Faisal Tehrani's Blog, page 8

February 27, 2011

Siapa Bilang Imam Khamenei Serius Sahaja?

Saat Muharam beliau berduka.



Saat wiladah tentu beliau ria.



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2011 23:11

Dunia Terus Berubah

Oman: Tunjuk perasaan besar di Oman, masa untuk Sultan Qaboos?


Libya: Laporan al Jazeera - "Penjara ini adalah sebuah bilik kecil tanpa jendela. Melalui pengamatan, seorang tahanan pernah tinggal di sini sebelumnya." Adakah ia penjara tempat Imam Musa Sadr ditahan?
Turki: Pemergian Dr Najmuddin Erbakan (29 Oktober 1926 – 27 Februari 2011): bekas Perdana Menteri, pemimpin gerakan Islam Turki dan mentor kepada Recep Tayyip Erdogan. Semasa menjawat posisi Perdana Menteri, polisi luar beliau adalah meningkatkan hubungan sesama dunia Islam dan menentang kekejaman Zionisme. Kedua-dua tunjang polisi tersebut merupakan sesuatu yang disifatkan bertentangan dengan rukun sekularisme negara moden Turki.
"Saya sebenarnya lebih bersemangat terutama dituduh menghabiskan duit kerajaan selepas pergi ke Riyadh, Arab Saudi untuk menyampaikan ucaptama di sana baru-baru ini." - Datin Seri Rosmah Mansor di Kerdau hujung minggu lalu.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2011 15:13

Hassan Mushaima Tiba di Bahrain!


















Siapakah Hasan Mushaima? Beliau adalah pemimpin pembangkang Bahrain yang sangat terkenal. Beliau mengasaskan parti al Wefaq (parti pembangkang Syiah) akan tetapi kemudiannya menjadi setiausaha agung kepada sebuah pakatan pembangkang yang lebih besar Gerakan Haq (yang merupakan pakatan parti pembangkang termasuk milik masyarakat Sunni).

Kebangkitan rakyat Bahrain dapat dinilai dari lima gelombang. Iaitu pada tahun 1994, 1995, 1996, 2007 dan terkini 2011. Mushaima pernah dipenjarakan pada tahun 1994 dua kali, pada tahun 1995 (Mac- September), pada 1996 sehingga 2001. Pada tahun 2009 beliau dipenjarakan lagi selama tiga bulan.

Pada tahun lalu beliau tidak dibenarkan pulang ke Bahrain setelah melawat Britain. Raja Khalifa sangat gerun dengan pengaruh Mushaima dan minggu lalu dalam usaha beliau untuk pulang, pasportnya sempat dirampas di Lubnan (ketika transit di Beirut) atas permintaan kerajaan Bahrain.

Malam kelmarin Mushaima tiba di Manama, Bahrain. Dan harapan untuk satu pemerintahan baharu terus berkembang di negara kecil Teluk tersebut.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2011 03:03

February 26, 2011

Kuasa Ulama di Belakang Kebangkitan Rakyat Bahrain


Ayatullah Sheikh Isa Qasim adalah alim yang paling dihormati di Bahrain.

















Kebangkitan rakyat Bahrain mendapat liputan yang kecil berbanding apa yang menimpa di Libya, Yaman, Mesir dan Tunisia. Mengapa? Kerana kebimbangan Amerika Syarikat dan Arab Saudi ia jatuh ke tangan para ulama. Perarakan membantah kejahatan Raja Khalifa Jumaat lepas.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2011 04:53

February 25, 2011

"These are Gangs of Drugged Cockroaches!" - Gaddafi








"Tolonglah dunia, selamatkan Libya" - Abdurrahman Shalgham,
duta Libya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (lihat sini)


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2011 16:46

February 24, 2011

Mengapa Pula Tuhan Tidak Akan Tanya PAS?


Tokoh Ikhwanul Muslimin, Dr. Kamal Helbawy mengunjungi
pemimpin umat Islam Syiah, Ayatullah al Uzma Imam Ali Khamenei awal minggu ini.

Sempena International Conference on Islamic Unity kali ke 24 (Muktamar Ad Dauli Lil Wehdatil Islamiyyah ke 24) di Tehran baru-baru ini, tokoh Ikhwanul Muslimin telah turut diundang. Tahun lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang diundang ke Tehran. Adalah dilaporkan beliau berucap di Tehran dengan kertas kerja bertajuk Natijah yang Positif bagi Kepelbagaian Mazhab.

PAS amat berbangga pemimpin mereka diraikan di Republik Islam Iran sebagai tokoh. Lihat sini dan sini. Ketika kunjungan ke Tehran pada tahun 2010 itu PAS telah memulakan satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Motalefeh dan bertemu dengan Timbalan Presiden parti tersebut iaitu Saedi Amani. Parti Motalefeh mempunyai 90 kerusi di Majelis (parlimen) Iran. Harakah melaporkan pertemuan tersebut dengan tajuk berita 'PAS Jalin Persefahaman Dengan Parti Ahmadinejad' pada 19-21 Mac 2010.

Pendirian PAS tahun lalu mengenai perpaduan ummah dan soal mazhab selaras dengan fatwa Sheikh Mahmood Shaltoot (al-Azhar) pada 6 Julai 1959 yang disiarkan dalam akhbar al-Sha'ab (Mesir) isu 7 Julai 1959 dan akhbar al-Kifah (Lubnan) isu 8 Julai 1959 iaitu Syiah Ja'fariah, atau mazhab "al-Shia al- Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" adalah sebuah mazhab dan boleh diamalkan oleh umat Islam.

Akan tetapi tahun ini, lain agaknya. Adalah menghairankan apabila umat Islam Syiah di Malaysia dibantai cukup-cukup oleh pihak berkuasa agama, Tuan Guru tidak kelihatan di mana-mana mempertahankan 'nasib' masyarakat Syiah tempatan (lihat sini). Bukan itu sahaja pihak berkuasa agama yang menfitnah umat Islam Syiah adalah sebuah agensi yang terletak di bawah pentadbiran salah seorang tokoh PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau pun tidak berkutik. Tidak cukup itu, salah seorang Ahli Yang Berhormat PAS yang pernah mengunjungi Hauzah ar Ridha a.s turut mendiamkan diri.

Bagaimana PAS menilai diri sebagai Parti Islam ketika isu sebegini penting lagi genting iaitu perpaduan ummah dipermainkan akan tetapi PAS tidak bersuara?

Mungkin inilah puncanya Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang tidak hadir di International Conference on Islamic Unity kali ke 24 bersama-sama Ikhwanul Muslimin. Awal minggu ini satu pertemuan antara ramai ulama Sunni dari pelbagai negara berlangsung dengan Ayatullah Ali Khamenei.



Nampaknya dalam pertemuan itu wajah yang 'Melayu' hanyalah Ketua PB NU dari Indonesia, Prof. DR. Said Agil Siradj dan Ustaz Ghani Shamsuddin dari Malaysia. Ustaz asal Melaka tersebut bagaimanapun mewakili Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia atau SHURA (lihat sini). Meskipun beliau adalah AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama' tetapi kehadiran beliau adalah atas gerak kerja SHURA. Selain itu kelihatan Mufti Besar Oman, Allamah Syeikh Ahmad al-Khaili, mantan Menteri Kebudayaan Jordan, Munir Shafiq, wakil Parti Islam Tajikistan, Mahyuddin Kabiri, Penasihat Menteri Wakaf Syria, Nabil Sulaiman, Ketua Parlimen Sudan, Abdurrahim Omar, Ketua Ulama Muslim Lebanon, Syeikh Ahmad al-Zain, seorang ulama terkemuka Sunni Iraq, Syeikh Khaled Mulla, Mufti Besar Bosnia, Syeikh Mustafa Serich, dan Ketua Gerakan al-Tauhid Lebanon, Syeikh Bilal Saeed Syaban.

Kira-kira Ustaz Ghani lebih ke hadapan berbanding Presiden PAS bila berdiri sebaris dengan Presiden Ahmadinejad. Rugi juga tak ke Tehran tahun ini. Mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi sibukkan hal Kerdau dan Merlimau.

Susah juga kalau Ustaz Hadi hadir, kerana perlu menjawab dengan Ayatullah Ali Tashkiri. Ini kerana kita difahamkan oleh laman web Taghribnews, Ayatullah Tasykiri ada mengutus surat kepada beberapa pihak agama di Malaysia termasuk presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), meminta mereka menghalang fatwa terhadap orang yang tidak bersalah dan menyatukan umat menghadapi musuh-musuh Islam (lihat sini).

Mungkin PAS tidak lagi berminat dengan perpaduan ummah dan soal mazhab. Saya cuma kata 'mungkin'. Maklumlah, kita difahamkan masyarakat Syiah di Malaysia ciput sahaja, minoriti kata orang-orang politik; dan tiada pengaruh serta kekuatan ekonomi. Sebagai parti Islam, PAS tidak akan hanya 'habis' menjawab dengan ahli, tetapi juga perlu menjawab dengan Nabi dan Tuhan kelak. Itu 'retorik' Tuan Guru zaman berzaman. Ketika itu, di akhirat kelak, kita rasa tentu pimpinan (terkecuali Ustaz Ghani gamaknya) akan ditanyakan tentang apa ertinya PAS for All.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2011 15:51

Nik Aziz Bertemu Ulama Syiah




Di tengah-tengah berkesiurannya fitnah dan penganiayaan terhadap hak-hak asasi minoriti Syiah di Malaysia, pada 24 Februari 2011 satu pertemuan antara dua kenalan lama iaitu Ayatullah Jaafar Hadi (dari Qom, Iran) dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentu mencuri tumpuan. Kedua-duanya ulama yang disegani. Apakah agak-agaknya yang dibualkan oleh mereka? Atau ia sekadar satu perbualan kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna untuk dibawa di hadapan Nabi Muhammad saw kelak?

* Foto-foto ihsan anonymous dengan nama 'satujammenunggu'.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2011 15:03

''These Gangs Are Cockroaches, They're Nothing.'' - Gaddafi



Lihat sini. Dan khabarnya Gaddafi ini seorang Yahudi, klik sini.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2011 08:30

February 23, 2011

Andaikan Bahrain Menurut Langkah Tunisia & Mesir

SEBAGAI sebuah negara kecil yang mewah dengan hasil minyak, pemerintahan beraja mutlak di Bahrain merebut dan meraih kekayaan untuk seisi keluarga yang menguasai Bahrain. Keluarga diraja tersebut ialah al-Khalifa.

Bahrain atau 'negara dua laut' dihuni oleh 1.2 juta umat manusia. Bahrain pernah menjadi sebahagian wilayah Iran antara tahun 1860-1783. Sejak tahun 1700 Bahrain sering menjadi tumpuan kuasa-kuasa asing antara lain Turki Othmaniyyah, dan Inggeris. Hari ini pemerintahan suku al Khalifa menguasai Bahrain dengan dokongan Arab Saudi, Britain dan Amerika Syarikat. Raja Hamad bin Isa al Khalifa adalah sekutu rapat Amerika Syarikat memandangkan Bahrain menempatkan salah satu pangkalan tentera laut Amerika yang paling penting.

Salah satu polisi al Khalifa yang kontroversial ialah neutralisasi terhadap populasi Bahrain. Terdapat 66 peratus dari penghuni Bahrain adalah bermazhab Syiah sementara 33 peratus yang lain adalah bermazhab Sunni (hubungan yang amat kuat dengan wahabi di Arab Saudi). Dalam usaha untuk merubah populasi rakyat bermazhab Syiah, Raja al Khalifa memberi kerakyatan kepada imigran dan buruh asing dari India, Sri Lanka, Filipina dan Pakistan. Imigran Pakistan misalnya ditempatkan di posisi sebagai pegawai polis. Maka tidaklah menghairankan apabila terjadi kebangkitan rakyat di Bahrain, polis Bahrain etnik Pakistan ini tanpa segan silu dan bimbang menembak ke arah demonstran sehingga menumpahkan darah di Bulatan Mutiara. Polisi neutralisasi terhadap populasi Bahrain ini juga menyaksikan Bahrain hari ini didiami oleh 9 peratus penganut Kristian (imigran Filipina) dan 10 peratus yang lain beragama Hindu (imigran India). Apa yang lebih mencekam pada polisi ini ialah majoriti Syiah di Bahrain telah ditindas dan dianiaya lantas dituduh sebagai ejen Republik Islam Iran.

Ketika saya berada di Manama dalam tahun 2002 selama dua hari, perkara pertama yang saya kesani ialah semua sektor pekerjaan di Bahrain disesaki oleh imigran. Tentu sangkaan pertama saya ialah rakyat Bahrain berada dalam keadaan manja dan terkepuk oleh kekayaan petrol. Tanggapan saya itu berubah apabila dalam tahun 2009 saya menemui dua jemaah dari Bahrain ketika menunaikan haji di Makkah. Naratif yang disampaikan kepada saya ialah penindasan dan penganiayaan terancang.

Kebangkitan rakyat di Bahrain hari ini bukanlah muncul mendadak dan tiba-tiba. Malah wajar dikatakan sebelum Tunisia dan Mesir, rakyat Bahrain telah lama memulakan satu perjalanan berani untuk menyuarakan kebebasan. Keluarga diraja di Bahrain menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk menekan rakyatnya. Menerusi akta yang dikenali sebagai undang-undang 47/2002 media Bahrain misalnya dilarang membicarakan isu-isu yang dapat menggugat pemerintahan beraja al-Khalifa. Pada tahun 2008, enam orang wartawan untuk surat khabar pembangkang telah dipenjarakan. Alasan paling popular di Bahrain ialah media tersebut membenihkan konflik mazhab. Bukan itu sahaja, kekangan bersuara untuk rakyat Bahrain dilakukan secara sistematik dengan satu-satunya 'internet service provider' adalah Batelco, yang dipunyai oleh keluarga diraja. Dalam pada itu undang-undang 32/ 2006 menyatakan penganjur yang hendak mengadakan sebarang rapat umum hendaklah meminta permit dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tiga hari sebelum dan mendapat izin khas dari pihak polis (yang kebanyakannya bukanlah warga asal Bahrain).

Pada Disember 2007, terdapat satu pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis yang menyebabkan terkorbannya seorang pemuda bermazhab Syiah. Pihak polis telah menahan sejumlah besar pemuda bermazhab Syiah di Bahrain, dan melakukan pelbagai penyeksaan. Dan anehnya, Bahrain adalah salah sebuah negara anggota Human Rights Council. Pada bulan Julai 2008, Bahrain memenjarakan 11 orang tokoh masyarakat Syiah antara satu ke tujuh tahun dengan alasan menimbulkan kekacauan mazhab.

Dalam tahun 2002 kerajaan berusaha untuk memadam rasa kurang puas hati rakyat bermazhab Syiah dan menjanjikan reformasi politik. Sistem pilihanraya diperkenalkan dengan harapan ia dapat menjadi permulaan kepada sistem raja berpelembagaan. Namun begitu, tekanan dan penindasan terhadap masyarakat Syiah seperti yang dijejer di atas menjadikan reformasi yang diwar-warkan sebagai satu olok-olokan. Pada bulan Oktober 2010, parti-parti pembangkang di Bahrain mendakwa kerajaan berusaha melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya dengan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Bahrain merupakan tuan rumah kepada armada tentera laut Amerika (the Fifth Fleet) yang menyediakan bantuan logistik untuk sebarang operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Untuk kesetiaan tidak berbalah bahagi pemerintah Bahrain terhadap Amerika, negara polis dunia tersebut menamakan Bahrain sebagai negara sekutu NATO dalam tahun 2002.

Apakah ada masalah dengan kebangkitan rakyat di Bahrain? Tentu, ia tidak akan menjadi Revolusi Islam Iran.

Akan tetapi dengan jumlah hampir 70 peratus rakyat Bahrain adalah bermazhab Syiah maka potensi Bahrain sebagai sebuah ledakan di Teluk Parsi tidak dapat dielakkan lagi. Sebagai sebuah negara pulau yang kecil berjirankan Republik Islam Iran dan Arab Saudi (yang 15 peratus rakyat bermazhab Syiahnya bersempadanan dengan Bahrain), satu iklim politik baharu di Timur Tengah dijangka akan berlaku. Apa yang lebih memeningkan kepala Rumah Putih ialah kebangkitan di Bahrain berlaku serentak dengan apa yang terjadi di Libya, Algeria, dan Yaman. Sukar untuk Obama melayan semua 'pemberontakan' ini sekaligus.

Berbeza dengan 'revolusi Mesir' yang kehilangan watak ulama (Sheikh Yusuf Qaradhawi hanya muncul di Dataran Tahrir setelah Hosni Mubarak melarikan diri), kebangkitan di Bahrain adalah sepenuhnya didokongi oleh golongan ulama. Malah ulama terkenal Bahrain, Ayatullah Isa Qassem bukan sahaja bertindak membakar semangat golongan muda Bahrain, beliau turut turun ke Bulatan Mutiara untuk sama-sama menunjuk perasaan dan memimpin solat di sana. Sementara itu parti pembangkang utama Bahrain, al Wefaq diketahui adalah sebuah parti berasaskan Islam.

Selain parti al Wefaq (Syiah konservatif), Bahrain juga menyaksikan tenaga luar biasa dari gerakan Syiah yang dikenali sebagai gerakan Haq (lebih dirujuk sebagai parti Syiah oleh penganutnya yang sekular). Seperkara yang lebih menarik mengenai kebangkitan rakyat di Bahrain ialah meskipun majoriti umat Islam di Bahrain adalah bermazhab Syiah, penganut ahlus sunnah wal jamaah juga menawarkan pengaruh dan kekuatan menerusi gerakan Islam mereka tersendiri. al Asalah wa al Menbar adalah sebuah parti untuk masyarakat Sunni yang dikatakan merupakan cabang Ikhwanul Muslimin (yang induknya merupakan antara penggerak utama kebangkitan rakyat di Mesir). Perhimpunan rakyat di Bahrain kini bukan lagi milik rakyat bermazhab Syiah. Rakyat yang menganuti fahaman ahlus sunnah wal jamaah turut turun ke jalanraya dan segenap lapisan masyarakat termasuklah petugas perubatan yang menganggap serangan polis ke atas penunjuk perasaan rabu lepas sebagai terorisme ikut turut di Bulatan Mutiara.

Hakikat bahawa tuntutan rakyat di Bahrain berpunca daripada ulama dan bukan daripada eksekutif google dan sehimpunan pemuda penggemar facebook menunjukkan Bahrain adalah bom jangka yang meresahkan Amerka Syarikat dan tentunya kuasa pencatur di belakangnya iaitu Zionis.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2011 20:42

Anak Perempuan Gaddafi, Cantik Tak?

Namanya, Aisha Gadaffi.

Aisha meminati penyanyi Amerika, Lionel Ritchie dan tenor terkenal dari Sepanyol, Jose Carreras. Kedua-duanya pernah diundang menyanyi di Tripoli, Libya, pada 14 April 2006.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2011 18:14

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.