti solat dan zakat tadi. Tentu yang berpendapat hijab itu hak individu akan menegakkan hujah-hujahnya. Sementara yang berpandangan hijab itu adalah hak masyarakat akan meminta penguatkuasaan secara undang-undang terhadap wanita yang enggan berpakaian 'senonoh'.





Well, anda tentu tidak mahu bergurau senda dengan polis di Iran. Khususnya polis wanita mereka.

Hah, bagaimana? Sebagai wanita anda merasakan hijab adalah hak individu atau hak masyarakat?
Published on November 23, 2010 17:00
Hanya Zionis Bencikan Ahmadinejad


Published on November 23, 2010 06:34
Mahu Beli Peugeot Milik Dr Ahmadinejad?


Menurut Menteri Perumahan Iran, Ali Nikzad satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini (sumber). Tidak diketahui apakah kereta tersebut sudah pun ditempah. Sesiapa ingin mencuba menjadi pemilik Peugeot tersebut?
Oh juga, mahukah kita membeli seluar dalam, baju kurung saix XL yang cantik-cantik, atau kompleks rumah di Bukit Segambut andai ada orang yang teringin melelongnya?
Published on November 23, 2010 01:02
November 22, 2010
Glam Lelaki
Sebuah entri ala-ala majalah Eh! In-Trend dan Glam.
Hugo Chávez, Venezuela, tampil menarik dan bergaya dengan fesyen Gorila Rojo (Red Guerrilla) sebagai dedikasi buat Simón Bolívar. Merah juga untuk menonjolkan ideologinya.
Fidel dan Raúl Castro, dari Cuba, mereka kelihatan menawan dengan gaya guerrillas-turned-autocrats. Klasik dengan hijau zaitun dan uniform tentera. Kadang Castro selesa mengenakan track suit ala Olympian (klik sini).
Kolonel Muammar al-Qaddafi, dari Libya, adalah fesyen ikon yang menggamamkan. Gemar mengenakan dashikis (fesyen etnik Afrika Utara). Kadang dia berlagak gaya diktator, siap dengan epaulets dan beret. Jangan lupa fesyen layered milk-chocolate-colored satin (lengkap dengan beret hitam dan pin bayang-bayang Africa) ketika beliau berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini (klik sini), priceless!.
Kim Jong-il, Korea Utara sering bergaya dengan two-piece army suit. Gaya rambut bouffant beliau tiada tandingan (mengingatkan kita kepada seorang wanita pertama), tidak lengkap jika tidak bercermin mata hitam Ray-ban, dan kasut platform (sekali lagi, teringat tak pasal-pasal).
Ikon saya, Dr Ahmadinejad dari Iran lazim mengenakan seluar warna gelap, fesyen gaya 'minimalist aesthetica' dengan kolar terbuka, tentu trademark beliau jaket khaki berharga 30 dolar, sejenis windbreaker buatan Cina yang dibeli dari bazar Selatan Tehran. Foto keempat ialah ketika beliau berada di Malaysia untuk menemui Tun Dr Mahathir. Kenapa beliau tidak mengenakan tali leher? BBC memandai-mandai sendiri di sini.





Published on November 22, 2010 17:27
November 21, 2010
Kesyahidan Mesti Dikenang

Ada orang bertanya saya, kenapa mesti menangis mengenang kesyahidan Saidina Husin di Karbala? Saya ingin bertanya kembali, "Masakan tidak menangis dan mengenang pembunuhan terhadap keluarga Nabi Muhammad saw!" Memikir, mengenang dan menangisi akan kesyahidan pejuang adalah sesuatu yang fitrah. Melarang orang menangisi sesuatu peristiwa kejam adalah sesuatu yang menyalahi tabie.

Saya beri satu misalan kecil, yang sangat kontemporari, pemuzik dan artis seperti Faizal Tahir boleh menangis dan terdorong untuk berjihad tatkala mengenang kezaliman Zionis terhadap umat Palestina. Kata beliau, "Saya tidak malu untuk berterus terang yang saya menangis melihat kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terutama penduduk Gaza. Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid".

Mana tidaknya, sepanjang perjalanan dari Karbala ke Kufah dan kemudian ke Damsyik, Zainab dan sekalian ahlul bait menangis, menangis dan menangis. Jika saya berada di sisi jalan melihat perarakan kepala Saidina Husin tersebut saya juga tentu menangis dan meraung. Saya tentu akan lebih bersemangat dari Faizal Tahir, saya tentu nekad untuk menjatuhkan bani Umaiyyah yang kejam dan jahat membunuh keluarga Nabi Muhammad saw. Semangat dan tenaga kemarahan dan kekesalan itulah yang amat ditakuti oleh penindas seperti Yazid! Itulah juga yang ditakuti oleh Zionis. Zainab menangis bukan kerana dia suka menangis. Tangisan Zainab adalah senjata. Tangisan itulah yang telah menghidupkan tragedi Karbala sekian lama. Tangisan itulah yang menyuburkan Islam. Tangisan itulah yang membolehkan kita akses kepada Islam sebenar. Kerana Islam pada waktu itu telah terbahagi menjadi Islam istana dan Islam Muhammadi, iaitu Islam upacara dan Islam praktis. Kalaulah tidak kerana tangisan Zainab saya tidak dapat membayangkan apakah yang telah kita warisi hari ini. Tangisan Zainab telah membuatkan kita berfikir, bahawa Muhammad bin Abdullah bukan manusia biasa. Dia adalah nabi kita!

Tangisan orang tertindas amat menakutkan penzalim. Tangisan Masitah dan Asiah menakutkan Firaun. Tangisan Yaakub menakutkan anak-anak derhakanya. Kerana tangisan Ismaillah maka kita menghirup zam-zam sebagai simbol kepada pengorbanan seorang nabi, bapanya dan Siti Hajar. Jadi, jangan teguk zam-zam sebagai air biasa. Ini kerana orang bukan Islam sendiri sudah biasa minum air zam-zam. Tetapi minumlah ia sebagai tangisan, sebagai air mata yang mana kita berikrar untuk menegakkan agama yang dihidupkan oleh Ismail dan kemudian Nabi Muhammad saw. Sambil meneguk zam-zam itu kenangilah juga Saidina Husin yang syahid di Karbala dalam kehausan kerana sumber airnya disekat oleh tentera musuh, semoga Allah melaknat mereka semua.

Kerana itu saya kini faham keperluan menangisi kesyahidan di Memali, supaya kita tetap dan kekal mengenang kejahatan, kezaliman, penindasan dan berikrar untuk tidak bersekutu dengannya. Sebuah puisi saya tentang Memali tidak memadai. Kerana itu saya mengarang drama pentas Karbala dan cerpen 'Tunggu Ana di Karbala'. Kerana itu adalah keperluan untuk kita mengenang kesyahidan di Karbala, malah lebih lagi, kerana cucu Nabi Muhammad saw iaitu Saidina Husin yang dibunuh pemerintah Umaiyyah. Kerana itu jika merenung dan menjejaki kesyahidan Husin, kita akan mendapati dia telah terbunuh lebih awal lagi, iaitu sebaik sahaja nendanya Rasulullah SAW itu sendiri pergi.

Kerana Saidina Husin tidak melengkapkan hajinya, ia malah meninggalkan kaabah untuk menunaikan puncak dan falsafah kepada haji itu sendiri, iaitu mengorbankan diri sendiri demi menghidupkan agama.
Itulah, itulah sebabnya pengorbanan Ibrahim-Ismail sangat bertalian dengan pengorbanan Husin-Zainab!
Published on November 21, 2010 23:43
November 18, 2010
Tutup Orat Gaya Erdogan





Published on November 18, 2010 12:06
November 17, 2010
Tali Leher Islami Ciptaan Iran



Hossein Homay Seresht, pemilik syarikat mainan kanak-kanak Fam menjelaskan, Fatima dicipta untuk melawan penjajahan budaya musuh. Menurut Seresht, musuh Islam mensasarkan anak-anak bawah 3 tahun dengan mengujakan mereka dengan anak-anak patung yang tidak menutup aurat (seperti Barbie). Fatima tidak seperti anak patung Sara sebelum ini ditampilkan mengenakan hijab penuh (klik sini). Adalah diharap dengan anak patung Fatima, kanak-kanak perempuan beragama Islam akan lebih terpesona dan terpengaruh dari rebung lagi dengan hukum-hakam Islam khususnya yang melibatkan aurat.

Published on November 17, 2010 15:36
November 15, 2010
Selamat MenyambutHari Raya Korban*Muat turun e-book, 'Haj...

Hari Raya Korban

klik sini.
Published on November 15, 2010 21:27
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
