Faisal Tehrani's Blog, page 18

December 9, 2010

Seorang Model Bernama Khairy Jamaluddin

Ada teman saya, ahli sebuah pertubuhan liberal untuk wanita bertanya, adakah kerjaya sebagai model catwalk di Republik Islam Iran. Kalau ada, model ini nak menggayakan apa? Takkan cadur semata? Kalau di Malaysia bolehlah menggayakan batik atau songket. Katakan, seperti model di atas ini.

Jawapan saya. Ada. Malah model catwalk Iran menggayakan baju kurung! * Lihat foto di atas.

Contohnya pada Pesta Busana bertema "Women of My Land" pada 12-25 Jun 2008, 100 busana dari pelbagai puak dan etnik syiah dan sunni di Iran dipertontonkan. Termasuklah etnik Melayu. Wait, ada etnik Melayu ke di Iran?

Peduli apa! Bukankah baju kurung itu busana kurungan syariat (sila baca Manikam Kalbu), jadi kalau Iran ingin meminjamnya kita berbangga. Berbanding di negara kita Malaysia, ada etnik Melayu-perasan-Omputeh yang menggayakan pakaian tiada lengan di Jalan Telawi, Kuala Lumpur. Mereka, Iran, mengambil yang baik dari kita, kita pula mengambil yang keji buruk dari omputeh. Kemudian dengan angkuh kita menuduh mereka, syiah-Iran sesat.


Pertunjukan fesyen ini diadakan di Hijab Hall of the Institute for Intellectual Development of Children and Young Adults, Tehran. Dan tiada penonton lelaki dibenarkan masuk.

Hatta fotografer yang ditugaskan pun adalah perempuan semuanya.

Dalam pada itu YB Khairy Jamaluddin dan isteri menggayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk Piala Seri Endon 2010 baru-baru ini.
I am hadhariless!



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 09, 2010 00:52

December 8, 2010

Siapa Yang Sakit Tenat Sebenarnya?

Tahukah anda selain Malaysia, Iran juga menganjurkan musabaqah membaca al Quran?

Eh sekejap betul ke? Takkanlah!

Bukankah Iran ini bermazhab syiah dan sesat. Bukankah mereka membaca al-Quran yang berbeza dari kita sunni? Betul. Itu betul, jika anda mendengar sesetengah ustaz kita merapu dan merepek tanpa hujah dan dalil.

Sewaktu saya menunaikan haji dua tahun lepas, ustaz yang membimbing rombongan kami mengarang cerita pendek dan mengatakan 'Orang syiah ada al-Quran sendiri dan kalau orang syiah curi kasut kita, mereka dijanjikan pahala menyamai pahala haji, maka berhati-hatilah. Jangan duduk sebelah orang Iran di Masjidil Haram nanti mereka mencuri.' Dan teman-teman sebilik dengan saya itu tidak berkelip mata, melongo bongok lantas percaya. Saya menahan tawa dalam hati, 'Sakit tenat mereka ini.'

Saya menjawab, 'Sia-sialah ustaz naik haji saban tahun. Bukankah Allah berjanji akan memelihara keutuhan al-Quran sampai hari kiamat kelak. Ini bermakna ustaz tidak mempercayai janji Allah sendiri.'

Wah, muncungnya muka setiap seorang selepas kata-kata itu.

Kembali kepada hal musabaqah, jangan tidak tahu, Malaysia turut menghantar peserta ke majlis tilawah di Iran tahun ini. Peserta tilawah Al-Quran kita, Encik (untuk Islami sedikit: al Akh) Anuar bin Hasin berjaya ke peringkat akhir sekaligus memperoleh tempat keempat dalam 27th International Competitions of The Holy Quran 10-14 julai lalu. Agaknya al Akh Anuar membaca al-Quran versi yang mana?

Selain Malaysia, ada 60 buah negara lagi dari seluruh dunia termasuk negara-negara Eropah yang mengambil bahagian. Tahun ini johan bagi kategori tilawah disandang oleh Republik Islam Iran, naib johan dimenangi oleh Republik Tanzania, tempat ketiga dimenangi oleh Republik Indonesia, tempat keempat disandang oleh kita, Malaysia dan diikuti tempat kelima oleh Kuwait.

Majlis ini dianjurkan secara tahunan oleh Pertubuhan Wakaf dan Kebajikan (Organization of Waqf and Welfare), Republik Islam Iran. Malaysia turut menghantar wakil peserta bagi kategori hafazan iaitu Encik (al Akh) Yusouf bin Musa. Bukan itu sahaja Dato' Haji Zulkifle bin Haji Ali pula kita hantar sebagai hakim jemputan untuk menilai bahagian suara di majlis yang sama.

Nah, bukankah saya sudah mengatakan; berhentilah menuduh orang sesat. Kaji dulu sebelum ditertawakan. Jangan mendengar khabar daripada orang yang memanjangkan penipuan dan fitnah. Jangan sesat dalam kesesatan. Kerana ada pihak dalam kalangan kita yang betul-betul sesat (orang Naning kata sesat barat: sosek baghek) tetapi dipandang benar.

Jika begitulah, siapakah di antara kita yang sakit tenat sebenarnya?

* Beza musabaqah Iran dengan Malaysia, mereka tiada kategori qariah.
 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2010 20:43

4 Dalam 1, Tarif Air & Tokoh Maal Hijrah

Sehebat mana pun pemimpin kita, saya tidak fikir akan ada rakyat yang menatap wajah mereka dengan penuh rasa kasih. Terutama selepas pencabulan janji 4 Dalam 1.
Atau tidak mungkin sama sekali berlaku, di saat kecintaan mereka terhadap pemimpin itu berkobar, dapat mencapai apa sahaja pun dikira memadai. Sesungguhnya inilah tokoh Maal Hijrah yang dicari umat dewasa ini.
Anda fikir anda dapat melakukannya di sini?
* Foto atas dua orang kanak-kanak merenung Dr Ahmadinejad di Kermanshah Disember 2006. Foto bawah, Dr Ahmadinejad menziarahi keluarga miskin di kawasan pedalaman Koushkak, Birjand, Iran. Air adalah antara unsur yang harus dimiliknegarakan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2010 09:09

Bapa Borek Anak Rintik: Anak-Anak Ahmadinejad

Dalam bahasa hebrew peribahasanya akan berbunyi: התפוח לא נופל רחוק מהעץ. Orang Perancis akan mengatakan tel père tel fils, telle mère, telle fille. Sementara orang Sepanyol akan mengucapkan de tal padre tal hijo. Bapa borek anak rintik (dengan cara yang baik tentunya), Mehdi, anak lelaki sulung Mahmud Ahmadinejad kelihatannya mengenakan jaket 5 dollar yang sama seperti bapanya. Di belakang beliau ialah anak kedua Presiden Ahmadinejad, Ali-Reza. Foto ini dirakam ketika mereka menghadiri majlis solat aidilfitri di Tehran tahun ini. Banding-bandingkanlah dengan anak emmm...(use your creativity lah!)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2010 04:35

December 7, 2010

Sunnah Wanita Pertama

Sebagai bekas model, isteri Presiden Perancis mengisi masa lapang dengan melaram dan bermain gitar.

Mak Cik Obama pula suka berkebun dan khabarnya sayur-sayuran yang dijamah Presiden Amerika Syarikat datang dari kebun di belakang Rumah Putih.

Azam Sadat al Farahi adalah pendokong mazhab ahlul bait, justeru hobi beliau seboleh-bolehnya menyerupai sunnah wanita pertama dalam Islam iaitu Saidatina Khadijah, dan wanita pertama di syurga iaitu Saidatina Fatimah Zahra.





Isteri Presiden Ahmadinejad mengisi masa lapang dengan menziarahi balu-balu syuhada anggota tentera termasuklah tentera Hezbullah di Lubnan. Beliau juga melawat kubu perang dan menghadiri seminar-seminar keilmuan (sebagai peserta dan mendengar dengan tekun).
Carla Bruni dan Michelle kita boleh memahami mengapa mereka begitu. Tetapi, sampai kini saya tidak faham mengapa ada kalangan kita mengatakan suami Azam Sadat al Farahi ini adalah ahli Freemason. Malah ada ustaz-ustaz kita tergamak mengatakan mazhab anutan Wanita Pertama Iran ini sesat dan beliau serta pengikut keluarga Nabi Muhammad saw ini tidak akan menjejaki syurga. Kononnya mazhab ini memutar belitkan sunnah dan melakukan bid'ah. Wow, sedangkan, ada banyak kesesatan lain yang lebih nyata dan besar kalau kita suluh diri sendiri. Sunnah wanita pertama manakah yang akan kita turuti? Memilih jalan Azam Sadat al Farahi? Marilah kita membetulkan kekeliruan ini, so tell that someone that you love, just what you're thinking of, if tomorrow never comes!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2010 09:15

December 6, 2010

Adakah Menteri Solat Dulu Sebelum 4 Dalam 1?

Di Iran, sebelum sesuatu polisi disaran, dibahas atau diundi; ahli-ahli parlimennya akan bersolat hajat dulu. Kadang di ruang parlimen itu sendiri. Sebelum ini saya pun telah menulis perihal Dr Ahmadinejad yang melakukan istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan untuk rakyatnya (klik sini), malah bersolat hajat dalam terowong kenderaan yang bakal dibuka sebelum hari perasmiannya (klik sini).

Di negara kita, bukan sahaja tiada istikharah agaknya, solat hajat pun belum tentu. Yang ada ialah sikap mungkir janji lantas harga barang naik lipat kali ganda, 4 dalam 1. Bulan November lalu ada satu janji dibuat, bulan Disember ini janji itu dicabul (klik sini).

Tanpa rasa bersalah pengumuman 4 in 1 yang disenyapkan oleh media perdana ini dilapik dengan kata-kata "...langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat..." (klik sini)

Nah, anda sebagai rakyat adakah anda memahaminya?

* Bandingkan ahli parlimen kita dengan ahli parlimen di Iran, meski mereka syiah dan sesat lalu 'masuk neraka kelak', mereka jauh lebih menepati agama.

Wahai, jika kalian mahu dihormati dan diundi lagi; maka benar-benarlah mendahulukan rakyat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2010 21:37

December 5, 2010

Tahun Baharu Hijrah











Ekoran dari entri-entri sebelumnya, ramai juga yang menggelupur kepanasan. Saya tidak akan menulis banyak. Kata-kata ini memadai: Umat Islam leka mendebatkan samada mana satu yang benar, meluruskan (syiah) atau mendekap (sunni) tangan ketika bersolat. Sedang dalam masa yang sama musuh bersatu
merancang untuk memotong sama sekali tangan kita -
Almarhum Imam Ruhullah Khomeini.

Marilah kita berhijrah dari perpecahan kepada kesatuan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2010 21:15

Ahmadinejad Bermain Golf?

Home and energy - home energy efficiency rating

Pemimpin 4 in 1 bermain golf pada 14-02-2009 di Kota Permai. Iya, kita menanggung 4 dalam 1 ketika hayunan kayu itu menjulang ke udara.

Presiden Obama baru-baru ini menerima 12 jahitan di bibirnya ekoran disiku ketika satu permainan bola keranjang. Kalau kita katakan 'padan muka' mungkin keanak-anakan, tetapi saya kira saya suka dengan angka 12 pada bibir Obama itu!

Presiden Perancis, Sarkozy melepaskan lelah bekerja dan mengeluarkan peluh dengan berjogging tiga kali seminggu.


Presiden Ahmadinejad memang diketahui menyukai sukan, malah aktif bersukan. Ini gambar pertemuan beliau dengan pemain-pemain bola keranjang Iran.


Kadang beliau juga berjogging atau berbasikal dengan menteri-menteri kabinetnya. Iyalah, beliaukan pemimpin miskin; manalah tokoh-tokoh politik Iran itu pandai bermain golf.


Yang selalunya beliau bermain bola sepak. Dua foto ini menunjukkan beliau bermain futsal menentang team Presiden Boliva, Evo Morales.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2010 07:13

December 4, 2010

Ketuanan Yahudi, Ketuanan Melayu, Ketuanan Ahlul Bait

Ada macam-macam dongeng kita baca dan dengar tentang rock star ini. Memang, 'artis terkenal' tidak terlepas dari gosip. Tambah-tambah kalau ia sudah mencapai tahap dunia. Antara gosip yang berlegar di internet tentang beliau ialah, Dr Ahmadinejad adalah seorang ahli Freemason. Yang lucunya, apa 'binatang' Freemason itu pun tidak mereka ketahui dan benar-benar kuasai. Tema entri ini ialah hadiah untuk Dr Ahmadinejad. Dalam satu pertemuan dengan kumpulan Yahudi ANTI ZIONIS pada bulan September, 2009 di New York, rabbi Yahudi telah menghadiahkan beliau sebuah piala (klik sini). Ada orang bertanya adakah Yahudi yang menolak ketuanan Yahudi? Jawapannya ada. Sepertimana ada Melayu yang menolak ketuanan Melayu, dan ada yang berjuang habis-habisan untuk menjulang Melayu maka begitulah juga dalam hal zionisme. Ya, Islam menolak Zionis kerana ia membawa slogan Ketuanan Yahudi, sedangkan yang sebenarnya ada ialah Ketuanan Allah, Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda.

Dalam lawatan ke Lubnan baru-baru ini, Syed Hasan Nasrallah, Setiausaha Agung Hezbullah menghadiahkan Dr Ahmadinejad dengan sepucuk senapang yang dirampas dari tentera Zionis. Berbulu sungguh regim Zionis. Siapa lagi yang berhak dianugerahkan dengan hadiah seumpama ini. Tentu Dr Ahmadinejad sahaja. Beliau cakap dan buat. Bukan seperti pemimpin-pemimpin OhISee yang lain! Jika anda mendengar orang berkata buruk tentang Dr Ahmadinejad, sah-sah dia itu ejen Zionis, ketahuilah sesungguhnya hanya Zionis sahaja yang membenci Ahmadinejad (klik sini)

Ada orang mengatakan Iran adalah negara teroris, agak menghairankan juga pemimpin dunia di Amerika Selatan menyambut beliau dengan penuh hangat. Inacio Lula da Silva, Presiden Brazil menghadiahkan Dr Ahmadinejad foto mereka berdua yang dibingkaikan.

Hugo Chavez, Venezuela, memang teman rapat Dr Ahmadinejad. Benarlah, 'Kuasa imperialis Barat hanya gentar dengan sosialis dan Syiah sahaja. Kapitalis-sekular empuk lena dalam dakapan Barat sementara Islam istana OhISee pula mudah ditundukkan.'

Dalam satu lawatannya ke Ahvaz, sebuah wilayah Iran yang ramai dihuni etnik Arab bermazhab sunni, Dr Ahmadinejad dihadiahkan sepasang jubah ala Ahvaz.

Bukan itu sahaja, pemuka sunni Arab di Ahvaz menghadiahkan beliau juga sebilah pedang. Lambang keperwiraan beliau dalam menjuarai isu umat Islam.

Isu umat Islam yang bagaimanakah beliau juarai? Skaf Palestina yang dihadiahkan oleh pemuka HAMAS ini menjadi saksi.

Ketika rock star ini bersolat Jumaat di sebuah masjid di Timbuktu, Mali, Afrika pada 7 Julai, 2010, imam masjid sunni tersebut mempelawa Dr Ahmadinejad bersyarah di mimbar masjid dan menghadiahkannya serban Mali.

Sesungguhnya Dr Ahmadinejad seorang pemimpin yang meyakini ketuanan Allah, Rasulullah saw dan ahlul bait. Itulah faktor kekuatan yang menjadi perhiasan pada dirinya. Mereka yang mencari ketuanan selain dari itu semua tidak akan berjaya dan pasti lingkup jua. Dalil ketuanan tiga serangkai itu adalah:

Ahmad bin Hanbal dan Abu Ya'la telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi (s.a.w) telah bersabda pada Haji Wida': "Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku."

Telaga apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw?

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Mughirah dari Abi Wail yang berkata Abdullah berkata Nabi SAW bersabda "Aku akan mendahului kalian sampai di Al Haudh dan akan dihadapkan kepadaku beberapa orang dari kalian. kemudian ketika aku memberi minum mereka, mereka terhalau dariku maka Aku bertanya "Wahai Rabbku mereka itu sahabat-sahabatku. Dia menjawab "engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggalmu".

Imam Ja'far al-Sadiq (guru Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas) telah menggariskan sumber Syari'ah pada pandangan Imam-Imam Ahlul Bait sebagai berikut: "Sura bin Kulaib berkata: "Aku bertanya kepada Abu Abdullah dengan apakah Imam memberikan fatwa? Dia menjawab: "Dengan Kitab Allah." Aku berkata, "jika tidak ada dalam Kitab Allah? Dia berkata: "Dengan Sunnah." Aku mengulangi soalan tersebut dua atau tiga kali dan dia berkata, "tetapi kamu berfikir tidak sedemikian."

Dan telah diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir (bapa Imam Jaafar Sadiq, cicit saidina Husin) bahawa dia berkata kepada Jabir, salah seorang sahabat Nabi (saw): "Wahai Jabir, jika dikatakan kami memberikan fatwa kepada orang ramai dengan pendapat kami sendiri demi kepentingan diri sendiri, maka kami akan menjadi salah satu daripada golongan yang sesat, tetapi kami memberikan fatwa dengan Sunnah Rasulullah (saw) dan asas ilmu pengetahuan kami adalah kami warisi daripadanya. Kami menyimpannya seperti mana orang menyimpan emas dan perak."

Ketuanan tiga serangkai - Allah, Rasulullah saww, Ahlul bait Nabi - inilah yang akan menyelamatkan kita dari kejahatan dunia dan akhirat.

Di Malaysia, jika Dr Ahmadinejad menziarahi negara kita sekali lagi, apakah yang wajar kita hadiahi beliau? Sepersalinan baju Melayu dan songkok? Kain songket? Batik? Sebilah keris perkasa? Apa agaknya?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 04, 2010 16:24

December 3, 2010

Ahmadinejad Menari?

Tarian menyambut rock star di Nairobi, Kenya. Paying full attention.

Tarian menyambut rock star di Uganda. Nampak beliau terhibur bercampur terharu.

Ini pula tarian sempena sambutan tahun baharu Parsi. Senyumnya menawan.

Tapi nampaknya rock star kita tidak berminat dengan penari-penari jelita ketika pembukaan D-8 Summit di Kuala Lumpur pada Julai, 2008. Menoleh pun tidak! Entah di mana salah kita. Kenapa ya agaknya, boleh tolong beritahu?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2010 09:07

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.